Upload
chinta-dekla
View
337
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
8/12/2019 perann komuniti
1/22
Berdasarkan pemerhatian dan interaksi anda dengan komuniti setempat, bincangkan bagaimanakah sekolah di
tempat anda mengajar dapat melibatkan komuniti setempat dalam membantu meningkatkan kualiti dan kuantiti
pendidikan di kalangan para pelajar sekolah dalam menjayakan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Abstrak
Walaupun pengembangan ilmu diberi penekanan namun faktor kualiti jarang sekali diperkatakan dan dipraktikkan.
Pengurusan sekolah sering mendengar dan memperkatakan tentang masalah kualiti tetapi usaha serta
pengamalan kualiti masih samar dan tidak begitu jelas kepada mereka. Sekolah sebagai institusi pendidikan
mempunyai strategi sendiri dalam meningkatkan kualiti dalaman dan luaran mereka. Sekolah mesti dipandang
mulia oleh masyarakat luar dan ibu bapa kerana dengan sistem pendidikan yang berkesan mampu melahirkan
seorang pelajar yang berkualitidanberketrampilan.
Peranan ibu bapa dan anggota komuniti juga faktor yang boleh menjadikan pendidikan berkualiti. Ibu bapa sebagai
anggota masyarakat mesti memainkan peranan yang serius terhadap pendidikan anak-anak mereka. Pendidikan
formal di sekolah hanya lebih kurang 6 jam sehari sahaja dan selebihnya pelajar berada di tangan keluarga dan
masyarakat. Anggota masyarakat harus memberi maklumat dan maklum balas kepada sekolah serta memberi
kerjasama di dalam pelbagai aktiviti pembinaan ilmu yang dijalankan oleh guru dan sekolah.
Penglibatan anggotaanggota masyarakat dalam proses pendidikan juga tidak kurang pentingnya, khususnyainstitusi-institusi Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG), Intitusi Kewangan dan Sekolah berhampiran harus sentiasa
berdamping dengan sekolah-sekolah dan guru-guru serta mengambil tahu proses pendidikan di sekolah-sekolah di
kawasan masing-masing secara tidak langsung Mereka perlu dilibatkan bersama untuk memainkan peranan dalam
menentukan persekitaran selamat kepada pelajar dan penduduk setempat. Konsep School -Home-Community
Partnership perlu diterapkan dengan mengadakan program-program permuafakatan dan perkongsian yanag
melibatkan pihak sekolah,ibu bapa dan masyarakat setempat.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang ditubuhkan di semua sekolah kerajaan adalah bertujuan untuk
mewujudkan pemuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah. Pemuafakatan ini dapat membina kesefahaman
tentang tanggungjawab bersama dalam usaha meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid di
sekolah. PIBG juga sebagai pelengkap terhadap fungsi Kementerian Pelajaran dalam menyediakan prasarana,
kemudahan dan suasana sekolah yang selesa. PIBG juga berperanan ke arah menjaga kesetabilan sistem
persekolahan dan perpaduan masyarakat setempat.
1.0 Pengenalan
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
"Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dikenali sebagai FPK.
Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapandengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan
Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan
tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan
insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang
baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu
yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita
negara.
8/12/2019 perann komuniti
2/22
Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada
Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis
dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan
budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga,
masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.
Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunaninsan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk
memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi,
mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan
masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti
sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan
pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi
juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.
FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja
untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap
lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.
Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau
diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadiseorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia,
dan berbakti.
2.0 Elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan
2.1. Pendidikan suatu usaha beterusan
Pendidikan ialah proses pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta penyerapan nilai murni supaya
menjadi insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir serta berakhlak mulia. Proses pendidikan ini
merupakan proses secara berterusan sepanjang hayat. Maka pendidikan secara berterusan ini adalah bermula
sejak pendidikan asas dalam peringkat awal kanak-kanak di rumah dan tadika, disambungkan di sekolah rendah
dan sekolah menengah dalam peringkat kanak-kanak dan remaja, dan diteruskan di peringkat selepas sekolah di
tempat-tempat seperti institusi pendidikan tinggi, tempat bekerja dan komuniti atau dengan pembelajaran secara
kendiri berbentuk ICT, secara online dan melalui media massa
2.2 Memperkembangkan potensi individu
Mengikut kajian individu memiliki pelbagai keupayaan, bakat dan potensi seperti intelek, jasmani , emosi, dan
rohani sejak lahirnya. Kebanyakan potensi ini adalah terpendam dalam jiwa kendiri. Fungsi utama pendidikan ialah
memperkembangkan dan meningkatkan potensi individu supaya mencapai tahap cemerlang. Di dalam hasrat
falsafah pendidikan kebangsaan , unsur intelek memberi tumpuan kepada ciri-ciri daya berfikir seperti :
i. Menguasai kemahiran asas 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira.
ii. Menguasai kemahiran untuk memperoleh, meningkat dan menyebarkan ilmu.
iii. Dapat berfikir secara kritis dan kreatif(KBKK) dan
8/12/2019 perann komuniti
3/22
iv. Dapat memanfaatkan ilmu dan kemahiran untuk diri dan orang lain, termasuk kemajuan negara.
Perkembangan unsur jasmani memberi tumpuan kepada kesihatan tubuh badan individu, seperti
memperkembangkan kepada tahap keupayaan seperti:
i. Menjaga kesihatan tubuh badan diri
ii. Melakukan riadah dengan sempurna
iii. Menggunakan bakat dan kemahiran teknikal/manipulatif dengan cekap.
iv. Memanfaatkan tenaga fizikal secara berdikari dan untuk kepentingan masyarakat dan
v. Meningkatkan daya pengeluaran, demi memberi sumbangan kepada kemajuan negara.
Perkembangan unsur emosi memberi tumpuan kepada perasaan jiwa yang sihat dan kuat, iaitu :
i. Memperolehi perasaan tenaga dan tingkah laku yang terkawal
ii. Memiliki perasaan kasih sayang
iii. Memiliki semangat kekitaran, muhibbah, kerjasama dan perpaduan dan
iv. Mempunyai kemahiran menilai dan menghargai keindahan dan kesenian
Perkembangan unsur rohani memberi tumpuan kepada sifat kejiwaan dan kebatinan, iaitu :
i. Mempunyai perasaan menyedari dan mengingati adanya Pencipta
ii. Mempunyai perasaan menghargai dan mensyukuri pemberian pencipta
iii. Mempunyai perasaan menyedar dan menginsaf terhadap tanggungjawab
iv. Dapat memupuk dan membina disiplin kendiri dan
v. Dapat membentuk akhlak yang mulia
2.3 Perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu
Perkembangan potensi individu tidak lengkap dan sempurna jika dilakukan secara berasingan. Ia harus
diperkembangkan secara menyeluruh dan bersepadu. Maka untuk membentuk insan yang berilmu pengetahuan,bertenaga mahir serta berakhlak mulia dengan sempurna, aktiviti kokurikulum harus juga diberi penekanan,
disamping kurikulum akademik yang dilaksanakan dalam bilik darjah.
Potensi yang ada pada diri individu hendaklah dikembangkan ke peringkat optimum dengan cara mengintegrasikan
bakat dan kebolehannya yang saling berkait di antara satu sama lain.
8/12/2019 perann komuniti
4/22
2.4 Insan yang seimbang dan harmonis
Insan yang seimbang dan harmonis merupakan potensinya, iaitu intelek, jasmani, emosi, sosial dan rohani telah
diperkembang secara menyeluruh, bersepadu dan dalam tahap optimum. Insan yang seimbang dan harmonis
adalah individu yang memiliki kesedaran dan keinsafan terhadap tanggungjawab diri, keluarga dan negara. Individu
ini akan sentiasa berikhtiar dan berusaha menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi, dan melaksanakan
tanggungjawab sebagai anggota masyarakat yang berguna, demi kemajuan diri, keluarga, bangsa dan negara.
Matlamat memupuk insan yang seimbang dan harmonis boleh dicapai apabila semua potensi yang ada pada
dirinya telah dikembangkan secara selaras, menyuruh dan harmonis. Seorang individu yang seimbang dan
harmonis adalah manusia yang telah memiliki sahsiah yang bersepadu, menikmati keseimbangan dan
kesejahteraan dalam jiwanya. Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa merasa bersyukur, bersedia menerima
segala ujian dan cabaran hidup serta sentiasa berikhtiar untuk mengatasi masalah yang dihadapi dengan fikiran
yang tenang.
