Upload
awang-akash-basrie
View
303
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
7/29/2019 Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan Dan Patriotisme Dalam Pendidikan Sejarah
1/27
1Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan dan Patriotisme dalam Pendidikan Sejarah
GE 6863
TEORI DAN FALSAFAH ILMU SEJARAH
Pensyarah:
Dr. Anuar Ahmad
Nama Pelajar:
Awg Kasmurie bin Awg Kitot
P47441
Tajuk Tugasan
Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan dan Patriotisme dalamPendidikan Sejarah
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
The National University OF Malaysia
Faculty of Education
7/29/2019 Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan Dan Patriotisme Dalam Pendidikan Sejarah
2/27
2Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan dan Patriotisme dalam Pendidikan Sejarah
Pengenalan
Pendidikan Sejarah merupakan aspek penting dalam dunia pendidikan. Pendidikan sejarah
menjadi nadi kepada perkembangan semangat jati diri dan perjuangan dalam diri sesebuah
masyarakat. Penekanan kepada aspek ini sudah pasti menjadi agenda bagi sesebuah negara
yang berdaulat. Malah tidak keterlaluan dikatakan pendidikan sejarah menjadi pemangkin
kepada kemajuan sesebuah bangsa dan tamadun. Sesungguhnya sejarah tamadun-tamadun
yang lampau menjadi gambaran dan pengajaran kepada negara-negara di dunia pada hari ini.
Dalam kita membina kekuatan bangsa adalah menjadi satu kepentingan sejarah dilihat
kembali agar dapat menguatkan lagi malah memantapkan lagi perjuangan kebangsaan.
Kesinambungan daripada perjuangan tokoh-tokoh dahulu turut menjadi penguat kepada
pembangunan negara pada hari ini.
Pendidikan sejarah turut menekankan nilai kewarganegaraan dan patriotisme yang
perlu ditanam kukuh dalam diri setiap warganegara. Sekaligus sesebuah bangsa akan cuba
untuk menilai kembali sejarah pembentukan bangsa dan negara mereka. Ini menjelaskan
bahawa pendidikan sejarah perlu diselami kerana pendidikan sejarah merupakan asas kepada
pembentukan sesebuah negara bangsa. Ini ternyata turut disokong oleh Abdul Rahim Abdul
Rasyid (1999), beliau mengatakan pendidikan sejarah berperanan sebagai rangka pembinaan
bangsa dan negara. Maksudnya dalam kita membentuk sesebuah negara yang merdeka maka
sudah tentu sejarah menjadi faktor penilai pembentukannya. Malah pendidikan sejarah
menjadi satu aspek penting sebagai rangka dalam pembentukan sesebuah negara.
Sesungguhnya ini merupkan satu perkara asas dalam cabaran untuk membina bangsa
Malaysia yang kuat dan harmoni. Pendidikan yang kukuh juga ternyata akan memberi impak
yang positif kepada reformasi kurikulum pendidikan sejarah di sekolah dan juga peringkat
yang lebih tinggi.
Bukan itu sahaja pendidikan sejarah juga penting dalam memperkatakan pelbagai isu
sejarah seperti nasionalisme, patriotisme dan sebagainya. Dengan berlandaskan pendidikan
sejarah sesebuah negara pasti ini akan menjadi landasan kepada pembentukan sesebuah
negara. Keadaaan ini menjadikan pendidikan sejarah sebagai satu asas dalam pembentukan
bangsa yang merdeka dan mengamalkan tatacara serta acuan sesebuah negara yang tersendiri.
Proses dalam pembentukan negara bangsa pasti tidak akan berlaku tanpa adanya asas
7/29/2019 Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan Dan Patriotisme Dalam Pendidikan Sejarah
3/27
3Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan dan Patriotisme dalam Pendidikan Sejarah
daripada pendidikan sejarah. Perkembangan sesebuah bangsa, jatuh bangun sesebuah
tamadun, menjadi bukti kepada kepentingannya. Dalam memaparkan kepentingan pendidikan
sejarah ternyata aspek nilai kewarganegaraan dan patriotisme menjadi perkara penting yang
mesti ditekankan dan diperjelaskan. Kedua-dua aspek nilai ini sesungguhnya menjadi
pemangkin kepada kekuatan kemerdekaan yang berkekalan dalam sesebuah negara bangsa.
Pernyataan Masalah
Dewasa ini kita sering dikhabarkan dengan pelbagai masalah remaja yang seolah-olah hilang
identiti diri sebagai rakyat yang merdeka. Apatah lagi jati diri yang diwar-warkan dalam
kalangan masyarakat tidak langsung memberi kesan dan impak kepada diri mereka. Namun
apa yang berlaku banyak pihak menunding jari antara satu sama lain. Tetapi kurang puladalam usaha untuk bersatu dan duduk bersama bagi membincangkan hal sedemikian. Ada
pun yang berbincang untuk menyelesaikan masalah yang berlaku tetapi keputusan terakhir
sukar dilakukan atau dicapai. Akhirnya masalah ini terus menjadi satu ancaman kepada
perubahan sikap positif remaja negara kita.
Masalah yang terus meredah masyarakat mula mempengaruhi dan menular sehingga
sukar untuk dibendung lagi. Masalah rempit misalnya bukan lagi masalah baru dalam negara
kita. Saban hari dada-dada akhbar tempatan memaparkan budaya merempit hingga akhirnya
menjadi peragut dan pembunuh. Hal ini sudah seharusnya tidak dapat dibiarkan. Perlulah
bertindak dari akar umbi agar tidak menjadi satu budaya masyarakat yang bakal diwariskan
turun temurun. Di samping itu, masalah penzinaan yang semakin menjadi-jadi turut
menunjukkan tiadanya pendidikan nilai kewarganegaraan dan patriotisme dalam kalangan
remaja dan masyarakat negara kita.
Apa tidaknya masalah ini merupakan penyumbang utama kepada jenayahpembuangan bayi yang terus dilaporkan oleh media cetak dan elektronik. Keadaan ini sudah
cukup membuktikan masyarakat negara kita tidak takut untuk melakukan kesalahan. Apakah
ini menunjukkan lemahnya sistem pendidikan kita? Atau adakah ini membuktikan
pembelajaran nilai kewarganegaraan dan patriotisme tidak langsung menjadi agenda utama
dalam setiap pembelajaran?. Atau kemungkinan guru, pelajar dan masyarakat hanya
beranggapan bahawa hanya pendidikan sejarah sahaja merupakan medium untuk
menyampaikan nilai kewarganegaraan dan patriotisme.
7/29/2019 Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan Dan Patriotisme Dalam Pendidikan Sejarah
4/27
4Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan dan Patriotisme dalam Pendidikan Sejarah
Keadaan yang berlaku menampakkan bahawa tiadanya nilai kewarganegaraan dan
patriotisme menjadi satu penyebab kepada masalah dan kekejaman yang dilakukan oleh
remaja khasnya. Kegagalan penerapan nilai kewarganegaraan dan patriotisme dalam sistem
pendidikan terutamanya dalam subjek sejarah sering dikaitkan dengan kelemahan corak
pengajaran dan penerapan guru. Namun tidakkah pula mereka berfikir kelemahan sistem
pendidikan negara kita juga menunjukkan kelemahan apabila penekanan diberikan kepada
orientasi peperiksaan. Kesan daripada itu, guru-guru terpaksa dibebankan dengan silibus yang
terlalu luas dan arahan agar silibus mesti dihabiskan dalam tempoh masa yang tidak adil.
Perkembangan dunia sains dan teknologi telah membawa satu gelombang perubahan
pula kepada sistem pendidikan di Malaysia. Bila mana kita telah mewajibkan para pelajar
mempelajari mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris. Malah keutamaan
diberikan kepada beberapa subjek penting kononnya penting dalam pembangunan negara.
Kelemahan dalam memberi pentafsiran dan memandang jauh ke depan telah memberikan
kesan yang negatif ibu bapa dan pelajar serta masyarakat terhadap subjek lain yang dikatakan
tidak penting seperti sejarah. Keadaan ini membawa kepada peminggiran mata pelajaran
sejarah sedangkan mereka tidak tahu kepentingan pendidikan sejarah dalam memupuk nilai
kewarganegaraan dan patriotisme yang sewajibnya ada dalam melahirkan pelajar yang
memenuhi ciri-ciri JERI sebagaimana dalam FPN. Inilah kepentingan mata pelajaran sejarah
sebagaimana yang dikatakan oleh Abd Rahim Abd Rasyid (1999) pendidikan sejarah
merupakan pertimbangan moral dan nilai. Bermaksud pendidikan sejarah mampu untuk
memberi kesan dan impak positif ke atas nilai dan moral kalangan pelajar. Namun dengan
pendekatan yang telus dan tidak berlakunya ketirisan.
Oleh itu, perubahan mentaliti masyarakat tentang pandangan yang mengatakan
pendidikan sejarah tidak penting harus diubah. Ini memandangkan pendidikan sejarah
penting dalam menitiskan pendidikan nilai kewarganegaraan dan patriotisme dalam kalangan
pelajar. Dengan memiliki nilai kewarganegaraan dan patriotisme hasil pendidikan sejarah
sudah pastinya kekuatan jati diri pelajar akan menjadi kental dan teguh. Malah sudah
semestinya akan memberi impak kepada kurangnya permasalahan sosial serius yang boleh
melumpuhkan negara.
