Nota Kabus Di Perbukitan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Tingkatan 5 (Novel)

Citation preview

KABUS DI PERBUKITAN (Karya: Mohamad Kholid Hamzah)

Sinopsis (SPM Nov 2013 - 4a)

PERMULAAN

Novel ini memaparkan kisah pasangan suami isteri, Kamarudin seorang tentera dan Salmah, yang mempunyai sepasang anak kembar bernama Faridah dan Rahayu. Pasangan kembar tersebut terpisah apabila Kamarudin berkahwin lain dan membawa Rahayu tinggal bersamanya, manakala Faridah dijaga oleh ibunya, Salmah. Rahayu dan Azrul menuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM) manakala Faridah menjadi sukarelawan Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK) Suria.

PERKEMBANGAN

Rahayu dikejarkan ke hospital setelah pengsan di perpustakaan di UPM dan dalam masa yang sama Faridah mengalami kemalangan jalan raya apabila van yang dipandunya tidak dapat dikawal dan terjatuh ke dalam gaung. Usaha menjejaki Faridah selama dua minggu gagal, namun ayahnya Mejar (B) Kamarudin berjaya menemui Faridah dengan bantuan mimpi kembarnya Rahayu. Faridah dikejarkan ke hospital dan pada masa yang sama, Rahayu menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi Faridah. Faridah yang kematian ibu dan suaminya, Ghazali berasa amat kecewa lalu mengikuti kursus Community Services for Disable People di New Zealand selama enam bulan dan terus menetap di sana selama 25 tahun apabila Faridah berkahwin dengan Soleh Johnsons dan mereka dikurniakan sepasang anak kembar iaitu Melina dan Anne. Melina berkahwin dengan Jabbar al-Anbia atau dikenali sebagai Benny dan Anne berkenalan dengan Zain yang merupakan anak Azrul, bekas kekasih Rahayu.

PUNCAK (KLIMAKS)

Faridah dan Soleh Johnsons pulang ke Malaysia untuk berbincang tentang perkahwinan Anne dan Zain yang merupakan pertemuan semula Faridah dengan Azrul (bekas teman lelaki adiknya, arwah Rahayu). Benny yang disyaki terlibat dengan aktiviti pengganas melarikan diri ke Dubai dan meminta isterinya Melina yang berada di Malaysia untuk tinggal bersamanya di Dubai.

PELERAIAN

Anne dan Zain mengambil alih syarikat penternakan keluarga Johnsons di New Zealand manakala Datuk Azrul dan Soleh Johnsons membuka perniagaan kotej di Cameron Highlands.

SinopsisNovel yang saya kaji ialah Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah. Pada permulaan cerita, novel ini memaparkan kisah pasangan suami isteri, Kamarudin seorang tentera dan Salmah, yang mempunyai sepasang anak kembar bernama Faridah dan Rahayu. Pasangan kembar tersebut terpisah apabila Kamarudin berkahwin lain dan membawa Rahayu tinggal bersamanya, manakala Faridah dijaga oleh ibunya, Salmah. Rahayu dan Azrul menuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM) manakala Faridah menjadi sukarelawan Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK) Suria.Cerita itu seterusnya berkembang apabila Rahayu dikejarkan ke hospital setelah pengsan di perpustakaan di UPM dan dalam masa yang sama Faridah mengalami kemalangan jalan raya apabila van yang dipandunya tidak dapat dikawal dan terjatuh ke dalam gaung.Usaha menjejaki Faridah selama dua minggu gagal, namun ayahnya Mejar (B) Kamarudin berjaya menemui Faridah dengan bantuan mimpi kembarnya Rahayu.Faridah dikejarkan ke hospital dan pada masa yang sama, Rahayu menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi Faridah.Faridah yang kematian ibu dan suaminya, Ghazali berasa amat kecewa lalu mengikuti kursus Community Services for Disable People di New Zealand selama enam bulan dan terus menetap di sana selama 25 tahun apabila Faridah berkahwin dengan Soleh Johnsons dan mereka dikurniakan sepasang anak kembar iaitu Melina dan Anne. Melina berkahwin dengan Jabbar al-Anbia atau dikenali sebagai Benny dan Anne berkenalan dengan Zain yang rnerupakan anak Azrul, bekas kekasih Rahayu.Klimaks cerita Kabus di Perbukitan ialah ketika Faridah dan Soleh Johnsons pulang ke Malaysia untuk berbincang tentang perkahwinan Anne dan Zain yang merupakan pertemuan semula Faridah dengan Azrul (bekas teman lelaki adiknya, arwah Rahayu). Benny yang disyaki terlibat dengan aktiviti pengganas melarikan diri ke Dubai dan meminta isterinya Melina yang berada di Malaysia untuk tinggal bersamanya di Dubai.Pada peleraian cerita, Anne dan Zain mengambil alih syarikat penternakan keluarga Johnsons di New Zealand manakala Datuk Azrul dan Soleh Johnsons membuka perniagaan kotej di Cameron Highlands.

