Nota Fonetik

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Fonetik Fonologi

Citation preview

Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi

Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi1Bab 3LAMBANG BUNYI BAHASA DAN CARA TRANSKRIPSIPada akhir bab ini, pelajar akan dapata. mengenal pasti jenis bunyi bahasa yang terdapat dalam bahasa Melayub. mengenal lambang-lambang fonetik bagi konsonan dan vokalc. memahami maksud transkripsi fonetik dan prinsip asas membuat transkripsi fonetikd. membuat latihan transkripsi fonetik yang mudahRINGKASAN BAB3.1. Pengenalan3.2. Lambang Bunyi3.3. Transkripsi Fonetik3.4. Kegunaan Transkripsi Fonetik3.5. Latihan Transkripsi FonetikIstilah pentingRingkasanRujukanBab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi2Apabila bunyi bahasa dikaji, ada beberapa persoalan yang perlu dipertimbangkan. Antaranya, apakah yang dimaksudkan dengan perkataan bunyi, dan bagaimanakah bunyi dalam bahasa Melayu dapat ditentukan? Bagaimanakah ujaran seperti cap dibahagikan kepada beberapa bunyi yang tertentu? Ada beberapa bunyi dalam kata cap bahasa Melayu?Apabila kita bercakap, sebenarnya kita menghasilkan satu aliran suara yang berterusan. Aliran suara ini hanya diberhentikan untuk bernafas ataupun untuk menyusun buah fikiran untuk terus bercakap.Aliran suara ini dapat dibahagikan kepada unit-unit bunyi kecil yang disebut sebagai segmen, iaitu bunyi vokal atau konsonan. Misalnya, kata cap dilafazkan bermula dengan segmen c, a, dan p. Oleh hal yang demikian, kata cap terbentuk oleh tiga segmen, iaitu c, a dan p. Kata cap terdiri daripada dua konsonan dan satu vokal, iaitu c dan p sebagai konsonan dan a sebagai vokal. Demikian juga kata adik terdiri daripada empat segmen a, d, i, dan k, iaitu dua konsonan (a dan i) dan dua vokal (d dan k). Setiap segmen ini tidak dapat berfungsi secara bersendirian, tetapi perlulah bergabung untuk membentuk perkataan. Dalam kata adik, segmen a, d, i dan k tidak mempunyai makna yang tersendiri dan hanya menjadi bermakna apabila digabungkan untuk membentuk perkataan adik.Dalam bahasa Melayu, bunyi bahasa dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu vokal, konsonan, dan diftong. Terdapat enam bunyi vokal dan 25 fonem konsonan yang dilambangkan oleh 26 huruf konsonan dalam bahasa Melayu. Selain itu, ada tiga fonem diftong yang dilambangkan oleh tiga pasang huruf vokal. Setiap bunyi vokal, konsonan dan diftong dilambangkan oleh satu simbol atau lambang yang tertentu. Lihat contoh lambang bunyi yang terdapat dalam bahasa Melayu seperti dalam Jadual 3.1. (nyatakan sumber)3.1 . PengenalanBab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi3Ada cara tertentu supaya bunyi tersebut dapat dinyatakan dalam bentuk yang lebih nyata. Salah satu cara ujaran bahasa dapat diwakili disebut sebagai transkripsi fonetik, iaitu penggunaan lambang (abjad) untuk mewakili bunyi bahasa. Cara ini lazim digunakan dalam kamus untuk mewakili sebutan perkataan. Misalnya, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2011), perkataan pelat dituliskan dalam lambang fonetik seperti [plat]. Dalam Oxford Advanced Learners Dictionary (2000) pula, kata Inggeris prison ditranskripsikan seperti [przn].Sebelum mengetahui cara membuat transkripsi fonetik, simbol atau lambang fonetik hendaklah diketahui dan dipelajari cara menulisnya. Seperti yang dijelaskan dalam pada awal, terdapat tiga jenis bunyi dalam bahasa Melayu, iaitu konsonan, vokal dan diftong. Berikutnya diturunkan lambang bunyi bagi setiap