7/29/2019 Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan Dan Patriotisme Dalam Pendidikan Sejarah
5/27
5Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan dan Patriotisme dalam Pendidikan Sejarah
Matlamat Pendidikan Sejarah
Nilai kewarganegaraan dan patriotisme merupakan isi penting dalam pendidikan sejarah di
mana sahaja negara di dunia. Senario sebegini membuktikan kepentingan nilai
kewarganegaraan dan patriotisme dalam merencana perkembangan sesebuah negara. Untuk
itu, pelbagai bentuk cara dilakukan bagi menuju matlamat tersebut dan mempastikan
kedudukan semangat jati diri bangsa akan terus kukuh bersama dengan pembangunan dan
perancangan negara. Kepentingan pendidikan sejarah dalam memupuk nilai kewarganegaraan
dan patriotisme membawa kepada penetapan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah
Pusat Perkembangan Kurikulum agar subjek sejarah menjadi teras dalam sistem pendidikan
Negara Malaysia. Maka sudah tentu menjadi satu agenda penting penekanan yang mantap
diberikan kepada pendidikan sejarah di sekolah-sekolah.
Matlamat Pendidikan Sejarah adalah untuk memupuk semangat setia negara dan
perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia. Melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah
tanahair, para pelajar akan dapat memahami keadaan masyarakat dan negara dalam
mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan terhadap masyarakat dan negara sebagai satu
unit tunggal. Hal ini pasti akan mewujudkan ingatan bersama terhadap sejarah sebagai rangka
rujukan kesedaran kebangsaan dan memperkukuhkan perasaan cintakan tanahair. Mata
pelajaran Sejarah adalah pendukung utama pemupukan semangat kewarganegaraan dan
patriotisme. Oleh yang demikian kandungan kurikulum Sejarah akan memberi penekanan
terhadap pengetahuan tentang sejarah negara dan nilai-nilai yang dapat memupuk semangat
kewarganegaraan dan patriotisme.
Banyak peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam negara kita yang boleh dinilai
kembali seterusnya menjadi nilai sejarah yang amat berharga kepada anak bangsa kita. Dalampendidikan sejarah adalah menjadi satu kewajiban untuk kita merenung kembali peristiwa
lampau agar menjadi pengajaran dan iktibar berguna kepada anak bangsa. Semuanya demi
menyahut seruan ibu pertiwi yang tercinta. Kita buka lembaran sejarah bermulanya tapak
kerajaan agung ketika era pembukaan Kerajaan Melaka oleh Parameswara hinggalah ke era
abad ke-21 kini. Segala-galanya menunjukkan perubahan serta pegangan nilai
kewarganegaraan dan patriotisme yang jauh berbeza. Pada dasarnya kita lihat tiada perubahan
namun apabila kita teliti dan mengkaji sudah tentu nilai kewarganegaraan dan patriotisme
7/29/2019 Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan Dan Patriotisme Dalam Pendidikan Sejarah
6/27
6Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan dan Patriotisme dalam Pendidikan Sejarah
bangsa Malaysia kian luntur dimamah usia dan musnah sebagaimana kemusnahan keagungan
Tamadun Melayu ketika era Kesultanan Melayu Melaka.
Walaupun kita masih lagi mengekalkan tapak keagungan kerajaan-kerajaan silam
namun hakikatnya warisan tersebut ternyata jauh berbeza dengan masyarakat kini.
Berlandaskan perubahan kerajaan dan tampuk pemerintahan negara silih berganti akan
menjadi kerangka yang dikaji segala bentuk perubahannya dan kesinambungan warisan
tradisi kehidupan masyarakat dan negara daripada segi politik, ekonomi dan sosial. Daripada
kerangka inilah kita akan melihat kembali perubahan nilai kewarganegaraan dan patriotisme
bangsa kita.
Kurikulum sejarah juga sudah tentunya memberi tumpuan kepada aspek-aspektempatan dan sejarah negara luar. Aspek sejarah tempatan memberi perhatian kepada
pengkajian sesuatu tempat atau kawasan sebagai satu unit masyarakat yang lebih kecil
daripada negeri ataupun negara. Tegasnya, pengkajian sejarah tempatan akan bersifat mikro
iaitu tentang hal-hal bersangkutan dengan keadaan setempat. Unsur-unsur yang boleh
dijadikan bahan kajian merangkumi sejarah tokoh, benda, institusi, peristiwa, adat istiadat
dan kebudayaan setempat.
Dalam pemilihan aspek-aspek tentang sejarah negara luar pula, kriteria utama ialah
yang ada kaitan dengan sejarah Malaysia. Aspek-aspek ini dimasukkan dengan tujuan supaya
pelajar-pelajar dapat memahami secara lebih jelas lagi tentang sejarah negara di samping
mengetahui sedikit sebanyak tentang sejarah negara luar yang berkenaan.
Definisi Nilai dalam Pendidikan Sejarah
Menurut Jacques Barzun (1991) nilai dalam pelajaran sejarah memainkan peranan yang
penting dalam diri seseorang pelajar. Malah baginya nilai dalam pelajaran sejarah merupakan
sesuatu yang kekal dalam diri seseorang. Ini bermakna seseorang yang berjaya menyelami
sejarah hendaklah mempunyai nilai yang kekal dalam dirinya dan menjadikannya lebih baik
untuk sepanjang masa dan bukannya dalam tempoh masa yang tertentu semata-mata.
The student who reads history will unconsciously develop what is the
highest value of history: judgment in worldly affairs. This is a permanent
good, not because "history repeats" - we can never exactly match past and
present situations - but because the "tendency of things" shows an amazing
uniformity within any given civilization. As the great historian Burckhardt
7/29/2019 Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan Dan Patriotisme Dalam Pendidikan Sejarah
7/27
7Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan dan Patriotisme dalam Pendidikan Sejarah
said of historical knowledge, it is not 'to make us more clever the next time,
but wiser for all time.'" -Jacques Barzun, Begin Here
Nilai ialah idea-idea yang dikongsi bersama oleh masyarakat tentang apa yang baik, betul
dan dikehendaki dalam diri seseorang atau masyarakat (Syarifah Alawiah Alsagoff, 1985).
Mohd Salleh Lebar (1988) pula mentakrifkan nilai sebagai idea-idea yang dikongsi oleh
masyarakat tentang apa yang baik meliputi apa yang baik atau buruk dalam sesebuah
kebudayaan. Ini menjelaskan kepada kita bahawa nilai merupakan satu ukuran abstrak yang
dipersetujui secara bersama dalam satu masyarakat dan satu budaya untuk menentukan
bagaimana sepatutnya setiap anggota berfikir dan bertindak untuk mencapai matlamat dan
menggunakan segala hasil tindakan serta wujud dalam jangkamasa di atas keperluan dan
kepentingan tertentu. Sebenarnya, nilai memainkan peranan penting dalam sesebuahmasyarakat. Antaranya:
Mempengaruhi norma masyarakat.
Menyatupadukan masyarakat.
Memotivasikan masyarakat.
Mengawal tingkahlaku negatif masyarakat.
Membolehkan masyarakat membuat pilihan.
Penting untuk pengkajian masyarakat.
Nilai sangat penting dalam masyarakat terutama dalam konteks masyarakat Malaysia.
Kita tanpa sedar dalam segala corak pemikiran dan tindakan, sebenarnya adalah dikawal oleh
nilai yang ditetapkan oleh masyarakat. Memetik keratan akhbar dalam Berita Harian
bertarikh 30 Jun 2002, Mohd Feroz Abu Bakar menjelaskan kemerosotan disiplin pelajar
akan mempengaruhi pencapaian pendidikan pelajar. Ini menurut petikan kata-kata beliau:
.....Kemerosotan disiplin pelajar juga berpunca dariupadaperubahan nilai masyarakat, keadaan sistem pendidikan yang
diterima secara meluas oleh rakyat terutamanya selepas negara
mengalami pembangunan pesat sejak 1970-an.......
Dengan adanya nilai yang positif, timbal baliknya, pelajar akan berusaha dengan
bersungguh-sungguh untuk mencapai impian masing-masing. Dengan ini, lahirlah satu
masyarakat yang tinggi pencapaian akademiknya. Seterusnya wujud bangsa yang berakhlak
yang akan mencerakin dan memajukan lagi pencapaian fizikal negara.
7/29/2019 Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan Dan Patriotisme Dalam Pendidikan Sejarah
8/27
8Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan dan Patriotisme dalam Pendidikan Sejarah
Maksud Nilai Kewarganegaraan
Dalam konsep sejarah kewarganegaraan juga disebut sebagai nationaliti. Ini bermaksud
kewarganegaraan ialah sesuatu bangsa selaras dengan konsep negara bangsa. Bagaimanapun
dalam masyarakat majmuk, soal kewarganegaraan tidak terbatas kepada sesuatu kaum sahaja.
Kewarganegaraan dalam konteks Malaysia ialah mencakupi bangsa dan etnik yang pelbagai
dan fahaman serta kepercayaan mereka. Namun dianggap sebagai warganegara lantaran
berada dalam negara yang sama. Manakala dimaksudkan dengan nilai Kewarganegaraan
adalah nilai yang ada dalam anggota dalam sebuah komuniti sesebuah negara. Nilai ini
sekaligus membawa kepada rasa cinta dan semangat kebangsaan serta jadi diri kepada
sesebuah negara. Seseorang yang mempunyai semangat beginilah yang dianggap sebagai
warganegara. Istilah warganegara hampir sama maksudnya kepada perkataan kebangsaan.
