Upload
trannhi
View
254
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PANDUAN PENGURUSAN SKIM PINJAMAN KOMPUTER RIBA (SPKR)
SEMAKAN TAHUN 2017
Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia
Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017
2
Panduan Pengurusan Program Pembekalan Komputer Riba Untuk
Kegunaan Murid-Murid Tingkatan Lima (5) Di Sekolah-Sekolah KPM
Secara Rintis Di Negeri Sarawak
BAHAGIAN A: PENGENALAN
1.0 Latar Belakang …………………………………………………………… 4
2.0 Matlamat ….........………………………………………………………… 4
3.0 Objektif …............………………………………………………………… 4
4.0 Dasar/Punca Kuasa……………………………………………………… 4
5.0 Dasar kelayakan ……….………………………………………………… 5
BAHAGIAN B: PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
1.0 Pengetua ..………………………………....…......……………………… 6
2.0 Penyelaras Projek ..……………………………………………………… 6
3.0 Guru Kelas ..…………………………….......………….………………… 7
4.0 Guru Mata Pelajaran ...……………………………………………..…… 7
5.0 Warden (Sekolah Berasrama) ………………………….....…………… 7
6.0 Juruteknik Komputer (Sekiranya ada) …………………....…………… 7
7.0 Ibu bapa/penjaga ………………………………………………………… 8
8.0 Murid ...............…………………………………………………………… 8
BAHAGIAN C: PENGURUSAN KOMPUTER RIBA DI SEKOLAH
1.0 Penentuan Kelayakan Murid ..........………....…………....…………… 9
2.0 Pengurusan Komputer Riba ………………....…………....…………… 10
2.1 Persediaan Awal……....…....………………..............…....…………… 10
2.1.1 Pelantikan Pegawai Penerima …............……....…………… 10
2.1.2 Penubuhan Jawatankuasa ..……................…....…………… 10
2.1.3 Makluman kepada ibubapa/penjaga …............…......……… 10
2.2 Penerimaan Harta Kerajaan …………………....…...............………… 10
2.2.1 Panduan Penerimaan …....................…………....…………… 10
2.2.2 Pengujian dan Pentauliahan .................………....…………… 12
2.2.3 Taklimat Penggunaan ………........................…....…………… 12
2.3 Pendaftaran ...............………………………….……….......…………… 13
2.4 Penyimpanan ...............…………………….....…………....…………… 13
Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017
3
2.5 Penggunaan ........……....…....………………..............…...…………… 14
2.5.1 Pengagihan …….…....……………….....................…………… 14
2.5.1.1 Pinjaman ……....…....……………….......…………… 14
2.5.1.2 Pemulangan ……....…....……………….....………… 16
2.5.1.3 Perpindahan/Pertukaran murid .....…....…………… 18
2.5.1.4 Agihan Semula .……....…..............…....…………… 20
2.5.2 Tatacara Penggunaan Di Sekolah ……....…....……………… 20
2.6 Penyelenggaraan ……....…....………………..............…......………… 22
2.6.1 Penyelenggaraan pemulihan (CM) dalam tempoh waranti … 22
2.6.2 Penyelenggaraan pencegahan (PM) oleh pihak sekolah ….. 24
2.7 Kehilangan ........……....…....………………................…...…………… 25
2.7.1 Syarat Gantian Bagi Kehilangan ...……....…....……………… 25
2.7.2 Syarat Penambahan Komputer Riba ..……......……………… 25
2.7.3 Kehilangan yang dilindungi insurans …....…....……………… 26
2.7.4 Kehilangan yang tidak dilindungi insurans .......……………… 29
2.8 Pengurusan Aset .........…......……......…………....…....……………… 30
2.9 Meja Bantuan .......……........……........…………....…....……………… 31
3.0 Carta Alir dan Ringkasan Proses Pengurusan Sekolah …...………… 33
BAHAGIAN D: PANDUAN KESELAMATAN
1.0 Jenis-Jenis Bencana .....……....…....……………….......…………… 39
2.0 Langkah Pencegahan Awal ......…....……………….......…………… 39
3.0 Tindakan Semasa Berlaku Bencana ……....…....………………...... 39
4.0 Selepas Berlaku Bencana ……....…....……………….......…………. 40
BAHAGIAN E: PANDUAN PENCEGAHAN KEHILANGAN
1.0 Jenis-Jenis Kehilangan ……....…....……………….......…………….. 41
2.0 Langkah Pencegahan Awal ……....…....……………….......……….. 41
3.0 Selepas Berlaku Kehilangan ……....…....……………….......………. 41
Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017
4
BAHAGIAN A: PENGENALAN
1.0 Latar Belakang
Program Pembekalan Komputer Riba Untuk Kegunaan Murid-Murid Tingkatan Lima (5) Di Sekolah-Sekolah KPM Secara Rintis Di Negeri Sarawak merupakan satu program untuk membantu murid-murid ini belajar dengan lebih berkesan khususnya dalam aspek peningkatan akses kepada sumber pendidikan.
Komputer riba ini adalah Hak Milik Sekolah untuk dipinjamkan kepada murid-murid tingkatan 5 sahaja. Komputer riba tersebut akan dikumpulkan kembali dan dipinjamkan kepada murid-murid tingkatan 5 tahun berikutnya.
Komputer riba ini mengandungi e-bahan pembelajaran peringkat menengah yang bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan kepada capaian internet dan membolehkan murid-murid tingkatan 5 mengulangkaji bahan pembelajaran tambahan tanpa bergantung kepada buku teks.
2.0 Matlamat
Memastikan semua murid tingkatan lima (5) di sekolah-sekolah KPM di
Negeri Sarawak dapat menikmati kemudahan pembelajaran berbantu
teknologi melalui Program Pembekalan Komputer Riba Untuk Kegunaan
Murid-Murid Tingkatan Lima (5) Di Sekolah-Sekolah KPM Secara Rintis Di
Negeri Sarawak.
3.0 Objektif
● Merapatkan jurang digital dan kualiti bahan pembelajaran antara murid-murid bandar, luar bandar dan pedalamanan; dan
● Memperluas akses dan menambah baik pengajaran dan pembelajaran berbantu ICT bagi memenuhi keperluan pembelajaran abad ke-21.
4.0 Dasar/Punca Kuasa
Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Aku Janji Kerajaan Persekutuan (AKP) Bil.1/2015 bertarikh 25 November 2015 yang
Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017
5
dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, menetapkan bahawa inisiatif Skim Pemilikan Komputer Riba Di Sekolah dapat dikekalkan sebagai AKP.
Pada 17 April 2016, YAB Perdana Menteri Malaysia dalam siri Walkabout beliau ke SK Sungai Ladong, Simunjan, Sarawak telah mengumumkan Program Pembekalan Komputer Riba Untuk Kegunaan Murid-Murid Tingkatan Lima (5) Di Sekolah-Sekolah KPM Secara Rintis Di Negeri Sarawak.
5.0 Dasar kelayakan
Komputer riba ini adalah Hak Milik Sekolah untuk dipinjamkan kepada
murid-murid tingkatan 5 di sekolah-sekolah KPM di Negeri Sarawak.
Semua murid Tingkatan 5 yang mengambil Peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) serta warganegara Malaysia tanpa mengambil kira
pendapatan isi rumah dan bilangan anak yang layak di semua sekolah
Kerajaan dan sekolah bantuan Kerajaan.
Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017
6
BAHAGIAN B: PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB SEKOLAH
1.0 Pengetua
1.1 Menubuhkan Jawatankuasa Skim Pinjaman Komputer Riba Untuk
Murid-Murid Tingkatan 5 untuk mengurus projek dan melantik ahli
Jawatankuasa secara bertulis.
1.2 Menetapkan peraturan/polisi sekolah mengikut kesesuaian dalam
projek ini.
