11
SENARAI SEMAK MASALAH MOONEY SENARAI SEMAK MASALAH MOONEY prepared by: Eddlie Stanis TAJUK 1. PENGENALAN 2. PERINGKAT PENGUKURAN MPCL 3. LATAR BELAKANG ALAT UJIAN 4. TUJUAN SENARAI SEMAK MASALAH MOONEY 5. SUMBER-SUMBER PEMBENTUKAN ITEM DALAM SENARAI SEMAK 6. KEBOLEHPERCAYAAN 7. KAEDAH PENGANALISISAN DATA SENARAI SEMAK 8. LANGKAH DAN TEKNIK MENGURUSKAN SENARAI SEMAK DALAM SOAL SELIDIK 9. KESIMPULAN 10. SENARAI RUJUKAN 11. LAMPIRAN SENARAI SEMAK MASALAH MOONEY (MOONEY PROBLEM CHECKLIST) Pengenalan Alat ukuran yang dipilih adalah Senarai Semak Masalah Mooney (Ross L. Mooney & Leonad V. Gordon, 1950) College Form yang dibina bagi mengenalpasti masalah-masalah yang sering dihadapi oleh para pelajar sekolah, pelajar kolej dan juga sesuai untuk golongan Dewasa [1] . Senarai Semak Masalah Mooney ini bukan suatu ujian. Ianya hanya suatu senarai masalah-masalah yang sering dialami oleh para pelajar dan remaja. Masalah-masalah yang disenaraikan ialah masalah fizikal dan kesihatan, kewangan, sosial dan hiburan, pergaulan dan seks, social psikologikal, psikologikal, moral dan

Penerangan Senarai Semak Masalah Mooney

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Penerangan Senarai Semak Masalah Mooney

Citation preview

Page 1: Penerangan Senarai Semak Masalah Mooney

SENARAI SEMAK MASALAH MOONEY

SENARAI SEMAK MASALAH MOONEYprepared by: Eddlie Stanis

TAJUK                                                               1.      PENGENALAN2.      PERINGKAT PENGUKURAN MPCL3.      LATAR BELAKANG ALAT UJIAN4.      TUJUAN SENARAI SEMAK MASALAH MOONEY5.      SUMBER-SUMBER PEMBENTUKAN ITEM DALAM SENARAI SEMAK6.      KEBOLEHPERCAYAAN7.      KAEDAH PENGANALISISAN DATA SENARAI SEMAK8.      LANGKAH DAN TEKNIK MENGURUSKAN SENARAI SEMAK DALAM SOAL

SELIDIK9.      KESIMPULAN10.  SENARAI RUJUKAN11.  LAMPIRAN

SENARAI SEMAK MASALAH MOONEY (MOONEY PROBLEM CHECKLIST)

Pengenalan

Alat ukuran yang dipilih adalah Senarai Semak Masalah Mooney (Ross L. Mooney &

Leonad V. Gordon, 1950) College Form yang dibina bagi mengenalpasti masalah-

masalah yang sering dihadapi oleh para pelajar sekolah, pelajar kolej dan juga sesuai

untuk golongan Dewasa[1].

Senarai Semak Masalah Mooney ini bukan suatu ujian. Ianya hanya suatu senarai

masalah-masalah yang sering dialami oleh para pelajar dan remaja. Masalah-masalah

yang disenaraikan ialah masalah fizikal dan kesihatan, kewangan, sosial dan hiburan,

pergaulan dan seks, social psikologikal, psikologikal, moral dan agama, keluarga,

akademik dan kerjaya, penyesuaian serta kurikulum dan pengajaran.

Alat ukuran ini juga amat sesuai digunakan sebagai pra sesi kaunseling individu dan

juga dalam pembentukan kelompok. Ianya bertujuan untuk mengenalpasti masalah

utama yang dihadapi oleh para pelajar bagi menyedarkan mereka akan kepentingan

Page 2: Penerangan Senarai Semak Masalah Mooney

berbincang mengenai masalah yang dihadapi bersama dengan kaunselor. Para guru

dan kaunselor juga boleh menggunakan senarai semak ini bagi memahami masalah-

masalah para pelajar mereka dalam usaha untuk membantu klien.

Senarai Semak Masalah Mooney ini bukanlah diketagorikan sebagai suatu ujian. Ianya

hanya suatu senarai masalah-masalah yang sering dialami oleh para pelajar dan

remaja. Masalah-masalah yang disenaraikan ialah seperti masalah fizikal dan

kesihatan, kewangan, sosial dan hiburan, pergaulan dan seks, sosial psikologikal, moral

dan agama, keluarga, akademik dan kerjaya, penyesuaian serta kurikulum dan

pengajaran.

