20
kita tidak mampu melahirkan kejayaan yang diraih oleh Pedar (The Father) dari Iran yang berjaya menggondol filem terbaik dan pelakon terbaik dalam Festival Filem dan Televisyen Asia Timur 97, ataupun filem Tjut Nyat Dien (Indonesia). 1 Tjut Nyat Dien seorang pejuang Islam wanita yang gigih membina kekuatan sendiri memperjuangkan Islam dan kegigihannya adalah lambang yang harus dipertahankan, kerana dibina oleh keyakinan yang mendalam. 2 2.1: PENDEKATAN DAKWAH 2.1.1: Konsep Dakwah Dakwah ialah usaha menyampai, mengajak atau menyeru manusia ke arah mengenali Islam, menerima dan menghayatinya menerusi kaedah, cara dan pendekatan yang tertentu. 3 Dakwah mengandungi tiga ciri utama, iaitu pertama untuk menjadi saksi kepada Allah s.w.t terhadap sekalian manusia (dalam satu-satu zaman) bahawa Islam telah disampaikan kepada mereka yang mana penyaksian termasuklah tentang reaksi manusia sama ada menerima atau menolak ajaran yang disampaikan. 4 Peranan kedua sebagai pembawa berita baik kepada mereka yang menerima ajaran Islam yang merangkumi berita tentang rahmat Allah s.w.t yang memberikan Islam sebagai 1 Fariza Md. Sham et. al (2000), Dakwah dan Perubahan Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, h. 101. 2 Ibid. 3 Mohamad Shahir Abdullah (1998), Berdakwah Dalam Era Multimedia, Kertas Kerja Seminar Multimedia dan Islam, Anjuran IKIM, 26-27 Mei 1998, h. 2. 4 Abdullah Muhammad Zin et. al (1998), op. cit, h. 103.

Nota Metode Dakwah 1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Nota Metode Dakwah 1

kita tidak mampu melahirkan kejayaan yang diraih oleh Pedar (The Father) dari Iran

yang berjaya menggondol filem terbaik dan pelakon terbaik dalam Festival Filem dan

Televisyen Asia Timur 97, ataupun filem Tjut Nyat Dien (Indonesia).1 Tjut Nyat Dien

seorang pejuang Islam wanita yang gigih membina kekuatan sendiri memperjuangkan Islam

dan kegigihannya adalah lambang yang harus dipertahankan, kerana dibina oleh keyakinan

yang mendalam.2

2.1: PENDEKATAN DAKWAH

2.1.1: Konsep Dakwah

Dakwah ialah usaha menyampai, mengajak atau menyeru manusia ke arah mengenali Islam,

menerima dan menghayatinya menerusi kaedah, cara dan pendekatan yang tertentu.3 Dakwah

mengandungi tiga ciri utama, iaitu pertama untuk menjadi saksi kepada Allah s.w.t terhadap

sekalian manusia (dalam satu-satu zaman) bahawa Islam telah disampaikan kepada mereka

yang mana penyaksian termasuklah tentang reaksi manusia sama ada menerima atau menolak

ajaran yang disampaikan.4

Peranan kedua sebagai pembawa berita baik kepada mereka yang menerima ajaran

Islam yang merangkumi berita tentang rahmat Allah s.w.t yang memberikan Islam sebagai

1 Fariza Md. Sham et. al (2000), Dakwah dan Perubahan Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publications &

Distributors Sdn Bhd, h. 101. 2 Ibid. 3 Mohamad Shahir Abdullah (1998), Berdakwah Dalam Era Multimedia, Kertas Kerja Seminar Multimedia dan

Islam, Anjuran IKIM, 26-27 Mei 1998, h. 2. 4 Abdullah Muhammad Zin et. al (1998), op. cit, h. 103.

Page 2: Nota Metode Dakwah 1

cara hidup kepada manusia serta ganjaran yang akan diterima oleh orang-orang yang

menerima ajaran Islam yakni syurga. Ketiga, adalah sebagai pemberi amaran kepada mereka

yang menolak ajaran Allah s.w.t dan mengingkarinya.5

Dr. Ra‟uf Shalabi menerangkan bahawa dakwah Islamiah itu merupakan suatu

gerakan yang membawa atau mengubah masyarakat daripada kekufuran kepada keimanan,

daripada kegelapan kepada cahaya dan daripada sempit kepada lapang, di dunia dan akhirat.6

Hal ini memberi maksud bahawa dakwah itu adalah usaha yang dilakukan oleh seseorang

atau sesuatu kumpulan untuk membawa manusia kepada Allah.

