pendidikan luar

  • Upload
    adang30

  • View
    44

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pendidikan luar

Citation preview

Repailing/Abseiling Rappeling/abseiling adalah salah satu aktiviti untuk kita berekreasi. Selain dari hal itu, dengan cara ini juga kita boleh menyelamatkan mangsa. Ini terbukti bahawa aktiviti ini adalah bukan untuk berekreasi, berseronok atau berfoya-foya semata-mata, dengan teknik atau aktiviti ini juga dapat membantu untuk menyelamatkan mangsa. Berberapa peralatan telah dicipta mengikut keperluan dan penggunaan masing-masing. Antaranya ialah :Alat-alat untuk Abseiling/Rappeling1. Safety Helmet (Topi Keselamatan)

- digunakan sebagai pelindung kepala- tahan hentakan- bersifat ringan2. Karabena- kegunaannya adalah sebagai alat penghataraan untuk menyambung daripada satu alat ke alat yang lain.- diperbuat daripada aloi yang sangat sensitif pada hentakan.- boleh menampung beban seberat 2000kg hingga 2200kg.3. Pulley- kegunaanya adalah untuk mengurangkan keberatan bebanan.- diperbuat daripada aloi yang sensitif pada hentakan.- kemampuan bebanan bergantung pada kedudukan pulley. Maksimum bebanan adalah 2400kg.4. Figure of Eight - digunakan untuk turun sahaja.- diperbuat daripada aloi yang sensitif pada hentakan.- boleh menampung beban seberat 2500kg hingga 3000kg bergantung kepada saiz dan pengeluar.

5. Glove

- digunakan semasa reppeling/abseiling.- digunakan untuk mengalas tangan dan mengelakkan tangan daripada cedera atau melecet.6. Seat Harnes- alat untuk menyokong tubuh.diperbuat daripada nylon atau polyster.7. Full Seat Harnes- digunakan untuk menyokong tubuh.- diperbuat daripada nylon atau polyster.- lebih sesuai untuk kegunaan mangsa semasa kerja menyelamat dijalankan.

8. Juma @ Jammer

- digunakan untuk naek sahaja.- diperbuat daripada aloi yang sangat sensitif pada hentakan.- boleh menampung beban seberat 2500kg hingga 3000kg.- mempunyai gigi cengkam yang kuat.- dibuat khusus kiri dan kanan.

9. Stopper- digunakan untuk turun dan melakukan sebarang kerja di pertengahan tali.- diperbuat daripada aloi yang sensitif pada hentakan.10. Rack- digunakan untuk turun sahaja.- diperbuat daripada aloi yang sensitif pada hentakan.11. Sling

- digunakan sebagai tali penghantaraan.- diperbuat daripada nylon atau polyster.- boleh menampung beban seberat 2000kg hingga 2200kg.12. Kernmantle Rope- terdapat 2 jenis tali yang biasa digunakan semasa reppeling/abseiling iaitu:

a) Static Rope- tidak menganjal- sesuai untuk teknik "flying fox"b) Dynamic Rope- tali yang bersifat keanjalan- sesuai digunakan pada permukaan yang berbukit dan tajam.

Thursday, August 27, 2009Repailing Air Terjun

Aktiviti: Repailing Air TerjunLokasi : Sungai pisang, GombakTarikh : 15 Ogos 2009Anjuran : Kelab Kembara Rekreasi Unikl-Bmi (Kelab Kerek)Bilangan Peserta :23 OrangMatlamat: Meletakkan peserta di keadaan sebenar selepas membuat latihan di bangunanMelatih peserta melawan sikap takut dan memupuk keberanianMenyedarkan peserta tentang ketakutan diri dan cara mengatasinyaMenyediakan peserta untuk aktiviti luar yang lebih mencabarSebagai salah satu aktiviti sihat yang disediakan untuk semua pelajar unikl-bmiAktiviti dan Lokasi DikunjungiMelakukan teknik repailing dari air terjun setinggi 6 tingkatCacatan:Aktiviti ini berjalan selama sehari(siang). Sebelum aktiviti ini dapat dijalankan, peserta telah berkumpul seawal 8am, kemudian telah bertolak dan terpaksa meredah hutan dahulu sambil memikul barang-barang untuk repailing. Aktiviti berjalan lancar dan peserta telah selamat dan sempat mengadakan makan tengah hari berbaique didalam hutan.

