14
Panduan Pelaksanaan PROGRAM BULAN DAKWAH SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2015 PENDAHULUAN 1. Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia adalah satu program yang perlu dilaksanakan oleh semua sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memastikan aktiviti dakwah dilaksana dengan lebih bersepadu dan berkesan dengan pengembelingan semua pihak. 2. Matlamat Menyemarakkan usaha dakwah diperingkat sekolah agar penghayatan aktiviti dakwah dan Syiar Islam dapat dihayati bersama. 3. Objektif 3.1 Berusaha secara bersama dalam menangani permasalahan ummah dalam membina hadharah. 3.2 Menggerakkan usaha dakwah secara bersepadu agar lebih berkesan dan menyeluruh. 3.3 Meneruskan usaha-usaha amar makruf dan nahi mungkar. 3.4 Memberikan kesedaran bahawa setiap orang adalah bertanggungjawab untuk berdakwah. 4. Tarikh Cadangan Pelaksanaan Sepanjang bulan Jun dan Julai 2015. Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia | 1

Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah KPM 2015.doc

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah KPM 2015.doc

Panduan Pelaksanaan

PROGRAM BULAN DAKWAH SEKOLAH-SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2015

PENDAHULUAN

1. Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia adalah

satu program yang perlu dilaksanakan oleh semua sekolah-sekolah di bawah

Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memastikan aktiviti dakwah dilaksana

dengan lebih bersepadu dan berkesan dengan pengembelingan semua pihak.

2. Matlamat

Menyemarakkan usaha dakwah diperingkat sekolah agar penghayatan aktiviti dakwah

dan Syiar Islam dapat dihayati bersama.

3. Objektif

3.1 Berusaha secara bersama dalam menangani permasalahan ummah dalam

membina hadharah.

3.2 Menggerakkan usaha dakwah secara bersepadu agar lebih berkesan dan

menyeluruh.

3.3 Meneruskan usaha-usaha amar makruf dan nahi mungkar.

3.4 Memberikan kesedaran bahawa setiap orang adalah bertanggungjawab untuk

berdakwah.

4. Tarikh Cadangan Pelaksanaan

Sepanjang bulan Jun dan Julai 2015.

5. Tempat

Semua aktiviti dilaksana di dalam premis sekolah masing-masing kecuali aktiviti

Sahabat Masjid dilaksana di masjid yang berdekatan dengan sekolah.

Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia | 1

Page 2: Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah KPM 2015.doc

6. Sasaran

Sekolah-sekolah rendah dan menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia

dengan melibatkan:

6.1 Murid-murid

6.2 Guru-guru

6.3 Kakitangan sekolah

7. Strategi Pengurusan

7.1 Menyediakan kertas kerja Program Bulan Dakwah peringkat sekolah.

7.2 Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana peringkat sekolah

7.3 Jawatankuasa Pelaksana di peringkat sekolah adalah bagi memutuskan perkara

berikut:

7.3.1 Memasukkan aktiviti ini dalam takwim sekolah.

7.3.2 Menyelaras jadual dan agihan tugas guru.

7.3.3 Memastikan penglibatan guru dan murid secara menyeluruh.

7.3.4 Mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan sekurang-

kurangnya 4 aktiviti mengikut kesesuaian masa dan kewangan.

8. Strategi Pelaksanaan

8.1 Mengadakan Majlis Pelancaran Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia peringkat sekolah.

8.2 Melaksanakan program-program yang diatur sepanjang bulan dakwah.

8.3 Mengadakan Mesyuarat Post Mortem kekuatan dan kelemahan serta cadangan

untuk memperbaiki kelemahan selepas tamat Program Bulan Dakwah.

8.4 Menghantar laporan pelaksanaan dengan mengisi borang seperti di lampiran A1

ke Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing. Rumusan

laporan pelaksanaan tersebut seperti di lampiran A2 dipanjangkan ke Sektor

Pendidikan Islam JPN dan Bahagian Pendidikan Islam KPM.

9. Cadangan Aktiviti

Berikut adalah cadangan pengisian aktiviti untuk Program Bulan Dakwah peringkat

sekolah. Sila semak Lampiran B untuk panduan pelaksanaan.

Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia | 2

Page 3: Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah KPM 2015.doc

9.1 Kempen 3B Beri Salam, Beri Sapaan, Beri Laluan

9.2 Bumiku Bersih Anugerah Tuhan

9.3 Kempen Ihtiram (Tak Nak Buli)

9.4 Sahabat Masjid

9.5 Daurah Hadith

9.6 Cinta Rasul

9.7 Cakna Palestin

9.8 Al-Quran di hatiku

9.9 Syurga Milik Kita

9.10 Sesuci Srikandi

9.11 Jom Solat “On time, Any time, Over time”

9.12 Daie Internet

9.13 Panggilan Tanah Suci

9.14 Lain-lain aktiviti dakwah yang difikirkan sesuai oleh sekolah.

10. Carta Perbatuan Program

(Rujuk Lampiran C)

11. Implikasi Kewangan

Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan

Malaysia tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan disebabkan ia dilaksanakan

mengikut kesesuaian masa dan kewangan sekolah.

12. Syor

Ahli mesyuarat dipohon memberi pandangan dan kelulusan pelaksanaan Program

Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Disediakan oleh:Sektor Dakwah dan KepimpinanBahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan MalaysiaApril 2015M / Jamadil Akhir 1436H

Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia | 3

Page 4: Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah KPM 2015.doc

Lampiran A1

LAPORAN PROGRAM BULAN DAKWAH SEKOLAH-SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2015

Nama Sekolah : ____________________________________

Alamat Sekolah : ____________________________________

____________________________________

No. Tel. : ____________________________________

Nama Ketua Panitia Pendidikan Islam : ____________________________________

No. Tel. Bimbit : ____________________________________

Bil Aktiviti DilaksanaTidak

Dilaksana

1 Kempen 3B Beri Salam, Beri Sapaan, Beri Laluan

2 Bumiku Bersih Anugerah Tuhan

3 Kempen Ihtiram

4 Sahabat Masjid

5 Daurah Hadis

6 Cinta Rasul

7 Cakna Palestin

8 Al-Quran di hatiku

9 Syurga Milik Kita

10 Sesuci Srikandi

11 Jom Solat “On time, Any time, Over time”

12 Daie Internet

13 Panggilan Tanah Suci

14 Lain-lain aktiviti dakwah yang difikirkan sesuai oleh sekolah.

Kekuatan :…………………………………………………

Kelemahan : …………………………………………………

Cadangan Penambahbaikan: …………………………………………………

Disediakan Oleh Disahkan Oleh

………………..……… ………………..………

( ) ( )

Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia | 4

Page 5: Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah KPM 2015.doc

Lampiran A2

LAPORAN PROGRAM BULAN DAKWAH SEKOLAH-SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2015

PPD / JPN : ____________________________________

Penyelia UPI / Pegawai SPI : ____________________________________

No. Tel.Bimbit : ____________________________________

Bil AktivitiBilangan Sekolah yang

Melaksanakan

1 Kempen 3B Beri Salam, Beri Sapaan, Beri Laluan

2 Bumiku Bersih Anugerah Tuhan

3 Kempen Ihtiram

4 Sahabat Masjid

5 Daurah Hadith

6 Cinta Rasul

7 Cakna Palestin

8 Al-Quran di hatiku

9 Syurga Milik Kita

10 Sesuci Srikandi

11 Jom Solat “Ontime, Anytime, Overtime”

12 Daie Internet

13 Panggilan Tanah Suci

14 Lain-lain aktiviti dakwah yang difikirkan sesuai oleh sekolah.

Kekuatan :…………………………………………………

Kelemahan : …………………………………………………

Cadangan Penambahbaikan: …………………………………………………

Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia | 5

Page 6: Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah KPM 2015.doc

Lampiran B

Cadangan Pengisian

PROGRAM BULAN DAKWAH SEKOLAH-SEKOLAHKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2015

Berikut adalah cadangan pengisian program untuk bulan dakwah peringkat sekolah bagi

tahun 2015.

1. Tajuk : Kempen 3B Beri Salam, Beri Sapaan, Beri LaluanObjektif : Di akhir program, peserta diharapkan akan dapat :

1. Mengucapkan salam dengan sebutan yang betul, senyum dan sapaan mengikut panduan dari Al-Quran dan Hadith.

2. Mengamalkan kaedah salam, senyum dan sapaan dalam kehidupan seharian.

3. Memberikan laluan kepada orang lain dengan cara yang betul dan bersopan.

Cadangan Aktiviti: 1. Taklimat kaedah, adab-adab dan kelebihan pengucapan salam serta

memberikan laluan dengan yang betul.2. Brosur / poster / banting kaedah, adab-adab dan kelebihan salam serta

memberi laluan.3. Penekanan kepentingan salam setiap kali pertemuan dan memberi laluan.

