29
KESAN PERSEKITARAN UTM TERHADAP PEMBANGUNAN EMOSI PELAJAR DI FAKULTI PENDIDIKAN NORSHAHRIL BIN ABDUL HAMID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NORSHAHRIL BIN ABDUL HAMID...iii DEDIKASI Warkah ini ku tujukan khas istimewa buat Ayahanda dan Bonda..... Abdul Hamid Bin Husain Sariah Binti Awang Ngah Tiada apa dapatku bicarakan

  • Upload
    others

  • View
    15

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

KESAN PERSEKITARAN UTM TERHADAP PEMBANGUNAN EMOSI

PELAJAR DI FAKULTI PENDIDIKAN

NORSHAHRIL BIN ABDUL HAMID

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan , atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: KESAN PERSEKITARAN UTM TERHADAP PEMBANGUNAN EMOSI PELAJAR DI FAKULTI PENDIDIKAN

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya: NORSHAHRIL BIN ABDUL HAMID

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian

tinggi. 4. ** Sila tandakan (√)

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

Disahkan oleh, ___________________________ __________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Nama Penyelia: NO.61A, KAMPUNG SERI INDAH DR. MOHD ANUAR BIN ABDUL RAHMAN 47000 SUNGAI BULOH SELANGOR Tarikh :______________________ Tarikh:_________________________

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)”

Tandatangan : ................................................................

Nama Penyelia : DR. MOHD. ANUAR BIN ABDUL RAHMAN

Tarikh : ………………………………………….

KESAN PERSEKITARAN UTM TERHADAP PEMBANGUNAN EMOSI

PELAJAR DI FAKULTI PENDIDIKAN

NORSHAHRIL BIN ABDUL HAMID

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik)

JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2009

ii

“ Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya ”

Tandatangan : .....................................................

Nama Penulis : NORSHAHRIL BIN ABDUL HAMID

Tarikh : .....................................................

iii

DEDIKASI

Warkah ini ku tujukan khas istimewa buat

Ayahanda dan Bonda......

Abdul Hamid Bin Husain

Sariah Binti Awang Ngah

Tiada apa dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidup

anakandamu ini. Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan dalam

membesarkanku tidak mampu ku ungkapkan dengan kata-kata. Walau kuberikan

harta seluas lautan masih tidak terbalas jasa-jasamu itu hanya Allah yang dapat

membalasnya

Buat seluruh ahli keluargaku......

Nasihat dan sokongan yang kalian berikan telah menjadi suntikan semangat bagi

diriku hingga berjaya sampai ke tahap ini. Hanya ucapan terima kasih daku ucapkan

Guru-guru dan Pensyarah-pensyarah....

Segala jasa baktimu tetapku kenang

Segala ilmu yang dikau curahkan akan ku manfaatkan dengan sebaik mungkin untuk

agama, bangsa dan negara

Khas buatmu Teman....

Sepanjang tempoh perkenalan ini banyak kisah suka duka, pahit manis kita harungi

bersama. Segalanya akan tersemat dalam ingatanku buat selamanya. Setiap

pertolongan yang kalian hulurkan hanya ucapan terima kasih mampu ku ungkapkan

Pada kesempatan ini, sekiranya ada sebarang kekhilafan pernah ku

lakukan seribu kemaafan ku pohon darimu sekalian.......wassalam

iv

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian hanyalah kepunyaan Allah yang telah memberikan kita

ilmu kebenaran. Selawat serta salam kepada baginda rasul Muhammad s.a.w yang

telah menunjukkan teladan untuk kita sentiasa melalui jalan yang lurus.

Ungkapan terima kasih ini ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Teknik dan

Kejuruteraan (JPTK), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia kerana

memberi kesempatan dan peluang untuk saya menyediakan penulisan ilmiah ini.

Terima kasih juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak

memberi nasihat dan tunjuk ajar selama ini.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan ikhlas ini kepada penyelia tesis,

Dr. Mohd Anuar Bin Abdul Rahman atas bimbingan dan dorongan yang diberikan

sepanjang tempoh menyiapkan penulisan ilmiah ini. Kerjasama dari pelajar yang

terlibat sebagai responden. Tidak lupa juga kepada individu yang terlibat sama ada

secara langsung atau pun tidak langsung dalam penulisan ini.

