Upload
syakira-hazwani
View
366
Download
20
Embed Size (px)
Citation preview
2012
PANDUAN PENGAJARAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas
(Masalah Pendengaran)
DAN
PEMBELAJARAN
BAHASA ISYARAT KOMUNIKASI
TAHUN 3
Terbitan
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Cetakan Pertama 2011 © Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
vii
vi
v
KANDUNGAN
Rukun Negara
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendahuluan
Modul 1 - Mengenal Huruf dan Angka 1
Modul 2 - Pengucapan Bertatasusila 8
Modul 3 - Penggunaan Gantinama 15
Modul 4 - Mengenali Keluarga Kembangan 23
Modul 5 - Memahami Kata Tanya 32
Modul 6 - Mengenali Jenis-Jenis Pekerjaan 41
v
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
vi
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
vii
PENDAHULUAN
Buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Tahun Tiga ini disediakan sebagai bahan
rujukan untuk membantu guru menjana idea, merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Buku ini sebagai panduan kepada guru untuk
mengaplikasikan Standard Kurikulum Bahasa Isyarat Komunikasi
Tahun Tiga dalam
pengajaran dan pembelajaran. Buku Panduan ini juga mencadangkan pelbagai aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang berkonsepkan didik hibur bagi memberi peluang kepada
murid melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara aktif dengan sokongan
pelbagai bahan media.
Buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Isyarat Komunikasi digubal dengan
memberi penekanan kepada penguasaan berkomunikasi bagi murid khas bermasalah
pendengaran yang merangkumi aspek-
aspek kemahiran praisyarat, kemahiran visual dan
kemahiran bahasa isyarat kreatif untuk menyediakan peluang pembelajaran dari aspek
pemerolehan dan penguasaan Bahasa Malaysia yang tepat dan berstruktur melalui
penggunaan
bahasa isyarat dan mod komunikasi seluruh yang standard.
Buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran ini mengandungi lima set Modul Pengajaran
dan Pembelajaran, lengkap dengan Rancangan Pengajaran Harian (RPH), langkah-langkah
pengajaran mengikut empat fasa terarah berserta lembaran kerja murid.
Strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam Buku Panduan ini hanyalah
cadangan. Guru digalak menggunakan kreativiti sendiri untuk mengubah suai aktiviti
tersebut supaya bersesuaian dengan kebersediaan dan kebolehan murid dalam setiap
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Kementerian Pelajaran Malaysia merakamkan
jutaan terima kasih atas sumbangan pelbagai pihak
yang telah terlibat secara langsung
dalam penghasilan modul ini. Buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran ini diharap
dapat dimanfaatkan dalam usaha melahirkan
modal insan yang mampu menyumbang
kearah pembangunan Negara selaras dengan kehendak kementerian.
i
1
BAHASA ISYARAT KOMUNIKASI TAHUN 3
Kemahiran
Bahasa Isyarat Komunikasi
Masa: 210 minit
Modul Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Isyarat Komunikasi Masalah Pendengaran Tahun 3
Tajuk Huruf dan angka -Angka
Standard Kandungan
2.1 Kemahiran mengenal huruf dan angka
Angka -Mengenal angka 1 hingga 10000
Standard Pembelajaran
1.1 Melihat dan mengecam apa yang dilihat 1.2 Membezakan apa yang dilihat atau dirancang 1.4 Membentuk isyarat dan kod yang tepat
2.1 Menyatakan dan melakukan apa yang diisyaratkan
Objektif
Murid dapat :
1. Mengisyaratkan kod angka (1 hingga 10 000) 2. Membentuk kod angka 3. Memadankan angka dengan kod isyarat
Kaedah Pembelajaran
dan Pengajaran
1. Soal jawab 2. Tunjukcara 3. Latihtubi 4. Membaca 5. Mengeja perkataan 6. Mengisyarat
Bahan Bantu Mengajar
1. Benda maujud 2. Kad angka 3. Kad perkataan 4. Kad gambar 5. Lembaran kerja
Pentaksiran
1. Memadankan objek atau gambar dengan kad angka atau kad
perkataan 2. Membuat kod isyarat berpandukan kad imbasan yang
ditunjukkan
2
FASA PERSEDIAAN
1.1 Pemerhatian
1.1.1 Menggunakan deria penglihatan,pendengaran,sentuhan, rasa atau bau. contoh :
1. Membuat senaman jari jemari 2. Membuat permainan “Pundi Ajaib”. Murid meneka kuantiti yang ada dalam pundi
- tidak melebihi 10, - 10 hingga 100, - 100 -1 000
3. Mengira bersama murid kuantiti objek dalam genggaman 4. Murid yang dapat meneka dengan betul akan diberi ganjaran.
1.2 Analisis
1.2.1 Mengenalpasti persamaan dan perbezaan dengan betul
1.2.2 Mengasingkan maklumat berdasarkan kriteria tertentu 1.2.3 Mengumpul maklumat berdasarkan kriteria tertentu
Aktiviti :
