Upload
others
View
3
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PANDANGAN PELAJAR TERHADAP KOLEJ KOMUNITI KOTA TINGGI DAN KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT, JOHOR
NORZAWANI BINTI ABD MALEK
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2004
PSZ 19:16 (Pnd. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : PANDANGAN PELAJAR TERHADAP KOLEK KOMUNITI KOTA TINGGI DAN KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT,JOHOR
SESI PENGAJIAN : 2004/2005
Saya : NORZAWANI BINTI ABD MALEK (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (/)
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau Kepentingan Malaysia yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
____________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: (Nama Penyelia) 24, JALAN MALIM JAYA 1/1, P.M. DR. HJ. MAT JIZAT BIN ABDOL TAMAN MALIM JAYA, SEKSYEN 1, 75250 MELAKA. Tarikh : 23 OKTOBER 2004 Tarikh: 23 OKTOBER 2004
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis
ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”
Tandatangan :
Nama Penyelia : P.M. DR. MAT JIZAT BIN ABDOL
Tarikh : 23 OKTOBER 2004
PANDANGAN PELAJAR TERHADAP KOLEJ KOMUNITI KOTA TINGGI
DAN KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT, JOHOR
NORZAWANI ABD MALEK
TESIS INI DISAMPAIKAN SEBAGAI MEMENUHI SYARAT PENGANUGERAHAN IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI
SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP)
FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2004
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : .............................................
Nama Penulis : NORZAWANI BINTI ABD MALEK
Tarikh : 23 OKTOBER 2004
iii
Buat Ayah dan Ibu yang amat ku cintai…
Hj Abd Malek Bin Baba dan Hjh Zarah Yusof…
Terima kasih atas pengorbanan dan kasih sayang yang tidak terhingga buatku
selama ini.
Buat adik-adik yang kusayangi…
Syira, ‘Izzat, Ain, dan Nabil…
Semangat dan dorongan dari kalian
buatku kuat untuk mengharungi dugaan hidup ini…
Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas budi dan jasa kalian…AMIN…
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah saya
menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini. Selawat dan salam ke atas junjungan
Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda.
Dalam usaha menyempurnakan projek ini, saya ingin merakamkan ucapan
setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung budi kepada Profesor Madya Dr. Hj. Mat
Jizat Bin Abdol atas nasihat, bimbingan dan bantuan yang telah diberikan.
Tidak dilupakan juga kepada tenaga pengajar dan para pelajar di Kolej
Komuniti Segamat dan Kolej Komuniti Kota Tinggi yang telah sudi memberikan
kerjasama sepenuhnya sebagai responden dalam kajian ini.
Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan
seperjuangan dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
menjayakan Projek Sarjana Muda ini.
Hanya Allah Yang Maha Pemurah dan Amat Penyayang yang dapat
membalas budi baik kalian.
v
ABSTRAK
Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengetahui pandangan pelajar terhadap
Kolej Komuniti Kota Tinggi dan Kolej Komuniti Segamat dalam menjalani proses
pengajaran dan pembelajaran. Ekoran dari itu penyelidik ingin mengetahui tentang
masalah yang dialami oleh pelajar-pelajar. Analisa dibuat berdasarkan data yang
diperoleh dari borang soal selidik yang diedarkan kepada 150 orang responden terdiri
daripada 58 orang responden dari Kolej Komuniti Segamat dan 92 orang responden
dari Kolej Komuniti Kota Tinggi. Hasil kajian menunjukkan terdapat kekurangan
terhadap kemudahan fizikal dan perkhidmatan di kedua-dua buah Kolej Komuniti di
Segamat dan Kota Tinggi. Daripada analisa yang dijalankan juga didapati bahawa
pelajar mengalami masalah kewangan dan penginapan. Di dalam kajian ini juga
penyelidik telah mencadangkan beberapa langkah untuk memperbaikinya dan juga
untuk tujuan kajian di masa hadapan.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research is to find out the perception of students toward
Community College in Segamat and Community College in Kota Tinggi. Persuant to
this, reseacher is trying to find out what could be the possible problem faced by these
students with the services and facilities provided. Analysis was done based on
questionnaire distributed to 150 respondents in which 92 respondents are from
Community College in Kota Tinggi while the other 58 respondents are from
Community College in Segamat. From the data of analysis showed that the
physically facilities and services provided need for improvements to both
Community College in Segamat and Kota Tinggi. It was also deduced from the
analysis that the students did not get any scholarship and hostels. Suggestions for
further improvement was suggested by the reseacher.
