Upload
ladlady
View
1.575
Download
6
Embed Size (px)
Citation preview
1.0 Pengenalan
Mengikut pandangan ahli psikologi humanis, fitrah manusia pada dasarnya adalah
mulia dan baik. Setiap individu akan berkembang secara semulajadi sekiranya
persekitaran mereka adalah sesuai. Kajian ahli psikologi humanis menyatakan bahawa
pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaan masing-masing. Selain
itu, pendekatan humanis terhadap pendidikan menekankan keunikan setiap individu
dengan menyatakan pandangan, pengalaman dan pendekatan terhadap pembelajaran
setiap individu adalah berbeza. Secara keseluruhannya, pendekatan humanis
memperkatakan mengenai pendekatan berpusatkan pelajar.
2.0 Prinsip-prinsip pendekatan humanis
2.1 Menurut Choong Lean Keow, Carl Rogers menyatakan bahawa beliau percaya
bahawa setiap individu mempunyai keinginan semulajadi untuk belajar. Dengan kata
lain setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai
kesempurnaan dirinya.Mereka masing-masing mempunyai keinginan yang akan
mendorong mereka ke arah mencapai kesempurnaan dan kecemerlangan diri. Oleh
itu, pengalaman yang dialami dan ilmu pengetahuan yang diperolehi daripada
persekitaran mereka akan membolehkan individu masing-masing membentuk konsep
kendiri, sama ada positif ataupun negatif adalah bergantung kepada ciri unsur
pengaruh persekitaran tersebut.
1
Contohnya:
Kanak-kanak yang tinggal di kawasan setinggan adalah lebih cenderung ke
arah perbuatan yang agresif dan negatif kerana pengaruh persekitaran yang
banyak menonjolkan masalah keluarga dan sosial.
2.2 Selain itu, beliau telah mengkategorikan pembelajaran kepada dua jenis iaitu:
Pembelajaran kognitif yang tidak berguna
ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh individu tidak digunakan dan diaplikasikan
dalam kehidupan seharian.
Pembelajaran eksperiential
ilmu pengetahuan yang diperolehi dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
2.3 Rogers juga menyatakan bahawa pembelajaran yang bersifat signifikan
hanya akan berlaku sekiranya kandungan matapelajaran adalah sesuai dan dapat
menarik minat peribadi murid untuk mempelajarinya. Oleh itu, pembelajaran yang
menarik minat mereka akan lebih mudah diterima apabila ancaman luaran berada pada
tahap minimum. Maka pembelajaran yang berlaku adalah atas usaha murid itu sendiri
adalah lebih kekal dan bermakna.
2
Contoh situasi mengikut pandangan Carl Rogers:
Karim murid tahun enam yang tidak mendapat kasih sayang dari ibu
bapanya dan sentiasa dinafikan haknya dari adik beradiknya yang lain telah
menyebabkan ia suka menyendiri dan tidak yakin pada dirinya sendiri sehingga
menjejaskan pelajarannya.
2.4 Menurut Mok Soon Sang pula, Abraham Harold Maslow telah
mengemukakan Hirarki Keperluan Maslow. Beliau berpendapat bahawa seseorang
individu akan memenuhi keperluan asas terlebih dahulu sebelum memenuhi keperluan
sekunder. Mengikut Maslow, kehendak manusia terbahagi lima mengikut keutamaan
iaitu keperluan asas fisiologi, keselamatan, penghargaan dan kasih sayang,
penghormatan kendiri seterusnya keperluan sempurna kendiri.
2.5 Maslow berpendapat motivasi dalaman akan mendorong manusia
berusaha mengejar pencapaian cemerlang yang biasanya berlaku secara spontan
tanpa kawalan atau ransangan luar. Apabila individu telah mendapat kepuasan dalam
sesuatu hirarki, keprluan hirarki yang lebih tinggi akan berlaku secara semulajadi.