1. Memperkenalkan angka 1 hingga 50, 50 hingga 100 dan membuat isyarat yang betul.
2. Memperkenalkan 100 hingga 1000.
3. Memperkenalkan 1000 hingga 10 000.
4. Membentuk kod angka dan membuat isyarat dengan betul.
3
FASA IMAGINASI
1.3 Penjanaan Idea
1.3.2 Menghasilkan idea secara berterusan 1.3.3 Menghasilkan idea yang bermakna Aktiviti :
1. Murid memilih kad dari kotak yang disediakan dan melekatkan di papan putih dan membuat isyarat kod angka.
2. Murid diminta menyusun kad angka secara menaik dan menurun pada petak tangga yang disediakan.
3. Murid membaca sambil membuat isyarat yang betul
1.4 Sintesis Idea :
1.4.2 Menghasilkan bentuk komunikasi yang unik. Aktiviti:
1. Guru membimbing murid menyambungkan titik-titik angka mengikut turutan untuk membentuk gambar.
2. Murid menamakan gambar yang dihasilkan menggunakan bahasa isyarat. Contoh:
4
FASA PERKEMBANGAN
1.5 Penambahbaikan :
1.5.1 Menokok tambah idea. 1.5.4 Memberi pelbagai contoh berkaitan tugasan. Aktiviti:
1. Memperkenalkan isyarat puluh, ratus ,ribu dan puluh ribu. 2. Murid membuat isyarat nombor puluh (contoh : 10, 20, 30, 40 ….) ratus (100, 200,
300….) dan isyarat ribu (10000). 3. Guru menunjukkan kad angka dan murid membuat isyarat yang betul.
1.6 Penilaian
1.6.2 Menyatakan kekuatan dan kelemahan, kebaikan dan keburukan , kelebihan dan kekurangan berdasarkan bukti atau alasan tertentu Aktiviti :
1. Pertandingan menyusun angka mengikut turutan secara menaik dan menurun dengan betul
2. Menyemak angka tangga yang telah disiapkan sambil mengisyaratkan angka. 3. Kumpulan yang menang diberi pujian dan ganjaran.
5
FASA TINDAKAN
1.7 Pelaksanaan
1.7.2 Menyusun idea secara tersusun dan mudah difahami Aktiviti :
1. Guru meminta murid memadankan angka dengan kod isyarat yang betul secara individu
Contoh :
1 000
10 000
atau
atau 3 550
6
1.8 Amalan Berterusan
1.8.1 Peka kepada perkara di sekeliling.
Aktiviti :
1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid. 2. Guru membawa murid melawat ke kawasan persekitaran sekolah. 3. Murid mencari benda-benda yang dikehendaki, membilang ,menulis dan
mengisyaratkan.
7
LEMBARAN KERJA
Tuliskan nombor mengikut kod tangan yang betul.
8
BAHASA ISYARAT KOMUNIKASI TAHUN 3
Kemahiran
Bahasa Isyarat Komunikasi
Masa: 150 minit
Modul Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Isyarat Komunikasi Masalah Pendengaran Tahun 3
Tajuk Pengucapan
Standard Kandungan
2.3 Ucapan Bertatasusila - Sila masuk/ duduk - Selamat sejahtera - Takziah - Salam Satu Malaysia
Standard Pembelajaran
1.3 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan. 1.4 Membentuk isyarat dan kod yang tepat 2.3 Membentuk fasa asas Bahasa Melayu dari isyarat dan kod 2.4 Memperkembangkan kemahiran membentuk frasa dan klausa 3.2 Berkomunikasi dengan menggunakan pola ayat yang mudah dan betul 3.5 bercerita dengan menggunakan ayat-ayat kompleks secara lisan
Objektif
Murid dapat : 1. Mengucap/ mengisyaratkan ucapan bertatasusila. 2. Mengucap dan membentuk isyarat atau kod tangan. 3. Memadankan isyarat/ kod dengan gambar. 4. Membuat kad ucapan.
Kaedah Pembelajaran
dan Pengajaran
1.Tunjukcara 2. Latihtubi 3. Membaca 4. Mengisyarat
Bahan Bantu Mengajar
1. Kad gambar 2. Kad perkataan 3. Lembaran kerja
Pentaksiran 1.Memadankan perkataan dengan gambar 2.Membaca perkataan dan menggunakan bahasa isyarat yang betul.
9
FASA PERSEDIAAN
1.1 Pemerhatian
1.1.1 Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau 1.1.7 Mendapatkan makna dengan betul. Aktiviti :
1. Guru memberi salam seperti : Hello, Selamat Pagi, Assalamualaikum. 2. Murid menjawab dengan menggunakan bahasa isyarat yang betul 3. Guru menyoal soalan seperti :
Apa khabar murid-murid semua ? Adakah murid-murid sihat hari ini ?
1.2 Analisis
1.2.1 Mengenalpasti persamaan dan perbezaan dengan betul. 1.2.3 Mengumpul maklumat berdasarkan kriteria tertentu. Aktiviti :
1. Guru menunjukkan gambar kepada murid-murid. Contoh : Gambar orang berdiri di hadapan pintu. Gambar orang berdiri di hadapan kerusi Gambar jenazah - orang meninggal dunia. Gambar bangsa-bangsa lain - cina
2. Guru menyoal murid tentang gambar–gambar tersebut. 3. Guru memperkenalkan perkataan “ sila masuk”, “sila duduk”, “Takziah”,”Salam
Satu Malaysia”. 4. Murid membaca perkataan-perkataan yang ditunjukkan oleh guru.
