20

Click here to load reader

nota-bab-1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

aaaaaasdaasda

Citation preview

Page 1: nota-bab-1

CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam

BAB 1KONSEP TAMADUN ISLAM

1. Pendahuluan

1.1 Ketamadunan dan peradaban adalah ciri khas manusia yang tidak terdapat pada makhluk-makluk lain.

1.2 Ibn Khaldun dalam kitabnya al-Muqaddimah menyatakan, manusia secara tabiinya makhluk yang bertamadun atau makhluk sosial yang saling berinteraksi sesama sendiri dalam pelbagai aspek untuk memenuhi keperluan hidup.

1.3 Menurut al-Sirhindi hidup bertamadun adalah fitrah dan sifat semulajadi manusia.1.4 Tamadun boleh dianggap sebagai sunnah insaniyah yang menjelma daripada

sifat kreativiti dan inovasi manusia itu sendiri. Selagi manusia meneruskan kelangsungannya untuk hidup dengan selesa, maju bagi mencukupi segala keperluannya maka selagi itulah proses ketamadunan berjalan.

1.5 Tamadun Islam merupakan segala yang dihasilkan oleh pemikiran orang Islam dengan panduan ajaran Islam (al-Quran dan al-Sunnah) baik dari kalangan bangsa Arab, Parsi, Sepanyol, Turki, India, Cina, Melayu atau lain-lain bangsa dalam pelbagai bidang.

2. Terminologi Tamadun

2.1 Tamadun merupakan istilah yang digunakan dalam masyarakat Melayu untuk menceritakan tentang kebudayaan, kemajuan, pembangunan, peradaban dan kemakmuran yang dicapai oleh sesuatu bangsa.

2.2 Para pengkaji membahagikan pengertian tamadun kepada 2 bahagian:2.2.1Pengertian yang objektif – suatu himpunan fenomena kemajuan dalam

bidang kesusasteraan, teknik, keilmuan dan undang-undang yang dipindahkan dari satu generasi di dalam suatu masyarakat.

2.2.2Pengertian yang subjektif – tamadun yang digambarkan sebagai satu peringkat perkembangan kehidupan yang tinggi yang berlawanan dengan kehidupan liar atau ganas.

2.3 Untuk memudahkan perbincangan dan kefahaman, definisi tamadun akan dilihat dari aspek bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa Arab.

Bahasa Malaysia

1. Dalam Kamus Dewan, perkataan ’tamadun’ didefinisikan sebagai keadaan manusia yang dicirikan oleh taraf yang tinggi; negara dan penduduknya yang mencapai taraf pemikiran tinggi, budaya atau cara hidup orang-orang tertentu dan keadaan pemikiran yang halus. Manakala perkataan ’peradaban’ didefinisikan sebagai keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa atau masyarakat.

2. Menurut Abu Bakar Hamzah dalam bukunya Sejarah Kebudayaan Islam – tamadun berasal daripada kata Arab yang telah diterima sebagai sebahagian daripada perbendaharaan kata bahasa Malaysia. Tamadun itu lahir serentak dan seiring dengan perkembangan kehidupan manusia dari semasa ke semasa dalam bentuk pemikiran dan kebendaan.

3. Selain istilah tamadun, istilah ’peradaban’ turut digunakan oleh beberapa sarjana tempatan. Peradaban diertikan sebagai pencapaian manusia dalam kedua-dua bidang, iaitu kerohanian dan kebendaan.

Bahasa Inggeris

1

Page 2: nota-bab-1

CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam

1. Dalam bahasa Inggeris, tamadun diistilahkan sebagai ’civilization’. A.S Hornby dan E.C Parnwell dalam ’The Progressive English Dictionary’, civilization diertikan sebagai meningkatnya pencapaian hidup manusia daripada kemunduran kepada kemajuan dalam bidang ilmu, sains, teknologi, politik, moral dan sebagainya.

2. Kamus Dwibahasa, civilization didefinisikan sebagai kamajuan dalam tingkat penghidupan manusia yang meliputi aspek pemikiran dan kebendaan, contohnya ialah tamadun di Lembah Indus, India dan sebagainya.

3. S. Khuda Bukhsh dalam bukunya ’Contributions to The History of Islamic Civilization’ menyatakan civilization berasal daripada bahasa Greek iaitu ’civic’ / ’civitas’ yang bererti kehidupan kota atau bandar. Justeru civilization membawa erti pencapaian manusia dalam pelbagai bidang kehidupan yang hidup dikota.

4. Arnold Toynbee dalam bukunya ’A Study of History’ menjelaskan bahawa tamadun ialah satu kumpulan pemikiran dari berbagai-bagai manifestasi, orientasi yang berterusan, satu gaya kebudayaan yang bertanggungjawab membentuk institusi politik, kesusasteraan, agama dan moral.

5. Sebelum istilah civilization digunakan menjelang abad ke-19, istilah ’renaissance’ (kebangkitan) dan ’culture’ (kebudayaan) telah digunakan bagi menerangkan tamadun. Tetapi kata ’civilization’ lebih tepat dan sempurna.

Bahasa Arab

1. Perkataan ’tamadun’ dari sudut etimologi berasal daripada perkataan Arab iaitu maddana bererti membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti.

2. Daripada perkataan maddana lahir perkataan madani bermaksud sifat sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji.

3. Asal perkataan maddana dan madani adalah din yang bermaksud agama – menggambarkan kehidupan beragama.

4. Dalam ’Qamus al-Marbawi’ menjelaskan kata tamadun berasal daripada kata ’madana’ yang bermaksud kehalusan budi pekerti dan akhlak mulia seperti orang kota. Justeru tamadun bermaksud kehalusan adat atau kemurnian pencapaian manusia yang hidup di kota yang memiliki peraturan yang baik sehingga berjaya menghasilkan keamanan, keselamatan, kemakmuran, dan penghasilan teknologi yang membantu menyempurnakan kehidupan kota yang bahagia.

5. Dr. Lutpi Ibrahim menjelaskan kata tamadun berasal daripada kata ’tamaddana’, ’tamaddunan’ dan ’madaniah’ yang bermaksud kehidupan kota yang menghasilkan pencapaian yang tinggi di dalam pelbagai aspek sama ada kerohanian atau kebendaan.

