50
Kreativiti Guru dalam Pengajaran Bahasa (Pelita Bahasa, September 2012) Kreativiti Guru dalam Pengajaran Bahasa Oleh Izani Hj Daud Kepelbagaian kaedah pengajaran dan kreativiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran (P & P) akan dapat membantu pembangunan modal insan untuk melahirkan pelajar yang kompeten, inovatif, kreatif dan berkebolehan bagi memenuhi keperluan negara pada masa hadapan. Kaedah pengajaran hari ini tidak lagi dibelenggu oleh buku teks yang berpusat kepada guru semata- mata. Sebaliknya pengajaran perlu berpusat kepada pelajar melalui pelbagai aktiviti pembelajaran. Mengamalkan prinsip kepelbagaian dalam pengajaran sebagai rempah hidup di bilik darjah akan dapat mewujudkan keseronokan dalam pembelajaran dan seterusnya keberkesanan pembelajaran kepada pelajar itu sendiri . Dalam penulisan ini, pemfokusan akan diberi kepada usaha-usaha yang boleh dilaksanakan dalam proses P & P di bilik darjah untuk menarik minat pelajar untuk belajar. Pemikiran kreatif adalah kebolehan mengambil kira maklumat tanpa mengasingkan ke dalam kotak-kotak tertentu. Satu kaedah berfikir yang memaksa kita mengenal pasti kaitan-kaitan baru antara fakta-fakta yang dilihat yang dapat menerbitkan idea yang menyimpang jauh daripada idea sedia ada (Pellegrino dan Politis, 1999). Manakala pemikiran inovatif pula adalah kebolehan mengubah suai kepada benda yang sedia ada untuk menjadi lebih baik dan berguna iaitu, sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat dan lain-lain yang baru (Kamus Dewan, Edisi Ketiga, 1994). Guru berperanan menyampaikan pengajaran kepada muridnya. Sejauh mana tercapainya objektif ini adalah bergantung kepada kaedah atau cara penyampaian guru itu sendiri . Guru yang berjaya ialah guru yang bukan

New Microsoft Office Word Document (3)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

lllllll

Citation preview

Kreativiti Guru dalam Pengajaran Bahasa (Pelita Bahasa, September 2012)

Kreativiti Guru dalam Pengajaran Bahasa

Oleh Izani Hj Daud

Kepelbagaian kaedah pengajaran dan kreativiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran (P & P) akan dapat membantu pembangunan modal insan untuk melahirkan pelajar yang kompeten, inovatif, kreatif dan berkebolehan bagi memenuhi keperluan negara pada masa hadapan. Kaedah pengajaran hari ini tidak lagi dibelenggu oleh buku teks yang berpusat kepada guru semata-mata. Sebaliknya pengajaran perlu berpusat kepada pelajar melalui pelbagai aktiviti pembelajaran. Mengamalkan prinsip kepelbagaian dalam pengajaran sebagai rempah hidup di bilik darjah akan dapat mewujudkan keseronokan dalam pembelajaran dan seterusnya keberkesanan pembelajaran kepada pelajar itu sendiri . Dalam penulisan ini, pemfokusan akan diberi kepada usaha-usaha yang boleh dilaksanakan dalam proses P & P di bilik darjah untuk menarik minat pelajar untuk belajar.Pemikiran kreatif adalah kebolehan mengambil kira maklumat tanpa mengasingkan ke dalam kotak-kotak tertentu. Satu kaedah berfikir yang memaksa kita mengenal pasti kaitan-kaitan baru antara fakta-fakta yang dilihat yang dapat menerbitkan idea yang menyimpang jauh daripada idea sedia ada (Pellegrino dan Politis, 1999). Manakala pemikiran inovatif pula adalah kebolehan mengubah suai kepada benda yang sedia ada untuk menjadi lebih baik dan berguna iaitu, sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat dan lain-lain yang baru (Kamus Dewan, Edisi Ketiga, 1994). Guru berperanan menyampaikan pengajaran kepada muridnya. Sejauh mana tercapainya objektif ini adalah bergantung kepada kaedah atau cara penyampaian guru itu sendiri . Guru yang berjaya ialah guru yang bukan sahaja luas dalam ilmu pengetahuannya, tetapi juga bijak menggunakan kaedah dan teknik pengajaran yang berkesan . Antara kaedah dan teknik pengajaran bahasa Melayu yang dikenal pasti sesuai untuk menarik minat pelajar ialah penggunaan keratan akhbar dalam pengajaran, kerja kumpulan membina soalan, kaedah hafalan sifir bahasa, aktiviti minda kreatif dan bimbingan khusus pelajar lemah.

Penggunaan Keratan Akhbar dalam PengajaranSatu daripada kaedah yang digunakan dalam pengajaran bahasa adalah melalui penggunaan bahan bantu mengajar. Penggunaaannya bertujuan menarik perhatian pelajar supaya meminati pelajaran yang diajarkan. Hal itu dikatakan demikian kerana pengajaran secara langsung yang berterusan akan membosankan pelajar dan mampu menghilangkan semangat untuk belajar.Rasional penggunaan keratan akhbar sebagai bahan bantu mengajar disandarkan kepada pendapat seorang pakar pendidikan, Edgar Dale (1978) yang menggariskan tujuh kepentingan penggunaan BBM:i. merangsang minat yang tinggi dalam kalangan pelajar.ii. menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman serta corak pemikiran dan oleh itu mengurangkan pelbagai gerak lisan daripada pelajar.iii. membekalkan satu dasar untuk perkembangan pemelajaran pelajar dan oleh itu menjadikan pelajaran mereka lebih kekal.iv. menyediakan pengalaman yang tidak dapat diperoleh dengan mudahnya melalui cara-cara lain.v. Menolong pelajar dalam kefahaman dan oleh itu mempercepat perkembangan perbendaharaan kata.vi. menawarkan pengalaman yang sebenar dan dengan demikian merangsangkan kegiatan seorang pelajar.vii. mendorong pelajar untuk menyiasat dan dengan demikian menambahkan bacaan sukarela. Berdasarkan hal yang diperkatakan oleh Dale, nyatalah bahawa bahan bantu mengajar berupaya menanam minat dan mengembangkan kreativiti pelajar. Selain itu, bahan bantu mengajar dapat juga memberikan keseronokan kepada pelajar kerana dengan penggunaannya, pelajar akan mengalami situasiyang terkeluar daripada suasana pemelajaran biasa dan seterusnya dapat menghindarkan mereka daripada berasa bosan untuk belajar.

Penggunaan keratan akhbar boleh dijalankan dengan membuat perancangan pada awal tahun lagi. Setiap pelajar akan diberi tugas secara bergilir-gilir untuk membuat keratan akhbar, berupa keratan rencana pengarang akhbar. Tarikh giliran itu ditetapkan oleh guru untuk satu tahun iaitu, satu sesi pengajian. Keratan akhbar tersebut akan ditampal pada setiap hari di dalam buku khas yang akan disimpan oleh setiausaha kelas.

Keratan rencana pengarang akhbar dapat memberikan sumbangan yang besar kepada pelajar dalam aspek pengucapan lisan, terutama pelajar tingkatan 3 untuk ujian Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS). Aktiviti tersebut dapat dijadikan sebagai latihan sebelum mereka diuji untuk PLBS.

Untuk aktiviti lisan, guru hendaklah memastikan setiap pelajar sentiasa bersedia dengan keratan rencana pengarang akhbar masing-masing. Pada setiap hari, iaitu pada sepuluh minit pertama masa pengajaran, guru akanmeminta pelajar tampil ke hadapan bagi memperkatakan topik atau fakta yang terkandung dalam keratan rencana pengarang akhbar yang dibacanya. Fakta tersebut hendaklah diucapkan secara lisan tanpa merujuk keratan tersebut.

Dengan cara itu, pelajar dapat dilatih menggunakan kreativiti sendiri untuk berucap di khalayak atau pengucapan awam yang juga dapat menolong pelajar dalam ujian lisan. Selain itu, cara ini juga dapat melahirkan pelajar yang petah bercakap. Keratan rencana pengarang akhbar juga dapat membantu pelajar dalam penulisan karangan. Melaluinya, guru hendaklah meminta pelajar menyenaraikan isi-isi penting yang terdapat dalam keratan tersebut di dalam buku latihan sebelum ditampal di dalam buku khas yang disediakan. Semasa pelajar membentangkan keratan rencana pengarang akhbar di kelas, pelajar yang lain hendaklah membuat catatan di dalam buku latihan. Kaedah tersebut tentunya menjimatkan masa kerana dalam setahun, setiap pelajar hanya dikehendaki membuat tujuh hingga lapan keratan sahaja. Hasil daripada perkongsian antara pelajar, mereka berjaya mengumpul semua tajuk keratan rencana pengarang akhbar untuk setahun (365 buah keratan akhbar).

Sepanjang sesi pengajian berlangsung, guru akan memilih tajuk yang tertentu daripada keratan rencana pengarang akhbar yang dikira penting untuk perbincangan di kelas bagi aktiviti penulisan karangan. Aktiviti tersebut akan memberikan keseronokan kepada pelajar kerana mereka dapat berkongsi bahan dan idea, serta dapat berbincang bersama-sama.Kerja Kumpulan Membina Soalan Kerja kumpulan membina soalan boleh dipraktikkan dalam pembelajaran komponan sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (KOMSAS). Aktiviti ini memerlukan kreativiti dan mencabar minda pelajar.Untuk aktiviti ini para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan dibekalkan sebuah karya sastera yang terdapat dalam teks KOMSAS. Setiap anggota dalam kumpulan akan menyumbangkan idea untuk membina soalan dan menyediakan jawapan bagi setiap soalan yang dibina. Rasional aktiviti ini dijalankan adalah untuk memastikan pelajar-pelajar membaca karya berkenaan dengan teliti. Hal ini kerana untuk membina soalan memerlukan `penggubal soalan itu benar-benar memahami jalan cerita dan setiap aspek sastera yang terkandung di dalamnya. Soalan yang akan dibina pula sudah tentulah aspek yang penting yang terkandung dalam karya sastera berkenaan, yakni soalan yang mencabar minda.

Menelaah teks komsas untuk aktiviti membina soalan Cara ini akan memberi pengalaman kepada pelajar untuk mengenal pasti bahagian-bahagian yang penting yang terdapat dalam karya sastera berkenaan. Pengalaman di bilik darjah mendapati pelajar mampu membina soalan hasil daripada perbincangan dalam kumpulan. Selepas aktiviti membina soalan dijalankan, sesi kuiz pula diadakan. Guru akan mengumpul soalan-soalan yang dibina oleh pelajar dan memilih soalan-soalan yang sesuai untuk dijadikan soalan kuiz dengan sedikit pengubahsuaian. Selain dapat mencungkil kreativiti pelajar melalui aktiviti yang dijalankan, pelajar-pelajar juga akan berasa bangga apabila soalan-soalan yang mereka bina terpilih. Manakala bagi mereka yang soalan mereka tidak terpilih akan berusaha pada sesi pembelajaran lain supaya soalan yang dibina akan terpilih. Suasana pembelajaran seperti ini akan mewujudkan iklim pembelajaran yang sihat kerana masing-masing pelajar bersaing antara satu sama lain membina soalan yang berkualiti untuk dipilih sebagai soalan kuiz.

Kaedah Hafalan Sifir Bahasa Dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, khususnya dalam tatabahasa yang rata-ratanya pelajar lemah dalam aspek ini, kaedah hafalan boleh diperkenalkan.Kaedah pengajaran secara hafalan, sebagaimana hafalan sifir dalam matematik, mempunyai kaitan dengan penggunaan kata dalam bahasa. Hal ini demikian kerana terdapat banyak pelajar yang tidak mampu menggunakan kata dengan tepat. Dalam penulisan, penggunaan kata sendi nama dan kata hubung banyak digunakan. Maka, pelajar mesti cekap dalam kedua-dua penggunaan kata itu bagi menghasilkan penulisan yang baik, terutamanya dari segi penggunaan kata dalam ayat. Kata sendi dan kata hubung biasa sangat digunakan dalam penulisan sebagai perangkai kata atau penanda wacana. Perangkai kata digunakan untuk menghubungkan perkataan dengan perkataan, ayat dengan ayat dan perenggan dengan perenggan. Sekiranya pelajar tidak menguasai perangkai-perangkai kata itu, sukar untuk mereka menggunakannya dalam penulisan.Semua guru bahasa akan mengajarkan golongan kata yang terdapat dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu sekolah rendah dan menengah, tetapi kerap kali pelajar lupa akan fungsi kata bagi setiap kata atau bertukar antara satu sama lain. Contohnya, antara sendi nama dari dan daripada. Berdasarkan pengalaman penulis, diperhatikan bahawa pelajar kerap bertukar antara kedua-duanyanya. Contohnya; 1) *Ahmad menerima surat dari kawannya. 2) *Dia tinggal tidak jauh daripada rumah ibunya.

