2
Nasihat untuk Pesakit yang ada Jangkitan Pernafasan (dengan demam, batuk, dan simptom seperti flu) Untuk perjalanan pulang dari klinik selepas anda berjumpa doktor: Elakkan daripada menaiki pengangkutan awam, untuk mengurangkan sebarang kemungkinan risiko penyebaran; • Harap gunakan pengangkutan peribadi anda sendiri atau teksi/kereta sewa privet. - Jika anda seorang penumpang, harap pakai pelitup dan duduk bersendirian di tempat duduk belakang. Tingkap kereta perlu diturunkan dan alat hawa dingin perlu dimatikan. Sila dapatkan resit daripada teksi/kereta sewa privet untuk perjalanan itu, dan simpan resit selama 30 hari untuk tujuan pengesanan orang berhubungan. Kunjungi www.moh.gov.sg/covid-19 untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan tempatan Duduk di rumah selama tempoh MC anda Menurut undang-undang, anda dikehendaki supaya duduk di rumah selama 5 hari pertama MC yang dikeluarkan untuk tempoh penyakit ini. Jika MC anda telah dilanjutkan melebihi 5 hari, anda harus terus duduk di rumah selama tempoh MC anda. Anda hanya harus meninggalkan rumah anda jika anda perlu mendapatkan rawatan perubatan. Orang yang tidak patuh boleh didenda sehingga $10,000, atau dipenjarakan sehingga enam bulan, atau kedua-duanya, di bawah Akta Penyakit Berjangkit. Anda dinasihatkan supaya pergi ke klinik GP dalam jarak berjalan kaki dari rumah anda untuk mengurangkan keperluan menaiki pengangkutan

Nasihat untuk Pesakit yang ada Jangkitan Pernafasan...Nasihat untuk Pesakit yang ada Jangkitan Pernafasan (dengan demam, batuk, dan simptom seperti flu) Untuk perjalanan pulang dari

  • Upload
    others

  • View
    8

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • Nasihat untuk Pesakit yang ada Jangkitan Pernafasan (dengan demam, batuk, dan simptom seperti flu)

    Untuk perjalanan pulang dari klinik selepas anda berjumpa doktor:• Elakkan daripada menaiki pengangkutan awam, untuk mengurangkan sebarang kemungkinan risiko penyebaran;• Harap gunakan pengangkutan peribadi anda sendiri atau teksi/kereta sewa privet.

    - Jika anda seorang penumpang, harap pakai pelitup dan duduk bersendirian di tempat duduk belakang. Tingkap kereta perlu diturunkan dan alat hawa dingin perlu dimatikan. Sila dapatkan resit daripada teksi/kereta sewa privet untuk perjalanan itu, dan simpan resit selama 30 hari untuk tujuan pengesanan orang berhubungan.

    Kunjungi www.moh.gov.sg/covid-19 untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan tempatan

    Duduk di rumah selama tempoh MC andaMenurut undang-undang, anda dikehendaki supaya duduk di rumah selama 5 hari pertama MC yang dikeluarkan untuk tempoh penyakit ini. Jika MC anda telah dilanjutkan melebihi 5 hari, anda harus terus duduk di rumah selama tempoh MC anda.

    Anda hanya harus meninggalkan rumah anda jika anda perlu mendapatkan rawatan perubatan.

    Orang yang tidak patuh boleh didenda sehingga $10,000, atau dipenjarakan sehingga enam bulan, atau kedua-duanya, di bawah Akta Penyakit Berjangkit.

    Anda dinasihatkan supaya pergi ke klinik GP dalam jarak berjalan kaki dari rumah anda untuk mengurangkan keperluan menaiki pengangkutan

  • Maklumat Hubungan Penting

    Anda harus:• Elakkan hubungan rapat dengan sesiapa kecuali pegawai kesihatan dan pegawai polis;• Tinggal di bilik berasingan di rumah jika boleh, sebaik-baiknya dengan bilik mandi

    tersendiri untuk mengurangkan interaksi dengan anggota isi rumah yang lain. Sekiranya anda menggunakan bilik mandi yang dikongsi bersama orang lain, permukaan yang anda sentuh harus dilap sebelum dan selepas digunakan;

    • Kurangkan hubungan dengan anggota isi rumah anda, terutama orang tua, sehingga anda sihat, contohnya elakkan makan bersama;

    • Pastikan kebersihan diri yang baik, termasuk mencuci tangan dengan sabun dan air dengan kerap; elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut anda; tutup mulut anda apabila batuk atau bersin dan sebagainya;

    • Elakkan berkongsi sebarang makanan, pinggan mangkuk, perkakas dan barang-barang kebersihan peribadi lain;

    • Makan ubat-ubatan yang diberikan kepada anda (jika ada); • Minum cecair secukupnya; • Teruskan memantau suhu dan simptom anda di rumah;• (Sekiranya anda ada janji temu perubatan yang telah diatur sebelum ini) Hubungi

    penyedia penjagaan kesihatan anda dan beritahu mereka bahawa anda sedang menjalani MC supaya mereka boleh menasihati jikalau janji temu itu harus dijadualkan semula.

    Apa yang perlu anda lakukan jika simptom anda semakin teruk dan/atau memerlukan bantuan perubatan atau bantuan lain: Jika simptom anda bertambah teruk, contohnya:• Demam - atau demam semakin teruk (suhu ≥ 38°C) • Sesak nafasHarap lakukan perkara berikut: • Pakai pelitup muka;• Naik pengangkutan peribadi anda sendiri (dengan tingkap diturunkan) ke klinik sama yang

    telah anda kunjungi untuk berjumpa doktor sebelum itu; • Jangan gunakan pengangkutan awam seperti MRT atau bas; • Dalam keadaan kecemasan, sila hubungi 995 untuk mendapatkan ambulans, dan

    beritahu operator ambulans mengenai simptom pernafasan dan sejarah perjalanan anda.Anda boleh menggunakan khidmat penghantaran ke rumah atau mendapatkan bantuan orang lain untuk keperluan harian anda. Sekiranya anda memerlukan pertolongan semasa tempoh MC, anda boleh menghubungi Persatuan Rakyat (PA) di talian 6225 5322.

    Kunjungi www.moh.gov.sg/covid-19 untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan tempatan