konsonan, vokal dan diftong yang terdapat dalam bahasa Melayu.Jadual 3.1 Lambang fonem konsonan dan vokal dalam bahasa Melayu.Konsonan[b] seperti dalam baca[] seperti dalam cari[d]seperti dalam dada[f] seperti dalam fikir[g] seperti dalam gigi[h] seperti dalam hari[] seperti dalam janji[k] seperti dalam kamus[l] seperti dalam lari[m] seperti dalam mata[n] seperti dalam nama[p] seperti dalam pada[r] seperti dalam rata[s] seperti dalam singaVokal/a/ seperti dalam ada// dalam emas[t] seperti dalam tolak[v] seperti dalam van[w] seperti dalam wap[y] seperti dalam yuran[z] seperti dalam zoo[] seperti dalam ngaum[] seperti dalam nyata[] seperti dalam ghaib[] seperti dalam zaman[dz] seperti dalam hadzir[x] seperti dalam khabar[] seperti dalam syabas[d] seperti dalam darurat[] seperti dalam sabitDiftong/ai/ seperti dalam petai3.2 . Lambang BunyiBab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi4// seperti dalam enak/i/ seperti dalam itik/o/ seperti dalam olah/u/ dalam ura/au/ seperti dalam pulau/oi/ seperti dalam sekoiKelihatan ketiga-tiga fonem konsonan, vokal dan diftong ini boleh wujud pada awal, tengahdan akhir perkataan seperti yang dipaparkan dalam contoh dalam Jadual 3.1Transkripsi adalah penurunan perkataan kepada bentuk tulisan yang bersistematik dankonsisten. Transkrip juga dikenali sebagai satu system symbol/lambing atau khat (script).Menurut Daniel Jones (1992), transkrip fonetik didefinisikan sebagai penulisan mengikutabjad iaitu setiap huruf mewakili satu bunyi (satu bunyi satu simbol). Sebagai contoh, apabila] iaitu /makan/,kita mendengar seorang penutur dialek Kelantan menyebut perkataan [makmaka sebagai seorang yang tahu tentang fonetik maka dia akan menulis bunyi-bunyi dalamperkataan yang disebut oleh penutur itu dengan menggunakan abjad fonetik.a. Tiga bunyi dalam bahasa Melayu ialah ......................., ........................ dan..........................b. Berikan dua contoh penggunaan bagi vokal [a] dan [u].c. Apakah dua lambang fonetik bagi huruf e?d. Adakah perkataan yang berikut ini berdiftong?damai, semai, auta, lauk, saur.3.3 . Transkripsi fonetikBab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi5Dengan adanya transkripsi fonetik, kita dapat membantu orang luar atau orang asing menyebut sesuatu perkataan dengan betul. Transkripsi fonetik boleh dilakukan dengan dua keadaan yang berbeza iaitu transkripsi yang berdasarkan tanggapan/ impressionistic dan transkripsi yang berasaskan sistematik.a) Transkripsi TanggapanTranskripsi tanggapan dihasilkan berdasarkan kategori bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia secara umum. Ia seolah-olah sukar dilakukan. Transkripsi ini diperlukan dalam dua keadaan iatu: Apabila bahasa yang hendak ditankripsikan itu tidak diketahui asal usulnya. Bahasa itu tidak mempunyai pola dan struktur yang sistematik. Katakan anda dikehendaki membuat kajian terhadap bahasa X yang tidak pernah dikaji sebelum ini. Anda terpaksa mentrankripsi apa sahaja bunyi yang dihasilkan oleh informan (sumber maklumat) anda. Dari data yang anda perolehi barulah boleh dicipta transkripsi yang lebih sistematik. Seseorang yang terpaksa mentranskripsi bahasa kanak-kanak atau pesakit yang tidak pernah dilihat sebelum ini atau seseorang yang tidak tahu apakah rumus yang harusTranskripsi FonetikTranskripsi tanggapanTranskripsi sistematikTranskripsi fonetik luasTranskripsi fonetik sempitBab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi6diaplikasikannya. Dalam keadaan sebegini symbol-simbol yang digunakan