14
PAHLAWAN BUNTUNG (S. Othman Kelantan) muhammad syafiq bin mohd nadzri DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD SYAFIQ BIN MOHD NADZRI

PAHLAWAN BUNTUNG

  • Upload
    syaffiq

  • View
    26

  • Download
    3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

terbaik dri langit

Citation preview

PAHLAWAN BUNTUNG

PAHLAWAN BUNTUNG(S. Othman Kelantan)muhammad syafiq bin mohd nadzriDISEDIAKAN OLEH:MUHAMMAD SYAFIQ BIN MOHD NADZRI

1

ISI KANDUNGAN:muhammad syafiq bin mohd nadzri

TEMA:Kesengsaraan hidup dan trauma dan kematian yang dialami manusia kesan dari peperanganPenduduk kampung mengalami kesengsaraan dan ketakutan akibat serangan tentera Jepun di Kampung Pulau Pak Amat.Mak Esah dua beranak mati terbakar setelah rumah mereka terkena letupan bom tentera Jepun.Kaki Pak Husain kudung kerana terpijak bom yang tertanam di pantai selepas Perang Dunia Kedua.

muhammad syafiq bin mohd nadzri

PERSOALAN:Kesan buruk peperangan kepada manusiaTentera Jepun yang meyerang Kampung Pulau Pak Amat menyebabkan penduduk terpaksa melarikan diri. Banyak nyawa terkorban..Contoh: Mak Esah dua beranak mati setelah rumahnya terbakar akibat ledakan bom.

Kesanggupan menggadai nyawa demi keselamatan orang lain/keberanianPak Husain (Pahlawan Buntung) mengetuai /mengatur perpindahan orang kampung Pulau Pak Amat semasa serangan bom tentera Jepun. Pak Husain tanpa bersenjata dan berkasut, hanya berkain pelikat dan berbaju gelap membawa keluarga Khalid keluar dari kampung dan kemudian kembali ke kampung untuk menyelamatkan penduduk kampung yang lain.

Kebijaksanaan menggunakan akal untuk mengatasi masalah/menyelamatkan diri dan orang lain.Pak Husain memberitahu tentera Jepun yang pandai berbahasa Melayu bahawa semua penduduk kampung telah melarikan diri semasa tentera Jepun mencari orang-orang kampung....Akibatnya , tentera Jepun tidak jadi turun ke pangkalan kampung mereka. Pak Husain meminta izin daripada seorang tentera Jepun yang pandai berbahasa Melayu untuk membuang air besar setelah diarah menggali kubur dan menanam banyak mayat seorang diri. Pada ketika itu dia melarikan diri sampai ke sungai Gali.

muhammad syafiq bin mohd nadzri

Keberanian menentang kejahatan/mempertahankan hakPak Husain menembak perompak-perompak di Kampung Pak Amat yang cuba mendarat di kampung itu. Tindakannya telah mnyelamatkan rumah Pak Ngah Isa dan seluruh penduduk kampung dari menjadi mangsa rompakan.

Semangat setiakawan yang utuh dalam masyarakat.Ayah Khalid tidak tidur bermalam-malam lamanya kerana menjaga Pak Husain yang meracau akibat peritiwa menggali kubur dan menanam mayat-mayat seorang diri setelah ditawan oleh tentera Jepun. Pak Husain datang ke rumah Khalid dan mengarahkan keluarganya berpindah segera kerana peperangan telah meletus.Pak Husain memandu arah keluarga dan penduduk kampung Khalid sehingga sampai ke tepi sungai dengan selamat. Tindakan Pak Husain mengarah penduduk kampung berpindah menyelamatkan penduduk Kampung Pulau Pak Amat daripada menjadi mangsa tentera Jepun yang mendarat di kampung itu tidak lama kemudian.

Penghargaan terhadap jasa warga tuaKhalid dan ayahnya amat menghargai jasa Pak Husain yang telah menyelamatkan mereka semasa serangan tentera Jepun.Sehingga akhir hayat ayah Khalid sentiasa menyebut nama Pak Husain. Khalid menganggap Pak Husain sebagai pahlawan di kampung mereka.

