8
BUKU TEKNIKAL-OLAHRAGA 1 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN 1. Syarat-Syarat Dan Peraturan-Peraturan Pertandingan Kejohanan Olahraga bagi Sukan Paralimpiad Malaysia XVI, Pahang 2012 akan dijalankan mengikut undang-undang terkini IPC Athletics Rules and Regulation 2011 - 2012 akan diguna pakai, bersama-sama dengan Undang-Undang Pertandingan IAAF 2012. Sukan Paralimpiad Malaysia XVI akan diadakan di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang dari 10 hingga 13 Disember 2012. 2. Kelayakkan Penyertaan Kontingen-Kontingen Negeri. Warganegara Malaysia Lelaki dan Wanita yang berumur 13 tahun ke atas semasa hari pertandingan Kecacatan: Cacat Anggota (Berkerusiroda dan Spastik), Cacat Penglihatan, Cacat Pendengaran dan OKU Akal ( Intellectual Disabled). 3. Jumlah Acara/Penyertaan Seseorang atlit dibenarkan menyertai tidak melebihi tiga (3) acara individu dan dua (2) acara berpasukan Olahraga: Individu - tidak melebihi 3 peserta lelaki dan wanita bagi satu kelas, satu negeri untuk satu acara. Pasukan - untuk acara berpasukan lelaki dan wanita dan acara berganti-ganti hanya satu pasukan bagi setiap negeri dibenarkan.

Olahraga

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Olahraga

BUKU TEKNIKAL-OLAHRAGA

1

UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN 1. Syarat-Syarat Dan Peraturan-Peraturan Pertandingan

Kejohanan Olahraga bagi Sukan Paralimpiad Malaysia XVI, Pahang 2012

akan dijalankan mengikut undang-undang terkini IPC Athletics Rules and

Regulation 2011 - 2012 akan diguna pakai, bersama-sama dengan

Undang-Undang Pertandingan IAAF 2012.

Sukan Paralimpiad Malaysia XVI akan diadakan di Stadium Darul

Makmur, Kuantan, Pahang dari 10 hingga 13 Disember 2012.

2. Kelayakkan Penyertaan

Kontingen-Kontingen Negeri.

Warganegara Malaysia Lelaki dan Wanita yang berumur 13 tahun ke

atas semasa hari pertandingan

Kecacatan: Cacat Anggota (Berkerusiroda dan Spastik), Cacat

Penglihatan, Cacat Pendengaran dan OKU Akal ( Intellectual

Disabled).

3. Jumlah Acara/Penyertaan

Seseorang atlit dibenarkan menyertai tidak melebihi tiga (3) acara

individu dan dua (2) acara berpasukan

Olahraga:

Individu - tidak melebihi 3 peserta lelaki dan wanita bagi satu

kelas, satu negeri untuk satu acara.

Pasukan - untuk acara berpasukan lelaki dan wanita dan acara

berganti-ganti hanya satu pasukan bagi setiap negeri

dibenarkan.

Page 2: Olahraga

BUKU TEKNIKAL-OLAHRAGA

2

4. Format Pertandingan

4.1 Semua acara Individu Lelaki dan Wanita akan dijalankan mengikut

kelas masing-masing. Tiga (3) orang peserta setiap negeri setiap

kelas. Setiap acara yang akan dijalankan hendaklah mempunyai

empat (4) orang peserta dari dua (2) buah negeri. Sekiranya

terdapat kurang dari empat (4) peserta bagi satu-satu acara atlit-

atlit berkenaan akan dipindahkan ke kelas yang lebih tinggi

seterusnya atau diadakan combined kelas dengan perkiraan point

system .

4.2 Semua acara berpasukan atau acara berganti-ganti hendaklah

mempunyai empat (4) pasukan dari empat (4) buah negeri dan

sekiranya terpadapat kurang dari empat (4) pasukan maka acara

tersebut akan dibatalkan.

5. Kegagalan Untuk Mengambil Bahagian

5.1 Peserta atau pasukan tidak dibenar untuk menarik diri dari

pertandingan apabila penyertaan akhir telah dibuat kecuali

keuzuran atau terpaksa oleh sebab-sebab yang tidak dapat

dielakkan (“force majeur”).

