105
Buku Panduan Penyelidikan BUKU PANDUAN PENYELIDIKAN Untuk Peserta Kursus Penyelidikan 14 M Pensyarah IPGM Bahagian Pendidikan Guru 1

Panduan kursus Penyelidikan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Garis panduan ini untuk membantu pegawai-pegawai Bahagian Pendidikan Guru dan pensyarah-pensyarah maktab perguruan Malaysia menjalankan penyelidikan di Bahagian Pendidikan Guru dan maktab perguruan Malaysia.

Citation preview

Page 1: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

BUKU PANDUAN PENYELIDIKANUntuk

Peserta Kursus Penyelidikan14 M Pensyarah IPGM

BAB I

PENDAHULUAN

Bahagian Pendidikan Guru

1

Page 2: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

(Ditulis oleh Panel BPG: Fasilitator-fasilitator Kursus Penyelidikan 12 Minggu Pensyarah Maktab Pergguruan Malaysia)

Garis panduan ini bertujuan untuk membantu pegawai-pegawai Bahagian Pendidikan Guru dan pensyarah-pensyarah maktab perguruan Malaysia menjalankan penyelidikan di Bahagian Pendidikan Guru dan maktab perguruan Malaysia.

1.1 Dasar Bahagian Pendidikan Guru (BPG)

Program Pembudayaan Penyelidikan di kalangan pendidik guru telah lama diperkenalkan di maktab perguruan Malaysia. Sehubungan dengan itu, pada tahun 1998, Bahagian Pendidikan Guru telah mengemukakan beberapa saranan kepada maktab perguruan tentang beberapa langkah yang boleh diambil dalam usaha membudayakan aktiviti penyelidikan, sesuai dengan perkembangan terkini untuk menjadikan pendidik guru sebagai penyelidik.

Hasil daripada program pembudayaan penyelidikan tersebut, Bahagian ini telah berjaya mengumpulkan sekurang-kurangnya dua hasil laporan kajian dari setiap maktab bagi setiap tahun.

Bahagian Pendidikan Guru memang menggalakkan pihak maktab mengadakan seminar, wacana atau lain-lain bentuk perkongsian ilmu untuk menyebarluaskan hasil dapatan kajian yang telah dilakukan oleh pensyarah. Bahagian Pendidikan Guru sendiri juga mengendalikan Seminar Pendidikan Guru mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

Semua maktab perguruan juga telah mempunyai laman web penyelidikan masing-masing sebagai satu wadah untuk menerbitkan laporan-laporan penyelidikan dan artikel-artikel tentang penyelidikan. Semua artikel dan laporan penyelidikan daripada pensyarah maktab perguruan juga boleh diakses melalui laman web BPG.

Selain daripada mengadakan seminar dan bengkel untuk membentangkan dapatan kajian, pihak BPG juga mengedarkan laporan-laporan kajian ini kepada pihak-pihak tertentu di Bahagian dan dijadikan bahan rujukan di pusat sumber.

1.2 Latar Belakang Program

BPG menjalankan program pemantauan ke atas penyelidikan yang dilaksanakan di maktab-maktab perguruan pada setiap tahun. Peruntukan khas telah disediakan kepada semua maktab perguruan bagi membiayai kos pelaksanaan penyelidikan ini. Dua tajuk penyelidikan akan dipilih dari setiap maktab perguruan untuk diberi bimbingan dan pemantauan oleh sekumpulan ahli panel yang dilantik oleh BPG. Ahli-ahli panel terdiri daripada sekumpulan pensyarah yang berkelulusan doktor falsafah (PhD) dari BPG dan maktab-maktab perguruan. Pemantauan dilakukan dalam tiga peringkat:

i. Penyediaan Proposal dan Instrumen Penyelidikanii. Penyediaan Analisis Data Penyelidikaniii. Penyediaan Draf Laporan Penyelidikan

Di samping itu, pensyarah-pensyarah maktab perguruan juga menjalankan penyelidikan di bawah penyeliaan Unit / Jawatankuasa / Jabatan Penyelidikan masing-masing.

Unit-unit di BPG juga sentiasa menjalankan penyelidikan dari semasa ke semasa mengikut keperluan unit masing-masing dan BPG.

Bahagian Pendidikan Guru

2

Page 3: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

Oleh sebab itu, satu garis panduan untuk menjalankan penyelidikan adalah diperlukan untuk membantu pegawai BPG dan pensyarah-pensyarah maktab semasa menjalankan penyelidikan. Selain itu, garis panduan ini juga dapat membantu penyelarasan dan penyeragaman kaedah pelaksanaan penyelidikan dari peringkat awal sehingga kepada penulisan laporan.

1.3 Isu

Aktiviti penyelidikan di maktab-maktab perguruan agak kurang menggalakkan. Budaya penyelidikan di kalangan ahli akademik (pensyarah) maktab perguruan masih kurang memberangsangkan. Berbagai-bagai faktor didapati telah menjadi penghalang, seperti kurang galakan dan rangsangan pihak pentadbiran, tidak ada insentif kepada dan, kurang memahami kaedah untuk menjalankan penyelidikan.

Pensyarah juga tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menjalankan penyelidikan kerana mereka dibebani dengan pelbagai tugas di maktab masing-masing. Di samping itu, sumber rujukan seperti jurnal-jurnal ilmiah dalam pelbagai bidang juga terhad, menyebabkan pensyarah tidak dapat membuat rujukan dengan baik semasa melaksanakan penyelidikan.

Sebagai galakan kepada pensyarah yang menjalankan penyelidikan, mereka haruslah diberikan keutamaan dalam pembentangan hasil penyelidikan, sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Ini juga merupakan satu kaedah untuk menyebarluaskan hasil penyelidikan pensyarah maktab perguruan. Hasil-hasil penyelidikan juga haruslah diterbitkan, sama ada dalam jurnal peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

Budaya penyelidikan di kalangan pensyarah maktab perguruan perlu digalakkan. Penyelidikan dapat membantu mereka untuk memahami bidang ilmu pengetahuan yang mereka ceburi dan juga aspek-aspek pedagogi dalam menguruskan pengajaran dan pembelajaran di bilik kuliah dengan lebih mendalam dan meluas.

Pensyarah seharusnya sentiasa melakukan penyelidikan sepanjang menjalankan tugas masing-masing. Mereka perlu memahami kepelbagaian kaedah dan prosedur dalam melaksanakan penyelidikan, seperti pelaksanaan penyelidikan kualitatif, kuantitatif atau penyelidikan tindakan. Penyelidikan berskala kecil seperti penyelidikan tindakan tidaklah memerlukan masa dan kos yang begitu banyak untuk melaksanakannya. Yang penting adalah hasil dari proses penyelidikan tersebut akan dapat membantu pensyarah menambah baik tugas masing-masing sebagai pendidik guru.

Bahagian Pendidikan Guru

3

Page 4: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

BAB II

PENGENALAN

2.1 Apakah Penyelidikan?

Adalah tidak mudah untuk memberikan suatu definisi tentang penyelidikan. Penyelidikan bukanlah sekadar melakukan tinjauan literatur sahaja atau penyiasatan terhadap sesuatu perkara. Walau bagaimanapun, penyelidikan boleh dikatakan sebagai suatu percubaan untuk menjawab soalan-soalan ke arah menghasilkan ilmu dengan menggunakan pendekatan yang saintifik. Pendekatan saintifik merujuk kepada pendekatan yang berasaskan data empirikal dengan kaedah pemerhatian yang terkawal dan sistematik ke atas realiti. Pendekatan saintifik berbeza dengan pendekatan yang bukan saintifik. Jadual 2.1 menunjukkan perbezaan ini.

Jadual 2.1 Perbezaan antara Pendekatan Saintifik dan Pendekatan Bukan Saintifik______________________________________________________________________________________

Bukan Saintifik Saintifik

Pendekatan am: Intuitif Empirikal

Pemerhatian: Tidak terkawal Sistematik, terkawal

Pelaporan: Biased, subjektif Unbiased, objektif

Konsep-konsep: Ambiguous, ketaksaan Definisi yang jelas,operational specificity

Instrumen: Kurang tepat, imprecise Tepat, precise

Pengukuran: Tiada keesahan atau Ada keesahan dan kebolehpercayaan kebolehpercayaan

Hipotesis: Tidak dapat diuji (Untestable) Boleh diuji (Testable)

Sikap (Attitude): Uncritical, accepting Critical, skeptical

Sumber: Shaughnessy, J.J. & Zechmeister, E.B. (1997). Research methods in psychology. N.Y.: McGraw-Hill, pp 7.

Oleh sebab itu, penyelidikan boleh dirumuskan sebagai suatu pendekatan saintifik yang menggunakan kaedah munasabah untuk menyelesaikan masalah-masalah tertentu demi mewujudkan pengetahuan baru atau memurnikan pengetahuan yang sedia ada. Dalam hal ini, penyelidikan menggunakan data empirikal sebagai bukti untuk menyokong sesuatu tuntutan ilmu baru.

Dalam konteks pendidikan pula, penyelidikan boleh ditakrifkan sebagai cara saintifik untuk memperoleh pengetahuan baru. Penyelidikan pendidikan merupakan satu aktiviti berhubung dengan usaha untuk memperoleh dan menganalisis maklumat empirikal untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pendidikan. Hasil daripada itu, mewujudlah pengetahuan baru.

Bahagian Pendidikan Guru

4

Page 5: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

2.2 Perkembangan Penyelidikan Pendidikan

Penyelidikan pendidikan moden dianggarkan bermula sekitar tahun 1897 apabila Joseph M. Rice menerbitkan dua artikel tentang pencapaian mengeja pelajar-pelajar. Dalam artikel tersebut, Rice mendapati ketidakberkesanan penggunaan kaedah latih tubi untuk mengajarkan kemahiran mengeja.

Tahun 1900 adalah zaman bermulanya era saintifik di dalam penyelidikan. Dalam tempoh 1900-1920an, penerokaan dan pembinaan alat-alat pengukuran bermula dengan pesatnya. Pada tahun 1905, Alfred Binet telah menerbitkan skala kecerdasan yang diperbaiki dan dimajukan oleh Terman pada tahun 1916 sehingga menghasilkan Ujian Kecerdasan Stanford-Binet.

Seterusnya, ujian kecerdasan digunakan dalam bidang pendidikan. Penggunaan kaedah statistik dalam penyelidikan pendidikan bermula apabila para penyelidik pendidikan menghadapi masalah untuk menganalisis dan mentaksir data. Thorndike (1914) berpendapat “Jika sesuatu benda wujud, ia wujud dalam jumlah tertentu. Jika ia wujud dalam jumlah tertentu, ia boleh diukur.” Ini telah menggalakkan penyelidik mengunakan kaedah-kaedah kuantitatif bagi memperoleh data yang perlu bagi pelbagai aspek penyelidikan pendidikan.

Seterusnya, penemuan alat-alat pengukuran bagi penyelidikan pendidikan berlaku dengan pesatnya antara tahun 1920 hingga 1945 dengan munculnya penerbit-penerbit swasta yang membekalkan alat-alat ujian. Pada tahun 1935, Fisher memperkenalkan reka bentuk berstatistik pelbagai varian (multivariate). Ini membolehkan penyelesaian masalah pendidikan yang rumit seperti penggunaan pelbagai pemboleh ubah dalam kajian.

Usaha-usaha untuk menilai semula penyelidikan pendidikan bermula sejak tahun 1945. Pengukuran penyelidikan pendidikan dibina melalui pembaikan ke atas kaedah dan reka bentuk penyelidikan untuk menghasilkan maklumat penyelidikan yang boleh dipercayai. Penilaian kritis terhadap penyelidikan pendidikan menghasilkan lebih banyak kaedah statistik baru untuk digunakan dalam penyelidikan pendidikan bagi menyelesaikan masalah pendidikan secara realistik.

2.3 Ciri-ciri Penyelidikan

Penyelidikan sebagai pendekatan yang saintifik dalam menghasilkan ilmu mempunyai dua ciri utama, iaitu ia dijalankan mengikut langkah-langkah yang logikal dan mematuhi kaedah saintifik. 2.3.1 Langkah-langkah logikal

Mengenal pasti keaslian masalah yang dikaji dan bidang pengetahuan berkaitan. Melakukan tinjauan literatur untuk memahami bagaimana orang lain telah menghadapi/

menyelesaikan masalah/isu. Pengumpulan data secara tersusun dan terkawal untuk memperoleh keputusan yang sah. Menganalisis data yang setimpal/berkaitan dengan masalah/isu. Membuat kesimpulan dan generalisasi.

2.3.2 Penyelidikan perlu mematuhi suatu kaedah saintifik. Ini bermakna ia dapat mengintegrasikan keterangan induktif dan deduktif.

Keterangan Induktif : daripada kenyataan-kenyatan khusus kepada kenyataan umum.Seseorang penyelidik membuat pemerhatian terhadap peristiswa-peristiswa tetentu (fakta-fakta konkrit). Setelah penyiasatan, beliau akan membina jangkaan tertentu.

Keterangan Deduktif : daripada kenyataan umum kepada kenyataan-kenyataan khusus

Bahagian Pendidikan Guru

5

Page 6: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

“Kalau Encik A guru tidak terlatih, beliau tidak akan menggunakan ABM/ABPP semasa dia mengajar”

2.4 Jenis Penyelidikan Pendidikan

Terdapat dua cara untuk mengklasifikasikan penyelidikan:

2.4.1 Klasifikasi berdasarkan tujuan atau matlamat

Penyelidikan Asas

o Menekankan penemuan pengetahuan semata-mata untuk pengetahuan.o Lebih menumpukan kajian teori-teori yang wujud dalam bidang pendidikan secara lebih

mendalam.o Memperoleh data empirikal yang boleh digunakan untuk mengembangkan dan menilai teori.o Kurang berorientasikan cara-cara ke arah penyelesaian masalah praktis.

Penyelidikan Gunaan

o Bertujuan untuk menyelesaikan masalah praktis yang dihadapi atau untuk menguji sesuatu teori untuk menilai kegunaannya dalam arena pendidikan.

o Dapat memberikan data sama ada menyokong sesuatu teori, mengubah suai, atau mengembangkan sesuatu teori baru.

Penyelidikan Tindakan

o Berkaitan dengan penyelesaian masalah tertentu dalam keadaan setempat (local situation) dan dijalankan oleh seseorang (guru) yang akan menggunakan dapatan penyelidikan.

o Situational (masalah yang membawa kepada sesuatu keadaan ); participatory (penglibatan)o Menyelesaikan masalah dalam bilik darjah.

2.4.2 Klasifikasi Penyelidikan berdasarkan Kaedah

Penyelidikan Bersejarah

o Membuat kesimpulan berkaitan dengan corak, sebab atau kesan peristiswa-peristiswa lampau.

o Untuk menerangkan peristiwa semasa dan meramalkan peristiswa masa depan.o Pengumpulan data diperolehi daripada dokumen-dokumen asli atau melalui temuduga

dengan penyaksi-penyaksi (maklumat asal) . Data juga boleh dikutip daripada sumber sekunder.

Penyelidikan Diskriptif

o Berkaitan dengan pengumpulan data dan pengujian hipotesis atau menjawab soalan–soalan yang berhubungkait dengan keadaan semasa sesuatu subjek/perkara di bawah kajian.

o Dilaksanakan melalui pertanyaan soalan kepada responden ataupun melalui pemerhatian.

Kajian Korelasi

o Menentukan takat perhubungan di antara dua atau lebih pembolehubah yang dapat diberikan nilai numerikal (quantifiable)

Bahagian Pendidikan Guru

6

Page 7: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

o Bukan sahaja menyatakan keadaan-keadan yang terdapat di dalam sesuatu situasi, tetapi juga menentukan sebab-sebab yang mengakibatkan munculnya fenomena di bawah kajian semasa.

Penyelidikan Ujikaji

o Membuat manupulasi terhadap sekurang-kurangnya sesuatu pembolehubah bebas serta kawalan terhadap pembolehubah lain untuk mengukur keberkesanan pembolehubah-pembolehubah bebas terhadap pembolehubah bersandar.

Kajian Ex-pos Facto (After the fact)

o Berkaitan dengan kajian tentang kesan dan sebabnya sesuatu yang sudah berlaku. o Kelinger (1973) mendefinisikan kajian Ex-post Facto sebagai:

“Systematic, empirical inquiry in which the scientist does not have direct control of independent variables because their manifestations have already occurred or because they are inherently not manipulable”.

o Jadi, penyelidik tidak ada kawalan terhadap pembolehubah-pembolehubah ataupun beliau tidak dapat manipulasikan pembolehubah-pembolehubah bebas yang mengakibatkan sesuatu kesan terhadap pembolehubah bersandar.

2.5 Apakah yang dimaksudkan “claims” atau tuntutan ilmu?

Bila membuat penyelidikan, penyelidik ingin membuat kenyataan mengenai sesuatu yang dikaji. Biasanya ini adalahlah dalam bentuk dapatan/ kesimpulan yang dinyatakan dalam bentuk laporan kajian. Dapatan ini merupakan satu “claim” atau tuntutan ilmu. Adakah sesuatu claim itu benar? Apakah data/ bukti yang digunakan untuk menyokong claim tersebut? Penyelidik harus memberi perhatian serius kepada persoalan ini sebab ia menyentuh dua isu penting dalam penyelidikan, iaitu keesahan dan kebolehpercayaan yang berhubung langsung dengan isu reka bentuk kajian.

Kesahan berasaskan kepada bukti/ data yang ada dan persoalannya ialah adakah data/ bukti tersebut mencukupi untuk membuat claim. Keesahan adalah perlu untuk mentafsir (memberi makna kepada) data dalam usaha untuk membuat claim. Tafsiran boleh dibuat pada dua peringkat:

Terhad kepada sampel sahaja (yang dikaji), iaitu soal `internal validity’. Diperluaskan kepada populasi yang dikaji, iaitu soal ` external validity’.

Sebelum data ditafsir, sudah tentu ianya dianalisis. Dengan demikian, isu keesahan ada hubungan dengan analisis data, sungguhpun hubungan ini adalah `indirect’. Dengan demikian sebelum kita membuat “claim” pastikan data yang ada bersesuaian dan mencukupi dengan claim yang ingin dibuat. Sama ada data yang kita kutip adalah sesuai dan mencukupi sudah tentu sekali ada hubungan langsung dengan rekabentuk kajian yang kita rancang dan laksanakan. Jika data yang ada konsisten (bersesuaian dan mencukupi) dengan claim yang dibuat, ini tidak sekali gus bermakna claim itu harus dipercayai.

Kebolehpercayaan (reliability) merujuk kepada cara mengumpul data / bukti yang digunakan untuk membuat claim. Jika data dipungut menimbulkan keraguan ia akan menjejaskan kebolehpercayaan data dan menjejaskan “claim” yang dibuat.

Kesesuaian dan kecukupan data, dan cara data dipungut ada hubungan langsung dengan rekabentuk kajian. Rekabentuk kajian perlu diberi perhatian untuk menentukan keutuhan data yang dipungut tidak dipertikaikan.

Bahagian Pendidikan Guru

7

Page 8: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

2.6 Rasional Penyelidikan

Menurut Gorg & Gall (1989), penyelidikan mempunyai rasional yang tertentu ke arah menyumbang kepada pembinaan pengetahuan baru. Menurut Weber (1993), penyelidikan dapat membantu penyelesaian masalah yang dihadapi dalam kehidupan. Secara kesimpulan, rasional membuat penyelidikan adalah berasaskan sebab-sebab berikut.

Membuat jangkaan terhadap sesuatu fenomena yang bakal berlaku (prediction).

Penyelidikan dapat menyediakan maklumat yang penting berkaitan dengan fenomena yang dijangkakan, contohnya, jangkaan terhadap pencapaian pelajar dalam sesuatu peperiksaan.

Membuat penambahbaikan terhadap sesuatu keadaan atau program (Improvement)

Dapatan kajian dapat membantu individu, kumpulan atau organisasi untuk memperbaiki program yang sedia ada dan juga sebagai asas untuk memperbaiki kelemahan yang ada.

Memberi penjelasan (explanation)

Penyelidikan dapat menjelaskan fenomena yang dikaji.

Menyediakan deskripsi sesuatu fenomena. (Description)

Dapat menyediakan deskripsi berkaitan dengan bidang yang dikaji dalam membantu untuk memahami fenomena yang dikaji.Menyediakan maklumat statistik yang diperlukan oleh pihak tertentunya. Contohnya, Policy Makers.

