7
 Perancangan Akademik  KP 315 POLITIK MASYARAKAT MA MUK Sidang Akad emik 201 4/2015 KELAS SIDANG VIDEO Sidang Video T arikh Jam Perjumpaan 1 Perjumpaan 2 Perjumpaan 3 Perjumpaan 4 Perjumpaan 5 Perjumpaan 6 - 1 -

PA JKP315

Embed Size (px)

DESCRIPTION

jkp315

Citation preview

JKP 315 POLITIK MASYARAKAT MAJMUK

Perancangan Akademik

JKP 315

POLITIK MASYARAKAT MAJMUK

Sidang Akademik 2014/2015KELAS SIDANG VIDEO

Sidang VideoTarikhJam

Perjumpaan 1

Perjumpaan 2

Perjumpaan 3

Perjumpaan 4

Perjumpaan 5

Perjumpaan 6

JKP 315/4 POLITIK MASYARAKAT MAJMUK

PENSYARAH: Dr. Wan Asna Wan Mohd. NorPENGENALAN

Kursus ini bertujuan membentuk asas bagi pelajar-pelajar supaya mereka dapat memahami politik dalam masyarakat-masyarakat majmuk. Kursus ini mendedahkan pelajar terhadap isu-isu yang mempengaruhi kestabilan politik dalam masyarakat majmuk.

Objektif Kursus

Kursus ini bertujuan agar pelajar dapat membuat perbandingan masyarakat-masyarakat berbilang bangsa dan kaum (juga dikenali sebagai masyarakat majmuk) berasaskan penilaian: konsep masyarakat majmuk dan kelas.

Di samping itu pengaruh dan kesan kolonialisme dan modenisasi dikaji terhadap negara yang sedang membangun juga akan dikaji.

Pelajar juga didedahkan kepada beberapa teori dan kaedah penganalisisan masyarakat majmuk berikut:

*Penganalisisan J. Furnivall

*Penganalisisan Rabushka dan Shepsle

*Penganalisisan Eric A. Nordlinger

*Penganalisisan Arend Lijphart

Pelajar juga akan dapat menilai sebab-sebab berlakunya pergaduhan atau konflik di negara masyarakat majmuk serta pengawalan pergaduhan tersebut.

Akhirnya, beberapa kaedah untuk memupuk integrasi nasional juga akan ditinjau dan dinilai.

Struktur Kursus

Kursus ini mengandungi tiga modul dan isi kandungannya adalah seperti berikut:

MODUL 1:

1.Pengenalan

2.Konsep masyarakat majmuk Furnivall

3.Konsep masyarakat majmuk perkembangan selanjutnya

4.Kelas di dalam masyarakat majmuk

MODUL 2

1.Kesan kolonialisme dan masyarakat majmuk

2.Modenisasi dan masyarakat majmuk

MODUL 3

1.Penganalisisan Rabushka dan Shepsle

2.Teori Consociationalism3.Pengawalan Konflik Eric NordlingerRujukan

Ahmad Fauzi Abdul Hamid & Ishak Che Long. 1999. 7 Langkah Sistematik Menulis Esei. Pulau Pinang: ALMS Consulting.

Anderson W. et. al. 1967. Issues of Political Development. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall

Connor, Walker, Nation-Building or Nation-Destroying? World Politics 24 (April 1972), 319-355.

Enloe, Cynthia, H. 1970. Multi-Ethnic Politics: The Case of Malaysia. Berkeley: University of California Press.Enloe, Cynthia, H. 1973. Ethnic Conflict and Political Development. Boston: Little Brown & Co.

Fearon, James & Davis Laitin. Ethnicity, Insurgency and Civil War. American Political Science Review 97 (Feb. 2003), 75-90.

Friedman, Edward, et. al. 1994. Politics of Democratization: Generalising the East Asian Experience. Boulder, CO.: Westview Press.

Geertz, Clifford, ed. 1963. Old Societies and New States: The Quest for Modernity in Asia and Africa. New York: The Free Press.

Groennigngs, Swen, Kelly, E.W. & Leiserson, Michael eds. The Study of Coalition Behaviour: Theoretical Perspectives and Cases from Four Continents. New York: Holt, Rinehart & Winston.

Horowitz, Donald L. 1985. Ethnic Groups in Conflict. Berkeley: University of California Press.

Khairiah Salwa Mokhtar 1994. Teknik Menulis Tugasan Yang Baik dalam Abd. Rasid Mat Zin (ed.) Panduan Kaunseling: Konteks & Kemahiran Belajar dalam Sistem Pendidikan Jarak Jauh. Pulau Pinang: USM.

Lijphart, Arend 1977. Democracy in Plural Societies. New Haven: Yale University Press.

Lijphart, Arend, 2002. The Wave of Power-Sharing Democracy in The Architecture of Democracy: Institutional Design, Conflict Management and Democracy in the Late Twentieth Century. Oxford: Oxford University Press.Milne, R.S. 1981. Politics in Ethnically Bipolar States: Guyana, Malaysia, Fiji. Vancouover: University of British Columbia Press.

Nordlinger, R.S. Eric A. 1972. Conflict Regulation in Divided Societies. Cambridge, Mass.: Center for International Affairs, Harvard Uni. Occasional Papeers in In ternational Affairs No. 29 (bacaan JKP 316).

Rabushka, Alvin & Shepsle, Kenneth A. 1972. Politics in Plural Societies: A Theory of Democratic Instability. Columbus, Ohio: Charles E. Merrill.

Syed Ahmad Hussein & Y. Mansoor Marican, 1989. Integrasi Politik: Kumpulan Rencana Pilihan. KL: DBP.

