Upload
others
View
3
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN
TINGKATAN EMPAT (STAR) BERASASKAN PENCAPAIAN AKADEMIK
NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN
TINGKATAN EMPAT (STAR) BERASASKAN PENCAPAIAN AKADEMIK
SESI PENGAJIAN : 2009/2010
Saya : NURAFIFAH MOHAMAD ARIFIN
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan
syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan
dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM.
2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis
daripada penulis.
3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
mereka.
4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar
yang dipersetujui kelak.
5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan
pertukaran di antara institusi pengajian tinggi.
6. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA
RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/
badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
____________________________________ _______________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap : NO 5, JALAN RAJAWALI PM. DR. MOHINI BT. MOHAMED
TAMAN BERKAT, 84000
MUAR, JOHOR.
Tarikh : Tarikh :
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu
dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
(NAMA PENYELIA)
PENGAKUAN PENYELIA
“Saya/kami akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami karya
ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)”
Tandatangan: ………………………………............
Nama Penyelia: PM. DR. MOHINI BT. MOHAMED
Tarikh: ………………………………………
PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN
TINGKATAN EMPAT (STAR) BERASASKAN PENCAPAIAN AKADEMIK
NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN
Projek Sarjana Muda ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2010
ii
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : .......................................
Nama Pelajar : NURAFIFAH MOHAMAD ARIFIN
Tarikh : .......................................
iii
DEDIKASI
Jutaan Terima Kasih Kepada
Ayahandaku, Mohamad Arifin bin Sirat
Bondaku, Rahamah bte Sumani
serta Adinda dan Kakandaku
Atas Kasih Sayang, Tunjuk Ajar Dan Doa Kalian Yang Tidak Putus-Putus
Kepada Daku
Juga Kepada temanku Yang dikasihi,
Muhammad Rajaei bin Muhammad Dzulkifli
Atas Sokonganmu Yang Tiada Noktah
Kepada Rakan Seperjuanganku,
Lutfi, Izzat, Nadya, Amer, Rahimi, Dan Lain-Lain
Terima Kasih Atas Persahabatan Kita Selama Ini
Teruskan Perjuangan
Sayang Kamu Semua.
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya saya
dapat menyiapkan laporan projek saya ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan
terima kasih ditujukan kepada Pm. Dr. Mohini Bt. Mohamed atas kerjasama, tunjuk
ajar, bimbingan, toleransi serta kepercayaan yang tidak berbelah bagi yang diberikan
beliau kepada saya sepanjang proses penyediaan laporan ini. Tunjuk ajar beliau serta
komen-komen membina yang beliau berikan banyak membantu dalam meningkatkan
lagi kualiti laporan saya supaya memenuhi kehendak-kehendak yang disasarkan
untuk PSM ini.
Tidak lupa juga kepada ibu bapa yang banyak memberikan dorongan serta
semangat kepada saya untuk meneruskan perjuangan saya sebagai seorang pelajar.
Semoga jasa baik kalian dibalas dengan ganjaran yang setimpal oleh Allah S.W.T.
Akhir sekali, saya sudahi dengan salam takzim penuh penghormatan kepada semua
yang terlibat dalam menjayakan kajian ini.
Sekian. Terima Kasih.
v
ABSTRAK
Kajian projek ini ialah untuk membangunkan Sistem Ujian Penentuan Aliran
Tingkatan empat (STAR) bagi membantu pelajar mengetahui kecenderungan aliran
secara tepat dan bersesuaian dengan minat dan cadangan kerjaya yang ingin mereka
ceburi berdasarkan pencapaian akademik, kecerdasan IQ dan personaliti. Sasaran
pengguna sistem ini adalah para pelajar dan guru di sekolah tersebut. Sistem ini
dibangunkan dengan menggunakan Hypertext Preprocessor (PHP) sebagai bahasa
atau coding, My-Structured Query Language (My-SQL) sebagai pangkalan data
utama sistem, Adobe Dreamweaver sebagai antaramuka dan Model Waterfall dipilih
bagi mengawal proses pembangunan sistem mengikut piawaian yang telah ditetapkan.
Sistem ini menyediakan kemudahan dimana data dimasukkan ke dalam sistem
pangkalan data. Ini menjamin agar keselamatan data tidak hilang dan data pula dapat
disimpan secara kekal didalam sistem pangkalan data yang dibina. Secara
keseluruhannya, dengan adanya penggunaan sistem berasaskan web seperti
Pembangunan Sistem Ujian Penentuan Aliran (STAR) ini di harap ia dapat
membantu pihak pentadbir sekolah dan guru-guru dalam menentukan aliran yang
sesuai bagi pelajar Tingkatan 4. Sekaligus membantu pelajar dalam menentukan
kerjaya mereka pada masa akan datang yang menepati minat, kebolehan, bakat dan
sahsiah diri mereka sendiri.
vi
ABSTRACT
The aim of this research project is to develop ”Sistem Ujian Penentuan Aliran
Tingkatan Empat (STAR)” to assist students in deciding their learning paths
accurately and suitable with their interests and the proposed careers that they would
like to pursue, according to their academic, IQ fitness and personality. The target
users of this system are students and teachers of the particular school. The system is
developed using Hypertext Preprocessor (PHP) as the programming language, My-
Structured Query Language (My-SQL) as the system database with the interface
using Adobe Dreamweaver. Waterfall model is chosen to control the system
development process based on the current standards. The system provides
convenience of data input into the system database. This will insure prevention of
data loss which is able to be kept permanently in the build system database. Overall,
with the usage of the web based system such as STAR, it is hoped that it would be
able to help and ease the burden of the school administration and teachers to
determine the best learning paths for the Form Four students. Furthermore, it will
help the students in choosing their future career paths based on their interests,
abilities, talents and attitudes.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI LAMPIRAN xiv
SENARAI SINGKATAN xv
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 3
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Rasional Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Skop dan Batasan Kajian 7
1.8 Definisi Istilah 8
1.8.1 Sistem 8
1.8.2 Aliran 8
1.8.3 Kecenderungan 9
1.8.4 Akademik 9
viii
1.9 Penutup 10
2 SOROTAN KAJIAN 12
2.1 Pengenalan 12
2.2 Sistem Pengurusan Sekolah Berasaskan
Komputer 12
2.3 Aliran-Aliran Berdasarkan Pendidikan Malaysia 15
2.4 Teori Pembelajaran 17
2.4.1 Teori Taksonomi Bloom
(Ujian Akademik) 17
2.4.2 Pengetahuan 20
2.4.3 Kefahaman 20
2.4.4 Aplikasi 20
2.4.5 Analisis 21
2.4.6 Sintesis 21
2.4.7 Penilaian 21
2.5 Akademik Berasaskan Sistem 24
2.6 Sistem Pangkalan Data 27
2.7 Perisian Pangkalan Data 29
2.8 Bahasa Pengaturcaraan 30
2.8.1 PHP (Hypertext Preprocessor) 31
2.8.2 HTML 31
2.8.3 Javascript 32
2.9 Kesimpulan 33
3 REKABENTUK SISTEM 34
3.1 Pendahuluan 34
3.2 Model Reka Bentuk dalam Pembangunan
Sistem 35
3.3 Model Air Terjun (Waterfall) 37
3.3.1 Fasa Analisis Keperluan Sistem dan
Ujian 37
3.3.2 Fasa Rekabentuk Sistem dan Ujian 38
ix
3.3.3 Fasa Implementasi 43
3.3.4 Fasa Pengujian 44
3.3.5 Fasa Penyelenggaraan 45
3.4 Kebaikan dan Keburukan ’Model Air Terjun’ 46
3.4.1 Kebaikan 46
3.4.2 Kelemahan 46
3.5 Carta Alir STAR 47
3.6 Pemilihan Keperluan Perisian dan Perkakasan
dalam Pembangunan Sistem 49
3.7 Penyebaran 52
3.8 Rekabentuk Soalan Akademik 52
3.9 Penutup 57
4 HASIL REKABENTUK SISTEM 58
4.1 Pendahuluan 58
4.2 Pakej Sistem 58
4.2.1. Antaramuka Utama Sistem 59
4.2.2 Kategori Pengguna: Guru 63
4.2.3 Kategori Pengguna: Pelajar 68
4.2.4 Antaramuka Panduan Ujian 70
4.2.5 Antaramuka Ujian Akademik STAR
Pelajar 71
4.2.6 Antaramuka Keputusan Ujian STAR
Pelajar 72
4.2.7 Antaramuka Site Map 73
4.2.8 Antaramuka Hubungi 74
4.3 Pangkalan Data 75
4.4 Komen Terhadap Sistem 77
4.5 Penutup 78
x
5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN
CADANGAN 79
5.1 Pendahuluan 79
5.2 Perbincangan 79
5.3 Kelebihan Sistem 81
5.4 Kelemahan Sistem 83
5.5 Masalah yang Dihadapi 84
5.6 Cadangan Kajian dan Pembangunan Lanjutan 85
5.7 Kesimpulan 86
RUJUKAN 87
LAMPIRAN 89
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Pemilihan Pakej Pengkhususan Sains dan
Teknologi Sekolah Menengah Atas 16
2.2 Bidang-bidang yang terdapat di dalam kelas utama 22
2.3 Fasa-fasa Taksonomi Bloom serta soalan yang berkaitan. 24
3.1 Kebaikan ujian objektif dan ujian subjektif 42
3.2 Kelemahan ujian objektif dan ujian subjektif 42
3.3 Jenis dan nama perisian yang digunakan dalam
pembangunan STAR 50
3.4 Jadual Penentuan Ujian 53
3.5 Contoh senarai soalan bagi setiap aras 54
3.6 Peratusan yang ditetapkan bagi setiap subjek 56
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Aras Taksonomi Bloom 18
3.1 Model Waterfall oleh Winston W. Royce 36
3.2 Penyusunan maklumat secara linear 39
3.3 Carta Alir Keseluruhan Sistem 48
3.4 Carta Alir Modul Guru 48
3.5 Carta Alir Modul Pelajar 49
4.1 Ralat yang terpapar apabila pengguna menggunakan
pelayar web Chrome 59
4.2 Antaramuka paparan muat turun IE 60
4.3 Paparan bagi ’log in’ dan ’log out’ untuk masuk 61
dan keluar sistem
4.4 Paparan menu bagi pelawat sistem 62
4.5 Antaramuka paparan utama sistem 62
xiii
4.6 Pautan bagi capaian mudah ke laman web 63
Kementerian Pelajaran Malaysia
4.7 Antaramuka laman utama bagi guru 64
4.8 Paparan pop-up yang akan di paparkan. 64
4.9 Antaramuka senarai menu bagi guru 65
4.10 Antaramuka profile bagi guru 66
4.11 Antaramuka profile edit bagi pengguna guru 66
4.12 Paparan maklumat kesemua pelajar 67
4.13 Paparan keputusan kesemua pelajar 68
4.14 Antaramuka senarai menu bagi pelajar 69
4.15 Antaramuka bagi Panduan Ujian 70
4.16 Paparan amaran bagi yang belum berdaftar 71
4.17 Antaramuka bagi ujian akademik (STAR) 72
4.18 Paparan keputusan bagi pelajar. 73
4.19 Antaramuka bagi bahagian laman peta di laman web 73
4.20 Antaramuka bagi laman peta. 74
4.21 Antaramuka bagi Hubungi Admin 75
4.22 Antaramuka bagi pangkalan data profile pengguna. 76
xiv
4.23 Antaramuka bagi pangkalan data markah ujian STAR 77
xv
SENARAI SINGKATAN
DBMS - Database Management System
ICT - Information and communication technologies
IE - Microsoft Internet Explorer
IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam
KPM - Kementerian Pelajaran Tinggi
PHP - Hypertext Preprocessor
PMR - Penilaian Menengah Rendah
SSL - Secure Socket Layer
STAR - Sistem Penentuan Ujian Aliran
April 2010
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dalam era dunia yang serba maju dan canggih ini, antara pemangkin yang
menjadikan dunia ini begitu komprehensif dan kompleks ialah dengan wujudnya
teknologi moden seperti teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Walau
bagaimanapun dalam memastikan kemandirian negara untuk menghasilkan satu
paradigma dan persaingan, maka sistem pendidikan perlulah dipertingkatkan. Selaras
dengan itu, kemasukkan pelbagai teknologi ini akan mampu memberikan Malaysia untuk
mencapai tahap bertaraf dunia dan mempunyai piawai tersendiri supaya generasi muda
yang akan datang mampu bersaing dengan kompetitif di peringkat antarabangsa.
Mengikut cabaran ke-6 Wawasan 2020 jelas memberi penekanan terhadap sains dan
teknologi untuk membolehkan Malaysia menjadi negara perindustrian baru menjelang
tahun 2020. Oleh itu pengetahuan mengenai komputer adalah menjadi satu kemestian
untuk membolehkan negara bergerak ke hadapan. Sehingga kini, penggunaan ICT dalam
bidang pendidikan telah berkembang dengan luasnya.
2
Penggunaan ICT dalam pentadbiran dan pengurusan sekolah sangat memberi
makna kepada pihak pengurusan sekolah kerana segala maklumat dapat di susun dan
berguna apabila ianya diproses, disimpan dan boleh dikemaskinikan dengan mudah dan
cepat. Maklumat-maklumat yang telah diproses ini sudah tentu dapat membantu
pengurus sekolah membuat keputusan-keputusan yang tepat dan berguna dalam
perancangan, pemantauan dan kawalan yang melibatkan maklumat, proses dan kerja. Ini
menunjukkan bahawa sistem komputer merupakan elemen penting dalam mentadbir dan
mengurus sesebuah sekolah. Antara sistem yang telah dibangunkan dalam bidang
pendidikan ialah sistem maklumat guru ganti, sistem pemarkahan secara dalam talian
(online), sistem maklumat pelajar dan hal yang berkaitan dengan peperiksaan. Ini
bersesuaian dengan pendapat Laudon dan Laudon (1997) yang menyatakan sistem
maklumat dan komunikasi adalah komponen-komponen yang bersepadu yang
mengumpul dan menyimpan maklumat bagi membantu organisasi membuat keputusan,
merancang, mengawal dan menganalisis.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pada masa kini, pemilihan aliran-aliran bagi kebanyakkan pelajar di tingkatan
empat selalunya ditentukan oleh pihak sekolah itu sendiri. Pihak sekolah hanya
menentukan aliran berdasarkan kepada pencapaian Penilaian Menengah Rendah (PMR)
seseorang pelajar tersebut. Bagi pelajar yang mendapat keputusan yang agak cemerlang,
mereka akan ditempatkan di dalam aliran sains tulen manakala bagi pelajar yang
sederhana pula pelajar-pelajar ini akan mengambil aliran sastera, teknikal, kesenian dan
sebagainya mengikut aliran-aliran yang ditawarkan oleh pihak sekolah. Majoriti kaedah
penentuan aliran ini tidak berdasarkan kepada minat atau bakat pelajar tersebut. Ini
berkemungkinan kerana aliran yang ditawarkan di sesebuah sekolah adalah sangat terhad.
Beberapa isu timbul kesan daripada proses penentuan yang dilakukan oleh guru atau
3
pihak sekolah ini. Antaranya pencapaian akademik yang tidak begitu cemerlang semasa
berada di tingkatan empat dan terdapat isu pelajar membuat penukaran aliran di tingkatan
lima . Faktor utama masalah ini berlaku disebabkan oleh mereka menerima aliran
tersebut secara rela paksa tanpa memikirkan kecenderungan dan tahap keupayaan mereka
dalam menentukan aliran yang sesuai dengan diri mereka.