6. Sebelum munculnya istilah tamadun, Ibnu Khaldun misalnya dalam kitabnya ’al-Muqaddimah’ telah menggunakan istilah ’umran’ dalam abad ke-14 yang membawa erti sekumpulan manusia yang mendiami sebidang tanah yang mempunyai perbekalan ekonomi yang mencukupi, keselamatan nyawa dan harta yang terjamin dan sebagainya; yang membolehkan mereka mencapai kemajuan di dalam pelbagai bidang.

7. Selain itu, Ibnu Khaldun juga menggunakan istilah ’hadharah’ yang bermaksud sekumpulan manusia yang tinggal tetap di sesuatu tempat atau kota dan tanah pertanian.

8. Abu Nasir al-Farabi telah meperkenalkan istilah ’al-Madaniah’ dalam abad ke-11M. Kata ini berasal dari kata ’madinah’ bererti kota. Madaniah ialah kehidupan yang berasaskan akidah, syarak dan akhlak.

9. Istilah ’al-Madaniah’ turut dipopularkan oleh Muhammad Farid Wajdi (kitabnya: al-Madaniah wa al-Islam) dalam abad ke-20 dan Syeikh Muhammad Abduh (risalahnya: al-Islam wa al-nas wa al-Ilm wa al-Madaniah dan Tafsir al-Mannar)

2

Page 3: nota-bab-1

CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam

10. Istilah ’tamadun’ buat pertama kaluinya diperkenalkan dalam abad ke-19 yang kemudiannya menggantikan semua istilah-istilah yang digunakan sebelum ini. Jurji Zaidan adalah antara sarjana Islam yang paling berminat dan banyak sekali menggunakan istilah ini seperti yang terdapat dalam bukunya ’Tarikh al-Tamaddun al-Islami’

11. Jika disebut ’tamadun Islam’ maka ia boleh diertikan sebagai pencapaian manusia dalam bidang kerohanian dan kebendaan yang berpusat di kota dalam bentuk skrip, seni bina, ilmu pengetahuan, sains, teknologi, kepercayaan, undang-undang, politik dan sebagainya yang berasaskan akidah, syariah dan akhlak dan bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah.

3. Ciri-ciri Tamadun

3.1Penempatan Kekal3.1.1 Penempatan kekal menjadi sebab kepada munculnya sesebuah bandar atau

kota. Masyarakat tidak lagi menjalankan aktiviti nomad sebaliknya mereka menetap di kawasan-kawasan yang boleh membekalkan hasil makanan kepada mereka seperti kawasan lembah sungai. Biasanya kawasan lembah mempunyai tanah yang subur untuk pertanian dan menjadi sumber keperluan manusia. Ianya akan menjadi daya tarikan untuk tinggal menetap sekaligus wujud peluang-peluang pekerjaan. Seterusnya berlakulah revolusi pertanian, perikanan dan penternakan. Sebagai contoh, tamadun Mesir di lembah sungai Nil.

3.2Peningkatan Kualiti Hidup3.2.1 Berlakunya revolusi pertanian berkait rapat dengan kepadatan penduduk dan

perkembangan pengetahuan mengenai pertanian. Ianya membentuk peluang-peluang pekerjaan bagi menambahkan produktiviti hasil pertanian sama ada untuk menjadi bahan makanan tempatan atau tujuan perdagangan.

3.2.2 Dalam era kini, peluang pekerjaan tidak lagi bergantung kepada revolusi pertanian tetapi melalui pelbagai industri yang dihasilkan melalui inovasi sains dan teknologi.

3.3Wujud Organisasi dan Institusi Sosial (Strafikasi Sosial)3.3.1 Wujudnya sistem pengkelasan dalam masyarakat berdasarkan kelas dan

status. Sistem pengkelasan masyarakat awal mempunyai kaitan rapat dengan pemilikan kekayaan. Kekayaan yang dimiliki adalah tanah. Golongan yang memiliki tanah pertanian mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat sementara golongan yang tidak mempunyai tanah menjadi golongan pekerja atau buruh atau hamba.

3.3.2 Golongan buruh atau pekerja ini merupakan kelompok majoriti berfungsi sebagai penggerak tamadun dari aspek pembangunan fizikal atau kebendaan.

3.4Kehidupan Beragama3.4.1 Kepercayaan kepada wujudnya kuasa ghaib menjadi pemangkin kepada

kawalan kehidupan manusia.3.4.2 Agama dan kepercayaan ini bukan sahaja memberi kesan kepada wujudnya

manusia yang bersopan santun tetapi juga dimanifestasikan melalui pembinaan bangunan-bangunan keagamaan yang kemudian menjadi pusat

3

Page 4: nota-bab-1

CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam

kepada urbanisasi dalam tamadun tersebut. Namun wujud juga tamadun yang tidak mempunyai ciri ini seperti tamadun Greek.

3.5Wujudnya Bandar (Urbanisasi)3.5.1 Kemunculan bandar merujuk kepada suatu tapak atau tempat dan pusat

komuniti dalam sesebuah kawasan. 3.5.2 Fungsi sesebuah bandar bergantung kepada elemen yang penting dalam

masyarakat tersebut. Jika sesebuah masyarakat itu mementingkan prinsip keagamaan, maka pusat bandar lazimnya pusat upacara keagamaan. Jika politik dan kuasa menjadi prinsip penting dalam masyarakat, maka istana dan citadel menjadi pusat fungsional. Jika masyarakat mengutamakan perniagaan dan perdagangan, maka pasar dan bazaar menjadi pusat bandar.

3.6Pengkhususan Kerja dan Inovasi Teknologi3.6.1 Kemunculan tenaga-tenaga mahir dalam pelbagai bidang berperanan

menentukan kemajuan sesebuah masyarakat dan negara. Melalui tenaga-tenaga mahir inilah akan membentuk pengkhususan kerja dan inovasi teknologi.

3.6.2 Contohnya, wujudnya pelbagai aktiviti perekonomian seperti pertukangan, senibina, peleburan logam dan sebagainya yang bersesuaian dengan permintaan komuniti. Justeru, lahirlah peluang-peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang.

3.7Penggunaan Sistem Tulisan dan Sistem teknologi Maklumat3.7.1 Kemunculan tulisan menjadi petunjuk kepada dinamisme masyarakat

sesebuah tamadun kerana melalui sistem tulisan, komunikasi dalam masyarakat menjadi lebih luas dan efektif. Penggunaan angka yang terbit daripada sistem tulisan memudahkan lagi pengiraan.

