125
PENGESAHAN PENYELIA ‘ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Doktor Falsafah Pentadbiran Dan Pembangunan Tanah’ Tandatangan : ............................................ Nama Penyelia : Profesor Dr. Megat Mohamed Ghazali Bin Megat Abdul Rahman Tarikh : April 2010

PENGESAHAN PENYELIA ' Saya akui bahawa saya telah membaca

Embed Size (px)

Citation preview

PENGESAHAN PENYELIA

‘ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda/Sarjana/Doktor Falsafah Pentadbiran Dan Pembangunan Tanah’

Tandatangan : ............................................

Nama Penyelia : Profesor Dr. Megat Mohamed Ghazali Bin Megat

Abdul Rahman

Tarikh : April 2010

KESELAMATAN DALAM PERUMAHAN KOMUNITI BERPAGAR.

KAJIAN KES – APARTMENT PRIMA DAN TAMAN KRISTAL 2,

SEPANG SELANGOR

NORAZMAN BIN MOHD NOOR

Projek Sarjana ini dikemukakan sebagai memenuhi

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Sains

(Pentadbiran Dan Pembangunan Tanah)

Fakulti Kejuruteraan Dan Sains Geoinformasi

Universiti Teknologi Malaysia

April 2010

���

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : …………………………………………..

Nama Penulis : NORAZMAN BIN MOHD NOOR

Tarikh : APRIL 2010

����

DEDIKASI

Ucapan Terima Kasih Yang Tak Terhingga Di Atas Pengorbanan Kesabaran Dan

Masa Kepada Isteri Tercinta Dan Anak-anak Tersayang

Noorma Mohd Nor

Aiman Arsyad Dan Najwa Najibah

Dan Tidak Lupa Juga Kepada Ayahbonda

Mohd Noor Bin Mohamed

Halimah Bt Mohamad

Adik-beradik Serta Rakan Seperjuangan Yang Telah Memberi Bantuan

Dan Sokongan Moral

���

PENGHARGAAN

Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, saya dengan rasa rendah diri

memanjat kesyukuran yang tak terhingga ke hadrat Ilahi kerana dengan kekuatan

serta nikmat kesihatan yang diberi maka dapat saya menyiapkan kajian penulisan

saya ini.

Setinggi-tinggi penghargaan khas buat Profesor Dr. Megat Mohamed

Ghazali Bin Megat Abdul Rahman selaku penyelia projek sarjana yang telah

memberikan segala bentuk bimbingan, bantuan dan begitu komited sepanjang

tempoh penyeliaan.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung

atau tidak langsung dalam proses penyelidikan yang telah dijalankan. Sumbangan

buah fikiran dan bahan-bahan rujukan amat membantu dalam menghasilkan satu

penyelidikan yang baik dan sempurna. Tidak lupa juga ucapan terima kasih

kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah memberi semangat dan sokongan

moral.

��

ABSTRAK

Projek perumahan komuniti berpagar (PKB) sudah menjadi satu tren terkini dalam sektor perumahan di sekitar Selangor. Warga tempatan yang minat membeli hartanah atau menyewa premis dalam kawasan begini tidak keberatan meninggalkan persekitaran terbuka yang sudah sekian lama menjadi sebahagian kehidupan kita dan berundur ke suatu tempat yang terkurung dan lebih terkawal di sebalik tembok tinggi dan pagar besar. Orang ramai telah mula mencari skim perumahan komuniti berpagar yang boleh menyediakan keselamatan yang lebih baik. Akan tetapi komuniti berpagar bukan sukar dicerobohi. Pagar dan dinding kadangkala terlalu rendah dan membolehkan seseorang mudah memanjat masuk. Rondaan pengawal keselamatan 24 jam tidak meliputi keseluruhan komuniti dan ini disebabkan oleh batasan dan jumlah pengawal . Tujuan kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan ciri-ciri keselamatan dalam pencegahan jenayah. Penulis memfokuskan kajian kepada persepsi penduduk terhadap pembangunan komuniti berpagar dan kemampuan dan keberkesanannya dalam pengurangan kadar jenayah di kawasan kajian. Maklumat kajian diperoleh melalui sumber-sumber primer dan sekunder. Data primer diperoleh melalui kajian soal selidik yang melibatkan 30 orang responden iaitu 15 responden daripada Apartmen Prima dan 15 responden daripada Taman Kristal 2. Kajian ini mendapati bahawa skim perumahan komuniti berpagar yang dianggap selamat, masih mempunyai kelemahan berdasarkan kepada kejadian jenayah yang berlaku di kawasan kajian.

���

ABSTRACT

The development of gated community projects (PKB) has become the latest housing development trend in Selangor. The local people who are keen in purchasing or renting such properties are willing to leave the conventional housing estate that has been the norm to retreat to an enclave secured behind high walls and imposing fences. People start seeking the gated community scheme that can provide better security. However, gated community is not impenetrable. Fencing and walls are sometimes too low and enough for someone to climb in. The 24 hour security patrols also may not cover the whole community at the same time due to the limit in amount. The aim of this study was to assess effectiveness security features in crime prevention. Writer concentrate study cover population profile, perception on gated community development, crime prevention and crime rate in study area. Information of the study obtained through both primary and secondary source. Primary data are collected through surveys involving 30 respondents (15 from Apartment Prima and 15 from Taman Kristal 2) in this area. From view of this research, gated community scheme was assumed as a secured living, but it still have their weakness, which based on criminal cases happened in this particular research area.

����

KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

TAJUK i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xii

SENARAI FOTO xiv

DAFTAR KATA SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Permasalahan Kajian 3

1.3 Matlamat Kajian 4

1.4 Objektif Kajian 4

1.5 Skop Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 6

�����

1.7 Metodologi Kajian 6

1.8 Struktur Organisasi Bab 10

2 KONSEP KESELAMATAN DALAM KOMUNITI

BERPAGAR

2.1 Pengenalan 12

2.2 Definisi Komuniti 13

2.3 Definisi Keselamatan 14

2.4 Definisi Komuniti Berpagar 14

2.5 Garis Panduan / Piawaian Perancangan 17

2.6 Jenis – Jenis Komuniti Berpagar 18

2.7 Ciri-Ciri Komuniti Berpagar 20

2.8 Perkembangan Komuniti Berpagar 22

2.9 Pengalaman Pembangunan Komuniti

Berpagar Di Malaysia 29

2.10 Pengalaman Pembangunan Komuniti

Berpagar di Negara Luar 35

2.11 Kesimpulan 42

3 KAWASAN KAJIAN

3.1 Pengenalan 44

3.2 Latar Belakang Kawasan Kajian 45

3.3 Pihak Berkuasa Tempatan 47

3.4 Apartmen Prima, Kota Warisan 48

3.4.1 Peletakan 49

3.4.2 Konsep Pembangunan 52

3.5 Taman Kristal 2 53

3.5.1 Peletakan 54

3.5.2 Konsep Pembangunan 54

3.6 Kesimpulan 58

���

4 ANALISIS KAJIAN

4.1 Pengenalan 59

4.2 Kaedah Kajian 59

4.2.1 Temu ramah 60

4.2.2 Pengedaran Borang Soal Selidik 60

4.2.3 Penyediaan Analisis Data 61

4.3 Analisis Profil 61

4.4 Analisis maklum balas Responden Terhadap

Keselamatan Dalam Komuniti Berpagar 67

4.5 Analisis Terhadap Ciri-Ciri Keselamatan 73

4.6 Analisis Terhadap Kejadian Jenayah Yang

Berlaku Dalam Kawasan Kajian 79

4.7 Kesimpulan 84

5 CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 86

5.2 Penemuan Kajian 86

5.3 Cadangan Kajian 88

5.4 Masalah Dan Limitasi Kajian 89

5.5 Kajian Lanjutan 90

5.6 Kesimpulan 91

RUJUKAN 93

LAMPIRAN

��

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Jenis Komuniti Berpagar Dan Nilai Sosialnya

Di Amerika Syarikat 18

4.1 Kewarganegaraan Responden 62

4.2 Taburan Jantina responden Mengikut Bangsa bagi

Apartmen Prima dan Taman Kristal 2 63

4.3 Struktur Umur Responden Di Kawasan Kajian 63

4.4 Status Perkahwinan Mengikut Kawasan Kajian 64

4.5 Taburan Taraf Pendidikan Responden Mengikut

Kawasan Kajian 65

4.6 Jumlah Kasar Pendapatan Bulanan 66

4.7 Pemilikan Kenderaan 66

4.8 Persetujuan Dengan Konsep Pembangunan

Komuniti Berpagar 67

4.9 Sebab Responden Memilih Untuk Tinggal

Dalam Perumahan Sekarang 69

4.10 Maklum balas bahawa tinggal dalam ke atas

komuniti berpagar lebih selamat 70

4.11 Maklumbalas Mengenai Perumahan Komuniti

Berpagar Dapat Mengurangkan Jenayah 71

4.12 Maklumbalas Responden Mengenai Komuniti

Berpagar Untuk Golongan Berpendapatan Tinggi 72

4.13 Maklumbalas Responden Bahawa Tinggal

Dalam Komuniti Berpagar Dapat Mengurangkan

���

Perasaan Takut terhadap Jenayah 73

4.14 Ciri-Ciri Keselamatan Yang Disediakan 74

4.15 Keberkesanan Pintu Masuk Utama Yang Dilengkapi

Rumah Pengawal Dan Palang/Penghalang 75

4.16 Keberkesanan Rondaan Pengawal Keselamatan 76

4.17 Keberkesanan Keberkesanan Pencahayaan Yang

Mencukupi Pada Waktu Malam 77

4.18 Keberkesanan Rekabentuk Pengurangan Trafik 78

4.19 Keberkesanan Pas Kenderaan (pelekat kenderaan) 79

4.20 Pengalaman Responden Atau Ahli Keluarga

Dalam Kejadian Jenayah Sepanjang Tempoh

Tinggal di Kawasan Kajian. 80

4.21 Kejadian Jenayah yang pernah berlaku dalam

Kawasan Kajian. 81

4.22 Keselamatan Terhadap Jenayah 82

4.23 Kepuasan Mengenai Ciri-Ciri Keselamatan

Dalam Kawasan Kediaman 83

4.24 Tahap Kepuasan Ciri-ciri Keselamatan

Di Kawasan Kediaman. 84

����

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Carta Aliran Kerja 9

2.1 Susun atur Perumahan Cluster di Bukit Gita Bayu 31

2.2 Contoh Susun atur Perumahan Cluster Yang

Menggunakan Konsep “Gated Community”

Di Singapura 37

2.3 Contoh Susun atur Perumahan “Gated

Community” Di Kota Wisata, Cibubur,

Indonesia 41

2.4 Contoh Susun atur Perumahan “Gated Community”

Di Taman Duta Mas, Batam, Indonesia 42

3.1 Peletakan kawasan Dengkil dan Sepang 46

3.2 Pelan Lokasi Kota Warisan 50

3.3 Kediaman komuniti berpagar di Apartmen

Prima (Kota Warisan) 51

3.4 Kawasan kediaman Apartmen Prima 53

3.5 Pelan lokasi Taman Kristal 2 56

3.6 Kediaman komuniti berpagar di Taman Kristal 2 57

3.7 Kawasan kediaman komuniti berpagar

Taman Kristal 2 58

�����

SENARAI FOTO

JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Contoh Lakaran Perspektif Kawasan

Perumahan “Gated Community” 30

2.2 Contoh Pondok Pengawal 31

2.3 Keadaan Semasa Kawasan Perumahan

Country Heights, Kajang 32

2.4 Pandangan Taman Sierramas 34

2.5 Macquarie Links Estates, Australia 37

2.6 ‘Gated Community’ di Sheffield, South Yorkshire 40

����

DAFTAR KATA SINGKATAN

DBKL - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

KLIA - Kuala Lumpur International Airport

MPS - Majlis Perbandaran Sepang

PBT - Pihak Berkuasa Tempatan

PKB - Perumahan Komuniti Berpagar

���

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN - Borang Soal Selidik

BAB 1 �

��

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pembangunan komuniti berpagar merupakan tren pembangunan semasa

yang mempunyai permintaan yang tinggi dalam pasaran hartanah. Konsep ini

menjadi popular kerana ia menyediakan kawalan keselamatan yang baik dan

menjadikan sesebuah kawasan perumahan lebih selamat, selesa dan “privacy”.

Konsep ini juga dilihat sebagai satu konsep yang terkini dan mempunyai

kemudahan landskap, jalan raya dan kemudahan-kemudahan awam yang lengkap

dan di selenggara dengan baik dan sempurna.

Sejarah konsep komuniti berpagar boleh merujuk balik ke Zaman

Pertengahan Eropah dan tempoh Renaissance. Pada ketika itu, Kerabat Diraja dan

bangsawan lain memperuntukkan enklaf berpagar untuk ahli keluarga dan

pengikut mereka supaya bebas daripada ancaman peperangan dan

pemberontakan. Edward J & Jeffrey McGuigan (2003). Walau bagaimanapun,

konsep perumahan komuniti berpagar yang moden dimulakan di Amerika

Syarikat pada awal abad ke-20. Amerika Syarikat merupakan Negara yang

terawal menggunakan konsep komuniti berpagar dalam pembangunan perumahan

��

untuk golongan atasan di Pantai Timur Hollywood. Manakala dalam tahun

1960an hingga 1970an, komuniti berpagar mulai popular di kalangan kelas

sederhana. Low ( 2003).

Sebagai sebuah negara yang pesat membangun, Malaysia banyak

dipengaruhi oleh konsep perancangan dan pembangunan perumahan yang

diadaptasikan daripada pelbagai negara lain. Walaupun komuniti berpagar telah

lama popular di tempat lain di dunia ini seperti di Florida, Arizona,

Johannesburg, Pretoria, Lisbon, Madrid dan sebagainya, konsep ini secara

relatifnya adalah baru di Malaysia. Ianya semakin diterima oleh masyarakat

Malaysia dan menggalakkan profesional dalam pelbagai bidang seperti pereka,

juru rancang, ahli sosiologi, peguam dan sebagainya yang secara tidak langsung

terlibat dengan perlaksanaan kepada pemajuan komuniti berpagar di negara ini

terutamanya di pusat-pusat bandar.

Pembangunan komuniti berpagar secara amnya memberi fokus kepada

keselamatan komuniti dan kawasan berkawalan ketat. Pengamalan konsep

komuniti berpagar di Malaysia adalah seperti di Bukit Gita Bayu, Sierramas dan

Tropicana merupakan contoh perumahan yang menggunakan konsep ini yang

antara lain menawarkan pelbagai kemudahan seperti padang golf, rumah kelab,

kolam renang, gimnasium, padang tenis dan kawasan rekreasi. Maka, komuniti

berpagar merupakan kombinasi bagi kawalan keselamatan, privasi dan gaya

hidup penduduk itu sendiri.

Konsep komuniti berpagar yang semakin diminati ini merupakan

pembangunan kediaman yang berpagar atau bertembok di mana ianya menyekat

laluan awam, merupakan satu pilihan cara hidup, identiti dan status serta lebih

penting, ianya adalah bagi memberi tindak balas terhadap kadar jenayah di

kawasan perbandaran yang semakin meningkat.

��

Kajian ini menilai sejauh manakah konsep perumahan komuniti berpagar

yang pada umumnya menawarkan ciri-ciri keselamatan berjaya mengatasi

masalah jenayah yang semakin meningkat akhir-akhir ini. Kajian yang akan

dijalankan di dua kawasan pilihan seperti di Apartmen Prima, Kota Warisan,

Sepang dan Taman Kristal 2, Dengkil akan dijadikan sebagai kajian kes yang

memfokuskan kepada aspek keselamatan komuniti.

1.2 Permasalahan Kajian

Pembangunan hartanah yang berkonsepkan komuniti berpagar dianggap

sebagai salah satu langkah terbaik di dalam menjaga keselamatan dan keselesaan

penduduk di sesebuah kawasan perumahan kerana ianya berpagar dan dilengkapi

kemudahan kawalan keselamatan sepanjang masa. Suasana “privacy” ini secara

tidak langsung meningkatkan gaya hidup dan nilai hartanah di kawasan tersebut.

Kadar jenayah pada masa kini semakin hari semakin membimbangkan. Di

dada-dada akhbar sering kali mendedahkan isu-isu jenayah yang semakin

meningkat. Secara tidak langsung, rasa takut di kalangan masyarakat terhadap

keselamatan diri dan harta benda mulai meningkat. Ini menyebabkan pemaju-

pemaju perumahan telah membentuk satu konsep perumahan yang menawarkan

ciri-ciri kawalan keselamatan dan persekitaran yang selesa iaitu perumahan

konsep komuniti berpagar.

.

Walau bagaimanapun terdapat persoalan dalam aspek keselamatan

komuniti berpagar iaitu :-

i. Adakah konsep komuniti berpagar berkesan dalam menangani

pencegahan jenayah?

��

ii. Mengkaji mengenai sejauh manakah aspek-aspek keselamatan

diamalkan dalam komuniti berpagar

iii. Apakah persepsi penduduk terhadap keberkesanan komuniti

berpagar dalam pencegahan jenayah.

1.3 Matlamat Kajian

Matlamat untuk melaksanakan kajian ini adalah untuk menilai

keberkesanan ciri-ciri keselamatan dalam perumahan komuniti berpagar dalam

pencegahan jenayah.

1.4 Objektif Kajian

Antara objektif kajian yang telah dikenal pasti dalam kajian ini adalah

seperti di bawah:-

i. Mengenal pasti konsep komuniti berpagar berasaskan kepada ciri-ciri

keselamatan.

ii. Mengkaji tahap penerimaan masyarakat terhadap konsep perumahan

komuniti berpagar dalam pencegahan jenayah.

iii. Mengenal pasti dan mengkaji ciri-ciri keselamatan yang diamalkan

dalam komuniti berpagar.

��

1.5 Skop Kajian

Kebanyakan kajian tentang Komuniti berpagar sebelum ini menumpukan

pada aspek perundangan. Antaranya ialah seperti isu kekurangan peruntukan

perundangan atas kelahiran komuniti berpagar (Azlinor Suffian, 2005) dan juga

mengenai peruntukan perundangan pembangunan skim komuniti berpagar telah

diperkenalkan dan digabungkan dalam pindaan terbaru Strata Title Act 1985

(Azimuddin Bahari, 2007).