2.1.2: Konsep Pendekatan Dakwah

Pendekatan atau kaedah yang betul dalam dakwah dapat memberi kesan kejayaan dakwah itu

sendiri.7 Terdapat pelbagai jenis pendekatan dakwah yang boleh digunakan dan seorang

pendakwah itu perlu bijak menggunakan saluran yang ada bagi memastikan mesej dakwah

yang ingin disampaikan dapat diterima oleh sasaran.

Firman Allah s.w.t. dalam surah An-Nahl:

5 Ibid. 6. Ra‟us Shalabi, (1982), Sikulugiah al-Ra’iwa al Da’wah, Kuwait: Dar al Qalam, h. 54.

7 Ab. Aziz Mohd Zin (2001), op. cit, h. 5.

Page 3: Nota Metode Dakwah 1

Maksudnya: Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat

kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan

mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya

Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya,

dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah

petunjuk.

Surah An-Nahl (16) : 125

i. Pendekatan Al-Hikmah

Al-hikmah amat diperlukan oleh seorang pendakwah dalam medan dakwah. Melaluinya

seorang pendakwah dapat memilih metode yang sesuai untuk diaplikasikan kepada sasaran.

Pemilihan metode yang sesuai dapat mempengaruhi keberkesanan dakwah. Dakwah tidak

akan praktikal sekiranya pendakwah cuba menyamakan antara orang jahil dengan orang yang

berilmu pengetahuan.8

Pada umumnya al-hikmah dapat diertikan dalam bahasa Melayu sebagai kebijaksanaan.

Secara lebih tepatnya perkataan ini beerti “meletakkan sesuatu kena pada masa dan

tempatnya”.9 Menurut Sheikh Muhammad Abduh dalam kitab tafsir al-Manar beliau

menjelaskan bahawa al-hikmah digunakan terhadap cerdik pandai yang cintakan kebenaran,

berfikir secara kritis, dengan alasan, dalil dan hujah yang dapat diterima oleh kekuatan akal

mad‟u.10

Dakwah secara al-hikmah menurut Sayyed Qutub pula ialah dengan memerhati

8 Syed Abdurahman Syed hussien (1996), Uslub al-Hikmah, al-Mauizah al-Hasanah dan Mujadalah Bi al-

Husna Mengikut Pandangan Ulama, Jurnal Usuluddin Bil. 4. Kuala Lumpur: CYERBER GRAPICS

SERVICES, h. 58. 9 Abdullah Muhammad Zin et. al (1998), op. cit, h. 80. 10 Ibid.

Page 4: Nota Metode Dakwah 1

keadaan mad’u dan memerhati juga masa dan suasana persekitaran.11

Hamka pula

menjelaskan bahawa al-hikmah beerti kebijaksanaan pada pengaturan bahasa.12

Kebijaksanaan diambil daripada budi pekerti yang halus dan bersopan santun. Al-hikmah

dalam berdakwah digunakan untuk membuka pemikiran manusia yang tertutup terhadap

Islam. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w; “Bercakaplah dengan manusia mengikut kadar

akal mereka”.

Al-Bayanuni13

menjelaskan bahawa hikmah dalam dakwah ialah suatu uslub yang sesuai

dengan keadaan sasaran. Ia beerti meletakkan sesuatu pada tempatnya, manakala sesuai

bergantung pada keadaan. Sesuatu tindakan boleh menjadi sesuai bagi seseorang, tetapi tidak

sesuai bagi orang lain. Ulasan sayyid Qutb: ialah dengan melihat kepada keadaan sasaran dan

suasana mereka, kadar yang perlu supaya tidak memberatkan mereka dan tidak menyusahkan

mereka sebelum mereka bersedia.14

Al-Bayanuni menambah bahawa uslub hikmah itu terdapat pada sudut-sudut berikut

untuk disesuaikan dengan sasaran, iaitu: 15

a) Pemilihan isi atau pendekatan isi

b) Uslub dengan makna khusus atau bentuk persembahan isi.

c) Pemilihan saluran atau media

Hikmah boleh dilakukan dalam bermacam-macam bentuk dan gaya sama ada secara

lembutataupun secara keras. Ali al-Murshid menjelaskan bahawa hikmah itu tidaklah

selamanya mengandungi pengertian lembut, rahmat, kasih sayang biasa, perkataan yang

11 Ibid. 12

Ibid. 13

Ibid 14

Ibid. 15 Aziz Mohd Zin (2001), op. cit, h. 5.