hanya menunjukkan nilai fonetik bunyi-bunyi itu. Kesemua ujaran dari golongan ini terpaksa ditranskripsikan berdasarkan transkripsi tanggapan.b) Transkripsi sistematikTranskripsi sistematik digunakan dengan meluas dibandingkan dengan transkripsi tanggapan. Transkripsi sistematik mempunyai peranan yang penting terutama dalam mengajar penyebutan kepada penutur asing atau mempelajari bahasa asing. Transkripsi sistematik digunakan dengan meluas dalam pengkajian nahu secara deskriprif dan juga diperlukan dalam kamus. Dalam transkripsi yang berasaskan sistematik inilah lahirnya dua jenis transkripsi iaitu transkripsi luas dan transkripsi sempit.i. Transkripsi fonetik sempit ] di atas sesuatu sesuatu simbol itu biasanya ia melambangkan bunyi itu disengaukan.], tetapi dalam pengucapan sebenar, jika anda perhatikan, dalam kata nyanyi selalunya bunyi vokal [a] dan [i] akan dinasalkan kerana terpengaruh dengan bunyi nasal disebelahnya. Jadi, jika terdapat tanda [ ]. Simbol ini menunjukkan bunyi ini dinasalkan, contohnya apabila sesuatu bunyi khususnya bunyi vokal hadir selepas bunyi nasal, bunyi vokal itu akan menjadi nasal seperti dalam kata nyanyi yang diberi transkripsi sebagai [Transkripsi fonetik sempit menggunakan simbol-simbol yang lebih lengkap bagi tiap-tiap segmen dan cirri bunyi. Transkripsi fonetik sempit boleh digunakan bagi siri bunyi-bunyi ujaran yang sengaja dibentuk bagi latihan pendengaran fonetik. Penyebutan serta pengenalan simbol bunyi termasuk simbol-simbol diakritik. Simbol diakritik merujuk kepada penggunaan tanda kecil yang ditambah kepada simbol untuk mengubah nilai bunyi simbol itu. Dengan kata lain, simbol diakritik digunakan untuk menambah ketepatan bunyi. salah satu simbol diakritik yang paling lazim digunakan untuk menjelaskan bahasa Melayu ialah tanda nasalisasi [ Apabila simbol-simbol digunakan untuk menggambarkan nilai fonetik yang tepat maka kita menggunakan kurungan [ ] di setiap permulaan dan pengakhiran kurungan. Kurungan siku bermaksud bunyi itu ditranskripsi sebagaimana yang disebut olehBab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi7penutur sesuatu bahasa atau dialek itu. Manakala untuk simbol fonem, kita menggunakan simbol / / .ii. Transkripsi fonetik luasTranskripsi fonetik luas biasanya menggunakan lambang dan tanda diakritik yang sedikit dan mudah. Tujuannya adalah untuk menghasilkan persembahan yang tidak taksa dalam bentuk penyebutan. Transkripsi fonetik luas boleh digunakan sebagai asas bagi semua bahasa. Dengan kata lain, transkripsi fonetik luas bersamaan dengan transkripsi fonemik dan ada kalangan ahli fonetik menggunakan istilah luas sebagai rujukan kepada fonemik. Walaubagaimanapun secara prinsipnya adalah penting untuk membezakan transkripsi fonetik luas dan transkripsi fonemik. Kedua-dua transkripsi ini merupakan entiti yang berbeza . [pen] merupakan transkripsi fonetik luas yang menggambarkan artikulasi fizikal dan rangkaian bunyi yang nyata. Manakala /pen/ merupakan transkripsi fonemik yang menggambarkan rangkaian bunyi yang abstrak.C) Abjad fonetik antarabangsaabar].] untuk bunyi [kh] seperti dalam kata khabar yang disebut sebagai [ aeb] dan [ ] pula untuk bunyi [gh] seperti dalam kata ghaib [arat], [ ip] atau kata dalam bahasa Melayu syarat [ ] mewakili ejaan sh atau sy seperti dalam kata bahasa Inggeris ship [ Dalam sebarang transkripsi, setiap bunyi yang berbeza dinyatakan dengan penggunaan simbolnya yang tersendiri. Keseluruhan simbol fonetik dikenali sebagai abjad fonetik. Penggunaan abjad