2.5 Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan
Rakyat yang memiliki sikap suka membaca, cintakan ilmu pengetahuan serta akan menggunakannya untuk
manfaat diri dan orang lain.Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan merupakan rakyat yang memiliki cir-ciri
seperti :
i. Mencintai ilmu pengetahuan;
ii. Gemar membaca;
iii. Sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan;
iv. Sentiasa berusaha meningkatkan dan menyebarkan ilmu pengetahuan;
v. Memanfaatkan ilmu untuk kebaikan diri dan orang lain; dan
vi. Berfikiran terbuka, luas dan mendalam.
2.6 Rakyat Malaysia yang berketrampilan
Rakyat yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran sentiasa rela memberi sumbangannya demi kemajuan
negara. Mereka bukan sahaja mampu melaksanakan tugas dalam jangka masa yang singkat tetapi juga dengan
cekap dan sempurna. Rakyat Malaysia yang berketrampilan merupakan rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti :
i. Berilmu pengetahuan dan berkelayakan yang sesuai dengan tugas yang dipertanggungjawabkan;
ii. Mempunyai kemahiran yang sesuai dalam pelaksanakan tugasnya; dan
iii. Dapat melaksanakan tugas dengan cekap dan sempurna.
2.7 Rakyat Malaysia berakhlak mulia
8/12/2019 perann komuniti
5/22
Rakyat yang memiliki tingkah laku yang bersopan santun, berdisiplin dan bersepadu, dan mengamalkannya dalam
kehidupan harian.Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia ialah rakyat yang memperoleh cirri-ciri seperti :
i. Mengetahui yang mana nilai baik dan mana yang buruk;
ii. Menyedari kesan dan akibat daripada perbuatan baik dan buruk;
iii. Mempunyai keyakinan terhadap nilai murni;
iv. Dapat menghayati nilai kerohanian kemanusian serta kewarganegaraan; dan
v. Mengamalkan kelakuan baik dan mengelakkan perbuatan buruk.
2.8 Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab
Rakyat yang mempunyai tanggungjawab yang sempurna terhadap Tuhan, bangsa dan, negara, dan melaksanakan
tugasnya dengan cekap, bersih dan amanah.Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab ialah rakyat yang memiliki
ciri-ciri seperti :
i. Menyedari tugas dan tanggungjawab adalah amanah dan kewajian;
ii. Menyedari tugas dan tanggungjawab harus dilaksanakn dengan sempurna;
iii. Sentiasa berusaha meningkatkan daya pengeluaran;
iv. Sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang negara; dan
v. Sentiasa berusaha memajukan diri, keluarga, masyarakat, bangsa, negara dan agama.
3.0 Apakah peranan sekolah dalam menjayakan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Sekolah sebagai sesebuah organisasi yang dinamik, terbuka, dan kompleks perlu menwujud dan mengekalkan
hubungan saling bergantung dengan semua pihak luar. Tanpa unsur saling bergantung bagai pepatah Melayuseperti aur dengan tebing, sekolah tidak dapat memainkan peranan dengan cekap dan berkesan untuk mencapai
visi dan misinya. Esei ini menjelaskan penilaian keberkesanan program yang bertujuan untuk menjalinkan
hubungan sekolah dengan pihak luar. Kaedah dan kerangka penilaian program menggunakan piawaian umum dan
antarabangsa dalam pengurusan dan evaluasi program iaitu Model CIPP yang diasaskan oleh Stufflebeam.
Walaupun Model CIPP merupakan model penilaian yang agak lama berbanding dengan Model Pengukuran Prestasi
Berasaskan Proses, ia masih berkesan dalam penilainan program yang telah dilaksanakan (Gordon, 2008).
Sekolah juga merupakan institusi penting untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK),
iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani dan sahsiah terpuji.
Sekolah merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sekolah
juga adalah tempat pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi
sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada. Untuk merealisasikan hasrat FPK, aspek-aspek kepemimpinan,
budaya sekolah, aktiviti ko-kurikulum, peranan guru dan disiplin murid perlu diberi perhatian dan diaktifkan secara
menyeluruh.
Iklim yang mewarnai alam persekolahan sangat memberi kesan yang besar dalam pembentukan individu
seseorang. Pengaruh sekolah selepas keluarga dalam pembentukan personality pelajar adalah bersangkut paut
dengan kecemerlangan akademik pelajar. Melalui iklim sekolah yang teratur, terkawal, tenang dan tertib yang
memungkinkan suasan yang kondusif kepada proses pengajaran dan pembelajaran berkesan dan positif.
Hubungan sosial yang baik antara guru, pelajar, warga sekolah dan masyarakt setempat akan membentuk suatu
merupakan menifestasi kepada dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
8/12/2019 perann komuniti
6/22
Edmond (1977), Sweeney (1982), Hussein Mahmood (1993) dan Leithwood dan Jantzi (1997) menekankan bahawa
Guru Besar perlu mempunyai sesitiviti terhadap bakat dan kemahiran guru-guru, berkongsi matlamat dan
membuat keputusan, memberi latihan pembangunan profesionalisme kepada guru-guru dan interaksi yang tinggi
terhadap guru-guru. Maksudnya di sini, Guru Besar berperanan penting dalam meningkatkan tahap
profesionalisme seseorang guru untuk mencapai objektif sekolah yang dengan lebih efektif dan sistematik. Dimanaselain para guru-guru, pihak komuniti setempat juga memainkan peranan yang amat penting:
4.0 Apa itu Komuniti ?
Komuniti adalah suatu kumpulan manusia yang mempunyai persefahaman dalam sesuatu matlamat dan sentiasa
berhubung antara satu sama lain. Perkumpulan seperti ini sering bantu membantu dalam sesuatu tugas dan
belajar sesama mereka. Setiap ahli merasa perlu untuk mengetahui apakah yang diketahui oleh ahli yang lain
dalam komuniti. Dengan menyediakan kemudahan untuk komuniti berhubung sesama mereka, proses
pembelajaran akan menjadi lebih baik, pantas dan murah.
4.1 Apakah kepentingan komuniti?
Dalam menuju era globalisasi dan suasana ekonomi yang berasaskan ilmu (k-ekonomi) sesuatu kerja tidak lagi
dilakukan secara berseorangan. Penyelesaian masalah yang kompleks serta kepentingan mendapatkan maklumat
yang pantas memerlukan manusia bersepakat, berkongsi maklumat, menyelesai masalah, belajar dan
berkomunikasi lebih cekap dan pantas dari sebelumnya. Namun demikian, secara realitinya manusia berada di
merata tempat, bekerja di luar pejabat dan berhubungan melalui telefon dan internet. Malah mereka yang di
dalam sesebuah pejabat pun perlu berjumpa antara satu sama lain.
Sesuatu kerja boleh dilakukan merentasi organisasi dan sempadan geografi. Akan tetapi kadangkala terdapat
beberapa halangan, misalnya aplikasi yang kurang ramah-pengguna, peralatan untuk berhubung kurang berkesan,
infrastruktur yang tidak sempurna sehingga menjadikan pengguna kecewa.
4.2 Apakah jenis-jenis komuniti?
Terdapat berbagai jenis komuniti terbentuk dalam sesebuah organisasi:
i. Komuniti Sematlamat (Communities of purpose): Sekumpulan orang dari berbagai disiplin dan
merentasi organisasi bekerja bersama-sama secara formal dalam suatu tempoh masa projek yang telah ditetapkan.
