13
Panduan Menyediakan Buku Log Pengakap Oleh Nourman Rayn Datuk Awang Zaini Setiausaha Pasukan Latihan Negeri Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah Edaran Dalaman PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH

Panduan Menyediakan Buku log - · PDF filesebagai penghalang dalam kemajuan sesuatu aktiviti Pengakap, semangat ... Berikut merupakan contoh bagi lapisan luar buku yang telah saya

  • Upload
    lamnga

  • View
    290

  • Download
    13

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Panduan Menyediakan Buku log - · PDF filesebagai penghalang dalam kemajuan sesuatu aktiviti Pengakap, semangat ... Berikut merupakan contoh bagi lapisan luar buku yang telah saya

Panduan

Menyediakan

Buku Log

Pengakap

Oleh

Nourman Rayn Datuk Awang Zaini Setiausaha Pasukan Latihan Negeri

Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah

Edaran Dalaman PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH

Page 2: Panduan Menyediakan Buku log - · PDF filesebagai penghalang dalam kemajuan sesuatu aktiviti Pengakap, semangat ... Berikut merupakan contoh bagi lapisan luar buku yang telah saya

2

Pengenalan

Dewasa ini, mutu Pengakap yang ditunjukkan hari ini semakin dipertikaikan di mana-

mana tempat wujudnya Pergerakan Pengakap ini. Dalam perkara ini, langkah terbaik

yang harus dilakukan oleh para Pemimpin bukanlah menuding jari sesama sendiri

ataupun terus duduk diam tanpa sebarang tindakan susulan. Para Pemimpin haruslah

menguatkan tekad dan menaikkan semula semangat serta komitmen mereka untuk

memimpin dan membantu ahli Pengakap dibawah bimbingan mereka. Kekurangan

dari segi pengetahuan dan sumber rujukan bukanlah sesuatu alasan yang seharusnya

ditimbulkan kerana secara langsung, apabila ianya dijadikan alasan atau disifatkan

sebagai penghalang dalam kemajuan sesuatu aktiviti Pengakap, semangat

Berpengakap itu dengan sendirinya akan berkurangan dan semakin menjadi malap.

Apa yang harus disematkan di dalam minda Pemimpin itu sendiri adalah Pengakap itu

merupakan satu Pendidikan Sepanjang Hayat. Pemimpin Pengakap di peringkat yang

tertinggi pun tidak lepas daripada tuntutan untuk belajar dan meningkatkan

pengetahuan mereka dalam Berpengakap. Ini adalah untuk memastikan bahawa

Kepengakapan itu sentiasa relevan dan diterima walau macamana sekalipun

perubahan yang berlaku terhadap persekitaran dan gaya hidup masyarakat.

Satu contoh pembelajaran dalam Pengakap di semua peringkat adalah mengajar serta

melatih Pengakap lain dan diri sendiri bagaimana menyediakan buku log.

Saya sendiri telah melihat dan meneliti beratus naskah buku log Pengakap yang rupa,

bentuk dan cara penyediaannya berbeza antara satu sama lain. Hasil penelitian ini

telah saya gabungkan dengan kehendak pemeriksa, kesesuaian serta kepadatan isi

kandungan dan saya wujudkan dalam bentuk satu garis panduan yang boleh

membantu Pemimpin dan para ahli Pengakap dalam menyediakan sesebuah Buku Log.

Panduan yang ditulis ini bukanlah satu kaedah yang muktamad, tetap ataupun wajib

dipatuh, tetapi sekadar garis panduan untuk memudahkan para pembaca mempelajari

kaedah serta bagaimana memulakan penulisan sesebuah buku log.

NOURMAN RAYN DATUK AWANG ZAINI

Setiausaha Latihan Negeri

Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah

Kota Kinabalu

26 Disember 2008

Page 3: Panduan Menyediakan Buku log - · PDF filesebagai penghalang dalam kemajuan sesuatu aktiviti Pengakap, semangat ... Berikut merupakan contoh bagi lapisan luar buku yang telah saya

3

APAKAH ITU BUKU LOG?

Dalam dunia kepengakapan, sesebuah laporan kemajuan, pencapaian dan aktiviti

bertulis atau dicatatkan oleh seseorang Pengakap yang mengambil sesuatu ujian

lencana atau anugerah adalah dipanggil sebagai ‘Buku Log’.

Buku Log seharusnya mengandungi catatan rekod yang diharapkan boleh dijadikan

panduan, laporan dan juga pengesahan terhadap penglibatan seseorang Pengakap itu.

Ianya juga boleh merupakan rakaman peristiwa yang berlaku dan catatan harian bagi

sesuatu aktiviti Pengakap.

