13
SKPD 1013 Pengantar SKPD 1013 Pengantar Sains Sosial Sains Sosial Pemikiran Sosial Pemikiran Sosial Klasik Klasik

Pemikiran sosial klasik

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pemikiran sosial klasik

SKPD 1013 Pengantar SKPD 1013 Pengantar Sains SosialSains Sosial

Pemikiran Sosial Klasik Pemikiran Sosial Klasik

Page 2: Pemikiran sosial klasik

Pemikiran Sains Sosial Klasik di Zaman Pencerahan dari abad ke 17 sehingga ke awal abad ke 19 (1650-1800), dan selepas Pencerahan sepanjang abad ke 19

Perbincangan dibahagikan kepada dua bahagian: -

1) Zaman Pencerahan 2) Sumbangan ahli-ahli fikir - selepas Revolusi Peranchis (1789) – sepanjang abad ke 19

Page 3: Pemikiran sosial klasik

a) Zaman Pencerahan

i) Pembahagian pengetahuan di Zaman Pencerahan

Rasionalisme berkembang semula di Zaman Pencerahan (abad ke 17 dan awal abad ke 19 (1800) selepas Revolusi Peranchis (1789)

Rasionalisme diterima oleh masyarakat Barat - prinsip utama untuk mencari dan menyusun maklumat, sebagai sumber pengetahuan

Minat untuk memahami alam semulajadi/persekitaran fizikal dan manusia secara saintifik telah meningkat

Gedung ilmu pengetahuan juga mulai berkembang

Namun, sains sosial sebagai bidang ilmu belum ada lagi di zaman pencerahan - akan tetapi ada perkembangan rasionalisme di zaman pencerahan itu, ini bantu perkembangan sains sosial di akhir abad ke 19

Page 4: Pemikiran sosial klasik

ii) Sumbangan ahli-ahli fikir

Situasi di Zaman Pencerahan yang sokong pertumbuhan sains sosial di akhir abad ke 19

Ada kepercayaan bahawa tamadun manusia sebenarnya telah maju, oleh itu, pemikiran manusia seharusnya maju juga

Manusia lebih yakin dan berupaya untuk menentukan halatuju masyarakat dan dirinya

Penjelasan keagamaan tentang masalah sosial semakin kurang

Manusia semakin sensitif terhadap apa isu dan masalah sosial yang berlaku di sekitar mereka (perang, kemiskinan, dll)- ada sikap ingin tahu

Page 5: Pemikiran sosial klasik

Ramai pemikir yang beri sumbangan - yang ekstremis, yang moderate

Yang extremis (Golongan Philosophe)

Menentang habis-habisan dogma mazhab Katolik, kepercayaaan karut, keistimewaan golongan bangsawan dan sistem fuedal - bantut perkembangan minda manusia dan kebebasan berfikir

Desak ahli falsafah supaya kemuka soalan-soalan yang kritis mengenai sistem sosial yang sedia ada dan bersedia untuk mengubah atau hapus sistem sosial itu jika ia tidak sesuai dengan sifat semula jadi manusia, dan akhirnya,

Ambil tindakan politik dengan berkempen (e.g. Revolusi Peranchis 1789)

Page 6: Pemikiran sosial klasik

Contoh-contoh tokoh seperti Thomas Hobbes, John Locke, Montesquieu dan Jean Jacques Rousseau

Kesemuanya ahli falsafah politik dan sosial - bicara masalah ekonomi, sosiologi, politik dan psikologi sekali gus, bicara isu-isu seperti keadaan manusia (human condition), kekuasaan, kerajaan, sejarah manusia dan sifat masyarakat yang walaupun abstrak tetapi dapat mencerminkan sensitiviti mereka terhadap masalah dan isu, terdapat ide-ide yang menjadi asas kepada tindakan gerakan politik

Thomas Hobbes (1588-1679)

John Locke (1632-1704)

Montesquieu (1689-1755)

Jean Jacques Rousseau (1712-1778)

Page 7: Pemikiran sosial klasik

b) Sumbangan pemikir Barat selepas Zaman Pencerahan di awal dan sepanjang abad ke 19

Apakah situasi yang wujud selepas Revolusi Peranchis?