Komuniti Pengamal (Communities of practice): Profesional dari disiplin yang sama datang bergabung untuk
berkongsi belajar secara tidak formal, menyelesai masalah secara ad hoc, rangkaian profesional dan saling bantu
membantu. Di sekolah saya pihak seperti PIBG, Lembaga Sekolah, SP Setia, Astro dan Da Ma Chai mengadakan
program-program ini.
ii. Komuniti Pelanggan (Customer communities): Organisasi yang membentuk kumpulan pelanggan yang
bertindak sebagai suara kepada market. Ahli-ahli akan memberi maklumbalas, membantu mengenalpasti masalah,
dan mengemukakan pandangan- pandangan untuk memperbaiki perkhidmatan atau pengeluaran. Di sekolah saya
pihak seperti Pzuchi, PIBG dan SP Setia mengadakan program-program ini
8/12/2019 perann komuniti
7/22
iii. Komuniti Rantai Penyumbang (Supply chain communities): Organisasi yang menghubungkan
penyumbang-penyumbang utama mereka bagi mengurangkan kos operasi dan membentuk amalan pembelian
yang lebih berkesan. Di sekolah saya pihak seperti SP Setia, Da Ma Chai, Bank CIMB, Bank Simpanan Nasional dan
Astro mengadakan program-program ini
iv. Komuniti Pembelajaran (Learning communities): Sekumpulan orang yang bersedia untuk berbahas, dan
yang mengikuti secara formal pengalaman pembelajaran. Komuniti ini biasanya menceburi ke dalam komuniti
pengamal. Di sekolah saya pihak seperti Polis, Bomba, Klinik Kesihatan Puchong mengadakan program-program ini
v. Komuniti Bergabung (Communities of affiliation): Sekumpulan orang yang berkongsi minat
membentuk komuniti untuk pembelajaran yang berterusan, berhubungan, berbincang tentang perkembangan
baru, berkongsi sumber, sokongan emosi dan penyelesaian masalah secara ad hoc. Di sekolah saya pihak seperti
PIBG, JKKK telah mengadakan program-program ini.
4.3 Apakah perkhidmatan yang disediakan dalam sesebuah komuniti?
Program-program yang bertujuan meningkatkan jalinan hubungan di antara sekolah dan pihak luar adalah:
i. Forum/Diskusi untuk berbincang topik berkaitan perkhidmatan anda,
ii. Rujukan Pakar untuk nasihat dan menyelesaikan masalah,
iii. Meja Bantuan untuk pertolongan rakan komuniti.
iv. Artikel dan Bahan Rujukan dan Sesi Perkongsian Ilmu dan Amalan Profesional.
v. Polisi dan Garispanduan ICT Kerajaan,
vi. Pembangunan kerjaya
vii. Program anak angkat
viii. Penghuluran bahan-bahan bantuan sekolah dan skim Tuisyen
8/12/2019 perann komuniti
8/22
ix. Pemantauan Kolaboratif Kemajuan Pelajar.
4.3.1 Institusi Sekolah.
Sekolah pada hari ini merupakan institusi formal yang melaksanakan proses pendidikan dari tahap prasekolah
hinggalah menengah atas. Setiap peringkat disediakan silibus atau kurikulum yang setiapnya mempunyai matlamat
dan objektif. Untuk membangunkan proses pendidikan ini satu kumpulan tenaga pengajar dan pengurus dibentuk
dan dilatih. Antara lain tujuannya ialah menjaga kualiti pendidikan supaya mencapai tahap yang dikehendaki.
Selain itu pemantauan turut dilaksanakan. (Mohd Yusuf Othman .1999). Struktur Pentadbiran dan pengurusan ini
dilakukan semata-mata untuk memastikan proses pendidikan terlaksana dengan baik. Jadi, keberkesanan
pendidikan di sekolah banyak bergantung kepada interaksi antara pelajar dengan sistem pendidikan, dan antara
pelajar dengan gurunya. Guru yang akhirnya menjadi model kepada pelajar.
4.3.2 Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG )
Mengikut Akta Pendidikan KPM 1996, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan di semua Sekolah Kerajaan
bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibubapa dan guru (PIBG), yang diharapkan dapat membina
kesefahamanan tentang tugas dan PIBG mempunyai peranan yang penting dalam pengurusan sesebuah sekolah.
Antaranya ialah membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid, menambah
sumber kewangan Sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di Sekolah,meningkatkan kemesraan
dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara Sekolah dengan masyarakat setempat,meningkatkan
keceriaan premis Sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang konduksif bagi menjayakan aktiviti dan
program pendidikan.Semua ibu bapa dan guru di sekolah ini merupakan ahli PIBG. AJK PIBG dipilih melalui
Mesyuarat Agung Tahunan & menjalankan tugas dan amanah secara sukarela serta perlu menitikberatkan
keikhlasan, keterbukaan dan pengorbanan.
4.3.3 Institusi Masyarakat atau Pihak Luar.
Masyarakat merupakan institusi tidak formal yang mempengaruhi pendidikan seseorang pelajar. Ia berfungsi
sebagai wahana yang menerima pelajar di luar aktiviti di sekolah. Keadaan ini wujud kerana masa pelajar lebih
banyak terarah untuk beriteraksi sesama rakan sebaya dan masyarakat dalam institusi masyarakat selain intitusi
keluarga.Bentuk-bentuk institusi masyarakat yang wujud ialah persatuan belia, badan kebajikan penduduk, badan
koperasi, institusi masjid, badan-badan berkanun dan bukan berkanun dan lain-lain lagi. Di peringkat sekolah yangdilihat aktif dan berperanan pada hari ini ialah Persatuan Ibu bapa Dan Guru (PIBG).Apa yang belaku pada masa
kini, sebahagian besar institusi masyarakat ini tidak berkesan dalam melaksanakan fungsinya.
Kerjasama yang erat antara pihak sekolah dengan pihak komuniti luar amat penting dan sangat membantu pihak
sekolah untuk mencapai kecemerlangan sekolah khususnya para pelajar dan organisasi guru. Tanpa integrasi
kerjasama kedua-dua pihak, kejayaan dalam mengurus sesebuah organisasi sukar dicapai. Model Hoover-Dempsey
8/12/2019 perann komuniti
9/22
dan Sandler jelas menunjukkan bahawa kebersamaan sekolah dan komuniti boleh dijalin dengan ibu bapa sebagai
salah satu dari komponen komuniti sesebuah sekolah itu. Kebersamaan yang tidak pernah wujud tidak akan dapat
menghasilkan pelajar yang boleh belajar seperti yang disebut oleh Gallagher et. al (2005). Model ini menunjukkan
bahawa hubungan sekolah dan komuniti dapat diwujudkan sekiranya pihak pengurusan sekolah dapat memastikan
agar pihak guru dan ibu bapa saling memahami perasaan di antara satu sama lain sebagai langkah pertama untuk
mewujudkan hubungan harmoni kedua-dua pihak (Berger, 1983).
5.0 Penilaian Program Jalinan Hubungan Sekolah : Pihak Luar
5.1 Pemantauan Kolaboratif Bestari Sekolah & Keluarga
Usaha saya yang dapat menjalinkan hubungan dengan pihak luar untuk meningkatkan mutu bisnes teras iaitu
pengajaran dan pembelajaran dimanifestasikan melalui Program Pemantauan Kolaboratif Bestari. Program ini
bertujuan untuk memupuk kerjasama dan komitmen ibu bapa untuk memantau kemajuan pelajar setiap minggu.
1. Penglibatan Aktif Keluarga dan Komuniti Setempat Membantu Peningkatan Prestasi Sekolah Setiap ibu bapa
inginkan anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran dan mengharapkan anak-anak membantu mereka apabila
dewasa kelak.
2. Kebanyakan guru juga sedar bahawa penglibatan ibu bapa di sekolah amat penting bagi membantu
peningkatan prestasi akademik pelajar kerana pada masa yang sama penglibatan ini dapat membantu pihak
sekolah mengurangkan masalah disiplin pelajar di sekolah.
3. Walaupun demikian, pemahaman pihak sekolah tentang kepentingan dan pendekatan bagi meningkatkan
penglibatan ibu bapa di sekolah dengan lebih bermakna didapati masih kurang.
4. Bagi memenuhi hasrat ini, pihak sekolah perlu melakukan pelbagai usaha bagi mendekati pihak ibu bapa
supaya mereka melibatkan diri secara sepenuhnya dalam pelbagai program yang dianjurkan.
5. Kerjasama dan penglibatan ibu bapa di sekolah sebenarnya boleh meliputi pelbagai aspek sama ada dalam
bidang akademik, perkembangan sahsiah pelajar, ko kurikulum, pembangunan fizikal sekolah dan lain-lain lagi.
6. Dalam hal ini, apabila pihak sekolah, pelajar, ibu bapa dan masyarakat masing-masing sudah menganggap diri
masing-masing sebagai rakan kongsi bersama dalam pendidikan, maka akan terbentuklah satu komuniti di sekolah
yang akan bergerak bersama-sama dalam usaha untuk membantu peningkatan dalam pembelajaran pelajar.
