Pencemaran aLAM

Embed Size (px)

DESCRIPTION

-AIR-UDARA-BUNYI

Citation preview

RANCANGAN PELAJARAN HARIANPENCEMARAN ALAM SEKITAR PENGENALANPencemaranmerupakan kemasukan bahan pencemar seperti bahankimia, hingar,haba,cahayadantenagake dalamalam sekitaryang mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga membahayakankesihatanmanusia, mengancam sumber alam danekosistem, serta mengganggu ameniti dan kenggunaan halal alam sekitar.[1]Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras sinaran mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan. PENCEMARAN AIR Apakah maksub pencemaran air ?Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan , keadaan dan warna pada air. Perubahan ini memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan. Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi, kimia, dan fizik. Pencemaran ini berlaku di kawasan yang berair. Berikut ialah soalan-soalan yang telah diajukan kepada Pegawai di Jabatan Alam Sekitar daerah Batu Pahat tentang pencemaran:-Mengapakah berlakunya pencemaran air?1.Sisa kilang seperti sisa toksid yang dibuang ke dalam sungai.2.Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis .3.Penerokaan yang menyebabkan hakisan tanah berlaku. Tanah yang runtuh akan masuk ke dalam sungai dan menjadi mendakan. Mendapan boleh mencetekkan paras air sungai dan menyebabkan banjir berlaku.Apakah kesan-kesan akibat dari pencemaran air?1.Parasit seperti parasit Entomoeba Histolytica yang hidup di dalam air boleh menyebabkan penyakit amebiasis usus dan abses heper.2.Parasit seperti parasit Ascaris Lumbricoides dan Trichuriz pula berbahaya kerana sering menyerang kulit manusia.3.Pencemaran ini juga memberi kesan kepada hidupan air seperti kematian ikan di sungai atau di laut. 4.Boleh menyebabkan penyakit kolera dan demam tifoid yang kerap menyerang manusia. Bakteria seperti vibrio choterae , salmonella typhi adalah antara bakteria yang hidup aktif di dalam air.5.Virus seperti Coxsalcia, virus hepatitis A Reoviors dan Poliovims turut membiak di dalam air , biasanya air masin. Virus ini juga a membiak di dalam hidupan laut seperti ketam, kerang atau siput . Apabila hidupan laut ini dimakan oleh manusia ia boleh menyebabkan jangkitan penyakit berlaku.Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah pencemaran air?1.Menanam rumput penutup bumi. 2.Mengelakkan daripada membersihkan tanah di cerun curam.3.Penggunaan helaian plastik untuk mengelakkan hakisan. 4.Meningkatkan larangan membuang sampah di luar kawasan yang dibenarkan.5.Meningkatkan keberkesanan sistem pengumpulan dan pelupusan sampah.6.Mengekalkan pokok dan tumbuhan semula jadi bagi mengelakkan hakisan tebing.PENCEMARAN UDARAApakah definisi pencemaran udara ?Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai kesan kewujudan gas , cecair atau zarah dalam udara menyebabkan berlakunya perubahan kehidupan atau benda - benda lain manusia dan hidupan yang lain. Pencemaran udara boleh mendatangkan kesan buruk terhadap manusia. Salah satu contoh ialah pembakaran terbuka.Apakah yang dimaksubkan sebagai pembakaran terbuka?Pembakaran terbuka bermaksud sebarang bentuk pembakaran yang menyebabkan hasil pembakaran dialirkan keluar ke udara bebas. Mengapakah terjadinya pencemaran udara?1.Proses pembakaran enjin yang tidak lengkap akan mengeluarkan bahan pencemar seperti karbon monoksida, plumbum, nitrogen oksida dan hidrokarbon 2.Asap kilang seperti kilang asbestos, kilang membuat bateri kenderaan dan kilang simen yang mengeluarkan bahan pencemar .3.Pembakaran sampah 4.Asap-asap rokok mempunyai gas karbon monoksida dan tar tembakau.5.Kegiatan kuari. 