1.3 Memastikan penyampaian maklumat kepada ibubapa/ penjaga
tentang Skim Pinjaman Komputer Riba (SPKR) dilaksanakan.
1.4 Menetapkan lokasi yang sesuai dan selamat untuk menempatkan
Charging Cart supaya memudahkan murid mengecaj semasa atau
sebelum PdP, waktu rehat atau selepas PdP.
1.5 Menentukan lokasi yang sesuai dan selamat untuk menyimpan
komputer riba semasa cuti persekolahan sekiranya disimpan di
sekolah.
1.6 Membuat laporan polis bagi kes kehilangan komputer riba.
2.0 Penyelaras projek
2.1 Guru yang bertanggungjawab (yang dilantik) perlu menyemak
peralatan pembekalan. Sekiranya memerlukan bantuan atau
nasihat, sekolah boleh mendapatkan khidmat PKG untuk
membantu menyemak peralatan pembekalan.
2.2 Menyemak senarai peralatan yang diterima adalah lengkap
2.3 Mengesahkan penerimaan peralatan yang lengkap dengan
menandatangani dokumen Delivery Order (DO) dan dan Sijil Akuan
Penerimaan (SAP).
2.4 Memperakui peralatan adalah berfungsi setelah pemasangan dan
pengujian dilaksanakan dengan menandatangani Sijil Pengujian
dan Pentauliahan (SPP)
2.5 Memperakui taklimat yang telah disampaikan oleh Kontraktor
dengan menandatangani Sijil Penerimaan Latihan (SPL).
2.6 Menyelaras pengurusan dan penggunaan charging cart di sekolah,
khususnya memastikan supaya komputer riba yang dicaj
menggunakan Charging Cart tidak melebihi tempoh pengecaj untuk
menjaga tempoh hayat bateri.
2.7 Membuat aduan ke Meja Bantuan Kontraktor sekiranya berlaku
kerosakan atau kehilangan.
2.8 Mengurus penggantian komputer riba yang rosak/ hilang.
2.9 Menjadi admin kepada Sistem Pengurusan SPKR.
Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017
7
2.10 Menyelaras dan menguruskan Surat Akuan Murid Dan Persetujuan
Ibubapa/Penjaga (SPKR-01).
2.11 Menganggotai Jawatankuasa Skim Pinjaman Komputer Riba Untuk
Murid-Murid Tingkatan 5.
3.0 Guru Kelas
3.1 Mengedar dan mengumpulkan semula Surat Akuan Murid Dan
Persetujuan Ibubapa/Penjaga (SPKR-01).
3.2 Mengagih atau mengumpul semula komputer riba kepada/daripada
murid.
3.3 Memaklumkan kepada murid tentang peraturan pinjaman dan
tatacara penjagaan komputer riba.
3.4 Melaporkan kehilangan kepada penyelaras projek.
3.5 Menganggotai Jawatankuasa Skim Pinjaman Komputer Riba Untuk
Murid-Murid Tingkatan 5.
4.0 Guru Mata Pelajaran
4.1 Memaklumkan murid tentang e-bahan/ perisian yang telah
dipasang oleh pihak sekolah dalam komputer riba.
4.2 Membantu pihak sekolah memilih bahan yang sesuai untuk
dipasang dalam komputer riba.
4.3 Membantu menyediakan jadual penggunaan komputer riba
mengikut kesesuaian.
5.0 Warden (Sekolah Berasrama - di asrama)
5.1 Membantu menyedia dan menyelaras pelaksanaan jadual
penggunaan komputer riba mengikut kesesuaian.
5.2 Membantu menjaga penyimpanan komputer riba.
5.3 Mengawal selia penggunaan komputer riba.
6.0 Juruteknik Komputer (Sekiranya ada)
6.1 Menganggotai Jawatankuasa Skim Pinjaman Komputer Riba Untuk
Murid-Murid Tingkatan 5.
6.2 Membantu penyelaras projek menyemak peralatan pembekalan.
6.3 Membantu proses pemeriksaan dan penyelenggaraan.
6.4 Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan pencegahan/
preventive maintenance (PM).
Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017
8
6.5 Membantu penyelaras pengurusan dan penggunaan charging cart
di sekolah.
6.6 Melaksanakan sepenuhnya arahan jawatankuasa SPKR.
7.0 Ibu bapa/penjaga
Ibu bapa/penjaga murid perlu bertanggungjawab dan menghargai
kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan. Oleh itu, ibu bapa/penjaga
mempunyai peranan dan tanggungjawab seperti yang berikut:
7.1 Memberi kebenaran kepada anak/ tanggungan mereka untuk
menerima kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan pada
Bahagian B dalam Surat Akuan Murid Dan Persetujuan
Ibubapa/Penjaga (SPKR-01).
7.2 Memastikan komputer riba yang dipinjam oleh anak/ tanggungan
mereka dikembalikan pada masa yang ditetapkan.
7.3 Memastikan anak/ tanggungan menjaga keselamatan komputer riba
dengan baik.
7.4 Memastikan anak/ tanggungan melaksanakan pembelajaran kendiri
dengan bahan e-bahan/ bahan pembelajaran yang dimuatkan
dalam komputer riba.
8.0 Murid
Dalam pelaksanaan Skim Pinjaman Komputer Riba di sekolah, kesedaran
dalam kalangan murid untuk menghargai kemudahan yang diberikan
kepada mereka adalah amat penting. Mereka seharusnya dipupuk dengan
rasa kesedaran atas kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan dalam
pendidikan mereka. Oleh itu, murid mempunyai peranan dan
tanggungjawab seperti yang berikut:
8.1 Menjaga keselamatan dan kebersihan komputer riba.
8.2 Memastikan komputer riba tidak diconteng, ditulis atau sebarang
jenis perlakuan yang boleh mengakibatkan kerosakan komputer
riba.
8.3 Mematuhi peraturan/ polisi sekolah yang ditetapkan.
8.4 Menggunakan sebaik boleh untuk pembelajaran kendiri.
Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017
9
BAHAGIAN C: PENGURUSAN KOMPUTER RIBA DI SEKOLAH
1.0 Penentuan kelayakan murid
Penentuan kelayakan berdasarkan taraf kewarganegaraan murid. Semua
murid tingkatan 5 warganegara Malaysia di sekolah-sekolah Kerajaan dan
bantuan Kerajaan di Negeri Sarawak layak menerima Skim Pinjaman
Komputer Riba Untuk Murid-Murid Tingkatan 5.
Mula
Pendaftaran murid dalam Buku Daftar Masuk Murid / Sistem Maklumat Murid (SMM) / Aplikai Pangkalan Data Murid
(APDM)
Warganegara Bukan Warganegara
Layak Tidak Layak
Tamat
Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017
10
2.0 Pengurusan Komputer Riba
2.1 Persediaan Awal
2.1.1 Pelantikan Pegawai Penerima
Pengetua perlu melantik pegawai penerima yang bertanggungjawab untuk menerima dan memeriksa aset alih yang diterima, bagi aset teknikal, Pegawai Penerima yang dilantik hendaklah memiliki kepakaran dalam bidang berkaitan. Sekiranya sekolah tidak mempunyai kepakaran, boleh rujuk kepada PKG atau PPD.
2.1.2 Penubuhan Jawatankuasa
Pengetua perlu menubuhkan Jawatankuasa Skim Pinjaman
Komputer Riba di sekolah.
2.1.3 Makluman kepada Ibubapa/ Penjaga
2.1.3.1 Penyelaras Projek mencetak Surat Akuan Murid
Dan Persetujuan Ibubapa/Penjaga (SPKR-01)
melalui Sistem Pengurusan SPKR untuk diedarkan
kepada ibubapa/penjaga murid melalui guru kelas.
2.1.3.2 Hanya murid yang mendapat persetujuan/
kebenaran daripada ibubapa/penjaga sahaja
(Bahagian B: SPKR-01) yang boleh membawa
pulang pinjaman komputer riba ke rumah.
