Upload
diyaedhayaa
View
405
Download
8
Embed Size (px)
Citation preview
3.0 FUNGSI, FAKTOR PEMILIHAN DAN JENIS-JENIS KELIM
3.1 DEFINISI
Kelim ialah cantuman dua atau lebih kepingan fabrik untuk memberi bentuk pada
pakaian atau artikel. Kelim yang dijahit mestilah sesuai dengan pakaian yang hendak
dijahit dan lebar kelim mesti sekata di seluruh pakaian. Pemilihan kelim pada pakaian
bergantung kepada jenis fabrik yang digunakan, kedudukan kelim dan jenis pakaian.
3.2 PEMILIHAN KELIM
Faktor
Kelim Jenis fabrik Kedudukan Jenis pakaian
Kelim belah
kangkung
Semua jenis fabrik. Bahagian lurus dan
melengkung.
Semua jenis
pakaian.
Kelim betawi Fabrik nipis dan
berjerumbai.
Bahagian lurus. Pakaian kanak-
kanak.
kelim papan
mesin
Fabrik sederhana
tebal.
Bahagian lurus. Seluar jeans,
kemeja.
Kelim lipat
tindih
Fabrik sederhana
tebal.
Bahu mendatar dan
skirt mendatar.
Pajama, skirt dan
blaus.
Perkara-perkara yang mesti diberikan perhatian semasa menyediakan kelim :
1. Gunakan kelim yang sama untuk seluruh pakaian.
2. Kelim perlu dijahit tepat pada garis pemadan untuk mendapatkan bentuk
dan rupa yang elok.
3. Lebar kelim yang dijahit mesti seragam iaitu sama lebar pada keseluruhan
pakaian.
4. Kelim yang dijahit mesti rata dan kemas.
14
5. Ketegangan jahitan mesti betul dan sesuai supaya hasil kelim tidak
berkedut.
6. Pilih jenis kelim yang sesuai dengan pakaian dan jenis fabrik. Kelim yang
rata dan kurang tebal sesuai digunakan untuk fabrik jenis tebal. Untuk
fabrik nipis pula, pilih kelim yang rata dan kemas.
3.3KEGUNAAN KELIM
15
Kegunaan Kelim
Untuk menyambungk
an dua atau lebih kepingan
fabrik.
Mengukuh dan
mengemaskan tepi fabrik
Memberi bentuk pada
pakaian supaya lebih
padan
Perhiasan.
a) Kelim Belah Kangkung
Kelim ini rata dan tidak tebal. Ia dijahit dengan satu baris jahitan di sebelah
dalam (S.D) pakaian atau fabrik. Kelim belah kangkung ini mudah dibuat dan ia sesuai
untuk semua jenis pakaian dan fabrik. Apabila kelim ini dibuka dan ditekan dengan
seterika ia tidak boleh nampak di sebelah luar. Lebar siap kelim ini ialah di antara 2 cm
hingga 2.5 cm.
Kelim belah kangkung ini boleh dikemaskan dengan beberapa cara seperti
Jahit lilit ubi, jahit lilit kemas, jahit insang pari, jahit mesin, jahit zig-zag, menggunakan
kedua-dua tepi kain, menggunakan kun dan menggunakan gunting pucuk rebung atau
zig-zag. Kelim belah kangkung ini senang dijahit dan sesuai digunakan pada gaun,
blaus, skirt dan seluar daripada fabrik yang sederhana tebal atau tebal.
CIRI-CIRI KEBAIKAN KEBURUKAN
Rata dan terbuka
Terdiri daripada sebaris
jahitan disebelah dalam
pakaian
Mata jahitan tidak
kelihatan dari sebelah luar
artikel
Lebar kelim yang siap
dijahit ialah 1.25cm
Jahitannya tidak
kelihatan di sebelah
luar pakaian
Tidak begitu kukuh
kerana hanya
mempunyai sebaris
jahitan
Tidak sesuai untuk
fabrik nipis kerana ia
kelihatan pada
sebelah luar pakaian
Langkah-langkah menjahit :
16
Langkah-langkah Tunjuk cara
a. Temukan sebelah luar fabrik
pada garis pemadan.
b. Semat dan jelujur pada garis
pemadan.
c. Tanggalkan peniti dan jahit
mesin tepat pada garisan
pemadan.
d. Buka kelim dan tekan rata.
