PANTUN

Embed Size (px)

DESCRIPTION

genre kesusasteraan melayu

Citation preview

SABARIAH BINTI OTHMAN 670607016168001__________________________________________________________________________________1.0 PENGENALANBahasa memainkan peranan penting dalam penyampaian sesuatu mesej atau maklumat. Penggunaan bahasa yang baik, sama ada bahasa yang tersurat ataupun tersirat akan memudahkan sesuatu mesej itu difahami maksudnya. Bahasa yang tersurat lazimnya dapat difahami secara terus. Bahasa yang tersirat pula, mengandungi maksud yang berlapis dan tersembunyi. Antara karya sastera yang menggunakan bentuk bahasa yang tersirat, termasuklah pantun.

Dalam pantun turut terangkum adat resam manusia, agama dan kepercayaan, nasihat dan pendidikan, kembara dan perantauan serta kisah percintaan. Hasil daripada rakaman hal-hal tersebut terciptalah pelbagai jenis pantub, seperti pantun adat dan resam, pantun agama dan kepercayaan, pantun budi, pantun jenaka, pantun teka-teki, pantun nasihat dan sebagainya.

Dalam hal ini, R.J. Winstedt (1957) pernah menyatakan bahawa untuk memahami perasaan orang Melayu, perlulah difahami pantunnya. Melalui pantun juga, pengetahuan, aliran fikiran perasaan, dan bahasa orang Melayu dapat diselami dan difahami. Pantun-pantun yang tercipta itu juga sangat kaya dengan nilai keindahan bahasanya. Menurut Zaba (1965), puisi khususnya pantun, sangat menekankan kecantikan dan keindahan bahasa, metafora, pemikiran, serta pendidikan dan pengajaran.

Kesimpulannya, untuk melestarikan pantun, budaya berpantun diteruskan. Di sekolah para guru boleh menekankan perihal keindahan pantun dan juga bahasa, antaranya melalui pengajaran Komsas (Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu) dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Dengan cara tersebut juga, para pelajar akan dapat didedahkan dan dididik tentang akal budi yang terdapat dalam pantun Melayu.

2.0 DEFINISI PANTUNPantun berasal dari katapatuntundalam bahasa minangkabau yang berarti "petuntun". Dalam bahasa Jawa, misalnya, dikenal sebagaiparikan, dalam bahasa sunda dikenal sebagai PAPARIKAN dan dalam bahasa Batak dikenal sebagaiumpasa(baca: uppasa).2.1 Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pantun mengandungi tiga pengertian Maksudpertamamerujuk kepada sejenis puisi lama yang biasanya terdiri daripada empatbaris dalam tiap-tiap rangkap iaitu dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yang selainnya mengandungi maksudnya. Maksudkeduamerujuk kepada sejenis peribahasa yang digunakan sebagai sindiran. Maksudketigamerujuk kepada sebagai jawapan kepada tuduhan dan lain-lain.2.2Harun Mat Piah (1989), telah memberikan definisi pantun berdasarkan aspek dalaman dan aspek luaran atau struktur visualnya. Aspek dalaman pantun meliputi unsur estetik dan isi (tema dan persoalan).Unsur estetik pantun dapat dilihat berdasarkan dua aspek. Pertama, yang berkaitan dengan penggunaan lambang-lambang tertentu yang terdapat dalam pantun mengikut tanggapan dan pandangan dunia masyarakat Melayu.Kedua, berdasarkan hubungan makna antara pasangan pembayang-pembayang dengan pasangan maksud sama ada secara konkrit atau abstrak. Berdasarkan aspek isi (tema dan persoalan), pantun biasanya menyentuh hampir seluruh kehidupan masyarakat Melayu. Selain itu dalam memberi pengertian pantun, beberapa pengertian telah dikemukakan oleh Zaba, Drs. Liaw Yook Fang dan Drs. Ghaali Dunia. Menurut Zaba, pantun itulah kaedah rangkapan yang tertua dan memang asal kepunyaan Melayu betul. Semenjak orang Melayu belum tahu surat-menyurat dahulu pun mereka telah pandai berpantun dan biasa berbalas-balas pantun sesama sendiri. Secara ringkas, pantun dapat didefinisikan sebagai sejenis puisi lama yang terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap (Kamus Dewan: 813) atau ...sajak pendek, tiap-tiap kuplet biasanya empat baris (abab) dan dua baris yang dahulu biasanya untuk tumpuan sahaja (Kamus Umum Bahasa Indonesia: 710). Bagi pantun yang popular, bentuknya terbina dengan empat baris, iaitu dua baris sebagai pembayang maksud, dan dua baris lagi sebagai maksudnya.2.3 Za'ba dalam bukunyaIlmu Mengarang Melayumenjelaskan, "Perkataan pantun itu pada mulanya dipakai orang dengan maknasepertiatauumpama." Ada pendapat mengatakan perkataan pantun adalah daripada bahasa Minangkabau iaitupanuntunyang bermaksud pembimbing atau penasihat yang berasaskan sastera lisan dalam pengucapan pepatah dan petitih yang popular dalam masyarakat tersebut.Sehingga hari ini, pantun sering digunakan dalam upacara peminangan dan perkahwinan atau sebagai pembuka atau penutup bicara dalam majlis-majlis rasmi.2.4 Mohd Taib Osman (dalam Wan Abd. Kadir Wan Yusuf, 1996:1) menyatakan pantun sebagai satu artifak bukan-benda (non-material) yang bukan sahaja digunakan dalam kehidupan orang Melayu, tetapi mempunyai berbagai-bagai makna dan fungsi dalam budayanya. Pantun sebenarnya mencerminkan peradaban Melayu dalam mana minda sebagai terjemahan perkataan Inggeris mind adalah sebahagian daripadanya.Kesimpulannya, pantun boleh dianggap sebagai pernyataan tradisi budaya Melayu yang menerangkan kemantapan daya kreativiti dan pemikiran orang-orang Melayu. Pantun Melayu sebagai cara berkomunikasi tidak berterus terang dalam masyarakat Melayu tetapi berkias. Menurut Asmah Haji Omar (1991:21), dalam budaya Melayu suatu pujian biasanya ditolak untuk mengelakkan sifat riak dan takbur.

