38
PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941) HASSAN YUSOFF, * Ph.D PENGENALAN Setiap negara di dunia ini rnernpunyai organisasi polisnya yang tersendiri. Tugas utarna pasukan polis ialah rnenguatkuasakan undang-undang. Sungguhpun yang asasnya ada persarnaan di antara satu pasukan polis dengan satu pasukan yang lain tetapi rnasih wujud perbezaan dari aspek falsafah, sistern, organisasi dan kawalan. Perbezaan ini wujud l\erana lain negara rnernpunyai lain sistern politiknya, lain sistern pernerintahannya serta rnernpunyai harapan dan orientasi rnasyarakat yang berlainan dan juga rnernpunyai pengalarnan serta sejarah perkernbangan yang berbeza-beza. Pada prinsipnya organisasi kepolisan ialah satu bentuk organisasi yang berlandaskan kepada dua aspek yang utarna iaitu pernerintah dan undang-undang. Pernerintah ialah kerajaan yang rnenggubal serta rnernbuat undang-undang untuk kepentingan rakyat iaitu orang rarnai dan organisasi polis diwujudkan oleh keraJaan untuk rnenguatkuasakan undang-undang ke atas orang rarnai. "PoliceorganisatioIJ in some shape orform is inherent in civilisation; where there is law and order, even of the most primitive kind, there musl be some sort of machinery to enforce it. "I Ini bermakna dalam kewujudan organisasi polis, ia hams berlandaskan kepada wujudnya undang-undang yang dibuat oleh kerajaan untuk dikuatkuasakan ke atas orang rarnai dan kewujudan kerajaan itu sendiri biasanya diasaskan oleh orang rarnai (rakyat) untuk rnentadbir negara. Secara rnenyeluruh dapat dikatakan bahawa sebuah organisasi polis itu tidak dapat tegak berdiri tanpa adanya undang- undang dan kerajaan. Penulis ialah President In stitu t Teknologi Kejurutera:lll . 1. Patrick Morrah. 1963. 'The Hislory of the Malayan Police," 1MBRAS. Volume 36, part 2. (No. 202) hIm. 7. 27

PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941)€¦ · PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941) HASSAN YUSOFF, * Ph.D PENGENALAN Setiap negara di dunia ini rnernpunyai

  • Upload
    others

  • View
    18

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941)€¦ · PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941) HASSAN YUSOFF, * Ph.D PENGENALAN Setiap negara di dunia ini rnernpunyai

PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941)

HASSAN YUSOFF, * Ph.D

PENGENALAN

Setiap negara di dunia ini rnernpunyai organisasi polisnya yang tersendiri. Tugas utarna pasukan polis ialah rnenguatkuasakan undang-undang. Sungguhpun yang asasnya ada persarnaan di antara satu pasukan polis dengan satu pasukan yang lain tetapi rnasih wujud perbezaan dari aspek falsafah, sistern, organisasi dan kawalan. Perbezaan ini wujud l\erana lain negara rnernpunyai lain sistern politiknya, lain sistern pernerintahannya serta rnernpunyai harapan dan orientasi rnasyarakat yang berlainan dan juga rnernpunyai pengalarnan serta sejarah perkernbangan yang berbeza-beza.

Pada prinsipnya organisasi kepolisan ialah satu bentuk organisasi yang berlandaskan kepada dua aspek yang utarna iaitu pernerintah dan undang-undang. Pernerintah ialah kerajaan yang rnenggubal serta rnernbuat undang-undang untuk kepentingan rakyat iaitu orang rarnai dan organisasi polis diwujudkan oleh keraJaan untuk rnenguatkuasakan undang-undang ke atas orang rarnai.

"PoliceorganisatioIJ in some shape or form is inherent in civilisation; where there is law and order, even of the most primitive kind, there musl be some sort of machinery to enforce it. " I

Ini bermakna dalam kewujudan organisasi polis, ia hams berlandaskan kepada wujudnya undang-undang yang dibuat oleh kerajaan untuk dikuatkuasakan ke atas orang rarnai dan kewujudan kerajaan itu sendiri biasanya diasaskan oleh orang rarnai (rakyat) untuk rnentadbir negara. Secara rnenyeluruh dapat dikatakan bahawa sebuah organisasi polis itu tidak dapat tegak berdiri tanpa adanya undang­undang dan kerajaan.

Penulis ialah President Institut Teknologi Kejurutera:lll . 1. Patrick Morrah. 1963. 'The Hislory of the Malayan Police," 1MBRAS. Volume 36, part 2. (No. 202) hIm. 7.

27

Page 2: PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941)€¦ · PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941) HASSAN YUSOFF, * Ph.D PENGENALAN Setiap negara di dunia ini rnernpunyai

PASUKAN POUS DI NEGERI-NEGER/ MELAYU

Organisasi Polis dalam pengertian umurnnya mernpakan agensi awam yang dipertanggungjawabkan bagi menguatkuasakan undang-undang dan menjaga keselamatan serta keamanan. Pada asasnya, setiap organisasi polis mempunyai dua peranan utama, iaitu pertamanya ialah menguatkuasakan undang-undang dan ketenteraman awam, dan keduanya ialah mengekalkan keselamatan dan keamana~.2

Sungguhpun organisasi Polis adalah sebuah organisasi penguatkuasaan undang­un dang tetapi tugas polis tidak boleh mengatasi undang-undang, malah turnt tertakluk kepada semua undang-undang. Pihak polis yang melakukan kesalahan bertentangan dengan undang-undang, mereka juga akan ditangkap, didakwa dan dihukum jika mereka didapati bersalah. Segal a tindak-tanduk mereka mestilah berlandaskan undang-undang dan mencerminkan keadilan.

Sekiranya mereka mahu menangkap seseorang mereka mesti mengkaji apakah kesalahan yang dilakukan oleh seseorang itu, apakah polis berkuasa menangkapnya dari segi undang-undang dan apakah hak seseorang itu setelah ianya ditangkap. Jika anggota polis menangkap seseorang tanpa sebarang alasan dan menahan dalam tempoh yang tidak dibenarkan, maka tindakan anggota polis itu adalah bertentangan dengan undang-undang.

Aktiviti-aktiviti kepolisan yang berbentuk keagamaan telah wujud sejak zaman Babylonia, Empayar Byzantium dan Empayar Islam. Organisasi-organisasi yang berbentuk pasukan-pasukan pengawal peribadi golongan pemerintah kebiasaannya berbentuk separnh ketenteraan.3 Di Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dua warisan tradisi utama yang telah membentuk sejarah perkembangan falsafah serta konsep kepolisan negara ini. Pertama ialah sistem pengawalan di zaman kerajaan Melayu Melaka yang dikenali sebagai mata-mata, "eyes of the state". Mata-mata diketuai oleh Temenggong dan dibantu oleh Penghulu menjalankan tugas-tugas polis yang berbentuk ala polis tradisional.

"III old Malay Malacca, before the Portuguese invasion, the mata-mata were the performers o/such police/unctiollsas existed alld in most states they were commallded by the Temeflggollg alld the Pengizulu. "4

Dalam konteks ini, tradisi kepolisan di Tanah Melayu mempunyai persamaan dengan pasukan Gendamarie di Eropah iaitu satu pasukan bersenjata yang diwujudkan oleh kerajaan. Tradisi kedua ialah hasil kedatangan British ke Tanah Melayu yang mana seternsnya memperluaskan kuasanya di negeri-negeri Melayu pada penghujung abad ke 19. Apabila British mula berkuasa di Tanah Melayu,

2. Zakaria Haji Ahmad, 1977 The Police and Political Development, unpublished Ph.D. thesis. M.I.T., him. 35. 3. Chamber's EIU:yc/opedia. 1970. London: International Learning Systems Corporation Ltd. Jilid XI. him. 22. 4. J.P. Blackledge, 1953 "The Origins of the MaJayan Police", dim. MCl/Clyon Police Magaz.ine. Jilid XIX. Bil.

1. him. 5. lihatjuga Patrick Morrnh, "The History of the Malayan Police", JMBRAS, Jilid 36, Bil. 202. him. 8.

28

Page 3: PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941)€¦ · PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941) HASSAN YUSOFF, * Ph.D PENGENALAN Setiap negara di dunia ini rnernpunyai

MALA YSIA duri StKi SEJARAH

British telah memperkenalkan sistem kepolisan moden di negara ini pada 25 Mac 1807, apabila Pulau Pinang dikumaikan Piagam Keadilan (Charter of Justice),S Dari segi organisasinya, Polis di Pulau Pinang pada masa itu sejajar dengan sistem kepolisan yang wujud di Britain pada waktu yang sarna.

Di Great Britain, asal usul kewujudan pasukan Polisnya dimulakan oleh rakyatnya sendiri secara sukarela dan bukan pihak pemerintah. Kaum Anglo­Saxon telah melantik ketua-ketua bagi perkampungan masing-masing. Beberapa nama telah digunakan untuk jawatan tersebut tetapi yang paling populardigunakan ialah head-borough. Di samping itu terdapat mahkamah keadilan dengan pegawai­pegawai tersendiri yang menguatkuasakan undang-undang.6

"There were no regular police in the middle ages. but later there gradually came into being local associations responsible/or the keeping 0/ the peace and answerable to their township or parish. In England an unpaid "constable 0/ parish" was elected annually and the borough watchman (charlies) were appointed.,q

Undang-undang Winchester tahun 1285 menggariskan permulaan sistem polis di England. Dua orang konstabel ditempatkan di setiap bandardengan dibantu oleh 'watchman' yang berkongsi berkawal di malam hari. Kemajuan yang pesat di London memerlukan perkhidmatan dan sistem polis yang lebih tersusun dan cekap. Pada tahun 1972 satu akta dikenali sebagai "Middlesex Justice Act" diwujudkan di mana terdapat tujuh buah pusat yang mempunyai majistret dan tiap-tiap pusat juga mempunyai enam orang konstabel yang dibayar gaji. 8 Keadaanjenayah yang bertambah serius pada awal abad ke 19 memaksa kerajaan British memikirkan penyelesaian yang segera. Pada tahun 1829 Sir Robert Peel yang menyedari perlunya ditubuhkan sebuah pasukan polis yang lebih baik, tersusun dan teratur, telah membentuk London Metropolitan Police yang beribu pejabat di Scotland Yard.9

Jenayah dan kekacauan yang sering berlaku di London akhimya dapat dikawal. Pada tahun 1835 semua bandar di England telah menubuhkan pasukan polis masing-masing. Pegawai-pegawai polis di England dipanggil Bobby atau Peeler iaitu sempena daripada nama Sir Robert Peel.

Memandangkan kerajaan British telah berjaya menubuhkan pasukan polis yang lebi h teratur, cekap dan berdisiplin di London, maka banyak negara lain menunjukkan

5. Patrick Morrab. op.cir .. him. 25. 6. J.P. Blackledge. op.cir .. him. 5-8. 7. Newne.f Popular Encyclopaedia. 1963. Vol. 7. George Newnes 15-17 Long Arce. London. him. 2400. 8. R.S. Bunyard. 1978 Police: Organisari(}fI and Command. Latimer Trend & Company Ud. Plymouth. hlm.

4. 9. Ibid .. him. 10.

29

Page 4: PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941)€¦ · PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941) HASSAN YUSOFF, * Ph.D PENGENALAN Setiap negara di dunia ini rnernpunyai

PASUKAN POUS DI NEGERl-NEGERI MELAY(J

minat bagi menubuhkan pasukan polis masing-masing. Pada masa inilah juga sekumpulan orang-orang dari New York. Amerika

Syarikat telah membuat kajian terhadap sistem polis London. Hasil daripada cadangan orang-orang dari New York itu maka bandaraya New

York telah membuatsyarikat yang pertama untuk menubuhkan Polis bagi mengawal ,

di waktu siang dan mal am sarna seperti yang diwujudkan oleh Robert Peel di London. Selepas itu banyak bandar-bandar lain di Amerika bertindak menubuhkan I pasukan polis masing-masing.

Oi Canada juga polis negara tersebut diasaskan kepada sistem yang disarankan oleh Sir Robert Peel di England. Bandar Toronto mendahului bandar-bandar lain di Canada dengan membentuk polisnya sendiri pada tahun 1835 yang dianggotai oleh seorang ketua konstabel dan lima orang konstabel.

Oi negara-negara Eropah juga seperti Peranchis. German dan Austria satu demi satu telah menubuhkan pasukan polis masing-masing dengan mencontohi polis di London. tetapi di sana sini dibuat beberapa pindaan bagi menyesuaikan dengan keperluan tempatan.

Pada tahun 1856 pasukan polis di England dan Wales mempunyai tiga bentuk pasukan polis iaitu pasukan polis Metropolitan. pasukan polis Borough dan pasukan polis County.

"There were in Englalld and Wales three main types of police force - the Metropolitan which was headed by a commissioner and controlled by the Home Secretary, who was in tum answerable to Parliament; Borough/orces headed by "head constables", "chief constables", or "superintendents" (depending on local preference) and controlled by watch committee who were answerable to the borough council; and County constabularies, headed and largely controlled by chief constables, who were answerable to magistrates silting at quarter sessions". 10

Oi masa kini secara amnya terdapat tiga bentuk sistem kepolisan di dunia:

1. Pasukan polis yang disatukan (unified police force) yakni pasukan polis negara yang dikawal oleh kerajaan pusat sepenuhnya. Contohnya Pasukan Polis Oiraja Malaysia. .

II. Pasukan polis yang sebahagiannya dikawal sepenuhnya oleh kerajaan Pusat dan separuh lagi oleh kerajaan tempatan (negeri). seperti pasukan polis di Britain.

iii. Pasukan polis tempatan yang dikawal oleh pihak tempatan seperti di Amerika Syarikat. Oi samping pasukan-pasukan polis yang dinyatakan di

10. R.S. Bunyard. tip. cit .• him. 14.

30

Page 5: PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941)€¦ · PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941) HASSAN YUSOFF, * Ph.D PENGENALAN Setiap negara di dunia ini rnernpunyai

IIALA. YSIA. d4ri seg; SEIARAH

alas sesetengab negara juga mempunyai pasukan polis rabsia (secret po­lice). Polis bentuk ini kebiasaannya ditubuhkan oleh negara-negara yang bercorak diktator. Polis rahsia ini digunakan untuk menjaga kepentingan kumpulan alau orang yang berkuasa, kadangkala tanpa menghiraukan keadilan. Semasa Perang Dunia Kedua, dabulu terdapat pasukan polis rahsia Jerman terkenal dengan "Gestapo", dan polis rahsia Jepun "Kempeitai" semasa Jepun memerintah Tanab Melayu telah melakukan kezaliman. Begitu juga semasa pemerintahan Shah Iran pasukan polis rahsianya yang dikenali sebagai "Savak", telah melakukan kezaliman kepada rakyatnya. Begitu juga dengan K.G.B. di Russia.

Dalam konteks undang-undang pula, iaitu Kanun Keseksaan (Penal Code), Kanun Acara Jenayah (Criminal Procedure Code) dan Kanun Keterangan (Evidence Ordinance) yang menjadi asas sahnya aktiviti kepolisan di Tanah Melayu (Malaya) sebenamya berasal dari India. 11 Sebahagian dari konsep awal fungsi separuh ketenteraan (paramilitary) dalarn pasukan Polis negara ini diarnbil dari aktiviti Royal Irish Constabalary dan juga dari anggota Polis dari keturunan sikh dan kaum-kaum lain dari India utara yang berkhidmat dalarn pasukan Polis di Malaya sebelum Peperangan Dunia Kedua.

Memandangkan peranan Polis Hutan tidak akan disentuh dalarnesei ini sebagai satu pasukan khas menentang pengganas komunis maka wajarlah di sini disentuh sedikit mengenai konsep paramiliteri. Paramiliteri memberi makna, "Forces or groups which are distinct from the regular armed forces of any country but which resemble them in organisation, training or mission."12 Dari pengertian ini jelas menunjukkan babawa Pasukan Polis Hutan (PPH) merupakan satu unit polis yang bersifat pararniliteri memandangkan kepada struktur, organisasi, peranan dan latihan yang diberikan kepadanya. .

