Upload
tranlien
View
272
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
PANDUAN
IBADAH SOLAT
PESAKIT
DISEDIAKAN OLEH :
UNIT HAL EHWAL ISLAM HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH, KLANG
SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI : 03-3375 7000 SAMBUNGAN 1504//1507
BUKU INI UNTUK PANDUAN DAN RUJUKAN UMUM.
SILA KEMBALIKAN SEMULA BUKU INI KE TEMPAT ASAL.
TERBITAN
2009
TERBITAN 2011
2/26
KENAPA ANDA YANG HARUS SAKIT?
Sakit merupakan suatu anugerah, nikmat dan mungkin juga suatu ujian sebagai kifarah
untuk menyucikan dosa-dosa anda. Oleh itu, bersyukurlah kerana nyawa anda masih
ada. Anda masih dikasihi dan diberikan nikmat untuk bernafas.
Adakah seseorang yang sihat itu dikasihi oleh Allah SWT? Adakah Allah SWT
mengasihi orang-orang yang syirik dan berbuat maksiat kepadaNya? Sepatutnya
merekalah yang ditimpakan musibah ini, bukannya anda!
Adakah Allah SWT membenci Nabi Muhammad SAW sehingga Baginda menempuh
pelbagai penyeksaan dan azab sengsara ketika menyampaikan dakwah islamiyah?
Jawapannya pasti tidak.
Sebenarnya Allah SWT memang bersifat Pemurah. Kesihatan bukanlah tanda Allah
SWT sayang kepada seseorang. Tetapi orang yang disayangi oleh Allah SWT ialah
orang yang sentiasa bersabar apabila ditimpa musibah dan bersyukur apabila
memperolehi kenikmatan kerana Allah SWT ingin mengurniakan darjat dan martabat
iman dan taqwa kepada hambaNya yang terpilih…
PERLUKAH ANDA MENUNAIKAN SOLAT KETIKA SAKIT?
Ya! Selagi jantung anda masih berdegup, selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah
anda wajib bersolat.
Solat adalah tanda hubungan hamba dengan Penciptanya. Tanpa solat, maka putuslah
hubungan itu dan bertambah jauhlah rahmat Allah SWT dari anda.
BAGAIMANA MEMBERSIHKAN NAJIS KETIKA SEDANG SAKIT?
Bersihkan diri anda dari najis sekadar yang termampu.
Najis yang sukar dibersihkan seperti darah dan nanah yang terdapat pada badan dan
pakaian adalah dimaafkan.
Begitu juga dengan najis yang sentiasa keluar seperti kencing, darah dan nanah. Ia
hendaklah dibersihkan dahulu sebelum berwudhu’ atau balutlah jika boleh dibalut
Jika anda sedang solat dan tetap keluar najis tersebut, itu tetap dimaafkan.
3/26
BAGAIMANA DENGAN AURAT DAN KIBLAT UNTUK SOLAT?
Aurat hendaklah ditutup sekadar yang terdaya dengan menggunakan selimut, tuala,
stokin dan sebagainya.
Hendaklah mengadap kiblat sekadar yang mampu. Jika perlu, alihkan katil ke arah
kiblat (sekiranya boleh dialihkan dan mendapat bantuan kakitangan wad).
Jika tidak mendapat bantuan, hadaplah ke mana sahaja.
DI MANA ANDA BOLEH BERSOLAT KETIKA SAKIT?
Solatlah di surau wad jika mampu.
Solatlah di mana-mana sahaja asalkan ianya suci dari najis.
Memadai jika bersolat di tepi katil jika itu yang termampu. Gunakanlah apa jua alas
seperti surat khabar dan kertas asalkan ianya suci dari najis.
BAGAIMANA SOLAT KETIKA SAKIT?
Jika boleh berdiri, maka berdirilah. Jika tidak mampu, solatlah dengan duduk sama
ada di atas kerusi atau katil. Jika masih tidak mampu, solatlah dengan cara mengiring.
Jika tidak mampu, berbaringlah di atas katil dengan meninggikan sedikit kepala
dengan bantal atau sebagainya supaya dada mengadap kiblat (jika mampu).
Jika berbaring, perbuatan ruku’ dan sujud hendaklah dengan menundukkan kepala.
Isyarat sujud hendaklah lebih rendah dari ruku’.
Jika tidak boleh menggerakkan kepala, ruku’ dan sujud hendaklah dilakukan dengan
kelopak mata. Isyarat sujud dengan memejamkan mata mestilah lebih rapat dari ruku’
jika mampu.