TEMA (SPM Jun 2012 - 4a)

Tema: Jati diri orang MelayuHuraian: Tema ini diserlahkan melalui watak utama Faridah Binti Kamarudin yang merantau ke New Zealand selama 25 tahun. Walaupun begitu lama tinggal di negara orang, akhirnya dia dan keluarganya kembali ke Malaysia. Mereka membina kehidupan yang lebih bermakna di Malaysia.

PERSOALAN (SPM Nov 2011 - 4b)

1.Persoalan reda menerima ketentuan Ilahi

-Azrul menerima ketentuan Ilahi apabila orang yang disayanginya iaitu Rahayu meninggal dunia kerana penyakit kanser.

-Faridah menerima ketentuan Ilahi apabila orang yang disayanginya iaitu Rahayu, ibunya Salmah dan suaminya Ghazali meninggal dunia dalam masa yang hampir sama (berturutan).

2.Persoalan hubungan istimewa anatara saudara kembar

-Faridah dan Rahayu mempunyai hubungan yang istimewa dengan dapat merasai keadaan kembar mereka walaupun telah terpisah akibat perceraian ibu bapa mereka.

-Faridah dan Rahayu yang merupakan pasangan kembar tetapi dibesarkan secara berasingan oleh ibu bapa mereka. Hal ini demikian kerana Rahayu dijaga oleh ayah dan ibu tirinya, manakala Faridah dibela oleh ibunya sendiri. Namun demikian Rahayu sentiasa merindui kakaknya, Faridah.

3.Persoalan jati diri bangsa

-Faridah tetap menjaga dirinya sebagai seorang Melayu dan beragama Islam walaupun tidak kembali ke tanah air selama 25 tahun.

4.Persoalan kepentingan pertanian

-Datuk Azrul berjaya dalam hidupnya walaupun menceburkan diri dalam bidang pertanian selepas menamatkan pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM).

5.Persoalan kasih sayang terhadap keluarga

-Kamarudin tidak berputus asa mencari anaknya Faridah yang hilang di dalam hutan walaupun ramai pihak yang telah gagal menemuinya dan akhirnya dia berjaya menemui Faridah dengan bantuan kawannya, Buyung.

-Persoalan ini digambarkan antara ibu dengan anaknya, iaitu kasih sayang Salmah terhadap anaknya Rahayu yang telah meninggal dunia. Akibat terlalu rindu, ibu ini menderita sehingga menemui ajalnya.

-Persoalan kasih sayang antara isteri dan suami pula tergambar melalui tindakan Melina yang berusaha dengan pelbagai cara mencari suaminya, Benny yang tidak pulang ke rumah.

6.Persoalan sikap kesederhanaan orang Melayu

-Haji Awang dan Ustaz Hassan Syukri sentiasa bersikap sederhana dalam menyemarakkan syiar Islam.

7.Persoalan kesan keruntuhan rumahtangga

-Kamarudin yang berpisah dengan Salmah menyebabkan anak kembar mereka iaitu Rahayu dan Faridah terpisah.

8.Persoalan kepercayaan khurafat

-Sarjan Yusoff mencadangkan supaya usaha mencari Faridah dan Iqbal diteruskan dengan menggunakan bomoh.

9.Persoalan kahwin campur dalam masyarakat

-Fenomena kahwin campur dalam kalangan masyarakat telah menjadi perkara biasa pada zaman ini. Hal ini membuktikan melalui perkahwinan watak utama Faridah dengan Samuel Kirkby Johnsons atau nama Islamnya Soleh Johnsons. Faridah ialah orang Melayu Malaysia yang bekerja di New Zealand, manakala Soleh pula orang Inggeris rakyat New Zealand.

-Melina berkahwin dengan Al-Jabbar (Benny) yang berketurunan Arab.

-Anne berkahwin dengan Zain, pemuda Melayu dari Malaysia.

10.Persoalan pegangan agama yang longgar

-Walaupun Melina dididik mengikut ajaran Islam, dia masih minum arak tanpa pengetahuan ibu bapanya.

11.Persoalan kecintaan terhadap alam sekitar

-Persolan ini digambarkan melalui watak Azrul yang aktif dalam program-program pemeliharaan alam sekitar.

12.Persoalan sikap berdikari golongan siswazah

-Golongan ini tidak seharusnya menunggu tawaran kerja yang diberikan oleh pihak kerajaan atau swasta. Azrul bertekad untuk menjadi penternak kambing dan hasratnya itu dipersetujui oleh bapanya.

13.Persoalan semangat kerjasama dalam masyarakat

-Operasi mencari Faridah dan Iqbal yang dinamakan Operasi Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (Ops PDK) melibatkan banyak pihak seperti Bomba dan Penyelamat, Hospital Daerah, RELA, Perhilitan dan Pejabat Daerah Raub serta Hulu Selangor.