5.2 Kegagalan untuk mengambil bahagian tanpa sebarang alasan yang

kukuh pada masa yang telah ditetapkan seseorang atlit atau

pasukan tidak akan dibenarkan untuk bertanding dalam semua

acara seterusnya.

5.3 Apabila semua borang-borang penyertaan telah diterima pihak

penganjur akan mengumumkan tarikh akhir bagi borang

penyertaan dan acara – acara yang akan dipertandingkan dalam

kejohanan ini. . Apabila Senarai Permulaan (Start List) telah

dikeluarkan hanya penarikan diri sahaja dibenarkan dan sebarang

pendaftaran atlit-atlit baru TIDAK AKAN DIBENARKAN

Page 3: Olahraga

BUKU TEKNIKAL-OLAHRAGA

3

PENDAFTARAN BARU ATLIT HANYA PEMBATALAN SAHAJA

SEMASA MESYUARAT PENGURUS PASUKAN.

5.4 Sebarang penarikan diri berhubung masalah kesihatan hendaklah

mengisi borang yang disediakan dan disertai dengan sijil perubatan

dan diserahkan kepada Pengarah Kejohanan satu jam (1 jam)

sebelum sesuatu acara dijalankan.Jika tidak dilakukan atlit tersebut

akan terbatal dari semua acara .

6. Bantahan

Semua bantahan berhubung dengan perjalanan pertandingan dan

bantahan am hendaklah mengikut undang-undang sukan berkenaan dan

hendaklah diserta surat dengan bayaran bantahan sebanyak Ringgit

Malaysia Dua Ratus (RM 200.00) dan diserahkan kepada Pengerusi Juri

Bantahan bagi sukan berkenaan. Bayaran tersebut akan dikembalikan

sekiranya bantahan tersebut berjaya, sekiranya tidak bayaran tersebut

tidak akan dikembalikan.

7. Juri Rayuan

7.1 Keputusan Juri adalah muktamad.

7.2 Satu juri teknikal akan mengandungi deligasi teknikal/penolong

deligasi teknikal, penasihat teknikal dan pengadil. Ketua Klasifikasi

dikehendaki menyediakan laporan maklumat-maklumat berhubung

dengan kecacatan yang dipertikaikan. Pegawai yang melaporkan

kesalahan berkenaan mungkin akan dipanggil untuk memberi

laporan kepada juri.

7.3 Satu Juri Klasifikasi untuk Sistem Klasifikasi Berfungsi (FCS) akan

mengandungi seorang deligasi teknikal, ketua pegawai klasifikasi

dan sekurang-kurangnya tiga (3) orang pegawai klasifikasi yang

bertauliah yang dilantik oleh ketua pegawai klasifikasi. Juri tersebut

hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya seorang pegawai

klasifikasi perubatan dan teknikal.

Page 4: Olahraga

BUKU TEKNIKAL-OLAHRAGA

4

7.4 Satu Juri Klasifikasi untuk cacat penglihatan akan dilantik oleh

Ketua Optomologi IBSA.

7.5 Satu Juri bagi atlit-atlit OKU Akal akan dijalankan mengikut

undang-undang INAS-FID.

7.6 Satu Juri bagi atlit-atlit cacat pendengaran akan dijalankan

mengikut undang-undang CISS.

8. Kawalan Dadah Ujian-ujian dadah akan dijalankan oleh pegawai-pegawai yang dibenarkan. 9. Bantahan Klasifikasi

9.1 Sebarang bentuk bantahan hendaklah dibuat secara bertulis diatas

borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur dan

disertakan dengan bayaran sebanyak RM200.00.

9.2 Bantahan yang dibuat bagi pihak Pasukan Negeri hanya boleh

dibuat oleh wakil negeri yang dipertanggungjawabkan sahaja.

9.3 Sekiranya bantahan tersebut diiktirafkan, bayaran bantahan akan

dikembalikan. Sekiranya bantahan tersebut ditolak, bayaran

berkenaan tidak akan dikembalikan dan akan menjadi kepunyaan

Jawatankuasa Penganjur.

