Upload
duongthuy
View
232
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI ASAS
PENYELIDIKAN DAN PENCARIAN MAKLUMAT MELALUI PANGKALAN
DATA ELEKTRONIK
NOORUL SHUHADAH OSMAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan
tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan
penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI ASAS
PENYELIDIKAN DAN PENCARIAN MAKLUMAT MELALUI
PANGKALAN DATA ELEKTRONIK,
FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya NOORUL SHUHADAH BINTI OSMAN
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh,
__________________________ ____________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap:
4236, KG TERSUSUN SRI RAHMAT ENCIK ABDUL RAZAK BIN IDRIS
31000 BATU GAJAH, Nama Penyelia
PERAK.
Tarikh:____28 April 2009_____ Tarikh:____28 April 2009_____
“Saya mengaku bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)”
Tandatangan : ……………………………...
Nama Penyelia : Encik Abdul Razak bin Idris
Tarikh : ……………………………...
PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI ASAS
PENYELIDIKAN DAN PENCARIAN MAKLUMAT MELALUI PANGKALAN
DATA ELEKTRONIK
NOORUL SHUHADAH BINTI OSMAN
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan
(Matematik)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MAC 2009
ii
“ Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
saya gunakan, yang mana tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya “.
Tandatangan : …………………….................
Nama Pelajar : Noorul Shuhadah binti Osman
Tarikh : …………………….................
iii
Kepada Abah, Osman bin Abdul Aziz dan arwah Mama, Noorul Aaziah binti Ayob
Al-Noordin yang telah mendidik dan memberikan segalanya sehingga saya menjadi
seperti diri saya sekarang..
Buat Along, Yaya dan Tira
Semua pensyarah dan guru-guru
Ibu dan Ayah saudara seterusnya sepupu-sepupu
Rakan-rakan seperjuangan
Terima Kasih di atas sokongan dan dorongan yang telah diberikan.
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya
dapatlah saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Walaupun saya terpaksa melalui
pelbagai kepayahan dan cabaran dalam menyiapkannya, namun berkat kesabaran
yang ada, saya berjaya menyiapkan projek ini dengan jayanya.
Disini, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada En. Abdul
Razak bin Idris diatas segala bimbingan, kerjasama, bantuan, dorongan serta masa
yang telah diluangkan sepanjang tempoh menyiapkan projek ini.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada kakitangan PSZ yang telah
memberikan kerjasama yang amat baik dalam memberikan maklumat yang
diperlukan dalam pembangunan projek ini. Ucapan terima kasih juga kepada rakan-
rakan yang banyak memberi semangat dan sokongan dalam menjayakan projek ini.
Tidak lupa juga kepada semua pihak yang membantu secara langsung ataupun tidak
langsung.
Segala kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan segala jasa baik
diakhiri dengan ucapan terima kasih.
v
ABSTRAK
Perkembangan yang mendadak dalam bidang teknologi sejak tahun 1980 an
telah meningkatkan penghasilan maklumat. Maklumat menjadi semakin banyak dan
ianya disebarkan dan disimpan dalam pelbagai medium dan format. Salah satu
medium penyimpanan maklumat yang digunakan adalah pangkalan data elektronik.