Akhir sekali buat bonda, teman dan keluarga tersayang, segala doa restu dan

dorongan kalian amat dihargai. Semoga usaha ini sentiasa diberkati Allah S.W.T. dan

dapat dimanfaatkan. Sekian, terima kasih.

v

ABSTRAK

Kajian deskriptif ini bertujuan untuk melihat kesan persekitaran di UTM dalam membangunkan emosi pelajar. Lima faktor persekitaran yang diamalkan ialah Hal Ehwal Pelajar (HEP), pengaruh rakan sebaya, budaya fakulti, kolej kediaman dan kokurikulum. Seramai 220 orang pelajar tahun akhir daripada Fakulti Pendidikan, UTM telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Set soal selidik mengandungi 45 item digunakan untuk mendapatkan data kajian. Kajian rintis menunjukkan nilai pekali kebolehpercayaan soal selidik adalah 0.79. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Science Social (SPSS) Version 12.0 bagi mendapatkan nilai diskriptif dan inferensi-inferensi. Min keseluruhan yang diperolehi menunjukkan kesan persekitaran UTM dalam membangunkan emosi pelajar berada pada tahap tinggi (3.80). Faktor persekitaran yang paling dominan adalah faktor pengaruh rakan sebaya dengan min keseluruhan 4.21, diikuti oleh peranan kokurikulum (4.03), Kolej kediaman pelajar (3.73), budaya fakulti (3.58) dan terakhir adalah HEP (3.47). Hasil daripada Ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan diantara faktor persekitaran UTM berdasarkan perbezaan jantina. Melalui korelasi Pearson, r pula menunjukkan nilai signifikan adalah lebih kecil daripada 0.01. Maka ini menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor-faktor persekitaran dalam membangunkan emosi pelajar. Hasil dapatan dirumuskan bagi menghasilkan satu gambaran yang jelas mengenai kesan faktor persekitaran di UTM terhadap pembangunan emosi pelajar. Akhirnya beberapa cadangan dikemukakan untuk memberi panduan kepada pihak yang terlibat agar memantapkan lagi perlaksanaan dalam program-program dan aktiviti-aktiviti yang disediakan dalam membangunkan emosi pelajar.

vi

ABSTRACT

The purpose of this descriptive study was to identify the effect of environment in UTM toward student’s emotional development. These study focus on five environment factors such as student affair (HEP), peers, faculty culture, residential college and co-curriculum. There are 220 final years students in faculty of education had been choosing as a respondent in this research. Set of questionnaire 45 items had been used to get the data. The result of pilot study shows the reliability value of questionnaire was 0.79. The data was analysed using the Statistical Packages for Science Social (SPSS) 12.0 version to obtain the measure of descriptive value and inferences. Overall mean for environment effects for student emotional development at the higher stage (3.80). The most dominant factor was peers influence (4.21), followed by co-curriculum (4.03), residential college (3.73), faculty culture (3.58) and the fewer factors was HEP with (3.47). The result from t-test shows, there are no different between environment factors based on different gender. Furthermore, based on Pearson, r correlation analyse shows that the significant value is smaller than 0.01. Hence, there are no significant relation between environment factor in student emotional development. The result had been summarising to produce clear view about environment factor in student emotional development. Finally, a few opinions will be present and hoped to be able give a guideline for the parties concerned and consolidate the implementation in programs and activities will provides so that the students emotional will be develop.