vii
KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT Pengesahan Status Tesis
Pengesahan Penyelia
Halaman Judul i
Pengakuan ii
Dedikasi iii
Penghargaan iv
Abstrak v
Abstract vi
Kandungan vii
Senarai Jadual x
Senarai Rajah xii
Senarai Singkatan xiii
Senarai Lampiran xiv
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Rasional dan Kepentingan Kajian 6
1.7 Skop dan Batasan Kajian 7
viii
1.8 Definisi Istilah 7
1.8.1 Persepsi
1.8.2 Kemudahan Pembelajaran
1.8.3 Kemudahan
1.8.4 Pembelajaran
1.8.5 Pemasalahan
1.8.6 Kolej Komuniti
BAB 2 PENELITIAN BAHAN-BAHAN ILMIAH YANG BERKAITAN 2.1 Pengenalan 10
2.2 Kepentingan Penubuhan Kolej Komuniti 11
Dalam Aspek Pendidikan Negara
2.3 Latar Belakang Penubuhan Kolej Komuniti 12
di Negeri Johor Darul Takzim
2.4 Objektif Penubuhan Kolej Komuniti 13
2.5 Kemudahan-kemudahan di Kolej Komuniti 13
2.5.1 Kemudahan Fizikal 14
2.5.2 Kemudahan Perkhidmatan 15
2.5.3 Kemudahan Pengangkutan 15
2.6 Konsep Pembelajaran di Kolej Komuniti 15
2.7 Penutup 16
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 17
3.2 Rekabentuk Kajian 18
3.3 Tempat Kajian 18
3.4 Populasi Kajian 19
3.5 Instrumen Kajian 19
ix
3.6 Kajian Rintis 22
3.6 Analisis Data 22
BAB 4 ANALISIS DAN DATA KEPUTUSAN
4.1 Pengenalan 24
4.2 Penganalisaan Latar Belakang Responden 25
4.3 Penganalisaan Dapatan Persoalan 1 31
i. Kemudahan Fizikal 32
ii. Kemudahan Perkhidmatan 33
iii. Kemudahan Pengangkutan 33
4.4 Kesimpulan Dapatan Persoalan 1 34
4.5 Penganalisaan Dapatan Persoalan 2 35
i. Pengurusan Akademik 36
ii. Pengurusan Perkhidmatan 36
iii. Pengurusan Pengangkutan 37
4.6 Kesimpulan Dapatan Persoalan 2 37
4.7 Penganalisaan Dapatan Persoalan 3 38
4.8 Kesimpulan Dapatan Persoalan 3 39
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 41
5.2 Perbincangan 41
5.2.1 Perbincangan Dapatan Persoalan 1 41
5.2.2 Perbincangan Dapatan Persoalan 2 42
5.2.3 Perbincangan Dapatan Persoalan 3 43
5.3 Rumusan 44
5.4 Cadangan-cadangan 44
x
5.5 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 45 RUJUKAN 46
LAMPIRAN
A Contoh Borang Soal Selidik 49
B Contoh Pengesahan Pusat Pengajian 56
xi
SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Taburan bilangan populasi mengikut jantina 19
4.1 Taburan bilangan responden berbanding populasi 25
mengikut kolej dan jantina
4.2 Taburan umur responden di Kolej Komuniti 26
Segamat dan Kolej Komuniti Kota Tinggi
4.3 Taburan jantina responden mengikut etnik 27
4.4 Taburan kelulusan akademik sebelum memasuki 28
Kolej Komuniti
4.5 Taburan aliran pendidikan menengah responden 29
4.6 Taburan bantuan kewangan yang diperoleh 30
responden
4.7 Taburan responden terhadap jenis kemudahan 32
yang terdapat di Kolej Komuniti mengikut jantina
4.8 Kadar peratusan pandangan pelajar terhadap 35
pengurusan pentadbiran di Kolej Komuniti Segamat
dan Kolej Komuniti Kota Tinggi
4.9 Taburan masalah responden semasa belajar di Kolej 38
Komuniti Segamat dan Kolej Komuniti Kota Tinggi
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 4.1 Peratusan bantuan kewangan yang diperoleh 40
di Kolej Komuniti
xiii
SENARAI SINGKATAN/SIMBOL/ISTILAH KPM Kementerian Pendidikan Malaysia
MARA Majlis Amanah Rakyat
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
SPMV Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional
STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