Namun begitu, kemahiran tertentu diperlukan oleh pengguna untuk mencapai
maklumat tersebut. Sehubungan dengan itu, banyak kelas mahupun kursus telah
dianjurkan oleh pelbagai pihak termasuk pihak Perpustakaan Sultanah Zanariah
(PSZ) bagi membantu dalam penerapan kemahiran tersebut. Walaupun begitu, tidak
semua pelajar dapat menghadiri kelas bimbingan tersebut disebabkan oleh beberapa
kekangan. Justeru itu, pihak PSZ telah menyediakan modul bimbingan dalam bentuk
elektronik yang boleh dimuat turun melalui laman web PSZ. Namun, menurut
sumber yang direkodkan oleh pihak PSZ, hanya segelintir pelajar yang memuat turun
modul tersebut sejak tahun 2006 hingga 2008. Ini menunjukkan tidak ramai
menggunakan modul elektronik. Oleh itu, Modul Pembelajaran Kendiri (MPK)
dibangunkan dengan menggunakan Model Pembangunan ADDIE sebagai panduan
dalam proses pembangunan. MPK ini juga dibangunkan berasaskan teori
pembelajaran Andragogi, yang mana ianya sesuai dengan sasaran pengguna iaitu
pelajar UTM Skudai. Pembangunan MPK ini bertujuan untuk membantu pengguna,
sebagai panduan asas penyelidikan dan pencarian maklumat melalui pangkalan data
elektronik. Dalam MPK ini terdapat tiga sub modul, iaitu Modul 1: Pra Pencarian,
Modul 2: Pencarian dan Modul 3: Pos Pencarian. Perisian utama yang digunakan
dalam pengolahan isi kandungan MPK ini merupakan Microsoft Office Word edisi
2007. Di samping itu, Adobe Photoshop CS digunakan sebagai perisian sokongan
dalam pengubahan grafik antaramuka pengguna.
vi
ABSTRACT
Development of information and communication technology since 1980’s has
produced large amount of information. Information created, distributed and stored in
various forms and formats. One of the medium that is used to store information is
electronic databases. Special skills required to search and retrieve information from
electronic databases. For that, there are lot of courses or class conducted to help
students to master the skill. Sultanah Zanariah Library (PSZ) has arrange and
conducted classes, however there are still student’s who could not attend the class
because of some constrain. Because of that, PSZ have prepared electronic module for
students to download from PSZ homepage. But, from the source recorded by PSZ,
there are just a few students download the module since 2006 to 2008. For that, this
MPK was develop. The objectives of this MPK are to give a reference for students to
learn and expand their knowledge about basic searching skill required to search and
retrieve information from electronic databases. This MPK was developed using
ADDIE model as a resource in the developing process and Andragogy theory used
for content delivery which is suitable with the target audience that is UTM Skudai
students. In this MPK, there are three sub module, that is Module 1: Pra Pencarian,
Modul 2: Pencarian and Modul 3: Pos Pencarian. Software that being used in editing
the content is Microsoft Office 2007 edition. Other than that, Adobe Photoshop CS is
used as supported software in editing graphic.
vii
KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURAT
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Rasional Pemilihan Tajuk 7
1.6 Kepentingan Projek 8
1.7 Skop Projek 8
1.8 Definisi Istilah 9
1.8.1 Modul Pembelajaran Kendiri 9
viii
1.8.2 Pangkalan Data Elektronik 9
1.8.3 Maklumat 9
1.8.4 Penyelidikan 10
1.9 Penutup 10
2 KAJIAN LITERASI 11
2.1 Pengenalan 11
2.2 Modul 11
2.3 Modul Pembelajaran Kendiri 13