6.Pertambahan bilangan kenderaan bermotor seperti kereta, lori, motosikal dan sebagainya . Apakah kesan daripada pencemaran udara?1.Kesan mendalam ke atas manusia terutama orang tua dan kanak-kanak.2.Karbon dioksida boleh membawa kepada penyakit kronik.3.Sulfur dioksida boleh menyebabkan iritasi peparu.4.Boleh menyebabkan penyakit seperti sakit tekak dan sakit mata.5.Harta benda boleh berkarat jika terdedah kepada udara tercemar.6.Tumbuhan tidak dapat membuat fotosintesis.7.Bagaimanakah cara mengatasi masalah pencemaran udara?Kitar semula bahan buangan seperti plastik , kaca dan sebagainya .Menanam semula pokok dan membalak secara terkawal.Menyediakan kemudahan sanitasi persekitaran.Menggunakan bahan api tanpa plumbum.Mengawal aktiviti perindustrian dan pembakaran. Mendendah aktiviti pembakaran terbuka.Tingkatkan penguatkuasaan Peraturan Kualiti Alam Sekeliling Udara Bersih 1978. PENCEMARAN BUNYIDEFINISI PENCEMARAN BUNYIPencamaran bunyi bermaksud bunyi bising yang keterlaluan yang boleh memekakkan telinga sesiapa yang mendengarnya.Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 desibel (dB). Pencemaran berlaku daripada perbuatan manusia dari asalnya ,seperti menjerit, dan bunyi kenderaan.tetapi ada juga pencemaran bunyi semulajadi seperti bunyi guruh.KLASIFIKASI PENCEMARAN BUNYIPencemaran bunyi mempunya empat kelas berbeza,ia dikelaskan mengikut tahap kebisinggan atau kekuatan bunyi yang diterima oleh orang ramai,tempat dimana kita berada juga bekait dengan kelas-kelas pencemaran ini contohnya sekiranya kita tinggal di kampong,risiko pencemaran bunyi adalah rendah berbanding kita tinggal di Bandar kerana di kampong kurang bunyi kenderaan.Berikut adalah Empat kelas atau jenis pencemaran bunyi1.Kebisingan selenjarIni adalah kebisingan yang selar dan kurang daripada 3 desibel (dB). Ini berlaku apabila seseorang sedang berbisik kerana gelombang bunyi bergetar dengan lebih perlahan.2.Kebisingan fluktasiKebisingan fluktasi pula adalah kebisingan yang terlatak antara puncak gelombang yang tinggi dan rendah. Pada tahap ini getaran gelombang bunyi akan bergetar dengan lebih cepat daripada kebisingan selenjar. Getaran gelombang adalah sekitar 3 dB sahaja. Contoh : bunyi enjin kenderaan, orang sedang bercakap.3.Hentakan impulsIni merupakan bunyi yang lebih intensiti dalam tempoh yang lebih singkat. Contoh : tembakan, ketukan atau lagaan daripada benda yang keras. Pada kebiasaannya, tahap ini getaran gelombang akan memuncak dan menurun dengan cepat. Pada tahap ini intensiti bunyi adalah melebihi 80 dB kemudian gelombang bunyi akan menurun. Akan tetapi intensiti masih menunjukkan tahap yang tinggi keran bunyi yang kuat akan memberi kesan yang lama terhadap getaran.4.Kebisingan selang-seliKebisingan ini berlaku secara berselang-seli. Ianya dihasilkan apabila bunyi bising menjadi perlahan dan kuat dalam jangka masa yang pendek. Contoh : Ketika seseorang sedang menggergaji kayu, getaran akan berlaku ketika gergaji itu bergerak dan getaran tidak akan berlaku apabila gergaji kayu dihentikan. Semasa gergaji sedang ditarik intensitinya akan meninggi pada kadar tertentu dan menurun apabila gergaji tidak disorongkan.Punca-punca Pencemaran bunyiPencemaran bunyi berpunca daripada dua sumber utama. pertama daripada sumber semulajadi seperti bunyi guruh, bunyi air terjun mengalir dan bunyi haiwan.Tetapi,kebanyakan bunyi semulajadi yang dihasilkan,banyak memberi kebaikan kepada pendengar berbanding keburukan,contohnya bunyi cengkerik,bunyi ombak membadai dan bunyi air terjun menghempas, kerana bunyi ini,walaupun kadang-kadang agak kuat,tetapi dapat menenangkan jiwa dan mental seseorang. Lain pula ceritanya bagi bunyi yang dibuat oleh manusia,berikut adalah beberapa contoh pencemaran bunyi yang dihasilkan oleh kegiatan manusia yang sememangnya tidak digemari oleh majoriti masyarakat.1.Bunyi kenderaan dan jetBunyi jet sememangya agak kuat,apa yang kita sedia maklum,jet memerlukan enjin yang amat berkuasa tinggi untuk terbang dan menjalankan operasinya.Selain itu,sesetengah kereta dan motor yang ada