2.1.3.3 Sekiranya berlaku kehilangan/kerosakan yang
disebabkan kecuaian, ibubapa/ penjaga perlu
bertanggungjawab membayar pampasan kerugian
mengikut kadar yang diputuskan oleh pihak KPM.
2.2 Penerimaan Harta Kerajaan
2.2.1 Panduan Penerimaan
2.2.1.1 Peralatan yang diterima oleh pihak sekolah adalah
seperti berikut:
a) Perkakasan
o Komputer riba
o Charging Cart
Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017
11
b) Perisian
o Microsoft Windows 10 Home Edition
(Dinaik taraf kepada Education Edition)
o Bahan PdP terbitan KPM untuk
Tingkatan 4 dan 5 (e-bahan)
o Pihak sekolah dibenarkan memasang
perisian/ aplikasi/ bahan pembelajaran
yang lain tertakluk kepada:
- pemasangan adalah di bawah
tanggungjawab pihak sekolah;
- memiliki lesen (jika ada) yang sah/
dibenarkan;
- disokong spesikasi komputer riba
yang sedia ada; dan
- tidak menjejaskan perlindungan
insurans yang disediakan.
2.2.1.2 Waktu dan hari penghantaran adalah bermula dari
jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang mengikut hari
bekerja negeri seperti berikut:
NEGERI HARI BEKERJA
Sarawak Isnin – Jumaat (Kecuali cuti am negeri atau kebangsaan)
2.2.1.3 Penghantaran ke sekolah adalah berdasarkan
jadual yang diedarkan melalui JPN. Sekiranya
sekolah tidak dapat menerima pembekalan pada
tarikh yang ditetapkan, pihak sekolah perlu
memaklumkan kepada JPN supaya penjadualan
semula boleh dilaksanakan.
2.2.1.4 Kontraktor akan menghubungi pihak sekolah
sekurang-kurangnya dua (2) hari sebelum tarikh
pembekalan untuk pengesahan temujanji.
2.2.1.5 Kontraktor perlu menyerahkan senarai semak
seperti DO dan SAP kepada pegawai penerima di
sekolah.
2.2.1.6 Pihak sekolah perlu menyemak bilangan peralatan
seperti yang terdapat dalam DO dan SAP. Jika
Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017
12
terdapat kerosakan, kekurangan atau tidak
menepati spesifikasi, pihak sekolah perlu mengisi
borang KHK-01 melalui Sistem Pengurusan
SPKR.
2.2.1.7 Borang KHK-01 yang telah diisi perlu dicetak dan
disahkan oleh pihak sekolah untuk diserahkan
kepada Kontraktor (satu salinan disimpan oleh
sekolah).
2.2.1.8 SAP akan ditandatangani oleh pihak sekolah
apabila proses pengujian dan pentauliahan
selesai. Pihak sekolah berhak tidak
menandatangani SAP sekiranya terdapat
peralatan yang rosak dan tidak dapat diganti oleh
Kontraktor.
2.2.2 Pengujian dan Pentauliahan
2.2.2.1 Pihak sekolah perlu melakukan pengujian dan
pentauliahan ke atas semua peralatan yang
dipasang di premis sekolah.
2.2.2.2 Pengujian yang dilaksanakan perlu menggunakan
borang User Acceptance Test (UAT) yang
disediakan oleh Kontraktor. Borang UAT
hendaklah disahkan selepas semua peralatan
telah diuji dan diperiksa.
2.2.2.3 Kontraktor akan menggantikan mana-mana
peralatan yang tidak berfungsi dengan baik atau
tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan semasa
pengujian dibuat. Sekiranya peralatan ganti tidak
mencukupi, pihak sekolah perlu mengisi borang
KHK-01 melalui Sistem Pengurusan SPKR dan
diserahkan kepada Kontraktor (satu salinan
disimpan oleh sekolah).
2.2.2.4 Sijil Pengujian dan Pentauliahan (SPP) akan
ditandatangani oleh pihak sekolah setelah segala
kerja-kerja pemasangan telah diuji lari dan
didapati berfungsi dengan sempurna.
2.2.3 Taklimat Penggunaan
2.2.3.1 Kontraktor akan mengadakan taklimat
penggunaan kepada pihak sekolah.
Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017
13
2.2.3.2 Sekurang-kurangnya taklimat tersebut dihadiri
oleh dua (2) orang wakil sekolah yang
bertanggungjawab.
2.2.3.3 Selepas taklimat dilaksanakan, pegawai yang
hadir perlu menandatangani Sijil Penerimaan
Latihan (SPL).
2.2.3.4 Pegawai yang telah menerima taklimat tersebut
perlu memberi taklimat kepada guru-guru dan
murid-murid yang terlibat.
2.3 Pendaftaran
2.3.1 Pendaftaran peralatan ICT perlu didaftarkan mengikut Garis
Panduan Skim Pinjaman Komputer Riba dan perlu
menggunakan borang pendaftaran kawalan harta Kerajaan
yang disediakan melalui Sistem Pengurusan SPKR dan
pendaftaran dalam Sistem Pengurusan Aset (SPA) diurus
di peringkat Kementerian.
2.3.2 Bagi penerimaan baharu, setiap harta kerajaan hendaklah
didaftarkan dan diagihkan oleh pihak sekolah dalam
tempoh dua (2) minggu dari tarikh pengesahan
penerimaan.
2.3.3 Pihak sekolah perlu menggunakan Borang Kawalan Harta
Kerajaan (KHK-02) bagi komputer riba dan Borang Kawalan
Harta Kerajaan (KHK-03) bagi charging cart melalui Sistem
Pengurusan SPKR.
2.3.4 Borang KHK-02 dan KHK-03 yang telah diisi perlu dicetak
dan disahkan oleh pihak sekolah.
2.4 Penyimpanan
2.4.1 Charging cart hendaklah disimpan di tempat yang selamat
dan sentiasa di bawah kawalan pegawai/guru yang
bertanggungjawab.
2.4.2 Komputer riba yang dalam simpanan sekolah perlu
diletakkan di tempat yang selamat (seperti laci besi berkunci,
Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017
14
bilik khas berkunci dan sebagainya) dan sentiasa di bawah
kawalan pegawai/guru yang bertanggungjawab.
2.4.3 Komputer riba yang dalam simpanan murid (sama ada di
rumah atau asrama) perlu dipastikan/ dijelaskan bahawa
komputer riba yang tidak digunakan disimpan di tempat yang
selamat atau telah diambil langkah-langkah keselamatan
yang sewajarnya (seperti mengunci almari, memasang kunci
kensington dan sebagainya).
2.4.4 Pemeriksaan aset dalam SPKR secara berkala perlu
dilaksanakan dari semasa ke semasa. Kekerapan
pemeriksaan aset mengikut keperluan dan kesesuaian yang
ditentukan oleh pihak sekolah.
2.4.5 Arahan keselamatan Kerajaan hendaklah sentiasa dipatuhi
bagi mengelak berlakunya kerosakan atau kehilangan.
2.5 Penggunaan
2.5.1 Pengagihan
Penyelaras projek bertanggungjawab untuk memaklumkan
kepada Pengetua agar melaksanakan Mesyuarat
Jawatankuasa Skim Pinjaman Komputer Riba Untuk Murid-
Murid Tingkatan 5 serta tindakan berikut:
2.5.1.1 Pinjaman
(a) Komputer riba yang dibawa balik ke rumah
• Memastikan murid mendapat persetujuan/
kebenaran daripada ibubapa/ penjaga.
• Menyediakan dan mengedarkan bahan-
bahan berikut untuk taklimat kepada guru-
guru kelas:
o Jadual Pengagihan Komputer Riba
o Borang KHK-02
o Borang SPKR-02
• Memberi taklimat kepada guru-guru kelas
tingkatan 5.
Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017
15
• Memantau/ membantu guru kelas membuat
agihan pinjaman komputer riba kepada
murid tingkatan 5 dan memastikan semua
murid menandatangani Borang KHK-02.
• Mencetak borang SKPR-02 untuk disahkan
oleh pihak sekolah.
(b) Komputer riba yang dipinjam untuk
kegunaan di sekolah
• Memastikan komputer riba yang dipinjam
oleh murid tingkatan lima untuk kegunaan
di sekolah didaftarkan atas nama murid
tersebut dalam SPKR.
• Menyediakan dan mengedarkan bahan-
bahan berikut untuk taklimat kepada guru-
guru kelas:
o Borang KHK-02
o Borang SPKR-02
o Jadual/ tatacara mengambil,
menggunakan dan memulangkan
komputer riba di sekolah.
• Memberi taklimat kepada guru-guru kelas
tingkatan 5.
• Memantau pendaftaran pinjaman komputer
riba kepada murid tingkatan 5 dan
memastikan semua murid menandatangani
Borang KHK-02.
• Mencetak borang SKPR-02 untuk disahkan
oleh pihak sekolah.
Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017
16
Pinjaman Komputer Riba di Sekolah
2.5.1.2 Pemulangan
• Mengenal pasti murid yang meminjam
komputer riba yang dibawa balik ke rumah/
asrama.
• Menyediakan jadual pemulangan mengikut
kelas.
• Menyediakan dan mengedarkan bahan-bahan
berikut untuk taklimat kepada guru-guru kelas:
o Jadual pemulangan Komputer Riba
o KHK-02
o SKPR-03
Mula
Penyelaras projek memberi taklimat kepada guru kelas tingkatan 5
Guru kelas memastikan murid yang mendapat persetujuan/kebenaran daripada ibubapa/penjaga
sahaja diberi pinjaman dengan menggunakan borang SPKR-02 melalui Sistem Pengurusan SPKR
Semua murid yang telah menerima komputer riba perlu tandatangani di borang KHK-02
Selesai
Pihak sekolah melaksanakan penyelarasan sebelum agihan kepada murid melalui Mesyuarat
Jawatankuasa Skim Pinjaman Komputer Riba
Pengetua mengesahkan borang SPKR-02
Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017
17
• Penyelarasan/ taklimat pemulangan komputer
riba.
• Memantau/ membantu guru kelas membuat
ambilan semula komputer riba daripada murid
tingkatan 5 dan memastikan semua murid
menandatangani Borang KHK-02.
• Memastikan komputer riba yang dipulangkan
dalam keadaan berfungsi supaya dapat
dipinjamkan semula kepada murid tingkatan 5
tahun berikutnya.
• Mencetak borang SKPR-03 untuk disahkan
oleh pihak sekolah.
Mula
Penyelaras projek menyediakan jadual pemulangan
Penyelaras projek memberi taklimat kepada guru kelas tingkatan 5
Guru kelas mengambil semula komputer riba daripada murid tingkatan 5 dan memastikan semua murid telah menandatangani borang KHK-02 serta maklumat komputer riba yang dipulangkan melalui
Sistem Pengurusan SPKR
Pengetua mengesahkan borang SPKR-03
Selesai
Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017
18
2.5.1.3 Perpindahan/ Pertukaran Murid
(a) Perpindahan dalam negeri
Murid dikehendaki membawa bersama
komputer riba ke sekolah baru bersama Borang
Kebenaran Membawa Bersama Komputer Riba
(SPKR-04) yang disediakan melalui Sistem
Pengurusan SPKR.
Tatacara pindah sekolah:
i. Mengemaskini borang KHK-02 di
bahagian Pindah Sekolah.
ii. Pengesahan oleh Pengetua.
iii. Salinan asal perlu disimpan di sekolah
asal. Satu salinan dibawa bersama ke
sekolah baharu.
iv. Sekolah baharu perlu membuat
pendaftaran baharu menggunakan borang
KHK-02 melalui Sistem Pengurusan
SPKR.
(b) Perpindahan antara negeri/negara
Murid tersebut tidak dibenarkan membawa
bersama komputer riba dan perlu kembalikan
komputer riba mengikut peraturan pemulangan
yang ditetapkan.
(c) Pertukaran ke sekolah swasta
Murid tersebut perlu kembalikan komputer riba
mengikut peraturan pemulangan yang
ditetapkan.
(d) Kes murid berhenti sekolah/ buang sekolah
Murid tersebut perlu kembalikan komputer riba
mengikut peraturan pemulangan yang
ditetapkan.
Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017
19
Mula
Selesai
Perpindahan dalam negeri Perpindahan antara negeri/negara; Pertukaran ke sekolah swasta; dan Kes murid berhenti/ buang sekolah
Murid memulangkan komputer riba kepada pihak sekolah
menggunakan borang SPKR-03
Pihak sekolah mengemaskini borang KHK-02 dan disahkan oleh
Pengetua
Sekolah asal menyimpan salinan asal borang KHK-02 Pihak sekolah mengemaskini
borang KHK-02 sedia ada dan ditandatangani oleh murid
Murid membawa salinan borang KHK-02 dan komputer riba ke
sekolah baharu
Pihak sekolah baharu menerima dan mewujudkan borang KHK-02
baharu untuk pendaftaran komputer riba
Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017
20
2.5.1.4 Agihan Semula
(a) Pengagihan semula komputer riba berdasarkan
bilangan komputer riba mengikut bilangan murid
Tingkatan 5 tahun semasa.
(b) Pihak sekolah perlu memastikan data murid
APDM tingkatan 5 tahun berikutnya
(berdasarkan enrolmen murid tingkatan 4 tahun
semasa) dikemaskini pada 31 Oktober tahun
semasa.
(c) Berdasarkan Perkara (b), bilangan murid
tingkatan 5 setiap sekolah pada tahun berikutnya
dapat dikenalpasti. Sekiranya bilangan komputer
riba sedia ada melebihi bilangan murid tingkatan
5 tahun berikutnya, pihak KPM berhak mengagih
semula komputer riba yang berlebihan ke
sekolah yang berkurangan komputer riba. Agihan
semula tersebut adalah tertakluk kepada surat
arahan yang dikeluarkan oleh pihak KPM.
2.5.2 Tatacara Penggunaan Di Sekolah
2.5.2.1 Penggunaan dengan kebenaran guru
Murid boleh dibenarkan menggunakan komputer
riba di dalam premis sekolah untuk:
(i) Penggunaan komputer riba hanya dengan
kebenaran guru sahaja untuk tujuan PdP di
dalam bilik darjah atau bilik-bilik khas
bergantung kepada kesesuaian PdP yang
dijalankan.
(ii) Murid boleh dibenarkan menggunakan
komputer riba untuk menyediakan pelbagai
bahan pembelajaran atau apa-apa tugasan
berkaitan kurikulum dan kokurikulum yang
diarahkan oleh guru dari semasa ke semasa.
(iii) Murid boleh dibenarkan menggunakan
komputer riba pada bila-bila masa di luar waktu
PdP bagi tujuan pembelajaran kendiri.
Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017
21
2.5.2.2 Penggunaan Alternatif Oleh Guru
(i) Guru boleh merujuk/ menggunakan bahan
pembelajaran dalam komputer riba dalam tempoh terhad yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
(ii) Penggunaan komputer riba oleh guru hanya boleh berlaku di luar waktu penggunaan murid Tingkatan Lima (5) serta dalam kawasan sekolah sahaja.
2.5.2.3 Pematuhan Waktu Pengunaan
Mematuhi waktu dan tempoh penggunaan
(i) Waktu penggunaan komputer riba tertakluk
kepada sekolah berdasarkan keperluan dan
kegunaan alat peranti tersebut. Guru-guru
hendaklah memantau dan memastikan murid
menggunakan alat peranti tersebut mengikut
masa yang ditetapkan semasa PdP.