Terdapat juga penyelidik membuat kajian mengenai faktor-faktor yang

mendorong orang ramai memilih komuniti berpagar semasa membeli hartanah

terutama rumah (Norida, 2006). Sazzelina (2006) pula mengkaji mengenai

penilaian kesesuaian konsep “gated community” ke atas pembangunan “landed

property” di kawasan Majlis Perbandaran Kajang.

Berkenaan keselamatan komuniti berpagar juga telah dikaji oleh banyak

pihak. Wei (2006) telah menjalankan kajian mengenai persepsi penduduk

terhadap keberkesanan komuniti berpagar dalam pencegahan jenayah antara

perbandingan dengan perumahan komuniti berpagar dan perumahan terbuka.

Kajian ini memberi tumpuan khusus kepada aspek ciri-ciri keselamatan

dalam konsep komuniti berpagar di dua kawasan iaitu kawasan kediaman

mendatar (landed property) dan kediaman bertingkat. Ini kerana konsep

perumahan komuniti berpagar menawarkan ciri-ciri keselamatan yang pada

umumnya dapat mengatasi masalah jenayah yang semakin meningkat.

��

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian yang dilaksanakan menekankan kepada ciri-ciri keselamatan di

dalam kawasan harta tanah kediaman di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran

Sepang. Ia amat penting kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung

mahupun secara tidak langsung iaitu kepada:-

i. Masyarakat

Kajian ini menerangkan kepada pembeli tentang kediaman

komuniti berpagar berkonsep ‘gated & guarded area’. Pembeli

akan dapat mengetahui adakah konsep kediaman ini benar-benar

member jaminan keselamatan kepada komunitinya atau

sebaliknya.

ii. Pihak Keselamatan

Dengan terhasilnya kajian ini adalah diharapkan ia dapat

membantu pihak syarikat keselamatan menyediakan kemudahan-

kemudahan keselamatan yang efisien.

iii. Kerajaan atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu kerajaan atau PBT

merancang suatu pembangunan dengan konsep bandar selamat

dari kegiatan jenayah.

1.7 Metodologi Kajian

Kajian yang dijalankan akan melalui beberapa peringkat. (Rujuk Rajah

1.1) Peringkat tersebut adalah seperti berikut:

��

Peringkat Pertama : Kajian Awalan

Peringkat ini melibatkan penerangan mengenai pengenalan terhadap

kajian yang mengandungi kenyataan masalah, penentuan objektif kajian, skop

dan limitasi kajian, kepentingan kajian kepada pihak-pihak terlibat serta terdapat

penerangan mengenai metodologi kajian. Pada peringkat ini, bacaan awal

daripada sumber rujukan seperti jurnal, kertas seminar, sumber Internet dan

kajian tesis terdahulu dikaji untuk mengenal pasti masalah dan bidang kajian.

Pencarian maklumat pada peringkat ini adalah merupakan pencarian yang paling

asas pada kajian ini. Ia bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan bidang

kajian yang dikaji dan seterusnya menjadi asas kepada pembentukan matlamat

dan objektif kajian.

Peringkat Kedua : Kajian Literatur

Pada peringkat kedua, kajian literatur adalah bermatlamat untuk

memahami fokus penyelidikan iaitu mengenai keselamatan dalam skim komuniti

berpagar. Kajian literatur terhadap komuniti berpagar di seluruh dunia dan

pelbagai isu yang berkaitan akan dibincangkan pada peringkat ini. Sumber bahan

rujukan di perolehi berdasarkan kepada buku, artikel, jurnal, kajian terdahulu,

sumber internet dan kertas bengkel/seminar.

Peringkat Ketiga: Kajian Pengumpulan Data / Maklumat

Peringkat ini akan memberi pengenalan mengenai kawasan kajian yang

bakal dijalankan, di mana ia akan merangkumi kawasan yang terdapat di kawasan

kajian, kemudahan dan aspek-aspek lain. Kajian pada peringkat ini merupakan

kajian yang penting di mana data primer dan data sekunder yang diperlukan akan

diperoleh untuk tujuan kajian. Data yang diperoleh akan digunakan untuk

menyokong penjelasan penulis serta untuk menganalisis hasil kajian. Kajian ini

akan memfokuskan peda kawasan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran

Sepang.

i. Data primer

Data ini merupakan data yang boleh diperoleh hasil daripada temu

bual dan pengedaran borang soal selidik yang diedarkan kepada

penghuni di kawasan kajian. Ini adalah bertujuan bagi

mendapatkan lagi gambaran yang lebih jelas berkenaan kawasan

kajian.

ii. Data Sekunder

Data sekunder merupakan data yang diperoleh daripada

pembacaan bahan-bahan bercetak seperti buku rujukan, kertas

seminar, kertas kerja, keratin akhbar serta sumber-sumber lain.

Peringkat Keempat: Analisis Data dan Penemuan

Peringkat ini merupakan bahagian penganalisisan data-data primer yang

telah dikumpulkan bagi membentuk hasil kajian bagi mencapai objektif yang

telah ditetapkan. Data-data yang dianalisis adalah berdasarkan maklum balas

daripada pelbagai pihak melalui pengedaran borang selidik. Kaedah sesuai akan

digunakan adalah kaedah analisis dengan menggunakan perisian Microsoft Office

Excel.

Peringkat Kelima: Rumusan

Peringkat ini merupakan peringkat terakhir dalam kajian ini di mana ia

merumuskan semua hasil kajian yang telah diperoleh serta mengemukakan

cadangan berdasarkan rumusan kajian analisis dan kesimpulan dalam

keselamatan skim komuniti berpagar.

PENYATAAN ISU DAN MASALAH

SKOP KAJIAN KEPENTINGAN OBJEKTIF

PERINGKAT���

KAJIAN LITERATUR

PERINGKAT���

KAWASAN KAJIAN

PERINGKAT���

ANALISIS KAJIAN

CADANGAN DAN KESIMPULAN

PERINGKAT���

PERINGKAT���

Rajah 1.1 : Carta Aliran Kerja

� Definisi, Sejarah, Faktor Pembentukan Komuniti Berpagar � Ciri-ciri Komuniti Berpagar � Pembangunan Komuniti Berpagar Dalam Dan Luar Negara

���

1.8 Struktur Organisasi Bab

Secara keseluruhannya, kajian ini mengandungi lima bab seperti yang

dinyatakan di bawah iaitu:-

Bab 1 : Pendahuluan

Bab 1 mengandungi pengenalan, pernyataan masalah, objektif

kajian, kaedah kajian, skop kajian dan kepentingan kajian

Bab 2 : Konsep keselamatan dalam perumahan komuniti berpagar

Bab 2 lebih menjurus kepada definisi-definisi, konsep-konsep dan

prinsip-prinsip keselamatan berkaitan komuniti berpagar.

Bab 3 : Kawasan Kajian

Bab ini menerangkan berkenaan kawasan kajian kes yang dipilih

bagi memenuhi kajian ini. Antara-perkara-perkara yang akan diterangkan

dalam bab ini adalah latar belakang kajian kes dan masalah-masalah yang

dihadapi oleh penduduk di kawasan tersebut.

Bab 4: Analisis

Peringkat ini merupakan bahagian yang meliputi pembentukan

soal selidik, persampelan soal selidik serta analisis output soal selidik.

Analisis tersebut akan dilakukan dengan menggunakan kaedah-kaedah

tertentu yang telah dikenal pasti.

���

Bab 5: Kesimpulan dan Cadangan

Bab terakhir ini mengandungi kesimpulan dan cadangan daripada

hasil kajian ke atas pencapaian objektif-objektif yang telah dinyatakan

pada peringkat awal kajian. Selain itu juga, cadangan-cadangan bagi

kajian lanjutan akan diberikan sebagai kesinambungan dari kajian ini.

BAB 2 �

���

BAB 2

KONSEP KESELAMATAN DALAM KOMUNITI BERPAGAR

2.1 Pengenalan

Konsep komuniti berpagar telah bermula sejak ditemuinya kota-kota

berkubu (fortress) seterusnya bandar berpagar yang terawal seperti bandar

pelabuhan di Sepanyol dan di Caribbean dan kemudian pada abad ke 19,

kawasan perumahan berpagar dan mempunyai jalan-jalan persendirian seperti

yang terdapat di St. Louis yang dibina pada 1870. Sehingga kini konsep ini

telah diperkembangkan hampir ke seluruh bandar-bandar di dunia. Menurut

Blakely dan Syder (1997), Di Amerika Syarikat saja terdapat lebih 20,000

kawasan komuniti berpagar, dengan jumlah tiga juta unit kediaman yang

mempunyai jumlah penduduk sebanyak lapan juta orang. Secara umumnya, di

Amerika Syarikat dijangkakan sebanyak lapan puluh peratus dari projek

kediaman baru adalah berkonsepkan komuniti berpagar.

Perkembangan konsep perumahan Komuniti Berpagar di Malaysia pada

akhir- akhir ini juga semakin popular terutamanya dibandar-bandar besar seperti

Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru dan kawasan- kawasan lain yang

���

mempunyai nilai hartanah yang tinggi. Kebanyakkan projek perumahan

pangsapuri dan rumah pangsa adalah menggunakan konsep ini. Malah, sejak

kebelakangan ini, permintaan rumah berskala ketumpatan rendah (low-density)

seperti: rumah teres yang dahulunya merupakan konsep perumahan yang

mempunyai jalan masuk (accessibility) pelbagai hala dan bersifat awam, kini

juga mengambil pendekatan komuniti berpagar.

2.2 Definisi Komuniti

Komuniti merujuk kepada kumpulan orang yang tinggal dalam sesebuah

daerah atau negara, masyarakat, orang ramai, kumpulan individu yang

mempunyai ciri-ciri serupa.

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) memberi maksud

kumpulan orang yang tinggal di sesuatu daerah atau negara, masyarakat (di

sesuatu tempat atau negara). Masyarakat pula merupakan suatu kelompok sosial

yang bilangan ahlinya kecil ataupun besar mendiami sesebuah kawasan tertentu.

Mereka hidup dalam suasana aman dann tenteram dan melaksanakan kerja-kerja

untuk kepentingan bersama.

Kamus Oxford (2004) telah mendefinisikan perkataan komuniti sebagai

satu kumpulan manusia yang tinggal di satu tempat; secara bersama dan

mempunyai kepentingan. Manakala kamus Longman (2000) mentafsirkan

komuniti ialah sekelompok manusia yang tinggal di dalam suatu kawasan yang

sama; berkongsi kerakyatan atau agama atau mempunyai kesamaan dalam

seuatu kawasan.

���

Daripada tafsiran definisi-definisi tersebut dapatlah dinyatakan bahawa

komuniti merupakan sebuah kumpulan atau masyarakat atau kelompok yang

tinggal di dalam sesebuah kelompok dan wujud perhubungan atau mempunyai

sifat-sifat yang serupa di antara komuniti yang tinggal dalam kelompok

tersebut.

2.3 Definisi Keselamatan

Menurut Kamus Dewan (2007), keselamatan bermaksud perihal selamat,

kesejahteraan dan keamanan. Keselamatan juga bermaksud keadaan terlindung

daripada masalah fizikal, sosial, kewangan, politik, perasaan, pekerjaan,

psikologi, pelajaran dan perkara-perkara lain yang melibatkan kerosakan atau

kejadian yang tidak diingini. Ensiklopedia Wikipedia (2007).

2.4 Definisi Komuniti Berpagar

Pengertian komuniti berpagar secara umumnya adalah kelompok

masyarakat suatu kawasan yang kediamannya dikawal dan disempadani secara

jelas dan mempunyai ciri-ciri kawalan keselamatan. Kawalan keselamatan ini

dijalankan oleh pengawal-pengawal keselamatan yang beroperasi 24 jam dan

ditempatkan di pondok-pondok pengawal di pintu masuk utama kawasan dan

juga beberapa kawasan lain disempadan kawasan perumahan tersebut

���

Konsep komuniti berpagar meliputi pelbagai definisi yang berlainan

skoran dari tanggapan dan tafsiran yang berbeza. Definisi ini juga berbeza

antara negara. Landman (2003) bersetuju bahawa tiada satu definisi yang

khusus yang boleh diberi kepada komuniti berpagar dan beliau menyatakan

bahawa komuniti berpagar dikenalpasti dalam pelbagai bentuk di negara yang

berlainan dan definisinya juga berbeza. Maka kita boleh merumuskan bahawa

komuniti berpagar merupakan satu fenomena yang global, tafsiran mengenai

konsep ini bergantung kepada jenis hartanah yang dibangunkan, tempat

pembangunan dan perundangan yang digunapakai di sesebuah Negara.

Pelbagai idea yang menarik tentang komuniti berpagar antaranya,

menurut Edmund Kong (2006) menyatakan bahawa komuniti berpagar

merupakan satu bentuk kediaman komuniti yang boleh disifatkan melalui

kawasan kediaman yang berpagar secara berperimeter atau pun bertembok di

mana akses di dalam kawasan tersebut adalah terkawal. Komuniti berpagar juga

dikenali sebagai komuniti berpengawal atau pun kawasan komuniti yang

dikawal oleh pengawal. Ianya diliputi dengan kawalan keselamatan dan juga

pelbagai kemudahan dan landskap.

Blakely dan Snyder (1997) juga memberikan definisi lain bagi komuniti

berpagar sebagai sekatan akses umum kedalam masyarakat. Pengertian yang

lebih komprehensif adalah kawasan pembangunan perumahan yang dipagar dan

sekatan kemasukan bagi penduduk luar yang dilakukan setiap masa

menggunakan kamera litar tertutup, cctv atau kakitangan keselamatan. Penghuni

dalam kelompok ini akan diatur melalui kod kelakuan tertentu.

Sarah Blandy (2003) mendefinisikan komuniti berpagar sebagai

pembangunan perumahan yang berdinding atau dipagar, dimana akses oleh

orang awam adalah terhad, dilengkapi oleh penjagaan yang menggunakan

CCTV dan/atau kakitangan keselamatan, dan biasanya wujud perjanjian

���

(sewaan atau pajakan) yang mengikat penduduk dengan syarikat pengurusan

tentang perkara yang terletak di bawah penjagaan awam.

Dalam konteks negara Malaysia, Azimudin (2005) menyatakan bahawa

komuniti berpagar merujuk kepada suatu kelompok rumah atau bangunan yang

dikelilingi oleh satu tembok atau pagar dengan di mana kemasukkan atau

sekatan tertentu seperti pengawal, tali, pintu gerbang, rantai atau blok. komuniti

berpagar juga mengandungi kawalan keselamatan 24 jam, rondaan oleh

pengawal, sistem-sistem pengawasan pusat dan televisyan litar tertutup

(CCTV).

Berdasarkan pelbagai takrifan komuniti berpagar daripada artikel, buku

dan kajian penyelidikan, komuniti berpagar boleh diringkaskan sebagai satu

bentuk komuniti perumahan yang dikelilingi oleh pagar batu, pagar dawai dan

sebagainya, dan mengandungi pintu masuk terkawal untuk pejalan kaki, basikal

dan kereta. komuniti berpagar biasanya mempunyai kemudahan-kemudahan

seperti rumah kelab, kolam renang, kemudahan bersukan dan taman. Bagi

komuniti berpagar yang berskala kecil cuma mempunyai kemudahan asas

seperti taman dan kawasan lapang. Bagi komuniti berpagar yang berskala besar,

ia membolehkan penduduk tinggal didalam masyarakat tersebut dan

menjalankan aktiviti-aktiviti harian tanpa meninggalkan komuniti tersebut.

komuniti berpagar merupakan sejenis pembangunan kebaikan bersama

(Common Interest Development). Kawalan dan penyelenggaraan komuniti

berpagar diswastakan di bawah syarikat pengurusan yang dibentuk oleh pemaju

atau persatuan penduduk dalam komuniti tersebut.

���

2.5 Garis Panduan/ Piawaian Perancangan

Sehingga kini tiada garis panduan / piawaian perancangan yang khusus

untuk pembangunan komuniti berpagar di kalangan Pihak Berkuasa

Tempatan(PBT). Terdapat pelbagai garis panduan yang berbeza-beza digunakan

oleh Pihak Berkuasa Tempatan di dalam meluluskan pembangunan komuniti

berpagar bagi landed property. Walau bagaimanapun garis panduan yang

diguna pakai oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dilihat lebih sesuai

dan praktikal di dalam memastikan pemaju perumahan tidak terlepas daripada

tanggungjawab dan peruntukan perundangan semasa.

Di antara syarat-syarat yang ditetapkan oleh DBKL seperti :-

i. Permohonan hanya boleh dibuat oleh pemaju berkenaan,

ii. Pembeli hendaklah dimaklumkan di mana syarat yang berkaitan dengan

konsep komuniti berpagar ini dinyatakan dalam surat perjanjian jual

beli terutama perkara yang melibatkan kos penyelenggaraan jalan,

perparitan, lampu jalan dan siar kaki,

iii. Pembangunan yang dibenarkan adalah bagi pembangunan kediaman

sahaja,

iv. Binaan pondok pengawal sahaja dibenarkan tanpa papan penghalang

(barrier) dan lokasinya tidak menganggu lalulintas (bahagian tepi jalan

atau kawasan lapang),

v. Saiz pondok pengawal tidak boleh melebihi 6 kaki x 8 kaki.

Pihak DBKL juga telah menetapkan Perjanjian Penyelenggaraan Jalan di antara

DBKL dan pemaju iaitu :-

i. Pemaju mestilah pemilik yang berdaftar ke atas projek pembangunan

yang dinyatakan di dalam perjanjian tersebut,

��

ii. Pemaju yang membangunkan projek ini dikehendaki membina

kemudahan infrastruktur tersebut sebelum diserahkan kepada DBKL,

iii. Infrastruktur yang dibina seperti jalan raya, laluan pejalan kaki, perabot

jalan dan parit merupakan perkara yang perlu diserahkan oleh pemaju

kepada DBKL.

iv. Pemaju merupakan pihak yang bertanggungjawab bagi perjanjian yang

ditandatangani dengan pihak DBKL. Sekiranya pengurusan dan

penyelenggaraan ini tidak diselenggara dengan baik, perjanjian ini akan

ditamatkan tanpa sebarang notis.

