29
HUBUNGAN ANTARA KEUPAYAAN SPATIAL DENGAN MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN PELAJAR TAHUN DUA JABATAN TEKNIK DAN KEJURUTERAAN DI UTM. NUR ELEEZA BINTI AMIR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NUR ELEEZA BINTI AMIR · hubungan antara keupayaan spatial dengan mata pelajaran lukisan kejuruteraan pelajar tahun dua jabatan teknik dan kejuruteraan di utm. nur eleeza binti amir

  • Upload
    others

  • View
    54

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

HUBUNGAN ANTARA KEUPAYAAN SPATIAL DENGAN MATA

PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN PELAJAR TAHUN DUA

JABATAN TEKNIK DAN KEJURUTERAAN DI UTM.

NUR ELEEZA BINTI AMIR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : HUBUNGAN ANTARA KEUPAYAAN SPATIAL DENGAN MATA

PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN PELAJAR TAHUN 2

JABATAN TEKNIK DAN KEJURUTERAAN DI UTM.

SESI PENGAJIAN : 2007/2008

Saya : NUR ELEEZA BINTI AMIR

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan

dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM.

2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis

daripada penulis.

3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

mereka.

4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar

yang dipersetujui kelak.

5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan

pertukaran di antara institusi pengajian tinggi.

6. **Sila tandakan (� )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA

RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/

badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

____________________________________ _______________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap SS4, QUARTERS PERMATA, DR AZLINA BT MOHD KOSNIN

JALAN INSTITUSI,

43000 KAJANG, SELANGOR.

Tarikh : 21 APRIL 2008 Tarikh : 21 APRIL 2008

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau

TERHAD.

(NAMA PENYELIA)

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Serta Teknologi Pendidikan (Kemahiran Hidup)”

Tanda tangan : …………………………………….

Nama Penyelia : DR AZLINA BINTI MOHD KOSNIN

Tarikh : 21 APRIL 2008

HUBUNGAN ANTARA KEUPAYAAN SPATIAL DENGAN MATA PELAJARAN

LUKISAN KEJURUTERAAN PELAJAR TAHUN 2 JABATAN TEKNIK DAN

KEJURUTERAAN DI UTM.

NUR ELEEZA BINTI AMIR

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup )

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.

2008

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali

nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya

jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :

Nama Penulis : NUR ELEEZA BINTI AMIR

Tarikh : 21 APRIL 2008

iii

DEDIKASI

Buat bondaku SITI NOORSIAH BTE HAJI YAHYASITI NOORSIAH BTE HAJI YAHYASITI NOORSIAH BTE HAJI YAHYASITI NOORSIAH BTE HAJI YAHYA serta ayahandaku AMIR AMIR AMIR AMIR

BIN MOHD YUSOF BIN MOHD YUSOF BIN MOHD YUSOF BIN MOHD YUSOF yang sangat dicintai, segala nasihat dan dorongan yang

diberikan takkan dapatku lupakan. Dengan doa dan kasih sayangmu membantuku

dalam menghadapi arus kehidupan sehingga kini.

Buat adindaku sekalian yang sentiasa memberi semangat dan membuatku sentiasa ceria dalam semua situasi,

AL’ EQHRAMAL’ EQHRAMAL’ EQHRAMAL’ EQHRAM AL’ EQHMALAL’ EQHMALAL’ EQHMALAL’ EQHMAL

NUR EIMAN AMIRANUR EIMAN AMIRANUR EIMAN AMIRANUR EIMAN AMIRA NURIN ATRISYIANURIN ATRISYIANURIN ATRISYIANURIN ATRISYIA

Sesungguhnya ilmu itu ibarat air yang mengalir, Jika ilmu tiada didada,

Ibarat mengharungi lautan yang tiada penghujungnya.

Dengan itu ingatlah, Tuntutlah ilmu ibarat kita akan meninggalkan dunia ini esok hari,

Demi kepentingan diri dan anak cucu kita nanti.

Untuk rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa membantu sepanjang perjuangan kita di sini. Terima kasih di atas segalanya, sesungguhnya kejayaan ini adalah kejayaan

kita bersama..

iv

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Lagi Maha Penyayang”

Alhamdulillah dengan rasa syukur kehadrat Allah SWT dengan limpah kurnia-

Nya, maka saya telah menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat untuk mendapatkan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).

Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan tulus

ikhlas merakamkan penghargaan kepada penyelia projek saya, Dr Azlina bt Mohd

Kosnin atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang diberikan sepanjang

penyelidikan ini dijalankan.

Penghargaan ini juga diberikan kepada rakan-rakan seperjuangan serta sesiapa

yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan

penyelidikan ini. Kepada Allah jua saya doakan agar diberi pembalasan yang setimpal

dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya. Insyaallah ianya akan tetap

dikenang hingga akhir hayat.

Akhir kata, kajian ini diharap dapat dijadikan bahan atau sumber rujukan yang

dapat dimanfaatkan oleh para pendidik dan penyelidik yang berminat serta cenderung ke

arah usaha mempertingkat taraf mutu pendidikan.

v

ABSTRAK

Kajian ini merupakan satu tinjauan untuk melihat tahap keupayaan spatial,

persepsi tentang keupayaan spatial dengan pencapaian akademik pelajar dalam mata

pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Selain itu, kajian ini turut melihat hubungan di antara

keupayaan spatial dan persepsi kecerdasan spatial dengan Lukisan Kejuruteraan. Seramai

34 orang pelajar lelaki dan 66 orang pelajar perempuan di pilih untuk menjalani ujian ini.

Responden merupakan pelajar tahun dua dari Jabatan Teknik dan Kejuruteraan di

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Dua set instrumen telah digunakan untuk

mendapatkan tahap Keupayaan Spatial pelajar. Set pertama ialah Paper Folding Test,

(VZ2) dan Card Rotation Test, (S-1) yang diambil dari Kit of Factor-Referenced

Cognitive Tests (Ekstrom, French, Harman & Dermen, 1976) dan set kedua ialah laporan

kendiri tentang keupayaan spatial dari MIDAS, (Shearer, 1996). Tahap kebolehpercayaan

(Alpha Cronbach) yang diperolehi untuk ujian VZ2 ialah α = 0.86 dan bagi ujian S-1

ialah α = 0.98.Manakala untuk laporan kendiri nilai α = 0.77. Pencapaian pelajar dalam

ujian Keupayaan Spatial dan laporan kendiri dianalisis bersama dengan pencapaian

pelajar di dalam Lukisan Kejuruteraan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pencapaian

pelajar di dalam ujian Keupayaan Spatial adalah sederhana. Begitu juga dengan tahap

pencapaian laporan kendiri yang berada pada tahap yang sederhana. Keputusan analisis

juga menunjukkan terdapat korelasi yang signifikan di antara pencapaian Lukisan

Kejuruteraan dengan Keupayaan Spatial tetapi tidak mempunyai hubungan yang

signifikan dengan laporan kendiri. Hubungan antara laporan kendiri dengan Keupayaan

Spatial adalah signifikan. Cadangan-cadangan daripada hasil dikemukan pada akhir

laporan ini.

vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to survey the level of Spatial Abilities, self

assessment with academic achievement in Engineering Drawing. The study also to

investigate the relationship between students’ performance in Engineering Drawing with

the level of their perceived and actual Spatial Ability. There were 34 male and 56 female

students chosen for this study. The respondents that involved were UTM students from

second year Department of Technical an Engineering degree program. Two sets of

instruments were used to get students’ Spatial Visualization level namely Paper Folding

Test (VZ2) dan Card Rotation Test (S-1) taken from the Kit of Factor-Referenced

Cognitive Tests (Ekstrom, French, Harman & Dermen, 1976). A self-report assessment

of spatial ability was developed by adapting several items from the MIDAS, (Shearer,

1996). The reliability coefficients (Internal Consistency Reliability Analysis) for the

instruments were 0.86 (VZ2), 0.98 (S-1) and 0.77 (self assessment of spatial ability). The

results show that the students’ achievements in Spatial Ability as well as perception of

spatial ability were moderate. Result from the analyses also show that there are

significant correlations between Engineering Drawing achievement and Spatial Abilities

but not in spatial ability self-assessment. The findings also show that there are significant

relationship between Spatial Abilities and self-assessment achievement. Suggestions

were given in the end on this report based on the results of this study.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

