4
KiSah-kisah PeRsAudAraaN Dalam IsLAm Persaudaraan merupakan pemberian atau nikmat yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada hamba-hamba-Nya yang benar-benar ikhlas dan mereka mempunyai hati yang bersih.Hal ini demikian kerana sebagaimana yang disebutkan , bahawa persaudaraan adalah terbentuk melalui jalinan akidah dan tuntutan tertinggi dalam persaudaraan atau melebihkan saudaranya lebih daripada diri sendiri. KISAH 1:PERSAUDARAAN MUHAJIRIN DAN ANSAR Kisah yang terkenal dalam kalangan para sahabat Muhajirin dan Ansar selepas peristiwa Hijrah, menceritakan tentang teladan persaudaraan kepada umat Islam sepanjang zaman. Sebaik sahaja Nabi Muhammad s.a.w dan abu bakar As-siddiq tiba di Madinah... Baginda s.a.w telah melaksanakan konsep persaudaraan(menghubungkan persaudaraan antara dua sahabat) antara kaum Muhajirin dengan Ansar dan begitu juga kaum Aus dan Khazraj bagi memastikan kesatuan yang utuh terbina dalam memacu gerak kerja Islam di Madinah Ada dalam kalangan para sahabat daripada kaum Ansar yang menawarkan rumah, harta bahkan isteri mereka kepada saudara mereka iaitu kaum Muhajirin. Pengorbanan yang sangat tinggi diberikan oleh sahabat daripada kaum Ansar memandangkan merekamemahami bahawa para sahabat kaum Muhajirin yang berhijrah dari Makkah datang dengan sehelai sepinggang tanpa adasebarang lebihan , melainkan diri mereka sahaja.Lantas atas dasar pengorbanan yang tinggi ,kecintaan terhadap persaudaraan sesama akidah yang mendalam , sahabat Ansar menawarkan segala-galanya demi kebajikan saudara Muhajirin mereka. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Hasyr Ayat :9 Maksudnya: Dan orang-orang (ansar) yang mendiami negeri (madinah)serta berima sebelum mereka mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka,dan tidak pula dalma hati merka persaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang- orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhiijrah itu

Muhajirin n Ansar

Embed Size (px)

DESCRIPTION

m.aa

Citation preview

Page 1: Muhajirin n Ansar

KiSah-kisah PeRsAudAraaN Dalam IsLAm

Persaudaraan merupakan pemberian atau nikmat yang diberikan oleh Allah s.w.t

kepada hamba-hamba-Nya yang benar-benar ikhlas dan mereka mempunyai hati yang

bersih.Hal ini demikian kerana sebagaimana yang disebutkan , bahawa persaudaraan adalah

terbentuk melalui jalinan akidah dan tuntutan tertinggi dalam persaudaraan atau melebihkan saudaranya lebih daripada diri sendiri.

KISAH 1:PERSAUDARAAN MUHAJIRIN DAN ANSAR

Kisah yang terkenal dalam kalangan para sahabat Muhajirin dan Ansar selepas peristiwa

Hijrah, menceritakan tentang teladan persaudaraan kepada umat Islam sepanjang zaman. Sebaik sahaja Nabi Muhammad s.a.w dan abu bakar As-siddiq tiba di Madinah...

Baginda s.a.w telah melaksanakan konsep persaudaraan(menghubungkan persaudaraan

antara dua sahabat) antara kaum Muhajirin dengan Ansar dan begitu juga kaum Aus dan Khazraj bagi

memastikan kesatuan yang utuh terbina dalam memacu gerak kerja Islam di Madinah

Ada dalam kalangan para sahabat daripada kaum Ansar yang menawarkan rumah, harta bahkan isteri mereka kepada saudara mereka iaitu kaum Muhajirin.

Pengorbanan yang sangat tinggi diberikan oleh sahabat daripada kaum Ansar memandangkan merekamemahami bahawa para sahabat kaum Muhajirin yang berhijrah dari Makkah datang dengan sehelai sepinggang tanpa adasebarang lebihan , melainkan diri mereka sahaja.Lantas atas dasar pengorbanan yang tinggi ,kecintaan terhadap persaudaraan sesama akidah yang mendalam , sahabat Ansar menawarkan segala-galanya demi kebajikan saudara Muhajirin mereka.

