Nota Pembiakan Tanaman

  • View
    33

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

untuk pelajar kh

Text of Nota Pembiakan Tanaman

PEMBIAKAN TANAMANDalam bidang perkebunan atau hortikultur, cara- cara membiakkan pokok perlu diketahui oleh pekebun. Kita akan rugi besar jika cara ini tidak dipelajari. Kejayaan sepenuhnya boleh didapati jika pekebun-pekebun melakukannya dengan cara amali dan mengikut peraturan-peraturan yang tertentu. Oleh yang demikian kita perlu memberikan perhatian yang berat dalam perkara ini.

CARA MEMBIAKKAN POKOKCara membiakkan pokok dibahagikan kepada dua cara yang besar:A. Pembiakan Aseks atau secara vegetatif (tampang)B. Pembiakan Seks atau menggunakan biji benihPEMBIAKAN VEGETATIF(TAMPANG)Pembiakan vegetatif ialah cara membiak atau memperbanyak pokok dengan menggunakan bahagian-bahagian tertentu pokok seperti batang, dahan, ranting, akar dan lain-lain, bagi mendapatkan bilangan pokok yang banyak dan sama jenisnya. Pembiakan ini juga disebut pembiakan tidak mengawan atau pembiakan yang tidak ada hubungannya dengan jantina.

Pembiakan vegetatif perlu dilakukan pada pokok yang tidak mengeluarkan biji benih atau biji benihnya sukar didapati seperti bunga raya (Hibiscus rosa- sinensis) pokok sukun (Artoca1pus altilis) dan lain-lain.

Adakalanya pembiakan cara ini lebih senang dilakukan dan dapat menghasilkan bilangan anak pokok yang banyak serta tulen bakanya. Oleh itu, pembiakan vegetatif juga boleh memendekkan tempoh juvenil pokok, dengan ini bunga dan buah boleh didapati dalam tempoh yang singkat.

Kelemahannya pula ialah pokok-pokok yang dihasilkan tidak mempunyai akar tunjang, akamya tidak banyak, diriannya tidak tegap dan pembesarannya juga terhad. Sebaliknya, jika pokok-pokok itu dikehendaki dalam keadaan yang kecil, seperti untuk tanaman pasu, pembiakan cara vegetatif ini adalah yang baik dan memberi faedah yang besar.

Pembiakan vegetatif perlu menggunakan bahagian-bahagian pokok dan dengan itu merencatkan pokok asal. Bilangan pokok yang boleh dibiakkan dengan cara ini bergantung pada keadaan pokok itu sendiri. Pembiakan vegetqtif boleh dibahagikan pula kepada beberapa cara. Pembahagian ini mengikut bahagian-bahagian pokok yang digunakan dan jenis-jenis pokok yang boleh dilakukan demikian.(a) Keratan(b) Tut(c) Cantuman(d) Belahan rumpun atau perdu(e) Menanam bebawang.

(A) KERATANPembiakan dengan keratan boleh dilakukan dengan mengambil bahagian-bahagian pokok seperti batang, dahan, ranting, pucuk, daun, akar, ubi dan isi. Bahagian-bahagian yang digunakan ini meng- ikut jenis-jenis pokok. Ada jenis yang boleh dibiakkan dengan keratan batang atau dahan dan ada yang boleh dibiakkan dengan keratan daun, akar, isi dan sebagainya.

Bagi memudahkan melakukan pembiakan dengan keratan ini, keratan dibahagikan pula kepada jenis-jenis seperti di bawah ini: 1. Keratan batang, dahan atau ranting2. Keratan hijau atau pucuk berdaun 3. Keratan daun 4. Keratan akar 5. Keratan sukulen 6. Keratan rizom1. KERATAN BATANG, DAHAN ATAU RANTING;Banyak spesies tumbuhan boleh dibiakkan dengan keratan batang, dahan atau ranting. Kebanyakan spesies yang boleh dibiakkan dengan cara ini ialah spesies dalam kumpulan dikotiledon. Bagaimana pun ada juga spesies yang tidak boleh dibiakkan dengan cara ini, seperti pokok manggis, durian, rambutan dan lain-lain. Walaupun penyelidikan telah dijalankan, hingga kini kejayaannya tidak begitu memuaskan. Ada juga spesies monokotiledon yang boleh dibiakkan dengan cara keratan batan seperti buluh, tebu dan lain-lain.Pemilihan keratanDahan atau ranting tumbuhan dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian yang bawah sekali, biasanya berwarna perang dan bahagian hujung hingga ke pucuk berwrna hijau. Bahagian yang berwarna perang kayunya keras dan bahagian yang berwarna hijau pula berkayu lembut. Bahagian tengah yang berwarna perang kehijauan mempunyai kayu yang sederhana kerasnya.Oleh itu keratan dahan atau ranting tumbuhan terbahagi kepada:(a) Keratan kayu keras (b) Keratan kayu sederhana (c) Keratan kayu lembut.Pemilihan keratan ini umumnya bergantung pada spesies pokok yang hendak dibiakkan. Ada spesies tumbuhan yang mudah dibiakkan dengan keratan kayu keras dan ada pula yang mudah dibiakkan dengan keratan kayu sederhana atau kayu lembut. Hal ini tidak bermakna bahawa semua spesies yang boleh dibiakkan dengan keratan kayu keras tidak boleh dibiakkan dengan keratan kayu sederhana atau .kayu lembut atau sebaliknya. Contohnya: Pokok bunga kertas (Bougainvillea) lebih baik dibiakkan dengan keratan kayu keras kerana bukan sahaja keratan ini cepat mengeluarkan akar