(ii) Tempoh penggunaan komputer riba adalah
seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan
murid wajib akur dengan tatacara yang telah
ditetapkan.
(iii) Sekolah boleh menetapkan larangan
penggunaan komputer riba sewaktu majlis
rasmi sekolah, peperiksaan, waktu PdP yang
tidak memerlukan komputer riba atau lain-lain
aktiviti yang tidak memerlukan.
(iv) Walau bagaimanapun, murid boleh
menggunakan komputer riba di luar waktu
pembelajaran bagi tujuan penyediaan kerja
kursus, mengulangkaji pelajaran, membuat
kerja rumah dan lain-lain keperluan
pembelajaran atau aktiviti kokurikulum.
Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017
22
2.5.2.4 Penyalahgunaan Komputer Riba
Sekiranya berlaku pelanggaran syarat dan
penyalahgunaan komputer riba di sekolah, ia
merupakan satu kesalahan disiplin. Murid yang
telah disabitkan melanggar peraturan tersebut
boleh diambil tindakan berdasarkan Bahagian
B: Perkara 1.2.
2.6 Penyelenggaraan
2.6.1 Penyelenggaraan pemulihan / corrective maintenance
(CM) dalam tempoh waranti
2.6.1.1 Khidmat penyenggaraan pemulihan adalah meliputi
perkhidmatan seperti berikut:-
i. Mengenal pasti masalah ii. Penyelesaian masalah iii. Membekalkan peralatan pinjaman iv. Mengesan masalah (problem tracking) v. Ujian diagnostik vi. Mengganti alat ganti/peralatan
2.6.1.2 Sekiranya berlaku kerosakan pada komputer riba
atau kehilangan, pihak sekolah perlu menghantar
Laporan Aduan Kerosakan kepada Meja Bantuan
QsiT dan disalinkan kepada PKG, PPD, BTPN dan
KPM melalui e-mel.
2.6.1.3 Sekiranya Kontraktor mengenal pasti bahawa untuk
membaik pulih peralatan itu memerlukan
penggantian alat ganti, maka Kontraktor perlu
memaklumkan kepada Guru Penyelaras Bestari,
Guru ICT atau Juruteknik Komputer (FT17)
sekolah.
2.6.1.4 Kontraktor akan membekalkan unit pinjaman
(loaner unit) yang setara atau lebih baik untuk
menggantikan peralatan yang rosak sementara
menunggu ia dibaik pulih. Unit pinjaman yang
Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017
23
secukupnya akan disediakan untuk memenuhi SLA
yang telah dipersetujui.
2.6.1.5 Semua kerosakan yang dilaporkan akan dibaik
pulih tanpa kos tambahan kepada Kerajaan
sekiranya:-
i. Kerosakan yang bukan berpunca daripada kelalaian pengguna.
ii. Kerosakan yang bukan berpunca daripada aksi keganasan dan jenayah.
iii. Kerosakan yang bukan berpunca dari bencana alam.
2.6.1.6 Kontraktor mestilah melaksanakan perkara-perkara
berikut:-
i. Semasa tempoh jaminan, Kontraktor
dikehendaki memberi perkhidmatan operasi dan sokongan teknikal peralatan di semua premis sekolah yang terlibat.
ii. Dalam tempoh jaminan semua khidmat baik pulih, dan lain-lain yang berkaitan hendaklah dibiayai oleh Kontraktor.
2.6.1.7 Sekiranya Kontraktor gagal mengganti/ membaiki
peralatan berkenaan dengan memuaskan, maka
Kerajaan boleh sama ada:-
(a) Mendapatkan mana-mana pihak berkelayakan
bagi mengganti/ membaiki peralatan di mana
semua kos terlibat adalah ditanggung oleh
Kontraktor; atau/dan
(b) Memulangkan alat berkenaan dan Kontraktor
hendaklah membayar denda, pampasan dan
kos-kos yang terlibat dengan pemulangan itu;
atau/dan
(c) Sekiranya kelambatan penggantian/
pembaikan mana-mana alat yang tidak
mengikut spesifikasi dengan memuaskan,
Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017
24
maka Kerajaan boleh mengenakan denda
terhadap Kontraktor.
2.6.2 Penyelenggaraan pencegahan / preventive maintenance
(PM) oleh pihak sekolah
2.6.2.1 PM adalah satu aktiviti berkala yang dilaksanakan
mengikut tempoh tertentu bagi memastikan setiap
komputer riba yang dibekalkan berada dalam
keadaan yang baik dan optimum.
2.6.2.2 Aktiviti ini merangkumi aspek fizikal dan perisian di
mana komputer riba supaya komputer riba dapat
beroperasi dengan lebih baik dan mempunyai
jangkah hayat lebih lama berbanding dengan yang
tiada aktiviti penyelenggaraan.
2.6.2.3 Jadual dan aktiviti PM
Aktiviti PM akan dilakukan sebanyak dua (2) kali
setahun iaitu setiap 6 bulan sekali. Juruteknik FT17
atau Guru ICT boleh melaksanakan aktiviti PM
pada bulan Jun dan Bulan November. Pihak
sekolah perlu menyediakan jadual supaya murid
boleh menghantar untuk PM seperti jadual yang
ditetapkan untuk PM pertama. Semasa murid
Tingkatan 5 memulangkan semula komputer riba.
PM kedua dapat dilaksanakan untuk memastikan
semua komputer riba berfungsi sebelum
mengagihkan semula kepada murid tingkatan 5
yang akan datang.
2.6.2.4 Skop Kerja
Skop kerja adalah seperti yang berikut yang mana
ianya akan terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
a. Fizikal
Perlu memastikan bahawa fizikal komputer riba
dalam keadaan yang baik terutama skrin LCD,
touch pad, port pada komputer riba.
Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017
25
b. Perisian
Perlu melaksanakan (mengikut keperluan)
i. Disk cleaning
ii. Disk defragment
iii. Update/patching (Contoh: Windows,
Apps, antivirus dan sebagainya)
iv. Reset komputer riba jika perlu
2.7 Kehilangan*
2.7.1 Syarat Gantian Bagi Kehilangan
2.7.1.1 Gantian Akibat Kehilangan/Rosak
(i) Kecuaian Individu
Penggantian oleh pihak individu yang
bertanggungjawab.
(ii) Dilindungi Insurans
Penggantian oleh pihak Insurans yang
bertanggungjawab.
2.7.1.2 Gantian Akibat Bencana
(i) Yang Dilindungi Insurans
Penggantian oleh pihak Insurans yang
bertanggungjawab.
(ii) Tidak Dilindungi Insurans
Permohonan penggantian akibat bencana.
2.7.2 Syarat Penambahan Komputer Riba*
Penambahan komputer riba yang dibenarkan adalah
berdasarkan keperluan bilangan murid tingkatan 5 di sekolah
KPM yang menduduki Peperiksaan SPM.
* Penggantian dan penambahan komputer riba adalah tertakluk
kepada peruntukan semasa dan dasar pelaksanaan yang
berkuatkuasa.
Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017
26
2.7.3 Kehilangan yang dilindungi insurans
2.7.3.1 Penggantian Komputer Riba Di Bawah
Perlindungan Insurans
(i) Guru-guru harus menasihatkan murid-
murid supaya mengambil segala langkah
pencegahan yang wajar dan munasabah
untuk menjaga keselamatan harta yang
diinsurankan.