Kedua-dua perkataan sendi nama di atas telah disalahgunakan. Ayat (1) sepatutnya menggunakan kata sendi daripada manakala bagi ayat (2), kata sendi yang betul ialah dari. Hal itu berlaku dalam kalangan pelajar kerana mereka tidak benar-benar faham akan fungsi atau penggunaan kata sendi berkenaan. Kata sendi dari hanya boleh digunakan untuk arah datangnya sesuatu dan untuk menyatakan permulaan masa. Kata sendi daripada pula digunakan untuk hal-hal lain, seperti orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak dan untuk menunjukkan keanggotaan.

Kesilapan-kesilapan yang sering berlaku inilah memerlukan suatu perkaedahan dalam pengajaran dijalankan di dalam bilik darjah, salah satunya melalui aktiviti sifir bahasa.

Operasi Aktiviti Sifir Bahasa

1) Kaedah hafalan atau Sifir Bahasa ini digunakan untuk mengajarkan kesemua jenis golongan kata.2) Fokus diberikan kepada kata sendi nama dan kata hubung terlebihdahulu kerana kedua-dua kata itu kerap digunakan dalam penulisan sebagai penanda wacana atau perangkai kata. Kemudian diikuti dengan golongan kata yang lain pula.3) Pelajar diberikan senarai kata sendi nama dan kata hubung berserta dengan fungsi atau cara penggunaannya untuk dihafal di rumah.4) Semasa di bilik darjah guru akan memperuntukkan masa antara lapan hingga 10 minit pertama sebelum sesi pengajaran dimulakan untuk aktiviti sifir bahasa. Guru akan meminta semua pelajar berdiri dan akan mengemukakan soalan terbuka menanyakan fungsi kata sendi nama atau kata hubung.5) Pelajar yang tidak berjaya semasa sesi soal jawab akan didenda iaitu membuat kerja rumah. Pelajar dikehendaki merujuk kepada lima katasendi nama atau kata hubung dengan menyatakan fungsi setiap kata tersebut.6) Pada hari-hari yang berikutnya guru akan meneruskan aktiviti hafalan ini di bilik darjah hingga semua pelajar dapat menguasai fungsi kata sendi nama dan kata hubung.7) Pada hari-hari seterusnya aktiviti golongan kata yang lain pula dijadikan sebagai aktiviti seperti sebelumnya.8) Aktiviti ini hendaklah dibuat sepanjang tahun. Setelah kesemua golongankata telah dijalankan, guru akan membuat ulangan untuk memantapkan lagi ingatan dan kefahaman pelajar.

Kaedah ini sangat berfaedah kepada pelajar. Suasana yang menyeronok di bilik darjah dengan sedikit `tekanan (denda) dapat membantu pelajar menguasai tatabahasa, terutama golongan kata. Dengan menggunakan sifir bahasa pelajar akan bersedia sebelum memulakan sesi pembelajaran. Lebih daripada itu, aktiviti ini akan mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar. Mereka akan membuat hafalan sebagaimana mereka menghafal sifir (kalian) untuk matematik.

Aktiviti Minda Kreatif

Kreativiti pelajar dapat dicungkil seandainya guru bijak menjalankan aktiviti yang boleh merangsang minda pelajar. Kadang-kadang pengajaran dan pembelajaran secara biasa tidak mampu menajamkan kreativiti pelajar.

Pelajar yang dikategorikan sebagai remaja merupakan golongan yang mempunyai tingkat sensitiviti yang tinggi. Sensitiviti yang ada pada para remaja membolehkan mereka mengungkapkan kata-kata yang menghasilkan pelahiran perasaan dan membangkitkan rasa keindahan bahasa. Kalangan pelajar atauremaja dalam lingkungan umur 14 hingga 15 tahun berupaya merumuskan kata yang berkesan sehingga terbentuk satu rangkai kata yang boleh memberikan maksud dan kesan mendalam berupa kata-kata hikmat. Rasional aktiviti ini dijalankan adalah untuk penulisan karangan kerana markah bonus ada diperuntukkan kepada pelajar-pelajar yang mampu memasukkan kata hikmat dalam penulisan karangan.

Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam bilik darjah. Para pelajar diminta secara spontan menghasilkan ungkapan penarik atau kata-kata hikmat secara spontan dalam sesi pembelajaran. Pelajar-pelajar diberikan masa selama lebih kurang 25 minit untuk berfikir dan mengungkapkan kata. Pengalaman penulis mendapati hasilnya sangat mengagumkan apabila majoriti pelajar dapat menghasilkan kata-kata hikmat sendiri. Diperturunkan beberapa contoh kata hikmat yang dihasilkan oleh pelajar.

i. Jadikan hari ini sebagai permulaandan hari esok sebagai penentuan hidupanda.

ii. Orang yang berjaya dengan cemerlangdalam hidupnya ialah orang yang tidakpernah memikirkan tentang kegagalan.iii. Setitis air tidak boleh menjadi selautanair, tetapi sedikit ilmu boleh menjadiselautan ilmu.

iv. Latihan berterusan telusnya kemahiran.

v. Setiap langkah adalah permulaan yangakan menyelesaikan permasalahan.

vi. Menyeru manusia kepada kebaikan adalahsukar berbanding mengajak manusia kearah keburukan.

vii. Pengalaman lalu tidak boleh dijadikanpengalaman yang abadi untuk dicontohi.

viii. Semalam merupakan kenangan manakalahari esok merupakan harapan dan pastikanharapan itu akan menjadi kenyataan.

Aktiviti ini menjelaskan bahawa, pelajar peringkat sekolah pun mampu berfalsafah jika mereka diberi peluang. Pembaharuan dalam P & P dapat menggalakkan pelajar untuk menulis kata-kata hikmatnya sendiri yang sudah tentulah akan dapat membudayakan pemikiran kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajar.

Bimbingan Khusus Pelajar Lemah

Guru juga tidak seharusnya melupakan pelajar yang lemah di dalam kelas yang diajar. Mereka tidak boleh diabaikan dan usaha hendaklah diambil menangani kelemahan pelajar. Untuk aspek penulisan umpamanya, guru boleh meminta pelajar menulis karangan dengan bimbingan guru. Misalnya, dalam penulisan ringkasan karangan, guru boleh membimbing pelajar menulis ringkasan karangan dengan cara menulis karangan yang tidak lengkap pada papan kapur. Dua kaedah boleh dijalankan oleh guru seperti di bawah.

1) Mengosongkan bahagian isi dalam karangan yang perlu dilengkapkan oleh pelajar.

2) Mengosongkan bahagian pangkal ayat untuk pelajar memasukkan penanda wacana yang sesuai dalam ayat.

Pengajaran seperti ini hendaklah dilakukan oleh pelajar tanpa jemu-jemu oleh guru. Pengalaman penulis dalam pengajaran kaedah ini sangat menakjubkan apabila didapati pelajar mampu menulis karangan dengan baik setelah menjalani latihan buat beberapa ketika.Kesimpulan Kepelbagaian perkaedahan dalam mengajar adalah penting. Kaedah-kaedah yang telah diutarakan semuanya adalah berpusat kepada pelajar dan guru sebagai fasilitator, yang lebih menjurus kepada pembudayaan pemikiran pelajar yang kreatif dan inovatif.Para pelajar akan seronok belajar apabila guru menggunakan pelbagai pendekatan dalam pengajaran. Keseronokan dalam menjalankan aktiviti akan menyebabkan mereka minat untuk belajar dan guru dapat menerapkan input-input berkaitan dengan kreativiti dan inovasi dalam P & P, supaya nanti institusi sekolah bukan sahaja dapat melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik semata-mata tetapi seorang pelajar yang kompeten, inovatif, kreatif dan berkebolehan dalam usaha membangun modal insan minda kelas pertama sejajar dengan teras kedua yang terdapat dalam PIPP. Seterusnya, memenuhi keperluan Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju.

Bibliografi

Edgar Dale 1978. The Good Mind : Phi Delta Kappa Educational Foundation.

Izani Hj Daud 2010. Belajar Bahasa dengan Keratan Akhbar. dlm. Pelita Bahasa: Jld. 22, Bil. 05: 5 Mei. hlm. 24-25.__________ 2009. Sifir Bahasa. dlm. Pelita Bahasa: Jld. 22, Bil. 04: 4 April, hlm. 38-39.

Kamus Dewan 1994(Edisi Ketiga). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pellegrino,Richard & Politis,Michael 1999. Improving Your IQ..New York : A Simon & Schuster Macmillan Company.