Pada amnya istilah pararniliteri bererti sesuatu aktiviti yang seakan sarna (akin) dengan aktiviti ketenteraan, tetapi tidakdijalankan oleh agensi tentera. Sungguhpun aktiviti ini adalah samadalambeberapaaspek tertentu tetapi iahanyalah sebabagian kecil (smaller scale) daripada keseluruhan aktiviti-aktiviti yang dipanggil ketenteraan.

Istilah paramiliteri ini adalah dianggap bam dalam penggunaannya. Pasukan­pasukan polis di negara ini sebelum Perang Dunia Kedua dabulu menjalankan tugas-tugas ketenteraan dan mereka dikenali sebagai Polis Tentera (Military Police). Sekarang istilah 'Polis Tentera' ialah berlainan kerana istilab 'Polis

II. Zakaria Haji Ahmad. op.cit .. him. 115. 12. Glossary of Military Tenns. Armed Forces Staff Manual. Vol. III. TIOI. MINDEF. KL .• tiada tankh .

Terjemahannya. "Pasukan·pasukan atau kumpulan·kumpulan yang berbeza dari angkatan lenient biasa seliuatu negara tetapi menyerupai pasukan lentera dari segi organisasi. latihan dan missi."

31

Page 6: PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941)€¦ · PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941) HASSAN YUSOFF, * Ph.D PENGENALAN Setiap negara di dunia ini rnernpunyai

PASUKAH POllS DI HEGER/·HEGERI ""·:I.AYU

Tentera' dimaksudkan dengan unit tentera yang bertanggungjawab kepada ' i nter­nal policing' bagi mana-mana Pasukan Angkatan Tentera, manakala istilah po lis paramiliteri dimaksudkan dengan unit polis yang menjalankan fungsi-fungSi ketenteraan Terjemahannya, "Pasukan-pasukan atau kumpulan-kumpulan yang berbeza dari angkatan tentera biasa sesuatu negara tetapi menyerupai pasukan tentera dari segi orgnisasi, latihan dan missi," tetapi bukan dari tentera scpe ni Pasukan Polis Hutan (PPH) di Malaysia,

Dari segi sifat-sifatnya polis Paramiliteri adalah berbentuk 'highly mobi le ' dan 'self-contained' dalam beberapaaspek tertentu,13 Dari segi organisasi dan struktur ia menyerupai pasukan tentera tetapi menjalankan peranan yang tertumpu ke pada keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam,

Penggunaan pasukan polis yang bersifat paramiliteri dalam menjalankan tu gas dan peranan mereka di Malaya bermula sejak dua dekad terakhir abad kesem hi Ian belas lagi, pasukan-pasukan polis pada waktu itu dari segi nama dan organi ,asi adalah lebih bersifat tenterasecaratotal t4 dan ramai dari anggota pangkat rend ahnya didatangkan dari India yang terdiri terutamanya dari kaum Sikh, Pathan dan BenggalL

Pasukan Polis paramiliteri yang ditubuhkandi peringkat awal di negara ini ialah "The Perak Armed Police" ( 1873), "The Malay States Guides" (1896),15 "Selangor Military Police" (1875), "Kelantan Military Police" (1909)16 dan lain-lain lagi, Kesemua pasukan ini adalah merupakan pasukan-pasukan polis yang menjalan kan tugas-tugas asas polis seperti menguatkuasakan undang-undang, menangkap penjenayah tetapi ia juga menjalankan fungsi-fungsi ketenteraan,

Walaupun begitu, sistem Kepolisan yang ada di negara ini sebenamya banyak yang telah dicipta di Tanah Melayu sendiri, Ini termasuklah sistem klasil 'ikasi capjari Conley, yang diciptakan pada tahun 1905, konsep Pegawai Kadet percubaan dan konsep Pasukan Polis Hutan.17 Konsep-konsep lain seperti "Special COllsta­ble", serta "Extra ConstabLe" dan "PoLice Lieutenant" ialah konsep tersendiri yang

13. YapChok S3flg. 1981 . "The Police Field Force As A Par3Jllilitary Arm ofthe Malaysian Government." KC /'fcU

Komandan. Maklab Turus Angkatan Tenlern. Kuala Lumpur. him. 4. 14. Seperti kata Patrick Morrnh Icnlang"The Perak Armed Police ." Kalanya. ..... The Petak Amll!d Poli l.'L· were

to.a.ll intents a milil3J)' body. Swinburne (Perak First Police Commissioner) was soldier pure and ~ imflk. and the dicipline.and administration were based entirely on the Army system." Tamb:dmyalagi. "._. ThL' I't'rak Anned Police. however. remained primruily a military organisation . The Sikh.li in particubr R'g;lrdl!tl themselves .a.~ soldiers rather than as a policemen ..... Patrick Morrnh . 1958. "The History of lhl! Malay.m Police" dal:un 1MBRAS. Vol. XXXVI. Part 2. Singapore. him. 58 d.an 64.

15. InderSinghnll Ram Singh. 1965. Hi.flory rifMalaySlafes Guides. Cathay Printers Ud .. Pen3ll~ . him. 33. Lihat juga Frank Swettenham. 1955. British Malaya. George AlIen.and Unwin Ltd .. London. him. 276·277.

16. Patrick Morr.1h. op.cit .• him. 56-74 d3ll 147- 152 pauim. Untuk Selangor Military Police lihat j uga. 1M. Gullick. 1978. "Syers and The Sel3llgor Police. 1875· 1891" dal:unlMBRAS. Vol . 51. Part 2. Kuala Lumpur.

11 . Ibid .. him. 115. Juga Iihat Feduated Malay Stale Annual Report. 1905. Police Section. him. I dan lihal Charks Hnnnigan. 1956. "The InvenwrtlfMalaya 's Fingerprint System. "MalAyan Police Magazine.Jun. Vol X XII. No. 2. him. 58. (Sila lihat Lampiran C).

32

Page 7: PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941)€¦ · PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941) HASSAN YUSOFF, * Ph.D PENGENALAN Setiap negara di dunia ini rnernpunyai

~A.LA YSIA dari leg; SEJARAH

dibuat di Tanah Melayu bagi menerima kehendak-kehendak tempatan. Jadi konsep kepolisan di Tanah Melayu dibentuk adalah hasil dari gabungan unsur­unsur British dan juga unsur-unsur tempatan.

NEGERl-NEGERl MELA YU

Pasukan polis di Negeri-negeri Melayu pada awalnya berbentuk kenegerian. Tarafkemajuan pasukan polis di Negeri-negeri Melayu itu berbeza-beza. Apabila British mengukuhkan kuasanya di Negeri-negeri Melayu, maka mereka telah menyatukan pasukan-pasukan polis di Negeri-negeri Melayu terse but. Umpamanya pada tahun 1896 apabila negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang disatukan di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu maka pentadbiran polis juga diletakkan di bawah seorang Pesuruhjaya Polis.

Setiap pasukan polis di Negeri-negeri Melayu tidak Bersekutu mempunyai organisasi tersendiri dan Ketua Polis Negeri terdiri dari anak-anak negeri sendiri dan bertanggungjawab terus kepada sultan. IS Walau bagaimanapun satu demi satu Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu menerima penasihat British dalam pentadbiran termasuk pentadbiran pasukan polis. Selepas ini terdapat pegawai­pegawai polis dari Negeri-negeri Selat dan juga Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang telah dipinjamkan kepada Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu bagi menyusun semula sistem pentadbiran polis di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu supaya bersesuaian dengan pentadbiran Polis Negeri-negeri Selat dan juga Negeri­negeri Melayu Bersekutu iaitu berdasarkan kepada penguatkuasaan undang-undang yang sarna. Apabila kesemua Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu menerima Penasihat British (British Adviser) maka pada asasnya pasukan polis di seluruh Tanah Melayu dan juga Negeri-negeri Selat tidak ada perbezaan di antara satu negeri dengan negeri yang lain dan berjaya menjalankan tugas kepolisan dengan baik.

Pada masa itu kebanyakan pegawai-pegawai polis terdiri dari orang-orang British kecuali terdapat beberapajawatan Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) yang dipegang oleh orang-orang bangsawan dan kenamaan Melayu di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Oi Negeri-negeri Selat wujud jawatan yang dikenali sebagai Inspektor British dan juga Inspektor Melayu dan bagi bukan Melayu dikenali sebagai Asiatic Inspector. Anggota-anggota polis biasa "rank-and-file", kebanyakannya terdiri dari orang-orang dari India utara iaitu Sikh dan Punjabi. Kemudian melalui pengaruh golongan bangsawan yang telah berkhidmat dalam pasukan polis sebagai Penolong Pesuruhjaya Polis, sedikit demi sedikit orang-

18. The Federalion of Malaya and ilS Police 1786-1952. 1952. (Kuala. Lumpur: Govemmenl Prioler, mukn 7-10, mengnndungi nnma-nama Kelua Polis Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekulu).

33

Page 8: PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941)€¦ · PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941) HASSAN YUSOFF, * Ph.D PENGENALAN Setiap negara di dunia ini rnernpunyai

PASUKAN POUS Dr NEGERl·NEGERI M£l.AYU

orang Melayu mulalah cenderung memasuki perkhidmatan polis. Walau bagaimanapun kerajaan pada masa itu tidak berjaya membawa orang-orang Cina memasuki perkhidmatan polis kecuali hanya jawatan-jawatan tertentu dalam pasukan polis seperti mata-mata gelap (detektif).

Pada tahun-tahun 1920an hinggalah kepada kedatangan Jepun pada tahun 1941, pasukan polis di Tanah Melayu telah mencapai tahap prestasi yang baik setaraf dan setanding dengan pentadbiran polis di negeri-negeri yang maju pada ketika itu. Pada masa tersebut jugalah diperkenalkan konsep pegawai kadet untuk pasukan polis di Tanah Melayu. 19

Pekerjaan polis dianggap sebagai satu pekerjaan yang mempunyai status. Pada masa itu perkembangan polis begitu pesat kerana telah diwujudkan sistem cap jari yang begitu sesuai untuk Tanah Melayu dan Cawangan Pendaftaran Jenayah diwujudkan pada tahun 1905, oleh Conlay, sebagai satu unit dan ianya meruPakan sebahagian dari Jabatan Perisikan Jenayah, "Criminal Investigation Department" (C.W.).

Sesungguhnya sebelum kedatangan Jepun, Polis negara ini merupakan satu pasukan Polis awam yang baik dan teratur yang memainkan peranan tertentu yang berkemampuan untuk menjaga ketenteraman dalam negara. Di samping itu polis juga memainkan peranan-peranan lain bagi membantu agensi-agensi kerajaan yang lain dengan menjalankan tugas-tugas seperti membawasurat-surat kekawasan pendalaman, tugas-tugas bomba, tugas-tugas 'control a/weight and measures', penapis filem, polis keretapi, pendaftar beranak dan mati, dan juga 'veterinary control' .

PERAK

Dalam tahun 1874, daerah Lamt, sarna seperti daerah-daerah lain dalam negeri Perak, diletakkan di bawah perlindungan British. Ngah Ibrahim, seorang pembesar di Larut, pada awal tahun 1870an mempunyai pasukan bersenjata yang terdiri daripada 200 orang Melayu, tugasnya ialah untuk mengekalkan keamanan dan ketenteraman di kalangan penduduk yang terdiri daripada penduduk tempatan dan pelombong-pelombong Cina. Keanggotaan pasukan ini telah berkuranga.o menjadi 40 orang sahaja pada tahun 1872, semasa berlakunya konflik bersenjata di antara puak Ghee Hin dan Hai San. Oleh hal yang demikian pasukan ini tidak berupaya untuk menjaga ketenteraman awam.

Menyedari ketidakupayaannya untuk memulihkan ketenteraman maka Menteri Ngah Ibrahim meminta jasabaik British dan dalam tahun 1873 memujuk Kapten

19. R.H.Onre:u. 1947. SinJ:uport: A Pofil.'t Back.J:round. (London: Dorothy Crisp.) him. 83 . (juga lihat uporan Suruhanjay:t (jaji Poli~ 1920. dalam Malayun Palia Muguzint. 1957. Vol. XXIII. No. 2. him. 83.84. Lihat umpiran E.)

34

Page 9: PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941)€¦ · PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941) HASSAN YUSOFF, * Ph.D PENGENALAN Setiap negara di dunia ini rnernpunyai

MALA YSIA duri .ft]: i SEJARAH

r.C.S. Speedy supaya meletakan jawatannya sebagai Penguasa Polis di Pulau Pinang dan datang ke Matang untuk membentuk satu pasukan polis yang terdiri daripada Sepoi.20 Speedy telah mendapatkan 110 orang Sepoi dipecat daripada Calcutta dan sebelum mereka mula bertugas di Larut, Perjanjian Pangkor telah ditandatangani. Selepas Perjanjian Pangkor, Mentri Ngah Ibrahim telah lucut jawatannyadan dibuang wilayah ke Seychelles pada tahun 1876 keranaketerlibatan dalam pembunuhan J.W.W. Birch21 pada 2 November 1875. Tetapi Speedy dan orang-orangnya terus dikekalkan di Larut sebagai pemerintah di sana (Penolong Residen).

Sepoi-sepoi ini merupakan perintis kepada Pasukan Polis Perak. Justeru itu Speedy mengarahkan supaya Sepoi-sepoi tersebut disenaraikan semula sebagai Pengawal Residensi. Ini memberikan Speedy peranan sebagai pembantu Residen Larut dengan satu pasukan keselamatan yang berkesan yang bukan sahaja untuk memulihkan undang-undang dan ketenteraman tetapi juga memberi kemuliaan kepada kedudukkannya yang telah dilantik untuk menyelesaikan pertentangan an tara kongsi-gelap kongsi-gelap Ghee Hin dan Hai San di Larut.

Pada akhir 1874, Polis Perak mempunyai kekuatan yang berjumlah seramai 266 orang termasuk 25 orang Sepoi untuk Residensi Larut.

Pada bulan November 1874, J.w.W. Birch telah dilantik sebagai Residen British yang pertama di Perak selepas Perjanjian Pangkor dan selepas ini Sepoi­sepoi Polis Larut telah dihantar sebagai Pengawal Residensi Perak.22

Speedy telah dilantik sebagai Penolong Residen dan pada masa yang sarna menjadi Ketua Polis Perak. Oleh kerana Speedy begitu sibuk dengan tugasnya sebagai Penolong Residen maka beliau tidak mempunyai masa untlik menjadi ketua Polis dan laotas tidak mampu hendak mendisiplinkan pasukan Polis Perak. Oleh itu disiplin pasukan polis Perak merosot dan pasukan polis juga harus dipersalahkan atas pembunuhan J.W.W. Birch pada 2 November 1875, kerana kecuaian mereka sendiri untuk menjaga keselamatan Birch.23

Pembunuhan Birch, Residen British, dianggap sesuatu yang serius. KetidakberkesanannyaPasukan Polis Perak dan meningkatnya penentangan orang­orang Melayu memaksa pihak berkuasa British menghantar pasukan tenteranya dari India dan Hong Kong ke Perak. Dengan pemulihan semula ketenteraman awam, perhatian ditumpukan kepada memperkuatkan Pasukan Polis dan juga Pengawal Residensi dengan harapan menggantikan pasukan-pasukan tentera di

20. Kaplcn Speedy keciwa dengan Gabenor Negeri-Negeri Sclal Sir Harry Ord kerana melantik Kapten Dunlop sebagai Pemangku Inspeklor Besar Polis. Speedy meninggalkan Pulau Pi nang pada 2lhb. Julai 1873 dan bcrtugas dengan Menteri Ngah Ibrahim. Lih:lt J.M. Gullick. Captain Speedy of Larut, JMBRAS 26(3) 1953 him. 32. .