8/12/2019 perann komuniti
10/22
7. Komuniti Pembelajaran Sekolah (School Learning Community) merupakan satu komuniti di sekolah yang
terdiri daripada guru/pihak sekolah, pelajar, keluarga/ibu bapa dan masyarakat yang bersama-sama terlibat untuk
melakukan penambahbaikan terhadap segala aspek di sekolah dan pada masa yang sama membantu
meningkatkan peluang pembelajaran pelajar.
8. Kajian mendapati bahawa SLC banyak mendatangkan kebaikan kepada semua pihak antaranya
menambahbaik keadaan iklim dan prestasi sekolah, menguatkan ikatan persaudaraan, menggalakkan sokongan
masyarakat setempat terhadap sekolah dan meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dalam semua aspek di
sekolah.
9. Antara ciri penting yang terkandung di dalam SLC ialah penglibatan pihak sekolah,pelajar, keluarga dan
masyarakat setempat secara bersama-sama dalam pencapaian visi sekolah.
10. Selain itu, ciri lain ialah sekolah yang mengamalkan SLC akan sentiasa mengalu-alukan kedatangan ibu bapa ke
sekolah tanpa mengira latarbelakang ibu bapa pelajar.
11. Kajian mendapati bahawa pelajar akan berusaha lebih bersungguh-sungguh dan bertingkah laku lebih baik
sekiranya mereka mendapati ibu bapa mereka sering dilibatkan dalam pelbagai aktiviti di sekolah pada sepanjang
tahun persekolahan.
12. Seterusnya SLC didapati lebih berfokuskan pencapaian pelajar. Dalam hal ini didapati bahawa pihak sekolah
akan melibatkan keluarga dan masyarakat setempat dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan dengan tujuan bagi
mendapat sokongan dalam pelbagai bentuk untuk meningkatkan prestasi pelajar.
13. Ini secara tidak langsung akan membantu meneguhkan pelbagai aspek pembelajaran serta kemahiran-
kemahiran pelajar di sekolah, misalnya kemahiran membaca, menulis dan mengira di sekolah rendah.
14. Perkara lain yang ditekankan di dalam SLC adalah wujudnya kerjasama erat antara pihak sekolah dengan
komuniti setempat. Pihak sekolah akan berkerjasama dengan masyarakat setempat dengan menganjurkan
pelbagai aktiviti sama ada di dalam atau di luar sekolah pada masa yang dirasakan sesuai dalam usaha bagi
meningkatkan kemahiran dan bakat pelajar.
15. Joyce Epstein (2009) dalam bukunya School, Family and Community Partnership : Your Handbook for Action,
telah menggariskan 6 jenis penglibatan ibu bapa yang dapat dianjurkan oleh pihak sekolah dalam usaha untuk
membantu meningkatkan pembelajaran pelajar.
a. Parenting (Keibubapaan)Melalui penglibatan jenis ini, pihak sekolah boleh membantu pihak keluarga dengan
menyediakan pelbagai bentuk bantuan sama ada tentang kemahiran keibubapaan, memberi maklumat tentang
8/12/2019 perann komuniti
11/22
perkembangan psikologi anak-anak, serta membantu menyediakan suasana yang dapat memudahkan anak-anak
belajar dengan lebih baik di rumah. Penglibatan jenis ini juga secara tidak langsung dapat membantu pihak sekolah
memahami latar belakang keluarga dan budaya pelajar berkenaan.
b. Communicating (Berkomunikasi)Dalam penglibatan jenis ini, pihak sekolah akan berusaha berkomunikasi
secara berkesan dengan pihak ibu bapa melalui pelbagai cara dan media dalam usaha untuk membantu
pembelajaran pelajar. Misalnya pihak sekolah menggunakan surat bagi menerangkan program-program yang
dilaksanakan di sekolah ataupun guru menerangkan kepada pihak ibu bapa tentang perkembangan prestasi
semasa anak-anak mereka semasa perjumpaan ibu bapa dengan guru. Selain itu, melalui saluran tertentu, pihak
ibu bapa juga boleh memberi maklumbalas terhadap perkara-perkara tertentu kepada pihak sekolah.
c. Volunteering (Kesukarelawanan)Pihak sekolah boleh melakukan perancangan pelbagai program yang
melibatkan ibu bapa di sekolah sama ada sebagai sukarelawan, peserta ataupun sebagai penonton dalam mana-
mana aktiviti sekolah. Kerjasama antara pihak sekolah dengan ibu bapa dalam penganjuran dan pelaksanaan
sesuatu aktiviti, secara tidak langsung akan menyumbang kepada kejayaan pelajar. Misalnya aktiviti gotong-royong
mengecat bangunan sekolah, ibu bapa membantu pelbagai penganjuran aktiviti pelajar di sekolah.
d. Learning at Home (Pembelajaran di Rumah)Melalui penglibatan jenis ini, pihak sekolah dapat mendedahkankepada pihak ibu bapa tentang pelbagai kaedah yang sesuai bagi membantu anak-anak mereka belajar atau
menyelesaikan kerja sekolah di rumah. Dalam hal ini, pihak ibu bapa juga dapat berkongsi idea dengan pihak
sekolah bagi menyediakan strategi yang sesuai bagi penambahbaikan kerja rumah anak-anak mereka. Selain itu,
pihak sekolah juga boleh menyediakan maklumat tentang jenis-jenis kemahiran yang diperlukan untuk belajar di
rumah.
e. Decision Making (Pembuatan Keputusan)Pihak sekolah juga melibatkan ibu bapa sebagai rakan kongsi dalam
pembuatan keputusan dalam beberapa aspek di sekolah. Misalnya di dalam penganjuran beberapa aktiviti,
mesyuarat PIBG, jawatankuasa bersama dalam program sekolah dan lain-lain.
f. Collaborating with the Community (Bekerjasama dengan Masyarakat Setempat)Hubungan baik sekolah
dengan masyarakat setempat dapat diwujudkan dengan melibatkan pihak jabatan kerajaan, swasta atau badan-
badan lain dalam pelbagai program di sekolah. Selain itu, pihak sekolah juga boleh mendidik pelajar dan keluargamereka tentang cara-cara menjadi warganegara yang baik.
6.0 Kesimpulann
Setiap jenis penglibatan di atas memerlukan pendekatan yang berbeza. Setiap satunya mempunyai cabaran
tersendiri yang perlu ditangani supaya penglibatan sepenuhnya dapat diwujudkan. Selain itu, pengubahsuaian
aspek-aspek tertentu amat perlukan supaya penglibatkan yang dilakukan bersesuaian dengan latar belakang
keluarga dan masyarakat setempat. Setiap jenis penglibatan akan membawa kesan yang berbeza sama ada
terhadap pelajar, ibu bapa, amalan pengajaran guru dan iklim sekolah. Sehubungan itu, pihak sekolah perlulah
membuat pilihan yang tepat supaya penglibatan ibu bapa dan masyarakat dapat membantu pencapaian matlamat
utama sekolah dengan lebih bermakna.
Dengan menjadi menjadi rakan kongsi yang baik, diharapkan penglibatan pihak ibu bapa dan komuniti setempat
akan dapat membantu pihak sekolah meningkatkan pembelajaran anak-anak mereka di sekolah dan secara tidak
langsung dapat mengurangkan masalah di siplin di sekolah. Ini kerana tugas bagi penambahbaikan pendidikan
8/12/2019 perann komuniti
12/22
anak-anak bukan sahaja menjadi tanggungjawab pihak sekolah tetapi juga melibatkan pihak keluarga dan komuniti
setempat.
1 Pengenalan
Budaya pengurusan berasaskan pengukuran prestasi secara berterusan perlu diterapkan dalam Perkhidmatan
Awam untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan agensi Kerajaankepada pelanggan, khususnya orang ramai Ucapan Mantan Perdana Menteri sempena MAPA pada 9 Januari
2004
Kita sentiasa melibatkan masyarakat dalam pengendalian sekolah awam kita dengan mendapatkan sokongan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru selain badan bukan kerajaan serta guru dan kesatuan mereka.
Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan, pentadbiran atau pengurusan adalah tersangat
penting.Tanpa pengurusan yang cekap proses pengeluaran tidak dapat berjalan dengan baik dan juga tidak dapat
menyempurnakan kehidupan manusia.Dalam proses pentadbiran, ia berlaku sama ada di dalam sesebuah
organisai yang besar mahupun kecil serta organisasi formal dan juga yang tidak formal.Untuk mengurus sesuatu
organisasi, seseorang pentadbir atau pemimpin seharusnya memahami terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan
dengan pentadbiran.