Kaedah mengemas dengan jahitan mesin :
a. Ukur basi kelim 1.2cm daripada
garis pemadan.
b. Lipatkan tepi fabrik ke sebelah
dalam dan tekan.
c. Jahit mesin di atas tepi lipatan.
d. Trim basi kelim hamper dengan
jahitan mesin.
Kaedah lain untuk mengemas kelim belah kangkung :
17
(a) Jahit Insang pari
(b) Jahit mesin
(c) Menggunting tepinya dengan
bentuk pucuk rebung
(d) Menggunakan pita serung/kun
b) Kelim Betawi
Kelim betawi ialah kelim yang tidak nampak nyata dan ia juga dikenali sebagai kelim
dalam kelim. Kelim ini terdiri daripada dua baris mata jahitan. Lebarnya kelim betawi
yang telah siap ialah 6 mm atau kurang daripada 6 mm bagi fabrik yang nipis dan halus.
Kelim betawi ini bergelembung. Ia sesuai bagi kebanyakan kain terutama kain yang
berbulu. Kelim betawi ini teguh dan dikemaskan sendiri kerana tepi-tepi kelepet yang
tidak berjahit itu adalah terkandung di dalamnya.
18
CIRI-CIRI KEBAIKAN KEBURUKAN
Mempunyai 2 baris mata
jahitan
Lebar basi kelim yang
siap dijahit ialah 4mm
hingga 6mm
Tidak bergulung
Teguh kerana
mempunyai dua baris
jahitan
Jahitannya tidak
kelihatan pada sebelah
luar
Tahan lama dan rata
Mudah didobi dan
diseterika
Agak tebal dan
kurang sesuai untuk
fabrik tebal
Mengambil masa
yang lama untuk
dikeringkan kerana
terdiri daripada
lipatan 2 fabrik
Langkah-langkah menjahit:
19
20
Langkah-langkah Tunjukcara
a. Temukan sebelah dalam (S.D)
fabrik. Semat, jelujur dan jahit
mesin dengan jarak 6mm dari
garis pemadan.
b. Gunting basi kelim hingga
lebarnya tinggal 3mm.
c. Buka kelim dan ratakan pada
S.D supaya tidak beralur apabila
diterbalikkan.
d. Terbalikkan kelim supaya
sebelah luar (S.L) fabrik
bertemu.
e. Semat, jelujur dan jahit mesin di
atas garisan pemadan.
f. Tanggalkan jahitan jelujur.
g. Tekan kelim yang sudah siap
supaya menghala ke arah
belakang pakaian pada sebelah
dalam.
c) Kelim Papan Mesin
Kelim papan mesin ialah kelim yang dijahit dua kali. Ia kukuh kerana dijahit dengan dua
garisan jahit mesin. Kelim papan mesin boleh disudahkan atau dikemaskan di kedua-
dua belah iaitu sebelah dalam atau sebelah luar Jika ia dibuat di sebelah luar fabrik,
akan terdapat dua barisan jahitan mesin di sebelah luar, tetapi kalau dibuat di sebelah
dalam fabrik, akan terdapat satu barisan jahitan mesin sahaja di sebelah luar. Kelim
papan mesin mudah didobi dan sesuai dijahit pada skirt, blaus, kemeja, jeans, seluar,
seluar pendek dan pijama.
Ciri-ciri Kebaikan Keburukan
Mempunyai dua baris jahitan. Kukuh dan tahan lasak
kerana dibuat dengan dua
baris jahitan.
Ia agak tebal dan
lambat kering.
