Upload
others
View
6
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PEMBANGUNAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)
BERASASKAN KOMPUTER BAGI SUB TOPIK KECIL
MATAHARI DALAM TOPIK GALAKSI DAN BINTANG ,
SAINS KBSM TINGKATAN TIGA
NURUL SYAKIRAH BT AB. RAHMAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)”
Tandatangan :
Nama Penyelia :TUAN HJ MUSLIM BIN JONID
Tarikh :17.APRIL.2006
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PEMBANGUNAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) BERASASKAN KOMPUTER BAGI SUB TOPIK KECIL ‘THE SUN’ DALAM TOPIK ‘STAR AND GALAXIES’ , SAINS KBSM TINGKATAN TIGA
SESI PENGAJIAN: SEMESTER II SESI 2005/2006
Saya NURUL SYAKIRAH BT AB. RAHMAN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap: LOT 1046 KAMPUNG NYIOR, TUAN HJ MUSLIM BIN JONID 06000 JITRA, Nama Penyelia KEDAH DARUL AMAN. Tarikh: 17. APRIL. 2006 Tarikh: 17. APRIL.2006
i
PEMBANGUNAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)
BERASASKAN KOMPUTER BAGI SUB TOPIK KECIL
MATAHARI DALAM TOPIK GALAKSI DAN BINTANG
SAINS KBSM TINGKATAN TIGA
NURUL SYAKIRAH BT AB. RAHMAN
Laporan Projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (sains)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
17. APRIL. 2006
ii
PENGAKUAN
“ Saya akui karya ini adalah kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
bagi setiap ayat telah saya jelaskan sumbernya ”.
Tandatangan :
Nama Penulis : Nurul Syakirah Bt Ab. Rahman
Tarikh : 17 . APRIL. 2006
iii
DEDIKASI
Teristimewa buat abah dan mak, Ab. Rahman Mustafa dan Ramlah Idris
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah banyak memberi dorongan
dan sokongan sejak kaki ini mula menjejak ke alam persekolahan sehinggalah
sekarang…
sudi berkongsi susah senang walau apa jua terjadi…
pengorbanan mak dan abah amatla Nurul hargai....
Buat suami tersayang, Faizal Abdullah......
Kasih dan sayang abang untuk Ma menjadi inspirasi kepada Ma,
Jutaan terima kasih kerana sentiasa memberikan semangat dan apa jua bantuan
yang Ma perlukan…
Kekuatan diri ini untuk mengharungi menara gading...
adalah kekuatan dirimu,abang......
Buat semua ahli keluarga,
Terima kasih di atas segala-galanya…
Buat rakan taulan,
Jasa anda terlalu besar sepanjang penulisan dan ketika menjalani kehidupanku di
UTM ini…
dan kepada semua rakan dan orang perseorangan yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung…
Terima kasih, semoga jasa anda diberkati Allah S.W.T…
iv
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia, taufiq dan
hidayahNYA, penulisan ini dapat disiapkan juga akhirnya.
Dikesempatan ini, penulis ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak
terhingga kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam
menyiapkan kajian ini termasuk yang telah memberi dorongan dan sokongan kepada
penulis serta memberi kekuatan dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan
jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga khas kepada Tuan Hj
Muslim b Jonid selaku penyelia bagi projek ini di atas segala susah payah menunjuk
ajar, menasihat, menyemak, menyumbang idea serta bimbingan yang diberi
sepanjang tempoh projek ini dijalankan sehingga berjaya disiapkan juga.
Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada :
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.
Pengetua, Guru dan pelajar sekolah menengah yang terlibat dalam kajian ini.
Dengan kerjasama semua, maka projek ini dapat berjalan dengan lancar dan
dapat disiapkan dengan sempurna. Semoga Allah S.W.T membalas segala jasa baik
kalian…
v
ABSTRAK
Pembelajaran dan pengajaran menggunakan Modul Perisian Alat Bantu Mengajar
berkomputer merupakan satu kaedah pengajaran yang semakin berkembang di
sekolah. Keperluan ABM ini bagi merealisasikan sekolah bestari yang mula beroperasi
akhir 1998 ini merupakan sesuatu yang amat penting kerana Sekolah Bestari
merupakan sekolah yang sepenuhnya menggunakan pengajaran yang berkonsepkan
Modul Perisian Alat Bantu Mengajar. Menyedari tentang masalah kekurangan ABM
di sekolah, projek mereka bentuk sebuah perisian multi media telah dihasilkan. Projek
ini bertujuan mereka bentuk sebuah perisian multi media bagi mata pelajaran Sains
Tingkatan Tiga yang bertajuk ‘The Sun’ dalam tajuk ‘Star and Galaxies’. Modul ABM
ini dibangunkan untuk menghasilkan perisian supaya dapat digunakan di sekolah..