14.Persoalan prejudis masyarakat Barat terhadap Islam (Islamofobia)

-Tangkapan Mohamed Attar oleh Interpol ada kaitan dengan isu keganasan yang dilakukan oleh umat Islam.

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak utama Faridah binti Kamarudin (SPM Nov 2011 - 4a: watak utama)

1.Seorang yang taat kepada ajaran agama dan perintah Tuhan/beriman

-Faridah taat mengerjakan perintah Tuhan dengan sentiasa menunaikan solat lima waktu dan solat Tahajud. (selepas mengalami mimpi Rahayu dan ibunya, dia yakin akan berasa tenang selepas menunaikan solat sunat Tahajud)

2.Seorang yang taat kepada ibu

-Faridah menerima cadangan ibunya Salmah agar dia berkahwin dengan Ghazali.

3.Seorang yang tabah/cekal

-Faridah tabah menghadapi dugaan atas kematian adik kembar kesayangannya, Rahayu akibat barah paru-paru. Selepas itu, dia juga kehilangan ibu kesayangannya dan suami tercinta, Ghazali.

-Faridah tabah menjalani kehidupan di negara asing.

-Faridah tabah menerima hakikat pertunangannya dengan Azman diputuskan.

4.Seorang yang reda

-Faridah reda dan pasrah menerima ketentuan Ilahi daripada orang yang disayangi iaitu adiknya Rahayu, ibu dan suaminya Ghazali telah meninggal dunia.

5.Seorang yang penyayang

-Faridah seorang yang penyayang kepada kanak-kanak dengan bekerja di sekolah kanak-kanak Sindrom Down.

-Faridah tetap tinggal bersama ibunya walaupun selepas dia berkahwin kerana ingin menemani dan menjaga ibunya.

-Faridah sentiasa berusaha memenuhi permintaan anak-anaknya, terutama yang melibatkan penyediaan makanan untuk anak-anaknya, Anne dan Melina.

6.Seorang yang menghormati tetamu

-Faridah melayan Zain dengan baik semasa Zain berkunjung ke rumahnya di New Zealand.

7.Seorang yang bertanggungjawab

-Faridah sangat sayang akan anak-anaknya dan tidak mahu mereka mengalami nasib yang sama sepertinya akibat perceraian kedua-dua ibu bapanya.

-Faridah telah menjemput anaknya, Melina mengajak tinggal bersama-samanya di Cameron Highlands kerana risau akan keadaan Melina yang sarat mengandung seorang diri.

8.Seorang yang rajin

-Faridah rajin menyediakan makanan untuk suami dan anak-anaknya dengan memasaknya sendiri.

9.Seorang yang mempunyai jati diri yang tinggi

-Walaupun hidupnya senang dan sudah 25 tahun di New Zealand, Faridah sanggup pulang ke Malaysia semula kerana terlalu rindu akan kampung halamannya. Dia juga berjanji akan mengekalkan kerakyatannya sebagai rakyat Malaysia sampai bila-bila.

-Faridah tetap pulang ke kampung halamannya kerana tidak mahu anak-anak dan cucu-cucunya nanti tidak tahu susur-galur keturunannya.

10.Seorang yang prihatin

-Faridah menganggap menjalankan khidmat kepada kanak-kanak istimewa sebagai satu ibadah.

11.Seorang yang mementingkan ilmu pengetahuan

-Faridah sanggup menggadaikan tanahnya untuk perbelanjaannya semasa berkursus di New Zealand.

12.Seorang yang cinta akan negara

-Faridah sentiasa teringat akan kampung halamannya walaupun telah lama menetap di luar negara.

-Faridah akhirnya kembali dan menetap di Malaysia setelah 25 tahun menetap di Rosewood, New Zealand.

2.Azrul (SPM Jun 2014 - 4a: watak sampingan)

-Seorang graduan UPM dan bekas teman lelaki Rahayu

-Seorang mahasiswa yang mencintai alam sekitar. Huraian: Azrul dan rakan-rakannya telah menaja penubuhan Persatuan Pencinta Alam dan Hutan yang kerap memberi pendedahan kepada murid tentang alam sekitar.

-Seorang yang penyayang. Huraian: Semasa Rahayu masih hidup Azrul amat menyayanginya dan sentiasa berada di sisi Rahayu ketika Rahayu sakit.

-Seorang yang berdikari. Huraian: Setelah tamat pengajian di universiti, dia tidak berharap untuk makan gaji, sebaliknya dia mahu menjadi penternak kambing.

-Seorang yang gigih berusaha. Huraian: Azrul berjaya menjadi usahawan yang berjaya dalam bidang penternakan hasil usaha gigihnya itu. Akhirnya dipaparkan Azrul memperoleh gelaran Datuk.

-Seorang yang suka menolong orang. Huraian: Azrul menghantar nota/tugasan pelajaran Rahayu ketika Rahayu dirawat di hospital.

