Nota Kuliah Tafsir Maudhuiy 68

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/13/2019 Nota Kuliah Tafsir Maudhuiy 68

    1/6

    1

    MENANGANI KONFLIK SESAMA MUKMIN

    (Ayat 9 & 10 surah al-Hujurat)

    9. Dan apabila ada dua golongan orang Mukmin yang berperang, maka damaikanlahantara keduanya. Jika salah satu dari keduanya berbuat zalim terhadap (golongan)

    yang lain, maka perangilah (golongan) yang berbuat zalim itu, sehinggagolongan itu kembali kepada perintah Allah. Jika golongan itu telah kembali

    (kepada perintah Allah), maka damaikanlah antara keduanya dengan adil, danberlakulah adil. Sungguh, Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil.

    10.Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlahantara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertaqwalah kepada Allah agarkamu mendapat rahmat.

    Latar Penurunan Ayat:

    Penurunan ayat 9 di atas dikaitkan dengan beberapa peristiwa, termasuk yang

    diriwayatkan oleh Ahmad, Bukhari, Muslim, ibn Jarir dan lain-lain dari Anas ibn Malikr.`a. , Bahawa seseorang menyarankan agar Rasulullah s.`a.w. mendatangi `Abdullah

    ibn Ubay. Junjungan s.`a.w. pun berangkat dengan menaiki keldai, sedang kumpulanMuslimin yang lain berjalan kaki. Di suatu tempat (Ard Sabikhah), keldai yang dinaiki

    Rasulullah s.`a.w. kencing. `Abdullah ibn Ubay lalu berkata, Menjauhlah engkau dariaku, demi Allah, bau busuk (kencing) keldaimu mengganggu aku. Kata-kata itudijawab oleh `Abdullah ibn Rawahah, Demi Allah, bau kencing keldainya lebih harum

    daripada kamu!. Kejadian berbalas-balas kata itu sudahnya berhujung denganperkelahian antara penyokong-penyokong kedua belah pihak, mereka saling memukul

    dengan pelepah (tamar), tangan dan kasut (mujur tidak sampai menggunakan pedang),lalu turun ayat 9 surah al-Hujurat tersebut dan Rasulullah s.`a.w. pun segera

    mendamaikan mereka (catatan: `Abdullah ibn Rawahah dari suku Khazraj, sementara`Abdullah ibn Ubay dari suku Aus).

  • 8/13/2019 Nota Kuliah Tafsir Maudhuiy 68

    2/6

  • 8/13/2019 Nota Kuliah Tafsir Maudhuiy 68

    3/6

    3

    melakukan islah, orang tengah juga diperingatkan agar berlaku adil, memberikan hakkepada yang berhak, bukan mengambil kesempatan untuk kepentingan diri - mencari

    publisiti atau keuntungan politik. Segalanya harus dilakukan dengan ikhlas semata-mata demi meraih ridha dan cinta Ilahi menerusi amal keadilan (sungguh, Allah

    mencintai orang-orang yang berlaku adil).

    Pada ayat 10, perintah islah (mendamaikan pihak-pihak yang berkonflik) diulangi lagidengan mengingatkan semangat yang mendasarinya, iaitu ukhuwwah imaniyyah dan

    taqwa kepada Allah. Persaudaraan kaum mukminin diasaskan pada perkongsian prinsipiman. Justeru, kepada prinsip yang dikongsi bersama itulah mereka harus kembali ketika

    bersengketa. Selain itu segala urusan yang menyangkut hubungan sesama mukmin harusberdasar pada taqwa, rasa takut kepada Allah yang membangkitkan ghairah mentaati

    perintah-Nya dan kewaspadaan terhadap larangan-Nya. Asas persaudaraan dan taqwasedemikian itulah yang akan mendorong sikap adil, tidak berat sebelah, tidak pilih kasih

    dan tidak pandang bulu kerana semuanya adalah saudara yang harus sama-samadidamaikan dan diselamatkan daripada kezaliman. Jika ayat 9 mengantisipasikan konflik

    antara dua golongan mukminin (taifatani min al-muminin), ayat 10 pulamengantisipasikan konflik antara dua individu mukmin (bayna akhawaykum). Konflik

    pada tahap antara dua individu juga harus segera didamaikan (fa aslihu) agar tidakmelarat dan meningkat ke tahap yang lebih parah. Taqwa kepada Allah yang mendasari

    segala urusan perhubungan sesama mukmin ketika berkonflik dan ketika berdamai akanmembawa harapan curahan rahmat dari Allah s.w.t. Ternyata mesej utama ayat 9 dan