Wan Asna Wan Mohd. Nor. 1999. Political and Economic Accommodation in Peninsular Malaysia in B.N. Ghosh & Muhammad Syukri Salleh (ed.) Political Economy of Development in Malaysia. KL: Utusan Publications.

KELAS SIDANG VIDEO

Kursus ini mempunyai 5 slot sidang video iaitu 3 slot sebelum Kursus Intensif dan 2 slot selepas Kursus Intensif. Sidang Video 1:

Agenda:

1.Pengenalan Kursus

2.Isu-isu utama berkaitan masyarakat majmuk

Sidang Video 2:

Agenda:

1.Konflik dalam masyarakat majmuk

2.Penyelesaian konflik dalam masyarakat majmuk

Sidang Video 3:

Agenda:

1.Teori-teori berkaitan politik masyarakat majmuk

2.Perbincangan

Sidang Video 4

Agenda:

1.Perkembangan politik negara Sri Lanka

2.Perbincangan

Sidang Video 5

Agenda

1.Perkembangan politik di Ireland Utara

2.PerbincanganSidang Video 6AgendaPerbincangan pelajaran secara keseluruhanKURSUS INTENSIF

Anda sepatutnya sedia maklum bahawa kehadiran anda ke kursus ini adalah wajib. Kegagalan untuk menghadirkan diri akan mengakibatkan anda dikenakan tindakan tatatertib atau dihalang daripada mengambil peperiksaan akhir. Kursus intensif diadakan pada tarikh yang akan ditentukan.Kegiatan-kegiatan yang akan dijalankan semasa kursus intensif termasuklah sesi tutorial, soal jawab, perbincangan umum, dan peperiksaan berterusan. Namun demikian, pelajar-pelajar perlulah terlebih dahulu membaca semua bahan pelajaran yang terkandung dalam modul dan bahan bacaan. Jika anda tidak membuat persiapan yang rapi, anda mungkin akan menghadapi masalah tidak memahami bahan-bahan yang disampaikan serta tidak berkeupayaan menjawab soalan peperiksaan nanti.

Dengan persiapan yang rapi anda berpeluang untuk berbincang dengan pensyarah dan teman pelajar yang lain tentang pembelajaran dengan lebih baik lagi. Anda juga berpeluang membuat rujukan di perpustakaan universiti demi mempertingkatkan lagi pembelajaran anda.

PENILAIAN

Dua (2) cara penilaian disediakan untuk kursus ini iaitu penilaian melalui kerja kursus (40%) dan penilaian peperiksaan akhir (60%).

I.KERJA KURSUS (40%)

TUGASANTugasan ini perlu dilakukan secara berkumpulan, seramai 3-5 orang pelajar secara sukarela. Adalah menjadi tanggungjawab anda memastikan semua ahli kumpulan menyumbang dalam menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.

Kulit luar Tugasan boleh dicetak daripada laman web e-tugasan PPPJJ.

(a) Tugasan (20%)

Pilih SATU soalan sahaja daripada senarai di bawah:

1) Sejauhmanakah faktor etnisiti dan kelas dapat mempengaruhi politik sesebuah masyarakat majmuk? Perbincangan anda haruslah merujuk kepada dua buah negara selain Malaysia dan merangkumi dua pendekatan politik masyarakat majmuk.2) Pilih tiga buah negara yang mempunyai masyarakat majmuk (selain Malaysia) dan bincangkan serta analisiskan punca-punca konflik politik, terutamanya konflik antara kumpulan etnik, pengawalan serta keberkesanannya di negara-negara tersebut. Perbincangan anda mestilah bersifat perbandingan antara negara-negara ini.PERHATIAN

i) Panjang esei ialah dalam lingkungan 30 muka surat (tidak termasuk bibliografi dan lampiran). Bibliografi hendaklah disenaraikan.

ii) Penulisan esei hendaklah ditaip langkau dua baris (double spacing), huruf (font) bersaiz 12 dan berwarna hitam.

iii) Kesalahan plagiarisme tidak akan dikompromi dan gred F akan diberikan. Jika terbukti anda meniru esei pelajar lain, anda dan rakan anda yang memberi tiru akan diberi gred F.

iv) Esei anda hendaklah sampai di PPPJJ pada atau sebelum 20 Februari 2015. Esei yang lewat tiba akan diberi gred F. Sebarang alasan lewat menghantar esei tidak akan dilayan. Oleh itu, anda dinasihatkan merancang awal untuk mendapatkan bahan. Pastikan anda menghubungi Pejabat Am PPPJJ untuk mengesahkan bahawa tugasan anda telah selamat diterima.

(b) Komponen Kedua Peperiksaan Berterusan (20%)

Komponen ini akan dijalankan semasa Kursus Intensif.

Struktur soalan peperiksaan berterusan akan dimaklumkan nanti.

II.PEPERIKSAAN AKHIR (60%)

Tarikh dan struktur soalan peperiksaan akan dimaklumkan kemudian.

Merangkumi semua bahan pembelajaran.

HUBUNGAN

Akademik

Jika anda menghadapi sebarang kemusykilan akademik berhubung dengan kursus ini, sila hubungi:

Dr. Wan Asna Wan Mohd. NorPengurus Kursus JKP 315

Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh

USM, 11800 Pulau Pinang

Tel: 04-6534575E-mel: [email protected]

Pentadbiran

Sebarang masalah pentadbiran, hendaklah disalurkan kepada:

Penolong Pendaftar (Sains Kemasyarakatan)

Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh

USM, 11800 Pulau Pinang

- ooo -PAGE - 1 -

_1471955872.unknown