Pentadbiran yang baik amat dihargai oleh sesuatu masyarakat. Jabatan Pendidikan dan sekolah tidak terlepas
daripada mewujudkan pentadbiran yang sihat. Kita seharusnya mengetahui cara-cara untuk mewujudkan konsep
tersebut.Sebagaimana yang kita fahami, pendidkan sebagai agen sosialisasi dan penyampai warisan budaya dapat
memberi faedah-faedah ekonomi dan membolehkan individu-individu menikmati kehidupan yang baik.
Mengikut Knezevich (1974) dalam bukunya yang bertajuk Administration of Public Education, pentadbiran sekolah
ialah satu proses sosial yang bersangkut paut dengan mengenal
pasti,menyelenggarakan,merangsanag,mengawal,dan menyatukan secara formal mahupun tidak formal kuasa-
kuasa yang bercorak manusia dan material kedalam satu sistem yang kukuh dengan tujuan memenuhi objektif
yang ditetapkan. Sementara itu Campbell, Bridges dan Nystrand (1977) dalam buku yang bertajuk Introduction to
Educational Administration berpendapat bahawa pentadbiran pendidikan ialah satu proses untuk menyelaras
usaha dikalangan berbagai-bagai anggota bagi memenuhi matlamat yang berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran.
Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dekenali sebagai FPK.
Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan
dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan
Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan
tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan
insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang
baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu
yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita
negara.
Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada
Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis
dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan
budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga,
masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.
Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau
diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi
seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia,
dan berbakti.
8/12/2019 perann komuniti
13/22
Dalam Falsafah Pendidikan Negara, terdapat dua aspek yang boleh dirujuk iaitu cabang-cabang falsafah dan
elemen-elmen yang terkandung dalam FPK itu sendiri. Antara cabang-cabang falsafahnya ialah Metafizik. Ciri-ciri
FPK bagi Metafizik ialah menyeluruh dan bersepadu yang bermaksud, badan ilmu sejagat haruslad diajar oleh guru
dan mesti dipelajari oleh muridnya. Ini bermaksud, guru mestilah mencurahkan segala ilmu yang telah ditetapkan
sukatannya oleh kerajaan kepada seitap murid. Dengan itu, potensi dan kebolehan individu penting untuk
berkmbang secara menyeluruh dan bersepadu.
Antara maksud bagi elemen perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu pula ialah bakat, potensi
dan kebolehan tidak boleh dikembangkan secara berasingan sebaliknya perlu dihubungkait atau diselaraskan bagi
mengelakkan pertentangan antara satu sama lain. Sekurang-kurangnya, perkembanga bakat, potensi serta
kebolehan mestilah merangkumi keempat-empat aspek iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Elemen insan yang seimbang dan harmonis pula ialah, setiap individu mestilah mempunyai ilmu (intelek), sahsiah
yang baik (emosi), percaya kepada tuhan serta mempunyai akhlah yan terpuji (rohani) serta kesihatan diri yang
baik (jasmani). Keempat-empat aspek tadi perlulah seimbang untuk menghasilkan individu yang mampu hidup
secara harmonis dengan diri dan juga orang lain. Individu seperti ini tidak akan mempunyai sebarang masalah
dalam menempuh apa juga cabaran kehidupan dan mampu menghadapi serta menyelesaikan pelbagai masalah
dengan baik.
Unsur intelek ialah mempunyai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Selain itu, setiap individumestilah sentiasa berusaha untuk mengembangkan lagi ilmu yang benar. Unsur intelek juga ialah berkemahiran
dalam berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif. Untuk terus memastikan kemajuan dalam keluarga masyarakat
dan negera, individu perlu untuk berkonsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran.
Unsur emosipula ialah mempunyai emosi yang matang dan stabil serta dapat memiliki dan memupuk perasaan
kasih saying sesama insan. Mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan amatlah penting bagi mengeratkan serta
mengukuhkan lagi kekuatan masyarakat kita yang berbilang kaum dan bangsa.
Unsur yang terakhir ialah unsur jasmani. Unsur ini ialah menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal. Mestilah
mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulative dan sosial. Menggunakan kemahiran kecergasan
fizikal untuk memanfaatkan masyarakat.
Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan merupakan satu elemen yang amat penting dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Kita mesti mengakui tentang kewujudan Tuhan dan mengakui bahawa Tuhan sebagai penciptamanusia dan alam. Selain itu, kita juga mesti menyedari bahawa setiap fenomena alam merupakan peraturan yang
telah ditetapkan oleh tuhan. Setiap individu mesti bertanggungjawab ke atas segala perbuatan dan tindakannya.
Setiap individu juga mesti mengamalkan setiap ajaran agama yang dianutinya.
Elemen yang lain ialah, rakyat Malaysia yang berilmu tinggi.Setiap individu mestilah menyintai ilmu pengetahuan.
Jika kita cinta akan ilmu, kita akan berminat untuk menuntut pelbagai ilmu kerana ilmu itu luas. Dalam FPK,
terdapat juga rakyat Malaysia yangberketerampilan, berakhlak mulia, serta
bertanggungjawab. Berketerampilan bermaksud mempunyai kecekapan dan kompetensi diri serta berkebolehan
untuk menjalankan tugas dengan sempurna. Berketerampilan boleh dipupuk dalam setiap diri individu jika
mempunyai kekuatan dalam intelek, rohani, emosi dan jasmani. Manakala berakhlak muliapula ialah mempunyai
perwatakan diri yang baik dan berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup. Untuk
memastikan kita hidup dalam masyarakat yang harmoni dan bersepadu, nilai-nilai moral yang baik perlu untuk
menjamin masa depan negara. Bertanggunjawabpula bermaksud boleh dipercayai serta menyedari bahawa setiap
tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan harus dilaksanakan dengan baik. Sebgai rakyat Malaysia, kita
mesti menjalankan tanggungjawab kita dan mematuhi rukun negara. Contohnya mematuhi undang-undang
ataupun peraturan yang telah digubal oleh kerajaan.
Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta mampu memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negaramerupakan elemen yang penting dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu berfikiran waras dan berjiwa tenang bagi menghadapi
cabaran hidup yang semakin mencabar. Setiap individu juga perlu berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat
8/12/2019 perann komuniti
14/22
melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat-menghormati dan bertolak ansur bagi mengukuhkan lagi
perpaduan sesama rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini. Untuk memberi sumbangan terhadap keharmonian
negara kita perlu berusaha untuk memajukan ekonomi negara, mengekalkan kestabilan politik serta mematuhi
perlembagaan dan peraturan negara.
Kita juga mesti berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan dapat memberi sumbagan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara. Untuk mencapai kesejahteraan diri, individu perlu mempunyaidaya tahan fizikal dan mental yang tinggi. Berkebolehan untuk mengharungi liku-liku hidup juga amatlah perlu.
Seperti elemen yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, individu yang mampu mencapai
kesejahteraan diri akan mampu untuk member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara. Sekolah sebagai sesebuah organisasi yang dinamik, terbuka, dan kompleks perlu
menwujud dan mengekalkan hubungan saling bergantung dengan semua pihak luar. Tanpa unsur saling
bergantung bagai pepatah Melayu seperti aur dengan tebing, sekolah tidak dapat memainkan peranan dengan
cekap dan berkesan untuk mencapai visi dan misinya. Esei ringkas ini menjelaskan penilaian keberkesanan
program yang bertujuan untuk menjalinkan hubungan sekolah dengan pihak luar.
2.0 Apa itu Komuniti ?
Komuniti adalah suatu kumpulan manusia yang mempunyai persefahaman dalam sesuatu matlamat dan sentiasa
berhubung antara satu sama lain. Perkumpulan seperti ini sering bantu membantu dalam sesuatu tugas danbelajar sesama mereka. Setiap ahli merasa perlu untuk mengetahui apakah yang diketahui oleh ahli yang lain
dalam komuniti. Dengan menyediakan kemudahan untuk komuniti berhubung sesama mereka, proses
pembelajaran akan menjadi lebih baik, pantas dan murah.