-Seorang yang menghormati orang lain. Huraian: Azrul telah menunjukkan rasa hormat yang tinggi terhadap Pn. Faridah dan Encik Soleh ketika bertandang ke rumah mereka.

3.Rahayu

-Rahayu ialah watak sampingan yang penting dan merupakan adik kembar kepada Faridah.

-Dia menghidap penyakit lelah dan dalam kalangan adik-beradiknya, dia dianggap lembik.

-Rahayu dikesan menghidap barah paru-paru, selepas pengsan di perpustakaan.

-Seorang yang suka membaca. Huraian: Rahayu dilihat sering menghabiskan masa di kedai buku dan digelar sebagai ulat buku oleh Azrul.

-Rahayu juga seorang yang rajin. Huraian: Rahayu rajin memasak dan membantu ibunya di dapur sekiranya tiada kuliah.

-Rahayu seorang yang penyayang. Huraian: Rahayu amat sayang akan ibu kandungnya Salmah walaupun terpisah setelah dia dibawa oleh ayahnya berpindah ke Pontianak, Indonesia.

4.Salmah

-Ibu kepada pasangan kembar Faridah dan Rahayu.

-Isteri pertama kepada Kamarudin.

-Usianya menjangkau 50 tahun.

-Dia sering berduka dan sakit selepas pemergian Rahayu.

-Seorang yang mentaati agama. Huraian: Apabila ditimpa musibah kehilangan Faridah, dia memohon ke hadrat Ilahi agar menjauhi anak kesayangannya itu daripada sebarang bahaya.

-Seorang yang berdikariHuraian: Setelah ditinggalkan oleh suaminya, dia menyara kehidupannya dengan bekerja di sawah.

-Seorang ibu yang penyayang. Huraian: Walaupun dia tidak dapat memelihara Rahayu, dia masih tetap menyayangi Rahayu.

5.Benny

-Berasal dari Dubai.

-Nama sebenarnya Jabbar al-Anbia, tetapi dia lebih gemar dipanggil Benny.

-Seorang yang sangat gemar belayar. Huraian: Benny pernah belayar dari Doha hingga ke Sydney.

-Seorang Muslim yang tidak mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya. Huraian: Benny minum arak di luar pengetahuan ibu bapanya.

-Seorang yang tidak bertanggungjawab. Huraian: Benny meninggalkan Melina yang sarat mengandung tanpa khabar berita kerana takut ditangkap oleh polis Interpol.

-Seorang yang yakin pada diri sendiriHuraian: Benny berjumpa dengan Soleh Johnsons dan Faridah untuk melamar Melina.

6.Kamarudin

-Berkahwin dengan Salmah dan mendapat anak kembar iaitu Faridah dan Rahayu.

-Berkahwin dengan Hamidah dan mempunyai tiga orang anak iaitu Abdul Syuqri, Abdul Rafiq, dan Abdul Rashid.

-Kamarudin digambarkan sebagai lelaki yang kacak.

-Semasa ditugaskan ke Pontianak, Indonesia, dia sanggup memisahkan dan membawa salah seorang anak kembarnya Rahayu daripada ibunya.

-Dia berpangkat Mejar ketika bersara daripada angkatan tentera.

-Seorang yang berjimat cermatHuraian: Kamarudin menyimpan sejumlah wang untuk masa hadapan anak-anaknya.

-Seorang yang suka berfoya-foyaHuraian: Kamarudin dan kawan-kawannya sering berhibur di kelab-kelab malam pada hujung minggu sewaktu berkhidmat dalam angkatan tentera.

-Seorang bapa yang tidak bertanggungjawab. Huraian: Dia tidak memberikan nafkah zahir dan batin kepada Salmah, isterinya.

-Kamarudin pandai menyimpan rahsia. Huraian: Kewujudan Faridah dirahsiakan daripada isteri keduanya, Hamidah.

-Seorang yang percaya kepada bomoh. Huraian: Kamarudin sering membawa Rahayu berjumpa dengan bomoh supaya Rahayu serasi dengan keluarga baharunya dan tidak rindu kepada pasangan kembar dan ibunya.

-Seorang yang menginsafi kesilapanHuraian: Kehilangan Faridah telah menginsafkan Kamarudin tentang kesilapannya lalu menunjukkan rasa tanggungjawabnya dengan berusaha mencari Faridah.

LATAR TEMPAT (SPM Jun 2013 - 4a)

1.Kafetaria di Universiti Pertanian Malaysia (UPM)Huraian: Rahayu dan Azrul sedang bersarapan.

2.Perpustakaan di Universiti Pertanian Malaysia (UPM)Huraian: Rahayu dan Azrul belajar dan mencari maklumat di perpustakaan.

3.Rumah Rehat Sri Berkat di Bukit FraserHuraian: Faridah dan Mastura membawa murid Sindrom Down seramai 10 orang ke Bukit Fraser.

