7
1 PANDUAN KURSUS: (a) HBEF 2503 (KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN) BAGI PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (SMP) Perlaksanaan Kursus Berkaitan Kajian Kursus berkaitan kajian terdiri daripada TIGA FASA iaitu: Fasa 1: HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Fasa 2: HBEF 3603 Amalan Profesional Fasa 3: HBEF 4303 Projek Kajian Tindakan Pelajar WAJIB mengambil kursus HBEF 2503 sebelum mengikuti kursus HBEF 3603 dan HBEF 4303. KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN HBEF 2503 1. Dijalankan selama 1 semester. Contohnya semester May 2013. Pelajar WAJIB mengambil kursus HBEF 2503 sebelum mengikuti kursus HBEF 3603 dan kursus HBEF 4303. 2. Penilaian: PENILAIAN % Individu yang Bertanggungjawab Kerja Kursus: Cadangan Penyelidikan (CP) 40% Tutor Penyelia Peperiksaan Akhir 60% OUM JUMLAH KESELURUHAN 100% 3. Kerja Kursus a. Sediakan satu cadangan kajian tindakan berkaitan dengan pembelajaran dan pembelajaran ( P&P ) dalam kelas/sekolah sendiri. b. Untuk mendapatkan tajuk/permasalahan kajian yang hendak dikaji, pelajar perlu membuat refleksi ke atas P&P yang sedang/telah dibuat di bilik darjah/sekolah sendiri. c. Tajuk/permasalahan kajian yang dikenalpasti mestilah berkaitan dengan inovasi dalam P&P dimana pengetahuan dan kemahiran yang telah diperolehi selama belajar di OUM akan diaplikasikan.

Panduan Kursus Hbef2503 _baru

  • Upload
    niyart

  • View
    13

  • Download
    3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

oum paper

Citation preview

  • 1

    PANDUAN KURSUS: (a) HBEF 2503 (KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN ) BAGI

    PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (SMP) Perlaksanaan Kursus Berkaitan Kajian Kursus berkaitan kajian terdiri daripada TIGA FASA iaitu: Fasa 1: HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Fasa 2: HBEF 3603 Amalan Profesional Fasa 3: HBEF 4303 Projek Kajian Tindakan Pelajar WAJIB mengambil kursus HBEF 2503 sebelum mengikuti kursus HBEF 3603 dan HBEF 4303. KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN HBEF 2503 1. Dijalankan selama 1 semester. Contohnya semester May 2013. Pelajar WAJIB

    mengambil kursus HBEF 2503 sebelum mengikuti kursus HBEF 3603 dan

    kursus HBEF 4303.

    2. Penilaian:

    PENILAIAN % Individu yang Bertanggungjawab

    Kerja Kursus: Cadangan Penyelidikan (CP) 40% Tutor Penyelia

    Peperiksaan Akhir 60% OUM JUMLAH KESELURUHAN 100%

    3. Kerja Kursus

    a. Sediakan satu cadangan kajian tindakan berkaitan dengan pembelajaran

    dan pembelajaran ( P&P ) dalam kelas/sekolah sendiri.

    b. Untuk mendapatkan tajuk/permasalahan kajian yang hendak dikaji, pelajar

    perlu membuat refleksi ke atas P&P yang sedang/telah dibuat di bilik

    darjah/sekolah sendiri.

    c. Tajuk/permasalahan kajian yang dikenalpasti mestilah berkaitan dengan

    inovasi dalam P&P dimana pengetahuan dan kemahiran yang telah

    diperolehi selama belajar di OUM akan diaplikasikan.

  • 2

    Inovasi dalam P & P merangkumi pedagogi baru/terkini; kaedah baru; strategi

    dan/atau teknik baru dalam mengajar sesuatu topik/sub topik dalam bidang

    pelajar. Inovasi dalam P& P ini akan dilaksanakan melalui kursus HBEF 3603.

