10
Masteri Pembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. 1 PEMBELAJARAN MASTERI

PEMBELAJARAN MASTERI.pptx

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PEMBELAJARAN MASTERI.pptx

PEMBELAJARAN MASTERI 1

Masteri

Pembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari.

Page 2: PEMBELAJARAN MASTERI.pptx

PEMBELAJARAN MASTERI 2

Melalui pembelajaran masteri murid diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran.

Page 3: PEMBELAJARAN MASTERI.pptx

PEMBELAJARAN MASTERI 3

Pembelajaran Masteri (Hunter 1991) merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya.

Page 4: PEMBELAJARAN MASTERI.pptx

PEMBELAJARAN MASTERI 4

Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta berpandukan tahap penguasaan murid.

Page 5: PEMBELAJARAN MASTERI.pptx

PEMBELAJARAN MASTERI 5

Model Pembelajaran Masteri dimulakan dengan

i. Penentuan hasil pembelajaran .ii Pengajaran dan pembelajaran.

Page 6: PEMBELAJARAN MASTERI.pptx

PEMBELAJARAN MASTERI 6

Tujuan menentukan hasil pembelajaran murid adalah untuk memastikan semua murid berjaya menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dengan kadar kemampuan biasa seseorang murid di tahap tersebut.

Page 7: PEMBELAJARAN MASTERI.pptx

PEMBELAJARAN MASTERI 7

Setelah dibuat penilaian, murid yang telah menguasai akan diteruskan dengan aktiviti pengayaan dan bagi murid yang belum menguasai akan diteruskan dengan aktiviti pemulihan.

Page 8: PEMBELAJARAN MASTERI.pptx

PEMBELAJARAN MASTERI 8

Dalam Pembelajaran Masteri terdapat beberapa langkah yang perlu dilaksanakan oleh guru . Langkah tersebut digambarkan melalui model berikut:

Page 9: PEMBELAJARAN MASTERI.pptx

PEMBELAJARAN MASTERI 9

Alam pengajaran dan pembelajaran masteri, beberapa perkara perlu diketahui oleh guru. Antaranya:

i. Kebolehan dan keupayaan murid yang berbezaii. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza .iii. Kemudahan yang ada masa yang diperuntukan

ALAM PENGAJARAN

Page 10: PEMBELAJARAN MASTERI.pptx

PEMBELAJARAN MASTERI 10

Dengan mengetahui kebolehan dan keupayaan murid yang berbeza, guru dapat merancang kaedah pengajaran yang juga berbeza dan pelbagai bagi memudahkan murid menguasai ilmu yang disampaikan.

Dengan merujuk kepada kadar penerimaan dan kesanggupan, murid akan dapat menguasai ilmu pada kadar kemampuan mereka. Untuk itu, guru seharusnya mengenali murid mereka.

RUMUSAN