Dalam mereka bentuk Modul Perisian Alat Bantu Mengajar multi media ini, ke tujuh-
tujuh elemen multi media iaitu teks, audio, video grafik, animasi, grafik dan interaktif
telah di gabungkan mengikut prinsip reka bentuk. Elemen-elemen ini telah di
gabungkan dengan baik supaya kaedah pengajaran dan pembelajaran yang biasa tidak
dijalankan lagi. Penilaian yang menguji tahap pembelajaran seseorang pelajar juga
turut disediakan dalam mereka bentuk perisian ini.
vi
ABSTRACT
Modul ‘Perisian Alat Bantu Mengajar’ is a new approach in teaching that is
encouraged to be implemented in schools. To realise the Malaysian Smart School
project that will be first implemented at the end of 1998, the need to produce
educational software is very important. The lack of quality educational software is one
of the problems that hinder the practices of ‘Perisian Alat Bantu Mengajar’ in schools.
The aims this project is helping to solve this problem. This project is to design
educational software for Form Three, Science subject on ‘The Sun’ in chapter ‘Star
and Galaxies’ . This design will be proposed to the programmer to build the software
so that it can be used in schools. The need to carefully design the software before
programming is necessary to ensure the quality of the product. In designing the
software, seven elements of multimedia are considered which are graphics, video,
graphic, audio, animation, text and interactivity. The incorporation of the elements
was carefully blended so that a new approach of learning is different from the normal
‘chalk and talk’ method. Evaluation of student progress is also included in the design.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA
SURAT
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vii
ISI KANDUNGAN viii-xii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI LAMPIRAN xviii
viii
BAHAGIAN SATU
PENGENALAN
BAB 1 PENGENALAN
1.1. Pengenalan
1.2. Latar Belakang Masalah
1.3. Pernyataan Masalah
1.4. Objektif Projek
1.5. Kepentingan Projek
1.6. Skop dan batasan Projek
1.7. Rasional Pemilihan Tajuk
1.8. Definisi
1.8.1 Definisi Modul
1.8.2 Alat Bantu Mengajar (ABM)
1.8.3 Modul ABM Berasaskan Komputer
1.8.4 Perisian
1.8.5 Teks
1.8.6 Grafik
1.8.7 Animasi
1.8.8 Video
1.8.9 Audio
1.9. Penutup
1
5
7
9
10
10
11
12
12
12
13
13
14
14
14
15
15
15
ix
BAHAGIAN DUA
SOROTAN PENULISAN
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1. Pengenalan
2.2. Ciri-ciri ABM
2.2.1 Ciri-ciri ABM yang baik
