Upload
others
View
26
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
- 0 -
TAMBAHAN / PINDAAN
Ruang Perkara Muka Surat
11 Perkongsian liabiliti terhad dengan sumbangan modal tidak melebihi RM 2.5 juta pada permulaan tempoh asas dan pendapatan kasar semua punca perniagaan tidak melebihi RM50 juta
4
12a & 12b Layak menuntut insentif di bawah seksyen 127 4 & 5
G7 Tertakluk kepada sekatan faedah di bawah seksyen 140C
16
G8a Tertakluk di bawah Pemberitahuan Pelaporan mengikut Negara (CbCR)
17
G8b Pemberitahuan sebagai entiti pelapor / bukan entiti pelapor telah dikemukakan
17
G8c Pemberitahuan telah dikemukakan pada atau sebelum hari terakhir tahun kewangan pelaporan
18
G9 Mempunyai akaun kewangan di institusi kewangan di luar Malaysia
18
NOTA PENERANGAN
PT 2020
Perkongsian Liabiliti
Terhad
- 1 -
Nota ini disediakan bagi membantu perkongsian liabiliti terhad melengkapkan Borang PT bagi Tahun Taksiran 2020. Sila baca nota ini dengan teliti supaya pengisian dan pengisytiharan semua punca pendapatan bagi Tahun Taksiran 2020 adalah benar, lengkap dan betul. Ketetapan Umum No. 5/2015 berkenaan pencukaian perkongsian liabiliti terhad boleh diperoleh di Portal Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), http://www.hasil.gov.my.
Semua helaian kerja, rekod dan dokumen tidak perlu disertakan semasa pengemukaan Borang PT KECUALI bagi kes pembayaran balik yang mana helaian kerja berikut perlu dikemukakan:-
(i) Lampiran B2 (Buku Panduan Borang Nyata Syarikat) mengenai tolakan cukai di bawah seksyen 110 (lain-lain); dan
(ii) Lampiran B3 / B4 (Buku Panduan Borang Nyata Syarikat) (jika berkenaan) berhubung dengan potongan cukai yang telah dibuat di negara asing.
Rekod, dokumen dan hekaian kerja yang digunakan dalam pengiraan hendaklah disimpan selama tujuh (7) tahun bermula daripada akhir tahun dalam mana borang nyata tersebut telah dikemukakan kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri, untuk rujukan dan semakan sekiranya diperlukan kelak.
Sila isi semua ruangan yang berkaitan dengan HURUF BESAR dan gunakan pen mata bulat berdakwat hitam. Biarkan kosong sekiranya ruangan yang disediakan adalah tidak berkenaan. Pastikan maklumat diisi dengan BETUL dan LENGKAP. Amaun dari ruangan B13 hingga B19 perlu diisi dengan nilai sen. Amaun di lain-lain bahagian hanya mengambil kira nilai ringgit sahaja.
Contoh: Pendapatan Bercukai (ruang B12) RM 2,180,246.65
Cukai Kena Dibayar (ruang B16) RM 865,927.93
MAKLUMAT ASAS
Ruang Perkara Keterangan
1. Nama perkongsian liabiliti terhad
Nama Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) seperti didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
2. No. cukai pendapatan
Isikan nombor rujukan cukai pendapatan PLT.
Contoh : PT 2012345621
3. No. rujukan (No. pendaftaran)
Nombor pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
4. No. majikan Nombor rujukan E majikan.
Contoh: E 202154402
5. Tarikh mula beroperasi
Tarikh PLT bermula operasi.
6. Tempoh perakaunan
Tarikh mula dan tutup tempoh perakaunan PLT.
Sila rujuk contoh-contoh di ruang 7.
7. Tempoh asas Tempoh asas bagi tahun taksiran semasa PLT. Jika PLT baru beroperasi atau menukar tarikh tutup akaunnya, sila isi tarikh mula dan tutup tempoh asas yang betul di ruang 7.
2 1 8 0 2 4 6
8 6 5 9 2 7 9 3
PENDAPATAN BERCUKAI
CUKAI KENA DIBAYAR B16
B12 , ,
, .
E 2 0 2 1 5 4 4 0 2
PT 2 0 1 2 3 4 5 6 2 1
- 2 -
Contoh 1: PLT yang baru beroperasi
Akaun pertama : 1.5.2019 hingga 31.3.2020 (11 bulan)
Akaun kedua : 1.4.2020 hingga 31.3.2021 (12 bulan)
Ruang 6 dan 7 perlu diisi seperti berikut:-
Tahun Taksiran
Tempoh Perakaunan Tempoh Asas
2020 01/05/2019 - 31/03/2020 01/05/2019 - 31/03/2020 (11 bulan)
2021 01/04/2020 - 31/03/2021 01/04/2020 - 31/03/2021 (12 bulan)
Contoh 2: PLT yang baru beroperasi
Akaun pertama : 1.2.2019 hingga 30.4.2020 (15 bulan)
Akaun kedua : 1.5.2020 hingga 30.4.2021 (12 bulan)
Isi Ruang 6 dan 7 seperti berikut:-
Tahun Taksiran
Tempoh Perakaunan Tempoh Asas
2020 01/02/2019 - 30/04/2020 01/02/2019 - 30/04/2020 (15 bulan)
2021 01/05/2020 - 30/04/2021 01/05/2020 - 30/04/2021 (12 bulan)
Contoh 3: Pertukaran tempoh perakaunan
Akaun sedia ada : 1.3.2018 hingga 28.02.2019 (12 bulan)
Akaun berikutnya : 1.3.2019 hingga 31.12.2019 (10 bulan)
1.1.2020 hingga 31.12.2020 (12 bulan)
Ruang 6 dan 7 perlu diisi seperti berikut:-
Tahun Taksiran
Tempoh Perakaunan Tempoh Asas
2019 01/03/2018 - 28/02/2019 01/03/2018 – 28/02/2019 (12 bulan)
2020 01/03/2019 – 31/12/2020 01/03/2019 - 31/12/2020 (22 bulan)
Contoh 4: Pertukaran tempoh perakaunan
Akaun sedia ada : 1.7.2018 hingga 30.6.2019 (12 bulan)
Akaun berikutnya : 1.7.2019 hingga 31.5.2021 (23 bulan)
1.6.2021 hingga 31.5.2022 (12 bulan)
Isi Ruang 6 dan 7 seperti berikut:-
Tahun Taksiran
Tempoh Perakaunan Tempoh Asas
2019 01/07/2018 - 30/06/2019 01/07/2018 - 30/06/2019 (12 bulan)
2020 01/07/2019 - 31/05/2021
01/07/2019 - 30/06/2020 (12 bulan)
2021 01/07/2020 - 31/05/2021 (11 bulan)
2022 01/06/2020 - 31/05/2021 01/06/2021 - 31/05/2022 (12 bulan)
- 3 -
Contoh 5: Pertukaran tempoh perakaunan
Akaun sedia ada : Akaun berakhir 31 Disember
Akaun berikutnya : 1.1.2019 hingga 31.5.2019 ( 5 bulan)
1.6.2019 hingga 31.5.2020 (12 bulan)
Isi Ruang 6 dan 7 seperti berikut:-
Tahun Taksiran
Tempoh Perakaunan Tempoh Asas
2019 01/01/2019 - 31/05/2019 01/01/2019 - 31/05/2019 ( 5 bulan)
2020 01/06/2019 - 31/05/2020 01/06/2019 - 31/05/2020 (12 bulan)
8. Negara mastautin Rujuk kod negara di muka surat 20 nota penerangan ini atau Lampiran E dalam Buku Panduan Borang Nyata Syarikat untuk menentukan kod negara.