3.7.2 Penggunaan teknologi maklumat masa kini dalam penyebaran maklumat dan komunikasi menunjukkan tamadun manusia semakin maju dan pesat.

4. Ciri-ciri Khusus Tamadun Islam

Dalam tamadun Islam terdapat beberapa ciri keistimewaan yang mungkin mempunyai persamaan dengan tamadun lain, namun yang paling istimewa tamadun Islam yang tiada pada tamadun lain ialah bersifat ‘rabbani’ (ketuhanan). Ciri-ciri khusus tamadun Islam adalah seperti berikut:

4.1Rabbani (bersumberkan ajaran Allah s.w.t)4.1.1 Iaitu meletakkan petunjuk Allah s.w.t sebagai sumber utama dan menjadikan

Rasulullah s.a.w sebagai model dalam membina tamadun. 4.1.2 Tamadun Islam menjadikan sumber naqli (al-Quran dan al-Sunnah) sebagai

sumber asas atau utama di samping tidak menafikan sumber aqli (akal). Berbanding dengan tamadun Barat yang meletakkan akal sebagai sumber yang penting dalam konteks pembinaan tamadun manusia sehingga menyangkal perkara yang dinyatakan dalam sumber naqli.

4.1.3 Justeru, masyarakat Barat menolak agama dalam kehidupan mereka terutama yang berkaitan dengan pembangunan dan kemajuan kerana bagi mereka agama dianggap menyekat kemajuan dan kemodenan.

4.1.4 Tamadun Islam yang bersifat rabbani memberi makna dan matlamat yang jelas bahawa tamadun yang dibina oleh umat Islam tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menuju keredhaan Allah s.w.t untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat, bukan mencapai kesenangan dan keuntungan di dunia semata-mata atas nama kemajuan dan kemodenan.

4

Page 5: nota-bab-1

CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam

4.2Syumul (Menyeluruh / lengkap)4.2.1 Ajaran Islam adalah merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia di mana

pelaksnaan ajaran Islam bukan hanya pada persoalan ibadah khusus sahaja tetapi juga melibatkan setiap kegiatan dan aktiviti manusia termasuklah dalam hal yang berkaitan dengan pembagunan dan kemajuan sama ada dalam bidang politik, ekonomi, pendidikan, perniagaan dan sebagainya.

4.2.2 Ajaran Islam menyeru manusia supaya berlaku adil kepada semua insan mengira agama dan bangsa. Islam juga meliputi semua tempat dan masa serta sesuai kepada semua manusia tanpa batasan. Kesemuanya ini memperlihatkan kesyumulan Islam.

4.2.3 Tamadun Islam tidak menolak sumbangan daripada tamadun-tamadun asing selagi ianya tidak bercanggah dengan ajaran Islam dan memesongkan matlamat tamadun Islam seperti dalam bidang sains dan teknologi.

4.3Universal (Sejagat)4.3.1 Walaupun Islam diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang berbangsa

Arab, namun agama bukan khusus untuk bangsa Arab sahaja tetapi milik semua umat manusia kerana Islam bukan bersifat kesukuan atau nasionalisme tetapi bersifat ‘calami’ (universal).

4.3.2 Oleh sebab itu, berdasarkan sejarah mendapati tamadun Islam tidak hanya dibangunkan oleh bangsa tertentu dan bukan milik bangsa tertentu sahaja tetapi kepunyaan pelbagai bangsa yang menjadikan ajaran Islam asas pembinaan tamadun seperti bangsa Arab, Parsi, Sepanyol, Turki, Cina dan Melayu. Ini menjelaskan bahwa kesejagatan tamadun Islam bermakna ia tidak terikat kepada bangsa tertentu, sebaliknya seluruh umat manusia yang berpegang kepada al-Din.

4.3.3 Tamadun Islam yang wujud diseluruh dunia sama ada di Asia atau di Eropah tetap masih sama seperti yang diamalkan di semenanjung Tanah Arab. Bahkan sikap Islam lebih dari itu iaitu saling berkongsi ilmu pengetahuan untuk membangunkan tamadun masing-masing.

4.3.4 Begitu juga, tidak pernah timbul pertembungan peradaban Islam seperti tamadun Islam Abbasiyyah di Baghdad dan Uthmaniyyah di Turki membawa kepada ketegangan agama atau budaya.

4.4Ideal dan Realistik4.4.1 Islam meletakkan manusia di tingkat kesempurnaan dengan mengawasi

seluruh kegiatan manusia supaya tidak bercanggah dengan ajaran Allah.4.4.2 Realistik memberi makna bahawa alam adalah satu hakikat yang wujud di

dunia nyata yang menunjukkan kewujudan Allah s.w.t. Dan Islam adalah suatu yang ideal untuk manusia kerana ianya menepati fitrah manusia dan merangkumi setiap aspek kehidupan manusia.

4.4.3 Umpamanya, Islam menggalakkan manusia berkeluarga, maka Islam telah memberi peraturan yang cukup harmoni untuk dipatuhi. Ianya amat realistik dari segi mengambil kira realiti alam yang menunjukkan hakikat kewujudan Allah s.w.t. Maka tidak timbul isu kemaksiatan atau pelanggaran peraturan Allah. Ini kerana setiap perlakuan hamba akan dipersoalkan diakhirat nanti.

4.5Tetap dan Anjal4.5.1 Ini bermakna Islam merupakan agama yang tetap dan tidak berubah dari segi

tujuan dan matlamat pembinaan tamadun manusia, tetapi anjal dari sudut cara dan kaedah pelaksanannya.

4.5.2 Islam memberi kebebasan kepada manusia membangun dan memajukan tamadun namun jangan sampai matlamat asal pembinaan tamadun iaitu ke arah keredhaan Allah s.w.t terarah kepada kebendaan semata-mata.

5

Page 6: nota-bab-1

CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam

4.5.3 Oleh itu, dalam mengembeling penerokaan ilmu, keseimbangan dan kesepaduan ilmu hendaklah diberi perhatian iaitu tidak memisahkan ilmu sains dan teknologi dengan agama.

4.6Sepadu dan Seimbang (al-Tawazun)4.6.1 Ajaran Islam dan sistemnya ditegakkan atas dasar sepadu dan seimbang.