Namun tanpa adanya nilai dalam diri seseorang maka tidaklah dapat diistilahkan sebagai
warganegara yang berjiwa kebangsaan.
Lantaran itu aspek nilai merupakan aspek yang penting dan perlu ada dalam diri
seseorang terutamanya mereka yang memahami konsep sejarah. Sesungguhnya aspek nilai
sangat penting sebagaimana yang disebutkan oleh Jacques Barzun (1991) nilai merupakan
aspek yang sangat penting dalam pembelajaran sejarah. Aspek nilai yang dipelajari bukannya
untuk memahami sesuatu untuk jangka masa akan datang semata-mata tetapi untuk
membentuk seseorang itu menjadi warganegara yang baik setiap masa. Setiap masa
bermaksud nilai yang diperoleh oleh seseorang pelajar berkekalan dan menjadi satu prinsip
yang dimiliki mereka.
Secara umumnya, berdasarkan konsep Jus Soli seseorang yang dilahirkan dalam
sesebuah wilayah maka dianggap sebagai warganegara. Namun kewujudan warganegara
bukan bermakna seseorang itu mempunyai kesetiaan kepada negara tanpa adanya nilai dalam
diri mereka. Ini ternyata berbeza dengan konsep patriotisme. Seseorang yang memiliki
patriotisme secara tidak langsung menunjukkan kesetiaan dan semangat kebangsaan yang ada
dalam dirinya sebagai warganegara. Oleh itu warganegara hendaklah disimpulkan sekali
bersama nilai dan patriotisme maka barulah dapat membentuk sebuah warga yang taat dan
setia kepada identiti negara bangsa.
7/29/2019 Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan Dan Patriotisme Dalam Pendidikan Sejarah
9/27
9Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan dan Patriotisme dalam Pendidikan Sejarah
Nilai Patriotisme
Menurut Viroli (1995) patriotisme ialah perasaan cinta kepada tanahair dan perasaan
kebangsaan yang sayangkan negara. Dia menolak pandangan nasionalisme dan patriotisme
adalah sebahagian daripada perkauman. Malah pada pandangannya patriotisme nilai
kebangsaan yang ada melambangkan kecintaan dan sanggup berkorban untuk negara yang
tercinta. Dalam maksud ini perasaan cinta kepada negara boleh dilakukan dalam pelbagai
bentuk dan cara seperti menulis puisi patriotik, muzik, melahirkan perasaan cinta, drama dan
sebagainya. Sebagai contoh puisi patriotisme yang ditulis oleh Jose Rizal iaitu Bapa
Kebangsaan Filipina yang bertajuk Ultimo Adios yang menekankan semangat cintakan
tanahair dan rasa bangga terhadap negaranya. Nilai ini perlu dipupuk dalam diri masyarakat
agar mereka menyedari tentang keperluan dan kepentingan nilai kewarganegaraan dan
patriotisme. Sudah semestinya pendidikan sejarah menjadi agen penting dalam
mencambahkan nilai kewarganegaraan dan patriotisme dalam kalangan masyarakat pelajar.
Dalam melahirkan rasa nasionalisme yang bangkit daripada nilai kewarganegaraan dan
patriotisme yang ada dalam dirinya, sajak ini sudah tentu menunjukkan rasa bangga Jose
Rizal ke atas negara tanah tumpahnya Filipina.
Patriotisme selalunya dikaitkan dengan kesetiaan dan kecintaan yang mendalam
terhadap negara sendiri. Seseorang yang mempunyai semangat ini merupakan mereka yang
berjiwa patriot. Namun jiwa tersebut hendaklah juga berserta kepercayaan, amalan dan
tidnakannya yang menepati nilai-nilai serta ciri-ciri patriotisme. Perkataan patriota berasal
daripada perkataan Latin iaitupro yang bermaksud di depan danpatria yang bermakna tanah
air atau pembela tanah air yang tercinta. Oleh itu patriot ialah merupakan individu yang
sentiasa berada di hadapan dalam mempertahankan kedaulatan negara daripada segala
ancaman seperti pengkhianatan, pencerobohan, penaklukan dan sebagainya.
Mereka yang mempunyai jiwa dan semangat patriot juga sangat cintakan negara dan
sanggup membuat apa sahaja demi tanah tumpah yang tercinta. Dalam konteks negara bangsa
Malaysia patriotisme yang perlu ada dalam setiap anggota rakyatnya hendaklah berbangga
sebagai rakyat Malaysia, setia kepada negara yang tercinta, mempunyai semangat kekitaan,
berdisiplin, mempunyai nilai yang tinggi dan sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan
demi kemajuan bangsa, agama dan negara.
7/29/2019 Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan Dan Patriotisme Dalam Pendidikan Sejarah
10/27
10Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan dan Patriotisme dalam Pendidikan Sejarah
Menurut Clogg dalam Haminah Suhaibo (2007) patriotisme digunakan sebagai
mekanisme untuk menggalakkan rakyat bertindak sejajar dengan peristiwa sejarah sebab
sejarah bukan sahaja sains tetapi juga keagungan tanah air dulu dan akan datang. Sejarah
memaparkan kebenaran masa lepas melalui penganalisaan dokumen yang mampu
membentuk kesedaran patriotik dan perpaduan kerana sejarah adalah aktiviti intelektual yang
membolehkan kegiatan menganalisa dan mengkritik.
Manakala Lay dan Torney-Purta dalam Haminah (2007), melihat patriotisme dari dua
dimensi bila mengkaji patriotisme dan penglibatan politik dalam kalangan pelajar Rusia dan
Amerika. Patriotisme merujuk kepada keinginan mempertahankan maruah negara dan dari
sudut lain ia dibandingkan dengan sikap mereka terhadap negara lain. Kajian mereka
mendapati patriotisme lebih berfokuskan kepada maruah negara sendiri.
Patriotisme diperlihatkan dengan jelas pada zaman Rom dan Greek bilamana ia
mendasari segala perlakuan warganegaranya Kesetiaan merupakan satu kekuatan kepada
warganegara khususnya kaum lelaki bagi mempertahankan kumpulan dan negara mereka.
Perkataan patria (tanah air) mempunyai makna tersendiri kepada rakyat kerana ia adalah
lambang kesetiaan dan kepatuhan sebagai cermin kepada patriotisme. Patriotisme Roman
bermaksud :
...cinta kasih kepada negara sebagai pernyataan kasih sayang dan
perkhidmatan kebajikan untuk semua warganegara dalam
sesebuah negara
(Aquinas dalam Viroli, 1995)
Kemunculan negara bangsa baru serta idea-idea politik kesan Zaman Pembaharuan di
Eropah telah membawa perubahan kepada patriotisme. Konsep bangsa dan tanah air
dikembangkan oleh golongan intelek melibatkan semua yang tinggal dalam negara atau
wilayah dan membangkitkan ideologi nasionalisme. Perkembangan nasionalisme yang
menjadi ideologi negara bangsa moden menjadi justifikasi untuk membentuk negara bangsa
sehingga mampu menjadi unit politik dan ekonomi yang bebas. Nasionalisme berjaya
menyatukan penduduk yang berbilang kaum di bawah satu pentadbiran dan patriotisme
membolehkan ia menjadi kenyataan patriotisme pada tahap ini ditujukan kepada negara
bangsa sebagai pusat kuasa.
7/29/2019 Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan Dan Patriotisme Dalam Pendidikan Sejarah
11/27
11Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan dan Patriotisme dalam Pendidikan Sejarah
Patriotismenya adalah semangat yang murni, universal dan bebas daripada elemen
perkauman. Semangat perjuangan dan pengorbanan ini lahir daripada nilai-nilai cinta, kasih,
sayang dan kesetiaan kepada nusa dan bangsa. Lazimnya, patriotisme didasari oleh sifat dan
sikap kesukarelaan, keikhlasan, kesanggupan, kesungguhan, dedikasi dan komitmen
seseorang insan untuk mempertahankan kemerdekaan negara dan memelihara kemerdekaan
serta kedaulatan bangsanya. Matlamatnya supaya perlembagaan, undang-undang, integriti,
kredibiliti, kepentingan, kemajuan, kejayaan, kemakmuran, kesejahteraan, keharmonian,
perpaduan, ketenteraman, keamanan dan kelangsungan bangsa dan negara ini tidak diganggu
gugat oleh sesiapa. Oleh itu, patriotisme adalah sesuatu yang abstrak. Ia lahir daripada
tindakan atau perjuangan seseorang yang berasaskan kepentingan negara, agama dan bangsa.
Patriotisme membabitkan minda, sanubari dan naluri. Ia juga membabitkan roh dan jiwa,
semangat dan keinsafan, serta cinta, kasih dan sayang.