9. Menjalankan perniagaan e-Dagang
Isi ‘1’ dalam petak untuk (‘Ya’) jika PLT berkenaan ada menjual apa-apa barang atau memberi perkhidmatan secara dalam talian.
Jika ‘Ya’, isi juga ruang G2 di muka surat 3 dalam borang.
PLT dianggap menjalankan perniagaan e-dagang sekiranya dalam menghasilkan pendapatan, internet digunakan untuk:
i. Menerima tempahan barangan atau perkhidmatan.
Contoh:
PLT menerima tempahan melalui e-mel, laman sesawang atau media sosial dan bukan melalui pos biasa, telefon atau faksimili.
ii. Menerima bayaran untuk barangan atau perkhidmatan.
Contoh:
PLT menerima bayaran tunai digital dengan kad kredit atau kad caj melalui e-mel atau laman sesawang dan bukan melalui pos biasa, telefon atau faksimili
iii. Membekalkan barangan atau perkhidmatan.
Contoh:
- PLT menggunakan e-mel, internet atau protokol pindahan fail untuk membekalkan muzik digital, artikel atau perisian, dan bukannya kaedah konvensional untuk menyampaikan perisian dalam bentuk cakera.
- PLT menggunakan e-mel berserta laman sesawang untuk memberi nasihat dan menerima bayaran bagi nasihat tersebut.
- PLT menerima bayaran bagi mengiklankan barangan atau perkhidmatan di internet untuk entiti lain.
- PLT adalah pemilik laman sesawang.
- PLT menyediakan perkhidmatan akses ke internet
Isi ‘2’ untuk (‘Tidak’) jika PLT tidak menjalankan e-dagang, atau tidak berkenaan.
- 4 -
10. Status perniagaan Isikan status perniagaan pada akhir tempoh asas.
Isi ‘1’ jika PLT sedang beroperasi.
Isi ‘2’ bagi dorman * jika PLT:
belum memulakan operasi perniagaan sejak ditubuhkan; atau
pernah beroperasi atau menjalankan perniagaan tetapi telah berhenti operasi / perniagaan
Isi ‘3’ jika PLT sedang dalam proses penggulungan.
* Nota:
PLT tidak dianggap sebagai dorman sekiranya ia memiliki saham, harta tanah, simpanan tetap dan lain-lain pelaburan yang seumpamanya; termasuk pendapatan seperti sewa, faedah dan sebagainya (jika ada) yang diterima daripada pemilikan tersebut.
11. Perkongsian liabiliti terhad dengan sumbangan modal tidak melebihi RM 2.5 juta pada
permulaan tempoh asas dan pendapatan kasar semua punca perniagaan tidak melebihi RM50 juta
Isikan ‘1’ untuk ‘Ya’ sekiranya perkongsian liabiliti terhad bermastautin (ruang 8 = ‘MY’) dan ditubuhkan di Malaysia dengan:- i) sumbangan modal (sama ada dalam bentuk tunai atau barangan)
tidak melebihi RM2.5 juta pada permulaan tempoh asas; dan ii) pendapatan kasar semua punca perniagaan yang tidak melebihi
RM50 juta dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan serta memenuhi syarat-syarat lain dalam perenggan 2E dan 2F Jadual 1 Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967). Hanya perkongsian liabiliti terhad yang mematuhi syarat-syarat di atas layak menikmati kadar cukai istimewa seperti dinyatakan dalam perenggan 2D Jadual 1 Akta tersebut. Isikan ‘2’ untuk ‘Tidak’ jika perkongsian liabiliti terhad tidak memenuhi syarat-syarat di atas.
12a. Layak menuntut insentif di bawah seksyen 127
Merujuk kepada insentif (contohnya pengecualian) di bawah peruntukan perenggan 127(3)(b) atau subseksyen 127(3A) ACP 1967 yang layak dituntut mengikut warta Kerajaan atau surat kelulusan Menteri.
1 = Perenggan 127(3)(b) ACP 1967
Pengecualian yang diberikan oleh Menteri Kewangan kepada mana-mana kelas orang daripada mematuhi mana-mana peruntukan ACP 1967 secara umum atau berkenaan mana-mana pendapatan.
2 = Subseksyen 127(3A) ACP 1967
Pengecualian yang diberikan oleh Menteri Kewangan kepada mana-mana orang tertentu daripada mematuhi mana-mana peruntukan ACP 1967 secara umum atau berkenaan mana-mana pendapatan.
3 = Tidak berkenaan
(i) Tandakan ‘X’ dalam petak bagi jenis / jenis-jenis insentif yang:-
layak dinikmati dan tuntutan dibuat bagi tahun semasa; atau
layak dinikmati tetapi tuntutan tidak dapat dibuat bagi tahun semasa atas sebab seperti ketiadaan pendapatan.
(ii) Tandakan ‘X’ dalam petak ‘Tidak berkenaan’ sekiranya:-
tidak layak menuntut insentif;
permohonan insentif tidak diluluskan oleh Menteri; atau
tidak berkenaan.
- 5 -
12b. Jika 12a = 1 dan / atau 2, nyatakan:
Jika A12a = 1 dan / atau 2, kemukakan maklumat yang diperlukan seperti berikut:
i. No. P.U. (A) / No. Kelulusan Insentif
Nyatakan nombor P.U. (A) warta Kerajaan atau nombor surat kelulusan Menteri Kewangan bagi insentif berkenaan.