Sepadu bermaksud setiap satu bahagian dengan bahagian yang lain dalam ajaran Islam saling berkaitan. Manakala seimbang bermaksud seimbang antara tuntutan kebendaan dan kerohanian, dunia dan akhirat.

4.6.2 Dunia adalah keperluan manusia, manakala akhirat adalah hala tuju atau matlamat kehidupan manusia. Justeru, Islam menyeru manusia agar tidak mengabaikan tuntutan akhirat dalam usaha manusia membina kemajuan tamadun di dunia.

4.6.3 Ajaran Islam hendaklah diamalkan secara keseluruhannya dan bukan sebahagian tertentu sahaja. Apabila manusia hanya mengambil bahagian tertentu ajaran Islam dan meninggalkan sebahagian lain daripada perintah Allah maka cacatlah tamadun Islam seperti membangunkan teknologi moden bagi membuktikan kehebatan kepada masyarakat dunia dengan berbelanja besar sehingga membawa banyak pembaziran dan mudarat.

5. Asas Tamadun Islam

5.1Akidah5.1.1 Akidah merupakan konsep kepercayaan yang akan membentuk iman kepada

Allah s.w.t, para rasul, malaikat, kitab-kitab, hari akhirat dan qada’ dan qadar.5.1.2 Keyakinan kepada konsep tauhid memberi kesan dalam kehidupan manusia.5.1.3 Nabi Muhammad s.a.w telah berjaya membentuk sebuah kerajaan Islam yang

mantap berasaskan akidah di Madinah dari aspek politik, pentadbiran dan ekonomi.

5.1.4 Akidah yang mantap dapat membentuk sistem nilai yang menjadi asas ketamdunan itu sendiri. Selain itu, ianya juga dapat memandu manusia ke arah matlamat yang jelas iaitu mencari keredhaan Allah s.w.t.

5.1.5 Menurut Ismail al-Faruqi, tauhidlah yang memberikan acuan, jatidiri, dan ciri tersendiri kepada tamadun Islam. Ia menyatukan seluruh kompenan, lalu menjadikannya suatu kesatuan organik yang bersepadu, harmonis dan saling memperkuat. Itulah yang dinamakan tamadun.

5.2Syariah5.2.1 Syariah merupakan himpunan peraturan dan sistem perundangan yang

mencakupi pelbagai lapangan hidup yang merangkumi ibadah dan muamalah.5.2.2 Ibadah ialah peraturan yang menyusun hubungan manusia dengan Allah yang

mesti ditaati.5.2.3 Muamalat ialah peraturan yang menyangkut hubungan sesama manusia dari

segi hak dan tanggungjawab manusia dalam aspek ekonomi, munakahat, politik, jenayah dan sebagainya.

5.2.4 Setiap pencapaian manusia dalam pelbagai bidang sama ada sains dan teknologi mahu pun keagamaan hendaklah dibangunkan atas platform syariah bersumberkan al-Quran dan al-sunnah, manakala aplikasinya mestilah tidak bercanggah dengan matlamat utama syariah iaitu untuk menjaga agama, nyawa, keturunan atau kehormatan, akal dan harta.

5.3Akhlak

6

Page 7: nota-bab-1

CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam

5.3.1 Menurut ajaran Islam, akhlak mulia merupakan unsur penting yang perlu ada pada setiap muslim. Malah tujuan Nabi Muhammad s.a.w diutuskan oleh Allah adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.

5.3.2 Masyarakat dan bangsa yang memiliki akhlak mulia adalah penggerak ke arah pembinaan tamadun dan kejayaan yang diredhai oleh Allah s.w.t sebagaimana yang telah dibuktikan oleh baginda Rasulullah s.a.w.

5.3.3 Sejarah telah merakamkan bahawa kehebatan suatu tamadun akan tersungkur akhirnya apabila pemimpin dan masyarakat itu mengabaikan nilai-nilai murni atau akhlak mulia dalam pemerintahan dan kehidupan seperti yang pernah berlaku kepada tamadun-tamadun silam termasuklah beberapa buah kerajaan Islam yang pernah menjulang kehebatan tamadun Islam.

5.4Ilmu 5.4.1 Islam menggalakkan umatnya supaya mempelajari dan menuntut ilmu

pengetahuan dalam pelbagai lapangan dan bidang kerana ilmu memainkan peranan yang cukup penting dalam menentukan nilai sesuatu tamadun.Jatuh bangun sesebuah tamadun bergantung kuat pada dahan kebijaksanaan pengasas dan pengikutnya dalam menentukan hala tuju seni bina tamadun tersebut. Nabi pernah bersabda;“Menuntut ilmu itu menjadi kewajipan kepada setiap orang Islam”(Hadith riwayat Muslim)

5.4.2 Islam telah menggariskan ilmu sebagai neraca timbang dan batu ukur bagi menentukan jalan yang harus dipilih untuk menuju kebahagian di dunia dan di akhirat. Kecemerlangan ilmu juga memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan nilai-nilai keperibadian seseorang individu yang mana akhirnya mengangkat taraf kehidupan masyarakat dan menjulang nama sesuatu bangsa,negara dan umat Islam secara umumnya.

5.4.3 Keagungan ilmu mengikut pandangan Islam dalam terokaan sejarah kebangkitan tamadun Islam semenjak zaman baginda saw dipandu oleh al-Quran dan al-Sunah baginda Nabi saw bagi mencapai suatu tahap keilmuan cemerlang bagi meneruskan kesinambungan dan tuntutan agama sepertimana yang disarankan supaya mempunyai sifat ikhlas, terbuka dalam menimba ilmu, dan bersedia berkongsi ilmu dalam memberi pandangan serta bersedia berlapang dada menerima pandangan orang lain.

5.4.4 Empayar Islam di Andalusia yang diterokai oleh Khalifah Abdul Rahman ad Dakhili pada tahun 755M adalah sebaik-baik contoh kebangkitan tamadun Islam dan ketinggian pusat kajian ilmu-ilmu Islam dalam pelbagai bidang.Pada zaman ini menjadi bukti hasil kebangkitan tamadun Islam yang gemilang itu, apabila telah berjaya melahirkan ramai sainstis dan pakar-pakar dalam penyelidikan, serta penemuan-penemuan di dalam pelbagai bidang bertaraf kelas pertama lagi berprestij seperti perubatan, botani, geografi, fizik, kimia, pembedahan, ahli matematik dan sebagainya.