Pedagogi Satu PandanganPENGENALAN

Latar Belakang TajukSistem pendidikan terkini memerlukan para pendidik membuat anjakan pradigma daripada segi penyampaian di bilik darjah. Keperluan ini didasarkan kepada beberapa ciri-ciri pendidikan yang menjadi tunjang kepada dasar pendidikan negara. Salah satu proses pengajaran ialah melalui pedagogi Bahasa Melayu berbantukan ICT. Seiring dengan kemajuan ICT maka terbentuklah beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran berkisarkan daripada aspek pedagogi. Perkembangan ini bertujuan untuk mewujudkan pembelajaran bermakna serta lebih berkesan.Pendidikan ialah proses mengubah manusia kepada satu tahap yang lebih baik dan proses penyediaan manusia untuk menghadapi masa akan datang. Salah satu faktor yang menentukan pembangunan sesebuah negara terletak pada mutu pendidikannya. Peningkatan mutu pendidikan adalah satu perkara penting yang boleh mencorakkan suatu masa depan yang cerah. Sebaliknya, kemerosotan mutu pendidikan akan mendatangkan kesan negatif terhadap pembangunan sesebuah negara. Jadi sudah semestinya sistem pendidikan di Malaysia perlu mengikut perkembangan Pedagogi Berbantukan ICT yang semakin meledak.Sejarah membuktikan bahawa kejayaan sesebuah negara berkait rapat dengan kualiti pendidikan. Pada umumnya sistem pendidikan mendukung dua peranan utama iaitu sebagai jentera yang menyediakan pelajar menjadi tenaga kerja yang terlatih dalam pelbagai ilmu pengetahuan serta kemahiran untuk menggerak dan menyuburkan ekonomi negara. Dari sudut lain pula, pelajar setelah melalui sistem pendidikan di sekolah diharapkan menjadi insan yang berilmu dan seimbang dari segi pertumbuhan rohani, intelek, emosi dan jasmani.Pembangunan sistem pendidikan di Negara ini selepas merdeka merupakan hasil daripada segala proses yang bertitik tolak daripada perancangan program-program untuk melaksanakan berbagai-bagai peruntukan dan peraturan yang termaktub dalam Ordinan Pelajaran 1957 dan Akta Pelajaran 1961. Oleh yang demikian tidak dapat ditolak hakikat bahawa dari masa ke semasa aspek matlamat dan peranan pendidikan Negara telah disesuaikan dengan matlamat dan keperluan perancangan Negara. Prosesnya telah merangkumi pelbagai aspek pembangunan dalam program pendidikan berasaskan kepada perkembangan teknologi yang melanda dunia atau lebih dikenali dengan dunia tanpa sempadan. Antara yang terpenting ialah Pedagogi Berbantukan ICT yang berkembang dengan pesat diseluruh dunia tanpa mengira bangsa, agama dan sebagainya. Guru-guru dan pelajar didedahkan dengan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar tidak ketinggalan jika dibandingkan dengan negara-negara lain.Dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-7 dan ke-8, usaha yang gigih diambil untuk Negara beralih kepada ekonomi yang berasaskan pengetahuan. Tumpuan diberi kepada kemajuan ICT sebagai pemacu strategik bagi menyokong dan menyumbang secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi serta menjadikan negara setanding dengan negara-negara lain. Pelaburan yang besar telah di beri kepada sektor pendidikan agar dapat menjadikan pelapis negara dalam bidang ini.ICT pada masa kini digunakan secara global dan revolusi ini telah meresap ke semua sektor dalam kehidupan masyarakat. Untuk mengharungi cabaran ini serta mencapai matlamat Lebuhraya Multimedia (MSC) dan Wawasan 2020, inisiatif untuk mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran adalah tepat pada masanya. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk memaksimakan penggunaan ICT dalam mentransformasikan masyarakat Malaysia kepada masyarakat bermaklumat (knowledge based society). Ini selaras dengan matlamat Wawasan 2020 yang telah diutarakan oleh bekas Perdana Menteri.Proses pengajaran dan pembelajaran berkembang mengikut peredaran masa dan zaman. ICT merupakan penemuan dan inovasi yang dicipta dan dikembangkan bijak pandai dari dunia Barat. Walaupun ICT dikembangkan oleh masyarakat Barat melalui penggunaan Bahasa Inggeris yang digunakan seluas-luasnya tanpa sempadan geografi, namun usaha untuk menggunakan Bahasa Melayu dalam bidang ICT sebenarnya tiada sebarang masalah. Menurut Nik Safiah apabila ICT dikembangkan dalam Bahasa Inggeris maka istilah-istilah yang digunakan perlu sesuai dan diselarikan dengan bahasa rasmi dan bahasa utama sesebuah negara tersebut.ICT sudah tidak asing lagi dalam dunia pendidikan. Zaman ledakan maklumat yang begitu pantas dan memerlukan pengajaran bergerak seiringan dengan situasi semasa. Melalui penggunaan ICT pelajar mampu memanfaatkan bagi menguasai maklumat yang disediakan. Dalam pendidikan Bahasa Melayu penggunaan ICT juga perlu mendapat perhatian yang wajar daripada semua pihak sama ada pembuat dasar ataupun perlaksana dasar.Reformasi sistem pendidikan Negara telah melahirkan Sekolah Bestari dengan tujuan melahirkan generasi baru Malaysia yang celik ICT, kreatif dan inovatif serta berupaya membawa ekonomi kepada era maklumat. Menjelang 2013 dijangka wujud 8 ribu sekolah yang akan mencapai status sekolah bestari. Inisiatif ICT utama Kementerian Pelajaran Malaysia ialah computer dalam pendidikan, projek rintis Sekolah Bestari, School Net dan sebagainya.Kini senario pendidikan terus berkembang dengan pengintegrasian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tidak kira apa subjek ICT boleh digunakan termaksudlah mengajar Bahasa Melayu dengan berbantukan ICT. Apa yang penting guru-guru Bahasa Melayu perlu mendapat banyak ilmu dan kepakaran terutama daripada segi Pedagogi Berbantukan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.Terdapat banyak alat teknologi yang boleh membantu proses P&P, salah satunya iapah perisian pembelajaran berbantukan ICT, Pedagogi berbantukan ICT yang merangkumi semua bidang termasuk mengajar Bahasa Melayu. Wujudnya ICT dalam sektor pendidikan telah menjadikan proses P&P lebih efektif dan menarik. Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu seharusnya menggunakan teknologi Pedagogi terkini untuk memudahkan pelajar memahami Bahasa Melayu dengan lebih mendalam. Penggunaan ICT dapat meningkatkan dan mempelbagaikan pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Oleh itu guru sewajarnya menggunakan kesempatan ini bagi membantu murid menguasai konsep dan kemahiran BerBahasa Melayu secara berterusan.Kuasa sebenar Pedagogi Berbantukan ICT dalam Bahasa Melayu ialah kaedah canggih berkomunikasi yang boleh menjangkau lebih daripada 4 dinding bilik darjah dan dengan mengenalpasti sumber maklumat dari seluruh pelusuk dunia dari hujung jari sahaja. Guru bukan bertindak sebagai punca ilmu lagi tetapi bertukar menjadi penyelia untuk membimbing pelajar memantapkan penguasaan Bahasa Melayu.

KONSEP DAN CIRI-CIRI

PEDAGOGIMengikut Concise Encyclopaedia Britannica, ditinjau daripada sudut tradisi Pedagogi merupakan satu seni pengajaran yang melibatkan penggunaan kaedah dan teknik mengajar. Kamus A New English Dictionary menerangkan, Pedagogi sebagai ilmu pendidikan atau kaedah mengajar. Kamus Dewan edisi keempat menyatakan Pedagogi ialah kajian tentang kaedah dan prinsip pengajaran.Mengikut sejarah, perkataan Pedagogi berasal dari pekataan pedagogue yang bermaksud seorang Tutor atau pendidik yang mempunyai bakat dan kecekapan melaksanakan tugas-tugas pengajaran secara berkesan khasnya dalam bidang perkembangan kanak-kanak dari segi kognitif, psikomotor dan afektif mereka.Pedagogi ialah kajian mengenai pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan formal. Dengan kata lain, ia adalah sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah. Secara umumnya pedagogi merupakan mata pelajaran yang wajib bagi mereka yang ingin menjadi guru di sekolah. Sebagai satu bidang kajian yang luas, pedagogi melibatkan kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi guru dan pelajar.Dari segi etimologinya, perkataan Pedagogi berasal dari bahasa Yunani iaitu paidagogos yang bermaksud hamba yang mengantar dan mengambil budak-budak pergi balik dari sekolah. Perkataan Paideia merujuk kepada kanak-kanak .Kajian menunjukkan Pedagogi berasal daripada perkataan Latin yang membawa maksud kaedah mengajar kanak-kanak. Seiring dengan peredaran masa dan pemantapan bidang pendidikan, konsep pedagogi telah berkembang dan digunakan dalam konteks pengajaran di peringkat sekolah sehingga ke Universiti.Menurut Sharifah Alwiyah 1976 menyatakan pedagogi ialah ilmu yang menerangkan tentang kaedah pengajaran yang meliputi prinsip pengajaran, pengurusan bilik darjah dan teknik penyampaian yang membolehkan guru mencapai objektifnya. Page (1975) menyatakan bahawa Pedagogi ialah seni dan sains pengajaran. Esah Sulaiman (2004) Pedagogi ialah seni dan sains pengajaran yang merangkumi prinsip, kaedah pengajaran, pengurusan bilik darjah dan pendidikan formal.Mok Soon Sang (2008) pengertian Pedagogi boleh dihuraikan sebagai salah satu bidang ilmu pendidikan yang berkaitan dengan kajian secara saintifik atas prinsip-prinsip dan kaedah mengajar, merangkumi proses pengajaran yang optimum. Glenn, 2003 berpendapat Pedagogi membawa proses P&P yang melibatkan pengetahuan dari segi teori yang berkaitan dengan pendidikan dan kemahiran pedagogi.

DEFINISI BERBANTUKANBebantukan bermaksud menggunakan peralatan untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar dengan keupayaan tertentu. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat berbantukan bermaksud menggunakan sesuatu bagi melaksanakan sesuatu tugas atau kerja. Dengan kata lain berbantukan lebih menjurus kepada penggunaan ICT dalam membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi memudahkan dan menimbulkan keberkesanan proses di dalam bilik darjah seiring dengan penkembangan ICT di dunia ini. Pelbagai kelengkapan ICT yang moden dan mesra pengguna terdapat dan boleh didapati dengan mudah walau dimana sahaja berada. Sebagai contoh seperti Internet, Multimedia, CD-ROM, program, sistem dan sebagainya. ICT boleh membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutama dalam subjek Bahasa Melayu.

DEFINISI ICTICT adalah amat luas ruang lingkupnya, dan merangkumi banyak bidang. Contohnya termasuk komputer pengguna danperisiannyakomputer dan sistem komputer yang digunakan oleh guru, pelatih dan pelajar untuk tujuan pendidikan.Perisiandan sokongan untuk sistem sepertipemprosesan katadanhamparan, serta juga komputernya. Kegunaankomputertradisional yang merangkumistoran datasertaatur carauntuk menginput, memproses, dan mengoutputdata.Perkakasandan perisianpelayanyang digunakan untuk menyokong kegunaan sepertie-meldanperisian muafakat, perkhidmatan fail dan cetak,pelayan/atur cara penggunaansesawang, sistem storan, dan perkhidmatan-perkhidmatan pengehosan sesawangyang lain. ICT digunakan dengan meluas sepert yang diterangkan di atas.Perisianyang disambungkan terus kepada sistem maklumat komputer yang digunakan untuk mengumpulkan atau menghantaraudio,videodan maklumatgrafiksepertipengimbasdanpendigit. Rangkaian data, suara, danvideo, serta semua kelengkapan dan perisian komunikasi yang berkait. Sistem sambutan suara yang berinteraksi denganpangkalan datadanatur cara penggunaankomputer. Kelengkapantelefondanradioyang digunakan untuk komunikasi suara, termasuk rangkaian komunikasi radio negara. Sistem komputer "terbuka/bersepadu" yang mengawal atau mengautomatikkan proses mekanik dan kimia serta juga menyimpan maklumat yang digunakan oleh atur cara komputer bagi tujuan menganalisis.Walau bagaimanapun, ruang lingkup ICT tidak merangkumi. Sistem komputer "tertutup/tersendiri" yang mengawas atau mengautomatikkan proses mekanik dan kimia, misalnya sistem penggera kebakaran. Kelengkapanpandang-dengaryang boleh dikendalikan sebagai sebuah kelengkapan tersendiri, misalnyatelevisyen,perakam pita,perakam kaset video,kamera video, danprojektor paras atas, mesin fotokopi danmesin faks. Lesen dan langganan untuk maklumat elektronik yang dibekalkan kepada pengguna sebagai ganti kepada buku atau majalah tercetak.ICT merupakan kajian, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan, dan dukungan atau pengurusan sistem-sistem maklumatberasaskankomputer, khususnyaperisian penggunaandanperkakasan komputer. ICT ialah istilah am untuk memerihalkan sebarang teknologi yang membantu untuk menghasilkan, memanipulasikan,menyimpan, berkomunikasi atau menyebarkan maklumat manakala komunikasi pula ialah pemancaran simbol melalui media komunikasi massa yang utama seperti komputer, internet, laman web, radio, akhbar, filem, majalah, buku dan alat komunikasi peribadi melaui empat unsur untuk sebarang komunikasi iaitu mesej, penghantar, penerima dan media.ICT merangkumi pelbagai teknologi yang disepadukan untuk memperoleh, menyimpan dan menyebarkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks,suara, imej dan grafik animasi dan sebagainya dengan menggunakan alat-alat elektronik. ICT merangkumi apa jua alatan elektonik yang membenarkan pengguna menyimpan, menghubung, memproses dan mencipta serta menyampaikan maklumat.