Patriotisme merupakan satu bahagian penting dalam pendidikan sejarah. Patriotisme
bertujuan dalam membina kesedaran dan mengukuhkan semangat perjuangan dan
menanamkan perasaan cinta kepada agama, bangsa dan negara. Nilai patriotisme ini penting
dalam mengembangkan semangat kebangsaan dan seterusnya amat berbangga dengan diri
dan negara. Malah semangat ini turut akan memperkukuhkan diri seseorang dengan membina
semangat cinta kepada agama, bangsa dan negara. Sesungguhnya nilai patriotisme boleh
ditanam kukuh dan disuburkan dalam sistem pendidikan dan persekolahan di negara kita
Malaysia. Patriotisme yang kukuh dan teguh dalam naluri serta meresap dalam jiwa
masyarakat pasti akan dapat menghadapi cabaran globalisasi yang boleh menghancurkan dan
memusnahkan jati diri andai gagal menerapkan semangat ini dalam diri serta jiwa rakyat
(Abd Rahim Abd Rasyid 1999).
Di zaman silam, patriotisme di Malaysia sering dimanifestasikan menerusi
kesukarelaan dan keberanian seseorang berperang demi kepentingan ibu pertiwinya, untuk
berjuang menentang penjajah, atau memperjuangkan kemerdekaan tanah airnya.
Di zaman mutakhir, patriotisme Malaysia dimanifestasikan menerusi kepimpinan
yang berjiwa rakyat, bertungkus-lumus memajukan negara untuk mencapai taraf dunia dan
sentiasa memperjuangkan keselamatan tanah air dan kesejahteraan ummah. Patriotisme
Malaysia mutakhir juga dibuktikan oleh segolongan bangsa Malaysia menerusi penciptaan
7/29/2019 Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan Dan Patriotisme Dalam Pendidikan Sejarah
12/27
12Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan dan Patriotisme dalam Pendidikan Sejarah
rekod-rekod dunia melalui aktiviti yang amat mencabar, lasak dan berbahaya. Contohnya,
pelayaran mengelilingi dunia secara solo, berenang menyeberangi Selat Inggeris dalam
tempoh yang tersingkat, memacak dan mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Gunung
Everest, menawan Kutub Selatan, dan menerokai angkasa lepas. Malaysia pada tahun 2008
telah berjaya menghantar angkasawan pertama iaitu Dr Syed Muzaffar. Inilah dikatakan
kebanggaan dengan wujudnya nilai kewarganegaraan dan patriotisme yang tinggi terhadap
negara dan berusaha untuk mengharumkan nama Negara Malaysia di serantero dunia. Pada
tahun 2020, nilai kewarganegaraan dan patriotisme Malaysia wajar pula dimanifestasikan
menerusi kejayaan-kejayaan lain, seperti membina kapal angkasa pertama untuk menerokai
lebih jauh lagi alam semesta ciptaan Allah swt. Begitu juga memperjuangkan keamanan dan
keadilan sejagat, kebijaksanaan dalam pelbagai bidang utama di dunia.
Faktor-faktor Penghalang Usaha Penyuburan Pendidikan Nilai
Kewarganegaraan dan Patriotisme
Kepentingan nilai kewarganegaraan dan patriotisme menuntut kepada pengamalan beberapa
amalan yang boleh memperkukuhnya budaya ini agar menjadi ikatan berkekalan kepada
kemerdekaan sesebuah negara. Malaysia ternyata tidak terlepas daripada menekankan
kepentingan nilai-nilai ini dalam kalangan para pelajarnya. Terutamanya sebagai sebuah
negara yang masih membangun nilai ini ternyata memberi kesan yang tersendiri kepada
Malaysia. Apatah lagi pahit jerih golongan pejuang negara berkorban yang sanggup
berkorban segala-galanya demi mempastikan kemerdekaan berjaya diperoleh. Maka adalah
satu perkara yang amat penting bagi pemimpin negara mempertahankan kemerdekaannya.
Hasil daripada itu didapati nilai kewarganegaran dan patriotisme yang kukuh menjadi satu
taruhan yang penting utnuk mempastikan matlamat tersebut tercapai. Namun begitu segala
perancangan negara dalam menanam kukuh semangat ini akan lebur sekiranya beberapa
faktor penghalang kepada penyuburan ini terjadi. Beberapa faktor telah dikenal pasti yang
boleh membawa kepada kemusnahan impian tersebut. Lebih-lebih lagi Malaysia merupakan
sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum ataupun masyarakat majmuk.
Nilai individualisme merupakan antara faktor penghalang kepada penyuburan nilai-
nilai ini. Sikap ini sebenarnya merujuk kepada sikap terlalu mementingkan diri sendiri tanpa
memperdulikan kepentingan negara dan masyarakat. Golongan-golongan yang melakukan
7/29/2019 Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan Dan Patriotisme Dalam Pendidikan Sejarah
13/27
13Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan dan Patriotisme dalam Pendidikan Sejarah
ataupun mengamalkan sikap ini pasti akan berusaha untuk mencapai kepentingan sendiri
melebihi negara yang menjadi tanah tumpah darahnya. Ini sebagaimana yang dikatakan oleh
Nazri & Jamsari (2007) mereka yang mengamalkan sikap ini akan berusaha agar diri mereka
di dahulukan daripada kepentingan negara jika berlaku sesuatu hal dalam sesebuah negara.
Keadaan ini berlaku apabila wujudnya kepentingan untuk menyelamatkan diri seperti apabila
berlakunya kemelesetan ekonomi dan peperangan. Antara tindakan golongan sebegini ialah
dengan melakukan penipuan dan membantu untuk melakukan penyeludupan yang sudah
pastinya akan membawa kepada keburukan yang berterusan terhadap ekonomi negara. Begitu
juga dalam kancah peperangan seperti melarikan diri ketika peperangan ataupun membantu
pihak musuh semata-mata untuk menyelematkan nyawa sendiri.
Faktor kedua ialah berlakunya era globalisasi ataupun dunia tanpa sempadan. Era
globalisasi merujuk kepada dunia tanpa sempadan yang akhirnya membawa kepada
kemasukan secara meluas budaya-budaya asing yang tidak dikehendaki dengan mudah.
Sesungguhnya keadaan begini amat berbahaya kepada golongan muda masyarakat Malaysia.
Kebebasan dan terpengaruh dengan budaya liar misalnya pasti akan menghancurkan masa
depan dan golongan pelapis serta harapan negara pada masa depan. Kesan daripada ini
membawa kepada tergugatnya sistem politik, sosial, ekonomi dan agama. Lebih memeritkan
lagi boleh membawa kepada kehancuran negara dan kemerdekaan yang dicapai selama ini
menjadi sia-sia. Keadaan ini telah menjadi satu penekanan oleh mantan Perdana Menteri Tun
Dr Mahadir Mohamad yang mengatakan era globalisasi menjadikan Malaysia hanya menjadi
sebuah daerah di dunia. Ini bermaksud Negara Malaysia boleh hilang daripada peta dunia
akibat hilangnya nilai kewarganegaraan dan patriotisme. Ini menjelaskan kepada kita betapa
pentingnya nilai ini dikekalkan dan dipertahankan agar tidak menjadi satu musuh yang sukar
untuk dihapuskan.
Ketiga, wujudnya sikap prejudis dalam golongan masyarakat. Sikap sebegini
sebenarnya membawa kepada terhakis semangat perpaduan dan kekitaan dalam masyarakat
kita. Sikap buruk sangka dan berprasangka ini hendaklah dielakkan. Membuat andaian tanpa
bukti ternyata akan memburukkan lagi keadaan dan suasana politik, sosial, dan ekonomi
negara. Sebagai contoh sikap berprasangka terhadap masyarakat kaum lain, maka ia akan
menyebabkan nilai kewarganegaraan dan patriotisme sukar untuk disemai dalam diri
masyarakat terutamanya masyarakat bukan Melayu. Sesungguhnya sikap ini masih lagi
wujud dalam sanubari masyarakat hingga kini. Keadaan ini merupakan satu petanda tidak
7/29/2019 Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan Dan Patriotisme Dalam Pendidikan Sejarah
14/27
14Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan dan Patriotisme dalam Pendidikan Sejarah
baik kepada kemajuan dan kedaulatan negara sebagai sebuah negara yang merdeka yang
berteraskan perlembagaan dan rukunegara.
Keempat masalah perpaduan akibat sentimen perkauman. Keadaan perpaduan di
Malaysia sangat rumit kerana terlalu banyak perbezaan yang berlaku dalam kalangan
penduduknya. Perbezaan ini ternyata begitu sukar untuk dileraikan malah menjadi semakin
melarat selepas pembentukan Malaysia. Keadaan ini ditambah lagi dengan mainan politik
golongan-golongan tertentu yang berkepentingan. Keadaan juga bertambah rumit apabila
tidak ada usaha untuk mengatasi masalah ini. Situasi begini semakin tidak terkawal dan
akhirnya telah mencetuskan peristiwa hitam 13 Mei 1969. Masalah perpaduan ini wujud
akibat daripada perbezaan penempatan kaum yang terdapat di Malaysia ketika itu. Kaum
Melayu telah diasingkan di kawasan luar bandar, orang cina di bandar dan di kawasan
lombong serta estet pula dikhaskan kepada orang india. Hal ini sudah pastinya telah
menghalang kepada proses perhubungan yang erat di antara kaum.
