Upload
suhada-misnan
View
403
Download
10
Embed Size (px)
Citation preview
8/17/2019 Pedagogi Tatabahasa - Frasa Nama PDF
1/24
BML 3063
SINTAKSIS BAHASA MELAYU
TATABAHASA PEDAGOGI :
FRASA NAMA
Kumpulan E
AHLI KUMPULAN :HASANAH BT HAMKA (D2013064446)
NURUL SUHADA BT MISNAN (D20131063660)NUR HIDAYATI FIRZANA BT GHAZALI (D20131063713)
PENSYARAHMOHD RA’IN BIN SHAARI
FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI
8/17/2019 Pedagogi Tatabahasa - Frasa Nama PDF
2/24
2
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA
SURAT
1.0 Pendahuluan 3
2.0 Definisi Konsep
2.1 Konsep Pedagogi
2.2 Strategi Pengajaran Tatabahasa
2.3 Pendekatan Pengajaran Tatabahasa
2.4 Kaedah Pengajaran Tatabahasa2.5 Teknik pengajaran tatabahasa
2.6 Konsep frasa nama
4
4 – 5
5 – 6
7 – 8
88 – 10
10 – 11
3.0 Prinsip pengajaran tatabahasa 11 – 12
4.0 Pembinaan tatabahasa pedagogi
4.1 Frasa nama
4.2 Bahan berkonteks
4.3 Aktiviti yang dijalankan
4.4 Latihan peneguhan
12
12
13
13
14
5.0 Penutup 15
6.0 Rujukan 16
7.0 Lampiran 16 – 24
8/17/2019 Pedagogi Tatabahasa - Frasa Nama PDF
3/24
3
1.0 Pendahuluan
Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan menjadi bahasa kebangsaan juga sebagai bahasa
pengantar pendidikan di Malaysia. Tatabahasa pula merupakan salah satu teori bahasa yang
terpenting dalam sesuatu bahasa terutamanya bahasa Melayu. Tatabahasa adalah bidang yang
menumpukan kepada pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa (Nik Safiah
Karim & Norlidza Shamsudin, 2008). Menurut Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1996) pula, tatabahasa
ialah peraturan-peraturan bagaimana sesuatu perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu
bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasil ayat-ayat yang gramatis. Morfologi
dan sintaksis pula adalah bidang yang perlu ada dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu khususnya di Malaysia dengan menggunakan tatabahasa. Dengan wujudnya tatabahasa,
ia dijadikan sebagai hukum dalam bahasa untuk membentuk ayat yang baik dan gramatis.
Terdapat pelbagai kandungan binaan struktur ayat yang perlu dilihat dan paling asas
dalam tatatabahasa Melayu ialah frasa nama. Menurut Tatabahasa Asas edisi kedua, frasa nama
ialah binaan frasa nama yang boelh mengandungi satu kata atau lebih, dan kata intinya ialah kata
nama.. Dari segi makna kata nama ialah kata yang merujuk kepada nama bagi orang, tempat,
benda, binatang atau konsep sama ada yang bernyawa atau tidak bernyawa, konkrit atau abstrak.
Menurut Tatabahasa Dewan (2010), kata nama ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi
unsur inti bagi binaan frasa nama. Kata nama yang asas yang perlu diketahui ialah kata nama am
dan kata nama khas. Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk kepad sesuatu yang khusus
dan penulisan kata nama khas hendaklah dimulai dengan huruf besar. Kata nama am pula
merujuk kepada kata nama yang umum dan tidak merujuk kepada sesuatu nama secara khusus.
Oleh itu, tatabahasa sebenarnya adalah satu aspek yang penting dalam bahasa untuk
menentukan sesuatu bahasa itu berfungsi dengan baik atau sebaliknya. Tatabahasa juga
merupakan himpunan peraturan yang meliputi bidang morfologi dan juga sintaksis.
8/17/2019 Pedagogi Tatabahasa - Frasa Nama PDF
4/24
4
2.0 Definisi konsep
Menurut ensiklopedia bebas (Wikipedia), tatabahasa bahasa Melayu secara umumnya mencakupi
dua bidang iaitu morfologi dan sintaksis. Mofologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji
struktur, bentuk dan penggolongan kata manakala sintaksis pula adalah kajian tentang
pembentukan ayat.
