15
PENENTANGAN YANG DIHADAPI OLEH RASULULLAH SEMASA PEMBINAAN MASYARAKAT ISLAM DI MAKKAH 1. PENENTANGAN KAUM BANGSAWAN DAN CARA NABI MENGHADAPINYA 2. SEBAB-SEBAB PENENTANGAN NAMA : NO MATRIKS : PENSYARAH : PN.NOR HAYATI

Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam di makkah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam di makkah

PENENTANGAN YANG DIHADAPI OLEH RASULULLAH SEMASA PEMBINAAN

MASYARAKAT ISLAM DI MAKKAH

1. PENENTANGAN KAUM BANGSAWAN DAN CARA NABI MENGHADAPINYA

2. SEBAB-SEBAB PENENTANGAN

NAMA :NO MATRIKS :PENSYARAH : PN.NOR HAYATI

Page 2: Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam di makkah

PEMBINAAN MASYARAKAT ISLAM

DI MEKAH

Rasulullah SAW sejak permulaan Islam lagi telah berusaha membina masyarakat

Arab dengan memperbetulkan akidah mereka supaya beriman kepada

Allah SWT.

Page 3: Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam di makkah

CARA-CARA NABI MENGHADAPI PENENTANGAN

Bersabar

Nabi meminta orang Islam supaya bersabar menghadapi tindakan dari orang musyirikin. Mereka diminta jangan bertindak balas bagi mengelakkan pertelingkahan yang lebih besar. Lagipun belum ada wahyu yang membenarkan orang-orang Islam bertindak balas.

Page 4: Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam di makkah

Membebaskan Hamba

Nabi menggalakkan orang Islam yang berharta untuk membebaskan hamba yang telah diseksa dengan teruk oleh tuan-tuan mereka. Antara sahabat yang menyahut seruan ini termasuklah Abu Bakar yang telah menebus dan seterusnya membebaskan Bilal Bin Rabah dari tuannya Umayyah Bin Khalaf.

Page 5: Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam di makkah

Berlindung di Bawah Orang yang Berpengaruh

Bagi mengelakkan peyeksaan orang musyirikin Mekah, Nabi dan orang-orang Islam telah mendapatkan perlindungan dari orang yang berpengaruh dalam masyarakat Quraisy. Nabi sendiri misalnya telah diberikan perlindungan oleh bapa saudaranya Abu Talib.

Page 6: Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam di makkah

Berhijrah ke Habsyah

Apabila orang musyirikin menunjukkan penentangan yang semakin hebat, maka Nabi mengarahkan orang-orang Islam supaya berhijrah ke Habsyah. Al-Najasyi yang memerintah Habsyah ialah seorang pemerintah yang baik dan sanggup melindungi orng Islam. Penghijrahan ke Habsyah dilakukan sebanyak 2 kali. Kali pertama berlaku pada tahun ke-6 selepas kerasulan Nabi. Ia diketuai oleh Uthman Bin Affan. Seramai 10 lelaki dan 5 perempuan terlibat. Pada tahun berikutnya, seramai 83 lelaki dan 18 perempuan yang diketuai oleh Jaafar Abu Talib telah berhijrah ke Habsyah.

Page 7: Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam di makkah

Berundur ke Taif

Sebelum berlakunya Bai'at Aqabah, Nabi dan anak angkatnya Zald Bin Harithah telah pergi ke Taif untuk berdakwah kepada Bani Thaqif tetapi penduduk Taif mempunyai hubungan yang rapat dengan orang Quraisy di Mekah. Oleh itu, mereka menolak mentah-mentah dakwah yang disampaikan. Malah mereka mengupah kanak-kanak untuk mencederakan Nabi.

Page 8: Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam di makkah

Bai'at Aqabah

Setalah Nabi gagal menyampaikan dakwah di Taif dan kepada penduduk Mekah, Nabi berusaha menemui orang-orang luar yang datang ke Mekah pada musim Haji. Hasilnya, pada tahun 11 selepas kerasulan Nabi, Bai'at Aqabah I telah berjaya diadakan. Hal ini diikuti pada tahun berikutnya dengan Bai'at Aqabah II. Melalui Bai'at Aqabah II, Nabi dan orang Islam dijemput ke Yathrib (Madinah).