3.0 JENIS-JENIS PANTUN

Harun Mat Piah (1997:145-160) membincangkan pantun berdasarkan baris, teknik berkait dan variasi rima. Pantun Melayu mengandungi jumlah baris yang genap setiap rangkap. Misalnya, pantun dua baris dengan rima a-a, pantun empat baris dengan rima a-b-a-b, pantun enam baris dengan rima a-b-c-a-b-c dan seterusnya hingga pantun enam belas baris. Di samping itu, ada juga jenis pantun berkait.Bagaimanapun, umumnya pantun dibahagikan kepada empat (Zainal Abidin Bakar, 1984:25-31)i. Pantun dua baris dikenali sebagai pameo atau pantun kilat.ii. Pantun empat baris kwatrainiii. Pantun yang lebih dari empat baris daniv. Pantun berkait.Contoh pantun :Pantun Dua Baris

Ada ubi ada batas,Ada budi ada balas.

Sebab pulut santan binasa,Sebab mulut badan merana.

Pantun Empat Baris

Pulau Pandan jauh ke tengah,Gunung Daik bercabang tiga;Hancur badan dikandung tanah,Budi yang baik dikenang juga.

Nasi lemak buah bidara,Sayang selasih saya lurutkan;Buang emak buang saudara,Sebab kasih saya turutkan.

Pantun Enam Baris

Apa didapat orang memburu,Dapat rusa jantan betina,Sedang bersembunyi di celah batu;Bila mendapat bunga yang baru,Bunga yang lama tiada berguna,Adat dunia sudah begitu.

Bukan cempedak kami katakan,Buah delima dalam pasu,Pisau lipat baru diasah;Bukankah telah kami katakan,Pandang pertama cinta palsu,Tiada dapat dibawa bersusah.

[Petikan daripadaKumpulan Pantun Melayususunan Zainal Abidin Bakar, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1991, halaman 319]

Pantun Lapan Baris

Rumpun rotan di kota alam,Ditebang dibelah empat,Tumbuh serumpun di seberang,Selasih muara sungai;Penglihatan usah diperdalam,Pandang nan usah dipertepat,Adik di dalam tangan orang,Maksud rasa tak akan sampai.

[Petikan daripadaPantun Melayu, Balai Pustaka, 1958, halaman 68]

Pantun Dua Belas Baris

Anak jintayu dari hulu,Disambar ombak Laut Cina,Dibawa terbang ke perahu,Hinggap minum ke muara,Anak ikan berkeliaran;Kamilah tahu dari dahulu,Adik jauhari bijaksana,Membuhul tidak membeku,Mengulas tidak mengesan,Meratap langit dengan bicara,Bumi tidak ketirisan.

Rotan sepatah dua patah,Tarik kerakap batang padi,Dibawa Sutan dari Judah,Padi yang jangan digemparkan,Kalau gempar antara gugur,Bila gugur masuk perigi;Tuan di Mekah di Madinah,Naik akhirat batu haji,Tegak berdiri Rasulullah,Kami yang jangan dilupakan,Kalau lupa antara tidur,Dalam tidur menjadi mimpi.

[Petikan daripadaPuisi Melayu Tradisisusunan Mohd. Yusof Md. Nor dan Abd. Rahman Kaeh, Penerbit Fajar Bakti, 1985, halaman 20]

Pantun Berkait

Angsana berpucuk di atas batu,Pucuk digangsa beribu-ribuan;Ada bunga di naung batu,Kuntumnya kaca tangkainya embun.

Pucuk digangsa beribu-ribuan,Kembang diuca balik beroleh;Kuntumnya kaca tangkainya embun,Dipandang sahaja diambil tak boleh.

Kembang diuca balik beroleh,Tambang garam di dalam sekoci;Dipandang sahaja diambil tak boleh,Bertambah geram di dalam hati.