tetapi juga mengeluarkan bunga lebih awal. Jika pokok ini dibiakkan dengan keratan kayu sederhana atau lembut ia tidak mudah berakar dan kejayaan- nya amat rendah. Sebaliknya pula ada spesies yang lebih mudah dibiakkan dengan keratan kayu sederhana atau lembut, jika dibiakkan dengan keratan kayu keras kejayaannya amat rendah.Pemilihan keratan ini bergantung pada pengalaman pekebun-pekebun. Kejayaan tidak sahaja bergantung pada pemilihan keratan tetapi juga kepada kemahiran orang yang melakukan pembiakan keratan itu, iklim, tanah, air dan lain- lain. Pembiakan bagi tiap-tiap spesies akan dihuraikan dalam bab-bab akan datang.Mengerjakan keratanCara mengerjakan pembiakan keratan ini berbeza mengikut spesies pokok. Ada spesies yang boleh terus hidup apabila keratan batangnya ditanam ke \'anah, Ada juga spesies apabila batangnya yang dibuatturus pagar, ia akan terus hidup. Kebanyakan s;pesies tumbuhan, keratannya memerlukan penjagaan yang rapi dan tanah semaian yang bersih dan bebas daripada jangkitan penyakit.

Tanah semaian adalah antara faktor yang penting yang menentukan kejayaan pembiakan keratan dan dengan ini perlu diberi perhatian. Dalam bab' yang akan datang cara-cara menyediakan tanah campuran untuk semaian keratan akan diterangkan.(A) Keratan berkayu kerasKeratan-keratan hendaklah diambil daripada pokok yang subur dan tidak berpenyakit. Panjang keratan ialah kira!.kira 15-20 cm panjang dan terdapat banyak mata tunas. Pisau yang tajam perlu digunakan untuk mengerat atau memotong keratan. :Potong pangkalnya serong sedikit, di bawah satu mata tunas atau pangkal ruas. Buang daun-daun yang terdapat pada keratan untuk mengelakkan keratan itu daripada cepat kekeringan. Bagai- manapun ada setengah-setengah pokok berkehendakkan daun-daunnya bersama keratan seperti Ficus elastica, Codieum dan lain-lain. Jika daun-daun ini dibuang, ia akan lambat mengeluarkan akar.

Keratan perlu disemai sedalam ~ daripada pan- jangnya. Sebaik-baiknya disediakan lubang terlebih dahulu dan tidak dicucukkan sahaja. Padatkan pangkal keratan dan disiram dengan airsecukupnya. Tujuan menyiram air selepas menyemai keratan ini adalah supaya tanah di keliling keratan menjadi lebih mampat. .

Apabila keratan telah berakar, ia hendaklah dipindahkan dan ditanam dengan seberapa segera ke dalam pasu atau karung politena yang telah diisi dengan tanah campuran. Semasa menggali keratin perlu berhati-hatisupaya akamya tidakrosak. Sebaik- baiknya, sebelum keratan diambil, eloklah disiram air terlebih dahulu.

Keratan yang baru ditanam, diletakkan di tempat yang redup atau di dalam rumah pokok dan disiram air secukupnya. Pusat-pusat semaian yang besar meletakkan anak semaian di bawah semburan air kabus bagi mengeraskannya. Apabila telah mula hidup dan berkeadaan subur, biasakan dengan cahaya matahari secara beransur-ansur dan seterusnya ditanam ke lapangan.(B) Keratan kayu sederhana dan lembut

Keratan kayu sederhana dan lembut digunakanbergantung pada spesies tumbuhan. Tidak ada panduan tertentu yang boleh diikuti, umumnya cara menyediakannya sama seperti pembiakan yang menggunakan keratan kayu keras. Bagai- manapun, tanah campuran untuk semaian kayu sederhana dan lembut ini berbeza sedikit ber- gantung pada spesies tumbuhan yang dibiakkan.

2. KERATAN HIJAU ATAU PUCUK BERDAUNKeratan hijau atau pucuk berdaun ini digunakan untuk spesies tumbuhan yang lembut, kebanyak- annya jenis herba. Ada juga pokok renek yang boleh dibiakkan dengan cara ini apabila keratan batang kayu keras atau sederhana lambat mengeluarkan akar. Contohnya Mussaenda, Dracaena, Cordyline dan lain-lain.

Keratan yang digunakan ialah pucuk berdaun kira-kira 10-15 cm panjang. Buangkan sedikit daun di pangkalnya dan biar beberapa helai di pucuknya. Semaikan ke dalam campuran semaian seperti keratan lain tetapi penjagaannya dibuat lebih rapi denga:n menyiram air lebih kerap dan tidak membiarkannya kekurangan air.

Keratan pucuk berdaun atau keratan hijau3. KERATAN DAUNKebanyakan pokokherba dalamfamili Gesneriaceae seperti Saintpaulia, Gloxinia dan herba seperti Sanse- vieria, Kalanchoe, Begonia boleh dibiakkan dengan cara keratan daun. Bagaimanapun, pembiakan keratan daun ini tidak banyak dipraktikkan di kawasan tropika kerana pembiakan cara belahan rumpun adalah lebih praktik dan menghasilkan lebih banyak pokok.

Kebanyakan pokok dalam famili Cactaceae dan Euphorbiaceae disebut sukulen dan sifatnya yang berlendair. Pembiakannya dilakukan dengan cara keratan batang tetapi cara melakukannya berbeza sedikit. Keratan disemai ke dalam pasir tetapi pada permulaannya keratan ini tidak disiram dengan air yang banyak. Apabila telah mula berakar dan bertunas barulah disiram air.6. KERATAN RIZOMSetengah-setengah spesies dibiakkan dengan cara menanam rizomnya. T anaman seperti keladi, ubi nasi, lengkuas, halia dan lain-lain dibiakkan dengan cara menanam rizomnya. Rizom boleh terus ditanam ke ladang. Spesies yang mempunyai rizom yang besar perlu dikerat-kerat sebelum ditanam. Semasa melakukan keratan pastikan setiap keratan masih meinpunyai kulit dan beberapa mata tunas. Perlu diingatkan ada juga rizom yang berkehendakkan masa "rehat", iaitu tidak bolehditanamsehinggalah sampai musimnya. Contohnya, ubi nasi (Dioscorea sp). Pekebun-pekebun hendaklah mengecam jenis- jenis rizom atau ubi yang memerlukan tempoh rehat dan musim yang boleh ditanam.