Walaupun konsep pengorganisasian dan capaian maklumat telah dapat dilakukan
secara sistematik melalui pelaksanaan secara manual, ia masih lagi mendatangkan
masalah terutama apabila menguruskan data yang banyak. Masalah utama sistem manual
yang kita dapat perhatikan di sekolah- sekolah ialah guru-guru akan menghadapi masalah
semasa membuat pengemaskinian data-data pelajar dari semasa ke semasa kerana sistem
ini menggunakan sistem pemfailan. Banyak borang dan butir-butir terpaksa dicatat di
dalam fail-fail tersebut dan akan menyebabkan pertambahan boang-borang yang
diperlukan. Selain itu, terdapat masalah ruang dan banyak almari yang diperlukan untuk
penyimpanan fail-fail data berikut. Proses ini juga mengambil masa dan tenaga kerja
yang banyak serta sedikit sebanyak akan mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran akademik sekolah.
1.3 Pernyataan Masalah
Dalam menentukan arah tuju kehidupan seseorang individu, pemilihan aliran di
tingkatan empat yang tepat dan bersesuaian dengan kelulusan, minat dan personaliti diri
adalah sangat penting. Oleh itu jika seseorang individu itu tersalah mengatur strategi
dalam memilih aliran, ia boleh menimbulkan rasa bosan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran, menyesal dengan keputusan atau lain-lain risiko yang tidak menyenangkan
dalam hidup. Masalah utama yang sering dihadapi oleh pelajar masa kini adalah untuk
4
membuat pemilihan aliran yang menepati minat, kebolehan, bakat dan sahsiah diri
mereka sendiri.
Masalah pemilihan aliran pelajar di masa kini berhubungkait tentang pelajar yang
kehilangan hak untuk memilih subjek yang diminati kerana pihak sekolah telah
menetapkan subjek kepada pelajar untuk memudahkan urusan pihak sekolah. Masalah
yang diusulkan ialah pelajar berkemungkinan untuk menghadapi kegagalan sekiranya
pelajar memilih bidang yang tidak diminati. Seseorang itu hendaklah mengetahui apa
yang mereka mahu dalam hidup dan kemudian bekerja keras untuk sampai kepadanya
kerana peluang biasanya tidak selalunya datang berulang.
Usaha dalam menaikkan taraf penyimpanan maklumat sekolah dari sistem
pengurusan tradisional kepada sistem berasaskan komputer merupakan usaha yang amat
positif kerana ia dapat memainkan peranan yang lebih berkesan dalam mempertingkatkan
lagi proses pengajaran dan pembelajaran demi mencapai kecemerlangan di sekolah.
Menyedari hakikat ini, satu sistem ujian penentuan dalam pemilihan aliran ke
tingkatan empat secara online akan dibangunkan untuk membantu pelajar mengetahui
kecenderungan aliran secara tepat dan bersesuaian dengan minat dan cadangan kerjaya
yang ingin mereka ceburi. Sistem ini dilakukan secara dalam talian (online) kerana
segala maklumat akan lebih tersusun dan sistematik. Sistem ini juga lebih mudah untuk
dicapai tanpa mengira faktor waktu dan tempat serta ia disimpan di dalam satu server
untuk menjamin keselamatan data tersebut. Selain itu, sistem ini juga membantu guru dan
pengurusan sekolah dalam menjalankan tugas mereka dengan lebih mudah dan
menjimatkan masa. Secara tidak langsung, ia dapat menukarkan sistem ujian secara
manual pada masa kini kepada sistem ujian secara berkomputer dalam talian selaras
dengan perkembangan teknologi.
5
1.4 Objektif Kajian
Untuk memastikan kajian ini dilakukan dengan cara yang sistematik, terurus dan
tidak menyimpang daripada matlamat asal, beberapa objektif kajian telah ditetapkan.
Antaranya adalah seperti berikut:
1. Membangunkan sebahagian Sistem Ujian Penentuan Aliran (STAR) yang
merangkumi tiga aspek iaitu aspek akademik, personaliti dan kecerdasan IQ.
Kajian ini adalah berfokus kepada bahagian akademik sahaja.
2. Membangunkan sistem STAR berasaskan web bagi memudahkan capaian
maklumat.
1.5 Rasional Kajian
Walaupun sektor pendidikan telah lama menggunakan ICT dalam bidang
pengurusan dan pentadbiran tetapi masih ada lagi yang menggunakan sistem tradisional
iaitu sistem pemfailan. Memang tidak dinafikan bahawa institusi pengajian tinggi telah
mengaplikasikan web sepenuhnya dalam proses pengurusan dan pentadbiran Institusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tetapi adakah ia juga telah diaplikasikan secara
menyeluruh ke dalam sistem sekolah menengah. Justeru itu, untuk membantu pihak
sekolah menengah kajian ini dilaksanakan adalah berdasarkan kepada tahap penggunaan
web yang dikatakan masih belum berada pada tahap yang boleh dibanggakan (Abd.
6
Rashid Johar, 1998). Oleh itu, satu kajian yang menyeluruh perlu dilakukan bagi
mengenalpasti tahap kesesuaian web dalam pengurusan organisasi sekolah.
Berdasarkan kepada statistik, ramai pengkaji lebih cenderung untuk
membangunkan perisian multimedia berbanding sistem pangkalan data terutamanya
dalam bidang pendidikan. Ini adalah disebabkan perisian multimedia tidak melibatkan
pangkalan data dan senang untuk dibangunkan. Memang tidak dinafikan bahawa kajian-
kajian yang terdahulu yang berkaitan dengan pangkalan data amat jarang dilakukan.
Mungkin kerana beberapa faktor pangkalan data seperti pelbagai elemen yang perlu
ditentukan dengan teliti dan sukar diuruskan. Tempoh masa pembangunan sistem juga
agak lama dan ia merupakan salah satu faktor yang mendorong kepada kurangnya
bilangan pengkaji atau penyelidik dalam bidang ini.
1.6 Kepentingan Kajian
Adalah menjadi hasrat supaya projek perisian ini mempunyai kepentingan kepada
semua pihak samada pelajar, guru mahupun pihak sekolah. Antara kepentingan
pembangunan sistem ini kepada pihak pengurusan sekolah. Sistem ini dapat membantu
pihak pengurusan sekolah menguruskan kemasukan kelas mengikut aliran yang telah
disediakan. Ini secara tidak langsung memudahkan sekolah membuat perancangan yang
lebih berkesan dalam menentukan aliran dan mata pelajaran yang akan diambil oleh
pelajar di samping memudahkan lagi proses penyimpanan maklumat pelajar di dalam
pangkalan data. Kelebihan sistem ini kepada para guru pula adalah ia dapat memberikan
impak positif dalam kaedah pengajaran guru di sekolah. Para guru akan mempunyai
masa yang lebih dalam menumpukan perhatian khusus kepada subjek berkenaan kerana
7
subjek yang di ajar adalah mengikut kecenderungan pelajar. Selain itu, guru juga dapat
mencapai maklumat pelajar di atas talian secara mudah. Akhir sekali, para pelajar
sekolah merupakan golongan yang penting mendapat manfaat dari sistem ini. Sistem ini
dapat membantu pelajar mengetahui kecenderungan bakat secara tepat dan bersesuaian
dengan minat yang ingin diceburi. Selain dari itu, ia membantu pelajar dalam memilih
pengkhususan aliran yang paling sesuai dengan dirinya.
1.7 Skop dan Batasan Kajian
Pembangunan Sistem Penentuan Aliran ini adalah sebagai suatu kaedah alternatif
(online) bagi menentukan aliran di sekolah. Selain itu, sistem secara dalam talian ini juga
tidak pernah dibangunkan oleh mana-mana para pengkaji pendidikan di Malaysia.
Pembangun telah mengambil beberapa contoh kajian terdahulu mengenai faktor
pemilihan aliran yang dibuat oleh pelajar secara manual. Meskipun kajian terdahulu
mengambil kira akan ujian akademik, ujian kecerdasan dan ujian personaliti tetapi
pembangun mendapati tiada hubungkait di antara kajian tersebut. Pembangun
memfokuskan sistem yang dibina kepada proses memasukkan soalan soalan yang
berkaitan dengan ujian akademik, ujian kecerdasan dan ujian personaliti, pemprosesan
keseluruhan markah dan memaparkan keputusan tersebut kepada guru dan pelajar.
Sistem ini boleh digunakan oleh dua kategori pengguna iaitu guru dan pelajar.
Pembinaan sistem penentuan aliran secara online ini, di bina hanya untuk Sekolah
Menengah Kebangsaan di Malaysia sahaja yang mengandungi tiga jenis ujian iaitu ujian
akademik, ujian personaliti dan ujian kecerdasan. Ujian akademik ini mengandungi 120
soalan dan dilaksanakan dalam bahasa melayu. Sistem ini hanya dilakukan oleh pelajar
tingkatan 3 yang telah menduduki PMR. Bagi ujian akademik, item-item ini di buat
8
berasaskan teori Taksonomi Bloom. Kaedah penilaian gred untuk ujian akademik ini
berdasarkan peratusan. Pembinaan sistem ini juga menggunakan sistem yang
mempunyai keselamatan dalam penggunaan laman web yang dinamik dan interaktif
dalam talian.
1.8 Definisi Istilah
Dalam memberi gambaran yang menyeluruh, beberapa terma-terma tertentu yang
digunakan dalam kajian ini telah disenaraikan. Contohnya adalah seperti berikut:
1.8.1 Sistem
Sistem membawa maksud cara atau kaedah untuk melakukan sesuatu atau aturan
(Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1996: 1293). Dalam kajian ini, sistem membawa maksud
satu set aplikasi yang dibangunkan bagi membantu pelajar dalam menentukan aliran di
tingkatan empat dan membantu pihak pentadbiran sekolah dalam menguruskan
pengurusan sekolah supaya lebih terancang.
9
1.8.2 Aliran
Aliran bermaksud dalam sesuatu golongan yang khusus atau tertentu (Kamus
Dewan Edisi Ketiga cetakan ke-7, 2002). Di dalam kajian ini aliran merupakan
pengelasan pelajar dalam bidang yang mereka pelajari di sekolah. Terdapat empat aliran
utama iaitu sastera, sains, teknikal dan agama.
1.8.3 Kecenderungan
Kecenderungan bermaksud keinginan, kemahuan, kesukaan terhadap sesuatu.
Dalam kajian ini, kecenderungan merujuk kepada kemahuan dan minat pelajar terhadap
sesuatu bidang. Kecenderungan yang di ukur dalam kajian adalah merangkumi
kecenderungan pencapaian akademik, kecerdasan IQ dan personaliti. Di dalam kajian
ini, pembangun hanya memfokuskan terhadap kecenderungan pencapaian akademik.
1.8.4 Akademik
Akademik bermaksud penguasaan dan pengembangan disiplin ilmu pengetahuan,
teknologi atau seni yang mencakup program pendidikan. Dalam sistem STAR ini,
akademik merupakan ilmu atau matapelajaran yang digunakan sebagai ujian dalam
penentuan aliran tingkatan empat. Empat matapelajaran yang digunakan iaitu
10
matapelajaran sains, matematik, kemahiran hidup dan teknologi maklumat. Penggunaan
akademik ini bertujuan untuk melihat sejauh mana penguasaan dan pemahaman
seseorang pelajar dalam sesuatu ilmu yang di pelajari.
1.9 Penutup
Kesimpulannya, dengan adanya penggunaan sistem berasaskan web seperti
Pembangunan Sistem Ujian Penentuan Aliran (STAR) ini di harap ia dapat membantu
pihak pentadbir sekolah serta guru-guru dalam menentukan aliran yang sesuai bagi
pelajar tingkatan empat. Sekaligus membantu pelajar menentukan kerjaya mereka pada
masa akan datang yang menepati minat, kebolehan, bakat dan sahsiah diri mereka sendiri.
April 2010
BAB 2
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
Bab ini menerangkan beberapa skop iaitu sistem pengurusan sekolah berasaskan
komputer, kemasukan ke sekolah melalui online, aliran-aliran berdasarkan pendidikan
Malaysia dan sistem pangkalan.
2.2 Sistem Pengurusan Sekolah Berasaskan Komputer
Dalam dunia alaf yang serba canggih ini, komputer telah menjadi suatu alat yang
amat penting dan telah diaplikasikan dalam semua aspek kehidupan termasuklah bidang
pendidikan. Komputer kini bukan sahaja digunakan sebagai alat bantu dalam
April 2010
13
pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah, malah peranan komputer telah
berkembang dalam bidang pentadbiran dan pengurusan sekolah.
Penggunaan sistem maklumat yang kian mengembang dalam kebanyakan
organisasi menyebabkan aktiviti pengurusan menjadi lebih bersistematik dan terancang.
Sistem-sistem ini berkepentingan dalam usaha menyediakan perkhidmatan yang lebih
baik kepada warga sekolah khususnya pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah.
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim (2009)
berkata, ''Ini adalah untuk meringankan tugas guru supaya tidak perlu mengisi borang
berkali-kali. Mereka hanya perlu memilih maklumat yang diperlukan. Dengan adanya
sistem pangkalan data tunggal, ia dapat menjadi sejarah yang mana negara mempunyai
pangkalan data setiap rakyat dan boleh digunakan untuk perancangan serta
pelaksanaan program dan projek- projek pembangunan negara. ''
Sistem pengurusan maklumat yang berasaskan komputer juga mempunyai
banyak faedah bagi pihak sekolah yang melaksanakannya. ICT INOVASI (2009)
mengatakan antara faedah-faedahnya adalah seperti berikut
i) Capaian Cepat
Membolehkan pengurusan sekolah dijalankan dengan lebih cepat, cekap dan
efektif. Ini kerana pengumpulan maklumat dalam pangkalan data membolehkan pihak
sekolah memenuhi permintaan berkaitan dengan segera.
April 2010
14
ii) Mengatasi Masalah Penggunaan Kertas yang Banyak
Amalan pengurusan harian di sekolah melibatkan penggunaan kertas yang
banyak dan memerlukan belanja yang besar untuk pembeliannya. Ekoran itu, timbul
pula masalah penyimpanan dokumen-dokumen berkenaan. Aplikasi sistem seperti ini di
sekolah secara tidak langsung mengatasi masalah kekurangan ruang bagi penyimpanan
dokumen dalam bentuk kertas. Selain dari itu, masalah biaya untuk kertas pula dapat di
atasi dengan penggunaan sistem maklumat berasaskan komputer
iii) Meningkatkan moral dan Komitmen Kerja Guru
Dengan adanya pelbagai sistem yang dapat memudahkan tugas, bebanan-
bebanan kerja berulang kali dapat dikurangkan sekaligus dapat menjimatkan tenaga dan
masa para guru. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan komitmen guru dalam
menangani proses pengajaran dan pembelajaran yang menjadi “core business” para guru.
iv) Perkongsian Maklumat ke Arah Kemajuan
Sekolah yang mempunyai sistem maklumat berasaskan komputer dapat
berkongsi maklumat mereka contohnya model pengajaran terkini atau berkesan dengan
sekolah-sekolah lain. Kerjasama ini akan menjadikan sesuatu pogram yang
dibangunkan itu akan menjalani proses penambahbaikan berterusan sehinggalah ianya
mencapai tahap yang memuaskan semua pihak.