Contoh:
Tuntutan insentif perenggan 127(3)(b) : P.U. (A) 325/2011
Nombor surat kelulusan subseksyen 127(3A) : CP 270/2020
Pengisian adalah seperti berikut:
Bil. No. P.U. (A) / No. Kelulusan Insentif
i. PUA 325/2011
ii. CP 270/2020
ii. Amaun Pendapatan Dikecualikan
Amaun daripada pengiraan.
Warta Kerajaan / surat kelulusan Menteri hendaklah disimpan untuk rujukan / semakan LHDNM sekiranya diperlukan kelak.
BAHAGIAN A : MAKLUMAT PEKONGSI
Ruang Perkara Keterangan
A1a –
A1c
Nama pekongsi Nyatakan nama tiga (3) pekongsi utama mengikut susunan keutamaan.
A2a –
A2c
No. pengenalan / pasport / pendaftaran pekongsi
Isi nombor pengenalan (nombor kad pengenalan / polis / tentera) / pasport / pendaftaran tiga pekongsi utama di ruang A1a hingga A1c, yang mana berkenaan.
- 6 -
BAHAGIAN B : PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN
Ruang Perkara Keterangan
B1 Agregat pendapatan berkanun perniagaan dan perkongsian
Jumlah semua pendapatan berkanun perniagaan dan perkongsian.
B2
Rugi perniagaan bawa hadapan
Kerugian perniagaan daripada tahun / tahun-tahun taksiran terdahulu yang belum ditolak dan dibawa ke tahun semasa untuk ditolak daripada punca perniagaan.
Amaun di B2 dihadkan kepada amaun di B1. Jika amaun di B2 melebihi amaun di B1, masukkan amaun B1 dalam ruang ini.
Bagi perkongsian atau syarikat yang bertukar kepada PLT, peruntukan subseksyen 44(5E) ACP 1967 membenarkan kerugian tidak dapat diserap sepenuhnya dibawa ke PLT berkenaan.
Isikan ‘0’ jika tiada kerugian bawa hadapan.
B3 JUMLAH B1 tolak B2.
Pendapatan Berkanun Lain
B4 Dividen Perdapatan berkanun daripada dividen yang boleh dikenakan cukai.
B5 Faedah dan diskaun Amaun C dari Helaian Kerja HK-C15 (Buku Panduan Borang Nyata Syarikat).
B6 Sewa, royalti dan premium
Sewa
Amaun C dari Helaian Kerja HK-C16 (Buku Panduan Borang Nyata Syarikat).
Royalti
Amaun F dari Helaian Kerja HK-C15 (Buku Panduan Borang Nyata Syarikat).
B7 Pendapatan lain Pendapatan selain daripada B4 hingga B6 yang boleh dikenakan cukai.
B8 PENDAPATAN AGREGAT
Jumlah amaun dari B3 hingga B7.
B9 Rugi perniagaan tahun semasa
Gunakan helaian kerja yang berkenaan untuk membuat pelarasan kerugian.
Kerugian larasan perniagaan boleh dikira berpandukan format Lampiran A1 / A2 / A3 yang boleh dirujuk dalam Buku Panduan Borang Nyata Syarikat. Campur semua kerugian larasan jika PLT menjalankan lebih daripada satu perniagaan dan masukkan amaun tersebut dalam helaian kerja berkenaan.
Amaun di B9 dihadkan kepada amaun di B8. Jika amaun di B9 melebihi amaun di B8, masukkan amaun B8 dalam ruang ini.
Pindahkan amaun dari ruang B9 (kerugian yang boleh diserap) ke helaian kerja yang berkenaan.
- 7 -
B10 Derma / hadiah / sumbangan yang diluluskan
a) Hadiah wang tunai kepada Kerajaan, Kerajaan Negeri atau pihak berkuasa tempatan.
Subseksyen 44(6) ACP 1967
b) Hadiah wang tunai kepada institusi / organisasi / tabung yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri.
Subseksyen 44(6) dan proviso, ACP 1967
c) Hadiah wang tunai bagi aktiviti sukan yang diluluskan oleh Menteri Kewangan.
Subseksyen 44(11B) dan proviso, ACP 1967
d) Hadiah wang tunai atau kos sumbangan manfaat bagi projek berkepentingan negara yang diluluskan oleh Menteri Kewangan. Subseksyen 44(11C) dan proviso, ACP 1967
e) Hadiah wang dalam bentuk:
i. wakaf kepada mana-mana pihak berkuasa
agama bersesuaian yang ditubuhkan di
bawah mana-mana undang-undang
bertulis, badan yang ditubuhkan oleh
pihak berkuasa agama yang sesuai itu
atau universiti awam yang dibenarkan
oleh pihak berkuasa agama yang sesuai
itu untuk menerima wakaf; atau
ii. endowmen kepada universiti awam.
Wakaf atau endowmen hendaklah disumbang bagi tujuan mencapai objektif penubuhan pihak berkuasa agama yang sesuai, badan atau universiti awam.
Maksud ‘universiti awam’: Institusi pendidikan tinggi berstatus Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30) dan Universiti Teknologi MARA yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti Teknologi MARA 1976 (Akta 173).
Pihak berkuasa agama yang sesuai, badan atau universiti awam mesti diluluskan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri bagi maksud subseksyen 44(11D).
Subseksyen 44(11D) dan proviso, ACP 1967
f) Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan kepada Kerajaan atau Kerajaan Negeri berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh Jabatan Muzium Malaysia atau Arkib Negara.
Subseksyen 44(6A) ACP 1967.
g) Hadiah wang yang tidak melebihi RM20,000 bagi menyediakan kemudahan perpustakaan awam, perpustakaan sekolah dan institusi pendidikan tinggi dengan syarat, tuntutan bagi perbelanjaan yang sama tidak dibuat di bawah perenggan 34(6)(g) ACP 1967 dalam mengira pendapatan larasan perniagaan. Subseksyen 44(8) ACP 1967.
Terhad kepada 10% daripada B8
- 8 -
h) Hadiah lukisan kepada Balai Seni Lukis Negara atau mana-mana balai seni lukis negeri berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh Balai Seni Lukis Negara atau balai seni lukis negeri - Subseksyen 44(11) ACP 1967.
B11 Zakat perniagaan Rujuk kepada subseksyen 44(11A) ACP 1967 untuk menentukan kelayakan. Amaun yang boleh dituntut adalah terhad kepada 2.5% daripada pendapatan agregat di B8.
B12 PENDAPATAN BERCUKAI
B8 tolak (B9 hingga B11).
Isikan ‘0’ jika hasil tolakan adalah negatif.