vii

KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xiv

SENARAI LAMPIRAN xvi

viii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Penyataan Masalah 9

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Hipotesis 10

1.7 Rasional Kajian 10

1.8 Kepentingan Kajian 11

1.9 Skop dan Batasan Kajian 11

1.10 Kerangka Konsep Kajian 12

1.11 Definisi Kajian 13

1.12 Penutup 15

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 16

2.2 Konsep Pembangunan Diri Pelajar 16

2.3 Teori-Teori Pembangunan Pelajar 17

2.3.1 Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget 18

2.3.2 Teori Kohlberg 20

2.3.3 Teori Gilligan 22

2.3.4 Teori Perkembangan Psikomotor 22

2.4 Peranan Faktor Persekitaran 24

2.4.1 Hal Ehwal Pelajar (HEP) 24

2.4.2 Pengaruh Rakan Sebaya 25

2.4.3 Budaya Fakulti 25

2.4.4 Kolej Kediaman 27

2.4.5 Kokurikulum 29

2.5 Pembangunan Emosi Pelajar 31

2.6 Kajian-Kajian Lepas 33

2.6.1 Kajian Berkaitan Pembangunan Pelajar 33

2.6.2 Kajian Berkaitan Emosi 34

ix

2.6.3 Kajian Hubungan Emosi dan Persekitaran 37

2.7 Penutup 39

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 40

3.2 Rekabentuk Kajian 40

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 41

3.4 Instrumen Kajian 41

3.4.1 Bahagian A 42

3.4.2 Bahagian B 43

3.5 Kajian Rintis 44

3.6 Keesahan dan Kebolehpercayaan 44

3.7 Prosedur Kajian 45

3.8 Kaedah Penganalisaan Data 46

3.9 Penutup 48

4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 49

4.2 Analisis Latar Belakang Responden 49

4.3 Analisis Bahagian B 52

4.3.1 Kesan Faktor Persekitaran Terhadap

Pembangunan Emosi Pelajar 53

4.3.2 Faktor Persekitaran UTM yang Paling Dominan 67

4.4 Analisis Berdasarkan Hipotesis Kajian 68

4.5 Penutup 72

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 73

5.2 Rumusan 73

5.3 Perbincangan dan Kesimpulan 75

5.3.1 Kesan Faktor Persekitaran UTM Terhadap

x

Pembangunan Emosi Pelajar 76

5.3.2 Perbezaan faktor persekitaran yang

mempengaruhi emosi berdasarkan

jantina pelajar 78

5.3.3 Hubungan Antara Faktor-Faktor Persekitaran

Dalam Membangunkan Emosi Pelajar 78

5.4 Cadangan Kajian 79

5.4.1 Cadangan Tindakan 79

5.4.2 Cadangan Tindakan Lanjutan 80

5.5 Penutup 81

RUJUKAN 82 - 92

LAMPIRAN

Lampiran A - B 93-114

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Laporan Salah Laku Pelajar

Bagi Tahun 1992, Bahagian Sekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia 6