di jalan raya, diubah suai oleh pemiliknya untuk menjadikan bunyinya amat kuat,ini adalah punca utama kebisingan di jalanraya selain daripada bunyi hon dan enjin kereta itu sendiri.2.Bunyi dari kawasan binaan dan kuariBagi kawasan-kawasan yang membangun,bunyi bising dari aktiviti-aktiviti pembinaan jelas terasa,ini dapat dirasa apabila mereka menggunakan jentera yang besar untuk menyiapkan sesebuah binaan.Bagi yang tinggal di kawasan kuari pula,bunyi yang agak kuat sudah biasa didengari oleh orang tempatan kerana kuari menggunakan bahan letupan untuk memecahkan bongkah batu yang besar.3.Tabiat masyarakatSebenarnya,punca utama masalah pencemaran bunyi berlaku adalah sikap masyarakat sendiri,masyarakat sering pentingkan diri sendiri daripada menjaga kedamaian masyarakat. Sesetengah orang suka membuka radio, tv dan alat hiburan yang lain dengan sangat kuat sehingga mengganggu orang lain. Ada pula yang bercakap dengan nada yang agak tinggi. Walaupun perkara ini agak remeh,tetapi sebenarnya perkara ini adalah punca utama yang menghasilkan pencemaran bunyi tersebut.KESAN PENCEMARAN BUNYI1.Kesan ke atas pendengarKesan ke atas pendengar ialah pendengar akan mengalami masalah pendengaran apabila organ telinga menerima kesan daripada bunyi yang kuat. Selain daripada itu ,pendengar mudah merasa letih apabila berhadapan dengan masalah pencemaran bunyi yang agak lama.Tidur bagi seseorang akan terganggu akibat daripada pencemaran bunyi ,ini kerana manusia memerlukan tidur yang secukupnya untuk menjamin kesihatan yang baik.2.Kesan terhadap persekitaranPersekitaran yang agak bising boleh mendatangkan satu perasaan yang tidak selesa. oleh kerana itu sebahagian orang yang mempunyai usia yang agak lanjut, mereka tidak lagi gemar tinggal di ibu kota yang sangat sibuk kerana di ibu kota, persekitaran amat bising berbanding dengan kampung yang agak tenang.Persekitaran yang bising boleh mengacau mental seseorang daripada berfikiran tenang.Persekitaran yang bising juga menganggu komunikasi antara satu sama lain.Orang ramai perlu bercakap dengan agak kuat untuk didengari oleh satu pihak yang lain.3.Kesan kepada kanak-kanakSebagaimana yang kita tahu,kanak-kanak mempunyai organ yang agak nipis dan lembut teruma sekali organ telinga,gegendang telinga kanak-kanak umpana belon yang sangat nipis.Sekiranya mereka menerima bunyi yang agak kuat,gegendang telinga mereka mudah pecah.Dengan erti kata lain,kanak- kanak memerlukan persekitaran yang baik untuk membesar dengan sempurna.Definisi pencemaran bunyiPencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga. Tahap kebisingan biasanya melebihi 80 dB(A), mengikut situasi serta keinginan masing-masing. Berikan contoh-contoh pencemaran bunyi?kebisingan selang-selikebisingan selenjarkebisingan fluktuasibunyi lantunan. Apakah punca pencemaran bunyi?1.Bunyi kenderaan bermotor. 2.Industri-industri daripada penggunaan jentera , kenderaan dan sebagainya.3.Kuari iaitu bunyi pemecahan batu, enjin gerudi dan pemunggahan batu keluli.4.Pembinaan bangunan.5.Aktiviti komuniti.Apakah akibat pencemaran bunyi?1.Kesan kepada perubahan fisikologi jika manusia terdedah pada bunyi yang amat bising.2.Mendatangkan penyakit seperti tekanan darah tinggi, bertambahnya denyutan jantung, pernafasan, berlakunya kontraksi otot, meningkatkan aras glukosa darah dan kerap berpeluh.3.Bunyi bising yang melebihi 55 dB (A) memberi kesan psikologi seperti mudah marah, risau, tidak tentu hala dan tidak mempunyai konsentrasi dalam tugas.4.Kesan terhadap sistem pendengaran manusia seperti menghidap trauma akustik, hilang pendengaran sementara atau hilang pendengaran.5.Menyebabkan kelahiran tidak cukup bulan.Apakah cadangan mengatasi masalah pencemaran bunyi?1.Memastikan perancangan dan pelaksanaan pembangunan zon-zon penampan di antara kawasan perindustrian dan petempatan.2.Mengadakan benteng bunyi yang sesuai di sekeliling tapak pembinaan Beri panduan kepada kanak-kanak tentang kesan bunyi bising.3.Mengurangkan aktiviti yang menyebabkan kebisingan.4.Pembinaan bangunan seperti rumah dan kedai dijalankan pada waktu siang sahaja. 