B13 Pecahan Pendapatan Bercukai
B13a Kadar 17% Jumlah pendapatan bercukai yang kena cukai atas kadar 17% (rujuk Jadual 1 ACP 1967). Sekiranya PLT memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan di ruang 11, amaun pendapatan bercukai yang layak menikmati kadar 17% adalah seperti berikut:
Pendapatan Bercukai (RM) Kadar Cukai Pendapatan
600,000 pertama 17%
Melebihi 600,000 24%
B13b Kadar 24% Jumlah pendapatan bercukai yang kena cukai atas kadar 24% (rujuk Jadual 1 ACP 1967).
B13c –
B13e
Kadar lain Jumlah pendapatan bercukai yang dikenakan cukai atas kadar selain daripada yang dinyatakan di ruang B13a dan ruang B13b (rujuk Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali di Lampiran F dalam Buku Panduan Borang Nyata Syarikat).
B14 JUMLAH CUKAI PENDAPATAN DIKENAKAN
Jumlahkan cukai pendapatan daripada ruang B13a hingga ruang B13e.
B15 Seksyen 110 (lain-lain)
Tolakan cukai seksyen 110 (lain-lain)
Masukkan jumlah cukai dipotong (amaun B) dari Lampiran B2 (Buku Panduan Borang Nyata Syarikat) ke ruang ini.
Tolakan cukai seksyen 110 (lain-lain) TIDAK termasuk bayaran cukai pegangan yang tertakluk di bawah seksyen 107A.
Seksyen 132 dan 133
Pelepasan cukai Seksyen 132
Pelepasan cukai berhubung dengan pendapatan yang dibawa masuk ke Malaysia, di mana cukai telah dikenakan di negara asal.
Rujuk Lampiran F dalam Buku Panduan Borang Nyata Syarikat untuk menentukan negara-negara yang telah memeterai perjanjian pengelakan pencukaian dua kali dengan Malaysia.
Senaraikan pendapatan, cukai yang dipotong di negara asing dan pengiraan pelepasan di bawah seksyen 132 di Lampiran B3 (Buku Panduan Borang Nyata Syarikat). Pindahkan amaun B dari Lampiran tersebut ke ruang ini.
Simpan dokumen asal mengenai pendapatan dan cukai yang dikenakan di negara asal dengan teratur untuk tujuan semakan.
Rujuk kepada peruntukan Jadual 7 ACP 1967 untuk membuat pengiraan kredit.
- 9 -
Pelepasan cukai Seksyen 133
Pelepasan cukai berhubung dengan pendapatan yang dibawa masuk ke Malaysia, di mana cukai telah dikenakan di negara asal yang TIDAK memeterai perjanjian pengelakan pencukaian dua kali dengan Malaysia.
Senaraikan pendapatan, cukai yang dipotong di negara asing dan pengiraan pelepasan di bawah seksyen 133 di Lampiran B4 (Buku Panduan Borang Nyata Syarikat). Pindahkan amaun B dari Lampiran B4 ke ruang ini.
Simpan dokumen asal berkenaan pendapatan dan cukai yang dikenakan di negara asal dengan teratur untuk tujuan semakan.
Rujuk kepada peruntukan Jadual 7 ACP 1967 untuk membuat pengiraan kredit.
B16 CUKAI KENA DIBAYAR
B14 tolak B15.
B17 CUKAI KENA DIBAYAR BALIK
B15 tolak B14.
Ruang ini berkenaan jika jumlah tolakan dan pelepasan di ruang B15 melebihi jumlah di ruang B14. Sila kemukakan Lampiran B2 / B3 / B4 * (yang mana berkenaan) bersama Borang PT ke:-
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Bahagian Pengurusan Rekod & Maklumat Percukaian
Jabatan Operasi Cukai
Menara Hasil Bangi
No.3, Jalan 9/10, Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
* Lampiran B2 / B3 / B4 boleh diperoleh dari Buku Panduan Borang Nyata Syarikat.
B18 Bayaran ansuran yang telah dijelaskan
Bayaran ini TIDAK termasuk amaun tunggakan yang diambil kira untuk cukai tahun taksiran kebelakangan.
B19 Baki Cukai Kena Dibayar / Cukai Terlebih Bayar
a) Baki cukai kena dibayar : B16 tolak B18
b) Cukai terlebih bayar : B18 tolak B16
AKUAN
Pengakuan ini hendaklah dibuat oleh pegawai pematuhan atau pekongsi, sekiranya pegawai pematuhan tidak dilantik oleh PLT berkenaan.
Borang nyata yang tidak ditandatangani akan dianggap tidak lengkap dan tidak akan diproses dan Surat Pemberitahuan Borang Nyata Tidak Lengkap akan dikeluarkan kepada tuan sebagai makluman. Penggunaan cap tandatangan tidak dibenarkan. Penalti akan dikenakan jika berlaku kelewatan dalam mengemukakan semula borang nyata tersebut kepada LHDNM.
- 10 -
BAHAGIAN C : MAKLUMAT KEWANGAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD (PERNIAGAAN UTAMA)
Ruang Perkara Keterangan
C1 Nama perniagaan Isi nama perniagaan utama sahaja. Jika mempunyai lebih daripada satu perniagaan utama, isi nama perniagaan yang mempunyai perolehan yang terbesar.
C2
Kod perniagaan Isi kod perniagaan (rujuk Lampiran G dalam Buku Panduan Borang Nyata Syarikat) bagi perniagaan utama berkenaan.
C2A Jenis aktiviti perniagaan
Nyatakan jenis aktiviti perniagaan berkenaan dalam petak yang disediakan.
C3 Jualan atau perolehan Jumlah pendapatan kasar perniagaan utama termasuk pendapatan terakru. Isikan ‘0’ jika tiada pendapatan.
C4 Stok awal Stok awal barangan siap seperti dalam Akaun Perdagangan.
C5 Belian Jumlah belian kasar tolak diskaun, pulangan keluar dan rebat berkaitan dengan perniagaan utama, C2.
C6 Kos pengeluaran Kos pengeluaran daripada Akaun Pengilangan.
C7 Stok akhir Stok akhir barangan siap seperti dalam Akaun Perdagangan.
C8 Kos jualan (C4 campur C5 campur C6 ) tolak C7. Isikan ‘0’ jika tiada.
C9 UNTUNG / RUGI KASAR
C3 tolak C8. Tandakan ‘X’ dalam petak yang disediakan jika ( rugi ).
C10 Keuntungan pertukaran wang asing
Jumlah keuntungan pertukaran wang asing seperti yang diambil kira dalam Akaun Untung Rugi.
C11 Pendapatan perniagaan lain
Jumlah pendapatan bersih daripada punca perniagaan selain daripada C1.