6. Sumber Tamadun Islam

Terdapat dua sumber bagi tamadun Islam iaitu sumber mutlak, sumber ijtihad dan tamadun-tamadun asing.

6.1Sumber Mutlak 6.1.1 Al-Quran

a. Sumber utama tamadun Islam adalah al-Quran. Al-Quran adalah perkataan Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril di dalam bahasa Arab secara beransur-ansur dan dipindahkan secara mutawatir. Menjadi ibadah bagi sesiapa sahaja yang membacanya. Al-Quran yang diturunkan adalah suci

7

Page 8: nota-bab-1

CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam

mengandungi nilai mukjizat yang tinggi dari sudut akidah, syariah, akhlak, bahasa, sejarah, intelektual, ketamadunan dan rahsia alam. Ianya sesuai sepanjang zaman dan lengkap serta sesuai dengan tahap manusia dan ketamadunan.

b. Kandungan al-Quran yang berkaitan dengan tamadun dapat disimpulkan seperti berikut: Sejarah: al Quran telah mejelaskan tentang tamadun yang lalu

seperti ‘Ad, Thamud, Fir’aun dan kemajuan Saba’ Seimbang: al Quran mengajar manusia supaya hidup bertamadun

yang seimbang antara kemajuan kebendaan dan kerohanian. Sosial: al Quran membimbing tamadun hidup manusia dengan

berpandukan kepada hukum yang telah ditetapkan supaya kehidupan mereka sentiasa terjamin dari sudut agama, nyawa, harta, maruah dan keturunan.

Politik: al Quran telah membimbing tamadun manusia dari sudut politik dengan menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai contoh seorang ketua negara kemudian diikuti pula dengan khulafa al Rasyidin seterusnya hingga kini. Setiap pemimpin yang bertamadun sentiasa mengikut garis panduan kepimpinan negara seperti yang terdapat dalam al Quran.

Ekonomi: al Quran telah mentamadunkan ekonomi manusia dengan berbagai-bagai peraturan antaranya larangan riba, rasuah, penipuan dalam timbangan dan larangan mencuri. Islam menghalalkan jual beli, bercucuk tanam, menternak dan sebagainya.

6.1.2 As-Sunnaha. Al-Quran menggariskan prinsip-prinsip asas kemudian dihuraikan dan

diperincikan oleh as-Sunnah. As-sunnah adalah segala perkataan, perbuatan, perakuan, sifat-sifat keperibadian dan keterampilan Nabi Muhammad SAW. Dalam erti kata lain perjalanan hidup baginda Rasulullah SAW sesiapa yang mengikutinya diberikan pahala dan bagi sesiapa yang mengingkarinya dikenakan seksa sekiranya ianya perintah wajib. As-sunnah merupakan sumber inspirasi umat Islam untuk membentuk, membangun dan mengembangkan tamadun mereka.

b. Dalam bidang politik Islam baginda Rasul s.a.w telah memperlihatkan kepada sahabat tentang politik yang bertamadun. Dalam politik Rasul s.a.w. tidak ada unsur penindasan, kezaliman, penganiayaan dan sebagainya. Sebaliknya baginda telah menunjukkan sikap yang adil, pemurah, penyayang, belas kasihan, lemah lembut, tolak ansur, berjiwa rakyat, tiada kasta dan sebagainya.

c. Dalam bidang Ekonomi Islam pula Rasul s.a.w. telah menunjukkan contoh teladan yang amat baik dalam ekonomi. Baginda sering pergi ke pasar dan sentiasa menasihati peniaga-peniaga supaya tidak menipu dan riba dalam perniagaan. Rasul s.a.w. pernah pergi ke ladang kurma untuk memberi bimbingan dan nasihat tentang kewajipan mengeluarkan zakat, sedekah dan sebagainya. Selain dari itu Rasul s.a.w. telah memperkenalkan sistem baru dalam ekonomi seperti sistem zakat, sedekah, wakaf, faraidh, baitulmal, ghanimah, fai', kharaj dan sebagainya.

d. Dari segi sosial pula Rasul s.a.w. telah menjelaskan tentang tamadun dalam hubungan sosial. Baginda s.a.w. adalah sebagai contoh yang terbaik dalam keluarga dan tetanga. Hingga baginda mengatakan bahawa tidak beriman seseorang kamu hingga kamu menghormati

8

Page 9: nota-bab-1

CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam

jiran tetanga. Rasul s.a.w. juga menggalakkan supaya ada hubungan silaturrahim sesama masyarakat Islam.

6.2 Sumber Ijtihad

6.2.1 Ijmaka. Menurut istilah ulama usul, Ijmak ialah persepakatan para mujtahid

dari kalangan umat Muhammad s.a.w selepas kewafatan baginda dalam satu-satu zaman di atas satu-satu hukum syara.

b. Ijmak ini berlaku atas ijtihad-ijtihad yang sepakat atas semua peristiwa atau kejadian yang tidak ada dasarnya secara jelas dalam Al-Quran dan Hadis , peristiwa atau kejadian yang berhubungan dengan ibadat yang tidak langsung ditujukan kepada AllahS.W.T seperti sistem pendidikan, pemerintahan, politik, ekonomi, ketenteraan, kemasyarakatan atau semua hal-hal yang berhubungan dengan urusan duniawi tetapi tidak ada hukumnya dengan jelas dalam Al-Quran dan Hadis.

c. Ijmak tidak akan berlaku kecuali memenuhi syarat-syarat berikut; i.  Hendaklah persepakatan iaitu berlaku dikalangan para mujtahid, jik

a bukan dari kalangan mereka, maka tidak dikira ijmak. ii.  Persepakatan tersebut mestilah berlaku dikalangan semua mujtahi

d. Jika sebahagiannya sahaja, maka tidak boleh dikira ijma, kerana masih ada yang tidak sepakat.

iii.  Persepakatan mujtahid itu mestilah berlaku selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Ijmak tidak perlu semasa hayat Baginda kerana memadai dengan wahyu al-Quran yang diutuskan dan Sunnahnya.

iv. Persepakatan ini hanyalah mengenai hukum syara sahaja seperti wajib, haram, harus dan sebagainya

v. Persepakatan ini mestilah dari kalangan umat Nabi Muhamad s

ahaja.Terkeluar daripadanya ketua-ketua agama lain kerana mereka mungkin dipengaruhi oleh akidah agama mereka.

vi. Persepakatan ini mestilah dari kalangan semua mujtahid yang ada pada zaman tersebut.