2.1 Konsep pedagogi
Nahu ialah istilah lama bagi tatabahasa. Seperti yang kita sedia maklum, manusia
berkomunikasi dengan menggunakan perkataan-perkataan yang mana menggabungkan
dua perkataan berlainan menjadi sebuah perkataan baharu ataupun ia dibina dengan
mencantumkan imbuhan kepada perkataan lain. Setiap perkataan mempunyai makna
yang tertentu dan kemudiannya disusun untuk menjadikan satu ayat yang lengkap serta
mempunyai makna. Cara inilah dikatakan tatabahasa. Terdapat dua jenis tatabahasa iaitu
tatabahasa pegangan dan tatabahasa pedagogi. Tatabahasa pegangan adalah tatabahasa
yang dipilih oleh pihak berwajib untuk menentukan sesuatu tatabahasa itu dijadikan
pedoman umum untuk semua sekolah, institut perguruan dan universiti. Contohnya,
Tatabahasa Dewan digunakan sebagai tatabahasa pegangan yang mana rumus-rumus
tatabahasa yang terdapat dalam Tatabahasa Dewan hendaklah dijadikan pedoman oleh
guru untuk mengajar Bahasa Melayu sama ada di sekolah, institut perguruan dan
university.
Namun begitu, Tatabahasa Dewan bukanlah tatabahasa pedagogi kerana ia hanya
mengandungi huraian rumus-rumus tatabahasa berserta dengan contoh dan adakalanya
huraian tersebut tidak sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran. Seperti yang kita sedia
maklum, perluasan tatabahasa berubah mengikut tahap perkembangan otak contohnya
tatabahasa yang diajarkan di sekolah rendah berbeza dengan tatabahasa yang diajar
diperingkat sekolah menengah serta universiti. Oleh hal yang demikian, terdapat dua
perkara yang perlu dilakukan iaitu penulisan rumus tatabahasa perlulah ditulis mengikut
peringkat bermula dari sekolah rendah, menengah dan universiti. Selain itu, tatabahasa
dewan tidak mengandungi sebarang latihan untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
Tatabahasa pegangan hanyalah dijadikan sebagai rujukan. Oleh sebab itu, tatabahasa
8/17/2019 Pedagogi Tatabahasa - Frasa Nama PDF
5/24
5
pedagogi diwujudkan untuk memenuhi keperluan tersebut. Hal ini demikian kerana,
hanya tatabahasa pedagogi yang mengandungi latihan untuk proses pengajaran bahasa.
Tatabahasa pedagogi adalah tatabahasa yang digunakan untuk pengajaran dan
pembelajaran bahasa. Tatabahasa pedagogi bukan sahaja mengandungi rumus tatabahasa
dan contoh tetapi ia juga mengandungi latihan-latihan untuk proses pengajaran dan
pebelajaran bahasa. Tatabahasa pedagogi perlu dikuasai oleh semua murid, pelajar, guru
dan pensyarah yang mengajar tatabahasa. Buku tatabahasa pedagogi menggunakan semua
huraian yang terdapat dalam Tatabahasa Dewan untuk tujuan pengajaran Bahasa Melayu.
Rumus-rumus tatabahasa yang tedapat dalam Tatabahsa Dewan dihuraikan semula
mengikut kesesuaian tahap pembelajaran di sekolah rendah, menengah, institut perguruan
dan universiti. Semakin meningkat tahap pembelajaran, semakin mendalam dan
kompleks latihan tatabahasa. Sebagai contoh, huraian untuk sekolah rendah adalah lebih
ringkas dan menggunakan bahasa dan latihan yang lebih mudah. Oleh sebab itu,
tambahan yang dilakukan kepada tatabahasa pedagogi adalah membina latihan-latihan
yang sesuai bagi setiap peringkat pembelajaran.
Kesimpulannya, tatabahasa pedagogi berfungsi untuk melengkapkan tatabahasa
pegangan yang mana buku tatabahasa pedagogi melengkapkan fungsi tatabahasa dewan
iaitu menyesuaikan mengikut pengajaran dan pembelajaran bahasa.
2.2 Strategi pengajaran tatabahasa
Strategi pengajaran bahasa Melayu menggunakan pendekatan bersepadu berasas kepada
strategi 2P iaitu penggabungjalinan dan penyerapan. Penggabungjalinan yang asasnya
telah bermula pada lewat 70 an yang mana ia melibatkan antara empat kemahiran bahasa
iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis dengan sekurang-kurangnya dua
kemahiran digabungjalinkan. Seterusnya, penggabungjalinan antara kemahiran bahasadengan sistem bahasa terutama tatabahasa dan sebaliknya serta penggabungjalinan
anatara peribahasa dengan kemahiran bahasa. Dalam konteks pengajaran tatabahasa,
pngajaran tatabahasa tidak boleh dipisahkan sama sekali dengan kemahiran. Tatabahsa
dapat diajar bersama-sama dengan aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis
bagi mengelakkan kebosanan dalam kalangan pelajar sekaligus pelajar akan lebih
8/17/2019 Pedagogi Tatabahasa - Frasa Nama PDF
6/24
6
memahami mengenai pengguanaan tatabahasa secara fungsional dan dalam konteks yang
sesuai. Hal ini bertujuan mengelakkan proses pengajaran yang hanya bertumpu kepada
rumus-rumus tatabahasa sahaja.