Aktiviti setiap hari sabtu dan ahad-repailing

Aktiviti: Repailing bangunan 7 tingkatLokasi : Apartment UniKL-BMITarikh : Setiap Sabtu Dan Ahad (mengikut jadual)Anjuran : Kelab Kembara Rekreasi Unikl-Bmi (Kelab Kerek)Bilangan Peserta :terbukaMatlamat: Melatih peserta melawan sikap takut dan memupuk keberanianMenyedarkan peserta tentang ketakutan diri dan cara mengatasinyaMenyediakan peserta untuk aktiviti luar yang lebih mencabarSebagai salah satu aktiviti sihat yang disediakan untuk semua pelajar unikl-bmiAktiviti dan Lokasi DikunjungiMelakukan teknik repailing dari tingkat 4,5,6 dan 7Cacatan:Aktiviti ini diadakan pada setiap sabtu dan ahad kecuali hari dimana kelab ini mengadakan activiti luar kawasan. Aktiviti ini bermula dari jam 2.40pm-9.30pm. sesiapa yang berminat bolehlah datang ke kawasan apartment mengikut jadual tersebut. Aktiviti ini dijalan bagi mengisi masa lapang peserta disamping menambah ilmu tentang sukan outdoor. Para peserta bolehlah menguji keberanian diri disini dan mengatasi sikap takut dan gayat. Banyak lagi kelebihan aktiviti ini dan anda patut datang melihat dan mencuba sendiri.

Posted by outdoorbmi at 12:08 PM 1 comments Labels: radio amatur Ikatan dan Simpulan Part 1 **source of picture is taken from "http://www.folsoms.net/knots"

Entry kali ini akan mengupas mengenai ikatan dan simpulan yang biasanya digunakan dalam bidang rekreasi. Diharap entry kali ni dapat membantu ahli kelab KEREK dan pembaca untuk mendalami ilmu simpulan dan ikatan dengan lebih lagi. Semoga ia dapat membantu di dalam kehidupan seharian anda baik dari segi sukan mahupun lain-lain.

Di anggarkan terdapat lebih kurang 3000 jenis ikatan. Tali digunakan pada sepanjang masa, tempat dan keadaan, seperti pelabuhan, penggunaan khas, perhiasan dan kegiatan luar.Terdapat empat definisi yang perlu diketahui tentang simpulan dan ikatan:Simpulan (knotting)Ikatan (lashing)Sambat (splicing)Mematikan hujung tali ( whipping)

SimpulanBiasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya.Di gunakan pada benda-benda kecil dan sederhanaContoh simpulanBuku silaTindih kasihSimpul himpitLilit dua simpul

IkatanIkatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang, dan papan untuk membuat jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainyaContoh ikatanIkat serayaIkat serongIkat silang guntingLilit balak

SambatSambat digunakan untuk menyambung dua tali dan membuat sesuatu peralatan.Menyambung dua tali dengan menggunakan sambat adalah baik dan selamat semasa digunakan.Contoh sambatSambat balikSambat pendekSambat mata

Mematikan hujung taliSeseorang tidak menggunakan tali sebelum tali itu di matikan.Ia bertujuan supaya tali tidak terburai di hujungnyaContohLilit pemati biasaLilit pemati selit.Sambat balik

____________________________________________________________________

Asas Simpulan

1.Square (or Reef) Knot

Digunakan untuk mengikat barang atau bungkusan

2.Bowline

Digunakan untuk membuat simpulan yang tidak mudah terurai

3.Sheep Shank

Digunakan untuk memendekkan tali secara sementara atau mengelakkan menggunakan bahagian tali yang rosak dan lemah

4.Taut-Line Hitch

Digunakan sebagai simpulan yang boleh diubah kedudukannya dengan hanya menarik bahagian simpulan.Ia boleh dijauhkan atau didekatkan dengan ikatan. Biasa digunakan sebagai tali pacang khemah.

5.Sheet Bend

Digunakan untuk mengikat dua tali yang berlainan jenis atau saiz.