6.2.2 Qiasa. Menurut istilah ulama usul Qias ialah menyamakan sesuatu masalah

yangtidak ada nasnya dengan sesuatu masalah yang sudah ada nas hukumnya kerana adanya persamaan illah antara kedua-duanya.

b. Rukun-rukun qias adalah seperti berikut;i.  Asal (al-asi) iaitu perkara yang sudah ada hukumnya yang telah

ditetapkan oleh nas syaraii.  Furu (Al-faru) iaitu perkara baru yang tidak terdapat nas mengenai

hukumnya samada dari al-Quran atau as-Suimah ataupun ijma.iii.  Hukum asal (Hukum al-asi) hukum perkara asal yang terdapat

nasnya dalam al-Quraan atau as-sunnah.iv.  Sebab hukum (illah) iaitu bentuk persamaan yang mengikat

diantara perkara asal (al Asl) dengan yang baru (al-Furu’)

9

Page 10: nota-bab-1

CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam

6.3 Tamadun Asing

6.3.1 Dalam membina tamadun, Islam tidak menolak sumber-sumer yang datang dari tamadun lain yang tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam.

6.3.2 Hal ini dapat dilihat dengan jelas misalnya apabila Islam datang ke dalam masyarakat Arab, masyarakat Barat mahupun masyarakat Timur; Islam menerima nilai-nilai baik masyarakat berkenaan yang tidak bertentangan dengan syariatnya.

6.3.3Tamadun Islam pada dasarnya banyak dipengaruhi oleh kebudayaan masyarakat Arab. Kesan daripada interaksi antara tamadun Islam dengan tamadun lain telah memperkayakan tamadun Islam

7. Matlamat Tamadun Islam

7.1 Tamadun Islam merupakan manifestasi daripada kefahaman dan penghayatan umatnya terhadap seluruh ajaran Islam. Tamadun Islam berkongsi matlamat yang sama dengan ‘dinul Islam’ (ajaran Islam) dari segi membawa misi rahmat ke seluruh alam.

7.2 Matlamat utama tamadun Islam ialah untuk mengangkat Islam sebagai ‘al-Din’ iaitu satu cara hidup yang lengkap dan komprehensif.

7.3 Tamadun Islam menyediaan ruang yang kondusif kepada umat Islam untuk melaksanakan seluruh ajaran Islam yang berkaitan dengan syariat dalam pelbagai aspek merangkumi ibadat, munakahat, muamalat, jenayah, kenegaraan dan kehakiman.

7.4 Matlamat khusus tamadun Islam ialah untuk menjalinkan hubungan manusia dengan Allah, mewujudkan hubungan sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam.

7.4.1 Menjaga hubungan manusia dengan Allah7.4.1.1Rukun Islam yang kelima dan rukun Islam yang keenam juga

merupakan lambang pengakuan dan diri seseorang tentang kewujudan Allah s.w.t. Hanya melalui keimanan kepada Allah s.w.t, manusia menjadi makhluk yang berjiwa besar, bebas daripada rasa benci, khianat dan nafsu serta sentiasa mengingati Allah semasa susah dan senang.

7.4.1.2Perasaan yang membentuk sifat mahmudah pada diri Muslim seperti bersyukur, sabar dan merendah diri kepada kekuasaan Allah s.w.t.

7.4.1.3Kepercayaan dalam rukun Islam yang kelima dan pegangan dalam rukun iman yang keenam telah melahirkan sifat ihsan dan sentiasa bertawakal kepada Allah s.w.t.

7.4.2 Menjaga hubungan manusia dengan manusia.7.4.2.1Sebagai manusia, ia tidak boleh hidup bersendirian. Hakikat dan

fitrah hidup manusia untuk hidup saling menyayangi dan saling memerlukan. Selain itu, manusia perlu berinteraksi antara satu sama lain.

7.4.2.2Komunikasi serta interaksi yang sihat serta positif sesama manusia menyebabkan manusia dihormati dan dihargai. Interaksi sosial boleh berbentuk kekeluargaan, kejiranan, kemasyarakatan, negara, ekonomi, kebudayaan, pendidikan dan sebagainya.

7.4.2.3Oleh itu, manusia perlu menyemai sikap tolong menolong, bekerjasama dan semangat perpaduan bagi menyempurnakan syarak Islam.

10

Page 11: nota-bab-1

CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam

7.4.3 Menjaga hubungan manusia dengan alam. 7.4.3.1Semua yang dijadikan didunia ini sama ada didataran atau di

lautan adalah untuk kepentingan manusia sejagat. Setiap satu daripadanya memainkan fungsi tertentu dan memiliki peranan masing-masing.

7.4.3.2Melalui akal, manusia digalakkan menerokai keajaiban alam untuk faedah sarwajagat. Allah menggalakkan hubungan manusia dengan alam supaya manusia sentiasa mengingati Allah dan bersyukur kepada kurniaan-Nya seperti pangkat, kebesaran dan kekayaan.

7.5 Dengan bukti dan kebesaran yang ditunjukkan dalam al-Quran, maka sewajarnya sebagai seorang muslim sejati hendaklah ada dalam diri mereka rasa tanggungjawab yang tinggi terhadap hubungan kepada Allah, manusia, dan alam. Segala saranan yang disebut dalam al-Quran merupakan interaksi manusia dengan Allah, sesama manusia dan juga alam.

8. Keunikan Tamadun Islam

Beberapa keunikan dapat dikesan dalam tamadun Islam berbanding tamadun-tamadun lain. Antaranya:

8.1 Agama melahirkan tamadun8.1.1 Kelahiran Islam di Mekah telah mencetuskan revolusi pemikiran dan

perubahan sosio budaya yang ketara melalui wahyu pertama (surah al-cAlaq: 1-5). Ini bermakna dengan lahirnya agama Islam secara tidak langsung melahirkan tamadun Islam itu sendiri.

8.2 Peradaban8.2.1 Agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w telah

membentuk sebuah peradaban yang tinggi. Menerusi ajaran Islam maka terbentulah sahsiah muslim yang kental dan berperadaban tinggi.

8.3 Perkembangan8.3.1 Tamadun Islam berkembang ditempat yang tidak disangka oleh

sesiapa. Siapa sangka tamadun Islam muncul di kawasan yang kering kontang iaitu di kota Mekah.

