penarafan pengubahsuaian makmal sains

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pengurusan makmal sainspengubahsuaian makmal sainspenarafan makmal sainspelan lantai makmal sains

Citation preview

Justifikasi Keperluan Makmal dan Bilik Sains

Kurikulum Sains memerlukan murid menjalani aktiviti hands-on menggunakan pendekatan inkuiri semasa proses pembelajaran. Pembelajaran melalui penerokaan dan menjalankan sendiri eksperimen dapat menguja perasaan ingin tahu dan seterusnya memberi kefahaman mendalam yang menjadi asas kepada prinsip Sains.

Pembelajaran sains perlu dijalankan di Makmal Sains atau Bilik Sains untuk:

Memastikan P&P mata pelajaran sains lebih efektif.

Mengembangkan kemahiran saintifik yang meliputi pemikiran secara saintifik, kemahiran menjalankan penyiasatan dan penyelidikan sains serta kemahiran manipulatif.

Membolehkan eksperimen dijalankan dengan aktif, di tempat yang lebih sesuai.

Memperkembangkan lagi semangat ingin tahu dan minat terhadap sains dan membentuk serta mengamalkan nilai-nilai sains dan nilai-nilai murni.

Memberikan ruang yang lebih kondusif dan sesuai bagi memperkenalkan mata pelajaran Sains pada setiap peringkat sekolah rendah.

Menggalakkan murid mengikuti pelajaran sains dengan lebih berkesan dan juga untuk menanam minat sains dalam kalangan murid.

Memudahkan capaian Internet (di makmal-makmal yang tersedia Internet).

Menggalakkan lebih ramai pelajar menceburi bidang sains, selari dengan sasaran KPM mencapai Dasar 60:40

Susun atur Makmal Sains

Reka bentuk makmal berbeza bergantung kepada beberapa faktor seperti fungsi, bahan dan peralatan, dan bilangan pengguna. Jenis reka bentuk dan pelan susun atur bergantung kepada kelulusan pelan dan jenis projek pembangunan (contohnya pelan Jabatan Kerja Raya, Project Management Consultant dan lain-lain).

Kedudukan Makmal disusun sesuai dengan kemudahan memberi bantuan kecemasan sekiranya berlaku kebakaran atau tumpahan bahan kimia mengkakis.

Keperluan Perabot dan Peralatan Asas

Setiap makmal sains perlu mempunyai keperluan asas perabot dan peralatan, seperti berikut:

1. Meja makmal

2. Bangku makmal

3. Komputer

4. Pencetak

5. Bakul sampah

6. Papan tulis

7. Skrin 8. Meja komputer

9. Pembesar suara

10. Rak peralatan sains

11. Almari cermin12. Kabinet

13. Penggantung carta

14. Pemadam api

15. Selimut api

16. Penggera kebakaran

17. Sinki

18. Bekas simpanan bahan rosak

19. Kebuk Wasap

20. Pancuran dan pencuci mata

21. Kipas pengudaraan

22. Kit Pertolongan Cemas 23. Papan notis

24. Peti sejuk

Papan tulis

skrin

Meja makmal

Bangku malmal

Komputer & pencetak

Bakul sampah

Meja komputer

rak peralatan sains

almari

kabinet

peti sejuk

Kipas pengudaraan

Pancuran dan pencuci mata

Kebuk wasap

Bilik persediaan

Papan notis

Meja guru

sinki

Pemadam api

Penggera kebakaran

Meja makmal