6.Clove Hitch

Biasanya digunakan untuk memulakan ikatan. Tegap dan mudah dilonggarkan / dileraikan ikatannya.

7.Two Half Hitches

Digunakan untuk mengikat tali pada pacang. Hendaklah diketatkan sepenuhnya.

8.Timber Hitch

Dugunakan untuk mengikat kayu balak bagi memudahkan pengguna menariknya. Tegap dan mudah dileraikan.____________________________________________________________________

Advance Part 11.TURKSHEAD

Bring the rope up in front of your form, pass around behind it, and then around front again, crossing over the first pass you made.

Now tuck the working end under the first pass you made.

Roll the form toward you. Your working end should now be on the bottom, and your previous work should show two, mostly parallel, ropes.

This is the only tricky part. Look for the parallel rope that is furthest from your working end, and pull it over the other rope, making a small opening or eye.

Now tuck your working end over the first rope, down through the eye you just formed, and under the second rope. Now take the working end up and over the form.

Roll the form back towards you. Believe it or knot, the basic Turkshead is now done! It only has one pass, though, so you will probably want to double or triple it.Take the working end and tuck it next to your very first rope, and thread it into and out of the knot, always staying exactly next to the first pass you made.

This image shows a doubling pass almost completed. Remember, you're just putting one pass right next to the previous one.Neckerchief slides can be made with a doubled or tripled Turkshead.

The ends of a Turkshead should always be hidden, tucked into the knot. One thing I like to do is bring the ends up between two of the passes before tightening the knot.Tightening the Turkshead is essential, and is done by slowly working the ends through, until it is firm.2.ALPINE BUTTERFLY

3.ANCHOR @ FISHERMAN'S BEND

4.ANGLER'S LOOP

5.ASHLEY'S STOPPER KNOT

6.BOWLINE ON A BIGHT

7.BUNTLINE HITCH

8.CARRICK BEND

9.CLEAT HITCH

10. CONSTRICTOR KNOT

Thursday, August 6, 2009Ikatan dan Simpulan Part 2 **source of picture is taken from "http://www.folsoms.net/knots"

Salam sejahtera. Disini dimasukkan lagi beberapa jenis ikatan yang biasa digunakan dalam bidang rekreasi. Ia sering dijadikan permulaan sesuatu ikatan mahupun sebagai sesuatu yang boleh memperkukuhkan lagi ikatan sedia ada. Melalui ikatan-ikatan ini, sesuatu acara yang melibatkan penggunaan tali akan lebih selamat dan terjamin. Tiap-tiap ikatan ini juga mempunyai fungsi dan tugas tersendiri yang mana ia digunakan mengikut kesesuaian sesuatu acara tersebut.

Ada diantara ikatan-ikatan ini hampir sama dengan ikatan-ikatan dalam entry part 1 tetapi berlainan nama. Ia berlaku sedemikian kerana ikatan dan simpulan yang digunakan, teknik ikatan adalah masih sama cuma ia berbeza dari segi kuantiti ikatan dan tali yang digunakan. Ia juga kadang-kala menandakan bahawa ikatan dan simpulan tersebut sentiasa digunakan oleh orang persorangan tersebut.

Diharap dengan adanya entry part 2 ini, pembaca dapat menambah lagi kemahiran ikatan dan simpulan anda. Kerana kemahiran ini adalah sangat penting dalam kehidupan seharian kita terutamanya apabila ia melibatkan penggunaan tali dan tempat tinggi.

1.Doubled Sheet Bend

2.Figure 8

3.Figure Eight Loop

4.Fisherman's Knot

5.Hunter's Bend

6.Knife Lanyard Knot

7.Manharness Knot

8.Marlinspike Hitch

9.Midshipman's Hitch

10.Portuguese Bowline

11.Prusik Knot

12.Rolling Hitch

13.Seizing Bend

14.Slipped Sheet Bend

15.Snuggle Hitch

16.Surgeons Knot

17.Tarbuck Knot

18.Three Strand Braid

19.Three Triple Bowline

20.Two Turn Bowline

21.Zeppelin Bend

22.Zig-Zag Braid

Sunday, July 26, 2009Explorasi Berkayak Pulau Perhentian 2009

Aktiviti: Explorasi Berkayak Pulau PerhentianLokasi : Pulau Perhentian, TerengganuTarikh : 26/05/2009Anjuran : Kelab Kembara Rekreasi Unikl-Bmi (Kelab Kerek)