Membantu menyelesaikan masalah (Problem Solving)

Dapat membantu ke arah penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang timbul.

2.7 Pendekatan Penyelidikan Pendidikan

Dalam dunia penyelidikan pendidikan, penyelidik boleh berpegang kepada dua tradisi penyelidikan, iaitu penyelidikan kuantitatif dan penyelidikan kualitatif. Penyelidikan kuantitatif adalah penyelidikan di mana data yang dikumpul berbentuk nombor-nombor manakala dalam penyelidikan kualitatif, datanya bukan dalam bentuk nombor-nombor. Namun begitu kedua-dua bentuk penyelidikan ini adalah berasaskan pendekatan saintifik dan berdasarkan pada data empirikal.

Strategi pemilihan tradisi penyelidikan tersebut bergantung kepada tujuan dan persoalan kajian. Misalnya dalam kajian tentang keberkesanan kepemimpinan dalam organisasi, kajian boleh dijalankan menggunakan kedua-dua tradisi penyelidikan tersebut.

Penyelidikan kuantitatif memperjelaskan isu ini melalui penggunaan dan pengukuran angkubah-angkubah. Antara perkara yang boleh dipilih sebagai angkubah tersebut ialah persekitaran/ latar belakang keluarga, tahap pendidikan, pengalaman bekerja dan lain-lain yang berkaitan. Jika dilihat dari sudut penyelidikan kualitatif pula, isu boleh diterokai dengan meneliti perkara-perkara seperti hubungan interpersonel pemimpin organisasi dengan pelanggan dari perspektif responden kajian. Data boleh dikumpul melalui pemerhatian, temubual, analisis dokumen dan lain-lain yang berkaitan.

Penyelidikan kuantitatif ialah pendekatan deduktif berasaskan pengujian terhadap sesuatu andaian (hipotesis) dengan menggunakan angkubah-angkubah tertentu manakala penyelidikan kualitatif merupakan

Bahagian Pendidikan Guru

8

Page 9: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

pendekatan induktif di mana data yang dikumpul digunakan untuk memahami sesuatu fenomena sosial yang dipilih. Lumrahnya penyelidikan kualitatif tidak bermula dengan pembinaan hipotesis atau mengukur angkubah.

2.7.1 Pemilihan Pendekatan Penyelidikan

Perkaitan antara soalan kajian dan pendekatan sangat penting. Soalan-soalan kajian yang berbeza memerlukan kaedah-kaedah yang berbeza untuk menjawabnya. Jenis soalan kajian berkait rapat dengan kaedah kajian yang digunakan. Perlu diingat bahawa kaedah kajian harus dipilih sesudah soalan kajian dikenal pasti dengan tujuan mengelakkan penyelidik mengutamakan kaedah kajian lebih daripada soalan kajian. Secara umum, jenis soalan yang berkaitan dengan pendekatan yang tertentu adalah seperti berikut.

Penyelidikan Kuantitatif

o Menguji teorio Melihat hubungkait angkubaho Menerang fenomena dari segi “sebab penyebab” o Membuat ramalan

Penyelidikan Kualitatif

o Memerihal sesuatu fenomena untuk tujuan memahaminyao Meneroka sesuatu bidang yang belum dan kurang dikajio Memahami perspektif responden kajian terhadap sesuatu fenomena yang dipiliho Memahami sesuatu fenomena sosial secara mendalam o Membina teori melalui pendekatan induktif (teori yang dibina berasaskan data kajian)

2.7.2 Perbezaan ciri-ciri penyelidikan kuantitatif dan penyelidikan kualitatif

Jadual 2.2 menunjukkan perbezaan-perbezaan antara pendekatan kuantitatif dan pendekatan kualitatif.

Jadual 2.2 Perbezaan Ciri-ciri Penyelidikan Kuantitatif dan Penyelidikan Kualitatif

PERKARA KUANTITATIF KUALITATIFIstilah yang berkaitan dengan pendekatan

Eksperimental‘Hard data’Perspektif luaranEmpirikalPositivistFakta sosialStatistik‘Etic’

EtnografiKerja lapangan‘Soft data’‘Symbolic Interaction’Perspektif dalaman‘Naturalistic’EthnomethodologiDiskriptifPemerhatian turut serta‘Phenomenological’DokumentariRiwayat hidupKajian kesEkologikal‘Emic’

Bahagian Pendidikan Guru

9

Page 10: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

Konsep utama Pemboleh ubahMengoperasi Definisi KebolehpercayaanHipotesisKesahanKesignifikanan statistikReplikasiramalan

MaknaPemahaman sejagatDefinisi situasiKehidupan harianPemahamanProsesRundingan bertujuan praktikalpembinaan sosial‘Grounded Theory’

Gabungan teori Structural functionalisimRealism, PositivismBehavioralisme‘Logical Empiricm’‘Systems Theory’

‘Symbolic Interaction’‘Ethnomethodology’‘Phenomenology’BudayaIdealisme

Gabungan Akademik PsikologiEkonomiSosiologiSains politik

SosiologiSejarahAnthropologi

Matlamat Menguji teoriMemperjelaskan faktaPerihalan statistikHubungan antara pemboleh ubahRamalan

Membina konsepMemerihal realiti pelbagai ‘Grounded Theory’Meningkatkan pemahaman

Reka bentuk BerstrukturDitentukan lebih awalFormalSpesifikProsedur kajian yang terperinci

Terbuka kepada perubahanFleksibelUmumMembuat tekaan terhadap cara penyelidikan

Penulisan cadangan penyelidikan

Panjang lebarTerperinci dan jelas fokusnyaProsedur spesifik dan terperinciTinjauan bahan kajian yang mendalamDitulis sebelum data dipungutMenyatakan hipotesis

RingkasSpekulatifMencadangkan bidang penyelidikan yang hendak dikajiDitulis selepas mendapat sebahagian daripada dataTinjauan bahan kajian tidak mendalamPernyataan pendekatan yang umum

Data KuantitatifKoding boleh dikiraKiraan dan ukuranPembolehubah yang boleh didefinisikanStatistik

DiskriptifDokumen peribadiNota kerja lapanganGambarPendapat perseoranganDokumen rasmiBahan-bahan artifak

Sampelan BesarBerstrataKumpulan kawalanTepatPemilihan secara rawakMengawal pengganggu pembolehubah

KecilTidak mewakili populasiPersampelan teoritikal

Teknik / kaedah EksperimenTinjauan

PermerhatianMengkaji pelbagai dokumen dan

Bahagian Pendidikan Guru

10

Page 11: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

Temubual berstrukturKuasi eksperimentalPemerhatian berstrukturSet data

artifakPemerhatian turut sertaTemubual tidak berstruktur

Hubungan dengan responden

Jangka pendekHubungan tidak akrabMengekalkan status sebagai penyelidik dan responden

EmpatiMenekankan unsur kepercayaanKesamarataanHubungan mesraResponden sebagai rakanMengutamakan keobjektifan

Alat Kajian InventoriSoal selidikIndeksKomputerSkalaSkor ujian

Alat perakam suara‘Transciber’Penyelidik bertindak sebagai alat kajian

Analisis data DeduktifDilaksanakan selepas pungutan dataStatistikal

BerterusanModel, tema dan konsepInduktifAnalisis bersifat induktif‘Constant Comparative method’

Permasalahan dalam menggunakan pendekatan

Mengawal pemboleh ubah yang lainTerlalu rigidKesahan

Mengambil masa panjangKesukaran menyaring dataKebolehpercayaanProsedur tidak rigidSukar mengkaji responden yang besar jumlahnya

(Perbezaan ciri ini adalah berdasarkan Bogdan dan Biklen (1992:50-52)

2.7.3 Contoh Soalan Kajian

Soalan kajian penyelidikan kuantitatif

o Apakah kesan keluarga terhadap pembelajaran anak-anak di sekolah?o Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pensyarah di Maktab Perguruan?o Sejauh manakah faktor keluarga mempengaruhi disiplin pelajar?

Soalan kajian penyelidikan kualitatif

o Bagaimanakah perubahan sikap terhadap disiplin berlaku dalam organisasi?o Apakah pandangan pelajar terhadap larangan keluar dari rumah pada waktu malam?o Bagaimanakah sambutan guru-guru terhadap pengajaran Sains dan Matematik dalam

Bahasa Inggeris?

Kesimpulannya, soalan-soalan kajian sangat penting kerana ia berperanan sebagai berikut:

Menentukan prosedur perancangan kajian Memberi haluan dan kesepaduan dalam kajian Menentukan batasan kajian Menentukan data yang diperlukan Mengawal penyelidik daripada hilang fokus Menyediakan rangka untuk menulis laporan

Bahagian Pendidikan Guru

11

Page 12: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

2.8 Proses Penyelidikan

Tanpa mengira apakah kaedah penyelidikan yang digunakan, semua penyelidik melibatkan diri dalam aktiviti penyelidikan yang agak sama. Sebagai contoh, kebanyakan aktiviti penyelidikan meliputi aspek-aspek berikut:

Pernyataan masalah kajian Persoalan kajian / hipotesis Definisi istilah Tinjauan literatur Sampel Instrumen/ alat pengukuran Prosedur / reka bentuk kajian Analisis data Pelaporan

Rajah 2.1 berikut menunjukkan satu skema yang menggambarkan proses penyelidikan secara keseluruhan. Anak panah menunjukkan urutan komponen-komponen yang biasanya terdapat dalam cadangan penyelidikan (proposal) atau laporan penyelidikan. Urutan ini juga merupakan langkah-langkah yang boleh dijadikan sebagai panduan untuk merancang sesuatu kajian. Anak panah yang berputus-putus pula menunjukkan bahawa dalam amalan biasa, proses penyelidikan tidak semestinya mengikut urutan yang tetap. Biasanya seorang penyelidik yang berpengalaman akan mengambil kira berbagai komponen secara serentak (simultaneously) semasa merancang sesuatu penyelidikan.

Rajah 2.1 Proses Penyelidikkan

Bahagian Pendidikan Guru

Pernyataan Masalahkajian

Hipotesis atauPersoalan kajian

Definisi Istilah

TinjauanBacaan

Instrumentasi

SampelProsedur/Rekabentuk

AnalisisData Laporan

12

Page 13: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

2.8.1 Pernyataan masalah kajian

Masalah kajian merupakan asas kepada kajian. Pernyataan masalah perlu diiringi dengan penerangan dan latarbelakang masalah yang dikaji.

2.8.2 Menentukan persoalan kajian/hipotesis

Masalah kajian biasanya ditentukan secara persoalan dan seringkali juga sebagai hipotesis. Hipotesis merupakan satu ramalan (prediction) atau pernyataan secara spesifik tentang apa yang diharapkan akan berlaku. Hipotesis perlulah dinyatakan secara jelas tentang perkaitan diantara pembolehubah-pembolehubah.

2.8.3 Definisi istilah

Semua istilah dalam pernyataan masalah dan hipotesis mestilah didefinisikan dengan jelas.

2.8.4 Tinjauan literatur

Kajian-kajian lain yang ada kaitan dengan masalah kajian hendaklah dicari dan dirumuskan dapatannya. Tinjauan bahan-bahan seperti jurnal, laporan, monograf dan lain-lain hendaklah membayangkan apa yang telah diketahui mengenai masalah yang hendak dikaji dan nyatakan juga mengapa kajian anda nanti boleh membantu menambah pengetahuan sedia ada.

2.8.5 Sampel

Sampel kajian dan kumpulan yang lebih besar atau populasi (di mana dapatan hendak digeneralisasikan) hendaklah dikenalpasti. Langkah-langkah pemilihan sampel juga hendaklah dijelaskan.

2.8.6 Instrumen

Setiap instrumen yang digunakan untuk mengutip data hendaklah diterangkan dengan jelas dan rasional penggunaannya juga hendaklah diberitahu.

2.8.7 Prosedur / rekabentuk kajian:

Prosedur sebenar kajian hendaklah diperincikan mengikut urutan. Ini termasuklah langkah-langkah yang akan dilakukan oleh penyelidik tentang apa yang akan dibuat, bila, di mana, bagaimana, dan dengan siapa. Masa sebenar bila tugas akan dimulakan serta jangkaan tarikh tamat, penggunaan bahan-bahan seperti buku atau peralatan seperti komputer perlu dinyatakan. Selain itu, rekabentuk umum atau metodologi (seperti eksperimen atau tinjauan) hendaklah juga dijelasakan.

2.8.8 Analisis Data :

Teknik statistik (termasuk deskriptif dan inferential) yang digunakan untuk menganalisis data hendaklah diterangkan dengan jelas. Perbandingan yang dibuat untuk menjawab soalan kajian juga perlu dijelaskan.

Bahagian Pendidikan Guru

13

Page 14: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

2.8.9 Laporan :

Laporan hasil kajian hendaklah dibuat mengikut garis panduan yang ditentukan.

2.9 Etika Penyelidikan (EP)

2.9.1 Apakah Etika Penyelidikan?

Etika penyelidikan merujuk kepada peraturan-peraturan/ code atau satu set prinsip/nilai moral yang berperanan sebagai panduan dalam menjalankan penyelidikan. Para penyelidik perlu menunujukkan perlakuan yang mematuhi etika semasa menjalankan penyelidikan.

Dalam etika penyelidikan berbeberapa elemen perlu diberi perhatian oleh penyelidik seperti berikut:

Mendapat Kebenaran (informed consent)

Isu mendapat kebenaran daripada responden untuk kajian adalah kompleks.‘Informed Consent’ merujuk kepada kebenaran yang diberi oleh responden setelah memahami beberapa perkara berikut:

o Matlamat dan tujuan kajiano Apa yang dikendaki oleh respondeno Semua akibat yang mungkin timbul daripada penglibatan/ tidak dalam penyelidikan.o Sekiranya fokus atau sampling berubah, perundingan semula perlu dibuato Dalam kes yang melibatkan responden yang kurang berupaya untuk memberi kebenaran

seperti ada penyakit mental atau kanak-kanak, cadangan kajian mesti diterangkan dan justifikasi prosedur untuk melindungi hak responden.

Penglibatan (Participation)

o Bakal responden perlu diberitahu tentang matlmat, kaedah, faedah dan masalah yang mungkin timbul dalam kajian.

o Mereka juga patut diberitahu setakat mana penglibatan mereka dalam penyelidikan tersebut.o Mereka perlu diberitahu penarikan diri dalam kajian tidak membawa apa-apa kesan negatifo Mereka boleh membuat komplain terhadap tingkahlaku penyelidik dengan mengikut prosedur

tertentu.

Kerahsiaan (Confidentiality)

o Cadangan dan pelan kajian mesti menyatakan bagaimana kerahsian maklumat dijamin berkesan.

o Perlindungan hak responden diutamakan.o Prosedur tidak telalu rigit yang mengongkong respondent.o Pengkaji mungkin boleh berkongsi maklumat dengan ahli kumpulan dalam komuniti

penyelidikan

Anomiti

o Penyelidik mesti menjamin anomiti kepada peserta, contohnya identiti respondent.

Bahagian Pendidikan Guru

14

Page 15: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

Rundingan (Negotiation)

o Rundingan melibatkan perkara-perkara berikut:

Mendapat kebenaran dari institusi Mendapat kebenaran untuk access data Penggunaan data Penulisan laporan Melindungi peserta daripada masalah yang timbul

o Bagaimanakah prosedur rundingan yang boleh diikuti oleh Penyelidik?

Mendapat kebenaran secara formal daripada pihak berkenaan untuk menjalankan kajian.

Memberi rangka projek/cadangan/pelan kepada guru besar/pengetua sekiranya penyelidikan dijalankan di sekolah.

Rangka/pelan/cadangan harus menerangkan dan justifikasi prosedur yang akan diiukti untuk ‘clearing’ data ‘field’ berkait dengan peserta seperti transkrip, nota pemerhatian, bukti dokumen dan memasukkan data ini dalam laporan akhir atau teks umum.

Terangkan makna anomiti dan kerahsian kepada peserta kajian. Tentukan sama ada peserta akan menerima satu salinan laporan dan/atau draf laporan

atau transkrip temubual. Beritahu peserta apa yang dibuat dengan maklumat yang diberi. Sediakan satu rangka tujuan dan keadaan kajian untuk peserta. Jujur tentang tujuan kajian dan keadaan dalam mana kajian dijalankan. Perundingan amat penting untuk menjayakan penyelidikan.

2.10 Bidang-bidang dalam Penyelidikan Pendidikan

Penyelidikan pendidikan boleh diklasifikasikan sebagai suatu proses penyiasatan terhadap phenomena dalam pendidikan. (Phenomena investigated). Phenomena yang kerap menjadi tumpuan para penyelidikan pendidikan merangkumi bidang-bidang berikut:

Proses pengajaran Pembelajaran Abiliti kognitif Metod pengajaran dalam bilik darjah Sahsiah pelajar Motivasi dalam pendidikan Kepimpinan pendidikan Kewangan sekolah Program untuk pelajar khas (gifted, learning disbled) Pendidikan guru Perkembangan kurikulum

Berikut adalah beberapa bidang penyelidikan pendidikan yang boleh dilaksanakan dalam konteks maktab perguruan:

Penilaian sesuatu program seperti program KPLI, program pengalaman berasaskan sekolah, latihan mengajar atau praktikum.

Penyelidikan bilik darjah tentang kemudahan dan strategi pengajaran dan pembelajaran.

Bahagian Pendidikan Guru

15

Page 16: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

Kurikulum pelbagai mata pelajaran seperti pelaksanaan kurikulum, perkembangan kurikulum, penggunaan resos dan personal.

Penilaian polisi pendidikan seperti peruntukan kewangan bagi pendidikan, pengagihan sumber antara bahagian/jabatan pendidikan.

Pengurusan seperti pengurusan resos manusia, teknologi, kewangan dan kemudahan dalam sesuatu institusi.

Penyelidikan gender dalam pendidikan. Penyelidikan tentang tingkah laku manusia seperti pemikiran kognitif, kreatif, dan personaliti. Penyelidikan tentang pendidikan khas seperti kanak-kanak autistik dan dyslexia.

Bahagian Pendidikan Guru

16

Page 17: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

BAB III

PENYELIDIKAN KUANTITATIF

3.1 Pengenalan:

3.1.1 Apakah Penyelidikan Kuantitatif ?

Penyelidikan Kuantitatif adalah berdasarkan kepada andaian bahawa ciri-ciri persekitaran sosial merupakan realiti yang bebas (independent reality) dan secara relatifnya tidak berubah (constant) merentasi waktu dan tempat. Penyelidik kuantitatif menghasilkan pengetahuan baru dengan mengumpul data numerikal mengenai tingkah laku yang boleh diperhatikan. Data akan dikumpul dari sampel yang ditetapkan. Statistik digunakan untuk menganalisis dan menginterpretasi data.

3.1.2 Falsafah / Logik Penyelidikan Kuantitatif:

Penyelidikan Kuantitatif adalah bersandarkan kepada falsafah bahawa realiti sosial adalah objektif dan tetap merentasi waktu dan tempat. Realiti sosial dianalisiskan mengikut angkubah (variable). Penyelidik kuantitatif membuat andaian tertentu dan mengawal angkubah-angkubah tertentu sebelum kajian di mulakan. Penyelidikan kuantitatif menggunakan konsep serta teori tertentu dalam menentukan jenis data yang akan dikutip.

3.1.3 Ciri-ciri Penyelidikan Kuantitatif:

Mementingkan penentuan hipotesis yang tepat pada permulaan kajian. Memerlukan penentuan definisi operasional yang tepat (precise) pada permulaan kajian. Data adalah berbentuk numerik. Memberi perhatian yang penting kepada penilaian dan penambahbaikan kebolehpercayaan (reliability)

skor-skor yang diperolehi daripada instrumen kajian. Memerlukan penilaian kesahan (validity) melalui berbagai prosedur dengan menggunakan indeks

statistik. Memerlukan penggunaan teknik-teknik pemilihan sampel secara rawak supaya sampel yang dipilih

bermakna dan mewakili populasi. Aspek “generalizability” amat dititikberatkan. Memerlukan reka bentuk yang membolehkan kawalan statistik ke atas pebolehubah ‘extraneous’. Mengemukakan dapatan secara ringkasan statistik.

