pantun keagamaan

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/14/2019 pantun keagamaan

    1/7

  • 8/14/2019 pantun keagamaan

    2/7

    pantun ialah satu genra asli kesusasteraan melayu menjadi wahana bagi pengucapan di

    dalam pelbagai jurusan aktiviti masyarakat melayu , pantun akan menyentuh persoalan

    masyarakat ,adat ,agama ,kasih sayang,nasihat dan lain-lain. Ia popular di kalangan orang

    tua,muda mudi mahupun kanak-kanakBerikut pendapat tokoh mengenai pantun

    Wan Abdul Kadir Wan Yusuf;Beliau menyatakan bahawa pantun berkembang ke dalam

    masyarakat melayu yang buta huruf dan menjadi suatu tradisi lisan . penciptaan pantun

    dengan rapi sehingga menhasilkan kata-kata yang indah dan menarik. Nilai-nilai

    keindahan menjadikan pantun dapat dihayati oleh segenap lapisan masyarakat dan

    dengan tahan diuji sepanjang zaman

    Zainal Abidin Borhan;Beliau menyatakan bahawa pantun mempunyai dua bahagian

    utama iaitu pembayang dan maksud , kedua-dua bertaut secara intraktif sehingga tertera

    sebagai pengucapan yang indah . Dua bahagian ibarat dua struktur luaran dandalaman,lahir dan batin kemudian bertaut menjadi pantun.

    Ini menepati pendapat para sarjana barat terdahulu iaitu;

    TIDAK LENGKAP PENGETAHUAN PENKAJI TAMADUN MELAYU JIKA TIDAK

    MENELITI DAN MEMAHAMI PANTUNNYA

    (WINSTEDT 1960;202-3 DALLIE1988)

    Pantun merupakan ucapan kemelayuan. Dalam pantun terkandung seluruh jiwa,seni

    ,kebijaksanaan,budi bahasa dan pandangan dunia melayu.

    Braginsky(1998, 363)Beliau menyatakan bahawa pada umunnya mengandungi unsur-

    unsur alam sekeliling iaitu makrokosmos dan mikrokosmos . ia menrupakan sumber

    alamiyah yang digunakan oleh sejauh yang terjangkau oleh akal fikiran manusia .begitu

    juga dengan bahagian maksud atau isi yang merupakan roh dan jiwa pantun . korpus

    datanya berdasarkan pengalaman inderawi dan batini manusia. maka pada bahagian ini

    mengandungi persoalan rasional dan logikal ,interaksi manusia dengan alamnyadaninteraksi manusia dengan manusia.

    Alias yunus. Beliau menyatakan bahawa pahlawan melayu dahulu sering mengunakan

    pantun ,gurindam untuk membangkitkan semangat kepahlawanan dan keperwiraan para

  • 8/14/2019 pantun keagamaan

    3/7

    pengikutnya . menurutnya lagi ,pantun merupakan warisan yang menjadi indentiti

    kita,yang mengukuh jati diri orang melayu.

    Pantun keagamaan

    Melalui pantun yang akan diterjemahkan berkonsep percaya kepada hari kiamat. Pantun

    ini akan saya olah dengan bertemakan ilmu teologi.

    Pada amnya istilah teologi diambil dari perkataan Theos (yunani) yang

    bermaksudTUHANdan LOGOS membawa maksud ILMU; Oleh itu ilmu teologi ilmu

    tentang Tuhan atau ilmu keTuhanan.

    Walaubagaimanapun ;secara ringkas ilmu teologi menbicarakan tentang Tuhan dan

    pertaliannya dengan manusia,baik berdasarkan wahyu mahupun akal.

    Dari sudut islam ,ilmu teologi bertujuan untuk memantapkan kepercayaan-kepercayaan

    dan keimanan kepada yang esa. Tujuan lain ialah mengangkat kepercayaan seseorang

    daripada kepercayaan yang lemah dan taklid buta kepada puncak keyakinan dan

    ketakwaan.