DEFINISI KESELURUHANBolehlah dikatakan bahawa Pedagogi Berbantukan ICT ialah kaedah mengajar dengan menggunakan bantuan komputer untuk memudahkan dan menyenangkan. Criswell (1989) mendefinisikan sebagai penggunaan komputer dalam menyampaikan bahan pengajaran dan melibatkan pelajar secara aktif serta membolehkan maklum balas. Pendek kata matlamatnya ialah untuk mengajar. Mengajar bermakna menyampaikan pengajaran dengan menggunakan sistem komputer. Menurut Gagne dan Briggs (Wang dan Sleeman 1994) kemasyuran komputer menjadi popular sebagai media pembelajaran kerana komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lain sebelum zaman komputerKaedah pengajaran pembelajaran berbantukan komputer telah lama wujud sejak tahun 1960-an lagi di Amerika Syarikat dengan menggunakan komputer IBM. Satu projek PPBK yang dinamakan PLATO (Programmed Logic Automatic Teaching Operation) telah dibangunkan dengan kerjasama Universiti Illinois untuk membangunkan bahan perisian kursus untuk di gunakan di sekolah-sekolah. Di Malaysia, telah mula di perkenalkan dengan melibatkan 60 buah sekolah menengah yang dibekalkan 20 buah komputer pada tahun1993. Suatu bahan perisian yang di namakan ComIL telah di perkenalkan dengan kerjasama MIMOS dan Kementerian Pendidikan. Sekarang ini tumpuan utama adalah melibatkan empat mata pelajaran iaitu Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kaedah pengajaran menggunakan komputer juga akan semakin berkembang dengan wujudnya Sekolah Bestari yang mana merupakan salah satu dari tujuh aplikasi MSC. Usaha-usaha sedang dijalankan oleh semua pihak untuk menjadikan mutu dan taraf pendidikan dapat ditingkatkan melalui pelbagai aspek dan salah satunya ialah penggunaan bahan-bahan perisian yang bersesuaian dan menepati kehendak pendidikan semasa.CIRI-CIRI PEDAGOGI BERBANTUKAN ICTSebelum ini peranan guru sebagai penyampai ilmu pengetahuan dan tempat rujukan pertama bagi pelajar. Zaman telah berubah dan kini pelajar boleh mendapat ilmu dan maklumat melalui penggunaan ICT. Banyak peranan guru Bahasa Melayu untuk menggalakan penggunaan ICT dikalangan pelajar. Penggunaan ICT dalam pengajaran Bahasa Melayu bermaksud menggunakan ICT secara terancang, bersesuaian dan berfikrah untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.Penggunaan Pedagogi Berbantukan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran berupaya:meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran,memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan,meningkatkan motivasi pelajar, membolehkan pembelajaran bersendiri dan membolehkan pelajar mengakses maklumat yang sukar diperolehi.Membolehkan pelajar mengumpul maklumat yang memerlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk dikumpul,Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar,Membolehkan pelajar mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa,Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar,Memberi peluang kepada pelajar belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minima,Meningkatkan kemahiran ICT.Fatimah & Munirah, 1995; Pendidikan komputer dalam kurikulum melibatkan tiga peranan penting iaitu pembelajaran tentang komputer perisian, perkakasan dan pengaturcaraan komputer, penggunaan komputer untuk menyelenggara dan memproses data memproses data penyelidikan memproses perkataan

Ciri-ciri secara keseluruhanCiri-ciri Pedagogi Berbantukan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ialah:a. Berasaskan individu. Pembelajaran berbantukan ICT menyediakan keperluan pembelajaran yang menekankan prinsip pembelajaran kendiri. Keupayaan pelajar menguasai kemahiran bahasa dapat dilakukan secara terus melalui aktiviti yang dijalankan secara tersusun melalui penyediaan kandungan yang menkankan aspek kognitig dan afektif.

b. Bahan-bahan yang disediakan boleh diulang-ulang banyak kali bagi memastikan pelajar mendapat manfaat dan mudah mepelajari bahan yang diajar.

c. Bahan disediakan guru. Guru Bahasa Melayu menyediakan bahan dan digunakan bersama-sama dengan kemudahan ICT supaya dapat memenuhi objektif dan tahap kebolehan pelajar.

d. .Bahan Pedagogi Berbantukan ICT mestilah ramah pengguna serta mesra dengan kebolehpercaayaan yang tinggi. Bahan ini perlu sesuai dan mampu untuk member bantuan dan tidak berlaku sebarang kecacatan semasa proses P&P.

e. Boleh diubahsuai mengikut tahap, kemampuan dan pencapaian pelajar. Adalah sesuai jika bahan bantu ini mampu disesuaikan dengan pelajar kerana semua pelajar tidak sama tahap perkembangan dan pemikiran mereka.

f. Menarik, interaktif dan mampu mengalakkan proses pengajaran dan pembelajaran. ICT memang mempunyai peralatan yang sesuai jadi sampai masa guru Bahasa Melayu menggunakan bahan bantu yang relevan dan menarik perhatian.

g. Teknologi terkini sesuai dengan tahun 2010 anjakan kemajuan ICT semakin berkembang. Semua peralatan ICT berubah mengikut hari, masa dan penciptaan. Jika hari ini keluar barang ICT yang baru mungkin pada hari esok atau bulan setrusnya akan berlaku perubahan yang ketara. Penggunaan ICT yang terkini akan membantu dan member kelebihan kepada guru Bahasa Melayu.

h. Akur dengan kurikulum, tahap, kesesuaian dan objektif pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Bahan yang disediakan mestilah tidak lari daripada kehendak kyrikulum. Jika akur maka sesuai diteruskan dan jika tidak akur boleh disemak dan diperbaiki lagi.

i. Maklumat mestilah jelas terutama kepada pelajar bagaimana dan kenapa digunakan bahan ICT. Jika difahami maka mudahlah proses P&P berlaku dan saling menguntungkan semua pihak. Pelajar akan memahami kehendak dan apa yang perlu mereka lakukan terutama dalam penggunaan ICT.

j. Bahan yang digunakan mestilah tidak menimbulkan unsur yang boleh menimbulkan isu-isu seperti perpaduan, menyentuh isu agama, politik, bangsa dan sebagainya. Walaupun mempunyai kebebasan bersuara namun sensitivity kaum, agama dan bangsa perlu diambilkira. Jika lebih baik menggunakan tema perpaduan yang dapat merapatkan hubungan.

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (2001) mencadangkan pengajaran dan pembelajaran melalui empat kaedah bersumberkan ICT: 1. Tutorial 2. Penerokaan 3. Aplikasi 4. Komunikasi

Konsep dan Ciri-ciri Keadah TutorialSebelum guru mengguna pendekatan Tutorial, ciri-ciri berikut perlu diberi pertimbangan iaitu :perisian pendidikan yang sesuai. Untuk tujuan ini,guru perlu terlebih dahulu menilai setiap perisian pendidikan yang hendak diguna oleh pelajar sesuai dengan sukatan dan tahap kebolehan pelajar-pelajar serta akur dengan sukatan pelajaran sedia ada.peralatan ICT yang sesuai untuk mengguna perisian seperti komputer, internet dan sebagainya yang lengkap dan mampu untuk melaksanakan rancangan mengajar. Peralatan yang terkini seperti jalur lebar dan perisan yang terkini mengikut perkembangan teknologi semasa.kemahiran mengendali peralatan ICT terutama guru dan kemahiran asas pada pelajar. Guru perlu mahir dalam mengendalikan perisian dan mampu menyelesaikan masalah agar proses P&P berjalan lancer. Pelajar juga perlu diajar pengendalian sistem supaya mereka mampu mengendalikan program yang dikemukakan.keperluan untuk mengguna ICT , setakat mana keperluan kerana pada masa sekarang ICT memang tidak boleh dipisahkan dengan bilik darjah dan kehidupan seharian pelajar.Setelah pasti benar-benar wujud keperluan, guru hendaklah merancang penggunaan ICT, bukan dibuat secara bidan terjun. Perancangan ini perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:a) Lokasi peralatan ICT (dalam kelas atau di luar kelas)b) Penggunaan secara berkumpulan atau individu.c) Penggunaan di dalam atau di luar waktu waktu persekolahan.2.4Penggunaan ICT untuk pembelajaran tutorial dalam Bahasa Melayu sesuai digunakan dalam situasi berikut:Kelas yang mengandungi pelajar yang ramai dengan kemampuan pembelajaran yang berbeza. Dalam situasi ini guru boleh memberi tumpuan kepada sebahagian pelajar sementara sebahagian yang lain mengguna komputer.Guru terpaksa bertugas luar dan kelas diselia oleh guru ganti.Dalam situasi ini guru Bahasa Melayu t boleh merancang pembelajaran mengguna komputer.Terdapat pelajar yang sukar mengikuti pengajaran guru.Dalam situasi ini guru boleh menggunakan perisian khusus untuk pemulihan.Terdapat pelajar cerdik yang memerlukan aktiviti pengayaan.Dalam situasi ini perisian pendidikan yang mencabar minda boleh diberikan kepada mereka

Konsep dan Ciri-ciri Keadah PenerokaanKonsep dan ciri penggunaan ICT untuk pembelajaran penerokaan berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium untuk:a) mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, portal maklumat dan sebagainya terutama dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Bahan-bahan ini mudah diakses tambahan pula teknologi terkini dihujung jari sesiapa sahaja. Untuk mendapatkan bahan mudah dan banyak termaksuklah di internet dan sebagainya . Pengeluaran CD-ROM dalam bentuk multimedia juga banyak dipasaran yang memudahkan guru Bahasa Melayu ingin menjadikan bahan bantu mengajar.b) mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi terutama yang melibatkan aspek karangan, lisan, bacaan dan isu semasa.c) melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh pelajar.ICT sesuai digunakan untuk pembelajaran penerokaan dalam situasi:pembelajaran yang berbentuk inkuari penemuan.Pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar.Aktiviti yang berkaitan Kajian Masa DepanAktiviti pembelajaran yang berbentuk simulasi

Konsep dan Ciri-ciri Keadah AplikasiKonsep dan ciri penggunaan ICT untuk pembelajaran aplikasi berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium sebagai alat aplikasi apabila membantu pelajar melaksanakan tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat p&p. Contohnya penggunaan perisisan beraplikasi umum seperti pemprosesan perkataan oleh pelajar dalam menghasilkan karangan atau penggunaan perisian hamparan elektronik untuk memplot graf.Perisian aplikasi khusus seperti editor grafik, Komputer Aided Design (CAD) dan lain-lain juga termasuk dalam kategori alat aplikasi yang boleh digunakan untuk membantu pelajar melaksanakan aktiviti pembelajaran.4Di kalangan guru, ada yang beranggapan penggunaan ICT dalam konteks di atas telah dipenuhi bila pelajarnya menyediakan karangan dengan menggunakan pemproses perkataan. Penggunaan seperti ini tidak menyokong mana-mana falsafah pendidikan, sebaliknya, komputer dan pemproses perkataan hanya diguna seperti mesin taip sahaja. Bagaimanapun, apabila sekumpulan pelajar berbincang, mengedit dan mengolah kandungan karangan dengan bantuan pemproses perkataan dan mempersembahkan hasil karangan ini, barulah boleh dikatakan ICT telah digunakan secara yang bermanfaat.Ciri-ciri lain mestilah bahan tersebut mesra dengan pelajar iaitu untuk dikendalikan dan sistemnya dipercayai serta mampu untuk melakukan berbilang kerja dalam satu masa. Bahan yang sering digunkan mestilah asli dan mendapat sijil kerana program asli akan menentukan kejayaan oleh sebab program yang stabil serta tidak menimbulkan sebarang masalah.

Konsep dan Ciri-ciri Keadah KomunikasiKonsep dan ciri penggunaan ICT untuk pembelajaran aplikasi berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium sebagai alat komunikasi apabila diguna untuk memboleh pelajar dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk .Kemajuan ICT pada hari ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti berikut:teksgrafikaudio.videokombinasi pelbagai modBagaimana Guna ICT Sebagai Alat Komunikasi Dalam P&P? Terdapat empat teknik untuk komunikasi melalui ICT, iaitu:Teknik Seorang SendirianTeknik Seorang kepada SeorangTeknik Seorang kepada RamaiTeknik Ramai kepada Ramai