2.4 Jenis Model Rekabentuk MPK 14
2.3.1 Jenis Model Rekabentuk MPK 14
2.3.1.1 Model Burn (1972) 15
2.3.1.2 Model Klingstedt (1972) 16
2.3.1.3 Model Eijl (1976) 17
2.3.1.4 Model Meyer (1988) 17
2.3.1.5 Model Teras Cabang Shaharom
(1998) 18
2.4 Model Pembangunan MPK 19
2.5 Teori Pembelajaran 20
2.5.1 Teori Pembelajaran Andragogi 20
2.5.1.1 Aplikasi Teori Pembelajaran Andragogi
ke dalam MPK 21
2.6 Model Pembangunan MPK 22
2.6.1 Model ADDIE 22
2.6.1.1 Fasa Analisis 22
2.6.1.2 Fasa Rekabentuk 23
2.6.1.3 Fasa Pembangunan 26
2.6.1.4 Fasa Pelaksanaan 24
2.6.1.5 Fasa Penilaian 24
2.7 Kelebihan MPK 24
2.8 Kekurangan MPK 26
2.9 Penutup 27
3 REKABENTUK MPK 28
3.1 Pengenalan 28
ix
3.2 Model ADDIE 28
3.2.1 Fasa Analisis 29
3.2.2 Fasa Rekabentuk 30
3.2.3 Fasa Pembangunan 30
3.2.4 Fasa Pelaksanaan 32
3.2.5 Fasa Penilaian 31
3.3 Model Meyer (1988) 31
3.4 Penyebaran MPK Yang Dihasilkan 36
3.5 Penutup 36
4 PEMBANGUNAN LAMAN WEB 38
4.1 Pengenalan 38
4.2 Cara Penggunaan MPK 38
4.3 Reka Bentuk MPK 39
4.3.1 Muka Hadapan 40
4.3.2 Hak Cipta 41
4.3.3 Prakata 42
4.3.4 Kata Penghantar 43
4.3.5 Isi Kandungan 44
4.3.6 Manual Penggunaan Modul 45
4.3.7 Uji Pengetahuan Anda 46
4.3.8 Antaramuka Modul 47
4.3.9 Latihan 51
4.3.10 Rujukan 53
4.3.11 Jawapan 53
4.3.12 Muka Belakang 54
4.4 Penutup 55
5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN 56
KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 56
5.2 Perbincangan 56
5.3 Masalah-masalah yang Dihadapi Semasa
Pembangunan MPK 58
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK
MUKA SURAT
4.3.1
4.3.2
4.3.3
4.3.4
4.3.5
4.3.6
4.3.7
4.3.8.1
4.3.8.2
4.3.8.3
4.3.8.4
4.3.9
4.3.10
4.3.11
4.3.12
Paparan Muka Hadapan
Paparan Hakcipta
Paparan Prakata
Paparan Kata Penghantar
Paparan Isi Kandungan
Paparan Manual Penggunaan
Paparan Praujian
Paparan Modul 1
Paparan Modul 2
Paparan Modul 3
Paparan Modul 4
Latihan
Paparan Rujukan
Paparan Jawapan
Paparan Muka Belakang
42
43
44
45
46
47
48
50
51
52
53
54
55
56
56
xiii
SENARAI SINGKATAN
MPK Modul Pembelajaran Kendiri
PSZ Perpustakaan Sultanah Zanariah
UTM Universiti Teknologi Malaysia
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Jadual bilangan pelajar yang muat turun modul cetakan
elektronik dari laman web PSZ dari 1 Julai hingga 31 Disember
2006.
B Jadual bilangan pelajar yang muat turun modul cetakan
elektronik dari laman web PSZ dari 1 Julai hingga 31
C Jadual bilangan pelajar yang muat turun modul cetakan
elektronik dari laman web PSZ dari 1 Januari hingga 29
Februari 2008.
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Maklumat ialah suatu penerangan yang diperoleh daripada pelbagai sumber
samada dalam bentuk data, pengetahuan mahupun kebijaksanaan. Maklumat atau
informasi adalah merupakan hasil daripada pemprosesan, pengumpulan dan
penganalisaan data, pengalaman nyata atau imaginasi dan pengetahuan yang
disimpan dalam bentuk cetakan, bahan tanyang serta bahan tiga dimensi. Maklumat
berpotensi mengubah tahap pengetahuan seseorang, iaitu ia dapat menambah serta
memantapkan lagi pengetahuan seseorang mengenai suatu perkara atau bidang.
Maklumat diperlukan bagi melaksanakan pelbagai aktiviti. Penggunaan
maklumat termasuklah dalam penyelesaian masalah, membuat keputusan,
pembelajaran dan komunikasi. Aktiviti bertukar-tukar maklumat sudah mula wujud
sejak zaman dahulu lagi. Maklumat yang diperoleh akan disimpan dalam pelbagai
bentuk dan cara. Diantaranya adalah dengan mengukirnya pada batu, dinding gua,
pokok dan sebagainya.