2.1 Empat peringkat perkembangan kognitif 19

2.2 Teori Perkembangan Moral Khohlberg 21

3.1 Pembahagian Item bahagian A mengikut

faktor demografi responden 42

3.2 Susunan Item-Item Dalam Set Soal Selidik 43

3.3 Skala Likert 43

3.4 Statistik Persoalan Kajian dan Hipotesis 46

3.5 Analisis Tahap 47

3.6 Klasifikasi Kekuatan Korelasi 47

4.1 Taburan responden berdasarkan jantina 49

4.2 Taburan Responden Berdasarkan Keturunan atau Bangsa 50

4.3 Taburan Responden Berdasarkan Kursus 51

4.4 Taburan Responden Berdasarkan CGPA Sebelum

Memasuki Fakulti Pendidikan (Matrikulasi / Diploma) 52

4.5 Taburan Responden Berdasarkan CGPA Semasa. 52

4.6 Taburan Min Keseluruhan Bagi Faktor Pembangunan

Emosi Pelajar Tahun Empat Fakulti Pendidikan. 53

4.7 Taburan responden mengikut peratusan, kekerapan

Dan Min Bagi Faktor Hal Ehwal Pelajar (HEP) 54

xii

4.8 Taburan Responden Mengikut Peratusan, Kekerapan

Dan Min Bagi Faktor Rakan Sebaya 57

4.9 Taburan Responden Mengikut Peratusan, Kekerapan

Dan Min Bagi Faktor Budaya Fakulti 59

4.10 Taburan Responden Mengikut Peratusan, Kekerapan

Dan Min Bagi Faktor Kolej Kediaman 62

4.11 Taburan Responden Mengikut Peratusan, Kekerapan

Dan Min Bagi Faktor Kokurikulum 65

4.12 Taburan Min Keseluruhan Bagi Faktor Pembangunan

Emosi Pelajar Tahun Empat Fakulti Pendidikan. 67

4.13 Perbezaan Kesan Faktor Persekitaran Yang

Mempengaruhi Emosi Berdasarkan Jantina Pelajar 68

4.14 Hubungan Antara Faktor-Faktor Persekitaran Dalam

Membangunkan Emosi Pelajar 70

xiv

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

α - Alpha Cronbach

ƒ - Kekerapan

% - Peratus

SS - Sangat Setuju

S - Setuju

SSD - Setuju Sedikit

TS - Tidak Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

HEP - Hal Ehwal Pelajar

SPSS - Statiscal Package For The Social Science

N - Responden

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

IPT - Institut Pengajian Tinggi

CGPA - Cummulative Gred Point Average

SPA - Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Awam

SPE - Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Elektrik

SPJ - Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Jentera

SPH - Sarjana Muda Pendidikan Kemahiran Hidup

SPT - Sarjana Muda Pendidikan Matematik serta Komputer

SPK - Sarjana Muda Pendidikan Kimia serta Komputer

SPM - Sarjana Muda Pendidikan Matematik

SPF - Sarjana Muda Pendidikan Fizik

SPS - Sarjana Muda Pendidikan Sains Sukan

SPL - Sarjana Muda Pendidikan TESEL

SPI - Sarjana Muda Pendidikan Islam

xv

SPC - Sarjana Muda Pendidikan Kimia

SPN - Sarjana Muda Pendidikan Sains

SPP - Sarjana Muda Pendidikan Fizik serta Komputer

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Borang Soal Selidik

B Analisis Dapatan Kajian

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Insan yang Seimbang dan Harmonis 3

1.2 Kerangka Konsep Kajian Pembangunan Emosi Pelajar 12

2.1 Hubungan antara perlakuan, ganjaran dan kepuasan 38

2.2 Klasifikasi keperluan manusia 39

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan adalah usaha untuk mewujudkan suasana belajar dan proses

pembelajaran agar pelajar secara aktifnya dapat mengembangkan potensi dirinya

untuk memiliki kekuatan spiritual keagamaan, kendalian kendiri, keperibadian,

kecerdasan, akhlak mulia serta keterampilan yang diperlukan untuk dirinya dan

masyarakat.

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan

rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

(Sumber: Falsafah Pendidikan Negara, 1987).

Abdul Hamid dan rakan-rakan (1999), menyatakan bahawa ahli psikologi

berpendapat setiap individu berpotensi untuk maju dalam segala aspek kehidupan

mereka sekiranya mereka dibimbing dengan sempurna. Institusi pendidikan

memainkan peranan penting dalam memastikan pelajar mendapat yang terbaik dalam

pengajian mereka dengan menyerapkan norma-norma dan nilai-nilai yang perlu

dijadikan ikutan. Dalam konteks pendidikan di Universiti, potensi pelajar boleh

2

digilap dan dipertingkatkan lagi sekiranya mereka sentiasa berusaha secara

bersungguh-sungguh dengan bimbingan yang padu daripada tenaga akademik yang

berdedikasi serta rasa tanggungjawab dan komitmen yang tinggi terhadap

pembelajaran mereka.

Pembangunan pelajar berkait rapat dengan pembangunan sumber manusia

kerana pelajar itu sendiri merupakan sebahagian daripada sumber manusia. Pelajar

diibaratkan sebagai produk untuk memajukan sesebuah negara pada masa hadapan.

Menurut Nadler (1979), menyatakan pembangunan sumber manusia sebagai satu

proses pembelajaran terancang dalam jangka masa yang tertentu yang boleh

mengubah prestasi melalui pembelajaran.

Konsep pembangunan itu sendiri membawa matlamat untuk pembaikan taraf

hidup. (Nor Aini dan rakan-rakan, 1996). Menurut Abd. Jalil (1999) konsep

pembangunan pelajar sangat berkait rapat dengan pembangunan manusia atau insan.

Maka konsep ini perlu dikaitkan dengan kualiti hidup pelajar dan seharusnya pelajar

mampu menangani hal-hal yang berkaitan dengan permasalahan mereka sama ada

berkaitan dengan fizikal, mental mahupun kerohanian.

Gregor Mendel (1866), menyatakan kesan baka ke atas perkembangan yang

dikemukakan adalah ciri-ciri yang diwarisi hasil daripada gen-gen yang

diperturunkan tanpa pertukaran daripada satu generasi ke satu generasi. Baka

merupakan perkara penting dalam mewariskan sifat-sifat semulajadi seseorang yang

dapat mempengaruhi emosi anaknya.