5.meningkatkan penguasaan undang-undang kualiti alam sekitar ( Akta Bunyi Bising Daripada Kenderaan Bermotor 1987 ) dan undang-undang bagi kilang dan mesin ( Akta Pendedahan Bunyi Bising 1984 ) KESAN-KESAN AKTIVITI MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITARKesan-kesan Aktiviti Manusia Terhadap Alam SekitarPertanianPembangunan sektor pertanian melalui penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas.Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan sertahidupan liar,penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah,kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia.Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir berlaku di kawasan tanah rendah. Pembangunan pertanian menyokong US$30 bilion nilai jualan racun makhluk perosak setiap tahun diseluruh dunia. Kira-kira 40% daripada jumlah ini dibelanjakan di negara membangun untuk sebatian toksik seperti orgonofosfat dan organoklorin.Selain menimbulkan masalah pencemaran air akibat penggunaan secara intensif ini, rakyat Malaysia yang menggunakan penyembor serta operator mesin penyembur racun makhluk perosak akan menghadapi risiko akibat pendedahan terutamanya melalui kulit, apabila menggunakan peralatan yang tidak sempurna untuk mencampurkan atau menyembur racun makhluk perosak.PembalakanKesan-kesan pembalakan ialah akan menyebabkan kemusnahan habitat semula jadi bagi flora dan fauna. Umum mengetahui bahawa hutan merupakan habitat semula jadi bagi pelbagai jenis tumbuhan dan spesies hidupan liar yang semakin pupus. Kemusnahan hutan akan menyebabkan kemusnahan tempat tinggal bagi tumbuhan dan hidupan liar tersebut. Sebagai contohnya,banyak kawasan hutan yang dimusnahkan kerana pembangunan atau aktiviti pembalakan secara haram. Tanpa tempat tinggal yang selamat,haiwan-haiwan ini akan mati dan seterusnya pupus. Selain itu,hutan kaya dengan tumbuhan-tumbuhan yang menjadi sumber ubat at au penawar bagi pelbagai penyakit. Kemusnahan hutan bererti kehilangan bahan-bahan yang berharga lnl.Seterusnya,kekurangan hutan akan menyebabkan suhu dunia akan meningkat.Hal ini demikian kerana hutan berperanan untuk menyerap gas karbon dioksida dan membekalkan gas oksigen kepada hidupan di muka bumi. ]ika hutan ditebang dengan sewenang- wenangnya,maka peluang untuk menambah isi padu gas oksigen dalam udara akan berkurangan. Peratus gas karbon dioksida pula dalam udara akan terus meningkat. Hal ini akan menyebabkan berlakunya peningkatan suhu dunia. Apabila situasi ini berlaku,jumlah isi padu lautan juga akan bertambah sebagai akibat pencairan ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan. Sebagai contohnya,fenomena pemanasan global berpunca daripada aktiviti penebangan atau pengurangan kawasan hutan yang leluasa di dunia. Sebagai akibat fenomena inikesan rumah hijau turut berlaku.Selain itu,hutan-hutan yang diterokai menyebabkan tanah yang dilindungi terdedah kepada pelbagai bencana alam.Hal ini berpunca daripada hutan tidak lagi dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Apabila hujan lebat melanda sesuatu kawasan,air yang turun tersebut terus menghakis permukaan bumi yang gondol tersebut lalu membawa hakisan tanah-tanah ini ke dalam sungai. Kejadian ini dapat kita lihat,misalnya pada kejadian tanah runtuh. Kejadian ini berlaku kerana ketiadaan akar tumbuhan yang meneengkam tanah,terutamanya tebing atau tanah tinggi. Sungai pula akan menjadi semakin cetek sebagai akibat pemendakan tanah lumpur di dasarnya. Keadaan ini akan menyebabkan banjir kilat lebih mudah melanda.PerindustrianSektorperindustrian amat berkembang di Malaysia.Pelbagai