FASA IMAGINASI
1.3 Penjanaan Idea
1.1.1 Menghasilkan idea-idea baru yang banyak (yang mungkin benar atau tidak pasti
tetapi logik) 1.1.2 Menghasilkan idea secara berterusan. 1.3.4 Mencari hubungkait, gabungjalin atau corak berdasarkan maklumat yang ada. Aktiviti :
1. Guru menyediakan akhbar lama untuk murid-murid. 2. Guru minta murid mencari gambar-gambar pelbagai kaum di dalam akhbar
tersebut. 3. Guru minta murid menggunting dan menampal gambar-gambar yang telah
digunting. 4. Guru minta murid menamakan gambar-gambar itu.
10
1.4 Sintesis Idea
1.4.2 Menghasilkan bentuk komunikasi yang unik. . Aktiviti :
1. Guru mengajar murid-murid menyanyi lagu “Satu Malaysia” menggunakan bahasa isyarat.
Lagu : Satu Malaysia
Satu Malaysia
Berdiri, Teguh di bumi Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan
Perpaduan, Mendapat rahmat Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan Satu Malaysia
Dalam capai satu tujuan Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia Kita bina Satu Malaysia
Satu Malaysia jadi pegangan Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara Rakyat Malaysia taat setia
Satu Malaysia untuk semua
11
FASA PERKEMBANGAN
1.5 Penambahbaikan :
1.5.1 Menokok tambah idea. 1.5.4 Memberi pelbagai contoh berkaitan tugasan
Aktiviti:
1. Guru tunjukkan pelbagai gambar dan berbincang dengan murid. 2. Guru menunjukkan kad imbasan kepada murid-murid. 3. Contoh :”Sila masuk”, “sila duduk”, “takziah”, “ salam satu Malaysia’,
Contoh:
Takziah
Sila masuk
Salam satu Malaysia
Sila duduk.
12
4. Guru memperkenalkan kod isyarat : ”Sila masuk”, “sila duduk”, “takziah”, “ salam
satu Malaysia”. 5. Membaca perkataan 6. Mengeja perkataan
1.6 Penilaian
1.6.4 Membuat pilihan berdasarkan kenyataan atau fakta sebenar dan tidak dipengaruhi oleh perasaan atau prasangka. Aktiviti :
1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid. 2. Guru meminta murid memadankan gambar dengan kad perkataan. 3. Murid membaca dan memahami perkataan/frasa dengan menggunakan bahasa
isyarat.
FASA TINDAKAN
1.7 Pelaksanaan
1.7.3 Menghasilkan idea tidak sama dengan orang lain,idea tidak seperti yang biasa, idea belum ada sebelumnya atau frekuensi idea baru.
Aktiviti : 1. Guru menyediakan kad manila – murid melukis lambang 1 Malaysia 2. Murid menghias kad manila mengikut kreativiti masing-masing. 3. Menyanyikan lagu “1 Malaysia” beramai-ramai dengan memegang kad lambang 1
Malaysia yang dihasilkan. 1.8 Amalan Berterusan 1.8.1 Peka kepada perkara di sekeliling. Aktiviti :
1. Guru meminta murid mempraktikkan ucapan bertatasusila dengan menggunakan kod isyarat dengan betul setiap masa.
Sila duduk Sila masuk
Salam satu Malaysia Takziah
13
LEMBARAN KERJA
Suaikan gambar dengan perkataan yang betul.
1.
Salam satu Malaysia
Takziah
Sila duduk
Sila masuk
14
LEMBARAN KERJA
Suaikan gambar dengan isyarat atau kod yang sesuai.
Takziah
Sila masuk
Sila duduk
Salam satu Malaysia
15
BAHASA ISYARAT KOMUNIKASI TAHUN 3
Kemahiran
Bahasa Isyarat Komunikasi
Masa: 150 minit
Modul Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Isyarat Komunikasi Masalah Pendengaran Tahun 3
Tajuk Gantinama
Standard Kandungan
2.5 Ganti nama - ia, engkau, aku
Standard Pembelajaran
1.2 Membeza apa yang dilihat atau diransang 1.4 Membentuk isyarat dan kod yang tepat 2.2 Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum 2.4 Memperkembangkan kemahiran membentuk frasa dan klausa 3.1 Menguasai kemahiran membina ayat kompleks 3.2 Berkomunikasi dengan menggunakan pola ayat yang mudah dan betul
Objektif
Murid dapat :
1. Menamakan kod gantinama 2. Memadankan kod dengan gambar 3. Membentuk isyarat dan kod berkaitan gantinama 4. Menggunakan gantinama dalam ayat yang betul
Kaedah Pembelajaran
dan Pengajaran
1. Soaljawab 2. Tunjukcara 3. Latihtubi 4. Membaca 5. Mengisyarat
Bahan Bantu Mengajar
1. Kad gambar 2. Kad perkataan 3. Lembaran
Pentaksiran
1. Membaca perkataan dan ayat mudah dengan menggunakan
bahasa isyarat yang betul 2. Melengkapkan ayat mudah dengan perkataan yang tepat 3. Memadankan ayat mudah dengan gambar. 4. Memadankan isyarat yang sama makna
16
FASA PERSEDIAAN 1.1 Pemerhatian 1.1.1 Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau. 1.1.5 Menggunakan pelbagai kaedah atau prosedur yang sesuai. 1.1.6 Mendapatkan makna dengan betul. Aktiviti :
1. Guru memperkenalkan diri kepada murid-murid.
Assalamualaikum, saya Puan Siti Selamat pagi, saya Puan Ooi
2. Guru meminta murid memperkenalkan diri secara individu.
1.2 Analisis 1.2.1 Mengenalpasti persamaan dan perbezaan dengan betul. 1.2.2 Mengasingkan maklumat berdasarkan kriteria tertentu. Aktiviti:
1. Guru memperkenalkan perkataan gantinama (ia, engkau dan aku). 2. Guru memperkenalkan kod gantinama di atas. 3. Murid menggunakan kod isyarat dengan betul.