[Petikan daripadaWarisan Puisi Melayususunan Mohd. Taib Osman, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1975, halaman 28]

Zaba (1965:211-213) berpendapat bahawa pada peringkat awal, pantun hanya terdiri daripada jenis dua baris sahaja dan kemudian berkembang menjadi pantun-pantun yang lebih banyak jumlah barisnya. Di samping itu, pantun berkait atau dikenali sebagai pantun terikat empat baris serangkap tetapi saling berkait antara rangkap.Mohd. Taib Osman (1975:4) membahagikan pantun kepada empat bahagian, iaitu ungkapan bersajak atau pantun dua baris, pantun kanak-kanak, pantun biasa dan pantun berkait.Waalau bagaimanapun jenis pantun empat baris atau empat kerat dianggap paling popluar dan pada kebiasaan kajian terhadap pantun Melayu, pantun empat kerat dijadikan contoh yang paling dominan.

Antara ciri lain yang ada dalam sebuah pantun ialah pembayangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan alam dan persekitaran yang rapat dengan pengucapnya seperti yang terdapat dalam contoh pantun dua kerat berikut:

Sebab pulut santan terasa,Sebab mulut badan binasa.

Melalui bentuknya yang kemas dan padat, pantun berjaya menjadi alat yang penting untuk menghibur, memberi nasihat, menduga akal, meluahkan perasaan dan menyedapkan cakap. Pantun turut berfungsi sebagai media untuk menyampaikan hasrat yang seni atau rahsia yang tersembunyi melalui penyampaian yang berkias.

i. Menurut Effendi (1983:29), pantun dapat dibagi menurut jenis dan isinya iaitu : Pantun anak-anak, berdasarkan isinya dapat dibezakan menjadi: Pantun bersukacita Pantun berdukacita Pantun jenaka atau pantun teka-teki

Pantun orang muda, berdasarkan isinya dapat dibezakan menjadi : Pantun dagang atau pantun nasib Pantun perkenalan Pantun berkasih-kasihan Pantun perceraian Pantun orang tua, berdasarkan isinya dapat dibezakan menjadi : Pantun nasihat Pantun adat Pantun agamaZainal Abidin Bakar (1984) membuat penjenisan pantun dari sudut tema. Jenis pantun telah dibahagikan kepada sebelas bahagian seperti berikut : Pantun adat dan resam manusia Pantun agama dan kepercayaan Pantun budi Pantun jenaka dan permainan Pantun teka-teki Pantun kepahlawanan Pantun pendidikan dan nasihat Pantun peribahasa dan perbilangan Pantun kias dan ibarat Pantun kembara dan perantauan Pantun percintaan

Contoh-contoh pantun mengikut jenisnya: Pantun bersukacita: Burung merpati burung dara, Terbang menuju angkasa luas; Hati siapa takkan gembira, Karena aku telah naik kelas.Pantun tersebut menggambarkan kegembiraan hati anak-anak yang berhasil naik kelas. Penyampaian pantun itu tentunya dalam suasana yang suka cita.Apabila pantun tersebut dilayangkan, tentu saja membuat yang mendengar merasa turut bersuka cita. Pantun berdukacita: Memetik manggis di kota Kedu, Membeli tebu wangnya hilang; Menangis adik tersedu-sedu, Mencari ibu belum juga pulang.Pantun tersebut mewakilkan perasaan anak yang ditinggal oleh orang tuanya. Pantun tersebut dilayangkan dalam situasi yang sedih. Biasanya, anak yang ditinggal orang tuanya tentu akan merasa sedih, dan mungkin mereka mengungkapkannya dalam bentuk pantun. Pantun jenaka atau pantun teka-teki: Pohon mangis di tepi rawa, Tempat nenek tidur beradu; Sedang menangis nenek tertawa, Melihat kakek bermain gundu.Masyarakat terdahulu menggunakan pantun sebagai media pelipur lara atau media hiburan. Dapat dilihat daripada pantun tersebut, tujuannya juga untuk menambah keakraban penutur dengan pendengarnya. Pantun dagang atau pantun nasib Tudung saji hanyut terapung, Hanyut terapung di air sungai; Niat hati hendak pulang kampong, Apa daya tangan tak sampai.Pantun di atas menggambarkan bagaimana orang yang merantau, berada jauh dari kampung halamannya dan sangat merindukan kampungnya. Di sini tergambar masyarakat daerah merantau untuk mencari wang ataupun belajar, jauh dari keluarga, namun mereka tidak lupa dengan tempat asal mereka. Pantun perkenalan Dari mana hendak ke mana, Manggis dipetik dengan pisau; Kalau boleh kami bertanya, Gadis cantik siapa namamu.

Pantun berkasih-kasihan Jalan lurus menuju Tuban, Terus pergi mengangkat peti; Badan kurus bukan tak makan, Kurus memikir si jantung hati.Pantun tersebut dituturkan oleh seseorang kepada pasangannya. Pantun berkasih-kasihan berisikan hal yang ingin diungkapkan kepada pasangan, atau pun sebagai sarana untuk merayu pasangannya. Pantun tersebut menggambarkan rasa cinta seseorang terhadap pasangannya dan membuat ungkapan yang berlebihan bahwa badannya kurus karena memikirkan kekasihnya. Hal tersebut tentunya akan membuat sang kekasih merasa tersentuh dan menambah keharmonian hubungan. Pantun perceraian Jaga tugu di tengah jalan, Menjala ikan mendapat kerang; Tega nian aku kau tinggalkan, Hidup di dunia hanya seorang.Pantun perceraian tersebut menggambarkan kegundahan seseorang kerana ditinggalkan oleh pasangannya. Pantun nasihat Memetik paku dekat selokan, Buah kapuk matang muda; Rajin-rajinlah bersekolah, Jadi bekal ketika tua.