2.6 Jenis-Jenis Komuniti Berpagar

Terdapat tiga jenis kediaman komuniti berpagar seperti yang

dikenalpasti oleh Blankely dan Snyder (1997). Jenis-jenis tersebut iailah

komuniti cara hidup (lifestyle community), komuniti berprestij (prestige

community) dan komuniti zon keselamatan (security-zone community). Setiap

komuniti tersebut mempunyai darjah nilainya tersendiri terhadap dimensi sosial

secara keseluruhannya. Ini dapat ditunjukkan seperti dalam Jadual 2.1.

Jadual 2.1: Jenis Komuniti Berpagar Dan Nilai Sosialnya Di

Amerika Syarikat

Cara Hidup Prestij Zon

Keselamatan

Nilai Kemasyarakatan Tertier Tertier Sekunder

Pengasingan Sekunder Sekunder Utama

Privasi Utama Tertier Tertier

Kestabilan Sekunder Utama Sekunder

��

2.6.1 Komuniti Cara Hidup (lifestyle community)

Kategori pertama adalah komuniti cara hidup. Contohnya seperti resort

persaraan, golf dan komuniti bersantai. Tujuan pewujudan komuniti ini ialah

untuk mewujudkan suatu tempat yang lengkap dengan pelbagai kemudahan

seperti golf, ruang selesa untuk golongan pesarabagi manjalankan sebarang

aktiviti secara bersantai. Langkah-langkah keselamatan yang diambil oleh pihak

pengurusan adalah lebih khusus untuk mewujudkan suatu bentuk kawalan dari

pencegahan jenayah. Dinding sekeliling mereka telah mengasingkan mereka

dari dunia luar dan member satu bentuk suasana yang baik dan menarik

(Blakely dan Snyder,1997). Di Malaysia, komuniti seumpama ini tidak

banyak dibangunkan. Antaranya ialah Sierramas di Singai Buloh dan Bukit Gita

Bayu di Sri Kembangan Selangor.

2.6.2 Komuniti Prestij (Prestige community)

Dinding dan pagar dalam kategori ini mengambarkan status sosial dan

ekonomi penduduknya. Ia merupakan suatu kawasan yang elit atau kenamaan

dan golongan berada. Kawasan seumpama ini lebih bertujuan menunjuk-nunjuk

status penduduk dan penghuninya. Ia merupakan penghalang antara golongan

miskin dan kaya. Secara tidak langsung ia mewujudkan suatu kebencian dan

jurang sosial terhadap golongan ini di kawasan sekitarnya (Blakely dan Snyder,

1997)

Terdapat perbezaan antara unit komuniti prestij dan komuniti cara hidup.

Komuniti cara hidup terletak jauh dari kawasan bandar dan dikelilingi oleh

persekitaran semulajadi manakala komuniti prestij kurang menekankan aktiviti-

���

aktiviti santai seperti komuniti cara hidup. Kehendak mereka adalah untuk

mendapatkan rumah jenis mewah. Komuniti prestij ada yanhwujud dikawasan

luar bandar. Dinding dan pagar yang tersedia adalah untuk menjelaskan status

mereka yang tinggi dan lebih bertujaun mengasingkan golongan kelas rendah.

2.7 Ciri –Ciri Komuniti Berpagar

Secara amnya penghuni-penghuni didalam komuniti berpagar di

Malaysia terutamanya bagi kawasan perumahan yang berharga sederhana dan

tinggi, samaada berketumpatan tinggi seperti pangsapuri ataupun kondominium

dan perumahan berketumpatan rendah seperti rumah sesebuah, town house,

rumah berkembar dan rumah teres yang dipanggil dengan istilah ‘clustered

house’, menikmati pelbagai kemudahan yang telah disediakan pemaju didalam

kawasan perumahan tersebut seperti kolam renang, padang golf, kelab, kedai,

sauna, surau, tadika dan sebagainya untuk memenuhi keperluan masyarakat

didalamnya.

Tiga kategori yang di ketengahkan oleh Blandy (1997) hampir tepat,

melainkan komuniti pesara dinegara ini yang belum begitu popular. Namun

begitu, ciri-ciri komuniti berpagar dibahagikan kepada tiga kaedah sistem

pelaksanaan yang jelas menunjukkan perbezaannya iaitu:-

i. Konsep Komuniti Berpagar Konvensional

Konsep komuniti berpagar ini, selalunya terdapat pada jenis perumahan

berketumpatan tinggi seperti kondominium ataupun pangsapuri. Selalunya

konsep ini tanpa diwar-war kan telah sememangnya sedia difahami dan

���

disertakan semasa proses jual beli dijalankan. Konsep ini adalah konsep

komuniti berpagar yang konvensional dan telah pun menjadi sebahagian perkara

yang termaktub dalam Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318) dan Kaedah-

kaedah dan Perintah. Pelaksanaan konsep ini bukan sahaja terancang malah

mejadi sesuatu yang janggal, jika tidak disertakan pada konsep pembangunan

perumahan yang dijalankan. Untuk pembangunan dan pengurusan konsep

perumahan beserta kemudahan- kemudahan ini, selain tertakluk kepada Kod

Kanun Tanah Negara, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan Undang-

Undang Kecil Bangunan Seragam, Akta 1966(Akta 118) Pembangunan

Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) , kerajaan juga memberi peruntukan

undang-undang dibawah Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318) dan Kaedah-

kaedah dan Perintah.

ii. Konsep Komuniti Berpagar Terancang

Konsep komuniti berpagar ini dari segi pelaksanaannya bukanlah

perkara yang menjadi kemestian sepertimana konsep komuniti berpagar

konvensional. Biasanya dilaksanakan oleh pihak pemaju untuk menaikkan lagi

nilai hartanah dan imej pembangunan perumahan. Pada awalnya konsep ini

banyak diperkenalkan untuk kediaman rumah sesebuah jenis mewah dikawasan

– kawasan perumahan eksklusif. Kini kebanyakan dari perumahan

berketumpatan rendah lain seperti; rumah berkembar, townhouse, dan rumah

teres menggunakan konsep komuniti berpagar jenis ini. Peraturan dan kod etika

dibuat oleh pihak pemaju sebahagiannya dibuat dengan mengambilkira perkara

penting pada Akta Hakmilik Strata 1985 dengan beberapa perubahan yang

dipersetujui pembeli kediaman tersebut.

iii. Konsep Komuniti Berpagar secara ‘Ad-hoc’

Konsep ini tidak dirancang sebelum ataupun semasa pembelian unit-unit

kediaman tersebut. Pelaksanaan konsep komuniti berpagar ini dibuat setelah

���

pembangunan perumahan siap dijalankan dan hampir kesemua pemilik rumah

telah berpindah dan mendiami rumah kediaman mereka. Komuniti tersebut

selalunya akan menubuhkan jawatan kuasanya sendiri dan seterusnya melantik

syarikat pengawal keselamatan untuk mengawal keselamatan komuniti tersebut.

Beberapa jalan masuk kekawasan perumahan tersebut disekat secara informal

dan mendirikan pagar dan sekatan – sekatan. Pondok – pondok pengawal

samada yang bersifat sementara atapun tetap biasanya dibina oleh syarikat

kawalan keselamatan itu sendiri. Kemungkinannya bukan seratus peratus

penduduk dikawasan komuniti memberi kerjasama terutamanya pemilik rumah

yang menyewakan rumahnya ataupun penghuni yang hanya bersifat penyewa

dikawasan komuniti tersebut.

2.8 Perkembangan Komuniti Berpagar

Perkembangan pesat pembangunan perumahan berkonsepkan komuniti

berpagar sejak akhir-akhir ini, membuktikan adanya faktor permintaan dan

penawaran yang kuat melibatkan pemaju dan masyarakat. Selain itu yang jelas

terdapat pelbagai faktor lain yang mendorong dan menjadi pemangkin terhadap

perkembangan dan juga meningkatnya permintaan pengguna terhadap

perumahan yang berkonsepkan komuniti berpagar. Faktor-faktor tersebut

diantaranya ialah:

i. Aspek Keselamatan

Kesemua jenis konsep perumahan komuniti berpagar terutamanya yang

berciri-ciri keselamatan terbukti menjadi pilihan utama pembeli yang

meletakkan kawalan keselamatan sebagai kemudahan asas yang perlu

disediakan. Terdapat empat (empat) elemen utama keselamatan di dalam

���

kawasan perumahan di kawasan iaitu kawalan laluan, sistem interkom, kamera

keselamatan (Closed Circuit Televisions - CCTV) dan pondok pengawal.

a. Sistem Interkom

Sistem interkom merupakan salah satu kaedah untuk mengawal

dan menghalang orang asing dari memasuki kawasan perumahan jenis

ini. Setiap unit kediaman dipasang dengan sistem keselamatan yang

berhubung dengan pondok pengawal bagi kemudahan penghuni.

Stesen pengawal yang terdapat di pondok pengawal boleh

berkomunikasi dengan penghuni dengan tujuan untuk meminta

kebenaran. Selepas kebenaran diperolehi, hanya yang mendapat

kebenaran dari penghuni tersebut dibenarkan memasuki kawasan

perumahan tersebut. Sistem interkom juga membolehkan penghuni atau

pemilik berkomunikasi dengan pengawal di pondok pengawal dalam

mendapatkan bantuan bagi urusan kes-kes kecemasan dengan cepat dan

mudah tanpa perlu ke pondok pengawal untuk mendapatkan bantuan

b. Sistem CCTV

Bagi elemen keselamtan yang seterusnya iaitu sistem CCTV , ia

merupakan langkah yang paling berkesan untuk menyelia keseluruhan

kawasan perumahan itu. Bagi alternatif ini, CCTV dan video kamera

biasanya dipasang bagi meningkatkan keberkesanan kawalan keselamtan

dalam sesebuah komuniti tersebut. Ini disebabkan pengawal yang

bertugas hanya perlu memerhatikan imej di dalam CCTV tanpa perlu

selalu meronda di keseluruhan kawasan perumahan.

���

Keadaan ini secara logiknya dapat mengurangkan kadar jenayah

seperti kecurian dan vandalisme. Biasanya sistem ini akan diletakkan di

setiap jalan masuk dan keluar taman perumahan tersebut serta tempat-

tempat yang difikirkan strategik di mana ia akan mengimbas dan

merakam kenderaan atau orang yang masuk dan keluar dari taman

perumahan itu. Ini sekaligus dapat membantu pihak polis mengenalpasti

suspek sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini seperti kecurian

dan pecah rumah.

Walaupun sistem ini dikatakan dapat membantu dalam

mengurangkan jenayah di kawasan perumahan secara berleluasa, namun

ia memerlukan satu cara pengurusan yang efisien dan bersistematik di

mana pengawal keselamatan perlulah selalu mengawasi sistem CCTV

ini untuk mengesan orang-orang yang disyaki mahu melakukan jenayah.

Untuk memastikan kawasan perumahan itu selamat, ia

memerlukan penyeliaan yang betul daripada pihak yang terlibat seperti

pengawal keselamatan dan sistem CCTV ini juga perlu diletakkan di

kawasan yang sesuai dan strategik seperti di jalan masuk dan keluar

utama taman tersebut. Ini terbukti apabila kes pecah rumah yang tidak

dapat dielakkan yang berlaku di Sierramas walaupun adanya

pemasangan CCTV ini (The Star, 2004). Jadi, ia jelas menunjukkan

bahawa pemasangan sistem ini sahaja masih tidak lagi mencukupi untuk

menjamin keselamatan penghuni komuniti berpagar ini.

c. Rondaan oleh Pengawal Keselamatan

Walaupun adanya kemudahan interkom dan pemasangan

CCTV, rondaan di dalam kawasan perumahan masih lagi diperlukan. Ini

disebabkan melalui rondaan yang dilaksanakan, pengawal tersebut dapat

���

melihat sendiri keadaan sebenar persekitaran di dalam kawasan

perumahan tersebut. Biasanya pengawal yang bertugas akan meronda

dalam kawasan perumahan secara bergilir-gilir. Umumnya, rondaan

akan dilakukan 3 jam sekali. Ini bertujuan untuk memastikan kawasan

tersebut benar-benar berada dalam keadaan selamat. Selain daripada itu,

dengan adanya rondaan tersebut memudahkan penduduk kawasan

perumahan tersebut meminta pertolongan sekiranya berlaku perkara-

perkara kecemasan seperti rompakan ataupun kecurian. Rondaan yang

dilakukan ini amat penting lebih-lebih lagi semasa waktu perayaan atau

pun cuti sekolah kerana pada masa ini kebanyakan penghuni atau

penduduk kawasan perumahan tersebut akan keluar bercuti dan pulang

ke kampung. Kebanyakan pencuri akan menggunakan peluang ini untuk

menjalankan aktiviti mereka. Oleh itu, pengawal keselamatan akan

meningkatkan kawalan dan membuat lebih banyak rondaan pada masa

itu bagi mengelakkan kejadian pecah rumah dan kecurian daripada ianya

berlaku.

Keempat-empat komponen yang dijelaskan merupakan ciri-ciri

khusus yang membezakan komuniti berpagar dengan perumahan

konvensional (tidak berpagar). Setiap komponen ini, memberi kelebihan

dan kelemahan kepada pembeli. Namun begitu, ciri-ciri semasa

menunjukkan bahawa cirri keselamatan merupakan faktor utama

penyebab masyarakat memilih komuniti berpagar sebagai tempat tinggal

mereka.

ii. Pengaruh Gaya Hidup

Gaya hidup kebanyakan penghuni komuniti berpagar yang kebanyakan

masa lebih tertumpu kepada kerjaya, menyebabkan keperluan kepada

kemudahan – kemudahan dalam konsep komuniti berpagar yang disediakan

adalah diperlukan sebagai satu cara mendapatkan interaksi sosial dan aktiviti

���

riadah dalam jangkauan masa yang secara relatifnya ringkas dan menjimatkan

masa.

iii. Prestij dan Imej

Kategori pertama konsep komuniti berpagar selalunya menonjolkan prestij

untuk yang memang berkemampuan, supaya imej kemewahan lebih terserlah.

Keadaan ini secara tidak langsung telah menyebabkan konsep perumahan kos

sederhana, konsep komuniti berpagar sekurang- kurangnya dapat meningkatkan

prestij dan gaya hidup yang seolah-olah menepati imej atupun prestij seakan

kategori pertama walaupun kemudahan yang terdapat amatlah minima.

iv. Nilai ‘Privacy’

Terdapat permintaan terhadap kepentingan ini, yang mana setiap orang

asing yang masuk dalam komuniti berpagar perlu mendapat kebenaran

penghuni didalamnya. Selain dari faktor keselamatan, factor-faktor seperti

kepentingan ‘privacy’ dan kerahasiaan menjadi tujuan utama pemilihan konsep

komuniti berpagar.

v. Lokasi Strategik

Sepertimana juga faktor permintaan pada hartanah-hartanah lainnya,

faktor lokasi merupakan faktor utama menentukan sesuatu pembangunan dapat

menarik pembeli. Lokasi yang strategik terutamanya dikawasan-kawasan yang

mempunyai sistem jaringan jalan raya dan lebuh raya, kemudahan pusat

komersial, pusat-pusat kemudahan awam, dan sebagainya merupakan faktor

penting bagi pemilihan perumahan berkonsepkan komuniti berpagar.

���

vi. Daya Beli

Aspek ekonomi penduduk adalah faktor utama yang menyebabkan

permintaan yang tinggi terhadap perumahan ini. Keadaan ini juga berlaku

dikebanyakan negara – negara lain terutamanya Negara membangun. Dengan

keupayaan ekonomi yang kukuh, orang ramai mula mencari satu sistem

pembangunan perumahan yang dapat memberi keselesaan yang semaksima

mungkin kepada individu dan keluarga mereka sebagi timbal balik kepada

keupayaan membeli tersebut.

vii. Suasana Persekitaran

Suasana Persekitaran samada menonjolkan ciri-ciri ‘Urban Living’ atau

‘Natural Scenery and Environment’ adalah juga aspek-aspek yang selalunya

diambil kira bagi menentukan kekuatan permintaan untuk Konsep Komuniti

Berpagar, terutamanya yang melibatkan komuniti prestij, komuniti rekreasi, dan

percutian.

viii. Kemampuan Pemaju

Sektor pembangunan perumahan yang berkembang pesat dengan

kelebihan sistem ‘Jual dan Bina’ secara terus memberi kelebihan kekuatan

kewangan kepada kebanyakan pemaju. Faktor persaingan menjadi bertambah

ketara berikutan percambahan pemaju-pemaju, terutamanya dengan kemudahan

system kewangan tersebut. Elemen-elemen tambah-nilai pada konsep

pembangunan seperti konsep komuniti berpagar, adalah salah satu cara promosi

yang berkesan, selain kemampuan pemaju itu sendiri menyediakan pelbagai

kemudahan asas dan tambahan untuk aktiviti riadah kepada masyarakat

pembeli.

��

ix. Pengalaman Pengurusan

Sistem pengurusan yang sistematik berdasarkan sistem ‘Management

Corporation’ telahpun diamalkan secara meluas dan berkembang, terutamanya

dalam sektor pembangunan perumahan berketumpatan tinggi yang

berorientasikan ‘Strata Title’ sejak konsep ini diperkenalkan pada tahun 1985.