FASA IMAGINASI 1.3 Penjanaan Idea 1.3.1 Menghasilkan idea-idea baru yang banyak (yang mungkin benar atau tidak pasti tetapi logik). 1.1.3 Mencari hubung kait, gabung jalin atau corak berdasarkan maklumat yang ada. Aktiviti :
1. Guru meminta murid melakukan beberapa aktiviti berdasarkan situasi sebenar. 2. Minta murid keluar ke hadapan kelas dan menjawab soalan yang ditanya.
Contoh : Siapa nama awak ? Nama saya Aminah.
3. Guru kemudiannya menyoal murid lain. Di mana awak tinggal
Saya tinggal di Kampung Bukit
4. Guru menyoal mengikut situasi/ laras bahasa Di mana engkau tinggal
Aku tinggal di Kampung Bukit
17
1.4 Sintesis Idea : 1.4.2 Menghasilkan bentuk komunikasi yang unik –muzik,lagu. Aktiviti :
1. Guru membimbing murid membaca dan memahami perkataan dan ayat mudah dengan isyarat yang betul.
2. Guru membimbing murid-murid menyanyi lagu “ Siapa awak” mengikut melodi lagu “are you sleeping”.
3. Guru menggunakan bahasa isyarat sambil menyanyi dan menunjukkan pertanyaan ini kepada salah seorang murid.
4. Murid tersebut akan menyambung nyanyian dan menyoal salah seorang murid yang lain pula.
5. Aktiviti ini berterusan hingga murid terakhir menyoal semula kepada murid.
Lagu : Siapa Awak
Siapa awak
Siapa awak
Saya Anas
Saya Anas
Siapa nama awak
Siapa nama awak
Saya _______ (nama murid)
18
FASA PERKEMBANGAN
1.5 Penambahbaikan : 1.5.1 Menokok tambah idea. Aktiviti :
1. Guru meminta murid memadankan perkataan sama makna
2. Memadankan perkataan berlawan
1.6 Penilaian 1.6.3 Membuat wajaran yang betul. 1.6.4 Membuat pilihan berdasarkan kenyataan atau fakta sebenar dan tidak dipengaruhi oleh perasaan atau prasangka. Aktiviti :
1. Guru menunjukkan beberapa keping gambar dan menyoal murid tentang apa yang dilihat.
2. Guru memperkenalkan ayat mudah kepada murid-murid . 3. Guru membimbing murid membaca dan memahami ayat-ayat mudah dengan
menggunakan bahasa isyarat. 4. Murid memadankan ayat dengan gambar. 5. Murid membaca ayat-ayat mudah dengan menggunakan bahasa isyarat secara
individu.
e n g k a u
d i a
s a y a
a w a k
i a
a k u
k a u
s a y a a w a k
a k u e n g k a u k a u
19
Contoh :
FASA TINDAKAN
1.7 Pelaksanaan 1.7.1 Menghuraikan idea kepada butiran atau bahagian yang lebih kecil dan khusus. 1.7.2 Menyusun idea secara tersusun dan mudah difahami. Aktiviti:
1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid. 2. Murid membuat latihan secara individu. 3. Guru menyemak hasil kerja murid dan minta murid membaca ayat mudah yang
lengkap menggunakan isyarat.
Contoh lihat lembaran kerja.
2.6 Amalan Berterusan
1.8.1 Peka kepada perkara di sekeliling.
1. Murid menggunakan kata gantinama yang betul dalam perbualan harian.
Ini Aminah. Ia cantik.
Nama aku / saya Ahmad
pandai baca buku
20
Lembaran kerja
Arahan : Isikan tempat kosong dengan gantinama yang betul
1 ______________
2 ________________ nenek saya.
3. ______________ suka bermain bola.
dia \ ia Engkau \ kau aku \ saya
?
21
LEMBARAN KERJA
Padankan perkataan dan isyarat yang betul.
LEMBARAN KERJA
aku
engka
ia
dia
saya
kamu
22
LEMBARAN KERJA
Padankan gambar isyarat yang sama maknanya.
23
BAHASA ISYARAT KOMUNIKASI TAHUN 3
Kemahiran
Bahasa Isyarat Komunikasi
Masa: 180 minit
Modul Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Isyarat Komunikasi Masalah Pendengaran Tahun 3
Tajuk Keluarga Kembangan
Standard Kandungan
2.4 Keluarga (asas dan kembangan) - Sepupu - pak cik - mak cik - anak - datuk - nenek - cucu
Standard Pembelajaran
1.2 Membezakan apa yang dilihat atau dirancang 1.3 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru dan rakan 2.1 Menyatakan dan melakukan apa yang diisyarat 2.3 Membentuk frasa Bahasa Melayu dari isyarat atau kod. 3.3 Mengisyarat/ mengekod secara kreatif. 3.4 Bercerita dengan menggunakan ayat mudah secara lisan atau isyarat.
