24
PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK TINGKATAN EMPAT BERTAJUK LINES AND PLANES IN 3-DIMENSIONS SITI KHAIRIAH BINTI SARDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK … filemewujudkan persekitaran konstruktivisme sosial di mana guru, pelajar dan bahan pembelajaran saling berinteraksi di antara satu sama

  • Upload
    hanga

  • View
    237

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK … filemewujudkan persekitaran konstruktivisme sosial di mana guru, pelajar dan bahan pembelajaran saling berinteraksi di antara satu sama

PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK

TINGKATAN EMPAT BERTAJUK LINES AND PLANES

IN 3-DIMENSIONS

SITI KHAIRIAH BINTI SARDI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK … filemewujudkan persekitaran konstruktivisme sosial di mana guru, pelajar dan bahan pembelajaran saling berinteraksi di antara satu sama

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

JUDUL : PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK TINGKATAN EMPAT BERTAJUK LINES AND PLANES IN 3-DIMENSIONS

SESI PENGAJIAN : 2009/2010

Saya

SITI KHAIRIAH BINTI SARDI

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PELAJAR) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: NO27A, KAMPUNG PERMATANG PALAS, 82200,BENUT, PONTIAN, JOHOR.

PROF. DR. ISMAIL BIN KAILANI

Nama Penyelia

Tarikh: ______________________________ Tarikh: ____________________________

Page 3: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK … filemewujudkan persekitaran konstruktivisme sosial di mana guru, pelajar dan bahan pembelajaran saling berinteraksi di antara satu sama

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)”

Tandatangan : ..........................................................

Nama Penyelia : PROF. DR. ISMAIL BIN KAILANI

Tarikh : ..........................................................

Page 4: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK … filemewujudkan persekitaran konstruktivisme sosial di mana guru, pelajar dan bahan pembelajaran saling berinteraksi di antara satu sama

PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK

TINGKATAN EMPAT BERTAJUK LINES AND

PLANES IN 3-DIMENSIONS

SITI KHAIRIAH BINTI SARDI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

(Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

Page 5: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK … filemewujudkan persekitaran konstruktivisme sosial di mana guru, pelajar dan bahan pembelajaran saling berinteraksi di antara satu sama

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ...............................................................

Nama Penulis : SITI KHAIRIAH BINTI SARDI

Tarikh : ...............................................................

Page 6: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK … filemewujudkan persekitaran konstruktivisme sosial di mana guru, pelajar dan bahan pembelajaran saling berinteraksi di antara satu sama

Teristimewa buat ayahanda dan bonda Sardi Bin Salim dan Jamelah Binti Hussin

Jasamu memberi dorongan, pengorbanan dan tunjuk ajar yang jitu tidak ternilai harganya dan tiada tolok bandingnya.

Juga doa dan nasihat ayahanda dan bonda sepanjang anakanda meneruskan pengajian di

Universiti Teknologi Malaysia. Kepada abang, kakak dan adik yang dikasihi,

Terima kasih di atas nasihat, doa dan sokongan moral yang diberikan. Buat teman-teman juga yang sentiasa memberi dorongan , galakan

serta doa untuk sama-sama terus berjaya.

Semoga jasa anda semua diberkati ALLAH.

Page 7: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK … filemewujudkan persekitaran konstruktivisme sosial di mana guru, pelajar dan bahan pembelajaran saling berinteraksi di antara satu sama

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah

kurniaan-Nya dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi – tinggi penghargaan dan

ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof. Dr. Ismail Bin Kailani selaku

penyelia yang telah banyak memberi bimbingan dan bantuan di sepanjang proses

pelaksanaan projek ini di jalankan. Sesungguhnya segala tunjuk ajar yang diberi

amat berguna dan hanya Tuhan sahajalah yang akan membalasnya.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan Farazila, Fida, Shima,

Zida, Aina dan Ekin serta ahli keluarga tersayang yang banyak memberi bantuan dan

sokongan semasa menyiapkan kajian ini. Budi baik kalian tidak akan saya lupakan

dan hanya Allah yang mampu membalasnya. Akhir sekali saya sudahi dengan salam

takzim penuh penghormatan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan projek

ini.