    _____________________________________________________________________

    Contoh Kreatif dan Inovasi: MAJOR MATEMATIK

    PENGGUNAAN MULTIMEDIA (POWER POINT SLIDES) Pengajaran harus merangkumi penggunaan kreatif teknologi seperti ICT

    untuk pembelajaran penerokaan dan konstruktivis dalam matematik. Sebagai contoh, guru yang mengajar bab pecahan, mungkin agak sukar

    untuk menerangkan bagaimana proses pecahan itu berlaku, tetapi guru dapat menjelaskan proses tersebut melalui penggunaan slaid atau pun perisian matematik. Dengan cara ini pelajar dapat menggambarkan proses pecahan tersebut.

    Sila lihat contoh slaid di bawah:

    Slaid 1

    Tahun 4: PECAHAN

    Penambahan dan Penolakan Pecahan Yang sama Penyebut

    Situasi:

    Ibu mengambil sebiji limau dari peti sejuk. Kemudian, ibu memotong

    buah oren tersebut kepada 8 bahagian yang sama. Ali memakan 2 ulas

    daripada limau itu dan Adi memakan 3 ulas daripada limau

    itu. Berapakah jumlah ulas limau yang telah dimakan oleh Ali dan

    Adi??

  • 3

    Slaid 2

    Jom kita kira sama-sama berapa bahagiankah yang dimakan oleh Ali

    dan Adi .

    Ali makan 2 daripada 8 ulas limau =2/8

    Adi makan 3 daripada 8 ulas limau = 3/8

    Jumlah bilangan ulas limau yang telah dimakan ialah: 2/8 + 3/8= 5/8

    Persembahan slaid di atas boleh dikategorikan sebagai pengajaran

    kreatif dan inovatif yang disediakan oleh guru matematik. CONTOH KEDUA PENGGUNAAN PERISIAN BERBANTUKAN KOMPUTER TAHUN 3: TAJUK SIFIR Pengajaran guru merangkumi pendekatan konstruktivisme di mana murid

    belajar melalui kaedah penerokaan Guru perlu mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang perpusatkan murid (student centred) Guru Menggunakan persisian komputer yang sesuai untuk membantu murid

    menerokai konsep operasi darab dan seterusnya membina sifir darab mereka sendiri

    Langkah-Langkah Kaedah Pengajaran Baru (berbantukan komputer)

    1. Guru minta murid membaca sifir darab sekali sahaja (BUKAN MENGHAFAL):

    2 X 1 = 2 2 X 2 = 4 2 X 3 = 6 2 X 9 =18

    2. Guru mengemukakan soalan berikut:

    Apakah maksud 2 X 3 ?. Mengapa 2 X 3 adalah sama dengan 6 Apakah maksud 3 X 2 ? Mengapakah 3 X 2 juga sama dengan 6

  • 4

    3. Guru membimbing murid menjalan aktiviti menerokai konsep operasi darab dengan persisian yang sesuai (lihat contoh gambar) a) Pelajar menerokai konsep dengan perisian-perisian (Rajah 1, Rajah 2 dan

    Rajah 3)

    Rajah 1: Menerokai Konsep Operasi darab

    Rajah 2: Menerokai Konsep Operasi Darab

    Rajah 3: Menerokai Konsep Operasi Darab

  • 5

    4. Guru meminta murid menerangkan maksud darab yang mereka dapati kepada murid-murid lain. Guru menjadi fasilitator untuk membantu murid mendapatkan persefahaman tentang maksud operasi darab

    5. Guru meminta murid bekerja dalam kumpulan kecil untuk membina sifir darab yang berasaskan 2.

    6. Guru mencabar murid membina sifir darab yang berasaskan 3 (aktiviti pengayaan)

    ______________________________________________________________________

    d. Kriteria untuk memilih topik/permasalahan kajian:

    Topik/sub topik bagi opsyen major yang sedang diikuti di OUM ;

    bukan opsyen mengajar di sekolah ( jika berlainan). Misalnya: Pelajar

    mengajar Matematik di sekolah tetapi opsyen di OUM adalah Bahasa

    Inggeris, maka pelajar perlu cadangkan inovasi dalam mengajar satu

    topik/sub topik Bahasa Inggeris.