yang paling luas adalah IPA. Akronim IPA ada kalanya merujuk kepada International Phonetic Alphabet atau International Phonetic Association atau dalam bahasa Melayunya dikenali sebagai Abjad Fonetik Antarabangsa. Simbol-simbol fonetik selalunya sama sebagaimana huruf dalam sistem ejaan, contohnya [b] dalam kata selalunya sama sebagaimana huruf dalam sistem ejaan, contohnya [b] dalam kata [baru], [k] dalam kata [kira] tetapi banyak simbol-simbol baru telah dicipta untuk menampung sejumlah bunyi-bunyi yang didengar dalam pertuturan yang tidak menunjukkan kesamaan bentuk sebagaimana sistem ejaan rumi. Misalnya [ Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi8Dengan menggunakan lambang-lambang fonetik, seseorang itu boleh merakamkan lambanglambangfonetik, seseorang itu boleh merakamkan apa sahaja bunyi bahasa yang terdapat didalam apa jua bahasa.Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) merupakan nama bagi satu set simbol-simbol yangbersifat arbitrari atau wewenang. Simbol-simbol ini dibentuk bagi menggambarkan bunyibunyiyang digunakan dalam semua bahasa dunia yang berasaskan kepada titik dan caraartikulasi. Ahli fonetik mula merasakan perlu adanya suatu sistem transkripsi fonetik yangstandard dan dapat diterima pada peringkat antarabangsa semenjak berkembangnya kajianfonetik artikulasi pada akhir abad ke-19 pada tahun 1988. Abjad Fonetik Antarabangsadibentuk dan disebarkan oleh Pertubuhan Fonetik antarabangsa. Tujuan pembentukan IPA iniadalah untuk memudahkan ahli-ahli fonetik membuat kajian ke atas bunyi-bunyi yang tidakbiasa bagi mereka dengan penggunaan sistem yang seragam bagi seluruh bunyi-bunyipertuturan. Dengan kata lain, akibat daripada perbezaan antara bentuk sistem tulisan(ortografi) dan bentuk pertuturan maka tidaklah perlu bagi kita mencipta atau membentukIPA.Mengikut prinsip asas yang membentuk IPA adalah untuk memiliki sesuatu huruf yangberbeza untuk setiap bunyi bahasa yang dapat dibezakan. Oleh kerana jumlah bunyi bahasayang dihasilkan oleh manusia tidak terbatas jumlahnya maka, IPA turut mencadangkanpenggunaan satu set tanda tambahan atau disebut sebagai penanda diakritik yang pelbagaijenis yang dapat ditambah kepada simbol huruf. Tujuan penggunaan simbol tambahan iniadalah untuk membolehkan perbezaan yang lebih halus daripada perbezaan yang berdasarkanhuruf-huruf sahaja.a. Terangkan yang berikut: Transkripsi yang berdasarkan tanggapan/ impressionistic Transkripsi yang berasaskan sistematik.b. Huraikan tentang Abjad Fonetik antarabangsa.c. Berikan perbezaan antara transkripsi fonetik sempit dan transkripsi fonetik luasBab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi9Kemahiran menulis perkataan dalam bentuk transkripsi fonetik merupakan kemahiran yang penting dalam membuat analisis fonetik (Abdullah Hassan, 2006). Dalam pada itu, terdapat beberapa kegunaan transkripsi fonetik dalam bahasa, khususnya dalam bidang fonetik dan fonologi. Transkripsi fonetik digunakan untuk merakamkan bunyi setepat mungkin dalam bahasa. Dengan demikian, sebutan perkataan atau ayat dapat dilakukan tanpa ketaksaan. Perkataan yang ditulis dalam transkripsi fonetik ialah sebutan yang sebenar, bukannya seperti ditunjukkan dalam bentuk otografi.Kamus membekalkan sebutan perkataan yang betul dan juga memberikan panduan kepada guru untuk mengajarkan sebutannya dengan betul (Sethi dan Dhamija, 2007). Misalnya, perkataan semak dalam bahasa Melayu dapat ditunjukkan perbezaan bunyi dan makna dengan menggunakan lambang fonetik, seperti [sma] dan [sema]. Yang pertama ialah perkataan semak yang membawa maksud tumbuhan dan yang kedua pula bermaksud periksa. Dengan adanya transkripsi fonetik ini, perbezaan sebutan dan makna perkataan dapat ditentukan dan dijelaskan kepada pelajar atau pengguna bahasa melayu.Transkripsi fonetik juga berguna kepada pelajar bahasa yang ingin menguasai kemahiran lisan. Dengan mengetahui lambang-lambang fonetik, pelajar mudah dapat menyebut sesuatu perkataan dengan tepat walaupun belum pernah menemui atau mendengar perkataan tersebut. Misalnya, perkataan calet dan bufet merupakan dua kata pinjaman dalam bahasa Melayu. Kedua-dua perkataan tersebut dapat dibunyikan dengan betul berdasarkan lambang fonetiknya, seperti [alet] dan [buft].Selain itu, transkripsi fonetik juga sering digunakan untuk membandingkan sistem bunyi yang terdapat dalam dua bahasa yang berbeza. Pengkaji bahasa semasa meneliti perkembangan, perubahan dan perbezaan antara bunyi-bunyi dalam satu-satu bahasa sering memanfaatkan transkripsi fonetik dalam kajian mereka. Contohnya, untuk membandingkan perbezaan bunyi antara perkataan setem (bm) dan stamp (b inggeris), keadah transkripsi fonetik dapat digunakan untuk melihat perubahan bunyi, iaitu [setm] dan [stmp]. Demikian juga perbezaan antara variasi bahasa dalam satu-satu bahasa dapat ditunjukkan dengan3.4 Kegunaan Transkripsi fonetikBab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi10menggunakan transkripsi fonetik. Contohnya, kata makan disebut [mak] dalam dialek Kelantan dan [maka] dalam dialek Terengganu.Dalam transkripsi fonetik, ada kalanya tanda diakratik digunakan bagi fonem-fonem tertentu untuk menunjukkan perbezaan bunyi fonem tersebut. Misalnya, dalam bahasa Melayu fonem /e/ yang dibezakan bunyi fonem /e/ antara perkataan [prang] dan [prang] dapat ditunjukkan dengan penggunaan tanda diakratik //, seperti /prang/ yang membawa maksud warna kemerah-merahan. Dengan adanya tanda diakratik //, perbezaan sebutan antara kedua-dua perkataan dapat ditentukan. Selain itu, makna kedua-dua perkataan juga dapat ditentukan. Dalam bahasa Inggeris dan bahasa lain penggunaan tanda diakratik amat luas digunakan berbanding dengan bahasa Melayu. Antara tanda diakratik digunakan dalam bahasa Inggeris termasuk tanda dalam perkataan expos re, , pt, dan rsum.Kebanyakan perkataan ini merupakan kata pinjaman dalam bahasa Inggeris.Penggunaan transkripsi fonetik dalam kamus dan buku-buku bahasa untuk mewakili bunyi perkataan amat membantu pengguna bahasa termasuk pelajar. Ada kalanya ortografi dalam bahasa seperti bahasa Inggeris amat mengelirukan. Misalnya, perkataan bus dalam bahasa Inggeris dilambangkan oleh huruf yang berbeza dengan fonem yang dibunyikan. Kata bus dibunyikan sebagai [bas] dan bukannya [bus]. Huruf u dibunyikan sebagai a dalam bahasa Inggeris. Jadi dengan menggunakan transkripsi fonetik ini, kekeliruan untuk membunyikan huruf dalam perkataan seperti yang dihuraikan dapat diatasi. Dengan demikian, sebutan yang betul dapat dikenal pasti dan dipelajari dengan baik.Seperti yang dijelaskan pada awal, dalam transkripsi fonetik lambang khusus, iaitu abjad fonetik antarabangsa (IPA) digunakan. Abjad tersebut berbeza daripada abjad yang biasa digunakan dalam tulisan. Dengan demikian, IPA digunakan apabila membuat latihan transkripsi fonetik.3.5 Latihan Transkripsi FonetikBab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi113.5.1. Transkripsi bunyi konsonanApabila fonem konsonan wujud sebelum vokal atau pada permulaan perkataan, ia dirujuk sebagai