Sekian. Terima kasih.

Page 8: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK … filemewujudkan persekitaran konstruktivisme sosial di mana guru, pelajar dan bahan pembelajaran saling berinteraksi di antara satu sama

  v

ABSTRAK

Pembelajaran berasaskan web telah dilihat sebagai satu alternatif yang berkesan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Projek e-pembelajaran bertajuk Lines and

Planes in 3-Dimensions ini menggunakan Moodle sebagai platform untuk

membangunkan bahan interaktif e-pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan

mewujudkan persekitaran konstruktivisme sosial di mana guru, pelajar dan bahan

pembelajaran saling berinteraksi di antara satu sama lain melalui sumber dan aktiviti

yang disediakan. Antara aktiviti interaktif yang dibangunkan dalam Moodle ini adalah

seperti Nota (Resource dan Lesson), Quiz, Hot Potatoes Quiz, Tugasan(Assignment),

Forum, Chat dan Journal. Nota disediakan dalam dua bentuk iaitu HTML dan

powerpoint sebagai alternatif kepada guru dan pelajar semasa menjalani proses

pengajaran dan pembelajaran. Kuiz yang disokong dengan pangkalan data membenarkan

guru dan pelajar mengikuti prestasi pelajar apabila markah, tempoh masa, kekerapan

penggunaan boleh diperoleh. Manakala Forum, Chat dan Journal disediakan untuk

memberi ruang kolaborasi kepada guru dan pelajar yang mana komunikasi dua hala

dibenarkan. Dalam pembelajaran Lines and Planes in 3-Dimensions, kefahaman

mengenai garis, satah dan sudut dalam objek 3 dimensi diperkukuhkan melalui nota

latihan dan aktiviti yang dimantapkan dengan penggunaan elemen multimedia seperti

video, animasi, audio dan grafik. Projek yang menggunakan model rekabentuk bersistem

ADDIE ini diharap dapat digunakan oleh pelajar untuk membantu mengatasi masalah

pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar dan membolehkan pelajar berdikari dalam

pembelajaran mereka.

 

Page 9: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK … filemewujudkan persekitaran konstruktivisme sosial di mana guru, pelajar dan bahan pembelajaran saling berinteraksi di antara satu sama

vi

ABSTRACT

Web based learning is viewed as an effective alternative in the process of

teaching and learning. An e-learning project entitled Lines and Planes in 3-

Dimensions use Moodle as main platform to develop interactive e-learning which

can support student centered learning and create social constructivism learning where

teachers, students and learning material will interact among each other through

resources and interactive activities. Interactive activities provided under Moodle are

Note (Resource and Lesson), Quiz, Hot potatoes Quiz, Assignment, Forum, Chat and

Journal. Note is provided in two types, in HTML and PowerPoint as an alternative

for teacher and student in teaching and learning process. For Quiz, is supported by

database that allows teacher and students knowing their achievement when marks,

time and the usage can be achieved. While Forum, Chat and Journal is provided to

give collaborative space for teacher and student that enables two way

communications. Understanding about Lines and Planes in 3-Dimensions is

enhanced by using note, exercise and activity that is supported with multimedia

elements such as video, audio, animations and graphics. This project that used

instructional model design ADDIE might be used for students to encounter their

learning problems and enables them to be independent in their learning process.