Objektif
Murid dapat :
1. mengenal ahli keluarga 2. membentuk isyarat berkaitan dengan keluarga. 3. memadankan isyarat dengan gambar. 4. membaca perkataan dan ayat mudah dengan kad isyarat
yang betul
Kaedah Pembelajaran dan
Pengajaran
1. Soal jawab 2. Latih tubi 3. Membaca 4. Mengisyarat
Bahan Bantu Mengajar
1. Benda maujud 2. Kad perkataan 3. Kad gambar 4. Lembaran kerja
Pentaksiran
1. Memadankan gambar dengan isyarat. 2. Memadankan perkataan dengan gambar. 3. Membaca perkataan dan ayat mudah dengan kad isyarat
yang betul.
24
FASA PERSEDIAAN
1.1 Pemerhatian
1.1.2 Menumpukan pemerhatian kepada objek secara menyeluruh 1.1.6 Mengenal pasti ciri objek dengan tepat 1.1.7 Mendapatkan makna dengan betul Aktiviti
1. Guru menunjukkan gambar keluarga dan bersoaljawab dengan murid menggunakan bahasa isyarat.
2. Guru membimbing murid mengenalpasti ahli dalam keluarga. 3. Murid menamakan ahli keluraga: Contohnya datuk, nenek, ayah, ibu, bapa saudara,
emak saudara, abang, kakak, cucu, sepupu dan anak dengan menggunakan bahasa isyarat
Gambar keluarga kembangan
25
1.2 Analisis
1.2.1 Mengenalpasti persamaan dan perbezaan dengan betul. 1.2.2 Mengasingkan maklumat berdasarkan kriteria tertentu. 1.2.4 Menyusun maklumat berdasarkan kriteria tertentu. Aktiviti :
1. Guru memperkenal gambar ahli keluarga secara individu. 2. Guru meminta murid mengenalpasti ahli keluarga dan menyusun gambar mengikut
urutan. 3. Murid menamakan ahli keluarga menggunakan isyarat yang betul. 4. Murid melekatkan gambar keluarga masing-masing yang dibawa dari rumah
Contoh:
FASA IMAGINASI
1.3 Penjanaan Idea
. 1.3.1 Menghasilkan idea baru yang banyak yang mungkin benar atau tidak pasti tetapi logik. 1.3.4 Mencari hubungkait, gabung jalin atau corak berdasarkan maklumat yang ada. Aktiviti : 1. Guru menunjukkan kad gambar kepada murid secara individu.
2. Murid diminta melihat gambar dan menggayakan/melakonkan ahli keluarga yang ditunjukkan.
3. Guru meminta murid-murid yang lain meneka siapa ahli keluarga tersebut. Contoh:
Gambar Datuk Gambar Nenek
Gambar Ayah Gambar Ibu Gambar Pak Cik Gambar Mak cik
Gambar Abang Gambar Kakak Gambar Saya Gambar sepupu
Gambar cucu Gambar adik
26
1.4 Sintesis Idea :
1.4.2. Menghasilkan bentuk komunikasi yang unik lukisan
Aktiviti
1. Guru mengedarkan sehelai kertas kosong A4 kepada setiap orang murid.. 2. Guru meminta murid melukis gambar ahli keluarga yang paling disayangi.
emak
datuk
nenek
bapa
abang
bapa saudara
emak saudara
sepupu
kakak
cucu
pak cik
mak cik
27
3. Murid bercerita tentang gambar yang dihasilkan dengan menggunakan bahasa isyarat yang betul.
Contoh:
Ini ibu saya. Nama ibu saya ............... Ibu saya rajin. Ibu pandai masak Saya sayang ibu saya.
FASA PERKEMBANGAN
1.5 Penambahbaikan :
1.5.1 Menokok tambah idea. 1.5.3 Memberi pelbagai penerangan rasional tentang idea.
Aktiviti:
1. Guru memperkenalkan kad perkataan kepada murid. Contoh: Keluarga, Pak cik, Mak cik, Datuk, Nenek, dll..
2. Guru membimbing murid membaca dan memahami perkataan dengan menggunakan bahasa isyarat yang betul.
3. Guru membimbing murid melengkapkan ayat dengan menggunakan kata tanya yang betul.
4. Murid membaca perkataan dan memadankan dengan gambar. Contoh: Padankan gambar dengan kad perkataan yang betul.
sepupu bapa saudara emak saudara
28
1.6 Penilaian
1.6.4 Membuat pilihan berdasarkan kenyataan atau fakta sebenar dan tidak dipengaruhi oleh perasaan atau prasangka. Aktiviti
1. Guru mempamerkan kad perkataan di papan putih/hitam.. 2. Guru meminta murid membaca dan memahamii perkataan yang dpamerkan. 3. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid. 4. Guru membimbing murid membaca dan melengkapkan ayat mudah dengan perkataan yang diberi. 5. Murid membuat latihan di lembaran kerja. 6. Murid membaca ayat-ayat mudah yang lengkap menggunakan isyarat yang betul.