BAB 1

TAJUK

PENGAKUAN

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI SINGKATAN

SENARAI LAMPIRAN

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan

1.3 Latar Belakang Masalah

1.4 Pernyataan Masalah

1.5 Objektif Kajian

i

ii

iii

iv

v

vi

vii

xii

xiii

xiv

xv

1

3

4

10

10

viii

BAB 2

1.6 Persoalan Kajian

1.7 Hipotesis kajian

1.8 Kepentingan Kajian

1.8.1 Jabatan Teknik dan Vokasional

1.8.2 Pihak Berwajib (guru)

1.8.3 Pelajar

1.9 Batasan Kajian

1.10 Definasi Istilah

1.10.1 Pelajar

1.10.2 Lukisan Kejuruteraan

1.10.3 Pencapaian

1.10.4 Keupayaan Spatial (Spatial Ability)

1.10.5 Orientasi Spatial (Spatial Orientation)

1.10.6 Visualisasi Spatial (Spatial

Visualization)

1.11 Kesimpulan

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

2.2 Keupayaan spatial

2.2.1 Definasi Yang Berkaitan Keupayaan

Spatial

2.2.2 Dapatan Kajian Lalu Tentang Kaitan

Keupayaan Spatial Dengan Pencapaian

Akademik

2.3 Laporan Kendiri (Self-Report)

2.3.1 Laporan Kendiri Tentang Keupayaan

Spatial

11

11

11

12

12

12

13

13

13

14

14

14

15

15

16

17

17

18

22

25

25

ix

BAB 3

BAB 4

2.3.2 Dapatan Kajian Lalu Tentang

Hubungan Laporan Kendiri Dengan

Keupayaan Spatial Dalam Pencapaian

Akademik

2.4 Kesimpulan

METODOLOGI

3.l Pengenalan

3.2 Reka Bentuk Kajian

3.3 Tempat kajian

3.4 Populasi Kajian

3.5 Instrumen Kajian

3.5.1 Paper Folding Test, VZ

3.5.2 Card Rotation Test. S-1

3.5.3 Soal Selidik

3.6 Prosedur Kajian

3.7 Analisis Data

3.8 Kesimpulan

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

4.2 Kebolehpercayaan Instrumen

4.3 Bahagian A – Latar belakang Responden

4.3.1 Analisis Taburan Responden

Berdasarkan Jantina.

4.3.2 Analisis Taburan Responden Mengikut

Kursus.

4.3.3 Analisis Taburan Responden Mengikut

Aliran Pengajian Semasa Di Sekolah

Menengah.

27

29

30

31

31

31

32

32

33

34

35

36

37

38

39

40

41

42

x

BAB 5

4.3.4 Taburan Analisis Responden

Berdasarkan Gred Pencapaian Lukisan

Kejuruteraan di UTM.

4.4 Tahap Keupayaan Spatial Bagi Pelajar Yang

Mengambil Mata Pelajaran LukisanKejuruteraan.

4.5 Laporan Kendiri Pelajar Tentang Keupayaan

Spatial Dalam Mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan.

4.6 Hubungan Di Antara Pencapaian Dalam Lukisan

Kejuruteraan Dengan Keupayaan Spatial.

4.7 Hubungan Di Antara Pencapaian Dalam Lukisan

Kejuruteraan Dengan Laporan Kendiri Pelajar.

4.8 Hubungan Di Antara Keupayaan Spatial Dengan

Laporan Kendiri Pelajar.

4.9 Kesimpulan

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan

5.2 Ringkasan Dapatan Kajian

5.3 Perbincangan dan Rumusan

5.3.1 Tahap Keupayaan Spatial Bagi Pelajar

Yang Mengambil Mata Pelajaran

Lukisan Kejuruteraan.

5.3.2 Tahap Persepsi Kendiri Bagi Pelajar

Yang Mengambil Mata Pelajaran

Lukisan Kejuruteraan.

43

45

48

49

51

51

52

53

54

55

56

56

xi

5.3.3 Hubungan Di Antara Pencapaian

Dalam Lukisan Kejuruteraan Dengan

Keupayaan Spatial.

5.3.4 Hubungan Di Antara Pencapaian

Dalam Lukisan Kejuruteraan Dengan

Persepsi kendiri.

5.3.5 Hubungan Di Antara Pencapaian

Keupayaan Spatial Dengan Persepsi

kendiri.