Kini walaupun tiada peruntukan undang-undang bagi konsep komuniti

‘Individual Title’, keberkesan system pengurusan tadi telah menjadi lebih

berkesan dan meluas lagi peranannya.

x. Kawalan Undang-Undang

Dengan adanya Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318) dan Kaedah-

kaedah dan Perintah, kawalan undang-undang bagi menjalankan sistem

pengurusan yang mengambil kira kepentingan penghuni dan pemilik hartanah

berstatus Strata terutamanya yang berketumpatan tinggi (high density) lebih

sistematik. Sementara konsep perumahan hak milik individu selalunya

mengguna pakai Akta Hak Milik Strata 1985, secara konsepnya bagi

pengurusan kemudahan-kemudahan perkongsian, sementara yang lainnya telah

diubah suai untuk dijadikan hanya sebagai garis panduan yang dipersetujui

bersama diantara komuniti tersebut.

xi. Kelompok Masyarakat

Walaupun penggalakan integrasi dalam masyarakat berbilang kaum

selalu di ketengahkan, secara nyata dan jelas penerapan ini masih kurang

berkesan. Ini terbukti dengan kebanyakan pembeli komuniti berpagar masih

mengambil kira komuniti sesuatu kaum dalam menentukan pemilihan bagi

pemilikan setiap pembangunan perumahan tersebut. Oleh sebab itu disesetengah

kawasan di Shah Alam dan Bangi, yang 97 peratus penghuni komuniti

berpagarnya adalah kaum Melayu, sudah tentu tidak diminati oleh kaum lain

��

berbanding dengan sesetengah komuniti berpagar dikawasan Pusat Bandar

Puchong yang 85 peratus penghuninya terdiri dari kaum Cina.

xii. Nilai Pulangan

Setelah semua faktor – faktor diatas diambil kira, sudah tentu nilai

sesebuah pembangunan komuniti berpagar menjadi stabil dan meningkat. Untuk

sesetengah pembeli yang bersifat pelaburan, faktor ini menjadi pilihan utama

yang menyebabkan konsep perumahan ini semakin berkembang dan menjadi

faktor penentu kepada kejayaan sesuatu konsep komuniti berpagar.

2.9 Pengalaman Pembangunan Komuniti Berpagar Di Malaysia

Skim perumahan komuniti berpagar dibentuk dalam satu kawasan

tertutup dan mempunyai hanya satu atau dua laluan keluar masuk yang khusus.

Kawasan ini dikelilingi oleh pagar / tembok atau jaluran hijau yang

dilandskapkan. Setiap kawasan komuniti berpagar biasanya terdapat lebih

kurang 300 unit rumah sama ada teres, “cluster”, berkembar atau sesebuah.

Secara kebiasaannya setiap kawasan perumahan terdiri daripada jenis rumah

yang sama.(Rujuk Foto 2.1)

���

Foto 2.1: Contoh Lakaran Perspektif Kawasan

Perumahan Komuniti Berpagar

Pembinaan pondok pengawal dianggap sebagai ciri-ciri asas bagi

sesebuah kawasan perumahan komuniti berpagar. Pembinaan pondok adalah

bertujuan untuk kawalan keluar masuk bukan penghuni ke kawasan tersebut

(Rujuk Foto 2.2). Secara kebiasaannya, pondok pengawal akan dilengkapi

dengan sistem kawalan samada secara manual seperti pengawal keselamatan,

penghalang jalan atau secara automatik seperti CCTV dan perkhidmatan

intercom / telefon. Pembinaan pondok pengawal ini samada dilengkapi

penghalang atau tanpa penghalang perlu mendapatkan permit sementara

daripada PBT.

Kebanyakan pondok pengawal dibina di atas rezab jalan yang

merupakan laluan keluar / masuk utama ke kawasan tersebut. Pada masa kini

terdapat banyak kawasan-kawasan perumahan yang mempunyai pondok

pengawal samada dibina oleh pemaju atau persatuan penduduk tanpa mendapat

kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan. Kebanyakan penduduknya adalah dari

golongan kelas pertengahan yang mementingkan gaya hidup dan keselamatan

keluarga.

���

Foto 2.2: Contoh Pondok Pengawal

Kawasan perumahan yang mula-mula mengguna pakai konsep

pembangunan komuniti berpagar Country Heights, Kajang pada awal tahun

1980 an. Manakala di awal tahun 1990 an terdapat banyak taman-taman

perumahan yang menggunakan konsep ini seperti Leisure Farm, Gelang Patah

dan Green Plains, Ulu Tiram di Johor, Bukit Tambun, Lebuhraya Condrington

dan Bukit Jambul Indah di Pulau Pinang.

Pada tahun 2000 pembangunan secara komuniti berpagar ini wujud

dengan semakin menggalakkan di kalangan pemaju perumahan dengan

penawaran ciri-ciri rekebentuk dan keselamatan yang lebih eksklusif dan

pelbagai seperti Sierramas, Aman Kiara, Gita Bayu, Valencia, Desa Parkcity

dan lain-lain.

i. Country Heights, Kajang

Kawasan perumahan Country Heights merupakan pembangunan yang

berkonsepkan komuniti berpagar yang terawal dibina di Kajang dan Selangor

���

(Rujuk Foto 2.3) Komponen pembangunan adalah terdiri daripada 623 lot

banglo mewah serta rumah kelab. Kawasan kediaman ini adalah seluas 450 ekar

dan berpagar disekelilingnya serta mempunyai hanya satu laluan keluar masuk

sahaja. Status hakmilik tanah adalah hakmilik persendirian dan segala

kemudahan awam seperti jalan, parit dan sebagainya diserah kepada Kerajaan

untuk tujuan penyelenggaraan.

Foto 2.3: Keadaan Semasa Kawasan Perumahan Country Heights, Kajang

ii. Bukit Gita Bayu

Kawasan perumahan Bukit Gita Bayu merangkumi kawasan seluas

117.72 ekar dengan komponen pembangunan terdiri daripada 268 unit lot

banglo, 100 unit town house, 31 unit villa yang menggunakan hakmilik strata,

rumah berkembar, rumah “cluster”, pangsapuri dan sebuah rumah kelab yang

dilengkapi dengan pelbagai prasarana untuk kegunaan penduduk (Rujuk Rajah

2.1)

Segala kemudahan awam termasuk jalan, parit dan longkang adalah

diserahkan kepada Kerajaan. Walau bagaimanapun kerja-kerja penyelenggaraan

���

dilaksanakan oleh pemaju Tetuan Yee Seng Heights manakala kutipan sampah

dijalankan oleh Alam Flora. Seperti kawasan perumahan komuniti berpagar

yang lain, keseluruhan kawasan Bukit Gita Bayu adalah berpagar dan hanya

satu laluan keluar dan masuk disediakan. Laluan keluar / masuk adalah dikawal

dengan ketat 24 jam dan orang luar tidak dibenarkan masuk kecuali dengan

kebenaran pemilik rumah.

Kawasan perumahan mewah ini dibina dengan konsep resort / kawasan

peranginan dengan keindahan semula jadi di mana hampir 70 peratus daripada

tanaman asal dikekalkan dan ditanam semula. Sebuah rumah kelab yang

dikenali sebagai “Kebun Mimpi” menawarkan kemudahan riadah dan rekreasi

yang eksklusif dilengkapi dengan restoran, kolam renang, bilik rehat (sauna dan

jakuzi), gymnasium dan sebagainya.

Rajah 2.1: Susunatur Perumahan Cluster di Bukit Gita Bayu

���

iii. Sierramas

Kawasan perumahan Sierramas merupakan satu lagi contoh kawasan

perumahan mewah yang menggunakan konsep komuniti berpagar. Kediaman

yang eksklusif ini terletak di Sg. Buloh, Daerah Gombak telah dimajukan oleh

Sierramas Sdn. Bhd. dengan keluasan 351.60 ekar (Rujuk Foto 2.4). Kawasan

perumahan ini mempunyai sebanyak 2798 unit rumah iaitu terdiri daripada

rumah sesebuah, rumah bandar, kondominium dan pangsapuri dilengkapi

kemudahan perniagaan, institusi swasta, padang golf dan lain-lain.

Foto 2.4 Pandangan Taman Sierramas

���

2.10 Pengalaman Pembangunan Komuniti berpagar Di Negara Luar

Pembangunan kawasan perumahan berkonsepkan komuniti berpagar

merupakan trend baru dalam globalisasi pembangunan bandar. Sama seperti di

negara ini, aspek keselamatan menjadi agenda utama mengapa pembangunan ini

menjadi begitu popular di kalangan masyarakat dunia. Konsep pembangunan ini

bukan sahaja terkenal di negara-negara barat malah turut diimplementasikan di

Benua Asia dan negara timur tengah dalam pelbagai bentuk dan kaedah.

Pembangunan komuniti berpagar di negara-negara barat lebih menjurus

kepada kediaman bertingkat (high rise) yang boleh menempatkan bilangan

penduduk yang ramai. Contohnya di Kanada,

“.....dianggarkan seramai 7 hingga 8 juta penduduknya tinggal di

kawasan komuniti berpagar dengan kepadatan penduduk meningkat 20

peratus hingga 50 peratus berbanding kawasan perumahan biasa.

(Blankely and Snyder 1997)

Walau bagaimanapun, kajian ini lebih fokus kepada konsep komuniti

berpagar bagi pembangunan “landed property” sahaja dari aspek fizikal dan

perundangan yang diamalkan di beberapa buah negara seperti Indonesia,

Singapura, Australia dan Amerika.

���

i. Singapura

Pembangunan komuniti berpagar di Singapura dikenali sebagai “cluster

housing” iaitu gabungan daripada rumah biasa dengan konsep kondominium di

mana semua kemudahan awam dikongsi bersama. Manakala “strata

bungalows” adalah rumah sesebuah yang dilengkapi dengan kemudahan seperti

di kondominium. Setiap unit rumah mempunyai kawasan / lot yang tersendiri

tetapi berkongsi kemudahan awam. Peruntukan hakmilik strata digunakan

dalam mengenalpasti kawasan awam dan kawasan persendirian.

Konsep ini secara tidak langsung telah mempelbagaikan kawasan

kediaman dengan pilihan jenis rumah yang menepati kehendak pembeli. Ia juga

menyediakan laluan pejalan kaki yang bersambung di antara unit kediaman

dengan kemudahankemudahan yang terdapat dalam kawasan tersebut.

Pembinaan tembok atau pagar keselamatan menjadikan suasana / persekitaran

kawasan kediaman lebih selamat dan terkawal.

Pada masa kini terdapat lebih kurang 2000 unit “cluster housing” yang

telah berjaya dilaksanakan dan mempunyai nilai pasaran yang tinggi (Rujuk

Rajah 2.2). Konsep ini juga mendapat sokongan Pihak Berkuasa Tempatan di

mana beberapa kelonggaran dalam pembangunan perumahan sedemikian

diberikan kepada pemaju perumahan seperti pelan susunatur yang lebih kreatif

dan inovatif, saiz dan rekabentuk rumah, serta pengecualian aspek kawalan

pembangunan seperti anjakan bangunan, kepadatan dan sebagainya.

���

Rajah 2.2: Contoh Susunatur Perumahan Cluster Yang Menggunakan

Konsep Komuniti berpagar Di Singapura

ii. Australia

Pembangunan perumahan berkonsepkan komuniti berpagar juga tidak

ketinggalan merupakan pembangunan perumahan yang menjadi pilihan

penduduk di sekitar Australia. Pada tahun 1985, perumahan berkonsepkan

komuniti berpagar mula mula di bangunkan di Sanctury Cove dan diikuti pula

dengan pembangunan komuniti berpagar di Macquarie Links Estates pada tahun

1989 (Rujuk Foto 2.5).

Foto 2.5: Macquarie Links Estates, Australia

��

Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Burke (2001), hampir 40,000

orang atau 0.2 peratus rakyat Australia tinggal di perumahan berkonsepkan

komuniti berpagar dan jumlahnya semakin meningkat. Ini mungkin adalah

disebabkan beberapa faktor iaitu rasa kurang selamat terhadap kawasan

kediaman, penyelenggaraan terhadap kemudahan seperti padang golf, kolam

renang, marina dan sebagainya. Malah, ianya juga adalah sebagai tahap status

sosial seseorang selain ingin mencuba gaya hidup yang lebih eksklusif.

iii. Amerika Syarikat

Di Amerika, skim pembangunan komuniti berpagar dikenali sebagai

“Common Interest Housing Development (CIDs)”. Ianya merangkumi

perancangan pembangunan perumahan sesebuah / teres dan kondominium.

Pembangunan ini terlibat dalam membentuk hakmilik dan kepentingan pembeli

terhadap unit rumah yang dibeli di samping kemudahan-kemudahan seperti

jalan, kawasan rekreasi, padang golf, dan lain-lain kemudahan yang dimiliki

bersama dengan pembeli-pembeli lain.

Semua pembeli adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan dan

bersetuju menjelaskan bayaran bulanan kepada persatuan penduduk yang terdiri

daripada penduduk kawasan tersebut. Semua pembeli adalah secara automatik

menjadi ahli kepada persatuan penduduk. Persatuan ini dikendalikan oleh

penduduk dengan bantuan dan sokongan golongan profesional seperti peguam

yang bertanggungjawab menjalankan penguatkuasaan ke atas penduduk yang

tidak mematuhi syarat dan peraturan serta menguruskan harta-harta yang

dimiliki bersama.

��

Kaedah yang diamalkan di negara Amerika ini mendapat sokongan yang

padu daripada pihak Kerajaan tempatan. Contohnya di Las Vegas, “the city’s

Zoning Code and Development Code” telah menetapkan semua pembangunan

baru perlu mempunyai ciri-ciri atau dilengkapi dengan pelan landskap, kawasan

lapang dan tembok keselamatan yang diselenggara oleh persatuan penduduk

yang terdiri daripada penduduk kawasan tersebut.

iv. England

Kajian komuniti berpagar di England yang dijalankan oleh Sarah Blandy

dari Universiti Sheffield Hallam dan Diane Lister (2003) dari University of

Cambridge yang bertajuk ‘Using the Law to Set Boundries’ sedikit sebanyak

membantu tentang pengalaman negara England di dalam konsep komuniti

berpagar ini.

Kajian yang dijalankan di kediaman komuniti berpagar di Sheffield

(Rujuk Foto 2.6), menunjukkan bahawa kesedaran terhadap aspek keselamatan

menyebabkan lebih ramai pembeli membeli rumah konsep ini. Hasil kajian

tersebut menunjukkan bahawa kesedaran yang tinggi terhadap keselesaan

kawasan kediaman dan persatuan penduduk yang baik menyebabkan hubungan

kejiranan menjadi lebih kukuh dan akrab. Maka dengan itu, lahirlah satu

kesepakatan untuk mentadbir sendiri kawasan persekitaran mereka.

���

Foto 2.6: Komuniti berpagar di Sheffield, South Yorkshire

Selain itu, kewujudan komuniti berpagar adalah berpunca daripada

peningkatan terhadap jenayah yang menyebabkan penduduk berasa kurang

selamat. Persepsi penduduk terhadap peningkatan jenayah di sekitar England

menyebabkan penduduk lebih berminat dan berasa selamat untuk tinggal di

dalam kawasan perumahan komuniti berpagar. 48 peratus penduduk

menyatakan bahawa mereka berasa terancam dengan peningkatan masalah

sosial seperti vandalisma, ‘grafitti’ atau menconteng dinding serta remaja yang

berpeleseran.

Pengalaman negara England dari aspek pembangunan perumahan

berkonsepkan komuniti berpagar boleh disifatkan sebagai kesedaran masyarakat

sendiri tentang sebuah unit kejiranan yang mana persatuan penduduknya adalah

lebih baik sehingga boleh mewujudkan sebuah komuniti yang lebih selamat dan

selesa dimana segala aspek penyelenggaraan dan pengurusan dapat dibuat

dengan sendiri mengikut kehendak mereka. Selain itu, kadar jenayah dan

masalah sosial juga telah meningkat rasa kurang selamat di kalangan penduduk

menyebabkan tembok atau pagar dibina bagi menghalang berlakunya jenayah

dan gangguan di dalam kawasan kediaman mereka.

���

v. Indonesia

Kota Wisata di Cibubur, Jakarta dan Taman Duta Mas di Batam (Rujuk

Rajah 2.3 dan Rajah 2.4) merupakan di antara contoh pembangunan

berkonsepkan komuniti berpagar yang telah dimajukan di negara Indonesia.

Komponen pembangunan kedua-dua taman perumahan ini hampir sama iaitu

terdiri daripada kawasan kediaman, perniagaan, sekolah, masjid dan taman

tema.

Setiap kawasan kejiranan yang mempunyai bilangan rumah kurang

daripada 100 unit di lengkapi kawasan lapang dan rekreasi akan dipagar dan

membentuk satu komuniti. Kemudahan-kemudahan awam seperti sekolah,

masjid dan taman tema adalah terletak di luar kawasan kejiranan bagi

membolehkan kemudahan ini digunakan bersama dengan orang awam. Jalan

utama adalah bersambung dengan pembangunan bersebelahan dan

menyambungkan antara satu kawasan kejiranan komuniti berpagar dengan yang

lain.

Rajah 2.3: Contoh Susunatur Perumahan Komuniti berpagar Di Kota

Wisata, Cibubur, Indonesia

���

Rajah 2.4: Contoh Susunatur Perumahan Komuniti berpagar Di Taman

Duta Mas, Batam, Indonesia

2.12 Kesimpulan

Istilah ‘pagar’ dan ‘dinding’ seringkali dikaitkan dengan suatu bentuk

halangan atau kepungan yang menghalang kemasukkan individu dari luar tanpa

ppengesahan identity yang mutlak. Inilah konsep yang cuba diaplikasikan oleh

pemaju perumahan terhadap kediaman berkonsep komuniti berpagar atas dasar

keselamatan. Salah satu ciri pembangunan kawasan kediaman hari ini adalah

pembentukkan konsep komuniti berpagar. Masyarakat hari ini lebih gemar

membeli rumah yang berpagar, bukan setakat memagari rumah mereka tetapi

juga keseluruhan kawasan perumahan termasuk kawasan permainan, fasiliti lain

seperti jalanraya dan sebagainya.

Namun demikian, jumlah peningkatan perumahan seumpama ini kian

menngkat dan kebanyakkan pemaju percaya permintaan keatasnya akan terus

���

meningkat (Clarke, 2004). Terdapat beberapa sebab permintaan adalah

diramalkan sedemikian iaitu:-

i. Kesedaran akan pentingnya nilai keselamatan di dalam kawasan

kediaman.

ii. Sifat ekslusif yang mewujudkan kualiti hidup yang lebih baik,

dan

iii. Kawalan dan penyenggaraan persekitaran yang lebih baik.