21. R.O. Winstedt & R.J. Wilkinson. 1974. A History ofPerak. MBRAS. (ReprinI37), 1974. him. 81. 22. Malayan Pulice Magazine. 1928. Vol. l. No. I, Januari. him. 17. Kuala Lumpur. 23. Frank Swcltenham. 1941 . Footprints in Malaya. London. him. 60.

35

Page 10: PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941)€¦ · PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941) HASSAN YUSOFF, * Ph.D PENGENALAN Setiap negara di dunia ini rnernpunyai

PASUKAN POUS DI NEGERJ·NEGfRl MEU.fU

Perak. Dalarn bulan Ogos, 1874, Setiausaha Kerajaan British rnengarahkan Gabenor

Negeri-negeri Selat untuk rnernbentuk satu pasukan yang berkernarnpuan untuk · rnenambah bilangan keanggotaan polis di Sernenanjung Tanah Melayu.24 Narnun begitu di Perak hanya selepas pernbunuhan 1.W.W. Birch iaitu pada bulan Novern- ' ber 1876 Lt. Paul Swinburne telah dilantik sebagai PesuruhjayaPolis Negeri Perak. Tugas pertarna Swinburne ialah rnernbuang anggota polis yang rnenghisap candu dan tidak berdisiplin dan diikuti dengan penggarnbilan anggota-anggota baru yang rnenjadikan kekuatan anggota serarnai 550 orang. Tugas Swinburne yang kedua ialah rnernbina berek-berek polis yang pertarna di Taiping dengan rnenernpatkan sebahagian besar konstabel untuk rnengatasi rnasalah jenayah di kalangan penduduk Cina yang rnenggugat kearnanan negeri Perak. Tugas yang ketiga ialah rnernperkuatkan pasukan pengawal Residensi dengan 200 orang anggota polis daripada Pasukan Polis Larut.25 Pasukan Polis Perak ini kernudiannya dinarnakan Pasukan Polis Bersenjata Negeri Perak kerana dibentuk dengan ciri kententeraan.26

lurnlah keanggotaan pada rnasa itu ialah 200 orang terdiri daripada bangsa Melayu dan Sikh. Uniform rnereka diseragamkan. Balai-balai polis telah didirikan di Tanjung Piandang, Kuala Larut, Durian Sebatang, Kuala Kangsar dan Kinta. Swinburnne juga rnenubuhkan Polis Merin dengan anggota-anggotanya serarnai 12 orang. Sebanyak 400 pucuk rifles dibekalkan kepada polis Perak pada rnasa itu. Gaji bulanan yang diberi rnengikut pangkat:27

Subedar Sarjan Major lernedar of the guard Sarjan Koperal Lance Koperal Private Police Pions

$50.00 $30.00 $20.00 $15.00 $12.00 $ 9.00 $ 9.00 $ 8.00

Sernasa Lt. Swinburnne, sebanyak 27 balai polis telah didirikan. Sejajar dengan perkernbangan dalarn pasukan polis itu terdapat pula kegiatan­

kegiatan kongsi gelap (secret societies). Dalarn bulan Mei 1877 polis terpaksa rnenyelesaikan keganasan diantara dua kongsi gelap di Tanjong Padang. Dalarn

24. S.S.D. No. 369 benankh 18hb. Oklober 1876 (Silalihal Lampiran D). 25 . Straits Settlement Despatch. No. 197 · 19hb. Og05 1876. 26. Straits Settlement De.~pa'ch. No. 369· 18hb. Og05 1876. (Lihal La.mpiran 0 iailu sural dan Lord Carnarvon

kepada Governor Negeri·Ncgeri SCiOli) . 27. Mohd Reduan Hj Aslie. 1984. Polis Diraja Malay.fia Sejarah Peranan dan Cabaran. KarangkrafSdn. Bhd. I

Kua.lOl Lumpur. him. 23.

36

Page 11: PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941)€¦ · PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941) HASSAN YUSOFF, * Ph.D PENGENALAN Setiap negara di dunia ini rnernpunyai

bulan Disember 1878, sepasukan 20 orang anggota polis dikejarkan ke Pulau pangkor di mana sekumpulan orang Cina telah menyerang balai Polis Pangi<or dan membunuh seorang Pegawai Polis British.28 Inilah perkara-perkara yang harus diatasi oleh polis pada masa itu.

Swinburne kemudiannyadigantikan oleh Timbalan Pesuruhjaya, Kaplan R.S.F. Walker pada tahun 1882. Oi bawah perintah Walker dengan sokongan penuh dari Hugh Low, Residen Perak yang baru, Pasukan Polis Perak bertambah maju dari segi keberkesanan dan disiplin. Pada bulan Oisember 1883, Walker memerintah pasukan polis yang berjumlah 768 orang anggota lermasuk 8 orang Inspektor.29

Pada waktu ini Pasukan PolisBersenjataNegeri Perak telah menubuhkan cawangan penyiasatan Jenayah bagi membantu Pasukan Polis Perak membenteras jenayah. Pengasascawangan ini ialah Christian Wagner iaitu PenguasaPerisikan yang mana beliau melihat bahawa pelombong-pelombong Cina langsung tidak mahu bekerjasama dengan Polis dan mereka telah bergantung kepada kongsi-kongsi gelap.30

Pada 15hb. Mei, 1884, Pasukan Polis Bersenjata Negeri Perak yang mempunyai ciri-ciri tentera, yang dianggotai oleh sebahagian besar orang-orang Sikh yang menggangapdiri mereka lebih sebagai askardaripadaanggotaPolis, telah ditukarkan nama kepada 1st Battalion Perak Sikh. Jawatan Pesuruhjaya ditukarkan kepada Komandan. Merekakini dianggap sebagai sebahagian daripada pasukan bersenjata dengan pemeriksaan tahunan oleh Pegawai Pemerintah Negeri-negeri Selat. Tentera Sikh Perak mengandungi tiga pasukan iaitu Pasukan Berjalan Kaki, Pasukan Meriam dan TenteraOarat yang menjalankan tugas-tugas sebagai tentera dan polis. Nisbah orang-orang Sikh dan Melayu dalam pasukan ini ialah 3: I. Antara 1884-1896, Pasukan Sikh Perak berjaya dalam memerangi jenayah dan membantu dari segi keanggotaan kepada mana-mana tempat yang mempunyai masalah di Tanah Melayu.31

SELANGOR

Sebelum pendudukan British di Selangor pada 1874, Sultan mengekalkan ketenteraman dan undang-undang melalui 100 orang anggota polis dari berbagai keturunan yang diketuai oleh Ali Mama!. Pasukan ini berpusat di Kelang iaitu Bandar Oiraja, yang pada mulanya adalah untuk membantu Tunku Oiaudin dalam Perang Saudara di Selangor (1869-1874) menentang Raja Mahadi.

28. Stra;t.f Settlement De.fpatcll. No. 61 & 62 · 6 Febuari 1879. 29. S.S.G.S. /884 - l....lpomn Tahun3ll Negeri Pernk 1883. 30. Patrick Morrah. dim. Malayan Po/ia Magazine. 1955. Vol. XXI No. 2. Jun. him. 76. 31 . Mereb. Iclah mengambit bahagian dalam pepernngan di Pahang pada lllhun 1889-1894.

37

Page 12: PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941)€¦ · PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941) HASSAN YUSOFF, * Ph.D PENGENALAN Setiap negara di dunia ini rnernpunyai

PASUKAN POUS DI NEGERI-NEGERI MELAYU

Dengan pendudukan British pada September 1874, Frank Swettenhamdihantar ke Daerah Langat sebagai Pembantu Residen bersama dengan 20 orang anggota Polis Pengawal Residensi dari Negeri-negeri Selat. Dalam tahun 1875, J.G. Davidson dilantik menjadi Residen British di Selangor, beliau telah diarahkan untuk membentuk Pengawal Residen dan Pasukan Polis yang kecil yang diambil samada dari Melaka atau Singapura.32

Tugas untuk menubuhkan pasukan polis Selangor telah diberikan kepada Harry Syers dari Rejimen ke 10, Melaka yang kemudiannya dilantik r!lenjadi Penguasa Polis dan PenjaraSelangorpada I hb.Jula; 1875.33 Syers ingin menjadikan pasukan Ali Mamat sebagai asas Pasukan Polis Selangor. Ali Mamat ialah seorang Perancis dan me mel uk agama Islam dan memakai nama Ali Mamat. Beliau mengetuai satu pasukan polis yang tidak berdisiplin dan amat buruk kelakuan pasukan ini.34

Pasukan ini akhimya hanya tinggal 50 orang sahaja. Dengan permulaan 50 orang anggota yang terdiri daripada Pasukan Polis Selangor yang awal dan latihan rekrut yang aktif di Melaka, Syers kemudiannya menjadikannya seramai 150 orang yang kemudian dikenali sebagai Pasukan Polis Tentera Selangor dan dilengkapkan dengan senjata serta tugas sebagai tentera.35

Dalam bulan Oktober 1875, berlaku satu pemberontakan di Sungai Ujong yang diketuai oleh Dato' Bandar menentang kemasukan British. Sebahagian daripada pemberontak membuat kekacauan di Kuala Langat, Cheras dan Kajang. Syers menghantar pasukan seramai 70 anggota polis bersama dengan pasukan sukarela yang terdiri daripada 100 orang Melayu dan 200 orang Cina. Tugas ini berakhir pada penghujung 1875 . Peristiwa ini dan pembunuhan Birch di Perak mempercepatkan lagi pembinaan balai polis dibeberapa tempat yang penting di seluruh negeri Selangor. Namun cabaran paling besar yang dihadapi oleh polis ialrih meningkatnya jenayah oleh kongsi gelap Cina yang wujud pertama kalinya di Kelang pada tahun 1862 dan dikenali sebagai "Chee Hin Society".

Yap Ah Loy, Kapten kaum Cina yang juga merupakan ketua kumpulan Ghee Hin telah menyakinkan British akan ketidakterlibatan kongsi gelapnya dalam kekacauan yang dilakukan oleh anggota kongsi gelap di Kelang.36 Kommuniti Cina mengambil kesempatan dengan kelemahan British dalam mententeramkan keadaan dan dengan itu cuba untuk menubuhkan kongsi-kongsi gelap di antara tahun 1880 hingga 1888.

Dalam bulan Mei 1888 kerajaanSelangormengharamkan kongsi-kongsi gelap.J7 Dengan kematian Yap Ah Loy pada 1885, kongsi-kongsi gelap telah bertukar

32. S.G.R. No. 336. CS 3/75. 20 lanuari 1875. 33. 1.M. Gullick, 1978. Syers and The Sdangor Police 1875-1897,JMBRAS, hIm. 6. 34 . Ibid. him. 10. 35. Ibid. him. 14& 15 . 36. Leon Comber. 1959. Chinese Secret Societie.f in Malaya. Singapore. hIm. 203. 37. S.G.R.: Kuala Lumpur 13141HR, Minit Mcsyuarat Majlis Kcrja Ncgcri Se].mgar, 24 Mei 1888.

38

Page 13: PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941)€¦ · PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941) HASSAN YUSOFF, * Ph.D PENGENALAN Setiap negara di dunia ini rnernpunyai

MALA YSIA dun seRi SEJARAH

menjad; kumpulan-kumpulan penjenayah yang meminta wang perlindungan. Pada masa itu mula merebaknya kejadian jenayah dan dalam tahun 1890 sahaja terdapat seramai 8 orang dibunuh dan 9 kumpulan-kumpulan perompak yang berkeliaran di Kuala Lumpur.

Pasukan Polis Tentera Selangor tidak berapa berjaya dalam membenteras jenayah kerana:

I. jenayah-jenayah ini berakar umbi dari kongsi-kongsi gelap yang begitu membiak pada masa itu dan sukar dibenteras,

II. kekurangan orang-orang Cina memasuki polis kerana masalah-masalah penjenayah Cina sepatutnya boleh dibenteras dengan lebih berkesan lagi oleh anggota-anggota polis dari keturunan Cina.

Pada tahun 1896, Pasukan Polis TenteraSelangor mempunyai kekuatan seramai 813 orang berbanding dengan 277 orang dalam tahun 1878 dan 150 orang dalam tahun 1875. Dengan daya utama Harry Syers, kegiatan jenayah akhirnya dapat dibendung.

Kejayaan Syers membentuk pasukan Polis Selangor mendapat perhatian dan penghargaan. Gabenor Negeri-Negeri Selat telah menaikkan jawatan tugasnya daripada Penguasa Polis kepada Captain Superintendent. Mulai dari tahun 1891, H.c. Syers dikenali sebagai Kapten H.C. Syers.

Dalam laporan tahunan 1895 yang dibuatoleh Kapten H.C. Syers memperlihatkan Polis Selangor terus meningkat keanggotaannya menjadi:38

Captain Superintendent Superintendent (Penguasa)

,Assistant Superintendent (ASP)­Inspektor (Eropah) Anggota Pangkat Rendah (Kontinjen Melayu) Anggota Pangkat Rendah (Kontinjen Sikh)

1 orang 1 orang 1 orang 4 orang

227 orang

530 orang

Dalain laporannya itu juga H.C. Syers melahirkan rasa puas hatinya terhadap prestasi anggota-anggota polis bangsa Melayu yang semakin bertanggungjawab. Sesungguhnya Syers telah berjaya membentuk sebuah pas\lkan Polis Selangor.

38. Mohd Reduan Hj . Aslie. op.cil .. him. 27. 39. Maluyan Police Magazine. 1955. Vol. XXI. No.3 hIm. 125 . 40. Ibid. him. 125.

39

Page 14: PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941)€¦ · PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941) HASSAN YUSOFF, * Ph.D PENGENALAN Setiap negara di dunia ini rnernpunyai

PASUKAN POUS DI NEGER/-NEGER/ M£U.YU

NEGERI SEMBILAN

Penubuhan Pasukan Polis Negeri Sembilan bermula pada tahun 1874 dengan penerimaan sistem Residen di Sungai Ujong, iaitu satu daripada 9 negeri daIam Negeri Sembilan. Perang saudara di antara Dato' Bandar dengan Oato' Kiana memudahkan kemasukan British. British menyebelahi Oato' Kiana. Oato' Kiana mempunyai satu pasukan polis yang kuat dari Singapura yang dihantaroleh Negeri­Negeri Selat dan diketuai oleh W.P. Pickering.39 Oengan bantuan British Oato' Bandar kehilangan jawatan dan Oato' Kiana menerima sistem Residen British dengan perlantikan Kaptan R.N. Tatham sebagai Penolong Residen.

Tahun berikutnya Kaptan RJ. Murray, telah dilantik menjadi Penolong Residen. Oato' Kiana berpuashati dengan sistem pentadbiran British dan meminta Murray menubuhkan Pasukan Polis pada tahun 1875 yang mendapat perkhidmatan dari Pasukan Polis British di Singapura.

Oalam tahun 1876, British menyatukan 6 dari 9 negeri di bawah pemerintahan tunggal oleh Yam Tuan Antah di Sri Menanti. Sungai Ujong, Rembau dan lelebu tidak mahu menyertai konfedarasi tersebut. Perkembangan Pasukan Polis Negeri Sembilan adalah perlahan kerana perhatian British yang kurang terhadap hal ehwal Negeri Sembi Ian. Pada tahun I 880an terdapat hanya 6 konstabel, seorang kopraI dan seorang Penguasa Polis di Balai Kuala Pilah iaitu Bandar Oiraja Yam Tuan Antah.

