2
TINDAKAN SELEPAS MENDAPAT KELULUSAN PELUPUSAN 1. Surat kelulusan pelupusan akan dikeluarkan oleh Unit Perolehan Dan Aset, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah selepas diluluskan oleh Pengarah Pelajaran Negeri dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan bagi Nilai Perolehan Asal (NPA) satu aset kurang RM10,000 atau jumlah keseluruhannya kurang RM100,000 bagi semua kaedah pelupusan. Bagi nilai yang melebihi RM100,000.00 surat kelulusan pelupusan akan dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 2. Tindakan pelupusan mengikut kaedah yang diluluskan hendaklah dilaksanakan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh surat kelulusan. Sekiranya pelupusan tidak dapat dilakukan dalam tempoh tersebut, permohonan “Pelanjutan Tempoh Pelupusan” hendaklah dikemukakan kepada Kuasa Melulus dua (2) minggu sebelum tamat tempoh pelupusan. Pelanjutan tempoh hanya dibenarkan sekali sahaja. 3. Jika tindakan pelupusan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh perlanjutan, kelulusan adalah terbatal dan permohonan baru hendaklah dikemukakan. 4. Sebelum melaksanakan kaedah pelupusan, pastikan Kaedah yang diluluskan di dalam surat kelulusan samada dimusnah, jualan sisa ataupun kaedah lain. 5. Sekiranya kaedah yang diluluskan adalah secara musnah, langkah-langkah yang perlu diambil ialah; Mendapat kelulusan PBT (untuk pelupusan di tempat pembuangan sampah), JAS (pembakaran terbuka), Jabatan Laut (kaedah tenggelam), dll. Mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa berkenaan Bahan-bahan yang boleh diguna sebagai alat ganti hendaklah ditanggal/ dikeluarkan terlebih dahulu. Tindakan bersesuaian seperti diketuk, dipotong, digelek dan sebagainya Mengambil gambar sebagai bukti pemusnahan dilakukan. Sijil Penyaksian Pemusnahan (KEW.PA-18) dan Sijil Pelupusan Aset Alih (KEW.PA-19) hendaklah disediakan 5 salinan dan dihantar terus ke JPN (Unit Perolehan Dan Aset) serta satu salinan ke PPD KMY (Unit Perolehan Dan Aset). 6. Sekiranya kaedah yang diluluskan adalah secara jualan sisa, langkah-langkah yang perlu diambil ialah; Tanda nama atau label sekolah dan “Hak Kerajaan” hendahlah ditanggalkan ataupun dipadamkan. Hubungi kontraktor jualan sisa (dapatkan senarai drp PPD) dan dapatkan harga yang terbaik. Resit jualan dan Sijil Pelupusan Aset Alih (KEW.PA-19) hendaklah disediakan 5 salinan dan dihantar terus ke JPN (Unit Perolehan Dan Aset) serta satu salinan ke PPD KMY (Unit Perolehan Dan Aset). Semua bayaran yang diterima hendaklah dimasukkan ke dalam “ Akaun Wang Hasilsekolah.

Panduan Selepas Mendapat Kelulusan Pelupusan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pelupusan harta modal

Citation preview

Page 1: Panduan Selepas Mendapat Kelulusan Pelupusan

TINDAKAN SELEPAS MENDAPAT KELULUSAN PELUPUSAN

1. Surat kelulusan pelupusan akan dikeluarkan oleh Unit Perolehan Dan Aset, Jabatan

Pelajaran Negeri Kedah selepas diluluskan oleh Pengarah Pelajaran Negeri dalam mesyuarat

Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan bagi Nilai Perolehan Asal (NPA) satu aset

kurang RM10,000 atau jumlah keseluruhannya kurang RM100,000 bagi semua kaedah

pelupusan. Bagi nilai yang melebihi RM100,000.00 surat kelulusan pelupusan akan

dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

2. Tindakan pelupusan mengikut kaedah yang diluluskan hendaklah dilaksanakan dalam

tempoh tiga (3) bulan dari tarikh surat kelulusan. Sekiranya pelupusan tidak dapat dilakukan

dalam tempoh tersebut, permohonan “Pelanjutan Tempoh Pelupusan” hendaklah

dikemukakan kepada Kuasa Melulus dua (2) minggu sebelum tamat tempoh pelupusan.

Pelanjutan tempoh hanya dibenarkan sekali sahaja.

3. Jika tindakan pelupusan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh perlanjutan, kelulusan

adalah terbatal dan permohonan baru hendaklah dikemukakan.

4. Sebelum melaksanakan kaedah pelupusan, pastikan Kaedah yang diluluskan di dalam surat

kelulusan samada dimusnah, jualan sisa ataupun kaedah lain.

5. Sekiranya kaedah yang diluluskan adalah secara musnah, langkah-langkah yang perlu

diambil ialah;

Mendapat kelulusan PBT (untuk pelupusan di tempat pembuangan sampah), JAS (pembakaran terbuka), Jabatan Laut (kaedah tenggelam), dll.

Mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa berkenaan Bahan-bahan yang boleh diguna sebagai alat ganti hendaklah ditanggal/ dikeluarkan

terlebih dahulu. Tindakan bersesuaian seperti diketuk, dipotong, digelek dan sebagainya Mengambil gambar sebagai bukti pemusnahan dilakukan. Sijil Penyaksian Pemusnahan (KEW.PA-18) dan Sijil Pelupusan Aset Alih (KEW.PA-19)

hendaklah disediakan 5 salinan dan dihantar terus ke JPN (Unit Perolehan Dan Aset) serta satu salinan ke PPD KMY (Unit Perolehan Dan Aset).

6. Sekiranya kaedah yang diluluskan adalah secara jualan sisa, langkah-langkah yang perlu

diambil ialah;

Tanda nama atau label sekolah dan “Hak Kerajaan” hendahlah ditanggalkan ataupun dipadamkan.

Hubungi kontraktor jualan sisa (dapatkan senarai drp PPD) dan dapatkan harga yang terbaik.

Resit jualan dan Sijil Pelupusan Aset Alih (KEW.PA-19) hendaklah disediakan 5 salinan dan dihantar terus ke JPN (Unit Perolehan Dan Aset) serta satu salinan ke PPD KMY (Unit Perolehan Dan Aset).

Semua bayaran yang diterima hendaklah dimasukkan ke dalam “Akaun Wang Hasil” sekolah.

Page 2: Panduan Selepas Mendapat Kelulusan Pelupusan

Sekiranya sekolah tidak mempunyai akaun wang hasil, kaedah berikut perlu diikuti;

- Masukkan wang hasil jualan ke dalam akaun SUWA sekolah. - Keluarkan Cek atas nama “Pengarah Pelajaran Negeri Kedah”

7. Hantarkan cek tersebut (untuk kaedah jualan sisa sahaja), KEW.PA-18, KEW.PA-19, salinan

resit jualan berserta surat iringan kepada Unit Perolehan Dan Pengurusan Aset, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.

8. Sebarang masalah ataupun keraguan, bolehlah dirujuk kepada “Pekeliling Perbendaharaan

Bil. 5 Tahun 2007 – Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan” atau hubungi En. Hasbullah

bin Hassan, Penolong PPD Perolehan Dan Aset, Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan

melalui e-mel : [email protected] ataupun telefon (012-4650205).