3.2 Metodologi Penyelidikan Kuantitatif

Metodologi penyelidikan merupakan kaedah dan teknik mereka-bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu rumusan dan justerunya menyokong atau menolak sesuatu tuntutan ilmu. Sejauh manakah bukti itu kukuh untuk menyokong atau menolak sesuatu tuntutan ilmu bergantung kepada kesahan dalaman dan kesahan luaran reka-bentuk kajian.

3.2.1 Kesahan dalaman

Bahagian Pendidikan Guru

17

Page 18: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

Merujuk kepada sejauh manakah hipotesis yang diuji sah menjelaskan fenomena yang dikaji dan tiada hipotesis-hipotesis lain yang boleh menjelaskan fenomena tersebut. Contohnya, jika hipotesis kajian ialah bahawa kaedah pengajaran A lebih berkesan menghasilkan pembelajaran berbanding dengan kaedah pengajaran B, sejauh manakah hipotesis ini benar kalau pengkaji mendapati bahawa data yang diperolehinya menyokong hipotesis ini? Apakah kemungkinan pembelajaran dalam kumpulan di bawah pengajaran kaedah A lebih baik disebabkan oleh pelajar yang lebih cerdas atau pun pengajar yang lebih berkesan, dan bukan disebabkan oleh kaedah?

Jika masalah ini berlaku, maka kita tidak pasti bahawa kaedah A dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan. Dalam hal ini, pembolehubah kualiti pelajar dan pembolehubah kualiti guru merupakan pembolehubah luaran (“extraneous” atau “lurking variables”) yang telah menjejaskan hipotesis yang diuji ataupun mengelirukan (“confounding”) dapatan.

Kesahan dalaman terjejas jika pengkaji gagal mengawal pembolehubah kualiti pelajar dan pembolehubah kualiti guru dan dapatan kajian kurang sah. Oleh demikian kesahan dalaman sangat bergantung kepada reka-bentuk kajian yang boleh mengawal pembolehubah-pembolehubah luaran (istilah lain ialah “covariates” atau “ extraneous variables”).

Banyak pemboleh ubah “extraneous” boleh menjejaskan kesahan dalaman. Contohnya, pengukuran yang kurang sah atau kurang boleh dipercayai, ciri dan pendekatan penyelidik yang mungkin mempengaruhi peserta atau pengumpulan data, dan jangkaan peserta kajian boleh mempengaruhi tingkah laku peserta.

3.2.2 Kesahan luaran

Merujuk kepada sejauh manakah sesuatu dapatan dapat digeneralisasikan kepada populasi kajian. Dalam kajian kuantitatif penyelidik menjalankan kajian ke atas sampel tetapi sasarannya ialah populasi kajian. Banyak faktor boleh menjejaskan kesahan luaran. Antaranya, persampelan yang kurang mewakili populasi, reka-bentuk ekspeimen yang kurang mewakili situasi sebenar, dan kesan “bias” penyelidik.

Oleh kerana kesahan dalaman dan kesahan luaran merupakan dua kriteria yang penting untuk menjamin kualiti dan kesahan kajian kuantitatif, penyelidik perlu menghuraikan bagaimana kajian dijalankan dari segi metodologi kajian, iaitu tentang soalan atau hipotesis kajian, reka-bentuk, pembolehubah-pembolehubah yang dikaji, cara mengukur pembolehubah, cara memilih sampel, dan cara mengumpul dan menganalisis data.

3.3 Soalan Dan Hipotesis Kajian

Soalan kajian penting kerana membantu penyelidik mengenalpasti pembolehubah yang dikaji dan seterusnya menentukan bagaimana mengumpul dan menganalisis data. Oleh demikian soalan hendaklah jelas dari segi pembolehubah yang dikaji.

Biasanya, penyelidikan kuantitatif bertujuan untuk mengkaji kesan sesuatu pembolehubah atau beberapa pembolehubah ke atas peserta kajian dari segi pembolehubah yang dikenalpasti. Contohnya, kesan sesuatu intervensi atau “treatment” (program, kaedah P&P, tindakan) ke atas peserta kajian dari segi pembelajaran, sikap, dan sebagainya. Kadang-kadang penyelidik ingin mengkaji sejauh manakah pembolehubah tertentu mempunyai perkaitan dengan atau mempengaruhi pembolehubah yang lain. Contohnya, sejauh manakah jantina mempengaruhi pembelajaran peserta atau sikap peserta kajian terhadap sesuatu isu. Maka tujuan kajian yang jelas mudah menentukan soalan yang ingin dijawab.

Untuk menjawab soalan kajian tentang kesan sesuatu pembolehubah ke atas pembolehubah yang lain, dua pendekatan utama biasanya digunakan oleh penyelidik untuk mereka-bentuk kajian, iaitu,

Bahagian Pendidikan Guru

18

Page 19: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

Mengkaji perbandingan kesan antara kumpulan

o Contohnya, membandingkan kesan antara kumpulan treatment dan kumpulan kawalan; kesan antara kumpulan lelaki dan perempuan.

Mengkaji perkaitan antara pembolehubah

o Contohnya, perkaitan antara kesan dan jantina; perkaitan antara kesan dan treatment/tiada treatment; perkaitan antara kualiti pelatih dan prestasi dalam praktikum.

Apabila data daripada sampel menunjukkan terdapatnya perbezaan antara kumpulan atau terdapat perkaitan antara dua pembolehubah, penyelidik akan menguji sama ada perbezaan atau perkaitan ini boleh digeneralisasikan kepada populasi kajian. Maka, hipotesis dikemukakan untuk menguji sejauh manakah statistiks daripada sampel dapat digeneralisasikan kepada populasi kajian. Hipotesis biasanya dinyatakan dalam bentuk “nol” (Ho)*, iaitu jika kita menjangka terdapatnya perbezaan antara kumpulan atau terdapatnya perkaitan antara pembolehubah (Ha)*, hipotesis kita adalah tiada perbezaan atau tiada perkaitan. Contohnya:

Ho : Tiada perbezaan/perkaitan siknifikan antara dua kumpulan/pembolehubahHa : Terdapat perbezaan/perkaitan siknifikan antara dua kumpulan/pembolehubah

* Ho adalah hipotesis nolHa adalah hipotesis alternatif

3.4 Jenis Rekabentuk Penyelidikan Kuantitatif

Secara umum, reka-bentuk penyelidikan kuantitatif boleh di kategorikan kepada tiga jenis utama, iaitu,

Eksperimen, Kuasi-eksperimen, dan Bukan eksperimen (contoh: tinjauan deskriptif, tinjauan expost facto, korelasi dan perkaitan antara

pemboleh ubah).

3.4.1 Klasifikasi Pembolehubah:

Untuk memahami logik reka-bentuk kuantitatif kita perlu memahami konsep pembolehubah dan perkaitan antara tiga jenis pembolehubah berikut:

pembolehubah bebas (independent/ explanatory/ cause), pembolehubah bersandar (dependent /response/ effect), dan pembolehubah kawalan (control /covariate).

Rangka konseptual umum penyelidikan kuantitatif adalah “explanatory”, iaitu kita ingin menjelaskan fenomena atau realiti dari segi sebab-penyebab (cause and effect) tetapi istilah-istilah “cause and effect” elok dielakkan. Oleh sebab itu, istilah “bebas” dan “bersandar” digunakan. Antara istilah-istilah lain yang digunakan untuk menggantikan istilah "cause" adalah "treatment variable", "predictor variable", "antecedents" (kajian kualitatif) dan "determinants" (kajian kualitatif) dan istilah-istilah yang menggantikan "effect" ialah "outcome variable", "criterion variable", dan "consequences" (kajian kualitatif).

Pembolehubah kawalan adalah pembolehubah yang kita ingin mengawal kesan atau pengaruhnya terhadap pembolehubah yang dikaji. Pembolehubah ini juga dinamakan “extraneous variables” atau “noise variables” atau “lurking variables”. Pembolehubah-pembolehubah kawalan ini perlu dikawal supaya tidak mengelirukan

Bahagian Pendidikan Guru

19

Page 20: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

perkaitan (“confounding”) antara pembolehubah bebas dan pembolehubah bersandar. Rajah 3.1 menunjukkan perkaitan antara tiga jenis pembolehubah ini.

Pembolehubah kawalan

Pembolehubah bebas Pembolehubah bersandar

Rajah 3.1 Perkaitan antara pembolehubah bebas, pembolehubah bersandar dan pemboleh ubah kawalan.

Sejauh manakah pembolehubah kawalan dapat dikawal menentukan jenis reka bentuk kuantitatif :

Jika pembolehubah kawalan dapat dikawal secara fizikal, reka-bentuk eksperimen paling sesuai digunakan.

Jika pembolehubah kawalan kurang dapat dikawal secara fizikal, reka-bentuk kuasi- eksperimen atau reka-bentuk bukan eksperimen digunakan dan pengaruh pembolehubah dikawal secara statistikal.

3.4.2 Reka bentuk Eksperimen

Logik asas eksperimen adalah mudah. Peserta-peserta diagihkan secara rawak (random assignment) kepada dua atau lebih kumpulan dan di beri “treatment” yang berbeza (rujuk Rajah 3.2). “Treatment” merupakan pembolehubah bebas yang sengaja diaturkan (manipulated). Kemudian kita bandingkan hasil atau kesannya ke atas sesuatu pembolehubah bersandar. Tujuannya ialah jika terdapat perbezaan antara kumpulan dalam pembolehubah bersandar, maka perbezaan ini adalah disebabkan oleh pembolehubah bebas. Perkaitan ini adalah berdasarkan pada andaian bahawa kumpulan-kumpulan ini tidak mempunyai apa-apa perbezaan dalam semua aspek sebelum treatment. Syarat tiada perbezaan ini ditentukan dengan cara mengawal pembolehubah-pembolehubah kawalan. Tetapi andaian atau syarat ini agak sukar dijamin.

Antara teknik tradisional yang digunakan untuk memenuhi syarat ini ialah teknik padanan (matching) di mana peserta diagihkan secara satu demi satu mengikut ciri-ciri yang berkenaan supaya kedua-dua kumpulan mempunyai ciri-ciri yang agak sama. Tetapi teknik ini telah didapati kurang sesuai dan kurang praktikal kerana terlalu banyak ciri untuk dipadankan secara seimbang.

Oleh demikian, teknik yang digunakan ialah agihan secara rawak (random assignment). Teknik ini adalah berdasarkan pada logik probabiliti. Walaupun ia tidak menjamin kesamaan ciri-ciri antara kumpulan, ia memaksimumkan probabiliti bahawa mereka tidak berbeza secara sistematik (no systematic differences). Cara mengawal pembolehubah kawalan dengan teknik ini dikatakan kawalan secara fizikal (phisical control of extraneous variables). Apabila kawalan secara fizikal tidak dapat dilakukan, maka penyelidik akan menggunakan kawalan secara statistik (statistical control of variables). Ini dilakukan apabila eksperimen tulen tidak dapat dilakukan.

Kumpulan 1 Treatment 1

AgihanSecara Perbandinganrawak

Kumpulan 2 Treatment 2

Bahagian Pendidikan Guru

20

Page 21: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

Rajah 3.2 Reka-bentuk Eksperimen

3.4.3 Reka bentuk Kuasi-eksperimen (Quasi-experiment)

Dalam bidang sains sosial, umpamanya dalam bidang pendidikan, kawalan fizikal ke atas pembolehubah-pembolehubah kawalan biasanya kurang dapat dilakukan. Umpamanya, dalam kebanyakan penyelidikan dalam pendidikan, kajian biasa merupakan kajian "field study" di mana peserta kajian adalah sedia ada dan kita tidak dapat mengagihkan peserta secara rawak kepada kumpulan-kumpulan treatment. Apabila kita tidak dapat membuat agihan secara rawak (tidak dapat mengawal pembolehubah kawalan secara fizikal), maka reka bentuk kuantitatif yang digunakan merupakan kuasi-eksperimen atau bukan eksperimen di mana kawalan ke atas pengaruh pembolehubah kawalan dilakukan secara statistikal (statistical control).

Dalam reka bentuk kuasi-eksperimen, kumpulan peserta adalah sedia ada, iaitu dalam "natural setting". Penyelidik boleh mentadbirkan treatment kepada kumpulan sedia ada dan mengukur variabel dependent sama ada selepas treatment (posttest), atau sebelum dan selepas treatment (rujuk Rajah 3.3). Maka perbandingan antara kumpulan masih boleh lakukan. Cuma “treatment” ditadbirkan kepada kumpulan-kumpulan peserta yang tidak dibahagikan secara rawak tetapi dalam keadaan semula jadi (natural setting).

Kumpulan 1 Pretest Treatment 1 Posttest

Covariate Perbandingan

Kumpulan 2 Pretest Treatment 2 Posttest

Raja 3.3 Reka-bentuk Kuasi- eksperimen

3.4.4 Reka Bentuk Bukan Eksperimen

Reka bentuk bukan eksperimen biasa digunakan jika agihan secara rawak dan “treatment” tidak dapat dikawal dan kumpulan-kumpulan untuk perbandingan juga tidak jelas. Maka konsep “naturally occurring” diperluaskan supaya termasuk variasi yang semulajadi dalam pembolehubah bebas. Penyelidik juga tidak dapat mengawal masa bila pembolehubah bersandar diukur. Ini adalah kerana pendedahan kepada pembolehubah bebas tidak dapat dikawal kerana ia berlaku secara semulajadi, maka penyelidik tidak dapat mengawal masa bila untuk mengukur pembolehubah bersandar. Reka bentuk jenis bukan eksperimen lebih merupakan kajian-kajian expost facto atau tinjauan korelasi.

3.4.5 Kajian Tinjauan (Survey research)

Kajian tinjauan merupakan satu jenis reka-bentuk bukan eksperimen yang gemar digunakan oleh penyelidik dalam pendidikan. Tinjauan boleh dibezakan kepada yang hanya deskriptif dan yang berbentuk korelasi. Tinjauan deskriptif (boleh digunakan dalam penyelidikan kuantitatif dan kualitatif) biasanya bertujuan untuk memberi deskripsi tentang sesuatu sampel, umpamanya, dari segi peratusan dan nisbah responden yang menjawab begini atau begitu kepada soalan-soalan tinjauan.

Bahagian Pendidikan Guru

21

Page 22: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

Ini sangat berbeza dengan tinjauan korelasi di mana tujuannya adalah untuk mengkaji perkaitan antara pembolehubah. Pembolehubah perlu dikonseptualisasikan kepada bebas, bersandar, dan kawalan (covariate). Tinjauan korelasi adalah berdasarkan logik eksperimen. Ia digunakan kerana penyelidik tidak dapat mengawal secara fizikal pembolehubah-pembolehubah kawalan dan pembolehubah bebas. Contohnya, reka-bentuk MLR.

3.4.6 Reka bentuk MLR (Multiple Linear Regression)

MLR sebenarnya adalah satu teknik data analisis. Oleh kerana is sering digunakan dalam penyelidikan kuantitatif, ia boleh dilihat sebagai satu strategi untuk mereka-bentuk kajian. MLR berguna untuk mengkaji perkaitan antara beberapa pembolehubah bebas (sama ada secara satu persatu atau secara kelompok) dan satu pembolehubah bersandar. Teknik MLR adalah untuk mengkaji bagaimana beberapa pembolehubah bebas mempengaruhi satu pembeloehubah bersandar. Dalam istilah statistik, ia mangkaji sejauh manakah pembolehubah-pembolehubah bebas, sama ada secara satu persatu atau secara kelompok, menyumbang kepada “variance” pembolehubah bersandar (accounting for the variance in the dependent variable). "Variance" merujuk kepada variasi (variation) dalam sesuatu pembolehubah.

Oleh kerana kaedah positivistik mengkaji perbezaan, strategi saintifik adalah mencari bagaimana sesuatu fenomena "varies", dan menjelaskan perbezaan itu, atau "account for that variance". Jika hampir 100% daripada variance diterangkan oleh satu set pembolehubah bebas, maka kita boleh katakan bahawa kita sudah mula dapat memahami atau menjelaskan (explain) pembolehubah bersandar tersebut. Sebaliknya, jika peratusan ini rendah, ia bermakna kita masih kurang memahami pembolehubah bersandar tersebut.

Dalam MLR, kita juga boleh mengkaji anggaran sumbangan setiap pembolehubah bebas terhadap variance dalam pembolehubah bersandar. Maka, kita dapat mengenalpasti pembolehubah bebas yang manakah lebih penting dan yang manakah kurang penting dalam mempengaruhi pembolehubah bersandar. Konsep MLR dapat digambarkan seperti dalam Rajah 3.4.

Pembolehubah-pembolehubah bebas Pembolehubah bersandar

X1X2 [pembolehubah kawalan] YX3

Rajah 3.4 Reka-bentuk MLR

3.5 Pengumpulan Data

Dalam penyelidikan kuantitatif, pembolehubah mestilah boleh diukur secara kuantitatif. Proses pengumpulan data kuantitatif melibatkan penentuan kaedah mengukur pembolehubah, pembinaan instrumen, pemilihan sampel peserta kajian, dan pentadbiran instrumen.

3.5.1 Pengukuran

Definisi Pengukuran

o satu proses memberi nombor atau kuantiti ke atas sesuatu tret atau ciri yang diukur (Summer, 1987);

o pemberian angka-angka kepada objek atau peristiwa mengikut peraturan yang tertentu dengan skala yang telah ditetapkan terlebih dahulu;

Bahagian Pendidikan Guru

22

Page 23: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

o Pengukuran dalam penyelidikan mempunyai kaitan hal-hal yang berikut;o Proses mewakilkan sesuatu (representing);o Pembinaan instrumen;o Pentadbiran ujian instrumen yang diguna

3.5.2 Teknik Mengumpul Data

Dalam penyelidikan kuantitatif, terdapat lima teknik yang biasa digunakan, iaitu:

Ujian; Soalselidik; Senarai semak; Pemerhatian berstruktur; Temu bual berstruktur

3.5.3 Instrumen Kajian

Untuk melaksanakan penyelidikan, instrumen kajian perlu ditentukan terlebih dahulu. Instrumen kajian boleh dipilih daripada alat yang sedia ada, diubahsuai daripada alat yang diperoleh atau dibina sendiri. Instrumen kajian dalam penyelidikan melibatkan :

Pembinaan soalan-soalan untuk mencungkil atau mewakilkan sesuatu yang diukur; Proses memberi nombor-nombor tertentu untuk mewakilkan kadar (magnitude) yang diperoleh.

3.5.4 Jenis-jenis Skala Dalam Pengukuran

Dalam penyelidikan, penentuan skala ukuran yang digunakan perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum kaedah penganalisisan dan teknik-teknik analisis statistik ditentukan. Data boleh digolongkan kepada empat jenis skala ukuran:

Skala nominal – membezakan objek, orang kepada kategori yang diskrit mengikut sifat kualitatif. Ukuran paling asas, cth. pembolehubah jantina di kategori kepada lelaki dan perempuan.

Skala ordinal – membezakan objek, orang mengikut susunan pangkatan, cth. tahap persetujuan terhadap kenyataan.

Skala sela – beza antara kategori adalah sama (ukuran jeda yang sama), cth. markat pelajar.

Skala nisbah – aras ukuran tertinggi di mana setiap nilai kategori adalah mutlak dan bermakna. Data jenis ini mempunyai perbezaan skala yang sama, seperti jenis jeda, tetapi mempunyai DUA sifat tambahan:

o Mempunyai nilai sifar yang mutlak, misalnya 0 sm dalam ukuran panjang bermaksud tiada jarak panjang.

o Angka-angka dalam skala nisbah menggunakan nombor jati dan nombor-nombor ini boleh dicampur, ditolak, didarab dan dibahagikan serta boleh dibuat perkaitan secara bernisbah.

3.5.5 Ciri-ciri Utama Instrumen Kajian

Kebolehpercayaan (reliability); Kesahan (validity); Keobjektifan (objectivity);

Bahagian Pendidikan Guru

23

Page 24: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

Kebolehtadbiran (administerability); Kemudahtafsiran (interpretability)

3.5.6 Prosedur Pembinaan Instrumen Kajian

Menentukan objektif; Membentuk Jadual Penentuan Instrumen (JPI); Memilih bentuk item; Membentuk item; Meninggikan mutu item; Mengulangkaji dan menyunting item; Menyediakan instrumen untuk digunakan; Kajian rintis (try out); Melaksanakan.