    10 surah al-Hujurat adalah islah (mendamaikan). Kata fa aslihu(makadamaikanlah) disebut tiga kali pada dua ayat yang berurutan itu.

    Hukum al-Bughah

    Pada ayat 9 terdapat kata baghat dan tabghi yang seakar dengan kata baghy dan baghin.

    Kata al-baghyu selalu diertikan sebagai kezaliman atau melampaui batas, sementara

    pelakunya disebut baghin yang kata jamaknya ialah bughah (t). Kitab al-Muharar (al-Rafi`iy) memuatkan perbahasan tentang al-bughah yang diawali dengan ayat 9 surah al-Hujurattersebut. Memang, seperti yang disebut oleh Muhammad Hamidullah (Muslim

    Conduct of State) ayat tersebutlah satu-satunya asas pijakan hukum bughah. Golonganal-bughah dalam definisi kaum fuqaha seperti yang dirumuskan oleh Dr. Ibrahim ibn

    `Aliy Sandaqjiy (pentahqiq Kitab Qital ahl al-Baghy oleh al-Mawardiy) ialah merekayang melawan imam (pemerintah) adil, yang ingkar mematuhinya dengan enggan

    melaksanakan kewajipan tanggungannya (al-mukhalif li al-imam al-`adil, al-kharij `anta`atihi bi al-imtina` an adai ma wajaba `alayhi).

    Sementara itu M. Abdul Mujieb dkk dalam Kamus Istilah Fiqih memasukkan kata

    bughat dengan pengertian Bentuk jamak dari kata mufrad baghin, artinya: seorangpenentang atau pemberontak yang bersenjata. Bughat berarti: Orang-orang yang

    mengadakan perlawanan terhadap pemerintahan yang sah kerana terjadinyakesalahfahaman politik. Pihak pemerintah wajib memerangi mereka dengan syarat: (1)

    Mereka memiliki kekuatan yang memungkinkan mereka mengadakan perlawanan fisikyang dapat mengancam keamanan negara; (2) Bahwa mereka bersikap memusuhi

    pemerintah dan tidak mengakui lagi kekuasaan pemerintah yang sah; (3) Bahwa sebabutama pemberontakan kerana terjadinya salah faham tentang politik pemerintahan.

  • 8/13/2019 Nota Kuliah Tafsir Maudhuiy 68

    4/6

    4

    Al-Shaykh Muhammad al-Khatib al-Sharbiniy dalam Mughni al-Muhtaj (sharah matanMinhaj al-Talibin oleh al-Nawawiy) mengatakan bahawa ayat 9 surah al-Hujurat

    tersebut memang tidak menyebut secara eksplisit tentang isu melawan al-imam (al-khuruj `ala al-imam), tetapi ia bersifat umum dan inklusif yang meliputi persoalan

    bughah. Jika umat diperintahkan perang terhadap kezaliman suatu kumpulan orang(mukmin) ke atas kumpulan orang (mukmin) yang lain, maka lebih-lebih lagilah jika

    mereka menzalimi (melawan) imam (ketua negara) yang sah.

    Ketika menghuraikan makna mukhalafat al-imam (melawan imam), al-Sharbiniymengatakan bahawa ia terjadi dengan salah satu daripada dua perkara: pemberontakan

    terhadap diri imam itu sendiri, atau dengan keengganan tunduk patuh kepadanya. Tetapiboleh juga berlaku selain dengan dua cara tersebut, iaitu keengganan melaksanakan

    sesuatu hak tertentu (mani haqqin) yang memang menjadi kewajipan mereka.Misalnya, golongan yang enggan membayar zakat (mani` al-zakah), yang diperangi oleh

    Abu Bakr al-Siddiq r.`a., walhal mereka tidak memberontak terhadap diri peribadikhalifah tersebut.