Dalam ucapan YB Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili, Menteri di Jabatan Perdana
Menteri merangkap Penegrusi Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat mengenai
perpaduan dan khidmat negara berpendapat kerajaan mempunyai political will bagi
melaksanakan agenda perpaduan negara ini. Di samping itu, agenda pembangunan negara
juga adalah mempunyai matlamat yang sama untuk mencapai perpaduan antara wilayah dan
perpaduan negara. Untuk itu jawatankuasa khas kabinet pada masa itu bersetuju untuk
mengagihkan peluang ekonomi yang tidak seimbang di wilayah-wilayah tersebut. Ini bagi
mengelakkan rasa tidak puas hati dan menyebabkan perasaan kecewa dalam kalangan rakyat.
Kerajaan juga berharap agar suasana tegang dalam masyarakat dapat dielakkan.
Justeru, pengagihan hendaklah dilakukan secara adil dan turut melaksanakan dasar
program supaya tidak hanya berasaskan kepada satu-satu kaum semata-mata. Oleh itu juga,
kerajaan mengambil langkah seterusnya dengan berusaha untuk mengurangkan jurang
ketidakseimbangan antara wilayah Sarawak, Sabah dan Semenanjung melalui infrastruktur
asas. Ini sebagaimana yang terdapat dalam agenda kerajaan dalam Dasar Wawasan Negara
(2001-2010). Dasar ini perlulah direalisasikan agar matlamat negara untuk membina sebuah
masyarakat yang bersatu padu dapat dizahirkan. Jawatankuasa yang membincangkan hal
berkaitan ketidakseimbangan wilayah di Malaysia ini juga berpendapat agar dapat
dilaksanakan satu mekanisme bagi mengatasi masalah ini. Peluang hendaklah diberikan
7/29/2019 Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan Dan Patriotisme Dalam Pendidikan Sejarah
15/27
15Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan dan Patriotisme dalam Pendidikan Sejarah
kepada wilayah-wilayah yang mundur. Pembinaan infrastruktur yang baik perlu diadakan di
wilayah-wilayah yang masih belum mendapatkannya (Dewan Rakyat DR1 2007).
Politik seringkali menjadi satu elemen yang mduah untuk dipergunakan utnuk
memulakan ketegangan. Namun begitu politik juga berupaya menyatukan masyarakat melalui
politik pelbagai kaum. Oleh kerana itu, beberapa langkah haruslah diambil untuk
memperkasakan politik pelbagai kaum dengan mengutamakan perpaduan sebagai medium
utama perjuangan. Bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk lagi kod etika politik bagi
menyekat dan menghalang parti-parti politik mengamalkan politik yang berbau perkauman
juga perlu diadakan. Begitu juga membentuk sikap akomodasi dan toleransi dalam kalangan
ahli-ahli parti politik supaya membudayakan perpaduan dan meraikan kepelbagaian
masyarakat Malaysia.
Masalah seterusnya yang boleh menimbulkan ketegangan ialah kehadiran dan
kemasukan pendatang tanpa izin. Kemasukan pendatang tanpa izin bukan sahaja mengancam
keselamatan negara tetapi juga boleh menimbulkan unsur ketegangan dalam membentuk
perpaduan dalam kalangan masyarakat kita. Apa yang pasti kehadiran mereka memberi
ancaman dan menimbulkan keresahan dalam masyarakat negara kita. Langkah-langkah yang
berkesan perlu diambil perhatian supaya masalah ini dapat diuruskan dengan teratur dan
berkesan. Antara langkah yang difikirkan perlu ialah dengan menyekat kemasukan baru
pendatang tanpa izin dengan memantapkan lagi kawalan keselamatan di kawasan-kawasan
sempadan negara. Begitu juga penyelesaian masalah dengan menanganinya dalam negara.
Di samping itu, usaha pemantapan penguasaaan dengan mengadakan operasi
tangkapan yang lebih agresif dan berterusan dengan melibatkan kerjasama pelbagai lapisan
kementerian dan masyarakat serta agensi-agensi yang berkaitan. Pemilik dokumen haram dan
palsu mestilah dikenalpasti dan diambil tindakan tegas ke atas mereka seperti penghantaran
pulang ke negara asal dan menarik balik kerakyatan yang tidak sah atau diberi melalui
prosedur yang tidak betul. Keadaan ini sebenarnya boleh dielakkan seandainya terdapat
penerapan kukuh nilai kewarganegaraan dan patriotisme dalam kalangan masyarakat kita.
Demi cintakan negara dan tanah air peranan setiap warganya amat penting agar masalah ini
dapat diselesaikan.
7/29/2019 Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan Dan Patriotisme Dalam Pendidikan Sejarah
16/27
16Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan dan Patriotisme dalam Pendidikan Sejarah
Media juga memainkan peranan penting untuk mengukuhkan lagi perpaduan
masyarakat kita. Oleh itu jawatankuasa bertindak turut menyarankan supaya media di negara
ini memainkan peranan dengan ketara untuk memupuk semangat dan kecintaan kepada
negara dalam suasana sosial pelbagai etnik dan agama. Dengan itu sudah tentunya sokongan
daripada pelbagai industri tempatan amat diperlu dan dialu-alukan untuk membantu mencapai
matlamat ini. Untuk meningkatkan dan memperkukuhkan jati diri masyarakat pelbagai kaum
di Malaysia media hendaklah memainkan peranan penting dengan mengadakan pelbagai
program siaran radio dan televisyen serta memperbanyakkan siaran masyarakat yang
menggunakan dialek dan disiarkan pada masa yang sesuai. Dengan cara ini dapat melahirkan
perasaan sayang kepada negara disamping mengeratkan perpaduan masyarakat.
Sesungguhnya peristiwa 13 Mei 1969 telah memberikan pengajaran yang penting
kepada era pemerintahan pemimpin di Malaysia. Kehilangan jiwa merupakan pengalaman
yang paling pahit dan ngeri berlaku ketika itu. Angka rasmi berhubung dnegan kejadian
tersebut dari tempoh 13 Mei hingga 31 Julai 1969 menunjukkan 196 orang terkorban dan 180
orang telah tercedera oleh senjata api dan 259 orang pula oleh senjata lain. Jumlah ini dicatat
oleh pemberita yang berada di tempat kejadian. Namun ramai pihak yang berpendapat
bilangan sebenarnya adalah jauh lebih tinggi. Pada masa itu sebanyak 9143 orang telah
ditangkap dan 5561 telah didakwa di mahkamah. 6000 orang kehilangan rumah tangga dan
sekurang-kurangnya 211 buah kenderaan rosak dan musnah teruk dan 753 bangunan telah
rosak dan terbakar ( Mohamad Idris Saleh 1994).
Sesungguhnya kemalangan dan kemusnahan jiwa dan harta benda akibat daripada
peristiwa tersebut haruslah menjadi panduan khususnya kepada pemimpin-pemimpin politik.
Penekanan yang serius terhadap pendidikan nilai kewarganegaraan dan patriotisme perlu
dititik beratkan agar menjadi satu sandaran kepada kekuatan sesebuah bangsa. Harus
dijelaskan sebenarnya kewujudan isu-isu ini berikutan daripada rapuhnya nilai
kewarganegaraan dan patriotisme dalam diri masyarakat Malaysia.
Pemupukan Pendidikan Nilai Kewarganegaraan dan Patriotisme Dalam
Pendidikan Sejarah
Kepentingan nilai kewarganegaraan dan patriotisme sememangnya tidak dapat disangkal lagi
dalam membentuk jiwa merdeka dan semangat jati diri yang tebal serta kukuh dalam diri
7/29/2019 Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan Dan Patriotisme Dalam Pendidikan Sejarah
17/27
17Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan dan Patriotisme dalam Pendidikan Sejarah
seseorang warga. Sesungguhnya Pendidikan sejarah amat menitikberatkan nilai-nilai yang
dapat memupuk semangat kewarganegaraan dan patriotisme. Nilai-nilai ini saling berkait
rapat dan sentiasa memerlukan antara satu sama lain. Melalui pengertian dan penghayatan
sejarah negara, semua usaha membina keperibadian bangsa Malaysia ditekan dan diberi
keutamaan. Oleh itu beberapa nilai kewarganegaraan dan patriotisme perlu dipupuk agar
Malaysia terus kekal menjadi sebuah negara yang aman dan makmur dan menjadi model
terbaik sebagai negara yang berasaskan pelbagai kaum.
Nilai-nilai kewarganegaraan dan patriotisme yang dapat dipupuk melalui pendidikan sejarah
adalah seperti berikut:
1. Berbangga sebagai rakyat Malaysia
Sebagai rakyat Malaysia hendaklah mempunyai berakhlak dan berbudi pekerti mulia dan
berbangga menjadi rakyat Malaysia. Oleh itu peranan sebagai rakyat yang baik hendaklah
mempunyai perasaan hormat kepada raja dan pemimpin Negara sebagai lambang
perpaduan dan pentadbir kepada negara. Di samping itu, lambang-lambang negara
sentiasa dihormati dan menjadi kekuatan semangat dalam diri sebagai rakyat yang
mencintai tanah air. Lambang-lambang negara sentiasa disanjung dan dihormati seperti
bendera, lagu kebangsaan, jata negara dan sebagainya. Rakyat Malaysia yang berbangga
terhadap negaranya juga sanggup berkorban untuk menjaga dan mempertahankan maruah
bangsa dan negara. Pastinya perlulah menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya
bangsa agar tidak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Sesungguhnya pengertian
tradisi budaya bangsa amat besar kepada pengekalan amanah kemerdekaan yang kita
pikul sebagai rakyat Malaysia. Menurut Abd. Rahim Abd. Rasyid (1999) nilai
kewarganegaraan dan patriotisme dalam pendidikan sejarah menanamkan perasaan
banggsa terhadap diri, bangsa dan negara. Malah membangkitkan semangat dan kekuatan
psikologi dan moral dengan mengukuhkan lagi patriotisme dan nasionalime bangsa kita
untuk dicontohi oleh generasi akan datang.