Sehubungan itu, seseorang pencatat buku log haruslah mengasah kemahiran meneliti

dan menghalusi pemahaman terhadap persekitarannya serta mampu pula

menzahirkannya dalam bentuk penulisan, lakaran mahupun bantuan visual ataupun

grafik.

Di dalam buku log ahli Pengakap, Pemimpin juga boleh mencatat komen terhadap

penulisan serta memberikan pengesahan terhadap ujian yang diambil oleh ahli

Pengakap tersebut.

NOTA:

Semasa Ujian Pentarafan Pengakap Raja, buku log peserta akan diperiksa oleh

Lembaga Pentaraf Pengakap Raja Negeri untuk melihat sejarah serta penglibatan

peserta dalam Kepengakapan secara keseluruhan. Jadi, pemeriksa akan

mengharapkan yang peserta akan melampirkan atau melekatkan salinan sijil-sijil

kelulusan bagi lencana dan ujian terbabit di dalam buku log mereka.

Setakat ini, tiada had piawai bagi jumlah mukasurat sesebuah buku log. Namun

berdasarkan pengalaman, buku log yang baik hendaklah mempunyai sekitar 200 – 300

helaian dan sebaiknya yang berkulit tebal agar ianya boleh disimpan dengan baik pada

satu jangka masa yang lama.

Satu persoalan yang sering ditimbulkan oleh Pemimpin Pengakap kepada saya ialah

‘Berapa banyak Buku Log harus disediakan oleh setiap Pengakap yang ingin

mengambil ujian tertentu?’

Saya masih ingat sewaktu saya menjadi ahli Pengakap Kanak-kanak dahulu, saya

menyimpan semua rekod dan nota Pengakap saya di dalam SATU buku log bersaiz 21

cm X 17 cm dengan ketebalan 600 mukasurat. Dan buku tersebut juga saya gunakan

sepanjang tempoh saya menyertai Pengakap Kanak-kanak sehingga saya menamatkan

persekolahan rendah saya. Maksudnya, kesemua catatan, nota dan pengesahan

Pemimpin kami terhadap Ujian Lencana Keahlian hingga Lencana Keris Emas saya

catatkan dalam satu buku. Itu merupakan kelaziman di kalangan Pengakap pada masa

tersebut.

Namun begitu, bukan senang untuk menjaga sebuah buku untuk satu tempoh yang

lama. Malah ianya berkemungkinan hilang dalam sesuatu program atau aktiviti yang

disertai oleh seseorang Pengakap. Kesannya, seseorang Pengakap yang kehilangan

buku lognya harus memulakan semula catatan buku lognya dari awal. Nota tersbeut

mungkin boleh ditulis semula, tetapi bagaimana pula dengan pengesahan Pemimpin

yang telah diterimanya?

Page 4: Panduan Menyediakan Buku log - · PDF filesebagai penghalang dalam kemajuan sesuatu aktiviti Pengakap, semangat ... Berikut merupakan contoh bagi lapisan luar buku yang telah saya

4

Berikut merupakan cadangan bagaimana pembahagian catatan Buku Log bagi tajuk-

tajuk asas yang sesuai dan mudah dijaga oleh seseorang Pengakap.

UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK

1) Catatan Peribadi (Maklumat diri) + Lencana Keahlian - 1 buku

2) Lencana Keris Gangsa - 1 buku

3) Lencana Keris Perak - 1 buku

4) Lencana Keris Emas + Rambu Pengakap Kanak-kanak - 1 buku

UNIT PENGAKAP MUDA

1) Catatan Peribadi (Maklumat diri) + Lencana Keahlian - 1 buku

2) Lencana Usaha - 1 buku

3) Lencana Maju - 1 buku

4) Lencana Jaya + Rambu Pengakap Muda - 1 buku

5) Buku Log Pengembaraan - 1 buku

UNIT PENGAKAP REMAJA

1) Lencana Ekspedisi - 1 buku

2) Lencana Jayadiri - 1 buku

3) Lencana Kegiatan - 1 buku

4) Lencana Kemahiran - 1 buku

5) Lencana Perkhidmatan - 1 buku

6) Ujian Sikap - 1 buku

UNIT PENGAKAP KELANA

1) Catatan Peribadi + Lencana Keahlian + Vigil + Pertabalan - 1 buku

2) Lencana-lencana Kemajuan - 1-5 buku

3) Projek - 1 buku

4) Program atau Aktiviti Khas (jika ada) - 1 buku

Page 5: Panduan Menyediakan Buku log - · PDF filesebagai penghalang dalam kemajuan sesuatu aktiviti Pengakap, semangat ... Berikut merupakan contoh bagi lapisan luar buku yang telah saya

5

* Bagi semua unit-unit Pengakap di atas, program atau aktiviti tambahan yang disertai

seperti perkhemahan, kursus, jambori dan sebagainya boleh dimuatkan di dalam Buku

Log Peribadi ataupun di dalam sebuah buku log berasingan.