Page 9: Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam di makkah

Hijrah ke Yathrib

Pada tahun ke-13 selepas kerasulan Nabi, Nabi bersama orang Islam telah berhijrah ke Yathrib bagi mengelakkan tindakan yang lebih keras dilakukan oleh orang musyirikin Mekah. Hijrah ini dilakukan secara bersembunyi. Dengan hijrah ini, peluang bagi orang musyirikin untuk menghalang usaha penyebaran Islam gagal.

Page 10: Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam di makkah

Perang

Setelah 2 tahun Nabi berhijrah, turun wahyu yang membenarkan orang Islam berperang bagi mempertahankan diri dan agama. Oleh itu, di dalam Perang Badar yang berlaku pada tahun 2 Hijrah, orang Islam telah mencapai kemenangan yang besar. Kemenangan ini kemudiannya telah menyebabkan orang musyirikin melancarkan serang kedua pada 3 Hijrah yang berakhir dengan kekalahan tentera Islam. Pada 5 Hijrah, orang musyirikin sekali lagi membentuk pasukan tentera bersekutu yang bukan sahaja melibatkan orang musyirikin Mekah, tetapi juga golongan Yahudi, Munafik, kabilah-kabilah Arab kecil seperti Bani Asad, Bani Salim, Bani Yasyjab dan sebagainya.

Page 11: Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam di makkah

SEBAB-SEBAB PENENTANGAN

Politik

Dalam politik orang Arab khususnya politik kota Mekah, perebutan kuasa sudah menjadi teras politik mereka. Hal ini dapat dibuktikan dan pentadbiran kota Mekah yang pada mulanya dikuasai oleh Puak Amaliqah, kemudian oleh puak Jurhum, diikuti oleh puak Khuzaah dan akhirnya puak Quraisy. Muhammad adalah dari kaum Quraisy yang berketurunan Bani Hasyim. Bani-bani lain dari kaum Quraisy terutamanya Bami Umayyah mahu kuasa pentadbiran Mekah berada di tangan mereka.

Page 12: Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam di makkah

Menerima ajaran Islam seolah-olah mereka tunduk di bawah Bani Hasyim. Keunggulan peribadi Muhammad yang terkenal sebagai seorang yang amanah dan mempunyai budi pekerti yang tinggi membimbangkan bani-bani lain. Sekiranya Muhammad berjaya menjadi pemimpin, mereka bimbang kuasa kepimpinan tersebut akan dipegangnya dan ini menyebabkan bani lain tidak lagi berpeluang meletakkan diri mereka sebagai pemimpin. Tanggapan ini timbul akibat dari kekeliruan orang Musyirikin tentang konsep kenabian dan kepimpinan.

Page 13: Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam di makkah

Ekonomi

Orang musyirikin bimbang kedudukan Mekah sebagai pusat perdagangan, pusat ibadat dan pusat kebudayaan akan terjejas dengan kedatangan Islam. Mereka percaya Mekah maju disebabkan adanya patung-patung berhala yang diletakkan di sekeliling Kaabah. Sekiranya patung-patung itu dibuang, mereka bimbang orang ramai tidak lagi mengunjungi Mekah.

Page 14: Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam di makkah

SOSIAL

Ajaran Islam mengganggap semua manusia adalah sama tanpa mengira bangsa atau pangkat. Yang berbeza hanya dari segi ketaqwaannya. Menerima Islam bererti mereka akan meletakkan taraf mereka sama dengan golongan hamba. Golongan musyirikin juga menentang konsep persaudaraan Islam. Mereka turut menentang segala amalan sosial yang dianjurkan oleh Islam seharian kerana ia bertentangan dengan kehidupan biasa mereka.

Page 15: Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam di makkah

KESIMPULAN

Kesabaran dan kekuatan iman umat Islan dalam

mengadapi penentangan di samping perancangan

strategik yang berkesan pasti akan membuahkan

kejayaan dengan izin Allah.