Cara merehatkan rizom memadai dengan meletakkannya di tempat yang kering, berangin dan teduh. Apabila rizom itu mula mengeluarkan tunas, bolehlah ditanam.

(8) TUT

Pada bahagian awal bab ini telah diterangkan bahawa banyak pokok yang tidak boleh dibiakkan dengan cara keratan. Cara lain yang boleh dilakukan ialah cara tut.

Jika keliling satu dahan dipotong selebar kira-kira 3 cm dan kulitnya dibuang, dahan itu tidak akan mati. Ini adalah kerana air bersama-sama larutan nutrien dari akar masih dapat sampai ke bahagian atas tempat yang dipotong dan dibuang kulitnya tadi. Tempatyang dipotong itu kemudiannya, akan tumbuh bengkak-bengkak dan akan bercantum semula. Jika tempatyang dipotong itu dibalut dengan tanah, akar akan tumbuh dan dahan itu kemudian boleh dipotong dan ditanam ke tempat lain.Cara menyediakan bahan tanaman tut

Pembiakan cara tut tidaklah begitu susah dilakukan hanya memerlukan sedikit usaha dan praktis. Pilih dahan yang subur dan tidak berpenyakit, kira-kira sebesar jari. Dahan itu sebaiknya tidak terlalu muda dan tidak terlalu tua. Ada pendapat yang menya- takan, dahan yang baik untuk ditut ialah dahan- dahan yang pemah berbuah. Potong kulitnya se- lebar kira-kira 3-5 cm keliling batang dan buangkan kulitnya. Jika terdapat kambiumnya masih melekat, kikis dengan pisau. Balut luka dengan tanah campuran 2 bahagian tanah atas dan 1 bahagian pasir. Bagi memudahkan kerja membalut, lembapkan tanah campuran itu terlebih dahulu. Kemudian balut tanah itu dengan politena. Bagi pokok-pokok yang lambat mengeluarkan akar atau akamya terlalu halus, balut tanah itu dengan sabut dan kemudian dengan politena.

Ada juga pokok yang ~ukar mengeluarkan akar dan dalam hal ini hormon pengakar diperlu- kan. Hormon ini disapu pada hujung luka tadi sebelum dibalut dengan tanah dan politena atau sabut.Apabilaranting yang telah ditutitusudah berakar, potong di sebelah bawah balut dan tanam ke dalam karung plastik. Letakkan di dalam rumah pokok atau di tempat yang redup sehingga subur. Biasakan bahan tut ini dengan cahaya matahari secara beransur-ansur dan kemudian barulah boleh ditanam ke lapangan .

Tut lenturKebanyakan pokok, apabila dahannya tertanam atau terbenam ke dalam tanah, pada tempat yang tertanam itu akan tumbuh akar. Fakta ini boleh merupakan asas untuk membiakkan pokok dan pembiakan cara ini disebut tut lentur.

Pembiakan cara tut lentur ini dilakukan pada pokok yang rendah dan dahannya mencapai ke tanah, seperti pada pokokrenekdan pokokmemanjat. Caranya pada asasnya sama dengan cara tut.)

Caranya adalah dengan melentur satu dahan atau ranting yang sihat dan sederhana keadaannya hingga ke aras tanah. Paku dahan itu supaya sedikit bahagian dahan atau ranting itu tertanam dan tidak bingkas semula. Bahagian yang tertanam itu lama-kelamaan akan mengeluarkan akar. Bagi mempercepatkan pertumbuhan akar dibahagian yang tertanam atau ditimbus itu, dibuang kulitnya seperti juga pembiakan cara tut. Apabila sudah berakar, bahagian pangkalnya dipotong dan ditanam semula ke dalam karung plastik atau pasu.

Semasa memindahkannya, pastikan akar-akamya tidak rosak. Pelihara sehingga pokok ini segar dan kemudian biasakan dengan cahaya matahari secara beransur -ansur .

Tut baringanPembiakan tut baringan ini sama seperti tut lentur tetapi sebatang pokok dilentur dan dibaringkan ke atas tanah Kebanyakan pokok renek dan pokok memanjat boleh dilakukan cara ini. Bagaimana-pun, cara ini tidak banyak dijalankan di kawasan tropika kerana pembiakan cara lain lebih mudah dilakukan.

CANTUMAN

Cantuman ertinya memindahkan dan mencantumkan sedikit bahagian pokok seperti tunas pucuk atau mata tunas kepada pokok yang lain yang sama famili dan genusnya, bertujuan untuk mendapatkan Pokok yang tulen dan terpilih bakanya.

Pokok cantuman terdiri daripada dua bahagian iaitu penanti dan sion. Pokok penanti ialah anak pokok, tempat mata tunas atau tunas ditempel atau dicantumkan. Sion ialah mata tunas atau tunas yang ditempelkan kepada pokok penanti.