Kegunaan Buku Log sebenarnya bukan hanya terhad kepada ahli Pengakap yang

ingin mengambil ujian. Pemimpin serta Pesuruhjaya Pengakap juga masih boleh

menggunakan kaedah buku log untuk merekodkan benda-benda seperti berikut :

- Kemajuan atau prestasi ahli Pengakap di bawah bimbingannya.

- Kursus dan seminar yang dijalani

- Jambori dan perkhemahan yang dihadiri

- ‘Trip’ atau rombongan lawatan yang disertai

Nota : Hingga kini, saya masih membuat catatan Buku Log Setiausaha Latihan Negeri

yang mencatatkan maklumat berkaitan perjalanan serta Kursus-kursus Kepimpinan

Manikayu dan Vigil Pengakap Kelana yang saya hadiri dan bantu di serata negeri.

NOTA:

Untuk kegunaan Pentarafan Pengakap Raja, pihak Lembaga Pentaraf Negeri telah

menetapkan bahawa setiap calon harus menghantar atau membawa bersama buku-

buku log berikut untuk diperiksa serta bagi kegunaan ujian semasa pentarafan.

1) Buku Log Catatan peribadi / Lencana Keahlian

2) Buku Log Lencana Usaha

3) Buku Log Lencana Maju

4) Buku Log Lencana Jaya

5) Buku Log Pengembaraan

6) Buku Log Lencana Jayadiri

7) Buku Log Lencana Kegiatan

8) Buku Log Lencana Kemahiran

9) Buku Log Lencana Perkhidmatan

10) Buku Log Lencana Ekspedisi\

11) Buku Log Ujian Sikap

* Buku-buku Log tersebut di atas haruslah telah disahkan oleh Pesuruhjaya Daerah

atau sekurang-kurangnya Pemimpin Kumpulan.

Page 6: Panduan Menyediakan Buku log - · PDF filesebagai penghalang dalam kemajuan sesuatu aktiviti Pengakap, semangat ... Berikut merupakan contoh bagi lapisan luar buku yang telah saya

6

FORMAT ASAS SESEBUAH BUKU LOG

Saiz dan ketebalan

Saiz Buku Log yang sesuai adalah 21 cm x 32 cm dengan ketebalan 200 muka surat

dan berkulit tebal. (200 Foolscap Book)

Kulit Luar (Cover)

Kulit luar buku amat penting dijaga agar ianya tahan lama dan tidak mudah rosak.

Sebaiknya kulit buku tersebut dibalut dengan plastic (pvc book wrapper) agar tidak

mudah binasa akibat basah.

Logo bagi ujian atau lencana berkaitan boleh dilekatkan bagi memudahkan penulis

serta pemeriksa membezakan buku-buku log yang ada mengikut isi kandungannya.

Berikut merupakan contoh bagi

lapisan luar buku yang telah saya

hasilkan bagi sebuah pihak Majlis

Pengakap Daerah di masa lepas

Page 7: Panduan Menyediakan Buku log - · PDF filesebagai penghalang dalam kemajuan sesuatu aktiviti Pengakap, semangat ... Berikut merupakan contoh bagi lapisan luar buku yang telah saya

7

Halaman pertama

Halaman pertama merupakan halaman yang paling penting kerana di sinilah selalunya

para pemeriksa dapat membuat pemerhatian umum dan mengagak kesungguhan

penulis dalam menyediakan buku tersebut (First impression evaluation).

Sebaik-baiknya halaman pertama dimuatkan dengan maklumat peribadi penulis.

Contoh maklumat adalah seperti berikut :

Maklumat Asas

Nama Penuh

No. Sijil Lahir / Kad Pengenalan

Tarikh dan Tempat Lahir

No. telefon / Telefon bimbit

Alamat e-mail / url

Alamat surat menyurat

Maklumat Kepengakapan

Tarikh Mula Berpengakap

Nama Sekawan / Patrol (terkini)

No. Kumpulan / Troop / Krew (terkini)

Nama dan alamat Sekolah (terkini)

Daerah (terkini)

Maklumat Waris dan Alamat Perhubungan

Alamat tetap

Nama Bapa dan pekerjaannya

No. telefon / Telefon bimbit

Nama Ibu dan Pekerjaannya

No. telefon / Telefon bimbit

Contoh halaman pertama

buku log yang mengandungi

maklumat peribadi penulis bagi buku

log tersebut.

