Click here to load reader

PANDUAN PEPERIKSAAN MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN · PDF file 2018-11-25 · Sukatan Peperiksaan Khas 3 Seksyen A Pengetahuan Am Mengenai 3 Malaysia dan Alam Sekeliling Seksyen B Daya

  • View
    8

  • Download
    0

Embed Size (px)

Text of PANDUAN PEPERIKSAAN MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN · PDF file 2018-11-25 · Sukatan...

  • PANDUAN PEPERIKSAAN MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN

    PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41

    LEMBAGA PEPERIKSAAN

    SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM,

    MALAYSIA

  • KANDUNGAN

    Halaman Pendahuluan 1 Panduan Umum 2 Sukatan Peperiksaan Khas 3 Seksyen A Pengetahuan Am Mengenai 3 Malaysia dan Alam Sekeliling Seksyen B Daya menyelesaikan masalah 4 Seksyen C Pengertian dan Kefahaman 11 Terhadap Esei-esei Seksyen D Esei Bahasa Melayu 18 . Seksyen E Esei Bahasa Inggeris 18 Panduan Menjawab Soalan 19 Penutup 21

    i

  • Peperiksaan Khas ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebole- han calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Maka soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas. Matlamat Peperiksaan Khas ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Peperiksaan Khas ini melibatkan lima kertas berasingan. Setiap kertas adalah penting kerana mengukur calon dalam satu atau dua aspek sahaja. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi kesemua kertas. Jika prestasi yang sangat baik dipamerkan pada satu atau dua kertas sahaja maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang menggalakkan bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokus kepada kertas tertentu sahaja. Kelulusan Peperiksaan Khas ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk lulus ’Assessment Centre’ akan ditemu duga.

    1

    PENDAHULUAN

  • PANDUAN UMUM 1. Pada hari Peperiksaan Khas calon hendaklah membawa: (i) Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan Khas (ii) Kad Pengenalan (iii) Pensil 2B, pen dan pemadam lembut (iv) Peralatan lain yang difikir perlu 2. Calon perlu berada di Pusat Peperiksaan lima belas (15) minit sebelum Peperiksaan Khas dimulakan. 3. Calon perlu mematuhi arahan Ketua Pengawas. 4. Calon tidak dibenarkan berkomunikasi dengan calon-calon lain . Sila angkat tangan jika ada masalah atau pertanyaan. 5. Calon hanya boleh meninggalkan Pusat Peperiksaan tiga puluh (30) minit selepas Peperiksaaan Khas dimulakan. 6. Jawapan hendaklah dibuat dalam (i) kertas OMR—bagi Seksyen A, B dan C (ii) kertas tulis SPA—bagi Seksyen D dan E 7. No. Kad pengenalan pada kertas jawapan hendaklah sama seperti dalam Surat Penggilan Menduduki Peperiksaan.

    8. Rujukan kepada mana-mana bahan adalah TIDAK dibenarkan.

    9. Calon mesti berpakaian kemas, sopan dan tidak menjolok mata.

    2

  • Ujian ini mempunyai satu (1) bahagian dan dibahagikan kepada lima (5) seksyen iaitu:

     Seksyen A - Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling  Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah  Seksyen C - Pengertian Dan Kefahaman Terhadap Esei- esei  Seksyen D - Esei Bahasa Melayu  Seksyen E - Esei Bahasa Inggeris SEKSYEN A - PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING Masa : 45 minit Bilangan Soalan : 60 Dalam seksyen ini calon dikehendaki mengetahui secara umum perkara- perkara berkaitan dengan pemerintahan di Malaysia dan juga perkara- perkara yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia / infrakstruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah / tanah / daerah/ tempatan, pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber kewangan, hubungan antarabangsa & hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain- lain perkembangan. Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya ke- sedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia sekelilingnya pada amnya dan Malaysia khasnya.

    3

    SUKATAN PEPERIKSAAN KHAS

  • 1. Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuan mengenai A. penubuhan ASEAN. B. penubuhan pasaran bersama untuk ASEAN. C. pakatan ketenteraan di antara negara-negara ASEAN. D. penubuhan Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali di Asia Tenggara. Jawapan: D

    2. Apabila Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri, baginda hendaklah memilih seorang ahli Dewan Rakyat yang boleh mendapat sokongan majoriti dan ia mestilah seorang yang

    A. beragama Islam. B. keturunan Melayu. C. pernah menjadi Menteri Kabinet. D. menjadi warganegara mengikut operasi undang- undang. Jawapan: D

    SEKSYEN B - DAYA MENYELESAIKAN MASALAH Masa : 45 minit Bilangan Soalan : 40

    4

    CONTOH SOALAN

  • Dalam seksyen ini calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan menggunakan (i) kemahiran logik (ii) kemahiran menginterpretasi data (iii) konsep-konsep matematik (i) Kemahiran Logik Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

    1. Sila pilih kenyataan-kenyataan yang boleh dipercayai dari

    individu-individu berikut: Peguambela : “Yang dituduh tidak bersalah kerana tidak

    berada di tempat kejadian jenayah berlaku.”