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN

Kelebihan Pedagogi Berbantukan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.Antara kelebihan yang boleh dicapai ialah dapat mengindividukan pembelajaran dimana pelajar boleh mempelajari sesuatu pelajaran melalui satu medium iaitu penggunaan komputer dan mampu menyampaikan bahan kepada semua pelajar. Berbanding dengan pedagogi tradisional yang menumpukan P&P kepada cikgu dengan kata lain ICT mampu menjadi pengajar yang dianggap sebagai guru.Walaupun pada masa kini, masih belum terdapat lagi kajian khusus yang mendalam tentang keberkesanan pengajaran bahasa berbantukan ICT, namun kita percaya bahawa melalui pengintegrasian teknologi, pengajaran bahasa akan menjadi lebih menarik, bermakna dan produktif dengan pengabungjalinan penggunaan multimedia serta komputer. Hal ini demikian kerana bahan teknologi maklumat biasanya mengabungkan teknik suara, bunyi, gambar, video serta teks yang pelbagai untuk mewujudkan persekitaran yang baru disamping kaya dengan input bahasa. Kelebihan ini tidak ada pada bahan bantu yang lain seperti buku teks atau bahan yang lebih bersifat satu hala. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah diasaskan oleh perkembangan dan kemajuan pesat dalam bidang microelektronik dan menghasilkan pelbagai kemudahan teknologi seperti komputer peribadi. Telekomunikasi multimedia dan sebagainya. Kemunculan internet juga telah meluaskan penggunaan ICT dengan jaringan informasi bersepadu dan diaplikasikan sebagai media komunikasi yang melibatkan teks, bunyi, grafik dan video. Antara kesan yang dilihat dalam pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa adalah mampu menjana idea baru, kreativiti dan inovasi dalam memantapkan lagi penggunaan bahasa contohnya Bahasa Melayu.Pelajar belajar mengikut kemampuan sendiri. Apabila menggunakan komputer pelajar akan dapat mempelajari Bahasa Melayu mengikut kemampuan sendiri, dimana pelajar boleh meneruskan sesi pembelajaran jika mampu dan mengulang semula jika sukar untuk difahami. Tambahan pula sesuatu perkara itu boleh diulang-ulang beberapa kali supaya dapat mengingat kembali. Bagi pelajar yang cemerlang pula boleh meneruskan pembelajaran ke topic yang baru. Jadi sudah tentu P&P Bahasa Melayu menjadi releven dengan tuntutan emasa. Menurut pengkaji-pengkaji terdahulu(Zamri Mohamad 2008,76):a.meningkatkan minat terhadap mata pelajaranb.meningkatkan keberkesanan dalam kefahaman dan penguasaan bahasac.meningkatkan minat dalam satu-satu mata pelajarand.berkesan jika selari dengan sukatan mata pelajaran.Pedagogi berbantukan ICT ini juga dapat dikalangan para pelajar. Biasanya pelajar lebih memahami proses P&P jika terdapat bahan yang boleh member rangsangan kepada mereka. Misalannya penggunaan Multimedia, Internet, Facebook dan sebagainya mampu meningkatkan motivasi untuk merekea mempelajari Bahasa Melayu. Kelpagaian bahan mampu memberi penjelasan yang lebih.Pelajar juga boleh belajar tanpa penyeliaan atau dengan penyeliaan yang minimum. Melalui teknik ini pelajar tidak bergantung seratus peratus dibahu guru. Mereka boleh melakukan sendiri sama ada di sekolah mahupun di rumah. Kekangan masa, jadual waktu dan kehendak kurikulum boleh diminimunkan kerana mereka boleh mendapatkan bahan Bahasa Melayu melalui pelbagai sumber ICT.Memberi peluang kepada pelajar untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing. Peningkatan pelajaran pada zaman sekarang bergantung kepada Pedagogi yang digunakan oleh guru. Apabila guru menggunakan Pedagogi Berbantukan ICT akan mendorong pelajar terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran. Apabila pelajar aktif sudah tentu mereka mampu mengemukan pendapat dan seterusnya mampu mempelajari Bahasa Melayu dengan baik.Memberi peluang kepada pelajar untuk menangani masalah sebenar di dalam Kelas. Tidak seperti kelas tradisonal kekuasaan terletak ditangan guru. Guru menjadi autrokratik dan berkuasa penuh. Melalui penggunaan ICT guru membuka seluas-luasnya proses pembelajaran dengan berbantukan ICT. Bayangkan guru hanya mengawal proses P &P dan pelajar menggunakan peralatan ICT untuk mempelajari Bahasa Melayu.Memberi peluang kepada guru menerapkan teori pembelajaran moden seperti constructivism, multiple intelligences dan lain-lain. Zaman ledakkan maklumat ini Negara yang mampu mengikut rentak kemajuan ICT akan menjadikan sistem pendidikan itu Berjaya. Guru tidak terikat lagi dengan kaedah lama. Bantuan ICT ini mempercepatkan lagi penggunaan teori pembelajaran moden yang sesuai dengan perkembangan terkini.Pelajar boleh memberikan tumpuan kepada melakukan aktiviti pembelajaran yang autentik iaitu proses pembelajaran yang fleksibel serta guru boleh mengemuka masalah yang lebih mencabar minda pelajar. Pelajar yang mempunyai daya berfikir yang kreatif dan kreatif akan menjadikanb mereka Berjaya dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Pelajar dapat meningkat kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran dengan berbantukan ICT.Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran Kolaboratif berjalan, interaksi berlaku di antara pelajar dengan bahan pengajaran, pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan tenaga pengajar. Schrage (1990) menyatakan pembelajaran kolaboratif melebihi aktiviti bekerjasama kerana melibatkan perkongsian hasil penemuan dan hasil yang didapati daripada pembelajaran baru. Menurut Jonassen (1996), pembelajaran secara kolaboratif dapat membantu pelajar membina pengetahuan yang lebih bermakna jika dibandingkan dengan pembelajaran secara individu. Dengan menjalankan aktiviti dan projek pembelajaran secara kolaboratif secara tidak langsung kemahiran-kemahiran seperti bagaimana berkomunikasi akan dipelajari oleh pelajar berbantukan ICT dalam prose penyampaian subjek Bahasa Melayu.Tingkat penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran melalui kumpulan yang bersifat global. Oleh kerana ICT pada masa sekarang digunakan di seluruh dunia memudahkan hubungan dijalinkan dengan pelajar Negara luar. Pelajar boleh mengambil kesempatan untuk berinteraksi dan melontarkan pendapat. Walaupun menggunakan Bahasa Melayu pelajar boleh berkomunikasi menggunakan ICT dengan Negara lain seperti dari Indonesia, Brunei dan sebagainya.Boleh melibat pakar di dalam dan luar negeri dalam proses pembelajaran. Walaupun tenaga pakar dalam ICT ada namum masih ketinggalan jika dibandingkan dengan Negara maju. Apabila menggunakan Pedagogi Berbantukan Komputer pihak kerajaaan mahupun swasta boleh menjemput pakar-pakar bagi ICT dating dan seterusnya boleh berkongsi ilmu dengan tenaga tempatan. Melalui cara inilah sudah tentu ilmu dalam pedagogi akan meningkat. Bahagian perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (2003) menyatakan Pedagogi Berbantukan ICT berupaya menjadi alat bantu pengajaran yang afektif kerana:a. Berupaya menarik minat pelajarb. Penyabar dan responsivec. Berpusatkan pelajard. Menyokong pembelajaran terbuka, bebas dan flisebele. Memberikan capaian bahan dalam talianf. Boleh diamalkan dimana-mana.g. Menggalakan perkongsian dan kolaborasi serta kepelbagaianh. Perkembangan sukar dijangkakani. Sumber bahan rujukkan yang sangat bernilai.Kekurangan Pedagogi Berbantukan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.Kita jangan lupa setiap yang dicipta mengandungi kelemahan dan keburukan sendiri. Begitu juga dengan penggunaan Pedagogi Berbantukan ICT dalam Bahasa Melayu. Guru-guru harus berhati-hati dalam melaksana pendekatan ini. Kesilapan dalam memberikan pertimbangan boleh mengakibatkan pembaziran masa dan tenaga. Masa bagi proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kelas amat terhad, adakalanya hanya 30 minit sehingga satu jam setengah. Adalah merugikan guru itu sendiri jika terpaksa mengendalikan ICT dalam keadaan yang tidak sempurna serta mengambil masa yang lama untuk dikendalikan. Kesannya bukan sahaja kepada guru malahan pelajar juga akan menangung kerugian. Tenaga kerja yang ramai kadang kala tidak berbaloi untuk melaksanakan Pedagogi Berbantukan ICT. Adalah menjadi keutamaan jika hanya guru berkenaan mampu mengendalikan proses P&P dalam kelas. Menurut kajian Zamri Mohamad (2008, 114) hasil daripada analisi protocol mendapati ada setengah laman web, perisan malahan CDROM tidak bersesuaian dengan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.Kesan buruk seterusnya ialah menjurus ke arah penyalahgunaan kemudahan ICT. ICT merupakan alat yang dicipta oleh manusia demi kepentingan sejagat. Walaubagaimanapun ia tidak lari daripada penyalahgunaan maklumat yang banyak di internet yang tidak ditapis akan mendatangkan bahaya dan kemudaratan khususnya kepada pelajar, yang menjadi antara golongan pelayar internet teramai di Malaysia. Terdapat banyak maklumat yang tidak sesuai seperti maklumat seks, keganasan, hasutan, kabar angin, diskriminasi, dadah, promosi keganasan dan penderaan, perjudian dan sebagainya. Kajian yang dijalankan di Amerika Syarakat mendapati 48% gurusukar mencari laman web yang bersesuaian untuk proses pengajaran dalam kelas. Kajian yang telah dijalankan oleh School Board Foundation dalam Thomas (2006) mendapati ibu bapa bimbang terhadap laman web lucah, 27% bimbang tentang keganasan dan 20% bimbangtentang kandungan kebencian.Kajian yang dibuat oleh Yahya Othman, dapatan menunjukkan terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu. Antaranya adalah masih terdapat guru yang tidak mahir dalam mengendalikan pembelajaran berbantukan komputer disebabkan kurang latihan. Guru juga menghadapi masalah dalam pengajaran berbantukan komputer kerana banyak masa perlu diberikan dalam menyediakan bahan. Pelajar juga kurang berminat menggunakan komputer dalam pengajaran bahasa. Komputer yang digunakan di sekolah juga sering rosak dan ketinggalan dari segi kapasiti dan teknologi. Di samping itu, terdapat kekangan dari segi sistem selenggaraan komputer yang tidak cekap di sekolah. Masalah bilik komputer juga sering mengganggu kelancaran penggunaan komputer dalam pengajaran. Terdapat guru bahasa yang tidak dapat menggunakan bilik komputer kerana sering digunakan oleh kumpulan pelajar lain.Pengaruh rakan sejawat tidak mempengaruhi sampel kajian dalam pelaksanaan pengajaran berbantukan komputer. Minat mengajar menggunakan komputer tidak menurun apabila tidak ramai guru yang berbuat demikian.Kemudahan teknologi yang berkaitan tidak mencukupi Proses pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan prasarana yang mencukupi seperti kemudahan makmal komputer, peralatan berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat, serta penyediaan dan penyelenggaraan komputer yang mencukupi dan lancer. Sistem penyelenggaraan bahan teknologi maklumat di sekolah yang tidak cekap menjadi salah satu punca permasalahan pengintegrasiaan ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Sehubungan itu juga, peruntukan kewangan yang lambat serta tidak mencukupi untuk proses penyediaan kemudahan teknologi maklumat di sekolah-sekolah tertentu menjadi salah satu punca timbulnya permasalahan dalam proses pengintegrasian.Pedagogi Berbantukan ICT juga menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif kerana semua kaedah mengajar telah ditetapkan yang mana sesuai dan yang mana kurang sesuai. Sedangkan ICT merupakan satu alat yang sukar untuk dijangka. Sebagai contoh pada awal 1995 dahulu sistem pemprosesan perkataan berada paling minima sekali namun menjelang 2010 sistem pemprosesan perkataan mudah dan lebih menarik lagi. Begitu juga dengan peralatan, sistem dan program ICT yang berkembang. Kadang kala teori yang diperkenalkan sudah terlambat untuk diaplikasikan dan inilah yang dinamakan menghalang penggunaan ICT yang lebih produktif.Kadang-kala Pedagogi Berbantukan ICT mengakibat lebih banyak masa diperlu oleh pelajar untuk mempelajari sesuatu jika dibandingkan dengan kaedah tradisonal. Masa memainkan peranan penting kerana didalam kelas pelajar telah ditetapkan bilangan masa. Misalannya masa Bahasa Melayu akan semakin sedikit sekiranya Pedagogi Berbantukan ICT yang digunakan tidak seperti yang dirancangkan. Pelbagai masalah seperti kerosakan sistem, program dan adakala komputer mengalami masalah memungkinkan berlaku pembaziran masa yang tidak disedari.Kos terlalu tinggi membekalkan dan menyelenggara peralatan komputer di sekolah memerlukan kos yang tinggi. Namun kekurangan kakitangan sokongan yang boleh melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan komputer menyebabkan banyak komputer yang mengalami kerosakan dibiarkan begitu sahaja tanpa dibaik pulih. Selain dari itu, kerja-kerja membaikpulih komputer ini dibebankan kepada guru yang mepunyai kemahiran tentang komputer. Bagi mengatasi masalah ini, setiap sekolah perlu diwujudkan unit sokongan teknikal bagi komputer yang khusus bukan sahaja dalam pemasangan komputer malah dalam kerja baikpulih dan penyelenggaraan komputer.Perbezaan yang lebih ketara terutama kadar pembelajaran yang berbeza. Pendemokrasian pendidikan memastikan setiap pelajar mempunyai peluang yang sama untuk mendapatkan pendidikan di sekolah. Menghadapi pelajar daripada pelbagai kebolehan memerlukan kebijaksaan guru untuk memastikan semua pelajar mencapai objektif pengajaan yang ditetapkan. Pelbagai kebolehan ini menimbulkan masalah dalam P&P. Oleh yang demikian terdapat pelajar yang tidak boleh mengikuti Pedagogi Berbantukan ICT manakala terdapat juga pelajar yang bosan kerana terpaksa menanti kawan-kawan yang lain mencapai objektif pembelajaran.