Contoh:
__________ ,_________ , _________________, dan ___________________ , Saya sayang __________________________ saya. Saya ada ___________, ____________, ____________, ____________,
FASA TINDAKAN
1.7 Pelaksanaan
1.7.2 Menyusun idea secara tersusun dan mudah difahami Aktiviti:
1. Guru memperkenalkan lagu “Sayang Keluarga” kepada murid. 2. Guru membimbing murid membaca dan memahami senikata lagu 3. Guru membimbing murid menyanyi lagu tersebut dengan menggunakan bahasa isyarat yang betul.
Lagu: Sayang Keluarga
Satu, satu saya sayang ibu Dua, dua saya sayang ayah.
Tiga, tiga, saya sayang kakak. Satu, dua, tiga, saya sayang semuanya.
29
1.8 Amalan Berterusan
1.8.3 Mempraktikkan proses kreatif untuk menghasilkan idea baru secara berterusan. Aktiviti: 1. Guru membimbing murid menyanyikan lagu “ Sayang keluarga” dengan menggunakan nama ahli keluarga yang lain.
30
LEMBARAN KERJA
Tuliskan panggilan dari isyarat atau kod di bawah
___________________________
___________________________
___________________________
____________
___________________________
___________________________
____________
____________
____________
____________
31
LEMBARAN KERJA
Bina panggilan dari isyarat atau kod di bawah
--------------------------------------------- ---------------------------------------------
--------------------------------------------- ---------------------------------------------
--------------------------------------------- ---------------------------------------------
--------------------------------------------- ---------------------------------------------
* emak, bapa, emak saudara, bapa saudara, pak cik, mak cik, sepupu, cucu
32
BAHASA ISYARAT KOMUNIKASI TAHUN 3
Bahasa Isyarat
Komunikasi Masa:
180 minit
Modul Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Isyarat Komunikasi Masalah Pendengaran
Tajuk Kata Tanya
Standard Kandungan
2.2 Kata Tanya
- Apakah? - Berapakah? - Bagaimanakah? - Bilakah? - Manakah? - Mengapakah? - Siapakah?
Standard Pembelajaran
Kemahiran Bahasa Isyarat Komunikasi
1.2 Membezakan apa yang dilihat atau dirancang 1.3 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru dan rakan 2.1 Menyatakan dan melakukan apa yang diisyaratkan 2.2 Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum 3.6 Bercerita secara isyarat atau lisan
Objektif
Murid dapat :
1. Menama dan mengisyaratkan kod tangan 2. Memadankan kod tanya berdasarkan ayat 3. Membaca ayat mudah dengan kod isyarat yang betul
Kaedah
Pembelajaran dan Pengajaran
1. Soal jawab 2. Latih tubi 3. Menjana idea
Bahan Bantu Mengajar
1. Benda maujud 2. Kad perkataan 3. Kad gambar 4. Lembaran kerja
Pentaksiran
1. Mengisi tempat kosong dengan kata tanya yang betul 2. Membina ayat menggunakan kata Tanya
33
FASA PERSEDIAAN
1.1 Pemerhatian
1.8.1 Menumpukan pemerhatian kepada objek secara menyeluruh 1.1.8 Mengenal pasti ciri objek dengan tepat 1.1.9 Mendapatkan makna dengan betul Aktiviti 1. Guru memberi klu dan meminta murid meneka objek di dalam kotak
Contoh:
Saya berwarna merah. Badan saya berbulu. Saya boleh dimakan. Apakah saya?
2 Guru meminta murid meneka bilangan objek di dalam kotak
Contoh: Di dalam kotak ini ada gula-gula. Berapakah gula-gula di dalam kotak ini?
3 Guru menunjukkan gambar kepada murid-murid.
Guru meminta murid meneka siapakah orang ini?
1.2 Analisis
1.2.1 Mengasingkan maklumat berdasarkan kriteria tertentu
Aktiviti : 1. Guru mengambil beberapa biji gula-gula daripada seorang murid ( contohnya
Ali dan meletakkannya di atas meja.
2. Guru menyoal murid-murid
Apa ini? Gula-gula
3. Guru bertanya lagi
Ada beberapa biji gula-gula? Tiga biji gula-gula Di manakah gula-gula ini? Di atas meja
Ini gula-gula siapa?
Ini gula-gula Ali
34
FASA IMAGINASI 1.3 Penjanaan Idea . 1.3.1 Menghasilkan idea yang baru yang banyak (yang mungkin benar atau tidak pasti tetapi 1.3.2 Menghasilkan idea secara berterusan 1.3.3 Menghasilkan idea yang bermakna Aktiviti :
1.Guru memaparkan beberapa gambar. 2.Murid diminta melihat gambar. 3.Guru menyoal murid-murid dengan menggunakan kata tanya: Apa, Siapa, Berapa, Di mana, Bila, Bagaimana, mengapa, Apa, Siapa, Berapa, Di mana, Bila, Bagaimana, Mengapa dan kah.
Contoh:
1. Berapa orang di dalam gambar ini? 2. Siapa orang ini? 3. Apa ayah sedang buat? 4. Apa adik sedang buat? 5. Di mana ayah dan adik? 6. Di sekolah atau di rumah?
logik
35
1.4 Sintesis Idea :
1.4.7 Mencabar dan menilai maklumat baru yang diperoleh sama ada perlu tindakan susulan atau diketepikan. Aktiviti
1.Guru memaparkan kad gambar di papan putih/hitam. 2.Guru menyoal murid dengan menggunakan kata tanya dan bahasa isyarat yang betul. 3.Guru meminta murid memberi jawapan yang logik berpandukan gambar yang dilihat.
