Pemikiran Islam Liberal

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Islam Liberal

Citation preview

3PEMIKIRAN ISLAM LIBERAL: Suatu AncamanOleh HASSAN AHMADMUTAKHIR ini ajaran Islam mula dibahaskan oleh sekumpulan penganut Islam yang menggelarkan diri mereka sebagai pemikir liberal. Mereka meminta supaya orang Islam lebih liberal dalam cara hidup, lebih terbuka terhadap agama lain, dan ada antara mereka yang mendesak supaya ajaran agama dipisahkan daripada hal duniawi. Agama hendaklah dianggap sebagal urusan peribadi manusiaBenarkah Islam merupakan agama yang tidak liberal, agama yang menutup penganutnya kepada dunia luar? Konsep liberal sebenarnya bukan konsep yang sesuai digandingkan dengan ajaran Islam. Konsep ini sebenarnya dicipta oleh pemikir Barat pada akhir abad ke-18. Namun konsep ini tidak jelas maknanya. Ada tiga aliran pandangan liberalisme di Barat.Pertama, pandangan yang mengatakan bahawa manusia lahir di dunia sebenarnya bebas, tetapi di mana-mana sahaja di dunia manusia dibelenggu oleh pelbagai sekatan ini pandangan liberal individualistik klasik yang dikembangkan oleh Jean-Jacques Rousseau dalam bukunya, Du Contrat Social(1762).Namun dalam buku yang sama Rousseau mencadangkan supaya kebebasan individu juga perlu dikawal supaya tidak berlaku kebebasan tanpa batasan. Keadaan ini boleh diatasi apabila individu menyerahkan sebahagian daripada haknya kepada negara untuk dikawal inilah aliran kedua liberalisme ada hak manusia yang dianggap peribadi yang tidak sepatutnya dikawal oleh kerajaan (misalnya hak moral), dan ada hak yang patut dikawal oleh kerajaan, misalnya melalui undang-undang untuk kebaikan umum.Aliran ketiga ialah aliran liberalisme yang dikaitkan dengan gerakan anti clericalism atau aliran yang menentang golongan paderi. Aliran ini lahir daripada sejarah pertentangan antara kuasa duniawi (kuasa raja) dengan kuasa gereja. Akhirnya kuasa gereja berjaya dihancurkan. Antara punca kehancuran itu ialah golongan paderi terlalu bersikap antisains dan mahu gereja dipisahkan daripada hal-ehwal duniawi. Hal ni bererti agama merupakan soal peribadi, dan kerajaan tidak boleh mencampuri hal-ehwal agama inilah yang disebut sekularisme.Namun, perkembangan seperti itu tidak berlaku dalam sejarah Islam. Tuhan berfirman dalam al-Quran bahawa alam ni diciptakan untuk kegunaan manusia, bukan untuk ditinggalkan. Sehingga ada hadis yang bermaksud, Bekerjalah seolah-olah kamu akan hidup 1000 tahun lagi dan sembahyanglah seolah-olah kamu akan mati esok hari. Liberalisme (kalau pun istilah ini boleh digunakan dalam Islam) bererti kebebasan manusia daripada kuasa alam dan kuasa manusia. Manusia diperintahkan supaya menyembah hanya Tuhan yang Esa, bukannya menyembah makhluk ciptaan Tuhan. Islam ialah agama yang revolusioner, kerana ia membebaskan manusia daripada segala macam belenggu dan penjajahan.Jadi, jika ada golongan yang mengatakan bahawa Islam ialah agama yang membelenggu manusia, mereka itu Sebenarnya jahil, atau mereka cuba memahami Islam berdasarkan konsep liberalisme Barat. Apabila ada golongan yang cuba membincangkan Islam berdasarkan tradisi liberalisme Barat, mereka sebenarnya menggunakan pendekatan yang sama sekali tidak sesuai dengan konteks kebebasan manusia menurut Islam.Golongan pemikir liberal menggunakan beberapa konsep untuk membandingkan Islam dengan agama lain. Dua istilah yang sering digunakan sebagai pecahan aliran liberalisme Barat ialah Islam eksklusif dan Islam inklusif.Menurut mereka, orang Islam diasuh oleh ulama sejak dahulu untuk mempercayai bahawa Islam ialah agama eksklusif orang Islam diwajibkan mempercayai bahawa hanya