Terdapat beberapa alat ujian dan inventori yang boleh digunakan untuk mendiagnosis

dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh klien. Alat ujian dan inventori yang

biasanya digunakan adalah Mooney Problem Checklist (MPCL)[2]. Alat ukuran MPCL

sangat popular di Malaysia kerana ia sangat mudah ditadbir dan tidak memerlukan

pengetahuan yang mendalam. Disamping itu, MPCL selalunya dgunakan untuk

mengenal pasti masalah klien sebelum menjalankan sesuatu sesi kaunseling. Senarai

Semak Masalah Mooney ini adalah dibentuk untuk mengenal pasti masalah-masalah

yang menggangu kaum remaja atau pelajar di peringkat pelajar junior (J), pelajar

sekolah tinggi (H), dan pelajar kolej (C).

Peringkat Pengukuran MPCL

1.    Pelajar Junior (J)

2.    Pelajar Sekolah Tinggi (H)

3.    Pelajar Kolej (C).

Dalam penggunaan borang soal selidik MPCL[3], terdapat beberapa perbezaan yang

ketara dapat digunakan oleh penyelidik atau kaunselor dalam mengenal pasti masalah

klien. Antaranya ialah, borang MPCL pada peringkat junior (J) hanya terdapat 220 item

atau soalan yang digunakan manakala borang MPCL peringkat pelajar sekolah tinggi

(H) dan pelajar kolej (C) mengandungi 330 soalan. Perbezaan item dalam penggunaan

borang MPCL adalah kerana mungkin  disebabkan oleh faktor umur klien. Contohnya,

Page 3: Penerangan Senarai Semak Masalah Mooney

kandungan soalan atau masalah klien dalam penggunaan borang MPCL peringkat

junior adalah lebih sedikit berbanding dengan borang peringkat sekolah tinggi dan kolej

disebabkan oleh kemungkinan klien pada peringkat junior tidak dapat menghabiskan

soalan sekiranya mereka menjawab soalan yang terlalu banyak. Apabila hal ini berlaku,

maka kebolehpercayaan terhadap klien mungkin kurang jika dibandingkan dengan

pengisian soalan pada peringkat yang sepatutnya (borang MPCL peringkat junior).

Latar Belakang Alat Ujian

Senarai semak masalah ini bermula apabila hasrat utama penerbit adalah untuk

mempunyai satu kaedah yang sistematik dalam meneroka permasalahan yang dihadapi

oleh para remaja. Pada tahun 1941 dan 1942[4], edisi pertama yang merangkumi tiga

borang untuk bidang pendidikan telah diterbitkan buat pertama kalinya. Penggunaan

prosedurnya adalah mudah di mana para pelajar hanya perlu membaca sepintas lalu

item-item dan menggariskan item yang berkaitan dengan masalah yang dinyatakan dan

membulatkan item-item yang ditanda pada awalnya berdasarkan keutamaan masalah

yang sering dihadapi. Mereka juga dikehendaki menulis satu rumusan pada akhir item

tersebut bagi membolehkan mereka memahami tentang isi kandungan item dan

permasalahan yang mereka hadapi.

Selain itu, dua lagi borang iaitu untuk para pelajar di kolej nursing dan "rural Youth"

yang telah diterbitkan pada tahun 1945 dan 1946[5].

Tujuan Senarai Semak Masalah Mooney

1.    Membantu kaunselor menjalankan sesi kaunseling dengan klien setelah melihat

senarai masalah itu dan memberi perhatian yang wajarterhadap masalah-masalah yang

hendak dibincang.

2.    Untuk memudahkan wawancara kaunseling dengan memberikan pelajar peluang

untuk meninjau dan meringkaskan masalah mereka sendiri.

Page 4: Penerangan Senarai Semak Masalah Mooney

3.    Untuk kajian pada rancangan tindakan individu, sehingga termasuk masalah yang

paling biasa dinyatakan oleh pelajar sebagai asas untuk pembangunan baru dan

semakan, kurikulum, dan program bimbingan sekolah.

4.    Sebagai dasar untuk kelas induk, bimbingan kumpulan, dan program orientasi yang

akan membincangkan topik dan aktiviti kumpulan yang berkaitan dengan kepentingan

peribadi dan keperluan peserta.

5.    Untuk meningkatkan pemahaman guru dalam mengajar kelas biasa dan menyarankan

pendekatan di mana mereka dapat membina hubungan yang lebih mendalam terhadap

murid-muridnya.

6.    Untuk melakukan kajian atas masalah pelajar, membincangkan masalah yang

berkaitan dengan umur, latar belakang sosial, dan kemampuan sekolah; menafsirkan

pola, dan sebagainya.

7.    Memahami masalah klien dan mengenal pasti klien yang memerlukan kaunseling dan

tujuan perkembangan kurikulum program kerjaya.

8.    Digunakan sebagai asas program kerjaya kelompok dan program orientasi.

9.    Untuk merangsang klien memahami dan menganalisis dengan cepat keperluan-

keperluannya.