Page 10: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK … filemewujudkan persekitaran konstruktivisme sosial di mana guru, pelajar dan bahan pembelajaran saling berinteraksi di antara satu sama

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN PENULIS ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xv

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Kepentingan Projek 6

1.5.1 Pembangun 6

1.5.2 Pelajar 6

1.5.3 Guru 7

1.5.4 Sekolah dan Pentadbiran 7

Page 11: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK … filemewujudkan persekitaran konstruktivisme sosial di mana guru, pelajar dan bahan pembelajaran saling berinteraksi di antara satu sama

viii

1.6 Skop dan Batasan Projek 8

1.7 Kerangka Teori Projek 8

1.7.1 Kerangka Teori Pengajaran dan Pembelajaran 9

1.7.2 Kerangka Model Rekabentuk Pengajaran 10

1.8 Definisi Istilah 10

1.8.1 Web Portal 10

1.8.2 ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) 10

1.8.3 PBK (Pembelajaran Berbantukan Komputer) 11

1.8.4 E-Pembelajaran 11

1.9 Penutup 12

2 SOROTAN KAJIAN 13

2.1 Pengenalan 13

2.2 E-Pembelajaran 14

2.3 Moodle 15

2.3.1 Kelebihan Menggunakan Moodle 15

2.3.2 Kelemahan Menggunakan Moodle 16

2.4 Perkembangan Web Portal 16

2.5 Kajian Pembelajaran Matematik 18

2.5.1 Pembelajaran Matematik Tingkatan Empat Bagi Tajuk

Lines and Planes in 3-Dimensions 18

2.5.2 Kesukaran Pelajar Dalam Matematik dan Topik Lines

and Planes in 3-Dimension 20

2.5.3 Persepsi Pelajar Terhadap Pembelajaran Matematik

Menggunakan E-Pembelajaran 23

2.5.4 Persepsi Guru Terhadap Pembelajaran Matematik

Menggunakan E-Pembelajaran 24

2.6 Projek- projek yang telah Dibangunkan 25

2.7 Teori Pembelajaran yang Disokong Moodle 27

2.7.1 Teori Konstruktivisme 27

2.8 Model Rekabentuk ADDIE 28

2.9 Elemen-elemen Multimedia dan Perisian 29

2.9.1 Definisi Multimedia 29

2.9.2 Teks 29

Page 12: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK … filemewujudkan persekitaran konstruktivisme sosial di mana guru, pelajar dan bahan pembelajaran saling berinteraksi di antara satu sama

ix

2.9.3 Grafik 30

2.9.4 Video 30

2.9.5 Animasi 30

2.9.6 Audio 31

2.9.7 Perisian yang Digunakan 32

2.9.7.1 Perisian Adobe Photoshop 32

2.9.7.2 Ulead Cool 3D 32

2.9.7.3 Macromedia Flash 33

2.9.7.4 Ulead Video Studio 33

2.9.7.5 Sound Forge 34

2.10 Penutup 34

3 PROSEDUR PEMBANGUNAN 35

3.1 Pengenalan 35

3.2 Kaedah Pelaksanaan 35

3.2.1 Analisis 37

3.2.1.1 Pengguna 38

3.2.1.2 Persekitaran Pembelajaran 38

3.2.1.3 Matlamat Pembelajaran 38

3.2.2 Rekabentuk 39

3.2.2.1 Pembentukan Objektif yang Khusus untuk

Pembelajaran 39

3.2.2.2 Pembinaan Item untuk Ujian 41

3.2.2.3 Pemilihan Strategi Pengajaran 42

3.2.3 Pembangunan 42

3.2.3.1 Carta Alir Web Portal 43

3.2.3.2 Nota Pengajaran 44

3.2.3.3 Bahan Pembelajaran Pelajar 45

3.2.3.4 Kuiz (Quiz) 45

3.2.3.5 Hot Potatoes Quiz 46

3.2.3.6 Tugasan (Assignment) 47

3.2.3.7 Forum 48

3.2.3.8 Chat 48

3.2.3.9 Jurnal 49

Page 13: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK … filemewujudkan persekitaran konstruktivisme sosial di mana guru, pelajar dan bahan pembelajaran saling berinteraksi di antara satu sama