April 2010
15
2.3 Aliran-Aliran Berdasarkan Pendidikan Malaysia
Pemilihan aliran selepas PMR merupakan detik yang paling kritikal bagi seorang
pelajar. Ini ialah kerana pemilihan yang salah akan memberikan implikasi negatif
terhadap minat pelajar tersebut dan seterusnya akan menjejaskan kerjaya mereka pada
masa kelak. Sehubungan dengan itu, pemilihan kerjaya atau kursus merupakan satu
permasalahan terbesar yang sering dikemukakan oleh pelajar. Menteri Muda di Pejabat
Ketua Menteri (Latihan dan Sumber Manusia) Sarawak, Datin Fatimah Abdullah (2009)
berkata, pemilihan kursus yang sesuai untuk keperluan semasa adalah penting supaya
para pelejar berjaya memperoleh kerja selaras dengan minat dan kelayakan masing-
masing. Oleh itu adalah amat penting seseorang pelajar menentukan aliran yang
bersesuaian dengan minat dan kebolehan mereka. Merujuk kepada Portal Rasmi
Kementerian Pelajaran Malaysia (2009), terdapat tiga aliran utama dalam pendidikan
menengah atas:
Aliran Akademik (Sains/Sastera)
Aliran Teknik dan Vokasional
Aliran Agama
Hasil daripada beberapa kajian mendapati antara faktor utama yang
mempengaruhi pemilihan aliran ialah minat, pengaruh ibu bapa, pengaruh kawan dan
keberkesana kurikulum. Lee Kok Siang (2001) mendapati bahawa pelajar sering
dipengaruhi oleh rakan-rakan sebaya semasa melakukan sesuatu pemilihan. Omardin
(1997) juga menjelaskan bahawa pelajar adalah golongan manusia yang mudah
dipengaruhi oleh orang lain. Seramai 66.52% respondan bersetuju mengenai kenyataan
bahawa pelajar berminat belajar bersama dengan rakan. Selain itu, menurut Lee Kok
Siang (2001) faktor persepsi dan minat (63.25%) pelajar memilih aliran berdasarkan
April 2010
16
hanya kepada kerja yang mereka minat untuk lakukan. Menurut Mustafa Kamsuri
(2003), minat dalam diri adalah memainkan peranan yang amat penting kepada pelajar
dalam membuat sesuatu pilihan aliran.
Jadual 2.1: Pemilihan Pakej Pengkhususan Sains dan Teknologi Sekolah Menengah
Atas
CONTOH KOMBINASI MATA PELAJARAN
PAKEJ SAINS DAN TEKNOLOGI
Pakej Sains Tulen
Biologi + Fizik + Kimia + Matematik Tambahan
Biologi + Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Teknologi Maklumat
Biologi + Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Pendidikan Seni
Pakej Sains Tambahan
Matematik Tambahan + Sains Tambahan + Sains Pertanian
Matematik Tambahan + Sains Tambahan + Reka Cipta
Matematik Tambahan + Sains Tambahan + Ekonomi Rumah Tangga
Pakej Teknologi Maklumat
Matematik Tambahan + Teknologi Maklumat + Reka Cipta
Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Teknologi Maklumat
Matematik Tambahan + Teknololgi Maklumat + Sains Tambahan
Pakej Sains Tulen + Teknologi
Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Lukisan Kejuruteraan + Pengajian Kejuruteraan
Jentera
Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Lukisan Kejuruteraan + Pengajian Kejuruteraan
Awam
Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Lukisan Kejuruteraan + Teknologi Kejuruteraan
Pakej Sains Tulen + Sastera Ikhtisas
Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Prinsip Akaun + Perdagangan
Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Ekonomi Asas + Prinsip Akaun
Biologi + Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Ekonomi Asas + Prinsip Akaun
Pakej Pengajian Islam + Sains Tulen
Bahasa Arab Tinggi + Biologi + Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Al-Quran dan As-
Sunnah + Syariah Islamiah
Bahasa Arab Tinggi + Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Al-Quran dan As-Sunnah +
April 2010
17
Syariah Islamiah
Pakej Pengajian Islam + Teknologi
Bahasa Arab Tinggi + Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Al-Quran dan As-Sunnah +
Syariah Islamiah + Kejuruteraan Awam
Bahasa Arab Tinggi + Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Al-Quran dan As-Sunnah +
Syariah Islamiah + Lukisan Kejuruteraan
Pakej Sains Tambahan + Sastera Ikhtisas
Ekonomi Asas + Prinsip Akaun + Matematik Tambahan + Sains Tambahan
Perdagangan + Prinsip Akaun + Matematik Tambahan + Sains Tambahan
2.4 Teori Pembelajaran
2.4.1 Teori Taksonomi Bloom (Ujian Akademik)
Sebelum membina soalan ujian akademik untuk penentuan aliran, pembangun
perlu memilih beberapa teori akademik. Terdapat pelbagai jenis teori akademik
antaranya ialah Teori Behaviourisme, Teori Konstruktivisme dan Teori Taksonomi
Bloom. Dalam membina sistem penentuan aliran ini, pembangun menggunakan teori
Taksonomi Bloom untuk membuat soalan-soalan pengujian akademik. Teori
Taksonomi Bloom ini telah diperkenalkan oleh Benjamin S.Bloom (1956).
Kebaikan Taksonomi Bloom ialah:
1) Merancang Ujian Pencapaian.
April 2010
18
2) Memberi definisi yang standard untuk menerang dan mengelas hasil
pembelajaran.
3) Digunakan sebagai asas dalam menyatakan tingkah laku yang dikehendaki oleh
pelajar,
Rajah 2.1: Aras Taksonomi Bloom
Rajah 2.1 menunjukkan fasa Teori Taksonomi Bloom yang telah dibina oleh
Benjamin S.Bloom (1956). Pembangun memilih untuk menggunakan teori Taksonomi
Bloom ini kerana penggunaan sistem ini dapat menolong beberapa pihak seperti
pembentuk kurikulum, penilai pelajaran, guru dan masyarakat untuk memahami objektif
pelajaran. Sistem ini merupakan satu sistem yang berperingkat iaitu bermula daripada
aras yang asas kepada aras yang lebih tinggi.
Menurut Marzano, Robert J. 2007 teori ini mempunyai tiga domain objektif iaitu
domain Kognitif, Afektif dan Psikomotor. Di bawah merupakan penjelasan mengenai
ketiga-tiga domain tersebut.
April 2010
19
a) Kognitif (Cognitive Domain) :
Perilaku-perilaku yang menekankan aspek intelektual, seperti pengetahuan,
pengertian, dan keterampilan berfikir.
b) Afektif (Affective Domain ) :
Perilaku-perilaku yang menekankan aspek perasaan dan emosi, seperti minat,
sikap,apresiasi, dan cara penyesuaian diri.
c) Psikomotor (Psychomotor Domain ) :
Perilaku-perilaku yang menekankan aspek keterampilan motorik seperti tulisan
tangan, mengetik, berenang dan mengoperasikan mesin.
Pembangun banyak menumpukan kepada domain kognitif kerana domain ini
banyak digunakan dalam ujian pencapaian. Dengan kepelbagaian jenis fasa ini, penguji
boleh menilai dalam beberapa aspek. Berikut merupakan penjelasan fasa-fasa Teori
Taksonomi Bloom.
April 2010
20
2.4.2 Pengetahuan
Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teori, hukum, tarikh,
peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran lepas. Istilah atau kata tugas yang
digunakan dalam soalan ialah menyatakan, menerangkan, menamakan dan melabelkan.
2.4.3 Kefahaman
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain,
menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada
konsep dan menterjemah draf. Istilah atau kata tugas yang digunakan ialah memilih,
menerangkan dan menulis semula.
2.4.4 Aplikasi
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan
masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori dan formula. Membina graf
daripada data dan lain-lain.
April 2010
21
2.4.5 Analisis
Sesuatu yang kompleks akan dipecahkan kepada yang kecil, membezakan fakta
daripada pendapat, kaitan kenal antara bahagian tertentu dan mengenali struktur
organisasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membezakan,
memastikan dan memilih.
2.4.6 Sintesis
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, berusaha tersendiri menyelesaikan
masalah, membuat ramalan dan membuat klasifikasi. Istilah atau kata tugas yang
digunakan dalam soalan ialah membina, menghasilkan, menyusun dan mengembangkan.
2.4.7 Penilaian
Membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional berdasarkan alasan dalaman
atau luaran, mentafsir dan mengkritik. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam
soalan ialah memilih, memberikan alasan dan kritikan serta membuktikan.
April 2010
22
Jadual 2.2: Bidang-bidang yang terdapat di dalam kelas utama.
PENGETAHUAN
Pengetahuan (Mengenalpasti perkara yang sudah dipelajari)
1.1 Pengetahuan mengenai perkara tertentu.
1.1.1 Pengetahuan mengenai istilah (terus)
1.1.2 Pengetahuan mengenai fakta tertentu
1.2 Pengetahuan untuk mengendali perkara tertentu
1.2.1 Pengetahuan mengenai peraturan yang lazim
1.2.2 Pengetahuan mengenai trend dan sekuen
1.2.3 Pengetahuan mengenai klasifikasi dan kategori
1.2.4 Pengetahuan mengenai kriteria
1.2.5 Pengetahuan mengenai metodologi
1.3 Pengetahuan mengenai sesuatu yang universal dan abstrak dalam satu bidang
1.3.1 Pengetahuan mengenai prinsip dan generalisasi
1.3.2 Pengetahuan mengenai teori dan struktur
KEBOLEHAN DAN KEMAHIRAN INTELEK
2. Fahaman (mengenai makna-makna sesuatu)
2.1 Terjemahan (menukarkan dari satu bentuk ke bentuk yang lain)
2.2 Interpretasi (Menerang atau meringkas sesuatu)
2.3 Ekstrapolasi (memberi makna lebih daripada yang diberi daripada data)
3 Aplikasi (menggunakan maklumat dalam situasi tertentu)
4. Analisis (memecahkan bahan-bahan kepada beberapa bahagian)
4.1 Analisis elemen (mengenalpasti bahagian-bahagian)
4.2 Analisis perhubungan ( mengenalpasti hubungan)
4.3 Analisis Prinsip-Prinsip Aturan (mengenalpasti cara aturan di atur)
April 2010
23
5. Sintesis (mengaturkan bahagian-bahagian supaya menjadi sesuatu yang
bermakna)
5.1 Mengeluarkan bahan komunikasi yang unik
5.2 membentuk sesuatu rancangan atau mencadangkan satu set operasi
6 Penilaian (menilai perkara untuk sesuatu tujuan dengan menggunakan criteria
tertentu)
6.1 Membuat penilaian dari dalam
6.2 Membuat penilaian dengan menggunakan criteria dari luar.
Jadual di atas menunjukkan bahawa hasil pengajaran atau pembelajaran di susun
secara berperingkat iaitu dari tahap yang senang hingga ke pada tahap yang lebih
tinggi/kompleks. Dalam setiap bahagian juga di atur secara berperingkat contohnya
seperti bidang analisis. Tahap senang iaitu Analisis Elemen (mengenalpasti bahagian-
bahagian). Kemudian di ikuti dengan Analisis Perhubungan (mengenalpasti hubungan)
dan akhir sekali tahap yang paling kompleks ialah Analisis Prinsip-Prinsip Aturan
(mengenalpasti cara aturan di atur). Tahap-tahap ini di bentukkan dalam sistem herarki
dimana bahagian senang di letakkan di bawah sekali di dalam hierarki manakala hierarki
yang teratas pula menempatkan bahagian yang paling kompleks.
Di bawah merupakan fasa-fasa Teori Taksonomi Bloom serta beberapa contoh
soalan matematik yang berdasarkan kepada setiap fasa-fasa tersebut. Pembinaan soalan
ini dimulakan dengan aras yg paling bawah iaitu fasa pengetahuan, kemudian di ikuti
dengan fasa pemahaman dan seterusnya.
April 2010
24
Jadual 2.3: Fasa-fasa Taksonomi Bloom serta soalan yang berkaitan.
Bil Fasa Taksonomi Bloom Contoh soalan (Mathematics)
1 Pengetahuan State the formula for the area of a circle.
2 Kefahaman Given the mathematical formula for the area of a
circle, paraphrase it using your own words.
3 Aplikasi Compute the area of actual circles
4 Analisis Given a mathematics word problem, determine the
strategies that would be necessary to solve it.
5 Sintesis Apply and integrate several different strategies to
solve a mathematical problem.
6 Penilaian When you have finished solving a problem (or
when a peer has done so) determine the degree to
which that problem was solved as efficiently as
possible.
2.5 Akademik Berasaskan Sistem
Seperti yang kita sedia maklum, perlaksanaan peperiksaan PMR atau ujian
bulanan sekolah di Malaysia selalunya akan dilakukan secara tradisional iaitu
menggunakan kertas dan pensel tidak kira samada ujian tersebut di dalam bentuk
objektif atau subjektif. Akan tetapi, bagi sistem STAR ini pula, ujian akademiknya lebih
menjerumus kepada perlaksanaan ujian berasaskan komputer.
Terdapat beberapa kelebihan sekiranya perlaksanaan peperiksaan akademik
dilakukan secara menggunakan komputer seperti keputusan peperiksaan akan diketahui
oleh pelajar pada masa itu juga dan memudahkan guru kerana tidak mengambil masa
April 2010
25
yang lama untuk penandaan kertas. Harvey dan Mogey (1999) menyatakan peperiksaan
secara talian juga dapat memperkenalkan lebih banyak item-item dalam pelbagai
struktur atau jenis bentuk soalan peperiksaan. Dengan adanya peperiksaan secara dalam
talian ini, ia boleh dilakukan walaupun masa dan tempat adalah berlainan. Menurut
UTS (University of Technology Sydney), perkhidmatan komputer dalam pemarkahan
secara automatik ini merupakan salah satu penyebab peperiksaan banyak dilakukan
dalam talian. Ini kerana pengerekodan markah atau penganalisisan markah ujian dapat
dilakukan secara mudah dan pantas. .
Di dalam sistem STAR ini, akademik berasaskan komputer bermaksud
memasukkan dan menyimpan item-item ujian akademik yang berbentuk objektif ke
dalam sistem itu. Ini bermaksud, pelajar akan menjawab item-item ujian tersebut secara
online dan ini memudahkan lagi capaian tersebut kerana ia dapat dilakukan pada bila-
bila masa sahaja. Majoriti peperiksaan dalam talian ini berfokus kepada soalan
berbentuk objektif kerana ia mudah untuk dikendalikan dalam format sistem. Shermis,
Mzumara, Olson & Harrington, (2001). Terdapat empat bidang ilmu pengetahuan yang
telah di masukkan oleh pembangun ke dalam sistem STAR iaitu bahagian Sains,
Matematik, Kemahiran Hidup dan Teknologi Maklumat. Setiap satu bahagian akademik
tersebut akan mempunyai 30 item. Maka jumlah kesemua item-item tersebut adalah
sebanyak 120. Kemasukan item-item ini menggunakan beberapa jenis bahasa
pengaturcaraan supaya sistem ujian berasaskan web ini dapat berjalan dengan lancarnya.
PMM ialah singkatan bagi Peraturan Memberi Markah yang bermaksud
peraturan dan skema pemarkahan yang di tentukan dalam setiap kertas soalan. PMM ini
selalunya biasa digunakan dalam sistem pemarkahan PMR. Penetapan pengiraan markah
menerusi pilihan gred samada peratusan ataupun gred markah bagi ujian yang telah
disediakan oleh pembangun sistem ini merupakan satu kaedah pengiraan keputusan
ujian berasaskan komputer. Sistem penggredan pemarkahan ujian akademik ini
April 2010
26
dilakukan berdasarkan kepada panduan pengiraan markah soalan objektif PMR yang
kini masih menggunakan kaedah borang OMR dan disemak melalui mesin.
Akan tetapi, dengan adanya pengurusan akademik dalam sistem, pemarkahan
dapat dilakukan dengan pantas oleh sistem tersebut dan pelajar akan mendapat
keputusan markah akademik pada masa itu juga. Sistem ini akan membuat pengiraan
markah menggunakan skrip bahasa pengaturcaraan PHP (Hypertext Preprocessor).
