2
Sungguh cantik si rama-rama, Hinggap seekor di depan mata, Kini syawal telah menjelma, Tangan ku hulur maaf kupinta. Bakar lemang sambil berdiri, Untuk juadah di Aidilfitri, Hantar kad raya posmen dah cuti, Whatsapp sahaja penggganti diri. Buah pauh ditengah bendang, Jadi dagangan ditengah kota, Saudara jauh datang bertandang, Bermaaf-maafan sesama kita. Sungguh rendang pohon rumbia, Tempat persinggahan si anak kera, Ketupat rendang sudah tersedia, Jemputlah semua menjamu selera. Negara kita aman sentosa, Jangan dilupa orang teraniaya, Makan sudah baju bergaya, Pada yang fakir jangan dilupa. Adik tersayang segak bergaya, Mengambil kuih di atas para, Suasana riang di hari raya, Bermaaf-maafan riang gembira. Menyeberang laut melintas negeri, Terbang jauh dari Itali, Datuk dan nenek muka berseri, Anak cucu telah kembali. Gua Niah pintunya lebar, Dayak dusun jadi penjaga, Sanak saudara sudah tak sabar, Nikmati juadah di atas meja. Memukul gendang pelbagai gaya, Amat meriah riang gembira, Ramai bertandang di hari raya, Tersenyum riang sanak saudara. Ada mata pandanglah keindahan, Ada mulut berbudilah pertuturan, Ada hati berilah kesayangan, Ada salah dan silap sudilah maafkan. Buat meriam pasang pelita, Asap keluar bunyi tiada,

Pantun Aidilfitri

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pantun Hari Raya Aidilfitri

Citation preview

Sungguh cantik si rama-rama,Hinggap seekor di depan mata,Kini syawal telah menjelma,Tangan ku hulur maaf kupinta.

Bakar lemang sambil berdiri,Untuk juadah di Aidilfitri,Hantar kad raya posmen dah cuti,Whatsapp sahaja penggganti diri.

Buah pauh ditengah bendang,Jadi dagangan ditengah kota,Saudara jauh datang bertandang,Bermaaf-maafan sesama kita.

Sungguh rendang pohon rumbia,Tempat persinggahan si anak kera,Ketupat rendang sudah tersedia,Jemputlah semua menjamu selera.

Negara kita aman sentosa,Jangan dilupa orang teraniaya,Makan sudah baju bergaya,Pada yang fakir jangan dilupa.

Adik tersayang segak bergaya,Mengambil kuih di atas para,Suasana riang di hari raya,Bermaaf-maafan riang gembira.

Menyeberang laut melintas negeri,Terbang jauh dari Itali,Datuk dan nenek muka berseri,Anak cucu telah kembali.

Gua Niah pintunya lebar,Dayak dusun jadi penjaga,Sanak saudara sudah tak sabar,Nikmati juadah di atas meja.

Memukul gendang pelbagai gaya,Amat meriah riang gembira,Ramai bertandang di hari raya,Tersenyum riang sanak saudara.

Ada mata pandanglah keindahan,Ada mulut berbudilah pertuturan,Ada hati berilah kesayangan,Ada salah dan silap sudilah maafkan.

Buat meriam pasang pelita,Asap keluar bunyi tiada,Ucapan raya maaf dipinta,Harap tiada terguris jiwa.

Bermain mercun sambil menari,Di dalam gelap menangkap ikan,Kami menyusun sepuluh jari,Salah dan silap harap maafkan.