Strategi penyerapan pula berkaitan dengan gagasan menyepadukan aspek sistem
bahasa dan kemahiran bahasa serta kandungan bahasa yang bermaksud pendidikan
bahasa turut menitik beratkan penguasaan tatabahasa serta aspek sistem bahasa yang lain
dan juga empat kemahiran bahasa serta menekankan aspek kandungan bahasa.
Kandungan bahasa pula ialah segala maklumat mengenai kehidupan manusia yang
dipelajari dan diwarisi melalui perantaraan bahasa. Penyerapan melibatkan dua aspek
iaitu ilmu dan nilai. Ilmu dipecahkan kepada beberapa aspek lagi iaitu kandungan mata
pelajaran lain, sains dan teknologi, bahasa dan sastera serta budaya dan warisan. Selain
itu, terdapat pula isu dan hal masyarakat dan Negara serta isu dan hal ehwal
antarabangsa. Manakal, nilai-nilai murni pula dibahagikan kepada 16 nilai utama yang
mana turut menyerapkan unsur kewarganegaraan.
Melalui strategi penggabungjalinan, murid diajar menguasai tatabahasa sambil
melakukan aktivit-aktiviti yang bermakna dalam kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis. Melalui strategi penyerapan pula, murid diajar menguasai
tatabahasa dalam konteks yang bermakna. Guru perlulah merancang dan mengenal pasti
unsur-unsur tatabahasa yang perlu diajar sepanjang tahun. Aspek lain yang perlu
diberikan perhatian ialah pemilihan bahan pengajaran. Bahan pengajaran yang
dimaksudkan ialah yang dapat digunakan untuk menyampaikan makumat mengenai
tatabahasa yang hendak diajar. Dengan adanya bahan rangsangan murid dapat belajar
mengenai tatabahasa dalam konteks ilmu, laras bahasa mahupun jenis-jenis wacana.
Pengajaran tatabahasa di bilik darjah melibatkan pemilihan aktiviti yang sesuai dan
menarik seperti aktiviti berdialog dan berlakon contohnya murid menggunakan pola
tertentu yang sesuai seperti ayat Tanya, ayat penyata, ayat seruan ayat permintaan, kata
silaan dan sebagainya.
8/17/2019 Pedagogi Tatabahasa - Frasa Nama PDF
7/24
7
2.3 Pendekatan pengajaran tatabahasa
Menurut kamus pelajar edisi kedua, pendekatan bermaksud cara atau langkah yang
diambil bagi memulakan sesuatu tugas atau usaha bagi menangani masalah. Terdapat tiga
pendekatan yang sesuai untuk digunakan dalam pengajaran tatabahasa di sekolah iaitu
induktif, deduktif, eklektik, komunikatif, oral, tematik dan masteri. Kaedah pendekatan
induktif sangat sesuai digunakan dalam pengajaran pelbagai mata pelajaran khususnya
matematik, sains dan bahasa (Mok Soon Sang, 2001). Gaya pengajaran ini melibatkan
satu proses penaakulan yang tinggi melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir
maklumat-maklumat seterusnya membina generalisasi atau kesimpulan (Kamarudin
Husin & Siti Hajar Abdul Aziz, 2004). Dalam proses induktif, murid-murid membentuk
hukum tatabahasa berdasarkan pernyataan-pernyataan tertentu. Contohnya, guru perlulah
menyediakan pelbagai contoh relevan yang dapat membantu pelajar membuat rumusan
dimana guru bertindak sebagai fasilitator yang akan membimbing pelajar menganalisis
contoh-contoh tersebut untuk membuat kesimpulan dan generalisasi.
Seterusnya, pendekatan yang digunakan ialah pendekatan deduktif. Konsep
pendekatan deduktif ialah satu pendekatan pegajaran yang bermula daripada rumus,
prinsip, hukum, teorem atau peraturan yang diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-
contoh yang khusus (Mok Soon Sang, 2003). Kaedah pengajaran deduktif ini sangat
kompleks kerana pelajar perlu memperoleh kefahaman yang mendalaam dan
pengetahuan yang cukup. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu,
penedekatan deduktif melibatkan pelajar mempelajari peraturan-peraturan atau diberi
maklumat tertentu sebelum mereka diminta melakukan penganalisisan bahan yang
hendak dipelajari. Contohnya, guru menerangkan rumus dan hukun kata nama khas dan
seterusnya, guru memberikan contoh-contoh kata nama khas untuk memudahkan
pemahaman pelajar.