Jika tidak terdaya untuk menggerakkan mata, maka solat hendaklah dilakukan dengan
isyarat hati.
* Bacalah al-Qur`an dan amalkanlah doa-doa syifa’ sambil letakkan tangan anda pada
anggota yang sakit. Jika anda tidak boleh membaca, mintalah keluarga/ kenalan anda
membaca doa dengan meletakkan tangan keluarga anda pada tempat yang sakit
kerana al-Qur`an itu diturunkan sebagai penawar (penyembuh) dan rahmat bagi
orang-orang yang beriman.
PANDUAN WUDHU’
KETIKA SAKIT
4/26
BERWUDHU’ MENGGUNAKAN WATER SPRAY
(PENYEMBUR AIR)
KEADAAN YANG MENGHARUSKAN PESAKIT BERWUDHU’
MENGGUNAKAN WATER SPRAY (PENYEMBUR AIR )
Pesakit yang mengalami masalah pergerakan disebabkan patah
tulang (kaki/ tulang belakang dan sebagainya).
Pesakit yang terlantar di atas katil sepanjang masa.
Pesakit yang berbalut (simen dan sebagainya) pada bahagian
kaki.
* Pastikan anggota wudhu’ suci dari najis dan hadas (mengikut
sekadar kemampuan)
5/26
AMALI BERWUDHU’ MENGGUNAKAN WATER SPRAY
(PENYEMBUR AIR)
1. Semburkan sedikit air ke tapak tangan daripada alat penyembur air
2. Ratakan air ke seluruh muka dengan disertai niat wudhu’ :
نويت رفع الحدث األصغر لله
تعالى
Maksudnya : Sahaja aku mengangkat
(menghilangkan) hadas kecil kerana
Allah Ta`ala; atau
نويت الوضوء لله تعالى Maksudnya : Sahaja aku berwudhu’ kerana Allah Ta`ala
3. Semburkan sedikit air untuk
menyapu tangan
Amali Wudhu’
6/26
4. Ratakan air ke tangan hingga ke
siku (mulai dengan tangan kanan
dan diakhiri dengan tangan kiri)
5. Semburkan sedikit air untuk
menyapu sebahagian kepala
6. Menyapu sebahagian dari kepala
1. Pastikan anggota wudhu’ suci dari najis
dan hadas
7/26
7. Semburkan sedikit air ke
bahagian kaki (mulai dengan
kaki kanan dan diakhiri dengan
kaki kiri)
Sembur dahulu air di bahagian
tidak berbalut dan menyapu
sedikit air di kawasan berbalut.
* Jika dikhuatiri air semburan tersebut memudaratkan anggota yang
berbalut, pesakit perlu bertayammum sebagai ganti anggota yang
tidak diwudhu’kan.
8. Pesakit disunatkan membaca doa selepas berwudhu’ :
أشهد أن آل إله إال اهلل وحده ال شريك له وأشهد أن
اللهم اجعلني من التوابين . محمدا عبده ورسوله
واجعلني من المتطهرين واجعلني من عبادك
الصالحين Maksudnya : Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah Yang Esa tiada
yang menyekutuiNya. Dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu hambaNya
dan PesuruhNya. Ya Allah jadikanlah aku daripada orang-orang yang
bertaubat dan jadikanlah aku daripada orang-orang yang menjaga
kebersihan dan jadikanlah aku daripada hambaMu yang soleh.
8/26
PANDUAN TAYAMMUM
PENGENALAN
Tayammum merupakan rukhsah (keringanan) yang diberikan kepada
umat Islam dalam melaksanakan ibadah ketika dalam keuzuran yang
dibenarkan oleh syara’.
Ianya merupakan ganti bagi wudhu’ atau mandi janabah (mandi hadas
besar) sebagai cara mengharuskan melakukan perkara fardhu seperti
solat dan tawaf.
9/26
RUKUN TAYAMMUM
1. Niat bertayammum. 2. Menyapu debu tanah ke muka. 3. Menyapu debu tanah kedua belah tangan hingga ke siku. 4. Tertib.
SYARAT SAH TAYAMMUM 1. Menghilangkan najis terlebih dahulu. 2. Debu tanah yang suci. 3. Bukan dari debu tanah yang musta’mal (yang telah digunakan). 4. Ada qasad (niat) penggunaan debu tanah. 5. Menyapu muka dan dua tangan hingga ke siku dengan dua kali tepuk. Tepukan pertama bagi muka dan tepukan kedua bagi tangan. 6. Pastikan terlebih dahulu arah kiblat. 7. Bertayammum apabila telah masuk waktu solat. 8. Satu tayammum bagi satu solat fardhu dan beberapa solat sunat.