Hoffman (1996), menyatakan keluarga telah membentuk personaliti individu

sejak kecil dan terus memberikan pengaruh yang amat besar kepada tingkahlaku,

sikap dan pemikiran seseorang di alam dewasa. Maka, persekitaran yang terdekat dan

terpenting buat remaja adalah keluarga mereka. Keluarga memainkan peranan

penting dalam membentuk seseorang remaja. Menurut Fatanah (1997), hubungan

kekeluargaan yang baik berkait rapat dengan kesejahteraan hidup remaja dari aspek-

aspek kepuasan hidup, konsep kendiri, tingkah laku seks dan pencapaian akademik.

3

Menurut Pusat Perkembangan Kokurikulum KPM (2001), insan yang

seimbang dan harmonis bermaksud insan yang memiliki dan menghayati ilmu

pengetahuan, berakhlak mulia, mempunyai kepercayaan dan keyakinan yang teguh

kepada Tuhan, mempunyai fikiran dan jiwa yang tenteram, tubuh badan yang sihat

dan cergas serta dapat bekerjasama dengan orang lain. Maka keseimbangan aspek

kerohanian dan jasmani akan mempengaruhi kestabilan emosi seseorang seperti

ditunjukkan pada rajah 1.1

Rajah 1.1: Insan yang Seimbang dan Harmonis

Muhammad Uthman Najati (1993) pula, emosi merupakan bangkitan

perasaan dan rasa dalaman hasil tindak balas seseorang terhadap sesuatu perkara,

pengalaman dan peristiwa yang berlaku seperti emosi takut, marah, kecewa, gembira,

suka dan kasih sayang. Menurut Erikson (1968), keadaan kritikal dalam diri

seseorang pelajar boleh mempengaruhi keadaan emosi pelajar tersebut. Bagi Hurlock

(1973) pula, masalah emosi juga perlu dilihat dari aspek kesannya ke atas individu,

masyarakat dan juga negara. Ini disebabkan gangguan dan ketegangan emosi yang

tinggi atau berterusan bukan hanya mempengaruhi tingkah laku tetapi juga sikap dan

keadaan psikologikal, nilai dan kebolehan mereka. Perry dan Delpit (1997) pula,

Insan seimbang dan harmonis

Aspek Kerohanian Aspek Jasmani

Berilmu pengetahuan,

berakhlak mulia serta

berfikiran dan berjiwa

tenteram

Sihat tubuh badan dan

cergas

Sahsiah diri

Memiliki kesedaran dan keinsafan, bertanggungjawab

dan mempunyai ketahanan diri

4

menjelaskan bahawa melalui teori perkembangan etika dan kognitif mendapati emosi

pelajar dipengaruhi oleh sistem nilai diri dan nilai komitmen dari dalam dirinya.

Menurut Kholberg (1969) pula, perkembangan kognitif dapat membawa kepada

kemajuan dalam penyelesaian masalah dan pilihan moral.

Harre dan Lamb (1983), remaja mula melakukan penyesuaian diri yang lebih

kompleks dengan keluarga, teman sebaya dan guru melalui aktiviti seharian dan

kehidupan sosial sesuai dengan perasaannya. Bagi Steinberg dan Belsky (1991), teori

pergolakan dan tekanan mengatakan masa remaja adalah satu peringkat pertikaian

emosi yang tidak dapat dielakkan. Perubahan hormon semasa akil baligh

menyebabkan perubahan atau pergolakan yang berlaku secara tiba-tiba dikalangan

remaja.

Mayer dan Salovey (1993), menggunakan pendekatan mereka untuk

mengkategorikan kecerdasan emosi kepada enam domain seperti kesedaran kendiri,

mengendalikan emosi, timbangrasa, berhubung, kerjasama dan menyelesaikan

konflik. Kecerdasan emosi yang dikatakan mempunyai kaitan yang rapat dengan

kecerdasan intelek bermaksud kepintaran dalam menggunakan emosi bagi

membentuk sikap serta cara berfikir bagi membuat keputusan (Goleman, 1995).