2.1 Bagaimanakah Komuniti setempat memainkan peranan dalam pentadbiran sekolah?
2.1.1 PENGLIBATAN IBU BAPA
Penglibatan ibu bapa merupakan aspek penting dalam pendidikan di sekolah. Ibu bapa adalah orang yang pertama
mendidik anak-anak sebelum masuk ke tadika. Oleh itu adalah sangat wajar bagi ibu bapa untuk meneruskan
penglibatan mereka dalam sama-sama mendidik anak-anak di sekolah.Sebagai ibu bapa, anda lebih mengenali
anak anda, dan anda mempunyai kuasa untuk terlibat secara aktif didalam pengalaman prasekolah anak anda.
Sekiranya dari pemerhatian anda memberikan gambaran bahawa di situlah anak-anak anda akan dapat
berkembang dengan sepenuhnya, maka anda telah pun menemui prasekolah yang betul. Kanak-kanak juga
mempunyai sifat-sifat yang diperolehi melalui tindak balas dengan alam sekeliling tempat mereka dilahirkan
(Rosmah & Salma. 1985).
Penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam pendidikan mempunyai kesan yang positif kepada murid, ibu bapa dan
guru. Murid akan merasakan pembelajaran bukan sahaja diperoleh daripada guru di sekolah tetapi boleh
diteruskan di rumah. Guru pula akan dapat mengembangkan peranan profesional mereka sebagai pemudahcara
pembelajaran kepada ibu bapa dan komuniti. Ibu bapa sebaliknya pula boleh menambah pengetahuan, kemahiran
dan keyakinan untuk membantu pembelajaran anak mereka melalui taklimat dan perkongsian ilmu daripada guru.
Menurut Siti Fatimah Abdul Rahman (2006), terdapat kajian membuktikan bahawa ada kaitan antara penglibatan
ibu bapa dengan pencapaian muris-murid. Dalam kata lain, kajian ini merumuskan bahawa sekiranya kita mahu
anak-anak berjaya dalam bidang pendidikan, kita perlu terlibat secara langsung dalam arus pembelajaran mereka.
Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak secara tidak langsung memberikan kesan yang positif terhadapperkembangan anak-anak antaranya sikap bersugguh-sungguh dalam aktiviti pembelajaran disamping
menunjukkan tingkah laku yang lebih baik dan seimbang.
Pendekatan ini juga mendapat perhatian yang serius dari pihak kerajaan bagi melahirkan anak-anak yang intelek
dan berdaya maju seiring denganperkembangan negara. Hal ini terbukti dengan adanya kempen di peringkat
kebangsaan untuk menggalakkan ibu bapa terlibat dengan pendidikan anak-anak mereka. Melalui iklan di
televisyen dan lagu di radio, ibu bapa disarankan agar memastikan anak-anak mereka mengulang kaji pelajaran
selama dua atau tiga jam sehari dengan bimbingan ibu bapa.
8/12/2019 perann komuniti
15/22
Penglibatan ibu bapa secara langsung dan tidak langsung akan memberi kesan yang positif terhadap
perkembangan murid di sekolah kerana mereka merupakan pendidik di rumah (Jeffrey Glanz. 2006 ). Antara
peranan yang dimainkan adalah seperti berikut:
i. Mengukuhkan pembelajaran
Eugenia Hepworth Berger (1991) menyatakan ibu bapa boleh melakukan apa sahaja seperti membantu dan
menggalakkan di rumah untuk menolong anak mereka berjaya di sekolah misalnya melalui komunikasi. Ini kerana
anak anak belajar untuk memahami sesuatu yang lebih baik apabila ibu bapa bercakap dan menerima sertamendengar idea mereka. Selain itu ibu bapa juga meneruskan amalan atau apa yang telah dipelajari oleh anak
mereka di tadika seperti:
Amalan memberi salam, ucap selamat dan terima kasih
Amalan kemahiran seperti menyiram pokok, menghidang makanan dan mengemas
Amalan membaca doa-doa yang dipelajari di tadika
Membaca buku, menulis, melukis, membuat kolaj dan lain-lain
ii. Menyumbangkan kepakaran atau sebagai rujukan
Kanak kanak mempunyai minat ingin tahu ( curiosity) yang tinggi, suka menyiasat dan meneroka,
mengeskperimen dan menyelesaikan masalah serta berkemampuan menumpu perhatian dalam meneroka sesuatu
pengalaman pembelajaran(Aminah Ayob et al. 2008).
Situasi ini memerlukan penglibatan ibu bapa untuk menerangkan dan menjawab setiap persoalan yang ditanya
oleh anak mereka. Ibu bapa merupakan tempat rujukan selain guru (Eugenia Hepworth Berger 1991). Contohkepakaran yang boleh dilakukan oleh ibu bapa membantu dalam aktiviti pembelajaran seperti bercerita menyanyi
serta menggunakan komputer. Ibu bapa perlu menerangkan dengan lancar secara terus dari objek seperti
komputer ( Douglas P.Newton 2002 ). Di samping itu, ibu bapa juga boleh
Memberi penerangan tentang pekerjaan
Membuat demonstrasi dan memberi latihan dalam kraf.
Memberi khidmat nasihat dan runding cara
iii. Memberi sumbangan tenaga dan bahan
Penglibatan ibu bapa di peringkat awal kanak - kanak juga perlu menyediakan alat bantu pengajaran dan
pembelajaran seperti menyediakan buku bergambar serta alat menulis. Dengan bahan yang ada ibu bapa perlu
menyumbangkan tenaga dengan mengajar mereka dengan cara yang berbeza dari guru di tadika. Ibu bapamempunyai cara tersendiri untuk mengajar anak mereka jika mereka selesa dengan pendekatan yang hendak
diajar. (Douglas P.Newton. 2002 ).
Fungsi pendidikan sekolah dari perkembangan estetika dan daya kreatif ialah menyediakan berbagai jenis media
seperti tanah liat, blok atau plastisin (Rosmah & Salma. 1985). Dengan peralatan yang ada, ibu bapa boleh
membina taman sains untuk memberikan gambaran yang lebih dekat kepada kanakkanak. Kanakkanak lebih
mudah memahami jika melihat apa yang dinyatakan berbanding perkara yang abstrak (Douglas P.Newton. 2002 ).
Malah ibu bapa juga boleh membawa mereka untuk berkelah atau melawat supaya mereka boleh mengetahui
dengan lebih banyak perkara selain pembelajaran di tadika. Lawatan juga boleh dilakukan bersama tadika anak
mereka bersama guru tadika. Pada masa yang sama lawatan ini dapat menjalinkan perhubungan yang rapat di
antara ibu bapa dan tenaga pendidik secara tidak langsung membolehkan pendidik memahami anakanak dengan
lebih mendalam. (Elizebeth & Jacqueline. 2004).
Selain itu, ibu bapa juga boleh menderma atau membaiki alat permainan terpakai dan menyediakan props.
2.0 PENGLIBATAN KOMUNITI
Selain ibu bapa, pihak komuniti juga tidak kurang pentingnya dalam penglibatan di peringkat sekolah. Masyarakat
terdiri daripada pelbagai keluarga yang bekerja dalam pelbagai kerjaya yang mempunyai pelbagai kebolehan dan
kepakaran yang boleh membawa kepada satu simbiosis taska sekolah akan bermakna jika diatur dengan
bijaksana. (Aminah Ayob et al. 2008).
Masyarakat setempat merupakan komuniti yang boleh mempengaruhi kanak kanak. Berhubung dengan orang
luar dalam komuniti boleh menpengaruhi pembelajaran kanak kanak. (Jeffrey Glanz. 2006 )
8/12/2019 perann komuniti
16/22
Dalam komuniti, masyarakat mempunyai kepunyaan, tanggungjwab dalam masyarakat, menolong satu sama lain,
memberi komitmen serta hormat (Thompson. 2005)
2.1. Masyarakat Setempat
Masyarakat luar bandar seperti penduduk kampung terutamanya gemar melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalan
oleh tadika kerana anak mereka sendiri merupakan murid tadika tersebut. Dengan penglibatan mereka, secara
tidak langsung mereka juga memberikan sokongan kepada anak mereka yang mengambil bahagian dalam aktiviti
yang dijalankan. Sokongan yang diberikan akan meningkatkan keyakinan kanak kanak untuk berjaya. Penjagaan
kanak kanak dengan kualiti yang baik akan merangsang perkembangan mereka. (Eugenia Hepworth Berger.