4.Jalan ke Pekan RaubHuraian: Faridah yang terkejut dengan kehadiran Iqbal di dalam keretanya telah terlibat dalam kemalangan.

5.Smoke HouseHuraian: Rumah Tuan Cecil Renking yang wujud dalam halusinasi Faridah yang koma selepas terlibat dengan kemalangan jalan raya.

6.Bukit KutuHuraian: Mejar (B) Kamarudin dan Buyung mencari Faridah dan Iqbal di dalam hutan sekitar Bukit Kutu.

7.Perkampungan orang AsliHuraian: Tempat Mejar (B) Kamarudin dan Buyong menemui Faridah dan Iqbal selepas dua minggu hilang.

8.Parit Satu, Sungai Besar Huraian: Faridah bertembung dengan Azrul semasa dia menziarahi kubur Rahayu di Parit Satu.

9.Kampung Parit Dua, Sungai Besar (kampung halaman Azrul)Huraian: Azrul menjalankan projek penternakan kambing.

10.Rosewood, New ZealandHuraian: Rumah pasangan Faridah dan Soleh Johnsons di New Zealand.

11.Cristchurch di New ZealandHuraian: Sebuah bandar di New Zealand.

12.Marang, Terengganu Huraian: Tempat tinggal Benny dan Melina.

13.Cameron HighlandsHuraian: Tempat penginapan Faridah dan keluarganya ketika mereka pulang ke Malaysia untuk melawat Melina dan membincangkan perkahwinan Anne dan Zain.

LATAR MASYARAKAT (SPM NOV 2014 4b)

1.Masyarakat pelajar universiti yang rajin belajar.Huraian: Azrul dan Rahayu merupakan penuntut Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Pertanian Malaysia yang rajin mengulang kaji pelajaran terutama menjelang musim peperiksaan.

2.Masyarakat yang kahwin campur.Huraian: Faridah berketurunan Melayu berkahwin dengan Soleh Johnsons yang berketurunan Inggeris, New Zealand. Benny yang berketurunan Arab berkahwin dengan Melina yang berketurunan Melayu-Inggeris.

3.Masyarakat yang cinta akan alam sekitar.Huraian: Azrul dan teman-temannya banyak mengadakan program pendedahan tentang alam sekitar kepada pelajar-pelajar.

4.Masyarakat yang mengambil berat terhadap kanak-kanak istimewa. Huraian: Faridah, dan Mastura yang bertugas di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Suria menganggap berkhidmat kepada kanak-kanak istimewa ialah satu ibadah.

5.Masyarakat yang mentaati ajaran agama/beriman kepada Tuhan.Huraian: Faridah dan Salmah dipaparkan sentiasa bersembahyang. Mereka juga berdoa apabila menghadapi tekanan atau masalah hidup.

6.Masyarakat yang suka bersedekah. Huraian: Hal ini digambarkan melalui watak Soleh Johnsons yang suka bersedekah.

7.Masyarakat bekas tentera yang masih mengekalkan disiplin ketenteraan.Huraian: Mejar (B) Kamarudin bin Ahmad merupakan bekas pegawai tentera dari 4 RAMD begitu juga Buyung yang merupakan anggota bawahan Mejar (B) Kamarudin bin Ahmad. Mereka sentiasa berhati-hati ketika mendaki Bukit Kutu untuk menyelamatkan Faridah dan Iqbal.

8.Masyarakat orang Asli yang sudah menerima kemajuan.Huraian: Tok Batin Senik merupakan Tok Batin bagi masyarakat orang Asli yang menyelamatkan Faridah dan Iqbal di Bukit Kutu dan perkampungan orang Asli itu digambarkan sudah maju kerana telah mendapat bekalan elektrik solar dan televisyen berbayar Astro.

9.Masyarakat yang tabah menghadapi cabaran.Huraian: Faridah yang kehilangan adik kembar, ibu, dan suaminya, tabah menghadapi dugaan dan memulakan hidup baharu di New Zealand.

10.Masyarakat yang berdikari dalam hidup.Huraian: Azrul tidak mengharapkan kerja makan gaji, sebaliknya mengusahakan penternakan kambing dan tapak semaian untuk menampung kehidupannya.

11.Masyarakat yang cenderung menggunakan kekerasan dalam memperjuangkan Islam.Huraian: Hal ini digambarkan melalui watak Mohamed Attar, dan kawan-kawan Benny yang lain yang merancang untuk meletupkan sebuah kasino di Pulau Sentosa.

12.Masyarakat yang mempercayai kemampuan bomoh untuk menyelesaikan masalah.Huraian: Sarjan Yusof mencadangkan misteri kehilangan Faridah dan Iqbal diselesaikan oleh bomoh setelah pihak polis gagal menemui mereka.

13.Masyarakat yang mempercayai kewujudan makhluk halus.Huraian: Buyung menegaskan bahawa makhluk halus memang wujud dalam masyarakat kita.