Selain itu, pendekatan yang digunakan ialah pendekatan eklektik. Pendekatan
eklektik ini ialah hasil daripada gabungan dua atau beberapa pendekatan. Pendekatan ini
sesuai digunakan untuk semua pelajar yang memiliki pelbagai kebolehan. Pendekatan ini
menggabungkan pendekatan induktif dan deduktif. Pendekatan eklektik ini menerapkan
gabungan strategi pemusatan guru, pelajar dan bahan. Contohnya, guru menyampaikan
8/17/2019 Pedagogi Tatabahasa - Frasa Nama PDF
8/24
8
pengajaran tatabahasa dalam aspek kata kerja. Seterusnya guru memberikan pelbagai
contoh kata-kata kerja atau perbuatan. Guru dan pelajar bersama-sama membentuk
generalisasi atau guru menyampaikan tatabahasa yang berkaitan dengan kata kerja. Hal
ini bertujuan untuk mengukuhkan ingatan pelajar terhadap aspek kata kerja.
2.4 Kaedah pengajaran tatabahasa
Kaedah pengajaran bermaksud tindakan-tindakan yang dilakukan oleh guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini melibatkan tindak balas guru dan murid (Rahil
Mahyudin et al, 1997). Menurut Edward M.Anthony, kaedah sebagai satu muslihat,
strategiatau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang
maksimum padawaktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Beberapa kaedah yang
sering digunakan oleh guru semasa proses pengajaran seperti kaedah natural, kaedah
tatabahasa terjemahan, kaedah terus, kaedah ajuk hafaz, kaedah linguistic, kaedah kod-
kognitif, kaedah bahasa komuniti dan kaedah oral-Aural.
Kaedah ajuk-hafaz merupakan pengajaran yang berpandukan kepada demonstrasi
dan latih tubi. Kaedah ini juga disebut sebagai informal drill . Aspek tatabahasa juga
diajar melalui kaedah menghafaz. Contohnya, rakaman dialog dilakukan sebagai
alternative latih tubi yang berulang kali. Kaedah ini biasanya digunakan oleh guru dalam
aspek pertuturan dan penulisan karangan. Seterusnya, kaedah oral-aural ini dimulai
dengan mendengar dan kemudiannya bertutur. Contohnya, aktiviti berdialog yang mana
ia digunakan dengan cara menghafal dan kemudiannya dilakonkan. Aktiviti dialog
memerlukan latih tubi dalam tempoh masa yang agak panjang bertujuan untuk memberi
perhatian kepada intonasi.
2.5 Teknik pengajaran tatabahasa
Definisi teknik mengikut kamus dewan edisi keempat ialah kaedah mencipta sesuatuhasil seni seperti muzik, karang mengarang dan sebagainya. Menurut Azman Wan Chik
(1987), teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah. Jika guru mengajar menggunakan
alat komunikasi terkini dalam makmal bahasa, maka itu juga merupakan satu teknik
pengajaran. Antara teknik pengajaran yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran
tatabahasa ialah teknik main peranan, teknik permainan bahasa, teknik latih tubi, teknik
8/17/2019 Pedagogi Tatabahasa - Frasa Nama PDF
9/24
9
bercerita, teknik perbahasan, teknik kuiz, teknik sumbangsaran, teknik drama, teknik
simulasi, teknik soal jawab, teknik perbincangan, teknik forum dan teknik dialog. Antara
teknik yang digunakan untuk pengajaran kata nama am dank has iaitu :
2.5.1
Teknik Latih Tubi
Teknik ini merupakan proses latihan struktur bahasa yang bertujuan untuk membentuk
kelaziman yang betul bagi menggunakan struktur-struktur bahasa yang dianggap
menjadi masalah murid-murid. Teknik ini ia digunakan dalam kaedh pendekatan yang
bersifat induktif iaitu kaedah terus, elektrik, fonetik dan audio lingual. Teknik latih
tubi dapat memastikan pelajar untuk memahami dan mengingat perkataan bagi kata
nama am dan kata nama khas. Contohnya guru memberi petikan teks dan pelajar perlu
mencari kata nama am dan kata nama khas. Latih tubi sebegini akan memberi
kefahaman kepada pelajar mengenai kata nama am dan kata nama khas. Selain itu,
guru juga memberi latihan untuk mengukuhkan kefahaman mereka. Latihan yang
diberi guru merangkumi kata nama am dan kata nama khas.
2.5.2 Teknik Soal jawab
Teknik soal jawab juga boleh digunakan dalam proses pengajaran tatabahasa. Teknik
ini kebiasaannya selalu digunakan dalam semua pengajaran kerana ia akan
mewujudkan komunikasi dua hala. Teknik ini berkesan untuk meningkatkan
kefahaman pelajar kerana melalui soal jawab pelajar dapat bertanya kepada guru
sekiranya ada yang tidak difahami. Guru juga dapat menjelaskan dengan lebih jelas
apabila mengetahui aspek mana yang pelajar tidak faham. Kebiasaannya teknik ini
dilaksanakan dengan guru mengemukakan soalan- soalan yang berkaitan dengan isi
pembelajaran dan murid harus memberi pendapat atau tindak balas.