    Jururawat : “Jika awak makan ubat ini tiga (3) kali

    sehari, awak akan sembuh dengan segera.”

    Profesor: “Keadaan inflasi di Malaysia akan Ekonomi berkurangan dalam masa dua (2) tahun lagi memandangkan perkembangan ekonomi dunia sekarang.”

    5

    CONTOH SOALAN

  • Penggangur : “Saya sudah mohon kerja di lima buah tempat, tetapi semua memberi jawapan tidak ada kerja kosong.” A. Jururawat B. Penganggur C. Peguambela D. Peguambela dan Jururawat Jawapan: B Penjelasan Kenyataan Peguambela tidak boleh diterima kerana ia merupakan ken- yataanya sahaja. Ianya juga mungkin tidak berbukti kerana yang memu- tuskan secara muktamat ialah Hakim. Penguambela sudah tentu menye- belahi pihak anak guamnya. Kenyataan Jururawat juga tidak boleh diterima kerana beliau tidak dapat menjamin bahawa sesuatu penyakit boleh sembuh. Kenyataan Profesor Ekonomi juga tidak boleh diterima kerana ia merupakan satu ramalan sahaja. Hanya kenyataan Penganggur sahaja yang boleh diterima kerana ia adalah kenyataan yang benar berlaku kepadanya. 2. Mengikut undang-undang perbuatan mencuri adalah mengambil harta orang lain dengan tujuan melarikan harta itu daripada yang mempunyainya. Pada suatu hari Y telah pergi ke sebuah kedai dan mengambil sebungkus coklat dan telah memakannya dengan tidak membayar. Keesokannya Y berperasaan kesal dan telah kembali ke kedai tersebut dan membuat pengakuan bahawa ia telah mengambil coklat itu. Dia juga memohon maaf dan sanggup membayar harga coklat itu. Tuan punya kedai itu tidak mahu menerima bayaran tersebut tetapi telah membuat laporan polis.

    6

  • Dalam keadaan ini, mengikut petikan Undang-undang di atas, Y adalah A. tidak bersalah kerana ia sudah meminta maaf B. bersalah kerana mengambil coklat itu tanpa membayar C. bersalah kerana tuan punya kedai tidak memaafkannya D. tidak bersalah kerana sanggup membayar harga coklat tersebut Jawapan: B Penjelasan Isu utama adalah sama ada perbuatan Y dianggap mencuri atau tidak disisi undang-undang. Nyata sekali Y telah mengambil coklat lalu memakannya dan dengan itu, ‘melarikan harta daripada yang mempunyainya.’ oleh itu Y adalah bersalah. Jawapan yang boleh diterima ialah di antara A dan B. Y bersalah bukan kerana tidak di- maafkan oleh tuan punya kedai tetapi Y bersalah kerana telah mengam- bil coklat itu tanpa bayaran. Isu sama ada tuan kedai memaafkannya atau tidak, tidak timbul. Jawapan yang tepat ialah B. (ii) Kemahiran Menginterpretasi Data Calon diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah yang meng- gunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan agar mudah untuk calon memberi jawapan.

    7

  • Sila gunakan jadual di bawah untuk menjawab soalan-soalan berikut:

    8

    CONTOH SOALAN

    0 - 5,000 2,500 @6% = 150

    + 2,500 @9% = 225

    5,000 - 7,500 5,000 = 375

    + 2,500 12% = 300

    7,500 - 10,000 7,500 = 675

    + 2,500 15% = 375

    10,000 - 15,000 10,000 = 1,050

    + 5,000 20% = 1,000

    15,000 - 20,000 15,000 = 2,050

    + 5,000 25% = 1,250

    20,000 - 25,000 20,000 = 3,300

    + 5,000 30% = 1,500

    25,000 - 35,000 25,000 = 4,800

    + 10,000 35% = 3,500

    35,000 - 50,000 35,000 = 8,300

    + 15,000 40% = 6,000

    50,000 - 75,000 50,000 = 14,300

    + 25,.000 45% = 11,250

    75,000 - 100,000 75,000 = 22,500

    + 25,000 50% = 12,500

  • 1. Jumlah cukai