C12
Pendapatan lain Jumlah pendapatan bersih daripada semua punca bukan perniagaan. Ini termasuk bahagian pendapatan / perolehan luar biasa yang layak dikenakan cukai di bawah perenggan 4(f) ACP 1967.
C13 Keuntungan tidak dikenakan cukai
Ruang ini mengambil kira keuntungan belum direalisasikan, keuntungan modal dan bahagian pendapatan / perolehan luar biasa yang tidak dikenakan cukai. Ini tidak termasuk pendapatan yang dikecualikan cukai.
C14 Faedah Jumlah semua perbelanjaan faedah kecuali faedah sewa beli dan faedah pajakan.
C15 Bayaran profesional, teknikal, pengurusan dan kos guaman
C16 Bayaran fi teknikal kepada penerima bukan pemastautin
C17 Bayaran kontrak Amaun bayaran kontrak yang dituntut dalam Akaun Untung Rugi. Ini tidak termasuk bayaran kontrak yang diklasifikasikan sebagai kos jualan.
C18 Gaji dan upah selain pekongsi
C18a Gaji dan upah pekongsi
Jumlah bayaran seperti dalam Akaun Untung Rugi.
Ini termasuk bonus, elaun, bayaran kerja lebih masa dan gaji cuti seperti dalam Akaun Untung Rugi.
- 11 -
C19 Royalti Jumlah kasar sebelum ditolak cukai pegangan.
C20 Sewa / pajakan Jumlah yang dibayar untuk sewa premis, tanah, kenderaan, peralatan, lain-lain sewaan dan pajakan yang dituntut dalam Akaun Untung Rugi.
C21 Penyelenggaraan dan pembaikan
C22 Penyelidikan dan pembangunan
C23 Promosi dan pengiklanan
C24 Perjalanan dan penginapan
C25 Kerugian pertukaran wang asing
Jumlah kerugian pertukaran wang asing seperti yang dituntut dalam Akaun Untung Rugi.
C26 Perbelanjaan-perbelanjaan lain
Jumlah semua perbelanjaan selain daripada C14 hingga C25, yang dituntut dalam Akaun Untung Rugi.
C27 JUMLAH PERBELANJAAN
Jumlah perbelanjaan dari C14 hingga C26.
C28 UNTUNG / RUGI BERSIH
Untung atau rugi bersih seperti dalam Akaun Untung Rugi. Tandakan ‘X’ jika rugi.
C29 Perbelanjaan yang tidak dibenarkan
Perbelanjaan yang tidak dibenarkan:
Perundangan Perkara
33(2) Faedah yang tidak boleh ditolak daripada pendapatan perniagaan.
34(4) Caruman kepada skim yang diluluskan yang melebihi 19% daripada saraan pekerja.
39(1)(a) Perbelanjaan peribadi atau domestik dalam apa jua bentuk.
39(1)(b) Perbelanjaan yang dilakukan tidak kesemuanya dan semata-mata untuk menghasilkan pendapatan kasar.
Contoh: Perbelanjaan mencetak dan mengedar
laporan tahunan dan kos mengadakan mesyuarat agung dan mesyuarat tergempar.
Perbelanjaan untuk penyenaraian dalam bursa saham.
Perbelanjaan sebelum perniagaan bermula atau perbelanjaan untuk menutup perniagaan.
Perbelanjaan guaman berhubung dengan pemerolehan aset atau untuk urusan peribadi.
Derma
Denda atas kesalahan melanggar undang-undang termasuk denda dan perbelanjaan rayuan cukai pendapatan.
Jumlah yang dituntut dalam Akaun Untung Rugi.
- 12 -
Perbelanjaan hadiah (kecuali untuk pekerja sendiri).
Bayaran keahlian kelab dan yuran ahli kelab persendirian.
Bayaran untuk pinjaman dan perjanjian agensi.
Pembelian aset dan perbelanjaan yang seumpama dengannya.
Perbelanjaan selain daripada di atas.
39(1)(c) Modal ditarik balik atau sebarang jumlah digunakan atau bermaksud digunakan sebagai modal.
39(1)(d) Bayaran kepada kumpulan wang simpanan yang tidak diluluskan.
39(1)(e) (i) Perbelanjaan lombong yang layak (Jadual 2)
(ii) Perbelanjaan pertanian / hutan yang layak (Jadual 3)
(iii) Perbelanjaan cari gali yang layak (Jadual 4)
39(1)(f) Bayaran faedah atau royalti kepada bukan pemastautin tanpa mematuhi seksyen 109.
39(1)(g) Bayaran lesen atau permit membalak yang dibayar kepada pihak lain selain daripada Kerajaan Negeri.
39(1)(i) Bayaran kontrak yang dibuat tanpa mematuhi seksyen 107A.
39(1)(j) Bayaran kepada bukan pemastautin tanpa mematuhi seksyen 109B.
39(1)(k) Bayaran sewa kenderaan bukan komersil melebihi RM100,000.00.
39(1)(l) Keraian.
39(1)(m) Perbelanjaan tambang cuti untuk pekerja di dalam atau luar Malaysia.
39(1)(n) Saraan yang dibayar kepada pekongsi PLT jika ianya tidak diperuntukkan di dalam perjanjian PLT.
39(1)(q) Bayaran kepada bukan pemastautin tanpa mematuhi seksyen 109A.
39(1)(r) Bayaran yang dibuat oleh seseorang pemastautin kepada suatu syarikat Labuan kecuali sebagaimana ditetapkan oleh Menteri melalui kaedah-kaedah cukai pendapatan.
- Semua jenis peruntukan (termasuk hutang ragu am) selain daripada peruntukan hutang ragu spesifik.
- Perbelanjaan berhubung dengan pindaan modal dibenarkan dan modal berbayar.
- Perbelanjaan profesional berhubung dengan pemerolehan aset tetap atau pelaburan.
- 13 -
- Pengubahsuaian dan tambahan kepada bangunan.
- Perbelanjaan selain daripada di atas.
C30 Kenderaan
C31 Loji dan jentera
C32 Tanah dan bangunan
C33 Aset tetap lain
C34 JUMLAH ASET TETAP
Jumlah dari C30 hingga C33.
C35 Jumlah kos aset tetap yang diperoleh dalam tempoh asas
Hanya jumlah kos asal aset tetap yang diperoleh dalam tempoh asas diambil kira dalam ruang ini. Jika aset tetap diperoleh secara sewa beli atau pajakan kewangan, hanya jumlah prinsipal yang dibayar sahaja patut dinyatakan.
C36 Pelaburan Kos pelaburan dan simpanan tetap.
C37 Penghutang dagangan Penghutang dagangan seperti dalam Kunci Kira-Kira.