Boleh dijahit pada sebelah luar
dan sebelah dalam pakaian.
- Jika dijahit di S.L fabrik
akan terdapat dua baris
jahitan di S.L.
- Jika dibuat di SD fabrik
akan terdapat satu baris
jahitan di S.L.
Rata,mudah didobi dan
kemas kerana semua tepi
fabrik terkemas di dalam.
Tidak sesuai bagi
fabrik yang jarang
kerana basi kelim
boleh dilihat di
sebelah luar fabrik.
Lebar kelim yang telah siap
ialah 6 mm.
Kemas kerana semua tepi
fabrik terkemas di dalam.
Susah diubah sebab
basi kelim sangat
sempit.
21
Proses menjahit Kelim papan mesin:
Langkah 1
Temukan S.D kedua-dua bahagian sebelah dalam fabrik semat dan jelujur
Cabut peniti dan jahit mesin mesin di garis pemadan.
Cabut benang jelujur dan susup benang jahit mesin yang lebih.
peniti
jelujur
Langkah 2
Buka dan tekan kelim supaya rata.
Gunting basi kelim bahagian belakang hingga tinggal kira-kira 5mm – 6
mm.
Gunting basi kelim bahagian hadapan hingga tinggal kira-kira 10 mm– 2
mm/1.2 cm
gunting
10-12mm 5-6 mm
Langkah 3
22
Lipatkan basi kelim bahagian hadapan membalut basi kelim bahagian
belakang.
Semat dan jelujur jika perlu.
Jahit mesin ditepi lipatan kelim supaya selari dengan baris jahitan mesin
yang pertama.
d) Kelim Lipat Tindih
Kelim lipat tindih atau kelim tampal ialah kelim yang biasa digunakan untuk menjahit
bahagian dalam dan luar pakaian. Ia digunakan untuk stail dan perhiasan pada
pakaian. Kelim ini dijahit di sebelah luar pakaian dengan sebahagian kelim itu menindih
yang lain. Kelim ini kukuh kerana ia dijahit melalui tiga lapisan fabrik. Selalunya kelim
lipat tindih digunakan untuk melekat atau mencantumkan bahagian atau kepingan-
kepingan baju dan skirt, skirt mendatang, bahu mendatang, ben-ben dan ropol-ropol.
Kelim lipat tindih ini sesuai untuk baju kanak-kanak, pijama, blaus dan baju ibu
mengandung.
Ciri-ciri Kebaikan Keburukan
Selalunya kelim lipat tindih
ini digunakan untuk
mencantum satu bahagian
pakaian yang rata pada
bahagian pakaian yang
Kukuh kerana dijahit
menerusi tiga lapisan
fabrik.
Kelim ini tidak sesuai pada
fabrik yang tebal kerana terdiri
daripada satu bahagian yang
bergelembung dan kelim ini
dijahit melalui tiga lapisan
23
bergelembung. fabrik.
Ia juga dikenali sebagai
kelim tampal.
Kelim ini rata dan
mudah didobi.
Tidak sesuai pada fabrik yang
jarang kerana basi kelimnya
kelihatan di sebelah luar
pakaian.
Jahitannya dibuat pada
sebelah luar pakaian.
Sangat sesuai untuk
mencantum bahagian
yang melengkung,
cekung atau pada
bentuk yang susah
dijahit dengan kelim-
kelim yang lain.
-
Proses menjahit kelim lipat tindih :
Langkah 1
Lipatkan bahagian sebelah atas kelim di garisan pemadan ke sebelah
dalam.
Jelujur di atas bahagian lipatan
24
Langkah 2
Tandakan garisan tengah hadapan, garisan pemadan dan kedut jika
perlu di bahagian bawah kelim
Langkah 3
Letakkan tepi yoke atas yang berlipat ke atas garisan pemadan bahagian
bawah pastikan dengan garisan tengah hadapan (GTH) bertemu.
Jelujur dan mesin rapat dengan lipatan.
Cabutkan jelujur
25