5.4 Cadangan Kajian

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan

5.6 Penutup

RUJUKAN

LAMPIRAN

57

58

59

60

61

62

63

70

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK HALAMAN

3.1

4.1

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

4.7

4.8

4.9

4.10

Klasifikasi Kekuatan Korelasi (Rowntree, 1981 dalam

Najib, 2003)

Taburan Responden Mengikut Jantina

Taburan Responden Mengikut Kursus

Taburan Responden Mengikut Aliran Pengajian Semasa

Di Sekolah Menengah

Taburan Responden Berdasarkan Gred Pencapaian

AsasLukisan Kejuruteraan dan Lukisan Kejuruteraan 1

Min,Sisihan Piawai dan Julat bagi Pencapaian Ujian

Keupayaan Spatial

Kategori Pencapaian Ujian Visualisasi Spatial

Kategori Tahap Pencapaian Laporan Kendiri

Analisis Korelasi Bagi Pencapaian Keupayaan Spatial

Analisis Korelasi Antara Lukisan Kejuruteraan Dengan

Laporan Kendiri

Analisis Korelasi Antara Keupayaan Spatial Dengan

Laporan Kendiri

37

41

42

43

45

46

47

48

49

51

51

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

TAJUK HALAMAN

1.1

4.1

4.2

4.3

Jenis-Jenis Kecerdasan Pelbagai (Gardner,1983)

Peratusan Responden Mengikut Jantina

Peratusan Responden Mengikut Kursus

Peratusan Responden Mengikut Aliran Pengajian

Semasa Di Sekolah Menengah.

5

41

42

44

xiv

SENARAI SINGKATAN

2-D : Dua demensi

3-D : Tiga Demensi

JPTK : Jabatan Teknik Dan Kejuruteraan

LK : Lukisan Kejuruteraan

MIDAS : Multiple Intelligences Development Assessment Scales

OAT : Orientation Ability Test

S-1 : Card Rotation Test

SPSS : Statistical Packages for the Social Science

UTM : Universiti Teknologi Malaysia

VZ2 : Paper Folding Test

VAT : Visualization Ability Test

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

A

B

C

Surat Pengesahan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Set-set soalan dan Soal selidik

Kebolehpercayaan set-set soalan dan Soal Selidik

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Grafik sering menjadi bahasa kejuruteraan dan menjadi media untuk

menyampaikan idea berkaitan rekabentuk. Bukti menunjukkan penggunaan Lukisan

Kejuruteraan wujud pada awal tahun 30 masihi apabila seorang arkitek Roman

mengistilah arkitek sebagai :

“Seorang yang berkemahiran menggunakan pensil dan mempunyai pengetahuan

melukis apabila khidmatnya diperlukan untuk melukis suatu kerja pembinaan. ”

(Biesecke dalam Juniza 2007)

Semenjak itu arkitek Roman itulah yang mula-mula menggunakan alat Lukisan

Kejuruteraan seperti pembaris dan jangka lukis untuk menghasilkan plan bangunan dan

lukisan perspektif. Penggunaan peralatan lukisan mulai berkembang dengan tercipta

jangka lukis dan pen bulu burung.

Lukisan yang dianggap muncul sebagai Lukisan Kejuruteraan pertama ialah

lukisan sebuah kuil pada tahun 2130 S.M. Pelan pembinaan kuil tersebut ditemui diukir

di atas batu bersurat yang diperbuat dari tanah liat dan menjadi sebahagian dari arca yang

2

terdapat di kuil tersebut. Pada arca tersebut juga terdapat penunjuk dan juga satu batang

yang menyerupai suatu skala. Arca yang tidak berkepala itu merupakan dan menyerupai

Gudea, seorang pembina dan gabenor kepada sebuah negeri yang menjadi salah satu

benda ajaib di dunia iaitu bandar Babylon. Dari waktu zaman Mesir, kira – kira 1500

S.M., Raja Papyrus telah didapati sebagai lukisan yang dibuat berbentuk grid berbentuk

garisan tegak dengan menggunakan pigmen dakwat yang disentuh ke atas papyrus

dengan kaedah celupan yang halus.

Seorang jurutera bernama Ourden menghasilkan plan sebuah buku dengan cara

mengukir di batu. Plan itu dipercayai wujud pada tahun 4000 sebelum masihi. Dengan

itu, Lukisan Kejuruteraan telah dipercayai wujud sejak beribu-ribu tahun yang lalu.