Kaedah pembahagian markah dilakukan dengan memberikan 1 markah bagi setiap
soalan yang dijawab betul. Walaupun format pengiraannya sama seperti sedia ada, tetapi
pengiraan markah ujian berasaskan komputer merupakan kaedah baru yang jarang
dilakukan di dalam bidang pendidikan di Malaysia terutamanya bagi bilangan soalan
ujian yang banyak. Kaedah pengiraan ini dilakukan bagi setiap bahagian ujian akademik
secara berasingan iaitu ujian sains, matematik, kemahiran hidup dan teknologi
maklumat.
Pembangun telah menetapkan hubungkaitan antara pemarkahan subjek tersebut
dengan aliran-aliran yang ada. Sebagai contoh, sekiranya pelajar mendapat markah
tinggi pada subjek Sains berbanding markah subjek yang lain, berkemungkinan pelajar
tersebut cenderung kepada aliran Sains. Bagi subjek matematik pula, ia mungkin lebih
kepada aliran Sains atau sastera. Akan tetapi, sistem ini akan melihat pula pada bahagian
ujian personaliti dan ujian IQ. Jika keputusan ujian personaliti dan ujian IQ menjerumus
kepada bahagian aliran Sastera, maka pembangun membuat kesimpulan bahawa aliran
Sastera adalah lebih sesuai untuk pelajar berkenaan. Sementara bagi subjek kemahiran
hidup pula, pelajar akan mendapat aliran Vokasional (teknikal) manakala bagi subjek
teknologi maklumat pula akan lebih kepada aliran Teknologi. Keputusan aliran yang
diperolehi oleh pelajar tersebut akan dipaparkan dan pelajar boleh mencetak keputusan
itu.
April 2010
27
2.6 Sistem Pangkalan Data
Sistem pangkalan data merupakan teras komponen di dalam sebarang sistem
maklumat. Apabila jumlah sesuatu fail atau rekod pelajar semakin banyak, proses
penyusunan dan juga penyimpanan semakin sukar untuk dikendalikan dan ini
menyebabkan perisian-perisian sistem pengurusan pangkalan data mula dihasilkan bagi
membantu dalam proses pengendalian data-data di sekolah. Contoh pangkalan data
ialah Sistem Rekod Pelajar. Pangkalan data ini akan menyimpan maklumat peribadi
seperti nama, no. kad pengenalan, alamat dan lain-lain dan maklumat akademik seperti
jabatan, kursus dan keputusan peperiksaan.
“Pangkalan data dianggap sebagai satu set fail yang berkait secara logik, disusun
untuk memudahkan proses capaian dan meminimumkan limpahan data. Ia juga merujuk
kepada sekumpulan data yang berkaitan kepada objek atau peristiwa tertentu”
(Jamalludin & Zaitun (2001), Microsoft Access XP). Manakala, menurut Saadiah
Yahya (2000) pula, “Pangkalan data merupakan sekumpulan data yang disimpan dalam
format yang piawai, direka bentuk supaya dapat dikongsi oleh beberapa pengguna”.
Daniel J.Kurland, Richard M.Sharp and Vicki F.Sharp (2008) juga memberi erti
“Database is an any collection of data or interrelated files that can be accessed in a
variety of ways”.
Sistem pangkalan data juga mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan
penyimpanan data secara tradisional (menggunakan kad indeks, fail dan sebagainya).
April 2010
28
Menurut Jamalludin & Zaitun (2001), sistem pangkalan data juga semakin digemari
ramai kerana :
Ia boleh menyisih data mengikut cara yang ditentukan oleh pengguna seperti
dalam susunan abjad ata dari segi criteria yang lain.
Ia boleh menyenaraikan data mengikut keperluan penggguna misalnya dari
susunan abjad ataupun kriteria lain seperti tempat, tarikh lahir dan sebagainya.
Data ini boleh di lihat pada skrin komputer ataupun dicetak pada helaian kertas.
Ia boleh membuat langkah kedua-dua di atas dengan pantas dan tepat.
Ia boleh dikemaskini dengan mudah.
Ia boleh dikongsi dengan pantas serta mempunyai kadar interktiviti yang tinggi
menerusi pelbagai teknologi baru seperti menerusi penggunaan CD-ROM,
internet dan sebagainya.
Sebelum menggunakan sistem pangkalan data, sistem berasaskan fail tradisional
telah digunakan dengan meluas. Konsep (Sistem Fail Tradisional) SFT ialah data di
simpan di dalam fail berasingan dan di simpan di atas pita magnetik atau disket. Setiap
aplikasi perlu ditulis untuk mendapatkan sesuatu output. SFT mempunyai beberapa
kelemahan dari segi pengurusan fail iaitu:-
April 2010
29
i) Data Lewahan
Fail-fail yang mempunyai data yang sama disimpan di pelbagai tempat
menyebabkan penggunaan ruang storan yang banyak, peningkatan kos dan tenaga
manusia.
ii) Pemisahan Data
Setiap fail yang dibina tidak dihubungkan antara satu sama lain. Proses
mengemaskini tidak dapat dilaksanakan pada masa yang sama. Ini menyebabkan data
yang disimpan tidak selaras di semua tempat.
iii) Format fail yang berbeza
Oleh kerana struktur fail dan aturcara aplikasi yang berbeza maka fail-fail tidak
boleh digabungkan atau dibandingkan dengan mudah.
2.7 Perisian Pangkalan Data
April 2010
30
Menurut Rosli, (2004), pelayan web Apache menyokong perisian pangkalan data
MySQL. Antara arahan SQL yang biasa digunakan adalah seperti SELECT, INSERT,
UPDATE, DELETE dan lain-lain lagi. Untuk menguruskan jadual (table) pula, arahan-
arahan seperti CREATE, ALTER dan DROP boleh digunakan. Ciri-ciri keistimewaan
dalam menggunakan sistem pengurusan pangkalan data ini ialah ia mempunyai
keupayaan keselamatan yang tinggi untuk sesebuah laman web. MySQL
memaksimumkan kelajuan, kestabilan, kepenggunaan dan sifar dari pencerobohan atau
peranti pengintip, di samping mengurangkan kos pangkalan data sehingga 90%.
MySQL terdapat dalam kesemua agihan Linux di samping sistem pengoperasian Unix,
Mac OS X dan Windows.
Syarikat MySQL AB merupakan syarikat berdaftar yang memiliki MySQL
tersebut. Rujukan lanjut tentang perisian ini boleh dilayari di alamat URL
http://www.mysql.com. Pembangun menggunakan MySQL kerana ia adalah program
yang tersedia di dalam perisian XAMPP. MySQL yang terdapat dalam XAMPP ini
agak susah untuk digunakan kerana seseorang perlu melayari PhpMyAdmin dalam
pelayan XAMPP bagi proses pengurusan data dan ia berlaku secara intranet atau internet,
seterusnya mengakibatkan penggunaan masa yang lebih panjang.
2.8 Bahasa Pengaturcaraan
Secara umumnya, bahasa pengaturcaraan direkabentuk untuk menggunakan
sintaks tahap tinggi, yang lebih mudah difahami oleh pembangun (programmer). Ia
adalah peralatan yang penting bagi membantu Jurutera Perisian (Software Engineer)
untuk menulis aturcara yang lebih baik dengan lebih cepat.
April 2010
31
2.8.1 PHP
PHP (PHP: Hypertext Preprocessor) adalah perisian sumber terbuka dan
mempunyai bahasa pengaturcaraan reflektif. Bahasa pengaturcaraan ini dibangunkan
pada peringkat tinggi bahasa skrip untuk menghasilkan laman web dinamik. Selalunya
PHP digunakan dalam perisian aplikasi bahagian server. Selain itu, PHP banyak
digunakan dalam Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS) iaitu sistem pangkalan
data yang berfungsi dalam kebanyakkan pelayan web dan pelbagai sistem pengoperasian
(Suehring et al, 2002). Kos penggunaan PHP adalah murah berbanding mengunakan
bahasa pengaturcaraan web dinamik yang lain.
2.8.2 HTML
HTML bermaksud HyperText Markup Language yang telah mendominasi dan
menjadi penanda kepada web programming yang lain. Ianya menyediakan kemudahan
maklumat berbentuk teks, disamping mempunyai kemudahan pautan (link), heading,
paragraphs, senarai dan sebagainya dan juga memberikan tambahan kepada teks
dengan interactive form, sisipan imej dan objek-objek yang lain. HTML ditulis di dalam
borang menggunakan tags tertentu. Ianya juga boleh dimasukkan scripting language ke
dalamnya seperti JavaScripts yang akan memberikan kesan di dalam pelayar web dan
lain – lain pemperoses HTML yang lain. Dokumen paparan berasaskan teks ini boleh
ditulis dan disunting menggunakan perisian penyuntingan teks seperti notepad,
Microsoft Word atau Microsoft Front Page. Aturcara dokumen HTML ini dimulakan
dengan tag <html> dan diakhiri </html>. Tajuk bagi tetingkap browser di label dalam
April 2010
32
<title>...</title>. Manakala untuk menggambarkan paparan dokumen tersebut,
kandungan mesti di letakkan dalam label <body>...</body>. Dokumen-dokumen ini
boleh di paut antara satu sama lain menggunakan tag <a href>.
Secara khususnya HTML bermula pada pertengahan 1993 yang mana seorang
ahli fizik bernama Tim Berners-Lee menandatangani kontrak bersama CERN pada tahun
1980 dan mengusulkan cadangan untuk sistem Internet-base Hypertext pada tahun 1989
bersama Robert Cailliau (jurutera sistem data CERN) dan turut serta di dalam projek
WorldWideWeb (W3) yang telah diterima oleh CERN. HTML mempunyai 22 elemen
sebagai rekabentuknya. Pada masa kini, kod HTML diguna pakai oleh semua web
programming.
2.8.3 JavaScript
JavaScript adalah satu contoh jenis bahasa skrip. Bahasa skrip boleh dianggap
sebagai satu bahasa pengaturcaraan yang tidak kompleks seperti bahasa pengaturcaraan
lain. JavaScript terdiri daripada arahan-arahan yang boleh dilarikan. Namun, yang
membezakannya ialah, ia boleh disertakan dalam dokumen HTML. Cara untuk melihat
hasil skrip ini ialah dengan menggunakan pelayar web seperti Netscape dan Internet
Explorer. JavaScript boleh menjadikan dokumen HTML lebih interaktif dan
menyediakan operasi yang tidak mampu disediakan oleh HTML. Antara operasi mudah
yang mampu dilaksanakan oleh JavaScript adalah seperti pemeriksaan form, paparan
jam digital, penukaran warna latar belakang, dan paparan popup windows. Di bawah
merupakan salah satu contoh skrip yang digunakan dalam Javascript.
April 2010
33
<HTML>
<HEAD>
</HEAD>
<BODY>
<SCRIPT LANGUAGE=”JavaScript”>
<!--
//cetak Hello World!
document.write(“Hello World!”)
-->
</SCRIPT>
</BODY>
</HTML>
Skrip di atas akan mengeluarkan output seperti berikut: ”Hello World!”. Arahan
document.write (“Hello World!”) akan mencetak rentetan atau teks yang berada dalam ().
Bagi simbol <!-- dan -->, ia merupakan satu skrip yang bertindak sebagai komen.
Simbol // ini juga adalah simbol untuk komen tetapi hanya untuk satu baris sahaja. Ini
akan menghalang JavaScript daripada melarikan baris-baris tersebut.
2.9 Kesimpulan
Kesimpulannya ialah pembangun mendapati beberapa aspek seperti
kebolehgunaan, faktor kebolehpercayaan, kesesuaian, rekabentuk yang menarik dan
antaramuka yang mesra pengguna perlu di ambil kira apabila menghasilkan sesuatu
sistem baru.yang berasaskan pangkalan.data. Kepentingan sistem maklumat dalam
pengurusan maklumat organisasi juga telah dibincangkan oleh pembangun. Penyelidik
akan mengupas aspek rekabentuk sistem dan metodologi dengan lebih terperinci di
dalam bab yang seterusnya.
April 2010
BAB 3
REKA BENTUK SISTEM
3.1 Pendahuluan
Keterangan mengenai kaedah atau metodologi serta rekabentuk sistem akan
diterangkan dengan lebih lanjut di dalam bab ini. Tujuan utama bab ini ialah untuk
memastikan segala aspek-aspek pembangunan sistem sesuai untuk digunakan seperti
dari segi aspek teknikal, pendekatan rekabentuk sistem dan sebagainya. Segala
kekangan akan dapat di atasi sekiranya pembangun merancang dengan teliti. Selain itu,
arahan juga hendaklah jelas, ringkas dan teratur bagi memudahkan pengguna untuk
menggunakannya.
April 2010
35
3.2 Model Reka Bentuk dalam Pembangunan Sistem
Menurut Jamalludin, et al., (2001), model reka bentuk instruksi bersistem
(instruction design model) menyediakan suatu kerangka kerja yang dapat membantu
seorang pengaturcara dalam melaksanakan tugas bagi merekabentuk sistem yang akan
dibangunkan dengan lebih sistematik. Sebelum sesuatu sistem dilaksanakan metodologi
pembangunan yang sesuai perlu dikenalpasti oleh sistem analisis supaya projek dapat
dilaksanakan dengan lancar dan teratur.
Terdapat banyak metodologi pembangunan seperti model Waterfall oleh
Winston W. Royce, ADDIE oleh Rosett, ASSURE oleh Robert Heinich et al., dan
banyak lagi. Didapati Model Waterfall merupakan model pembangunan yang paling
sesuai digunakan untuk membangunkan projek ini kerana model ini mengandungi
beberapa fasa yang dapat memastikan setiap tugas dijalankan dengan teliti dan berkesan.
Pembangun tidak menggunakan modul ADDIE kerana dalam modul ini, tidak terdapat
fasa penyelenggaraan seperti modul Waterfall. Di dalam modul ADDIE hanya terdapat
lima fasa sahaja iaitu fasa analisis, rekabentuk, pembangunan, perlaksanaan dan akhir
sekali fasa penilaian. Fasa penyelenggaraan ini sangat penting bagi sesebuah sistem
laman web kerana untuk mendapatkan sebuah sistem yang berkualiti, sistem tersebut
perlulah di selenggara dari semasa ke semasa oleh admin supaya sebarang masalah yang
dihadapi dapat di atasi dengan segera.
April 2010
36
Rajah 3.1: Model Waterfall oleh Winston W. Royce
Metodologi ini merupakan satu kaedah klasik yang diamalkan dengan meluas
dalam pembangunan perisian. Kaedah model ini mempunyai siri aktiviti secara
berjujukan dan sistematik. Pendekatan ini bermula pada peringkat awal iaitu fasa
perancangan dan berterusan secara berjujukan sehingga ke fasa operasi dan
penyelenggaraan. Selain daripada digunakan dengan meluas, ia juga memudahkan
aktiviti pengurusan projek kerana masa untuk mula dan tamat sesuatu fasa ditentukan
dengan jelas. Hasil kerja sesuatu fasa mempengaruhi fasa-fasa berikutnya. Oleh itu, ia
perlu disemak dan dinilai sebelum melangkah ke fasa seterusnya. Selepas sistem siap
dan digunakan, sistem tersebut biasanya akan diperbaiki mengikut kehendak semasa.
Penerangan ringkas tentang model ini ditunjukkan dalam Rajah 3.1.
April 2010
37
3.3 Model Waterfall
Model reka bentuk ini mempunyai lima fasa iaitu fasa analisis, fasa reka bentuk,
fasa pembangunan, fasa pengujian dan fasa penyelenggaraan. Kaedah waterfall ini baik
untuk digunakan jika proses yang memerlukan pengkomputeran adalah jelas.