2. Bersemangat setia negara
Semangat setia negara perlu dipupuk dalam diri setiap warganegara. Warganegara yang
mempunyai semangat setia negara perlulah taat dan setia kepada raja dan pemimpin
negara. Malah sentiasa bersedia untuk berkorban demi bangsa dan negara tercinta.
7/29/2019 Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan Dan Patriotisme Dalam Pendidikan Sejarah
18/27
18Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan dan Patriotisme dalam Pendidikan Sejarah
dengan adanya semangat kecintaan dan setia yang menebal ini pastinya akan
membangkitkan rasa tanggungjawab yang jitu kepada bangsa dan negara Malaysia.
Perasaan berani perlu dididik sejak kecil lagi demi mempertahankan kedaulatan negara.
Seorang warga yang mempunyai nilai kewarganegaraan dan patriotisme juga perlu peka
kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara.
3. Bersemangat kekitaan
Pemupukan nilai kewarganegaraan dan patriotisme juga dapat dipupuk dalam setiap
warganegara dengan menanamkan semangat kekitaan dalam diri mereka. Agar dapat
hidup bersatu padu dan berharmoni walau hidup dalam pelbagai kaum dan agama.
Semangat kekitaan juga hendaklah turut disulami perasaan tolak ansur dan bertoleransi
agar sama-sama membentuk satu benteng yang teguh bagi mempertahankan keamanan
dan kedaulatan negara. Sudah tentunya kerjasama dan tolong menolong pasti akan
memperkukuhkan lagi semangat kekitaan dalam setiap komuniti masyarakat yang digelar
sebagai rakyat Malaysia.
Begitu juga dalam mempertahankan kemerdekaan yang telah tokoh-tokoh silam
perjuangkan anggota dalam masyarakat hendaklah hidup secara bersefahaman dan
bermuafakat serta saling hormat-menghormati antara lain. Sesungguhnya semangat
kekitaan inilah yang akan menentukan hala tuju jatuh bangun sesebuah negara.
Hubungan kekitaan dalam masyarakat menggerakkan hasrat yang sama dan negara
bangsa menjadi fokus dan matlamat akhirnya. Terdapat penulis-penulis sejarah
mencadangkan apa jua tindakan patriotik, ia dimotivasikan oleh keprihatinan kebaikan
untuk negara. Dapatlah dirumuskan disini kewarganegaraan dan patriotisme adalah
perasaan sayang dan bangga yang menebal kepada negara, keinginan untuk menyokong
negara dan mempertahankan keagungan menjadi pegangan seorang patriot.
4. Berdisplin
Di samping itu, warganegara sesebuah negara hendaklah mempunyai disiplin yang
ampuh dalam usaha untuk mengekalkan kedaulatan negara. Sebagai warga yang
berdisiplin hendaklah mempunyai semangat untuk mempertahankan dan menjunjung
perlembagaan negara yang telah dibentuk sebagai satu perlembagaan untuk menjaga
7/29/2019 Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan Dan Patriotisme Dalam Pendidikan Sejarah
19/27
19Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan dan Patriotisme dalam Pendidikan Sejarah
kepentingan semua warganegara Malaysia. Peraturan dan undang-undang negara juga
hendaklah sentiasa dipatuhi agar hidup lebih berdisiplin dalam sama-sama untuk
memajukan negara. Lebih-lebih lagi untuk mencapai sasaran wawasan 2020 sebagai
sebuah negara maju dalam pelbagai aspek samada dari aspek ekonomi, politik, sosial dan
turut untuk melahirkan proses modal insan.
Sebagai sebuah negara timur yang ingin mengekalkan ciri ketimurannya maka
mantan Perdana Menteri Tun Mahadir Mohammad telah melancarkan Dasar Pandang ke
Timur. Dasar ini selain bertujuan untuk mencapai kemajuan tapi juga ingin melihat agar
setia warganegara mengekalkan ciri-ciri ketimuran seperti mempunyai nilai kesopanan
dan ketatasusilaan. Sesungguhnya setiap rakyat Malaysia perlu berkelakuan sopan dan
bertatasusila mulia dan pasti akan melahirkan warganegara yang bertanggungjawab.
Untuk mencapai matlamat ini jugalah maka sikap adil dan bertimbang rasa amat perlu
supaya segala impian dan matlamat negara akan berjaya dicapai.
5. Berusaha dan produktif
Pemupukan nilai kewarganegaraan dan patriotisme juga boleh dilakukan dengan adanya
semangat berusaha dan produktif. Setiap rakyat Malaysia hendaklah berusaha dengan
rajin dan gigih untuk mencapai matlamat dan impian. Malah semangat berdikari juga
mampu untuk memupukkan nilai-nilai murni dalam jiwa seseorang. Malah untuk
mencapai harapan tersebut setiap warga perlu untuk mempertingkatkan usaha dan tabah
untuk menghadapi cabaran pada masa akan datang. Seperkara lagi yang perlu ada ialah
sentiasa menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan negara.
Pembinaan Nilai Kewarganegaraan dan Patriotisme Melalui Pendidikan Sejarah
Sejarah merupakan peristiwa yang telah berlalu. Namun sebenarnya sejarah adalah catatan
manusia atau perubahan yang berlaku kepada sejarah peradaban dunia. Perkara-perkara silam
sebenarnya boleh menyedarkan kita betapa pentingnya pengalaman-pengalaman lalu atau
sejarah sesebuah negara dalam membentuk suatu bangsa Malaysia. Oleh itu, pemikiran
rakyat hendaklah disepadukan agar mempunyai semangat untuk mempertahankan negara
walau apa jua sekalipun. Pengukuhan nilai kewarganegaraan dan patriotisme dilihat boleh
menyemarakkan lagi tanggungjawab sebagai warga yang merdeka dan berbangga sebagai
7/29/2019 Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan Dan Patriotisme Dalam Pendidikan Sejarah
20/27
20Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan dan Patriotisme dalam Pendidikan Sejarah
rakyatnya. Sekira berlaku pencerobohan ataupun peperangan misalnya akan membawa
kepada pembentukan satu barisan hadapan yang berani berjuang untuk mempertahankan
kedaulatan negara yang tercinta. Negara tempat tumpah darah kita ini. Dengan semangat nilai
kewarganegaraan yang ditanam kukuh dan menebal dalam jiwa dan tersemat kukuh di
sanubari pasti akan menjadi kekuatan untuk menghapuskan musuh negara.
Warganegara dan patriotisme juga mempunyai semangat kekitaan atau dalam konteks
yang lebih luas ialah semangat kenegaraan. Konsep ini secara tidak langsung menjelaskan
pembentukan sebuah masyarakat yang adil dan kekayaan negara dapat dinikmati bersama
oleh rakyat dengan cara seimbang dan jurang perbezaan antara kaum dapat dielakkan. Situasi
begini akan dapat mengelakkan berlakunya ketidaktenteraman dalam negara lantaran
terdapatnya perbezaan jurang yang besar antara masyarakat di negara kita. Peristiwa lampau
seperti 13 Mei 1969 menjadi satu iktibar betapa jurang yang memisahkan antara kaum
menjadi faktor kepada tercetusnya suasana anarki sebegini.
Pendidikan sejarah di Malaysia berupaya untuk membentuk keperibadian unggul
warganya berdasarkan kepada pengamalan nilai kewarganegaraan dan patriotisme yang
kukuh dalam diri setiap anggota warganya. Keperibadian kebangsaan yang unggul adalah
sangat penting dan menjadi asas kepada kewarganegaraan yang mantap. Sudah pasti akan
memberi sumbangan yang bermakna kepada negara dalam bentuk apa jua sekalipun.
Kebanggaan kita sebagai warganegara Malaysia hendaklah kita tunjukkan. Malah dunia
mengakui kehebatan negara kita dalam pelbagai bidang.
Zaman Kesultanan Melayu Melaka misalnya kehebatan Melaka diceritakan oleh
Tome Pires setelah beberapa ketika pendudukan Portugis di Melaka menyebut penguasaan
Melaka menjadi satu petanda kepada kemusnahan Venice. Ini bermaksud Melaka amat
dikenali ketika itu sehingga ke benua Eropah. Malah seorang penulis Belanda iaitu Francis
Valentyn pada tahun 1726 dalam Mohamad Idris (1994) mengatakan peranan Bahasa Melayu
amat tinggi ketika itu dan menjadi bahasa antarabangsa. Malah sesiapa sahaja yang menetap
di antara Perisa di sebelah barat dan Filipina di timurnya tetapi tidak boleh bercakap dan
mengetahui bahasa Melayu maka akan dianggap sebagai seorang yang tidak berpelajaran
ataupun uneducated. Bukti ini menunjukkan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan dan
perhubungan serta bahasa pertuturan bertaraf antarabangsa sebagai bahasa lingua franca. Ini
turut membuktikan bahasa Melayu yang kita gunakan sekarang merupakan bahasa yang
7/29/2019 Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan Dan Patriotisme Dalam Pendidikan Sejarah
21/27
21Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan dan Patriotisme dalam Pendidikan Sejarah
sangat terbilang suatu ketika dulu. Oleh itu, kita sebagai warganya hendaklah berbangga dan
bertekad untuk menanam semangat untuk mengembalikan kegemilangan tersebut. Namun
dengan syarat penekanan nilai kewarganegaraan dan patriotisme harus menjadi sebahagian
daripada peribadi kita.