Pada sekitar tahun 1500 A.D., rekod pertama yang boleh digelar sebagai

pandangan pelbagai sudut muncul pada zaman Renaissance di Itali. Sebahagian dari

jurutera dan perekacipta pada masa itu juga terkenal sebagai seorang artisan. Lukisan

yang ditinggalkan oleh Leonardo da Vinci merupakan lakaran piktorial yang artistik serta

menyerupai teknik lakaran aksonometrik yang masih lagi digunakan pada masa kini.

Di dalam tahun 1975, Gaspard Monge di dalam Mohazil (2007) menerbitkan apa

yang dipanggil sebagai buku atau karangan yang menghuraikan secara panjang lebar

mengenai Geometri Deskriptif. Monge adalah seorang ahli matematik yang ditugaskan

untuk mendraf satu bahagian sekolah ketenteraan di Perancis. Sewaktu sedang

menjalankan projek pembinaan kubu, beliau menukarkan pengukuran berkomputer

dengan penyelesaian grafikal yang dianggap sebagai suatu kaedah yang boleh

memendekkan masa yang diperlukan untuk menghasilkan penyelesaian terhadap masalah

spatial. Kaedah Geometri Deskriptif ini kekal menduduki teori terbaik di dalam

pengajaran grafik kejuruteraan selama 200 tahun. Sepanjang dua abad, grafik

kejuruteraan menggunakan peralatan manual yang berbeza untuk menghasilkan lukisan

pandangan ortografik dengan mudah. Sehingga sekarang, mata pelajaran Lukisan

3

Kejuruteraan masih dipelajari di seluruh dunia oleh pelajar sekolah, Instituti Pengajian

Tinggi, Politeknik dan Institut Kemahiran.

1.2 Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan di Malaysia

Lukisan Kejuruteraan juga bermaksud komunikasi grafik yang terdiri daripada

beberapa langkah teknikal dan kemahiran visual. Lukisan Kejuruteraan memerlukan dan

berpandukan kaedah dan aturan langkah untuk selesaikan masalah tersebut. Bartmans &

Sorby (1996) menyatakan bahawa lukisan yang mengikuti peraturan dan susun atur yang

standard ialah apabila sesuatu objek itu mengandungi pandangan atas, hadapan dan

pandangan sisi kanan serta menunjukkan dalaman objek tersebut secara terperinci dan

kompleks.

Apabila membicarakan tentang bidang kejuruteraan, ia tidak boleh lari dari

membicarakan juga mengenai Lukisan Kejuruteraan. Lukisan Kejuruteraan merupakan

elemen penting di dalam bidang kejuruteraan. MacKenzie dan Jansen (1998) dalam

Scribner (2005) menyatakan bahawa sebagai vernakular industri, rekabentuk teknikal,

pendrafan, dan lukisan adalah perlu untuk semua kurikulum program teknologi,

kejuruteraan dan rekabentuk. Tidak kira samada seseorang itu terlibat dengan bidang

Kejuruteraan Mekanikal, Elektrik Atau Awam. Mereka yang terlibat perlu tahu paling

tidak asas kepada lukisan tersebut yang merupakan media di dalam bidang kejuruteraan.

Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan merupakan salah satu mata pelajaran elektif

KBSM dalam kumpulan II iaitu kumpulan Vokasional dan Teknologi. Ianya

dikelompokkan bersama-sama dengan mata pelajaran Matematik Tambahan, Sains

Pertanian, Perdagangan, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Ekonomi Rumah Tangga,

Teknologi Kejuruteraan dan Rekacipta (Nor Fadila, 1999)

4

Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan mula diperkenalkan di sembilan buah

Sekolah Menengah Teknik (SMT) pada tahun 1992, diikuti dengan 29 buah Sekolah

Menengah Harian pada tahun 1993 dan seterusnya di sebuag Sekolah Menengah Sains

pada tahun 1995. Mata Pelajarn Lukisan Kejuruteraan diperkenalkan sepenuhnya kepada

pelajar tingkatan 4 di Sekolah Menengah Teknik pada sesi persekolahan 1998 (Jabatan

Pendidikan Teknikal, 1998). Sejurus selepas itu Lukisan Kejuruteraan telah dipelajari

oleh pelajar di kebanyakkan Instituti Pengajian Tinggi, Politeknik dan Institut Kemahiran

sama ada sektor awam atau swasta di Malaysia. Lukisan Kejuruteraan masih lagi diajar

walaupun lambakan teknologi yang boleh memberi kemudahan dalam menghasilkan

Lukisan Kejuruteraan, tetapi ia masih relevan untuk diajar kerana bagi menguasai

teknologi berkaitan perlu juga mengetahui asas– asasnya.