3.3.1 Fasa Analisis Keperluan Sistem dan Ujian
Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh pembangun ialah menentukan
keperluan sistem yang hendak dibina bagi memenuhi kehendak pembangun. Selain itu,
pembangun juga perlu memikirkan dan merancang tentang bantuan sokongan dan
pangkalan data yang bersesuain bagi mereka bentuk sistem tersebut. Menurut
Baharuddin Aris et al., (2002), analisis keperluan inilah yang memberikan gambaran
masalah yang melibatkan fungsi perisian, dokumentasi yang diperlukan dan keperluan
persembahan. Ia juga melibatkan persekitaran penggunaan sesuatu perisian itu
(perkakasan, perisian organisasi dan pengguna). Kebaikan fasa analisis ini ialah ia dapat
menilai samada penyelesaian adalah menjimatkan dari segi kos dan praktikal dari segi
teknologi.
Pada peringkat fasa analisis ini juga, pembangun menganalisis terhadap sistem
peperiksaan atau ujian secara tradisional yang telah digunapakai sekian lama.
Pembangun beranggapan bahawa sistem tradisional ini perlu diubah kepada sistem
berasaskan web kerana sistem ini akan menjimatkan masa pemeriksaan sesuatu ujian
dan tahap kemungkinan untuk kehilangan data yang disimpan berasaskan sistem web
adalah sangat rendah. Di samping itu, pengguna akan memperolehi keputusan ujian
April 2010
38
pada masa itu juga. Bagi analisis pemilihan perisian, pembangun memilih menggunakan
perisian Macromedia Dreamweaver. Web editor jenis ini sangat popular dan sering
digunakan oleh pembangun-pembangun web yang lain. Pemilihan model reka bentuk
Waterfall dipilih berdasarkan konsep pengkomputeran yang jelas serta mengikut
spesifikasi yang ditetapkan. Dengan itu, model ini dapat memberi gambaran awal
kepada pengguna tentang sistem yang dibangunkan.
Proses penganalisan ujian dibuat dengan mengenalpasti masalah yang berlaku
terhadap masalah yang di hadapi oleh guru dalam menentukan aliran kelas para pelajar
berpandukan kepada pencapaian PMR sahaja. Dengan ini, pengkaji merasakan bahawa
satu sistem perlu diwujudkan bagi membantu pelajar dalam memilih aliran berpandukan
hubungkait antara ujian pencapaian akademik, ujian personaliti dan ujian IQ. Pengkaji
memilih untuk menggubal soalan objektif berpandukan teori Taksonomi Bloom kerana
teori ini mempunyai kesemua aras dari aras rendah sehingga aras yang tinggi yang
diperlukan bagi menilai samada pelajar tersebut menguasai keseluruhan aras-aras
tersebut ataupun tidak. Penggubal soalan ujian akademik membuat pemilihan beberapa
subjek yang mempunyai kaitan dengan aliran-aliran yang ditawarkan.
3.3.2 Fasa Rekabentuk Sistem dan Ujian
Mereka bentuk sistem merupakan fasa utama yang perlu ada di dalam pembinaan
sesuatu laman web. Antara isu yang selalu ditentukan dalam fasa mereka bentuk sisitem
ini ialah pengguna, isi kandungan dan bentuk laman web. Reka bentuk laman web
terbahagi kepada tiga reka bentuk yang utama iaitu reka bentuk informasi, reka bentuk
interaksi dan reka bentuk persembahan. (Azean et.al, 2007)
April 2010
39
Reka bentuk informasi diperlukan bagi membantu pembangun dalam pengurusan
sesuatu laman web. Pembangun memilih pendekatan struktur akses secara linear iaitu
pengguna melayari dari satu halaman ke satu halaman seperti membaca buku (Azean
et.al, 2007). Kebaikan struktur ini ialah ia memastikan bahawa pengguna akan melalui
satu per satu halaman web tersebut. Ini adalah kerana pengguna dikehendaki menjawab
semua soalan yang telah disediakan bagi menentukan aliran mereka.
Penyusunan maklumat ini terbahagi kepada beberapa sub komponen seperti
maklumat pelajar, maklumat item-item ujian dan keputusan. Penyusunan seperti ini
dapat mengelakkan pengguna daripada sesat sewaktu melayari laman web tersebut.
Maklumat-maklumat keputusan akan dipersembahkan dalam bentuk transkrip bagi
memudahkan pengguna untuk melihat keputusan aliran dan sekaligus membolehkan
pengguna mencetak keputusan tersebut.
Bagi pengguna (guru) pula, keputusan ujian adalah berbentuk jadual (table) yang
mengandungi keseluruhan keputusan dan ini akan memudahkan guru untuk melihat dan
membahagikan bilangan pelajar untuk setiap kelas berdasarkan aliran.
Rajah 3.2: Penyusunan maklumat secara linear
Bagi reka bentuk interaksi, terdapat tiga komponen yang penting dalam
memperolehi reka bentuk laman web yang baik iaitu organisasi, navigasi dan
April 2010
40
interaktiviti. Pembangunan di mulakan dengan laman utama (index page atau home
page) yang menunjukkan secara keseluruhan mengenai laman web tersebut. Ini adalah
penting kerana pengguna akan tahu apa yang mereka akan perolehi. Pembangun akan
menggunakan banner (tajuk utama) bagi memberitahu pengguna tentang halaman
tersebut.
Untuk interaktiviti pula, pembangun menggunakan teknik place finding iaitu
petunjuk yang memberitahu di mana pengguna berada sekarang sewaktu melayari laman
web tersebut. Bagi struktur linear, pembangun laman web lain menggunakan kaedah
nombor halaman pada setiap halaman web tersebut.
Tujuan kaedah ini digunakan adalah untuk memastikan pengguna (pelajar)
melayari setiap halaman-halaman ujian tersebut dan tidak berlaku sebarang kekeliruan
atau hilang arah (lost). Navigasi web pula, pembangun menyediakan menu yang
terdapat dibahagian kiri dan atas halaman web tersebut. Di sini, pengguna diberi
beberapa pilihan seperti guru dan pelajar. Setiap kategori pengguna akan mempunyai
password dan username yang tersendiri untuk menjamin keselamatan maklumat pelajar
dan hasil keputusan ujian penentuan aliran tersebut.
Reka bentuk yang terakhir dalam fasa ini ialah reka bentuk persembahan.
Pembangun memilih menggunakan warna yang lembut seperti hijau dan biru laut kerana
ini memberi konsep sistem pendidikan seperti laman web Kementerian Pelajaran
Malaysia, KPM. Warna cerah seperti warna putih juga digunakan untuk
memperjelaskan lagi item-item dan hasil keputusan ujian. Pembangun juga
menggunakan banner yang menarik, jenis font San Sarif iaitu jenis font Tahoma dengan
saiz 10 atau 12 supaya pengguna berasa selesa semasa membaca maklumat atau arahan
yang terdapat dilaman web tersebut.
April 2010
41
Selain itu, pengguna juga menambah beberapa imej, java script dan CSS untuk
mendapatkan reka bentuk antaramuka yang formal dan sistematik. Saiz lebar
antaramuka sistem ditetapkan pada 800 x 600 piksel kerana ia sesuai untuk digunakan di
semua jenis komputer. Popup window turut digunakan pada sesetengah helaian bagi
memaparkan tanda alert iaitu seperti pengguna tidak lengkap semasa mengisi maklumat
diri pengguna atau pengguna tidak lengkap menjawab soalan yang telah ditetapkan.
Dalam pembentukan item-item ujian untuk STAR (Pengujian Akademik),
pembangun memilih untuk menggunakan bentuk ujian objektif yang mengkehendaki
pelajar menjawab jawapan dengan tepat. Ujian ini mengandungi empat bahagian yang
setiap satunya mempunyai 30 soalan. Item- item yang dibina merangkumi empat
bahagian iaitu Sains, Matematik, Teknologi Maklumat dan Kemahiran Hidup. Ke
empat-empat bahagian ini akan menentukan pemilihan aliran pelajar yang terdapat di
sekitar sekolah Malaysia seperti aliran Sains Tulen, Teknologi Maklumat, Vokasional
dan Sastera. Item-item ini akan disusun secara teratur mengikut setiap aras bagi
mengelakkan pelajar mengalami kekeliruan semasa menjawab item-item berikut.
Dalam perancangan yang telah dilakukan, pembangun memilih untuk
menggunakan item jenis objektif kerana ia mempunyai beberapa kebaikan yang sesuai
untuk dibangunkan melalui sistem pangkalan data. Jadual 3.2 di bawah menunjukkan
perbandingan kebaikan antara ujian objektif dan ujian subjektif manakala jadual 3.3
menunjukkan kelemahan antara dua jenis ujian tersebut.
April 2010
42
Jadual 3.1: Kebaikan ujian objektif dan ujian subjektif
Objektif Subjektif
Ujian ini dapat membezakan peringkat-
peringkat pemikiran dan peringkat objektif
pembelajaran.
Penyediaannya lebih mudah dan tidak
memakan masa yang panjang.
Pemeriksaan dan pemberian markah dapat
jalankan dengan lebih tepat dan
kebolehpercayaan didapati tinggi.
Memberi kurang dorongan masalah
mengagak.
Pemeriksaan memakan masa yang pendek
dan mudah untuk dinilai.
Membolehkan jawapan yang lebih bebas
diberi.
Jadual 3.2: Kelemahan ujian objektif dan ujian subjektif
Objektif Subjektif
Item-item ujian pelbagai pilihan amat
sukar dan memakan masa yang panjang
untuk membentukknya.
Persampelan adalah terhad
Tidak dapat menguji kemahiran pelajar
menulis dan merancang dengan cara
tersendiri.
Memungkinkan jawapan yang tidak
berkaitan diberi.
Tidak menilai kemahiran menulis, tetapi
ujian ini memerlukan kemahiran pelajar
membaca item-item berdasarkan masa
yang telah ditetapkan.
Sukar untuk diberi skor kerana
pemarkahan berdasarkan kepada jawapan
yang ditulis boleh pelajar.
April 2010
43
Berdasarkan kepada jadual kebaikan dan kelemahan di atas, pembangun memilih
untuk menggunakan item jenis objektif. Ini adalah kerana, item tersebut sesuai
digunakan untuk Teori Taksonomi Bloom. Pembangun membina item-item soalan
berdasarkan kepada enam fasa Taksonomi Bloom iaitu Pengetahuan, Kefahaman,
Aplikasi, Analisis, Sintesis dan Penilaian. Enam fasa ini merupakan objektif
pembelajaran yang akan diuji di dalam sistem ini. Selain itu, skema pemarkahannya
tetap sama walaupun pemeriksa memeriksanya beberapa kali apabila penggunaan ujian
objektif digunakan. Bagi skema pemarkahan esei, ia banyak berpandukan kepada
jawapan-jawapan yang diberikan oleh pelajar dan ini boleh menyebabkan skem
pemarkahan berubah-ubah. Disebabkan pembangun membina item-item akademik
menggunakan pangkalan sistem data, maka pembangun tidak perlu lagi menyemak
kertas secara manual. Pemeriksaan bahagian akademik dilakukan secara automatik dan
sekaligus dapat menjimatkan masa penandaan serta pelajar dapat mengetahui keputusan
mereka pada masa itu juga.
3.3.3 Fasa Implemetasi
Fasa implementasi merupakan proses membangun dan menghasilkan laman web
dengan menggunakan aplikasi-aplikasi yang sedia ada seperti perisian penyunting web,
perisian grafik, pelayar web, dan pelayan web. Fasa ini dilakukan selepas melepasi
kesemua kriteria-kriteria yang terdapat dalam fasa rekabentuk. Fasa ini juga dikenali
sebagai fasa produksi. Fasa ini memfokuskan kepada langkah pembinaan antaramuka
penguna dan pembangunan sistem ujian berasaskan pangkalan data. Menurut
Jamaluddin Harun, et. al (2001), ciri-ciri rekabentuk yang baik adalah pembangun
menyediakan panduan kepada pengguna agar tidak timbul masalah semasa
menggunakan sistem tersebut. Perkara yang perlu diambil kira semasa proses
membangunkan antaramuka, ialah penggunaan elemen interaktif seperti grafik yang
sesuai dan pembangunan navigasi yang teratur dan sistematik.
April 2010
44
Dalam fasa ini juga, pembangun telah menggunakan beberapa panduan bagi
rekabentuk interaktif. Pembangun menggunakan tiga panduan rekabentuk interaktif yang
bersesuaian dengan sistem ini. Bagi panduan pertama, penggunaan bahagian “hubungi
kami” adalah cara terbaik untuk memberi panduan kepada pengguna bagi mencapai
maklumat yang lebih terperinci tentang pembangun sistem STAR tersebut. Panduan
kedua pula, membantu pengguna mencari maklumat yang diperlukan. Contohnya
pembangun halaman sistem STAR ini menyediakan fungsi carian. Bagi panduan
mendedahkan kandungan halaman, langkah ini dilakukan dengan memperkenalkan apa
sebenarnya sistem STAR ini dan tujuan sebenar sistem ini dibangunkan pada halaman
utama. Site Map atau laman peta disediakan oleh pembangun bagi mengelakkan
penguna tersesat.
Dibahagian ini, pembangun memasukkan item-item akademik ke dalam sistem
soalan yang menggunakan aplikasi pengaturcaraan di bangunkan dengan bentuk mesra
pengguna. Bagi soalan yang belum di jawab, „popups window‟ akan keluar untuk
mengingatkan pengguna supaya menjawab kesemua soalan ujian yang diberikan.
Pemarkahan dibuat dengan mewakilkan setiap soalan mendapat satu markah.
3.3.4 Fasa Pengujian
Pengujian melibatkan penyesuaian satu set kriteria yang telah ditetapkan
terhadap sesuatu persembahan bagi mengenalpasti masalah. Secara khususnya, fasa ini
akan memeriksa perjalanan projek berdasarkan spesifikasi yang telah ditetapkan. Fasa
pengujian perlu dilakukan untuk memastikan web yang dibangunkan tidak mempunyai
masalah dari segi teknikal serta isi kandungan.
April 2010
45
Menurut Azean et.al (2007), tujuan utama fasa ini ialah bagi memastikan tiada
sebarang masalah dan tidak mengecewakan pengguna yang menggunakan laman web
tersebut. Pembangun memilih beberapa aspek yang perlu diuji seperti dari aspek jenis
browser yang digunakan, sistem operasi, resolusi skrin dan sebagainya. Pembangun
melakukan pengujian terhadap sistem dari semasa ke semasa supaya segala masalah
dapat diselesaikan.
Pengesahan daripada penilai pakar merupakan satu ciri yang perlu ada dalam
fasa pengujian ini. Dalam pengujian sistem ini, pembangun memilih untuk melakukan
pengujian Alpha (Alpha-Testing). Pembangun menguji sistem di kalangan rakan-rakan
pembangun atau ahli kumpulan sahaja. Pembangun memilih kaedah pengujian ini
kerana pembangun ingin memastikan samada arah dan struktur sesuai atau perlu dibuat
sedikit perubahan. Selain itu, ia juga menentukan samada produk pengkodan memenuhi
spesifikasi reka bentuk dan keperluan pengguna.
3.3.5 Fasa Penyelenggaraan
Baharuddin Aris et al, 2003 menyatakan fasa ini akan dilakukan setelah
pengujian di buat secara menyeluruh terhadap sistem tersebut kerana berkemungkinan
sistem akan mempunyai kesilapan yang tidak dapat di kesan dan ia memerlukan
pengubahsuaian dan peningkatan selepas di laksanakan. Di fasa penyelengaraan inilah
pembangun dapat memperbaiki kesilapan yang telah di nilai oleh pakar dan sampel
pengguna melalui penilaian tidak formal yang telah di buat.
April 2010
46
3.4 Kebaikan dan Keburukan Model Waterfall
3.4.1 Kebaikan
1. Dokumentasi projek bagi setiap projek adalah dijamin lengkap sebelum beralih
ke fasa yang seterusnya. Ini adalah kerana, pembangun perlu menyemak semula sistem
yang telah dibuat secara terperinci untuk mengelakkan sebarang masalah sebelum
meneruskan lagi pembangunan sistem tersebut.