8.3.2 Bermula di Mekah maka tamadun Islam terus berkembang ke Madinah dan seterusnya ke Baghdad, Damsyik, Cordova, Turki dan sebagainya.

8.3.3 Berbeza dengan tamadun lain yang berkembang hanya ditempat di mana ia diasaskan seperti di tepi sungai atau di kawasan lembah.

8.4 Mengadaptasikan konsep ummah8.4.1 Tamadun Islam berkembang berasaskan konsep ummah iaitu tidak

membezakan warna kulit, budaya, bangsa ataupun sempadan geografi. Bahkan tamadun Islam menerima unsur tamadun asing seperti Greek, Yunani, parsi, India dan lain-lain lagi yang diadun dan disarin untuk disesuaikan dengan tamadun Islam.

8.5 Asas ilmu pengetahuan8.5.1 Tamadun Islam bangkit dengan ilmu pengetahuan. Hal ini dapat dilihat

berasaskan wahyu pertama yang Allah s.w.t turunkan iaitu ‘bacalah’ (Iqra’).

8.5.2 Konsep inilah menjadi model pembangunan tamadun Islam sehingga melahirkan tamadun yang hebat dan dikagumi suatu ketika dahulu

11

Page 12: nota-bab-1

CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam

seperti yang berlaku pada zaman kerajaan Islam di Baghdad dan di Sepanyol.

8.5.3 Kehebatan tersebut dapat dibuktikan apabila lahirnya tokoh-tokoh ilmuan Islam dalam pelbagai disiplin ilmu yang menyumbang kepada perkembangan tamadun Islam dalam pelbagai bidang terutama dalam bidang sains dan teknologi.

9. Faktor-faktor Kemunculan dan Keruntuhan Tamadun 

9.1 Secara keseluruhannya, faktor-faktor yang dilihat mendorong kepada kemunculan sesebuah tamadun adalah seperti berikut;9.1.1 Kelahiran sesebuah tamadun kebanyakannya disebabkan oleh

kedudukannya yang strategik yang boleh mewujudkan penempatan masyarakat dan juga mudah untuk memperolehi sumber-sumber semulajadi bagi menampung kehidupan masyarakatnya. Contoh; kemunculan Tamadun China di Lembah Huang-He dan Yong Tse, Tamadun India di Lembah Ganges, Tamadun Mesia di Lembah Nil dan Melaka di Selat Melaka.

9.1.2 Ransangan daripada keagamaan dan kerohanian kerana amalan daripada ajaran-ajaran agama mendorong manusia supaya menghayati nilai-nilai kehidupan yang tulus dan murni. Ini secara tidak langsung telah menjadikan manusia menuju kepada kehidupan yang bertamadun. Kemunculan tamadun Islam umpamanya telah dipengaruhi oleh ransangan nilai-nilai murni berdasarkan cara hidup Islam yang sempurna

9.1.3 Penghayatan yang tinggi kepada moral dan nilai murni memandangkan masyarakat yang menghayati nilai-nilai murni sudah pasti mendorong kepada sifat kecintaan kepada ilmu dan nilai-nilai positif yang lain seperti kreativiti, ketekunan, kerajinan, berdisiplin dan sebagainya. Pemimpinnya juga mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seperti tidak rasuah, berhemat, bertanggung jawab dan jujur yang seterusnya mendorong rakyatnya berganding bahu untuk membangunkan negara. Umpamanya; Platodan Aristotle dalam Tamadun Yunani, kung Fu-Tze dalam Tamadun China,Kautilya dalam Tamadun India serta al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibn Khaldun dalam Tamadun Islam. 

9.1.4 Kesengsaraan hidup. Situasi kehidupan yang dibelenggu keperitan dan kesengsaraan menggalakan masyarakatnya bekerjasama menggembling tenaga untuk melepaskan diri mereka daripada belenggu tersebut. Ini akhirnya menjadikan sesebuah masyarakat itu lebih berdisiplin dan kreatif dalam membangunkan kehidupan mereka. Umpamanya kebangkitan Jepun seringkali dikaitkan dengan penderitaan masyarakatnya selepas kekalahan mereka dalam Perang Dunia Kedua. 

9.1.5 Interaksi antara tamadun. Sikap ingin mewujudkan saling berinteraksi dengan tamadun-tamadun lain merupakan ransangan kepada kehidupan bertamadun. Ini kerana sikap toleransi kepada sumbangan tamadun-tamadun yang lain menggambarkan sikap terbuka untuk menerima nilai-nilai yang baik daripada tamadun-tamadun tersebut dan seterusnya membantu kepada kemunculan tamadun baru. Tamadun Islam umpamanya menerima sumber-sumber ilmu daripada Tamadun China, India, Parsi dan sebagainya.

9.2 Bagaimanapun, setiap tamadun dalam sejarah manusia mengalami zaman kemerosotan masing-masing. Menurut pendapat Ibn Khaldun,

12

Page 13: nota-bab-1

CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam

kemerosotan sesebuaht amadun adalah disebabkan oleh putaran sejarah. Pada awalnya, ia berjaya kerana mengamalkan nilai-nilai murni tetapi selepas mencapai kejayaan, nilai-nilai tersebut merosot kerana limpahan kemewahan dan penyelewengan.

9.3 Tetapi ada juga sarjana yang berpendapat bahawa sesebuah tamadun merosot bukanlah disebabkan oleh hukum sejarah. Kemerosotan boleh dielakkan sekiranya mereka belajar dari sejarah dengan mengekalkan nilai-nilai yang baik..