Page 5: Nota Metode Dakwah 1

dianggap baik dan tenang, tetapi ia juga beerti lembut dan kuat, kasih sayang dan perang.16

Memiliki pelbagai kekuatan yang boleh mempengaruhi sasaran juga termasuk ke dalam

hikmah.

ii. Pendekatan Al-Mau’izah Al-Hasanah

Beerti nasihat yang baik iaitu menyampaikan nasihat yang dapat menimbulkan kegemaran

dan peransang supaya orang ramai meninggalkan keburukan seterusnya menimbulkan

keinginan dan minat mengerjakan kebaikan.17

Syeikh Muhammad Abduh telah menyatakan

pendapatnya tentang mau’izah hasanah ini yang digunakan untuk menghadapi golongan

awam, iaitu orang kebanyakan yang belum dapat berfikir secara kritis dan mendalam, belum

bersedia untuk menangkap pengertian-pengertian yang tinggi.18

Mereka ini didakwah dengan

mauizah hasanah dengan anjuran dan didikan yang baik dan dengan jalan yang mudah

difahami.

Selain itu, ia juga beerti kata-kata yang dilakukan secara halus, lembut dan tenang,

boleh menyejukkan kepanasan hati, jauh sekali dari menyinggung dan terpancar dari hati

yang ikhlas.19

Al-Bayanuni20

menyenaraikan beberapa bentuk kata-kata yang termasuk dalam

nasihat yang baik, iaitu:

a) Kata-kata yang berterus-terang, tetapi dengan lembut dan halus.

b) Sesuatu penjelasan yang lembut dan difahami

c) Suatu kiasan yang beradab.

d) Bentuk cerita dan jenaka

16

Ibid. 17

Abdullah Muhammad Zin et.al (1998), op. cit, h. 80. 18

Ibid. 19

Ab. Aziz Mohd Zin (2001), op. cit, h. 10. 20 Ibid, h. 11.

Page 6: Nota Metode Dakwah 1

e) Mengingati nikmat-nikmat yang boleh membawa kepada kesyukuran

f) Penjelasan tentang pujian dan celaan dari Allah

g) Ransangan baik dari Allah dan janji-janji buruk dari-Nya yang menakutkan.

h) Penjelasan tentang janji-janji Allah dengan kemenangan dan kekuatan.

i) Penerangan supaya tahan diuji dan sabar.

Al-Bayanuni21

menambah terdapat keistimewaan pada cara ini, iaitu:

a) Ia dilakukan dengan perkataan yang lembut dan halus yang kedudukannya sesuai

dengan golongan sasaran.

b) Bentuknya yang bermacam-macam yang boleh dipilih mengikut kesesuaian sasaran.

c) Kesannya yang mantap kerana ia sesuai dengan jiwa manusia.

iii. Pendekatan Al-Mujadalah

Pendekatan al-Mujadalah beerti perbincangan dan perbahasan iaitu mengemukakan hujah

dan dalil yang dapat menerangkan sesuatu maksud yang tidak jelas serta setelah digunakan

hujah dan dalil yang tepat dan kata-kata yang tersusun, maka maksud yang hendak

disampaikan itu akan menjadi jelas dan dapat diterima.22

Syeikh Muhammad Abduh23

berpendapat bahawa metode ini digunakan untuk

menghadapi golongan yang tidak dapat dicapai dengan hikmah dan tidak sesuai pula apabila

dilayan seperti golongan awam, mereka suka berbahas tentang sesuatu tetapi hanya dalam

batas tertentu tidak secara mendalam. Golongan ini didakwahkan dengan bertukar fikiran dan

digalakkan berfikir secara sihat.

Walau bagaimanapun pendekatan al-mujadalah bukanlah sebenarnya bermatlamatkan

kemenangan, tujuan sebenarnya adalah untuk mencari kebenaran. Al-mujadalah hendaklah

21 Ibid, h. 11. 22 Abdullah Muhammad Zin et. All (1998), op. cit, h. 81. 23 Ibid, h. 81.

Page 7: Nota Metode Dakwah 1

dilakukan dengan yang sebaik-baiknya. Pendakwah hendaklah menghadapi mad’u dengan

cara yang lemah lembut, terang dan bermatlamat mencari kebenaran berdasarkan hujah yang

benar. Oleh itu, al-mujadalah hendaklah berasaskan kepada penjelasan bagi menyelesaikan

masalah, menggunakan hujah yang rasional, menjaga adab dan kesopanan serta keikhlasan

kepada Allah s.w.t.

Jika ia tidak dilakukan dengan cara yang terbaik, kesan yang sebaliknya yang akan

diperolehi (kesan negatif). Oleh itu, ianya hanya dilakukan sekiranya diperlukan sebagai

suatu pilihan kepada cara dakwah. Perbahasan hendaklah dilakukan dengan menjaga adab-

adab supaya tidak difahami untuk menjatuhkan pihak yang terlibat dan tidak pula untuk

memburukkan dan menghina pendapat yang berkenaan, bukan untuk menang, mengada-

adakan perbahasan, menaikkan nama dan lain-lain, tetapi semata-mata untuk dakwah dan

menyampaikan kebenaran.