2.2.2 Ciri-ciri ABM yang kurang baik
2.2.3 Jenis-jenis ABM
2.3. Pengajaran Berbantu Komputer (PBK)
2.3.1 Perbezaan di antara PBK dengan
ABM berasaskan komputer
2.4. E-book
2.5. Kebaikan ABM Berasas Komputer
2.6. Kelemahan ABM Berasaskan Komputer
2.7. Teori Pembelajaran Dalam ABM berasaskan
Komputer
2.7.1 Teori Behaviorisme
2.7.2 Teori Kognitivisme
2.8. Strategi Pengajaran Dalam Modul ABM
berasaskan komputer
2.9. Penutup
16
17
17
18
19
21
22
23
25
28
30
30
31
32
34
x
BAHAGIAN TIGA
METADOLOGI
(REKA BENTUK MODUL ALAT BANTU
MENGAJAR)
BAB 3 REKA BENTUK MODUL ABM
3.1. Pengenalan
3.2. Prosedur Pembinaan Perisian
3.2.1 Analisis
3.2.2 Reka bentuk
3.2.3 Perlaksanaan
3.2.4 Pembangunan
3.2.5 Penilaian
3.3. Penentuan Tajuk Dan Skop Pembangunan
3.3.1 Objektif Pengajaran
3.3.2 Kumpulan Sasaran
3.4. Pemilihan Medium Pembangunan
3.4.1. Kelebihan Power point 2003
3.4.2. Kelemahan Powerpoint 2003
3.4.3. Perisian Multi media
3.5 Pemilihan Perkakasan
3.5.1 Spesifikasi Perkakasan Minimum
35
35
36
38
38
39
40
41
42
43
43
44
45
45
48
49
xi
pengguna
3.5.2 Persekitaran Pengguna
3.6 Carta Alir
3.6.1 Carta Alir Umum
3.6.2 Carta Alir Terperinci
3.7 Penutup
50
51
51
56
BAHAGIAN EMPAT
PEMBANGUNAN ABM
BAB 4
PEMBANGUNAN ABM
4.1. Pengenalan
4.2. Struktur Asas
4.3. Paparan Montaj
4.4 Paparan Bantuan atau help
4.5 Paparan Menu
4.6 Paparan Topik
4.7 Paparan Soalan
4.8 Paparan e-Link
4.9 Paparan Glosari
4.10 Paparan Take Rest
4.11 Paparan Nota
4.12 Paparan Galley atau galeri
57
57
59
60
61
62
63
67
67
68
75
76
xii
4.13 Paparan Keluar atau Quit
4.14 Pempakejan Perisian
4.15 Cara Menggunakan Perisian
4.16 Penutup
77
78
79
81
BAHAGIAN LIMA
PERBINCANGAN, CADANGAN DAN
KESIMPULAN
BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN
KESIMPULAN
5.1 Pengenalan
5.2 Perbincangan
5.2.1 Kekuatan Perisian
5.2.2 Kelemahan perisian
5.2.3 Kekangan
5.3 Cadangan
5.4 Kesimpulan
82
82
83
84
85
87
88
RUJUKAN 89
LAMPIRAN 93
xiii
SENARAI JADUAL
NO
JADUAL
TAJUK MUKA
SURAT
2.1 Perbezaan di antara PBK dan Modul ABM 22
3.1 Kekerapan soalan Peperiksaan PMR bagi topik Star
and Galaxies
37
xiv
SENARAI RAJAH
NO
RAJAH
TAJUK MUKA
SURAT
3.1 Prosedur Pembinaan Perisian (ADDIE) 36
3.2 Prosedur Pembinaan Perisian 41
3.3 Carta Alir Perisian Secara Umum 51
3.4 Carta Alir Perisian Bagi Bahagian Sifat Fizikal 51
3.5 Carta Alir Perisian Bagi Bahagian Struktur Matahari 52
3.6 Carta Alir Perisian Bagi Bahagian Fenomena di
Pemukaan Matahari
52
3.7 Carta Alir Perisian Bagi Bahagian Penjanaan Kuasa oleh
Matahari.