    Bagi pelajar yang bukan guru seperti pegawai JPN/PPD, pelajar perlu

    juga mencadangkan satu inovasi P & P mengikut opsyen di OUM.

    e. Untuk menyediakan cadangan kajian, pelajar akan dibimbing oleh seorang

    tutor penyelia yang dilantik oleh Fakulti. Tajuk kajian yang dipilih dan diterima

    oleh tutor penyelia akan digunakan dalam Fasa 2 dan Fasa 3 ( HBEF 3603 &

    HBEF 4303).

    3. Cara Perlaksanaan HBEF 2503:

    (a) Pelajar akan mengikuti kelas tutorial bersemuka seperti biasa yang

    dikendalikan oleh seseorang tutor.

    b) Peperiksaan adalah berdasarkan modul HBEF 2503.

    c) Perjumpaan/perbincangan tutor penyelia dengan pelajar sekurang-

    kurangnya DUA (2) kali, iaitu selama 2 jam (minimum) bagi setiap

    perjumpaan. Tarikh, tempat dan masa perjumpaan adalah mengikut

    persetujuan di antara tutor penyelia dengan pelajar.

  • 6

    4. Bahasa Pengantar:

    a) Pelajar yang mengambil major Bahasa Inggeris hendaklah menulis

    Cadangan Penyelidikan dalam Bahasa Inggeris .

    b) Pelajar yang mengambil major Pendidikan Matematik dan

    Pendidikan Sains digalakkan menulis Cadangan Penyelidikan dalam

    Bahasa Inggeris.

    c) Manakala pelajar yang mengambil major lain (selain dari major di atas)

    dikehendaki menulis Cadangan Penyelidikan dalam Bahasa Melayu .

    5. Seterusnya, setelah lulus kursus HBEF2503, pelajar akan melaksanakan

    Fasa 2 (kursus HBEF 3603) dan Fasa 3 (kursus HBEF4303) berdasarkan

    cadangan kajian yang telah disediakan. Kursus HBEF 3603 dan kursus HBEF

    4303 boleh dijalankan serentak.

    Panduan perlaksanaan kursus HBEF 3603 boleh dirujuk melalui portal

    EPIC.

    6. Format Cadangan Penyelidikan

    Cadangan Penyelidikan pelajar hendaklah mengikuti format yang disediakan seperti berikut:

    BIL PERKARA

    o Lebih kurang 21 24 halaman (tidak termasuk muka surat tajuk, abstrak, rujukan dan lampiran)

    o 1.5 langkau (spacing) dan font New Times Roman saiz = 12 poin

    o comb binding dengan kulit nipis (soft cover) berwarna biru tua.

    i Muka surat Tajuk (Title Page) ii Abstrak (Abstract)

    Bab 1

    PENGENALAN (INTRODUCTION) [kira-kira 6-7 halaman]

    Penyataan Masalah Kajian (Statement of Research Problem) Soalan Penyelidikan atau Kajian (Research Question) Objektif Penyelidikan atau Kajian (Objectives of the Research)

    Kepentingan Penyelidikan atau Kajian (Significance of the

    Research)

  • 7

    Batasan Penyelidikan atau Kajian (Limitation of the Study)

    Bab 2

    TINJAUAN LITERATUR (LITERATURE REVIEW) [kira-kira 8-9 halaman]

    Bab 3

    METODOLOGI PENYELIDIKAN (RESEARCH METHODOLOGY) [kira-kira 7-8 halaman]

    Rekabentuk Penyelidikan atau Kajian (Research Design) Sampel (Sample)

    Instrumen (Instuments) Contoh: soal selidik, ujian pencapaian, skala sikap, senarai semak permerhatian, senarai semak temu bual (perlu dilampirkan)

    Prosedur Pengumpulan Data (Data Collection Procedure) Analisis Data (Data Analysis) Rujukan (References)