Al-Bayanuni24

menjelaskan cara ini mempunyai keistimewaan tertentu, iaitu:

a) Ia berasaskan kepada ilmu dan pengetahuan yang mantap. Kalau tidak, tidak boleh

dilakukan dengan cara ini.

b) Mengemukakan alasan dan hujah kepada sasaran dan ia diperlukan oleh Islam kerana

kebenaran Islam berdasarkan hujah yang jelas dan alasan yang kukuh.

c) Mendapat kesan yang bermacam-macam, seperti kepuasan fikiran untuk menerima

pihak yang kuat hujahnya, menyuburkan intelektual dan dapat menghilangkan taksub

dan ikutan membabi buta terhadap sesuatu pendapat tanpa usul periksa dan tanpa

memikirkan kebenarannya.

24 Ab. Aziz Mohd Zin (2001), op. cit, h. 12.

Page 8: Nota Metode Dakwah 1

2.1.3: Pendekatan Dakwah Rasulullah s.a.w 25

Dalam menyampaikan dakwah, seseorang da’ie hendaklah sentiasa mempersiapkan diri

dengan pelbagai ilmu. Antara ilmu yang perlu dipelajari oleh seorang da’ie ialah ilmu

„pendekatan dakwah‟ atau juga disebut sebagai ilmu „metodologi dakwah‟. Namun, dalam

memilih metode yang terbaik seorang da’ie seharusnya tidak membelakangkan syari‟at yang

telah ditetapkan.

Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap

teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan

hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu

berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah;

Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

Surah Huud (11): 112

Muhammad Amahzum26

menjelaskan, atas dasar tersebut, maka perlu adanya

pembezaan yang jelas antara metode dan media (sarana) dakwah. Adapun beragamnya cara

dan teknik penyampaian pesan dakwah, tak lain merupakan sunnah rabbaniyah.27

Yang

25 Ibid. 26

Muhammad Amahzun. (2005). Manhaj dakwah Rasulullah. Jakarta: Qisthi Press. C.2 , h.l ix. 27 Ibid.

Page 9: Nota Metode Dakwah 1

terpenting, mereka tetap dalam misi, dan sepakat dalam prinsip-prinsip dasar dan ketetapan-

ketetapan pokok agama yang harus menjadi landasan utama setiap metode dakwah”28

Justeru, contoh yang terbaik dalam metode dakwah adalah metode dakwah yang telah

dianjurkan oleh baginda Rasulullah s.a.w kerana panduannya adalah al-Quran dan penasihat

baginda adalah Dia yang Maha Bijaksana, Allah „Azzawajalla.

I. Pendekatan Dakwah Rasulullah s.a.w di Makkah

Terdapat empat peringkat dakwah Rasulullah s.a.w di Makkah ;

1. Peringkat sebelum perlantikan menjadi rasul

2. Peringkat awal kerasulan

3. Peringkat tekanan oleh musuh

4. Peringkat sebelum hijrah ke Madinah

a) Ithbat al-risalah29

(membina kepercayaan bahawa baginda adalah utusan Allah)

Perkara pertama sekali yang dilakukan oleh baginda s.a.w selepas dilantik menjadi rasul ialah

membina kepercayaan masyarakat terhadap dirinya sebagai seorang utusan Allah. Sebelum

dilantik menajdi rasul, Nabi s.a.w memang telah dipercayai oleh masyarakat Makkah

khusnya kerana budi pekertinya yang mulia dan sifatnya yang bijaksana. Oleh yang demikian

baginda dihormati dan dimuliakan oleh masyarakatnya. Keadaan ini cukup jelas apabila

baginda digelar sebagai al-Amin. Justeru, bagi menambah kepercayaan masyarakat terhadap

ajaran yang dibawanya itu adalah datang daripada Allah s.w.t, perkara yang mula-mula sekali

28 Ibid.

29 Ab. Aziz Mohd Zin (2001), op. cit, h.46.

Page 10: Nota Metode Dakwah 1

dilakukan oleh baginda dalam dakwahnya ialah menegaskan bahawa baginda adalah utusan

Allah untuk membawa hidayah dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.30

Allah s.w.t turut menjelaskan perkara tersebut melalui antaranya melalui firman-Nya:

Maksudnya: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia!

Sesungguhnya aku adalah pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus

oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak

disembah) melainkan Dia; yang menghidupkan dan mematikan. oleh itu,

berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi yang

beriman kepada Allah dan kalimah-kalimah-Nya (kitab-kitabNya); dan

ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk".