53
3.8 Carta Alir Perisian Bagi Bahagian Quiz 53
3.9 Carta Alir Perisian Bagi Bahagian Take rest 54
3.10 Carta Alir Perisian Bagi Bahagian Galleri 54
xv
3.11 Carta Alir Perisian Bagi Bahagian Help 55
3.12 Carta Alir Perisian Bagi Bahagian e-Link 55
3.13 Carta Alir Perisian Bagi Bahagian Note 56
4.2.1 Struktur Asas 58
4.2.2 Butang Navigasi 58
4.2.2 (i) Butang seterusnya, 58
4.2.2 (ii) Butang sebelumnya 58
4.2.2 (iii) Butang kembali ke paparan awal 58
4.2.2 (iv) Butang tidak mahu mengikuti paparan ini 58
4.2.2 (v) Butang Navigasi ‘home’ ke paparan menu utama 58
4.3.1 Paparan Tajuk 59
4.3.2 Paparan Tajuk Sub-menu 59
4.4.1 Paparan Panduan Pengguna (i) 60
4.4.2 Paparan Panduan Pengguna (ii) 60
4.4.3 Paparan Panduan Pengguna (iii) 60
4.4.4 Butang navigasi untuk ke paparan bantuan. 60
4.5.1 Paparan Menu Utama 61
4.5.2 Paparan Menu Bagi tajuk kecil 61
4.6.1 Paparan Topik set induksi (Pengetahuan Sedia) 62
4.6.2 Paparan Topik structure of the Sun(analogi) 62
4.6.3 Paparan Video pencahayaan matahari 63
4.6.4 Paparan demonstrasi 63
4.7.1 Paparan Soalan Structure of the Sun (Soalan Formatif) 64
xvi
4.7.2 Paparan Soalan Characteristics of the Sun (Soalan
Formatif)
64
4.7.3 Paparan Soalan Phenomena On The surface of The Sun
(Soalan Formatif)
65
4.7.4 Paparan Jawapan (Ganjaran positif) 65
4.7.5 Paparan Jawapan (Ganjaran Negatif) 65
4.7.6 Paparan Soalan Sumatif 66
4.7.7 Paparan Ganjaran Positif (Sumatif) 66
4.7.8 Paparan Ganjaran Negatif (Sumatif) 66
4.8.1 Paparan Laman Web 67
4.9.1 Paparan Glosari 68
4.10.1 Permaianan dan Aktiviti 1 (music box) 70
4.10.2 Permaianan dan Aktiviti 2 (poison box) 70
4.10.2.1 Permaianan dan Aktiviti 2 (soalan poison box) 71
4.10.2.2 butang Permainan dan butang Muzik yang dikawal
oleh guru
71
4.10.2.3 paparan pelajar yang menjawab dengan tepat. 71
4.10.2.4 paparan pelajar menjawab dengan salah dan terkeluar
dari permainan.
72
4.10.3 Permaianan dan Aktiviti 3 (play death) 72
4.10.3.1 Permaianan dan Aktiviti 3 (A) 72
4.10.3.2 Permaianan dan Aktiviti 3 (B) 73
4.10.3.3 Permaianan dan Aktiviti 3 (C) 73
xvii
4.10.3.4 Permaianan dan Aktiviti 3 (D) 73
4.10.3.5 Permaianan dan Aktiviti 3 (E) 74
4.10.4 Permaianan dan Aktiviti 4 74
4.10.5 Permaianan dan Aktiviti 5 (tip top) 74
4.10.6 Permaianan dan Aktiviti 6 75
4.11.1 Paparan Nota 75
4.12.1 Paparan Video, 76
4.12.2 Paparan Gambar, 76
4.12.3 Paparan Video Dan Audio 77
4.12.4 Paparan Animasi 77
4.13.1 (Pertanyaan Setuju) 78
4.13.2 (Biodata pembangunan) 78
4.14.1 Package for CD 79
4.14.2 Selepas Package for CD 79
xviii
SENARAI LAMPIRAN
NO
LAMPIRAN
TAJUK MUKA
SURAT
A Lampiran A 92
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Dewasa ini, istilah komputer, teknologi maklumat dan jaringan internet tidak
lagi asing bagi masyarakat negara ini. Malah, setiap hari kita mendengar pelbagai
maklumat tentang perkembangan teknologi pengkomputeran di seluruh dunia. Malah
pelancaran Koridor Raya Multi media atau lebih dikenali Multi media Super Corridor
(MSC) pada tahun 1995, telah mempengaruhi bidang komputer dan teknologi
komunikasi. MSC adalah salah satu langkah kerajaan membawa Malaysia ke mercu
kejayaan dengan memiliki teknologi yang canggih dan setanding dengan negara-
negara yang telah mendahului dalam bidang IT. Dalam MSC terdapat tujuh aplikasi
perdana iaitu kerajaan elektronik, tele-perubatan, gugusan penyelidikan dan
pembangunan, kad pelbagai guna kebangsaan, pengeluaran seluruh dunia web, pusat
pemasaran tanpa sempadan dan sekolah bestari.
Dalam era baru, penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan hakikatnya
ingin memastikan revolusi maklumat akan mempengaruhi hidup masyarakat kita
secara lebih mendalam serta menyeluruh. Penggunaan komputer dalam bidang
pendidikan bukanlah sesuatu yang baru dalam sejarah perkembangan komputer.