Peranan Pendidikan Sejarah dalam Penerapan Nilai Kewarganegaraan dan
Patriotisme
Pendidikan sejarah merupakan asas penting dalam pembentukan bangsa yang merdeka.
Sejarah bukanlah matapelajaran yang hanya membincanglan perkara-perkara yang lepas
semata-mata ataupun tentang orang yang telah mati tetapi banyak iktibar dan pengajaran yang
boleh dijadikan sebagai panduan serta pedoman dalam meneruskan kehidupan. Malah
menjadi faktor penting kepada pembentukan sesebuah negara yang merdeka. Pendidikan
sejarah juga sebagai satu asas untuk terus melangkah ke depan dalam meniti kesukaran
pembentukan negara bangsa. Bukan juga semata-mata untuk diingat tetapi perlulah kita
mengempatikan diri dala situasi tertentu. Sesungguhnya sejarah dijadikan sebagai satu
panduan dalam pembinaan semula sebuah bangsa dan negara.
Menurut Burchardt (1986) Reflection on History menjelaskan sejarah merupakan satu
aspek yang sangat penting untuk memaparkan perkara-perkara yang berkaitan perkembangan
manusia dalam pelbagai aspek kehidupan samada ekonomi, sosial, agama mahupun politik.
Sejarah turut menekankan peripentingnya pembinaan negara bangsa dan tokoh-tokoh
terdahulu yang rela berkorban demi keagungan sebuah kemerdekaan. Melalui sejarah juga
manusia dapat menggunakan sepenuhnya pemikiran mereka untuk membuat analisa, analisis
dan mengembangkan potensi manusia untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Jika dikaji
dengan lebih mendalam ternyata sejarah turut merangkumi pelbagai aspek ilmu dan nilai.
Aspek pertimbangan nilai dan moral turut diberi perhatian dalam pendidikan sejarah. Ini
sebagai mana dimaksudkan oleh Butterfierld (1973) dalam Abd Rahim Abd Rasyid (1999)
iaitu sejarah amat mementingkan aspek pertimbangan nilai dan moral.
Pengaruh ilmu sejarah amat besar dalam menegaskan aspek ilmu kemanusiaan.
Semuanya berkait rapat dengan kehidupan manusia seperti aspek budaya, ekonomi, politik,
sosial dan sebagainya. Pada zaman era teknologi maklumat ini sejarah telah memainkan
peranan yang penting untuk manusia. Ini jelas menunjukkan sejarah amat penting dan
7/29/2019 Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan Dan Patriotisme Dalam Pendidikan Sejarah
22/27
22Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan dan Patriotisme dalam Pendidikan Sejarah
menuntut kepada kita untuk terus mendalami dan menekankan kepentingan pendidikan
sejarah. Menyisihkan pendidikan sejarah dalam pendidikan negara sudah pasti memberi
peluang kepada musuh negara untuk menumbangkan kembali keagungan yang telah tercipta.
Bukan itu sahaja pendidikan sejarah turut memaparkan pelbagai perkara seperti kekejaman,
kejatuhan, perkembangan dan keagungan sesebuah negara ataupun tamadun terdahulu. Di
samping itu juga pendidikan sejarah menjelaskan dengan terperinci perkara-perkara yang
berkaitan dengan imperialisme, kejahilan, kehancuran dan sebagainya.
Keadaan ini sesungguhnya menjelaskan betapa pentingnya pendidikan sejarah dalam
memberi gambaran dan menerangkan pelbagai perkara masa lampau yang boleh dijadikan
tauladan dan pedoman. Betapa maklumat inilah yang dapat membentuk nilai
kewarganegaraan seseorang yang berada dalam lingkungan kemerdekaan dan keamanan
untuk terus mengekalkan keselesaan yang ada. Begitu juga seseorang atau serumpun
masyarakat yang masih berada dalam penghinaan, penjajahan dan peperangan menuntut
untuk mencapai tahap kewarganegaraan yang sebenar. Misalnya Situasi ini dapat dilihat
penduduk Palestin yang berusaha untuk mendapatkan hak mereka di negara sendiri.
Penerapan nilai kewarganegaraan dan patriotisme dalam pendidikan sejarah menjadi satu
aspek wajib yang pasti ada dan tidak akan dapat untuk dihilangkan atau ditiadakan. Nilai ini
sememangnya telah terpahat kukuh dalam jiwa sesebuah masyarakat yang memahami konsep
kewarganegaraan dan patriotisme serta memandang kepentingan kedua-dua nilai ini.
Kepentingan Penerapan Pendidikan Nilai Kewarganegaraan dan Patriotisme
Nilai kewarganegaraan dan patriotisme berpotensi menjadi motivasi penting ke arah
penglibatan identiti politik, sokongan dan penilaian kritikal terhadap kepimpinan dan dasar,
mobilisasi sosial, pengurusan konflik dan penyelesaiannya dalam sesebuah negara. Negara
bangsa yang terdiri dari sempadan wilayah kesan perjanjian, perang, konflik dan
kolonialisme meninggalkan warisan untuk generasi akan datang untuk dijaga dan
dipertahankan. Inilah cabaran kepada pemimpin untuk membangunkan patriotisme warganya
kerana pengasingan, diskriminasi, persaingan antara dan dalam etnik mampu menggugatnya.
Oleh itu menjadi hasrat kebanyakan negara bangsa untuk melahirkan satu masyarakat yang
bersatu padu, satu identiti sosial dan semangat patriotisme yang mendalam. Johnson (1997)
7/29/2019 Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan Dan Patriotisme Dalam Pendidikan Sejarah
23/27
23Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan dan Patriotisme dalam Pendidikan Sejarah
dalam Haminah Suhaibo (2007) merumuskan kepentingan patriotisme dalam sesebuah negara
sebagai,
Building a world that sustain human life for another years or
more will require, among, other things, the generation of a morecomprehensive patriotism
(Johnson, 1997 )
Patriotisme digunakan sebagai mekanisme untuk menggalakkan rakyat bertindak
sejajar dengan peristiwa sejarah sebab sejarah bukan sahaja sains tetapi juga keagungan tanah
air dulu dan akan datang. Sejarah memaparkan kebenaran masa lepas (Carr 1962) melalui
penganalisaan dokumen yang mampu membentuk kesedaran patriotik dan perpaduan kerana
sejarah adalah aktiviti intelektual yang membolehkan analisa dan kritikan.
i. Politik
Nilai kewarganegaraan dan patriotisme dapat membentuk identiti jiwa bangsa dalam diri
masyarakat. Situasi inilah yang membawa kepada penekanan subjek sejarah diajar di sekolah-
sekolah. Pembelajaran sejarah di sekolah dapat membentuk dan melahirkan warganegara dan
insan yang baik serta berwawasan tinggi. Malah semangat patriotisme dalam kalangan
masyarakatnya semakin menebal demi untuk mengekalkan kemerdekaan sesebuah negara.
Nilai ini jugalah yang akan dapat memberikan kekuatan dan menguatkan lagi ikatan
perpaduan dalam sistem pemerintahan dan pentabiran negara. Nilai kewarganegaraan dan
patriotisme juga akan menanamkan rasa bangga terhadap diri, bangsa dan negara. Sebagai
warganya hendaklah berbangga mempunyai pejuang-pejuang kemerdekaan tanahair seperti
Mat Kilau dan Tok Janggut yang menjadi wira kepada kemajuan yang kita capai pada hari
ini. Tanpa mereka adalah amat mustahil kita mencapai kemajuan pada hari ini. Di samping
itu, wujud juga kesedaran kebangsaan dalam diri masyarakat Malaysia. Pendidikan sejarah
yang ditekankan pastinya melahirkan nilai kewarganegaraan dan patriotisme yang pastinya
membangkitkan kesedaran kebangsaan dan menjadikan peristiwa-peristiwa silam sebagai
iktibar dan panduan untuk masa depan.
7/29/2019 Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan Dan Patriotisme Dalam Pendidikan Sejarah
24/27
24Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan dan Patriotisme dalam Pendidikan Sejarah
ii. Sosial
Warganegara yang bersatu padu pasti akan dapat hidup dalam satu rumpun pelbagai yang kita
namakan sebagai negara bangsa. Hasilnya Negara Malaysia berjaya dibentuk dengan
rasminya pada 16 September 1963 yang merangkumi Semenanjung Tanah Melayu, Sabah,
Sarawak dan Singapura. Namun akibat daripada nilai kewarganegaraan dan semangat
patriotisme yang rapuh malah ketiadaan semangat patriotisme yang kuat Singapura telah
dikeluarkan daripada Malaysia pada tahun 1965. Nilai ini juga dapat menunjukkan hasrat
murni pendidikan negara ke arah integrasi kaum yang terdiri daripada pelbagai etnik namun
dalam satu jiwa bangsa iaitu bangsa Malaysia. Kekuatan nilai kewarganegaraan dan
patriotisme merupakan satu kewajiban yang perlu ada agar di sebalik keharmonian politik
dalam sesebuah negara akan mewujudkan perpaduan sesebuah negara. Ini pasti memberi satu
kelebihan kepada negara yang hanya mempunyai satu bangsa semata-mata.