2. Kawalan penuh terhadap setiap fasa yang dilalui dapat dilakukan kerana tiada
perulangan fasa.
3. Dokumen yang dijana bagi setiap fasa adalah amat lengkap dan tepat sebagai
syarat untuk melalui fasa seterusnya perlaksanaan projek.
3.4.2 Kelemahan
1. Penelitian yang tinggi - Fasa ini memerlukan penelitian oleh pembangun kerana
untuk bergerak ke fasa yang seterusnya, pembangun harus meneliti fasa yang
dilakukannya sekarang, secara terperinci.
April 2010
47
2. Masa yang lama - Fasa ini memerlukan masa yang lama di dalam setiap fasa
untuk memastikan tiada lagi sebarang masalah dari semua aspek dan model ini tiada
perulangan fasa.
3.5 Carta Alir STAR
Carta alir merupakan perwakilan grafik tentang bagaimana sesuatu perisian itu
akan berfungsi. Bahasa yang digunakan untuk menjelaskan susunan skrin dan fungsi
dalam perisian adalah dalam bentuk simbol-simbol piawai yang boleh difahami secara
universal yakni oleh mana-mana pereka bentuk dan pembangun perisian. (Baharudin
Aris, 2002). Penggunaan carta alir ini telah diperkenalkan oleh Frank Gilbreth, 1921.
Rajah-rajah d bawah menunjukkan carta alir bagi sistem yang akan dibangunkan oleh
pembangun.
April 2010
48
Rajah 3.3 : Carta Alir Keseluruhan Sistem
Rajah 3.4 : Carta Alir Modul Guru
A
Keputusan
Log out
Mula
Log in
Menu
B
Pelajar
A
Guru
April 2010
49
Rajah 3.5 : Carta Alir Modul Pelajar
3.6 Pemilihan Keperluan Perisian dan Perkakasan dalam Pembangunan Sistem
Keperluan perkakasan dan perisian yang bakal diguna pakai oleh pembangun
adalah bertujuan untuk memudahkan pembangun melaksanakan proses merekabentuk
sistem dengan lebih terancang. Keterangan ringkas mengenai teknologi yang digunakan
B
Maklumat diri pelajar
Soalan-soalan ujian
Keputusan
April 2010
50
khususnya bahasa pengaturcaraan turut disertakan. Jadual 3.3 menunjukkan senarai
perisian yang dipakai sepanjang fasa ini dilaksanakan.
Jadual 3.3: Jenis dan nama perisian yang digunakan dalam pembangunan STAR.
Perisian/Teknologi Keterangan
Sistem Pengoperasian Windows XP Sistem pengoperasian ini dipilih kerana ia
merupakan perisian pengoperasian yang
lazim digunakan oleh pembangun.
Grafik Editor:
Adope Photoshop CS3
Perisian ini digunakan untuk membina
beberapa kompenan sistem seperti butang
dan latarbelakang sistem.
Web Editor:
Macromedia Dreamweaver MX
Perisian ini digunakan untuk
membangunkan sistem dari laman utama
sehingga ke laman yang terakhir.
Pangkalan Data (Database)
My-Structured Query Language
(My-SQL)
Perisian ini digunakan untuk menyokong
dokumentasi projek dan laporan.
Pelayan Web (web server)
XAMPP versi 1.6.8.
Perisian percuma ini adalah bercirikan
sumber terbuka (open source) dan
persekitaran bersilang (cross-platform). Ia
mengandungi Pelayan Apache HTTP,
pangkalan data MySQL dan penterjemah
(interpreter) skrip yang ditulis dalam bahasa
PHP.
Pelayar Web (Internet Browser)
Microsoft Internet Explorer
Mozilla Firefox
Google Chrome
Penyemakimbas adalah paket perisian yang
membolehkan pengguna untuk memapar dan
berinteraksi dengan dokumen yang di hos
oleh pelayan web.
April 2010
51
Selain daripada perisian sistem, perkakasan juga perlu di ambil kira supaya
sistem yang dibangunkan tidak akan mengalami sebarang masalah teknikal atau
seumpama dengannya. Antara perkakasan yang digunakan oleh pembangun adalah
seperti berikut.
i. Komputer : Komputer riba Compaq Presario v2000
ii. Pemproses : Intel Core Duo (R) M 1.63 GHz
iii. Ingatan capaian rawak (RAM) : 1.50 GB
iv. Sistem pengoperasian: Microsoft Windows XP
v. Kapasiti cakera keras : 2.24 GB
vi. Resolusi skrin : 800 x 600 piksel dengan 32-bit
vii. Peranti input seperti papan kekunci dan tetikus
Beberapa buah komputer lain yang dirangkaikan dalam satu rangkaian Local
Area Network turut digunakan oleh pembangun untuk menguji kelancaran perjalanan
sistem. Komputer-komputer ini bertindak sebagai pelanggan (client) dan mencapai data
daripada komputer pembangun yang juga dijadikan komputer pelayan (server).
Komputer - komputer ini (client), mempunyai spesifikasi yang pelbagai dan dapat
menunjukkan situasi yang sebenar apabila keseluruhan sistem dimuat naik ke komputer
pelayan yang sebenar.
April 2010
52
3.7 Penyebaran
Menurut (Azean et.al, 2007) penyebaran adalah satu proses meletakkan fail-fail
ke internet. Pembangun akan memuat naik fail-fail le internet dengan menggunakan
aplikasi yang percuma. Ini adalah kerana ruangan sebanyak 100 MB yang disediakan
adalah mencukupi bagi menampung sistem ini. Pengguna yang mencapai sistem ni
seharusnya mempunyai spesifikasi minima komputer seperti berikut:
i. Komputer : Komputer peribadi atau riba
ii. Unit pemprosesan pusat (CPU) : Intel Pentium III 1.4 GHz
iii. Cakera keras : 50 GB
iv. Perkakasan input : Papan kekunci dan tetikus
v. Capaian internet : Modem 56kbps
vi. Sistem pengoperasian : Microsoft Windows XP Professional
vii. Pelayar Web : Microsoft Internet Explorer 6.0
3.8 Rekabentuk Soalan Akademik
Di dalam bahagian ini, penggubal soalan telah membina Jadual Penentuan Ujian
bagi setiap subjek berdasarkan teori Taksonomi Bloom. Soalan-soalan ini telah di ambil
daripada sumber soalan Penilaian Menengah Rendah. Terdapat 120 soalan yang akan
dikemukakan. Rasional membina item STAR berpandukan soalan PMR ialah item-item
ini semua telah disahkan kesahihan oleh unit bahagian peperiksaan Kementerian
Pelajaran Malaysia. Jadual 3.2 di bawah merupakan Jadual Penentuan Ujian secara
keseluruhan bagi semua subjek. Bagi subjek sains dan matematik ia dapat memenuhi
April 2010
53
segala aras-aras Taksonomi Bloom, manakala bagi subjek kemahiran hidup dan
teknologi maklumat pula ia hanya dapat memenuhi tiga aras yang pertama teori
Taksonomi Bloom kerana aras-aras susah seperti aras analisis, sintesis dan penilaian
tersebut banyak di uji dalam bentuk soalan jenis esei. Oleh disebabkan bahagian
kemahiran hidup dan teknologi maklumat tidak memenuhi syarat Taksonomi Bloom,
penggubal soalan telah menambah bilangan soalan yang asalnya dari 10 soalan sahaja
kepada 30 soalan. Maka, jumlahnya ialah 120 soalan bagi jumlah soalan akademik. Ini
akan menunjukkan lagi kesahihan subjek-subjek tersebut dalam penentuan aliran.
Jadual 3.4: Jadual Penentuan Ujian
Subjek
Aras
Sains Matematik Kemahiran
Hidup
Teknologi
Maklumat
Pengetahuan / / / /
Kefahaman / / / /
Aplikasi / / / /
Analisis / /
Sintesis / /
Penilaian / /
Jumlah Item 30 30 30 30
Jadual 3.5 di bawah merupakan contoh soalan dan keterangan bagi setiap aras
Taksonomi Bloom yang telah digunakan bagi Sistem Ujian Penentuan Aliran ini.
April 2010
54
Jadual 3.5: Contoh senarai soalan bagi setiap aras.
Aras Soalan Keterangan
Pengetahuan
(Kemahiran
Hidup)
Berdasarkan rajah di atas yang manakah
ruang masukan?
A. P
B. Q
C. R
D. S
Pelajar di minta untuk
mengingat kembali atau
memilih bahagian ruang
kemasukanyang terdapat
pada bahagian enjin
tersebut.
Kefahaman
(Kemahiran
Hidup)
Apakah tujuan utama reja kayu digunakan
apabila mencabut paku
menggunakan tukul kuku kambing?
A Mengelak paku daripada bengkok
B Mengelak permukaan kayu rosak
C Mengelak tukul kuku kambing patah
D Mempercepatkan kerja mencabut paku
Pada bahagian ini pula,
pelajar dikehendaki untuk
mengubah kefahaman
dengan menerangkan apa
tujuan perbuatan itu
dilakukan menggunakan
alat tersebut.
Aplikasi
(Matematik)
The ratio of cows reared by Akmal,
Farhan and Henry is 8 :11: 5. They rear a
total of 4800 cows. Farhan decided to sell
400 of his cows to Akmal and 200 cows
to Henry.
Find the ratio of cows reared by Akmal,
Farhan and Henry after the sale.
Pelajar diminta untuk
menggunakan maklumat
dalam situasi yang baru,
termasuk menyelesaikan
masalah menggunakan
formula yang telah
dipelajari.
April 2010
55
Analisis
(Sains)
Diagram 14 shows the exchange of gases
in the alveolus. What is the difference
between blood X and blood Y?
Pelajar membezakan fakta-
fakta. Istilah atau kata
tugas yang selalu
digunakan dalam soalan
ialah membezakan,
memastikan dan memilih.
Sintesis
(Matematik)
In Diagram 8, OABD is a straight line.
Given that <ACB = 40° and <CBD =
130°. Which of the following relationship
is true?
Pelajar akan mencantum
idea-idea yang telah diberi
untuk menjadi satu idea
yang baru. Di sini pelajar
diminta untuk membuat
perkaitan hubungan
tersebut.
Penilaian
(Matematik)
Diberi bulatan A mempunyai luas 100?
dan bulatan B mempunyai lilitan 50?.
Tentukan apakah bulatan A dan B
merupakan bulatan yang mempunyai
ukuran yang sama?
Pelajar pelu membuat
pertimbangan, termasuk
memberi rasional
berdasarkan alasan dalaman
atau luaran..
April 2010
56
Bagi pengiraan markah pula di bahagikan kepada 3 bahagian iaitu aras rendah,
sederhana dan cemerlang. Penentuan peratusan ini ditentukan dengan menggunakan
tahap yang biasa digunakan. Pengiraan adalah berdasarkan peratusan yang mengikut .
Bagi peratusan 0% sehingga 49%, pelajar tersebut di bahagian aras rendah. Manakala,
aras sederhana pula berada di antara 50% sehingga 69%. Aras cemerlang pula berada di
lingkungan 70% sehingga 100%.
Jadual 3.6: Peratusan yang ditetapkan bagi setiap subjek
Subjek Rendah
(%)
Sederhana
(%)
Cemerlang
(%)
Sains/Matematik/Kemahiran
Hidup/ Teknologi Maklumat
0 - 49 50 - 69 70 - 100
Proses pengiraan yang digunakan ialah:
𝐽𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝐽𝑎𝑤𝑎𝑝𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑡𝑢𝑙
𝐽𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝐾𝑒𝑠𝑒𝑙𝑢𝑟𝑢ℎ𝑎𝑛 𝑆𝑜𝑎𝑙𝑎𝑛× 100% = ?
Pemarkahan dibuat secara berasingan bagi ke empat-empat bahagian akademik
tersebut. Bagi pengguna (pelajar) yang mendapat markah cemerlang (70%-100%) di
bahagian akademik sistem ujian STAR tersebut contohnya mendapat markah 85% di
bahagian ujian sains, sistem ini secara automatik akan memilih aras cemerlang tersebut
dan menghubungkan dengan bahagian kecerdasan IQ dan personaliti pengguna sistem
tersebut. Berkemungkinan pengguna tersebut layak untuk mengambil aliran sains.
April 2010
57
Akan tetapi, ia perlu melalui ujian kecerdasan IQ dan ujian personaliti dahulu sebelum
menetapkan ujian tersebut berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.
3.9 Penutup
Kesimpulannya ialah untuk membina item-item yang sesuai, seseorang itu
perlulah melakukan JPU dan sebagainya bagi mendapatkan kesahihan item-item tersebut
memenuhi kehendak objektif seperti yang telah ditetapkan. Bagi menguruskan sesebuah
perisian berasaskan web yang sistematik dan jelas, pembangun harus mengikut kaedah
dan cara yang betul, bermula daripada fasa analisis sehinggalah fasa penyelenggaraan.
Pemilihan perisian dan perkakasan yang sesuai juga dapat memudahkan proses
pembangunan aplikasi ini dan carta alir perlu dilakukan supaya pembangun dapat
melihat aliran sistem yang akan dibangunkan dengan lebih jelas lagi. Faktor-faktor
inilah yang perlu di ambil berat dalam pembangunan sesuatu sistem berasaskan web
bagi menjamin kelancaran dan kejayaannya.
April 2010
BAB 4
HASIL REKABENTUK SISTEM
4.1 Pendahuluan
Bab ini menerangkan mengenai hasil rekabentuk Sistem Penentuan Aliran
Tingkatan Empat (STAR) yang berjaya dibangunkan setelah mengikuti beberapa
bahagian fasa ‘Waterfall’ seperti yang telah dinyatakan di dalam Bab 3. Selain itu, bab
ini juga akan membincangkan tentang kandungan produk iaitu struktur asas sistem dan
panduan kepada pengguna yang akan menggunakannya.
4.2 Pakej Sistem
Windows merupakan sejenis pelantar (platform) yang digunakan untuk
melaksanakan STAR. Bagi pengguna sistem ini, mereka memerlukan perisian pelayar
April 2010
59
web (web browser) dan talian internet. Mereka digalakkan mempunyai sambungan
internet berkelajuan tinggi (broadband) bagi mengelakkan sebarang kelewatan
perpindahan data antara komputer peribadi dengan komputer pelayan.
4.2.1 Antaramuka Utama Sistem
Resolusi skrin monitor yang biasa digunakan ialah 800 x 600 piksel untuk
paparan yang optimum bagi semua jenis komputer. Untuk melayari sistem ini,
pengguna hendaklah mengguna pelayar web Internet Explorer (IE). Ini kerana,
sesetengah kod JavaScript di dalam sistem ini hanya boleh diterjemahkan dengan
menggunakan pelayar web IE. Sekiranya tidak menggunakan pelayar web IE, ralat
seperti yang ditunjuk dalam Rajah 4.1 akan berlaku. Demi kemudahan pengguna yang
tidak mempunyai pelayar IE, pembangun sistem telah menyediakan pautan bagi memuat
turun perisian pelayar web IE. Rajah 4.2 merupakan paparan bagi pautan memuat turun
IE.
Rajah 4.1: Ralat yang terpapar apabila pengguna menggunakan pelayar web Chrome
April 2010
60
Rajah 4.2: Antaramuka paparan muat turun IE
Sistem ini terdiri daripada dua kategori utama iaitu kategori guru sekolah dan
kategori pelajar yang merupakan pelajar tingkatan tiga. Sistem ini berlainan daripada
sistem yang lain kerana tidak mempunyai kategori admin. Hal ini kerana sistem ini telah
dibangunkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Kesemua kategori tadi akan
menemui paparan utama log in yang sama tetapi mereka akan menemui paparan yang
berbeza selepas mereka mendaftar masuk mengikut status masing-masing.