(ii) Contoh senario- senario KERUGIAN/
KEROSAKAN yang BOLEH DITUNTUT:
(a) KERUGIAN / KEROSAKAN
diakibatkan oleh (melibatkan laporan
Polis):
o Bencana seperti kebakaran atau banjir
o Rompakan atau kecurian o Kemalangan lalulintas atau
kemalangan Kenderaan
(b) KEMALANGAN KEROSAKAN yang diakibatkan oleh (tidak melibatkan Polis, dikehendaki mengambil gambar dan menyimpan peralatan untuk pengesahan
o peralatan terjatuh dengan tidak
disengajakan
Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017
27
CARTA ALIRAN TUNTUTAN INSURAN (KECURIAN/ROMPAKAN)
Tindakan oleh / Dokumen Diperlukan
- Pihak Sekolah membuat laporan Polis
- a) Laporan Polis
- Pihak Sekolah membuat laporan ke Meja Bantuan QSiT
(tempoh aduan ditetapkan dalam polisi adalah 30 hari tarikh kalendar
bermula dari tarikh aduan kehilangan/kerosakan daripada murid-murid)
- b) No laporan Meja Bantuan QSiT
- Tindakan oleh QSIT untuk melaporkan kepada TMIM dan salinan
kepada KPM
- c) No polisi, laporan kejadian
- Pihak QSIT melengkapkan Borang Tuntutan di sekolah
dengan butiran penuh
- d) Borang Tuntutan
- Pihak Adjuster / TMIM membuat penyiasatan dan pengesahan
- Pihak Sekolah/QSiT mestilah memberi kerjasama sepenuhnya
dengan Pihak Adjuster/TMIM
- Pihak Adjuster / TMIM membuat Laporan Taksiran
- Laporan Taksiran diserahkan kepada TMIM
- TMIM memberi Surat Tawaran atas tuntutan yang
diluluskan kepada pihak KPM/PADU
- Surat Tawaran Tuntutan TMIM
- TMIM membuat pembayaran pampasan kepada PADU melalui
e-bayaran dalam tempoh lebih kurang 14 hari bekerja setelah
menerima Surat Tawaran Tuntutan yang dikembalikan oleh PADU
- PADU akan dimaklumkan melalui e-bayaran
PADU : PADU Corporation
KPM : Bahagian Teknologi Pendidikan KPM
QSiT : QSiT Sdn Bhd = Pembekal
TMIM : Tokio Marine Insurans (Malaysia) Berhad
Mula
Melapor kepada Pembekal(QSiT Sdn Bhd) melalui e-mel (dalam tempoh 30 hari tarikh kalendar)
Laporan Taksiran Adjuster/Penyiasat kepada Syarikat Insuran
Pembekal Memberitahu kepada Syarikat Insuran (Tokio Marine Insurans Malaysia Bhd) serta KPM & PADU
Adjuster/Penyiasat Membuat Pengesahan
Melengkapkan Borang Tuntutan Insuran(berserta dokumen sokongan)
Penilaian atas Tuntutan olehSyarikat Insuran
Tuntutan Kecurian/Rompakan (Buat Laporan Polis di dalam 24jam)
Pembayaran Pampasan
Tamat
Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017
28
CARTA ALIRAN TUNTUTAN INSURAN (KEMALANGAN KEROSAKAN)
Tindakan oleh / Dokumen Diperlukan
- Pihak Sekolah melapor kepada Meja Bantuan
(tempoh aduan ditetapkan dalam polisi adalah 30 hari tarikh kalendar
bermula dari tarikh aduan kehilangan/kerosakan daripada murid-murid)
- Pihak Sekolah dikehendaki mengambil gambar dan simpan
barangan yang rosak untuk pemeriksaan oleh Pegawai Insurans
TMIM
- Pihak Sekolah menyertaikan gambar yang memaparkan kerosakan
peralatan.
- a) No tiket aduan
- Tindakan oleh QSIT untuk melaporkan kepada TMIM dan salinan
kepada KPM
- b) Laporan
- c) Gambar yang memaparkan kerosakan peralatan
- Pihak QSIT melengkapkan Borang Tuntutan di sekolah
dengan butiran penuh
- d) Borang Tuntutan
- Pihak QSIT melengkapkan Borang Tuntutan di sekolah
dengan butiran penuh
- Surat Tawaran Tuntutan TMIM
- TMIM memberi Surat Tawaran atas tuntutan yang
diluluskan kepada pihak KPM/PADU
- TMIM membuat pembayaran pampasan kepada PADU melalui
e-bayaran dalam tempoh lebih kurang 14 hari bekerja setelah
menerima Surat Tawaran Tuntutan yang dikembalikan oleh PADU
- PADU akan dimaklumkan melalui e-bayaran
PADU : PADU Corporation
KPM : Bahagian Teknologi Pendidikan KPM
QSiT : QSiT Sdn Bhd = Pembekal
TMIM : Tokio Marine Insurans (Malaysia) Berhad
Mula
Melapor kepada Pembekal (QSiT Sdn Bhd) melalui e-mel (dalam tempoh 30hari tarikh kalendar) serta KPM & PADU
Pembekal Memberitahu kepada Syarikat Insuran (Tokio Marine Insurans Malaysia Bhd) melalui e-mel
Pegawai Insurans Membuat Pengesahan
Melengkapkan Borang Tuntutan Insuran(berserta dokumen sokongan)
Penilaian atas Tuntutan olehSyarikat Insuran
Tuntutan Kemalangan Kerosakan
Pembayaran Pampasan
Tamat
Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017
29
2.7.4 Kehilangan yang tidak dilindungi insurans
2.7.4.1 Pengecualian utama:-
Insuran Polisi ini tidak melindungi kerugian,
kemusnahan atau kerosakan yang berpunca atau
disebabkan oleh atau timbul dari:
• jika mana mana ahli keluarga atau pekerja
perniagaan anda dianggap sebagai orang
utama atau bersuhabat.
• haus dan lusuh, susut nilai, beransur-ansur
buruk, berkulapuk, gegat, binatang perosak
atau mana-mana proses pembersihan,
pencelupan, pembaikan, pengembalian atau
pembaikpulihan; kerosakan atau gangguan
mekanikal atau elektrikal, calar atau kemik
pada mana-mana barang atau rekahan, atau
mana-mana barang yang mudah pecah,
melainkan disebabkan oleh pecah masuk,
kecurian, rompakan atau kebakaran.
• perang dan risiko berkaitannya peperangan,
penaklukan, tindakan musuh asing,
pertempuran atau operasi berupa perang
(sama ada peperangan diisytiharkan atau
tidak) atau perang saudara atau/dan risiko
berkaitannya.
• mogok, rusuhan dan kegemparan awam.
• penyitaan atau pemusnahan oleh atau di
bawah mana-mana Kerajaan atau pihak
berkuasa awam.
• pengionan, radiasi atau pencemaran radioaktif
daripada sebarang reaktor nuklear atau sisa
nuklear akibat daripada proses pembelahan
nuklear atau daripada sebarang bahan senjata
nuklear.
• muatan yang berlebihan atau terlalu berat.
• mendapan tanah, runtuhan tanah, atau
kebakaran semak lalang.
• mana-mana tindakan disengajakan atau
pecah amanah yang dilakukan oleh mana-
mana orang yang diamanahkan untuk
menjaga harta benda berkenaan.
Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017
30
• sebarang tindakan keganasan.
2.7.4.2 Contoh senario-senario KERUGIAN/KEROSAKAN
yang TIDAK BOLEH DITUNTUT adalah
KEROSAKAN yang diakibatkan oleh kecuaian /
tindakan yang disengajakan:
o peralatan tertinggal di dalam kereta
menyebabkan kecurian .
o peralatan tidak diawasi dan dibiarkan di
tempat awam contohnya kafeteria,
perpustakaan dan lain-lain.
o peralatan pecah disebabkan 'Notebook
Lock/kabel keselamatan' yang tidak dikendali
dengan cermat.
o permukaan komputer riba/monitor/pad
sesentuh tercalar diakibatkan penjagaan yang
tidak cermat.
o muatan yang berlebihan diletakkan di atas
komputer riba dan menyebabkan skrin monitor
tidak berfungsi.
o "top cover/display" pecah disebabkan alat tulis
yang diletakkan atas papan kekunci semasa
merapatkan "top cover" komputer riba.
o kerosakan bateri disebabkan gangguan
mekanikal atau elektrikal.
o kerosakan monitor/papan kekunci disebabkan
peralatan dibersihkan dengan kain yang
basah.