(Surah Al-A‟raaf (7): 158)

b) Al-Qudwah al-Hasanah31

Al-Qudwah al-Hasanah merupakan salah satu pendekatan yang praktikal dalam usaha

dakwah, terutama dalam konteks kehidupan bermasyarakat. Istilah Al-Qudwah al-Hasanah

sering digunapakai untuk merujuk kepada seseorang yang yang dicontohi kebaikannya sama

ada dari segi percakapan atau perbuatan. Al-Qudwah al-Hasanah merupakan perkataan Arab

30 Ibid. 31 Ibid, h. 52.

Page 11: Nota Metode Dakwah 1

yang bermaksud ikutan atau suri tauladan.32

Al-Qudwah al-Hasanah yang dimaksudkan

bukan hanya setakat amalan dalam pergaulan biasa, malah dalam semua aktiviti kehidupan

termasuk perekonomian, pentadbiran dan lain-lain.33

Selain itu Qudwah turut membawa erti al-uswah iaitu keteladanan adalah keadaan di

mana seseorang diikuti oleh orang lain yang membawa maksud mengikut orang lain dengan

segala sifat, akhlak dan perilaku yang ia miliki sama ada baik atau buruk.34

Menurut Jumu‟ah

Amin seorang pendakwah perlu memiliki sifat al-qudwah qabla al-da’wah serta dalam

dirinya berslogankan aslih nafsaka wad’u ghairaka; (perbaikilah dirimu dan ajaklah orang

lain) serta aqim daulah al-Islam fi qalbik, taqum fi ardik: (tegakkan daulah Islamiyyah

dihatimu nescaya ia akan tegak di bumi).35

Sebelum dilantik menjadi rasul, Nabi s.a.w memang telah dipercayai oleh masyarakat

Mekah kerana akhlaq dan budi pekerti baginda yang mulia. Baginda cukup dihormati dan

dimuliakan sehingga diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Mekah. Oleh yang demikian,

secara tidak langsung pakej yang ada pada diri Nabi s.a.w turut membantu baginda dalam

usaha membina kepercayaan masyarakat bahawasanya benarlah baginda adalah utusan Allah

s.a.w dan setiap apa yang disampaikan juga adalah semata-mata kerana Allah s.w.t.

32 Osman Haji Khalid (2006), Kamus Besar Arab Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur, h. 1697. 33 Abd Aziz Mohd Zin, “Minhaj Dakwah Masakini: Suatu Pengenalan”, Jurnal Usul al-Din, Kuala Lumpur:

Penerbit Universiti Malaya, bil. 3, h. 88. 34

Dr. Taufik Yusuf al-Waiy (2005), Kekuatan Sang Murabbi, Jakarta: Penerbit al-I‟thisom Cahaya Umat, h. 22. 35 Jum‟ah Amin Abd al-Aziz (1995), Al-Da’wah Qawaid wa Usul, Iskandariah: Dar Ad-Da‟wah, h. 10 lihat juga

terj. Oleh Abdul Salam Masykur, Fiqih Dakwah Islamiah, Jakarta: Era Intermedia, h.45.

Page 12: Nota Metode Dakwah 1

c) Mendahului yang terdekat.36

Orang yang pertama sekali menyahut seruan Nabi Muhammad s.a.w ialah isteri baginda

Saidatina Khadijah binti Khuwailid r.a. Kemudian, pada suatu ketika baginda telah

menjemput keluarganya untuk makan malam dirumah baginda. Usai makan malam, baginda

s.a.w pun menyampaikan risalah dakwahnya kepada kaum keluarganya yang hadir. Baginda

menegaskan dengan katanya, Allah menerintah aku supaya memberi peringatan kepada

keluarga aku. Antara ahli keluarga baginda yang kemudiannya turut memeluk Islam ialah

sepupunya Saidina Ali r.a.

d) Da’wah bil sirru wa hazar 37

(secara rahsia dan berwaspada)

Peringkat 3 tahun awal kerasulan, Nabi s.a.w menyebarkan dakwah secara rahsia dan

berwaspada. Apabila umat Islam hendak melakukan ibadah, mereka akan pergi ke lorong-

lorong Makkah yang jauh dari pandangan orang-orang kafir Quraisy. Ketika pemeluk agama

Islam meningkat kepada tiga puluh orang, maka Nabi s.a.w telah memilih rumah Al-Arqam

bin Abi Al-Arqam38

untuk dijadikan pusat usrah. Hal ini kerana, Nabi s.a.w tidak mahu

perkembangan Islam terbantut dan para muslimin diancam dalam keadaan akar Islam dan

Iman masih belum kukuh didada.