Matlamat: Membawa ahli kelab ke dunia luar kampusMenguji ketahanan mental dan fizikal pesertaMendisiplinkan peserta melalui aktiviti berkumpulanMenerapkan kepentingan bersatu-padu dalam kerja-kerja berkumpulanMelahirkan sekumpulan mahasiswa/siswi yang dapat memberikan kerjasama: Mencari penyelesaian diatas setiap aktiviti yang dijalankan

Aktiviti:sesi memacak khemahSesi memasak berkumpulanSesi ice breakingPengenalan kepada kayakKursus asas kayak dan simulasiAktiviti berkumpulanBerkayak asas dan kemahiran asas berkayak Berkayak dari pulau besar ke pulau kecilEksplorasi Berkayak mengelilingi pulau perhentian kecilSantai n bergambar

Cacatan:Explorasi berkayak Pulau perhentian ini merupakan satu aktiviti terbaru dan buat pertama kalinya diadakan oleh Mahasiswa/siswi Unikl-Bmi sejak dari penubuhannya. Dengan Nasihat dan penyeliaan oleh En.Irwan Bin Omar dan dibantu sepenuhnya oleh kesemua komitte kelab, aktiviti ini berjalan dengan lancar dan kesemua peserta dapat menamatkan explorasi ini. Peserta telah diberikan tunjuk ajar sepenuhnya dan mempelajari kesemua teknik-teknik asas berkayak termasuk cara melawan ombak, cara mengelakkan kayak terbalik dan cara berkayak berkumpulan. Antara Teknik-teknik yang dipelajari ialah -straight/forward,turn left/right,180'/360',combination,rafting,feathering,strokes,swep,alternate,slap for support,rocking,gunnel walk,adging dan hip flick. Setelah selesai explorasi tersebut, Peserta telah diberi masa dan ruang untuk bersantai serta bergambar seketika di pulau perhentian sambil menikmati keindahan alam. Sekian.

Saturday, July 25, 2009Kami kini jurulatih kayak

Aktiviti: Kursus Kayak Anugerah Bintang 1Tarikh :19/05/2009-21/05-2009Bilangan Peserta Unikl-Bmi :10 orangAnjuran : Jabatan Belia Dan Sukan SelangorPersatuan Kenu MalaysiaMatlamat :1-Melahirkan mahasiswa yang berpengetahuan tentang sukan kayak2-Melahirkan Jurulatih muda dalam sukan kayak3-Memupuk kerjasama antara ahli4-Menjaga keselamatan aktiviti air kelab kerek5-Melahirkan ahli kelab yang mempunyai sijil dan kompiten terhadap aktiviti kayakCacatan:Diawal penubuhan kelab kerek ini, penasihat kelab iaitu En.Irwan bin omar telahmenghantar seramai 10 orang ahli kelab untuk mengikuti kursus kayak serta mengambilujian untuk anugerah bintang 1. Langkah ini bertujuan untuk memantapkan kelab denganahli yang benar-benar mengetahui tentang sukan kayak, kerana sebelum penubuhan kelab ini,telah banyak kali mahasiswa/siswi Unikl-Bmi dibawah bimbingan En.Irwan Omar mengadakanaktiviti berkayak. Disebabkan salah satu matlamat kelab, iaitu ingin memastikan ahli kelab,akan tamat pengajian dan disertakan dengan sijil aktiviti, sama ada berkayak, tali ataupun rekreasi.

Sepanjang 3 hari kursus tersebut, ahli-ahli kelab kerek telah mengenali ramai lagipeserta kursus yang datang dari pelbagai latar belakang termasuk dari agensi kerajaan. Dan dengan bangganya, kesemua 10 orang ahli telahpun lulus ujian tersebut dan kini bergelarjurulatih muda. :) Kursus ini akan diadakan setahun sekali dan berharap agar kesemua ahliakan mempunyai sijil ini.