Walaupun kediaman berkonsepkan komuniti berpagar mempunyai

kebaikan seperti pewujudan kawasan perumahan yang indah, kawalan

keselamatan yang ketat dan kawasan landskap yang indah dan sebagainya.

BAB 3 �

���

BAB 3

KAWASAN KAJIAN

3.1 Pengenalan

Konsep kediaman komuniti berpagar yang berkonsepkan ‘gated &

guarded area’ merupakan konsep perumahan yang menawarkan perkhidmatan

pengurusan kawalan keselamatan terhadap penduduk dan masyarakat sekitar oleh

pemaju perumahan tersebut. Trend pembangunan kediaman seperti itu kian

popular di Malaysia khususnya di daerah Selangor. Terdapat banyak pemaju

perumahan telah mengaplikasikan konsep ini di dalam projek pembangunan

mereka dan dalam masa yang sama juga jumlah pembeli terhadap kediaman

tersebut adalah kian meningkat.

Justeru, bab ini akan membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan

konsep pembangunan komuniti berpagar. Namun begitu penumpuan sepenuhnya

akan diberikan kepada penerangan yang berkaitan dengan komuniti berpagar

yang diamalkan di kawasan kajian tersebut.

���

3.2 Latar Belakang Kawasan Kajian

Kawasan kajian yang dipilih ialah di Apartmen Prima ( Kota Warisan)

dan Taman Kristal 2 yang terletak dalam Sepang, Selangor. Kedua-dua kawasan

kajian ini mempunyai peletakan lokasi yang strategik. Ini adalah kerana kawasan

kajian tersebut mempunyai kemudahsampaian yang baik berhubung antara satu

sama lain. Ini kerana kemudahan sistem jalan raya yang baik di Daerah Sepang

memberi kelebihan kepada taman-taman perumahan ini seperti berhampiran

dengan Lebuh raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Maju Expressway (MEX)

yang menghubungkan Putrajaya dan Kuala Lumpur

Secara umumnya terdapat dua taman perumahan yang dipilih sebagai

kawasan kajian iaitu Apartmen Prima (Kota Warisan) dan Taman Kristal 2.

Kedua-dua taman tersebut adalah terletak di bawah pentadbiran Majlis

Perbandaran Sepang adalah dipilih sebagai kawasan kajian. Rajah 3.1

menunjukkan peletakan kawasan Sepang dan Dengkil.

Rajah 3.1: PeletakanRajah 3.1: Peletakan Kawasan Dengkil Dan Sepang

���

���

3.3. Pihak Berkuasa Tempatan

Di Negeri Selangor terdapat 12 pihak berkuasa tempatan yang terdiri

daripada Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis

Perbandaran Klang, majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Perbandaran

Subang Jaya, Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Perbandaran Kajang, Majlis

Daerah Kuala Langat, majlis Daerah Hulu Selangor, Majlis Daerah Kuala

Selangor, Majlis Daerah Sabak Bernam dan Majlis Perbandaran Sepang.

Oleh yang demikian, penulis telah mengenal pasti pentadbiran kawasan

kajian. Apartmen Prima dan Taman Kristal 2 terletak di bawah pentadbiran

Majlis Perbandaran Sepang. Tujuan pengenalpastian pentadbiran kawasan kajian

ini adalah untuk mengukuhkan lagi kawasan kajian tersebut sebagai telah

melaksanakan kediaman berkonsep komuniti berpagar.

3.3.1 Majlis Perbandaran Sepang

Majlis Perbandaran Sepang telah dinaikkan taraf daripada Majlis Daerah

Sepang pada 3 Mac 2005. Keluasan kawasan pentadbirannya ialah 56,150 hektar,

merangkumi keseluruhan Daerah Sepang. Jumlah penduduk pada tahun 2006

adalah seramai 138,100 orang atau 3 peratus daripada jumlah penduduk negeri

Selangor. Penduduk terdiri daripada 65 peratus bumiputera dan 35 peratus bukan

bumiputera.

Lokasi Majlis Perbandaran Sepang adalah sangat strategik kerana

bersempadan dengan Putrajaya dan Wilayah Lembah Klang serta di dalam

���

kawasan koridor pembangunan aktif Negeri Selangor, iaitu Koridor Raya

Multimedia (MSC), Koridor Persisiran Pantai Selatan, Koridor Pulau Carey-

Kajang dan Koridor Morib-Salak Tinggi. Majlis Perbandaran Sepang juga

termasuk dalam kawasan perancangan Wilayah Lembah Klang II (Daerah Sepang

dan Kuala Langat) yang menjadi tumpuan baru kepada pelbagai pembangunan

perbandaran.

3.4 Apartmen Prima, Kota Warisan

Kota Warisan merupakan sebuah kawasan taman perumahan terancang

yang dibangunkan oleh Gema Padu Sdn. Bhd. Walaupun syarikat ini merupakan

sebuah syarikat baru dalam sektor pembangunan harta tanah di Selangor, namun

Gema Padu Sdn. Bhd. telah berjaya membuktikan kebolehan melalui kejayaan

mengendalikan projek pembangunan seperti Emville Golf Resort, Seremban.

Kota Warisan menyediakan kawasan kediaman yang selesa dan harmoni dengan

perancangan landskap yang indah. Selain itu, terdapat sebahagian daripada

pembangunan di Kota Warisan menawarkan unit kediaman komuniti berpagar

berkonsepkan ‘gated and guarded area’, antaranya iailah Apartmen Prima.

Justeru, penduduk dan penghuni dalam kawasan tersebut tidak perlu

berasa bimbang kerana terdapat aspek keselamatan dititikberatkan. Sudah

sememangnya perkhidmatan yang terdapat di kawasan ini memberi kesan yang

besar dalam mempengaruhi pembeli untuk memiliki harta tanah yang

berkonsepkan komuniti berpagar.

���

3.4.1 Perletakan

Kota Warisan merupakan sebuah kawasan perumahan terletak 45 km dari

pusat bandar raya Kuala Lumpur, 24 km dari Putrajaya dan 43 km dari Seremban.

Kota Warisan boleh dihubungi dari Kuala Lumpur melalui Lebuh raya Maju

Expressway (MEX) melalui jalan Tun Razak dan Lebuh raya Utara Selatan.

Mempunyai lokasi yang strategik iaitu berdekatan Lapangan Terbang

Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Litar F1 Sepang.

Lokasi Kota Warisan dapat ditunjukkan seperti dalam Rajah 3.2 dan

Rajah 3.3. Landmark berhampiran adalah seperti Stesen ERL Salak Tinggi,

Bandar Baru Salak Tinggi, Nilai Spring Golf & Country Club. Manakala taman-

taman perumahan yang terletak berhampiran adalah Taman Dahlia, Taman

Mawar, Taman Ixora, Taman Kenanga, Taman Seroja dan Desa Vista.

���

.

Rajah 3.2 : Pelan Lokasi Kota Warisan

Sumber : Gema Padu Sdn Bhd, 2009

��

Rajah 3.3: Kediaman Komuniti Berpagar di Apartmen Prima

(Kota Warisan)

��

3.4.2 Konsep Pembangunan

Kota Warisan merupakan sebuah kawasan pembangunan bercampur yang

merangkumi seluas 600 ekar yang dirancang sepenuhnya berasaskan kepada

konsep kejiranan yang dilengkapi pelbagai kemudahan kemasyarakatan dan

sosial.

Konsep pembangunan di Kota Warisan sangat menarik dengan

pembinaan laluan masuk berhampiran laluan utama ke KLIA. Ciri-ciri landskap

diberi penekanan kepada setiap kawasan lapang untuk mewujudkan suasana

kehijauan dan harmoni. Reka bentuk rumah yang kreatif member pilihan kepada

pembeli dalam pemilikan kediaman mereka.

Apartmen Prima yang merupakan salah satu jenis kediaman yang

dibangunkan dalam kawasan Kota Warisan. Apartmen Prima yang berkeluasan

19,835 kaki persegi mempunyai 6 blok yang mewakili 215 unit rumah kediaman.

Pembangunan di kawasan perumahan ini menggunakan konsep “komuniti

berpagar” di mana setiap kawasan kejiranan adalah berpagar dan dilengkapi

dengan kemudahan kawalan keselamatan (pondok pengawal) (Rujuk Rajah 3.4).

Setiap kawasan kejiranan boleh dihubungi dengan kawasan kejiranan lain melalui

rangkaian jalan luaran.

���

Rajah 3.4: Kawasan Kediaman Apartmen Prima

3.5 Taman Kristal 2

Taman Kristal 2 merupakan sebuah projek perumahan yang dibangunkan

oleh syarikat Melati Mewah Sdn Bhd yang terletak di kawasan Mukim Dengkil,

Daerah Sepang. Ia merupakan sebuah taman perumahan yang menyediakan

kawasan kediaman yang selesa dan harmoni. Selain itu, pembangunan perumahan

di Taman Kristal 2 menawarkan unit kediaman berkonsepkan ‘gated and guarded

area’ kepada penghuninya.

���

Justeru, penduduk serta penghuni di dalam kawasan tersebut tidak perlu

berasa bimbang, ini kerana kawasan tersebut menitikberatkan ciri-ciri

keselamatan.

3.5.1 Peletakan

Taman Kristal 2 merupakan sebuah kawasan perumahan terletak 38 km

dari pusat banda raya Kuala Lumpur, 11 km dari Putrajaya dan 50 km dari

Seremban. Taman Kristal 2 boleh dihubungi dari Kuala Lumpur melalui Lebuh

raya Maju Expressway (MEX) melalui jalan Tun Razak dan Lebuh raya Utara

Selatan. Mempunyai lokasi yang strategik iaitu berdekatan Lapangan Terbang

Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Litar F1 Sepang.

Lokasi Taman Kristal 2 dapat ditunjukkan seperti dalam Rajah 3.5 dan

Rajah 3.6. Landmark berhampiran adalah terdekat dengan Taman Kristal 2 ialah

ia berhampiran dengan Pekan Dengkil . Manakala taman-taman perumahan yang

terletak berhampiran adalah Kondominium Putra Intan, Taman Dengkil Jaya,

Taman Baiduri dan Taman Mas

3.5.2 Konsep Pembangunan

Taman Kristal 2 merupakan projek yang dibangunkan oleh Melati Mewah

Sdn. Bhd. Syarikat ini telah ditubuhkan pada 22 Januari 1979. Melati Mewah Sdn

Bhd mempunyai reputasi yang baik dalam pasaran harta tanah sebagai pemaju

���

perumahan yang Berjaya. Ini adalah kerana syarikat ini telah terlibat dalam

pelbagai projek pembangunan harta tanah khususnya bagi harta tanah kediaman.

Antara pembangunan yang telah dibangunkan ialah Union Heights Condominium

(Kuala Lumpur), Taman Batu Uban II (Penang), MWE Plaza dan City Gardens

Luxury Condominiums Kuala Lumpur.

Taman Kristal 2 telah dibangunkan di atas Lot 19024 (P.T.6271) Mukim

Dengkil mempunyai sebanyak 66 unit rumah teres 2 tingkat (Rujuk Rajah3.7).

Pembangunan di kawasan perumahan ini menggunakan konsep komuniti

berpagar di mana setiap kawasan kejiranan adalah berpagar dan dilengkapi

dengan kemudahan kawalan keselamatan (pondok pengawal). Setiap kawasan

kejiranan boleh dihubungi dengan kawasan kejiranan lain melalui rangkaian jalan

luaran.

���

Rajah 3.5: Pelan Lokasi Taman Kristal 2

���

Rajah 3.6: Kediaman Komuniti Berpagar di Taman Kristal 2

���

Rajah 3.7: Kawasan Kediaman Komuniti Berpagar Taman Kristal 2

3.6 Kesimpulan

Bab ini telah menerangkan beberapa perkara penting secara ringkas

berkaitan dengan konsep pembangunan komuniti berpagar serta pemaju-pemaju

yang membangunkan taman-taman tersebut. Namun begitu, penumpuan

sepenuhnya akan diberikan kepada penerangan berkaitan dengan komuniti

berpagar seperti yang diamalkan dalam kawasan kajian.

BAB 4 �

���

BAB 4

ANALISIS KAJIAN

4.1 Pengenalan

Dalam proses kajian ini, analisis kajian merupakan bab atau bahagian

yang paling penting dalam mempastikan objektif yang ditetapkan di awal kajian

tercapai ataupun sebaliknya. Dalam bab ini, penumpuan diberikan kepada analisis

diiperingkat kaji selidik dan juga kajian lapangan akan dianalisis untuk

mendapatkan keputusan yang diinginkan.

4.2 Kaedah Kajian

Kaedah pengumpulan data pada permulaan kajian ini dijalankan adalah

melalui temuramah dan pengedaran borang soal selidik. Kaedah ini dipilih adalah

untuk mendapatkan dua jenis data yang diperlukan iaitu data kuantitatif dan

kualitatif. Oleh itu, pengumpulan data secara sistematik ini dapat mempastikan

���

segala maklumat penting yang hendak dikaji dapat dikumpul seterusnya dapat

mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan sebelum ini.

4.2.1 Temuramah

Kaedah temuramah dipilih kerana kaedah ini merupakan kaedah yang

berkesan untuk mendapat penerangan dan maklumat awalan yang terperinci

dalam mengenai kawasan kajian dan juga maklumat berkaitan. Kaedah ini

digunakan untuk mendapatkan data dan maklumat daripada pihak yang terlibat

seperti pihak pemaju perumahan dan persatuan penduduk

4.2.2 Pengedaran Borang Soal Selidik

Borang soal selidik disediakan bagi mendapatkan data primer daripada

responden yang mendiami dan memiliki kediaman komuniti berpagar di kawasan

kajian.

Pengedaran borang soal selidik kepada penghuni komuniti berpagar

dibuat melalui bantuan jawatankuasa penduduk dan pengawal keselamatan

kerana akses ke komuniti berpagar bagi kedua-dua kawasan adalah ketat bagi

menjamin keselamatan penduduk . Sebanyak 20 set borang soal selidik telah

diedarkan terus kepada penduduk untuk setiap kawasan kajian.

���

Jawapan yang diberikan hasil daripada pengedaran borang soal selidik

adalah berdasarkan kepada pilihan jawapan yang diberikan. Soalan terbuka

(umum) juga disediakan bagi soalan tertentu untuk mendapatkan pendapat

ringkas dan alasan daripada responden. Penyediaan soalan daripada borang soal

selidik dibahagikan kepada lima bahagian iaitu:

Bahagian A : Profil Responden

Bahagian B : Maklumbalas responden – Keselamatan dalam komuniti berpagar

Bahagian C : Ciri-ciri Keselamatan

Bahagian D : Kajian terhadap kejadian yang berlaku dalam kawasan kediaman

4.2.3 Penyediaan Analisis Data

Analisis secara kuantitatif dibuat bagi data-data yang diperolehi daripada

borang soal selidik yang diedarkan kepada responden. Bagi analisis kuantitatif

ini, perisian Microsoft Office Excel akan digunakan bagi menganalisis data yang

diperolehi daripada borang saol selidik. Penggunaan perisian Microsoft Office

Excel adalah mudah digunakan dalam membuat analisa.

4.3 Analisis Profil

Berdasarkan kajian ini, analisis adalah berasaskan kepada soalan yang

terdapat di dalam borang soal selidik. Ia merangkumi Bahagian A sebagai profil

responden, Bahagian B sebagai maklumbalas responden – keselamatan dalam

komuniti berpagar, Bahagian C sebagai ciri-ciri keselamatan dan Bahagian D

���

sebagai kajian terhadap kejadian jenayah yang berlaku dalam kawasan kediaman.

Sebanyak 15 borang soal selidik telah diedarkan ke setiap dua kawasan kajian

kesemua 15 borang dari setiap kawasan telah berjaya dikembalikan.

4.3.1 Kewarganegaraan Responden

Jadual 4.1 : Kewarganegaraan Responden Bagi Apartmen Prima

dan Taman Kristal 2.

Warganegara Apartmen Prima Taman Kristal 2

Malaysia 15 15

Lain-lain 0 0

Jumlah 15 15

Berdasarkan Jadual 4.1, secara majoriti kesemua responden yang tinggal

dalam kawasan kajian adalah rakyat Malaysia memandangkan kebanyakkan

mereka adalah penjawat awam dan pekerja swasta.

4.3.2 Jantina dan Bangsa Responden

Berdasarkan analisis (rujuk jadual 4.2) yang dijalankan di dua

kawasan kajian telah menunjukkan 76.7 peratus daripada responden adalah lelaki

dan selebihnya sebanyak 23.3 peratus responden adalah perempuan. Dari segi

bangsa pula kesemua responden adalah terdiri daripada bangsa Melayu.

Berdasarkan kajian profil responden, kedua-dua kawasan kajian iaitu Apartmen

Sumber : Kajian Lapangan Penulis, 2010

���

Prima dan Taman Kristal 2 mempunyai masyarakat yang serupa dari segi

sosialnya. Ia mempunyai taburan struktur masyarakat, taburan pendapatan,

taburan pendidikan, taburan kaum dan kenegaraan yang sama.