Cantuman dilakukan untuk mendapatkan pokok yang baik dan tulen bakanya. , Cara ini juga dilaku- kan bagi mendapatkan sebatang pokok tetapi mempunyai beberapa wama bunga atau klon buah- buahan. "

Pembiakan secara cantuman ini boleh dibahagikan kepada dua jenis:(1) Cantuman tunas atau pucuk(2) Cantuman mata tunasCANTUMAN T UNASCantuman tunas ialah cara cantuman yang memin- dahkan dan mencantumkan tunas atau pucuk sesuatu pokok yang baik bakanya, iaitu sion kepada pokok penanti bagi menghasilkan pokok yang tulen dan baik bakanya:

Ada beberapa cara cantuman boleh dilakukan iaitu seperti yang berikut:(i) Cantuman sandingan(ii) Cantuman baji sisi(iii) Cantuman baji(iv) CantumaI} rencong.(i) Cantuman sandinganCantuman sandingan ialah cara yang mudah dilakukan oleh pekebun-pekebun bagi tujuan membiakkan pokok yang terpilih bakanya. Cara ini mudah dilakukan dan pokok yang dihasilkan dengan cara ini, mempunyai sifat yang lebih tegap dan subur.

Sediakan pokok penanti di dalam karung plastik. Biji benih yang digunakan untuk meriyediakan pokok penanti ini, hendaklah daripada jenis yang cepat membesar. Apabila telah cukup besar, iaitu kira-kira sebesarjari, cari tunas hujung yang terdapat pada pokok yang hendak dibiakkan. Pilih tunas hujung yang baik sahaja, tidak berpenyakit dan sebaik-baiknya mempunyai umuryang sama dengan pokok penanti. Buat penyokong bagi membolehkan anak-anak pokok penanti didekatkan dengan tunas hujung tadi. Dengan menggunakan pisau yang tajam, potong sedikit kulit anak pokok penanti dan iuga tunas tadi. Cantumkan anak pokok penanti dan tunas itu pada luka tadi dan kemudian balut kedua-duanya dengan pita politena. Sebaik~baiknya

Apabila luka itu sembuh, anak pokok penanti dan tunas tadi (sion) akan bercantum. Pastikan pokok penanti dan sion itu benar- benar bercantum dan kemudian ceraikan sion dengan memotong di bawah balutan dan kemudian potong pokok penanti di bahagian atas balutan. Pelihara pokok cantum ini di tempat yang redup sehingga subur . Biasakan pokok ini dengan cahaya matahari dengan cara beransur-ansur dan kemudian bolehlah ditanam ke ladang.

(ii) Cantuman baji sisiSatu lagi cara cantuman yang lain diseblit cant"uman baji sisi. Cantuman ini tidak banyak diamalkan di negara ini kerana cantuman mata tunas lebih mlidah dilaklikan dan biasanya kejayaan yang lebih baik diperoleh. Pembiakan cara ini hanya dilaklikan sekiranya pc'.ok yang hendak dibiakkan itu slikar didapati mata tunasnya atali tidak boleh dilaklikan cantuman mata tunas.

Teknik cantuman baji sisi ini seperti yang beriklit. Sediakan pokok penanti sebesar ibli jari atali lebih besar. Potong kira-kira 15 cm dari permlikaan tanah dengan mengglinakan glinting pokok. Permlikaan yang dipotong kemlidian dipotong nipis dengan mengglinakan pisali yang tajam. Kemlidian belah di tepi menghala ke bawah kira-kira 4 cm. Belahan hendaklah di antara lapisan kambilim dan kayu. Elakkan daripada terkena lapisan kayu.

Sediakan tunas atali pliClik yang sliblir kira-kira 6- 10 cm panjangnya. Bliangkan semlia dalinnya. Bahagian pangkalnya direncong pada kedlia-dlia belah berbentuk seperti baji, kira-kira 4 cm panjang, kemudian dimasukkan ke celah belahan yang telah dibuat pada pokok penanti tadi. Perhatikan lapisan kambium tunas yang direncong dan kambium penanti yang dibelah tadi benar-benar melekap antara satu sama lain. Balut melilit dengan pita politena sehingga sion dan penanti menjadi rapat. Sebelum dibalut sebaik-baiknya disembur dahulu dengan racun kulat. Tempat yang dibalut tadi, kemudian dibalut pula dengan lumut Spagnum bertujuan untuk melembapkan cantuman. Lumut ini dikatakan mengandungi air yang boleh mengawal pembiakan kulat atau bakteria. (Lumut Spagnum ini boleh didapati di kawasan tanah tinggi yang berhawa dingin seperti di Cameron Highlands).

Keseluruhan pokok cantuman ini dilindungi dengan balutan politena nipis. Apabila tunas sion mula hidup, buangkan balutan politena itu. Pelihara pokok cantuman ini sehingga subur. Semua kerja mencantum hendaklah dilakukan di tempat yang teduh.

(iji) Cantuman bajiPada masa ini cantuman baji merupakan teknik yang banyak digunakan bagi mencantumkan pokok-pokok seperti manggis, duku, langsat dan lain-Iain yang sukar dibiakkan dengan cara cantuman mata tunas atau keratan.

Teknik cantuman ini tidak banyak bezanya dengan cantuman baji sisi. Pokok penanti yang masih muda disediakan. Dengan menggunakan pisau yang tajam, pucuknya dipotong dan dibuang pada tempat yang berkayu lembut dan kemudian dibuat belahan berbentuk V dari atas hingga ke bawah sepanjang 4 cm.

Pada masa yang sama, sion, iaitu pucuk atau tunas, sepanjang 6-10 cm disediakan.Potong separuh daripada daun-daun dan tinggalkan sedikit sahaja di pucuk. Pangkal tunas sion tadi dipotong serong di kedua-dua belahnya, sepanjang 2-4 cm berbentuk seperti bentuk baji. Masukkan tunas ini di celah belahan baji yang dibuat pada pokok penanti dan pastikan kedua-duanya benar-benarmelekap antara satu dengan lain. Sembur sedikit di tempat cantuman dengan racun kulat dan kemudian dibalut dengan politena nipis sehingga sion dan penanti menjadi rapat. Keseluruhan pokok cantuman ini kemudiannya dilindungi dengan balutan politena nipis lut sinar dan diletakkan di tempat yang teduh. Apabila tunas itu mula hidup, politena tersebut dibuang. Semua kerja mencantum hendaklah dilakukan di tempat yang redup dan bersih.