konsonan awalan, apabila konsonan wujud ditengah kata, ia dirujuk sebagai konsonan tengah dan apabila konsonan wujud di akhir kata, ia dirujuk sebagai konsonan akhir.Jadual 3.1. Simbol fonetik untuk bunyi konsonanSimbolContoh p [pasu] pasu [api] api [atap] atapb] budak[buda] abang[aba[adab] adab t [tali] tali [mata] mata [sakit] sakitd[dagu] dagu[cadar] cadar[abad] abad k [kasut] kasut [pakat] pakat [kritik] kritikg[gali] gali[pega] pegang [kota] kotak[beg] beg m[mau] maju[lama] lama[siram] siram n [nasi] nasi [kena] kena [tahan] tahan (ny)[aris] nyaris[sui] sunyi (ng) [antu] ngantuk [suai] sungai [tua] tuang- s[sabun] sabun[bsar] besar[as] cas h [haus] hausBab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi12[mahal] mahal [tanah] tanahf[faham] faham[wafat] wafat[wakaf] wakaf v [van] van [novel] novel - (th) (sy) [arat] syarat [maarakat] masyarakat -[alaa] thalatha (kh)abar] khabar[] balighaeb] ghaib [bale (gh) [as] khas [].*bunyi [k] hanya wujud di akhir kata untuk perkataan pinjaman sahaja. Bagi kata bahasa Melayu asli. Fonem /k/ di akhir kata dibunyikan sebagai [Rajah 3.1. Simbol Fonetik Antarabangsa bagi Konsonan3.5.2. Transkripsi bunyi vokalBunyi vokal berbeza daripada bunyi konsonan dari segi cara ia dihasilkan. Setiap kali bunyi vokal muncul dalam bahasa, ia akan membentuk sukukata.Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi13a) Simbol fonetik untuk bunyi vokal primerSimbol [ikan] ikan [piza] piza [uit] cuit [sui] suciContoh

[emak] emak[petak] petak [ada] ada [pada] pada [kuda] kuda[etek] cetak

[otak] otak[bota] bota [ura] ura [sup] sup [pasu] pasu[endol] cendol

[nak] anak[pnat] penat[smak] semakb) Simbol fonetik bunyi diftongSimbolContoh au [aurat] aurat [daulat] daulat [kalau] kalauoi[boikot] boikot[sekoi] sekoi ai [aising] aising [paip] paip [pai] paiBab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi14Rajah 3.2. Vokal primer dan sekunderPerhatian: Apabila simbol-simbol wujud berpasangan, salah satu sumber iaitu di bahagian kanan menunjukkan vokal yang dibundarkan. Contohnya [u] dan [y] merupakan bunyi vokal bundar.3.5.3. Tanda diakritik ] ini digunakan diatas bunyi vokal untuk menunjukkan proses penyengauan berlaku.begitu juga dalam bahagian penanda suprasegmental, beberapa simbol seperti [ : ] selepas bunyi untuk menunjukkan kepanjangan, simbol tekanan dan tona telah ditunjukkan untuk menunjukkan perbezaan-perbezaan bunyi bahasa. Simbol-simbol inilah yang dikatakan sebagai lambang diakritik iaitu penanda-penanda yang boleh digunakan untuk mengubahsuai simbol fonetik asas. Beberapa tanda diakritik yang boleh digunakan untuk memberi ketepatan bagi bunyi bahasa sebenar yang dihasilkan adalah seperti berikut.Dalam bahagian ko-artikulasi, kita telah diperkenalkan dengan artikulasi sekunder penyengauan yang mana simbol [ Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi15 ] tanda bersuara[ ] ] tanda pergigian seperti dalam kata bahasa Inggeris [ eit[ kan] ] tanda penyengauan seperti dalam bahasa Melayu [ma[ ] tanda tekanan seperti dalam bahasa Inggeris[ ntrakt][k ] geluncuran diftong seperti dalam kata bahasa Melayu[ u][pula[ # ] jeda menandakan ujaran yang disempadani kesenyapanaUntuk memahami lebih lanjut tentang transkripsi fonetik, lihat beberapa contoh transkripsi fonetik lain bagi perkataan, ayat dan petikan ringkas seperti yang berikut:a. adik /adi/ buluh /buluh/ camca /ama/b. Mereka datang pagi tadi.[mrka data pagi tadi]c. Logan tinggal di Melaka. Dia bertugas sebagai seorang jaga di sebuah kilang perabot. Sudah lama, dia bekerja di kilang tersebut. Dia sudah berumah tangga dan mempunyai dua orang anak perempuan.