Kanak-kanak yang memperolehi kemahiran kecerdasan emosi menunjukkan

pencapaian yang lebih baik dalam bidang akademik berbanding dengan kanak-kanak

yang lain (Ghosn, 2001). Pada masa kini, kanak-kanak didapati kurang berupaya

untuk berunding, berempati dan bekerjasama. Mereka selalunya tidak mempunyai

perasaan yang optimis tentang masa depan. Keadaan ini menyebabkan timbulnya

kesan negatif terhadap pencapaian akademik dan perhubungan interpersonal mereka

1.2 Latarbelakang Masalah

Abdul Halim dan rakan-rakan (1993), melihat pembangunan sumber manusia

sebagai satu proses pembangunan dan pengembangan manusia melalui pembelajaran

dan latihan yang terancang. Justeru, pembelajaran dan latihan perlu dirancang untuk

5

memproses pembangunan dan perkembangan manusia. Menurut L. Nadler (1979),

pembangunan pelajar merupakan sebahagian daripada proses pembangunan sumber

manusia. Ini kerana proses pembelajaran terancang boleh mengubah prestasi melalui

pembelajaran pelajar dalam masa tertentu dan merupakan definisi pembangunan

pelajar.

Hall (1904), masa remaja adalah masa penuh dengan kekeliruan, kesedihan

dan konflik. Oleh itu, adalah penting bagi orang dewasa khususnya ibu bapa,

pendidik dan ahli masyarakat untuk mengikuti perkembangan pelajar. Mereka wajar

membantu remaja agar mengelakkan diri dari terjebak dengan kegiatan negatif

seperti melepak, mencuri, ponteng sekolah dan sebagainya. Bagi Mahmood Nazar

(1992) pula, emosi adalah perasaan seperti tangisan, gelak ketawa, kesedihan dan

ketakutan mencorakkan warna kehidupan, membentuk sikap dan personaliti serta

menggerakkan arah hidup manusia. Dalam hal ini emosi boleh ditakrifkan sebagai

satu keadaan yang dialami oleh manusia yang melibatkan beberapa perubahan proses

fisiologi, diri dan psikologi.

Menurut Hairunnaja (2005), kegelisahan atau ketidakstabilan emosi terjadi

akibat kegagalan seseorang pelajar yang mengendalikan sikap positifnya terhadap

sesuatu peristiwa yang berlaku dalam kehidupan. Oleh kerana keupayaan dan daya

tahan seseorang pelajar berbeza, kegelisahan boleh menjadi penyakit yang

merbahaya dan menyebabkan penderitaan serta menjejaskan keharmonian hidup.

Maka kegelisahan ini perlulah diatasi dengan wajar agar mereka dapat meneruskan

hidup ini dengan ceria dan positif. Bagi Mohamed Alfian dan Mohamed Shariff

(2006) pula, kegelisahan pelajar dapat dilihat berdasarkan ekspresi wajah, tingkah

laku atau kecenderungan gaya berfikir. Walau bagaimanapun orang yang mengalami

kegelisahan pada kebiasaannya masih lagi mampu meneruskan hidupnya tetapi yang

membezakannya dengan orang lain adalah penderitaannya yang tidak mampu hidup

bergembira, riang, yakin, bersemangat dan bahagia.

Parikh (1980), ibubapa yang menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan

perbincangan isu-isu secara terbuka dan demokratik boleh meninggikan

perkembangan emosi. Begitu juga ibubapa yang menggunakan teknik induktif dalam

disiplin. Bagi Block et al, (1998) pula, masalah-masalah yang dihadapi oleh remaja

6

pada kebiasannya adalah kesan kesinambungan daripada masalah yang timbul

semasa kanak-kanak. Menurut Mahmood Nazar (1993) pula tingkah laku devian

dikalangan remaja juga disebabkan oleh konflik dan tekanan psikologikal. Remaja-

remaja yang terlibat dengan melakukan tingkah laku devian dan delinkuen ini juga

mengalami konflik dalam keluarga mereka sendiri. Mereka gagal melihat keluarga

adalah satu persekitaran yang sihat dan boleh memberikan kebahagiaan serta rasa

seronok kepada mereka.