1.3 Latar belakang Masalah

Lukisan Kejuruteraan merupakan mata pelajaran yang menghendakkan pelajar-

pelajar mengaplikasikan segala kefahaman dan pengetahuan yang dipelajari dari bentuk

lukisan atau geometri. Ia mengaitkan teori dan gambaran sesuatu keadaan sebenar dimana

gambaran yang diberikan adalah lengkap kepada setiap objek dari segi bentuk dimensi

dan kedudukan secara tepat (Olkun, 2003).

Matlamat mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan bertujuan untuk melengkapkan

pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tersebut serta melahirkan

pelajar yang boleh berkomunikasi melalui bahasa grafik sama ada dalam kehidupan

seharian mahupun dalam bidang yang akan diceburi nanti.

Lukisan Kejuruteraan adalah salah satu daripada mata pelajaran sokongan untuk

memudahkan pelajar-pelajar mengikuti pembelajaran sokongan untuk memudahkan

pelajar-pelajar mengikuti pembelajaran yang lebih kompleks dalam mata pelajaran

5

kejuruteraan yang lain. Keperluan kepada mata pelajaran akan dapat membantu pelajar

dalam memahami konsep-konsep dalam teori dan amali kejuruteraan (Olkun, 2003).

Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan lebih menumpukan kepada kemahiran individu

yang menggunakan daya imaginasi (Shariff Fudin, 1990). Lukisan Kejuruteraan

merupakan suatu bentuk ilmu yang disampaikan melalui simbol dan lakaran yang lebih

mudah dan senang difahami.

Bahasa grafik merupakan suatu bentuk persembahan visual dan komunikasi yang

mengandungi 2 komponen utama dalam bidang psikologi iaitu komponen pengamatan

dan kognitif (Wiley, 1989). Apabila melihat dari aspek kognitif, terdapat perkaitan di

antara otak dan minda manusia dengan bidang - bidang yang diminati atau diceburi. Teori

yang dikemukakan Gardner mengenai jenis kecerdasan pelbagai manusia ada logiknya.

Gardner (1995) mencadangkan lapan jenis kecerdikan iaitu spatial, kinestetik badan,

musikal, interpersonal, logik – matematik, linguistik dan naturalis intrapersonal seperti

rajah di bawah:

Rajah 1.1 Jenis-Jenis Kecerdasan Pelbagai (Gardner,1983)

6

1. Verbal linguistik

2. Logik- Matematik

3. Keupayaan spatial

4. Kinestetik

5. Muzik

6. Interpersonal

7. Intrapersonal

8. Naturalis

Keupayaan spatial yang wujud di dalam struktur pelbagai jenis kecerdasan

manusia mempunyai pelbagai pengertian. Tetapi ianya secara umum diterima sebagai

perkara yang berkaitan dengan kemahiran yang melibatkan perolehan, penahanan dan

transformasi maklumat visual di dalam konteks spatial. Gardner telah memisahkan

konsep keupayaan spatial kepada faktor – faktor yang spesifik yang dipercayai

menyumbang kepada pemahaman spatial. Malangnya pelabelan faktor dan pendefinisian

berbeza dari seorang ke seorang penyelidik. Shawn & Roger (2001) merujuk keupayaan

spatial sebagai “suatu keupayaan untuk mengungkapkan imej mental dan memanipulasi

imej tersebut di dalam minda”

.

Kelemahan pelajar dalam penyelesaian Lukisan Kejuruteraan ialah dari sudut

persepsi yang rendah dan tidak memahami konsep dengan jelas serta lemah dalam

visualisasi. (Shariff Fudin, 1990). Pelajar-pelajar sukar untuk memahami gambaran grafik

objek 2D dan 3D di mana masalah utama dalam arahan adalah masalah membayangkan

objek 3D kepada 2D (Mackenzie & Jensen 1998). Kegagalan pelajar menyelesaikan

masalah pembelajaran dengan baik adalah disebabkan pelajar tidak dapat membina

skema dengan tepat apabila pembelajaran baru diterima (Boon Pong Ying & Ragbir Kaur

dalam Siti Napsiah, 2002).