Pantun adat Menanam kelapa di pulau Bukum, Tinggi sedepa sudah berbuah; Adat bermula dengan hokum, Hukum bersandar di Kitabullah.Pantun tersebut jelas menggambarkan adat istiadat Melayu yang mana hukumnya berujung atau bermula dari kitabullah atau al-quran.

4.0 RANCANGAN PELAJARAN KOMSASMata Pelajaran: Bahasa MelayuTarikh: 23 September 2013Masa: 8.50 9.50 pagi (60 minit)Tahun : 6 BerlianBilangan Murid: 28 orangTema : SejarahTajuk: Aktiviti Berbalas PantunNilai Murni a. Bekerjasamab. Hormat-menghormatic. PatriotismeObjektif : Pada akhir pembelajaran ini murid-murid dapat :i. mengenal pasti isi pantun dengan tepatii. mencipta pantun yang baikiii. murid dapat melafazkan pantun 2 rangkap dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.Fokus Utama: 10.1 Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel mudah menarik dan bermakna.Aras 3i. Menghasilkan prosa dan puisi secara terancang, tertib dan kemas dengan menggunakan bahasa yang tepat, indah dan menarik.Fokus Sampingan :1.5 Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat dengan menggunakan kata, ungkapan dan ayat yang sesuai.

Aras 3 i. Menyatakan pengajaran yang terdapat dalam bahan secara analitis.Kemahiran Bernilai Tambah : Kemahiran Berfikiri. Merumusii. Mengenal pasti idea utamaKecerdasan Pelbagaii. Interpersonalii. Verbal-linguistikKaedah penggabungjalinan dan teknik perbincanganTatabahasa: Kata adjektifIlmu: Kebudayaan Melayu, SejarahBBM: Teks, video, komputer, LCDPengetahuan Sedia Ada : Murid telah belajar cara-cara mencipta pantun.Penerapan Nilai: Bertanggungjawab, berkerjasama, semangat cinta akan Kebudayaan Melayu

Langkah PembelajaramIsi PelajaranAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan / ABM

Set Induksi(5 minit)Tayangan video acara pertandingan berbalas pantun.(a) Guru menayangkan sedutan video acara pertandingan berbalas pantun.

Tayangan video menggunakan komputer dan LCD Nilai : Menghargai budaya

Langkah 1(5 minit)(a) Murid melafazkan pantun beramai-ramai berpandukan slaid yang ditayangkan dengan intonasi yang betul.

Slaid, teks pantun

Langkah 2(5 minit)Peraturan pertandingan, masa menjawab dan cara pemarkahan(a) Guru menerangkan peraturan pertandingan berbalas pantun.(b) Murid memainkan peranan sebagai pengacara majlis, hakim dan penjaga masa, peserta dan penonton.

Nilai : Bekerjasama

Langkah 3(40 minit)Jual-beli pantun.Pertandingan berbalas pantun dijalankan mengikut format tiga pusingan.(a) Pusingan Pertama (b) Pusingan Kedua(c) Pusingan Ketiga

Murid sebagai juruacara majlis membaca dan menjelaskan peraturan pertandingan, masa dan cara markah diberi.

(a) Guru sebagai fasilitor memantau pertandingan dijalankan.(b) Pertandingan dijalankan mengikut format : A1 BA B1A2 BA1 B2A3 BA B3Pusingan Pertama, Kedua dan Ketiga format yang sama.

BBM Teks pantunKemahiran berfikirTeknik perbincanganNilai: bekerjasama

Langkah 4Penutup(5 minit)

Keputusan pertandingan- menggalakkan murid berfikir untuk membalas pantun lawan

- murid melafazakan pantun dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul Guru mengumumkan keputusan pertandingan berbalas pantun.- Murid merumuskan pengajaran daripada teks pantun yang disediakan.

Paparan keputusan pertandingan Kemahiran Berfikir (membuat rumusan)

4.1 LANGKAH PRAPENGAJARAN UNTUK BERBALAS PANTUN DI BILIK DARJAH Guru membahagikan kelas kepada dua kumpulan pelbagai kebolehan, iaitu Kumpulan A dan B. Melantik seorang penjaga masa. Empat orang peserta daripada setiap kumpulan iaitu :Kumpulan A : A1, A2, A3, A4, Kumpulan B : B1, B2, B3, B4, Guru menjelaskan bahawa pantun hendaklah dibeli Sesiapa sahaja daripada setiap kumpulan boleh membeli pantun. Peluang untuk membeli pantun hendaklah diberi sama rata antara ahli kumpulan. Ahli yang pertama menjawab pantun dengan betul, layak menerima markah penuh. Sekiranya jawapan tidak tepat, peluang diberi kepada ahli kedua,tetapi markahnya separuh sahaja.