Sigurdsson dan rakan-rakan (1996) dan Sokol-Katz dan rakan-rakan (2007),

menekankan bahawa perkembangan personaliti negatif dan tingkah laku devian

adalah hasil daripada kegagalan dalam ikatan kekeluargaan. Ibu bapa juga didapati

banyak menyumbang kepada masalah tingkah laku anak-anak, iaitu gagal

menunjukkan tingkah laku yang baik di hadapan anak-anak mereka serta

mengabaikan ajaran agama. Hasil kajian KPM sepanjang tahun 1992, terdapat

62,472 kes salah laku pelajar seperti yang ditunjukkan dalam jadual 1.1

Jadual 1.1 : Laporan Salah Laku Pelajar Bagi Tahun 1992, Bahagian

Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia

Bil Jenis Salahlaku Pelajar Jumlah

01 Salah guna dadah 151

02 Mengedar dadah 05

03 Bercumbu 237

04 Berkhalwat 230

05 Menghisap rokok 6204

06 Menyimpan rokok 1228

07 Datang lewat * 16799

08 Ponteng kelas * 17741

09 Ponteng sekolah * 19472

Jumlah 62472

* Perbuatan yang ditakrifkan sebagai ponteng.

Sumber : Bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia. (1993)

7

Dapatan kajian Bahagian Sekolah KPM (1993), punca salah laku di kalangan

pelajar disebabkan oleh pelbagai faktor seperti salah guna dadah, mengedar dadah,

bercumbu, berkhalwat, menghisap rokok, menyimpan rokok dan ponteng sekolah.

Menurut Dewan Masyarakat (April, 1995), faktor keluarga merupakan penyumbang

tertinggi dalam peningkatan tingkah laku devian dan anti sosial. Menurut statistik

Laporan Disiplin 2001, Unit Hal Ehwal Pelajar, Kementerian Pelajaran Malaysia,

antara tingkah laku jenayah dikalangan pelajar adalah seperti berjudi, mencuri,

melawan guru, melawan pengawas, memeras ugut, membuli, kongsi gelap,

penyalahgunaan dadah, membawa senjata berbahaya, mencabul kehormatan,

mengancam, menceroboh, mengedar dadah, menunjuk perasaan serta bertaruh besar-

besaran. Kesemua tingkah laku negatif ini disebabkan oleh emosi remaja tersebut

yang terganggu.

Patricks dan Furnham (2002), menyatakan pelajar perempuan dilihat

mempunyai pencapaian kecerdasan emosi yang tinggi jika dibandingkan dengan

pelajar lelaki dalam kemahiran sosial. Perkara ini boleh dikaitkan dengan keadaan di

mana pelajar perempuan dilihat lebih cepat matang dan berupaya dalam menjalin

hubungan sosial jika dibandingkan dengan pelajar lelaki yang lambat matang.

Menurut Curtis (2002), melalui kaedah rawatan, pembelajaran yang berkaitan

dengan emosi dapat ditekankan atau diajar. Maka perubahan diri pelajar menjadi

bertambah baik dari keadaan sebelumnya.. Perubahan berlaku walaupun pelajar-

pelajar berada di dalam tiga kelas yang berbeza iaitu kelas Pengajian Sosial atau

English Moden, kelas Psikologi dan kelas sukarelawan pelajar pintar. Menurut Curtis

lagi, kelas bimbingan diadakan dan hasilnya wujud peningkatan dalam pengurusan

emosi.

Pelbagai cabaran telah melanda masyarakat negara kita khususnya golongan

remaja. Antara cabaran-cabaran tersebut termasuklah pengaruh budaya barat yang

bertentangan dengan budaya timur yang menyebabkan keruntuhan akhlak yang

serius. Menurut Mohd Nakhaie (2001) berikut adalah antara faktor persekitaran dan

kemajuan yang boleh merosakkan akhlak manusia pada abad ini adalah:

1. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan

8

2. Persembahan konsert rock yang bertentangan dengan budaya kita

3. Mudah mendapat dan menonton gambar lucah dan mengasyikkan di

dalam persekitaran tempat tinggal remaja, seperti internet dan lain-lain

4. Ada kemudahan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab seperti

pengguguran haram.

5. Disiplin sekolah yang longgar seperti guru yang tidak mengambil tahu

masalah yang dihadapi pelajar, ibu bapa yang tidak memberi kerjasama

kepada pihak sekolah, dan persekitaran sekolah yang terdedah kepada

gejala yang kurang sihat.