x

3.2.3.10 Elemen Multimedia di dalam Moodle 49

3.2.3.10.1 Audio 49

3.2.3.10.2 Video 50

3.2.3.10.3 Animasi 51

3.2.3.10.4 Teks dan Grafik 51

3.2.4 Pelaksanaan 52

3.2.5 Penilaian 52

3.3 Penutup 53

4 HASIL PEMBANGUNAN 54

4.1 Pengenalan 54

4.2 Pendaftaran Pengguna (Login) 55

4.3 Menu Utama Web Portal 56

4.4 Nota Pengajaran (Note) 57

4.4.1 Prior Knowledge 58

4.4.2 Learning Outcome 59

4.4.3 Nota Pengajaran 60

4.4.4 Quick Lesson 61

4.5 Exam Question 63

4.6 Hands-on Activity 63

4.6.1 Video 64

4.7 Group Work 65

4.8 Quiz 67

4.8.1 Crossword 67

4.9 Game 68

4.10 Your Opinion 69

4.10.1 Forum dan Chat 69

4.11 Glossary 70

4.12 Ciri-ciri Multimedia dalam Web Portal 71

4.12.1 Teks 71

4.12.2 Animasi 72

4.12.3 Grafik 73

4.12.4 Audio dan Video 74

4.13 Kandungan Matematik Bertajuk Lines and Planes in 3-Dimensions 75

Page 14: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK … filemewujudkan persekitaran konstruktivisme sosial di mana guru, pelajar dan bahan pembelajaran saling berinteraksi di antara satu sama

xi

4.13.1 Pendekatan Konstruktivisme dalam Penyampaian

Nota dan Aktiviti 76

4.13.2 Kaedah Penyelesaian Matematik yang Digunakan 77

4.14 Penutup 79

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 80

5.1 Pengenalan 80

5.2 Perbincangan 81

5.3 Kelebihan Web Portal 82

5.4 Kelemahan Web Portal 83

5.5 Masalah-masalah yang Dihadapi Semasa Penghasilan Web Portal 84

5.5.1 Bahan-bahan Pengajaran dan Pembelajaran 84

5.5.2 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 84

5.6 Penilaian Formatif: Maklum Balas Pengguna 85

5.7 Cadangan 87

5.8 Kesimpulan 88

RUJUKAN 89

Lampiran A 92

Page 15: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK … filemewujudkan persekitaran konstruktivisme sosial di mana guru, pelajar dan bahan pembelajaran saling berinteraksi di antara satu sama

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Jadual Pengajaran dan Pembelajaran

Mengikut Aras Kesukaran 40

5.1 Komen Mengenai Isi Kandungan

Pengajaran dan Pembelajaran 85

5.2 Komen Mengenai Pendekatan

Konstruktivisme dalam Pengajaran 86

5.3 Komen Mengenai Reka Bentuk

Antaramuka 86

5.4 Komen Mengenai Reka Bentuk Interaksi 87

Page 16: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK … filemewujudkan persekitaran konstruktivisme sosial di mana guru, pelajar dan bahan pembelajaran saling berinteraksi di antara satu sama

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

1.1 Kerangka Teori Projek 8

2.1 Segitiga Bersudut Tegak 19

3.1 Aliran Kerja Berdasarkan Model ADDIE 37

3.2 Contoh Soalan Subjektif 41

3.3 Carta Alir Web Portal 43

3.4 Skrin Add On Activity Resource 44

3.5 Skrin Add On Activity Lesson 45

3.6 Skrin Adding a New Quiz 46

3.7 Skrin Hot Potatoes Quiz 47

4.1 Paparan Pendaftaran Pengguna (Login) 55

4.2 Paparan login dan membuka akaun baru 56

4.3 Paparan menu utama web portal 57

4.4 Paparan Note dalam Web Portal 58

4.5 Paparan Video Pythagoras Theorem 59

4.6 Paparan Learning Outcomes 60

4.7 Paparan Angle Between Lines and Planes 61

4.8 Paparan Nota dalam Quick Lesson 62

4.9 Paparan soalan dalam Quick Lesson 62

4.10 Contoh Paparan Soalan 63

4.11 Paparan Hands-on Activity 64

4.12 Paparan video hands-on activity 65

4.13 Paparan PowerPoint Group Creativity 66

4.14 Paparan Youtube Activity 66

4.15 Paparan Quiz 67

Page 17: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK … filemewujudkan persekitaran konstruktivisme sosial di mana guru, pelajar dan bahan pembelajaran saling berinteraksi di antara satu sama