Jadual 4.2 : Taburan Jantina responden Mengikut Bangsa bagi

Apartmen Prima dan Taman Kristal 2

Jantina

Apartmen Prima Taman Kristal 2 Jumlah

Responden

Peratus

(%) Melayu Cina India Melayu Cina India

Lelaki 12 0 0 11 0 0 23 76.7

Perempuan 3 0 0 4 0 0 7 23.3

JUMLAH 15 0 0 15 0 0 30 100

4.3.3 Umur Responden

Jadual 4.3 menunjukkan responden terdiri daripada golongan yang

berumur 31-45 tahun dengan mencatatkan sebanyak 43.4 peratus diikuti

penghuni berumur 25-30 tahun. Manakala 16.6 peratus daripada jumlah penghuni

berada dalam lingkungan umur 46-55 tahun. (Rujuk Jadual 4.3)

Jadual 4.3 : Struktur Umur Responden Di Kawasan Kajian

Umur

(tahun)

Apartmen

Prima

Taman

Kristal 2

Jumlah

Responden

Peratus

(%)

25 - 30 8 4 12 40

31 - 45 6 7 13 43.4

46 - 55 1 4 5 16.6

> 56 0 0 0 0

Jumlah 15 15 30 100

��

4.3.4 Status Perkahwinan

Status perkahwinan responden menunjukkan secara majoriti penghuni

yang sudah berkahwin adalah 66.6 peratus. diikuti 33.4 peratus bujang. Ini

menunjukkan status responden yang berkahwin dan bekeluarga memilih ciri-ciri

perumahan komuniti berpagar sebagai salah satu pilihan unit kediaman untuk

didiami. (Rujuk Jadual 4.4)

Jadual 4.4: Status Perkahwinan Mengikut Kawasan Kajian

Status

Perkahwinan

Apartmen

Prima

Taman

Kristal 2

Jumlah

responden

Peratus

(%)

Bujang 10 0 10 33.4

Berkahwin 5 15 20 66.6

Bercerai 0 0 0 0

Ibu / bapa

tunggal 0 0 0 0

Jumlah 15 15 30 100

4.3.5 Tahap Pendidikan

Taraf pendidikan responden dalam kajian ini terbahagi kepada 4 kategori

iaitu SPM & setaraf, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan PHD.

Berdasarkan Jadual 4.5 menunjukkan sebanyak 40 peratus responden

mempunyai kelayakan SPM dan setaraf. Ini diikuti sebanyak 33.4 peratus Ijazah

Sarjana Muda, 20 peratus Diploma dan masing-masing 3.3 peratus untuk Ijazah

Sarjana dan PHD. Walaubagaimanapun terdapat perbezaan mengenai taraf

pendidikan jika dibandingkan antara dua kawasan tersebut. Taman Kristal 2

���

menunjukkan penduduknya mempunyai taraf pendidikan yang lebih baik yang

menunjukkan sebanyak 10 responden adalah Ijazah Sarjana Muda dan 1

responden adalah PHD.

Jadual 4.5: Taburan Taraf Pendidikan Responden Mengikut

Kawasan Kajian

Tahap Pendidikan Apartmen

Prima

Taman

Kristal

2

Jumlah

Responden

Peratus

(%)

SPM & setaraf 12 0 12 40

Diploma 3 3 6 20

Ijazah Sarjana

Muda 0 10 10 33.4

Ijazah Sarjana 0 1 1 3.3

PHD 0 1 1 3.3

Jumlah 15 15 30 100

4.3.6 Pendapatan Bulanan

Kajian menunjukkan responden yang berpendapatan RM2,500 –

RM4,000 mencatatkan peratus yang tertinggi iaitu sebanyak 83.3 peratus. Ini

diikuti 10 peratus bagi responden yang berpendapatan RM4,001- RM8,000 dan

sebanyak 6.7 peratus responden yang berpendapatan 8,0001 keatas. Tiada

seorang pun responden yang memiliki pendapatan RM 6,001 – RM8,000. (Rujuk

Jadual 4.6 dan Rajah 4.1)

���

Jadual 4.6: Jumlah Kasar Pendapatan Bulanan

Pendapatan

Bulanan

Apartmen

Prima

Taman

Kristal 2

Jumlah

Responden

Peratus

(%)

2,500 - 4,000 15 10 25 83.3

4,001 – 6,000 0 3 3 10

6,001 – 8,000 0 0 0 0

8,001 – ke atas 0 2 2 6.7

Jumlah 15 15 30 100

4.3.7 Pemilikan Kenderaan

Berdasarkan Jadual 4.7 menunjukkan responden di kedua kawasan kajian

mempunyai lebih daripada sebuah kereta. Majoriti responden bergantung kepada

kenderaan dalam pengangkutan harian samada di Apartmen Prima dan Taman

Kristal 2. Secara majoriti, sebanyak 80.4 peratus memiliki kereta dan 19.6 peratus

memiliki motosikal.

Jadual 4.7 : Pemilikan Kenderaan

Jenis

Kenderaan

Apartmen

Prima

Taman

Kristal 2

�� ���

����������

��������

����

Motosikal 9 1 ��� �����

Kereta 13 28 �� ����

Jumlah 22 29 ��� ����

���

4.4 Analisis Maklumbalas Responden Terhadap Keselamatan Dalam

Komuniti Berpagar

Dalam bahagian ini, analisis mengenai maklumbalas responden terhadap

keselamatan dalam komuniti berpagar akan di buat. Soalan ini merangkumi

tahap persetujuan responden terhadap pembangunan komuniti berpagar dan

implikasinya dalam pencegahan jenayah.

4.4.1 Persetujuan Dengan Kesesuaian Konsep Komuniti Berpagar

Berdasarkan Jadual 4.8 menunjukkan taburan persetujuan terhadap

kesesuaian konsep komuniti berpagar. Sebanyak 70 peratus responden yang

mewakili dua kawasan menunjukkan rasa setuju dengan kesesuaian pelaksanaan

konsep ini. Ini diikuti 16.6 peratus sangat setuju dan 13.4 adalah sederhana

setuju. Berdasarkan jawapan daripada responden, mereka berpendapat bahawa

pelaksanaan konsep komuniti berpagar dapat menjamin keselamatan mereka.

Jadual 4.8 : Persetujuan Dengan Konsep Pembangunan Komuniti Berpagar

Skala

Perlaksanaan Komuniti

Berpagar

Apartmen

Prima

Taman

Kristal 2

Jumlah

Responden

Peratus

(%)

1 Tidak Bersetuju 0 0 0 0

2 Kurang Bersetuju 0 0 0 0

3 Sederhana Bersetuju 0 4 4 13.4

4 Setuju 13 8 21 70

5 Sangat Setuju 2 3 5 16.6

JUMLAH 15 15 30 100

���

4.4.2 Sebab Responden Memilih Untuk Tinggal Dalam Skim Perumahan

Berpagar

Berdasarkan Jadual 4.9 menunjukkan aspek keselamatan, privasi,

keselesaan persekitaran dan perkhidmatan yang disediakan merupakan sebab-

sebab penting bagi responden memilih untuk tinggal dalam komuniti berpagar.

Daripada jadual tersebut juga dapat dinyatakan bahawa responden daripada

kedua-dua kawasan tersebut menyatakan bahawa faktor keselamatan

menyumbang kepada pemilihan mereka untuk tinggal dalam kawasan perumahan

mereka. Aspek sebegini telah dikenalpasti sebagai aspek yang sepatutnya

disediakan oleh komuniti berpagar.

Walaubagaimanapun hubungan sosial antara penghuni dan juga cara

hidup eksklusif merupakan aspek yang kurang penting bagi responden yang

hidup dalam komuniti berpagar. Keseluruhannya, responden berpendapat bahawa

aspek keselamatan merupakan faktor mereka memilih untuk tinggal dikawasan

kajian memandangkan faktor sedemikian dapat dijadikan alasan untuk menjamin

keselamatan keluarga dan harta benda mereka.

���

Jadual 4.9 : Sebab Responden Memilih Untuk Tinggal Dalam Perumahan

Sekarang

Perlaksanaan

Komuniti

Berpagar

Apartment Prima Taman Kristal 2

Tid

ak S

etuj

u

Kur

ang

Setu

ju

Sede

rhan

a

Setu

ju

Ber

setu

ju

Sang

at S

etuj

u

JUM

LA

H

Tid

ak S

etuj

u

Kur

ang

Setu

ju

Sede

rhan

a

Setu

ju

Ber

setu

ju

Sang

at S

etuj

u

JUM

LA

H

Privasi 2 12 1 15 4 4 5 2 15

Cara hidup

ekslusif 10 4 1 15 3 2 8 2 15

Kawalan

keselamatan 14 1 15 1 4 10 15

Keselesaan

persekitaran 3 11 1 15 3 10 2 15

Perkhidmata

n dan

kemudahan

emenity

yang

disediakan 1 14 15 4 11 15

Perhubunga

n erat antara

penghuni 6 9 15 10 5 15

JUMLAH 0 0 22 64 4 3 6 30 37 14

���

4.4.3 Maklumbalas Bahawa Tinggal Dalam Kawasan Komuniti berpagar

Lebih Selamat

Berdasarkan Jadual 4.10 menunjukkan sebanyak 83.3 peratus responden

bersetuju bahawa tinggal dalam kawasan komuniti berpagar lebih menjamin

keselamatan mereka. Faktor keselamatan inilah yang mendorong mereka untuk

memilih komuniti berpagar sebagai tempat kediaman. Berdasarkan maklumbalas

yang diterima daripada responden, pemilihan komuniti berpagar adalah

berasaskan kawalan akses yang ketat terhadap orang luar dan rondaan oleh

pengawal.

Walaubagaimanapun terdapat sebanyak 6.7 peratus responden

menyatakan sederhana setuju mengenai tahap keselamatan dalam kawasan

komuniti berpagar. Ini disebabkan oleh tahap kawalan keselamatan yang

disediakan yang bagi pemerhatian mereka agak sederhana dan mudah diceroboh.

Jadual 4.10: Maklumbalas Bahawa Tinggal Dalam Keatas Komuniti

Berpagar Lebih Selamat

Keselamatan

Komuniti Berpagar

Apartmen

Prima

Taman

Kristal

2

Jumlah

Responden

Peratus

(%)

Tidak Bersetuju 0 0 0 0

Kurang Bersetuju 0 0 0 0

Sederhana Bersetuju 2 0 2 6.7

Setuju 12 13 25 83.3

Sangat Setuju 1 2 3 10

JUMLAH 15 15 30 100

���

4.4.4 Maklumbalas Mengenai Perumahan Komuniti Berpagar Dapat

Mengurangkan Jenayah

Jadual 4.11 menunjukkan maklumbalas responden mengenai perumahan

komuniti berpagar dapat mengurangkan kadar jenayah. Sebanyak 56.7 peratus

daripada keseluruhan responden bersetuju bahawa aspek keselamatan yang

diambil dalam komuniti berpagar dapat mengurangkan jenayah. Ini menunjukkan

bahawa persepsi responden untuk memilih kediaman ini adalah disebabkan faktor

keselamatan bagi mengatasi daripada berlakunya masalah jenayah. Sebanyak

23.3 peratus responden pula berpendapat bahawa mereka sederhana setuju

mengenai komuniti berpagar dapat mengurangkan jenayah. Ini disebabkan oleh

berlakunya beberapa kejadian jenayah didalam kawasan kediaman mereka.

Jadual 4.11: Maklumbalas Mengenai Perumahan Komuniti Berpagar Dapat

Mengurangkan Jenayah

Komuniti Berpagar

boleh mengurangkan

jenayah

Apartmen

Prima

Taman

Kristal 2

Jumlah

Responden

Peratus

(%)

Tidak Bersetuju 0 0 0 0

Kurang Bersetuju 0 0 0 0

Sederhana Bersetuju 4 3 7 23.3

Setuju 10 7 17 56.7

Sangat Setuju 1 5 6 20

JUMLAH 15 15 30 100

���

4.4.5 Maklumbalas Responden Mengenai Komuniti Berpagar Untuk

Golongan Berpendapatan Tinggi

Berdasarkan Jadual 4.12 menunjukkan maklumbalas responden mengenai

komuniti berpagar hanya untuk golongan berpendapatan tinggi. Hasil kajian ini,

sebanyak 40 peratus responden kurang bersetuju dengan pernyataan ini. Ini

diikuti 30 peratus sederhana setuju, 23.3 peratus tidak setuju dan selebihnya 6.7

peratus menyatakan mereka setuju bahawa komuniti berpagar hanya untuk

golongan berpendapatan tinggi. Kajian ini menunjukkan bahawa pembangunan

komuniti berpagar ini adalah untuk semua lapisan masyarakat tidak kira mereka

berpendapatan tinggi atau sederhana. Masalah mungkin timbul dari aspek

kemampuan pembeli untuk membayar yuran pengurusan kerana responden

bersetuju bahawa komuniti berpagar hanya untuk golongan atasan.

Jadual 4.12: Maklumbalas Responden Mengenai Komuniti Berpagar Untuk

Golongan Berpendapatan Tinggi

Komuniti Berpagar

Untuk Golongan

Berpendapatan Tinggi

Apartmen

Prima

Taman

Kristal

2

Jumlah

Responden

Peratus

(%)

Tidak Bersetuju 2 5 7 23.3

Kurang Bersetuju 6 6 12 40

Sederhana Bersetuju 6 3 9 30

Setuju 1 1 2 6.7

Sangat Setuju 0 0 0 0

JUMLAH 15 15 30 100

���

4.4.6 Maklumbalas Responden Bahawa Tinggal Dalam Komuniti

Berpagar Dapat Mengurangkan Perasaan Takut Terhadap Jenayah

Berdasarkan Jadual 4.13 menunjukkan sebanyak 66.7 peratus responden

bersetuju bahawa tinggal dalam komuniti berpagar dapat mengurangkan perasaan

takut terhadap jenayah. Manakala sebanyak 33.3 peratus responden berpendapat

sederhana setuju terhadap maklumbalas tersebut. Responden berpendapat ia

adalah berpunca daripada kemudahan pagar yang mengelilingi komuniti berpagar

dan ciri-ciri keselamatan lain yang disediakan.

Jadual 4.13: Maklumbalas Responden Bahawa Tinggal Dalam Komuniti

Berpagar Dapat Mengurangkan Perasaan Takut terhadap Jenayah

Komuniti Berpagar

Boleh Mengurangkan

Perasaan Takut

Apartmen

Prima

Taman

Kristal

2

Jumlah

responden

Peratus

(%)

Tidak Bersetuju 0 0 0 0

Kurang Bersetuju 0 0 0 0

Sederhana Bersetuju 5 5 10 33.3

Setuju 10 10 20 66.7

Sangat Setuju 0 0 0 0

JUMLAH 15 15 30 100

4.5 Analisis Terhadap Ciri-Ciri Keselamatan

Dalam bahagian ini, analisis terhadap ciri-ciri keselamatan dan

keberkesanan dalam mengatasi kejadian jenayah akan dibuat. Ciri-ciri

��

keselamatan yang disediakan dalam komuniti berpagar akan dikenalpasti dan

dikaji keberkesanannya berdasarkan maklumbalas responden.

4.5.1 Ciri-Ciri Keselamatan Yang Disediakan

Melalui maklumbalas responden dan kajian pemerhatian semasa

menjalankan kajian lapangan, ciri-ciri keselamatan yang diperuntukan bagi

kedua-dua kawasan kajian adalah seperti dalam Jadual 4.14. Jadual 4.14

menunjukkan ciri-ciri keselamatan yang asas telah disediakan oleh pihak

pengurusan atau pemaju kepada penduduknya. Antara ciri-ciri keselamatan yang

asas dalam komuniti berpagar adalah pintu masuk dilengkapi penghalang,

rondaan oleh pengawal, pencahayaan waktu malam, rekabentuk pengurangan

trafik dan penggunaan pas kenderaan.

Jadual 4.14: Ciri-Ciri Keselamatan Yang Disediakan

���� !����"��� �� ����� #$���� ������� �� %�� ��������� ���

CCTV / Kamera Litar Tertutup �� ��

Pintu masuk utama yang dilengkapi

rumah penjaga dan

palang/penghalang � �

Rondaan pengawal keselamatan � �

Pencahayaan yang mencukupi waktu

malam � �

Rekabentuk pengurangan trafik

seperti Bump dan sebagainya � ��

Pas kenderaan (pelekat kenderaan) �� �

���

4.5.2 Keberkesanan Pintu Masuk Utama Yang Dilengkapi Rumah

Pengawal Dan Palang/Penghalang

Majoritinya didapati penghuni di dua kawasan tersebut amat

mementingkan ciri-ciri keselamatan yang disediakan oleh pemaju atau

pihak pengurusan. Berdasarkan Jadual 4.15, didapati bahawa sebanyak

73.3 peratus responden manyatakan efektif keberkesanan penyediaan

pintu masuk utama yang dilengkapi pondok kawalan dan palang

penghalang adalah efektif dalam pencegahan jenayah manakala sebanyak

23.3 peratus menyatakan sederhana efektif dan selebihnya 3.4peratus

menyatakan sangat efektif.

Jadual 4.15: Keberkesanan Pintu Masuk Utama Yang Dilengkapi Rumah

Pengawal Dan Palang/Penghalang

Pintu Masuk

Dilengkapi Penjaga dan

Palang/ penghalang

Apartmen

Prima

Taman

Kristal 2

Jumlah

Responden

Peratus

(%)

Tidak Efektif 0 0 0 0

Kurang Efektif 0 0 0 0

Sederhana Efektif 7 0 7 23.3

Efektif 8 14 22 73.3

Sangat Efektif 0 1 1 3.4

JUMLAH 15 15 30 100

Secara keseluruhannya tiada responden yang menyatakan penyediaan

pintu masuk yang dilengkapi dengan penghalang dan pondok pengawal sebagai

tidak efektif. Untuk itu boleh disimpulkan bahawa penyediaan ciri-ciri

keselamatan ini diterima sebagai berkesan dalam mengawal keselamatan

penghuni dan mengelakkan kejadian jenayah berlaku.

���

4.5.3 Keberkesanan Rondaan Pengawal Keselamatan

Berdasarkan Jadual 4.16 menunjukkan keberkesanan rondaan yang

dilakukan oleh pengawal keselamatan. Sebanyak 60 peratus responden

menyatakan efektif terhadap keberkesanan rondaan oleh pengawal keselamatan

manakala sebanyak 30 peratus menyatakan sederhana efektif dan selebihnya 10

peratus responden menyatakan sangat efektif. Hasil dari maklumbalas responden

manyatakan bahawa bilangan pengawal dan kekerapan rondaan pada sebelah

malam perlu dipertingkatkan bagi mendapat kesan positif terhadap pengawalan

jenayah.