Teknik soal jawab juga dapat digunakan untuk pengajaran bagi kata nama am dankata nama khas. Contohnya guru memberi penerangan mengenai kata nama am dan
khas dengan jelas. Dengan itu, pelajar akan dapat memahami apa yang ingin
disampaikan guru. Selepas itu, barulah guru meminta pelajar untuk memberi contoh
kata nama am dan kata nama khas. Sekiranya pelajar memberi jawapan yang salah
guru akan membetulkan dan menjelaskan sebab kesalahan tersebut. Teknik sebegini
8/17/2019 Pedagogi Tatabahasa - Frasa Nama PDF
10/24
10
akan meningkatkan kefahaman pelajar dan dalam masa yang sama guru dapat
memperbaiki kelemahan pengajaran.
2.5.3 Teknik Penerangan
Teknik ini juga sangat membantu dalam pengajaran tatabahasa. Mengikut teknik ini
guru memberi penerangan tentang aspek-aspek serta contoh tatabahasa yang ingin
diajarkan. Teknik ini memerlukan pelajar memberi perhatian dan mendengar
penerangan guru. Melalui teknik ini guru perlu menerangkan, memberi interprestasi
dan memberi contoh-contoh yang mudah difahami pelajar. Penerangan secara jelas
dan teliti akan menunjukkan keberkesanan proses pembelajaran dan pelajaran. Namun,
teknik sebegini sering dikatakan murid-muridnya selalu pasif kerana guru hanya
memberi penerangan. Situasi ini bergantung kepada guru yang harus bijak agar
melibatkan pelajar dalam teknik yang dilakukan. Guru mestilah mewujudkan interaksi
semasa melakukan penerangan. Contohnya semasa melakukan penerangan mengenai
kata nama, guru perlulah selang seli dengan bertanya kepada pelajar mengenai contoh
untuk kata nama. Oleh itu, pelajar akan menjadi lebih aktif dengan turut memberi
contoh.
2.6 Konsep frasa nama
Frasa nama ialah frasa yang intinya terdiri daripada kata nama dan binaannya boleh
mengandungi satu kata atau lebih dan kata intinya terdiri daripada kata nama. Frasa nama
juga merupakan salah satu konsituen utama dalam bidang ayat. Frasa nama juga
mengandungi kata nama sebagai inti frasa yag mana intinya terdiri daripada kata nama
tunggal, kata nama terbitan atau kata ganti nama. Mengikut pendekatan huraian
tatabahasa, konsep frasa dilihat dalam konteks binaan ayat. Dalam bahasa Melayu,
terdapat empat jenis frasa iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan
frasa sendi nama (FS). Frasa ini juga membentuk pola ayat dasar iaitu ;
8/17/2019 Pedagogi Tatabahasa - Frasa Nama PDF
11/24
11
2.6.1 Frasa nama (FN) + frasa nama (FN)
Dalam ayat, subjek ialah frasa nama dan predikatnya juga terdiri daripada frasa nama.
Contohnya, pelajar itu adik sepupu saya. Pelajar itu merupakan subjek yang mana
terdiri daripada frasa nama dan adik sepupu saya pula ialah predikat yang juga
merupakan frasa nama.
2.6.2 Pola frasa nama (FN) + frasa kerja (FK)
Pola ini mengandungi subjek daripada frasa nama dan predikatnya daripada frasa
kerja. Contohnya, Abu bermain bola. Abu ialah frasa nama, manakala bermain bola
pula merupakan predikat frasa kerja.
2.6.3 Pola frasa nama (FN) + frasa adjektif (FA)
Pola frasa nama + frasa adjektif ini, subjeknya terdiri daripada frasa nama, manakala
predikatnya terdiri daripada frasa adjektif. Contohnya, pokok ini amat tinggi. Pokok
ini merupakan frasa nama dan amat tinggi itu adalah predikat yang menunjukkan
frasa adjektif.
3.0 Prinsip pengajaran tatabahasa
Menurut David Newby (2015), antara prinsip-prinsip tatabahasa pedagogi adalah berikut:
1) Model Pengajaran. Guru wajar menentukan model pengajaran yang manakah yang akan diguna
pakai sewaktu mengajar aspek tatabahasa. Pemilihan model pengajaran yang tepat dan sesuai
akan memudahkan sesi pengajaran aspek tatabahasa yang dipilih. Antara model pengajaran
yang boleh dipilih ialah Model Konstruktif, Model Komunikatif, PBL dan sebagainya.
2) Rumus Tatabahasa: Menentukan peraturan atau rumus tatabahasa yang hendak diajar dan
seterusnya menerangkan rumus tatabahasa berdasarkan model yang telah dipilih oleh guru.
3) Pemilihan Aspek Tatabahasa. Memilih hanya satu aspek tatabahasa sahaja untuk
dipersembahkan kepada pelajar pada satu-satu sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP).