jenis kilang telah menghasilkan bahan buangan ke dalam sungai,terdapat kebimbangan berkaitan dengan kesan alam sekitar daripada sektorini. Di antaranya ialah pencemaran sumber air di kawasan tapak perkilangan.Pihak kilang akan biarkan sisa kumbahan serta bahan toksid yang beracun mengalir ke dalam sungai yang berdekatan.Tindakan kilang tersebut secara langsung telah menyebabkan kehidupan sungai seperti ikan,udang mati.Selain itu,pihak kilang turut akan melepaskan asap-asap yang hitam dan kotor ke udara atmosfera.Proses menghasilkan barang dari kilang secara besar-besaran akan menghasilkan asap hitam.Asap hitam tersebut yang mengandungi pelbagai CFC serta karbon diosida boleh menjejaskan kesihatan manusia seperti mengakibatkan penyakit paru-paru jika seseorang itu dihisap.PerikananKesan menjalankan aktiviti perikanan pertamanya ialah kepupusan fauna dan flora lautan. Kegiatan akuakultur telah menyebabkan kepupusan kawasan paya bakau di tepi pantai. Contohnya, hutan paya bakau muara Sungai Pulai, Johor ditebang untuk penternakan udang galah. Penangkapan ikan secara berlebihan dengan penggunaan pukat tunda adalah ancaman terbesar terhadap habitat atau pertumbuhan terumbu karang. Ianya telah menyebabkan kira-kira64%terumbu karang berada dalam keadaan terancam.Selain itu, pencemaran laut sering berlaku kesan tumpahan minyak daripada bot nelayan. Hal ini menyebabkan pembiakan ikan tidak aktif dan akhirnya bilangan ikan akan semakin berkurangan. Pembuangan sisa-sisa dari kawasan petempatan ikan seperti Kampung Air, Sabah mencemarkan air laut.Seterusnya, di kawasan perkampungan nelayan seperti Nenasi dan Beserah yang menjalankan industri kecil dan sederhana seperti belacan, cencaluk, ikan kering dan udang kering telah menyebabkan pencemaran bau busuk dikawasan sekitar.Penangkapan ikan secara besar-besaran akan menyebabkan terumbu karang menjadi pupus. Tanpa ikan dan haiwan vertebrata laut, populasi karang akan digantikan oleh populasi alga. Alga mencegah penempelan dan pertumbuhan larva polip karang pada substrat. Penangkapan ikan secara berlebihan yang tersebar luas di Asia Tenggara, dianggarkan mengancam terumbu karang di kawasan tersebut. Penangkapan ikan dengan menggunakan racun akan melepaskan racun sianida ke kawasan terumbu karang. Ia kemudian membunuh atau membius ikan. Karang yang diancam oleh sianida berulang kali akan mengalami pemutihan dan kematian.Langkah mengurangkan kesankegiatanmanusia terhadap alamsekitar.- Langkah pemuliharaan danpemeliharaanPemeliharaan:Usaha untuk melindungi, merancang dan mengurus sumber semula jadi supaya kekal berterusan. Pemuliharaan:Usaha untuk memulihkan sumber yang telah diganggu supaya kembali pada keadaan asal.- Antara usaha yang diambil untuk mengekalkan keseimbangan alam sekitar adalah seperti berikut.Penghutan SemulaSpesies pokok cepat tumbuh dan bermutu seperti akasia, batai,sesenduk ditanam di Bukit Tinggi, Pahang.Ladang Hutan Jati di Kedah dan PerlisMewartakan hutan simpan dan tanam negaraMelindungi flora dan faunaAktiviti pembalakan dan pemburu tidakdibenarkan di kawasan iniContohnya Hutan Simpan Endau - Rompin, Taman Neagara NiahPenanaman BerteresDijalankan di kawasan cerun bukitBertujuan mengurangkan hakisan tanihTanam tutup bumiKekacangan dan rumput ditanam di lereng - lereng bukit yang diteresMembantu mengekalkan kebusuran tanihPenggunaan baja organikMenggantikan baja kimiaMengurangkan pencemaran air dan alam sekiarmenggunakan guano (tahi burung dan tahi kelawar ) sebagai bajaKaedah biologiMengawal makluk perosak menggunakan ular dan burung hantuDi ladang kelapa sawit ,ular dugunakan untuk menangkap tikus yang sering merosakkan buah kelapa sawitPenyadiaan sistem saliranPembinaan longkang konkrit di cerun bukitKaedah pengurusan cerunKawasan cerun curam dilandaikanMenanam rumput di cerunMembina dinding penahan hakisan