PTPTN Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional
IPTA Institut Pengajian Tinggi Awam
KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
JPTEK Jabatan Pendidikan Teknikal
xiv
SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Contoh Borang Soal Selidik 49
B Contoh Pengesahan Pusat Pengajian 56
BAB 1
PENGENALAN DAN MASALAH LATAR
1.1 Pengenalan
Menjelang tahun 2020, Malaysia telah meletakkan matlamat negara untuk
mencapai taraf sebagai sebuah negara perindustrian yang maju. Menurut Mahathir
Mohamad dalam kertas kerjanya “Malaysia Melangkah Ke Hadapan Wawasan 2020”
dalam pembentangan Mesyuarat Pertama Majlis Perniagaan Malaysia 1991 telah
menetapkan sasaran negara untuk menjadikan perindustrian sebagai teras kepada
pembangunan negara. Negara yang pesat membangun dalam bidang perindustrian ini
menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang disertai kemajuan teknologi yang serba
canggih.
Sebagai sebuah negara yang maju Malaysia memerlukan tenaga pekerja yang
mahir dan pakar dalam semua bidang kemahiran. Keperluan tenaga professional dan
separa professional amat diperlukan bagi menampung keperluan negara yang kian
pesat membangun. (Siti dan Nor Azizah, 1995). Strataegi pembangunan menegaskan
bahawa penyesuaian sistem pendidikan diperlukan untuk menghasilkan sumber
tenaga yang diperlukan. Penegasan ini dinyatakan dalam Penyataaan Rangka
Rancangan Jangka Panjang Kedua sebagaimana berikut:
“Perhatian yang lebih akan diberi dalam memastikan sistem
pendidikan selaras dengan perubahan permintaan dan pasaran buruh.
Kawalan yang lebih rapi terhadap sistem pendidikan dan latihan serta
usaha-usaha bagi memperbaiki lagi kurikulum akan dilaksanakan untuk
2
memastikan kemahiran yang diajar adalah sesuai dengan keperluan
industri”(Rancangan Jangka Panjang Kedua, m.s 10).
Berdasarkan penyataan yang dinyatakan jelas menunjukkan sistem
pendidikan tenaga kerja yang berkemahiran tidak diabaikan dalam perancangan
sistem pendidikan negara.Sehubungan itu, sistem pendidikan di Malaysia
memainkan peranan yang paling penting dalam melahirkan tenaga pekerja mahir
untuk memenuhi permintaan sector pekerjaan (Aede Hatib,1979).
Justeru itu, Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya 5 Julai 2000 telah bersetuju
dengan penubuhan Kolej Komuniti di setiap kawasan Parlimen. Kolej Komuniti yang
telah ditubuhkan menjelang tahun 2000 itu menyediakan peluang alternatif kepada
lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran
ke peringkat yang lebih tinggi. Kolej ini juga akan membuka peluang kepada pekerja
dan komuniti setempat untuk mendapat pendidikan dan latihan kemahiran yang lebih
terancang (Abdul Aziz Azimullah,2000).
Penubuhan Kolej Komuniti yang berkesinambungan dengan pendidikan
teknikal merupakan penyumbang terbesar dalam melahirkan tenaga kerja yang
berkemahiran. Program pendidikan di Kolej Komuniti telah diselaraskan dengan
pertumbuhan ekonomi dan penggunaan teknologi moden negara (Ahmad Faiz
Hamid,2002).
1.2 Latar Belakang Masalah Pengenalan Kolej Komuniti yang dikatakan akan dapat menyediakan
sejumlah besar tenaga pekerja yang dapat mengisi kekosongan sumber manusia
dalam bidang kemahiran. Kewujudan Kolej Komuniti menjadikan peluang
pendidikan kedua untuk lapisan masyarakat yang dapat menyambung pendidikannya
selepas menamatkan persekolahan.