3.5.7 Prinsip-prinsip Pembentukan Pernyataan Item

Struktur ayat mudah difahami; Kesinambungan antara item demi item; Konstruk item melibatkan hanya satu konsep/pemboleh ubah; Elakkan pernyataan yang bias; Tidak kabur; Elakkan dua persoalan dalam satu pernyataan (satu item bagi satu tret); Tidak bertindih; Tiada kekeliruan; Mempunyai cukup maklumat; Bilangan item yang sederhana;

3.5.8 Kajian Rintis

Kajian rintis hendaklah dijalankan terhadap instrumen yang telah dibina;Tujuan kajian rintis dijalankan adalah untuk:

Menguji tempoh yang diperlukan untuk menjawab soalselidik; Menyemak semua item dan arahan agar jelas; Menggugurkan item-item yang tidak menghasilkan data yang diperlukan.

Berikut adalah perkara-perkara yang harus diambilkira dalam melaksanakan kajian rintis:

Responden mewakili sample sebenar kajian; Bilangan responden: Minimum 30 orang; Data kajian rintis digunakan untuk menentukan kebolehpercayaan instrumen.

Soalan-soalan yang boleh dikemukakan kepada responden kajian rintis termasuk:

Berapa lamakah masa yang anda perlukan untuk menjawab soalselidik? Adakah arahan jelas? Adakah terdapat item-item yang kabur? Jika ada, nyatakan item mana dan kenapa? Adakah terdapat mana-mana item yang anda tidak ingin menjawab? Pada pandangan anda, adakah terdapat topik utama yang ditnggalkan? Adakah keseluruhan (layout) soalselidik jelas dan menarik? Adakah komen-komen lain yang anda ingin kemukakan?

Bahagian Pendidikan Guru

24

Page 25: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

3.5.9 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

Setelah kajian rintis dijalankan, ujian kebolehpercayaan hendaklah dilaksanakan ke atas instrumen yang dibina. Kebolehpercayaan instrumen bermaksud bahawa alat yang digunakan itu mampu memberi jawapan yang konsisten. Jika alat itu mengukur seseorang dalam dua masa yang berlainan, maka jawapan yang didapati adalah sama. Kebolehpercayaan di sini merujuk kepada “stability” instrumen. Konsistensi dalaman pula merujuk kepada kebolehpercayaan item-item dalam sesuatu instrumen dalam mengukur sesuatu konstruk yang sama. Kaedah menguji kebolehpercayaan adalah berikut.

Kaedah menguji kebolehpercayaan dari segi “stability” – “Test-retest” iaitu mentadbirkan ujian dua kali (biasanya tempoh masa antara ujian kali pertama dan kedua ialah 2 minggu) kepada sampel yang sama dan gunakan pekali korelasi untuk melihat sejauh manakah terdapat korelasi yang tinggi. Korelasi yang tinggi bermakna “stability”yang tinggi.

Kaedah menguji kebolehpercayaan konsistensi dalaman - Ujian Cronbach Alpa. Berdasarkan keputusan ujian Cronbach Alpa, pertimbangan hendaklah dibuat terhadap item-item instrumen, iaitu, sama ada untuk:

i. Mengekalkan item;ii. Mengekalkan item dengan sedikit perubahan;iii. Mengekalkan item dengan membuat banyak perubahan;iv. Menggugurkan item.

3.5.10 Persampelan

Data dikumpul daripada sampel tetapi analisis data tersebut adalah untuk membuat rumusan populasi. Proses ini desebut sebagai membuat inferens daripada sample kepada populasi. Persampelan rawak perlu digunakan untuk membuat inferens. Berikut adalah rumusan ciri-ciri umum rekabentuk persampelan rawak:

Jadual 3.1 Rekabentuk Persampelan Rawak

Bahagian Pendidikan Guru

Rekabentuk Pemilihan rawak Ciri-ciri lain

Persampelan rawak mudah

Ahli sampel dipilih daripada populasi secara rawak

Keseluruhan populasi bertindak sebagi satu unit daripada sampel dipilih

Persampelan rawak berstrata

Ahli sampel dipilih secara rawak dari setiap strata populasi

Setiap strata diwakili dalam sample; sample dipilih mengikut nisbah setiap strata dalam populasi

Persampelan kluster Ahli kluster dipilih daripada populasi kluster yang lebih besar

Semua ahli daripada kluster yang dipilih dilibatkan dalam sample; tidak semua kluster dilibatkan; kluster tidak semestinya sama saiz

Persampelan sistematik Ahli sampel pertama dipilih secara individu

Populasi mengikut susunan tertentu

25

Page 26: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

3.5.11 Prosedur Pengumpulan Data

Pengkaji perlu menjelaskan dengan terperinci proses kajian yang meliputi kajian rintis dan langkah-langkah yang diambil semasa pengumpulan data kajian sebenar. Sebagai contoh, jika data dikumpulkan melalui eksperimen, jelaskan di mana eksperimen dijalankan, bagaimana subjek-subjek dibahagikan kepada kumpulan, bagaimana rawatan diberikan kepada subjek, bagaimana pengukuran dibuat dan siapa yang mengawas eksperimen tersebut.

3.6 Analisis Data

3.6.1 Parameter dan Statistik

Dalam penyelidikan kuantitatif, statistik digunakan sebagai asas untuk menyokong sesuatu tuntutan ilmu. Oleh itu, statistik digunakan untuk mengumpul, menyusun, menganalisis dan membuat intepretasi data numerikal. Dalam penyelidikan kuantitatif, penyelidik ingin mengkaji tentang populasi tetapi data adalah diperolehi daripada sampel yang dipilih secara rawak. Statistik tentang ciri-ciri populasi yang diterjemahkan dalam bentuk pembolehubah-pemboelehubah ditakrifkan sebagai parameter dan statistik tentang ciri-ciri sampel dari segi pembolehubah-pembolehubah tersebut ditakrifkan sebagai statistik. Analisis data melibatkan proses memeriksa statistik sampel dan seterusnya membuat inferens tentang parameter populasi daripada statistik sampel tersebut. Proses pemeriksaan data menghasilkan statistik deskriptif tentang sampel dan proses membuat inferensi membantu penyelidik membuat rumusan tentang parameter populasi. Maka, analisis data melibatkan dua peringkat, iaitu peringkat deskriptif dan peringkat inferensi.

3.6.2 Pemeriksaan Data dan Statistik Diskriptif

Data mentah perlu diperiksa dari segi taburan pembolehubah, “outliers”, dan perhubungan antara pembolehubah jika pengkaji ingin meneliti tentang perhubungan. Proses pemeriksaan data juga menghasilkan statistik diskriptif.

Taburan Pembolehubah dan “outliers”

Data tentang sesuatu pembolehubah yang dikumpul daripada sampel perlu diperiksa dari segi taburan atau distribusinya. Sesuatu distribusi dihuraikan dari segi bentuknya, kecenderungan memusat dan sebaran distribusi. Ukuran kecenderungan memusat (contohnya min dan median) dan ukuran sebaran (contohnya sisihan piawai dan “interquartile range”) merupakan statistik deskriptif tentang sampel.

Bentuk distribusi, sama ada simetri dan normal atau sebaliknya dapat memperlihatkan sejauh mana data tersebut memenuhi syarat-syarat untuk prosedur statistik inferensi. Ini adalah kerana kebanyakan prosedur statistik inferensi memerlukan data yang memenuhi syarat-syarat tertentu. Umpamanya ujian-ujian parametrik biasanya memerlukan distribusi yang normal. Statistik deskriptif yang sesuai digunakan untuk prosedur inferensi juga bergantung kepada bentuk distribusi pembolehubah yang berkenaan. Umpamanya, jika distribusi agak simetri dan normal, min dan sisihan piawai sesuai digunakan sebagai ukur kecenderungan memusat dan sebaran distribusi pembolehubah tersebut. Tetapi, jika ia tidak simetri dan tidak normal, median dan “interquartile range” lebih sesuai sebagai ukur demikian.

Pemeriksaan taburan pembolehubah juga dapat mengesan sama ada terdapat “outliers” yang perlu diteliti. Outliers mempengaruhi min dan sisihan piawai. Setiap outlier perlu diteliti sama ada ia adalah disebabkan oleh kesilapan pengkaji atau pun ia memang data benar tentang peserta kajian yang mungkin bukan daripada populasi kajian. Sekiranya ia bukan disebabkan oleh kesilapan pengkaji dan peserta-peserta tersebut memang daripada populasi kajian, maka data tersebut tidak digugurkan.

Bahagian Pendidikan Guru

26

Page 27: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

Cara yang paling mudah untuk melihat taburan pemboleh ubah ialah melalui rajah. Plot digunakan untuk menilai bentuk taburan. Antaranya ialah:

o Histogram;o Stem and leaf plot;o Box plot.

Perhubungan Antara Dua Pembolehubah

Jika penyelidik ingin mengkaji tentang perhubungan antara dua pembolehubah, maka data perlu diperiksa supaya statistik deskriptif yang sesuai digunakan untuk menghuraikan perkaitan tersebut. Data perlu diperiksa dari segi bentuk dan jenis perkaitan yang wujud antara dua pembolehubah tersebut. Darjah perkaitan antara dua adalah dikenali sebagai korelasi. Cara yang biasa digunakan untuk memeriksa bentuk dan jenis perkaitan antara pembolehubah di mana data adalah jenis parametrik ialah graf “scatterplot”. Untuk data bukan parametrik data dipamerkan dengan jadual dua hala (two-way table)

o Bentuk dan Jenis Hubungan

o Terdapat dua bentuk hubungan, iaitu, bentuk linear dan bentuk bukan linear.

o Bentuk linear merupakan bentuk yang nilai-nilai kedua-dua pembolehubah yang dikaji terletak di dalam kelompok garis lurus.

o Bentuk bukan linear merupakan bentuk yang nilai-nilainya kedua-dua pembolehubah yang dikaji di dalam kelompok berbentuk lengkung linear.

o Hubungan positif – wujud apabila penambahan atau pengurangan nilai pada sesuatu pembolehubah berkait secara langsung dengan penambahan atau pengurangan nilai pada pembolehubah lain.

o Hubungan negatif – wujud apabila penambahan nilai pada sesuatu pembolehubah dengan pengurangan nilai pada pembolehubah lain. Ia juga terbentuk apabila pengurangan nilai sesuatu pembolehubah berkait dengan peningkatan nilai pada pembolehubah lain.

o Tiada hubungan – wujud apabila bentuk taburan nilai-nilai sesuatu pembolehubah dengan nilai-nilai pembolehubah lain tidak dapat ditentukan.

o Pekali Korelasi

o Pekali korelasi digunakan untuk mengukur keteguhan hubungan antara pembolehubah-pembolehubah.

o Nilai-nilai adalah di antara negatif satu dan positif satu (-1 r +1) di mana r disimbolkan sebagai petunjuk sejauh mana kekuatan atau keteguhan di antara satu pembolehubah dengan pembolehubah lain.

o Jenis-jenis Pekali Korelasi

Terdapat lima jenis pekali korelasi yang biasa digunakan dalam syarat-syarat yang berbeza seperti Jadual 3.2 di bawah:

Bahagian Pendidikan Guru

27

Page 28: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

Jadual 3.2 Pekali Korelasi dan Jenis Ukuran Yang Diperlukan Untuk Pembolehubah- Pembolehubah Yang Berkaitan

Pekali Korelasi Ukuran Pembolehubah

Pearson Product Moment Kedua-dua pembolehubah berskala jeda

Spearman Rank Order Kedua-dua pembolehubah berskala ordinal

Point biserial Satu pembolehubah berskala jeda; satu lagi

berskala nominal atau ordinal

Biserial Satu pembolehubah berskala jeda; satu lagi

berskala ordinal

Coefficient of contingency Kedua-dua pembolehubah berskala nominal

3.6.3 Membuat Inferens dan Statistik Inferensi

Statistik inferensi digunakan untuk menguji hipotesis tentang parameter populasi daripada statistik sampel. Tujuannya adalah untuk menguji sama ada sesuatu kesan (contohnya, perbezaan antara kumpulan atau korelasi antara dua pembolehubah) yang diperhatikan dalam sampel dapat dirumuskan kepada populasi. Statistik inferensi digunakan dengan syarat bahawa sampel yang dikaji telah dipilih secara rawak daripada populasi kajian.

Terdapat dua jenis ujian:

Ujian parametrik digunakan jika data adalah jenis data interval dan nisbah. Ujian statistik parametrik mengandaikan bahawa data bertaburan normal.

Ujian bukan parametrik digunakan jika data adalah jenis nominal atau ordinal. Ujian bukan parametrik juga digunakan untuk menganti ujian parametrik jika data jenis interval atau nisbah terlalu jauh daripada bertaburan normal.

3.6.4 Panduan Am Memilih Teknik Statistik

Secara umum soalan-solan kajian boleh dikategorikan kepada dua jenis, iaitu jenis yang memperihal perkaitan antara pembolehubah dan jenis yang memperihal perbandingan antara kumpulan. Teknik statistik yang sesuai bagi setiap jenis soalan ini bergantung kepada bilangan pembolehubah bebas dan bersandar dan juga pembolehubah kawalan. Jadual 3.4 merupakan satu panduan am untuk memilih teknik statistik yang sesuai untuk menanalisis data mengikut jenis soalan kajian, bilangan dan jenis pembolehubah.

Bahagian Pendidikan Guru

28

Page 29: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

Jadual 3.4 Panduan Am Memilih Teknik Statistik (Ubahsuai daripada B.G. Tabachnick & L. S. Fidell,1996)

Bilangan (jenis) Bilangan (jenis)pembolehubah pembolehubah Pembolehubah Teknik

Soalan Kajian bersandar bebas kawalan statistik

Satu (selanjar) Korelasi r

Satu (selanjar) Tiada Multiple RLebih dpdsatu (selanjar)

Ada Sequential Perkaitan antara Multiple Rpembolehubah

Satu (diskrit) Satu (diskrit) Chi-square

Lebih dpd Lebih dpdsatu (selanjar) satu (selanjar) Canonical R

Tiada Ujian t atau ANOVA

Satu (diskrit) sehala

Ada ANCOVASatu (selanjar) Sehala

Tiada ANOVALebih dpd Dua halaSatu (diskrit)

Ada ANCOVAPerbezaan Dua halaAntara kumpulan Satu (diskrit) Satu (diskrit) Chi square

Tiada MANOVASehala

Satu (diskrit)Ada MANCOVA

SehalaLebih dpd Satu (selanjar) Tiada MANOVA

Dua halaLebih dpdSatu (diskrit)

Ada MANCOVADua hala

3.7 Membuat Rumusan

Bahagian Pendidikan Guru

29

Page 30: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

Pertimbangan-pertimbangan penting dalam membuat rumusan metodologi:

1. Rumusan hendaklah dibuat dengan jelas, mudah dan ‘straightforward’. Elakkan daripada menggunakan istilah yang sukar difahami.

2. Catatkan prosedur pengumpulan data dengan jelas dengan memberi penekanan kepada kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian.

3. Tiap-tiap dapatan hendaklah dibincang berdasarkan hipotesis asal atau tema yang berkaitan dengannya.

4. Penyelidik hendaklah membincangkan sama ada dapatan menyokong hipotesis atau sebaliknya. Jelaskan mengapa, jika ianya menyokong atau sebaliknya.

5. Dapatan daripada analisis statistik perlu diintepretasi berdasarkan tujuan dan hipotesis kajian.

6. Bincangkan kemungkinan kesan-kesan daripada dapatan terhadap pembolehubah yang tak dapat dikawal.

7. Setiap rumusan hendaklah berdasarkan pada bukti empirikal (data) yang ada dan tidak berdasarkan pada andaian atau jangkaan penyelidik.

8. Catatkan masalah yang timbul dalam prosedur persampelan, instrumentasi, kutipan data dan analisis data.

Bahagian Pendidikan Guru

30

Page 31: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

PENYELIDIKAN KUALITATIF

4.1 Pengenalan

4.1.1. Konsep Penyelidikan Kualitatif

Penyelidikan kualitatif didefinisikan sebagai suatu proses inkuiri untuk memahami permasalahan sosial, berdasarkan pembinaan gambaran yang holistik terhadap sesuatu situasi, peristiwa atau fenomena yang kompleks. Gambaran ini diperjelas melalui huraian yang dibina secara terperinci berdasarkan pandangan responden. Pendekatan penyelidikan ini sesuai untuk meninjau dan memahami pandangan responden dan menjelaskan proses-proses yang berlaku dalam situasi sebenar. Pendekatan–pendekatan yang biasa dikaitkan dengan penyelidikan kualitatif ialah kajian kes, etnografi, inkuiri naturalistik dan lain-lain lagi.

4.1.2. Ciri-ciri Penyelidikan Kualitatif

Penyelidikan kualitatif mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Ciri-ciri tersebut dapat membezakannya daripada penyelidikan kuantitatif. Antara cirri yang berkaitan adalah seperti yang berikut:

i. Penyelidik merupakan alat kajian utama untuk mengumpul data dalam situasi yang sebenar;

ii. Penyelidikan kualitatif bersifat deskriptif untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku dengan meneroka permasalahan dalam fenomena yang dikaji. Data kajian boleh dalam bentuk naratif dan gambar. Dapatan kajian boleh mengandungi sedutan-sedutan kata responden yang dipetik daripada transkrip temu bual responden, nota kerja lapangan, pita video, gambar, dokumen peribadi, memo dan rekod rasmi;

iii. Pengumpulan data dilaksanakan secara berterusan kerana penyelidikan ini memberi penekanan kepada proses dan hasil kajian;

iv. Penganalisisan data dilakukan secara induktif. Matlamat penyelidik bukan untuk menguji atau mengesahkan hipotesis, tetapi membina kesimpulan daripada data yang dikutip, dan;

v. Membuat tafsiran adalah proses paling penting dalam penyelidikan kualitatif kerana penyelidik berhasrat untuk mengetahui dan memahami perspektif responden terhadap sesuatu fenomena yang dikaji. Ketepatan penakrifan bergantung kepada tahap pemahaman penyelidik terhadap budaya responden.

4.2 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk penyelidikan kualitif adalah luwes. Ia merangkumi prosedur-prosedur perancangan hinggalah kepada pelaporan untuk memahami serta menjelaskan proses-proses yang berlaku. Namun begitu, ia tetap saintifik kerana segala prosedur berkaitan perlu dilaksanakan dengan teliti,cuma prosesnya tidaklah terlalu ketat. Kadang-kadang ia boleh diulang-ulang sepanjang proses penyelidikan.

4.2.1 Jenis Penyelidikan Kualitatif

(i) Apakah jenis penyelidikan kualitatif yang boleh digunakan dalam konteks maktab perguruan?

Jenis penyelidikan kualitatif yang sesuai digunakan dalam konteks maktab adalah seperti berikut:

Kajian kes Penyelidikan tindakan Analisis kandungan

Bahagian Pendidikan Guru

31

Page 32: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

Selain daripada ini, terdapat jenis-jenis penyelidikan yang lain tetapi memerlukan masa yang panjang bagi perlaksanaan, seperti

Anthropologi Ethnografi Kajian Sejarah Biografi

4.2.1.1 Kajian Kes

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan kajian kes?

Dalam kajian kes, pemilihan perkara yang dikaji dilakukan berdasarkan minat khusus dan, bukannya berdasarkan kaedah inkuiri yang digunakan (Stake, 1994). Oleh sebab ia merupakan suatu inkuiri empirikal yang mengkaji fenomena semasa dalam lingkungan konteks kehidupan sebenar, maka ia adalah suatu strategi penyelidikan komprehensif, bukannya suatu tektik pengumpulan data (Yin, 1994). Namun begitu, ia juga merupakan kajian tentang suatu sistem yang terbatas, melibatkan penyelidikan tentang suatu detik pada waktu tertentu (Adelman, Jenkin & Kemmis, 1980). Di samping itu, ia juga boleh berupa suatu penelitian mendalam terhadap sesuatu keadaan, atau suatu bentuk dokumen yang tersimpan atau suatu peristiwa tertentu (Meriam, 1988).

(ii) Bagaimanakah cara untuk menentukan sesuatu kes?