[logan tigal di mlaka dia brtugas sbagai sora aga di sbuah kila prabot sudah lama dia bekerja di kila ini dia sudah brumahtaga dan mmpuai dua orang ana prmpuan]Seperti yang ditunjukkan dalam contoh a, b dan c, terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi apabila membuat transkripsi fonetik. Pertama, semua perkataan atau ayat hendaklah ditulis dalam lingkungan kurungan [ ], iaitu kurungan segi empat, seperti [bsar] atau [mulut]. Tidak ada huruf besar yang digunakan walaupun terdapat kata nama khas. Selain itu, tanda bacaan seperti titik, koma, koma bertitik, dan lain-lain tidak digunakan semasa memindahkan perkataan atau ayat menjadi transkripsi fonetik. Demikian juga perkataan, ayat dan petikan yang dipindahkan menjadi transkripsi fonetik hendaklah bermula dari kurungan dan berakhir dengan kurungan, seperti dalam contoh di atas.Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi16Dengan adanya transkripsi fonetik, pengguna bahasadapat melafazkan perkataan dengan betul. Demikianlahpentingnya transkripsi fonetik dalam ilmu linguistik,khususnya dalam bidang fonetik.a. Apakah maksud transkripsi fonetik?b. Apakah kegunaan transkripsi fonetik?c. Tuliskan transkripsi fonetik bagi perkataan yang berikut:abang, cuci, dodol, fakir, garam, setuju, warung, hari jadid. Pindahkan ayat yang berikut menjadi transkripsi fonetik:i. Semua pelajar diwajibkan hadir.ii. Mereka belum menyiapkan kerja rumah itu.iii. Saya sudah berpindah ke Kuala Lumpur, kata Shameena kepadaadiknya Naveen.e. Cuba tukarkan petikan berita di bawah menjadi sebuah transkripsi fonetik yanglengkap.Transformasi ekonomi besar-besaran yang dinikmati Johor terutama dikawasan Iskandar Malaysia sejak enam tahun lalu seharusnya menjadicontoh kepada negara-negara kecil untuk membangunkan ekonomi mereka.Pengerusi Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF), Tun Musa Hitam berkata,kemajuan ke arah yang betul itu mewujudkan prospek ekonomi yang baikdan memperlihatkan kemasukan pelabur dalam dan luar negara ke wilayahpembangunan tersebut.(dipetik daripada http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20121205/ek_02/Iskandar-Malaysia-perlu-jadi-contoh#ixzz2E9ct1rFWBab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi17 Ujaran merupakan aliran suara secara berterusan dan terdiri daripada segmen-segmenbunyi konsonan dan vokal. Bunyi bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada fonem vokal, konsonan dan diftong. Bentuk ujaran dapat dinyatakan dalam bentuk transkripsi fonetik, iaitu penggunaanlambang untuk mewakili bunyi bahasa. Set lambang yang terbaik ialah abjad yang digunakan oleh International PhoneticAlphabet (IPA). Ada cara tertentu untuk menukarkan ejaan perkataan, ayat atau petikan ke dalamtranskripsi fonetik.Collins, Beverley dan Mees, Inger. M. 2009. Practical Phonetics and Phonology: A resourcebook for students. New York: RoutedgeIndrawati Zahid dan Mardian. 2006. Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur: PTS PublishersLadefoged, Peter. 2006. A Course in Phonetics.Thomson Boston: WadsworthKamus Linguistik. 1997. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan PustakaNor Hashimah Jalaluddin. Asas Fonetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan PustakaRoach, Peter. 1995. English Phonetics and Phonology. Cambridge University Press.Small, Larry H. 1999. Phonetics : A Practical Guide for Students Boston: Allyn & Bacon