SEBAB - SEBAB BERTAYAMMUM 1. Ketiadaan air setelah berusaha mencarinya. 2. Ada air tetapi hanya mencukupi untuk keperluan makan dan minum. 3. Boleh membahayakan kesihatan dan nyawa sekiranya menggunakan air.
10/26
AMALI BERTAYAMMUM DENGAN DEBU TANAH
1. Taburkan debu di atas lembaran
tisu/ kain yang bersih dengan
anggaran sukatan dua sudu besar
(bergantung kepada keperluan)
2. Menepuk dua tapak tangan pada
debu kali pertama untuk menyapu
muka
3. Menipiskan debu di lembaran
tisu/ kain bersih yang lain
(Jika menipiskan debu atas tisu/
kain bersih yang sama ia akan
menjadi musta’mal iaitu debu
yang telah digunakan)
Amali Wudhu’
11/26
4. Berniat tayammum semasa
tangan yang berdebu menyapu
muka
■ Lafaz tayammum ialah :
نويت التيمم الستباحة الصالة لله تعالىMaksudnya : Sahaja aku bertayammum bagi mengharuskan sembahyang
kerana Allah Ta`ala
■ Menyapu debu ke muka tanpa
perlu menggosok untuk tujuan
meratakan
■ Cukup sekadar diyakini meratai
bahagian muka secara umum
12/26
5. Membersihkan debu-debu yang
melekat di tangan untuk
menepuk debu yang seterusnya
6. Menepuk dua tapak tangan pada
debu kali kedua untuk menyapu
tangan
7. Menipiskan debu di lembaran
tisu/ kain bersih yang lain
(Jika menipiskan debu atas tisu/
kain bersih yang sama ia akan
menjadi musta’mal iaitu debu
yang telah digunakan)
13/26
8. Menyapu kedua-dua tangan
hingga ke siku mulai dari
tangan kanan dan diakhiri
tangan kiri
Tapak jejari tangan kiri sahaja
menyapu kulit jejari tangan
kanan
Tapak jejari tangan kiri terus
menyapu hingga siku tangan
kanan
Perut tapak tangan kiri menyapu
bawah lengan tangan kanan hingga
hampir bawah pergelangan tangan
kanan
14/26
Tapak ibu jari tangan kiri
menyapu kulit ibu jari tangan
kanan
(Ulangi langkah yang sama untuk
menyapu debu pada tangan kiri)
9. Melipat lembaran tisu/ kain yang
telah digunakan dan membuang
di dalam tong sampah
10. Penggunaan mudah dan
memastikan kebersihan wad
terjamin
11. Doa selepas tayammum sama seperti doa selepas wudhu’
15/26
PELBAGAI POSISI SOLAT PESAKIT
Duduk melunjur Duduk seperti Duduk secara bersila di atas katil tasyahud
Duduk di atas kerusi Baring mengiring Baring menelentang KEADAAN PESAKIT YANG DIHARUSKAN SOLAT DENGAN KAEDAH INI
1. Pesakit yang bersimen/ berbalut di bahagian kaki.
2. Pesakit yang sentiasa berada di atas katil dan mempunyai masalah
pergerakan.
