7
PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN DISEDIAKAN OLEH: FARAHANAHIDAYU RAHIBIN MARNI NOOR HASLINA HASSAN PKU 3106 – PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

PENAKSIRAN PEMBELAJARAN

Embed Size (px)

DESCRIPTION

jh

Citation preview

Page 1: PENAKSIRAN PEMBELAJARAN

PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

DISEDIAKAN OLEH:FARAHANAHIDAYU RAHIBIN

MARNI NOOR HASLINA HASSAN

PKU 3106 – PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Page 2: PENAKSIRAN PEMBELAJARAN

Definisi Menurut Moktar Ismail, konsep pentaksiran ialah

langkah untuk menentukan sejauh mana seseorang mempunyai sifat tertentu yakni tahap keupayaan, status dan nilai.

Mengikut pakar dan penulis buku yang terkenal dalam bidang berkenaan iaitu David Payne dalam bukunya Applied Educational Assessment Edisi Kedua tahun 2003, pentaksiran ialah integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat.

Daripada pengertian pentaksiran di atas, beliau menyarankan: Pentaksiran = Penilaian + Pengukuran

Page 3: PENAKSIRAN PEMBELAJARAN

  Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat

dan seterusnya membuat keputusan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran ialah proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan, dan pencapaian pelajar secara menyeluruh berasaskan matlamat kurikulum. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998)

Pentaksiran sebagai pembelajaran menggalakkan seseorang guru menggunakan kebijaksanaan untuk menilai kefahaman pelajar dalam proses pembelajaran, dan seterusnya membuat perancangan untuk memperbaiki pelajar. Tujuan pentaksiran ini adalah untuk melihat sejauh mana objektif kursus telah tercapai, dan sejauh mana pengetahuan dan kemahiran telah diperoleh oleh pelajar pada akhir sesuatu program.

Page 4: PENAKSIRAN PEMBELAJARAN

Dalam konteks sekarang istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat penilaian. Popham (2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan penaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran.

Dalam konteks pendidikan juga pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000).

Page 5: PENAKSIRAN PEMBELAJARAN

Kesimpulan

Pentaksiran adalah satu proses yang berterusan dan dijadikan sebahagian daripada pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penggunaan bahan-bahan pentaksiran di mana pelbagai pihak terutamanya ibu bapa, guru, pakar perubatan dan pihak sekolah terlibat.

Ia melibatkan lima proses utama iaitu menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid.

Page 6: PENAKSIRAN PEMBELAJARAN

Proses Pelaksanaan Pentaksiran

Saringan Menentukan kelayakan

Intervensi + RPI

Mengukur kemajuan

Page 7: PENAKSIRAN PEMBELAJARAN

Sekian, terima kasih