14.Masyarakat pelbagai bangsa yang berjaya dalam kerjaya/perniagaan mereka.Huraian: Azrul merupakan orang Melayu yang berjaya dalam perniagaan/industri pertanian. Soleh Johnsons yang berketurunan Inggeris-New Zealand berjaya dalam bidang perniagaan perladangan dan penternakan. Keluarga Benny iaitu al-Anbia berjaya dalam industri perkapalan dan minyak.

LATAR MASA (SPM Nov 2012 - 4a)

1.Pagi

-Rahayu terjaga dari tidur oleh deringan telefon bimbitnya. Dia teringat akan tugasan MP 3714 yang perlu dihantar pagi itu.

-Rahayu tiba di perpustakaan untuk mengulang kaji pelajaran bersama Azrul di UPM.

-Rahayu terjatuh dan pengsan di perpustakaan.

-Faridah terlibat dalam kemalangan.

-Satu jam selepas Kamarudin meninggalkan rumah untuk mencari Faridah, Hamidah menerima panggilan yang memaklumkan Rahayu pengsan dan telah dihantar ke hospital UKM.

-Hamidah dimaklumkan oleh Dr. Susan, kemungkinan Rahayu menghidap barah paru-paru.

-Kamarudin menerangkan isterinya, Hamidah bahawa kembar Rahayu, iaitu Faridah menemui kemalangan dan hilang di Bukit Fraser.

-Benny dan Melina tiba di rumah Soleh dan Faridah pada jam 1:00 pagi.

2.Petang

-Pihak polis menamatkan OPS Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) setelah usaha mencari Faridah dan Iqbal selama dua minggu menemui kegagalan.

-Zain berbasikal ke Student Cafe dan bertemu Anne yang kebetulan sedang mengalami kerosakan kereta.

-Benny dan Melina tiba di KLIA pada jam 2 petang untuk bekerja di Malaysia.

-Mejar (B) Kamarudin mengambil inisiatif sendiri mencari Faridah dan Iqbal dengan dibantu Buyung.

3.Senja

-Melina duduk di banglo miliknya di Marang untuk menikmati keindahan laut pada waktu senja.

4.Malam

-Pak Imam Sohod mengetuai anak-anak kariah membaca Yasin, memohon kepada Allah supaya diberi petunjuk terhadap kehilangan Faridah di tempat kemalangan.

-Mejar (B) Kamarudin bermalam di hutan bersama-sama Buyung dalam usaha mengesan anaknya, Faridah di Bukit Kutu.

5.1980

-Sepasang pelancong British hilang di Jalan Gap ketika berbasikal di Kuala Kubu Baharu ke Bukit Fraser.

6.1989

-PKM meletakkan senjata di Hattyai.

7.Zaman kolonial British (cerita bawah sedar)

-Amah Siti membawa Faridah keluar ke pasar di Bukit Kutu.

-Faridah telah dijaga oleh Amah Siti di rumah Tuan Cecil Rengking.

NILAI MURNI 1. SPM Nov 2012 - 4b (nilai kemanusiaan)2. SPM Jun 2014 - 4b (nilai kasih sayang)

1.Nilai ketabahan

-Faridah tabah menghadapi dugaan yang bertimpa-timpa akibat kematian orang-orang yang disayangi iaitu adiknya,Rahayu, ibunya, Salmah, dan suaminya,Ghazali.

2.Nilai kegigihan

-Azrul gigih berusaha memajukan projek ternakan kambing dan tapak semaiannya hingga berjaya.

3.Nilai bertanggungjawab

-Setelah ditinggalkan suami,Salmah bekerja di sawah untuk menampung kehidupannya sebagai memenuhi tanggungjawabnya menjaga Faridah.

4.Nilai cinta akan tanah air/patriotisme

-Sungguhpun sudah 25 tahun menetap di New Zealand, Faridah tetap memegang kerakyatan Malaysia kerana dia amat cinta akan tanah airnya.

5.Nilai taat pada ajaran agama/ketaatan

-Semasa di Cameron Highlands, setiap hari Soleh menunaikan sembahyang di masjid secara berjemaah.

-Faridah taat pada agama dan sentiasa mematuhi ajaran agama walaupun telah lama tinggal di New Zealand.

6.Nilai cinta akan budaya

-Datuk Azrul mengenakan baju Melayu Johor dan bersongkok hitam semasa mengunjungi keluarga Faridah di Cameron Highlands.

7.Nilai berdikari

-Golongan siswazah tidak seharusnya menunggu tawaran kerja yang diberikan oleh pihak kerajaan atau swasta. Sebagai contoh, Azrul bertekad untuk menjadi penternak kambing dan hasratnya itu dipersetujui oleh bapanya.

8.Nilai kasih sayang [SPM Jun 2014 - 4b]

-Kasih sayang antara adik-beradik kembar. Rahayu sering merindui kembarnya Faridah. Mereka seolah-olah berhubung secara bawah -sedar.