Kes didefinisikan sebagai suatu fenomena yang berlaku dalam suatu konteks tertentu dengan lingkungan atau sempadan yang tersendiri. Individu atau aspek tertentu dalam sepadan berkenaan dipilih sebagai fokus kajian untuk menghuraikan fenomena yang menjadi kes. Maka, kes merupakan suatu unit analisis dalam sesuatu kajian kes.

Sempadan Fokus

Rajah 1: Kes

Contoh :

Kes ialah kerja Cik Mariam sebagi seorang pensyarah di MP Teknik, Kuala LumpurFokus ialah Cik MariamSempadan konteks ialah kerja sebagai seorang pensyarah di MP Teknik

(iii) Bilakah kajian kes digunakan?

Pada umumnya, kajian kes digunakan untuk menjawab soalan kajian yang bertujuan untuk menghuraikan “bagaimana” atau ` “mengapa” tentang sesuatu fenomena. Pemilihan kajian kes juga dipengaruhi oleh

Bahagian Pendidikan Guru

32

Page 33: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

kawalan penyelidik ke atas peristiwa atau fenomena yang dikaji. Sekiranya peristiwa atau fenomena sukar dikawal oleh penyelidik, maka kajian kes lebih sesuai. Di samping itu, kajian kes juga sesuai sekiranya fokus kajian ialah fenomena kontemporari dalam konteks kehidupan sebenar (Yin, 1994).

(iv) Mengapa sesuatu kes dikaji?

Sesuatu kes dikaji untuk beberapa tujuan. Pertama, sesuatu kes dikaji untuk mendapat kefahaman yang mendalam tentang suatu kes yang menarik (cth. Bread and Dreams : A case Study of Bilingual Schooling in the USA oleh MacDonald, Aldelman, Kushner & Walker, 1982). Kajian kes untuk tujuan ini juga disebut kajian kes intrinsik. Kedua, penelitian terhadap sesuatu kes dilakukan untuk memberi celik akal tentang sesuatu fenomena dan isu, atau untuk tujuan pemurnian teori (cth. Middletown: A Study in American Culture oleh Lynd & Lynd, 1929; Boys in White : Student Culture in Medical School oleh Becher, Green, Hughes & Strauss, 1961). Kajian kes jenis ini dikenali sebagai kajian kes instrumental. Di samping itu, kajian kes juga dilakukan untuk pemahaman yang meluas dengan memanjangkan kajian kepada beberapa kes (cth. Innovation up close ; How School Improvement works oleh Huberman & Miles, 1984). Kajian kes seperti ini turut dikenali sebagai kajian kes kolektif.

(v) Apakah jenis kajian kes yang boleh digunakan?

Kajian kes terbahagi kepada tiga jenis, iaitu Kajian Kes Penerokaan, Kajian Kes Deskriptif (cth. Street Corner Society oleh Whyte, 1943) dan, Kajian Kes Penerangan (cth. Essence of Decision: Explaining the Cuban Missile oleh Allison, 1971). Salah satu daripada jenis tersebut boleh digunakan berdasarkan kesesuaiannya dengan tujuan kajian.

(vi) Bagaimanakah cara menjalankan kajian kes?

Proses pelaksanaan kajian kes melibatkan langkah-langkah sistematik yang khusus. Setiap langkah perlu diikuti dengan teliti bagi membolehkan suatu kajian mendalam dilakukan. Hal ini perlu kerana kajian kes melibatkan suatu lingkungan atau konteks khusus yang biasanya terbatas. Tanpa pelaksanaan yang teliti dan sistematik peluang untuk mendapat data yang secukupnya mungkin tidak tercapai.

Pertama, data tentang latar belakang konteks kes perlu diperoleh sepenuhnya, seperti bentuk kes, latar belakang sejarah, konteks fizikal, konteks sosial, ekonomi dan politik, lain-lain yang berkaitan dan, pemberi maklumat tentang kes kajian (Stake, 1994). Kedua, data yang dikumpulkan perlu dianalisis dan diinterpretasi. Proses ini membolehkan data diurus dan dikelompok-kelompokkan untuk menunjukkan pola atau tema tertentu. Ketiga, daripada data yang dikelompok-kelompokkan itu, rumusan kajian dibina. Akhir sekali, keseluruhan laporan kajian ditulis mengikut suatu format yang sesuai

4.2.1.2. PENYELIDIKAN TINDAKAN

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan Penyelidikan Tindakan?

Penyelidikan tindakan adalah suatu bentuk inkuiri refleksi kendiri seseorang dalam situasi sosial dengan tujuan memperbaiki dan menjustifikasikan amalan sosial kendiri, kefahaman tentang amalan itu, situasi dan institusi untuk mengubah suai amalan (Kemmis, 1988;42)

Bahagian Pendidikan Guru

33

Page 34: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

Di samping itu, ia juga merupakan suatu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan bidang pendidikan dengan guru melaksanakan inkuiri kendiri dan, seterusnya menggalakkan guru menjadi lebih sedar dan kritis terhadap amalan kendiri dan lebih bersedia untuk mengubah amalan itu (McNiff,1988: 9)

(ii) Apakah prinsip-prinsip penyelidikan tindakan?

Penyelidikan tindakan membawa hasrat untuk mempertingkat amalan pendidikan agar pengajaran dan pembelajaran sentiasa berkualiti. Untuk mencapai hasrat itu, penyelidikan tindakan perlulah dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip khusus.

Penyelidikan tindakan dilaksanakan dengan tujuan untuk meningkatkan kefahaman penyelidik tentang masalah yang dihadapi. Penelitian terhadap masalah yang dihadapi dapat memberikan pengetahuan dan kefahaman yang memungkinkan seseorang melakukan langkah pembaikan. Proses pembaikan itu perlulah diteruskan secara lingkaran berasaskan refleksi kendiri. Proses refleksi yang sentiasa dilakukan membolehkan penilaian berlaku secara berterusan. Dengan sendirinya, ia juga memerlukan langkah pembaikan yang berterusan untuk mempertingkat kualiti. Dengan kata lain, penyelidikan tindakan akan sentiasa dilakukan. Dalam proses penyelidikan tindakan, penyelidik bertindak sebagai peserta dan pengkaji yang mengumpul maklumat. Ini bermaksud pengkaji terlibat sepenuhnya dalam konteks kajian. Keadaan ini membolehkan penyelidik untuk terus terlibat dalam kajian dan dapat bertukar-tukar pendapat dan berkongsi dapatan kajian dengan peserta sehingga keputusan kajian diperoleh.

Di samping itu, tindakan kolaboratif dan perbincangan di kalangan penyelidik juga dipentingkan. Langkah ini dapat mempertingkat kelancaran dan ketepatan keputusan yang dibuat. Pada masa yang sama, ia juga menjamin keesahan dan kebolehpercayaan hasil penyelidikan. Penyelidikan tindakan juga hendaklah bertumpu kepada suatu konteks yang spesifik, iaitu dalam situasi tempat berlakunya atau timbulnya masalah. Seterusnya, hasil penyelidikan tindakan dilaporkan dengan menggunakan strategi kajian kes, iaitu untuk menceritakan apa yang berlaku. Akhir sekali, setelah penyelidikan dijalankan, perubahan kendiri dan persekitaran sosial seharusnya berlaku kerana ini merupakan tujuan utama penyelidikan tindakan.

(iii) Bilakah Penyelidikan Tindakan digunakan?

Penyelidikan tindakan digunakan untuk memahami secara mendalam persekitaran dan keadaan yang menimbulkan keraguan dalam pelaksanaan tugas. Dalam bidang pendidikan, pelbagai aspek seperti pengajaran dan pembelajaran, pelaksanaan program, penggunaan bahan, penerapan kemahiran berfikir umpamanya, boleh menimbulkan pelbagai masalah pelaksanaan. Di samping itu, penyelidikan juga sesuai sekiranya masa yang boleh diperuntukkan untuk penyelidikan agak terbatas. Oleh sebab penyelidikan bertumpu kepada suatu aspek amalan yang khusus, maka ia dapat diselesaikan dalam masa yang lebih singkat. Penyelidikan memerlukan peruntukan kewangan. Sebagai suatu penyelidikan yang khusus tentang suatu skop yang lebih kecil, penyelidikan tindakan dapat berperanan apabila peruntukan kewangan untuk penyelidikan adalah terhad. Di samping itu, penyelidikan tindakan juga sesuai apabila usaha kolaboratif di kalangan guru diperlukan untuk mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah. Atau, ia digunakan sebagai suatu alat untuk membina kolaborasi antara guru.

(iii) Mengapakah Penyelidikan Tindakan digunakan?

Penyelidikan tindakan dilaksanakan untuk meningkatkan kefahaman serta kesedaran kendiri penyelidik tentang sesuatu masalah dalam bilik darjah. Di samping itu, ia juga digunakan untuk memperkenalkan inovasi dan pembaharuan dalam usaha meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Ia juga dijalankan untuk melakukan perubahan terhadap amalan dan keadaan persekitaran tertentu. Tidak kurang pentingnya, penyelidikan tindakan juga bertujuan untuk membolehkan guru, yang terlibat dalam inkuiri

Bahagian Pendidikan Guru

34

Page 35: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

refleksi amalan kendiri ini memperbaiki dan mengubah amalan masing-masing. Seterusnya, guru yang terlibat dalam inkuiri kendiri dan kolaborasi dengan guru lain dapat meningkatkan kefahaman dan kerjasama bagi menggalakkan penyelidikan dengan guru dan, bukannya ke atas guru.

(iv) Bagaimanakah masalah kajian dalam penyelidikan tindakan ditentukan?

Dalam penentukan masalah kajian, faktor-faktor yang berikut perlu diambil kira:

Projek tidak mengganggu tugas mengajar; Kaedah pengumpulan data tidak membebankan dari segi masa; Kaedah pengumpulan data mesti menghasilkan maklumat yang boleh dipercayai dan sah; Penyelidik terlibat secara langsung dengan masalah berkenaan dan ia boleh ditangani, dan; Mempertimbangkan standard dan etika guru/pendidikan/penyelidikan.

(v) Bagaimanakah penyelidikan tindakan dijalankan?

Pelaksanaan penyelidikan tindakan dilakukan dalam 5 peringkat:

Peringkat 1 : Mengenal pasti amalan yang bermasalah/ menentukan fokus

Menentukan amalan pendidikan yang ingin diteliti Memilih amalan yang selalu mengganggu dan menyebabkan rasa tidak puas hati atau dirasai

bahawa ada sesuatu yang kurang tepat dalam pelaksanaannya Mempunyai keyakinan dan kepercayaan bahawa amalan perlu dan boleh dipertingkatkan Mengumpul data awal untuk memastikan amalan yang ingin dikaji betul-betul bermasalah

Peringkat 2 : Perancangan dan Tindakan

Meneliti masalah yang ingin dikaji dan mengenal pasti struktur yang membina situasi yang dikaji Menentukan matlamat tindakan adalah jelas Memastikan sebab-sebab tindakan tertentu diambil Menyenaraikan tindakan-tindakan yang dirancang secara terperinci Menyatakan kriteria penilaian dengan petunjuk keberkesanan/kejayaan tindakan dengan jelas

Peringkat 3 : Tindakan/Pelaksanaan

Melaksanakan tindakan yang dirancang Memastikan prosedur dan urutan tindakan dipatuhi Melaksanakan prosedur dengan teliti Merekodkan proses dengan sistematik

Peringkat 4:

(i) Pengumpulan Data

Proses pengumpulan data boleh dilakukan dengan menggunakan pelbagai kaedah, termasuklah:

Rekod anekdot Nota kerja lapangan Analisis dokumen Penulisan jurnal reflektif

Bahagian Pendidikan Guru

35

Page 36: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

Pemerhatian Soal selidik Portfolio Log / catatan

(ii) Menyemak data

Data yang dikumpulkan perlu disemak untuk menentukan keesahan dan kebolehpercayaannya. Suatu cara yang sering digunakan bagi jenis-jenis data yang disebutkan ialah triangulasi. Triangulasi boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, seperti triangulasi masa, kaedah, sumber dan penyelidik.

Triangulasi masa bermaksud proses pengumpulan data ke atas sesuatu sumber yang dilakukan dalam suatu tempoh atau jangka masa yang panjang. Proses ini memberi peluang kepada penyelidik untuk meneliti proses tertentu dalam kekerapan yang agak tinggi. Keadaan ini memberi peluang kepada penyelidik untuk betul-betul memahami keadaan yang diteliti. Pada masa yang sama, penyelidik dapat menilai ketepatan data yang dikumpulkan.

Triangulasi kaedah terbahagi kepada dua jenis, iaitu triangulasi antara kaedah dan triangulasi dalam kaedah. Triangulasi antara kaedah merujuk kepada proses pengumpulan jenis data yang berlainan daripada subjek kajian yang sama. Dengan kata lain, proses ini menghasilkan beberapa jenis data tentang subjek kajian yang sama. Triangulasi dalam kaedah pula merupakan proses menggunakan kaedah yang sama ke atas subjek kajian atau situasi yang berlainan. Proses ini menghasilkan satu jenis data bagi beberapa subjek atau konteks kajian.

Sementara itu, triangulasi sumber pula adalah proses mendapatkan maklumat dan pandangan daripada sumber-sumber informasi yang berlainan. Proses ini menghasilkan satu-satu jenis data daripada pelbagai sumber.

Triangulasi penyelidik pula merupakan proses pengumpulan data menggunakan lebih daripada seorang penyelidik untuk mengumpul data. Proses ini akan menghasilkan beberapa set data yang boleh dinilai kesejajarannya dengan tujuan kajian. Walau bagaimanapun, keselarasan strategi, pengetahuan dan kemahiran penyelidik atau pembantu penyelidik yang terlibat perlu dipastikan.

(iii) Penganalisisan data

Langkah 1

Data yang dikumpulkan perlu dianalisis, iaitu dibaca dan diteliti satu persatu. Dengan berbuat demikian, penyelidik dapat mengingat kembali peristiwa dan pengalaman yang berkaitan. Proses membaca juga akan mendedahkan status kesempurnaan data. Sekiranya ada data yang tidak lengkap, tindakan susulan boleh diambil.

Langkah 2

Selepas membaca dan meneliti data, langkah seterusnya adalah memilih data yang bersesuaian dengan kajian. Dalam proses ini, data ditapis untuk memilih fakta yang penting dan menonjol dari segi kekerapannya. Kemudian, data tersebut dihimpunkan mengikut kategori atau tema tertentu yang dibina berdasarkan kewujudannya dalam data yang terkumpul. Dengan membahagikan data kepada kategori, data yang pelbagai lagi kompleks lebih mudah diuruskan. Langkah 3

Data yang telah dikategorikan ke dalam pelbagai kelompok perlu dipaparkan dalam suatu bentuk persembahan yang mudah difahami. Bentuk persembahan perlulah lengkap dan mencakup keseluruhan

Bahagian Pendidikan Guru

36

Page 37: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

persoalan yang ditangani dalam kajian berkenaan. Dalam persembahan itu, segala hubung kait dan perkaitan antara kategori perlu dinyatakan dengan jelas bagi memperlihatkan keseluruhan fenomena. Untuk itu, pelbagai bentuk grafik yang sesuai, seperti jadual, matriks, carta, carta aliran, graf dan seumpamanya boleh digunakan.

Langkah 4

Langkah seterusnya adalah menginterpretasi data untuk membuat kesimpulan. Melalui proses ini hubungan/perkaitan antara data dapat dibina. Seterusnya, usaha merangkakan teori/model untuk menjelaskan situasi dapat dilakukan.

Peringkat 5: Refleksi

Refleksi merupakan proses mengimbas kembali sesuatu yang dialami atau dilakukan supaya kebaikan dan kelemahan pengalaman tersebut dapat dimanfaatkan untuk mempertingkatkan prestasi. Proses ini dilakukan berpandukan data yang diperoleh daripada pengalaman tersebut. Sekiranya tindakan yang dirancangkan tidak berjaya, lingkaran proses diulangi. Dalam hal ini, penilaian terhadap langkah-langkah yang telah dijalankan sebelum itu perlu dilakukan. Ini bertujuan untuk membolehkan pengubahsuaian dilakukan untuk memastikan penyelidikan ulangan yang dijalankan lebih berjaya.

4.2.1.3. Analisis Kandungan

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan analisis kandungan?

Analisis kandungan ialah teknik untuk mengumpul dan analisis kandungan teks (Neuman 1991:272)

(ii) Apakah perbezaan antara teks dan kandungan?

Teks meliputi sebarang bahan bertulis, visual atau percakapan yang berfungsi sebagai media komunikasi. Antara contohnya ialah buku, laman web, karangan, temu ramah, perbincangan, tajuk-tajuk akhbar ataupun artikel, dokumen sejarah, ucapan, iklan, pementasan, perbincangan rasmi, malah sebarang bentuk perhubungan yang menggunakan bahasa.

Kandungan merujuk kepada perkataan, makna, gambar-gambar, simbol-simbol, idea-idea, tema atau sebarang mesej yang terkandung dalam teks tertentu.

(iii) Bilakah analisis kandungan digunakan?

Analisis kandungan biasanya digunakan untuk:

mengkaji masalah tentang teks yang bersiri; mengkaji satu-satu topik yang telah berlalu, misalnya dokumen sejarah, hasil penulisan orang yang

telah tiada dan lain-lain, dan; mengkaji mesej dalam satu-satu teks yang sukar dikaji sekiranya menggunakan pemerhatian

umpamanya, kerana kewujudan elemen emosi, pemikiran, bias penulis yang mungkin tidak dapat dilihat secara visual tetapi boleh dianalisis melalui bahan penulisannya.

Bahagian Pendidikan Guru

37

Page 38: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

(iv) Apakah jenis teks pendidikan yang boleh dilakukan analisis kandungan?

Kebanyakan teks yang digunakan untuk tujuan pendidikan di sekolah/maktab boleh digunakan, seperti:

Bahan kurikulum, seperti sukatan pelajaran Buku teks Dokumen Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran

(v) Bagaimana melaksanakan analisis kandungan?

Langkah 1: Baca data, iaitu membaca teks dan meneliti kandungannya Langkah 2: Memilih dan mengekod data ke dalam beberapa kategori berdasarkan pelbagai tahap

seperti perkataan, makna perkataan, frasa, ayat, perenggan atau tema Langkah 3: mempamerkan data dalam bentuk matriks, graf, carta atau rangkaian yang

membolehkan kesimpulan dibuat Langkah 4: membuat kesimpulan dengan menentukan pola, tema, membanding membeza,

mengira, mengkategori dan mengesahkan kesimpulan dengan triangulasi, menyemak penerangan yang bercanggah, mendapat maklum balas daripada responden, menyemak perwakilan, menyemak untuk kesan-kesan penyelidik dan menilai bukti.

4.2.2. Persampelan

(i) Mengapakah persampelan penting dalam penyelidikan kualitatif?

Persampelan adalah penting kerana ia menentukan keesahan interpretasi dan, terutamanya keupayaan generalisasi.

(ii) Berapa besarkah saiz sampel yang sesuai?

Jumlah individu dan kes yang harus dilibatkan dalam kajian kualitatif perlu diambil perhatian. Dalam penyelidikan kualitatif, persampelan bukan melibatkan soal penghasilan kuantiti per se tetapi ia mengutamakan soal kualiti dan jenis maklumat yang dihasilkan. Biasanya sampel yang terlibat adalah kecil, iaitu antara 1 hingga 5 responden atau kes. Jumlah ini dianggapkan sesuai untuk memungkinkan pemahaman yang mendalam.

(iii) Apakah konteks dan sampel dalam penyelidikan sosial dan pendidikan?

Komuniti, seperti kawasan spesifik, kumpulan sosial yang sama tujuan, ruang sosial yang tertutup, Orang, seperti guru, pelajar, pengetua Institusi, seperti keluarga, gereja, media, kerajaan Organisasi, seperti sekolah, kelab remaja, kolej, syarikat komersial, industri Kumpulan informal, seperti gang, kumpulan persahabatan, Program, seperti projek rintis, eksperimen, program makanan, program kesihatan, sistem atau

organisasi terhad, program sementara

Bahagian Pendidikan Guru

38

Page 39: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

(iv) Apakah jenis persampelan yang boleh digunakan dalam penyelidikan kualitatif?

Persampelan mudah: melibatkan pemilihan individu paling terdekat atau senang didapati. Proses ini berterusan sehingga saiz sample yang dikehendaki diperolehi.