5.0 KEKUATAN AKTIVITI BERBALAS PANTUN DI DALAM BILIK DARJAHApabila aktiviti berbalas pantun dijalankan di dalam kelas banyak kebaikan yang diperoleh oleh murid-murid. Antaranya dapat melatih murid supaya peka terhadap keindahan, kehalusan dan kesenian bahasa yang ada dalam pantun. Kesedaran murid-murid terhadap unsur ini membolehkan mereka menghargainya sebagai sebahagian karya seni yang bernilai dalam kehidupan.

Di samping itu, melatih mereka memahami dan menterjemah bahasa yang mengandungi pelbagai makna yang terdapat dalam pantun.. Cara ini boleh membantu murid-murid mempertingkatkan lagi perbendaharaan kata di samping membantu memperkukuh kemahiran berbahasa mereka. Seterusnya, membolehkan murid-murid mengesan maksud, menyusun dan menyenaraikan idea, mesej dan pengajaran yang terdapat dalam pantun dengan cekap dan pantas. Ini membantu menambah kecekapan kefahaman mereka.

Selain itu, aktiviti berbalas pantun memberi peluang murid-murid untuk menikmati seni pantun dan memahami maksudnya secara keseluruhan. Kegiatan ini boleh mendorong murid-murid memupuk daya kreativiti untuk menghasilkan karya seni mereka. Dapat melatih murid-murid untuk menghasilkan pantun ciptaan sendiri yang semakin dilupakan masyarakat. Aktiviti berbalas pantun ini juga dapat mendedahkan murid-murid dengan pengalaman baru iaitu kemanusiaan. Murid-murid belajar bahasa lisan dalam suasana yang menyeronokkan kerana terdapatnya unsur berhibur dan menyuburkan minat serta menghidupkan lagi imaginasi murid-murid.

Seterusnya, apabila akitiviti pertandingan berbalas pantun dijalankan di dalam kelas murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kumpulan pemantun terdiri daripada empat ahli setiap pasukan. Tiga orang murid menjadi hakim, seorang pengacara dan seorang penjaga masa. Murid-murid lain sebagai penuntun dan penyokong. Dengan menjalankan aktiviti ini, dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan murid.