Pada tahun 1887, kekuatan Pasukan Polis Kuala Pilah ialah seorang sarjan, seorang kopral, 5-orang lance-kopral dan 41 konstabel.40 SebaIiknyaPasukan Polis Sungai Ujong lebih baik kerana perhatian berat British. Pada 1883, Ketua Polis Sungai Ujong W.W. Oouglas membentuk sepasukan polis Sikh dengan bantuan Polis Perak bagi tujuan melindungi kepentingan negeri dari kekacauan.

Oalam tahun 1889, Inspektor Hennessey dihantar ke lelebu dari Sungai Ujong untuk mengetuai Pasukan Polis lelebu yang mengandungi 36 anggota Melayu dan 13 anggota Sikh.41

Pada tahun 1895, W.F. Talbot yang telah dilantik menjadi Penguasa Polis Negeri Sembi Ian telah menyatukan semua pasukan polis dan diberi nama Pasukan Polis Negeri Sembilan.42

PAHANG

Menjelang tahun I 880an, rakyat Pahang hidup harrnoni tanpa kehadiran polis hinggalah pada Oktober 1888 iaitu apabila J.P. Rodger dilantik sebagai Residen

41. Ibid. him. 125. 42. Ibid. him. 125.

40

Page 15: PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941)€¦ · PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941) HASSAN YUSOFF, * Ph.D PENGENALAN Setiap negara di dunia ini rnernpunyai

MAlAYSIA dari segi SEJARAH

di Pahang.43 Dengan campurtangan British di Pahang, tugas utamanya ialah untuk menubuhkan pasukan polis. Dalam laporan tahunannya yang pertama ia menekankan bahawa adalah tidak bijaksana untuk melaksanakan perubahan dengan segera dan tidak mungkin pula baginya untuk melaksanakan pentadbiran bam tanpa adanya kekuatan polis dan pegawai-pegawai.

Sultan Ahmad telah menentang usul kemasukan askar-askar Sikh yang dikatakan oleh baginda kasar dan tidak menghormati adat istiadat Melayu. Sebagai ganti mereka, baginda menawarkan pengikut-pengikutnya sendiri. Terhadap usul ini dikatakan oleh Rodger:

Personally I agree with His Highness as I believe that Sikhs are out of place in a purely Malay State and I should greatly prefer to utilize the Sultan's men from the very first. I am sure that he would be much pleased by such a mark of confidence nothing can at preselll be satisfactorily carried out ill Pahang except with the full co-operation of the Sultan.44

Pada pertengahan bulan Oktober tahun 1888, satu pasukan mata-mata polis yang didatangkan dari negeri Selangor, melalui Singapura telah sampai ke Pekan di bawah pimpinan InspektorCross. Tetapi pada bulan November 1888, Inspektor Cross telah meninggal dunia dan beliau digantikan oleh Inspektor Kempe.

Mulai pada 16 haribulan April hingga Ogos 1889, Kapten Syers telah dipinjamkan ke Pahang dari Selangor dan telah ditugaskan oleh pentadbir British untuk mengatur pasukan polis di negeri Pahang. Beliau telah membawa lapan puluh orang polis yang terdiri daripada orang-orang Melayu dan Sikh untuk melawat Chenor, Temerloh,Lubok Terua, Tembeling, Jelai, Kuala Lipis,Penjom, Teras dan Bentong dengan menggunakan perahu, kecuali dalam lawatannya dari Pejom ke Teras yang dilakukannya melalui jalan daral. Pasukan polis yang dibawanya itu telah ditempatkannya di balai polis yang telah diwujudkan di tempat-tempat tersebut di Ulu Sungai Pahang.

Setelah selesai Syers membuat lawatannya dan menempatkan pasukan polis yang dibawanya, beliau telah membuat suatu laporan bertulis, bertarikh 5 haribulan Ogos 1889, dan laporan itu telah diserahkannya kepada Gabenor di Singapura. Gabenor British telah memuji laporan itu dan juga memuji-muji perkhidmatan yang telah diberikan oleh Syers kepada kerajaan Pahang.

Dalam laporannya Kapten Syers itu menyebut bahawa .ia telah mendirikan balai-balai polis di negeri Pahang sebanyak II buah. Bagi membentuk sebuah

43. l .P.Rodger mulai memasuki Civil Service pada tabun 1882 menjadi Chief Magistrate and Commissioner of Land. Selangor. menjadi acting British Residen. Selangor. M:u-ch 1884 dan pada. bulan September 1888 dilantik menjadi Residen British untuk Pahang.

44. CO 2731155 Report of Rodger's preliminary visit to Pahang for the purpose of taking up the appointment of British Resident. surat d:ui Governor kepada CO. 1 S Oktober 1888.

41

Page 16: PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941)€¦ · PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941) HASSAN YUSOFF, * Ph.D PENGENALAN Setiap negara di dunia ini rnernpunyai

PASUKAN POUS Of NEGER/·NEGERI MELAYU

pasukan polis baharu ia hanya menghendaki pegawai-pegawai polis yang tidak bertauliah. Pada masa itu pasukan polis bangsa Sikh belum cukup kuat untuk menjalankan kerja-kerja selain daripada menjaga balai-balai polis yang telah diuntukkan kepada mereka menjaganya. Sementara itu mata-mata Melayu atau Pasukan Polis Melayu juga belum boleh diharap membuat kerja-kerja selain daripada menjalankan tugas biasa seorang polis iaitu menjaga balai. Syers juga telah meminta tambah seramai lima puluh orang lagi polis bangsa Sikh yang akan ditempatkan di balai-balai polis yang terIetak di antara Lipis dengan Pekan.

Oalam laporan tersebut Syersjuga menyentuh kemungkinan berlaku peperangan di Pahang.4S Jangkaan Syers tentang akan berlaku kekacauan adalah tepat sekali apabila hampir dua tahun British campurtangan di Pahang akibat tidak puashati pembesartelah menyebabkan berlakunya pemberontakan pada tahun 1891 terhadap pihak British.

Dalam tahun 1891, Tok Bahaman, Orang Kaya Semantan, seorang ketua masyarakatMelayu tempatan telah dihukum oleh Sultan atas kesalahan melanggar undang-undang kerana mengutip cukai ke atas bot-bot yang melalui Sungai Semantan. Dalam bulan Oktober 1891 , Majlis Negeri menarik gelaran dan kedudukannya. Tindakan Tok Bahaman ialah membantah pembinaan Balai Polis di Lubuk Terua yang terletak dalam daerahnya yang mengancam kebebasannya. Beliau mengancam akan menyerang balai polis tersebut. Inilah gejala permulaan berlakunya kekacauan di Pahang di antara bulan Disember 1891 hingga ke J un 1894.

Kerajaan Pahang meminta perkhidmatan Syers dari Selangor bagi menentang pemberontakan ini. Syers dengan kekuatan seramai 25 anggota polis Sikh dibantu oleh 1,000 orang Melayu yang diketuai oleh Sultan Ahmad telah dikejarkan untuk menewaskan Tok Bahaman.46 Pada 31 Januari 1892, pasukan polis dan Sultan Ahmad dapat menewaskan pemberontakan ini dan Tok Bahaman melarikan diri ke dalam hutan. Kemudian Tok Bahaman kembali menyerang dan menawan Lubuk Terua pada 9 Mac 1892. Kekacauan kemudiannya merebak melepasi daerah Semantan dan beberapaorang pemimpin tempatan telah mengambil peluang untuk berpisah dengan pihak berkuasa pusat.

Pada 5 April 1892 Panglima Muda Jempul memutuskan hubungan dengan Sultan dan bersama dengan kumpulan pemberontak. Tindakan ini kemudiannya diikuti oleh Mat Kilau.47 Pahang menghadapi krisis yang meruncingdan memerlukan bantuan dari luar. Dalam bulan May, 1892, Col. R.S.F. Walker, Komander Pasukan Sikh Perak, tiba di Pahang dengan 75 anggotanya untuk membantu polis

45. J.H.M. Robson. 1934. Record.fuml Recollections. Kuala Lumpur. him. 154. 46. C.O.D. Nfl. 3092. bertarikh 7 Jun 1892 (COD bennakna suml dari ·Setiau~a Kernjnan British kcpada

Gabenor - sural lemuka). 47 . Mli/uyun Poliu Maguzine. 1955. Vol. XXI No. 4. him. 177.

42

Page 17: PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941)€¦ · PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941) HASSAN YUSOFF, * Ph.D PENGENALAN Setiap negara di dunia ini rnernpunyai

MALA YSIA Juri ·~~Ri SEJARAH

Pahang dan mengambilalih operasi. Dengan bantuan Polis Selangoryang diketuai oleh Syers, Hugh Clifford, Lt. Reid, Major Macallurn dari pasukan Negeri-negeri Selat, Sultan Pahang dan anaknya dan Polis Pahang, Walker berjaya rnenumpaskan pernberontak-pernberontak itu. Setelah itu, pasukan polis diperkuatkan lagi. Menjelang tahun 1893 Penguasa Duff rnenjadi Ketua Polis Pahang rnemimpin pasukan seramai 200 orang anggota Polis Melayu, 100 orang anggota Sikh, dan 3 orang pegawai British.

PASUKAN POLIS MODEN TANAH MELAYU

Dengan termenterinya perjanjian Persekutuan Pada I lulai 1896 di antara kerajaan British dengan Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, maka keempat-empat negeri ini diletakkan di bawah pentadbiran "Resident-General" .48 Langkah pertarna ke arah pemusatan pasukan polis keempat­ernpat negeri ini ialah dengan perlantikan Pesuruhjaya Polis pada 14 Ogos 189649

Pasukan Polis kemudiannya dikenali sebagai Pasukan Polis Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Ketua Polis setiap kontinjen adalah bertanggungjawab kepada Residennya dan bukan kepada Pesuruhjaya Polis. Sebenamya Pesuruhjaya Polis rnestilah mendapat persetujuan Residen berkaitan dengan hal-hal di kontinjen­kontinjen berkenaan dan kuasanya terhad sebagai penasihat dan pemeriksa pasukan polis.

Di bawah pernbahagian tanggungjawab ini, kuasa Pesuruhjaya adalah terhad. Keadaan ini bertambah tidak teratur kerana Residen yang tidak begitu arif rnengenai hal-hal polis terpaksa mernikul tanggungjawab ini. Dalam perbincangan dengan pihak berkuasa British rnengenai hal polis di Tanah Melayu, Frank Swettenham rnenyatakan tidak setuju dengan perlantikan Pesuruhjaya Polis.5o Walau bagaimanapun Gabenor Negeri-negeri Selat Sir Charles Mitchell rnengenepikan pandangan Frank Swettenham dan bersetuju rnelantik Kaptan Harry Syers sebagai Pesuruhjaya Polis yang pertama. Beliau seorang pegawai polis yang boleh bekerja rapat dengan sesiapa, malah beliau selesa dengan Residen-Residen tanpa sebarang rnasalah.

Syers rnenyusun semula Pasukan Kontinjen-kontinjen Polis dengan pakaian seragam yang sarna. Tiap-tiap kontinjen masih menggunakan butang yang berbeza rnengikut kontinjen masing-masing.5J Tugas keduanya ialah rnewujudkan satu pasukan polis awarn dan bukannya pasukan polis yang bercorak para-military. Semasa Perjanjian Persekutuan 1896 persetujuan telah dibuat bagi rnengekalkan

48. Maxwell & Gibson, 1924. Trtatiesand Engagements Affecting the MalayStale.t & Burneo. London. him. 70. 49. C.O.D. No. 320. benarikh 15 Julai, 1896. (Lih;]t L::unpiran N: Senarai nama·nama pegawai Polis Negeri·

negeri Melayu Bersekulu). 50. C.O.D. No. 108. bert:lrikh 20 Januari 1896. 51 . Wright & C:utwright. 1908. Twenrieth Cenru.ry Impressions o[British Malaya , London, hIm. 297.

43

Page 18: PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941)€¦ · PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941) HASSAN YUSOFF, * Ph.D PENGENALAN Setiap negara di dunia ini rnernpunyai

PASUKAN POUS DJ NEGERI·NEGERJ MEUtyU

konsep Polis yang mempunyai fungsi-fungsi ketenteraan bagi mengatasi apajua bentuk kekacauan.52

Gabenor Mitchell, Kol. Walker dan Kaptan Syers bersetuju untuk memisahkan antara 'Perak Sikh' dengan Polis Perak yang lain yang membentuk Polis Negeri­negeri Melayu Bersekutu Kontinjen Perak. Pada I September 1896 bekas ahli-ahli 'Perak Sikh' membentuk Batalion Pertama 'Guides' Negeri-negeri Melayu yang merupakan pasukan tentera tempatan Tanah Melayu yang pertama sejak kedatangan British. Begitu juga di Selangor seramai 200 orang anggota Polis Sikh ditukarkan ke pasukan 'Guides' Negeri-negeri Melayu Cawangan Selangor yang dipimpin oleh Kaptan H.L. Talbot.53

Pada penghujung tahun 1896 kedudukan kontinjen-kontinjen polis dalam Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah seramai 1895 anggota (Lihat ladual 1.1)

Negeri

Kontinjcn Pcrnk Kontinjcn Selangor

Kontinjcn Pahang

Kontinjen Negeri Scmbilan

JADUAL I.l

Pasukan Polis Negeri-negeri Melayu Dersekutu Pada Penghujung Tahun 1896

Pegawai Melayu Sikh Mounted Jumlah Eropah Pathan Orderlies

15 302 472 14 803

6 500 32 538 (Pathan)

3 243 246

2 250 56 308

Ketua Polis Negerj/Pangkat

W.W. Douglas! Deputy Commissioner. Christian WagnerfDeputy Commissioner. R.W. Dufff Assistant Commissioner. F,W. Talbot! Assistant Commissioner.

Sumber- Laporan Tahunan Negeri-Negeri Melayu. 1896. hIm. 3

Pada a\Val tahun pertama kewujudannya Pasukan Polis Negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai semmai 1895 orang anggota. Pada tabun 1897 Syers meninggal dunia dan tempat beliau sebagai Pesuruhjaya Polis Negeri-negeri Melayu Bersekutu diambilalih oleh Kaptan HL Talbot pada27 Ogos 1897. Talbot berumur 33 tahun pada waktu itu.

Talbot tidak berpuas hati dengan keadaan pentadbiran polis diletak di bawah pengawasan Residen kerana Pesuruhjaya Polis tidak mempunyai apa-apa kuasa.

52. Maxwell & Gibson. r'fu.:it .. him. 70. 53. Federated Maht)' StClle. Annual Report. 1896, him. 3.

44

Page 19: PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941)€¦ · PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941) HASSAN YUSOFF, * Ph.D PENGENALAN Setiap negara di dunia ini rnernpunyai

MALA )ISlA dDri .frgi SEJARAH

Pada tahun 1899 cadangan Talbot supaya polis diletakkan di bawab kuasa pesuruhjaya Polis di peringkat pusat, mendapat sokongan dari Residen-General baru iaitu W.H. Treacher. Dalam laporan tabunannya bagi tabun 1899 beliau menyatakan: 54

'" have little doubt that efficiency would be increased and correspondence be lightened were the Police Forces of the States constituted into one Federal Police establishment . ..

Setelah mengkaji laporan W.H. Treacher, Joseph Chamberlain, Setiausaba Kerajaan British meminta pandangan Frank Swettenham yang pada waktu itu ialab Gabenor Negeri-negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi British bagi negeri-negeri Melayu Bersekutu yang terus bersetuju dengan cadangan Talbot. Pada 1903, telab diwujudkan Enakman Pasukan polis bagi membolehkan penubuhan Jabatan Polis Persekutuan di bawah perintah dan kawalan Pesuruhjaya Polis yang bertanggungjawab kepada Residen-General.55

Dengan penyatuan dan pemusatan kuasa dalam konteks pentadbiran maka beberapa masalah dalam sistem Polis dapat diatasi. Pertamanya ialah memberi latihan yang cukup bagi melatih pegawai-pegawai supaya mereka lebih cekap dan baik. Dalam sistem terdahulu, kebanyakannya bercorak ketenteraan dan pegawai­pegawainyajuga didatangkan dari India yang juga mempunyai pengalaman yang luas dalam ketenteraan.