Oleh itu untuk menguasai sesuatu topik dalam mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan, pelajar mesti terlebih dahulu menguasai pengetahuan dan kefahaman yang

7

terdahulu daya visualisasi, konsep asas yang jelas dan seterusnya dapat membina

kerangka skema yang seimbang antara pengetahuan sedia ada dengan pembelajaran yang

baru (Olkun, 2003). Imaginasi adalah elemen utama dalam memproses visualisasi

ruang/spatial (spatial visualization) dalam minat pelajar. Gambaran ruang pelajar-pelajar

harus berkaitan dengan persekitaran di mana terdapat padanan yang sesuai antara gaya

pembelajaran mereka dengan cara mereka diajar (Silverman, 2002).

Menurut Jayasrec (2003) masih terdapat ramai pelajar yang lemah untuk

mentafsirkan Lukisan Kejuruteraan. Mereka hanya menggunakan langkah strategi

hafalan tanpa dapat membayangkan keadaan yang sebenar. Skemp (1975) mengesyorkan

supaya pembelajaran yang mencapai ke tahap kefahaman perkaitan yang memerlukan

pelajar tahu mengapa sesuatu kaedah atau aturan langkah penyelesaian itu betul dan

tepat.

Selain itu, bagi pelajar yang mempelajari mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan

perlu memiliki keupayaan spatial (spatial ability) di mana kebolehan ini akan

memudahkan pelajar untuk memahami konsep Lukisan Kejuruteraan seperti unjuran

ortografik, lukisan keratan dan sebagainya. Keupayaan spatial adalah kebolehan untuk

menggambarkan dan memanipulasikan sesuatu maklumat yang diterima dalam

pembelajaran dan penyelesaian masalah (Clements, Douglas, Micheal & Battista 1992).

Ketidaksamaan individu adalah antara faktor masalah keupayaan spatial pelajar

dalam membayangkan objek 3D khususnya dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.

Keupayaan spatial membawa banyak pengertian tetapi secara keseluruhannya ia diterima

sebagai perkaitan antara kemahiran yang melibatkan penemuan, penahanan dan

pemindahan maklumat visual di dalam konteks ruang/ spatial. (Shawn Strong and Roger

Smith 2001).

Keupayaan spatial ini juga penting dalam pelbagai usaha intelektual seperti

permasalahan dalam Kejuruteraan Rekabentuk, Fizik dan Matematik (M. Kozhevnikov

8

and M. Hegarty 1984). Keupayaan spatial menunjukkan satu kemahiran untuk

menggambar, mengubah dan mewujudkan, mengingat simbol dan maklumat bukan

berkaitan dengan bahasa ( Linn & Petersen 1985).

Olkun (2003) menyatakan bahawa keupayaan spatial ini amat penting dan boleh

ditingkatkan melalui aktiviti-aktiviti yang sesuai. Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan

memerlukan kebolehan ini disebabkan oleh dua perkara. Pertama, kebolehan ini dapat

memberikan masa praktikal dalam kehidupan sebenar seseorang. Kedua, pengalaman

dengan objek geometri dan menggambarkan sesuatu objek kepada ruang 2D dapat

membantu dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam gambaran ruang (visualisasi

spatial).

Deno (1995) turut menyokong dalam kajian Strong dan Smith (2001) yang

melakukan kajian terhadap pelajar di awal bidang kejuruteraan dengan memeriksa kesan

terhadap pengalaman mekanikal dan rekabentuk ke atas asas keupayaan Visualisasi

Spatial pelajar. Deno (1995) mendapati di kalangan pelajar lelaki, aktiviti non - akademik

seperti pembinaan model, lakaran dan sambungan komponen ketika di sekolah menengah

mempunyai korelasi yang sangat positif terhadap visualisasi.

Spatial pula dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Orientasi Spatial dan

Visualisasi Spatial. Terdapat kajian yang dilakukan sebelum ini menunjukkan bahawa

Visualisasi Spatial merupakan keupayaan yang penting di dalam menyumbang kejayaan

di dalam sesetengah bidang pekerjaan seperti senibina, matematik, pendidikan

matematik, rekabentuk berbantu komputer dan kejuruteraan mekanikal (Battista, 1994;

Bishop, 1980; Blade and Watson, 1955; Eisenberg and McGinty, 1977; Harris, 1981;

Miller and Bertoline, 1991; Rhoades, 1981; Sorby, 1999 dalam Werthessen, 1999).