2
Pelbagai ciptaan mikrokomputer telah banyak mengubah kaedah pengajaran dan
pembelajaran serta pentadbiran pendidikan. Kemajuan pendidikan semakin hari
bertambah jelas dipengaruhi oleh elemen seperti teknologi maklumat khususnya
komputer dan telekomunikasi. Selain itu, perkembangan teknologi peralatan dan
perisian komputer memainkan peranan penting terhadap penggunaan komputer dalam
dunia pendidikan.
Penggunaan komputer dalam pendidikan bukan sahaja melibatkan pengurusan
pendidikan dan pendokumentasian maklumat pelajar tetapi ia juga boleh digunakan
oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Oleh kerana komputer hanyalah
satu media dan alat yang membantu dalam proses P&P maka, guru hendaklah
memainkan peranan dalam membina perisian sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM)
bagi menjamin pengajaran dan pembelajaran yang produktif dan berkesan. Oleh itu,
seseorang guru haruslah membuat keputusan untuk memilih perisian yang harus
digunakan dan bagaimana untuk mempersembahkan pengajarannya.
Menurut KPM, era perkembangan teknologi masa kini telah mempengaruhi
setiap bidang kehidupan. Aspek teknologi digabungkan dalam kurikulum sekolah
sebagai satu daya usaha ke arah menyemai da memupuk minat serta sikap yang positif
terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada
sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berfikiran kreatif dan
penyayang dengan menggunakan teknologi terkini.
KPM juga berpendapat bahawa perlaksanaan Sekolah Bestari akan membuka
ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer yang akan membolehkan fleksibiliti
dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Suasana ini akan mengurangkan
jurang peluang antara mereka yang berada dan berupaya menggunakan teknologi
terkini di rumah, dengan mereka yang kurang berada.
3
“Kemunculan IT telah membawa pendekatan yang baru dalam menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran. Proses penyampaian dan penerimaan ilmu telah
pun diperbaiki dengan pendedahan komputer peribadi kepada para pelajar dan guru.
Kaedah pengajaran melalui teknologi juga dapat mengubah cara penyampaian
maklumat dan memperkemaskan teknik pengajaran supaya lebih menarik minat
pelajar untuk belajar. (M. Zawawi, 1990)”.
Pengajaran berbantukan komputer adalah salah satu cara mengoptimumkan
pembelajaran pelajar. Kaedah moden barulah dapat melahirkan suatu pendekatan baru
untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Maka perisian modul alat bantu mengajar
boleh dikenal pasti sebagai bahan pengajaran yang penting dalam proses pengajaran
seseorang guru.
MacDanald dan Cairncross menegaskan bahawa, “ in general, mastery and
retention rates improve when interactive multi media is used as more senawa are
involved in the learning process and the process becomes more active with the learner
in control.’ (Baharuddin et al, 2000).
Pelajar akan mendapat pengetahuan yang lebih dan memahami konsep dengan
lebih cepat jika mereka diberikan kaedah pengajaran berbantukan komputer. Pelajar
juga mempunyai sikap positif terhadap mata pelajaran yang akan diajar jika mereka
menggunakan kaedah pengajaran berbantukan komputer. (Kulik dan Kulik,1987)
Persembahan menerusi komputer membolehkan seseorang meningkatkan ciri-
ciri interaktif ke dalam persembahan multimedia yang dibangunkan. Multimedia yang
interaktif memberikan pelbagai penekanan kepada pengguna berbanding secara pasif.
Crowe dan Palmera-Leynes berkata : “ terdapat beberapa kajian yang
membuktikan bahawa bahan multimedia interaktif mampu mempertingkatkan kadar
4
penerimaan pelajar mengenai sesuatu yang diajar sebagai 30% lebih daripada pelajar
yang menggunakan kaedah pengajaran tradisional.” (Baharuddin et al(2000)
Terdapat kajian membuktikan bahawa multimedia yang interaktif dapat
membina sikap positif dan mempertingkatkan kadar penerimaan pelajar dan pelajar
dapat belajar dengan berkesannya dalam persembahan isi kandungan yang
menggunakan elemen-elemen multimedia yang menarik (Micheal dan Ann, 1997).