-Kasih sayang ayah terhadap anak. Kamaruddin sanggup masuk ke dalam hutan Bukit Kutu untuk mencari anaknya Faridah yang hilang.

-Kasih sayang ibu terhadap anak. Salmah mengalami penderitaan jiwa setelah kematian Rahayu. Dia juga akhirnya meninggal dunia akibat tekanan perasaan yang terlampau rindu terhadap Rahayu.

-Kasih sayang isteri terhadap suami. Melina ke Dubai untuk mencari suaminya Benny. Melina akhirnya menetap di Dubai di samping suaminya.

-Kasih sayang terhadap seorang sahabat. Azrul sentiasa menemani Rahayu di hospital ketika dia tiada kuliah. Azrul berusaha menggembirakan hati Rahayu ang menderita akibat kanser.

-Kasih sayang ibu tiri terhadap anak tiri. Mak cik Hamidah iaitu ibu tiri Rahayu amat menyayangi dan menjaga Rahayu dengan baik walaupun Rahayu Cuma anak tirinya.

PENGAJARAN (SPM Jun 2012 - 4b)

1.Kita hendaklah menerima ketentuan takdir dengan hati yang terbuka.

-Azrul menerima kematian Rahayu dengan hati yang tenang.

-Faridah menerima ketentuan takdir atas kematian adik kembar kesayangannya, Rahayu akibat barah paru-paru. Selepas itu dia juga kehilangan ibu kesayangannya dan suaminya yang tercinta Ghazali.

2.Kita hendaklah berpegang kuat kepada agama (mematuhi ajaran dan tuntutan agama).

-Faridah tetap berpegang kepada agama Islam walaupun dia telah tinggal di luar negara selama 25 tahun.

-Soleh menunaikan sembahyang di masjid pada setiap hari dan selalu menderma kepada badan kebajikan.

3.Kita perlu mengamalkan budaya bangsa kita.

-Faridah mengenakan baju kurung dan selendang semenjak balik ke tanah air.

4.Kita hendaklah menghargai dan mencintai alam sekitar.

-Azrul yang menyertai Persatuan Pencinta Alam dan Hutan telah mengadakan banyak program bagi mendedahkan pelajar kepada kepentingan menjaga alam sekitar.

5.Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.

-Salmah sanggup bekerja di sawah bagi menampung kehidupan bersama-sama dengan anaknya Faridah setelah Kamarudin meninggalkan mereka.

-Walaupun Hamidah ibu tiri kepada Rahayu, dia memberikan kasih sayang, mendidik malah menemani Rahayu yang terlantar sakit di hospital.

6.Kita hendaklah tolong-menolong kepada orang yang dalam kesusahan.

-Pelbagai agensi dan orang perseorangan terlibat dalam usaha mencari dan menyelamatkan Faridah.

7.Kita hendaklah memberikan kasih sayang kepada keluarga.

-Kamarudin tidak menjenguk Faridah dan menanyakan khabar berita selepas berkahwin lain dan meninggalkan Faridah bersama bekas isterinya.

-Sebagai seorang ibu, Faridah berasa risau akan anaknya Melina yang sarat mengandung seorang diri.

8.Kita hendaklah berusaha memperoleh sesuatu.

-Kamarudin berusaha mencari anaknya Faridah yang hilang di dalam hutan sehingga akhirnya berjaya menemui Faridah dengan bantuan kawannya, Buyung.

-Azrul berusaha melaksanakan impiannya untuk bekerja sendiri dan akhirnya menjadi penternak kambing yang berjaya.

9.Kita hendaklah mengamalkan hidup berdikari.

-Walaupun mempunyai ijazah dalam bidang pertanian, Azrul lebih senang berdikari dengan mengusahakan ternakan kambing daripada kerja makan gaji.

10.Kita perlulah mempunyai jati diri yang teguh walau di mana-mana kita berada.

-Faridah sudah 25 tahun meninggalkan tanah air dan tinggal di New Zealand, dia tetap mempertahankan nilai kemelayuannya malah berazam untuk kembali ke tanah airnya.

11.Kita perlulah gigih berusaha untuk mencapai kemajuan.

-Azrul gigih memajukan projek ternakan kambing dan tapak semaiannya hingga berjaya.

12.Kita janganlah terlalu mengharapkan tawaran kerja makan gaji sahaja.

-Azrul bertekad untuk menjadi penternak kambing dan hasratnya itu dipersetujui oleh bapanya.