Page 8: Panduan Menyediakan Buku log - · PDF filesebagai penghalang dalam kemajuan sesuatu aktiviti Pengakap, semangat ... Berikut merupakan contoh bagi lapisan luar buku yang telah saya

8

Halaman kedua

Halaman kedua selalunya adalah lebih baik dimuatkan kandungan atau sukatan bagi

ujian lencana (bagi buku log lencana). Ruangan untuk tandatangan pengesahan

pemimpin beserta tarikhnya juga harus disediakan di tepi kanan setiap tajuk ujian

yang disenaraikan.

Page 9: Panduan Menyediakan Buku log - · PDF filesebagai penghalang dalam kemajuan sesuatu aktiviti Pengakap, semangat ... Berikut merupakan contoh bagi lapisan luar buku yang telah saya

9

Ruangan Catatan di setiap muka surat

Adalah dicadangkan agar ruangan selebar 1 – 2 inci disediakan di sebelah kanan

setiap muka surat di dalam buku log. Ini adalah untuk memudahkan perkara-perkara

berikut :

1) Ruangan bagi komen, ulasan dan pengesahan pemeriksa

buku.

2) Pembetulan fakta yang perlu dibuat selepas selesai

penulisan.

3) Penambahan fakta (sekiranya tertinggal semasa menulis

nota atau fakta yang diperolehi selepas selesai penulisan

nota)

Contoh kegunaan ruangan

kosong di sebelah kanan

setiap muka surat di dalam

Buku Log.

Page 10: Panduan Menyediakan Buku log - · PDF filesebagai penghalang dalam kemajuan sesuatu aktiviti Pengakap, semangat ... Berikut merupakan contoh bagi lapisan luar buku yang telah saya

10

Foto, lakaran dan sample di dalam buku log

Penulis bebas untuk menggunakan foto, lakaran, lukisan mahupun sebarang bentuk

ilustrasi untuk menyokong laporan ataupun nota di dalam buku log mereka. Namun,

ianya haruslah tulen dan menggambarkan perkara sebenar mengikut skim ataupun

berdasarkan pengalaman ataupun apa yang telah dilakukan oleh penulis.

Page 11: Panduan Menyediakan Buku log - · PDF filesebagai penghalang dalam kemajuan sesuatu aktiviti Pengakap, semangat ... Berikut merupakan contoh bagi lapisan luar buku yang telah saya

11

Untuk tugasan tertentu contohnya di dalam Pengembaraan di mana ahli Pengakap

diarahkan untuk mengumpulkan sample tertentu seperti tumbuhan, serangga dan

sebagainya, penulis buku log haruslah mempelajari teknik mengawet (sekiranya

perlu) dan sample boleh dilekatkan di dalam buku log mereka.

Page 12: Panduan Menyediakan Buku log - · PDF filesebagai penghalang dalam kemajuan sesuatu aktiviti Pengakap, semangat ... Berikut merupakan contoh bagi lapisan luar buku yang telah saya

12

Lakaran ataupun lukisan sebaik-baiknya dilukis sendiri oleh penulis. Pemeriksa buku

log tidak menilai atas cantik atau tidaknya sesebuah lukisan yang dibuat di dalam

buku log,Apa yang lebih penting ialah penulis berupaya menyampaikan laporan serta

nota dengan jelas hasil dari kerja tangan mereka sendiri.

Page 13: Panduan Menyediakan Buku log - · PDF filesebagai penghalang dalam kemajuan sesuatu aktiviti Pengakap, semangat ... Berikut merupakan contoh bagi lapisan luar buku yang telah saya

13

Bentuk penulisan dan isi nota

Penulisan di dalam Buku Log haruslah benar, asli dan jelas. Penulis haruslah

menggunakan ayat yang ringkas tetapi padat, tepat dan jelas. Elakkan penggunaan

ayat yang panjang berjela-jela.

Contoh catatan laporan pengembaraan

Kesimpulan

Apa yang dicatatkan di dalam Buku Log haruslah berbentuk laporan terhadap apa

yang telah dilakukan oleh penulis dan bukannya SALINAN nota dari bahan rujukan

lain. (Kecuali sesetengah nota yang berbentuk fakta seperti lagu kebangsaan, tugas

dan fungsi jawatan-jawatan tertenu dan sebagainya).

Buku Log adalah merupakan nadi kepengakapan seseorang ahli Pengakap. Ianya

merupakan bukti kepada kesungguhan, komitmen serta penglibatan ahli dalam aktiviti,

program dan ujian sepanjang mereka berpengakap.