Jadual 4.16: Keberkesanan Rondaan Pengawal Keselamatan

Rondaan Pengawal

Keselamatan

Apartmen

Prima

Taman

Kristal 2

Jumlah

Responden

Peratus

(%)

Tidak Efektif 0 0 0 0

Kurang Efektif 0 0 0 0

Sederhana Efektif 7 2 9 30

Efektif 8 10 18 60

Sangat Efektif 0 3 3 10

JUMLAH 15 15 30 100

4.5.4 Keberkesanan Pencahayaan Yang Mencukupi Pada Waktu Malam

Merujuk kepada Jadual 4.17 menunjukkan sebanyak 86.7 peratus

responden setuju bahawa keberkesanan pencahayaan pada waktu malam adalah

efektif manakala sebanyak 10 peratus responden menyatakan sangat efektif dan

selebihnya sebanyak 3.3 peratus menyatakan kurang efektif. Hasil kajian ini

���

menunjukkan kesan pencahayaan pada waktu malam amat penting bagi mengelak

berlakunya kejadian jenayah.

Jadual 4.17: Keberkesanan Pencahayaan Yang Mencukupi

Pada Waktu Malam

Pencahayaan

Waktu Malam

Apartmen

Prima

Taman

Kristal 2

Jumlah

Responden

Peratus

(%)

Tidak Efektif 0 0 0 0

Kurang Efektif 0 0 0 0

Sederhana Efektif 0 1 1 3.3

Efektif 14 12 26 86.7

Sangat Efektif 1 2 3 10

JUMLAH 15 15 30 100

4.5.5 Keberkesanan Rekabentuk Pengurangan Trafik

Dalam analisis keberkesanan rekabentuk pengurangan trafik dalam

pencegahan jenayah, hanya perumahan Apartmen Prima mempunyai ciri-ciri

rekabentuk pengurangan trafik. Berdasarkan Jadual 4.18 dan menunjukkan

sebanyak 46.7 peratus responden menyatakan keberkesanan rekabentuk

pengurangan trafik adalah efektif manakala 26.7 peratus adalah sederhana efektif

dan 20 peratus dan 6.6 peratus menunjukkan kurang efektif dan tidak efektif.

Rekabentuk pengurangan trafik seperti Bump dan Hump dikenalpasti dapat

melindungi penghuni kerana penjenayah akan merasa susah untuk bergerak

semasa melakukan jenayah.

���

Jadual 4.18: Keberkesanan Rekabentuk Pengurangan Trafik

Rekabentuk

Pengurangan

Trafik

Apartmen

Prima

Taman

Kristal 2

Jumlah

Responden

Peratus

(%)

Tidak Efektif 1 0 1 6.6

Kurang Efektif 3 0 3 20

Sederhana Efektif 4 0 4 26.7

Efektif 7 0 7 46.7

Sangat Efektif 0 0 0 0

JUMLAH 15 0 15 100

4.5.6 Keberkesanan Pas Kenderaan (pelekat kenderaan)

Berdasarkan Jadual 4.19 menunjukkan keberkesanan penggunaan pas

kenderaan dalam mengurangkan kadar jenayah di Taman Kristal 2. Jadual ini

juga menunjukkan Apartmen Prima tidak menggunakan pas kenderaan sebagai

salah satu ciri keselamatan untuk mengakses masuk. Sebanyak 66.7 peratus

responden menyatakan efektif keberkesanan pas kenderaan sebagai salah satu ciri

keselamatan di kediaman mereka manakala sebanyak 20 peratus menyatakan

sangat efektif dan selebihnya 13.3peratus responden menyatakan sederhana aktif.

Berdasarkan maklubalas responden menyatakan bahawa peggunaan pas

kenderaan adalah mustahak bagi membezakan penghuni berdaftar dengan

penghuni luar.

���

Jadual 4.19: Keberkesanan Pas Kenderaan (pelekat kenderaan)

Penggunaan

Pas kenderaan

Apartmen

Prima

Taman

Kristal 2

Jumlah

Responden

Peratus

(%)

Tidak Efektif 0 0 0 0

Kurang Efektif 0 0 0 0

Sederhana

Efektif 0 2 2 13.3

Efektif 0 10 10 66.7

Sangat Efektif 0 3 3 20

JUMLAH 0 15 15 100

4.6 Analisis Terhadap Kejadian Jenayah Yang Berlaku Dalam Kawasan

Kajian.

Dalam bahagian ini, analisis terhadap kejadian jenayah yang pernah

berlaku dalam kawasan kajian akan dilaksanakan. Kejadian jenayah yang pernah

dialami oleh responden atau didengar akan digunakan untuk analisis kadar

jenayah yang berlaku. Sesi temubual bersama pengawal keselamatan dan pihak

pengurusan sebelum kajian lapangan dijalankan telah menyatakan bahawa

komuniti berpagar berkesan dalam pencegahan jenayah. Untuk mendapatkan

keputusan yang betul, maklumbalas daripada responden akan dianalisis untuk

menguji sejauhmanakah keberkesanan komuniti berpagar dalam pencegahan

jenayah.

���

4.6.1 Pengalaman Responden Atau Ahli Keluarga Dalam Kejadian

Jenayah Sepanjang Tempoh Tinggal di Kawasan Kajian.

Berdasarkan Jadual 4.20 didapati bahawa daripada 30 responden yang

mewakili dua kawasan tersebut, terdapat dua orang responden atau 6.7 peratus

responden telah mengalami kejadian jenayah ditempat mereka manakala

sebanyak 93.3 peratus menyatakan tidak pernah mengalami kejadian jenayah. Ini

dapat disimpulkan bahawa kejadian jenayah tetap berlaku di dalam kawasan

mereka walaupun bilangan kejadian adalah kecil. Melalui maklumbalas yang

diperolehi dalam borang soal selidik, kejadian jenayah yang dialami ialah pecah

rumah dan kecurian aksesori kenderaan seperti tayar dan sistem audio kereta.

Jadual 4.20: Pengalaman Responden Atau Ahli Keluarga Dalam Kejadian

Jenayah Sepanjang Tempoh Tinggal di Kawasan Kajian.

Kejadian Jenayah

Apartmen

Prima

Taman

Kristal 2

Jumlah

Responden

Peratus

(%)

Ya 1 1 2 6.7

Tidak 14 14 28 93.3

JUMLAH 15 15 30 100

4.6.2 Kejadian Jenayah Yang Pernah Berlaku Dalam Kawasan Kajian.

Hasil daripada temubual dan keputusan borang soal selidik yang

diedarkan telah menunjukkan bahawa semua responden yang mewakili dua

kawasan tersebut menyatakan bahawa mereka mengetahui terdapat kejadian

jenayah yang berlaku dalam kawasan kediaman mereka. Berdasarkan

maklumbalas yang diperolehi daripada responden (Rujuk Jadual 4.21) kejadian

���

jenayah yang pernah berlaku ialah pecah rumah, rompakan dan juga kecurian

aksesori kereta. Penulis juga dimaklumkan oleh salah seorang AJK Persatuan

Penduduk (RA) Taman Kristal 2 mengenai kejadian rompakan yang berlaku

keatas salah seorang jirannya pada waktu malam. Semasa kejadian rompakan

tersebut, penjenayah telah mengikat mangsa dan memasang semua lampu dalam

rumah bagi mengelak disedari oleh penduduk. Rondaan oleh pengawal

keselamatan langsung tidak dapat mencegah perkara ini berlaku.

Daripada kejadian jenayah yang dialami atau diketahui oleh responden

daripada kedua komuniti berpagar tersebut, kekerapan berlakunya jenayah dan

kadar jenayah terbukti tiada perbezaan dengan skim perumahan terbuka

walaupun secara realitinya skim perumahan komuniti berpagar dilengkapi dengan

ciri-ciri keselamatan yang dapat mengatasi masalah jenayah. Komuniti berpagar

yang dianggap selamat sebenarnya terdapat juga kejadian jenayah.

Jadual 4.21: Kejadian Jenayah yang pernah berlaku dalam Kawasan

Kajian.

Kejadian Jenayah

dalam kawasan

kediaman

Apartmen

Prima

Taman

Kristal 2

Jumlah

Responden

Peratus

(%)

Ya 15 15 30 100

Tidak 0 0 0 0

JUMLAH 15 15 30 100

���

4.6.3 Keselamatan Terhadap Jenayah

Berdasarkan Jadual 4.22 menunjukkan bahawa 53.3 peratus responden

yang mewakili 2 kawasan komuniti berpagar berasa selamat untuk tinggal dalam

kawasan kediaman manakala 46.7 peratus responden berasa tidak selamat untuk

tinggal dalam kawasan kediaman. Bagi responden yang tinggal dalam komuniti

berpagar, perasaan selamat mereka berasaskan kepada ciri-ciri keselamatan yang

disediakan oleh pemaju atau pihak pengurusan.

Jadual 4.22: Keselamatan Terhadap Jenayah

Keselamatan

tinggal dalam

kawasan ini

Apartmen

Prima

Taman

Kristal 2

Jumlah

Responden

Peratus

(%)

Ya 5 11 16 53.3

Tidak 10 4 14 46.7

JUMLAH 15 15 30 100

4.6.4 Kepuasan Mengenai Ciri-Ciri Keselamatan Dalam Kawasan

Kediaman

Berdasarkan Jadual 4.23 menyatakan bahawa sebanyak 63.3 peratus

responden tidak berpuas hati dengan ciri-ciri keselamatan di dalam kawasan

kediaman mereka manakala sebanyak 36.7 peratus responden berpuashati dengan

ciri-ciri keselamatan yang diberikan. Melalui perbandingan dua kawasan kajian

tersebut, kawasan Apartmen Prima mancatatkan 14 orang yang mewakili 15

responden menyatakan tidak berpuashati dengan ciri keselamatannya.

���

Jadual 4.23: Kepuasan Mengenai Ciri-Ciri Keselamatan Dalam

Kawasan Kediaman

Kepuasan ciri-ciri

keselamatan

Apartmen

Prima

Taman

Kristal 2

Jumlah

Responden

Peratus

(%)

Ya 1 10 11 36.7

Tidak 14 5 19 63.3

JUMLAH 15 15 30 100

4.6.5 Tahap Kepuasan Ciri-ciri Keselamatan Di Kawasan Kediaman.

Hasil daripada soal selidik dan temubual dengan penduduk menunjukkan

bahawa terdapat perbezaan yang ketara mengenai tahap kepuasan ciri-ciri

keselamatan yang disediakan di kawasan Apartmen Prima dan Taman Kristal 2.

Jadual 4.24 menunjukkan seramai 10 daripada 15 responden di kawasan

Apartmen Prima menyatakan tidak berpuas hati dengan ciri-ciri keselamatan

yang disediakan oleh pemaju atau pihak pengurusan manakala seramai 11

daripada 15 responden di Taman Kristal 2 berpuas hati dengan ciri-ciri

keselamatan yang disediakan.

Walaubagaimanapun secara keseluruhannya sebanyak 53.3 peratus

responden menyatakan mereka berpuashati dengan ciri-ciri keselamatan yang

diberikan. Diantara sebab-sebab ketidakpuasan yang diterima daripada responden

ialah mengenai kekurangan jumlah pengawal yang membuat rondaan dan

kekerapannya, infrastruktur pagar dawai yang kurang menjamin keselamatan,

pengawal menyalahgunakan menggunakan clocking key semasa membuat

rondaan dan ketidaksempurnaan rumah pengawal dari segi binaannya.

��

Jadual 4.24: Tahap Kepuasan Ciri-ciri Keselamatan Di Kawasan Kediaman.

Tahap kepuasan Ciri

– ciri Keselamatan

Apartmen

Prima

Taman

Kristal 2

Jumlah

Responden

Peratus

(peratus)

Ya 5 11 16 53.3

Tidak 10 4 14 46.7

JUMLAH 15 15 30 100

4.7 Kesimpulan

Kajian mendapati bahawa penghuni secara keseluruhannya berpuas hati

dengan tempat kediaman mereka dan ciri-ciri keselamatan yang diterima. Ini

dapat mengambarkan potensi pembangunan komuniti berpagar akan terus

berkembang di masa akan datang. Pandangan dan maklumbalas daripada

responden terhadap pembangunan komuniti berpagar menyatakan mereka

menyokong penuh terhadap pembangunan komuniti berpagar dan bersetuju

bahawa kewujudan komuniti berpagar merupakan satu idea yang baik dalam

mencegah jenayah.

Berdasarkan kajian ini, penghuni telah menyatakan pandangan dan

pendapat mengenai ciri-ciri keselamatan yang perlu dibuat penambahbaikan

terhadap perumahan mereka. Ini kerana terdapat kelemahan kepada ciri-ciri

keselamatan seperti bilangan pengawal dan kekerapan rondaan yang tidak

meliputi seluruh kawasan dan binaan pagar yang kurang memuaskan.

Dalam mengkaji kejadian jenayah, kajian ini telah menunjukkan bahawa

skim perumahan komuniti berpagar tidak berkesan secara total dalam mengatasi

kejadian jenayah. Ini menunjukkan kadar kejadian jenayah tetap berlaku dalam

���

kawasan komuniti berpagar walaupun kejadian tidak sekerap dalam skim

perumahan terbuka. Walaupun ciri-ciri keselamatan telah di sediakan namun

jenayah tetap akan berlaku kerana berkemungkinan terdapat ruang dan peluang

disebabkan kelemahan ciri-ciri keselamatan.

BAB 5

���

BAB 5

CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan

Dalam bab ini, rumusan dan kajian secara keseluruhan bagi kajian yang

telah dijalankan telah dibuat. Pencapaian objektif yang telah ditetapkan di awal

kajian dapat dinyatakan dengan jelas melalui bab ini. Melalui bab ini juga,

beberapa cadangan telah dikemukakan dan beberapa tajuk untuk kajian lanjutan

telah dinyatakan.

5.2 Penemuan Kajian

Tiga objektif yang telah dikemukakan pada awal kajian yang kesemuanya

mengarah kepada pencapaian matlamat utama kajian.

���

Objektif pertama yang ingin dicapai adalah untuk mengenal pasti konsep

komuniti berpagar berasaskan kepada ciri-ciri keselamatan yang diguna pakai di

dua kawasan kajian. Daripada hasil kajian, secara keseluruhannya profil

penduduk daripada kedua-dua kawasan tersebut hampir. Ini menunjukkan

bahawa komuniti berpagar bukan hanya sebuah pembangunan perumahan yang

dikhaskan kepada golongan tertentu tetapi disebabkan faktor keselamatan mereka

memilih untuk tinggal didalam kawasan tersebut. Ini menunjukkan bahawa

pemilikan hartanah jenis komuniti berpagar adalah berdasarkan kepada faktor

jaminan keselamatan terhadap komuniti.

Dari segi persepsi responden terhadap komuniti berpagar, mereka juga

berpendapat bahawa pembangunan komuniti berpagar adalah sesuai dan

memenuhi permintaan mereka dari segi prestij dan faktor keselamatan. Mereka

berasa keselamatan terjamin dan percaya terhadap ciri-ciri keselamatan yang

disediakan dalam komuniti berpagar. Pada pemahaman mereka, kebanyakkan

respondenmenyatakan bahawa kemudahan dan ciri-ciri keselamatan yang

diperuntukan adalah berkesan dan mengurangkan kadar jenayah.

Objektif kedua yang ingin dicapai adalah untuk mengetahui tahap

penerimaan masyarakat terhadap konsep perumahan komuniti berpagar dalam

pencegahan jenayah. Berdasarkan maklum balas yang diterima daripada

responden menyatakan bahawa pembangunan perumahan komuniti berpagar

sesuai dilaksanakan bagi menjamin tahap keselamatan penghuninya dan

mengurangkan berlakunya jenayah. Mereka merasakan jenayah masih tetap

berlaku dalam komuniti berpagar walaupun terdapat kawalan keselamatan yang

ketat.

Berdasarkan kajian ini juga didapati bahawa perasaan takut masih

menghantui penduduk yang tinggal dalam kawasan perumahan berpagar.

Ketakutan terhadap jenayah sentiasa bermain dalam fikiran mereka kerana

mereka mempercayai bahawa komuniti berpagar kurang berkesan dalam

���

pencegahan jenayah. Berdasarkan aspek pencegahan jenayah, kedua-dua

komuniti berpagar telah melaksanakan jenis kawalan keselamatan menggunakan

pengawal keselamatan. Ciri lain seperti pencahayaan dan bentuk pengurangan

trafik juga diguna pakai untuk kawalan keselamatan.

Objektif ketiga yang ingin dicapai ialah mengenal pasti dan mengkaji ciri-

ciri keselamatan yang diamalkan dalam komuniti berpagar. Berdasarkan maklum

balas responden terhadap keberkesanan ciri-ciri keselamatan yang ujud dalam

kawasan masing-masing, mereka berpendapat bahawa ciri-ciri keselamatan yang

sedia ada dalam kawasan masing-masing adalah efektif. Namun begitu komuniti

berpagar yang dijangkakan dapat mengurangkan jenayah telah mencatatkan

kejadian jenayah. Ini mungkin disebabkan kawalan keselamatan dalam komuniti

berpagar mempunyai kelemahan yang tidak boleh dielakkan seperti sikap

pengawal keselamatan yang tidak menjalankan tugas dengan jujur, peralatan dan

kemudahan keselamatan tidak berfungsi dengan normal. Kawalan keselamatan

yang dilaksanakan menggunakan pengawal keselamatan mempunyai kebaikan

dan kelemahan yang agak sukar dielakkan.

5.3 Cadangan Kajian

Melalui kajian ini, terdapat beberapa cadangan bagi meningkatkan

keselamatan komuniti berpagar. Di antara cadangan yang diberikan adalah seperti

berikut:-

i. Pihak persatuan penduduk perlu memastikan syarikat keselamatan

dan pengawal keselamatan yang dipilih adalah berkualiti,

bertanggungjawab dan jujur agar kualiti keselamatan yang

disediakan adalah memuaskan.