Persembahan dengan berbantukan
komputer telah digunakan dengan meluas dalam urusan kehidupan manusia. Perisian
seperti Power Point telah memanfaatkan pelbagai bidang contohnya, pendidikan,
perniagaan, dan bidang latihan. Guru hanya memerlukan mada yang pendek untuk
menghasilkan persembahan multimedia dengan memilih saiz dan warna perkataan
atau latar belakang daripada perisian sahaja. Ini lebih menjimatkan masa daripada
membuat poster atau model. (Pamela, 1999)
Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah melaksanakan beberapa program
untuk mendedahkan kepada para belia kita mengenai perkembangan teknologi
maklumat yang begitu pesat. Pelbagai program telah dijalankan melalui Pusat
Perkembangan Kurikulum (PPK). Program yang telah dilaksanakan adalah seperti
berikut:-
(i) 1986 – program pengenalan kepada komputer
(ii) 1989 – projek KPM – MIMOS yang bertujuan untuk mewujudkan
hubungan dua hala dalam hal merancang, menyelidik dan
membangunkan peralatan dan perisian serta kurikulum untuk
program dalam pendidikan.
5
(iii) 1992 – Program literasi komputer
(iv) 1993 - Program literasi komputer diperluaskan dengan
memasukkan unsur-unsur Pengajaran dan Pembelajaran
Pendidikan Berpandukan Komputer (PBK)
(v) 1997 – KPM menubuhkan ‘jaringan pendidikan’ (rangkaian
komputer) supaya semua sekolah dapat berinteraksi dengan satu
sama lain.
(vi) 1997 – Pengajian komputer telah disenaraikan sebagai salah satu
subjek elektif untuk Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
(vii) 1998 – Sekolah Bestari.
1.2 Latar Belakang Masalah
Penggunaan komputer dalam pendidikan merupakan langkah awal ke arah
mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat wawasan 2020. Dalam
MSC terdapat tujuh aplikasi perdana dan salah satu daripadanya ialah sekolah bestari.
Kewujudan sekolah bestari di Malaysia telah membawa perubahan besar kepada
penduduk negara ini. Dalam dunia pendidikan, konsep pengajaran dan pembelajaran
(P&P) sekolah bestari bukanlah satu perkara yang baru di negara-negara maju.
Kewujudan sekolah bestari ini disambut baik oleh setiap lapisan masyarakat.
Dengan kewujudan sekolah bestari ini, ia sekaligus membawa perubahan kepada
peranan guru. Peranan guru adalah jauh lebih luas daripada penyampai ilmu. Jika
dahulu, guru menjadi pemberi ilmu dan kemahiran kerana jumlah ilmu dan kemahiran
yang terhad, sekarang semua maklumat mungkin sudah tidak dipunyai oleh guru.
Maka pelajar perlu memainkan peranan dalam mendapatkan maklumat daripada
6
pelbagai sumber. Selaras dengan itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran turut
mengalami transformasi. Hal ini dapat di lihat dari segi penggunaan unsur multimedia
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan unsur-unsur multimedia
adalah lebih berkesan kerana ia menggabungkan pelbagai elemen seperti audio, grafik,
video, animasi dan teks. Hal ini berlaku adalah kerana untuk mengenali sesuatu objek
dan keadaan yang berlaku disekelilingnya, seseorang akan menggunakan kelima-lima
alat deria. Peratus penglibatan deria adalah seperti berikut: 1% melalui rasa, 1.5%
melalui sentuhan, 3.5% melalui hidung, 11% melalui pendengaran dan 83% melalui
penglihatan. (Dr. Baharuddin et.al, 2000)
Penggunaan ABM yang canggih atau yang berbentuk elektronik jarang sekali
digunakan. Memandangkan untuk menghasilkan satu perisian ABM memerlukan masa
dan tenaga yang banyak. Oleh itu, guru lebih cenderung kepada penggunaan papan
tulis dengan kapur (‘Chalk dan Talk), carta atau poster dan sampel sebenarnya.
(Baharuddin 2000)
ABM yang berasaskan komputer jarang digunakan di kalangan guru walaupun
Kementerian Pendidikan telah membekalkan perkakasan komputer di sekolah-sekolah.
Faktornya ialah guru-guru tidak mahir dalam penggunaan komputer dan tidak
mempunyai kemahiran untuk membangunkan perisian sebagai ABM.