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Hasyr Ayat :9

Maksudnya: Dan orang-orang (ansar) yang mendiami negeri (madinah)serta berima

sebelum mereka mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka,dan tidak

pula dalma hati merka persaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang

yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhiijrah itu

lebih daripada diri merka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan

sangat-sangat berhajat. Dan ingatlah sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya

daripada dipengaruhi tabiat bakhil, maka merekalah orang-orang yang berjaya.

Page 2: Muhajirin n Ansar

Persaudaraan Antara Muhajirin Dan Ansar

Muhajirin : Para sahabat yang berhijrah dari Mekah ke Madinah

Ansar : Penduduk asal Madinah yang memeluk Islam dan membantu perjuangan Rasulullah

S.A.W

Sebab Rasulullah S.A.W mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar

1. Supaya agama Islam dapat disebarkan dengan lebih meluas

2. Untuk menyatupadukan masyarakat Islam tanpa mengira penduduk asal atau pendatang

3. Mewujudkan suasana yang aman dan tenteram

4. Mengelakkan orang Muhajirin berasa terasing untuk memulakan kehidupan baru

5. Menghilangkan rasa pilu dan hiba orang Muhajirin kerana tingglkan kampung halaman

Rasulullah mempersaudarakan setiap orang Muhajirin dengan orang Ansar

Contoh yang dipersaudarakan :

-Abu Bakar As Siddiq dengan Kharijah Bin Zuhair

-Umar Al-Khattab dengan ‘Utban Bin Malik

-Uthman Bin Affan dengan Aus bin Thabit

-Abdurrahman Al-‘Auf dengan Saad Bin Raabi’

Bentuk-bentuk bantuan yang diberikan : Tempat tinggal, makanan, wang, harta dan tenaga

Iktibar Daripada Peristiwa Persaudaraan Antara Muhajirin Dan Ansar

Menyedari kepentingan persaudaraan dalam Islam

Persaudaraan dalam Islam tidak mengira bangsa dan keturunan

Kita hendaklah sayang- menyayangi dan bantu- membantu sesama insane.

Kita memerlukan pengorbanan masa dan tenaga untuk mewujudkan masyarakat yang aman dan

makmur

Page 3: Muhajirin n Ansar

Mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar

Seterusnya Rasulullah mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar di rumah Anas bin Malik. Ketika itu mereka berjumlah 90 orang. Mereka dipersaudarakan atas persamaan, saling mewarisi sampai terjadinya peristiwa Badar.

Setelah Allah SWT menurunkan ayat : “ Dan orang-orang yang mempunyai hubungan darah satu sama lain lebih berhak (waris mewarisi) di dalam kitab Allah…” (Al-Anfal: 75)

Maka pewarisan dikembalikan kepada hubungan darah dan tidak lagi berdasarkan ukhuwah diniyyah. Ibnu Katsir menerangkan dalam Tafsir-nya bahawa ayat ini menyatakan pewarisan diantara sesame kerabat lebih utama daripada saling mewarisi antara Muhajirin dan Ansar. Ayat ini menasikh (menghapus) hokum warisan sebelumnya yang berdasarkan hilf (perjanjian) persaudaraan yang terjadi diantara mereka.

Kemudian Ibnu Katsir menukilkan riwayat dari Az-Zubair bin Al-‘Awwam yang dipersaudarakan dengan Kaab bin Malik, bahawa seandainya Kaab bin Malik meninggal dunia ketika itu, dialah yang akan mewarisinya. Lalu turunlah ayat dibawah. Begitu eratnya persaudaraan ini, Allah SWT menceritan tentang keadaan ini dalam firman-Nya.

“Dan orang-orang yang telah menempati Bandar Madinah dan telah beriman (yakni kaum Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberiakn kepada mereka (orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara daripada kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung,” (Al-Hasyr: 9)

Ibnu Katsir menerangkan dalam Tafsirnya : “Allah memuji orang-orang Ansar, menjelaskan betapa tinggi kedudukan, kemuliaan, kemurahan, tidak adanya kedengkian pada diri mereka, dan mereka mempunyai sikap suka mengutamakan serta mendahulukan kepentingan orang lain daripada diri mereka sendiri meskipun mereka sangat memerlukan.”