10. Untuk meningkatkan pemahaman guru kelas mengenai masalah pelajar di dalam

darjahnya.

11. Menjalankan penyelidikan masalah-masalah pelajar di sekolah.

12. Untuk mengenal pasti perubahan dan perbezaan masalah dari segi umur, jantina, latar

belakang sosial, pola-pola minat dan lain-lain.

13. Untuk mengukur perubahan-perubanan yang terhasil daripada program pengurangan

masalah pelajar yang dilaksanakan.

14. Sebagai alat persediaan kumpulan yang menjurus kepada pembentukan rancangan

tindakan

15. Sebagai asas untuk pembentukan kelompok bimbingan, program orientasi.

16. Sebagai alat penyelidikan permasalahan remaja.

Page 5: Penerangan Senarai Semak Masalah Mooney

Sumber-Sumber Pembentukan Item Dalam Senarai Semak

Item-item untuk edisi pra 1950'an[6] telah dibentuk berdasarkan kepada senarai utama

"master lists" sebanyak 5000 item daripada sumber-sumber berikut:

1.    Pengalaman peribadi penulis sebagai kaunselor dan juga pentadbir sekolah.

Dalam pembentukan soal selidik MPCL, pengalaman peribadi penulis sebagai

kaunselor dan juga pentadbir sekolah adalah sangat perlu. Ini kerana, setiap

pengalaman yang dilalui oleh individu juga akan dilalui oleh individu lain pada masa-

masa tertentu.

2.    Analisis rekod-rekod kes dan temubual kaunseling dengan para pelajar sekolah dan

juga kolej.

Selain itu, analisis rekod-rekod kes dan temubual kaunseling dengan para pelajar

sekolah dan juga kolej juga adalah menjadi sumber rujukan utama penulis dalam

menyediakan item-item pada borang senarai semak.

3.     Kajian penulisan lepas tentang masalah para pelajar.

Kajian penulisan lepas merujuk kepada bahan-bahan rujukan lain seperti buku, artikel

dan lain-lain yang dijadikan rujukan oleh penulis untuk membuat soal selidik MPCL.

Terdapat banyak faktor atau punca berlakunya masalah dalam kalangan pelajar dan

remaja yang boleh dimasukkan dalam item tersebut. Ini kerana, kemungkinan

terdapatnya persamaan tingkah laku antara individu.

4.    Analisis perkataan yang telah ditulis oleh sebanyak 4,000 pelajar sekolah menengah di

Amerika Syarikat yang menjelaskan masalah peribadi.

Menurut Mooney (1950), penyediaan borang senarai semak ini juga adalah

berdasarkan kepada analisis kajian yang dibuat keatas 4000 pelajar di amerika syarikat.

Melalui analisis ini, beliau percaya bahawa tingkah laku yang ditunjukkan juga adalah

dihadapi oleh pelajar-pelajar atau remaja lain.

5.    pelbagai sumber-sumber lain.

Dengan adanya sumber lain seperti pemerhatian tingkah laku ke atas individu,

penyediaan borang senarai semak dapat dilaksanakan dengan baik.

Page 6: Penerangan Senarai Semak Masalah Mooney

Dalam pemilihan item dalam senarai semak, penulis atau kaunselor akan

menggunakan beberapa kriteria yang penting untuk memudahkan klien menjawab

soalan senarai semak yang diberi. Di antara kriteria pemilihan item yang digunakan

adalah berkaitan dengan[7]:

1.    Bahasa yang mudah difahami oleh pelajar.

2.    Perkataan yang pendek dan ringkas untuk pembacaan berulang.

3.    Kesesuaian dari segi frasa individu.

4.    Kenyataan yang "common" apabila ditadbirkan secara berterusan kepada sekumpulan

pelajar yang besar dan cukup serius untuk mewakili keutamaan kes-kes individu.

5.    Kepentingan tahap kepayahan dari masalah minor kepada perkara yang utama.

6.    Cukup kabur dalam bidang yang menyentuh peribadi "touchy" supaya membolehkan

pelajar menanda item tersebut dengan perasaan bahawa dia masih boleh

menyembunyikan sesetengah hal spesifik berkaitan masalahnya.

7.    Tertumpu kepada orientasi masalah peribadi berbanding orientasi sosial secara

umum.

8.    Reaksi yang spontan dalam jawapan yang akan diberikan oleh klien.

Kebolehpercayaan

Sekiranya data yang diperolehi digunakan untuk memahami kes-kes individu, maka

faktor-faktor yang mempengaruhi individu dan juga perasaannya haruslah diambil kira.

perubahan dalam respon item tidak menjadikan data sebagai tidak sah. skor-skor yang

diperolehi haruslah membantu dalam pencapaian matlamat temubual kaunseling[8].