1991)
Apabila aktiviti seperti Hari Potensi dianjurkan, kanak kanak mula untuk belajar bergaul dan saling memahami
pelbagai budaya dengan komuniti setempat seperti yang ditekankan dalam kurikulum permata. Lebih banyak
hubungan berlaku dalam minda kanak kanak lebih banyak sinaps terbentuk jika kanak kanak terus
diransangdan didedahkan kepada pengalaman pengalaman pembelajaran yang banyak (Aminah Ayob et al.
2008). Kanakkanak yang mempunyai kemahiran yang sosial yang tinggi mampu untuk bergaul dengan komuniti
pelbagai budaya. Ini kerana mereka mempunyai hubungan yang istimewa iaitu berada di set yang sama berasaskan
kepercayaan yang sama dan selesa untuk melakukan bersama. ( Thompson. 2005 )
Falsafah Kurikulum Permata menekankan kefahaman dan budaya adalah amat penting dibina dari peringkat awal
agar kanak kanak membesar dengan kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan serta mengamalkan nilai nilai
murni dalam kehidupan dan dapat hidup secara bertoleransi dalam suasana masyarakat Malaysia yang majmuk.
Semasa bersosial dengan komuniti, berlaku proses interaksi dan komunikasi secara tidak langsung yang juga
ditekanan dalamkurikulum permata. Pergaulan kanak kanak dalam komuniti akan mempercepatkan kebolehan
berkomunikasi lebih awal kerana terdapat ransangan luar yang positif. Lebih banyak dan kerap kanak kanak
dirangsang, maka akan bertambah jaringan neuron dalam otaknya. Jika sinaps tersebut digunakan dengan kerap,
akhirnya ia akan menjadi hubungan yang kekal. Oleh itu, adalah penting kanakkanak diberikan ransangan positif
yang banyak dan kerap supaya sinaps yang terbentuk menjadi kekal (Aminah Ayob et.al. 2008). Malah kanak
kanak yang mahir berkomunikasi,mudah berinteraksi.
Misalnya, Hari Potensi yang dijadikan aktiviti ko-kurikulum tabika yang dilaksanakan secara tahunan. Melalui HariPotensi ini ibu bapa dan komuniti akan berganding bahu untuk menjayakannya juga selaras dengan objektif Hari
Potensi iaitu memupuk semangat kerjasama, sosial dan perpaduan di kalangan ibu bapa, masyarakat dan
pemimpin tempatan yang memerlukan mereka untuk memberi komitmen supaya segala perancangan aktiviti
berjalan dengan lancar. Henderson & Berla (1994) menyatakan bahawa kepercayaan untuk melihat kejayaan murid
murid adalah kritikal dan ia akan membuatkan ibu bapa menjadi optimis dengan komitmen mereka untuk
memberikan sesuatu yang bermakna secara berterusan.
Semasa terlibat dalam aktiviti ko-kurikulum tadika, komuniti juga secara tidak langsung menjadi pembantu kepada
guru kanakkanak. Misalnya, Hari Potensi, komuniti yang bertugas akan dipecahkan mengikut bahagian masing
masing. Dalam pada itu, mereka juga akan berinteraksi dengan kanak kanak untuk memberi sokongan supaya
mereka dapat melakukan yang terbaik pada hari itu. Ahli komuniti boleh menjadi pembantu guru, pensyarah dan
tutor (Marzano. 2003).
2.2 Badan Kerajaan
Penglibatan agensi-agensi kerajaan juga turut memberi impak kepada perkembangan awal kanak-kanak. Jabatan
Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) terlibat dalam pengendalian TADIKA untuk kanak-kanak yang
berumur 5- 6 tahun atau di peringkat pra sekolah. TABIKA yang dikendalikan oleh JPNIN ialah TABIKA Perpaduan
yang membolehkan kanak-kanak berbilang kaum menghayati nilai-nilai hidup bermasyarakat dan membentuk
anak-anak yang memahami adat dan budaya yang pelbagai. Hal ini demikian kerana, sifat kanak-kanak boleh
dikesan sejak dilahirkan sama ada dia seorang pemarah atau periang dan sama ada dia mudah ataupun susah
8/12/2019 perann komuniti
17/22
8/12/2019 perann komuniti
18/22
i. PIBG
ii. Lembaga Sekolah
iii. Kumpulan SP Setia,
iv. Astro Sdn Bhd
v. Da Ma Chai mengadakan
vi. Pzuchi
vii. Bank CIMB
viii. Bank Simpanan Nasional dan
ix. Polis
x. Bomba
xi. Klinik Kesihatan Puchong
xii. JKKK
3 Penilaian Program Jalinan Hubungan Sekolah : Pihak Luar
3.1 Pemantauan Kolaboratif Bestari Sekolah & Keluarga
Usaha saya yang dapat menjalinkan hubungan dengan pihak luar untuk meningkatkan mutu bisnes teras iaitu
pengajaran dan pembelajaran dimanifestasikan melalui Program Pemantauan Kolaboratif Bestari. Program ini
bertujuan untuk memupuk kerjasama dan komitmen ibu bapa untuk memantau kemajuan pelajar setiap minggu.
i. Kebanyakan guru juga sedar bahawa penglibatan ibu bapa di sekolah amat penting bagi membantu
peningkatan prestasi akademik pelajar kerana pada masa yang sama penglibatan ini dapat membantu pihak
sekolah mengurangkan masalah disiplin pelajar di sekolah.
ii. Walaupun demikian, pemahaman pihak sekolah tentang kepentingan dan pendekatan bagi meningkatkan
penglibatan ibu bapa di sekolah dengan lebih bermakna didapati masih kurang.
iii. Bagi memenuhi hasrat ini, pihak sekolah perlu melakukan pelbagai usaha bagi mendekati pihak ibu bapa
supaya mereka melibatkan diri secara sepenuhnya dalam pelbagai program yang dianjurkan.
iv. Kerjasama dan penglibatan ibu bapa di sekolah sebenarnya boleh meliputi pelbagai aspek sama ada dalam
bidang akademik, perkembangan sahsiah pelajar, ko kurikulum, pembangunan fizikal sekolah dan lain-lain lagi.
v. Dalam hal ini, apabila pihak sekolah, pelajar, ibu bapa dan masyarakat masing-masing sudah menganggap diri
masing-masing sebagai rakan kongsi bersama dalam pendidikan, maka akan terbentuklah satu komuniti di sekolah
yang akan bergerak bersama-sama dalam usaha untuk membantu peningkatan dalam pembelajaran pelajar.
vi. Komuniti Pembelajaran Sekolah (School Learning Community) merupakan satu komuniti di sekolah yang
terdiri daripada guru/pihak sekolah, pelajar, keluarga/ibu bapa dan masyarakat yang bersama-sama terlibat untuk
melakukan penambahbaikan terhadap segala aspek di sekolah dan pada masa yang sama membantu
meningkatkan peluang pembelajaran pelajar.
vii. Kajian mendapati bahawa SLC banyak mendatangkan kebaikan kepada semua pihak antaranya
menambahbaik keadaan iklim dan prestasi sekolah, menguatkan ikatan persaudaraan, menggalakkan sokongan
masyarakat setempat terhadap sekolah dan meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dalam semua aspek di
sekolah.
viii. Antara ciri penting yang terkandung di dalam SLC ialah penglibatan pihak sekolah,pelajar, keluarga dan
masyarakat setempat secara bersama-sama dalam pencapaian visi sekolah.
ix. Selain itu, ciri lain ialah sekolah yang mengamalkan SLC akan sentiasa mengalu-alukan kedatangan ibu bapa ke
sekolah tanpa mengira latarbelakang ibu bapa pelajar.
8/12/2019 perann komuniti
19/22
8/12/2019 perann komuniti
20/22
Ibu bapa mestilah mempunyai pengetahuan tentang perkembangan kanak -kanak, strategi pendidikan dan strategi
pengubahsuaian tingkah laku supaya dapat mempengaruhi dan mencorakkan perkembangan anak mereka
sepertimana yang dicita-citakan. Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan dan tingkah laku seseorang
kanak-kanak itu bolehlah dibahagikan kepada dua, iaitu faktor persekitaran luar dan faktor dalam diri si anak itu
sendiri. Persekitaran luar merangkumi suasana di mana si anak diasuh dan berkait rapat dengan faktor -faktorseperti taraf sosio-ekonomi, budaya serta hubungan dengan adik -beradik serta kawan -kawan di sekelilingnya,
peralatan di rumah atau di sekolah dan media massa.