    Dalam huraian selanjutnya al-Sharbiniy menyatakan bahawa mereka yang melawan

    imam itu menjadi bughahjika mereka memenuhi tiga syarat. Pertama, mereka memilikishawkah atau kekuatan (jumlah yang ramai dan senjata yang banyak) yang

    memungkinkan mereka melawan imam, dan memaksa imam menggembleng kekuatan(persenjataan, kewangan dan tenaga manusia) untuk menghadapi mereka. Kedua,

    mereka berpegang pada suatu tawil yang mereka yakini mengharuskan pemberontakanterhadap imam atau mengharuskan mereka tidak menunaikan sesuatu hak yang menjadi

    kewajipan mereka. Tawil dalam konteks ini disyaratkan bahawa ia adalahfasid, tetapimereka yakini sebagai justifikasi yang mengharuskan mereka memberontak. Misalnya

    tawil golongan peserta perang Jamal dan Siffin yang memberontak terhadap Imam `Aliyk.w. bahawa beliau (`Aliy) tahu siapa pembunuh-pembunuh `Uthman r.`a. dan mampu

    mengambil tindakan ke atas mereka, tetapi tidak melakukannya. Demikian juga tawil

    golongan yang enggan membayar zakat (mani` al-zakah) kepada Abu Bakr r.`a., bahawamereka tidak membayar zakat kecuali kepada orang yang do`anya (membawa)

    kedamaian jiwa bagi mereka, iaitu Nabi s.`a.w. (al-Tawbah:103). Ketiga, adanya

    muta`un fihim iaitu seorang pemimpin yang dipatuhi oleh semua warganya, kerana tidakmungkin tercapainya kekuatan (syawkah) tanpa pemimpin yang dipatuhi.

    Golongan bughah (yang memenuhi syarat-syarat tersebut) wajib diperangi untuk

    mengembalikan kesetiaan mereka kepada imam. Tetapi sebelum sampai ke tahapperang, ada satu proses yang wajib dilaksanakan lebih dahulu iaitu islah. Dalam kaitan

    ini al-Mawardiy dalam Kitab Qital Ahl al-Baghy (sebahagian daripada karyaensiklopediknya al-Hawiy al-Kabir) menyatakan, apabila syarat-syarat yang muktabar

    untuk memerangi mereka telah dipenuhi, al-imam tidak boleh memulai (perang) hinggasetelah menanyakan mereka tentang sebab penentangan mereka. Jika mereka menyebut

    tentang sesuatu kezaliman, hendaklah ia dihentikan; jika mereka menyebut sesuatushubhah atau kekeliruan, hendaklah ia dijelaskan sehingga nyata kebenaran di pihaknya,

    kerana Allah s.w.t. memerintahkan islah dahulu dan kemudiannya barulah perang.

    Demikianlah tahapan proses yang harus dilalui, islah dahulu perang kemudian, dan tidaksebaliknya. Memang tidak siapa pun yang berhak mendahulukan apa yang

    dikemudiankan oleh Allah (taqdim ma akhkharahu Llah). Dalam isu memerangi kaum

  • 8/13/2019 Nota Kuliah Tafsir Maudhuiy 68

    5/6

    5

    bughah yang selalu menjadi rujukan adalah cara Sayyidina `Aliy k.w. menangani kaumbughah Khawarij. Sebelum memerangi mereka `Aliy k.w. lebih dahulu mengutus Ibn

    `Abbas r.`a. kepada kaum al-Khawarij di Nahrawan untuk meminta penjelasan tentangsebab penentangan mereka dan membetulkan kekeliruan tawilmereka. Ibn `Abbas r.`a.