Persampelan purposive : penyelidik memilih sendiri responden berasaskan ciri-ciri tertentu yang memenuhi keperluan spesifik kajian.

Persampelan snowball : penyelidik mengenal pasti sekumpulan kecil individu yang mempunyai ciri-ciri tertentu yang dikehendaki. Kemudian, mereka berfungsi sebagai pemberi maklumat untuk mengenal pasti orang lain yang sesuai dijadikan sampel dan proses ini berlaku secara berterusan sehingga difikirkan mencukupi oleh penyelidik.

(v) Apakah bias dalam persampelan yang boleh mempengaruhi keesahan maklumat?

Tidak mewakili ciri-ciri demografi dan budaya dalam situasi berkenaan Berfokus kepada satu bahagian hiraki dan mengabaikan yang lain Tidak memasukkan peristiwa atau aktiviti yang mencirikan konteks dan, tidak sedar tentang

beberapa faktor dan pengecualian yang lain Penumpuan melampau terhadap yang eksotik atau dramatik dan mengecualikan yang biasa Tidak memberi perhatian yang mencukupi terhadap pemilihan masa atau tidak menyedari

penyelididkan dipengaruhi masa Hanya berbual dengan orang yang disukai atau senang ditemui Terlampau menghargai sumbangan orang tertentu kerana kesesuaian, tarikan, persahabatan dll. Kegagalan untuk mengambil kira non-response dan membezakan sampel yang dikehendaki

dengan sampel yang diperoleh

4.2.4. Kajian Rintis

4.2.4.1 Mengapa kajian rintis penting?

Kajian rintis merupakan suatu usaha untuk membantu penyelidik untuk mendapatkan gambaran/maklumat awal tentang penyelidikan yang akan dilakukan.

Kajian rintis merupakan suatu aspek dalam reka bentuk kajian yang dilakukan untuk menguji kumpulan atau individu lain yang tidak akan terlibat dalam kajian sebenar – melalui temu bual, kumpulan fokus, pemerhatian atau rakaman audio.

Kajian rintis tidak dapat dilakukan dalam semua konteks, contohnya dalam ethnografi. Kajian rintis pada awal penyelidikan dapat membantu mengenal pasti masalah. Individu atau group atau lokasi yang dilakukan kajian rintis perlu dapat dapat menggambarkan atau

mewakili konteks kajian yang sebenar. Kajain rintis mestilah dirancang dengan baik. Data daripada kajian rintis tidak boleh digunakan sebagai data dalam kajian sebenar.

4.2.5. Kaedah Pengumpulan Data

4.2.5.1 Pemerhatian

Kaedah pengumpulan data secara terus/langsung Boleh digunakan untuk memperoleh data kuantitatif dan kualitatif Boleh menggunakan pendekatan naturalistik atau eksperimen Memberi ruang kepada pengkaji untuk memainkan pelbagai peranan ketika pemerhatian

Bahagian Pendidikan Guru

39

Page 40: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

Perlu dingat, “dari suatu segi, semua kajian melibatkan pemerhatian kerana kita tidak dapat meneliti dunia sosial tanpa menjadi sebahagian daripadanya (Atkinson & Hammersley 1994, dlm. Denzin & Lincoln, ms. 249).

Jenis-Jenis Pemerhatian

A. Pemerhatian Turut Serta

Pemerhatian turut serta boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu peserta penuh, peserta sebagai pemerhati dan peserta marginal.

Peserta penuh – identiti penyelidik dirahsiakan; melibatkan soal etika tetapi mungkin itulah caranya untuk meneliti situasi tertentu

Peserta sebagai pemerhati – mendedahkan identiti dan cuba mendapatkan Kepercayaan peserta kajian utama; menggunakan peranan sebagai peserta dan Pemerhati untuk mengumpulkan data.

Peserta marginal - pemerhatian dilakukan secara bersahaja tanpa disedari orang lain, tanpa dianggap menceroboh. Tetapi, penyelidik perlu memastikan peranannya pada pandangan orang lain apabila menggunakan teknik ini.

B. Pemerhati sebagai Peserta Teknik ini turut dikenali sebagai pemerhatian tidak turut serta, tetapi ia sebenarnya agak mustahil. Penyelidik juga tidak terlibat secara langsung dalam aktiviti tetapi identiti dan kadang-kadang sesetengah aspek tentang tujuan kajian turut diketahui umum atau oleh sesetengah orang.

Cara Pengumpulan Data Pemerhatian

Beberapa cara yang berkaitan adalah seperti yang berikut:

Catatan lapang tak berstruktur Jadual pemerhatian berstruktur Skema pengekodan berasaskan soalan kajian Senarai semak Rakaman peristiwa (cth. Apabila wanita bercakap; apabila pelajar masuk ke kelas) Persampelan waktu (cth. memerhatikan tempat kerja, pusat membeli-belah, GERKO maktab – pada waktu yang berlainan)

Apa yang boleh diperhatikan?

Perlakuan non-verbal Penggunaan ruang Interaksi lisan, cth. siapa bercakap, penggiliran, siapa mencelah, siapa bernada tinggi atau lembut Kandungan dan struktur bahasa

Apa yang perlu difikirkan sebelum melaksanakan pemerhatian ?

Peranan/identiti penyelidik Lokasi, situasi dan konteks kajian; waktu; ruang; tempat Kebenaran, akses untuk menjalankan kajian, rundingan, persetujuan Membentuk hubungan, kerjasama, penerimaan, kepercayaan

Bahagian Pendidikan Guru

40

Page 41: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

Apa yang diperlukan/dikehendaki? Cara memperoleh data; sumber data; siapa terlibat; bila; di mana Isu-isu etika – kebolehpercayaan, keesahan

Merekodkan data pemerhatian

Rekodkan dengan serta-merta atau secepat mungkin Semak catatan secepat mungkin untuk meneliti/menambah/membaiki, terutamanya kalau

penulisan akan dilaksanakan secara naratif Masukkan petanda-petanda insiden, peristiwa, proses Masukkan perkara yang tertinggal kemudian Masukkan interpretasi/idea ke dalam catatan lapangan Gunakan memo sebagai peringatan untuk mengumpulkan data tertentu Sedia suatu diari lapangan

*Perlu sedar bahawa kita mungkin tertinggal sesuatu jangan berfokus kepada kelompok peserta yang dianggap relevan sahaja

Bilakah pemerhatian sesuai?

Atas alasan epistemologi atau ontologikal Kajian eksploratori Kajian etnografi Kumpulan kecil Proses atau peristiwa yang singkat Peristiwa rutin/kebiasaan Aktiviti yang dapat diperhatikan Masa yang lama

Kelebihan/Kekuatan Teknik Pemerhatian

Bersifat langsung/terus Dapat memaksimum pengumpulan data dalam konteks Data muncul/timbul, bukan dikeluarkan Membantu dalam meneliti kandungan/struktur penggunaan bahasa Menimbulkan elemen non-linguistik dalam interaksi lisan Dapat digunakan dalam kehidupan Kurang mengancam

Kekurangan

Kesan penyelidik sukar disingkirkan Merekodkan pemerhatia boleh menyukarkan Sukar untuk memisahkan pengumpulan daripada penginterpretasian data Pengasingan penyelidik daripada kajian boleh berlaku memakan masa Memerlukan latihan terlebih dahulu Sering berdepan dengan isu kebolehpercayaan, keesahan, kesahihan Keraguan dari segi etika

4.2.5.2 Temu Bual

Secara umum temu bual adalah perbualan yang terbimbing dan berfokus.

Bahagian Pendidikan Guru

41

Page 42: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

Pertemuan antara penyelidik dengan peserta kajian, dengan penyelidik bertanyakan siri soalan yang relevan dengan fokus kajian (Ackroyd & Hughes 1992: 100)

Selalunya dicipta dan bukan semula jadi, tetapi hubungan mesra boleh terbina antara kedua-duanya

Temu bual membekalkan sebahagian gambaran sahaja berbanding dengan kaedah pengumpulan data kualitataif lain kerana konteks sebenar tidak dirangkum dalam temu bual (boleh menimbulkan masalah kebolehpercayaan dan keesahan)

Tujuan Temu Bual

Dalam kajian kualitatif, temu bual merupakan berikut:

Proses pengumpulan data tentang perkara yang tidak dapat diperhatikan (kepercayaan, prinsip pegangan) atau perkara yang sukar diperoleh (dokumen, diari)

Suatu strategi untuk saling semakan dan elucidating data yang dikumpulkan daripada sumber lain (pemerhatian, dokumen, jurnal)

Kaedah untuk meninjau dan mengesahkan perspektif peserta kajian utama Strategi untuk memperoleh data sejarah kehidupan

Teknologi temu bual

Kaset perakam

o Paling biasa digunakan, tetapi rakaman perlu ditranskripsikan o Elok kalau ada mikrofon yang disambungkan ke perakam o Letakkan dekat dengan peserta kajiano Pastikan aras bunyi (volume) sesuaio Pastikan ada baterio Pastikan alat perakam dan keset diperiksa/disediakan lebih awalo Pastikan rakaman berjalan lancar; pastikan dari semasa ke semasa; o Dengar rakaman secepat mungkin dan masukkan bahagian yang tertinggal jika ada

Menulis catatan

o Boleh dilakukan tetapi sukar untuk menulis pada masa memandang peserta kajian (terutama temu bual tak berstruktur)

o Pertimbangan tentang apa yang perlu/tidak mengganggu proses penulisano Sangat relevan kalau data non-verbal diperlukan

Kamera Video

o Boleh memngganggu proses temu bual; sesetengah o Orang tidak selesa o Minta izin dahulu – mungkin tidak bersetuju, fikirkan o Kaedah laino Sesuai untuk perbincangan kumpulan – ada ruang menentukan peserta ketika menulis

catatano Berguna dalam merakamkan interaksi verbal dan non-verbalo Melibatkan penganalisisan yang kompleks

Penggunaan telefon

Bahagian Pendidikan Guru

42

Page 43: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

o Sesuai kalau jarak peserta dengan penyelidik jauh, terlalu sibuk, orang berstatus tinggio Petanda non-verbal tidak diperoleho Rakaman audio boleh dilakukan o Perbualan boleh juga dirakamkan

E-mail

o Berguna dalam kedudukan yang berjauhano Gunakan soalan terbuka supaya tidak menjadi soal selidiko Peserta boleh mengambil masa untuk respono Boleh dipindahkan terus ke dalam fail tertentu

* Walau apa pun cara yang digunakan, elok dicatatkan refleksi terhadap proses temu bual, begitu juga dengan andaian, pendapat dan ramalan yang terlintas di fikiran berasaskan kandungan temu bual yang dijalankan.

Bentuk Temu Bual

Berstruktur - mempunyai jadual khusus, soalan disediakan dalam urutan; digunakan dengan meluas dalam tinjauan dan kajian pasaran

Separa-berstruktur - soalan spesifik disediakan dan ditanyakan tetapi pencungkilan dilakukan dengan bebas ke atas jawapan yang diberikan; sesuai untuk individu dan kumpulan

Tidak berstruktur – penyelidik boleh meneroka dan melakukan pencungkilan dengan bebas; perlu ada kerangka atau senarai tema atau topik yang dikehendaki; sesuai untuk individu atau kumpulan (kumpulan fokus); penyelidik perlu mahir

Kumpulan fokus

o Apakah temu bual kumpulan fokus?

Temu bual diinisiasi oleh penyelidik; selalu digunakan untuk kajian pasaran dan parti politik

Terletak antara temu bual individu dengan pemerhatian kumpulan secara naturalistik Selalunya berfokuskan tema tertentu atau suatu set isu khusus Perbincangan dikawal moderator Data diperoleh daripada interaksi antara ahli kumpulan, bukan antara penyelidik dan ahli

kumpulan

o Bilakah sesuai?

Untuk menjelajah isu yang kurang dikaji atau untuk memperoleh idea tentang sesuatu yang kontroversial atau spesifik

Apabila peluang untuk temu bual individu terbatas, kurang sesuai, memerlukan banyak masa atau sukar diuruskan

Suatu kaedah ekonomikal kerana boleh mendapat data verbal dengan banyak Apabila pemerhatian turut serta tidak dapat membekalkan data secukupnya atau kurang

sesuai Kepelbagaian idea dan pandangan diperlukan daripada sekumpulan manusia Idea awal yang menyeluruh diperlukan sebelum alat kajian lain digunakan Sebagai sebahagian daripada penyelidikan pelbagai-kaedah Sebagai suatu kaedah

Perancangan Temubual

Bahagian Pendidikan Guru

43

Page 44: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

Sumber yang ada – masa, kewangan, pembantu, Berapa kumpulan? 3 hingga 5 (Morgan 1997) Ahli kumpulan? terlalu kecil kurang dinamik; terlalu besar? Heterogenous/pelbagai; persampelan teoretis atau rawak? Pemilihan peserta? Di manakah tempat yang sesuai? Sesi perbincangan berapa lama? Perbincangan tidak berstruktur, berstruktur, terbimbing? Cara merakamkan data? Ada ujian pra dan pasca?

Pelaksanaan Temubual

Penguasaan ahli kumpulan tentang isu harus mencukupi (tidak wajar terlalu difokuskan) Peserta seharusnya memberikan data yang spesifik – ada bukti, konkrit, pengalaman Menggalakkan perbincangan yang mendalam Mempertimbangankan pengalaman peribadi peserta dan perspektif mereka (Merton et al 1990) Peraturan perbincangan perlu dibina dan persetujui Memantau, mengawal dan mengarah perbincangan dengan bijaksana Buat catatan yang sesuai Mencelah dengan bijaksana

Kekuatan temubual

Mengizinkan pemerhatian tentang interaksi kumpulan dalam suatu situasi terkawal Sesuai bagi tema/topik yang kurang berstruktur Penting bagi kajian eksploratori Membolehkan penyelidik untuk menghasilkan banyak data bagi suatu topik khusus Cepat dan mudah dilaksanakan (menguruskan peserta boleh menjadi sukar) Peserta lebih bebas untuk memberi dan menegaskan idea daripada temu bual perseorangan Dapat membekalkan data yang banyak dan mendalam Luwes

Kekurangan temubual

bergantung sepenuhnya kepada interaksi kumpulan tidak naturalistik tetapi dicipta penyelidik mungkin tidak sesuai untuk sesetengah tajuk peserta mungkin mengarahkan perbincangan ke arah lain yang tidak relevan sesetengah peserta mungkin mengawal perbincangan menimbulkan soal etika – soal kerahsian kerana perbincangan terbuka; rakaman dan video untuk

siapa? kurang sesuai bagi peserta yang kurang keyakinan atau tidak biasa berbincang secara terbuka mendapatkan peserta yang sesuai mungkin sukar

4.2.5.2 Dokumen Analisis

Apakah dokumen analisis?

Bahagian Pendidikan Guru

44

Page 45: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

Dalam dokumen analisis, pengkaji menggunakan bahan yang wujud atau bahan yang disediakan oleh subjek (subjek produced data). Tugas utama pengkaji adalah mencari dan mendapatkan akses ke atas bahan itu. Kualiti bahan yang dihasilkan mungkin berbeza.

Mengapakah dokumen analisis penting dalam penyelidikan kualitatif?

Dokumen analisis memberi gambaran dan kefahaman mendalam tentang sesuatu peristiwa atau kejadian. Ia juga berfungsi sebagai data sokongan kepada data yang dikumpulkan dengan cara lain.

Apakah jenis dokumen yang boleh dianalisis?

Terdapat jenis dokumen yang menjadi sumber primer (disediakan oleh responden) atau sekunder (diperolehi dari sumber lain selepas diperoleh daripada responden).

Jenis sumber Jenis dokumen PerihalanPrimer Peribadi Yang ditulis oleh responden tentang tindakan,

pengalaman dan kepercayaan seseorang seperti autobiografi, surat peribadi, diari, jurnal reflektif, hasil kerja murid, buku skrap

Sekunder Rasmi: Dokumen dalamanRasmi: Dokumen luaran

Media massaAm

Minit mesyuarat, memo, rekod murid dan fail peribadi muridSurat panggilan mesyuarat, buku tahunan, press release,kod etika, pernyataan falsafah Surat khabar, bulletin, surat kepada editor Risalah, buku garis panduan kepada murid atau ibu bapa

4.2.5.4 Nota Lapangan (Field notes)

Apakah Nota lapangan?

Nota lapangan merupakan penulisan yang dibuat oleh penyelidik berdasarkan apa yang didengar, dilihat, pengalaman yang dilalui dan pemikiran yang timbul semasa mengumpul dan membuat refleksi terhadap data.

Kandungan Nota Lapangan

Deskriptif

Ia mengandungi penerangan terhadap latar konteks, individu/kumpulan, tindakan dan perbualan tentang apa yang telah diperhatikan,dialog, dan pelakuan/tindakan penyelidik.

Reflektif

o Memberi gambaran dan menilai idea-idea dan perkara yang telah diberi perhatian.o Ia berfokus kepada soal spekulasi, perasaan, masalah, idea, tanggapan dan prasangka.o Ia turut melibatkan refleksi terhadap analisis yang dilakukano Refleksi dilakukan ke atas method kajian, dilema tentang etika dan konflik dan, apa yang

difikirkan oleh pengkaji.

Bahagian Pendidikan Guru

45

Page 46: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

Nota lapangan kaya dengan Data (Rich data)

o Mengandung deskripsi dan dialog yang releven tentang latar konteks dan peserta yang dikaji.

o Sebagai bukti yang membantu proses membuat analisis kajian.

Bentuk Nota Lapangan

Muka surat pertama (first page) Perenggan dan margin

Proses Dalam Menulis Nota lapangan

Memahami dan mengenal pasti apa yang hendak dikaji; Merekodkan apa yang diperhatikan; Memikirkan tempat yang sesuai untuk bekerja; Memikirkan masa yang diperlukan untuk menulis nota lapangan; Memulakan penulisan dengan menulis beberapa nota; Menulis mengikut kronologi peristiwa yang telah diperhatikan; Memastikan aliran penulisan tidak terjejas, dan; Memasukkan perkara yang terlupa semasa menjalankan permerhatian.

4.2.5.5 Jurnal Reflektif

Apakah jurnal reflektif?

Suatu cara untuk melakukan refleksi supaya seseorang mendapat pembelajaran daripada pengalaman yang dilalui.

Bagaimana menulis jurnal reflektif?

Kandungan berikut boleh dimasukkan ke dalam jurnal. (Anda boleh menambah aspek lain yang difikirkan sesuai mengikut tujuan dan situasi anda)

Kandungan Contoh

Huraian mengenai peristiwa pengajaran/pembelajaran

Perbincangan mengikut kumpulan 4 orang dengan murid-murid dikehendakai mencari penyelesaian terhadap masalah yang saya (guru) kemukakan dalam edaran. Setiap kumpulan diberi masalah yang berbeza …

Matlamat yang ingin dicapai daripada peristiwa tersebut

Adalah penting murid diberi peluang berbincang sesama sendiri. Ini bukan sahaja memupuk semangat kerjasama, tetapi ia juga mengajar mereka untuk menimbangkan pandangan orang lain …

Apakah kesudahan peristiwa tersebut? Dalam kebanyakan kumpulan, hanya seorang dua sahaja yang aktif berbincang. Yang lain nampaknya ‘menumpang’ sahaja. Ada juga yang meniru tanpa memahami apa yang ditiru…

Beberapa sebab yang berkemungkinan besar membawa kepada kesudahan

Cara kumpulan dibentuk – komposisi (jantina, kebolehan) dan saiz …

Bahagian Pendidikan Guru

46

Page 47: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

tersebut Masa yang diperlukan untuk perbincangan …

Beberapa langkah penambahbaikan yang boleh dicuba seterusnya

Cara pembentukan kumpulan diubah suai …

Soalan-soalan selanjutnya untuk diterokai

Apa kata jika prosedur penyelesaian masalah sesuatu kumpulan disemak oleh kumpulan lain? Apakah implikasinya terhadap …

4.2.6 Interpretasi dan Analisis data

Selepas mengumpul data, apakah tindakan anda seterusnya?

Data harus diinterpretasi dan dianalisis.

Apakah perbezaan antara penginterpretasian data dan penganalisisan data?