36 Ab. Aziz Mohd Zin (2012), Strategi Dakwah Dalam Sirah Nabi SAW. Kuala Lumpur: Jabatan Dakwah &

Pembangunan Insan Universiti Malaya,h. 111. 37 Ibid, h. 111-115. 38 Muhammad Sa‟id Ramadan. (1983). Fiqh al-Sirah. Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar, h. 92

Page 13: Nota Metode Dakwah 1

e) Mendahulukan golongan yang berpontensi.39

Dalam tempoh awal 3 tahun kerasulan baginda s.a.w juga, Nabi s.a.w mendahulukan

golongan yang berpontensi supaya penyebaran dakwah lebih cepat berkembang. Ini

merupakan strategi terancang dalam dakwah baginda s.a.w, di mana golongan ini nanti akan

menjadi tulang belakang dalam usaha dakwah Islamiyah serta menjadi penyumbang besar

kepada Islam. Antara tokoh yang diberikan prioriti dalam dakwah Nabi s.a.w ialah Abu

Bakar as-Siddiq, Ali bin Abi Talib, Hamzah bin Abu Talib, Uthman bin „Affan, Umar al-

Khattab, Zubair al-„Awuwam, Abdul Rahman A‟uf, Sa‟d Abi Waqqas dan lain-lain.

f) Mendatangi mad’u. 40

Baginda s.a.w bukan hanya menunggu mad‟u datang kepada baginda, tetapi baginda sendiri

yang sedaya upaya cuba untuk mendekati semua mad‟u baginda tanpa mengira pangkat dan

darjat mereka. Baginda s.a.w tidak malu dalam menyampaikan kebenaran. Dalam ucapan

baginda yang mula-mula sekali dilakukan secara terbuka kepada orang ramai di atas Bukit al-

Safa selepas tempoh 3 tahun kerasulan, baginda menegaskan katanya, bahawa aku adalah

orang yang diperintahkan untuk mengingatkan kamu bahawa sesungguhnya dihadapan kamu

terdapat azab yang pedih. Selain itu, baginda juga turut mendatangi para jemaah haji yang

melakukan tawaf (secara jahilyyah) di kaa‟bah dan menerangkan tentang ajaran Islam.

g) Isi dakwah bersesuaian dengan keadaan semasa masyarakat.41

39 Ab. Aziz Mohd Zin (2001), op. cit, h. 55. 40 Ibid, h. 45 41 Ibid, h. 48.

Page 14: Nota Metode Dakwah 1

Dari sudut isi, Nabi s.a.w bijak dalam memilih elemen dakwah yang bersesuaian dengan

situasi masyarakat Makkah pada ketika itu. Sinonim dengan masyarakat jahiliyyah,

pembinaan pokok akidah adalah penting bagi mengubah corak hidup sesebuah masyarakat

dengan segala peraturan yang diluar dari kebiasaan yang dilakukan. Berbeza dengan Islam

yang dibawa oleh Nabi s.a.w, Islam merupakan satu cara hidup yang syumul dan sesuai

dngan fitrah manusia. Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi

yang telah diciptakan-Nya.

h) Uslub da’wah yang menarik.42

(cara penyampaian isi dakwah)

Nabi s.a.w mempelbagaikan uslub dalam penyampaian isi dakwah baginda. Baginda

menyampaikan risalah dakwah dalam bentuk perbandingan, bentuk penceritaan, cara

menggalakkan perkara yang baik dengan balasan yang baik dan mewaspadakan perkara yang

buruk dengan balasan yang buruk.

Dalam pada itu, baginda s.a.w juga menggunakan bahasa-bahasa yang indah dan

menakjubkan melalui ayat-ayat al-Quran yang telah diwahyukan oleh Allah s.w.t. Sesuai

dengan keadaan masyarakat Mekah pada ketika itu yang amat mengagungkan sastera dan

para penyair. Antara yang telah memeluk Islam melalui uslub ini ialah Raja al-Najashi

setelah mendengar bacaan al-Quran oleh Jaafar bin Abu Talib dan Saidina Umar al-Khattab

setelah terdengar bacaan al-Quran oleh adiknya Asma‟.

i) Hijrah43

42 Ibid, h. 49 43 Ibid, h. 55

Page 15: Nota Metode Dakwah 1

Hijrah merupakan jalan terakhir setelah 10 tahun usia dakwah Nabi s.a.w di Makkah tidak

mendatangkan hasil yang memuaskan. Malah umat Islam telah ditindas dan dipulau oleh

masyarakat kafir Quraisy. Hijrah bukanlah bermaksud untuk melarikan diri daripada

ancaman dan kemarahan kafir Quraisy, tetapi untuk mencari „lubuk‟ baru untuk diterokai

dalam usaha meneruskan penyebaran Islam ke setiap pelusuk dunia. Al-Aluri44

menjelaskan

bahawa hijrah adalah langkah mempertahankan agama, bukan lari untuk mempertahankan

diri.