Namun begitu, jika hirarki yang lebih rendah masih belum mendapat kepuasan,
keperluan dalam hirarki yang lebih tinggi tidak dapt dikemdangkan dengan sewajarnya.
Terdapat ramai individu sehingga akhir hayat mereka pun tidak dapat berkembang
sehingga hirarki tertinggi.
3
Rajah 1: Hirarki Keperluan Maslow
2.6 Mengikut pandangan ahli humanis, individu yang berada pada aras hirarki
yang paling rendah akan mencari maklumat dan kaedah berbentuk menangani.
Contohnya, bagaimanakah untuk menangani masalah kewangan? Setiap individu yang
berada pada setiap aras hirarki akan berusaha memenuhi keperluan dan menutupi
segala kekurangan yang wujud. Akhirnya pada peringkat penyempurnaan kendiri,
individu akan berusaha mencari ilmu yang dapat memupuk keimanan dan sikap ( nilai
murni) yang dapat menyempurnakan diri mereka ke arah positif.
4
Pe
nyempurnaan Kendiri
Harga Diri
Kasih Sayang
Keselamatan
Fisiologi
3.0 Kepentingan Dan Pendekatan Humanis Dalam Amalan Bilik Darjah
3.1 Menurut Choong Lean Keow, sebagai seorang guru, kita haruslah
menyedari bahawa setiap murid kita mempunyai keperluan asas yang perlu dipenuhi
terlebih dahulu. Hal ini adalah amat penting sekali kerana sekiranya keperluan asas
seseorang tidak dipenuhi, maka adalah mustahil untuk murid-murid menerima
pembelajaran yang diajar oleh guru. Sebagai contoh, untuk mengatasi masalah seperti
kemiskinan maka wujudlah inisiatif seperti Program Susu Tambahan, Rancangan
Makanan Tambahan dan bantuan untuk murid-murid kurang kemampuan.
3.2 Selain itu, sebagai guru kita haruslah prihatin dengan perkembangan
murid-murid kita . Kita perlu memastikan keperluan dan kebajikan murid-murid kita
terpelihara dan sentiasa dipenuhi. Kesannya, murid-murid akan lebih bersemangat dan
berminat untuk belajar dan mencapai kejayaan yang diinginkan.
3.3 Sebagai langkah untuk menarik minat murid dan meransang mereka
untuk belajar, guru haruslah kreatif dalam menyediakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Pemilihan bahan bantu mengajar yang sesuai dan memudahkan
pembelajaran murid adalah amat penting dalam membantu meransang minat mereka.
Tugasan yang diberikan pula haruslah sesuai dengan keupayaan mereka untuk
mengelakkan murid menjadi tertekan dan bosan untuk belajar.
5
3.4 Bagi lebih memperlihatkan pendekatan humanis ini dalam bilik darjah, guru
hendaklah meransang dan memenuhi keperluan asas mereka terlebih dahulu seperti
yang dinyatakan oleh Maslow dalam buku Choong Lean Keow (2008). Hal ini supaya
guru dapat meminimumkan ancaman luaran dalam pembelajaran terhadap murid-
murid seperti yang dikaitkan dalam Teori Pembelajaran Eksperiential Rogers (1970)
yang menyatakan bahawa ancaman luaran yang minimum menyebabkan murid
menjadi lebih pantas dalam menerima pembelajaran. Rajah A. menunjukan bagaimana
hubung kait antara keperluan asas murid dengan ancaman luaran dalam pembelajaran
dan implikasinya.