Sebagai langkah pertama, Talbot cuba menggunakan Pegawai dariPerkhidmatan Awam Tanab Melayu pada tahun 1903.56 Walau bagaimanapun usabaini gagal dan dua daripada Pegawai yang dilantik iaitu R.B. Walter dan H. Whitely meletakkan jawatan pada penghujung tahun yang sarna kerana tidak boleh menyesuaikan diri dengan tugas-tugas polis. Talbot meminta bantuan daripada Great Britain dan seterusnya ingin menggantikan anggota polis yang berasaskan ketenteraan kepada polis awam. Idea Talbot berkebetulan dengan dasar British untuk melatih kadet­kadet Polis yang berkhidmat di tanab jajaban dan naungan British. Dalam tabun 1904, sistem kadet Polis diperkenalkan dan pegawai polis yang berpotensi dipilih di London menerusi peperiksaan, pemeriksaan perubatan dan temuduga oleh Lembaga Pemilih.

Talbot menyedari bahawa sungguhpun kadet-kadet Polis dari Britain mudab diperolehi dan cekap tetapi belum cukup untuk memikul masalab di Tanab Melayu istimewanya berkaitan dengan jenayah oleh orang-orang Cina. Justeru itu, mereka diberi kursus berkenaan bahasa Cina termasuk kursus latihan di Selatan China

54. Federated Malay States. Annual Report 1899. him. II . 55. Malayan Police MagClline. 1956. Vol. XXII. No. I. him. 240. 56. Jbid .. him. 239.

45

Page 20: PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941)€¦ · PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941) HASSAN YUSOFF, * Ph.D PENGENALAN Setiap negara di dunia ini rnernpunyai

PASUKAN POUS D/ NEGER/·NEGERI MEUYU

sebaik sahaja sampai di Tanah Melayu. Antara kadet-kadet ini ialah H. Fairburn dan S.S. Magi1l57 yang tiba pada tahun 1904. Mereka menggantikan pegawai­pegawai polis tentera di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dalam tahun berikutnya. Untuk mendapatkan pegawai-pegawai polis yang berpengalaman maka Talbot telah meminta bantu an daripada Konstabel Diraja Irish dan yang pertama tiba ialah Charles Hannigan.58

Masalah ketiga yang dihadapi oleh Talbot ialah keperluan pemusatan latihan dan rekrut. Latihan-Iatihan yang diselenggarakan oleh kontinjen-kontinjen negeri adalah pada tahap paling minima. Pada awal 1893. Sir Cecil Clementi. Gabenor Negeri-negeri Selat telah mengutaraka~ pandangan untuk menseragamkan peraturan pemilihan dan latihan. Namun hasrat Talbot untuk menseragamkan latihan dan rekrut biasa di Depoh Polis di Kelang disokong oleh beberapa Residen dan pada tahun 1898. Residen Pahang. Hugh Clifford menyokong usaha Talbot dan menyatakan: .

"Banyak masalah yang lelah ditempuhi didalam nzengambil allggota·anggola ullluk Pasukan Polis. Masalah yang dihadapi bukan Ullluk mendapalkan anggola·anggola yang dapal memenuhi syaral·syaral pengambilan; dan saya percaya, ada/ah kes·kes yang berlaku di lIeger; seperli Pahang. Sekarang Pesuruhjaya lelah dilalllik ullluk Angkalan Polis bag; Negeri· negeri Melayu Bersekulu, saya ingill mengesyorkan supayadiwujudkan salu badan penasihal dari depoh pusal yang mana akall mengawasi pengambilall dan lalihall rekrw·rekrul bagi semua perkhidmalall polis kiIG ........ "59

Seta hun selepas pemusatan pasukan polis iaitu pada tahun 1904. Depoh Polis pun dibina di Kuala Lumpur dan tugas mewujudkan Polis Depoh dipikul oleh Kapten A. MacGraham dari 'Guides' Negeri-negeri Melayu. Memandangkan perIantikan ini ialah perlantikan kerajaan Persekutuan maka A. Mac Graham diberikan pangkat Penolong Pesuruhjaya Polis danjawatannya sebagai Komandan Pol is Depoh dikenali dengan panggilan Adjutan. Pengambilan rekrut barn dikontijen diberhentikan dan rekrut-rekrut yang dipilih pada I Oktober 1904 dihantar ke Depoh di Kuala Lumpur. Perkembangan Depoh adalah perlahan dan mendapat banyak kritikan dan sedikit sokongan daripada ketua-ketua Polis Negeri dan Residen Perak. E.W. Birch.

Ketua Polis Perak W.W. Douglas. walaupun menghadapi kesusahan untuk melatih orang-orangnya tetapi dengan penubuhan Depoh beliau tidak mahu

57. R.H. Onmet, 1947. Singapore. A Polia Background. hIm. 83.IG.S. Magill kemudian menjadi Ketua Polis Pahang (CPO) pada tahun 1917 dan H. Fairburn menjadi Ketua Polis Negeri Sembilan pada tahun (1912)].

58. Maluyan Police Magazine. 1956. Vol. XXII. No. I. hIm. 239 (Charles Hannigan kemudian menjadi Pesuruhjaya Polis Negeri·Negeri Melayu Bersekutu. p<lda mhun 1924).

59. Luporan Tahumm NeJ:ui-nel-:eri Mela."u Bersekutu 1898. Seksi Pahang. hIm. 8. Hugh Clifford kepada Re.l;iden-GeneraJ. benarikh 21 hb. Mac 1898.

46

Page 21: PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941)€¦ · PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941) HASSAN YUSOFF, * Ph.D PENGENALAN Setiap negara di dunia ini rnernpunyai

",AVo YSIA. dari URi SEJARAH

bekerjasama. Dalam laporan tahunan, Residen Perak dengan pengaruh Douglas menyatakan:

Kekuatan pada pasukan adaklh seramai /,/35, In! berdllsarkan berkurangan sebanyak //0 kekuatan yang sebenar pada akhir tahun; ini adaklh disebabkan oleh beberapasebab, pengambikln rekrut yang dipusatkan di Kuala Lumpur adalah merupakan salah satu sebab. Pesuruhjaya Polis (Capt. H.L. Talbot) mengatakan terdapat banyak kebaikan dalam sistem baru ini, tetapi apa yang tidak dapat disangkalkan ialah orang-orang Melayu Perakdapat diambil dengan lebih banyak klgi sekiranyapengambikln dilakukan di Perak; dan kewujudan 'Malay States Guides' di Taiping merupakan pusat rekrut yang paling baik untuk orang-orang India. 60

Pada tahun 1906, dengan perubahan-perubahan yang besar, Graham dalam laporannya menyatakan Depoh ada 2 Penolong Pesuruhjaya, 2 pegawai "proba­tionary" (Fairburn dan Magill) seorang pegawai Melayu dan 303 orang "the rank and file." Berikutan dengan penubuhan Depoh, Pesuruhjaya berusaha untuk mengatasi masalah paling besar iaitu mengambil rekrut-rekrut Melayu yang baik bagi perkhidmatan Polis. Kalau semasa zaman pendudukan British dalam tahun 1874 dan Persekutuan Negeri-negeri Melayu pula 1896, penekanan adalah diberikan bagi melatih Sepoy-sepoy India yang telahpun rnendapat latihan di India, tetapi kini selepas perjanjian Persekutuan penekanan kepada penggambilan rekrut Melayu.

lni adalah kerana orang Melayu mempunyai kebolehan dan faham serta menghayati budaya dan masyarakat yang membolehkan mereka menjadi anggota polis yang berkesan. Dalam tahun 1903, Residen-General mengumurnkan dalam Persidangan Persekutuan akan hasrat kerajaan menambah bilangan orang Melayu dalam pasukan Polis.61 Walau bagaimanapun hasrat kerajaan ini tidak mendapat sambutan dari orang Melayu kerana rnereka menggangap pekerjaan Polis sebagai "Anjing Kompeni."

Alasan yang ppJing logik yang diberikan oleh Talbot ialah orang-orang Melayu tidak memasuki perkhidmatan polis kerana mereka boleh mendapat bayaran yang lebih baik dengan bekerja selain dari pekerjaan polis yang menjanjikan keselesaan pekerjaan yangjauh lebih baik dari pekerjaan polis.62

Pada masa itu orang ramai memandang polis dengan sikap yang tidak menyenangkan yakni sikap takut dan benci. Oleh itu, konsep atau tugas polis sebagai penjaga keamanan, dan tatatertib, penguatkuasaan undang-undang demi untuk kesejahteraan rakyat dan negara hampir tidak pernah ada dalam filoran dan

60. Ulporan Tallunan Negui-negeri Meta)'u Berstkutu. 1905. Seksi Perak. him. 13. 61 . The Mala), Mail. 1903. Bertruikh 30 September. 62 . Lapuran Tahunan Negui-Negtri Me/oyu Btrukutu. 1901 . him. 16.

47

Page 22: PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941)€¦ · PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941) HASSAN YUSOFF, * Ph.D PENGENALAN Setiap negara di dunia ini rnernpunyai

PASUKAN POUS VI NEGERI·NEGfRI MF.lA.Yfi.

perasaan orang ramai pada masa ilu.63

Dalam usahanya untuk menyelesaikan masalah kekurangan orang-orang.-., Melayu dalam Pasukan Polis, Talbot meminta kerajaan menjadikan perkhidmatan': polis lebih menarik kepada orang Melayu . Graham mencadangkan kepada Talbot supaya orang Melayu berdarah Diraja diambil memasuki polis supaya diikuti oleh yang lain . Untuk tujuan ini Graham mencadangkan khidmat Raja Alang Iskandar, waris takhta Perak yang berpendidikan barat memasuki perkhidmatan polis.64 Swettenham berminat dengan cadangan ini dan meminta Sultan Perak untuk' membenarkan anaknya menjadi Pegawai Polis . Pada lOgos 1905, Raja Alang Iskandar menyenai Pasukan Polis Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan diberi pangkat Penolong Pesuruhjaya Polis dan ditempatkan di Depoh mengambilalih tugas melatih rekrut-rekrut Melayu.65 Pada tahun 19C5, Talbot mengumurnkan bahawa semakin ramai orang Melayu yang berm in at dengan kerjaya sebagai anggota Polis.

Raja Alang berjaya dalam tugasnya yang bukan sahaja memberi khidmat sepenuh hati tetapi melawat seluruh pekan dan kampung, menegaskan kebaikan­kebaikan kerjaya sebagai seorang poli s dan mempengaruhi pemuda-pemuda Melayu untuk menganggotainya. Semakin lama semakin ramai pemuda Mclayu menyertai polis dan pandangan negatifmasyarakat terhadap polis makin menurun. Pada tahun pertama perkhidmatan Raja Alang Iskandar cuma 207 orang Melayu yang menyenainya tetapi pada tahun-tahun berikutnya bilangan anggota polis Melayu mengatasi anggota polis India.

Talbot kemud iannya menubuhkan pula bahagian "Rekod Jenayah" pada tohun 1904. Maka pada bulan September, 1904 Con lay dihantar ke Scotland Yard untulc memperdalami "Sistem Henry" dar, mendapati ianya perlu di ubahsuai mengikut keadaan di Tanah Melayu. Lanjutan daripada itu, Con lay mencipta "Sistem Cap .lari" dan dikenali sebagai "S istem Conlay".66

Di bawah pimpinan Con lay "Crimillal Registry" ataupun Rekod Jenayah berkembang pesa!. Dalam tahun 1905 aduan jenayah di Perak berjumlah 3,314, Negeri Selangor 2,750, Negeri Sembi Ian 833 dan Pahang 258 kes 6 7 Dalam tahun 1906 Talbotdapat mengurang kejadianjenayah hasil kejayaan "Criminal Registry" dan memberi penghargaan kepada Conlay di atas kejayaannyadi tahap yang tinggi.

Pada tahun 1911, anggota Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu terus benambah maju. Dalum masa 10 tahun sahaja keanggotaan telah benambah

63. The MlJlllY Mail. 1905. ocrtMikh 20 Januari . 64. MaielY Mail, 1905. bcrtarikh 20 JanU:lri. 65. (..(lIlli/WI Talultllll1 NI';:eri-n eXl'ri Mcluyu Be.~e/.:.IWI, 1905 . Sd:~yen Pol i!'. CSiia 1ih31 1...1mpiran B. iaillJ

Organi.~ ::I~i p3~ukan Poli~ Nli:gc:ri-Ncgcri MclllYU Re~ekulu) .

66 . Memo yang dihanl:tr oleh Conlay kcrada Talbot SCOla,,::! pcnubuhan Rekod Jenayah. Malayan Polict Magazine, 1956. Vol. XXII, No. 3, him. 114. (Uhat L:lmpi ran C).

67 . /"'(ll'(lrmr Tahrman Negeri-Negl'ri Ml'lu~'u Ber.fl'klltll . 1905.

48

Page 23: PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941)€¦ · PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941) HASSAN YUSOFF, * Ph.D PENGENALAN Setiap negara di dunia ini rnernpunyai

JlALAYSIA duri .ft~i SEJARAH

dari 2138 orang kepada 3241 orang. 1 umlah pegawai Eropah pula bertambah dari 41 orang kepada 72 orang. Masalah yang dihadapi oleh polis ialah perjudiaan di kalangan kaum Cina dan juga candu.

Apabila Pesuruhjaya Conlay mengambil a1ih tugas pada 1919, Polis Negeri­Negeri Melayu Bersekutu terus berkembang pesa!. Gaji anggota-anggota pangkat rendah diselaraskan dengan Polis Negeri-Negeri Selat pada 1921. Kenaikan tangga gaji baru ialah:68

Pangkat Gaji Lama Gaji Baru

Konstabel Kelas Tiga $15.00 $26.00 Konstabel Kelas Dua $28.00 $36.00 Konstabel Kelas Satu $29.00 $38.00 Lance Koperal $32.75 $42.60 Koperal $35.60 $50.00 Sarjan $47.25 $65.00

Kenaikan gaji telah menarik minat pemula-pemuda tempatan untukberkhidrnat dengan pasukan polis. Keanggotaan PasukanPolisNegeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1923 terus rneningkat ke angka 4000 orang.

Hukuman dan peraturan polis (Police Order) yang lebih kernas telah dikuatkuasakan di seluruh Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dengan baiknya sewaktu Con lay .

Pada masa itu juga telah wujud Police Force Enactment yang dikuatkuasakan pada 9 lanuari 1924.

Enakmen Polis 1924 itu telahpun menggambarkan bahawa tugas Pasukan Polis Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah berjalan dengan tugas-tugas kepolisan yang sebenarnya. Peranannya sebagai pegawai keamanan yang bertanggungjawab kepada rnenjaga keamanan dan ketenteraman orang ramai sertasebagai penguatkuasa undang-undang telah dijelaskan dengan nyatanya.

Con lay bersara pada 15 November, 1924 dengan meninggalkan sumbangannya yang besar kepada pengembangan Pasukan Polis Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Dia dianggap sebagai Pesuruhjaya Polis yang terbaik selepas H.C. Syers. Beliau mengusahakan skim perkhidmatan yang lebih baik, enakmen polis yang lebih lengkap dan rapi dan Con lay telah meletakkan moral anggota-anggota pasukannya di tahap yang tinggi.

Dengan persaraan Conlay, C.H. Samson pada masa itu sebagai Pesuruhjaya Polis lohor telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Selepas itu Charles Hannigan dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis yang

68. Mohd Rcduan Aslie. '984. IIp.cit .. him. 40.

49

Page 24: PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941)€¦ · PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941) HASSAN YUSOFF, * Ph.D PENGENALAN Setiap negara di dunia ini rnernpunyai

PASUKAN POUS DI NEGER/-HEGERI MELAYU

baru. C. Hannigan pemah berkhidmat sebagai Ketua Polis di Kontinjen-kontinjen Pahang, Perak, Selangor dan Pendaftar Jenayah serta Depot. Di samping itu dia pemah memangku jawatan Ketua Polis Negara (I.G.P.) Negeri-negeri Selat.