Al-Imam Al-Bukhari meriwayatkan pula betapa mereka mencintai orang-orang Muhajirin yang dating ke tempat mereka, yang kesemuanya itu didorong oleh kemuliaan peribadi meeka. Mereka tidak mendapatkan dalam diri mereka kedengkian terhadap kedudukan dan kemuliaan orang-orang Muhajirin, meskipun mereka disebut oleh Allah pertama kali (dalam ayat tersebut). Al-Imam Al-Bukhari meriwayatkan dari Anas bin Malik : “Rasulullah mengundang orang-orang Ansar untuk dibagikan kepada mereka harta Bahrain, namun mereka berkata : “Tidak, kecuali kalau engkau bagikan pula seperti itu kepada saudara-saudara kami kaum Muhajirin. Atau tidak sama sekali .’ Rasulullah berkata: Kalau begitu bersabarlah, sampai kalian bertemu denganku. Kerana sesungguhnya kalian akan dapati adanya atsarah (sikap pemimpin yang mengutamakan diri sendiri) sepeninggalku.”

Berkaitan dengan ayat tadi, disebutkan pula oleh Ibnu Katsir bagaimana para sahabat Ansar mendahulukan kepentingan orang lain daripada diri mereka sendiri. Al-Imam Al-Bukhari meriwayatkan : “Abu Hurairah menceritakan: “Ada seorang laki-laki dating menemui Rasulullah,

Page 4: Muhajirin n Ansar

kemudian baginda perintahkan supaya menemui isteri-isteri baginda. Namun kata mereka : ‘Kami tidak punya sesuatu kecuali air (minum).’ Kemudian Rasulullah berkata : ‘Siapa yang menjamu tamu ini?’ Tiba-tiba seorang sahabat Ansar berkata : ‘Saya, wahai Rasulullah.’ Maka berangkatlah dia membawanya ke rumah Sahabat Ansar ini berkata kepada isterinya : ‘Muliakan (jamulah) tamu Rasulullah ini.’

Wanita itu berkata, ‘Kita tidak punya apa-apa kecuali makanan untuk anak-anak.’ Suaminya berkata, ‘Siapkan makananmu itu, perbaiki pelitamu dan tidurkan anak-anakmu. Kalau mereka minta makan, alihkan perhatian mereka.’

Wanita itu melaksanakan perintah suaminya, dia mulai menidurkan anak-anak dan menyiapkan makanan dan berdiri seakan-akan mahu memperbaiki pelita lalu memadamkannya. Mereka pun berbuat seoalah-olahmemperlihatkan kepada tamunya itu bahawa mereka juga ikut makan bersamanya.

Setelah itu meeka berdua tertidur menahan lapar. Keesokan harinya ketika laki-laki yang menyediakan jamuan itu menemui Rasulullah, baginda berkata : ‘Allah tertawa melihat perbuatan kalian terhadap tamu kalian tadi malam.’

Maka Allah menurunkan firman-Nya: ‘…dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung.’ Rasulullah telah mengingatkan pula sebagaimana dalam hadis Anas bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim:

“Tidak (sempurna) iman salah seorang dari kalian, sehingga dia mencintai untuk saudaranya apa-apa yang dicintainya untuk dirinya sendiri.”

“Seorang mukmin dengan mukmin lainnya bagaikan bangunan yang kukuh, saling menguatkan satu sama lain. Pelbagai kisah tentang persaudaraan Muhajirin dan Ansar yang telah dicontohkan oleh generasi terbaik umat ini, dinukilkan dalam pelbagai kitab sejarah, tafsir dan lainnya. Namun sejauh mana kita berusaha menerapkannya dalam kehidupan kita di zaman di mana persaudaraan dan hubungan kasih saying diikat dan dinilai dengan material, harta benda dunia?

Saban tahun kita didedahkan dengan peristiwa Hijrah Rasulullah yang penuh dengan kegigihan, kecekalan dan kesantunan. Semoga kisah ini menjadi bekalan kita untuk berhijrah menuju kehidupan yang berasaskan Iman, Islam dan Ihsan sebagai usaha mencontohi apa yang telah dicontohkan Rasulullah.