    Iman AL-GHAZALI berkata;

    Akal tidak dapat menbawa sifat kewajipan bagi manusia , kewajipan ditentukan oleh

    wahyu

    Dengan ini kewajipan mengetahui tuhan dan kewajipan berbuat baik serta menjauhi

    kejahatan hanya diketahui melalui perantaraan wahyu;

    CONTOH PATUN

    Todak menyerang Singapura

    Habis dikerat dicincang lumat

  • 8/14/2019 pantun keagamaan

    4/7

    Bila kianat pada manusia

    Dunia akhirat tidak selamat

    Halia di tanam tanaman

    Di barat sahaja akan tumbuhnya

    Dunia ini pinjam-pimjaman

    Akhirat juga sungguhnya

    Buah rumia bawa ke huma

    Untuk dimakan sambil menjerat

    Hidup di dunia tidaklah lama

    Patut amalkan bekal akhirat

    Mencari palas ke sana sini

    Palas ada di simpang empat

    Siapa malas selama ini

    Kemudian akhirat rugi mendapat

    Pada belari baik melompat

    Barang dicari segera dapat

    Sudah berbudi jangan diumpat

    Balasan baik syurga dapat

    ANALISIS MAKSUD PANTUN

    Pantun di atas menjelaskan bahawa kehidupan di dunia hanya pinjaman atau sementara

    sahaja sedangkan kehidupan akhirat adalah kekal .

    Maksud pantun menjelaskan bahawa golongan yang membuat kianat sesama manusia di

    dunia ini akan terseksa di akhirat kelak . maksud ini mungkin lebih luas, iaitu manusia di

  • 8/14/2019 pantun keagamaan

    5/7

    dunia ini dikehendaki menjaga hubungan sesama manusia jika ingin selamat di akhirat

    kelak.perkara- perkara yang melibatkan urusan sesama manusia harus dititikberatkan

    dalam islam.

    Seterusnya dinyatakan bahawa manusia perlu membuat baik kerana amalan tersebutakan dihintung di akhirat kelak, kerana itulah amalan atau bekalan ketika bertemu

    dengan Allah swt.

    Dalam pantun , ada memyebut supaya manusia sentiasa mencari ilmu . barang siapa yang

    malas berusaha mencari ilmu pastinya golongan ini akan termaksud golongan yang rugi .

    Selain itu, dalam agama islam ada menyebut sekiranya kita sudah membuat satu kebaikan

    janganlah kita mengunkip kerana amalan ini amat dikeji, kerana pahala amalan yang

    dilakukan selama ini tidak akan diterima

    pada pendapat saya secara keseluruhannya , pantun ini lebih menjurus kepada konsep

    alam akhirat. Iaitu menyeru manusia melakukan kebaikan ketika berada di dunia. Allah

    juga menyeru manusia supaya berusaha bersungguh-sungguh kealam akhirat. Maknanya

    manusia diseru melekukan amalan-amalan yang baik dan sentiasa bertakwa.

    Oleh itu, ingatlah bahawaAllah swt telah member peringatan supaya manusia tidak

    tertipu dengan godaan syaitan ;

    Seperti yang berlaku kepada nabi adam dan siti hawa Terkeluar dari syurga;

    Segala amalan manusia akan dihintungkandan jadilah manusia yang beriman . amalan-

    amalan buruk dan keji harus diketepikan;

    Syed Naguib Al-attas pernah berkata;

    kedatangan islam telah menbentuk akidah orang melayu dengan mengesakan allah

    ,falsafah keagamaan telah memalingkan masyarakat dari seni mitos dan khayal kepada

    alam akal dan budi mengikut gaya yang teratur

  • 8/14/2019 pantun keagamaan

    6/7

    Kesimpulan

    Jelaslah kepada kita .setiap penulis pantun melayu menpunyai falsafah tersendiri dalam

    menhasilkan karya yang menarikdan unik. Perkara yang membanggakan adalah ,segala

    masalah atau perkara yang berlaku diluahkan kedalam pantun dengan susunan

    perkataan yang menarik dan indah walaupun masyarakat pada ketika itu tidak tahu

    menulis dan membaca.

    Sumber

    Mana sikana 1996; falsafah dan seni kreatif melayu.

    Konsep alam pantun melayu(teksis APM).

    Othman putih 1995; globalisasi dalam sastera melayu.

    Zahir ahmad; 2005, pantun melayu sebagai manifestasi sosialbudaya.

  • 8/14/2019 pantun keagamaan

    7/7