xiv

4.16 Paparan Crossword 68

4.17 Contoh paparan Game 69

4.18 Paparan Forum 70

4.19 Paparan Glossary 71

4.20 Contoh Penggunaan Teks Jenis Forte 72

4.21 Contoh Animasi dalam Nota Pengajaran 73

4.22 Contoh Grafik dalam Nota Pengajaran 74

4.23 Contoh paparan video 75

4.24 Contoh Grafik melalui pendekatan konstruktivisme 76

4.25 Contoh paparan arahan dalam hands-on activity 77

4.26 Paparan kaedah Plan 78

4.27 Paparan Animasi Rotation Method 78

Page 18: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK … filemewujudkan persekitaran konstruktivisme sosial di mana guru, pelajar dan bahan pembelajaran saling berinteraksi di antara satu sama

xv

SENARAI SINGKATAN

MSC - Koridor Raya Multimedia

MOODLE - Modular Object Oriented Dynamic Learning

Environment

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi

PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer

IPTA - Pusat Pengajian Tinggi Awam

IPTS - Pusat Pengajian Tinggi Swasta

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

WWW - World Wide Web

PTPK - Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

Page 19: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK … filemewujudkan persekitaran konstruktivisme sosial di mana guru, pelajar dan bahan pembelajaran saling berinteraksi di antara satu sama

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Perkembangan teknologi komputer di dunia yang serba moden ini sentiasa

berjalan dengan pesatnya dari masa ke semasa. Setiap saat pasti ada penciptaan atau

penghasilan produk terbaru oleh pakar-pakar yang dapat membantu manusia

menjalankan aktiviti dalam pelbagai bidang. Ini sekaligus dapat meningkatkan martabat

ketamadunan manusia. Di Malaysia, teknologi komputer telah lama dilaksanakan dalam

pelbagai aspek kehidupan bagi merealisasikan idea pembangunan negara, terutama

sekali dalam bidang pendidikan. Pihak kerajaan telah merancang dan melaksanakan

pelbagai aktiviti pendidikan yang berbantukan komputer dan ini disokong dengan

pelancaran Projek MSC bermula pada tahun 1995 dan masih diteruskan hingga ke hari

ini. Projek mega ini membuka mata setiap pihak betapa pentingnya teknologi maklumat

dalam kehidupan manusia terutamanya dalam meningkatkan taraf ekonomi negara, taraf

pendidikan rakyat, peningkatan sains dan teknologi, peningkatan perdagangan

antarabangsa dan pentadbiran yang lebih bersistematik.

Page 20: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK … filemewujudkan persekitaran konstruktivisme sosial di mana guru, pelajar dan bahan pembelajaran saling berinteraksi di antara satu sama

2

Salah satu aplikasi utama dalam MSC ialah Sekolah Bestari yang

bermatlamatkan menghasilkan pelajar yang mampu berdikari dan membina pengetahuan

mereka sendiri dalam pengajaran dan pembelajaran yang dibantu oleh pelbagai

kelengkapan teknologi terkini seperti teknologi komputer. Kewujudan Sekolah bestari

tersebut menyebabkan perubahan dari segi pendekatan guru dalam proses pengajaran

dan pembelajaran. Guru-guru lebih ditekankan dengan penggunaan teknologi komputer

berbanding pengajaran tradisional. Guru perlu memahami fungsi mereka sebagai

pemudah cara dalam pengajaran berbantukan komputer. Manakala murid didedahkan

kepada cara belajar yang lebih bersikap kendiri seperti mencari maklumat di atas daya

usaha sendiri di bawah bimbingan guru (Baharudin Aris, 2003).

Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) merupakan salah satu pendekatan

pengajaran menggunakan komputer yang diaplikasikan secara meluas di Sekolah Bestari

untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Menurut Baharuddin Aris (2002), PBK

boleh berbentuk menggunakan komputer untuk mempelajari sesuatu secara langkah

demi langkah, iaitu program terancang atau menggunakan komputer untuk pembelajaran

dan pengajaran secara penemuan yang memberikan kebebasan kepada pelajar untuk

meneroka maklumat melalui komputer.

Matematik memainkan peranan yang sangat penting sejak zaman berzaman.

Dalam peradaban Babylonian, matematik telah berkembang dan digunakan dengan

meluasnya dalam bidang pengukuran dan begitu juga ketika ketamadunan Mesir lama

mereka banyak mengaplikasikan matematik dalam bidang astronomi. Pada hari ini,

matematik sudah sebati dalam kehidupan manusia dan mempunyai makna yang cukup

luas. Matematik adalah kesepaduan antara struktur, penyusunan, ketepatan, logik dan

masalah. Matematik juga menggambarkan penggunaan simbol dan operasi seperti

tambah, tolak, darab, bahagi, penyelesaian masalah dan penggunaan formula dan

peraturan tertentu (Noraini, 2006). Bagi penggubal kurikulum, mereka menganggap

Page 21: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK … filemewujudkan persekitaran konstruktivisme sosial di mana guru, pelajar dan bahan pembelajaran saling berinteraksi di antara satu sama

3

matematik adalah sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah dan bukannya sesuatu aksiom

yang statik dan ia dipelajari melalui aktiviti konstruktif.

Pengaplikasian teknologi komputer dalam pengajaran matematik merupakan satu

pendekatan yang bersesuaian dengan era globalisasi pada masa kini. Ramai pendidik

pada hari ini melihat penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICTs) sebagai

persekitaran ataupun suasana, bukan hanya sebagai alat dalam proses pengajaran dan

pembelajaran (Way & Beardon, 2003). Oleh itu pengajaran matematik yang

bersuasanakan teknologi komputer dapat meningkatkan minat dan kesungguhan pelajar.

Contohnya penggunaan internet dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menjelajah

sendiri pengetahuan yang bersesuaian dengan minat mereka. Salah satu aplikasi internet

ialah penggunaan web portal dimana ia merupakan salah satu pendekatan yang sesuai

bagi bidang pendidikan terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam era yang serba maju ini, masih ramai guru hanya mengunakan semata-

mata pengajaran secara tradisional contohnya penggunaan ‘chalk and talk’. Pihak

sekolah sepatutnya menggalakkan lebih banyak penggunaan bahan atau teknik

pengajaran yang lebih moden sebagai pendekatan yang lebih ampuh disamping

penggunaan cara tradisional. Perkembangan seorang guru matematik bersangkut-paut

dengan tiga bidang kepakaran iaitu memahami keperluan pembelajaran pelajar,

pengetahuan kandungan matematik dan penggunaan pedagogi dan strategi yang

pengajaran yang sesuai (Swetz,1982). Oleh itu, pemilihan teknik dan kaedah pengajaran

yang terbaik merupakan salah satu aspek yang penting dalam menjamin penyampaian

ilmu dalam proses pengajaran lebih berkualiti.

Page 22: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK … filemewujudkan persekitaran konstruktivisme sosial di mana guru, pelajar dan bahan pembelajaran saling berinteraksi di antara satu sama

4

Kemajuan era digital pada masa kini menggalakkan penggunaan E-pembelajaran

di kalangan pelajar dan guru.Contoh E-pembelajaran yang paling terkenal ialah web

portal. Pembinaan web portal boleh dilakukan dengan menggunakan Moodle. Menurut

White (2007), Moodle ialah sistem pengurusan kursus sumber terbuka atau bebas yang

direka sebagai alat yang membolehkan pendidik menghasilkan kursus secara talian

dengan mudah.