    berkata, `Ali ibn Abi Talib adalah sepupu Rasulullah s.`a.w. yang juga menantunya(suami puterinya). Kalian tahu kemuliaannya, lalu apa yang kalian tentang? Mereka

    menjawab ada tiga isu yang menjadi punca penentangan mereka. Pertama, `Aliy (k.w.)bertahkim dalam urusan agama Allah sedang Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya sudah

    lebih daripada cukup (tidak memerlukan tahkim). Kedua, ketika memerangi lawannya,`Aliy (k.w.) hanya membunuh tetapi tidak mengambil harta rampasan dan tidak

    menawan wanita serta anak-anak mereka. Ketiga, `Aliy (k.w.) telah memadam namanyasebagai khalifah.

    Ibn `Abbas r.`a. menjawab ketiga-tiga isu tersebut dengan hujah-hujah al-Quran dan al-

    Sunnah. Pertama, tentang isu tahkim dalam agama Allah, Ibn `Abbas menyebut bahawaAllah s.w.t. sendiri bertahkim dalam agama sebagaimana firman-Nya dalam surah al-

    Nisa ayat 35, Dan jika kamu khawatir terjadi persengketaan antara keduanya, makakirimlah seorang juru damai dari keluarga laki-laki, dan seorang juru damai dari

    keluarga perempuan. Demikian juga firman-Nya dalam surah al-Maidah ayat 95,menurut putusan dua orang yang adil di antara kamu. Jika isu seekor arnab yang

    harganya cuma satu dirham diputuskan secara tahkim, apa lagi isu besar seperti ini.Kedua, tentang sikap `Aliy (k.w.) yang hanya membunuh, tetapi tidak menawan (wanita

    dan anak-anak), Ibn `Abbas berhujah bagaimana andainya (dalam perang Jamal)`Aishah r.`a. (isteri Nabi s.`a.w.) menjadi tawanan salah seorang dalam kalangan mereka,

    apa yang akan ia lakukan? Bukankah Allah s.w.t. telah berfirman, dan tidak boleh(pula) kamu menikahi isteri-isterinya selama-lamanya setelah (Nabi wafat) - al-

    Ahzab:53. Dalam al-Majmu` Imam Nawawiy (sharah al-Muhadhdhab) ayat yang dibacaoleh Ibn `Abbas ialah, dan isteri-isterinya adalah menjadi ibu mereka al-

    Ahzab:6. Ketiga, mengenai kesediaan `Aliy k.w. memadam namanya dari khilafah

    ketika menulis dokumen tahkim dengan Mu`awiyah, Ibn `Abbas r.`a. berhujah bahawaRasulullah s.`a.w. juga telah memadam namanya dari nubuwwah dalam perundingannya

    dengan Suhayl ibn `Amr ketika menuliskan teks perjanjian al-Hudaybiyyah. Dengan

    penjelasan Ibn `Abbas r.`a. tersebut, sebahagian kaum Khawarij telah kembali kepada`Aliy, sementara sebahagian lagi (sekitar empat ribu orang) tetap berkeras tidak mahu

    kembali. Merekalah yang kemudiannya diperangi oleh Khalifah `Aliy ibn Abi Talibk.w.

    Demikianlah cara yang benar dalam menangani isu golongan bughah, iaitu dengan

    mendahulukan pendekatan islah, dialog, debat dan tindakan korektif. Hanya setelahusaha islah gagal barulah boleh diambil tindakan ketenteraan (perang) dengan mematuhi

    aturan-aturan khusus memerangi kaum bughah yang berbeza daripada cara memerangikaum musyrikin. Justeru, mereka (al-bughah) adalah kaum mukminin, dan mereka

    juga adalah saudara seiman seperti yang disebut oleh Sayyidina `Aliy k.w. tentang kaumKhawarij, bahawa mereka adalah ikhwanuna baghaw `alayna (saudara-saudara kita yang

    memberontak terhadap kita). Dr. Wahbah al-Zuhayliy dalam kitabnya al-`Uqubat al-Shar`iyyah wa al-Aqdiyat wa al-Shahadat mengatakan bahawa memerangi kaum

    bughah harus dengan maksud menginsafkan mereka, bukan membunuh mereka. Keranaitu mereka yang lari tidak boleh dibunuh, yang luka tidak boleh dihabisi, yang tertawan

  • 8/13/2019 Nota Kuliah Tafsir Maudhuiy 68

    6/6

    6

    tidak boleh dibunuh, harta mereka tidak boleh diagih sebagai ghanimah, wanita dan anak-anak mereka tidak boleh dijadikan tawanan.

