3
i)Menurut Zhukovskiy V. I. & Pivovarov D. V. (2008), ‘Pemikiran visual merupakan salah satu bentuk pemikiran yang tidak verbal (hasil bua kiran yang tidak mampu ditakrifkan dengan tepat melalui kata-kata) yang membolehkan sesorang individu melihat sesuatu yang berbentuk abstrak dan kemudiannya menjadi sua terjemahan yang bersifat ilmiah’. Pemikiran merupakan prosesmenyusun,mempergunakan maklumat dan pengetahuan menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Menurut pendapat E Bono (1976, pemikiran merupakan kemahiran yang !erkaitan dengan pemikir "anya mem!olehkan manusia melihat pel!agai perspekti# untuk menyelesaikan dalam sesuatu situasi tertentu. $ementara itu, menurut pandangan "slam, !er#ikir akal yang memerhatikan tenagasupaya otak manusia dapat !eker%a dan !eroperasi. &esimpulannya, de#inisi pemikiran ialah sesuatu proses menggunakan minda untuk m makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang tim!ul. Perma ini diselesaikan dengan pel!agai 'ara, mem!uat pertim!angan dan keputusan serta yang logikal dan munasa!ah terhadap proses yang dialami oleh seseorang. Pemikiran isualmerupakan satu 'orak pemikiran yang dirangsang melalui pemerhatian ke atas sesuatu isual. Murid)murid akan mem!uat apresiasi (ta#sira masing terhadap gam!aran yang di!erikan kepada mereka !erdasarkan apa y ketahui dan lalui. Pemikiran isual mem!enarkan pela%ar untuk meneroka maklumat mese% yang ingin disampaikan mengikut perspekti# pemikiran masing)masing. $emasa apresiasi, peranan guru sangat penting dalam men'orak pemikiran murid. proses pemikiran adalah untuk mem!ina pengetahuan dan pemahaman dan ia akti iti mental murid)murid. +ntuk men'ari keputusan yang rasional seseorang ind perlu !er#ikir menggunakan akal dan otak."a adalah akti iti mental yan proses penyelesaian masalah. "a !oleh%uga dita#sirkan se!agai ke!olehan otak dalam pel!agai kemahiran !er#ikir. &etika !er#ikir, otak !ertindak dengan usaha untuk memahami ransangan)rans luar yang diterima oleh deria. &emudian, otan menukar ransangan)ransangan yang d dalam !entuk konsep, mem!uat ta#siran dan !ertindak !alas !erdasarkan p pengalaman yang sedia ada dalam ingatan. *u%uan seseorang itu !er#ikir ransangan dengan mem!uat pertim!angan dan keputusan serta re#leksi yang rasional

Pemikiran Visual 1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pemikiran visual bahagian 1

Citation preview

i)Menurut Zhukovskiy V. I. & Pivovarov D. V. (2008),Pemikiran visual merupakan salah satu bentuk pemikiran yang tidak verbal (hasil buah fikiran yang tidak mampu ditakrifkan dengan tepat melalui kata-kata) yang membolehkan sesorang individu melihat sesuatu yang berbentuk abstrak dan kemudiannya menjadi suatu terjemahan yang bersifat ilmiah.

Pemikiran merupakan proses menyusun, mempergunakan maklumat dan pengetahuan menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Menurut pendapat Edward De Bono (1976), pemikiran merupakan kemahiran yang berkaitan dengan pemikiran lateral. Ianya membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu. Sementara itu, menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Kesimpulannya, definisi pemikiran ialah sesuatu proses menggunakan minda untuk mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang timbul. Permasalahan ini diselesaikan dengan pelbagai cara, membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal dan munasabah terhadap proses yang dialami oleh seseorang.Pemikiran visual merupakan satu corak pemikiran yang dirangsang melalui pemerhatian ke atas sesuatu visual. Murid-murid akan membuat apresiasi (tafsiran) masing-masing terhadap gambaran yang diberikan kepada mereka berdasarkan apa yang mereka ketahui dan lalui. Pemikiran visual membenarkan pelajar untuk meneroka maklumat atau mesej yang ingin disampaikan mengikut perspektif pemikiran masing-masing. Semasa proses apresiasi, peranan guru sangat penting dalam mencorak pemikiran murid. Tujuan utama proses pemikiran adalah untuk membina pengetahuan dan pemahaman dan ia melibatkan aktiviti mental murid-murid. Untuk mencari keputusan yang rasional seseorang individu itu perlu berfikir menggunakan akal dan otak.Ia adalah aktiviti mental yang penting dalam proses penyelesaian masalah. Ia boleh juga ditafsirkan sebagai kebolehan otak dalam pelbagai kemahiran berfikir. Ketika berfikir, otak bertindak dengan usaha untuk memahami ransangan-ransangan luar yang diterima oleh deria. Kemudian, otan menukar ransangan-ransangan yang diterima dalam bentuk konsep, membuat tafsiran dan bertindak balas berdasarkan pengalaman-pengalaman yang sedia ada dalam ingatan. Tujuan seseorang itu berfikir ialah mentafsir ransangan dengan membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang rasional terhadapnya atau menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Sebagai contoh, murid melakukan aktiviti menggambar dan bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran menjadi fokus kegiatan menggambar. Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Ini akan membolehkan murid menyelaras apa yang dilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan. Oleh itu, objektif utama proses pemikiran adalah untuk membina pengetahuan dan pemahaman dan ia melibatkan aktiviti mental murid-murid. Proses pemikiran dan uasaha oleh otak adalah untuk mencari keputusan rasional. Jadi aktiviti mental yang penting dalam proses penyelesaian masalah. Pemikiran juga boleh diertikan sebagai kebolehan otak dalam pelbagai kemahiran berfikir. Semasa berfikir, otak bertindak dengan uasaha untuk memahami ransangan-ransangan-ransangan luar yang diterima oleh deria. Selepas itu, otak menukar ransangan-ransangan luar yang diterima oleh deria. Selepas itu otak menukar ransangan-ransangan ini ke dalam bentuk konsep, membuat tafsiran dan bertindak balas berdasarkan pengalaman-pengalaman yang sedia ada dalam ingatan.Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru harus bijak dalam mengunakan cara pemikiran untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. Guru-guru harus berfikir secara kritis dan kreatif bagi mengembangkan bakat murid secara holistik ke tahap yang maksima merangkumi semua aspek dan membina potensi individu. Selain itu, persekitaran yang selesa dan kondusif juga akan membantu murid untuk menjana idea kritis, dan kreatif. Malah penggunaan pemikiran dan amalan refleksi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat mempertingkatkan kemahiran seseorang guru dalam menangani permasalahan murid dan penyelesaian sesuatu masalah dalam bidang pendidikan.(656 patah perkataan)

Rujukan Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. 2009. Siri pendidikan Guru (Murid dan Alam Belajar). Oxford Fajar Sdn Bhd. (m.s: 197-204).Ragbir Kaur Joginder Singh (PhD). 2012. Pedagogi (Panduan Ilmu Pendidikan untuk DPLI). Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Edisi pertama. (m.s:46 -80).http://muhammadfaizulidham.blogspot.com/2011/03/penyelesaian-masalah-melalui-pemikiran.html