3
Penubuhan Kolej komuniti memberi peluang lebih luas kepada pelajar
lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang gagal memasuki Institusi Pengajian
Tinggi menyambung pelajaran dalam bidang teknikal. Penubuhannya akan
diperluaskan bagi memastikan pelajar-pelajar ini mendapat kemahiran tertentu
sebelum memasuki bidang pekerjaan (Najib Razak;November 2000)
Kolej Komuniti adalah institusi pendidikan yang baru ditubuhkan bagi
mengatasi masalah keciciran di kalangan pelajar yang melanda dunia pendidikan
negara ini. Kolej ini adalah memberi peluang kepada pelajar yang tidak dapat
meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi ataupun pelajar yang kurang
berminat untuk meneruskan pelajaran dan mengalami masalah dalam bidang
akademik (Jabatan Pendidikan Teknikal,2000).
Selain itu konsep pembelajaran sepanjang hayat yang ditekankan memberi peluang
kepada para pekerja yang ingin menambah pengetahuan dalam bidang kemahiran.
Oleh itu kewujudan Kolej Komuniti ini merangkumi semua aspek termasuklah aspek
kelengkapan dan masalah-masalah yang dihadapi bagi melaksanakannya.
Bagi menyokong pelaksanaan pembangunan yang didorong oleh produktiviti
yang memerlukan tenaga manusia berpengetahuan, berkemahiran tinggi dan mudah
dilatih, kemudahan prasarana yang lengkap diperlukan bagi mencapai objektif
sebenar sesuatu pengajaran dan pembelajaran (Hamdi Abu Bakar,2000). Kemudahan
infrasruktur yang lengkap boleh mempengaruhi kecemerlangan pelajar dalam
sesebuah Institusi Pendidikan (Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan,2003).
Proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan keadaan dan persekitaran
yang selesa bagi tenaga pengajar dan pelajar. Suasana pembelajaran yang terganggu
disebabkan peralatan tidak mencukupi dan keadaan persekitaran yang sempit akan
menjejaskan tahap pencapaian pelajar dalam ujian atau peperiksaan yang dijalani.
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003). Memandangkan masyarakat kini
mempunyai pandangan yang jauh dalam konteks pendidikan, pengiktirafan sebagai
institusi pendidikan , seharusnya pihak yang terlibat harus mementingkan kualiti dari
segi prasarana pendidikan bukannya kuantiti sahaja (Siva Subramaniam; Mei 2003).
4
Menurut Pengarah Bahagian Pengurusan Kolej Komuniti, Imran Idris di
dalam buku penerangan dan panduan penawaran kursus –kursus di Kolej Komuniti
di Malaysia,2001 menyatakan keperluan dan kelengkapan di Kolej Komuniti
disediakan seperti di institusi –institusi pendidikan yang lain kecuali tempat tinggal.
Hal ini berlaku kerana Kolej Komuniti yang didirikan berdekatan dengan masyarakat
setempat. Berdasarkan pernyataan ini, adakah kelengkapan yang lain lengkap
disediakan bagi memenuhi keperluan pelajar di Kolej Komuniti.
Sehubungan itu sebagai sebuah institusi pendidikan yang diberikan peranan
dan kepercayaan yang besar dalam melahirkan sumber tenaga kerja yang
berkemahiran seharusnya kelengkapan kemudahan pembelajaran yang lengkap
menjadi aspek utama dalam faktor penubuhan kolej ini.Namun hal ini seolah-olah
dipandang enteng oleh pihak yang terlibat.Menurut Mohd Salleh Lebar dalam
bukunya Perancangan Pendidikan Peringkat Sekolah dan IPT,2002 menerangkan
bahawa pihak pentadbiran sesebuah institusi pendidikan perlu memikirkan tentang
kemudahan di perpustakaan dan juga keperluan tenaga pengajar yang mencukupi
agar matlamat penubuhan institusi pendidikan itu tidak terpesong dan sejajar dengan
keperluan pelajar.