9.4 Berdasarkan kepada sejarah, sesebuah tamadun merosot disebabkan oleh faktor-faktor berikut;a. Wujudnya jurang perbezaan yang ketara antara yang miskin dan kaya.b. Berleluasanya penindasan dan kezaliman sehingga hak-hak asasi manusia

diketepikan. c. Keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat terutama dikalangan

pemimpin. d. Wujud sikap tertutup dan tidak mahu menerima perubahan terutamanya

dari segi sains dan teknologi, struktur politik, ekonomi dan sosial. Ini kerana sikap tertutup ini menghalang kepada peningkatan daya kreativiti dan seterusnya menyebabkan masyarakat tersebut hidup dalam kemunduran. Tamadun Islam Uthmaniyyah misalnya, runtuh kerana sikap tertutup mereka yang tidak mahu menerima perubahan teknologi dan sosial. 

e. Berlakunya malapetaka atau bencana alam yang menyebabkan kerosakan besar-besaran. Bagaimanapun, faktor ini adalah diluar kemampuan manusia untuk menghalangnya daripada terjadi. Namun ada bencana alam dikaitkan dengan azab Allah kerana keingkaran manusia terhadap perintah Allah s.w.t yang dibawa oleh para Rasul. Seperti kaum Thamud Allah binasakan dengan ribut yang bertiup tanpa henti selama tujuh malam.

f. Pemimpin tidak berwibawa. Iaitu pemimpin yang terlalu mementingkan diri, hidup berpoya-poya, lemah dalam pentadbiran, terlibat dengan penyelewengan harta rakyat, keruntuhan akhlak

10. Konsep Tamadun Barat

10.1 Sejarah Falsafah Tamadun Barat

1. Pemikiran dan falsafah sejarah barat adalah berteraskan kepada pemikiran, falsafah sejarah dan kebudayaan Yunani dan Rumawi. Kehidupan dan sosio budaya orang-orang Yunani adalah berbentuk materialistik. Mereka melihat tuhan dalam bentuk dan rupa yang boleh digambarkan dalam berbagai bentuk.

2. Kepercayaan agama orang-orang Yunani tidak mempunyai unsur spiritual sebagaimana Islam, malahan penekanan lebih kepada unsur fizikal dan rasional semata-mata.

3. Penguasaan Kristian ke atas negara-negara Barat oleh empayar Rom dan Byzentine selepas itu, tumpuan telah diberikan pada aspek kerohanian berbanding aspek kebendaan sehingga mengakibatkan wujud pemisahan antara agama dengan pemerintahan.

4. Rasa tidak puas hati penduduk Eropah terhadap golongan gereja yang menyekat perkembangan ilmu dan penyalahgunaan kuasa dalam institusi gereja telah mendorong mereka menerokai ilmu sains fizik dengan membelakangkan falsafah agama.

13

Page 14: nota-bab-1

CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam

5. Kemunculan teori-teori sains berasaskan falsafah dan logik akal seperti teori evolusi oleh Charles Darwin, teori kesatuan kebudayaan oleh Oswald Spengler dan lain-lain lagi adalah antara contoh masyarakat Barat mula mengenepikan panduan agama dalam mencorakkan tamadun mereka.

10.2 Dasar Tamadun Barat

1. Dasar atau prinsip yang menjadi asas tamadun barat adalah berkait dengan falsafah dan tradisi berfikir masyarakat barat yang menghasilkan tamadun tersebut.

2. Prof. Muhammad Kamal Hassan telah menggariskan unsur-unsur tamadun Barat adalah seperti berikut:

a. Wujudnya pemisahan antara undang-undang dan akhlak, antara dunia dan akhirat

b. Tidak ada ukuran baik dan buruk yang mutlak. Semua nilai moral-agama adalah bersifat relatif

c. Kelakuan bermoral mestilah mengikut keadaan, tempat, dan masad. Hidup hanya sekali, justeru kemewahan dan kemegahan dunia perlu

dicapaie. Agama dianggap menghambat kemajuanf. Agama adalah urusan peribadi yang berkaitan hanya dengan beberapa

upacara ritual.

3. Menurut Dr. Yusuf al-Qardhawi, tamadun Barat mempunyai ciri-ciri:a. Kejahilan dalam memahami konsep ketuhananb. Kecenderungan kebendaanc. Aliran sekularismed. Perbalahan dan pertelingkahane. Rasa lebih tinggi daripada orang lain

4. Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas, sifat-sifat asasi tamadun Barat berasaskan kepada berikut:

a. Tamadun barat diikat dengan pengaruh adat-adat terdahulub. Berasaskan kepada falsafah dan bukan agamac. Bersifat humanisme – manusia sebagai penentu nilaid. Dualisme dalam kehidupan iaitu memisahkan antara rohani dan

jasmanie. Tiadanya konsep tauhid

5. Berdasarkan pandangan di atas dapat disimpulkan bahawa tamadun barat berteraskan kepada falsafah kemanusiaan yang mutlak. Justeru nilai yang wujud dalam tamadun barat adalah berdasarkan lingkungan kehidupan berbentuk jasmani semata-mata dan menafikan peranan agama.

14

Page 15: nota-bab-1

CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam

10.3 Perbezaan Asas Tamadun Islam dan Barat

Tamadun Islam Tamadun Barat

Sumber Al-Quran dan al-Sunnah Pemikiran akal

Kedudukan agama Islam menjadi cara hidup dalam

seluruh kehidupan Pembaharuan dalam Islam adalah

mengikut agama

Agama dianggap sebahagian daripada budaya

Konsep Kesepaduan dan Pengawalan• segala bentuk pembangunan

kebendaan berkait dengan kerohanian – terikat dengan prinsip akidah, syariah dan akhlak

• Segala urusan dunia tiada kaitan dengan agama.

• Terikat dengan undang-undang tetapi bentuk pengawalan tidak didasarkan kepada iman

Konsep Kemajuan- Dicapai dengan cara yg betul ,

mempunyai matlamat yg jelas dan dibenarkan agama. Misalnya: Islam menggalakkan kemajuan sains dan teknologi selagi tidak mendatangkan kemusnahan.

- Tiada matlamat yang jelas dan lebih menjurus kepada kepentingan dunia dan keuntungan semata-mata

- Mengamalkan konsep ‘matlamat menghalalkan cara’

Penekanan Sudut Kemajuan- Memberi penekanan kepada

akhlak, rohani, jasmani dan akliah (intelektual) secara seimbang dan sepadu.

- Pembangunan kebendaan sebagai alat untuk menyempurnakan tuntutan agama dan kerohanian. Misalnya, berusaha memantapkan ekonomi supaya dapat mengeluarkan zakat, menunaikan haji dsb.

- Tumpuan hanya kepada pembangunan kebendaan . Ini menjadikan manusia berlumba-lumba memenuhi tuntutan keduniaan dan nafsu. Berlakulah krisis nilai atau akhlak kemanusiaan.

15

Disediakan oleh:

Mohd Kamal B. Shah RaniPensyarah Kanan Pengajian IslamJabatan Pengajian UmumKPTMKL