9.4 Semua bantahan akan didengarkan dengan secepat mungkin,

tertakluk kepada keperluan jadual pertandingan dan selalunya

dalam masa dua puluh empat jam setelah menerima bantahan

tersebut. Keputusan akhir bagi acara berkenaan akan hanya

dikeluarkan setelah mendapat keputusan rasmi dari Panel

Bantahan.

Page 5: Olahraga

BUKU TEKNIKAL-OLAHRAGA

5

9.5 Satu Panel Bantahan hendaklah mengandungi tiga (3) orang

pegawai klasifikasi. Sekiranya boleh Panel Bantahan tidak boleh

mempunyai Pegawai Klasifikasi yang telah menjalankan ujian

klasifikasi ke atas atlit yang berkenaan. Bagi atlit-atlit dalam kelas

11 hingga 13 dan 32 hingga 58, Panel Bantahan akan menjalankan

penilaian klasifikasi semula dari segi perubatan dan teknikal.

9.6 Bagi atlit-atlit dalam kelas 20, Panel Bantahan akan mengaji

semula semua dokumen-dokumen asal yang dibekalkan oleh

Pasukan Negeri untuk menyokong pendaftaran atlit dan

membandingkannya dengan dokumen yang dilampirkan bersama

borang penyertaan. Sekiranya Panel Bantahan berpendapat

bahawa terdapat penipuan diantara dokumen yang diserahkan

dengan keputusan klasifikasi, maka atlit berkenaan akan

diisytiharkan tidak layak bertanding.

9.7 Sekiranya Panel Bantahan, semasa menjalankan tugas-tugas

mereka tidak mendapat kerjasama dari atlit semasa menjalankan

proses klasifikasi semula, Panel Bantahan tidak akan meneruskan

proses tersebut dan akan mengisytiharkan bahawa atlit berkenaan

tidak layak bertanding.

10. Hak Penganjur

Jawatankuasa Penganjur Sukan Paralimpiad Malaysia XVI dan

Jawatankuasa Teknikal Sukan bagi sukan yang dipertandingkan berhak

untuk meminda, menambah mana-mana peraturan-peraturan yang

difikirkan perlu dari masa ke semasa. Keputusan Jawatankuasa Teknikal

Sukan adalah muktamad.

Page 6: Olahraga

BUKU TEKNIKAL-OLAHRAGA

6

11. Acara-acara yang ditawarkan untuk lelaki dan wanita

Pertandingan akan dijalakan mengikut acara-acara dan kelas-kelas:

11.1 Trek dan Padang Untuk Cacat Penglihatan (T/F 11 – 13)

100m

200m

400m

800m

1500m

5000m

4 x 100m

4 x 400m

Lompat Tinggi

Lompat Jauh

Lontar Peluru

Lontar Cakera

Merejam Lembing

11.2 Trek dan Padang Untuk OKU Akal (T/F 20)

100m

200m

400m

4 x 100m

4 x 400m

Lontar Peluru

Lontar Cakera

Merejam Lembing

Lompat Jauh

Lompat Kijang

Page 7: Olahraga

BUKU TEKNIKAL-OLAHRAGA

7

11.3 Trek dan Padang Untuk Cerebral Palsy (Spastik) (T/F 35 – 38)

100m

200m

400m

800m

1500m

4 x 100m

4 x 400m

Lompat Jauh

Lontar Peluru

Lontar Cakera

Merejam Lembing

11.4 Trek dan Padang Untuk Lain-Lain Kecacatan (T/F 42 – 46)

100m

200m

400m

800m

1500m

4 x 100m

4 x 400m

Lompat Tinggi

Lompat Jauh

Lontar Peluru

Lontar Cakera

Merejam Lembing

Page 8: Olahraga

BUKU TEKNIKAL-OLAHRAGA

8

11.5 Trek dan Padang Untuk Kerusiroda (T/F 51 – 58)

100m

200m

400m

800m

1500m

5000m

4 x 100m

4 x 400m

Lontar Peluru

Lontar Cakera

Merejam Lembing

11.6 Trek dan Padang Untuk Cacat Pendengaran (T/F E1)

100m

200m

400m

4 x 100m

4 x 400m

Lontar Peluru

Lontar Cakera

Merejam Lembing