5
KERTAS CADANGAN PROGRAM KECEMERLANGAN PRASEKOLAH DI BAWAH SUB NKRA PRASEKOLAH PERINGKAT PKG HOSBA DAERAH KUBANG PASU TAHUN 2013 Tarikh 05 Se!e"#er 2013 $Kha"i%& SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA KEMUNTING

osma Kertas Kerja Bijak Prasekolah.doc

Embed Size (px)

Citation preview

KERTAS CADANGAN PROGRAM KECEMERLANGAN PRASEKOLAHDI BAWAH SUB NKRA PRASEKOLAH

PERINGKAT PKG HOSBADAERAH KUBANG PASUTAHUN 2013Tarikh

05 September 2013 (Khamis)

1.0 MATLAMAT

Pendidikan prasekolah di Malaysia bertujuan memperkembangkan potensi murid-murid prasekolah secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi dan rohani, intelek dan sosial melalui aktiviti yang menyeronokkan dan pembelajaran yang bermakna dalam persekitaran yang selamat. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak sebagai persediaan untuk mereka menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah khususnya dan masa hadapan amnya.

2.0 RASIONAL

Aktiviti ini dapat mencungkil dan mengasah bakat serta potensi murid-murid di dalam semua bidang selaras dengan tunjang-tunjang yang terdapat di dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Selain itu juga sebagai menghargai kebolehan dan kemahiran generasi baru yang mempunyai potensi berbeza-beza yang perlu dibimbing ke arah kecemerlangan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Objektif umum

3.1.1 Melihat keberkesanan proses pendidikan di kelas prasekolah.

3.1.2 Memberi peluang kepada murid terlibat dalam aktiviti ko-akademik di luar premis pendidikan.3.1.3 Menggalakkan penyertaan murid semua kaum melalui konsep 1Malaysia

3.1.4 Membina konsep kendiri yang positif dan jati diri melalui kebolehan, kemahiran dan bakat yang ditonjolkan.3.1.5 Mengukuhkan kemahiran komunikasi, sikap bekerjasama, semangat berpasukan dan meningkatkan keyakinan diri serta disiplin di kalangan murid-murid prasekolah.3.1.6 Memberikan pengalaman yang bermakna melalui pendedahan murid-murid kepada dunia kehidupan yang lebih luas dan mencabar serta persaingan yang sihat.3.1.7 Meningkatkan motivasi serta menyiapkan diri murid prasekolah dari segi fizikal dan mental untuk ke tahap pembelajaran seterusnya secara formal di Tahun satu.3.1.8 Mengukuhkan perkembangan seimbang dalam aspek rohani, jasmani, emosi dan fizikal murid-murid prasekolah.3.2 Objektif khusus

3.2.1 Menyediakan murid yang berkualiti untuk mewakili PKG ke pertandingan peringkat Daerah Kubang Pasu, peringkat Negeri Kedah seterusnya peringkat kebangsaan.

4.0 KUMPULAN PENGLIBATAN.

Semua murid dari semua sekolah di Daerah Kubang Pasu di bawah KPM.4.1. Senarai nama murid SK. Paya Kemunting

4.2.Senarai Guru yang terlibat

5.0 BUTIRAN PROGRAMProgram Kecemerlangan Prasekolah akan melibatkan aktiviti-aktiviti berikut :

5.1 Gerak Tari Prasekolah 1 Malaysia

Tarikh

: 01 Oktober 2013 (Selasa)Tempat

: Taman Tema Bandar Darul Aman, Jitra, KedaJam

: 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

5.2 Pertandingan akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh:05 September 2013 (Khamis)Tempat:akan ditentukan

Aktiviti:1. Tarian Rampai (10 orang)

2. Nyanyian dan Gerakan dalam Bahasa Inggeris (11 orang)

3. Aktiviti Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris (8 orang)

4. Nyanyian solo (1 orang)6.0 KEWANGANAnggaran perbelanjaan

Sumber :Wang Ko-kurikulum dan

RM100.00Per Kapita PrasekolahPerbelanjaan :Sewaan tempat

Pengangkutan

Hadiah

Makanan

7.0 JAWATANKUASA

7.1 Jawatankuasa Induk

Penasihat:Pengerusi:Setiausaha:Bendahari:AJK

:7.2 Jawatankuasa Kerja

Jawatankuasa Tempat dan PerasmianJawatankuasa Jemputan / Sambutan / ProtokolJawatankuasa Buku Program

Jawatankuasa Sijil Hadiah / Cenderahati

Jawatankuasa Jamuan

Jawatankuasa Publisiti dan PromosiJawatankuasa Keselamatan dan Kecemasan

Jawatankuasa Pendaftaran

Jawatankuasa Dokumentasi

Jawatankuasa Teknik Pertandingan / Penghakiman

Jawatankuasa Pertandingan

Jawatankuasa Pengacara

Jawatankuasa Bahan Pertandingan

Jawatankuasa Pengurus Pasukan

Jawatankuasa Rakaman dan Siaraya

Jawatankuasa Bacaan Doa8.0 PENUTUP

Kualiti pendidikan prasekolah tidak dapat diukur melalui pencapaian intelek murid semata-mata kerana ia adalah asas persediaan seorang kanak-kanak ke pendidikan formal. Aktiviti yang menggabungkan elemen jasmani, emosi, rohani dan intelek adalah amat sesuai bagi menggambarkan kualiti prasekolah. Justeru itu, pelaksanaan aktiviti ko-akademik di peringkat perlu dijalankan di peringkat PKG adalah perlu dilaksanakan bagi memberi peluang kepada semua murid serta dapat menonjolkan kepada masyarakat umum setempat berkenaan kualiti pendidikan prasekolah yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Diharap agar pembentangan cadangan kertas kerja Program kecemerlangan Prasekolah ini mendapat perhatian yang sewajar dari pihak tuan supaya program ini dapat dijalankan dengan lancar. Program ini juga di harap akan dapat mencapai objektif sepertimana yang diharap bagi kecemerlangan murid-murid prasekolah dan menjadi titik permulaan kepada mereka untuk meneruskan pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi.Kerjasama dari pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh

Diluluskan oleh

________________________

_________________________

(YASMIN BINTI MOHD HASHIM)

(KHALIL BIN YUSOF)

Guru Prasekolah

Guru besarSekolah Kebangsaan Paya Kemunting

Sekolah Kebangsaan Paya KemuntignSEKOLAH KEBANGSAAN PAYA KEMUNTING