8/17/2019 Pedagogi Tatabahasa - Frasa Nama PDF
12/24
12
4) Pakej PdP. Membuat keputusan bagaimana untuk membentangkan dan menstrukturkan
perihalan aspek tatabahasa tersebut; bagaimana untuk menentukan objektif tatabahasa;
bagaimana untuk merumuskan peraturan tatabahasa dan contoh; penggunaan istilah dan lain-
lain.
5) Penggredan. Menetapkan kriteria standard pengajaran tatabahasa - sebagai contoh, pemilihan
bahan atau reka bentuk sukatan pelajaran.
4.0 Pembinaan tatabahasa pedagogi
Menurut Nahu Kemas Kini, pola ayat dasar adalah pola yang merupakan pola asas bagi
pembinaan semua ayat yang ada dalam sesuatu bahasa. Jumlah pola ayat dasar bagi sesuatu
bahasa itu dikenal pasti berdasarkan ciri bahasa yang berkenaan dan juga berdasarkan teori
linguistik yang diterapkan untuk mengenal pasti pola berkenaan. Contohnya, pola ayat dasar
frasa nama + frasa kerja seperti Ali sedang makan nasi.
4.1 Frasa nama
Menurut buku Tatabahasa Asas edisi kedua, frasa nama ialah binaan yang boleh
mengandungi satu kata atau lebih, dan kata intinya ialah kata nama. Frasa nama
merupakan salah satu konstituen uatama dalam binaan ayat, contohnya, buku itu buku
sejarah. Frasa nama dalam ayat tersebut, terdiri daripada satu kata atau lebih bagi mengisi
konstituen subjek atau predikat. Frasa nama mengndungi kata nama sebagai inti frasa.
Inti frasa nama pula boleh terdiri daripada kata nama tunggal, kata nama terbitan atau
kata ganti nama.
Menurut buku Pengajaran Tatabahasa Melayu di IPG, frasa nama ialah binaan
yang dari sudut nama terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang berfungsi
sebagai satu kesatuan dalam binaan ayat. Binaan ayat dasar bahasa Melayu terdiri
daripada konsituen utama iaitu subjek dan predikat. Terdapat dua jenis binaan frasa nama
iaitu inti dengan penerang serta inti dengan inti. Berdasarkan dua buah buku yang dikaji,
8/17/2019 Pedagogi Tatabahasa - Frasa Nama PDF
13/24
13
apa yang dapat disimpulkan, frasa nama ialah binaannya terdiri daripada satu atau dua
perkataan yang memberi makna.
4.2 Bahan berkonteks
Bahan berkonteks juga dikenali sebagai bahan bantu mengajar. Bagi menjalankan
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran,guru perlulah mneyediakan satu atau
lebih bahan berkonteks untuk digunakan ketika mengajar di dalam kelas. Bahan
berkonteks ini juga amat penting kerana ia dapat meningkatkan kefahaman murid.
Menurut teori Piaget, pelajar memerlukan aktiviti atau perkara yang menarik semasa
proses pembelajaran dijalankan. Hal ini demikian kerana melalui bahan berkonteks ini
juga murid akan lebih focus dan berminat untuk belajar mengenai tatabahasa, contohnya
seperti surat khabar digital. Guru menyediakan stau artikel yang mengandungi frasa nama
didalamnya terdapat kata nama am dan kata nama khas. Seterusnya, pelajar diminta untuk
menyenaraikan serta mengeluarkan kata nama khas dan kata nama am yang terdapat
dalam artikel tersebut.
4.3 Aktiviti yang dijalankan
1. Guru menerangkan tentang definisi, jenis-jenis kata nama dan fungsi kata nama.
2. Guru memberi contoh-contoh yang sesuai untuk jenis kata nama khas dan kata nama
am.
3. Guru meminta pelajar untuk memberikan contoh-contoh lain bagi kata nama khas dan
kata nama am.
4. Aktiviti seterusnya, guru memberi petikan teks kepada pelajar dan meminta pelajar
untuk menyenaraikan kata nama am dan kata nama khas yang terdapat dalam petikan.
5. Selepas pelajar menyenaraikan jawapan tersebut, guru melakukan perbincangan
bersama-sama pelajar terhadap jawapan yang telah disenaraikan sama ada betul atau
tidak.
6. Guru memberi soalan objektif berkaitan kata nama am dan kata nama khas sebagai
latihan peneguhan untuk pelajar.
8/17/2019 Pedagogi Tatabahasa - Frasa Nama PDF
14/24
14
4.4 Latihan peneguhan
Setelah selesai sesi pembelajaran, guru perlulah menyediakan latihan peneguhan untuk
mengukuhkan lagi pemahaman pelajar mengenai kata nama am dan kata nama khas.
Guru perlulah menyediakan sekurang-kurangnya 20 soalan aneka pilihan sebagai kerja
rumah untuk pelajar.