Contoh:
FASA PERKEMBANGAN
1.5 Penambahbaikan :
1.5.1 Menokok tambah idea. 1.5.2 Mengubah suai idea. Aktiviti:
1. Guru mempamerkan gambar dan kad perkataan kepada murid. 2. Guru berbincang dengan murid tentang gambar. 3. Guru membimbing murid membaca perkataan dengan menggunakan bahasa isyarat. 4. Guru membimbing murid membaca dan memahami ayat pendek.
Apakah warna buku ini?
Siapakah nama kawan awak? (Labelkan nama pada baju)
Di manakah pensel itu?
Bilakah kita boleh bermain?
Ada berapa biji telur di dalam bakul?
36
5. Guru membimbing murid melengkapkan ayat dengan menggunakan kata tanya yang betul.
6. Murid membaca ayat yang lengkap dengan menggunakan bahasa isyarat.
Contoh: Isikan tempat kosong dengan kata tanya yang betul.
_______________ warna bola ini?
_______________ nama murid ini?
______________ pensel itu?
______________ waktu petang?
______________ orang murid di dalam gambar ini?
Bilakah Berapakah Apakah Di manakah Siapakah
-----------------------------
------------------------
37
1.6 Penilaian
1.6.3 Membuat wajaran yang betul Aktiviti 1. Guru mengedar lembaran kerja kepada murid. 2. Guru meminta murid mencari perkataan kata tanya yang diberikan. 3. Murid diminta membaca perkataan yang dicari dengan menggunakan isyarat yang betul.
Cari perkataan yang disenaraikan di dalam rajah di bawah
Apakah, siapakah, bilakah, di manakah
B A C D F Z B M T
Z X F I W E H T G
D N Y M U P R Q M
R A P A K A H W E
O Y T N O P Y B R
T
S
I
A
P
A
K
A
H
H
F
G
K
C
Q
K
E
N
B
I
L
A
K
A
H
D
S
L J F H S K U Z E
38
FASA TINDAKAN 1.7 Pelaksanaan
1.7.2 Menyusun idea secara tersusun dan mudah difahami Aktiviti: 1. Guru memberi kad perkataan kepada murid. 2. Guru membimbing murid membaca perkataan dan menyusun kad-kad tersebut menjadi
ayat yang betul. 3. Murid membaca ayat dengan menggunakan bahasa isyarat yang betul. Contoh: Gambar di dalam ? Bilik darjah Gambar kakak ? 1.8 Amalan Berterusan
1.8.3 Mempraktikkan proses kreatif untuk menghasilkan idea baru secara berterusan. Aktiviti: 1. Guru membimbing murid menyanyi lagu “Mana kucing” dengan menggunakan bahasa isyarat (Melodi: Are You Sleeping).
Mana kucing? Mana kucing? Di sini, Di sini.
Kucing tangkap apa? Kucing tangkap tikus.
Berapa? Berapa?
murid-,murid Di manakah belajar
nama awak Siapakah kakak
ini
waktu petang
pensel itu
nama murid ini
ni
39
LEMBARAN KERJA
Isikan tempat kosong dengan kata tanya yang betul.
_______________ warna bola i
_______________
______________
______________
______________ orang murid di dalam gambar
Bilakah Berapakah Apakah Di manakah Siapakah
?
?
?
?
?
40
LEMBARAN KERJA
Cari perkataan yang disenaraikan di dalam rajah di bawah
Apakah, siapakah, bilakah, di manakah
B A C D F Z B M T
Z X F I W E H T G
D N Y M U P R Q M
R A P A K A H W E
O Y T N O P Y B R
T
S
I
A
P
A
K
A
H
H
F
G
K
C
Q
K
E
N
B
I
L
A
K
A
H
D
S
L J F H S K U Z E
41
BAHASA ISYARAT KOMUNIKASI TAHUN 3
Bahasa Isyarat
Komunikasi Masa:
210 minit
Modul Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Isyarat Komunikasi Masalah Pendengaran
Tajuk Pekerjaan
Standard Kandungan
2.7 Pekerjaaan - angkasawan, juruterbang (pilot), pramugari, pramugara - pembantu pengurusan murid, pembantu am pejabat - tukang gunting, tukang kasut, posmen, pengurus, ahli bomba
Standard
Pembelajaran
1.3 Meniru pergerakan tangan guru atau rakan 1.4 Membentuk isyarat dan kod yang tepat 2.2 Memperluaskan perbendaharaan kata 2.3 Membentuk frasa asas Bahasa Malaysia dari isyarat atau kod 3.4 Bercerita dengan menggunakan ayat mudah secara isyarat /lisan 3.5 Bercerita dengan menggunakan ayat-ayat kompleks secara lisan atau isyarat
Objektif
Murid dapat :
1. Membentuk isyarat/kod dengan tepat 2. Memperluaskan perbendaharaan kata 3. Membaca ayat mudah 4. Menggunakan isyarat dengan betul
Kaedah
Pembelajaran dan
Pembelajaran
1. Soal jawab 2. Tunjukcara 3. Latihtubi 4. Mengeja 5. Membaca ayat mudah secara isyarat atau lisan 6. Membina/membaca ayat kompleks
Bahan Bantu Mengajar
1. Benda maujud 2. Kad imbasan 3. Kad gambar 4. Lembaran kerja
Pentaksiran
1. Memadan gambar dengan kad perkataan 2. Membuat kod isyarat berpandukan kad imbasan yang
ditunjukkan 3. Memadankan gambar dengan perkataan 4. Mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai
42
FASA PERSEDIAAN
1.1 Pemerhatian
1.2.1 Menggunakan deria penglihatan,pendengaran,sentuhan, rasa atau bau. 1.2.2 Menumpukan pemerhataian kepada objek secara menyeluruh 1.1.8 Mengenal pasti objek sekeliling yang berkaitan Aktiviti:
1. Persembahan multimedia berkaitan dengan pekerjaan 2. Bersoaljawab dengan murid tentang modal, gambar pekerjaan yang berkaitan 3. Memadankan gambar dengan pekerjaan dan gambar 4. Murid menamakan pekerjaan dengan menggunakan kod dan isyarat
Contoh:
5. Murid menisyarat /mengekod gambarr yang dilihat 6. Murid mengisyarat atau mengekod perkataan yang ditunjukkan.
1.2 Analisis
1.2.3 Mengenalpasti persamaan dan perbezaan dengan betul 1.5.3 Mengumpul maklumat berdasarkan kriteria tertentu 1.5.4 Menyusun maklumat mengikut kriteria tertentu
Aktiviti :
a. Murid melihat gambar tentang pekerjaan dan mengenal pasti tempat kerja. b. Murid mengumpul maklumat tentang tempat bertugas sesuatu pekerjaan c. Murid menyusun maklumat mengikut jenis pekerjaan yang tertentu
43
Contoh:
Pekerjaan
Tempat bertugas
Lapangan terbang
Sekolah
Angkasa/(NASA)
Lapangan terbang
d. Murid mengisyarat dan mengeja perkataan-perkataan yang telah dipelajari
44
FASA IMAGINASI 1.3 Penjanaan Idea
. 1.3.1 Menghasilkan idea-idea baru (yang mungkin benar aatau tidak pasti tetap logik) 1.3.2 Menghasilkan idea secara berterusan 1.3.3 Menghasilkan idea yang bermakna Aktiviti :
1. Melakonkan permainan “Siapa Saya”. 2. Murid melakonkan atauatau menggayakan pekerjaan yang ditunjukkan dari
gambar yang ditunjukkan. 3. Murid-murid lain cuba meneka pekerjaan tersebut mengikut giliran
1.4 Sintesis Idea :
1.4.2 Menghasilkan bentuk komunikasi yang unik.
Aktiviti: 1. Murid memperkenalkan ibu atau bapa masing-masing kepada murid lain tentang pekerjaan mereka secara individu dengan menggunakan isyarat/kod.
Contoh:
Nama bapa saya Omar Dia seorang juruterbang.
2. Murid-murid lain mengambil giliran untuk memperkenalkan pekerjaan ibu bapa mereka.
FASA PERKEMBANGAN
1.5 Penambahbaikan :
1.5.1 Menokok tambah idea. 1.5.2 Memberi pelbagai penerangan rasional tentang idea
Aktiviti:
1. Guru menunjukkan bahan multimedia tentang pekerjaan Contoh: Sedutan drama ‘Awan Dania’/Angkasawan Negara.
2. Perbincangan untuk mendapatkan maklumat lanjutan dengan menggunakan isyarat/kod yang betul
Contoh:
1. Siapa dia? Juruterbang
2. Di mana dia bekerja?
Dia bekerja di lapangan terbang.
45
3. Apakah tugasnya? Dia memandu kapalterbang
1. Siapakah dia? Dia pramugari
2. Di manakah dia bekerja? Dia bekerja di lapangan terbang
3. Apakah tugasnya? Dia melayan penumpang di dalam kapal terbang
1.6 Penilaian
1.6.3 Membuat wajaran yang betul.
Aktiviti : 1. Murid membuat isyarat berdasarkan gambar yang dipamerkan 2. Murid mengisyaratkan perkataan yang dipamerkan 3. Murid memadankan gambar dengan isyarat/kod. 4. Murid memadankan gambar dengan isyarat/kod
FASA TINDAKAN
1.7 Pelaksanaan
1.7.1 Menghuraikan idea kepada butiran atau bahagian yang lebih kecil dan khusus 1.7.2 Menyusun idea secara tersusun dan mudah difahami
Aktiviti :
1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid 2. Murid membuat latihan secara individu 3. Guru menyemak hasil kerja murid dan meminta murid membaca ayat mudah
yang lengkap menggunakan isyarat Contoh :
Sila rujuk lampiran
1.8 Amalan Berterusan
1.8.1 Peka kepada perkara di sekeliling.
Aktiviti : 1. Guru menjalankan aktiviti soal jawab
Contoh:
i. Siapa memandu kapal terbang? ii. Siapa yang membantu kamu di dalam bilik darjah?
di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas
46
Lembaran Kerja
Arahan : Isikan tempat kosong dengan pekerjaan yang betul.
pramugari Pembantu
pengurusan murid
angkasawan
juruterbang
1. Bapa John seorang _________________________
2. Dato’ Sheikh Muzaffar seorang ________________
3. Aminah seorang _______________ yang bertugas
4. Shela seorang _______________ di Syarikat Penerbangan Malaysia