2
Maklumat yang disimpan termasuklah maklumat yang penting dan masih
boleh digunakan oleh generasi zaman sekarang. Jika dikumpulkan maklumat-
maklumat yang diperoleh dari zaman dahulu hingga sekarang, memang tidak terkira
banyaknya. Dari hari ke hari, maklumat bertambah dan berubah. Ini menjadikan
maklumat semakin banyak. Maklumat- maklumat tersebut bukan sahaja disimpan
dalam bentuk seperti yang disimpan oleh generasi terdahulu, tetapi berkembang
kedalam bentuk bahan bercetak. Seiring dengan peredaran masa, semakin banyak
bahan bercetak seperti buku, artikel, jurnal dan sebagainya dicetak untuk tujuan
penyimpanan dan penyebaran maklumat.
Bahkan, dengan perkembangan teknologi terkini, maklumat kini bukan sahaja
disimpan dalam bentuk cetakan, malah dikembangkan kepada bentuk salinan
elektronik. Terlalu banyak medium yang digunakan untuk menyimpan maklumat.
Begitu mudah untuk generasi kini mengakses maklumat. Maklumat kini dihujung
jari. Salah satu medium penyimpanan maklumat yang paling popular adalah
pangkalan data.
Perubahan yang mendadak dalam bidang teknologi sejak tahun 1980 an telah
meningkatkan persaingan dalam dunia tanpa sempadan. Maklumat menjadi semakin
banyak, dan kemahiran tertentu diperlukan untuk capaian kepada maklumat tersebut.
Tetapi, industri mempunyai kekangan dari segi masa dan kos untuk menghantar para
pekerja menghadiri kursus yang dapat memantapkan pekerja mereka dari segi
kemahiran pencarian maklumat. Jesteru, mereka memerlukan pekerja yang dinamik
dan mempunyai semangat ingin tahu serta berkemahiran dalam pencarian maklumat.
Oleh itu, pihak UTM mengambil inisiatif untuk mengembangkan kemahiran generik
dikalangan pelajar, agar mereka dapat bersaing dan memenuhi peluang pekerjaan.
Disebabkan hal itu, kemahiran generik adalah penting dan amat diperlukan dalam
diri setiap pelajar.
Salah satu elemen dalam kemahiran generik adalah Kemahiran Pengurusan
Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat. Kemahiran Pengurusan Maklumat
3
dan Pembelajaran Sepanjang Hayat meliputi mengembangkan keupayaan pelajar
untuk meneruskan penyelidikan kemahiran dan ilmu baru secara individu. Objektif
bagi elemen ini adalah agar pelajar berupaya untuk mencari dan mengurus informasi
yang releven dari pelbagai sumber. Pelajar juga diharap mampu untuk menerima
idea-idea baru dan belajar secara individu dalam memperoleh kemahiran dan
pengetahuan baru. Selain itu, pelajar juga diharapkan berupaya untuk
mengembangkan penjanaan minda melalui perasaan terlalu inginkan ilmu.
Tetapi, tidak semua pelajar dapat mengakses kepada maklumat yang
diinginkan. Maklumat yang tepat dipangkalan data hanya boleh dicapai dengan
kemahiran tertentu sahaja. Walaupun maklumat dikatakan hanya dihujung jari, tetapi
kemahiran penyelidikan dan pencarian maklumat haruslah dikuasai agar pengguna
berupaya untuk capai, menganalisis maklumat tersebut dan maklumat yang
diperolehi bertepatan dengan apa yang diinginkan. Sedar akan keadaan ini, justeru
banyak pihak berusaha menganjurkan kursus, kelas bimbingan dan seminar untuk
membimbing pengguna dalam menjalankan penyelidikan dan pencarian maklumat
melalui pangkalan data elektronik.
Perpustakaan Sultanah Zakariah (PSZ) UTM, Skudai juga tidak ketinggalan
dalam menganjurkan kelas bimbingan tersebut. Kelas yang dianjurkan adalah Kelas
Bimbingan Asas Penyelidikan dan Pencarian Maklumat melalui Pangkalan Data
Elektronik. Kelas bimbingan ini adalah untuk pelajar yang sememangnya sinonim
dalam penyelidikan dan pencarian maklumat melalui pangkalan data dalam
menyiapkan tugasan yang diberi.