5.1 Menurut Lutfi Abas (1987:1), terdapat beberapa kebaikan yang diperoleh melalui penggunaan bahan sastera dalam pendidikan bahasa. Antaranya termasuklah seperti yang berikut: Memberikan keseronoakan kepada pelajar. Ini adalah kerana karya sastera itu adalah karya yang indah dan mempunyai huraian-huraian tentang hal-hal yang aneh dan ajaib yang telah disusun dalam keselarasan yang jitu dan sekali gus menyeronokkan pelajar kerana kelucuannya. Karya sastera itu boleh digunakan untuk mengajar Bahasa Melayu mengikut peringkat yang sesuai dengan umur, minat, tahap pemikiran dan peringkat kesukaran pelajaran. Ini terpulanglah kepada kebijaksanaan guru Bahasa Melayu untuk membuat pemilihan, penilaian dan penyesuaian bahan yang digunakan dalam aktiviti berbalas pantun.5.2 Menurut Subadrah Nair (1989:135) pula, penggunaan bahan-bahan sastera dalam pengajaran bacaan dan kefahaman secara langsung dapat memupuk semangat membaca dalam jiwa pelajar-pelajar. Oleh sebab pelajar-pelajar ingin memcipta pantun mereka akan membaca prosa klasik itu dengan penuh minat di perpustakaan atau di rumah. Dalam jangka panjang, pembacaan yang luas akan menambahkan kemahiran mereka dalam aspek bacaan dan kefahaman.5.3 Napie Mat dan Noraini Abdullah (ibid), terdapat beberapa kebaikan penggunaan bahan sastera dalam pendidikan Bahasa Melayu, iaitu;i) Bahan sastera dapat menjadi inspirasi- dapat memupuk dan membina perihatin manusia kerana bahan sastera menyatakan perasaan dan membawa pemantun menghayati sesebuah sastera.ii) Bahan sastera dapat melahirkan insan yang liberal kerana dengan mempunyai potensi mendidik, bahan sastera dapat menolong pembaca memahami kehidupan. Menurut ahli psikologi Bruno Bettelhem, karya sastera dapat membantu pembinaan sahsiah seseorang.iii) Bahan sastera juga merangsang pembaca meningkatkan kebolehan empetik dan kreatif seperti dalam bait-bait pantun yang dilafazkan.iv) Bahan sastera boleh membina perkembangan bahasa. Terdapat interaksi yang berterusan antara pembaca dengan bahasa tulisan dan lisan.v)Bahan sastera seperti pantun, memaparkan kehidupan, menenteramkan keadaan hutu-hara, menerangkan yang gelap dan mencadangkan alternatif untuk mengatasi masalah.Berdasarkan aspek kemahiran atau hasil pembelajaran yang ingin diperoleh seperti yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (Semakan 2003), yang menekan aspek kemahiran maklumat, interpersonal dan estetik, penggunaan bahan sastera seperti pantun dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu adalah amat bersesuaian.5.4 Ismail Ahmad (1982:23), pula menegaskan bahawa penggunaan bahan sastera dalam pendidikan Bahasa Melayu, iaitu melalui bahan kesusasteraan, akan membuka ruang kepada pelajar untuk melihat dunia yang lebih luas yang bermula dari pengalaman sendiri untuk meneroka pengalaman luar hidupnya melalui hubungan masyarakat dan budayanya.5.5Menurut Samat Buang (1994), penggunaan bahan sastera dalam pengajaran bahasa mampu membolehkan pelajar memahami maksud kata dan penggunaannya dalam pelbagai konteks dan situasi, membolehkan pelajar memahami, mengenal, dan menggunakan intonasi yang betul dan jelas mengikut pola ayat yang tertentu bagi menghasilkan sebutan baku dan melatih pelajar menggunakan kata dan ayat dalam pelbagai situasi.Selain itu, penggunaan bahan pantun dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ini juga berkait rapat dengan Kemahiran Bernilai Tambah (KMT) yang ditekankan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (semakan 2003). Dalam KMT terkandung Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu setiap individu pelajar tersebut perlu dilatih dengan menggunakan pelbagai kecerdasan yang memang terdapat di dalam dirinya. Jika dilihat dalam Teori Kecerdasan Pelbagai yang diketengahkan oleh Howard Gadner terdapat lapan kecerdasan yang tedapat dalam diri individu pelajar itu sendiri, iaitu kecerdasan verbal-lingusitik, kecerdasan logik-matematik, kecerdasan visual-ruang, kecerdasan kinestetik, kecerdasan muzik, kecerdasan interpersonal, kecerdasan intrapersonal dan kecerdasan naturalis.6.0 KELEMAHAN AKTIVITI BERBALAS PANTUN DI DALAM BILIK DARJAHApabila menjalankan aktiviti berbalas pantun di dalam kelas terdapat beberapa kelemahan yang dikenal pasti. Antaranya, aktiviti ini akan mengambil masa yang lama. Terutama apabila membuat penyediaan tempat supaya aktiviti ini lebih nyata. Seterusnya, tidak dapat melibatkan semua murid. Maka akan ada murid yang pasif. Disiplin murid juga tidak terkawal. Murid-murid yang menjadi peserta menyampaikan pantun dengan intonasi yang salah dan sebutan yang tidak jelas. Pantun berasal dari Nusantara (Kajian Zakiah Hanim 1996: 183 dlm. Karya Agung: Bingkisan Pertama, 2001: iix). Oleh yang demikian, cara penyampaian pantun atau cara pengekspresiannya harus dengan cara yang kemelayuan atau sekurang-kurangnya kenusantaraan. Di sebalik keseronokan pelajar membeli dan menjual pantun kepada pihak lawan dalam aktiviti berbalas pantun, banyak perkara yang diabaikan khususnya tentang kedudukan pantun itu sendiri. Murid-murid mengabaikan banyak aspek dari segi ciri sesebuah pantun hingga nilai-nilai estetika seperti aspek rima dan jumlah perkataan diketepikan secara tidak langsung. Sedangkan pantun perlu mempunyai cirri-ciri yang tertentu yang perlu dipatuhi. Abdul Rani (2006:23) mengaktakan bahawa cirri-ciri pantun sebagai berikut : Terdiri atas empat baris Tiap baris terdiri daripada 9 sampai 10 suku kata Dua baris pertama disebut sampiran dan dua baris berikutnya berisi maksud si pemantun. Bahagian ini disebut isi pantun.Pantun mementingkan rima akhir dan rumus rima itu disebut dengan abjad /ab-ab/. Maksudnya, bunyi akhir baris pertama sama dengan bunyi akhir baris ketiga dan baris kedua sama dengan baris keempat.

Menurut pengkaji sastera tradisional Melayu Prof. Dr. Harun Mat Piah, sebahagian besar pantun yang diketengahkan dalam aktiviti berbalas pantun mempunyai rima yang janggal dan ada yang tidak mempunyai rima sama sekali. Katanya keadaan ini akan menjejaskan fungsi atau estetika pantun Melayu yang sememangnya mempunyai ciri yang tidak pernah berubah sejak zaman berzaman.

Selain itu, kelemahan yang boleh dikesan semasa menjalankan aktiviti berbalas pantun di dalam kelas adalah tiada kaitan pembayang dengan maksud pantun. Ini kerana murid-murid terlalu mengejar masa untuk membalas pantun daripada pihak lawan sehingga tidak memikirkan pentingnya hubung kait antara bait pembayang dengan maksud sedangkan dalam mengarang pantun inilah aspek yang perlu ditekankan.

Pantun-pantun yang disampaikan juga kurang menggunakan unsur perlambangan (simbolisme). Menurut Prof. Dr. Harun Mat Piah, ciri sebenar pantun Melayu mengutamakan unsur perlambangan dalam pembayang dan maksud pantun kerana masyarakat tradisional menggunakan pendekatan itu untuk sindiran atau kritikan. Menurut beliau, jika unsur perlambangan tidak digunakan , ciri-ciri sebenar pantun Melayu yang baik serta bernilai tinggi gagal terserlah. Kelemahan juga lebih ketara apabila tema dan isi pantun juga tidak tepat hingga kadang-kadang pantun jenaka menjadi tidak jenaka. Pantun yang disampaikan lari dari tema dan istilah berbalas pantun yang sering diadakan dalam masyarakat Melayu tradisional.