April 2010
61
Rajah 4.3: Paparan bagi ’log in’ dan ’log out’ untuk masuk dan keluar sistem.
Sistem ini juga mengaplikasikan konsep mesra pengguna kerana ia juga dapat
dilihat sekiranya pengguna tidak mahu mendaftar. Akan tetapi pelawat sistem ini hanya
terhad untuk beberapa menu sahaja seperti menu utama, hubungi dan panduan ujian.
April 2010
62
Rajah 4.4: Paparan menu bagi pelawat sistem
Paparan antaramuka bagi semua menu ini akan dipaparkan di bahagian tengah
laman web manakala pembangun sistem mengekalkan kedudukan paparan menu di
bahagian tepi kiri laman web tersebut. Ini akan memudahkan pengguna supaya tidak
keliru. Antaramuka paparan utama sistem ditunjukkan dalam Rajah 4.5.
Rajah 4.5: Antaramuka paparan utama sistem
April 2010
63
Pembangun sistem telah menawarkan capaian mudah ke laman web lain dengan
membuat pautan menggunakan perkataan. Sebagai contoh, di dalam sistem STAR ini,
pengguna boleh menekan pautan (KPM) yang berwarna biru untuk ke halaman web
Kementerian Pelajaran Malaysia. Selepas pengguna menekan link tersebut, perkataan
KPM tadi akan berubah warna dari biru ke hijau. Ini menunjukkan bahawa pengguna
tersebut telah menekan link tersebut. Secara automatik, paparan window baru bagi
laman web akan terpapar.
Rajah 4.6: Pautan bagi capaian mudah ke laman web Kementerian Pelajaran Malaysia
4.2.2 Kategori Pengguna: Guru
Bagi kategori pengguna sebagai guru, mereka perlu melalui proses pengesahan
katalaluan untuk memasuki sistem ini. Apabila proses pengesahan berjaya dilakukan,
guru tersebut akan memasuki laman web utama bagi kategori guru seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 4.7. Apabila seseorang guru memasuki sistem penentuan
aliran ini, guru itu akan mendapati terdapat 3 bahagian yang mereka boleh masuki iaitu
papar profile guru, papar keputusan pelajar dan papar maklumat pelajar.
April 2010
64
Rajah 4.7: Antaramuka laman utama bagi guru
Sekiranya pengguna tersebut tidak memasukkan kata laluan atau nama pengguna
nama yang betul atau tidak memasukkan sebarang katalaluan dan nama pengguna, satu
isyarat pop-up akan keluar seperti gambar Rajah 4.8 di bawah. Ini merupakan amaran
atau peringatan kepada pengguna supaya memasukkan nama pengguna dan kata laluan
yang betul.
Rajah 4.8: Paparan pop-up yang akan di paparkan.
April 2010
65
Guru tidak bertindak sebagai admin kerana sistem ini diperolehi daripada
Kementerian Pelajaran Malaysia dan admin sistem bagi sistem ini merupakan staf
Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi mengelakkan daripada berlakunya soalan bocor,
guru tidak dapat melihat soalan-soalan penentuan aliran tersebut. Selain itu, status juga
menunjukkan bahawa pengguna yang memasuki laman web tersebut ialah seorang guru.
Rajah 4.9 di bawah menunjukkan senarai menu yang boleh dimasuki oleh guru dan
keadaan status seseorang guru itu.
Rajah 4.9: Antaramuka senarai menu bagi guru
Terdapat butang edit di bahagian bawah profile guru bagi memudahkan guru
mengemaskini semula data peribadi mereka jika berlakunya sebarang perubahan seperti
pertukaran alamat rumah, nombor telefon dan sebagainya. Apabila pengemaskinian data
selesai, pengguna di minta untuk menekan butang enter bagi menghantar data tersebut
ke pangkalan data sistem. Paparan di bawah merupakan contoh profile guru sebelum
dikemaskini. Manakala, bagi Rajah 4.10 dan Rajah 4.11 pula menunjukkan guru
tersebut membuat pengemaskinian data peribadi beliau.
April 2010
66
Rajah 4.10: Antaramuka profile bagi guru
Rajah 4.11: Antaramuka profile edit bagi pengguna guru
April 2010
67
Paparan maklumat kesemua pelajar hanya boleh dilayari oleh pengguna guru
sahaja. Akan tetapi nama pengguna dan katalaluan tidak dapat di lihat oleh guru kerana
ia adalah maklumat yang perlu dirahsiakan. Hanya pihak admin sistem ini sahaja yang
tahu maklumat tersebut di pangkalan data sistem. Rajah 4.12 merupakan paparan bagi
kesemua data peribadi pelajar yang telah memasuki laman web tersebut.
Rajah 4.12: Paparan maklumat kesemua pelajar
Manakala Rajah 4.13 menunjukkan paparan keputusan bagi kesemua pelajar
yang telah mengambil ujian tersebut. Hanya pengguna sebagai guru sahaja yang dapat
melihat keputusan ujian STAR ini secara keseluruhan. Maka, dengan adanya sistem ini
pengurusan pembahagian kelas mengikut aliran menjadi lebih mudah dan efektif. Bagi
ujian akademik, pemilihan pemarkahan ialah mengikut markah yang tinggi contohnya
pelajar mendapat markah ujian Sains 86%, ujian Matematik 76%, ujian Kemahiran
Hidup 70% manakala ujian Teknologi Maklumat ialah 65%. Sistem STAR ini akan
secara automatik memilih markah yang paling tinggi iaitu markah ujian sains dan
seterusnya akan dihubungkaitkan dengan dua lagi ujian iaitu ujian personaliti dan ujian
IQ.
April 2010
68
Rajah 4.13: Paparan keputusan kesemua pelajar
4.2.3 Kategori Pengguna: Pelajar
Seperti pengguna kategori guru, pengguna kategori pelajar juga akan melalui
proses yang sama tetapi berlainan dari segi paparan senarai menu. Status menunjukkan
bahawa pengguna merupakan seorang pelajar. Tarikh yang dipaparkan merupakan
waktu pengguna melayari laman web tersebut mengikut waktu yang telah di tetapkan di
sistem komputer pengguna. Bagi pengguna pelajar, mereka mempunyai tiga menu iaitu
bahagan Ambil Ujian (STAR), Papar profile dan Lihat Keputusan. Rajah 4.14
merupakan paparan bagi pengguna pelajar.
April 2010
69
Rajah 4.14: Antaramuka senarai menu bagi pelajar
Menu pertama ialah bahagian pengambilan ujian (STAR). Pelajar perlu
menjawab ke semua soalan untuk mendapatkan keputusan aliran tingkatan mereka.
Soalan ujian ialah berbentuk objektif seperti yang telah dibincangkan di Bab 3. Selain
itu, sistem ini akan mengukur tahap pelajar di tiga bahagian iaitu ujian Akademik, ujian
Personaliti Diri dan ujian Kecerdasan IQ. Untuk mengelakkan pengguna ’sesat’ semasa
melayari laman web ini, pembangun telah membuat satu sub header yang menunjukkan
pengguna berada di bahagian mana. Contohnya, sub header menunjukkan bahawa
pengguna berada di bahagian Ujian Penentuan Aliran Tingkatan 4.
April 2010
70
4.2.4 Antaramuka Panduan Ujian
Pembangun juga menyediakan perkhidmatan kepada pengguna seperti panduan
ujian. Pengguna dapat mengetahui serba sedikit tentang laman web sistem ini dan
mendapat gambaran awal sebelum menduduki ujian tersebut.
Rajah 4.15: Antaramuka bagi Panduan Ujian
Bagi pelajar yang tidak mempunyai akaun, mereka tidak dapat menjawab soalan
ujian STAR. Maka untuk menjawab soalan-soalan tersebut, pengguna terlebih dahulu
dikehendaki membuat akaun sendiri dan klik di bahagian ’register’ yang telah disedikan
seperti rajah di bawah. Sistem ini dibina sebegini kerana pembangun menitikberatkan
ciri-ciri keselamatan bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang kebocoran soalan.
April 2010
71
Rajah 4.16: Paparan amaran bagi yang belum berdaftar.
4.2.5 Antaramuka Ujian Akademik STAR Pelajar
Rajah 4.17 menunjukkan paparan ujian akademik yang perlu dijawab oleh
pengguna tersebut. Pelajar diberi masa selama satu jam untuk menjawab ke semua
soalan-soalan tersebut.
April 2010
72
Rajah 4.17: Antaramuka bagi ujian akademik (STAR)
4.2.6 Antaramuka keputusan ujian STAR pelajar
Selepas pelajar selesai menjawab kesemua soalan, secara automatiknya sistem
ini akan memberikan hasil ujian seperti rajah 4.18 dibawah. Pelajar boleh mencetak
keputusan ini sebagai rujukan sendiri atau lampiran. Sistem ini akan memberitahu
pencapaian akademik iaitu samada Sains, Matematik, Kemahiran Hidup ataupun
Teknologi Maklumat, kecerdasan IQ, ciri-ciri personaliti dan aliran yang sesuai untuk
pelajar tersebut.
April 2010
73
Rajah 4.18: Paparan keputusan bagi pelajar.
4.2.7 Antaramuka Site Map
Peta laman (site map) telah disediakan oleh pembangun sistem bagi
memudahkan pengguna melayari terus ke laman web yang mereka kehendaki. Ini kerana
setiap link telah dihubungkan terus ke laman web tersebut. Ini dapat menjimatkan masa
sekaligus pengguna dapat melihat susunatur sistem dengan lebih sistematik. Tujuan
laman peta ini juga disediakan ialah bagi mengelakkan pengguna sesat apabila mereka
melayari laman web tersebut. Apabila pengguna menekan sitemap, paparan Rajah 4.20
akan dipaparkan.
Rajah 4.19: Antaramuka bagi bahagian laman peta di laman web
April 2010
74
Rajah 4.20: Antaramuka bagi laman peta.
4.2.8 Antaramuka Hubungi
Jika berlaku sebarang masalah mengenai sistem ini, guru boleh membuat
sebarang aduan atau segera menghubungi admin sistem tersebut melalui telefon atau
email yang telah disediakan. Untuk memudahkan lagi pengguna untuk menghubungi
admin melalui email, pembangun sistem STAR telah membuat pautan dimana satu
paparan email akan dipaparkan.
April 2010
75
Rajah 4.21: Antaramuka bagi Hubungi Admin.
4.3 Pangkalan Data
Bagi sistem ujian ini, pembangun telah membuat dua jenis pangkalan data iaitu
pangkalan data bagi profile pengguna samada guru atau pelajar dan akhir sekali
April 2010
76
pangkalan data bagi markah ujian. Merujuk kepada Bab 3, pembangun sistem
menggunakan sistem pangakalan data MySQL. Rajah 4.22 di bawah merupakan contoh
pangkalan data bagi profile pengguna. Pembangun membuat beberapa jadual dan
melabelkannya seperti butiran-butiran yang telah ditetapkan oleh pembangun sistem
seperti nama, alamat, ic dan sebagainya. Apabila pengguna mengisi maklumat peribadi
mereka, segala maklumat atau data akan terus disimpan di pangkalan ini. Pangkalan
data ini akan berubah secara automatik sekiranya pengguna mengubah atau
mengemaskini data peribadi mereka.
Rajah 4.22: Antaramuka bagi pangkalan data profile pengguna.
Bagi ujian akademik, segala markah keseluruhan akan di simpan di pangkalan
data seperti dalam gambarajah 4.23 di bawah. Pangkalan ini mempunyai tiga lajur iaitu
nama pengguna, nombor kad pengenalan pengguna dan markah yang mereka perolehi
hasil daripada pencapaian ujian akademik tersebut. Pangkah merah merupakan arahan
April 2010
77
bagi padam data sekiranya berlaku sebarang masalah dan sebagainya. Pangkalan data
ini hanya boleh di lihat oleh admin sistem STAR sahaja.
Rajah 4.23: Antaramuka bagi pangkalan data markah ujian STAR.
4.4 Komen Terhadap Sistem
Sesebuah laman web memerlukan pelbagai kepakaran dan juga penelitian bagi
menjamin kualiti produk tersebut dan untuk menjadikan laman web itu bukan sahaja
menarik di pandang tetapi juga menjadi salah satu pilihan rujukan bagi pengguna.
Beberapa maklum balas diperolehi setelah sistem ini diuji. Antaranya ialah penggunaan
bahasa, tatabahasa dan gaya bahasa yang digunakan bersesuaian dengan pelajar
tingkatan empat terutamanya pada bahagian arahan yang jelas dan mudah untuk
difahami. Penggunaan saiz dan jenis tulisannya juga seragam dan bersesuaian. Selain
itu, paparan antaramuka yang menarik dan susunan menu yang kemas juga memudahkan
lagi pengguna untuk melayari sistem tersebut. Ruangan yang tidak terlalu padat
mengelakkan pandangan pengguna daripada rasa sakit semasa menjawab soalan-soalan
tersebut. Masa yang diperuntukkan untuk pengguna menjawab soalan amat mencukupi.
Sistem ini juga mengamalkan sistem mesra pengguna dan mempunyai capaian yang
mudah.
April 2010
78
Namun begitu, terdapat beberapa penambahbaikan yang dapat dilakukan terhadap
sistem ini. Salah satu penambahbaikan sistem ini ialah aliran di antara laman web yang
terdapat di dalam laman peta. Contohnya, penambahan butang ’selesai’ selepas
mendaftar sistem tersebut. Selain itu, pembangun disyorkan supaya menyedia
perkhidmatan bagi guru untuk memuat turun segala keputusan yang ada dalam bentuk
format excel untuk kegunaan analisis guru tersebut di masa hadapan.
4.5 Penutup
Aturan paparan yang tertentu perlu ada bagi sesebuah sistem maklumat
pengurusan yang hendak dibangunkan supaya pengguna tidak berasa keliru atau lost.
Meskipun tidak terdapat banyak arahan atau menu yang perlu diklik oleh pengguna,
aplikasi ini mempunyai sifat membimbing. Maka, penyusunan aturan yang tepat dan
kajian yang teliti perlu dilakukan bagi membentuk sebuah aplikasi web yang berkesan.
79
April 2010
BAB 5
PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan
Setiap sistem yang dibangunkan akan mempunyai beberapa kelemahan dan kekurangan
tertentu. Begitu juga dengan sistem yang telah dibangunkan ini. Bahagian ini akan
membincangkan dengan lebih terperinci rumusan projek, kebaikan serta keburukan sistem,
masalah yang dihadapi dan beberapa cadangan dalam meningkatkan mutu sistem pengurusan
yang dibangunkan.
5.2 Perbincangan
Akhirnya, projek ini telah berjaya mencapai objektifnya iaitu membangunkan satu sistem
pembangunan Ujian Penentuan Aliran Tingkatan Empat (STAR) Berasaskan Pencapaian
80
April 2010
Akademik bagi tujuan membantu pelajar dalam memilih aliran yang ditawarkan di sekolah dan
melancarkan lagi pengurusan sekolah. Pada masa kini, pembinaan sesebuah laman web yang
berunsurkan pangkalan data tidak banyak digunakan di sekolah-sekolah kerana ia bergantung
kepada peruntukan kewangan sesebuah sekolah tersebut. Terdapat sekolah yang hanya
menggunakan Microsoft Access untuk menyimpan dan menguruskan sesuatu maklumat sekolah.
Tidak kurang juga sekolah yang membeli pakej sistem daripada syarikat-syarikat tertentu dengan
harga mencecah ribuan ringgit, semata-mata untuk menyimpan maklumat sekolah.