2.8 Pengurusan Aset
2.8.1 Laporan berkaitan komputer riba (SPKR-05) boleh dijana
melalui Sistem Pengurusan SPKR untuk tujuan
dokumentasi sekolah.
2.8.2 Mulai tahun 2018, komputer riba turut didaftarkan di bawah
Sistem Pengurusan Aset (SPA) di peringkat Kementerian.
Setiap aset termasuk komputer riba yang telah didaftarkan
perlu disahkan oleh pihak sekolah melalui akses SPA
masing-masing. Sebarang pertanyaan mengenai akses
Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017
31
SPA, pihak sekolah boleh hubungi PPD masing-masing
atau JPN Sarawak.
2.9 Meja Bantuan
2.9.1 Waktu dan hari meja bantuan (helpdesk) hendaklah boleh
dihubungi mulai 9.00 pagi hingga 5.00 petang mengikut hari
bekerja.
NEGERI HARI BEKERJA
Sarawak Isnin – Jumaat (Kecuali cuti am negeri atau kebangsaan)
2.9.2 Khidmat meja bantuan dilaksanakan sepanjang tempoh
jaminan.
2.9.3 Khidmat meja bantuan dapat dicapai oleh pengguna dan
KPM melalui sistem online, telefon, e-mel atau faks.
No. Telefon : 082-426300/411463
Faks : 082-251459
Alamat E-mel : [email protected]
Web URL : www.studenthelp.com.my/project
2.9.4 Peralatan komputer riba (waranti tiga tahun) dan charging
cart (waranti tiga tahun 6 bulan).
2.9.5 Tempoh membaik pulih peralatan yang rosak adalah
mengikut Service Level Agreement (SLA) seperti berikut:
i. Respond time : Meja bantuan akan memberi maklum
balas / jawapan / nombor tiket
kepada pengadu dalam tempoh 1
hari bekerja.
ii. Resolution time : Penyelesaian aduan dalam tempoh 3
hari bekerja.
iii. Loaner unit : Jika aduan belum selesai, alat ganti
sementara akan dipinjamkan kepada
sekolah sementara menunggu aduan
Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017
32
selesai sehingga hari ke-14
kalendar.
a. Defect on Arrival (DOA)
Peralatan headphone dan computer lock hanya akan
diganti sekiranya rosak dalam tempoh dua (2) bulan dari
tarikh pembekalan. Selepas itu, tiada penggantian dari
pembekal.
Aduan pihak
sekolah
Respond Time
Resolution Time
(Hari bekerja)
Loaner Unit
(hari kalendar)
Denda Kelewatan
Ganti baharu / Denda
mengikut harga asal peralatan
0 1 2 - 4 5 - 14 15 - 30 31 – seterusnya HARI
Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017
33
3.0 Carta Alir dan Ringkasan Proses Pengurusan Sekolah
Mula
Penyelaras projek menggunakan Sistem Pengurusan SPKR
Selesai
Pengetua menyediakan lokasi charging cart dan tempat
simpanan
Pegawai Penerima menerima atau menolak serta terlibat
dalam pengujian dan taklimat
Pengetua memastikan harta Kerajaan didaftarkan melalui
sistem
Penyelaras Projek menguruskan pengagihan komputer riba
Jawatankuasa Skim Pinjaman Komputer Riba memantau
penggunaan riba oleh murid
Pengetua memastikan penyimpanan charging cart dan
komputer (jika ada) adalah selamat
Penyelaras projek melaksanakan pemeriksaan komputer riba dari
semasa ke semasa
Penyelaras Projek/Juruteknik (Jika ada) melaporkan kerosakan
kepada meja bantuan
Pengetua/Penyelaras projek menguruskan komputer riba yang hilang/kemalangan
sama ada melibatkan insurans atau tidak
Penyelaras Projek mengemaskini rekod komputer riba
Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017
34
BIL ITEM PROSES
PROSES AGENSI/ PEGAWAI
DOKUMEN
2.1 Senarai penerimaan
Sekolah menyemak senarai nama murid melalui Sistem Pengurusan SPKR.
Penyelaras Projek
Penghantaran Sekolah perlu bersedia pada tarikh penerimaan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh KPM serta merancang perkara berikut:
- Lokasi Changing Cart - Tempat simpanan
Pengetua Jadual penghantaran
Penerimaan Langkah-langkah berikut hendaklah dipatuhi semasa menerima harta Kerajaan:-
- Sekiranya pengesahan tidak dapat dilakukan dengan serta merta maka dokumen penerimaan seperti nota serahan/hantaran hendaklah dicatatkan “Diterima dengan syarat ianya disahkan kemudian secara diperiksa, dikira dan diuji”
- Borang Penolakan hendaklah diisi oleh Pegawai Penerima melalui sistem jika terdapat kerosakan, kuantiti kurang atau lebih dan tidak mematuhi spesifikasi.
- Semakan dibuat berdasarkan kuantiti dan spesifikasi adalah lengkap dan sama dengan dokumen Sijil Akuan Penerimaan (SAP) bagi sekolah dan Delivery Order (DO).
- Sijil Pengujian dan Pentauliahan (SPP) hanya akan ditandatangani selepas
Pegawai Penerima
Pegawai Penerima
Borang Penolakan (KHK-01)
SAP, DO
SPP
Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017
35
BIL ITEM PROSES
PROSES AGENSI/ PEGAWAI
DOKUMEN
pengujian terhadap semua peralatan telah dilaksanakan.
- Sijil Penerimaan Latihan (SPL) hanya ditandangani selepas taklimat penggunaan oleh Kontraktor.
- Pastikan semua DO, SAP dan SPP, SPL adalah lengkap di isi dan ditandatangani serta menulis tarikh tandatangan.
- Kontraktor perlu menyediakan dan mengumpul semua dokumen di sekolah.
SPL
Pendaftaran Tempoh Pendaftaran - Setiap harta Kerajaan hendaklah
didaftarkan dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh pengesahan penerimaan
Dokumen Pendaftaran - Borang Kawalan Harta Kerajaan
(KHK-02) bagi komputer riba; dan
- Borang Kawalan Harta Kerajaan (KHK-03) bagi charging cart.
Pengetua
Borang Pendaftaran (KHK-02 dan KHK-03)
Pengagihan Sekolah bertanggungjawab dalam pengurusan pengagihan.
Penyelaras Projek
Borang rekod pinjaman (SPKR-03)
Penggunaan Jawatankuasa Skim Pinjaman Komputer Riba perlu memantau penggunaan dan pengurusan dari semasa ke semasa. Status penggunaan komputer riba akan
Pengetua KPM
Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017
36
BIL ITEM PROSES
PROSES AGENSI/ PEGAWAI
DOKUMEN
dipantau oleh KPM.
Penyimpanan di Sekolah
Harta Kerajaan hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan sentiasa di bawah kawalan pegawai yang bertanggungjawab.
Pengetua
Pemeriksaan Penyelaras projek perlu melaksanakan pemeriksaan terhadap komputer riba untuk memastikan ia berfungsi dari semasa ke semasa.
Pemeriksaan aset dalam SPKR dilakukan ke atas:-
● Fizikal ● Berfungsi/ Tidak Berfungsi ● Perisian dan Bahan
Pembelajaran
Penyelaras projek
Borang Pendaftaran (KHK-02 dan KHK-03)
Tempoh waranti
Aduan kerosakan perlu dibuat oleh Penyelaras projek/Juruteknik (FT17) melalui e-mel, telefon, faks atau sistem. Pihak sekolah perlu mendapatkan nombor tiket aduan daripada Meja Bantuan QSiT.