Perlu diingatkan bahawa ada jenis-jenis pokok seperti manggis, langsat, duku, durian dan lain-lain perlu ditinggalkan sedikit daun pada sion dan penanti seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.7. Tujuan meninggalkan sedikit daun pada sion dan penanti ini adalah bagi mengurangkan kehilangan air dari pokok penanti dan sion. Pekebun-pekebun hendaklah mengecam jenis-jenis pokok yang dibiakkan dengan cara ini.

(iv) Cantuman tunas rencongTeknik cantuman tunas rencong ini hampir sama dengan cantuman belahan baji. Dalam cantuman ini penanti dan sion dipotong rencong dan dicantumkan ( Rajah 1.8 ). Cara ini baik untuk pokok herba dan renek yang lembut.2. CANTUMAN MATA TUNASCantuman mata tunas bererti , memindahkan dan mencantumkanmata tunas sesuatu pokok yang baik bakanya kepada pokok penanti bagi mendapatkan pokok-pokok yang tulen dan baik bakanya) Dalam teknik- teknik cantuman yang lain, tunas atau pucuk digunakan tetapi bagi teknik ini mata tunas digunakan.

Kejayaan telah pun dicapai di negara ini untuk membiakkan pokok buah-buahan dan bunga-bungaan dengan kaedah cantuman mata tunas. Cara ini merupakan cara yang mudah untuk mendapatkan benih pokok yang terpilih bakanya.Pokok cantuman hasil daripada teknik cantuman mata tunas ini mempunyai sifat yang sama seperti induknya (sion) dan cepatpula menghasilkan buah. Pekehun-pekehun hunga pula menggunakan cara cantuman ini hagi mendapatkan heherapa wama hunga pada satu pokok.)Teknik mencantum mata tunasSediakan pokok penanti yang subur dan sihat, kira- kira sehesar jari. Dengan menggunakan pisau pencantum yang tajam, potong dua garisan selari, selebar 1.5 cm, dari atas ke hawah sedalam kulitnya, sepanjang 4 cm. Potongan ini ialah kira- kira 15 cm dari aras tanah. Kamudian potong pula satu garis melintang di atas dua garis tadi sedalam kulitnya hagi memholehkan kulitnya dikopekkan. Pastikan kulit itu holeh dikopekkan dengan baik, dengan cara mengopekkan sedikit kulit di bahagian atasnya.

Pilih satu mata tunas yang haik dan sihat pada kayu mata tunas. Potong dua garisan sedalam kulitnya, selari anfara mata tunas selehar 1.4 cm atau selehar yang dihuat pada pokok penanti tadi. Kemudian potong melintang di hujungnya sedafam yang holeh. Dipangkalnya pula dipotong sedalam kulitnya sahaja. Potong mata tunas itu mengikut dua garisan selari tadi berserta dengan kayunya. Dengan cermat pisahkan kayu daripada kulit. Perhatikan bintil mata tunas masih melekat di hawah kulitnya. Jika bintil mata tunas itu masih melekat, lakukan cantuman dengan mengopekkan kulit pokok penanti dan menempelkan mata tunas berserta dengan kulitnya. Pastikan kambium pokok penanti dan mata tunas hetul-hetul melekap dan rapat antara satu dengan lain. Balut melilit cantuman dengan pita politena dan pastikan balutan itu tidak dimasuki air.

Selepas 20-30 hari, buka balutan dengan menggunakan pisau yang tajam dan kikis sedikit hahagian kulit yang ditempel itu bagi menentukan kejayaan cantuman. Jika kulit itu masih hijau, ini bermakna cantuman itu berjaya. Kemudian pangkas bahagian atas cantuman. Beharapa hari kemudian, mata tunas yang dicantum itu akan mengeluarkan tunas. Pelihara pokok cantuman ini dengan haik dan jangan sekali-kali dibiarkan kering. Sembur racun serangga dan kulat dua minggu sekali.Panduan mencantumCara mencantum seperti yang telah diterangkan adalah sehagai panduan sahaja. Kejayaan sepenuhnya bergantung pada kecekapan dan kemahiran pencantum. Tiap-tiap jenis pokok atau klon yang hendak dicantum berheza caranya. Terpulanglah kepada kemahiran pekebun-pekebun melakukan kerja mencantum ini bagi mendapatkan keiayaan sepenuhnya. Di bawah ini ialah panduan mencantum yang perlu diberi perhatian:(a) Pokok penanti dan mata tunas dipastikan dalam keadaan yang subur dan segar dan tidak diserang oleh penyakit. Kesuburan ini amatpenting kerana semasa melakukan cantuman, kulitnya mudah dikopek atau dipisahkan daripada kayu.(b ) Pokok penanti dan mata tunas ( sion ) hendaklah dalam lingkungan umur yang sama.(c) Semasa melakukan cantuman, kambium penanti dan mata tunas hendaklah betul-betul melekap antara satu sama lain, sebelum dibalut.(d) Pastikan bintil mata tunas benar-benar melekat di bawah kulitnya dan keadaannya sihat dan normal. Jangan gunakan mata tunas yang bintilnya telah terkeluar atau rosak.(e) Semasa memotong dan mengopek kulit penanti dan mata tunas, pastikan tidak terdapat kotoran atau kulit-kulit yang masih melekat. Sebaik- baiknya kulit dapat dikopek atau dipisahkan daripada kayu dalam keadaan yang licin dan berair.(f) Pisau pencantum perlu dipastikan supaya sentiasa taiam dan bersih. Segala pekerjaan hendaklah teratur, pantas tetapi cermat dan bersih.(g) Semasa mencantum keadaan udara di keliling hendaklah berkeadaan tenang dan teduh. lakkan kerja mencantum selepas huian atau apabila cuaca terlalu panas..Menyediakan pokok penantiDalam pembiakan cantuman, masalah yang besar adalah untuk menyediakan pokok penanti yang sesuQi untuk dicantum. Keiayaan cantuman, bukan sahaia terletak kepada kemahiran keria-keria mencantum, tetapi iuga kepada pokok penanti yang subur, tegap, cepat. membesar, tidak berpenyakit dan bebas daripada serangan serangga. Satu lagi hal yang perlu diingati ialah pokok-pokok penantr dipastjkan supaya mempunyai lingkungan umur yang sama dengan sion.