8/17/2019 Pedagogi Tatabahasa - Frasa Nama PDF
15/24
8/17/2019 Pedagogi Tatabahasa - Frasa Nama PDF
16/24
16
6.0 Rujukan
Ahmad Khair Mohd Nor, Raminah Hj. Sabran, Nawi Ismail, dan Ton Ibrahim. (2015).
Tatabahasa Asas Edisi Kedua. Kuala Lumpur : Perpustakaan Negara Malaysia.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, dan Abdul Hamid Mahmood. (2010).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sulaiman Masri, Ahmad Khair Mohd Nor. (2002). Tatabahasa Melayu. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.
Abdullah Hassan. (2009). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Kuala Lumpur:
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Asmah Haji Omar. (2008). Nahu Kemas Kini. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn.
Bhd.
8/17/2019 Pedagogi Tatabahasa - Frasa Nama PDF
17/24
17
7.0 Lampiran
Latihan Peneguhan
Pilih jawapan yang sesuai dengan membulatkan jawapan yang anda pilih.
1. ___________ merupakan pensyarah di university Pendidikan Sultan Idris.
A.Profeor Hasmah
B. Sultan Mahmud
C. Hang Tuah
D. Encik Ali
2. Peserta kelab kembara alam berjaya tiba di puncak___________
A. Bukit Broga
B. Taman Titiwangsa
C. Sungai Inki
D. Pejabat Pos
3. ____________ itu kepenatan selepas pulang dari menahan pukat di laut.
A. Pekebun
B. Nelayan
C. Pelncong
D. Petani
4.Pak cik Ali menggunakan ____________ yang baru dibelinya untuk menggembur tanah.
A. Gergaji
B. Gunting
C. Cangkul
D. Penukul
8/17/2019 Pedagogi Tatabahasa - Frasa Nama PDF
18/24
18
5. ______________ mempunyai pelbagai makanan masakan Melayu.
A. Pasaraya Billion
B. Kedai Runcit Sinaran
C. Restoran Kampung Pinang Sebatang
D. Klinik Permai
6. Masyarakat Syria sentiasa memperjuangkan ____________ untuk Negara mereka.
A. Peperangan
B. Parti
C. Pegangan
D. Keadilan
7. Pengantin perempuan itu Nampak cantik setelah di mekap ____________
A. Jururtera
B. Jurumekap
C. Jururawat
D. Juruhias
8. Majlis yang gilang gemilang itu telah dipengerusikan oleh ____________ yang
berpengalamaan.
A. Jururcakap
B. Penceramah
C. Pelajar
D. Pemidato
8/17/2019 Pedagogi Tatabahasa - Frasa Nama PDF
19/24
19
9. Kawasan itu akan dimajukan sebagai tempat _____________ yang baharu tidak lama lagi.
A. Berumah
B. Perumahan
C. Rumah
D. Perumah
10. Seorang ___________ ternama sedang bermain golf sambil berbincang urusan jual beli
dengan rakan-rakannya.
A. Usahawan.
B. Pegawai
C. Peniaga
D. Pekerja
11. Ali dan Abu belajar di _________ yang sama sehingga tingkatan 5
A. Jalan
B. sekolah
C. kedai
D. Dewan
12. Kakak telah mengirim sepucuk _____________ kepada adik yang jauh di perantauan.
A. Nota
B. Kertas
C. Surat
D.Kad
8/17/2019 Pedagogi Tatabahasa - Frasa Nama PDF
20/24
20
13. Abang menunggang ____________ ke sekolah.
A. Motosikal
B. kereta
C. Lori
D. Kapal terbang
14. Negeri ___________ juga dikenali sebagai jelapang padi Malaysia
A. Melaka
B. Perak
C. Sarawak
D. Kedah
15. Ibu menanam _____________ di dalam pasu kegemarannya.
A. Bunga
B. Kayu
C. Ubi
D. Pisang
16. Yang manakah kata nama am hidup bukan manusia ?
A. Kanak-kanak
B. Jutawan
C. Bidadari
D. Cahaya
8/17/2019 Pedagogi Tatabahasa - Frasa Nama PDF
21/24
21
17. Pilih jawapan yang betul bagi kata nama khas.
A. Universiti Islam Antarabangsa
B. Pekerja
C. Persatuan
D. Pendapat
18. Antara berikut yang manakah jawapan yang tepat bagi ciri-cri kata nama am ?
A. Mempunyai makna rujukuan khusus
B. Merujuk benda yang hidup
C. Merujuk benda, perkara atau konsep yang umum
D. Dapat menjadi unsur inti bagi frasa nama
19. Yang manakah kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit ?
A. Rumah
B. Senyum
C. Angin
D. Hospital
20. Pilih jawapan yang sesuai bagi contoh kata nama khas tak hidup.
A. Profesor
B. Kereta
C. Proton Saga
D. Bunga
8/17/2019 Pedagogi Tatabahasa - Frasa Nama PDF
22/24
22
Jawapan :
1. A2. A
3. B
4.