    Para Demonstran dalam Sistem Demokrasi

    Bagaimana pula kedudukan mereka yang berdemonstrasi membantah atau menyokongsesuatu isu dalam konteks sistem demokrasi? Bughah-kah mereka? Yang pertama harus

    dicatat ialah hakikat bahawa kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun dan hak untukberbeza (membangkang) adalah bahagian daripada sistem demokrasi moden yang telah

    disepakati untuk diamalkan di negara ini. Jika rakyat turun ke lapangan membantahkenaikan harga barang keperluan, sebenarnya mereka tidak melakukan sebarang

    kesalahan, mereka hanya mengamalkan hak demokratik yang sah. Jika yang merekatuntut hanya penurunan harga barang, bukan penurunan ketua negara, lalu apa kaitannya

    dengan bughah dan segala implikasinya termasuk penghalalan darah? Yang jelas parademonstran tersebut tidak memenuhi persyaratan bughah. Mereka tidak bermaksud

    menjatuhkan pemerintah, mereka tidak memiliki kekuatan (shawkah), mereka tidakmengingkari tanggungjawab menunaikan zakat, membayar cukai dan mematuhi undang-

    undang; mereka juga tidak mempunyai imam atau pemimpin rasmi yang dipatuhi segalaarahannya (mutaun fihim), yang ada hanya badan penganjur yang menyelaras proses

    demonstrasi selama beberapa jam; dan pemerintah pun tidak pula perlu menghadapimereka dengan kekuatan ketenteraan bersenjata canggih. Selepas beberapa jam -

    setelah perasaan disuarakan - mereka bersurai sendiri secara aman, tanpa melakukansebarang kerosakan yang bererti. Pada dasarnya mereka tetap menjadi rakyat yang

    normal, patuh dan bertanggungjawab. .

    Dilihat dari perspektif agama, demonstrasi aman untuk membantah kemungkaran sepertipemborosan dan pembaziran wang rakyat dapat dianggap sebahagian daripada jihad al-

    kalimah (jihad menyatakan kebenaran di hadapan penguasa yang zalim). Dr. Subhiy

    `Abduh Sa`id dalam bukunya al-Hakim wa Usul al-Hukm fi al-Nizam al-Islamiymenyebut jihad al-kalimah dalam pengertian inkar al-lisan (menolak kemungkaran

    secara lisan) yang diucapkan di hadapan penguasa yang zalim adalah jenis jihad yang

    paling utama. Bantahan dalam pengertian inkar al-lisan menurut Dr.Subhiy harusdilakukan dengan kata-kata yang dapat didengar, dibaca atau dilihat (bi kalimatin

    masmu`atin aw maqruatin aw mariyyah). Menurut beliau lagi inkar al-lisan(memprotes kemungkaran dengan suara lantang) sedemikian itu hukumnya wajib kifaiy

    bagi orang awam, dan wajib `ayniy ke atas golongan al-khasah iaitu para mujtahidindalam kalangan ulama dan pemikir Islam. Mereka tidak boleh membisu terhadap

    kemungkaran kerana kebisuan mereka akan ditafsirkan oleh masyarakat awam sebagaipersetujuan dan penerimaan (terhadap kemungkaran).

    Demonstrasi yang diniati dan disemangati menolak kemungkaran adalah amar makruf-

    nahi munkar bi sawtin masmu` (dengan suara yang dapat didengar secara luas). Justeru,ia adalah suatu yang sah secara syara dan undang-undang (sharan wa qanunan).

    TM68

    8/2/14