Bagi mengatasi masalah ini, pokok penanti perlu disediakan dengan cara yang baik. Pokok penanti ini boleh disediakan sama ada di ladang atau di dalam karung plastik. Cara penanaman menggunakan karung plastik adalah lebih mudah dan murah.

Karung plastik diisikan dengan tanah campuran yang terdiri daripada tanah, naiis haiwan dan pasir dalam nisbah 5:3:2 atau 7:3:2. Biji benih boleh terus ditanam. Bagi biji benih yang kecil seperti belimbing, limau, jambu batu dan sebagainya, hendaklah disemai terlebihdahulu. Setelahanak-anaksemaian itu besar dan mudah dikendalikan, baharulah dipindahkan ke dalam karung plastik.

Anak-anak pokok penanti ini, perlu diberi baja yang cukup dan dikawal daripada serangan serangga dan penyakit. Selain itu, anak-anak pokok ini perlu dicantas bagi mendapatkan pokok yang tegap dan berbatang lurus. Apabila telah berukuran sebesar jari, cantuman bolehlah dilakukan.Menyediakan ladang mata tunasDalam pembiakan cantuman mata tunas, masalah yang sentiasa dihadapi oleh pekebun adalah untuk mendapatkan mata tunas yang baik daripada klon- klon yang terpilih dan yang disyorkan. Masalah ini bertambah rumit kerana kayu mata tunas tidak boleh dibawa jauh. Mata-mata tunas mestilah dicantum secepat mungkin, iaitu sebaik-baik sahaja dipotongdaripadapokoknya.Sungguhpunadacara untuk menyimpan kayu mata tunas, tetapi umur mata tunas juga perlu diambil kira, iaitu perlu ada persamaan umur dengan pokok penanti.

Pengusaha-pengusaha ladang semaian yang besar biasanya mempunyai ladang mata tunasnya sendiri. Penyediaan ladang mata tunas ini bukanlah bertujuan untuk menghasilkan buah atau bunga, tetapi semata-mata untuk mendapatkan mata tunas.Berbagai-bagai klon yang terpilih ditanam pada jarak tanaman yang rapat dan dilabel. Pokok-pokok ini digalakkan banyak berdahan atau bercabang dengan melakukan cantasan. Pembajaannya juga bertujuan untuk menyuburkan pokok.(D) BELAHAN RUMPUN ATAU PERDUBanyak jenis pokok yang hidupnya berumpun atau berperdu dan beranak di pangkal rumpunnya seperti Alpinia, pokok palma, pak!l pakis dan sebagainya. Pokokini boleh dibiakkan dengan memisahkan anak- anakpokokdaripadarumpunnyadanmenanamnya semula.'\Pembiakan cara ini disebut pembiakan dengan belahan rumpun.

Pokok-pokok ini jika ditanam di dalam pasu, lama-kelamaan akan memenuhi pasu. Apabila hendak dibiakkan keluarkan sahaja daripada pasu dan kemudian dibelah-belah rumpunnya dan ditanam semula. Cara ini juga dikatakan pembiakan dengan belahan rumpun.

(E) MENANAM BEBAWANGDi Malaysia terdapat pokok-pokok yang mempunyai bebawang seperti, Gladiolus, Hippeastrum, Crinum dan sebagainya. Kebanyakannya boleh dipiakkan dengan cara menanam bebawangnya.

Bebawang boleh diambil dari pokok yang sudah tu~ atau pokok yang telah mati. Kebanyakan bebawangmempunyaitempoh "rehatl'nyqdanakan bercambah apabila sampai musimnya,,} Pekebun hendaklah memerhatikan jenis-jeriis pokok bebawang dan mengecam tempoh rehatnya dan musim untukmenanamnya. Semua bebawang boleh ditanam terus j(e tanah dan tidak perlu disemai terlebih dahulu.)

PEMBIAKKAN BIJI BENIHPembiakan menggunakan biji benih ialah cara yang paling mudah untuk membiakkan pokok.Bagaimanapun, ada beberapa keburukan dalam pembiakan ini yang perlu diketahui oleh pekebun- pekebun.Kebanyakan biji benih tidak menurunkan baka yang tulen. Jika biji benih daripada pokok rambutan yang manis disemai pokoknya nanti tidak semestinya menjadi baka yang manis juga. Hal ini disebabkan biji benih ialah hasil daripada berlakunya pendebungaan kacukan.