Penyelaras projek/ Juruteknik
Kontrak
Kehilangan Penyelaras projek perlu melaporkan kepada Pengetua
Pengetua perlu membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam
Pengetua/Penyelaras projek perlu membuat aduan ke Meja Bantuan Kontraktor bersama dengan Laporan Kehilangan Awal KEWPA 28 dan Laporan Polis.
Pengetua/ Penyelaras Projek
Kerosakan yang melibatkan
Penyelaras projek perlu mengenal pasti jenis kerosakan sama ada melibatkan tuntutan insurans atau tidak.
Penyelaras Projek
Garis Panduan Tuntutan
Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017
37
BIL ITEM PROSES
PROSES AGENSI/ PEGAWAI
DOKUMEN
insurans Insurans
Kehilangan/ Kerosakan adalah disebabkan kecuaian pengguna
Penyelaras projek perlu menghantar surat makluman dan gantian kepada ibu bapa / penjaga atas kehilangan atau kerosakan komputer riba (SPKR-06) Mengumpul Surat Maklum balas Ibubapa/Penjaga (SPKR-07) berserta wang dalam bentuk wang pos/money order/cek atas nama PADU Corporation. Penerimaan wang tersebut perlu diserahkan kepada pegawai yang menjalankan tugas kewangan di sekolah dan disahkan oleh Pengetua. Pihak sekolah perlu menyimpan salinan penerimaan wang tersebut bersama Borang Gantian Komputer Riba Yang Hilang Atau Rosak. Semua bayaran masuk ke bank hendaklah mematuhi peraturan dan prosedur kewangan yang berkuatkuasa. Wang gantian tersebut perlu dimasukkan ke dalam akaun PADU Corporation. Resit rasmi akan dikeluarkan oleh PADU kepada pembayar. Sekiranya murid tidak membuat bayaran balik dalam tempoh yang ditetapkan, Surat Tuntutan Ulangan hendaklah dikeluarkan oleh pihak sekolah.
Penyelaras Projek
Borang SPKR-06 Borang SPKR-07
Mengemas kini rekod
Penyelaras projek perlu mengemas kini stok komputer riba dan menutup akaun
Penyelaras
Borang
Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017
38
BIL ITEM PROSES
PROSES AGENSI/ PEGAWAI
DOKUMEN
kira-kira pada 15 Disember tahun semasa. Menyediakan Laporan Status Peralatan (SPKR-05) dan disahkan oleh Pengetua dan dihantar ke JPN untuk tindakan lanjut.
Projek SPKR-05
Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017
39
BAHAGIAN D: PANDUAN KESELAMATAN
1.0 Jenis-jenis bencana
1.1 Banjir
1.2 Kebakaran
1.3 Puting beliung
2.0 Langkah pencegahan awal
2.1 Banjir
● Menyedia dan mengedar surat makluman kepada semua murid
untuk makluman persediaan menghadapi banjir (Terutama
pada musim hujan)
● Menempatkan bilik simpanan di tingkat atas bangunan,
terutama di kawasan yang sering dilanda banjir
2.2 Kebakaran
● Menyediakan alat pemadam api yang berfungsi.
● Sentiasa memeriksa sistem pendawaian elektrik.
● Sentiasa mematuhi arahan keselamatan kebakaran
● Mendapatkan khidmat nasihat dari Jabatan Bomba dan
Penyelamat.
2.3 Puting beliung
● Pastikan komputer riba simpan di dalam almari tertutup.
● Sentiasa memastikan komputer riba dalam keadaan sedia
untuk diselamatkan (jika keadaan mengizinkan).
3.0 Tindakan semasa berlaku bencana
3.1 Banjir
● Mengikut nasihat pihak berkuasa
● Memindahkan komputer riba ke tempat yang selamat (jika
keadaan mengizinkan)
3.2 Kebakaran
● Menghubungi segera Bomba dan Penyelamat.
● Mencuba memadamkan kebakaran di peringkat awal sebelum
ketibaan pihak Bomba dan Penyelamat.
● Menyelamatkan komputer riba (jika keadaan mengizinkan)
Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017
40
4.0 Selepas berlaku bencana
4.1 Memohon bantuan PKG menyemak/ menguji kefungsian aset
4.2 Membuat laporan dan anggaran jumlah kerosakan komputer riba
kepada PKG
Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017
41
BAHAGIAN E: PANDUAN PENCEGAHAN KEHILANGAN
1.0 Jenis-jenis kehilangan
1.1 Kecurian
1.1.1 Dalam rumah
1.1.2 Dalam sekolah
1.1.3 Luar kawasan sekolah
1.2 Hilang tanpa disedari
1.2.1 Hilang semasa kemalangan
1.2.2 Hilang disebabkan kecuaian
2.0 Langkah pencegahan awal
2.1 Selepas penggunaan, perlu kemas dan simpan dengan baik.
2.2 Dibawa keluar sekiranya ada keperluan sahaja.
2.3 Sentiasa dalam kawalan semasa berada di luar.
2.4 Tidak tinggal di mana-mana selepas penggunaan.
3.0 Selepas berlaku kehilangan
3.1 Apabila pengguna telah memastikan kehilangan, perlu segera
melaporkan kepada pihak sekolah untuk tindakan seterusnya.
3.2 Sekolah perlu bertindak mengikut garis panduan yang ditetapkan
(penggantian menggunakan tuntutan insurans).
Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017
42
SEKALUNG PENGHARGAAN
Penasihat YBhg. Dato’ Jamil Bin Rakon Pengerusi
Jawatankuasa Pemandu Program ICT Sekolah Tuan Haji Zaidi Bin Yazid Pengerusi
Jawatankuasa Teknikal Program ICT Sekolah Merangkap Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan
Penasihat Editorial
Encik Teoh Boon Hai Timbalan Pengarah Pembangunan Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan
Tuan Haji Mohd Haliza Bin Mohd Adnan Timbalan Pengarah Pembangunan Pendidikan Bestari Bahagian Teknologi Pendidikan Merangkap Pengarah Program Pejabat Pengurusan Program ICT Sekolah
Encik Ahmad Izzat Bin ahmad Zaki Chief Financial Officer PADU Corporation
Editor
Cik Mak Sheau Yun Pengurus Projek Pasukan Projek Komputer Riba & Tablet Bahagian Teknologi Pendidikan
Encik Wan Mohd Mohyeddin Bin Wan Yacob Ketua Pasukan Komputer Riba Pasukan Projek Komputer Riba & Tablet Bahagian Teknologi Pendidikan
Penolong Editor Cik Tan Yen Ping Pegawai Teknologi Pendidikan
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak
Rekabentuk Kulit Encik Nazrul Hisham Bin Sain Jurufotografi
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak
Ahli Bengkel Garis Panduan SPKR Puan Hajah Shirini Mastura Mohd Zulkifli Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak Puan Azizah Mohamad Bee Ketua Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Puan Nornai’lah Binti Abdul Latiff Ketua Unit Penyelarasan Dasar
Bahagian Teknologi Pendidikan
Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017
43
Ahli Bengkel Garis Panduan SPKR
Encik Abang Othman Abang Masagus Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Green Road
Tuan Haji Affandi Bin Rosli Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Wira Penrissen
Encik Koh Chee Kiat Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Punjut
Puan Limok Anak Shem Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan St. Luke
Encik Isham Bin Ibrahim Penyelia Kumpulan Unit Maklumat Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Encik Kushairi Bin Sidek Pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak
Encik Ibrahim Bujang Penyelia Maklumat & ICT Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan
Encik Fadli Bin Ismail Penolong Penyelia Unit Pembangunan, Perolehan & ICT Pejabat Pendidikan Daerah Kuching
Cik Melissa Binti Mohd Nasir Eksekutif PADU Corporation
Puan Farahidah Binti Zool Beri Eksekutif PADU Corporation