Kajian oleh Rio Sumarni menunjukkan kesanggupan guru untuk
membangunkan perisian adalah tidak menggalakkan. Masalah kekurangan perisian
pendidikan yang berkualiti dapat diatasi apabila satu usaha ke arah mereka bentuk
perisian bermodulkan ABM dapat diwujudkan.
7
Pengajaran yang sesuai haruslah mempunyai ciri-ciri seperti kesesuaian,
kewibawaan atau kredibiliti dan kemas. (A.J. Romiszowki dalam Noran 1994)
Selain itu, kerajaan terlalu menitik beratkan perkembangan pendidikan negara
dan pemimpin negara sedar bahawa dalam menyediakan generasi muda yang mampu
menghadapi cabaran masa depan pengetahuan komputer adalah amat diperlukan. Ini
dapat di lihat dengan jelas dalam Rancangan Malaysia Ke-6, seksyen 5.79,
‘ the goverment will pursue efforts to further programs for computer in
education (CIE) to lay a strong foundation for a computer literate society as
well as to create a culture oriented towards knowledge and imformation. In the
regard, computer education in both the primary and secondary school will be
further enhance to facilitate the learning and acquisition of basic skills such as
reading, writing and mathematics. Theastablishment of computer club will be
further encouraged. Especially in rural school. The private sector can asist in
this by providing computer hardware and software for CIE program.’
Oleh itu, penggunaan Alat Bantu Mengajar yang berasaskan komputer amatlah
digalakkan bagi mencapai matlamat pendidikan.
1.3 Pernyataan Masalah
Dalam menyampaikan isi sesuatu pelajaran, penggunaan bahan dan alat yang
sesuai dan menarik adalah amat penting walaupun ia bukan kemestian. Dalam situasi
di Malaysia, alat bantu mengajar adalah digalakkan dalam pengajaran untuk mencapai
objektif pembelajaran.
Sesetengah mata pelajaran di sekolah, seperti mata pelajaran Sains tidak dapat
diterangkan dengan jelas khususnya isi pelajaran yang berbentuk abstrak. Hal ini
8
mungkin mendatangkan masalah kepada guru untuk menerangkan isi pelajaran dan
pelajar pula menghadapi masalah untuk memahami isi pelajaran yang disampaikan
oleh guru. Di sini pembelajaran yang bermakna tidak berlaku. Menurut Puan Husni
Syakirah Bt Ab. Rahman iaitu guru dari Sek. Men Intergrasi Kubang Pasu, Kedah : isi
pelajaran yang abstrak seperti tajuk “Galaksi” dapat diatasi dengan menggunakan
ABM berkomputer. Menurutnya lagi, gambaran jelas planet dan galaksi boleh
ditunjukkan dengan jelas secara grafik. Penyataan ini disokong oleh Puan Salamah Bt
Abd Rahman iaitu guru dari Sek. Men. Tun Saldun iaitu penggunaan ABM
berkomputer dapat menjadikan suatu sesi pembelajaran itu lebih realistik dengan
menggunakan teknik animasi.
Menyedari hakikat ini, pengaplikasian Alat Bantu Mengajar (ABM)
Berasaskan komputer adalah perlu dilaksanakan sebagai media pengajaran dan
pembelajaran. Justeru itu, setiap guru haruslah menggunakan Alat Bantu mengajar
(ABM) yang berteknologi tinggi berasaskan komputer seiring dengan situasi semasa.
Dengan teknologi sudah tentu menolong guru merancang pengajaran mereka termasuk
perancangan sebelum, semasa, dan selepas menerbitkan bahan pengajaran contohnya
penggunaan modul ABM. Kejayaan sesuatu pengajaran adalah bergantung kepada
kreativiti guru,bukan penggunaan ABM semata-mata, lebih lagi dengan wujudnya
keperluan pelajar yang pelbagai.