���

ii. Syarikat keselamatan perlu meningkatkan jumlah pengawal

keselamatan untuk membuat rondaan, meningkatkan kekerapan

rondaan dan memastikan pengawal keselamatan yang membuat

rondaan memeriksa kawasan tersebut dengan teliti dan

menyeluruh sebelum mengunci ‘Clocking Key’.

iii. Persatuan penduduk dan syarikat kawalan keselamatan perlu

memastikan ‘Clocking Key’ diletakkan di kawasan yang strategik

yang berkemungkinan mudah di ceroboh. Pemasangan ‘Clocking

Key’ pada dinding simen perlu dibuat bagi memastikan alat itu

tidak mudah di tanggalkan oleh pengawal keselamatan yang tidak

jujur semasa membuat rondaan.

iv. Peralatan elektronik seperti CCTV perlu diguna pakai supaya

pemantauannya dapat dilaksanakan merangkumi seluruh kawasan

komuniti.

v. Pengawal keselamatan yang bertugas perlu memeriksa dengan

cermat sesiapa sahaja yang mencurigakan memasuki kawasan

tersebut. Di samping itu juga, pengawal keselamatan perlu

mengikut pelawat ke rumah penghuni yang ingin dilawati untuk

tujuan pengesahan.

5.4 Masalah dan Limitasi Kajian

i. Penulis hanya memilih dua kawasan di Daerah Sepang, Selangor

untuk menjalankan kajian ini. Kajian hanya tertumpu kepada

kawasan kajian yang dipilih dan tidak melibatkan kesemua

���

komuniti berpagar yang terdapat di Daerah Sepang, Selangor. Dari

aspek kajian, ia lebih memfokuskan kepada penentuan aspek

keselamatan tanpa menyentuh secara terperinci mengenai aspek

pembangunan sosial dan aspek perundangan.

ii. Kajian ini telah dilimitasikan kerana data yang diperoleh adalah

mengikut perspektif penghuni komuniti berpagar. Faktor-faktor

yang dikaji hanya melibatkan aspek keselamatan sahaja.

iii. Kawalan keselamatan telah menyukarkan penulis untuk

mendapatkan maklum balas daripada responden/penghuni.

Kesibukan penghuni juga menyumbang kepada kekurangan

maklum balas yang diterima. Pandangan yang lebih jelas hanya

diterima melalui persatuan penduduk selain maklum balas

responden melalui edaran borang soal selidik.

iv. Kajian ini tidak mengambil statistik kadar jenayah yang rasmi

daripada Polis Diraja Malaysia kerana data sedia ada hanya

diperoleh daripada sesi temu duga dengan penghuni.

5.5 Kajian Lanjutan

Pada keseluruhan kajian yang dibuat oleh penulis telah mencapai objektif

seperti yang telah ditetapkan. Namun pada pandangan penulis terdapat beberapa

lagi kajian lanjutan yang boleh dibuat seperti:-

���

i. Kajian terhadap mengapa keberkesanan keselamatan dalam

komuniti berpagar dalam mengatasi jenayah adalah sama dengan

skim perumahan terbuka walaupun ciri-ciri keselamatan yang

diguna pakai adalah banyak.

ii. Kajian terhadap keselamatan dalam komuniti berpagar dibuat

secara perbandingan dengan skim perumahan terbuka yang

dibangunkan secara ‘high rise’.

5.6 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa kajian yang

dijalankan ini adalah bertujuan untuk meninjau setakat mana penerimaan

masyarakat terhadap keselamatan dalam perumahan komuniti berpagar. Kajian

yang dijalankan terhadap pemilik komuniti berpagar ini di harap dapat

membantu kepada mencungkil persepsi dan pemahaman masyarakat tentang

keselamatan dalam perumahan konsep komuniti berpagar.

Konsep komuniti berpagar yang semakin diminati ini merupakan

pembangunan

kediaman yang berpagar atau bertembok di mana ianya menyekat laluan awam,

merupakan satu pilihan cara hidup, identiti dan status serta lebih penting, ianya

adalah bagi memberi tindak balas terhadap kadar jenayah di kawasan

perbandaran yang semakin meningkat.

Berdasarkan ciri-ciri yang terdapat dalam perumahan berkonsepkan

komuniti berpagar di Apartmen Prima dan Taman Kristal 2, kawasan kajian ini

���

adalah menepati keperluan kajian yang akan dijalankan. Selain mempunyai

kawalan keselamatan yang baik, kawasan kajian juga dilengkapi dengan

kemudahan rekreasi yang baik seperti padang, dan taman permainan kanak-

kanak. Persekitaran di dalam kawasan kajian adalah lebih baik berbanding di

kawasan perumahan normal yang lain. Ini adalah kerana di dalam perumahan ini,

lalu lintas adalah tidak sesak dan kanak-kanak dapat bermain tanpa perasaan

takut terhadap kenderaan yang lalu-lalang.

��

RUJUKAN

Akta Hakmilik Strata (1985) Pindaan 2007 , Percetakan Nasional Berhad.

Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974, Kuala Lumpur, International Law Book

Services.

Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Kuala Lumpur, Jabatan Percetakan

Negara.

Akta Pemaju Perumahan (Kawalan Dan Perlesenan) 1966, Kuala Lumpur,

International Law Book Services.

Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976, (Akta 172), Kuala Lumpur, Jabatan

Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia.

Atkinson, R & Flint, J (2003), “Fortress UK? Gated Communities, the Spatial

Azimudin Bahari (2005). Understanding The Gated Community Schemes in

Malaysia, Seminar “Gated Community”, Eden Garden Johor Bahru, 1-3.

Azimudin Bahari, (2005) “ Regulatory and practical Aspects of gated community

projects”, a paper presented in a Seminar on Gated Community projects:

Regulatory and contractual Issues, organized by Lexis-Nexis & MLJ,

Prince and Residence Hotel, Kuala Lumpur. 28 July 2005, p. 4

Azimuddin Bahari (2007) Latest Amenment of strata title Act 1985 and the

incorporation of gated community schemes (GACOS), a paper presented

in seminar on southern johor development: prospects and challenges in

the 21st Century, 27-28th June, The M-Suit Johore.

Azlinor Sufian (2005) “A Legal Perspective on Gated Communities in Malaysia”

��

kertas ini dibentangkan semasa 8th International Conference of the Asian

Planning School Association, Kuala Lumpur, September 2005.

Benard Tan (2003). Vision & Concept, Seminar on Gated Community Schemes,

Crown Princess Hotel, Kuala Lumpur, 2-5.

Blakely, E & Snyders, M 1997, Fortress America, Brooking Institution

Press,Washington DC.

Chan Ka Wei (2006). Persepsi penduduk terhadap keberkesanan komuniti

Berpagar dalam pencegahan jenayah. DegreeThesis, Universiti

Teknologi Malaysia.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, 2001, Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020,

Percetakan Nasional Berhad.

Edmund Kong (2006) di dalam Seminar ‘The Malaysian Annual Real Estate

Convention 2006’ yang bertajuk ‘The Feasibility of the Gated Community

in Malaysia

Grant J (2005) “Planning Responses to Gated Communities in Canada”, kertas

ini dibentangkan semasa Conference on gated communities: Building

social division or Safer communities?”, Glasgow September 2005.

Hadi, Abd. Samad (2003), “Persekitaran Bandar yang Lebih Baik Kepada

Kesejahteraan Komuniti”, kertas ini dibentangkan semasa Seminar

Kebangsaan Perancangan Bandar dan Wilayah ke-21 September 2003.

Howard E (1995), Garden Cities of Tomorrow, Eastbourne Attic Books.

IbrahimYahaya (1995), Pembandaran dan Kejiranan, Dewan Bahasa dan

Pustaka.

���

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD), 2003, Garis Panduan dan

Piawaian Perancangan : Reka Bentuk Imej Bandar, JPBD dan

Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD), 2003, Garis Panduan dan

Piawaian Perancangan : Reka Bentuk Imej Bandar, JPBD dan

Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan

Kanun Tanah Negara Akta 56/1965, Kuala Lumpur, International Law Book

Services.

Landman, Karina (2000) “Gated Communities and Urban Sustainability: Taking

A Closer Look at the Future”, kertas ini dibentangkan semasa 2nd

Southern African Conference on Sustainable Development in the Built

Environment, 2000

Low, Setha M (2003), Behind the gates: Security and Pursuit of Happiness in

Fortress America, New York, Routledge.

McKenzie E (1994), Pritvatopia New Haven, Yale University Press.

McKenzie (2003). Private Gated Community in The American Urban Fabric :

Emerging Trends in their Production, Practices & Regulation, Conference

Gated Community : Building Social Division or Safer Communities?,

Department of Urban Studies, University of Glasgow, Scotland, 18-25.

Mohd Razali Agus, Ibrahim Yahaya (2003), Penilaian Dampak Sosial, Kuala

Lumpur : Utusan Publications & Distributors

Norida Bt Abdullah (2006), Konsep ‘Gated Community’ sebagai pilihan

perumahan gaya hidup. Kajian Kes : Desa Andaman, Wangsa Maju,

Kuala Lumpur, DegreeThesis, Universiti Teknologi Mara.

���

Sazzelina Bt. Ismail (2006), Penilaian Kesesuaian Konsep “Gated Community”

Ke Atas Pembangunan “Landed Property” Di Kawasan Majlis

Perbandaran Kajang, Degree Thesis, Universiti Teknologi Mara.

LAMPIRAN

��

DEPARTMENT OF LAND ADMINISTRATION AND DEVELOPMENT

FACULTY ENGINEERING AND GEOINFORMATION

UNIVERSITY OF TECHNOLOGY MALAYSIA

SKUDAI JOHOR DARUL TAKZIM

QUESTIONAIRE

SECURITY IN GATED COMMUNITY

I’am Norazman Bin Mohd Noor, a student of M. Sc. Land Administration and Development,

currently doing a research on the above topic partial of fulfillment to the award of the Degree master

of Land Administration and Development, University Technology of Malaysia. Data collected from

the survey is for academic purpose only and will be treated as confidential.

I wish to take this opportunity to thank all the respondents for your time and co-operation in

answering the questions.

I trust the above is in order. However should need further clarification, please do not hesitate to

contact the undersigned at 03-88897888 / 017-8881642

Thank You

Your Sincerely

Norazman Bin Mohd Noor

Department Of Land Administration & Development

Faculty Engineering And Geoinformation

University Of Technology Malaysia

��

NAMA TAMAN / PERUMAHAN : …………………………………………………………………

BAHAGIAN A : PROFIL RESPONDEN

Arahan : Untuk soalan 1 hingga soalan 12, sila tandakan pada jawapan yang sesuai di

ruang yang telah disediakan.

1. Warganegara

Malaysia

Lain-lain

2. Jantina

Lelaki

Perempuan

3. Bangsa

Melayu India

Cina Lain-lain

4. Pekerjaan

Penjawat Awam / Kerajaan Pesara

Swasta Lain-lain

Pemilik Perniagaan

5. Umur

25 – 30 tahun 46 – 55 tahun

31 – 45 tahun 56 tahun ke atas

6. Status Perkahwinan

Bujang Bercerai

Berkahwin Ibu / Bapa Tunggal

7. Tahap Pendidikan

SPM & setaraf Ijazah Sarjana Muda PHD

Diploma Ijazah Sarjana

��

��

8. Pendapatan Bulanan (RM)

2,500 – 4,000 6,001 – 8,000

4,001 – 6,000 8,001 – ke atas

9. Jenis Kediaman

Jenis Rumah Rumah Setingkat Dua Tingkat Lain - lain

Rumah Teres

Pangsapuri / Apartmen

10. Status Pemilikan

Milik Sendiri

Penyewa

11. Berapa lama anda tinggal di kawasan ini

( ) < 1 tahun 3 – 4 tahun lebih 9 tahun

1 – 2 tahun 5 – 6 tahun

12. Adakah anda memiliki kenderaan

Ya

Jenis Kenderaan Jumlah kenderaan yang dimiliki

Motosikal

Kereta

Lain-lain, nyatakan

Tidak

BAHAGIAN B : MAKLUMBALAS RESPONDEN – KESELAMATAN DALAM KOMUNITI

BERPAGAR

Arahan: Untuk soalan 13 hingga 18, sila bulatkan pada nombor berdasarkan skala yang

disediakan.

1 2 3 4 5

Tidak Bersetuju Kurang Bersetuju Sederhana Setuju Setuju Sangat Setuju

� �

��

� �

��

13. Adakah anda bersetuju dengan kesesuaian konsep

pembangunan komuniti berpagar?

Alasan: …………………………………………………............

………………………………………………………………….

………………………………………………………………….

( 1 ) ( 2 ) ( 3 ) ( 4 ) ( 5 )

14.

Mengapa anda memilih untuk tinggal di skim perumahan

komuniti berpagar?

a. Privasi

b. Cara hidup eksklusif

c. Kawalan keselamatan

d. Keselesaan Persekitaran

e. Perkhidmatan dan kemudahan amenity yang disediakan

f. Perhubungan erat antara penghuni

( 1 ) ( 2 ) ( 3 ) ( 4 ) ( 5 )

( 1 ) ( 2 ) ( 3 ) ( 4 ) ( 5 )

( 1 ) ( 2 ) ( 3 ) ( 4 ) ( 5 )

( 1 ) ( 2 ) ( 3 ) ( 4 ) ( 5 )

( 1 ) ( 2 ) ( 3 ) ( 4 ) ( 5 )

( 1 ) ( 2 ) ( 3 ) ( 4 ) ( 5 )

15.

Adakah perumahan komuniti berpagar memberi keselamatan

kepada anda?

Alasan: …………………………………………………............

………………………………………………………………….

………………………………………………………………….

( 1 ) ( 2 ) ( 3 ) ( 4 ) ( 5 )

16. Adakah perumahan komuniti berpagar boleh mengurangkan

kadar jenayah?

Alasan: …………………………………………………............

………………………………………………………………….

………………………………………………………………….

( 1 ) ( 2 ) ( 3 ) ( 4 ) ( 5 )

17. Adakah perumahan komuniti berpagar adalah untuk golongan

yang berpendapatan tinggi sahaja?

Alasan: …………………………………………………............

………………………………………………………………….

………………………………………………………………….

( 1 ) ( 2 ) ( 3 ) ( 4 ) ( 5 )

18. Adakah anda bersetuju bahawa tinggal dalam komuniti

berpagar akan mengurangkan perasaan takut penduduk

terhadap jenayah?

Alasan: …………………………………………………............

………………………………………………………………….

………………………………………………………………….

( 1 ) ( 2 ) ( 3 ) ( 4 ) ( 5 )

��

BAHAGIAN C : CIRI-CIRI KESELAMATAN

Arahan: Sila tandakan ( � ) pada jawapan sesuai di ruang yang disediakan

19. Ciri-ciri keselamatan yang disediakan di kawasan kediaman anda

CCTV / Kamera Litar Tertutup

Pintu masuk utama yang dilengkapi rumah penjaga dan palang/penghalang

Rondaan pengawal keselamatan

Pencahayaan yang mencukupi waktu malam

Reka bentuk pengurangan trafik seperti Bump dan sebagainya

Pas kenderaan (pelekat kenderaan)

Arahan : Untuk soalan 20 hingga 25, sila bulatkan pada nombor berdasarkan skala yang

disediakan

Pendapat anda mengenai keberkesanan keselamatan dalam perumahan komuniti berpagar.

1 2 3 4 5

Tidak Efektif Kurang Efektif Sederhana Efektif Efektif Sangat Efektif

No Soalan Skala

20. CCTV/ Kamera Litar Tertutup

Alasan: ………………………………………………............

………………………………………………………………….

………………………………………………………………….

( 1 ) ( 2 ) ( 3 ) ( 4 ) ( 5 )

21. Pintu masuk utama yang dilengkapi rumah penjaga dan

palang/penghalang

Alasan: ………………………………………...........................

………………………………………………………………….

………………………………………………………………….

( 1 ) ( 2 ) ( 3 ) ( 4 ) ( 5 )

22. Rondaan pengawal keselamatan

Alasan: ………………………………………...........................

………………………………………………………………….

………………………………………………………………….

( 1 ) ( 2 ) ( 3 ) ( 4 ) ( 5 )

��

23. Pencahayaan yang mencukupi pada waktu malam

Alasan: ……………………………………...............................

………………………………………………………………….

………………………………………………………………….

( 1 ) ( 2 ) ( 3 ) ( 4 ) ( 5 )

24. Reka bentuk pengurangan trafik seperti Bump

Alasan: ………………………………………...........................

………………………………………………………………….

………………………………………………………………….

( 1 ) ( 2 ) ( 3 ) ( 4 ) ( 5 )

25. Pas kenderaan (pelekat kenderaan)

Alasan: ………………………………………...........................

………………………………………………………………….

………………………………………………………………….

( 1 ) ( 2 ) ( 3 ) ( 4 ) ( 5 )

BAHAGIAN D: KAJIAN TERHADAP KEJADIAN JENAYAH YANG BERLAKU DALAM

KAWASAN KEDIAMAN

Arahan: Untuk soalan 26 hingga 29, sila tandakan pada jawapan yang sesuai di ruang

yang telah disediakan.

26. Adakah anda atau ahli keluarga anda pernah mengalami sebarang kejadian jenayah sepanjang

tempoh anda tinggal di kawasan ini?

Ya

Tidak

Jika Ya, sila nyatakan jenis jenayah (contohnya pecah rumah, rompak dan sebagainya)

…………………………………………………………………………………………...

27. Pernahkah berlakunya kes jenayah dalam kawasan kediaman ini?

Ya

Tidak

Jika Ya, sila nyatakan jenis jenayah (contohnya pecah rumah, rompak dan sebagainya)

…………………………………………………………………………………………...

��

��

28. Adakah anda rasa selamat tinggal di dalam kawasan perumahan ini?

Ya

Tidak

Jika tidak, nyatakan alasan anda:

…………………………………………………………………………………………...

…………………………………………………………………………………………...

…………………………………………………………………………………………...

…………………………………………………………………………………………...

29. Adakah anda berpuas hati dengan ciri-ciri keselamatan dalam kawasan kediaman anda?

Ya

Tidak

Jika tidak, nyatakan alasan anda:

…………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………..

30. Nyatakan cadangan dan pandangan penambahbaikan terhadap ciri-ciri keselamatan

di kawasan komuniti berpagar

…………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………..

Terima kasih atas kerjasama yang telah tuan / puan berikan. Segala maklumat yang diberikan adalah sulit dan

hanya sebagai bahan maklumat untuk pembelajaran saya. Sekiranya anda memerlukan penerangan lanjut,

sila hubungi penama di bawah.

Terima Kasih

Yang Benar

Norazman Bin Mohd Noor

Tel: 03-88897888 / 017-8881642