Penginterpretasian data merupakan proses memberi makna kepada apa yang dipelajari daripada data yang dikumpulkan. Aktiviti ini adalah sebahagian daripada proses penganalisisan data. Asas kepada proses menginterpretasi data ialah membaca dan menulis. Suatu interpretasi yang baik membawa penyelidik ke dalam pengalaman yang diperihalkan. Kecekapan menginterpretasi merupakan suatu seni yang dipelajari dan dikuasai setelah melalui proses menginterpretasi yang berulang-ulang kali.

Proses interpretasi

Lapangan (penyelidik membina teks lapangan yang terdiri daripada nota lapangan dan dokumen)

Teks ( penyelidik melakukan interpretasi berdasarkan teks lapangan dan membina suatu teks nota)

Pembaca (Penyelidik menulis teks penyelidikan tentang pengalamannya. Teks ini dikongsikan dengan rakan-rakan dan komen serta cadangan mereka diterima. Kemudian penyelidik menulis satu dokumen am atau laporan untuk pembaca)

Penganalisisan data ialah suatu proses yang sistematik untuk mencari, menyususn maklumat daripada transkrip-transkrip temubual, nota lapangan dan bahan-bahan lain yang telah dikumpul untuk meningkatkan kefahaman terhadap maklumat tersebut. Menganalisis melibatkan aktiviti memahami, menyusun dan mengasing-asingkan data kepada unit-unit kecil; melakukan sintesis, mengenal pasti pola, mendapatkan perkara yang penting,menetapkan apa yang perlu diketahui dan menentukan apa yang harus dilaporkan (Borgdan & Biklen, 1992; 153).

Apakah peringkat-peringkat dalam penganalisisan data kualitatif?

Bahagian Pendidikan Guru

47

Page 48: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

Dalam penyelidikan kualitatif penganalisisan data dilakukan secara berterusan sepanjang proses penyelidikan.

Sebelum pengumpulan data Jenis kerangka konseptualKes mana?Apakah soalan kajian?Apakah kaedah pengumpulan data?

Semasa pengumpulan data Membuat keptusan bagi menyempitkan bidang/skop yang dikajiMerancang sesi mengumpul data seterusnya berdasarkan kepada pemerhatian yang telah dibuatMenulis ringkasan, memo, komen dan pandangan mengenai idea yang dibentukMengekodkan dataMencungkil temaMembina kategori atau kelompok

Selepas pengumpulan data Mengenal pasti pola, keterangan, persamaan, kemungkinan, proposisi, aliran sebab – akibat, tanggapan dan perspektif alternatif

Secara keseluruhan proses penganalisisan data meliputi 3 urutan aktiviti, iaitu penyaringan data (data reduction), persembahan data (data display) dan penulisan kesimpulan/verifikasi (conclusion drawing/ verifikasi) (Miles & Huberman,1994).

Penyaringan data (Data Reduction)

Proses ini merupakan usaha untuk mengurangkan jumlah data dengan memilih dan mengasingkan data yang kurang relevan. Untuk itu, aktiviti meringkaskan, memilih buang dan menyusun data dalam bentuk tertentu dilakukan untuk menjadikan data lebih berfokus bagi membantu proses membuat keputusan. Proses penyaringan data boleh dilakukan secara berterusan sepanjang proses pelaksanaan penyelidika: sebelum, semasa dan selepas proses mengumpul data.

Pengekodan data adalah bahagian penting dalam penyaringan data. Proses ini melibatkan aktiviti;

Membaca transkripsi untuk menentukan pola atau tema topik; Menulis ayat sebagai kod kategori untuk mewakili pola atau topik; Menyenaraikan kategori menurut abjad atau nombor; Membaca keseluruhan data dan memberikan tanda bagi setiap unit (ayat dan perengan dengan

kategori pengkodan yang berkaitan); Menguruskan data dengan cara mengasingkan unit-unit mengikut kategori dan memasukkannya

ke dalam fail menggunakan komputer, dan: Membina kod pola untuk mengenal pasti tema atau keterangan yang muncul.

Persembahan data (Data Display)

Persembahan data merupakan cara sistematik yang paling jelas untuk memaparkan data agar mudah difahami. Data juga harus dipersembahkan secara tersusun dan padat serta dapat menjelaskan keputusan yang dibuat. Untuk itu, persembahan data boleh dilakukan dengan menggunakan perkataan, matrik, graf, carta, jadual dan huraian.

Bahagian Pendidikan Guru

48

Page 49: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

Penulisan Kesimpulan dan Verifikasi

Proses penganalisisan data dilakukan untuk membolehkan penyelidik membina kesimpulan tentang persoalan kajian. Bagi menjamin keesahan, kesimpulan yang dibina mestilah disokong dengan bukti-bukti daripada data. Untuk itu, beberapa langkah, seperti meneliti hubungan antara data, menyemak keesahan melalui bukti yang menyokong dapatan, mencari bukti yang tidak selaras dengan dapatan, mempertimbangkan perspektif alternatif, iaitu pemahaman yang diperoleh daripada kajian, menyemak silang dengan perspektif responden dan/atau rakan penyelidik lain perlu dilakukan.

4.2 .7 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Penyelidikan Kualitatif

Bagaimanakah cara untuk membina keyakinan terhadap keesahan dan kebolehpercayaan data dalam penyelidikan kualitatif?

Penyelidikan kualitatif dilakukan ke atas konteks kehidupan sebenar. Oleh sebab itu, proses ini bersifat subjektiviti kerana:

impak penyelidik ke atas tempat (Kesan Halo or Hawthorne); nilai-nilai yang dipegang oleh penyelidik, dan; status kebenaran keterangan atau interpreatsi penyelidik.

Bagi mengatasi kemungkinan yang disebutkan di atas, penyelidik perlu sentiasa bertanyakan soalan tentang penyelidikannya. Apakah bukti bahawa tuntutan yang dibuat benar? Bagaimanakah tuntutan itu dijustifikasikan? Oleh sebab itu, kesahan dan kebolehpercayaan data adalah isu-isu yang penting dalam penyelidikan kualitatif. Kategori, huraian, tema, isu yang didapati daripada data harus disemak untuk kemungkinannya, kepercayaan dan kesahan (Miles and Huberman, 1994).

(ii) Apakah maksud keesahan dan kebolehpercayaan data?

Keesahan:

Keesahan bermaksud kebenaran yang dapat menggambarkan fenomena sosial sebenar seperti yang dimaksudkan (Hammerslay 1990:57)

Kebolehpercayaan:

Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan data yang disepakati oleh beberapa penyelidik yang sama atau penyelidik lain, sama ada dalam situasi yang sama atau yang berbeza (Hammerslay 1992a:67)

(iii) Cara menentukan keesahan dan kebolehpercayaan data?

Kesahan data boleh ditentukan melalui menyemak silang dapatan dalam hubungan tertentu. Untuk itu beberapa strategi boleh dilakukan, seperti

Triangulasi, iaitu membanding pelbagai jenis data daripada pelbagai kaedah, pada masa berbeza dan, dengan penyelidik yang berlainan;

Kesahan dari sudut responden, iaitu mendapatkan pengesahan dapatan kajian dengan mengemukakan semula kepada responden, dan;

Menguji ‘assertions’ melalui induksi analitik, iaitu mencari kes terpesong/istimewa yang berlawanan dengan ciri-ciri am dalam kebanyakan kes (deviant cases), penggunaan kaedah bandingan setara (constant comparative) dan perspektif alternatif.

Bahagian Pendidikan Guru

49

Page 50: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

Kebolehpercayaan data dapat dipastikan melalui

Penulisan nota lapangan yang sistematik; Ujian rintis temu bual; Latihan ke atas penyelidik yang akan menjalankan temu bual; Semakan kebolehpercayaan ‘inter-rater’ ke atas pengekodan transkripsi temu bual; Pelaksanaan audit inkuiri; Pembinaan akaun data; Pembentangan hasil laporan untuk interpretasi semula; Penglibatan yang lama dengan tempat kajia, dan; Pemerhatian yang berterusan dalam satu tempoh masa tertentu.

Bolehkah kesimpulan daripada satu kes digeneralisasikan kepada populasi?

Isu generalisasi sering menjadi masalah kepada penyelidik kualitatif, terutama bagi penyelidikan kajian kes. Dalam membuat kesimpulan tentang sesuatu kes, kejadian dalam kes dan juga daripada kes digeneralisasikan kepada situasi lain yang serupa. Adalah sukar untuk melakukan generalisasi daripada dapatan kualitatif selain daripada terhadap kejadian yang dikaji. Walaubagaimana pun, generalisasi boleh dilakukan melalui:

Penerangan yang kaya dan mendalam yang dapat memberi penaakulan daripada satu kes ke satu kes lain, dan;

Kes dilaksanakan semula (replicate) melalui reka bentuk pelbagai tempat.

Oleh sebab itu, penyelidikan kualitatif tidak boleh dianggapkan sebagai saluran untuk menghasilkan generalisasi atau langkah awal kepada pembinaan teori. Yang penting dalam penyelidikan kualitatif adalah kefahaman mendalam tentang kes dan kajian tentang penerokaan.

4.3. Penulisan Laporan Penyelidikan Kualitatif

4.3.1. Panduan Penulisan

Tidak ada satu panduan menulis laporan penyelidikan kualitatif yang ditetapkan Laporan boleh ditulis mengikut kreativiti penyelidik asalkan menepati tujuan kajian

dan mempunyai justifikasi Laporan boleh ditulis dengan menggunakan ayat pasif atau aktif Tinjauan kajian boleh digabungkan dengan perbincangan umum atau ditulis dalam bab

berasingan, bersesuaian dengan tujuan kajian dan kepakaran penyelidik Bagi memudahkan penulisan, penyelidik digalakkan merujuk laporan penyelidikan kualitatif

autentik yang sedia ada Peranan penyelidik harus dijelaskan secara eksplisit dalam laporan bagi menyatakan kesedaran

tentang bias yang mempengaruhi kajian. Dengan demikian, penyelidik dapat memperjelaskan langkah-langkah untuk menghalang bias daripada mempengaruhi dapatan kajian

Laporan penyelidik harus dapat menyatakan hasil pembelajaran yang diperoleh daripada proses penyelidikan

Bentuk dan gaya penulisan laporan penyelidikan harus menonjolkan hasil pemikiran penyelidik secara eksplisit kepada pembaca laporan

Kaedah laporan kajian yang digunakan haruslah selari dengan tradisi kaedah penyelidikan yang sedia ada (contoh Kajian Kes, Kajian Tindakan)

Bahagian Pendidikan Guru

50

Page 51: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

4.3.2. Gaya Persembahan Penulisan Laporan Penyelidikan Kualitatif

Bentuk persembahan laporan penyelidikan kualitatif berbeza daripada persembahan laporan penyelidikan kuantitif. Pembeza utama persembahan laporan penyelidikan kualitatif adalah penggunaan sedutan kata, dialog dan pemerihalan untuk memperjelas, menginterpretasi dan mempersembahkan data. Antara gaya persembahan yang sesuai digunakan ialah gaya naratif, gaya gambaran (portrayal), gaya sedutan (vignette) dan gaya analisis.

Gaya Naratif

Gaya naratif melaporkan hasil kajian sebagai sebuah cerita tentang penyelidikan yang dijalankan. Sesuai dengan itu, gaya ini

Menyatakan dapatan kajian dalam bentuk penceritaan; Mempunyai kekuatan, iaitu pembaca dapat merasai dan menghayati peristiwa yang berlaku dalam

kajian secara langsung; Tidak dimuatkan dengan pendapat sendiri yang boleh mempengaruhi ketulenan kesimpulan, dan; Turut memaparkan kekaburan yang terhasil daripada data untuk membolehkan pembaca membuat

interpretasi sendiri.

Gaya ‘Portrayal’

Menghuraikan data untuk membuat gambaran; Menghuraikan data dalam bentuk profil (lukisan watak yang ringkas dan menarik berasaskan

riwayat hidup); Gaya ini merupakan alternatif kepada gaya naratif apabila data yang diperoleh tidak memadai

untuk dipersembahkan dalam bentuk naratif, dan; Contoh yang baik untuk gaya ini adalah persembahan dalam filem dokumentari dengan watak,

kejadian dan latar belakang kejadian dipaparkan seiring untuk membentuk gambaran yang lengkap

Gaya ‘Vignette’

Memerihalkan suatu siri kejadian yang boleh mewakili senario yang dikaji Berbentuk penceritaan yang terhad dari segi tempoh cerita, latar cerita dan pemaparan beberapa

episod penting Pemilihan siri kejadian berasaskan interpretasi penyelidik kerana dialah yang menentukan episod-

episod yang dianggap penting untuk dipaparkan Boleh mengandungi analisis penyelidik.

Gaya Analisis

Memecahkan keseluruhan data kepada bahagian-bahagian kecil dengan tujuan untuk meneliti fungi, sifat dan hubung kait antara data

Membahaskan dapatan penting secara eksplisit dengan sokongan bukti-bukti Bersifat lebih eksplisit daripada naratif Lebih jelas daripada gaya naratif

Bahagian Pendidikan Guru

51

Page 52: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

4.3.3. Kesalahan Biasa Yang Ditemui Dalam Penulisan Laporan Penyelidikan Kualitatif

Persembahan

Terlalu banyak kesalahan bahasa sehingga memerlukan pembetulan dan rombakan yang besar pada teks.

Lemah dari segi susun atur, seperti tidak konsisten dalam menulis tajuk dan sub tajuk Tidak konsisten dalam menggunakan akronim (abbreviations) Penggunaan huruf ringkas / akronim yang tidak lengkap dan tidak ada penerangan Rujukan yang tidak dinyatakan dan tidak lengkap Tercicir muka surat

Penulisan

Struktur ayat yang lemah Tidak konsisten dalam penggunaan tatabahasa Mengandaikan yang pembaca memahami konteks kajian

Struktur

Pengenalan kajian tidak ada atau tidak lengkap Kesimpulan lemah Penutup tidak ada atau tidak lengkap

Kaedah Penyelidikan

Tidak memperjelaskan peranan penyelidik dalam kajian Tiada bukti rujukan dan pembacaan tentang metodologi kajian Tidak ada justifikasi atau ulasan dalam pemilihan kaedah penyelidikan Tidak mengulas dan menganalisis bahan bacaan yang dipetik Memperjelas butiran dalam prosedur kajian yang dilaksanakan (jumlah soal selidik yang diedar

dan dikembalikan, jumlah temu bual yang dilakukan, tokoh yang ditemu bual, tempoh perbualan, cara perbualan direkodkan dan cara data diinterpretasi

Gagal membuat kesimpulan daripada data yang dikumpul Gagal mengaitkan perbincangan dengan hujah yang dikemukakan

Bahagian Pendidikan Guru

52

Page 53: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

LAMPIRAN

5.1 FORMAT KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN

5.1.1 Penyelidikan Kuantitatif

HALAMAN JUDUL

Halaman JudulKandunganSenarai JadualSenarai SingkatanLampiran

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pendahuluan1.2 Latar Belakang Kajian1.3 Pernyataan Masalah1.4 Tujuan Kajian1.5 Rasional Kajian1.6 Soalan Kajian1.7 Definasi Operasi1.7 Batasan Kajian

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan 2.2 Teori/Model/Kerangka Konseptual2.3 Tinjauan Am2.4 Tinjauan relevan dengan soalan kajian2.5 Rumusan

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pendahuluan 3.2 Reka Bentuk Kajian3.3 Instrumen3.4 Populasi/Sampelan3.5 Prosedur Pengumpulan Data

- kaedah- kajian rintis

3.6 Pemerosesan dan Analisis Data3.7 Jadual Kerja3.8 Anggaran Kos Perbelanjaan / Budjet

BIBLIOGRAFILAMPIRAN

Bahagian Pendidikan Guru

53

Page 54: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

5.1.2 Penyelidikan Kualitatif

HALAMAN JUDUL

Halaman JudulKandunganSenarai JadualSenarai SingkatanLampiran

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pendahuluan : Latar belakang / konteks kajian1.2 Tinjauan Literatur terkini terhadap fokus kajian1.3 Minat peribadi terhadap fokus kajian1.4 Tujuan Kajian1.5 Soalan kajian1.6 Kesignifikanan kajian1.7 Batasan Kajian

BAB II METODOLOGI

2.1 Pendahuluan2.2 Reka bentuk kajian2.3 Instrumen2.4 Populasi/sampelan

2.5 Prosedur pengumpulan data- kaedah- kajian rintis

2.6 Interpretasi dan analisis data2.7 Etika kajian2.8 Kaedah verifikasi data 2.9 Jadual kerja3.0 Anggaran kos perbelajaran / budjet

BIBLIOGRAFILAMPIRAN

5.2 FORMAT LAPORAN PENYELIDIKAN

5.2.1 Laporan Penyelidikan Kuantitatif

Bahagian Pendidikan Guru

54

Page 55: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

Halaman Judul HALAMAN JUDUL

PENGHARGAANABSTRAKABSTRACT (terjemahan abstrak)

KANDUNGANSENARAI JADUALSENARAI SINGKATANLAMPIRAN

BAB 1 PENDAHULUAN

l.1 Pendahuluanl.2 Latar belakang Kajianl.3 Pernyataan Masalahl.4 Tujuan Kajian1.5 Rasional Kajian1.6 Soalan Kajian / hipotesis kajian1.7 Definasi operasi1.8 Kesignifikanan kajian1.9 Batasan Kajian

BAB II TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan 2.2 Teori/Model/Kerangka Konseptual2.3 Tinjauan Am2.4 Tinjauan relevan dengan soalan kajian2.5 Rumusan

BAB III METODOLOGI

3.1 Pendahuluan3.2 Reka bentuk kajian3.3 Instrumen3.4 Populasi/sampelan3.5 Prosedur pengumpulan data

- kaedah- kajian rintis

3.6 Analisis data

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan4.2 Paparan data mengikut tajuk soalan kajian / hipotesis kajian

BAB IV PERBINCANGAN

5.1 Bincang permasalahan kajian atau hipotesis dengan dapatan data5.2 Bincang tentang implikasi dapatan dengan focus kajian5.3 Cadangan tajuk-tajuk kajian masa depan

Bahagian Pendidikan Guru

55

Page 56: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

BIBLIOGRAFILAMPIRAN

5.2.2 Format Laporan Penyelidikan Kualitatif

Halaman Judul HALAMAN JUDUL

PENGHARGAANABSTRAK

Bahagian Pendidikan Guru

56

Page 57: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

ABSTRACT (terjemahan abstrak)KANDUNGANSENARAI JADUALSENARAI SINGKATANLAMPIRAN

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pendahuluan: Latar belakang/ konteks kajian1.2 Tinjauan literatur terkini terhadap fokus kajian 1.3 Minat peribadi terhadap fokus kajian1.4 Tujuan Kajian1.5 Soalan kajian1.6 Kesignifikanan kajian1.7 Batasan Kajian

Tinjauan literatur boleh ditulis sebagai satu bab tetapi ini agak jarang dilakukan. Biasanya literatur diserap ke dalam penulisan laporan di mana sesuai untuk menyokong dapatan data.

BAB II METODOLOGI

2.1 Pendahuluan2.2 Reka bentuk kajian2.3 Peranan penyelidik sebagai instrumen2.4 Populasi/sampelan2.5 Prosedur pengumpulan data

- kaedah - kajian rintis2.6 Etika kajian2.7 Interpretasi dan analisis data2.8 Kaedah verifikasi data

BAB III KES atau ISU-ISU

3.1 Pendahuluan3.2 Paparkan kes kajian atau isu-isu dengan pelbagai gaya penulisan

(Pembentangan kes kajian atau isu-isu kajian boleh mengambil beberapa bab)

BAB IV KESIMPULAN

4.1 Bincang tentang dapatan kajian dengan kes atau isu-isu kajian 4.2 Bincang tentang implikasi dapatan dengan fokus kajian4.3 Cadangan tajuk-tajuk kajian masa depan

BIBLIOGRAFILAMPIRAN

Bahagian Pendidikan Guru

57

Page 58: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

Perhatian: Ini adalah satu contoh format penulisan laporan penyelidikan kualitatif. Susun atur bab, tajuk-tajuk, sub-tajuk boleh diubah suai mengikut kreativiti penyelidik.

Bahagian Pendidikan Guru

58

Page 59: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

5.2 Panduan Menulis Laporan Penyelidikan

5.2.1 Bentuk

Kertas

Saiz: Kertas A4

Jenis: Salinan asal hendaklah menggunakan kertas jenis simili dengan berat sekurang-kurangnya 80 gm. Bagi salinan-salinan lain, kertas fotostat atau offset yang baik mutunya sahaja dibenarkan.