Lihat kembali ide dan isu Zaman Pencerahan mengenai rasionalisme dan pendirian ahli pemikir di masa itu tentang peranan sains dalam masyarakat

Lihat secara kritis kerana ada ide-ide sukar diterima seperti:-

a) tidak menitikberatkan faktor non-rasional seperti emosi, imaginasi, ilham dan tradisi sebagai sumber ilmu pengetahuan

b) pandangan mekanistik tentang masyarakat (mechanistic view of society) iaitu manusia sebagai mesin (satu bahagian rosak diganti oleh bahagian lain)

c) kecendurungan mereka untuk jelas masalah sosial tanpa berasaskan pemerhatian dan eksperimen

Page 8: Pemikiran sosial klasik

Terdapat tiga cara untuk menangani ide dan isu yang telah dikemukakan oleh pemikir-pemikir Zaman Pencerahan iaitu:

1) Hidup kembali minat masyarakat terhadap agama, emosi, tradisi melalui cabang kemanusiaan seperti seni, kesusasteraan, puisi, falsafah, sejarah – bidang kemanusiaan

Satu gerakan wujud iaitu Gerakan Romantik-Konservatif, tokoh-tokoh seperti Louis de Bonald (1754-1850) dan Joseph Maistre (1754-1821) – mengasaskan sistem falsafah baru iaitu Catholic Counter Revolutionary Philosophy

Page 9: Pemikiran sosial klasik

2) Mengesyorkan satu falsafah sains yang mera’ikan pengetahuan tentang manusia dan masyarakat yang dikumpulkan melalui pemerhatian yang sistematik dan eksperimen dan bukan melalui spekulasi abstrak – Falsafah Positivisme, pengasas ialah Auguste Comte (1798-1857) dari Peranchis

Kaedah saintifik

Tiga tahap - tahap teologi, tahap metafizik dan tahap sains atau positif

Masyarakat dilihat sebagai satu keseluruhan, satu sistem yang berada dalam kesimbangan dan harmoni, bagaikan organisme biologi – yang stabil dan harmoni

Page 10: Pemikiran sosial klasik

Kajian masyarakat secara sistematik dan saintifik, penakulan manusia (human reasoning) - hasil kajian sebagai sumber pengetahuan

Pengetahuan yang terkumpul boleh jelaskan pola-pola (patterns) dan hukum-hukum sosial

Tujuan sains ialah untuk jamin pertumbuhan intelektual manusia dan kemuka cara konstruktif untuk atasi masalah sosial

Sains tentang masyarakat dinamakan “sosiologi”

Page 11: Pemikiran sosial klasik

3) Mengesyorkan satu teori sains sosial umum atau a general theory of social science yang berkaitan dengan materialisme sejarah (historical materialisme), pengasas ialah Karl Marx (1818-1883)

Seorang ahli ilmuan dan aktivis politik, curigai sistem kapitalis

Kemuka sejarah materialisme – tentang sejarah dan perkembangan tamadun manusia yang bertentangan dengan apa yang dikemukakan oleh Auguste Comte

Page 12: Pemikiran sosial klasik

Falsafah mengenai:-

Semua fenomena sosial, e.g. kemiskinan dan penindasan dll, mempunyai asas kebendaan (material basis), begitu juga dengan satu bentuk sistem sosial dan ekonomi yang wujud pada masa itu iaitu sistem kapitalisme

Manusia punyai bakat, daya kreativiti dan keupayaan untuk ubah nasib mereka, akan tetapi untuk berbuat demikian, terlebih dahulu mereka mesti sedar (ada social consciousness) akan kelas mereka (iaitu kedudukan ekonomi mereka) dan membandingkan kedudukan mereka dengan kedudukan ekonomi golongan kapitalis yang lebih baik

Page 13: Pemikiran sosial klasik

Sistem kapitalis tidak mambantu manusia membangun potensinya, mencapai tahap kreativiti dan pemikiran yang tinggi

Sistem komunis ganti sistem kapitalisme

Sumbangan Marx kepada perkembangan sains sosial – kajian tentang manusia dan masyarakat harus ambil kira prasarana ekonomi (economic infrastructure) masyarakat berkenaan, kedudukan ekonomi (kelas) yang membeza-bezakan di antara ahli-ahli masyarakat, pengaruh faktor ekonomi (economic determinisme) terhadap bentuk-bentuk sosial (social forms) seperti keluarga, negara, pasaran, sistem agama, peri pentingnya peranan sejarah dalam perkembangan masyarakat kerana sifat manusia dan masyarakat adalah hasil proses sejarah