3. Pesakit yang mengalami masalah untuk berdiri lama.
16/26
AMALI SOLAT DUDUK DI ATAS KATIL/ KERUSI
1. Duduk mengadap kiblat mengikut kemampuan dan keselesaan
pesakit dan berniat untuk solat
2. Takbiratul ihram
3. Membaca surah al-Fatihah dan surah
17/26
4. Ruku’ dengan menundukkan sedikit kepala mengikut kemampuan
5. I’tidal (bangun dari ruku’ dan kembali seperti kedudukan asal)
6. Sujud mengikut kemampuan (tunduk lebih dari had ruku’)
18/26
7. Duduk di antara dua sujud
8. Membaca Tahiyyat awal dan akhir bergantung pada bilangan rakaat
9. Memberi ucapan salam ke kanan (ucapan salam adalah rukun solat)
dan memberi salam ke kiri (sunat)
19/26
AMALI SOLAT DUDUK DI ATAS KATIL/ KERUSI BAGI IBU HAMIL
(RUJUK POSISI SOLAT DUDUK DI ATAS KATIL/ KERUSI)
1. Berniat dan
Takbiratul Ihram
2. Membaca Fatihah
dan surah
3. Rukuk
4. Sujud 5. Tahiyyat awal/ akhir
bergantung pada
bilangan rakaat
6. Memberi salam
20/26
AMALI SOLAT SECARA MENGIRING
1. Mengiring dengan mengadap
kiblat mengikut kemampuan
pesakit dan berniat untuk solat
(Posisi tangan boleh bertindih
diletakkan di atas perut seperti
dalam gambar atau diletakkan di
sisi badan pesakit dan mengikut
keselesaan pesakit)
2. Membaca surah al-Fatihah dan
surah
3. Ruku’ dengan menundukkan
sedikit kepala
21/26
4. I’tidal (bangun dari ruku’ dan
kembali seperti keadaan asal)
5. Sujud mengikut kemampuan
(dengan menundukkan sedikit
kepala melebihi had ruku’)
6. Duduk di antara dua sujud
22/26
7. Membaca tahiyyat awal atau
akhir bergantung pada bilangan
rakaat
8. Memberi salam
(Perbuatan memaling muka ketika
salam adalah sunat kerana yang wajib
hanyalah sebutan “Assalamu`alaikum
warahmatullah”)
SELAWAT SYIFA’
اللهم صل على سيدنا محمد طب القلوب ودوآئها وعافية
األبدان وشفآئها ونور األبصار وضيآئها وعلى ءاله
وصحبه وسلمMaksudnya : Ya Allah, limpahkanlah rahmat ke atas penghulu kami,
Nabi Muhammad yang dengan berkat Baginda, Engkau
menyembuhkan hati-hati yang resah, menjadi penawar dan
menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta
mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat
keberkatan dan kesejahteraan ke atas keluarga serta para sahabat
Baginda SAW.
23/26
AMALI SOLAT SECARA BERBARING
1. Berbaring dengan menghadap
kiblat mengikut kemampuan
pesakit dan berniat untuk solat
* Tinggikan sedikit kepala dengan
bantal dan sebagainya agar dada
menghadap kiblat
2. Membaca surah al-Fatihah dan
surah
3. Ruku’ dengan menundukkan
sedikit kepala
24/26
4. I’tidal (mengangkat tangan jika
mampu atau mengangkat kepala
kembali kepada keadaan asal)
5. Sujud (dengan menundukkan
sedikit kepala melebihi had
ruku’)
6. Membaca bacaan duduk di
antara dua sujud
25/26
7. Membaca tahiyyat awal atau
akhir bergantung pada bilangan
rakaat
8. Memberi salam
(Perbuatan memaling muka ketika
salam adalah sunat kerana yang wajib
hanyalah sebutan “Assalamu`alaikum
wa rahmatullah”)
DOA CEPAT SEMBUH
أسأل اهلل العظيم أن يشفيني شفاء ال يغادر
سقما Maksudnya : "Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung agar
menyembuhkan aku dengan benar-benar sembuh yang tidak
menderita sakit lagi"
26/26
SOLAT JAMAK
Maksud jamak ialah menghimpun.
Syara’ memberi kemudahan kepada orang yang uzur dalam bentuk
menggabungkan dua solat fardhu dalam satu masa untuk
mengurangkan tekanan, kesukaran, kesakitan dan sebagainya.
Harus menggabungkan dua solat dalam satu waktu (Zohor dengan Asar,
Maghrib dengan Isyak).
Boleh melaksanakan solat secara taqdim (waktu solat kedua dilakukan
dalam waktu solat pertama) atau ta’khir (waktu solat pertama
dilaksanakan dalam waktu solat ke dua)
Hendaklah berniat melakukan solat Jamak Taqdim atau Ta’khir pada
Takbiratul Ihram solat yang pertama.
Dilakukan apabila diyakini :
1. Mengalami kesakitan yang amat kritikal.
2. Kesukaran proses mengambil wuduk/ tayammum.
3. Tidak sedar (akibat kesan pelalian) terhadap salah satu waktu solat
tersebut.
4. Waktu pembedahan/ rawatan yang mengambil masa terlalu lama.
SOLAT QASAR
Maksud qasar ialah memendekkan sesuatu.
Menurut syarak ia adalah kemudahan memendekkan empat rakaat solat
kepada dua sahaja dan dihukumkan harus kerana menjalani rawatan
penyakit-penyakit kronik di hospital.