C38 Penghutang lain Penghutang lain seperti dalam Kunci Kira-Kira tetapi tidak termasuk pinjaman kepada pekongsi.
C39 Stok Stok akhir termasuk bahan mentah, barangan separa siap dan barangan siap seperti dalam Kunci Kira-Kira.
C40 Pinjaman kepada pekongsi
C41 Baki tunai dan baki di bank
C42 Aset semasa lain Aset semasa selain daripada C37 hingga C41.
C43 JUMLAH ASET SEMASA
Jumlah aset semasa dari C37 hingga C42.
C44 JUMLAH ASET Jumlah C34, C36 dan C43.
C45 Pinjaman dan overdraf Dalam bentuk jangka pendek seperti overdraf bank, ‘banker’s acceptance’, ‘trust receipt’ dan sebagainya.
C46 Pemiutang dagangan Jumlah yang berbangkit daripada pembelian barang dagangan dan perkhidmatan yang diterima.
C47 Pemiutang lain Pemiutang selain daripada pemiutang dagangan dan pinjaman kepada pekongsi.
C48 Pinjaman daripada pekongsi
Dalam bentuk pinjaman dan pendahuluan seperti dalam Kunci Kira-Kira.
C49 Liabiliti semasa lain Liabiliti semasa selain daripada C45 hingga C48.
C50 JUMLAH LIABILITI SEMASA
Jumlah dari C45 hingga C49.
C51 Liabiliti jangka panjang Pinjaman jangka panjang seperti pinjaman berpenggal, debentur, bon dan lain-lain seperti dalam Kunci Kira-Kira.
C52 JUMLAH LIABILITI C50 campur C51.
C53 Sumbangan modal Amaun sumbangan modal yang telah dibayar.
C54 Akaun pengasingan untung / rugi
Baki dalam Akaun Pengasingan Untung Rugi termasuk untung tertahan seperti dalam Kunci Kira-kira.
C55 Akaun rizab Ini termasuk semua akaun rizab kecuali untung tertahan.
C56 JUMLAH MODAL Jumlah C53, C54 dan C55.
Nilai buku bersih seperti dalam Kunci Kira-Kira.
Jumlah seperti dalam Kunci Kira-Kira.
- 14 -
C57 JUMLAH LIABILITI DAN MODAL
Jumlah B52 dan B56.
BAHAGIAN D : RUMUSAN KERUGIAN
Ruang ini disediakan untuk melaporkan kerugian tahun taksiran semasa dan tahun taksiran
kebelakangan:
Kerugian Tahun Taksiran Semasa
Kerugian tahun taksiran semasa perniagaan dan perkongsian yang diserap dalam tahun taksiran
semasa serta baki kerugian yang dihantar hadapan untuk tolakan dalam tahun taksiran akan
datang.
Kerugian Tahun Taksiran Kebelakangan *
Kerugian diabaikan / diserap sehingga tahun taksiran sebelum tahun taksiran semasa; dan
Kerugian diabaikan / diserap dalam tahun taksiran semasa serta baki kerugian yang dihantar
hadapan untuk diabaikan / ditolak dalam tahun taksiran berikutnya.
* Nota:
Mulai Tahun Taksiran 2019, kerugian yang tidak dapat diserap hanya dibenarkan untuk dibawa ke
hadapan untuk diserap bagi tempoh maksimum sehingga tujuh (7) tahun taksiran berturut-turut
[Subseksyen 44(5F)].
Peruntukan khas yang berhubungan dengan seksyen 43 dan 44
Peruntukan khas ini membenarkan kerugian yang masih belum diserap sepenuhnya dalam Tahun Taksiran 2018, dibenarkan dibawa ke hadapan untuk diserap sehingga maksimum 7 tahun taksiran bermula Tahun Taksiran 2019.
BAHAGIAN E : PENDAPATAN TAHUN KEBELAKANGAN BELUM DILAPORKAN
Ruang Perkara Keterangan
E1 Pendapatan bercukai tahun kebelakangan yang belum dilapor (jika ada)
Isikan jenis pendapatan, tahun taksiran dan amaun dalam ruangan yang disediakan.
Gunakan Helaian Kerja HK-J (Buku Panduan Borang Nyata Syarikat) untuk melaporkan pendapatan ini dan simpan pengiraan cukai yang berkenaan untuk semakan.
BAHAGIAN F : MAKLUMAT CUKAI PEGANGAN
Ruang Perkara Keterangan
F1 Membuat bayaran dalam tempoh asas kepada bukan pemastautin yang tertakluk kepada cukai pegangan di bawah seksyen 107A, 109, 109A, 109B dan 109F
Isikan ‘1’ dalam petak untuk ‘Ya’ sekiranya PLT membuat bayaran
dalam tempoh asas yang tertakluk kepada cukai pegangan di
bawah seksyen 107A, 109, 109A, 109B dan 109F.
Isikan ‘2’ dalam petak untuk ‘Tidak’ jika tidak berkenaan.
Helaian Kerja HK-M (Buku Panduan Borang Nyata Syarikat) boleh
digunakan sebagai panduan untuk penyimpanan rekod.
Jenis-jenis cukai pegangan adalah seperti berikut:
Cukai pegangan di bawah seksyen 107A
Bahagian perkhidmatan kontrak yang dibayar kepada kontraktor
bukan pemastautin.
- 15 -
Kadar cukai pegangan:
10% atas jumlah kasar [perenggan 107A(1)(a)]
Tambah
3% atas jumlah kasar [perenggan 107A(1)(b)]
(Peraturan dan prosedur membuat bayaran kepada Unit /
Cawangan Pungutan LHDNM hendaklah dipatuhi).
Cukai pegangan di bawah seksyen 109
Faedah atau royalti yang dibayar kepada bukan pemastautin.
Kadar cukai seperti ditetapkan dalam Bahagian II Jadual 1 ACP
1967:
Faedah - 15% atas jumlah kasar
Royalti - 10% atas jumlah kasar
kecuali jika terdapat kadar berbeza yang ditetapkan dalam
Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (Rujuk Lampiran F
dalam Buku Panduan Borang Nyata Syarikat).
Cukai pegangan di bawah seksyen 109A
Bayaran kepada penghibur awam untuk perkhidmatan yang
dilaksanakan di Malaysia.
Kadar cukai seperti ditetapkan dalam Bahagian II Jadual 1 ACP
1967 iaitu 15% atas jumlah kasar.
Cukai pegangan di bawah seksyen 109B
Bayaran jenis kelas khas di bawah seksyen 4A ACP 1967 yang
dibayar kepada bukan pemastautin.