Persepsi diri tentang keupayaan spatial atau pun laporan kendiri merupakan satu

alat pengukuran untuk mengukur kajian yang dilakukan oleh penyelidik. Keupayaan

9

penilaian kendiri dapat dilihat daripada persepsi seseorang tentang keupayaan mereka

(Burton & Fogarty, 2003 dalam Azlina, 2004).

Laporan kendiri adalah berasaskan pada pengalaman seseorang dalam sesetengah

aktiviti seperti keupayaan merekabentuk yang meliputi aspek yang berhubungan dengan

domain psikomotor kognitif. Mc Alpine (2000) menjelaskan bahawa laporan kendiri

adalah satu kaedah dimana memerlukan subjek untuk mengisi soal selidik yang diberi

atau menjawab soalan bersiri.

Harrington (1995) menyatakan bahawa terdapat 3 cara atau format untuk

mengukur penilaian laporan kendiri. Cara pertama ialah dengan menggunakan skala

likert iaitu dengan menandakan jawapan yang paling hampir dengan laporan kendiri

mereka. Manakala cara kedua ialah dengan menyenaraikan keupayaan melalui definasi

dan arahan yang diberi untuk menunjukkan berada pada bahagian yang bagus atau yang

kuat. Cara yang ketiga pula ialah dengan menilai sendiri tahap pencapaian keupayaan

sama ada berada pada aras rendah atau tinggi.

Penilaian kendiri tentang keupayaan spatial telah dibina dengan kesesuaian item

dari Multiple Intelligences Development Assessment Scales (MIDAS) (Shearer, 1996).

MIDAS merupakan keedah yang efisien untuk mendapatkan pemahaman deskriptif

tentang kecerdasan pelbagai individu. Soal selidik yang dikemukan adalah berkaitan

rapat dengan tahap kecerdasan pelbagai Gardner (1995) yang mencadangkan lapan jenis

kecerdasan iaitu Spatial, Kinestetik Badan, Musikal, Interpersonal, Logik – Matematik,

Linguistik, Naturalis Intrapersonal.

Walaubagaimanapun, pengkaji melihat berdasarkan kajian – kajian lepas terdapat

pelbagai kajian berkaitan dengan bidang yang lain dari Lukisan Kejuruteraan telah

dilakukan. Dalam Lukisan Kejuruteraan juga wujud elemen – elemen Visualisasi Spatial

dan Orientasi Spatial. Namun kajian – kajian khusus mengenai perkaitan di antara

pencapaian dalam Lukisan Kejuruteraan dan penilaiannya dengan Spatial ability serta

10

keyakinan pelajar terhadap keupayaan spatial dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan

amatlah kurang dan jarang ditemui terutamanya di Malaysia.

1.4 Pernyataan Masalah

Berdasarkan maklumat di atas, pengkaji ingin menjalankan satu kajian untuk

mengenalpasti hubungan keupayaan spatial dan laporan kendiri responden dengan

pencapaian akademik dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan dalam kalangan pelajar

tahun dua Jabatan Teknik dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan di UTM.

1.5 Objektif Kajian

Kajian ini di jalankan bagi :

1. Mengukur tahap keupayaan spatial bagi pelajar yang mengambil mata pelajaran

Lukisan Kejuruteraan.

2. Mengukur tahap persepsi tentang keupayaan spatial bagi pelajar yang mengambil

mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.

3. Mengkaji perkaitan antara pencapaian dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan

dengan keupayaaan spatial.

4. Mengkaji perkaitan antara pencapaian dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan

dengan keupayaan spatial berdasarkan persepsi diri.

5. Mengkaji hubungan antara tahap Keupayaan spatial dengan persepsi diri tentang

keupayaan spatial.

11

1.6 Persoalan Kajian

1. Apakah tahap keupayaan spatial bagi pelajar yang mengambil mata pelajaran

Lukisan Kejuruteraan?

2. Apakah tahap persepsi pelajar tentang keupayaan spatial mereka dalam mata

pelajaran Lukisan Kejuruteraan?

3. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian mata pelajaran

Lukisan Kejuruteraan dengan keupayaan spatial?

4. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian dalam mata

pelajaran Lukisan Kejuruteraan dengan persepsi tentang keupayaan spatial?

5. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara laporan kendiri dengan

keupayaan spatial?