6
Keperluan asas dipenuhi
Ancaman Minimum
Penerimaan pembelajaran meningkat
Rajah 2
4.0 Pembelajaran Yang Berkesan Di Dalam Kelas
4.1 Menurut Norlie (2008) pula, untuk mewujudkan pembelajaran yang berkesan di
dalam kelas, terdapat 3 aspek yang dititikberatkan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran. 3 aspek tersebut adalah :
7
Jadual 1
4.1.1 Psikososial
Dalam aspek psikososial terdapat empat elemen iaitu :
I. Nada suara
II. Budi bahasa
III. Suasana yang kondusif
IV. Tingkah laku yang diterima
4.1.1.1 Nada suara yang berkesan.
Bagi seorang guru, nada suara merupakan peranan yang penting semasa semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Nada suara yang berkesan biasanya
adalah tegas tetapi tidak semestinya nyaring. Guru tidak seharusnya menggunakan
suara yang perlahan atau berbentuk bisikan agar murid-murid mendapat maklumat
yang disampaikan dengan tepat.
8
Pembelajaran Berkesan
Psikososial Fizikal Komuniti Pembelajaran
4.1.1.2 Saling berbudi bahasa.
Guru merupakan “role model” kepada murid-murid kerana murid-murid sering mengikut
tingkah laku yang ditunjukkan oleh seorang guru. Oleh itu, guru seharusnya
menggunakan bahasa yang sopan seperti “terima kasih”, “Alhamdulillah” dan
sebagainya. Guru juga dilarang sama sekali menggunakan sindiran semasa
berkomunikasi dengan murid-murid. Secara tidak langsung nilai-nilai muri seperti saling
menghormati diantara guru dan murid-murid dapat dipupuk. Selain itu, objektif sekolah
yang merupakan sebuah tempat untuk murid-murid belajar berbudi bahasa dan
bertingkah laku sopan santun dapat dicapai.
4.1.1.3 Tingkah laku yang diterima.
Setiap perbuatan dan perkataan yang dilakukan oleh guru amatlah mempengaruhi
persekitaran psikososial bilik darjah. Perbuatan dan pertuturan guru kebiasaannya akan
ditiru oleh murid-murid. Justeru, perlakuan seperti buli membuli serta usik mengusik
tidak seharusnya berlaku semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini untuk
memastikan bahawa bilik darjah selamat serta selesa untuk memudahkan murid-murid
menerima pembelajaran yang disampaikan oleh guru.
4.1.1.4 Suasana yang kondusif.
Suasana-suasana yang wujud di dalam kelas seperti perbuatan, bunyi, bau dan
perasaan kebiasaannya akan mempengaruhi tingkah laku murid secara tidak langsung.
Oleh itu, guru seharusnya memberi perhatian yang serius terhadap susunan fizikal
9
kelas untuk mewujudkan suasana yang kondusif di kalangan murid-murid.
Kebiasaannya murid-murid akan berasa seronok dan lebih selesa untuk belajar apabila:
Kelasnya dilengkapi kerusi dan meja yang kukuh,
Papan kenyataan yang penuh dengan maklumat pengajaran yang berfaedah
Langsir yang bewarna
Dinding yang dicat dengan warna yang menarik.
Oleh sebab itu, penerimaan maklumat terhadap sesi pengajaran yang disampaikan
lebih berkesan.
4.1.2 Fizikal
4.1.2.1 Terdapat beberapa cara-cara penyusunan bilik darjah yang berkesan
berdasarkan keadaan yang ingin digunakan oleh guru tersebut. Kebiasaannya susunan
fizikal bilik darjah dapat mempengaruhi faktor psikososial murid-murid. Ia juga
mencerminkan gaya pengajaran seseorang guru.
Contoh yang kita dapat lihat adalah seperti:
meja disusun berbentuk bulatan atau berbentuk-U -bertujuan untuk
perbincangan kelas.
bulatan mengelilingi sebuah meja atau beberapa kluster meja- kolaborasi dalam
kumpulan kecil.