Kadar cukai seperti ditetapkan dalam Bahagian V Jadual 1 ACP
1967 iaitu 10% atas jumlah kasar kecuali jika terdapat kadar
berbeza yang ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian
Dua Kali (Rujuk Lampiran F dalam Buku Panduan Borang Nyata
Syarikat).
Cukai pegangan di bawah seksyen 109F
Bayaran yang dibuat kepada bukan pemastautin.
Kadar cukai seperti ditetapkan dalam Bahagian XIII Jadual 1 ACP
1967 iaitu 10% atas jumlah kasar perolehan atau keuntungan di
bawah perenggan 4(f) yang diperoleh dari Malaysia.
BAHAGIAN G : MAKLUMAT LAIN
Ruang Perkara Keterangan
G1 No. telefon Nombor telefon di premis perniagaan.
G2 Alamat laman sesawang / blog
Alamat laman sesawang / blog (jika ada).
G3 Nama bank Nyatakan nama bank di mana PLT mempunyai akaun bank.
Untuk tujuan pembayaran balik oleh LHDNM (sekiranya melalui bank), sila pastikan maklumat bagi ruang G3 dan G4 adalah betul.
G4 No. akaun bank Nombor akaun bank PLT berkenaan di bank seperti dinyatakan di ruang G3.
- 16 -
G5 No. pengenalan bank Merujuk kepada nombor pengenalan yang diberikan oleh bank atau nombor yang digunakan oleh pemegang akaun [organisasi perniagaan seperti kumpulan wang, peguam, amanah, koperasi dan sebagainya yang tidak mempunyai nombor pendaftaran syarikat / perniagaan kerana tidak tertakluk kepada pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)].
Selain daripada nama pemegang akaun bank dan nombor akaun bank, nombor ini digunakan oleh bank sebagai tambahan kunci untuk semakan dan pengesahan bagi tujuan pembayaran balik lebihan cukai melalui EFT.
G6a Melupuskan aset di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976
Merujuk kepada aset yang boleh dikenakan cukai di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.
Sekiranya ada melupuskan aset, isikan ‘1’ untuk ‘Ya’ dan isi juga ruang G6b. Isi ‘2’ untuk ‘Tidak’ jika tidak berkenaan.
G6b Melaporkan pelupusan tersebut kepada LHDNM
Isikan ‘1’ (‘Ya’) jika telah melaporkan pelupusan berkenaan kepada LHDNM atau ‘2’ (‘Tidak’) jika belum.
Sekiranya belum dilaporkan, sila hubungi cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai pendapatan pelupus.
Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi LHDNM, http://www.hasil.gov.my.
G7 Tertakluk kepada sekatan faedah di bawah seksyen 140C
Sekiranya PLT tertakluk kepada sekatan faedah di bawah seksyen 140C, isikan ‘1’ dalam petak untuk ‘Ya’ dan isi juga maklumat seperti dikehendaki dalam jadual berikut.
Amaun cukai - EBITDA
Belanja faedah tertakluk di bawah seksyen 140C
Belanja faedah yang disekat
Baki Hantar Hadapan
Isikan ‘2’ dalam petak untuk ‘Tidak’ jika tidak berkenaan / tidak terpakai.
Amaun cukai – EBITDA
Pengiraan cukai - EBITDA merujuk kepada formula seperti dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Sekatan Ke Atas Kebolehpotongan Faedah) 2019 [P.U. (A) 175/2019].
Contoh pengiraan boleh dirujuk dalam Restriction on Deductibility of Interest Guidelines [Section 140C, Income Tax Act 1967] (hanya dalam versi Bahasa Inggeris sahaja) di Portal RasmiLHDNM:
http://lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/RDIG_05072019.pdf
atau
Laman Utama > Antarabangsa > Restriction on Deductibility of Interest Guidelines [Section 140C, Income Tax Act 1967]
Belanja faedah tertakluk di bawah seksyen 140C
Belanja faedah di bawah seksyen 140C adalah seperti definisi dalam subseksyen 140C(3) di mana ‘interest expense’ bermaksud:
a) Interest on all forms of debt; or
b) Payments economically equivalent to interest (excluding expenses incurred in connection with the raising of finance)
Sila rujuk juga kepada perenggan 3.5, 3.6, 3.7 dan 3.9 dalam Guidelines tersebut.
- 17 -
Belanja faedah yang disekat
Amaun faedah maksimum yang disebut dalam seksyen 140C ACP 1967 hendaklah suatu amaun yang bersamaan dengan:
20% x Amaun cukai-EBITDA daripada setiap punca yang terdiri daripada perniagaan
Baki hantar hadapan Perbelanjaan faedah yang melebihi amaun faedah maksimum adalah dibenarkan untuk dibawa hadapan dan dipotong daripada pendapatan larasan bagi tahun-tahun taksiran berikutnya tertakluk kepada amaun faedah maksimum bagi tahun taksiran berkenaan walaupun syarikat itu tiada perbelanjaan faedah bagi mana-mana tahun taksiran berikutnya, sehingga keseluruhan amaun lebihan itu digunakan sepenuhnya.
G8a Tertakluk di bawah Pemberitahuan Pelaporan mengikut Negara (CbCR)
Mana-mana entiti konstituen suatu kumpulan MNE yang tertakluk
kepada subperenggan 6(1) atau subperenggan 6(2) Kaedah-
Kaedah Cukai Pendapatan (Pelaporan Mengikut Negara) 2016
serta Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Pelaporan Mengikut
Negara) (Pindaan) 2017 (dirujuk sebagai Kaedah CbCR)
hendaklah memaklumkan identiti dan mastautin cukai entiti pelapor
pada atau sebelum hari terakhir tahun kewangan pelaporan
kepada Ketua Pengarah secara bertulis.
Entiti konstituen yang tertakluk kepada Kaedah CbCR perlu
mengisi sama ada:
‘1’ (‘Ya’) sebagai entiti pelapor; ‘2’ (‘Ya’) sebagai bukan entiti pelapor; atau
‘3’ (‘Tidak’) jika TIDAK tertakluk kepada Kaedah CbCR atau tidak berkenaan
Jika G8a = ‘1’ (‘Ya’) atau ‘2’ (‘Ya’), isi juga ruang G8b.
Entiti bukan pelapor merujuk kepada entiti konstituen kumpulan
perbadanan multinasional yang bermastautin di Malaysia atau
establismen tetap di Malaysia yang bukan entiti pelapor di bawah
subperenggan 6(2) Kaedah CbCR.
Rujuk:
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Pelaporan Mengikut Negara)
2016 serta Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Pelaporan
Mengikut Negara)(Pindaan) 2017.