CONTOH PERLAKSANAAN /APLIKASI DALAM BILIK DARJAHPedagogi berbantukan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.1.5Walaupun banyak kaedah boleh digunakan dengan menggunakan ICT dalam P&P, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (2001) mencadangkan pengajaran dan pembelajaran melalui empat kategori: 1. Tutorial 2. Penerokaan 3. Aplikasi 4. KomunikasiDalam konteks penggunaan ICT dalam P&P Bahasa Melayu, tiada satu cara pun yang boleh dikatakan sebagai terbaik dan mesti digunakan oleh guru atau pelajar. Pendekatan yang terbaik ialah jika penggunaannya sesuai dengan keperluan pelajar, serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangkamasa yang munasabah. Penggunaan Pedagogi Berbantukan ICT dalam P&P Bahasa Melayu dapat dilihat dari 2 aspek iaitu aspek pengajaran (guru menggunakan ICT), dan aspek pembelajaran (pelajar gunakan ICT). Dalam konteks pembelajaran1, penggunaan Pedagogi Berbantukan ICT dalam P&P boleh dikategori sebagai tutorial, penerokaan (eksploratori), aplikasi dan komunikasi. Dalam konteks pengajaran pula, Pedagogi Berbantukan ICT boleh diguna sebagai alat persembahan dan alat demonstrasi.Syarat untuk memanfaatkan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ialah perlulah dirancang dengan baik dan tidak dilakukan secara bidan terjun ataupun tergesa-gesa. Penggunaan Pedagogi Berbantukan ICT mestilah bersesuaian dengan kurikulum Bahasa Melayu dan menyokong pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Perkakasan dan perisaian ICT yang sesuai boleh digunakan dalam proses pembelajaran.TutorialMelalui kaedah tutorial, guru perlu menyediakan pakej-pakej pengajaran seperti dalam bentuk persembahan seperti MS Power Point, multimedia, program dan sebagainya untuk menerangkan konsep-konsep asas dalam Bahasa Melayu seperti aspek tatabahasa, penulisan, pemahaman dan sebagainyai. Guru juga boleh menyediakan soalan-soalan berdasarkan isi pelajaran yang berkaitan. ICT dalam P&P mata pelajaran Bahasa Melayu Boleh menggunakan kaedah tutorial apabila digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan topik yang telah ditetapkan Kaedah tutorial merangkumi :1. pembelajaran ekspositori.2. ,demonstrasi sesuatu fenomena yang dikawal urutannya.3. latihan atau latih tubi yang dikawal dan disampai oleh sistem.

Melalui kaedah ini guru akan menerangkan dengan teliti cara penggunaan komputer dan perisian yang terdapat di dalam CDROM, cakera keras ataupun laman web. Dengan itu pelajar boleh menggunakan bahan dengan panduan daripada guru. Situasi ini menjadi lebih mudah disebabkan semua perisian yang ada kini menggunakan aspek multimedia. Kaedah ini sesuai digunakan apabila terdapat perbezaan kemampuan penggunaan alat ICT di kalangan pelajar dan bilangan pelajar sangat ramai di dalam sesebuah kelas. Penyediaan bahan melalui courseware akan dapat menyelesaikan masalah kekurangan guru misalnya guru terbabit terlibat dalam aturcara di luar sekolah. Malah latihan pelbagai peringkat memberi ruang pelajar yang berbeza kemampuan untuk menguji keupayaan mereka sesuai dengan tahap yang disediakan.ICT dikatakan untuk pembelajaran tutorial apabila diguna untuk menyampai kandungan pelajaran Bahasa Melayu berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Pembelajaran tutorial ICT dalam Pengajaran Bahasa Melayu ialah satu pembelajaran ekspositori. Demonstrasi sesuatu perkara itu dikawal oleh sistem komputer serta latihan atau latihtubi yang dikawal oleh sistem. Guru berperanan mengawal tingkahlaku pelajar dengan menggunakan ICT. Kesan yang nyata ialah meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran. Disamping itu motivasi pelajar dalam menguasai ilmu Bahasa Melayu akan meningkat jika timbul keseronokan dan sikap ingin mencuba apabila menggunakan ICT. Peranan guru juga menjadikan pelajar boleh belajar kendiri melalui akses kepada maklumat yang sukar diperolehi terutama di internet melalui laman web. Selain itu pelajar akan lebih seronok dan meningkatkan daya imaginasi pelajar.Alat ICT yang selalu digunakan untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisian pendidikan sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM, cakera keras ataupun laman web. Istilah Komputer Assisted Instruction (CAI) digunakan untuk menggambarkan penggunaan komputer dalam P&P. Terdapat berbagai-bagai bentuk perisian yang dibuat khas untuk digunakan dalam bilik darjah. Sekiranya bahan-bahan tersebut digunakan sama ada dalam bentuk cakera liut atau cakera padat, proses pengajaran tersebut dianggap sebagai pengajaran bantuan komputer atau CAI. Komputer Assisted Learning,Komputer Assisted Instruction,Komputer Based Instruction,Komputer Aided Learning dan Komputer Based Learning merupakan nama-nama yang biasa didengari. Pebezaan istilah-istilah ini hanyalah dari segi nama. Apa yang penting ialah fungsinya tetap sama iaitu untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.Perubahan ini seiring dengan perkembangan yang berlaku dalam rekabentuk perisian pendidikan yang berciri kecerdasan. Ciri ini melahirkan perisian pendidikan yang berupaya menyesuai maklumat yang disampai dengan kemampuan dan keperluan pelajar. Dengan perkembangan ICT,perisian kursus dalam Bahasa Melayu yang terdapat pada hari ini hampir semuanya berciri multimedia. Secara umum, setiap perisian pendidikan Bahasa Melayu mengandungi satu atau lebih daripada komponen berikut mempersembahkan maklumat, membimbing, menyediakan/memberi latihan dan menilai pencapaian. Perisian pendidikan Bahasa Melayu yang digunakan dalam pembelajaran tutorial sebahagian besar direkabentuk berdasar kepada model tradisional P&P, model transmisi, yang melihat guru sebagai penyampai maklumat utama dan pelajar sebagai penerima.Perisian pendidikan Bahasa Melayu seperti ini lebih mudah diadaptasi oleh guru Bagimanapun, guru harus berhati-hati dalam melaksana pendekatan ini. Kesilapan dalam memberikan pertimbangan boleh mengakibat pembaziran masa dan tenaga, menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif, menjurus ke arah penyalahgunaan kemudahan ICT, mengakibat lebih banyak masa diperlu oleh pelajar untuk mempelajari sesuatu. Sebelum guru mengguna pendekatan ini, perkara-perkara berikut perlu diberi pertimbangan ada perisian pendidikan yang sesuai. Untuk tujuan ini guru perlu terlebih dahulu menilai setiap perisian pendidikan yang hendak diguna oleh pelajar. Ada peralatan ICT yang sesuai untuk mengguna perisian, ada kemahiran mengendali peralatan ICT. Dan ada keperluan untuk mengguna ICT .Contoh perlaksanaan aplikasi Pedagogi Berbantukan ICT bagi kaedah Tutorial berkaitan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu mestilah melibatkan perkara di bawah seperti guru mesti memastikan keperluan sewaktu proses P&P. Antaranya ialah seperti perisian ICT yang sesuai disertakan dengan perkakasan ICT yang sesuai dengan bahan dan objektif yang ingin dicapai. Perancangan masa, tempat sama ada dalam kelas, luar kelas atau di makmal computer. Guru juga perlu mengambikira mod penggunaan iaitu bersendirian ataupun berpasangan.Guru boleh melaksanakan perancangan sebelum mengajar kaedah tutorial ini. Penilaian dilakukan untuk memastikan murid mampu menguasai dan melakukan aktiviti yang disediakan oleh guru. Guru boleh memuat turun bahan Bahasa Melayu melalui laman web dan mana-mana sahaja bahan ICT yang releven dengan tajuk. Pelajar pula boleh didedahkan dan diberi taklimat untuk menguasai literasi computer supaya tidak berlaku rasa canggung ketika pelajar menggunakan ICT. Pelajar akan dapat memahami matlamat penggunaan ICT yang jelas mampu membantu mereka mengalami P&P dalam kelas. Guru-guru boleh menggunakan cara di atas dalam menyampaikan Pedagogi Berbantukan ICT melalui kaedah tutorial.

Penerokaan

Pedagogi Berbantukan ICT seterusnya ialah melalui pembelajaraan penerokaan. Menurut Kamus Dewan (Edisi Keempat), perkataan penerokaan bermaksudperihal (perbuatan, usaha, penjelajahan) dilakukan berdasarkan pengalaman. Ini bermaksud penggunaan multimedia untuk pembelajaran penerokaan berlaku apabila multimedia digunakan sebagai medium untuk mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, portal maklumat dan sebagainya. Selain daripada itu, pelajar mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi dan melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh pelajar. Dalam pembelajaran penerokaan, pelajar boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui ICT. Ini berbeza dengan pembelajaran tutorial, di mana pelajar hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem.Pembelajaran berbentuk penerokaan melalui laman web diperkenalkan oleh Jack Thorpe dan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat yang bertujuan melatih tentera Amerika dalam melakukan sesuatu operasi. Malah kaedah simulasi berasaskan laman web merupakan salah

satu cara untuk meluaskan kaedah simulasi dalam pendidikan disebabkan sifat internet yang lebih mudah diakses melalui pelbagai sistem operasi komputer. Simulasi boleh menjadi alat dan model yang boleh digunakan oleh pelajar malah ia bersifat global disebabkan ciri yang mudah diakses.Contoh perlaksanaan aplikasi Pedagogi Berbantukan ICT bagi kaedah Penerokaan berkaitan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu mestilah melibatkan perkara di bawah. Guru perlu masatikan keperluan bahan dan ICT sebelum memulakan kaedah penerokaan ini. Bahan yang disediakan merupakan bahan atau sumber yang terbuka atau sumber yang tertutup. Guru perlu mengambilkira sama ada perkakasan ICT yang sesuai atau tidak dengan perancangan yang dilakukan. Apabila sudah mencukupi bahan dan peralatan guru boleh memulakan P&P Bahasa Melayu. Guru juga mesti menilai kejayaan, kelemahan dan kekuatan proses P&P.Berkaitan dengan perisian yang digunakan boleh dibeli, dimuat turun, membangunkan program computer sendiri serta melalui bahan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Pelajar juga pelu didedahkan dengan apa yang mereka sepatutnya lakukan terutama sekali berkaitan dengan penggunaan seperi Internet, Laman Web, Face book, program CD-Rom dan sebagainya. Pelajar mesti berkebolehan untuk kendali perkakasan dan perisian serta mampu mengatasi masalah pada peringkat asas supaya proses P&P berjalan lancer. Guru-guru boleh menggunakan cara di atas dalam menyampaikan Pedagogi Berbantukan ICT melalui kaedah penerokaan.