Kita juga selalu mendengar pokok jantan dan pokok betina. Bagi setengah-setengah jenis pokok pembiakan daripada biji benih boleh menghasilkan pokok jantan. Sekiranya anak pokok yang hidup daripada biji benih menghasilkan pokok jantan, sudah tentu kita akan rugi. Sesungguhnya belum ada satu cara pun untuk mengetahui sama ada biji benih itu jantan atau betina. Oleh itu pembiakan cara vegetatif seperti tut atau cantuman merupakan pilihan yang baik. Bagaimanapun, ada spesies yang tidak boleh dibiakkan secara vegetatif dan hanya boleh dibiakkan dengan biji benih. Contohnya kebanyakan jenis tanaman semusim seperti padi, jagung, sayur-sayuran, palma dan lain-Iain. Oleh yang demikian pemilihan biji benih perlu dilakukan bagi mendapatkafi baka yang baik.Di negara-negara maju dalam pertanian, pemilihan biji benih tidak lagi menjadi masQlah kerana terdapat undang-undang yang menjamin ketulenan baka biji benih. Terdapat industri yang mengeluarkan biji benih yang bermutu tinggi dan dijamin ketulenan bakanya. Pekebun tidak lagi perlu memilih biji benih daripada ladangnya sendiri malah digalakkan membeli biji benih daripada pengeluar biji benih.

Di Malaysia, kemajuan seperti ini masih belum lagi dicapai dan kerapkali pekebun-pekebun kecewa dengan hasil yang rendahsemata-matakeranamutu biji benihnya rendah dan tidak tulen bakanya. Pekebun perlu memilih biji benih yang tulen dan bermutu. Di bawah ini diterangkan panduan cara- cara memilih biji benih.1. Bagi pokok semusim, biji benih perlu diambil daripada pokok yang sihat sahaja, tidak terlampau besar dan tidak terlalu kecil.2. Buah yang dipetik hendaklah cukup masak dan tidak ada tanda-tanda penyakit dan serangan serangga. Buah yang tidak normal atau luar biasa bentuknya tidak dikehendaki.3. Biji benih perlu diambil daripada buah yang dihasilkan pada pertengahan musim dan tidak daripada buah permulaan atau buah peng- hujung musim. Buah ini juga sebaik-baiknya diambil daripada pokok yang di tengah-tengah kebun dan tidak daripada pokok yang di tepi atau di sempadan.4. Biji benih perlu dibersihkan dan dikeringkan di tempatyang teduh. Biji benih disimpan di dalam botol atau di tempat yang selamat daripada serangga.5. Semasa menanam, tentukan biji benih itu masih baru, subur dan baik percambahannya.MENYEMAI BIJI BENIHBiji benih boleh dikelaskan kepada tiga kumpulan yang besar, iaitu(a) Biji benih halus(b) Biji benih kecil(c) Biji benih besar

(A) BIJI BENIH HALUSBiji benih yang dianggap halus ialah biji-biji sebesar biji bayam hinggalah sebesar biji cili. biji-biji daripada kumpulan ini sebaik-baiknya disemai di dalam kotak atau pasu semaian terlebih dahulu dan apabila anak-anak semaian telah besar atau mudah dikendalikan lalu dipindahkah ke batas atau pasu. Dengan cara ini anak semaian dapat dijaga dengan baik. Semasa pemindahan dilakukan, anak benih yang subur sahaja dipilih dan ditanam.

Biji-biji yang halus boleh juga disemai terus ke batas dan kemudian dijarangkan. Contohnya seperti biji bayam, sawi dan sebagainya.

Semasa menyemai biji-biji yang halus sebaik- baiknya, biji-biji itu dicampurkan dengan pasir halus terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk mendapatkan jarak anak-anak semaian yang sesuai. Tanah campuran bagi menyemai biji-biji halus ialah 2 bahagian tanah bakar dan 1 bahagian pasir.

(B) BIJI BENIH KECILBiji benih yang dikelaskan sebagai kecil ialah biji- biji sebesar biji timun hinggalah sebesar biji jagung: Biji-biji dalam kumpulan ini boleh ditanam terus ke batas atau pasu~\Sebelum ditanam sebaik- baiknya dicambahkan terlebih dahulu dengan merendam dan melembapkannya, Biji-biji yang mempunyai percambahan yang baik sahaja digunakan. Semasa merendam, hanya biji-biji yang tenggelam sahaja yang digunakan dan biji-biji yang terapung dibuang. biji benih memadai ditanam sedalam 2-3 cm. Seelok-elok selepas disemai sungkupan diberi bagi melindunginya daripada hujan dan cahaya matahari yang terik. Setelah bercambah, sungkupan dibuang dengan cara beransur-ansur untuk membiasakan anak benih dengan cahaya matahari.(C) BIJI BENIH BESARBiji benih yang dianggap besar adalah seperti saiz biji rambutan hingga sebesar biji durian.Terdapat biji benih yang lebih besar seperti kelapa dan biji yang terbesar di dunia, iaitu kelapa laut, Lodoicea maldivica.

Biji benih yang besar boleh ditanam terus ke ladang. Bagi tujuan pemilihan biji benih, biasanya biji-biji dibiarkan bercambah terlebih dahulu dan hanya yang mempunyai percambahan yang baik sahaja ditanam ke ladang atau ke dalam karung plastik. Ada spesies palma yang tidak boleh disemai terlebih dahulu dan hendaklah terus ditanam ke lapangan. Contohnya seperti lontar kepau dan lain-lain yang mempunyai percambahan legul jarak jauh.KEBOLEHHIDUPAN (VIABILITI )Kebanyakan biji benih spesies tumbuhan kawasan tropika mempunyai tempoh kebolehhidupan (viabiliti) yang singkat. Contohnya biji durian, manggis, rambutan yang mempunyai tempoh kebolehhidupan 2-3 hari sahaja. Selepas tempoh itu, biji tidak akan bercambah lagi. Biji-biji seperti ini hendaklah ditanam terus.