Pada tahun 1928, Hannigan telah berjaya menerbitkan Malayan Polis Maga­zine. Cawangan "Criminal Inteligence" telah mula diperbesarkan pada tahun 1926 untuk menghadapi masalah jenayah yang kian bertambah dan semakin mUla komplikated.

Hannigan bersara pada 14 Julai, 1931 dan digantikan oleh Charles Henry Sansom. Oleh kerana keadaan ekonomi merosot pada tahun 1932, Sansom telah mengurangkan anggota polis dari 3919 kepada 3649 kerana kerajaan tidak mampu menanggung kerugian yang lebih besar. Beberapa balai polis yang kecil telah ditutup.

Cawangan Perisikan Jenayah terus berkembang pesat selaras dengan bertambahnya kejadian jenayah yang meningkat akibat kemerosotan ekonomi. Pada tahun 1933 Cawangan Fotografi diwujudkan yang mana keperluannya amat dirasakan. Pada tahun 1934 jumlah cap jari yang terkumpul ialah 281,750 di mana termasuklah rekod yang diterima daripada Thailand, China, India, Burma, Indo­China dan England.

Satu lagi perubahan berlaku pada tahun 1936 bilamana kerajaan Inggeris mewujudkan Unified Colonial Police Service. Tujuannya untuk menseragamkan perkhidmatan seluruh pasukan-pasukan polis di tanah-tanah jajahan British dan memudahkan pegawai polis itu ditukarkan dari satu pasukan polis ke pasukan yang lain. Dengan itu latihan untuk pegawai-pegawai pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat dipusatkan di Depot. Walaupun pada tahun 1934 pegawai-pegawai polis yang berketurunan Asia diberi peluang untuk dilantik ke jawatan inspektor tetapi temyata keutamaan dan keistimewaan masih diberikan kepada pegawai-pegawai Eropah. Mereka bell!m meyakini kemampuan bumiputera.69

Samson bersara pada bulan Mac, 1939. E. Bogot dilantik sebagai Ketua Polis Negara bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang baru.

Pada awal tahun 1930, negeri-negeri di Tanah Melayu mulai menghadapi masalah komunis yang telah mula mengembangkan pengaruhnyadiTanah Melayu. Anasir-anasir komunis mengadakan perarakan haram Happy Valley di Singapura, membuat dan menyebarkan risalah-risalah komunis. Polis segera bertindak menyuraikan perarakan itu. Dari Singapura komunis menghantar kader-kademya ke seluruh Negeri-Negeri Melayu Bersekutu untuk mengembangkan pengaruhnya dengan mengeksploitasi slogan anti-penjajah British.

69. Ibid. him. 46.

50

Page 25: PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941)€¦ · PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941) HASSAN YUSOFF, * Ph.D PENGENALAN Setiap negara di dunia ini rnernpunyai

MALAYSIA darisegi SEJARAH

CA WANGAN PENDAFTARAN JENAYAH

Cawangan Pendaftaran Jenayah atau Criminal Registry merupakan satu cawangan penting yang berkemampuan memberi maklumat-maklumat mengenai penjenayah dan juga cap jari mereka supaya mereka dapat dikesan dengan lebih mudah.

Cawangan ini dibentuk pada bulan Ogos, 1905 di bawah pimpinan W.L. Con lay, O.B:E. Beliau telah mencipta satu sistem klasifikasi cap jari yang mudah digunakan. Kemudian G.B. Linsford pula telah memberikan sumbangan yang berharga iaitu dengan menciptasatu sistem sub-klasifikasi yang mempermudahkan lagi penyusunan rekod-rekod penjenayah pada tahun 1905.70

Dalam bulan Disember, 1941 , sejurus sebelum pengunduran kerajaan British dari Kuala Lumpur, Linford, selaku Pendaftar Penjenayah (Register a/Criminals) telah menghantar semua rekod-rekod dari Kuala Lumpur ke Polis Depoh Jalan Thomson, Singapura.

Dalam bulan Mei, 1942 semasa pemerintah Jepun, seorang anggota pasukan polis Singapuratelah berjumpadengan pegawaiJepun yang mengelolakan cawangan jenayah, Singapura dan meminta supaya rekod-rekod cap jari yang tersimpan di Polis Depoh, Jalan Thomson digunakan.11

Pada masa itu, Depoh tersebut sedang diduduki oleh unit tentera Jepun. Sebilangan besar guni-guni yang berisi dengan salinan-salinan cap jari telah dijumpai di dalam sebuah parit dan digunakan sebagai jambatan bagi lori-lori, manakala yang lainnya terselerak di dalam sebuah bilek di Depoh tersebut. Pihak tentera Jepun tidak membenarkan permintaan untuk memindahkan rekod-rekod tersebut ke Balai Polis Central. Rekod-rekod yang terletalc di dalam parit hanya dipindahkan ke dalam bilek. Jadi, pihak Jepun tidak menggunakan rekod-rekod jenayah tersebut. Pada bulan Ogos, 1944, rekod-rekod itu telah dipindahkan ke Balai Polis Hill Street dan kemudian ke Pejabat Detektif di Balai Polis Central, Singapura. Dua orang detektif Singapura telah berjaya menyusun kembali rekod­rekod jenayah. dan cap jari tersebut tetapi rekod-rekod ini tidak digunakan oleh pihak Jepun.

Apabila pihak British bertapak semula di Tanab Melayu, Ridley, A.S.P., selaku Pendaftar Jenayah dan Chow Fook Leong, selaku Persuruhjaya telah dihantar ke Singapura. Semua rekod-rekod ini telah dikumpulkan dalam 200 guni dan dihantar ke Kuala Lumpur melalui keretapi .

Rekod-rekod itu telah sampai di Kuala Lumpur pada 24hb. September, 1945 dan seterusnya usaha-usaha menyemak dan mengklasifikasikan semula telah dimulakan. Hampir setahun kemudian, iaitu pada Ihb. Jun, 1946, barulah cawangan rekod

70. MaJayan Union Files, 3015147. 71. Ibid.

51

Page 26: PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941)€¦ · PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941) HASSAN YUSOFF, * Ph.D PENGENALAN Setiap negara di dunia ini rnernpunyai

PASUKAN POllS DI HEGER/-HEGERJ MELA.'YU

jenayah ini dapat memulakan semula tugasnya untuk menyemak cap jari dan membekalkan pasukan polis Tanah Melayu dan Singapura dengan rekod-rekod jenayah.

PASUKAN POLIS NEGERI-NEGERI MELA YU TIDAK BERSEKUTU

Beberapa tahun sebelum Perjanjian Bangkok 1909 di antara kerajaan British dan kerajaan Siam, Sultan Kedah telahpun menjemput beberapa orang British untuk membantu Pasukan Polis Negeri Kedah. Jadi apabila penasihat British yang pertama sampai ke Kedah pada tahuo 1909, negeri Kedah telahpun mempunyai beberapa orang pegawai Polis berbaogsa British. Pada tahuo 1909, pegawai yaog paling kanan ialah B.E. Mitchell memegangjawatan Commissionerdi bawah Tuoku Ibrahim yang memegangjawatan Ketua Polis Negeri.12

Pada tahuo 1906, M.W.E. Speers dilaotik menjadi Ketua inspektor di Kuala Muda dan KetuaInspektor P.F. Joyce juga sudah beradadi Kedah·. Pada tahuo 1909 negeri Kedah mempunyai seramai 50 I anggota yaog terdiri dari Mata-mataMelayu seramai 260 orang, Sepoy India seramai 134, Cina 6 orang dan lima orang Siam.73

Speers kemudian dilantik sebagai "Assistant Commisioner" bertempatdi Kuala Muda dan Joyce masih memegangjawatan Ketua Inspektor di Nor Star. Mitchell bersara pada tahun 1910 sebagai Commissioner Polis. Semasa itu keadaan pasukan Polis Negeri Kedah tidak begitu cekap, kurang disiplin dan Penasihat British di negeri Kedah pada masa itu, Meadows Frost meoyatakan bahawa Polis oegeri Kedah tidak mungkin berkemampuan membenteras kumpulao-kumpulao penjenayah dengan berkesan.74

Bila Mitchell bersara, tidak ada Commissioner barn dilantik tetapi sebaliknya kawasan Kedah utara dan selatan ditadbir oleh Assistant Commissioner masing­masing tanpa pengawasan Commissioner di peringkat Pusat. Oi samping itu pada tahun 1913, Tunku Ibrahim telah meninggalkan jawatannya sebagai Ketua Polis Negeri kerana dilantik sebagai Pemangku Sultan Kedah. Assistant Commissioner Joyce menjaga kawasan Kedah utara dan Speers di Kedah selatan. Keadaan di kedua-dua bahagian itu adalah berlainan. Oi utara bersempadaokan dengan negeri Siam, mempunyai berbagai-bagai masalah seperti kumpulan-kumpulan penjahat yang ganas, pencuri-pencuri kerbau lembu dan kebanyakan penduduk tidak menghormati undang-undang. Sedangkan di selatan hanya menghadapi masalah jenayah-jenayah kecil dan kumpulan-kumpulan haram sahaja.75

n. Plluick Morrah. 1963. The History or the Malayan Police. dnillm jumlll "Malayan Brunch RtJyal Asialic Suciety. Vol. 36. Part 2. No. 202, him. J54.

73. Pulice Magazine, 1929. Vol. 2, August. 74. iAPORAN TAHUNAN NEGERI KEDAH. 1910. 75. Hasan Yusoff. 1978. Sistern Kepolisan - Kedah selep:l.'1 1909. MajaJah Pengal1llln. hIm. 64. (8a.gi melih:u

Organisasi Polis Negeri Kedah sillllihat l..arnpimn f).

52

Page 27: PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941)€¦ · PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941) HASSAN YUSOFF, * Ph.D PENGENALAN Setiap negara di dunia ini rnernpunyai

Speers dan Joyce memberi keutamaan untuk membenteras berbagai corak dan rupa jenayah. Pada tahun 1920 terdapat kejadian rompakan. pembunuhan yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan perompak di sekitar kawasan Bukit Perak. Pada tahun 1924 kumpulan itu dapat dihancurkan. Ketuanya dibu'!uh dan anggota­anggota kumpulannya ditangkap dan akhimya dihukum gantung. Selepas itu tiada lagi kumpulan-kumpulan perompak dan penjenayah yang merbahaya.

PASUKAN POLIS KEDAH DIPERMODENKAN

Mulai tahun 1922 Pasukan Polis negeri Kedah sedikit demi sedikit telah dipermodenkan. Sekim perkhidmatan dan gaji telah dikaji semula dan faktor itu telah sedikit sebanyak dapat menarik lebih ramai orang-orang Melayu yang berpelajaran memasuki Polis negeri Kedah. Di samping itu senjata-senjata moden seperti carbine diperlengkapkan dan keseluruhan aspek latihan seperti latihan senjata. kawad serta latihan jasmani diselaraskan semula. Jadi disiplin dan mutu kepolisan di Kedah semakin bertambah baik.76

Pada tahun 1922 Polis Negeri yang terdiri dari dua pasukan di utara dan selatan yang ditadbirkan secara berasingan telah dicantumkan semula di bawah satu pentadbiran sahajadi Alor Star. Speers dilantik sebagai Commissioner Polis negeri Kedah dengan A.W. Hamilton sebagai Assistant Commissioner di utara dan P.K. Hazlitt selaku Assistant Commissioner di selatan. Carta pentadbiran seperti itu berakhir pada tahun 1929 apabila Polis negeri Kedah ditadbirkan pula secara lingkungan iaitu tiap-tiap lingkungan mempunyai Ibu Pejabat masing-masing di Alor Star. Sungai Petani dan Kulim. Ibu Pejabat Kontinjen Negeri ialah di Alor Star. Pada tahun 1929 Speers bersara selepas berkbidmat se!ama 34 tabun dengan cemerlang. Beliau boleh dianggap sebagai pembentuk dan pencipta utamaPasukan Polis Negeri Kedah,77

Pada masa itu Polis Negeri Kedah dianggotai kebanyakannya oleh anak-anak Kedah sendiri dan cuma terdapat satu kumpulan kecil anggota Polis Sikh yang menjalankan tugas-tugas mengawal di sekitar bandar Alor Star. Pada bulan Jun 1929. A. W. Hamilton telah dilantik menjadi Commissioner menggantikan tempat Speers. Pada masa itu E.P. Colgan dilantik sebagai Pegawai Penguasa Polis Kawasan Alor Star. A.F. Sheady sebagai Pegawai Penguasa Polis Kawasan Kulim dan D. Kenny sebagai Pegawai Penyiasat seluruh negeri yang beribu pejabat di Sungai Petani. Kekuatan Pasukan Polis pada tahun 1930 ialah seorang Pesuruhjaya Polis. 3 orang Penolong Pesuruhjaya Polis berbangsa British. 3 orang Penolong Pesuruhjaya Polis Melayu. 3 orang Ketua Inspektor Melayu. 10 orang Inspektor Melayu dan seramai 764 orang anggota Polis dan Mata-mata Gelap dan mengandungi

76. Ibid. him. 63. 17. Ibid., hIm. 64.

53

Page 28: PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941)€¦ · PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941) HASSAN YUSOFF, * Ph.D PENGENALAN Setiap negara di dunia ini rnernpunyai

PASUKAN POUS DI NEGERI-N£G£RI M £LA YU

beberapa orang Cina, India dan Siam dan Kum[lulan kecil Polis Sikh,78

PASUKAN POLIS KEDAH PADA TAHUN 1935

Keadaan polis negeri Kedah pada lahun tiga puluhan bertambah maju dan penladbirannya bertambah kemas. Di seluruh negeri terdapat banyak balai-balai polis mengikut keadaan penduduk dan keluasan kawasan. Anlaranya terdapal IS buah balai yang terpencil yang tidak mempunyai jalanraya menujunya. Tiap-tiap balai mempunyai seorang pegawai pangkat rendah (Sarjan alau Kopral) dan empat atau lima konstabel. Tiap-tiap Daerah Polis mempunyai seorang Inspektor Melayu yang menjadi Ketua Polis Daerah dan beberapa daerah Polis lelah dilelakkan di bawah jagaan lingkungan yang dikeluai oleh seorang Penolong Pesuruhjaya Polis British. Penolong Pesuruhjaya Polis ilu juga menjadi pegawai pendaflar dan pemeriksa kerela-kerela molor dan Pegawai Pendakwa Raya. Semenlara ilu . Pesuruhjaya Polis negeri pula menjadi Penguasa Bomba Negeri dan juga Pegawai Immigresen bagi orang-orang dagang.

Pada labun liga puluhan, penduduk-penduduk yang lahir di negeri Kedah dan berkelulusan Darjah IV Sekolah Melayu boleh memohon untuk menjadi Mala­mata dalam Pasukan Polis Negeri Kedah. Pada tahun 1934 cuma terdapal lima orang mata-mata yang berkelulusan lebih linggi dari Darjah VI Sekolah Inggeris.

Pada tahun 1935 kekuatan Pasukan Polis Kedah ialah 5 orang Pegawai Yang Diwartakan, 17 orang Pegawai Kanan, 680 orang Anggota Pangkat Rendah dan seramai 79 orang kerani dan Auxiliaries. lumlah di atas termasuklah Polis Konlinjen Melayu yang mengandungi 116 Pegawai pangkat Rendah serta 462 Mata-mata. Kontinjen Sikh yang mengandungi II Pegawai Pangkat Rendah serta 41 mata-mala Sepoi dan Konlinjen Mala-mala Gelap yang mengandungi 50 orang anggola. Dari jumlah-jumlah tersebut, Polis negeri Kedah masih berkurangan keanggotaannya seramai 23 orang. Kekurangan ini lermasuklah seorang Inspektor, 9 Pegawai Pangkal Rendah Melayu, 6 orang Mala-mata, seorang Pegawai Pangkat Rendah Sikh, 4 Sepoi dan 2 Mata-mala Gelap.