6. Faktor persekitaran yang mendedahkan remaja dengan pusat-pusat

hiburan yang menyediakan pelbagai produk yang boleh menggalakkkan

dan meningkatkan rangsangan seksual.

7. Pembawaan keluarga remaja itu sendiri seperti kehidupan ibu bapa yang

berge1umang dengan maksiat, rumah tangga yang tidak kukuh atau

berlaku penceraian, syiar Islam yang tidak kukuh di dalam keluarga.

Terdapat juga ibu bapa yang mementingkan kerjaya atau pekerjaan

daripada menjaga kebajikan keluarga.

8. Faktor peribadi yang kotor, merujuk kepada seseorang yang sudah rosak

akhlaknya atau mempunyai sifat-sifat keji, pemarah, tamak, dengki, panas

baran dan tidak amanah.

9. Kesilapan membimbing, terlampau memanjakan anak-anak, ibu bapa

yang takut dengan anak-anak dan terlampau memberi kemewahan.

Bagi Noran Fauziah (1993) pula, pembangunan dan kemajuan yang berlaku

disesebuah negara banyak bergantung kepada pengembangan ilmu di Institusi

Pengajian Tinggi (IPT) negara tersebut. Maka, peranan IPT amatlah penting bukan

sahaja untuk melahirkan tenaga mahir dalam pelbagai bidang pekerjaan, tetapi juga

untuk membentuk serta mengawal sahsiah seseorang insan supaya dapat

mengembangkan ilmu dan daya kognitifnya bagi menghadapi segala cabaran hidup

termasuk cabaran pekerjaan. Sebagai contoh dapat dilihat kes buli dan gangster yang

berlaku di sekolah mahupun Universiti. Kebanyakan pembuli datang daripada

keluarga yang tidak mengambil berat tentang pendidikan agama. Pelajar juga akan

menghadapi kesukaran untuk menimba ilmu kerana wujudnya satu persekitaran yang

tidak membantu mereka untuk belajar dalam suasana yang kondusif. Maka,

9

Universiti mencerminkan terdapatnya emosi yang tidak stabil dikalangan pelajar-

pelajar.

1.3 Penyataan Masalah

Bagi mencapai kecemerlangan dalam pendidikan, usaha ke arah

meningkatkan pencapaian akademik perlu digiatkan lagi oleh para pelajar khususnya

dalam aspek pembangunan emosi. Pembangunan emosi ini mestilah secara

menyeluruh dan memerlukan pihak-pihak tertentu untuk membangunkannya.

Berdasarkan masalah-masalah yang dinyatakan sebelum ini, jelas menunjukkan

pengawalan emosi penting bukan sahaja kepada pelajar sekolah tetapi juga kepada

pelajar di Universiti dan pekerja selepas belajar. Kajian ini dijalankan untuk

mengenalpasti kesan persekitaran UTM dalam mempengaruhi pembangunan emosi

pelajar agar berpotensi meningkatkan keyakinan diri mereka dalam mengharungi

kehidupan sebagai seorang pelajar.

1.4 Objektif Kajian

Secara umumnya, kajian ini bertujuan untuk melihat faktor-faktor

persekitaran yang dapat mempengaruhi pembangunan pelajar dari segi emosi di

Universiti Teknologi Malaysia. Objektif kajian adalah untuk:

1.4.1 Mengenalpasti kesan persekitaran terhadap pembangunan emosi pelajar

1.4.2 Mengenalpasti faktor persekitaran UTM yang paling dominan dalam

mempengaruhi emosi pelajar.

1.4.3 Melihat perbezaan faktor persekitaran yang mempengaruhi emosi

berdasarkan jantina pelajar

1.4.4 Melihat hubungan antara pengaruh faktor-faktor persekitaran dalam

membangunkan emosi pelajar

10

1.5 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini beberapa persoalan bagi menentukan objektif kajian tercapai

antaranya adalah:

1.5.1 Apakah kesan faktor persekitaran terhadap pembangunan emosi pelajar?

1.5.2 Apakah faktor persekitaran UTM yang paling dominan dalam mempengaruhi

emosi pelajar?

1.5.3 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan kesan persekitaran UTM dalam

mempengaruhi emosi berdasarkan jantina pelajar?

1.5.4 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara faktor-faktor persekitaran

dalam membangunkan emosi pelajar?