Islam sahajalah agama yang benar; agama lain tidak benar. Orang Islam tidak boleh berfikiran terbuka terhadap agama lain kerana dikhuatiri agama lain boleh merosakkan akidah orang Islam. Menurut mereka, semua agama adalah sama, tidak ada agama yang tidak benar. Bahkan, untuk mempertahankan pendirian ini, ada antara mereka yang berpendapat bahawa semua agama ialah al-Kitab wahyu daripada Tuhan dan semua agama menuntut penganutnya supaya berserah kepada Tuhan yang Esa. Menurut pemikir liberal seperti Nurcholish Majid dan Budhy Munawar Rachman dan Indonesia, agama yang paling pasrah kepada Tuhan ialah Islam namun agama Yahudi, Knistian, Buddha, dan Iain-juga tergolong dalam agama Islam.Konsep yang digunakan dalam hal ini ialah teologi pluralis yang melihat agama lain sama atau sebanding dengan agama sendiri semua agama menuju kepada matlamat yang sama, iaitu untuk mengenali dan menyembah Tuhan; hanya yang berbeza ialah jalan untuk menuju ke arah yang sama itu. Seperti kata seorang penulis Barat, John Hick, Agama-agama lain merupakan jalan yang sah menuju ke arah kebenaran yang sama.Islam menurut pemikir liberal, sepatutnya bersifat inklusif bukannya eksklusif. Agama inklusif ialah agama yang terbuka, tidak tertutup, dan menerima semua agama lain sama dengan agama sendiri.Jika agama semuanya sama, mengapakah Rasullullah SAW bersusah payah mengajak kaum Yahudi dan Nasrani supaya memeluk Islam? Sebenarnya bukan semua agama menyembah Tuhan yang Esa dan bukan semua agama mempunyai kitab wahyu. Ada agama yang menyembah manusia yang diangkat tarafnya menjadi Tuhan, atau menyembah pelbagal patung buatan manusia. Ada juga agama yang kitabnya terdiri daripada kata-kata yang diucapkan oleh manusia yang menreka puja dan sembah sebagai Tuhan.Jika ini dikatakan jalan yang berbeza untuk sampai kepada matlamat yang sama, ini merupakan jalan yang sesat. Adakah manusia dapat mendekatkan dirinya dengan Tuhan sekiranya hatinya tidak tertumpu kepada Tuhan, tetapi kepada manusia yang dijadikan Tuhan. Tuhan Berfirman, lngatilah Aku nescaya Aku akan mengingati kamu. Bagaimanakah Tuhan dapat mengingati manusia jikalau manusia itu mengingat manusia sebagai Tuhannya?Di Malaysia sudah mulai timbul cadangan supaya Islam disamaratakan dengan agama lain dan soal agama hendaklah dianggap sebagai soal peribadi manusia. Mereka mahu sekularisme, liberalisme, dan pluralisme dibiarkan berkembang dalam kalangan orang Islam.Malaysia sebenarnya ialah negara yang cukup liberal dalam banyak hal. Di manakah terdapat kuil dan patung agama lain yang terbesar di dunia jika bukan di Malaysia? Perihal bahawa Islam ialah agama rasmi di Malaysia bukan bererti agama lain disekat, tidak dibenarkan berkembang. Perlembagaan menjamin kebebasan beragama. Namun ini tidak bererti bahawa penganut agama lain diberikan kebebasan untuk campurtangan dalam hal ehwal agama Islam.Orang Islam di negara ini tidak pernah mendesak kerajaan supaya memberhentikan perayaan dan perarakan agama lain yang dilakukan secara besar-besaran setiap tahun. Orang Melayu-lslam di Malaysia tidak pernah secara terbuka cuba mencampuri hal ehwal agama lain.Dalam Surah al-Kafirun, Tuhan melarang orang Islam memaksa orang bukan Islam supaya memeluk agama Islam. Di negara pelbagai etnik, budaya dan agama seperti Malaysia, wajar sekiranya rakyat negara ini terus berusaha memahami budaya dan agama masing-masing. Janganlah sesuatu kaum mencampuri amalan agama orang lain.Datuk Dr. Hassan Ahmad ialah Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan. Be!iau juga merupakan bekas wakil Tetap Malaysia ke UNESCO dan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.