PLOT

Plot ialah sesuatu yang menghubungkan antara peristiwa dalam sebuah cerita yang rapat pertaliannya dengan gerak laku lahiriah dan batiniah watak. Setiap peristiwa dan gerak laku itu dari awal hingga akhir adalah berdasarkan kepada hukum sebab dan akibat. Plot novel Kabus di Perbukitan bersifat kronologi. Plot kronologi ialah plot yang disusun mengikut urutan, iaitu waktu atau peristiwa yang berlaku dahulu akan didahulukan manakala yang berlaku kemudian akan dikemudiankan. Tindakan Mejar (B) Kamarudin berkahwin lain dan memisahkan anaknya, Rahayu daripada pasangan kembarnya telah menimbulkan pelbagai konflik, kepada Rahayu, Faridah, dan isterinya atau ibu mereka. Walaupun plot novel ini banyak disisipkan dengan unsur imbas kembali, namun pembaca masih mudah untuk memahami dan menelusuri peristiwa-peristiwa penting dalam novel.

BINAAN PLOT

1. Permulaan2. perkembangan3. perumitan4. klimak/puncak5.peleraian

Terdapat empat peringkat binaan plot, iaitu:

(i)Permulaan

-Novel ini memaparkan kisah pasangan suami isteri, Kamarudin seorang tentera dan Salmah, yang mempunyai sepasang anak kembar bernama Faridah dan Rahayu.

-Pasangan kembar tersebut terpisah apabila Kamarudin berkahwin lain dan membawa Rahayu tinggal bersamanya, manakala Faridah dijaga oleh ibunya, Salmah.

-Rahayu dan Azrul menuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM) manakala Faridah menjadi sukarelawan Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK) Suria.

(ii)Perkembangan

-Rahayu dikejarkan ke hospital setelah pengsan di perpustakaan di UPM dan dalam masa yang sama Faridah mengalami kemalangan jalan raya apabila van yang dipandunya tidak dapat dikawal dan terjatuh ke dalam gaung.

-Usaha menjejaki Faridah selama dua minggu gagal, namun ayahnya Mejar (B) Kamarudin berjaya menemui Faridah dengan bantuan mimpi kembarnya Rahayu.

-Faridah dikejarkan ke hospital dan pada masa yang sama, Rahayu menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi Faridah.

-Faridah yang kematian ibu dan suaminya, Ghazali berasa amat kecewa lalu mengikuti kursus Community Services for Disable People di New Zealand selama enam bulan dan terus menetap di sana selama 25 tahun apabila Faridah berkahwin dengan Soleh Johnsons dan mereka dikurniakan sepasang anak kembar iaitu Melina dan Anne.

-Melina berkahwin dengan Jabbar al-Anbia atau dikenali sebagai Benny dan Anne berkenalan dengan Zain yang rnerupakan anak Azrul, bekas kekasih Rahayu.

(iii)Puncak (klimaks)

-Faridah dan Soleh Johnsons pulang ke Malaysia untuk berbincang tentang perkahwinan Anne dan Zain yang merupakan pertemuan semula Faridah dengan Azrul (bekas teman lelaki adiknya, arwah Rahayu).

-Benny yang disyaki terlibat dengan aktiviti pengganas melarikan diri ke Dubai dan meminta isterinya Melina yang berada di Malaysia untuk tinggal bersamanya di Dubai.

(iv)Peleraian

-Anne dan Zain mengambil alih syarikat penternakan keluarga Johnsons di New Zealand manakala Datuk Azrul dan Soleh Johnsons membuka perniagaan kotej di Cameron Highlands.

TEKNIK PLOT/TEKNIK PENCERITAAN

(i)Pemerian

-Gambaran Azrul dan Rahayu yang sedang menikmati sarapan pagi sambil memerhatikan gelagat siswa dan siswi UPM yang lalu lalang di hadapan mereka.

(ii)Dialog

-Dialog yang pendek-pendek dan pantas antara Azrul dan Rohaya. Mereka bersoal jawab tentang tugasan yang diberi oleh pensyarah dan program Kempen Save Our River.

(iii)Imbas kembali

-Peranan dan sejarah Rumah Rehat Sri Berkat suatu masa dahulu. Semasa zaman kolonial, rumah tersebut digunakan untuk berehat oleh pengurus-pengurus ladang.

(iv)Imbas muka

-Buyong membuat andaian bahawa Mejar (B) Kamarudin pasti akan terpesona dengan kawasan Bukit Kutu.

(v)Saspens

-Pihak-pihak yang terlibat dalam operasi pencarian Faridah dan Iqbal tertanya-tanya ke manakah hilangnya jasad kedua-dua mangsa.

-Kehilangan Benny menimbulkan tanda tanya hingga menyebabkan Melina membuat laporan polis.

-Azrul menyatakan bahawa dia sudah memiliki gadis pilihan kepada bapanya.

(vi)Monolog dalaman - monolog dalaman digunakan untuk menggambarkan perasaan watak melalui pengucapan

-Buyung bermonolog dalaman tentang keadaan sejuk di Bukit Kutu ketika bersama-sama dengan Kamarudin mencari Faridah dan Iqbal yang hilang.

(vii)Kejutan

-Salmah terkejut menerima berita kehilangan Faridah.