2. Tajuk : Bumiku Bersih Anugerah Tuhan Objektif : Di akhir program, peserta diharapkan akan dapat :

1. Memahami kepentingan menjaga kebersihan bersesuaian dengan Al-Quran dan Hadith

2. Mengamalkan budaya menjaga kebersihan di dalam dan luar kawasan sekolah.

3. Bekerjasama bergotong-royong dan menjaga kebersihan persekitaran.Cadangan aktiviti :

1. Ceramah “Kebersihan sebahagian dari kesempurnaan Iman”2. Kempen penggunaan tong sampah dengan betul3. Gotong-royong kebersihan kelas, tandas dan sudut pengumpulan

sampah.

3. Tajuk : Kempen IhtiramObjektif : Di akhir program, peserta diharapkan akan dapat :

4. Mengeratkan hubungan antara murid yang “senior” dan “junior”.

Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia | 6

Page 7: Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah KPM 2015.doc

5. Mengamalkan adab-adab bersahabat dengan menekankan prinsip ithar, ikram dan rahmah.

6. Mencegah gejala buli di sekolahCadangan aktiviti :

4. Ceramah pencegahan buli5. Tayangan video berkaitan buli6. “Signboard” “Saya benci buli” di kawasan sekolah7. Halaqah / Usrah / Latihan dalam kumpulan (LDK)

Sasaran : Pelajar muslim yang berisiko atau berpotensi terlibat dengan gejala buli (pembuli dan mangsa buli)

Kekerapan : Satu kali perjumpaan setiap bulan1. Ta’aruf2. Adab-adab bersahabat3. Konsep ithar (mengutamakan orang lain terlebih dahulu)4. Konsep ikram (memuliakan orang lain)5. Konsep rahmah (mengasihani orang lain)6. Menjauhi permusuhan dan dendam 7. Riadhah dan jamuan makan bersama

4. Tajuk : Sahabat MasjidObjektif : Di akhir kempen, peserta akan dapat :

1. Membantu pihak masjid mengawal disiplin murid semasa berada di masjid.

2. Menambahkan ilmu berkaitan adab-adab di masjid3. Melazimikan diri dengan solat berjemaah di masjid4. Melahirkan generasi yang beradab dan cintakan masjid

Cadangan aktiviti :1. Jadual petugas disiplin di Masjid semasa solat Jumaat dalam kalangan

guru dan murid.2. Ceramah adab-adab di masjid berdasarkan kitab turath dan Surat

Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1991: Tatakelakuan Pelajar Ketika Di Masjid3. Ziarah dan khidmat masyarakat gotong-royong di masjid.4. Meletakkan “bunting” / papan tanda nama sekolah di kawasan murid

semasa solat Jumaat.5. Sahabat basikal masjid

5. Tajuk : Daurah HadithObjektif : Di akhir kempen, peserta akan dapat :

1. Mengamalkan pengajaran daripada hadith2. Mencintai hadith Rasulullah s.a.w. 3. Memelihara hadith Rasulullah s.a.w.

Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia | 7

Page 8: Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah KPM 2015.doc

Cadangan aktiviti :1. Marathon bacaan hadith 40 secara terus menerus dengan ulasan

ringkas dalam tempoh 3-4 jam.2. Pertandingan hafazan hadith ringkas (Matan sahaja)3. Ceramah pengenalan ilmu “Mustolah Hadith”4. Kuiz berkaitan Hadith

6. Tajuk : Cinta RasulObjektif : Di akhir program peserta akan dapat

1. Memupuk kecintaan kepada Rasulullah s.a.w.2. Mengenali akhlak Rasulullah s.a.w. dan sifat fizikal baginda.3. Mengamalkan sunnah harian dalam kehidupan

Cadangan aktiviti :1. Persembahan nasyid, marhaban dan selawat2. Pertandingan buku skrap Cinta Rasul3. Tayangan video “Muhammad Utusan Terakhir / Ar Risalah”4. Bacaan kitab Syamail atau seumpamanya seperti Ma’rifah Rasulullah

tulisan Dr. Zulkifli Al-Bakri5. Majlis seribu selawat

7. Tajuk : Cakna Palestin dan SyriaObjektif : Di akhir program, peserta akan dapat

1. Mewujudkan sensitiviti terhadap nasib umat Islam di Palestin dan Syria2. Menggalakkan infaq di kalangan warga sekolah3. Mengukuhkan perasaan ukhwah di kalangan umat Islam

Cadangan aktiviti :1. Ceramah kesedaran sejarah dan isu Palestin dan Syria2. Tayangan video kesengsaraan rakyat Palestin dan Syria3. Sembang santai bersama NGO yang menguruskan tabung Palestin dan