Undang-undang dan peraturan serta panduan berkaitan pelaporan
CbCR di Portal Rasmi LHDNM:
http://www.hasil.gov.my > Antarabangsa
G8b Pemberitahuan sebagai entiti pelapor / bukan entiti pelapor telah dikemukakan
Ruang ini perlu dilengkapkan sekiranya G8a = ‘1’ (‘Ya’) atau ‘2’
(‘Ya’).
Isi ‘1’ (‘Ya’) jika pemberitahuan sebagai entiti pelapor atau bukan
entiti pelapor telah dikemukakan.
Isikan ‘2’ (‘Tidak’) jika pemberitahuan berkenaan belum atau tidak
dikemukakan.
Jika G8b = ‘1’ (‘Ya’), isi juga ruang G8c.
- 18 -
G8c Pemberitahuan telah dikemukakan pada atau sebelum hari terakhir tahun kewangan pelaporan
Ruang ini hendaklah diisi sekiranya G8b = ‘1’ (‘Ya’).
Isikan ‘1’ (‘Ya’) jika pemberitahuan telah dikemukakan pada atau
sebelum hari terakhir tahun kewangan pelaporan kepada LHDNM.
Isi ‘2’ (‘Tidak’) sekiranya pemberitahuan dikemukakan selepas hari
terakhir tahun kewangan kepada LHDNM.
G9 Mempunyai akaun kewangan di institusi kewangan di luar Malaysia
Tandakan ‘1’ jika syarikat mempunyai “akaun kewangan” di
institusi kewangan di luar Malaysia atau ‘2’ jika tidak ada / tidak
berkenaan. Rujuk maklumat di bawah sebelum membuat pilihan:
Pengisytiharan ini bertujuan untuk memastikan pematuhan
terhadap undang-undang percukaian Malaysia, selaras dengan
komitmen Malaysia terhadap Pertukaran Automatik Maklumat
Akaun Kewangan dengan Negara-negara Pejanji. Di bawah
komitmen tersebut, Malaysia akan menerima maklumat berkenaan
akaun kewangan yang disimpan di luar negara oleh pemastautin
cukai Malaysia.
Walau bagaimanapun, status mempunyai akaun kewangan di luar
negara bukanlah petunjuk bahawa berlakunya ketidakpatuhan
cukai.
"Akaun Kewangan" merujuk kepada akaun kewangan yang
disenggara oleh institusi kewangan di luar Malaysia yang
merangkumi:
i) Akaun Depositori
• Akaun simpanan, akaun semasa dan akaun deposit lain.
ii) Akaun Jagaan (Custodial)
• Akaun (selain daripada Kontrak Insurans atau Kontrak Anuiti)
untuk manfaat orang lain yang memegang sebarang
instrumen kewangan atau kontrak untuk pelaburan.
iii) Kontrak Insurans Nilai Tunai
• Kontrak Insurans Nilai Tunai ialah satu kontrak insurans yang
mana pemegang polisi berhak menerima pembayaran
semasa penyerahan atau penamatan kontrak. Kontrak
insurans juga akan menjadi Kontrak Insurans Nilai Tunai
apabila pemegang polisi boleh meminjam di bawah kontrak
tersebut. Ia adalah produk pelaburan yang mempunyai unsur
insurans hayat di dalamnya. Elemen insurans hayat biasanya
kecil berbanding dengan elemen pelaburan.
iv) Kontrak Anuiti
• Kontrak di mana pihak yang menawarkannya bersetuju untuk
membuat pembayaran untuk jangka masa yang ditentukan
secara keseluruhan atau sebahagian dengan merujuk kepada
jangka hayat satu atau lebih individu; atau
• Kontrak yang mana dianggap sebagai kontrak anuiti di bawah
- 19 -
undang-undang, peraturan atau praktis di Malaysia di mana
kontrak itu dibuat dan pihak yang menawarkan bersetuju
untuk membuat pembayaran dalam satu jangkamasa tertentu.
v) Kepentingan Ekuiti dan Hutang dalam Entiti Pelaburan
Maklumat lebih lanjut berhubung Pertukaran Maklumat Akaun
Kewangan Automatik dengan Negara Pejanji boleh didapati di
Portal Rasmi LHDNM, http://www.hasil.gov.my > Antarabangsa >
Pertukaran Maklumat Automatik (AEOI) > Standard Pelaporan
Bersama (CRS).
BAHAGIAN H : MAKLUMAT PEGAWAI PEMATUHAN
Ruang Perkara Keterangan
H1 Nama Nama pegawai pematuhan.
H2 No. pengenalan Nombor kad pengenalan pegawai pematuhan.
H3 No. pasport Nombor pasport pegawai pematuhan.
H4 No. cukai pendapatan Nombor rujukan cukai pendapatan pegawai pematuhan.
H5 Alamat surat-menyurat Alamat surat-menyurat pegawai pematuhan.
H6 No. telefon Nombor telefon pegawai pematuhan.
H7 e-Mel Alamat e-Mel pegawai pematuhan.
BAHAGIAN J : MAKLUMAT FIRMA DAN TANDATANGAN ORANG YANG MENYEDIAKAN BORANG NYATA INI
Ruang Perkara Keterangan
J1 Nama firma Nama firma ejen cukai yang mengisi borang ini.
J2 Alamat firma Alamat surat-menyurat firma ejen cukai.
J3 No. telefon Nombor telefon firma ejen cukai / telefon bimbit ejen cukai.
J4 No. kelulusan ejen cukai
Untuk diisi oleh ejen cukai yang mendapat kelulusan di bawah peruntukan perenggan-perenggan 153(3)(b) dan 153(3)(c) ACP 1967.
J5 e-Mel Alamat e-Mel ejen cukai.
J6 Tandatangan Tandatangan ejen cukai yang mengisi borang ini
- 20 -
KOD NEGARA
Berikut adalah kod bagi sebahagian daripada negara-negara yang dikenal pasti. Rujuk Lampiran E dalam Buku Panduan Borang Nyata Syarikat untuk senarai yang lengkap.
Negara Kod Negara Kod Negara Kod
Australia AU Iran (Islamic R.O.) IR Philippines PH
Bangladesh BD Iraq IQ Saudi Arabia SA
Brunei BN Japan JP Singapore SG
Cambodia KH Korea, D.P.R. KP South Africa ZA
Canada CA Korea, R.O. KR Sri Lanka LK
China CN Laos, D.P.R. LA Taiwan TW
Denmark DK Malaysia MY Thailand TH
Hong Kong HK Myanmar MM United Kingdom GB
India IN New Zealand NZ United States US
Indonesia ID Pakistan PK Vietnam VN
Nota: R.O. = Republic of; D.P.R. = Democratic People’s Republic of