Tetapi, disebabkan beberapa kekangan, tidak semua pelajar dapat hadir ke
kelas bimbingan tersebut. Salah satu kekangan yang dihadapi adalah kekangan masa.
Pada masa kelas tersebut dianjurkan, mungkin terdapat sebilangan pelajar tidak dapat
hadir atas beberapa komitmen lain. Selain itu, bagi pelajar yang dapat hadir pula,
mungkin tidak semuanya dapat mengingat 100% maklumat yang diberikan semasa
kelas berlangsung melainkan pelajar tersebut sempat mencatat nota. Masalah
4
seterusnya adalah dari segi waktu dan suasana pembelajaran pelajar yang jelas
berbeza antara satu sama lain.
Menurut Joseph Gomez dalam Jurnal Pendidikan TIGAENF 1999/2000
bertajuk Gaya Pembelajaran, pembelajaran boleh berlaku melalui pelbagai cara
kerana cara pengamatan dan pemprosesan maklumat yang berlaku dalam diri
manusia adalah berbeza-beza. Sesetengah individu hanya boleh melihat sesuatu
secara konkrit manakala sesetengahnya pula boleh melihatnya secara abstrak. Ini
bermakna setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri.
Justeru itu, pihak PSZ ada menyediakan modul rujukan Asas Penyelidikan
dan Pencarian Maklumat melalui Pangkalan Data Elektonik berbentuk salinan
elektronik. Modul tersebut disimpan di laman web PSZ sendiri dimana jika pelajar
memerlukan modul tersebut, pelajar boleh muat turun sendiri. Dengan adanya modul
cetakan elektronik tersebut, ia memudahkan para pelajar dalam mengulangkaji
pelajaran kerana secara teorinya, kaedah pembelajaran diantara pelajar adalah
berbeza. Bagi pelajar yang tidak dapat hadir ke kelas bimbingan tersebut, modul
cetakan elektronik tersebut boleh digunakan sebagai rujukan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Dalam abad ke 21 kini, maklumat menjadi semakin banyak. Maklumat yang
banyak itu disimpan samada dalam bentuk bahan bercetak ataupun bahan bukan
cetak. Jika dahulu, maklumat hanya boleh didapati di perpustakaan atau buku-buku
yang dijual dikedai buku, tetapi kini dengan kemudahan jaringan internet maklumat
dipangkalan data mudah diakses dengan begitu pantas.
5
Salah satu cara untuk pelajar akses kepada maklumat tersebut adalah dengan
menguasai kemahiran penyelidikan dan pencarian maklumat melalui pengkalan data
elektronik. Dengan kemahiran tersebut, pelajar dengan mudah dapat mengakses
kepada maklumat yang dikehendaki.
Penyediaan modul cetakan elektronik yang disediakan oleh pihak PSZ
memudahkan lagi pelajar dalam pembelajaran asas tersebut. Modul cetakan
elektronik tersebut disimpan dilaman web PSZ, dan pelajar perlu muat turun modul
tersebut jika ingin menggunakannya. Masalah yang timbul adalah pelajar mungkin
tidak menjumpai lokasi modul tersebut disimpan berikutan begitu banyak direktori
dalam laman web tersebut. Selain itu, masalah gangguan talian internet menyekat
keinginan pelajar dalam pembelajaran yang dimaksudkan. Modul berkemungkinan
tidak boleh dimuat turun, proses muat turun terganggu ataupun setelah dimuat turun
modul tidak dapat dibaca akibat serangan virus. Terdapat berbagai-bagai
kemungkinan untuk situasi ini.
Dari sumber yang direkodkan oleh PSZ, jumlah bilangan pelajar yang
memuat turun modul cetakan elektronik dari laman web PSZ adalah sangat rendah.
Berikut adalah jadual bilangan pelajar yang memuat turun modul tersebut dari tahun
2006 hingga 2008 (rujuk lampiran A hingga C).