AplikasiPeranan guru juga boleh menjadikan ICT sebagai alat aplikasi terutama dalam proses pembelajaran Bahasa Melayu. Guru boleh mendedahkan penggunaan perisian ICT kepada pelajar seperti pemprosesan perkataan, persembahan multimedia dan sebagainya sebagai satu cara untuk menimbulkan sikap ingin mencuba pelajar disamping dapat mengelakkan kebosanan pelajar menguasai aspek Bahasa Melayu. Guru berperanan untuk mengajar pelajar supaya menggunakan ICT secara aplikasi dalam kehidupan seharian mereka kerana ICT mampu membantu dan meudahkan urusan pelajar menguasai aspek Bahasa Melayu.Di kalangan guru, ada yang beranggapan penggunaan ICT dalam konteks di atas telah dipenuhi bila pelajarnya menyediakan karangan dengan menggunakan pemproses perkataan.Penggunaan seperti ini tidak menyokong mana-mana falsafah pendidikan, sebaliknya, komputer dan pemproses perkataan hanya diguna seperti mesin taip sahaja. Bagaimanapun, apabila sekumpulan pelajar berbincang, mengedit dan mengolah kandungan karangan dengan bantuan pemproses perkataan dan mempersembahkan hasil karangan ini, barulah boleh dikatakan ICT telah digunakan secara yang bermanfaat.Situasi ini turut mengambarkan pengoperasian teori pembelajaran sosio-budaya (socio-cultural learning) yang menyatakan budaya atau persekitaran sosial turut membantu pembelajaran pelajar saling mempelajari dan membantu sesama mereka membangunkan kemahiran kognitif, metakognitif, bertutur (verbal) dan bekerjasama (Brown, 1994; Perkins, 1992; McInerney & McInerney, 1998) Dengan bantuan aplikasi-aplikasi ini, pelajar akan dapat memberikan tumpuan melakukan aktiviti pembelajaran yang autentik. Katakan dalam satu eksperimen yang telah dilakukan,pelajar perlu mengkaji perkaitan antara dua pembolehubah.Mungkin banyak graf perlu diplot supaya perkaitan antara dua pembolehubah ini dapat dilihat. Walaupun kemahiran membina graf perlu dikuasai oleh pelajar tetapi dalam hal ini sepatutnya tumpuan diberi kepada melihat perkaitan antara dua pembolehubah itu. Tugas membina graf-graf ini mungkin memesongkan tumpuan pelajar daripada perkara yang lebih penting. Dalam hal ini, perisian aplikasi yang sesuai bolehdigunakan untuk membantu pelajar membina graf-graf yang diperlukan itu, sementara perhatian mereka ditumpukan untuk melihat perkaitan antara pembolehubah tersebut.Satu lagi situasi ialah seorang pelajar (dalam apa juga subjek yang berkaitan) mungkin perlu mengklasifikasi dan menyisih data yang banyak untuk melihat sesuatu trenda dalam data itu. ICT ialah alat yang ideal untuk diguna untuk tugas yang tidak autentik (iaitu mengklasifikasi dan menyisih data yang banyak) manakala pelajar itu boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas yang autentik (iaitu melihat dan memikirkan berkenaan trenda yang ada dalam data itu).4. Contoh perlaksanaan aplikasi Pedagogi Berbantukan ICT bagi kaedah aplikasi berkaitan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu mestilah melibatkan perkara di bawah bergantung kepada keperluan sukatan dan kandungan bahan Bahasa Melayu yang ingin disampaikan oleh guru. Perkakasan ICT mestilah mencukupui dan pastikan bahan itu elok dan boleh digunakan dengan baik. Guru perlu mengikut masa yang ditetapkan dalam jadual waktu dan memastikan tempat untuk proses P&P. Guru juga perlu mengambilkira mod penggunaan. Dalam proses kaedah aplikasi ini juga guru perlu laksanakan perancangan serta menilai keberkesanan.Guru boleh memuat turun melalui internet dan laman web, membeli program, membangunkan sendiri system P&P dalam Bahasa Melayu . Bagi pelajar pula pendedahan awal akan meastikan mereka boleh membuat latihan dengan baik. Aplikasi yang boleh diguna ialah seperti Microsf Office seperti Word, Excell, Power Point dan sebagainya. Begitu juga dengan ACAD, Simulasi, Acrobat Reader dan sebagainya. Guru-guru boleh menggunakan cara di atas dalam menyampaikan Pedagogi Berbantukan ICT melalui kaedah aplikasi.

KomunikasiPeranan guru juga boleh menjadikan ICT sebagai alat pemudah komunikasi antara guru dengan pelajar dan antara sesama pelajar supaya proses komunikasi mereka dapat dijalankan dengan baik. ICT dikatakan alat pemudah komunikasi antara guru dan pelajar walau dimana mereka berada. Antara peranan guru ialah mendedahkan pelajar dengan teks, grafik, audio, video dan kombonasi pelbagai program.Satu daripada model pembelajaran terkini yang mengambil peluang daripada keupayaan ICT sebagai alat komunikasi ialah pembelajaran kolaboratif. Selain daripada itu, kebolehan komunikasi global melalui ICT membolehkan pelajar bertukar maklumat berhubung budaya, dan geografi setempat bagi membolehkan mereka menganalisa dan membuat perbandingan dengan pengalaman mereka. Ini adalah merupakan satu pengalaman pembelajaran yang berupaya membuka minda mereka serta menjadikan pembelajaran lebih menarik dan bermakna.Secara tradisi, hampir semua guru mahu anak pelajar mereka memberikan perhatian sepenuhnya kepada apa yang mereka sampaikan. Perbuatan pelajar bertanya terlalu banyak atau bercakap sesama mereka dianggap sebagai mengganggu pembelajaran. Bagaimanapun, teori pendidikan terkini menghendaki pelajar menguasai kemahiran komunikasi. Komunikasi dilihat sebagai satu kemahran yang berupaya meningkatkan keyakinan pelajar terhadap diri mereka dan seterusnya membantu pembelajaran.

Internet boleh diintegrasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu dengan menggunakan cara-cara berikut:Mel Eletronik atau E-MelKumpulan diskusi Internet.Pangkalan Data Katalog PerpustakaanGopher dan Laman Web (World Wide Web)Pemindahan FailGuru boleh menggunakan cara di atas untuk berkomunikasi secara dalaman danluaran sesama guru, ibu bapa murid dan sebagainya. Murid boleh berkongsi pengalaman mengenai pelbagai isu terutama sekali melibatkan pembelajaran bahasa Melayu disamping itu boleh menggunakan kaedah penyelesaqian sesuatu masalah berkaitan pelajaran secara on-line.Contoh perlaksanaan aplikasi Pedagogi Berbantukan ICT bagi kaedah komunikasi berkaitan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu mestilah melibatkan perkara di bawah. Kaedeah ini juga perlu merancang aktiviti supaya menepati kurikulum dan sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu. Begitu juga dengan mod penggunaan. Guru perlu laksanakan perancangan serta menilai kembali perlaksanaan sama ada berjaya ataupun perlu ditambahbaikan. Guru perlu memastikan mereka mahir dalam penggunaan ICT begitu juga dengan murid.Perisian yang disediakan antaranya seperti Email, AOL, net-meeting, mIRC, Facebook, Friendstar, Blog dan sebagainya yang boleh menghubungki orang lain untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Komputer yang digunakan mestilah mempunyai sambungan melalui broadband, akaun internet atau melalui akaun internet sekolah. Perkakasan computer juga mesti bersambung dengan moden, Intranet dan aplikasi yang boleh menghubungan semua computer tanpa memerlukan banyak peranti seperti tanpa wayar dan sebagainya. Guru boleh menggunakan cara di atas dalam menyampaikan Pedagogi Berbantukan ICT melalui kaedah komunikasi dalam subjek Bahasa Melayu.

RUMUSAN

Pedagogi Berbantukan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu amat penting untuk didedahkan kepada guru-guru Bahasa Melayu. Kaedah baru ini mampu meningkatkan pandangan masyarakat yang sering menganggap Bahasa Melayu static pengajarannya. Hendak tak hendak Kementerian Pelajaran perlu memikirkan dan membelanjakan peruntukan bagi membina kemudahan pasarana ICT, kemudahan peralatan ICT, sistem, latihan, sukatan terbaru dan bantuan lain.Paling penting ialah guru perlu bertindak berusaha dan menambahkan ilmu dalam Pedagogi Berbantukan ICT. Tidak salah rasanya guru memcuba. Mengkaji dan mencari jalan terbaik untuk meningkatkan lagi pencapaian serta mencari satu kaedah mengajar Bahasa Melayu yang betul. Bagi guru-guru baru mereka perlu didedahkan dengan kaedah ini supaya mereka mampu membantu meningkatkan lagi Bahasa Melayu.Banyak kebaikan dan banyak kajian menunjukkan Pedagogi Berbantukan ICT dalam mengajar Bahasa Melayu mampu menimbulkan kesan positif dan baik untuk diaplikasi dalam kelas. Pelajar memang dahagakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh membangunkan pemikiran mereka supaya menjadi yang berjaya.Paling penting sekali ialah bagaimana untuk menaikan semula pandangan masyarakat berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah. Salah satu cara dan kaedah ialah melalui Pedagogi Berbantukan ICT seperti yang diterangkan

sebelum ini. Apabila pelajar minat maka sudah tentu mereka akan lebih cepat menguasai dalam subjek Bahasa Melayu.Dalam zaman era digital, proses P&P yang melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu semakin mengahadapi cabaran. Pelbagai isu timbul termasuklah pengunaan Bahasa Melayu dalam ICT serta penggunaan Bahasa Inggeris yang ketara dalam dunia ICT. Matlamat utamaPedagogi Berbantukan ICT adalah untuk memastikan kaedah pengajaran guru dapat dibuat penambahbaikan mengikut keperluan semasa dan memastikan pelajar berminat untuk menguasai dan memudahkan mereka mempelajari Bahasa Melayu dengan berbantukan ICT.Tahap kesedian guru-guru sudah mencapai tahap yang tinggi kerana biasanya mereka telah terdedah dengan ICT sewaktu menuntut dahulu. Bermula dari tahun 1996 sehingga kini hampir 260,000 guru telah dilatih dan 10000 buah sekolah dibekalkan dengan peralatan ICT.