Hormat akan warga emas/tuaKhalid amat menghormati Pak Husain. Ketika bertemu semasa temasyamenyambut ulang tahun kemerdekaan , Khalid menyapa Pak Husain dan mereka berbual-bual serta bertanya khabar masing-masing.Khlalid menjemput Pak Husain untuk berkunjung ke rumahnya di Jalan Bayam

muhammad syafiq bin mohd nadzri

LATAR:LATAR MASYARAKATPenduduk perkampungan nelayanTentera JepunMayarakat yang zalim-tentera JepunMasyarakat yang tinggi ikatan setikawan mereka

LATAR MASAMasa pendudukan Jepun di Tanah MelayuZaman pasca kemerdekaan (1973)Waktu malamHampir pagiPagi

LATAR TEMPATDi tapak temasya kota sempena ulang tahun kemerdekaanDi kampung Pulau Pak AmatDi Kuala Pak AmatPangkalan Kampung DalHospital Kota BharuDi sebuaH warungSungai Gali

muhammad syafiq bin mohd nadzri

GAYA BAHASA:Kata ganda:Contoh: berjabu-jabu

Metafora:Contoh : gebar kebingungan

Hiperbola: Contoh : diselubungi oleh raksasa ketakutan dan putus asa

Personifikasi: Contoh : ombak pagi yang malas

muhammad syafiq bin mohd nadzri

7

PLOT:PERMULAANWatak utama Pak Husain diperkenalkan melalui pertemuan antara Khalid dengan Pak Husain semasa temasya kota sempena ulang tahun kemerdekaan negara. Khalid menegur Pak Husain di suatu temasya kota sempena ulang tahun kemerdekaan.Mereka bertanya khabar..Mereka memang sudah lama tidak bertemu iaitu kira-kira 30 tahun.

PERKEMBANGANKhalid dan Pak Husain berbual-bual di warung sambil minum-minum.Khalid menyampaikan berita kematian ayahnya kepada Pak Husain dan hasrat ayahnya yang terlalu ingin bertemu dengannya. Saat itu Khalid mulai terkenang peperangan yang berlaku di kampungnya dan keberanian Pak Husain menyelamatkan keluarganya daripada menjadi mangsa serangan tentera Jepun. Khlalid terkenang kisah Pak Husain datang mencari mereka sekeluarga untuk membawa mereka ke tebing sungai bagi meyelamatkan diri setelah kampung mereka dibom oleh tentera Jepun.

muhammad syafiq bin mohd nadzri

PerumitanKetika Jepun menyerang Kampung Pulau Pak Amat, semua adik-beradik Khalid berasa terlalu takut lalu memelukm erat ibu mereka. Pak Husain tidak berada dalam kumpulan penduduk kampung semasa menaikki perahu untuk menyelamatkan dirisehingga ayah Khalid bertekad untuk mencarinya tetapi ditahan oleh Pak Ngah. Isteri Pak Husain, Mak Bidah meraung dan menangis apabila menyedari Pak Husain tiada dalam kumpulan mereka. Pak Husain ditahan oleh tentera Jepun ketika berpatah balik ke rumahnya. Diadiarah menggali kubur besardan menanam mayat-mayat ke dalam lubang besar tersebut.

PuncakPak Husain menipu tentera Jepun dengan menyatakan dia hendak membuang air besar tetapi Pak Husain terus melarikan diri dan sampai ke Sungai Gali . Keadaannya terlalu lemah dan asyik meracau-racau kerana peristiwa dipaksa menanam mayat-mayat oleh tentera Jepun telah mengganggu emosinya. Setelah Jepun menyerah kalah, Pak Husain membedil perompak yang cuba mendarat di kampung mereka dengan senapang yang diambil daripada tentera Punjabi. Tindakannya menyelamatkan rumah Pak Ngah Isa dari dirompak.