I.

II.

Statistik Penting Polis Kedah Tahun 1935

lumlah penduduk negeri Kedah

Keluasan negeri Kedah

465,270 orang pada pertengahan tahun 1934. 3,648 balu persegi .

78 . Temuramah dengafl Tuan Tajudin YUh)'ll (bcka.~ Kelu:l Inspcktor Polis). Beliau mcmasuki Polis Kedah pada tahun 1934 dan DatuknY3 Wan Ism3il bin Wan Mohd. Hao;;sar.. Ketua polis Negeri Kcdah yang pertama. Temuramah dibuat pada 6hb. Jun 1977 di Alar Slar.

54

Page 29: PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941)€¦ · PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941) HASSAN YUSOFF, * Ph.D PENGENALAN Setiap negara di dunia ini rnernpunyai

MALAYSIA ckJri s~gi SEJARAH

Ill . Anggaran pendapatan hasil $ 6,331,582.00 negen.

IV. Anggaran perbelanjaan negeri $ 6,972,995 .00 v. Perbelanjaan Polis Negeri $ 434,383.00

(1934) . VI. Hasil yang dikutip oleh Polis $ 167,092.00

Bilangan Balai Polis Di Kedah - 1934

Lingkungan lumlah Balai Daerah Polis Inspektor

Alor Star 29 5 10 Sungai Petani 15 6 4 Kulim 13 2 3

lumlah 57 13 17

Sumber : Laporan Residen, dalam Laporan Tahunan Negeri Kedah, tahun 1935.

SEJARAH A W AL POLIS NEGERI KELANTAN

Semasa Perjanjian Bangkok pada tahun 1909 negeri Kelantan sudahpun mempunyai Pasukan Polisnya sendiri yang mana pada masa itu diperintah oleh seorang putera raja, Tunku Sri Maharaja. Keanggotaan Pasukan ini ialah seramai 268 orang termasuk satu Pasukan Polis Benggali seramai 60 orang yang dikenali sebagai "Military Police" yang menjalankan tugas-tugas pengiringdan pengawaI.79

Pada masa itu keadaan disiplin amat rendah, kerana kebanyakan anggota Polis tidakmemahami tentangdisiplin dan keadaanjenayah berlaku dengan berleluasanya terutama dalam kes kecurian lembu/kerbau. Pada awal tahun 1909, lemadar Bur Singh, pemerintah Military Police, telah ditangkap kerana mencuri dan beliau didapati banyak mempunyai barang-barang curio

G. Cullen dari Polis Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah dipinjamkan kepada Kerajaan negeri Kelantan pada penghujung tahun 1909 dan dikenali sebagai Penguasa Polis Negeri Kelantan. Pada ketika itu Tunku Sri Maharaja masih lagi menjadi Pesuruhjaya Polis Negeri dan beliau memberi segal a rupa sokongan kepadaG. Cullen untuk memperbaiki Pasukan Polis negeri itu. Pada tahun 1910 G. Cullen telah dilantik sebagai Ketua Polis Negeri .

79. Pauick Morrah, 1963. History of the Malayan Poli.f, him. 157.

55

Page 30: PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941)€¦ · PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941) HASSAN YUSOFF, * Ph.D PENGENALAN Setiap negara di dunia ini rnernpunyai

PASUKAN PDUS 01 NEGERI-NEG£RI MEUtYU

PEMBAHARUAN

Selepas itu Polis negeri Kelantan mendapat sedikit pembaharuan seperti peralatan polis dari Polis Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah diubahsuai untuk kegunaan Polis Kelantan. Sebuah Sekolah Latihan Polis telah dibina di Kota Bharu untuk melalih anggota-anggota Polis yang tidak tahu membaca dan menulis. Cullen bertugas di Kelantan selama tiga tahun dan selepas itu Kapten Tomlinson menggantikan tempatnya selama setahun sahaja. Pada 28hb. April 1913, Kapten H.A. Anderson pula mentadbirkan Polis negeri Kelantan. Anderson berasal dari Australia dan telah memasuki Pasukan Australian Garrisson Artillery. Beliau juga pemah mengambil bahagian dalam peperangan di Afrika Selatan. Selepas itu Anderson telah memasuki Pasukan Pasukan Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu sebagai Inspektor. Pada tahun 1913 beliau mula berkhidmat dengan Pasukan Polis Negeri Kelantan dan memegangjawatan Ketua Polis Negeri. Anderson ialah pengasas kepada Pasukan polis moden negeri Kelantan.

Mengikut laporan pentadbiran negeri Kelantan pada tahun 1913 yang ditulis oleh Penasihat British (British Adviser), W. Langham Carter, didapati bahawa kekuatan Pasukan Polis pada masa itu ialah seramai 385 orang. Keadaan balai­balai Polis sangatlah tidak baik. Perhubungan dari satu kawasan ke satu kawasan balai terlalu sukar dan terpaksa mengambil masa yang lama. Mulai tahun 1913 Kapten Anderson telah cuba memperbaiki mutu Pasukan Polis negeri. Pada masa tersebut Inspektor Dowling menjadi Ketua polis Daerah Kota Bharu, Inspektor Nik Leh Ketua Polis Pasir Mas, dan Inspektor Sheikh Salleh, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh.

Senjata baru 303 Martini Enfield Carbine telah mula digunakan pada tahun 1913. Dua balai baru telah didirikan di daerah Pasir Mas dan Kuala Krai. Hasil kutipan Polis Kelantan telah meningkat dari $13,000 ke $15,000 ringgit bagi tahun 1913.30

Kapten Anderson telah membetulkan kedudukan disiplin secara menyeluruh dalam Pasukan Polis Kelantan. Dengan pengawasan yang rapi dari Anderson, Polis kelantan telah mula bergerak mencontohi gerak langkah Polis Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pasukan Polis Kelantan sekali lagi dikenali sebagai Pasukan Polis Tentera Kelantan. Pada tahun 1927 gelaran Ketua Polis Negeri diubah dikenali sebagai Pesuruhjaya Polis.81

Anderson bersara pada tahun 1934, tetapi beliau terus tinggal di Kota Bharu. Anderson memeluk agama Islam dan hidup secara rakyat Kelantan.

80. Laporan Tahunan Negeri Kclanlan - Tahun 1913. 81. Ha..<;an bin·Yusofr. 1979. Sejarah Awal Polis Ncgcri Kelanlan. Pengllmlln. lilid 31. Bil. I. lan.IMei. him. 63.

(Bagi mclihat Organisa..<;i Polis Kelantan. silo. lihat Lampimn Fl .

56

Page 31: PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941)€¦ · PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941) HASSAN YUSOFF, * Ph.D PENGENALAN Setiap negara di dunia ini rnernpunyai

MALA rSIA dari '''~Ri SEJARAH

Oalam kata-kata aluan sempena persaraan Anderson, A.S. Haynes, Penasihat British kepada Kerajaan Kelantan, menulis "Polis Tentera Kelantan sekarang dianggotai sepenuhnya oleh anak Melayu yang mahu ketampanan mereka terkenal di seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Pasukan dewasa ini, dan pasukan pancaragarnnya yang baik adalah hasil kerja yang mutlak Mri Pesurubjaya Anderson".

Mengikut laporan tahunan 1935 oleh Penasihat British, A.C. Baker, Polis Kelantan jaub lebih maju jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya. Terdapat banyak cal on-cal on yang berkelayakan yang mahu memasuki Polis Negeri. Anggota-anggota Polis dengan senang mempelajari undang-und,mg asas kepolisan dan boleh menguatkuasakan undang-undang dengan baiknya. Sebuah sekolah telah didirikan di Kota Bbaru di mana rekrut-rekrut Polis dan juga latihan ulangkaji bagi anggota-anggota Polis diadakan dari masa ke semasa oleh tenaga pengajar yang terlatih. Oisipliri jauh lebih baik jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya. Oalam tahun 1935 terdapat 241 kesalahan-kesalahan tatatertib berbanding dengan 400 pada tahun 1934. Keadaan jenayah jauh berkurangan jika dibandingkan dengan keadaan sebelurnnya. Tetapi keadaan curi kerbau lembu masih lagi menjadi-jadi . (Sila libat ladual 1.2).

JADUAL1.2

Laporan tabuoan (perbandingan dari tabun 1931-1935) keadaan jenayab di Kelantan oleb A.C. Baker Penasibat British

bagi Kerajaan Kelantan

Kesalahan 1931 1932 1933 1934 1935

Bunuh 8 13 9 7 7 Rompak berkawanlrompak 9 14 II 19 6 Pecah rumahlcuri 4 10 37 58 45 Curi kerbaullembu dan kecurian kecil - - - - 315 Curi lembu dari ($ 1 OO.OC) 39 71 75 33 13

Sumbcr -(Perangkaan ini dipelik dari laporan lahunan pentadbiran Kerajaan Kelanlan - 1935 - Oleh A.C. Baker - Penasihal British).

Pada tahun 1939 Pasukan Polis negeri Kelantan menggunakan senjata "Short Magazine Lee - Enfield Rifle Mark III dan bayonet". Pada ketika itu polis Kelantan diberi latihan yang mencukupi dalam penggunaan senjata, tugas-tugas ketenteraan, kepolisan dan perbarisan-perbarisaan kehormatan negeri. Pada tahun tersebut Pegawai-pegawainya terdiri dari seorang Pesuruhjaya Polis berbangsa

57

Page 32: PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941)€¦ · PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941) HASSAN YUSOFF, * Ph.D PENGENALAN Setiap negara di dunia ini rnernpunyai

P,.\SUKAN POUS DI NEGERI·NEGERf MEV. YU

Briti sh yang dipinjamkan dari Negeri-negeri Melayu Bersekutu seorang Ketua Polis Negeri berbangsa Melayu anak Kelantan , seorang Penolong Pesuruhjaya Polis Melayu dan se mbi Ian Inspektor Polis dan seramai 3260rang anggota-anggota pangkat rendah . Kekuatan keanggotaan ini terus tidak berubah sehinggalah Jepun mendarat di Kota Bharu pad a 8hb. Disember, 1941.

Semasa pemerintahan Jepun , Kapten Anderson telah dibawa oleh Jepun ke Singapura dan kemudian dibebaskan. Pada ketika itu umumya sudah lebih dari tujuh puluh tahun. Selepasdibebaskan Anderson balik ke KotaBharu Kelantan dan terus tinggal di sana sehingga meninggal dunia pada 24hb. lanuari 1955 ketika berumur lapan puluh tahun .

PASUKAN POLIS NEGERI PERLIS

Negeri Perlis merupakan satu-satunya negeri Melayu di manaPasukan Poli snya berkembang tanpa tunjuk ajar atau bimbingan dari sebarang pegawai keturunan asing. Selepas Bangkok Treaty pad a 10 Mac 1909, iaitu semasa pemerintahan Raja Syed Alwi. Siam telah menyerahkan segal a kuasanya ke atas Perlis kepada kerajaan British dan pada mas a itu Kapten Meadows Frost menjadi Penasihat British yang pertama di negeri Perl is.

Pada tahun 1909 terdapat seramai 57 orang anggota Polis di Negeri Periis yang terdiri dari 30 orang mata-mata Melayu dan 27 orang Sikh dan mempunyai tiga buah Balai Polis iaitu Kangar, Arau dan Sanglang. Orang-orang Sikh. di samping menjadi Mata-mata. merekajuga membuat tugas-tugas wardermenjagaorang-orang salah . Semasa penubuhannya dalam tahun 1909 keadaan Pasukan Polis Negeri Perlis agak tidak teratur, kurang disiplin , wujud rasuah tetapi keadaan itu dapat diatasi dalam tahun 1910 dan tahun-tahun kebelakangannya sete lah Che Mat bin Haji Kass im memegang tampuk pentadbiran Polis Negeri Perlis 82 Dalam laparan tahunan 1909, Penasihat British Negeri Perlis Kapten Meadows Frost menyatakan :-

"Helldaklah diadakall saW Sarjall sebaga; ketua bag; saW-saw kawasan bala; dan sarja" Me/ayu itu amara lain berkewajipan melljalankall kes di mahkamah majistret. Pada masa iw, dukacita dimaklumkan, seorang sarjan yang ada sedallg menjalani hukumall tiga tahtUi pelljara bersabit ke.m/ahan rasuah yang sa)'a dapati lelah lama diamalkall olehllYG, manakafa seorwlg lallce-kopral yang memangku rempatnya hingga dapat diganti seorang sarjall {aill , telah lar; ke Pltlau Pinang del/gan wang gaji ahli-ahli Polis.

82 . Hasan Yusorr. 1978. Scjarah Ringkas Polis Negeri Perlis hin gga tahun 1946, PenKwr.un. Jilid 30. hi!. 4. Oktl Dis.

58

Page 33: PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941)€¦ · PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941) HASSAN YUSOFF, * Ph.D PENGENALAN Setiap negara di dunia ini rnernpunyai

MA.LAYSIA dari s~gj SEJA.RAH

Bagi menambahkan buruknya keadaan itu, ahli·ahli Polis pada masa itu, tiada jahafJ1 akan tugas dan tanggungjawab mereka dan tiada palutll)'a dibiarkan begitu. "83

Keadaan buruk itu tidak lama berterusan dan ia dapat diatasi apabila seorang anak Melayu Perl is Che Mat bin Haji Kassim memasuki perkhidmatan Polis Negeri Perl is. Che Mat mendapat didikan di Penang Free School, dan memasuki Polis pada tahun 1909. Selama setahun beliau menjalani latihan kepolisan di bawah Penolong Pesuruhjaya Polis W.E. Speers di Kuala Muda Kedah. Setelah tamat latihannya, Che Mat balik ke Perlis pada tahun 191 Odan diberi tugas sebagai Ketua pasukan Polis Melayu Perl is, berpangkat Inspektor.

Oengan tekun dan tabah Che Mat berjaya memperelokkan mutu perkhidmatan Polis, seperti disiplin, gaji, dan menghapuskan amalan rasuah. Oalam laporan tahun 1912 Penasihat British H.C. Eckhardt menyatakan:-

"Pada tahull 1912 adalah amat sukar untuk mengambil allggota-allggota baru yang sesuai di kalangan orang-orang Mela)'u berkhidmat dalam Pasukan Polis. 1ni ialah kerana orang·orang Melayu tidak cenderung berkhidmat dalam Pasukan Polis. O/eh itu kekllatan allggota keseluruhan Pasukan lidak mencukupi tetapi keadaan disiplin adalah baik. Bagi keseluruhan tahun 1912 kesemuQIl)'Q terdapat 29 kes pen),elewengan di kalangan anggota-aflggota Polis dan dari hi/allgan itu 12 kes diambil tindaka" tafatenib dan 8 kes diambil t;ndakan mahkamah. Pada tahull yang sama sebuah balai bam didirikall di Kaki Bukit yang diallggotai alell seorang Kapral dan duo orang Mara-mata. Di samping tugas·tugas Polis biasa, Polis Sanglangjuga menjalankan tugas memullgut cukai di pelabuhan, Polis Arau memungut cukai-cukai ke alas barang-barang keluar masuk allfara Perlis dan Kedah dan Polis Kaki Bukit mengawal kurantin lembu· lembu yang dibawa masuk dari Singgora ".84

Che Mat terus menjadi Inspektor Polis sehingga tahun 1926 apabila beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Perlis dan jawatan ini dipegangnya sehingga tahun 1946, iaitu setelah berkhidmat selama 37 tahun dan pada ketika itu jumlah anggota Polis ialah seramai 130 orang.