II. Pendekatan Dakwah Rasulullah s.a.w di Madinah

Terdapat tiga peringkat utama dakwah Rasulullah s.a.w ketika di Madinah :

1. Peringkat permulaan hijrah

2. Peringkat menghadapi musuh dari dalam ( munafiq )

3. Peringkat menghadapi musuh dari luar

a) Penyatuan Ummah

Agenda dakwah yang pertama sekali dilakukan oleh Rasulullah s.a.w ketika sampai di

Madinah ialah „penyatuan ummah‟. Antaranya, baginda s.a.w telah mempersaudarakan antara

golongan Muhajirin dan Ansar melalui perkahwinan. Pernah seorang Ansar berkata kepada

seorang Muhajirin: “Ambillah separuh dari hartaku, dan pilihlah salah seorang dari dua

isteriku yang kau senangi untuk ku kahwinkan padamu setelah kuceraikan”. Jawab Muhajirin

itu : “Semoga Allah memberikan berkat padamu, keluargamu dan hartamu ...”.45

44 Ibid. 45 Abul Hasan Ali Al-Hasany An-Nadwy. (1983). Riwayat Hidup Rasulullah. Singapura: Pustaka Nasional Pte

Ltd. C.2, h. 177.

Page 16: Nota Metode Dakwah 1

b) Ithbat al-Risalah46

Di samping itu, sepertimana yang dilakukan oleh baginda s.a.w ketika di Makkah, Rasulullah

s.a.w juga cuba membina kepercayaan dalam diri masyarakat Madinah akan dirinya sebagai

utusan Allah s.a.w.

c) Pemfokusan dalam isi kandungan dakwah mengikut prioriti semasa.

Dari sudut pemfokusan isi kandungan dakwah yang disampaikan, jika di Makkah tertumpu

kepada akidah, dakwah Rasulullah s.a.w di Madinah pula lebih tertumpu kepada ajaran

tentang kewajipan dan hukum hakam.47

Pada waktu ini, ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan juga

lebih memfokuskan kepada pensyariatan dan hukum hakam dalam Islam. Hal ini kerana, umat

Islam pada waktu ini sudah teguh keimanannya.

d) Memanipulasikan setiap wasilah yang ada sebagai saluran dakwah.48

Rasulullah s.a.w. masih mengekalkan wasilah yang sama seperti di Makkah dan menambah

beberapa lagi saluran untuk menyampaikan dakwah, antaranya:

Saluran masjid

- Masjid dijadikan tempat berkumpul umat Islam dan menjadi medan pembangunan

ummah.

Penghantaran mubaligh

- Mubaligh-mubaligh Islam diutuskan ke luar Madinah bagi meluaskan penyebaran

Islam

46

Ab. Aziz Mohd Zin (2001), op. cit, h. 55. 47 Ibid, h. 57. 48 Ibid, h. 59.

Page 17: Nota Metode Dakwah 1

Rombongan atau utusan sesuatu kaum

- Kehadiran rombongan atau perwakilan dari luar Madinah dengan tujuan untuk

mengenali Islam

Media tulisan

- Surat-surat dan perutusan dihantar kepada raja-raja di luar Madinah bagi menyeru

mereka kepada Islam.

e) Membina kekuatan jihad dakwah.

Tujuannya adalah untuk memperkenalkan kedudukan dan kekuatan umat Islam ke luar

Madinah. Dr. „Abd al-Latif Hamzah49

menjelaskan tentang kemenangan tentera Islam dalam

peperangan Badar (2H) yang merupakan satu pengumuman yang jelas kepada umum tentang

agama yang baru dan suatu deklarasi Ilahi yang meluas tentang nabi terakhir.

“Al – Aluri (1989 : 16 –166) menyebut bahawa kemenangan –kemenangan

yang dicapai oleh orang-orang Islam dalam peperangan dengan orang-orang

bukan Islam mempunyai kesan yang besar untuk membawa orang-orang

bukan Islam masuk Islam. Kemunculan golongan Islam dengan kekuatannya

diluar dugaan mencelikkan mata orang bukan Islam, sehingga mendapat

pengiktirafan mereka untuk sama-sama berada di dalam barisan Islam yang

baru muncul itu. Dengan itu, Ghalush (1972: 207) menyimpulkan bahawa

jihad perang dalam Islam itu adalah satu cara dakwah”.50

f) Membentuk identiti umat Islam yang tersendiri.

Identiti masyarakat Islam terbentuk atas asas akhlak yang mulia, mempunyai status yang

tinggi dan terhormat di mana Islam tidak memandang rupa, harta mahupun darjat seseorang

manusia itu, tetapi hanya ketaqwaanlah yang akan mengangkat martabatnya di sisi Allah

49Ibid, h. 60 - 61 50 Ibid, h. 61.