Faktor dalam diri sendiri termasuklah taraf kesihatan, taraf pemakanan pengamatan atau persepsinya terhadap
dunia luar, pengamatan terhadap diri sendiri (sama ada dia berasa rendah diri atau sebaliknya ), dan ciri-ciri serta
bakat semula jadinya yang sedikit sebanyak terdapat dalam baka yang diwarisinya. Setiap komponen yang memain
peranan dalam mempengaruhi perkembangan dan tingkah laku seseorang kanak-kanak itu perlu difahami oleh ibu
bapa.
Mereka perlulah bijak mengenal pasti ciri-ciri kekuatan yang ada pada anak mereka di samping menumpukan
perhatian pada sebarang kelemahan yang ada pada seseorang kanak-kanak itu boleh diatasi atau sekurang-kurangnya diperbaiki dengan menggunakan strategi-strategi tertentu. Kekuatan atau bakat yang dikenal pasti
boleh dipupuk dan dipertingkatkan lagi dengan memberi galakan serta peluang untuk si anak itu meningkatkan
potensinya.
Setiap pengalaman yang memberinya kepuasan dan kejayaan akan menambahkan lagi perasaan yakin pada diri
sendiri dan ini pula akan memberinya lebih kekuatan untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran baru yang bakal
menguji daya inteleknya. Keupayaan intelek (intellectual capacity) seseorang itu adalah kurniaan Tuhan yang tiada
siapa boleh memahami. Kebiasaannya, kita hanya boleh menilai kebolehan atau prestasi seseorang itu pada
sesuatu ketika sahaja.
englibatan Ibu Bapa Dan Komuniti Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak(Ammul Sahara Bt Abu Ngut, Farhana Bt
Anuar, Maznah Bt Mahasan, NoorafizahBt Sajimin, Noorman Bin Sahidin, Nor Hapizah Bt Othman, Nur Fadzlin Bt
AwangNoh, Rosniza Bt Mohd Roszami, Yuhaila Bt Yusoff, Zainuddin Bin Mohd Razali)UPSI12 April
20111.0PENGENALAN
Menurut Azizah (2002), pendidikan awal kanak-kanak ditakrifkan sebagaipendidikan kanak-kanak yang bermula
daripada saat kelahirannya hingga kepada umur lapan tahun. Pendidikan ini termasuk program-program untuk
bayi (
infants
), untukkanak-kanak yang baru berlatih
(toddlers
), untuk sekolah asuhan kanak-kanak(
nursery school
), untuk asuhan kanak-kanak
(child care)
8/12/2019 perann komuniti
21/22
, dan program-program prasekolah yangtermasuk
kindergarden
dan peringkat sekolah rendah.Pada masa ini pusat pendidikan awak kanak-kanak menjadi institusi yangpenting
dalam masyarakat. Hal ini disebabkan perubahan dari segi cara hidup danperubahan struktur keluarga akibat
perubahan ekonomi dan corak hidup kini. Padazaman dahulu ekonomi sesebuah keluarga bergantung kepada
lelaki sebagai orangyang bertanggungjawab sepenuhnya untuk memikul bebanan keluarga. Pada zaman initaraf
keluarga semakin tinggi, khususnya di bandar telah mendesak kaum wanita untukkeluar bekerja. Dengan ini
mereka terpaksa mencari tempat untuk meninggalkan anak-anak dalam jagaan orang lain sementara mereka
keluar bekerja. Selain itu keadaankeluarga pada masa ini juga telah berubah dengan bertambahnya keluarga
tunggalakibat daripada perceraian. Keadaan ini memerlukan pusat jagaan anak-anak untukmembantu ibu bapa
dalam mengasuh dan mengembangkan potensi anak-anak supayamencapai kecemerlangan yang maksimum.
Di peringkat awal kanak-kanak, ianya tidak hanya tertumpu kepada sesuatupengalaman pembelajaran di sekolah
tetapi ia merangkumi segala pengalaman dalamkehidupan hariannya sama ada di pusat asuhan, di rumah atau di
luar rumah sepertikomuniti yang juga memainkan peranan yang penting. Komuniti atau masyarakat
bolehmempengaruhi kanak-kanak serta ibu bapa kerana wujudnya jaringan hubungan.Mereka juga memerlukanpeluang untuk melibatkan diri dalam berbagai jenispengalaman. Pendedahan dan penglibatan ini penting untuk
mereka berkembangdengan sempurna (Rozumah & Salma, 1985).Dalam tamadun Barat, pendidikan awal
bermaksud pendidikan peringkatprasekolah. Pada mulanya peringkat ini hanya meliputi kanak-kanak dari umur
tigahingga enam tahun, yang lebih dikenali dengan peringkat
kindergarden
. Selepasbeberapa kajian, konsep pendidikan awal ini dipinda supaya meliputi kanak-kanak diperingkat selepas
lahir hingga ke peringkat enam tahun. Peringkat selepas lahir hinggake peringkat tiga tahun dikenali juga sebagai
peringkat
nursery
.Dari perspektif Islam, pendidikan awal bermula dari masa anak masih beradadalam kandungan ibu sehingga
kanak-kanak berumur enam tahun. Secara umum,pendidikan awal Islam boleh dibahagikan kepada dua peringkat,
iaitu peringkat sebelumlahir dan peringkat sesudah lahir.Pendidikan awak kanak-kanak penting dan perlu diberikan
perhatian kerana 90%daripada perkembangan otak secara optimum berlaku sebelum kanak-kanak mencapaiumur
lima tahun. Pandangan ini sesuai dengan pendapat Piaget bahawaperkembangan kognitif pesat semasa peringkat
deria motor, iaitu semenjak kanak-kanak lahir hingga berumur dua tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak
banyakmenggunakan deria motor seperti menghisap, menangis dan mengenggam. Padaperingkat ini juga kanak-
kanak mengembangkan pengetahuan asasnya yang berkaitandengan empat ciri, iaitu pengetahuan tentang objek,
sebab-sebab sesuatu, ruang danmasa. Pengetahuan ini menjadi asas untuk perkembangan selanjutnya yang
lebihsofistikated.
Peringkat kedua dalam perkembangan kognitif mengikut Piaget ialah peringkatpra operasi (dua hingga enam
tahun). Pada peringkat ini, kanak-kanak menggunakansimbol atau nama bagi objek-objek di persekitarannya.
Setelah menguasai bahasa iamula belajar mengaitkan nama dengan objek-objek. Pemikirannya pada masa ini
lebihkonkrit, egosentrik dan belum memahami konsep pengekalan. Pemusatanpemerhatiannya pada masa ini
hanya pada satu aspek dan mengetepikan aspek yanglain. Pada akhir peringkat ini kanak-kanak kurang egosentrik
dan mengembangkanskemanya ke arah yang lebih umum, lebih abstrak dan lebih berkebolehan
dalammenyelesaikan masalah.
1.1Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
8/12/2019 perann komuniti
22/22
Penglibatan dapat ditakrifkan sebagai usaha bersama-sama atau saling bantu-membantu antara dua pihak ataupun
beberapa pihak. Penglibatan ibu bapa dalampendidikan kanak-kanak dapat meneguhkan pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak dan membantu mengekalkan kejayaannya (Rohani Abdullah, 2007).Sebagai ibu bapa,
anda lebih mengenali anak anda, dan anda mempunyai kuasauntuk terlibat secara aktif didalam pengalaman
prasekolah anak anda. Sekiranya daripemerhatian anda memberikan gambaran bahawa di situlah anak-anak anda
akandapat berkembang dengan sepenuhnya, maka anda telah pun menemui prasekolahyang betul. Kanak-kanak
juga mempunyai sifat-sifat yang diperolehi melalui tindakbalas dengan alam sekeliling tempat mereka dilahirkan(Rosmah & Salma, 1985).Menurut Siti Fatimah Abdul Rahman (2006), terdapat kajian membuktikanbahawa ada
kaitan antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian kanak-kanak.Dalam kata lain, kajian ini merumuskan
bahawa sekiranya kita mahu anak-anak berjayadalam bidang pendidikan, kita perlu terlibat secara langsung dalam
arus pembelajaranmereka. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak secara tidak langsung