Kebanyakan biji benih tumbuhan yang bukan berasal dari kawasan tropika, seperti pokok kekacang, bijirin dan beberapa pokok herba dari kawasan subtropika dan iklim sederhana, mempunyai tempoh kebolehhidupan yang lama.

Biji benih yang mempunyai tempoh kebolehhidupan yang lama biasanya menjadi keras dan adakalanya menyulitkan percambahannya. Contohnya,biji-biji kekacang penutup bumi; biji ini perlu direndam di dalam air panas atau asid cair bagi membantu percambahannya.

Biji-biji tumbuhan palma juga tidak mempunyai tempoh kebolehhidupan yang lama seperti yang disangka oleh ramai orang. Kita selalu melihat buah kelapci bercambah di pokok sebelum buah itu gugur. Sebenamya buah palma akan terus hidup selepas dipersenyawakan. Pendapat yang menyatakan buah nipah yang hanyut di laut berbulan-bulan dan bercambah apabila terdampar di pantai adalah tidak benar.

Tut pokok dokumentasi1. Pembiakan Tanaman Kaedah TutTerdapat pelbagai teknik pembiakan bagi pengeluaran bahan tanaman buah-buahanyang boleh digunakan. Antaranya adalah seperti sandingan, cantuman matatunas,cantuman sisi, sulur, akar dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun, disebabkan alasan-alasan yang tertentu, bukan semua teknik sesuai bagi pengeluaran benih buah-buahan.Hanya teknik-teknik yang selalu dipraktikkan sahaja sesuai bagai pembiakan benih.Antara yang popular ialah melalui Kaedah Tut.Teknik ini telah lama dipraktikkan akan tetapi banyak mempunyai kelemahannyaseperti merosakkan pokok asalnya. Selain itu, pengeluarannya adalah terhad danpertumbuhan anak pokok itu tidak menentu. Teknik ini biasanya dilakukan padatanaman ciku, jambu batu dan limau.TUT POKOK (Marcotting)Mengetut Pokok (Marcotting) adalah salah satu daripada kaedah pembiakan tampang(vegetative propagation). Pembiakan Tanaman dijalankan melalui pelbagai kaedahiaiitu Cara Sexual dan Asexual. Cara sexual adalah dengan menggunakan Biji Benih(Seed) yang dihasilkan melalui proses pendebungaan bunga jantan dan betina. KaedahPembiakan Asexual ialah dengan Cara Pembiakan Tampang (Vegetative) dimanasebahagian daripada bahagian tumbuhan itu digunakan sebagai asas untuk pembiakan.Pembiakan tampang terdiri dari SEMULAJADI (Sulur, Rhizom, Umbisi, Bebawang,Rayapan dan sebagainya), KERATAN (Keratan akar, Pucuk dan batang), CANTUMAN(Banyak jenis cantuman) dan TUT. Salah satu panggilan biasa mengetut di panggil2. Teknologi Lenturan Udara (tut). Pembiakan cara ini sesuai digunakan untuk pokok-pokok yang susah dibiak dengan cara tampang yang lain. Biasanya dilakukan padapokok-pokok jenis kayu keras seperti pokok kenanga, cempaka, limau dan ciku. Teknik dan Cara-cara mengetut Sediakan tanah campuran yang sesuai yang mempunyai sifat-sifat senang dikepal, melekat dan yang boleh menyimpan airdengan secukupnya selama masa dahan dalam proses pengakaran. Tanah campuranbiasa digunakan ialah 2 bahagian isipadu tanah peroi 1 bahagian isipadu baja. Padamasa ini bahan mengetut moden telah ada dipasaran seperti campuran coco-peatdengan pelbagai nama seperti GP7 dan sebagainya. Kerja mengetut tanaman jugamenjadi mudah dengan teknologi GP7. Pemilihan dahan yang sesuai untuk di tut mestilah dipilih daripada pokok sihat, segar dan tidak berpenyakit atau diserang serangga. Dahan mestilah dari kayu keras atau sederhana keras dengan ukurlilitdahan sekurang-kurangnya lcm garis pusat. Pastikan dahan yang dipilih sebaiknyaseimbang dari segi bentuk cabang, berbentuk lurus dan mendapat cukup cahayamatahari.3. Langkah-langkah mengetutWalau pun kerja ini Nampak agak mudah tetapi kadang-kadang yang dibuat tidakmenjadi. Langkah-langkah berikut perlu di fahami sebelum membuat pembiakan secaratut. a) Sediakan kepalan campuran tanah sebesar telur ayam dan direnjis air sehingga lembab b) Pilih dahan yang sesuai serta buangkan daun- daun dan ranting-ranting di bawah kelaran yang akan dibuat.4. c) Buatkan kelaran keliling, pertama di bawahmata tunas dan kelaran kedua dibuatsekurang-kurangnya 3cm di bawah dari kelaranpertama. d) Kupas kulit di antara dua kelaran dan kikiskan (kambium) hingga ke kayu. e) Sapukan hormon penggalak akar di kelaran atas5. f) Ikatkan plastik di bahagian kelaran bawah. g) Dekatkan tanah yang telah dikepal di bahagian dahan yang telah dikikis tadi, tentukan tanah itu padat dan melekat dengan baik.h) Bungkuskan kepalan tanah dengan kertas plastikdan diikat pada kedua-dua hujungnya.6. i) Selepas 2 - 3 bulan, tut ini akan mengeluarkan akar dan boleh dipotong bahagian bawah dan diubah ke dalam polibeg plastic untuk proses pembesaran anak benih.Kelebihan dan Kekurangan i. Kelebihan Ciri pokok induk diwarisi Tanaman baru cepat matang ii. Kekurangan Perlu kemahiran membuat tut Tidak boleh membiak dengan kuantiti banyak pada pokok induk