Mohd Sahidi telah membuat kajian tinjauan ke beberapa buah Pusat Kegiatan
Guru (PKG) di Daerah Kota Baharu, awal Jun 2002, di dapati hanya perisian PBK
dibekalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, kementerian Pendidikan. Tiada satu
pun perisian berbentuk ABM yang didapati. Ini menggambarkan ABM berasaskan
komputer belum diketengahkan di era pengajaran dan pembelajaran secara khusus
malahan pengajaran guru di sekolah masih setakat “ chalk and talk”. (Mohd
Sahidi,2002)
9
Penggunaan perisian ABM membolehkan teks isi pengajaran yang panjang
diringkaskan atau dipersembahkan dalam bentuk grafik, video, dan audio malahan
animasi. Penjelasan isi pelajaran boleh dilakukan dengan bantuan audio serentak
gabungan paparan grafik yang menunjukkan keadaan tersebut.
1.4 Objektif Projek
Objektif projek ini ialah:
(i) Membina modul ABM yang interaktif berasaskan Power point
2003 bagi topik ‘The Sun’ Sains Tingkatan Tiga dalam bahasa
Inggeris dengan menggabungkan element-element multimedia
yang menarik iaitu teks, grafik, animasi, audio dan video.
(ii) Sebagai bahan sokongan untuk guru. Guru boleh menggunakan
perisian untuk mengukuhkan kefahaman pelajar di samping
memudahkan proses pengajaran guru.
(iii) Memandangkan topik ini di dalam CD perisian ABM yang
disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia tidak
disediakan maka inisiatif ini diambil untuk melengkapkan perisian
tersebut.
10
1.5 Kepentingan Projek
Modul ABM ini dibangunkan adalah satu usaha untuk mengatasi masalah
kekurangan bahan bantu mengajar yang mempunyai ciri-ciri interaksi yang tinggi di
pasaran.
Modul ABM ini juga membantu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
dalam menyediakan bahan dan alat bantu mengajar dan kos dapat dikurangkan.
Di samping itu, ia dapat membantu guru dan pelajar meningkatkan pengajaran
dan pembelajaran yang biasanya dijalankan secara tradisional iaitu satu hala.
Modul ABM ini juga dapat memberi idea dan pengetahuan tambahan kepada
guru-guru dan pengguna untuk mengajar mengenai Sistem solar dan Galaksi.
Dengan adanya modul ABM ini, guru dapat mengatasi beberapa kekangan
ABM yang berasaskan bahan cetakan iaitu dari segi kos yang tinggi, sukar dibawa dan
mudah rosak.
1.6 Skop Projek
Modul alat Bantu Mengajar (ABM) berasaskan komputer ini dibangunkan
berdasarkan mata pelajaran Sains Tingkatan Tiga. Penilaian formatif dan penilaian
sumatif juga diselitkan untuk menguji kefahaman pelajar dari masa ke semasa.
11
Tajuk yang dipilih satu sub topik dalam bab “Star and Galaxies” iaitu “The
Sun”. Isi kandungan modul ABM ini meliputi pengenalan matahari, struktur matahari,
sifat-sifat fizikal matahari, fenomena yang berlaku pada mateahari dan penghasilan
tenaga oleh matahari.
1.7 Rasional Pemilihan Tajuk
Tajuk yang dipilih untuk membangunkan modul ABM ialah The Sun subtopik
dalam Chapter 9 buku teks Tingkatan Tiga ini dipilih adalah kerana isi pelajaran tajuk
ini berbentuk abstrak di mana, ia perlu divisualkan supaya pelajar lebih faham dan
dapat menguasai konsep galaksi dengan baik. Pengajaran yang abstrak akan
menyebabkan timbulnya masalah salah konsep dalam minda pelajar. Hal ini berlaku
disebabkan tahap imaginasi dan kognitif pelajar yang berbeza.
Tajuk yang dipilih ini disokong oleh Puan Husni Syakirah Bt Ab. Rahman dari
Sek Men Intergrasi Kubang Pasu.
Seperti yang anda tahu, mempelajari dan membayangkan mengenai untuk
melihat alam semesta tidak boleh di lihat dari bumi seperti keadaan sebenar
permukaan mataharii, maka dengan kehadiran video-video yang bersesuaian maka
pelajar dapat melihat dengan mata sendiri apa yang terdapat di matahari kita.
Dengan adanya modul ABM berasas komputer ini ia dapat memudahkan tugas
guru dalam pengajaran dan sekaligus dapat menarik minat pelajar mempelajari topik
ini kerana ABM ini diterapkan unsur-unsur multimedia seperti grafik, animasi, audio
dan lain-lain lagi.