10
4.1.2.2 Guru juga harus ingat bahawa sesebuah bilik darjah bukan sahaja terdiri
daripada kerusi dan meja, guru juga hendaklah memberi perhatian kepada beberapa
aksesori yang memberi “sentuhan peribadi”. Aksesori tersebut adalah seperti :
Pokok-pokok di dalam pasu
Sudut-sudut pembelajaran
Papan kenyataan
Poster
Kata-kata hikmah
4.1.2.3 Menurut Choong Lean Keow, persekitaran fizikal yang kondusif adalah
penting kerana mengikut pendapat ahli-ahli teori ianya diibaratkan sebagai “guru
kedua”. Ini kerana apabila hasil karya murid dipamerkan dan ruang bilik darjah dapat
dimaksimumkan penggunaannya untuk dilakukan pelbagai aktiviti kumpulan. Hal ini
akan menyebabkan murid terdorong untuk memberi perhatian terhadap pengajaran
dan pembelajaran, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan dan
sebagainya. Ini dapat mengurangkan berlakunya tingkahlaku bermasalah dalam
kalangan murid-murid seterusnya meningkatkan pembelajaran di kalangan murid-murid.
4.1.3 Komuniti Pembelajaran
4.1.3.1 Menurut Mok Soon Sang, komuniti pembelajaran merupakan sekumpulan
manusia yang belajar bersama-sama dalam satu persekitaran yang selamat lagi
menggalakkan dengan adanya dialog, maklum balas, refleksi, dan penurunan kuasa.
11
Komuniti pembelajaran mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
Kolaborasi sesama murid melalui pembelajaran koperatif
Penglibatan murid-murid dalam pengalaman berkolaborasi bersama rakan
sebaya.
Sumber jaringan sokongan akademik dan sosial.
Fokus kepada pembinaan pengetahuan dan hasil pembelajaran.
4.1.3.2 Komuniti pembelajaran yang beroperasi di dalam bilik darjah berpegang
kepada prinsip-prinsip yang berikut:
Tanggungjawab ke atas pengetahuan dan kawalan terhadap ilmu yang akan
diperoleh dikongsi bersama.
Pembelajaran yang menitikberatkan pemahaman.
Kolaborasi antara murid-murid dengan guru bagi menyelesaikan masalah.
Guru menggunakan insentif ekstrinsik bagi mendorong mereka melakukan
sesuatu atas matlamat peribadi.
Perbezaan antara individu tidak dilihat sebagai satu masalah. Setiap pelajar
dialu -alukan memberi sumbangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Murid-murid belajar sesama mereka dalam suasana pembelajaran yang
kondusif.
4.1.3.3 Oleh itu, berdasarkan prinsip-prinsip yang di atas, terdapat beberapa
pendekatan yang sesuai digunakan oleh guru:
12
Berorientasikan teori pembelajaran konstruktivis. Contohnya murid-murid diberi
peluang untuk membina makna dengan persekitaran di mana mereka berada.
Berpaksikan pembelajaran berkolaboratif dan aktif dalam bilik darjah.
Berfokuskan kepada pembelajaran sebagai satu proses di mana hubungan
antara interpersonal dititikberatkan.
Bertumpu kepada rangkaian pendidikan antara sekolah dan komuniti.
Secara kesimpulannya, kedua-dua pihak iaitu pihak sekolah dan seluruh warga sekolah
akan berusaha dengan bersungguh-sungguh supaya dapat mencapai slogan yang
disebut “sekolahku rumahku”.
Bibliografi
Buku
Choong Lean Keow (2008). Murid dan Alam Belajar untuk Program Perguruan
Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kuala Lumpur.
Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, & Rafidah Kastawi. Perkembangan Kanak-Kanak untuk
13
Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Mok Soon Sang (2008). Psikologi Pendidikan & Pedagogi Murid dan Alam Belajar.
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.
Internet
Norlie (2008). [ Word File].assg_psikologi
http://www.geocities.com/norlionline/assg_psikologi [2008, ogos 08]
Pembelajaran Eksperiensial (C. Rogers)
http://www.teachersrock.net/Eksperiential.htm [2008, ogos 07]
14