Lantaran itu, walaupun lepasan Institusi Pendidikan Swasta mampu
menyaingi graduan dari IPTA namun masyarakat masih keliru dengan kualiti
pembelajaran yang ditawarkan di institusi-institusi pendidikan swasta termasuk Kolej
Komuniti sendiri (Mohd Shukri Ab Yajid,2003). Hal ini menunjukkan masyarakat
masih meragui kualiti kemudahan pembelajaran yang disediakan di Kolej Komuniti
dan institusi pendidikan yang selain dari IPTA.Masalah keraguan ini boleh diatasi
sekiranya kemudahan pembelajaran dan keperluan pelajar di Kolej Komuniti
dipertingkatkan (Musa Mohamad,2000).
1.3 Penyataan Masalah
Kolej Komuniti merupakan sebuah Institusi Pendidikan yang menyediakan
konsep pembelajaran sepanjang hayat dalam pelbagai bidang kemahiran. Penubuhan
5
kolej ini memberikan impak yang besar kepada negara dalam melahirkan tenaga
kerja yang berkemahiran tinggi. Kemudahan kelengkapan dari segi faktor pengajaran
dan pembelajaran menjadi keperluan pelajar di Kolej Komuniti bagi merealisasikan
kecemerlangan pelajar selaras dengan matlamat penubuhan Kolej Komuniti.
Sekiranya kelengkapan dan kemudahan yang disediakan tidak mencukupi
bagaimanakah proses pengajaran dan pembelajaran boleh diteruskan. Oleh itu
penyelidik ingin mengkaji tentang persepsi pelajar mengenai kemudahan
pembelajaran yang terdapat di Kolej Komuniti.
1.4 Objektif Kajian
Dalam kajian ini penyelidik mempunyai tiga objektif seperti berikut:
1.4.1 Mengenalpasti kemudahan pembelajaran yang disediakan di Kolej Komuniti
Kota Tinggi dan Kolej Komuniti Segamat bagi menjalani proses pengajaran
dan pembelajaran.
1.4.2 Mendapatkan pandangan pelajar terhadap pengurusan pentadbiran di Kolej
Komuniti Kota Tinggi dan Kolej Komuniti Segamat.
1.4.3 Mengenalpasti masalah yang dialami oleh pelajar-pelajar semasa belajar di
Kolej Komuniti Kota Tinggi dan Kolej Komuniti Segamat.
1.5 Persoalan Kajian 1.5.1 Apakah kemudahan pembelajaran yang disediakan di Kolej Komuniti Kota
Tinggi dan Kolej Komuniti Segamat bagi menjalani proses pengajaran dan
pembelajaran?
6
1.5.2 Apakah pandangan pelajar terhadap pengurusan pentadbiran di Kolej
Komuniti Kota Tinggi dan Kolej Komuniti Segamat?
1.5.3 Apakah masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar semasa belajar di Kolej
Komuniti Kota Tinggi dan Kolej Komuniti Segamat.
1.6 Rasional Dan Kepentingan Kajian
Pengkaji merasakan kajian seumpama ini penting dan perlu dilakukan untuk
kegunaan khasnya kepada para pelajar yang menjalani pengajian di Kolej-kolej
Komuniti di Malaysia. Masalah dan cabaran yang dihadapi oleh para pelajar di Kolej
Komuniti ini harus diambil tindakan segera bagi memastikan kualiti lulusan Kolej
Komuniti ini
Pembangunan yang pesat dan membangun memerlukan tenaga pekerja yang
bekemahiran tinggi. Kemahiran yang tinggi boleh diperoleh hasil daripada
pendidikan kemahiran yang berkualiti. Oleh itu sesuatu pendidikan yang berkualiti
memerlukan kemudahan dan peralatan yang lengkap agar proses pengajaran dan
pembelajaran dapat mencapai objektif yang sebenar.
Selain daripada itu, para pelajar lulusan Kolej Komuniti perlu disediakan
pengetahuan yang tinggi dalam bidang kemahiran dan perlu didedahkan dengan
peralatan dan kelengkapan yang bermutu tinggi dan dapat memberikan gambaran
yang sebenar kepada mereka tentang situasi pekerjaan yang bakal dihadapi.
Justeru itu, dengan kajian ini diharap hasilnya boleh membantu pihak yang
terlibat dalam pembangunan Kolej Komuniti khususnya Kementerian Pendidikan
Malaysia dalam proses perkembangan pendidikan yang diperlukan untuk disesuaikan
dengan perubahan teknologi dan pasaran negara sejajar dengan matlamat penubuhan
Kolej Komuniti.