PeleraianKhalid mengimbas kembali setahun selepas kekalahan Jepun, kaki Pak Husain terpaksa dipotong setelah terpijak saki baki bom yang ternanam di kampung mereka.Pak Husain . Pak Husain memaklumkan kepada Khalid bahawa sudah lebih kurang 30 tahun mereka tidk bertemu.Pak Husain memberitahu Khalid bahawa isterinya Mak Bidah (MAK DA) telah meninggal dunia lima tahun yang lalu. Mereka berpisah di situ tetapi Khalid terus mengingati kekejaman perang yang meragut banyak nyawa.Khalid menganggap Pak Husain ialah seorang pahlawan..... PAHLAWAN BUNTUNG...kerana kakinya yang kudung.

muhammad syafiq bin mohd nadzri

TEKNIK PLOT:Pemerian Ketika kami melangkah ke pintu tadi, cahaya Subuh sudah terpancar dari sebelah timur. Kemerah-merahan. Keheningan malam selalunya masa begini telah membawa langkah para nelayan ke gigi ombak

Dialog Jemputlah ke rumah kami, kataku. kami tinggal di Jalan ayam. Abang dan Adik kebetulan ada. Terima kasih Khalid! Pak Hussain menanamkan matanya ke dalam mataku.

Suspens Dia jugalah mengumpulkan ke pengkalan. Dia segala-galanya. Dan dia tetinggal dalam saat akhir bila Pak Ngah memerintahkan kami meninggalkan pengkalan. Tidak seorang pun di antara kami yang sedar bahawa Pak Husain belum turun ke pengkalan. Dan ketika perahu kami melewati Tuk Lukup, Pulau Tukang Dolah, Pulau Panjang dan Sungai Gali, kami belum sedar akan kehilangan Pak Husain. Mak Bidah, isterinya juga tidak sedar. Dan sekarang. Mak Bidah pula meraung

Imbas kembali usianya baru kira-kira tiga puluh tahun. Aku berusia lebih sedikit empat belas tahun. Pak Husain tegap sasa. Dia berani. Dia banyak dicintai oleh gadis-gadis kampungnya

muhammad syafiq bin mohd nadzri

WATAK DAN PERWATAKAN:Pak Hussain Berusia 60 tahun Dahinya berparut dan kaki kudung (terkena serpihan bom)Berpakaian sederhana (keperibadian desa suci murni)Mengetuai orang kampung semasa peperangan dengan Jepun. Pak Hussain telah mengetuai penduduk kampung berpindah ketika Jepun menyerang Kampong Pulau Pak Amat. Berpengalaman dan pernah diseksa oleh tentera Jepun. Pak Hussain dipaksa menggali kubur besar dan menguburkan mayat orang kampung sehari suntuk oleh pihak Jepun sehingga semangat beliau hilang dan dia meracau racau. Berjasa kepada orang orang kampong. Pak Hussain dengan berani telah memberitahu pihak jepun bahawa semua penduduk telah melarikan diri. Pak hussain juga pernah membedil kawanan perompak bagi menyelamatkan orang kampong.

Khalid (aku) Anak Pak Hasan Menghormati pak Husain. Khalid bergitu mengagumi keberanian dan sikap Pak Hussain yang sanggup membohongi tentera Jepun untuk menyelamatkan penduduk kampong

FatimahSeorang yang penyayang. Semua anak Fatimah memeluk ibu mereka kerana ketakutan apabila Jepun menyerang kampung mereka.

muhammad syafiq bin mohd nadzri

NILAI:Nilai keberanian: contohnya Pak Husain berani menghadapi tentera Jepun

Nilai kebijaksanaan: contohnya Pak Husain bijak menggunakan tipu daya untuk menyelamatkan diri daripada askar Jepun.

Nilai kasih sayang:contohnya Mak Da yang menangisi kehilangan Pak Husain ketika mereka berpindah.

Nilai patriotisme:contohnya Pak Husain yang sanggup menggadai nyawa untuk mempertahankan tanah air

muhammad syafiq bin mohd nadzri

12

PENGAJARAN:Kita hendaklah berani mempertahankan hak di tanah air sendiri.

Kita hendaklah bijak memebuat keputusan bagi menyelesaikan masalah.

Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga dan jiran tetangga.

Kita hendaklah mematuhi arahan ketua semasa menjalankan sesuatu tugas.

muhammad syafiq bin mohd nadzri

muhammad syafiq bin mohd nadzriSEKIAN TERIMA KASIH