Warna: Putih sahaja dibenarkan.

Penaipan

Jenis mesin taip: Menggunakan komputer.

Jenis huruf: Penyelidik hendaklah menggunakan huruf Times New Roman, saiz fontnya adalah 11 poin.

Penaipan tajuk: Semua tajuk kecuali sub-tajuk hendaklah ditaip dengan huruf besar tebal di tengah-tengah antara jidar kiri dan jidar kanan.

Santak teks: Teks hendaklah ditaip santak kiri kanan.

Selang baris: Satu setengah langkau bagi teks am manuskrip. Bagi memulakan perenggan baru, baris pertama hendaklah dua langkau di bawah ayat terakhir perenggan sebelumnya.

Cetakan

Pada satu halaman sahaja. Semasa menjilid, halaman hendaklah diletak di sebelah kanan.

Penjilidan

Naskah-naskah untuk dihantar di Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan maktab-maktab hendaklah dijilid oleh penyelidik dengan menggunakan kulit jenis kulit tebal.

Naskah akhir untuk BPG: 5 naskah penyelidikan untuk BPG hendaklah oleh penyelidik setelah penyelidikan tersebut diperiksa dan diluluskan oleh Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan maktab masing-masing.

i. Penyelidikan berkenaan hendaklah dijilid dengan menggunakan kulit jenis balakrom dan keterangan pada kulit hendaklah dicetak dengan huruf besar berwarna emas;

ii. Mendapatkan pengakuan pihak pentadbir berkenaan.

Warna kulit: Warna kulit hendaklah mengikut warna Maktab

Bahagian Pendidikan Guru

59

Page 60: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

Keterangan pada kulit:

Di hadapan: Maklumat-maklumat hendaklah ditaip dengan huruf besar berwarna emas, font berukuran 18 hingga 24 poin dan disusun seperti berikut:

Tajuk kajian ( 60 mm dari birai atas) Nama penuh penyelididk Nama Maktab Tahun (60 mm dari birai bawah) Pada tulang belakang: Maklumat hendaklah ditaip dengan huruf besar,

berwarna emas, font berukuran 18 poin, dan disusun berikut: Nama penyelidik (60mm dari birai atas) Jabatan/Unit Tahun Nama Maktab (60mm dari birai bawah dan disingkatkan nama)

5.2.2 Format

Garis tepia. Ukuran:

Jidar atas - 30 mm dari birai atasJidar kanan - 25mm dari birai kananJidar kiri - 38 mm dari birai kiriJidar bawah – 25 mm dari birai bawah

b. Peringatan:Semua tajuk kecuali judul penyelidikan, rujukan dan lampiran hendaklah ditaip 50 mm dari birai atas;

Menomborkan halamana. Letak nombor halaman

Nombor halaman diletak pada sudut atas sebelah kanan 15 mm dari birai atas dan 25mm dari birai kanan bagi digit akhir nombor berkenaan

b. Jenis nomborHalaman permulaan (sebelum muka surat isi kandungan) hendaklah dinomborkan dengan angka kecil Roman secara berturut-turut, i. ii. iii. Penomboran bahagian hendaklah dieja dengan huruf besar, (contohnya , BAB 1, BAB 2, BAB 3)Nombor halaman teks hendaklah menggunakan angka Arab (contohnya, 1, 2 , 3, …)

c. Nombor halaman berikut adalah bergantung kepada nombor halaman (contohnya, 1.2, 1.2, 1.3 …)Peringatan:Halaman permulaan dianggap sebagai halaman 1 tetapi nombor itu tidak ditaip. Begitu juga dengan halaman judul.

5.2.3 Susunan Dan Kandungan

Tertib

Susunan dan kandungan penyelidikan hendaklah mengikut tertib ini:HALAMAN JUDUL

PENGHARGAANABSTRAK

Bahagian Pendidikan Guru

60

Page 61: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

ABSTRACT (terjemahan abstrak)KANDUNGANSENARAI JADUALSENARAI SINGKATANLAMPIRAN

Halaman judul

Halaman ini hendaklah mengandungi maklumat (ditaip satu langkau dengan huruf besar) dan mengikut susunan berikut:Judul penyelidikan (dalam bentuk piramid terbalik 60mm dari birai atas)Nama penuh penyelidik (seperti nama dalam kad pengenalan)Nama Jabatan/UnitNama MaktabTahun penghantaran penyelidikan

Penghargaan

Penghargaan kepada sebarang bantuan yang telah diberi dalam penyeliaan penyelidikan hendaklah dirakamkan di halaman ini. Penyelidik tidak digalakkan menulis penghargaan yang terlalu panjang.

Abstrak dan terjemahan

Abstrak dan terjemahan hendaklah diasingkan pada halaman baru selepas penghargaan. Panjang abstrak hendaklah di antara 200 hingga 300 patah perkataan. Penulisan abstrak mestilah bersifat penjelasan maklumat dan tidak bersifat penulisan kritik. Abstrak biasanya merangkumi a. Tujuan dan objektif penyelidikanb. Perkaedahan penyelidikan seperti kaedah, instrumen dan lain-lainc. Penemuan seperti teori baru, tafsiran baru atau penilaian yang dinyatakan

dengan tepat

3.2 Kandungan

Kandungan dimulakan dengan halaman baru. Ia mengandungi senarai bahan yang terdapat dalam kandungan penyelidikan, iaitu,tajuk-tajuk bab/bahagian, sub-tajuk –sub-tajuk yang berkenaan dengan diikiuti dengan nombor muka surat.

3.3 Senarai jadual

Senarai jadual dimulakan pada halaman baru dengan perkataan SENARAI JADUAL ditaip pada tengah-tengah halaman. Senarai ini hendaklah mengandungi tajuk jadual yang disertakan dalam penulisan dan tajuk-tajuknya hendaklah sama dalam teks serta nombor muka surat.

3.4 Senarai Singkatan

Senarai singkatan juga dimulakan pada halaman baru dengan perkatan SENARAI SINGKATAN ditaip pada tengah-tengah halaman. Senarai ini mengandungi semua singkatan yang digunakan dalam laporan penyelidikan.

3.5 Lampiran

Bahagian Pendidikan Guru

61

Page 62: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

Sekiranya perlu masukkan lampiran, bolehlah dimasukkan contoh-contoh soalan-soalan penyelidikan, data-data penyelidikan, jadual-jadual dan sebagainya yang terlalu panjang untuk di masukkan dalam teks.

3.6 Teks

a. Panjang penyelidikan: Antara 60 000 hingga 100 000 patah perkataan b. Pendahuluan: Teks boleh dimulakan dengan pendahuluan. Perkataan

PENDAHULUAN hendaklah ditulis dengan huruf besar dan diletak 50mm dari birai atas dan ditengah-tengah antara jirai kiri dan jirai kanan. Baris pertama teks dimulakan dua langkau di bawah perkataan PENDAHULUAN.

c. Isi teks: Isi teks mengandungi keterangan lanjut mengenai penyelidikan yang boleh dibahagikan dalam bentuk bahagian, bab, dan sub-tajuk. Sekiranya sesuatu penyelidikan memerlukan jadual, ungkapan, ilustrasi, panduan berikut hendaklah diikuti;i. JadualTajuk jadual hendaklah ditulis jadual. Apabila kedudukan jadual itu melintang, maka bahagian atasnya hendaklah terletak di sebelah tulang belakang penyelidikan. Jadual hendaklah dinomborkan mengikut bab, contohnya, JADUAL 1.1, 1.2;ii. Ungkapan atau ilustrasi

Tajuk ilustrasi hendaklah ditulis di bawah ilustrasi.d. Petikan

Petikan yang disisip dalam ayat hendaklah tidak melebihi 40 perkataaan dan mesti dimula dan diakhiri dengan tanda petikan “ “

5.3 Citation Dan Bibliografi

1. Pendahuluan

Dalam menyebut judul bagi bahan-bahan yang dipetikkan seperti judul buku dan judul jurnal, hendaklah ditulis dengan huruf condong atau diboldkan. Penaipan satu langkau dibenarkan untuk rujukan. Senarai rujukan hendaklah ditulis mengikut panduan yang diberikan, iaitu, dengan menggunakan sistem pengarang tarikh.

2. Penulisan nama pengarang

a. Nama pengarang Barat hendaklah diringkaskan terlebih dahulu kepada nama keluarga sahaja. Contohnya, Ronald Brown ditulis dalam rujukan penyelidikan, adalah Brown, R.

b. Nama pengarang Melayu dan Cina yang ditulis dengan lengkap hendaklah dikekalkan. Contohnya, Shaffe bin Mohd Daud ditulis sebagai Shaffe Mohd Daud. Tam Soo Yoon ditulis sebagai Tam, S.Y.

3. Tertib Rujukan

a. Senarai rujukan disusun mengikut abjad b. Rujukan seorang pengarang mendahului lebih daripada seorang

pengarang jika pengarang pertamanya samaContoh: Dollah Baki. 2002. …Dollah Baki & Mazlan Kamaruddin. 2002.

Bahagian Pendidikan Guru

62

Page 63: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

c. Rujukan yang pengarang pertamanya sama tetapi pengarang kedua atau ketiga berbeza, disusun mengikut mengikut nama pengarang kedua dan seterusnyaContoh: Dollah Baki, Choong, L. M. & Chow, M.S. 2002. …

d. Rujukan pengarang yang sama disusun mengikut tahun penerbitanContoh: Dollah Baki. 2002. …; Dollah Baki. 2003. …

e. Rujukan yang sama dengan tahun penerbitan yang sama disusun mengikut abjad judul dan ditambah dengan huruf a, b, c, pada tahun tersebutContoh: Dollah Baki. 2002a. Masalah Pelajar … ; Dollah Baki. 2002b. Suasana Belajar …

f. Rujukan dua orang pengarang yang mempunyai nama yang sama disusun mengikut abjad nama bapa atau parap pertamanya.Contoh: Dollah Baki. 2002. …; Dollah Mat 2001. …; Toh, S.M. 2002. …

4. Cara menulis rujukan yang lengkap untuk buku

Berikan maklumat selengkap mungkin seperti berikut:Nama pengarang (noktah)

Tahun penerbitan (noktah)Judul buku (condong) (noktah)Edisi (noktah)

Penyunting, penyusun atau penterjemah (jika ada) (noktah)Tempat penerbit (kolon)Penerbit (noktah)

Contoh: Nik Rahimah Nik Yacob. 1991. Perancangan dan pengurusan keluaran. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti..

Smith, M. & Talbot, R. 1982. Introducing organizational behaviour. London:MacMillan.

Kamus Dewan. 1991. Ed. baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rosli Sahat. 2002. Pengurusan tekanan di kalangan pensyarah: Beberapa isu dan masalah.

Dlm. Roselan Baki (pnyt.) Peningkatan profesionalisme pensyarah Maktab-maktab Perguruan di Malaysia, hlm. 120 – 148. Kuala Lumpur: Penerbit Budiman.

Malaysia. 1990. Bernama Act. 1967 (Revised 1990). (Act 449).

Dewan Rakyat Malaysia. 1986. Peristiwa Memali. Kertas Perintah 21, Tahun 1986. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1990. Huraian Sukatan Pelajaran Tingkatan 3: Pendidikan Moral.

UNESCO. 1960. Director-General of UNESCO Report. Paris: UNESCO.

5. Makalah dalam jurnal

Bahagian Pendidikan Guru

63

Page 64: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

Berikan maklumat selengkap mungkinNama pengarang (noktah)

Tahun penerbitan (noktah)Judul makalah (noktah)Nama jurnal (condong), (noktah)No. jilid (tebal), (kolon)No. keluaran (dalam tanda kurung), (kolon)Halaman seluruh makalah (noktah)

Contoh:

Bala. K. 1999. Pembinaan Soal Selidik. Jurnal Pendidikan. 18 (3): 88-99.

Abdul Rahim. 1998. Kajian Tingkah Laku Pelajar . Selangor. Prosiding Persidangan Pendidikan Malaysia, hlm 66-88.

Ismail Ali. 1990. Punca Buta Huruf. Dewan Pelajar, Kuala Lumpur: Mei, hlm. 8-10.

Wong. P.K. 1990. Pelajar dan Kerja Kursus. Berita Minggu, 5 April, hlm. 3 – 10.

6. Bahan Tidak Terbit

Berikan maklumat selengkap mungkin seperti berikut;Nama pengarang (noktah)

Tahun (noktah)Judul (noktah)Nombor folio, nombor kotak tempat bahan disimpan atau mana-mana tanda pengenalan yang lain (koma)Nama koleksi (noktah) Nama tempat (institusi, Bandar, negeri) (noktah)Tarikh (noktah)

Contoh:

Choong L.K. 2002. Pengurusan konflik interpersonal dengan tumpuan kepada dimensi asertif dan koperatif: Satu modul latihan. Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdul Majid Mat Salleh. Beberapa aspek disiplin di sekolah-sekolah menengah. Abstrak kertas persidangan pendidikan ke-21. Maktab Perguruan Raja Melewar, 10 – 11 Jun 2002.

Bahagian Pendidikan Guru. 1999. Minit mesyuarat Pengetua-pengetua Maktab-Maktab Perguruan Malaysia Kali ke-3 1999. Lumut, Perak. 7 – 10 Ogos.

Media elektronik

Rogers, R. 2002. The use of Technology in the teaching of Science. Periodical Reports. http://www.sciencetechnology.com. Available: www. Google.com.(specify path)

Bahagian Pendidikan Guru

64

Page 65: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

Funder, D.C. 1994. Judgmental Process and Content: Commentary on Koehler on base rate. (9 paragraphs). Psychology: (On-line serial) 5(17). Available e-mail: psyc@pucc. Message: Get psyc 94 - xxxxx

5.4 Rujukan dari Laman Web

What is Research?

http://trochim.human.cornell.edu/kb/INTRES.HTM

Research - The Big Picture

http://www.geolog.com/rm/rmnote2,htm

Writing a Research Proposal

http://ec.hku.hk/acadgrammar/report/ResProposal/WritingProposal.htm

http://www.scre.ac.uk/spotlight/spotlight47.html

Beginner's Guide to the Research Proposal

http://www.health.ucalgary.ca/bob/res_prop.htm

Steps in writing a Research Proposal

http://www.fc.peachnet.edu/floyd/academics/s_c/pshch/pugh/215research.htm

Research Tools for Education

http://www.lib.iup.edu/instruction/guides/edu_lib.html

Web-based Reference Tools

http://www.socialpsychology.org/tools.htm

Research Methods Glossary

http://www.bath.ac.uk/Departments/dacs/gold/glossary.html

ERIC Database

http://www.ericae.net/search.htm

Education World: Research Center

http://www.education-world.com/research

Bahagian Pendidikan Guru

65

Page 66: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

Research Methods Knowledge base

http://trochim.human.cornell.edu/kb/contents.htm

An Introduction to Qualitative Research

http://www.uea.ac.uk/care/elu/Issues/Research/Res1Cont.html

Qualitative Research Resources

http://don.ratcliff.net/qual/resources.html

Integrating Qualitative and Quantitative Research

http://trochim.human.cornell.edu/gallery/bowen/hss691.htm

Amoeba Web: Research Methods and Ethics and APA Style

http://www.vanguard.edu/psychology/webresearch.html

Action Research Methodology

http://www.wen.net/~robrien/papers/arfinal.html

Research to Practice: Guidelines for Planning Action Research Projects

http://literacy.kent.edu/Oasis/Pubs/0200-08.htm

An Introduction to Action Research

http://www.phy.nau.edu/~danmac/actionrsch.html

Statistical Data Analysis

http://ubmail.ubalt.edu/~harsham/stat-data/opre330.htm

Qualitative Data Analysis: Using a General Inductive Approach

http://www.auckland.ac.nz/mch/QDA.htm

Grounded Theory Methodology on the Web

http://www.geocities.com/ResearchTriangle/Lab/1491/gtm-19.htm

Developing Grounded Theory

http://www.stanford.edu/~krollag/org_site/craft_articles/glaser_strauss.html

Bahagian Pendidikan Guru

66

Page 67: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

How to Write a Research Report

http://www.ruf.rice.edu/~bioslabs/tools/report/reportform.html

A Guide to Writing Research Papers

http://webster.commnet.edu/apa/apa_intro.htm

How to Write a Scholarly Research Report

http://www.ed.gov/databases/ERIC_Digests/ed435712.htm

Research Report Writing

http://www.msugf.edu/research/research.html

BIBLIOGRAFI

Abbas Tashakorri & Teddlie, C.1998. Mixed Methodology. Combining Qualitative And Quantitative Approaches. Applied Social Research Methods Series. Vol. 46. Thousand Oaks: SAGE Publications.

Adelman, C., Jenkins, D. and Kemmis, S. 1980. Rethinkng Case Study: Notes from the Second Cambridge Conference, in H. Simons (ed.) 1980. Towards a Science of the Singular.Norwich, U.K.:Centre Applied Research in Education, University of East Anglia.

Abu Bakar Nordin. 1995. Penilaian Afektif. Kajang: Mana Enterprise.

Bell, J. 1993. Doing Your Research Project. A Guide For First Time Research In Education And Social Science. 2nd.ed. Buckingham: Open University Press.

Best, J.W. & Kahn, J.V. 1993. Research in Education. 7th.ed. Boston: Allyn and Bacon.

Borg, W. R. & Gall, M. D. 1989. Educational Research: An Introduction. 5th ed. New York & London: Longman

Bahagian Pendidikan Guru

67

Page 68: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

Bogdan, R. C. and Biklin, S. K. 1992. Qualitative Research for Education. An Introduction to Theory and Methods. Boston,MA: Allyn and Bacon

Bryman, A. 1988. Quantity and Quality in Social Research. London: Unwin Hymen.

Denzin, N.K. and Lincoln, Y.S. (eds) Handbook of Qualitative Research. Thousand Oaks,CA: Sage. Pp.236-247.

Fraenkel, J.R. & Wallen, N.E. 2000. How To Design And Evaluate Research In Education. Boston: McGraw-Hill.

Hart, C. 1998. Doing A Literature Review. Releasing The Social Science Research Imagination. London: SAGE Publications.

Hammersly, D. 1992a. What’s Wrong with Ethnography: Methodological Exploration. London: Rutledge.

Kirk, J. and Miller, M. 1986. Reliability and Validity in Qualitative Research Methods Series No. 1. London: SAGE Publications.

Leedy, P.D.1993. Practical Research Planning And Design. 5th.ed. New York: Macmillan Publishing Co.

Lovell, K and Lawson, K.S. 1971. Understanding Research in Educations London: University of London Press Ltd.

Miles, M.B. and Huberman, A.M. 1994. Qualitative Data Analysis: A sourcebook of new methods. Beverly Hills, CA.: SAGE Publications.

Mohd. Majid Konting. 1990. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: DBP.

Newton, R.R. & Rudestam, K.E. 1999. Your Statistical Consultant.Answer To Your Data Analysis Questions. Thousand Oaks: SAGE Publications. Silverman, D. _ Interpreting Qualitative Data: Methods for Analyzing Talk, Text & Interaction. London: SAGE Publications.

Stake, R. E. 1994. Case Studies. In Denzin, N.K. and Lincoln, Y.S. (eds) Handbook of Qualitative Research. Thousand Oaks,CA: Sage. Pp.236-247.

Selltiz, C., Jahoda, M., Deutsch, M. and Cook, S. 1964. Research Methods in Social Relations. New York: Holt, Rinehart & Winston.

Strauss, A. and Corbin. 1990. Basic Qualitative Research. Englewood Cliff: Prentice-Hall

Sulaiman Ngah Razali. 1996. Analisis Data dalam Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tabachnick, B. G. and Fidell, L. S. (1996). Using Multivariate Statistics. 3rd ed. New York: Harper Collins.

UKM. 1999. Panduan Menulis Tesis. Gaya UKM. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bahagian Pendidikan Guru

68

Page 69: Panduan kursus Penyelidikan

Buku Panduan Penyelidikan

William, W. 1991. Research Method In Education. 5th.ed. Boston: Allyn and Bacon

Yin, R. 1994. Case Study Research (2nd Edition) Thousand Oaks, CA:Sage.

Bahagian Pendidikan Guru

69