Namun Malaysia sebagai sebuah negara pelbagai kaum tidak menjadikan itu sebagai
satu alasan untuk tidak mencapai perpaduan. Keutuhan nilai kewarganegaraan dan
patriotisme dalam kalangan warganya menjadi satu senjata yang ampuh untuk membentuk
sebagai sebuah negara yang merdeka. Sesungguhnya hasil nilai yang kukuh membawa
kepada perpaduan nasional yang mengatasi bibit perpecahan, konflik yang mungkin
disebabkan etnik, agama dan ideologi.
Patriotisme perlu ditakrifkan semula sebagai faktor penyatuan masyarakat khususnya
dalam era globalisasi. Walaupun pada dasarnya pemodenan dan kemajuan menjadi asas
kepada negara Malaysia bagi menghadapi globalisasi tetapi ia masih memerlukan warisan
sosial dan budaya untuk mempertautkan rakyat berbilang kaum. Halim Salleh dalam
Haminah Suhaibo (2007) menyatakan bahawa tahun-tahun 1990an memperlihatkan
nasionalisme dan patriotisme bercirikan Malaysia mula dikembangkan dengan ciptaan
lambang dan simbol bercirikan Malaysia. Usaha ini adalah sebahagian daripada usaha
kerajaan untuk mengembangkan patriotisme rakyat agar perpaduan dicapai selari dengan
perkembangan kemajuan negara.
iii. Ekonomi
7/29/2019 Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan Dan Patriotisme Dalam Pendidikan Sejarah
25/27
25Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan dan Patriotisme dalam Pendidikan Sejarah
Nilai kewarganegaraan yang menebal dan semangat patriotisme yang utuh pasti akan
membawa kepada kekuatan ekonomi sesebuah negara. Bilamana rakyatnya bersatu hati
dalam menempuh perkembangan dunia tanpa sempadan kini. Penyatuan rakyat hasil nilai-
nilai ini dapat memperlihatkan kesepakatan rakyat dalam membantu memperkembangkan
ekonomi negara. Malah dalam kita menempuh saat sukar ketika kemelesetan ekonomi 1998
telah menampakkan penyatuan rakyat Malaysia tidak kira kaum dan ideologi bersama-sama
bagi mempastikan ekonomi negara pulih sepenuhnya.
Dengan adanya nilai-nilai ini kita juga telah berjaya melepasi saat sukar tersebut
dengan jayanya. Tanpa adanya ikatan teguh nilai kewarganegaraan dan patriotisme sudah
pasti kita gagal utnuk menangani masalah tersebut. Malah dengan adanya nilai
kewarganegaraan dan patriotisme dalam diri masyarakat pasti akan dapat mengekalkan
perpaduan nasional. Perpaduan nasional bolehlah ditakrifkan sebagai perpaduan dalam
kalangan rakyat sesebuah negara. Ini pasti akan mewujudkan kestabilan, keutuhan dan
ketahanan dalam sesebuah negara bangsa.
iv. Negara bangsa
Nilai kewarganegaraan dan patriotisme turut memberi sumbangan dalam
mempastikan negara bangsa Malaysia terus unggul dan tiada tandingannya. Pelbagai ujian
telah berjaya ditempuhi oleh rakyat Malaysia khususnya seperti peristiwa hitam 13 mei 1969.
Suasana ini telah mencetuskan satu titik tolak yang lebih ampuh tentang keperluan
memahami kewarganegaraan dan patriotisme. Malah menjadi kepentingan kepada penerapan
nilai-nilai ini sejak di bangku sekolah lagi. Pembentukan negara bangsa Malaysia juga
menampakkan Malaysia dibentuk melalui perundangan dan bukannya peperangan maupun
pertumpahan darah sebagaimana negara-negara lain di dunia. Situasi sebegini berlaku
berikutan daripada semangat jati diri dan nilai kewarnagenegaran serta patriotisme yang
diterapkan secara langsung melalui pendidikan sejarah.
Perkembangan semasa menjadikan kajian tentang patriotisme perlu diberi perhatian.
Cubaan kumpulan-kumpulan etnik untuk membebaskan diri mereka dari negara bangsa dan
mewujudkan kerajaan sendiri menggambarkan betapa patriotisme bersifat negara perlu
diwujudkan. Persaingan etnik, bahasa dan agama dalam negara bangsa mampu menimbulkan
konflik yang memungkinkan usaha ke arah kuasa autonomi . Pemisahan Timur-Timor dari
7/29/2019 Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan Dan Patriotisme Dalam Pendidikan Sejarah
26/27
26Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan dan Patriotisme dalam Pendidikan Sejarah
Indonesia dan perjuangan gerakan Moro di Filipina memperlihatkan negara bangsa mampu
berhadapan dengan kemungkinan perpecahan. Oleh itu kebanyakan pemimpin beralih kepada
usaha pembinaan bangsa dan patriotisme sebagai usaha penyatuan rakyatnya. Hubungan
manusia dengan tanah air inilah yang menjadi fokus patriotisme (Kelman, 1997) dalam
Haminah Suhaibo (2007)
Kesimpulan
Kekuatan bagi sesebuah negara bergantung kepada nilai-nilai murni yang ada dalam kalangan
rakyatnya. Nilai kewarganegaraan dan patriotisme merupakan nilai yang begitu erat dan
saling bergantungan antara satu sama lain. Tanpa nilai kewarganegaraan tiada maknanya nilai
patriotisme begitulah sebaliknya. Kedua-dua nilai ini mesti disepadukan barulah dapat
membentuk kekuatan kukuh dalam mempertahankan kedaulatan dan kemakmuran negara.
Kepentingan nilai kewarganegaraan dan patriotisme tidak dapat disangkal dalam membawa
kemajuan, keharmonian serta kemakmuran kepada negara. Nilai-nilai inilah yang wajib ada
dalam diri setiap warganegara yang mengakui berada di tanah tumpah darahnya. Kekuatan
dan kualiti sesebuah negara bergantung kepada semarak rakyatnya untuk bersama-sama
mencapai kemajuan dalam bidang ekonomi, politik dan sosial tanpa mengira warna kulit.
Adalah diingatkan kekuatan bangsa juga hendaklah berani mengakui sebagai satu
bangsa untuk membentuk negara bangsa yang unggul. Kewajiban setiap warganya mengakui
kepercayaan kepada tuhan, kedaulatan undang-undang, kesetiaan kepada raja dan negara,
keluhuran perlembagaan dan kesopanan dan kesusilaan. Maka dengan adanya pegangan
kukuh terhadap ideologi negara ini dan disulam indah nilai kewarganegaraan dan patriotisme
yang ampuh adalah tidak mustahil Malaysia akan menjadi negara maju dalam tempoh yang
direncanakan. Pendidikan sejarah ternyata menjadi satu agen penting yang memantapkan lagi
nilai-nilai ini agar tidak akan terlerai lagi dan menjadi pegangan kukuh sebagai waris negara
merdeka.
7/29/2019 Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan Dan Patriotisme Dalam Pendidikan Sejarah
27/27
27Pembelajaran Nilai Kewarganegaraan dan Patriotisme dalam Pendidikan Sejarah
Bibliografi
Anon. 2007. Pendekatan Islam Hadhari:Membangun Modal Insan dan Tamadun Ummah
(Ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) .Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia. Putrajaya.
Abd Rahim Abd Rasyid. 1999. Pendidikan Sejarah : Falsafah, Teori dan Amalan. Utusan
Publication & Distributors Sdn Bhd. Kuala Lumpur.
Barzun, Jacques.1991.Begin Here: The Forgotten Conditions of Teaching and Learning, The
University of Chicago Press. USA
Carr, H.E. 1962. What is History. MacMillan. London.
Maximus Johnity Ongkili. 2007. Ucapan Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat
Mengenai Perpaduan dan Khidmat Negara. Dewan Rakyat. Kuala Lumpur.
Haminah Suhaibo. 2007. Penerapan Nilai Patriotisme Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 1
di Sekolah di Kuching. Tesis Phd. Tidak Diterbitkan. Universiti Malaya.
Kerajaan Malaysia. 2006. Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Mengandungi Pindaan
Terkini Akta 1260/2006.
Mohd Salleh Lebar. 1988. Pembangunan & Kemajuan Pendidikan di Malaysia. Nurin
Enterprise. Kuala Lumpur
Primoratz, Igor. 2002.Patriotism. Humanity Books
Primoratz, Igor & Pavkovic Aleksandar. 2008. Patriotism : Philosophical and Political
Perspectives. Ashgate Publishing Ltd.
Shahril Marzuki & Habib Mat Som. 1999. Isu Pendidikan di Malaysia : Sorotan dan
Cabaran. Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Kuala Lumpur.
Sharifah Alwiah Alsagoff. 1988. Sosiologi Pendidikan. Longman. Selangor.
Viroli, Maurizio. 1995.For Love of Country : an Essay on patriotism and nationalism.Oxford University Press. London
Rujukan Surat Khabar
Berita Harian, 30 Jun 2002