Bagi tujuan penyelidikan, data yang diperolehi haruslah menunjukkan kestabilan

kepada kumpulan yang ingin dikaji. Kajian yang dilakukan oleh Gordon terhadap 116

pelajar sebanyak dua kali menunjukkan bahawa kekerapan yang diperolehi pada item-

item pada ujian pertama dan kedua berkorelasi secara positif iaitu mempunyai pekali

korelasi .93.

Kajian kedua yang dilakukan terhadap 4 kumpulan dimana MPCL telah ditadbirkan

secara berulangkali dalam tempoh satu hingga 10 minggu selepas pentadbiran pertama

Page 7: Penerangan Senarai Semak Masalah Mooney

oleh Rank Order menunjukkan bahawa pekali korelasi yang diperolehi adalah di

antara .90 hingga .98.

Melalui kajian yang berulang ini menunjukkan bahawa MPCL menyediakan kestabilan

dari segi nilai kebolehpercayaan yang tinggi apabila ditadbirkan kepada kumpulan, bagi

tujuan perancangan program.

Kaedah Penganalisisan Data Senarai Semak

Kaedah penganalisisan Senarai Semak Masalah Mooney adalah sangat mudah iaitu

diketagorikan kepada 11 ketagori. (Sila lihat contoh Senarai Semak Masalah Mooney di

bahagian lampiran).

Di dalam senarai semak ini, Mooney (1950) membahagikan masalah-masalah yang

menggangu klien kepada 11 ketagori, setiap ketagori mengandungi 20 item, seperti

yang ditunjukkan dalam jadual 1.1[9].

Kekerapan

Ketagori Ketagori masalah Susunan item Meng-

ganggu

Amat

meng-

ganggu

1 Kesihatan dan pertumbuhan fisiologi 1-10 111-120

2 Kewangan,keadaan kehidupan dan

pekerjaan

11-20 121-130

3 Kegiatan sosial, hobi dan hiburan 21-30 131-140

4 Pergaulan muda-mudi, perkhawinan dan

seks

31-40 141-150

5 Hubungan sosial 41-50 151-160

6 Perhubungan peribadi dan psikologi

(emosi)

51-60 161-170

7 Rohani, moral dan agama 61-70 171-180

Page 8: Penerangan Senarai Semak Masalah Mooney

8 Rumah tangga dan keluarga 71-80 181-190

9 Pelajaran dan kerjaya masa depan 81-90 191-200

10 Penyesuaian dalam kerja 91-100 201-210

11 Kurikulum dan pembelajaran 101-110 211-220

Jadual 1.1: kaedah penganalisisan data Senarai Semak Masalah Mooney

Langkah Dan Teknik Menguruskan Senarai Semak Dalam Soal Selidik

1.    Tentukan objektif soal selidik.

2.    Tentukan responden yang akan diambil dalam kajian.

3.    Sediakan inventori dan alat soal selidik.

4.    Edarkan senarai semak kepada responden diikuti dengan taklimat menjawabnya.

5.    Kumpulkan semula senarai semak untuk membuat tafsiran.

6.    Menyediakan laporan dengan cadangan mengatasi masalah kepada pihak yang

berkenaan.

7.    Tindakan susulan.

Kesimpulan

Walapun MPCL telah digunakan dalam beberapa kajian di malaysia dan dengan

meluasnya di barat, Sewart & Deiker, 1976[10] dalam Maznah (2000) menyatakan

bahawa amat sedikit sekali kajian dibuat tentang nilai psikometrik alat pengukuran

MPCL. Kajian oleh Stewart & Deiker (1976) yang melibatkan tiga kumpulan remaja di

barat iaitu remaja delinkuen, gangguan emosi dan remaja biasa telah mengkaji struktur

faktor di peringkat item. Hasilnya mendapati bahawa terdapat satu faktor umum yang

dapat menjelaskan 20% daripada jumlah varians. Hasil dapatan kajian ini juga serupa

menurut kajian oleh Joshi (1964) dalam Maznah (2000) yang melibatkan sekumpulan

kanak-kanak di India. Dengan itu, dapat disimpulkan bahawa walaupun MPCL dapat

mengesan masalah-maslah khusus yang dihadapi oleh pelajar, namun ia tidak dapat

Page 9: Penerangan Senarai Semak Masalah Mooney

menjelaskan struktur faktor yang menjadi asas kepada masalah-masalah ini. (Stewart &

Deiker, (1976), dalam Maznah dan Kim phaik Lah, (2000)).

Waters (1954) dalam Maznah (2000) menyatakan lagi bahawa alat ini digunakan untuk

menentukan pelajar-pelajar yang menghadapi masalah dan maklumat dari jawapan

pelajar-pelajar dapat menolong kaunselor dalam memahami masalah yang dihadapi

oleh pelajar.