Keadaan jenayah terus berkurangan dan Pasukan Polis mampu dan berkebolehan dalam menjaga keamanan dan ketenteraman dalam negeri. Oalam tahun 1933 Penasihat British O.E. Venables, melaporkan:

83. Laporan Tahunan Negeri Perlistahun 1909. (Untuk meliha(Organisasi Polis Perlis. sila lihat Lampiran F). 84. Laporan Tahuncm Negeri PerliJ lahun 1912.

S9

Page 34: PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941)€¦ · PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941) HASSAN YUSOFF, * Ph.D PENGENALAN Setiap negara di dunia ini rnernpunyai

PA.SUXAN POUS DI NEGER/-NEGERI MEU YU

.. Kecurian kerbau lembu yang diallggap oleh penjenayah-penjenayah dahulu sebagai salu hiburan mereka. lelah berkurangan sekarang_ "85 .

Oalam laporan tal1Unannya. Venables telah memuji Che Mat kerana tindakan yang berkesan dalam membenteras kejadian-kejadian jenayah seperti mencuri lembu sertajenayah-jenayah kecil yang lain yang sering berlaku di zaman dahulu_

Apabila Che Mat bersara pada tahun 1946. Pasukan Polis Negeri Perlis telah dicantumkan dengan Pasukan Polis Negeri Kedah di bawah pentadbiran Polis Malayan Union_

PASUKAN POLIS TERENGGANU

Sistem Polis tradisional Terengganu yang menggunakan "Budak Raja"S6 masih wujud pada awal abad ke 20 dimana ianya diketuai oleh Tunku Penglima Besar. Pasukan Polis ini temyata berkesan. Jumlahnya meningkat kepada 18 mata-mata pada tahun i 914.

Oleh kerana Budak Raja tidak diberi gaji. mereka selalu memeras orang ramai untuk mendapatkan wang. Mereka selalu keluar ke bandar Kuala Terengganu dan kampung-kampung sekitamya pada waktu malam untuk memeras wang dan barang-barang. Mereka dengan senang boleh mengambil apa-apa barang dari kedai-kedai tanpabayarandanjika tuan kedai itu enggan. merekaakan menyeksanya. Kadang-kadang yang tidak bersalah pun ditangkap oleh mereka lalu mengancam hendak menuduh orang itu melakukan sesuatu kesalahan jenayah jika orang itu tidak memberi wang kepada mereka. Oleh sebab perbuatanjahat ini tidak dilarang atau dihukum oleh Sultan. mereka pun melakukan sesuatu sekehendak hati mereka. Orang ramailah yang menderitadan tidak puladapat melakukan apa-apa pembalasan atau mengadu kepada kerajaan supaya Budak Raja itl: dihukum kefana perbuatan jahat mereka. Begitulah keadaan orang-orang yang dijadikan "Pasukan Polis di Terengganu" pada masa itu.

Oi antara tahun 1910 hingga Mei 1919. Pegawai British yang ditempatkan di Terengganu masih memakai gelaran Agen British (Wakil British). bukan Briti sh Adviser (Penasihat British). Oari bulan Mei 1919 barulah gelaran itu diubah kepada British Adviser.81

85. Laporatl Tahunan N~gui Puli.{ - TOlhun 1933. 86. Mohd Reduan Hj Aslie. 1984. Polis Dirajo. Malaysia. S~jar(Jh Puunundan Caburan. him. 62. Ku:tla Lumpur:

Karnngkr.lf Sdn. Bhd. 87. Nal1\3 wakil British ke Terengganu dati tOlhun 1910 hingga ke 1919 ialOlh:

D. . W.L. Conlay - 1910. b. W.O. Scott -1911 - 1913. c. E.A. Dickson - Julai 1913-19 14. d. C.N. Maxwell- 1914-1915. e. J.L. Humphreys - November 1915-23 Mei 1919.

60

Page 35: PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941)€¦ · PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941) HASSAN YUSOFF, * Ph.D PENGENALAN Setiap negara di dunia ini rnernpunyai

MALA YSIA dari st!gi SEJARAH

Pada tahun 1915 kerajaan Terengganu telah cuba hendak menjadikan Budak­budak Raja sebagai satu pasukan rasmi kerajaan dengan memberikan kuasa-kuasa yang luas seperti kuasa mengelidah dan menangkap tanpa waran. Pada tahun 1915 keadaan jenayah menjadi-jadi tanpa kawalan. Pada tahun 1917 kerajaan telah melantik lapan penghulu dan di bawah penghulu diletakkan pasukan-pasukan kecil polis. Nampaknya sistem ini telah mengatasi sistem Budak Raja dan membenteras kegiatan haram mereka. Selepas akhirnya Perang Dunia Pertama sistem penghulu dan Budak Raja periahan-lahan hilang.

Semasa CN. Maxwell menjadi wakil British. beliau telah mernbuat laporan seperti berikut:

Tidak ada sebarang contoh pellahallan oleh polis di dalam senarai kesalahan sepanjang tahufI, kecuali beberapa orang wanita....... Jenayah telah meningkat sepanjang tahun, tetapi polis tidak mempunyai buku-buku rekod aduan. saya tidak dapat memberi dalam ben/uk allgka. Terdapat kejadiall kecurian di Terellggallu tapi polis tidak berbuat apa-apa ulltuk memeriksa kejadian illi.88

Pada tahun 1912 Sultan Terengganu telah melantik Yusufbin Panglima Perang Musa mengetuai Pasukan Polis di seluruh Terengganu. Pada 24 Mei 1919. J.L. Humphreys telah dilantik sebagai Penasihat British (British Adviser) yang pertama di Negeri Terengganu. Selepas inilah baru pembaharuan dapat dibuat dalam pasukan polis . Seorang pegawai polis British iaitu E. Cheers dipinjamkan ke Terengganu untuk menyusun semula pasukan polis. E. Cheers diberi jawatan Pesuruhjaya Polis dan Tunku Panglima masih kekal sebagai Ketua Pesuruhjaya. Kedua-dua mereka bekerjasama dengan baik dan Cheers telah dapat memperbaiki imej Pasukan Polis Terengganu. Pada tahun 1921 Tunku Panglima meninggal dunia selepas inijawatannyadiisi dan dikenali hanya sebagai Pesuruhjaya Melayu. Mulai dari tarikh ini Pesuruhjaya British mempunyai kuasa bagi mengawal dan memeri;ltah Pasukan Polis Terengganu. Selepas Cheers. M.L.I. Wynne yang banyak mempunyai pengalaman dari Polis Depoh. Kuala Lumpur. telah memajukan lagi pasukan polis dengan menitikberat kaedah latihan rekrut-rekrut. Pada masa itu rekrut-rekrut dari Terengganu telah dihantar ke Polis Depoh. Kuala Lumpur untuk menjalani latihan.

Dari masa itu didapati ramai anak-anak orang kenamaan negeri memasuki pasukan polis. Tengku Muhammad anakanda Sultan Pahang yang kemudian menjadi Menteri Besar Terengganu juga pernah memasuki Pasukan Polis Terengganu dengan pangkat Penolong Pesuruhjaya Polis. Tengku Muhammad memainkan peranan yang begitu berkesan sekali dalam perkembangan Polis

88. Luporan Tahunun Terengganu. 1914. hlm.9. (Sila lih:l.t Lampiran F. iailu Organisasi Polis Trengganu).

61

Page 36: PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941)€¦ · PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941) HASSAN YUSOFF, * Ph.D PENGENALAN Setiap negara di dunia ini rnernpunyai

PASUXAN POUS DJ NEG£RI·NEGERJ MEUyu

Terengganu. Pasukan Polis Terengganu telah berkembang dan pada tahun 1941 kekuatan pasukan polis ialah seramai 374 orang.89

PASUKAN POLIS JOHOR

Pada tahun 1855 bermulalah proses modenisasi negeri Johor dan ia telah memberi kesan yang besar kepada penubuhan pasukan polis di negeri itu. Setelah mendapat kuasa mutlak ke atas negeri Johor, Temenggung Ibrahim telah berusaha mewujudkan keamanan di Johor, mengawa11alulintas dan perdagangan.

Untuk itu kerajaan Johor telah membeli dua buah gun boat dalam tahun 1856 dan dua tahun kemudian Pasukan Pengaman J ohor telah dilengkap dengan 100 pucuk senapang jenis "Onfield" dan diberi latihan kawad atas persetujuan dan kerjasama Pegawai Pemerintah Markas Garisen Singapura. Pesuruhjaya Polis Johor yang pertama ialah Dato Bentara Luar iaitu Mohd Salleh Perang pada tahun 1882.90

Johor tidak mempunyai angkatan tentera sehinggalah tahun 1885. Dengan itu pasukan polis Johor bukan sahaja merupakan tulang belakang pertahanan Johor tetapi berperanan untuk mengawal keamanan dan keselamatan negeri tersebut. Peranan inijelas apabila kekacauan di Jementah yang telah menyebabkan berlakunya perang saudara di Johor.

Pada 28 Oktober, 1889 Ungku Ahmad telah mengetuai "Orang-orang Johor" bagi menentang Tengku Nong dan Wan Daud menyokong Tengku Alam Putera Sultan Ali Kesang, yang menuntut takhta Kerajaan Kesang. Mohd Salleh Perang, Pesuruhjaya Polis waktu itu telah diarah oleh Maharaja Johor pada 2 Disember, 1889 untuk "membawa pasukan bantuan dan senjata sebanyak 400 puc uk senapang dan meriam. Kerana waktu itu Johor belum ada askar yang berkuasa Jagi berpengalaman mengenai peperangan melainkan segala alat senjata dan kekuatan negeri itu ada tersimpan di dalam kuasa Pesuruhjaya Polis."

Mengikut pemberitahu kerajaan X I 0 131 yang dikeluarkan oJeh Pejabat Pesuruhjaya Besar Polis pada 19 November, 1899, dijelaskan bahawa tugas-tugas polis meliputi juga menetapkan bayaran, mengeluarkan lesen candu dan arak, sukatan cupak, nombor sempadan, nombor pukat (kapal) ikan, pukat, gambir, lada, perahu Bugis dan sekoci.

Kemudian diperlihatkan pula kemajuan dalam susunan pangkat dan gelaran jawatan. Misalnya dari tahun 1883 hingga 1922, terdapat pangkat-pangkat pegawai seperti berikut:

89. Patrick MOlTah. op.cit .. him. 161. 90. Patrick Morrah. up. cir .• him. 153.

62

Page 37: PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941)€¦ · PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941) HASSAN YUSOFF, * Ph.D PENGENALAN Setiap negara di dunia ini rnernpunyai

MALA YSIA dari .n~gi SEJARAH

Pesuruhjaya Polis Penolong Pesuruhjaya Polis I Penolong Pesuruhjaya Polis II Timbalan Pesuruhjaya Polis Ketua Inspektor

Abdullah Tahir Ungku Sulaiman Ungku Mohamad Eneik Dapat Mohd Saad Hussain

Ketua Inspektor dilaporkan mengawal tidak kurang dari 21 Rumah Pasung (balai polis) di lohor.

Dengan tertubuhnya Bandar Maharani pada tahun 1885, maka pasukan polis turut berkembang ke situ di mana polis jajahan Muar diketuai oleh seorang Pesuruhjaya dan dibantu oleh seorang Penolong Pesuruhjaya. Untuk membezakan jawatan di peringkat negeri (pusat) dan jajahan,jawatan Ketua Polis Negeri digelar Pesuruhjaya Besar Polis (Chief Commissioner of Police). Pada tahun 1890 polis lohor mulai menyesuaikan nama jawatan seperti polis di negeri-negeri lain di samping menubuhkan eawangan detektif dan polis laut, yang agak kanan dalam birokrasi kerajaan lohor. Sementara peluang untuk menjadi Pegawai Polis lohor lebih banyak dirasai oleh anak-anak orang besar yang berkuasa. Kebanyakan yang pemah memegangjawatan sebagai Pesuruhjaya Besar Polis hampirsemuanyadari kalangan pegawai awam. Di sam ping itu adalahjelas bahawadari tahun 1858-1911 Polis lohordi tangan orang Melayu lohor. Dari tahun 1912Polislohor menempatkan tiga pegawai Inggeris dalam strukturnya. Di sini jasa-jasa Datuk Bentara Luar, Datuk Sri Setia Raja, Datuk Ismail Bacik dan Datuk Ismail Mahbob dalam perkembangan Polis lohor temyata besar dan patut dirakarnkan.

Kemajuan pasukan polis di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu didapati agak lemah dibandingkan dengan kemajuan yang dieapai di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Tahun 1912, Pesuruhjaya, c.P. Cuseaden telah dilantik menyusun sebuah pasukan polis yang lebih baik di lohor. Pasukan Polis lohor terdiri kesemuanya dari orang-orang Melayu.

Cuseaden telah membentuk satu pasukan polis lohor yang baik jika dibandingkan dengan pasukan polis Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu yang lain. Pada tahun 1915 Pasukan Polis lohor mempunyai 16 orang pegawai, 540 orang anggota termasuk pasukan detektif yang terdiri dari 4 orang pegawai dan 44 orang anggota. Selepas ini Polis yang terdiri dari orang-orang Sikh dan Pathan telah diambil. Pada tahun 1915 pasukan Polis lohor berjaya mematahkan penderhakaan tentera dari 5th Light Infanteri Regiment, di Singapura. Seramai 178 orang askar India di Singapura telah ditangkap oleh Pasukan Polis lohor dan penderhaka­penderhaka ini telah diserahkan kepada kerajaan Negeri-negeri Selat.91

Pada tahun 1916 Cuseaden telah diberikan seorang penolong iaitu E. Cheers dari Negeri-negeri Selat. Kemajuan yang dieapai meliputi disiplin yang baik,

91. Patrick Morrah. op. cit .. him. 153 (Sila lihat Lampirnn G. iaitu Organisasi Polis lahor).

63

Page 38: PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941)€¦ · PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI MELAYU (1870-1941) HASSAN YUSOFF, * Ph.D PENGENALAN Setiap negara di dunia ini rnernpunyai

PASUKA N POUS DI NEGERI-NEGERI MEUYU

slruklur organisasi polis yang lersusun rapi. balai-balai polis didirikan dan berek­berekjuga didirikan. Pada lahun 1928 jumlah balai-balai polis di Johor ialah enam puluh buah dan pada lahun 1937 sebuah pusallalihan polis dibuka di Johor Bham dan dikenali sebagai Polis Depoh Johor. Polis Johor dibahagikan kepada 3 lingkungan iailu Muar. Balu Pahal dan Johor Bharu dan liap-liap salu diketuai oleh seorang pegawai British. Sebelum Perang Dunia Kedua. keanggolaan pasukan Polis Johor ialah seramai 1400 orang.92

Bila membicarakan sifal anggola-anggola polis di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekulu. mereka didapali lebih bersifal kenegerian. Ini ialah kerana mereka hanya benugas di negeri masing-masing. Sedangkan anggola-anggota polis di Negeri-Negeri Melayu Bersekulu mereka akan berpindah dari satu negeri ke salU negeri mengikul kepentingan lugas.

Walau bagaimanapun sifal kenegerian ini akhimya sedikit demi sedikil hilang terutama di lahun-tahun empat puluhan kerana pada mas a itu terdapat skim pinjaman anggota dan pegawai dari Negeri-Negeri Melayu Bersekutu kepada Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Apabila polis diwujudkan semula selepas Perang Dunia Kedua sifat kenegerian sudah lidak wujud lagi kerana pada masa ilu pasukan polis diasaskan kepada pasukan polis yang disalukan yang dikenali sebagai Polis Malayan Union dan kemudian Polis Persekuluan Tanah Melayu. Kelika ilu anggota polis diarahkan berpindah dari salu negeri ke satu negeri mengikul keperluan tugas.

92. Ibid. him. 153 dan 154.

64