Seperti sedia maklum, terdapat banyak modul yang disediakan di laman web
tersebut. Tetapi, perbandingan hanya difokuskan kepada kategori Library
Information Skills Programme (Undergraduate)-UTM Skudai sahaja kerana modul
yang akan dibangunkan adalah berfokuskan kategori tersebut. Dari ketiga-tiga jadual
diatas, terdapat penurunan jumlah pelajar yang memuat turun modul cetakan
elektronik yang disediakan di laman web PSZ. Ini menunjukkan tidak ramai pelajar
yang selesa untuk memuat turun dan menggunakan modul cetakan elektronik.
6
Bagi sesetengah pelajar pula, adalah sukar dan memeningkan kepala untuk
belajar dengan menghadap skrin komputer. Jika tiada komputer, maka proses
pembelajaran akan terbantut. Ini tidak terkecuali juga dengan pelajar yang
mempunyai komputer riba. Mereka masih tidak boleh memuat turun modul jika tiada
rangkaian internet. Masalah yang dinyatakan ini boleh menyekat aktiviti
pembelajaran pelajar dan seterusnya menjadikan pembelajaran pelajar tidak fleksibal.
Malah berdasarkan pemerhatian, majoriti pelajar lebih cenderung untuk mencetak
semula ataupun menulis semula nota yang diberikan pensyarah yang kebanyakannya
dalam bentuk salinan elektronik ke bentuk salinan bercetak. Ini menunjukkan
bahawa pelajar tidak selesa dengan pembelajaran berpandukan salinan elektronik.
Masalah tersebut boleh diatasi dengan pembinaan modul berbentuk bahan
bercetak. Dengan adanya modul bercetak, pembelajaran pelajar akan lebih fleksibel.
Tiada rangkaian internet mahupun perkakasan komputer diperlukan untuk
melakukan aktiviti pembelajaran. Saiz modul yang kecil memudahkan ia dibawa
kemana-mana dan pelajar boleh memilih waktu dan tempat untuk memulakan
pembelajaran.
Oleh itu, modul ini dibina agar dapat memudahkan pembelajaran dan
memberi garis panduan kepada para pelajar dalam melakukan aktiviti pembelajaran
mengenai Asas Penyelidikan dan Pencarian Maklumat melalui Pangkalan Data
Elektronik. Secara tidak langsung, modul ini diharap dapat digunakan oleh pelajar
sebagai panduan dalam ssas penyelidikan dan pencarian maklumat melalui
pangkalan data elektronik. Dalam konteks pelajar, ia bukan sahaja membantu dalam
pencarian maklumat yang terlalu banyak, tetapi melakukannya dengan mudah dan
pantas.
7
1.3 Penyataan Masalah
Disebabkan masalah yang dinyatakan, Modul Pembelajaran Kendiri (MPK)
Asas Penyelidikan dan Pencarian Maklumat melalui Pangkalan Data Elektronik
berbentuk salinan bercetak akan dibangunkan.
1.4 Objektif Projek
Objektif projek ini adalah khusus untuk membangunkan satu Modul
Pembelajaran Kendiri Asas Penyelidikan dan Pencarian Maklumat melalui
Pangkalan Data Elektronik kepada pelajar UTM Skudai.
1.5 Rasional Pemilihan Tajuk
Rasional pemilihan tajuk ini adalah kerana setakat ini, pihak PSZ belum lagi
menerbitkan Modul Pembelajaran Kendiri Kelas Bimbingan Asas Penyelidikan dan
Pencarian Maklumat melalui Pangkalan Data dalam bentuk salinan bercetak. MPK
yang sedia ada hanyalah dalam bentuk salinan elektronik, yang mana pelajar perlu
membuka laman web PSZ dan muat turun modul tersebut untuk membuat rujukan.
Selain itu, MPK yang dibangunkan juga diharap dapat digunakan sebagai rujukan
oleh pelajar dan tenaga pengajar UTM dalam melakukan penyelidikan dan pencarian
maklumat melalui pangkalan data elektronik.