Seterusnya, kelemahan dalam pemilihan bahan dalam pengajaran bahasa. Murid-murid akan membuat rujukan untuk membina pantun. Jika salah dalam pemilihan bahan rujukan akan menyebabkan pantun yang dihasilkan tidak menepati cirri-ciri pantun. Menurut Asmah Hj. Omar (e.d) (1984:107), pemilihan bahan perlu dilihat dari tiga aspek iaitu:i. Pandangan guru Bahasa Melayu, apakah tujuan dia memilih sesuatu pantun itu?ii. Kemampuan pelajar yang bergantung pada umur, tingkat kesedaran, pengalaman, pencapaian bahasa , jantina dan sebagainya,iii. Linguistik dan pedagogi. Adakah teks yang dipilihsesuai dengan laras bahasa yang akan diajarkan? Kamaruddin Hj. Hussin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1998:105) menegaskan bahawa dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, penggunaan bahan puisi adalah untuk memberi penekanan kepada aspek-aspek bahasa dan bukan kepada aspek-aspek kesusasteraan. Soalan-soalan yang dikemukakan juga seharusnya bertujuan untuk menguji kebolehan pelajar bagi menulis semula isi-isi tersurat dan tersirat dengan bahasa yang betul.Kesimpulannya, guru Bahasa Melayu mestilah mempunyai pengetahuan tentang KOMSAS, di samping bersedia dengan perancangan, mental dan fizikal untuk melaksanakan tanggungjawab pengajaran di dalam kelas. Tanpa persediaan yang rapi oleh guru, kemungkinan objektif pengajarannya tidak tercapai sepenuhnya, lebih-lebih lagi untuk diaplikasikan dalam konteks aktiviti pertandingan berbalas pantun di dalam kelas.7.0 RUMUSANBerdasarkan perbincangan yang diutarakan di atas, dapat kita perhatikan bahawa penggunaan unsur sastera terutama genre pantun dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu mampu meninggalkan kesan yang positif dalam kalangan pelajar. Kesan ini tidak hanya mampu kita lihat dalam aspek perkembangan psikomotor pelajar tetapi mampu juga meninggalkan kesan yang positif dalam perkembangan kognitif pelajar tersebut.Di samping itu, pantun juga mampu mengungkapkan pengalaman seseorang itu ke dalam bentuk yang lebih kreatif dan imaginatif untuk dihayati oleh pelajar. Oleh yang demikian, hal ini akan mampu membina modal insan yang seimbang dalam semua aspek tidak kira jasmani, rohani, emosi mahupun inteleknya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Menurut Aziz Deraman (1999), terdapat tiga rasional pengajaran kesusasteraan di sekolah. Pertama, kepentingan tradisi yang berasaskan kurikulum yang menganggap bahawa sastera berfungsi untuk membentuk suatu warisan. Melalui pembacaan, penghayatan dan peniruan warisan itu, nilai-nilai budaya masyarakat dapat disalurkan dari satu generasi kepada satu generasi seterusnya. Kedua, kurikulum pendidikan sastera analitik menekankan aspek perkembangan daya kritis pelajar, iaitu keupayaan untuk memahami, menganalisis dan memberi reaksi terhadap bahan sastera yang dipelajari. Ketiga, kurikulum sastera yang menggunakan pendekatan psikologikal atau generatif dan menekankan perkembangan individu melalui pembacaan. Oleh sebab itu, kesusasteraan sebagai sebahagian komponen daripada Bahasa Melayu (KOMSAS).Keseluruhannya , dapat kita tegaskan di sini, penggunaan bahan sastera seperti pantun dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sememangnya meninggalkan kesan yang positif dalam diri pelajar terutama dalam melahirkan modal insan yang mampu meneruskan kesinambungan tampuk pemerintahan negara pada masa akan datang.

(4012 patah perkataan)

LAMPIRANPERATURAN DAN FORMAT PERTANDINGANUntuk menjalankan aktiviti pertandingan berbalas pantun, peraturan, prosedur, dan cara penilaian seperti yang berikut:.1. PantunPantun yang dibenarkan hanyalah jenis pantun empat kerat, iaitu pantun empat baris yang mempunyai dua baris pembayang dan dua baris maksud.2. PesertaPeserta pantun ialah empat orang, iaitu tiga orang yang mengambil bahagian dan seorangmenjadi peserta simpanan. 3. Cara Pertandingan dijalankani. Sesuatu pertandingan dikendalikan oleh: Seorang pengacara majlis. Tiga orang hakim Seorang penjaga masaii. Setiap pasukan akan bertanding secara kalah mati. Pasukan yang memungut paling banyak markah, akan dikira sebagai pemenang bagi peringkat berkenaan.iii. Jika berlaku seri (jumlah markah yang sama), pasukan yang mendapat isi yang terbanyakdianggap sebagai pemenang. Jika berlaku seri sekali lagi, markah dalam bidang bahasa akan dikira.iv. Masa seseorang membeli pantun ialah 60 saat iaitu. Menyediakan jawapan 40 saat Menyampaikan jawapan 20 saat.4. Format Pertandingan

a. Pertandingandibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan B. Kumpulan A dan B dibahagikan sama banyak kumpulan mengikut jumlah pasukan yang mengambil bahagian, pembahagian adalah seperti berikut. A1A2A3A4B1B2B3B4b. Pertandingan dijalankan seperti yang berikut:Pemarkahan(Contoh borang pemarkahan-lihat lampiran B) ISI (20 markah) Ketepatan soalan dan jawapan jelas Padat Jitu (spesifik) Mempunyai nilai susila BAHASA (20 markah)(i)Bersesuaian dengan ciri pantun-Pembayang maksud-Maksud-Rima akhir abab-Suku kata (8-12 setiap baris)(ii)Pemilihan kata yang indah(iii)Kejelasan sebutan (sebutan baku)

PERSEMBAHAN(10 markah)(i)Gaya Penyampaian dengan gerak laku yang bersahaja dan tidak keterlaluan.(ii)Intonasi suara rentak dan sebutan Bagaimanapun para hakim diingatkan bahawa kreativiti pemantun dalam menyoal dan menjawab adalah diutamakan. Pemantun yang menyentuh perkara sensitiviti akan ditolak 1 markah setiap kali kesalahan dilakukan.

LAMPIRAN BPEMARKAHAN BAGI KUMPULAN APEMARKAHAN PERTAMA : NAMA.....................................................................................

PUSINGAN 1PUSINGAN 2PUSINGAN 3

MarkahPenilaianJualBeliJualBeliJualBeli

20Isi

20Bahasa

10Persembahan

Jumlah

PEMARKAHAN KEDUA : NAMA.....................................................................................

PUSINGAN 1PUSINGAN 2PUSINGAN 3

MarkahPenilaianJualBeliJualBeliJualBeli

20Isi

20Bahasa

10Persembahan

Jumlah

PEMARKAHAN KETIGA : NAMA.....................................................................................

PUSINGAN 1PUSINGAN 2PUSINGAN 3

MarkahPenilaianJualBeliJualBeliJualBeli

20Isi

20Bahasa

10Persembahan

Jumlah

MARKAH KUMPULAN...............................................................................................PEMANTUN TERBAIK............................................................................................................

NAMA HAKIM.................................................................TANDATANGAN..........................

CONTOH PANTUN( JUAL)KALAU TUAN PERGI KE KEDAI,KIRIMKAN SAYA DAUN KETUPAT;KALAU TUAN BIJAK DAN PANDAI,SIAPAKAH NAMA PERDANA MENTERI KEEMPAT?

CONTOH PANTUN BELIKAK SITI BERSELENDANG DI BAHU,SELENDANG DIBELI DI PASARAYA;KALAUITU YANG CIK NAK TAHU,TUN DR MAHATHIR ITULAH GERANGANNYA.

CONTOH PANTUN( JUAL)BANYAK PADI PERKARA PADI,PADI DITANAM DI HUJUNG TANJUNG;ANTARA KEENAM-ENAM PERDANA MENTERI,MENTERI MANA YANG PALING DISANJUNG?

CONTOH PANTUN BELIBANYAK BUDI DITABUR DI DUNIA,BUDI BAIK SENTIASA DIJUNJUNG;KALAU ADIK INGIN JAWAPANNYA,KEENAM-ENAMNYA HAMBA SANJUNG.

CONTOH PANTUN( JUAL)BURUNG MERPATI DI RUMAH NYONYA,DIKEJAR KUCING TAPI TERLEPAS;KALAU TUAN HAMBA BIJAK ORANGNYA,SIAPAKAH YANG DIPERTUAN AGONG YANG LEPAS?

CONTOH PANTUN BELIPENGANTIN DUDUK DI ATAS PELAMIN,KOMPANG DIPUKUL BERTALU-TALU;KESAHIHAN JAWAPAN MEMANG DIJAMIN,SULTAN MIZAN YANG DIPERTUAN AGONG YANG LALU.

RUJUKANAripin Said (1994). Puisi Warisan. Kuala Lumpur : Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar (1989). Kaedah Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Borhan Md. Zain (2000). Kesusasteraan Melayu Sebagai Komponen Perancangan Bahasa Melayu: Menangani Kekeliruan dan Teknik Pengajaran. Dewan Sastera. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ee Ah Meng. (1995). Sekolah dan Perkembangan Kanak-kanak (Asas Pendidikan 4). Fajar Bakti Sdn. Bhd. Selangor.

Hassan Langgulung (1991). Kreativiti dan Pendidikan, Suatu Kajian Psikologi dan Falsafah. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sumber : http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=1175 12/10/13

Sumber: http://cikgurohanimu.blogspot.com/2012/10/penterjemahan-falsafah-pendidikan.html 12/10/13

Sumber : http://pustaka.upsi.edu.my/mom/cm/content/view/view.jsp?key=iSynnu10O7rNlhtgRXrtGowVKPrTOLIy20090703091456016 12/10/13

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Puisi_Melayu 12/10/13

32