C5. C6. D
7. B
8. A9. B
10. A
11. B
12. C13. A
14. D
15.
A16. C
17. A
18. C
19. A20. C
8/17/2019 Pedagogi Tatabahasa - Frasa Nama PDF
23/24
23
Bahan Berkonteks
Budaya Temuan jelas di kanvas : Oleh Nurul Husna Mahmud
Kerinduan Shahar Koyok terhadap hutan yang dikenalinya ketika kecil, diluahkan menerusi
karya pertamanya di atas kanvas, Burned.
Itulah ekspresi benar-benar tulus pelukis berusia 30 tahun ini yang juga satu-satunya artis seni
kontemporari daripada masyarakat Orang Asli Temuan mengenai kehidupan lalu yang dipenuhi
suka duka belantara.
Dia yang menandatangani karyanya dengan Shaq Koyok menjadikan memburu, memancing dan
mengutip buah hutan atau tumbuhan untuk dijadikan makanan antara penceritaan paling jelas
disampaikan menerusi karya berkenaan ketika membuat pameran sempena projek diploma di
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka satu ketika dulu.
Jelasnya, lukisan ialah medium paling mudah untuk bercerita baik mengenai hati mahupun
fikirannya. Malah kadang-kala isu sarat mahupun mesej „keras‟ yang sukar diucapkan menerusikata-kata disampaikan dalam olesan berus bersama cat akrilik di atas kanvas kedengaran lebih
mesra.
Seperti karya Burned, itu ialah contoh paling dekat menerusi mesej betapa dia sangat terasa
kehilangan hutan menjadi tempat bermain atas nama kemajuan. Hutan dibakar bagi tujuan projek
berkebun.
“Saya gunakan seni untuk menzahirkan diri saya apabila sukar menterjemahkannya dengan
perkataan. Ia satu-satunya jalan saya boleh memberitahu orang apa dalam fikiran saya.
“Apa saja isu mahupun kritikan pedas ingin saya sampaikan mengenai alam semula jadi,
kehilangan identiti budaya baik memperjuangkan hak masyarakat Orang Asli, menerusi lukisanorang luar mahupun umum lebih mudah memahami serta terima,” katanya.
Bercerita pendedahan secara formal dalam bidang pendidikan, Shaq bertuah bakatnya disedari
guru ketika menginjak sekolah menengah.
“Sebenarnya saya melukis sejak umur lima tahun. Kemudian menginjak usia sekolah menengah,
guru banyak mendorong untuk saya terus membabitkan diri dalam pertandingan apabila melihat
bakat dalam bidang seni saya berkembang.
“Saya mula aktif dan menyertai pertandingan. Apabila saya mewakili sekolah dan menang,
keyakinan itu membuka mata saya mengenai impian bergelar pelukis sepnuh masa. Saya
menyambung pengajian hingga peringkat universiti dalam bidang ini,” katanya.
Anak jati Pulau Kempas di Banting, Selangor ini berkata, mempunyai saudara lelaki, RamlanKoyok yang berkongsi minat serta galakan ibu bapanya, Koyok Bujin dan Lopo Pipeh meniup
semangat untuk terus bekerja keras dalam bidang diceburinya.
“Tidak dinafikan ramai orang mempunyai persepsi pelukis bukan kerjaya menjamin kehidupan
termasuk dalam kalangan masyarakat saya. Namun keluarga terutama ibu bapa serta abang
sentiasa mendorong saya terus berada dalam bidang ini.
8/17/2019 Pedagogi Tatabahasa - Frasa Nama PDF
24/24
24
“Peranan saya selaku pelukis atau artis sepenuh masa membuktikan tanggapan mereka salah.
Pegangan saya kalau ingin berjaya, hendak seribu daya kalau tidak mahu seribu dalih.
“Masuklah dalam apa bidang pun kalau tiada kesungguhan tidak akan berjaya seperti dalam
bidang lukisan kontemporari juga. Rasanya langkah saya sungguh luas apabila saya diterima
baik dalam bidang ini.
“Malah dalam bidang ini juga saya mendapat peluang membuat pameran di Melbourne,Australia serta berkongsi dengan etnik serta budaya masyarakat sana. Lebih mengharukan
banyak karya saya terjual ketika itu dan mereka memberi maklum balas sangat baik serta mahu
saya kekalkan genre mahupun keunikan saya.
“Atas sebab itu, selain menghasilkan karya mengenai latar budaya serta kehidupan sendiri, saya juga berkongsi skil di sekolah pedalaman serta komuniti Orang Asli sendiri supaya lebih ramai
terbabit dengan bidang seni ini,” katanya yang bakal mengadakan pameran solo, Culture Attack
di G Art Gallery, Pulau Pinang, bermula 9 November depan.
(Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Oktober 2015 @ 5:03 AM )