Matematik merupakan satu matapelajaran terpenting di sekolah sejak dari dahulu

lagi. Matematik merupakan asas bagi semua bidang utama dalam pengajaran.

Sesetengah pelajar menganggap matematik merupakan subjek yang sangat sukar.

Pandangan yang negatif terhadap matematik ini menyebabkan semakin ramai pelajar

yang takut untuk menghadapi matapelajaran ini. Pelajar-pelajar haruslah menyedari

bahawa ilmu matematik bukanlah sesuatu yang asing, sesuatu dari dunia Barat ataupun

sesuatu yang diperkembangkan hanya di negara-negara maju dan ianya harus diajar

sebagai sebahagian daripada kehidupan pelajar (Swetz,1982). Pelajar-pelajar sering

mempunyai masalah dalam memahami sesuatu konsep yang abstrak. Apabila masalah

ini berlanjutan, mereka akan hilang tumpuan dalam pembelajaran sekaligus

mengakibatkan hilang minat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam topik

Lines and Planes in 3 Dimensions, pelajar bermasalah dalam memahami konsep 3

dimensi. Konsep 3 dimensi memerlukan pelajar menggambarkan bentuk sesuatu objek

dari pelbagai sudut. Tidak semua pelajar mempunyai kemahiran berfikir yang kreatif.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran harus melibatkan pelajar secara aktif bagi

membolehkan pelajar mengemukakan idea dan perasaan, menyelesaikan masalah,

bertukar-tukar pendapat serta dapat berfikir secara kreatif dan kritis.

Page 23: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK … filemewujudkan persekitaran konstruktivisme sosial di mana guru, pelajar dan bahan pembelajaran saling berinteraksi di antara satu sama

5

1.3 Pernyataan Masalah

Lines and Planes in 3-Dimensions bagi tingkatan empat merupakan salah satu

topik yang sukar bagi peperiksaan SPM. Pelajar sukar untuk menggambarkan suatu

bentuk tiga dimensi dalam pemikiran mereka kerana memerlukan pemikiran yang

kreatif. Salah satu sebab berlakunya perkara ini kerana guru masih menggunakan cara

tradisional dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui kaedah tradisional,

pelajar akan terdedah kepada teknik hafalan dan mengakibatkan mereka kurang

memahami topik tersebut. Bagi topik Line and Planes in 3 Dimensions ini, teknik

hafalan merupakan teknik yang paling lemah kerana pelajar mungkin terdedah kepada

risiko salah konsep kerana topik ini lebih sesuai jika dibantu oleh kaedah visual.

Sesetengah perisian atau portal pendidikan hanya menyediakan pelajar untuk melihat

suatu visual tanpa mereka dapat untuk mengolah atau menggunakan idea mereka sendiri

untuk menjalankan aktiviti pembelajaran. Justeru itu, projek ini dibangunkan sebagai

bahan bantu pengajaran terbaik dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia

berkualiti, kos efektif, mudah dicapai dan memenuhi kurikulum matematik bagi sekolah

menengah.

1.4 Objektif Projek

Objektif bagi projek web portal ini ialah:

I. Membangunkan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi guru dan pelajar iaitu

nota, kuiz, latihan, aktiviti, tugasan, forum dan perbincangan berasaskan Moodle

Page 24: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK … filemewujudkan persekitaran konstruktivisme sosial di mana guru, pelajar dan bahan pembelajaran saling berinteraksi di antara satu sama

6

II. Menghasilkan aplikasi pengajaran dan pembelajaran matematik tingkatan empat

bagi tajuk Lines and Planes in 3-Dimensions menggunakan pendekatan

konstruktivisme yang disokong oleh penerapan elemen multimedia.