Pembangunan STAR ini dilihat seakan-akan memberi saingan dalam pembangunan sistem
maklumat pengurusan bagi menaikkan lagi mutu pengurusan maklumat di sekolah.
Melalui STAR pelajar dapat mengetahui keputusan aliran tingkatan empat yang sesuai
dengan diri mereka dengan mudah iaitu mendapat cadangan keputusan pada masa itu juga dan
guru juga dapat melihat keputusan bilanagan pelajar mengikut aliran yang ditawarkan di sekolah
terbut. dengan lebih baik dan cepat. Keputusan STAR dan maklumat pelajar tidak lagi disimpan
dalam satu komputer, sebaliknya ia disimpan di komputer pelayan yang dilengkapi dengan ciri-
ciri keselamatan. Guru-guru tidak lagi perlu risau akan kehilangan atau kerosakan pada
komputer yang menyimpan maklumat mereka. Data yang terdapat pada komputer pelayan akan
selalu dibuat salinan (backup) bagi mengelakkan kejadian tidak diingini seperti penggodaman
(hacking) dan serangan virus.
Pembangunan STAR ini telah melalui beberapa fasa iaitu berdasarkan teori ’Waterfall’.
Antaranya ialah fasa pengumpulan dan analisis keperluan, fasa reka bentuk sistem dan ujian, fasa
pembangunan dan akhir sekali fasa pengujian. Setiap fasa ini perlu dilakukan secara terperinci
dan teratur untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Penekanan telah diberikan semasa fasa
pengumpulan dan analisis keperluan, memandangkan keperluan-keperluan ini akan menentukan
sistem yang dibangunkan. Dalam fasa reka bentuk pembangun menitikberat akan tiga jenis
rekabentuk iaitu reka bentuk informasi, reka bentuk interaksi dan reka bentuk persembahan.
Beberapa lakaran antaramuka yang difikirkan sesuai dengan sistem ini telah dihasilkan yang
bertepatan dengan konsep sistem. Fasa pembangunan merupakan fasa yang mencabar bagi
81
April 2010
pembangun iaitu menulis kod aturcara sistem dan pangkalan data. Meskipun begitu, semua
masalah yang dialami dapat diatasi dengan merujuk kepada rakan-rakan dan mencari sumber di
internet.
Dalam fasa terakhir iaitu pengujian, pembangun memilih untuk melakukan pengujian
Alpha (Alpha-Testing). Pembangun menguji sistem dikalangan rakan-rakan pembangun atau
ahli kumpulan sahaja. Pembangun memilih kaedah pengujian ini kerana pembangun ingin
memastikan samada arah dan struktur sesuai atau perlu dibuat sedikit perubahan.. Apabila siap
sesebuah modul pengguna, sistem diuji bagi mengenalpasti ralat sintaks dan logik. Ralat-ralat
ini akan menyebabkan sistem tidak dapat beroperasi dengan sempurna dan mendatangkan
masalah kepada pengguna kelak.
Dengan terhasilnya sistem ini, di harap sistem ini mampu membantu guru-guru untuk
menguruskan maklumat sekolah dengan lebih baik sejajar dengan matlamat pendidikan iaitu
mengaplikasikan penggunaan internet dalam pengurusan maklumat di sekolah.
5.3 Kelebihan Sistem
Setiap sistem yang dibangunkan akan mempunyai beberapa kelebihan yang tersendiri dan
ini akan membuatkan sesuatu sistem itu sangat istimewa dan memang sewajarnya sistem ini
dibangunkan di dalam sistem pendidikan di Malaysia. Antara kelebihan sistem STAR ini ialah
penggunaan antaramuka laman web sistem yang berkonsepkan jelas dan mudah iaitu
penggunaan kombinasi warna yang menarik dan font yang sesuai bagi tujuan untuk
mengurangkan masa memuat turun. Susunan stuktur menu yang tersusun juga memainkan
peranan yang penting bagi mengelakkan pengguna daripada tersesat jauh. Pembangun juga tidak
82
April 2010
meletakkan sebarang elemen-elemen multimedia di laman web seperti video, gambar yang
banyak, dan sebagainya kerana elemen-elemen ini jika terlalu banyak diletakkan, ia akan
mengganggu kefokusan seseorang pelajar semasa menjawab soalan-soalan tersebut.
Di samping itu, maklumat ujian atau pengguna kebiasaannya sulit dan ianya hanya boleh
dilihat oleh pelajar atau guru yang berkenaan sahaja. Oleh itu, untuk menggunakan sistem ini,
guru atau pelajar perlu melepasi proses pengesahan nama pengguna dan katalaluan pada halaman
utama, sebelum dihubungkan terus kepada sistem. Melalui proses ‘login’ ini, ia dapat menjamin
keselamatan data peribadi dan maklumat peperiksaan pengguna, di mana pengguna hanya boleh
mengakses maklumat berkaitan dengan dirinya sahaja. Bukan itu saja, malah admin sistem ini
tidak membenarkan guru atau pengguna lain untuk melihat soalan-soalan yang terdapat di dalam
sistem STAR ini untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang kebocoran soalan-soalan
tersebut. Oleh itu, admin telah menghadkan menu papar bagi pengguna guru iaitu kepada tiga
menu sahaja iaitu profil pelajar, papar keputusan pelajar, dan papar maklumat pelajar.
Sistem ini juga mempunyai perkhidmatan mencetak di mana selepas pengguna mendapat
keputusan aliran ke tingkatan empat tersebut, pengguna boleh mencetak slip keputusan tersebut
untuk di buat sebagai simpanan peribadi atau lampiran. Penyimpanan data yang banyak juga
tidak menjadi masalah bagi sistem STAR ini kerana ia tiada had dalam penyimpanan data.
Beberapa orang pengguna dapat menggunakan dan memasukkan data ke dalam pangkalan data
secara serentak dan ini tidak mengganggu sebarang pemprosesan data-sata tersebut. Pengiraan
markah secara automatik juga merupakan salah satu kekuatan yang terdapat di dalam sistem
STAR ini.
83
April 2010
5.4 Kelemahan Sistem
Di samping kelebihan yang terdapat dalam sistem ini, tidak kurang juga beberapa
kelemahan yang dapat diperhatikan. Antaranya ialah sistem ini hanya boleh dilayari dengan
menggunakan perisian Microsoft Internet Explorer (IE) sahaja. Ini berkemungkinan kerana
pelayar web seperti MozillA Firefox dan Google Chrome tidak dapat membaca atau
menterjemah bahasa pengaturcaraan yang telah digunakan oleh pembangun. Bagi pengguna
yang menggunakan pelayar web selain daripada IE, pengguna sistem akan mendapati beberapa
ralat akan terpapar di skrin seperti struktur penyusunan huruf atau menu akan berubah sedikit.
Dengan itu,untuk mengatasi masalah ini. Pembangun telah meletakkan satu link untuk pengguna
memuat turut perisian IE.
Bukan itu sahaja, malah kelemahan sistem ini juga ialah pelajar terpaksa menjawab
kesemua soalan yang dikemukan untuk mendapatkan keputusan aliran ke tingkatan empat dan ini
akan mengambil masa yang agak lama iaitu dalam lingkungan satu jam bagi seseorang pelajar
untuk menjawab kesemua soalan tersebut. Ini adalah kerana untuk ketiga-tiga ujian tersebut,
jumlah soalan yang perlu di jawab oleh pelajar adalah terlalu banyak iaitu berjumlah 140 soalan.
Antara kesan lain ialah berkemungkinan pelajar akan mengambil jalan mudah dengan memilih
sahaja mana-mana jawapan tanpa berfikir terlebih dahulu kerana kesemua soalan ini adalah
berbentuk jenis soalan objektif.
Pelaksanaan sistem ini sangat bergantung sepenuhnya kepada kemudahan komputer yang
disediakan oleh pihak sekolah. Ini merupakan sesuatu kekangan untuk sistem ini dilaksanakan
jika sesebuah sekolah tersebut kekurangan komputer dan tidak mempunyai kemudahan internet
terutamanya bagi sekolah di luar bandar yang hanya mempunyai lima buah komputer sahaja.
84
April 2010
5.5 Masalah Yang Dihadapi
Dalam membangunkan sistem ini, pelbagai rintangan atau masalah yang telah di hadapi.
Antara masalah-masalah tersebut ialah dalam pencarian item-item ujian bahagian akademik iaitu
dalam penyesuaian item-item objektif yang hendak digunakan di dalam sistem STAR ini. Ini
kerana tidak semua subjek seperti subjek teknologi maklumat dan subjek kemahiran hidup
mempunyai soalan objektif yang dapat memenuhi kesemua aras teori Taksonomi Bloom.
Kekurangan sumber bagi matapelajaran teknologi maklumat juga menyebabkan penggubal item-
item sistem STAR terpaksa membina sendiri item-item tersebut berdasarkan teori Taksonomi
Bloom dan hanya berpandukan kepada silibus matapelajaran teknologi maklumat tingkatan
empat.
Penggubal soalan juga mengalami masalah dalam mencari satu aras petunjuk (indicator)
khas yang sahih bagi ujian akademik dalam menentukan ke empat-empat aliran iaitu aliran sains,
sastera, teknologi maklumat dan juga aliran teknikal. Ini kerana tahap peratusan dalam
pemarkahan bagi yang digunakan dalam bahagian akademik tidak semestinya akan menentukan
kecenderungan pelajar terhadap sesuatu aliran tersebut. Oleh itu, keputusan ujian personaliti dan
ujian IQ juga perlu dihubungkaitkan dan di ambilkira.
Akhir sekali masalah yang wujud semasa membangunkan sistem ini ialah kekeliruan
dalam pemilihan jenis pangkalan data terbaik yang ingin digunakan iaitu Microsoft Access atau
MySQL juga merupakan salah satu masalah yang di hadapi oleh pembangun sistem laman web
ini. Ini menyebabkan penggunaan masa yang agak lama telah diambil dalam membuat
pemilihan pangkalan data sistem kerana pembangun terpaksa mencuba untuk membangunkan
pangkalan data bagi kedua-dua jenis pangkalan data tersebut dan memilih jenis pangkalan data
yang sesuai untuk sistem STAR ini.
85
April 2010
5.6 Cadangan Kajian dan Pembangunan Lanjutan
Sistem ini boleh dikatakan berjaya memberikan banyak bantuan dan kemudahan kepada
pihak pengurusan sekolah, guru dan yang paling penting kepada para pelajar. Walau
bagaimanapun, sistem ini masih boleh diperbaiki dari semasa ke semasa bagi meningkatkan
keberkesanannya. Oleh itu terdapat beberapa cadangan yang dikenalpasti antaranya ialah :
i) Berbincang dengan mana-mana pakar dalam membina item-item akademik yang akan
digunakan dalam sistem ujian STAR ini untuk mendapatkan kesahihan soalan yang lebih tinggi
bagi kesemua aras samada aras rendah,sederhana dan tinggi. Oleh itu, akan terhasillah satu
petunjuk khas yang akan menentukan hubungan antara peratusan pemarkahan sesuatu subjek itu
dengan aliran-aliran yang ditawarkan.
ii) Penggunaan pelayan berprestasi tinggi dan mempunyai sijil digital keselamatan seperti
SSL (Secure Socket Layer) adalah merupkan elemen utama dalam membangunkan sistem
berasaskan web. Ini kerana terdapat pelajar yang mempunyai pengetahuan luar biasa yang
mampu menceroboh sistem ini seterusnya melakukan sebarang perubahan pada maklumat
peperiksaan mereka.
iii) Membuat pengujian di sekolah-sekolah yang terpilih dan responden bagi ujian tersebut
merupakan pelajar lepasan PMR. Penetapan ini perlu dilakukan supaya sistem ini lebih menjadi
lebih efektif dan dapat menunjukkan kepentingan sistem ini dalam bidang pendidikan
terutamanya dalam pemilihan pelajar ke aliran yang ditawarkan di tingkatan empat.
86
April 2010
iv) Pembangun sistem yang akan datang bolehlah menyediakan pelayan server bagi sistem
STAR ini supaya ia dapat dilayari secara online dan ini akan memudahkan lagi pembangun
dalam membuat pembentangan projek pada masa akan datang.
5.7 Kesimpulan
Dengan terhasilnya sistem ini, pelajar dapat memilih aliran yang sesuai secara mudah dan
tanpa sebarang keraguan. Ini kerana pelajar dapat mengetahui kecendorongan mereka terhadap
sesuatu aliran bukan semata-mata berdasarkan pencapaian akademik sahaja malah mereka dapat
mengetahuinya berdasarkan ujian kecerdasan IQ dan ujian personaliti mereka. Di samping itu
juga, sistem ini dapat membantu sekolah mengenalpasti aliran yang perlu ditawarkan di sekolah
tersebut. Ciri-ciri penting dalam pembentukan sesebuah laman web yang berasaskan pangkalan
data juga perlu di titikberatkan oleh setiap pembangun laman web.
Kesimpulannya, sistem yang dibangunkan ini banyak memberi faedah kepada pelajar dan
pengurusan sekolah selain dapat mengurangkan isu masalah pelajar menukar aliran di saat-saat
akhir peperiksaan SPM. Secara tidak langsung, ia juga dapat mempertingkatkan lagi
penggunaan sistem di sekolah-sekolah. Di harap pada masa akan datang, sedikit
penambahbaikan kefungsian sistem ini dapat dilakukan.
RUJUKAN
Azean et.al. (2007). Pembangunan Web Interaktif: Satu Pendekatan Sistematik. Kuala
Lumpur : Venton Publishing.
Baharom, N. (2002). Kamus Dewan: (Edisi Ketiga) Kuala Lumpur. : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Baharuddin Aris. (2001). Sistem Komputer dan Aplikasinya. Kuala Lumpur. : Venton
Publishing.
Baharuddin Aris, et.al. (2002). Reka Bentuk Perisian Multimedia. Skudai Johor :
Universiti Teknologi Malaysia.
Benjamin S.Bloom et.al. (1988). Taksonomi Objektif Pendidikan : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Daniel J. Kurland, Richard M. Sharp, Vicki F. Sharpn. (1997). Introduction to the
Internet for education. Belmont, CA : Wadsworth Pub. Co.
Jamaluddin Harun et.al. (2000). Pengenalan kepada Multimedia. Kuala Lumpur :
Venton Publishing.
88
Jamaluddin Harun dan Zaidatun Tasir. (2000). Pengenalan kepada Komputer. Skudai
Johor : Universiti Teknologi Malaysia.
Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir. (2001). Menguasai Perisian Pangkalan Data :
Microsoft access XP (Siri 1): Venton Publishing.
Lee Kok Siang (2001). Faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Memilih Aliran Akademik
Di Sekolah Menengah Johor Bahr. Universiti Teknologi Malaysia : Laporan Projek
Ijazah Sarjana Muda.
Marzano, Robert J. (2007). The New Taxonomy of Educational Objectives : Corwin
Press.
MySchoolNet KPM (2009). Lepasan SPM perlu bijak pilih kursus 17 March 2009
daripada http://202.71.104.43/wmsn/
Mohamad Hazrizal Bin Mohamad Janai (2009). Pembangunan Sistem Pengurusan
Maklumat Peperiksaan Sekolah Berasaskan Web. Universiti Teknologi Malaysia :
Laporan Projek Ijazah Sarjana Muda.
Rokiah Abdullah (2009, Julai 25). Simpanan Maklumat Murid dalam Pangkalan Data
Utusan Malaysi, Julai 25, 2009, daripada http://www.utusan.com.my
Rosli Ab Ghani.. “Asas Pengaturcaraan Pangkalan Data”. Selangor, Malaysia:Venton
Publishing. 2004
Suehring, Converse, Tim & Park, Joyce. (2002). PHP Bible. Indianapolis IN: Wiley.