Page 18: Nota Metode Dakwah 1

s.w.t. Akhlak Islam ialah sebaik-baik sifat yang menghiasi kehidupan orang Islam untuk

menjayakan matlamat hidupnya.51

Rasulullah s.a.w menganjurkan kepada umat Islam supaya

menghayati sifat-sifat terpuji melalui pendidikan dan contoh teladan daripadanya. Rasulullah

s.a.w melatih orang Islam supaya menjadi orang yang berhati mulia dan pemurah,

terutamanya dalam memberi sumbangan untuk menegakkan Islam. Dalam hal memberi

sumbangan ini, Rasulullah s.a.w sendiri memberikan contoh dan teladan baginda, antaranya

apabila diminta sesuatu maka diberinya dan baginda tidak menolak kehendak orang yang

meminta.52

g) Mewujudkan pusat gerakan.53

Rasulullah s.a.w telah membina masjid di Madinah sebagai pusat gerakan dakwah Islamiyah.

Pada era pemerintahan Rasulullah s.a.w, masjid tidak hanya dijadikan sebagai tempat untuk

bersolat, tetapi ia dipenuhi dengan pelbagai aktiviti dan program-program kerohanian dan

intelektual yang boleh menyumbang kepada pembinaan kekuatan umat Islam. Pembinaan

masjid juga bertujuan untuk dijadikan sebagai tempat mesyuarat, tempat perhimpunan untuk

mengajar urusan akhirat dan urusan keduniaan, tempat perbicaraan untuk menyelesaikan

masalah dan menjatuhkan hukuman dan tempat perlindungan sementara bagi orang-orang

musafir. Masjid menjadi pusat kepada kehidupan masyarakat Islam pada ketika itu dan

dengan adanya pusat ini masyarakat Islam menjadi lebih tersusun dan terarah dalam

mengurus segala kepentingannya bagi menuju kepada kekuatan dan kemuliaannya.

h) Membina hubungan baik dengan masyarkat sekeliling dan meraikan

masyarakat Madinah sebagai sebuah komuniti majmuk54

51 Ab. Aziz Mohd Zin (2012), op. cit, h. 224. 52

Ibid, h. 224-225. 53 Ab. Aziz Mohd Zin (2001), op. cit, h. 63. 54 Ibid.

Page 19: Nota Metode Dakwah 1

Masyarakat Islam yang baru muncul perlu dihindarkan dari sebarang ancaman luar,

terutamanya daripada masyarakat yang berhampiran dengannya. Ketika Rasulullah s.a.w

sampai di Madinah, orang Yahudi dan Musyrikin telah ada mendiaminya. Rasulullah s.a.w

menerima hakikat ini dan cuba untuk membina hubungan yang baik dengan mereka melalui

satu perjanjian bahawa pegangan agama adalah hal masing-masing dan masing-masing tidak

boleh menceroboh antara satu sama lain.

i) Memberi peringatan dan sentiasa berwaspada.55

Selain menyampaikan dakwah berkaitan pensyariatan Islam, Rasulullah s.a.w turut

mengambil langkah berwaspada dalam gerakan dakwah baginda. Rasulullah s.a.w

menghindari perpecahan dalam keadaan Islam kian membangun dengan memberi peringatan

awal kepada umat Islam akan musuh-musuh Islam yang sama sekali tidak akan berhenti

untuk menghancurkan umat Islam. Dalam dakwahnya, baginda sering memperingatkan

tentang ciri-ciri orang yang munafiq seperti mana yang telah dijelaskan sendiri oleh Allah

s.w.t dalam al-Quran serta sering meniupkan semangat jihad kepada kaum muslimin agar

tetap utuh dan tega dalam menghadapi segala rintangan dan cabaran dalam menyebarkan

risalah Allah s.w.t.

2.1.4: Teori Pendekatan Dakwah Rasulullah s.a.w

TEORI PENDEKATAN DAKWAH

RASULULLAH S.A.W

55 Ibid.

Page 20: Nota Metode Dakwah 1

MAKKAH

MADINAH

a) Ithbat al-Risalah

b) Al-Qudwah Al-Hasanah

c) Mendahului yang terdekat

d) Da’wah bil Sirru wa Hazar

e) Mendahulukan golongan yang

berpotensi

f) Mendatangi mad’u

g) Isi dakwah bersesuaian dengan

keadaan semasa masyarakat

h) Uslub Da’wah yang menarik

i) Hijrah

a) Penyatuan Ummah

b) Ithbat al-Risalah

c) Pemfokusan dalam isi

kandungan dakwah mengikut

prioriti semasa

d) Memanipulasikan setiap

wasilah sebagai saluran dakwah

e) Membina kekuatan jihad

dakwah

f) Membentuk identiti umat

tersendiri

g) Mewujudkan pusat gerakan

h) Membina hubungan yang baik

dengan masyarakat sekeliling

dan meraikan masyarakat

Madinah sebagai sebuah

komuniti majmuk.

i) Memberi peringatan dan

berwaspada