KEPENTINGAN MENGUASAI KEMAHIRAN BERFIKIRGeorge (1970) melihat pemikiran sebagai suatu proses penyelesaian masalahdan pelakuan semula jadi yang kompleks. Edward de Bono (1976) pula mengaitkan kemahiran berfikir dengan pemikiran lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah,malahan juga berfikir untuk melihat sesuatu dengan pelbagai perspektif bagimenyelesaikan masalah. Meyer (1977) pula melihat pemikiran sebagai melibatkan pengelolaan operasi-operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah.Menurut Chaffee (1988) pula, pemikiran merupakan proses luar biasa yang digunakandalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Vincent Ryan Ruggiero (1991) pula menyatakan berfikir ialah apa sahaja aktiviti mental yang membantu untuk memformulasi atau menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan menyempurnakan sesuatu kemahuan untuk memahami sesuatu (mencari jawapan dan mendapatkan makna). Fraenkel (1980) pula berpendapat bahawa pemikiran merupakan proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna, dan pemahamanterhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan, atau menyelesaikanmasalah.John Barell(1991) pernah mengatakan . I define thinking as a search for meaning and understanding that can involve the adventurous generation of options, theattempt to arrive at logical, reasonable judgements and reflection on the proses. (merupakan kecekapan proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menjelajahi pelbagai kemungkinan idea,membuat keputusan, menyelesaikan masalah, membuat pertimbangan secaralogik serta membuat refleksi atau tinjauan semula terhadap proses pemikiran yang dilalui).Secara umumnya, pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atauciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan danmenyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami.Dalam bidang pendidikan, adalah mustahil untuk kita mengelakkan aktiviti berfikir. Berfikir satu ketika dahulu pernah di anggap sebagai bakat, hadiah atau kelebihan yang diperoleh daripada sejak azali; yakni sejak dilahirkan. Dengan pemahaman seumpama ini, aktiviti berfikir ialah satu perkara yang amat jarang berlaku; dimana hanya dilakukan oleh orang yang di anggap istimewa dan berbakat. Genius. Namun demikian, seiring dengan perkembangan globalisasi ini, pemahaman masyarakat tetang aktiviti berfikir turut berubah. Perspektif kecil yang membelenggu masyarakat kini terburai. Kini, berfikir tidak lagi di anggap sebagai bakat si genius. Ia telah di anggap sebagai kemahiran, Kemahiran yang boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja yang mahu mempelajari tentangnya.Seorang guru bertanggungjawab mengajar kemahiran ini kepada anak-anak muridnya. Memperoleh anak murid yang boleh menguasai kemahiran berfikirboleh memudahkan proses pembelajaran yang akan dilakukan.Kita sering terjumpa, atau pernah menemui mungkin seorang atau lebih, pelajar yang pandai, bijak dalam segala macam hal pengetahuan am namun apabila tiba hari peperiksaan, kebijaksanaan itu tidak dapat diterjemahkan ke dalam bentuk markah yang baik dan cemerlang. Di manakah silapnya? Menurut pandangan Arthur Doyle (1976), salah satu sebab yang berlaku ialah pelajar tersebut tidak dapat memenuhi kehendak soalan. Mengapakah ini berlaku? Ini ialah kerana kekurangan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.Atau dengan lebih tepat lagi, tanpa kebolehan menghubungkan pengetahuan dan info yang ada menjadi satu jawapan; tanpa kemahiran berfikir. Salah satu daripada unsur kemahiran berfikir ialah kemahiran menghubungkan maklumat. Sebagai contoh, kita tahu burung penguin hidup di Kutub Utara. Dalam fakta yang lain pula, diketahui bahawa beruang kutub hidup di Kutub Selatan. Apabila ditanya adakah beruang kutub memakan penguin, adakah kita akan mengasingkan penguin daripada senarai jawapan kita? Sebahagian besar orang akan memasukkan spesies burung titu ke dalam senarai jawapn mereka kerana lazimnya, beruang kutub memburu mamalia yang digambarkan berada di kawasan kutub; berais dan sejuk (tanpa menimbangkan samada kutub selatan atau utara). Ini menunjukkan, tanpa kemahiran berfikir, sukar untuk menidakkan kenyataan penguin dimakan oleh beruang kutub. Ketidakbolehan pelajar mengelaskan perkara ini dalam masa yang singkat mungkin akan menganggu proses pembelajaran.Kemahiran berfikir juga dapat memupuk pembelajaran berdaya fikir. Contohnya, para pelajar mempunyai pengetahuan awal tentang keadaan dan pengetahuan tentang persekitaran sebelum memasuki alam persekolahan. Untuk meningkatkan pengetahuan, mereka harus menilai, mengkritik, mengubah suai dan membina semula pemahaman mereka secara aktif dalam pemikiran mereka. Apabila melihat bubu, atau jala ialah alat yang paling mudah untuk menangkap ikan, mereka yang tahu menguasai kemahiran berfikir akan menilai, alat manakah yang lebih baik untuk menangkap ikan dengan lebih efektif? Jala, bubu atau kail?Oleh itu, kemahiran berfikir dapat menggalakkan pelajar mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada dalam atau luar sekolah serta menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif.Selain itu, kemahiranberfikir juga penting kerana ia akan melahirkan pelajar yang peka terhadap persekitaran dan membolehkannya menghasilkan karya karangan yang baik berdasarkan pemerhatian dan taakulan yang telah dilakukan dengan kemahiran berfikir yang dikuasai olehnya. Seorang pelajar tanpa kemahiran berfikir yang tinggi akan menghasilkan satu tugasan yang datar, kurang menarik dan ini amatlah mendukacitakan. Bahkan, menjadi satu tanggungjawab kepada guru pula untuk mmemperbetulkan kesalahan yang dilakukan.Kemahiran berfikir kristis juga begitu penting kerana murid-murid diajar berfikir dan belajar cara menyoal; iaitu bilakah masa yang sesuai untuk menyoal dan jenis soalan yang hendak ditanya dan belajar bagaimana menaakul; iaitu bilakah masa yang sesuai untukmenaakul dan kaedah penaakulan yang hendak digunakan. Dalam peroses pemikiran kritikal ini, murid perlu memahirkan diri mereka dalam beberapa aspek.Kemahiran yang seterusnya ialahpelajarmahir dalam menyatakan sesuatu kenyataan dengan jelas. Jika semua pelajar mengetahui kepentingan menguasai kemahiran berfikir ini maka akan lahirlah satu generasi yang cemerlang.Ramai pelajar di sekoalah, terutamanya pelajar tahap satu yang masih lagi menggunakan ayat yang kurang jelas maksudnya dan ini akan mengakibatkan kenyataan yang ingin diluahkan oleh seseorang pelajar itu sukar atau akan disalah fahamkan. Namun, dengan menguasai kemahiran berfikir ini para pelajar akan dapat menyatakan sesuatu kenyataan itu dengan jelas dan tepat. Selalunya keadaan ini dan situasi dimana para pelajar menyampaikan maklumat atau kenyataan yang kurang jelas ini ialah di kawasan-kawasan pedalaman serta kawasan luar bandar.Jadi dengan ini para pendidik haruslah mengetahui akan kepentingan menguasai kemahiran berfikir agar suatu masa nanti tidak akan ada para pelajar yang menyampaikan maklumat yang kurang jelas.Kepentingan yang seterusnya dalam menguasai kemahiran berfikir ialah kepentingan Global, Nasional dan Individu. Zaman ini adalah zaman persaingan kekuatan minda dan fikiran. Ledakan maklumat telah menyebabkan situasi di mana bagaimana menguasai pengetahuan lebih penting daripada apa yang dikuasai. Oleh itu, persaingan global yang hebat telah menyebabkan negara kita melancarkan rancanga Multimedia Super Corridor (MSC), di mana kekuatan minda akan membolehkan negara kita mendahului negara negara yang lain dalam abad ke-21Kemahiran belajar juga penting kerana ia mengajar pelajar menumpukan perhatian kepada beberapa isi-isi penting. Para pelajar kadang-kadang tidak nampak dan kurang menumpukan kepada beberapa isi-isi penting terutama apabila membuat rumusan terhadap sesuatu artikel ataupun jurnal. Dengan menguasai kemahiran berfikir ini para pelajar akan dapat menumpukan kepada isi-isi penting terutama dalam membuat rumusan. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh guru-guru di Malaysia mendapati bahawa pelajar-pelajar di sekolah berasrama penuh seperti di MRSM, hampir kesemua para pelajarnya dapat menguasai kemahiran berfikir dengan cemerlang. Dengan ini para guru haruslah menggalakkan para pelajar di sekolah-sekolah harian biasa menguasai kemahiran berfikir untuk masa depan mereka yang bakal terjamin. Selain itu juga,fikiran para pelajar akan terbuka iaitu mahir dalam menyatakan sesuatu kenyataan dengan jelas agar ilmu yang dimiliki oleh para pelajar meluas dalam menyatakan sesuatu hal yang dibincangkan.Pemikiran kreatif membincangkan bagaimana cara-cara atau teknik-teknik untuk memperluaskan dan memperkembangkan daya imaginasi, inovasi dan kreativiti individu untuk mendapatkan dan mengumpulkan banyak idea baru dengan dengan menggunakan pelbagai teknik kreatif.Kepentingan yang seterusnya ialahmeningkatkan kualiti dalam berfikir.Seperti mana zaman sekarang ini ramai para pelajar yang tidak ada usaha dalam meningkatkan kualiti dalam berfikir terutama pelajar yang selalu ponteng sekolah,pelajar yang bermasalah dalam disiplin dan sebagainya.Kemahiran berfikir untuk menghasilkan reka cipta boleh diajar dengan dengan melatih pelajar memperjelaskan sesuatu idea atau reka cipta dalam bentuk penulisan atau lukisan. Jika pelajar menghasilkan reka cipta melalui lukisan, guru bolehlah membimbing pelajar supaya membuat penjelasan bertulis terhadap rekaan mereka supaya lebih jelas lagi. Reka cipta boleh dibuat secara individu atau berkelompok. Aktiviti tersebut boleh dibuat di dalam bilik darjah dan mereka boleh mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Adalah lebih praktikal kalau semua pelajar membuat reka cipta daripada satu soalan. Ini bermakna maklum balas akan didapati daripada satu soalan. Selain daripada itu maklum balas daripada guru dapat dimanfaatkan oleh semua pelajar. Para pelajar pula dapat membuat perbandingan dengan reka cipta pelajar-pelajar lain. Guru tidak perlu menjawab macam-macam soalan dari pelajar yang meminta maklumat lanjut berkenaan reka cipta yang mereka akan buat. Jawapan Buat apa yang kamu anggap paling baik, sudah cukup. Lukisan itu kemudian boleh ditampal di dinding untuk sama-sama dinilai oleh guru dan pelajar.Proses berfikir berlaku dalam dua tahap iaitu pada tahap pertama, minda akan membuat persepsi, pada tahap kedua dengan persepsi, minda melakukan pemprosesan logikal. Ini bermaksud, mengajar berfikir juga bererti mengajar pelajar membuat persepsi iaitu menajam dan mendalamkan daya persepsi. Kemahiran berfikir berbeza dengan kemahiran membuat kerana kemahiran berfikir hanya melibatkan pen dan kertas sahaja, walaupun dalam kemahiran reka cipta. Apa yang penting ialah proses berfikir untuk mengeluarkan sesuatu idea, yang kemudiannya diterjemahlkan dalam bentuk lukisan.Kemahiran berfikir adalah perisai yang menjadi pelindung diri dari ledakan informasi yang tidak terkawal, dan dari satu keadaan di mana terlalu ramai orang yang cuba meyakinkan kita terhadap sesuatu. Kebolehan kita berfikir akan menyelamatkan kita dari jadi mangsa kepada keadaan-keadaan seperti yang dinyatakan di atas.Kebolehan berfikir membezakan kita dari haiwan yang lain: mereka lebih kuat, boleh melihat dan mendengar dengan dengan lebih baik tetapi mereka tidak punya kebolehan untuk merancang, berfikir, atau berbincang dengan harapan untuk melihat sesuatu dari perspektif yang lebih baik. Perbincangan seterusnya berkisar pada elemen-elemen penting dalam proses convincing iaitu meyakinkan atau diyakini dalam konteks penggunaan claims (dakwaan) dan arguments (hujah) dan topik-topik berkaitan.Dalam Falsafah Pendidikan Negara, perkembangan daya intelek diberi penekanan bersama-sama dengan perkembangan rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu, bagi memastikan kemahiran berfikir dikuasai oleh pelajar, maka objektif penguasaan kemahiran berfikir telah didokumentasikan dalam kurikulum sekolah sama ada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) atau Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang membolehkan pelajar menguasai kemahiran berfikir, mengembangkan bakat serta kreativiti, mengembang dan meningkatkan daya intelek, seta pemikiran rasional, kritis dan kreatif.Antara kepentingan menguasai kemahiran berfikir ialah untuk mengatasi kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit. Berfikir secara terburu-buru adalah berfikir tanpa menggunakan masa untuk meneliti unsur-unsur yang terlibat. Berfikir secara bercelaru pula ialah mereka yang berfikir tanpa mempertimbangkan semua faktor secara sistematik dan teratur. Manakala mereka yang berfikiran kabur akan berfikir tanpa mengorganisasikan maklumat dan pemikiran secara jelas. Pemikiran yang sempit pula adalah berfikir tanpa menggunakan maklumat yang mencukupi dan relevan. Kesemua kesilapan berfikir ini dapat dielakkan jika pelajar dapat menguasai kemahiran berfikir.Kemahiran berfikir untuk menghasilkan reka cipta boleh diajar dengan dengan melatih pelajar memperjelaskan sesuatu idea atau reka cipta dalam bentuk penulisan atau lukisan. Jika pelajar menghasilkan reka cipta melalui lukisan, guru bolehlah membimbing pelajar supaya membuat penjelasan bertulis terhadap rekaan mereka supaya lebih jelas lagi. Reka cipta boleh dibuat secara individu atau berkelompok. Aktiviti tersebut boleh dibuat di dalam bilik darjah dan mereka boleh mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Adalah lebih praktikal kalau semua pelajar membuat reka cipta daripada satu soalan. Ini bermakna maklum balas akan didapati daripada satu soalan. Selain daripada itu maklum balas daripada guru dapat dimanfaatkan oleh semua pelajar. Para pelajar pula dapat membuat perbandingan dengan reka cipta pelajar-pelajar lain. Guru tidak perlu menjawab macam-macam soalan dari pelajar yang meminta maklumat lanjut berkenaan reka cipta yang mereka akan buat.Kepentingan yang seterusnya ialahberkemahiran untuk mencari jawapan kepada sesuatu persoalan. Kepentingan ini amat diperlukan oleh setiap para pelajar dalam pembelajaran.Ini kerana dalam pembelajaran para pelajar semestinya ada soalan-soalan yang memerlukan jalan kira ataupun dipanggil penyelesaian bagi sesuatu soalan. Dengan menguasai kemahiran berfikiri ini para pelajar mampu atau berkemahiran untuk mencari jawapan kepada sesuatu persoalan itu samada persoalan matematik , bahasa melayu , sains, biologi , fizik atau sebagainya. Zaman persekolahan adalah zaman di mana para pelajar perlu berfikir serta perlu menguasai kemah