Syria4. Pelancaran Tabung Palestin dan Syria

8. Tajuk : Al-Quran di hatikuObjektif : Di akhir kempen, peserta akan dapat

1. Menanam minat menjadikan Al Quran sebagai bacaan harian.2. Setiap warga sekolah dapat membaca satu muka surat setiap hari.3. Menyuburkan semangat mempelajari Al Quran4. Khatam Al-Quran secara berjemaah sekurang-kurangnya satu kali

dalam bulan Ramadhan

Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia | 8

Page 9: Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah KPM 2015.doc

Cadangan aktiviti :1. Memperdengarkan bacaan Al Quran setiap hari sebelum pdp2. Kuiz tajwid3. Kelas celik al Quran (Iqra’ atau Muqaddam)4. Pertandingan hafazan surah-surah lazim5. Tahsin bacaan surah al-Fatihah dan kefahamannya6. Kempen “One Day One Page” Al-Quran.

9. Tajuk : Syurga Milik Kita Objektif : Di akhir program, peserta akan dapat

1. Muhasabah diri tentang umur dan alam akhirat2. Mengetahui adab ziarah kematian3. Menjauhkan diri daripada dosa dan maksiat

Cadangan aktiviti :1. Ceramah “Alam Barzakh” & adab ziarah kematian2. Tayangan video majlis pengkebumian orang Islam yang menepati

syariat.3. Gotong-royong di tanah perkuburan Islam4. Banner info tentang persiapan kematian dan adab ziarah kubur

10. Tajuk : Sesuci SrikandiObjektif : Di akhir program, peserta akan dapat

1. Mengetahui hukum-hakam darah wanita(haidh/nifas/wiladah/istihadhoh)

2. Dapat mempraktikkan mandi hadas besar dengan betul3. Meningkatkan kesedaran tatacara yang betul pembersihan tuala wanita

dengan betul4. Kesedaran peralihan zaman kanak-kanak ke alam dewasa (mukallaf)

Cadangan aktiviti :1. Ceramah hukum-hakam darah wanita2. Kuiz soal jawab yang berkaitan3. Edaran risalah yang berkaitan4. Amali mandi hadas dan pembersihan tuala wanita

11.Tajuk : Jom Solat “Ontime, Anytime, Overtime”Objektif : Di akhir program, peserta akan dapat

1. Maklumat yang jelas tatacara mendirikan beberapa jenis solat dan sujud dalam pelbagai situasi

2. Dapat mengetahui tatacara solat di dalam kenderaan.3. Dapat mengetahui tatacara sujud syukur

Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia | 9

Page 10: Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah KPM 2015.doc

Cadangan aktiviti :1. Ceramah tatacara solat khauf dan solat menghormati waktu 2. Edaran risalah yang berkaitan3. Amali solat khauf, solat dalam pesawat, sujud syukur

12.Tajuk : “Daie” InternetObjektif : Di akhir program, murid akan dapat

1. Mewujudkan group berunsur keislaman di Facebook dan media-media sosial yang lain

2. Berkongsi maklumat berkaitan Islam3. Meningkat kemahiran ICT di kalangan murid4. Mengelakkan remaja dari salah faham terhadap jihad

Cadangan aktiviti :1. Majlis pelancaran “Daie” Internet2. Ceramah adab-adab di alam siber3. Pertandingan video pendek berunsur islamik4. Usrah maya

13.Tajuk : Panggilan Tanah SuciObjektif : Di akhir program, peserta akan dapat

1. Mendalami ilmu tentang haji dan umrah secara teori dan amali2. Menanam keazaman yang tinggi untuk menunaikan ibadah haji dan

umrah3. Pendedahan awal bagi ibadah haji dan umrah

Cadangan aktiviti :1. Ceramah tatacara menunaikan haji dan umrah2. Amali ibadah haji dan umrah (Sekolah Menengah)3. Amali ibadah umrah (SekolahRendah)4. Tayangan video5. Pameran alat kelengkapan haji

Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia | 10

Page 11: Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah KPM 2015.doc

Lampiran C

Carta Perbatuan

PROGRAM BULAN DAKWAH SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN

MALAYSIA TAHUN 2015

Bil. Aktiviti Mei Jun Julai Ogos Sep Okt Nov Dis

1.Edaran Surat Makluman Mei

2.

Pelaksanaan Program Bulan Dakwah di sekolah

1 Jun –

31 Julai

3.

PenghantaranPelaporan ke UPI, PPD

1 Ogos – 30 Sept

4.

PenghantaranPelaporan ke SPI, JPN

1 Okt – 15 Okt

5.

PenghantaranPelaporan ke BPI, KPM

16 – 30 Okt

6.Pembentangan Pelaporan

1 Nov

Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia | 11